Khamis, 28 Oktober 2010

Terbelakah Melayu di bawah Dap

sumber: satumelayu

"SUDAHLAH gerai penjaja Melayu diroboh, penduduk kampung Melayu dihalau, sekarang tanah milik orang Melayu di Balik Pulau pula nak dirampas untuk didirikan universiti khusus bagi orang Cina."

Demikian komen Aminah Abdullah, bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pulau Pinang yang kini Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), ketika mengulas 'omong kosong' Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, Mansor Othman kepada Utusan Malaysia.

Sehubungan itu, Aminah meminta kerajaan DAP Pulau Pinang menyenaraikan secara lengkap langkah-langkah yang telah diambil oleh mereka bagi membantu nasib orang Melayu dan bukannya sekadar 'omong kosong'.

Katanya, tindakan kerajaan negeri menguar-uarkan nasib orang Melayu lebih terbela di bawah pakatan pembangkang berbanding Barisan Nasional (BN) meskipun baru dua tahun mentadbir, sepatutnya disertakan dengan bukti.

"Tindakan sedemikain lebih merupakan retorik dan hanya menyerlahkan budaya politik murahan pembangkan," tambahnya.

"Kenapa tidak berani menyatakan apa yang telah dibuat oleh kerajaan negeri? Terangkan satu persatu perkara-perkara yang telah dilaksanakan untuk orang Melayu.

"Kalau setakat nak 'cakap kosong', semua orang boleh buat," tegas Aminah.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman dalam laporan akhbar semalam yang menasihatkan semua pihak supaya tidak mempertikaikan keupayaan kerajaan DAP Pulau Pinang membantu orang Melayu.

Menurut Osman, kerajaan negeri telah melakukan tugas terbaik bagi membela nasib orang Melayu dan ia tidak perlu dihuraikan satu persatu.

Aminah seterusnya menjelaskan, jika benar kerajaan negeri banyak membantu, perobohan gerai-gerai peniaga Melayu dan pengusiran penduduk dari kampung-kampung tradisonal Melayu tidak sepatutnya berlaku begitu berleluasa.

Mansor Othman yang jadi 'balaci' DAP ternyata tidak mempedulikan nasib buruk yang menimpa orang Melayu Pulau Pinang yang ditindas dan cuba dihalau secara halus oleh pemerintah cahuvanis Cina DAP daripada terus menetap di Pulau Mutiara.

Melayu jenis apakah Mansor Othman ini? Butakah mata beliau dan pekakkah telinganya hinggakan sanggup berbohong demi kepentingan politik kaum Cina DAP? Apakah kerana bossnya, Lim Guan Eng anak Lim Kit Siang selalu bercakap bohong dengan lidah biawaknya, maka timbalannya juga mesti turut berbohong dan cakap auta?

Apakah 'pandai berbohong dan cekap mengauta' menjadi syarat utama untuk jadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang?

Tidak cukupkah negara dan negeri Pulau Pinang serta nasib orang Melayu dimusnahkan oleh Anwar Ibrahim, anak jati Pulau Pinang yang meletakkan Mansor berjawatan Timbalan Ketua Menteri 1 itu?

Apa tugas Mansor Othman dalam kerajaan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1, kalau tidak berupaya membela dan membantu orang Melayu?

Susunan kepimpinan negeri Pulau Pinang nampak cantik. Ketua Menterinya, Lim Guan Eng wakil DAP dari kaum Cina. Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman mewakili Melayu dari PKR, sementara Timbalan Ketua Menteri 2, P. Ramasamy dari DAP mewakili kaum India.

Nampak aje cantik tetapi, hakikat sebenarnya, yang berkuasa penuh lagi mutlak ialah Lim Guan Eng, Setiausaha Agung parti chauvanis Cina yang sangat mendendam orang Melayu dan agama Islam.

Melayu PKR nyata tersepit dihimpit oleh dua pemimpin DAP dari kaum Cina dan India. Maka tidak boleh berbuat apalah si Mansor itu melainkan terpaksa jadi 'tukang angguk' dan 'tukang lihat' bagaimana DAP melanyak kaum Melayu sewenang-wenangnya.

SATU MELAYU: Kasihan serta sedih melihatkan nasib kaum Melayu di Pulau Pinang yang tertipu dengan 'kelentong' Anwar Ibrahim yang gilakan pejabat dan kediaman di Putrajaya. Apakah nasib orang Melayu di Pulau Pinang tidak boleh diperbetulkan lagi?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.