Khamis, 28 Februari 2013

Malam 'Malang' Buat Anwar Ibrahim

16 tahun Tun Mahathir ditipu oleh Anwar
Jika tidak silap, gambar ini telah dirakam di rumah Anwar Ibrahim di Bukit Damansara Kuala Lumpur pada tahun 1993 sebaik sahaja selesai Perhimpunan Agung Umno.

Anwar membuat majlis meraikan perwakilan yang telah mengangkat beliau menjadi Timbalan Presiden Umno dengan menewaskan Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Taipingmai dan tetamu mula memenuhi rumah banglo seawal Anwar seawal jam 7 petang lagi, selepas magrib hujan lebat mula turun mencurah-curah seluruh Bukit Damansara.

Keadaan cuaca semakin buruk, angin ribut dan kilat sabung menyabung di langit, makanan yang disediakan dalam di khemah-khemah habis bercampur dengan air hujan.

Tetamu mula melarikan diri termasuk taipingmali. Lebih kurang jam 8 lebih Tun Mahathir sampai di perkarangan rumah Anwar dan dengan pantas Azmin Ali menyambut Tun Mahathir dan sambil memayungi Tun Mahathir. Anwar keluar dan menyambut Tun.

Sebaik sahaja kedua-dua pemimpin Umno itu bersalam, satu kilat yang amat kuat bergegar di langit dan menyebabkan seluruh Bukit Damansara bergelap. Anwar terus memegang payung dan membawa Tun Mahathir masuk ke dalam rumah.

Dalam khemah-khemah lilin dinyalakan untuk menerangi suasana gelap. Taipingmali berkata kepada rakan yang sama-sama datang dalam sebuah kereta " Tengok, apa petanda yang ditunjukkan oleh Allah pada malam tu", Apa kah ini petanda satu perkara buruk akan berlaku dalam Umno.

Pada ketika itu kumpulan yang kalah seperti Tun Sanusi, Tun Ghafar  dan ramai lagi berada di satu lokasi lain meratapi kekalahan mereka. Cuma Taipingmali agak tergamam apabila dalam ucapan penutup Tun Sanusi telah membawa beberapa helai note Rm 1, Rm 10, Rm 50, Rm 100, Rm 500 dan Rm 1000 sambil menyindir Anwar yang menggunakan wang dan merasuah perwakilan untuk menjadi Timbalan Presiden Umno. Ucapan Tun Sanusi boleh didapati dalam buku karangan beliau.

Sumpahan petir pada malam tersebut diikuti pula beberapa tahun kemudian dengan terjadinya fenomena asap keluar dari bumi dan satu lagi petanda bahawa negara akan dilanda masalah besar.

Tak sampai sepenggal menjadi Timbalan Presiden Umno, krisis Anwar dan Mahathir mula memuncak. Anwar mula mengatur strategi untuk menjatuhkan Tun Mahathir. Taipingmai terlibat dalam rancangan-rancangan mengangkat Anwar untuk menguasai seluruh kepimpinan Umno semua peringkat.

Anwar juga menggunakan Pusat Islam, Abim dan tenaga-tenaga pengajar dari UIA untuk merealisasikan hasrat beliau.

Allah maha kaya , dajal bernama Anwar tidak mendapat restu, satu persatu tembelangnya pecah. akhirnya Tun Mahathir tidak dapat menahan sabar dan dajal dipecat.

LKY pernah membisikan sesuatu ke telinga Tun Mahathir mengenai tingkah laku Anwar dan menyebabkan Tun merah padam mukanya menahan marah dan malu. Sampai ke hari ini Anwar masih berdendam dengan LKY sehinggakan sewaktu isteri LKY meninggal dunia Anwar enggan menziarahinya. Hanya Nik Aziz yang tak tahu apa-apa cerita telah hadir untuk majlis pengebumian isteri LKY.

Dajal yang bernama Anwar hampir membuatkan Malaysia hampir jatuh muflis dan pada masa yang sama Anwar telah menyorok berbilion wang kertas RM 500 dan Rm 1000 diluar negara.

Akhir nya Anwar sekali lagi kecewa kerana Tun Mahathir enggan menerima wang IMF dan Tun menambat nilai ringgit kepada RM 3.80 kepada 1 USD dan Tun menghapuskan wang kertas bernilai 500 dan 1000 di pasaran.

Itu lah serba sedikit kisah lama krisis Anwar Mahathir yang berlaku antara tahun 1994 hingga 1998 yang masih terpahat dalam ingatan taipingmali.

Anwar hari ini menceritakan kepada anak-anak muda bahawa beliau adalah menteri kewangan yang terbaik di dunia dan pemecatan beliau adalah kerana keengganan beliau meluluskan pinjaman sebanyak RM 2 billion kepada anak Mahathir yang menghadapi krisis kewangan dalam perkapalan.

Yang peliknya ramai anak-anak muda percaya dengan kelentong beliau.

Hari ini satu lagi bala yang ditunjukkan di Selangor, sebuah jambatan milik PKNS telah runtuh dalam pembinaan, dek kerana malu, Harakah meletakkan gambar kartun ultraman bergaduh di atas jambatan menyebabkan berlakunya runtuhan tersebut.

Petunjuk yang sebenar ialah tanda pembangkang akan gagal menawan Putrajaya..

16 Tahun Tun Dr Mahathir ditipu oleh Anwar Dajal

Konspirasi Jenayah Terancang Antara PI Bala Dan Deepak

Setelah hampir lima tahun menyepi kerana melarikan diri ke Chennai India, bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam atau lebih dikenali dengan panggilan PI Bala, tampil buat julung kalinya di sebuah program ceramah pakatan pembangkang anjuran Chegu Bard. Dia sebelum ini telah menarik perhatian masyarakat di negara ini dengan kenyataan bersumpahnya (SD1) pada 1 July 2008.

SD1 antara lainnya cuba untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan bekas model Monggolia Altantuyya. Namun 3 hari selepas itu, Bala sekali lagi menarik perhatian umum, apabila tampil membuat kenyataan bersumpah (SD2) bagi menafikan tuduhan yang dilakukan sebelum ini di dalam SD1 pada 4 Julai 2008.

Sejurus selepas kenyataan tersebut, dia akhirnya 'hilang' dari pengetahuan umum serta gagal untuk di kesan, dipercayai telah melarikan diri ke luar negara. Seperti yang telah diduga ketika negara sedang berada di ambang pilihanraya umum, Bala akhirnya muncul semula bersama pimpinan pakatan pembangkang.

Kehadirannya bukan sahaja untuk mengatakan kononnya SD1 adalah benar namun turut mengatakan objektif utamanya adalah untuk memastikan kerajaan BN/Umno tumbang sekaligus meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Ekoran dari itu, maka satu program ceramah telah diadakan oleh Chegu Bard dan konco-konconya di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor semalam. Namun apa yang peliknya program tersebut hanya mampu mengumpul sekitar 800 – 1000 orang sahaja, walaupun pihak penganjur berhempas pulas mempromosikan program tersebut dan mengangarkan kehadiran sekitar 5 – 10 ribu.

Ia secara tidak langsung membuktikan rakyat secara keseluruhan tidak merasakan pertuduhan Bala mempunyai hujah yang kuat dan boleh dijadikan sebagai sandaran. Maka walaupun pihak penganjur cuba mengumpan masyarakat untuk hadir dengan mengatakan Bala akan membuat pendedahan terbaru, ia tetap gagal menarik perhatian masyarakat.

Tambahan pula tindakannya yang 'flip flop' sebelum ini, membuatkan rakyat kembali berfikir dan menilai semula kredibiliti Bala yang jelas meragukan dan mempunyai agenda tersembunyi.

Bala juga ketika ditanya mengenai pendirian beliau mengenai kerajaan, mengatakan sejak dari kecil lagi telah wujud perasaan benci terhadap kerajaan BN/Umno. Dan tanpa berselindung mengatakan dia adalah merupakan antara tenaga pengerak kepada gerakan Hindraf suatu ketika dahulu.

Maka atas sebab itu, Chegu Bard berusaha untuk menyucikan kembali imej Bala dengan mengatakan wujud ancaman sehingga membahayakan nyawa beliau yang telah menyebabkan Bala bertindak mengeluarkan SD2 dan melarikan diri ke luar negara.

Dan ketika seisi pendedahan yang diadakan itu, acapkali juga Chegu Bard terpaksa memainkan peranan dalam menentukan hala tuju percakapan Bala agar dapat dikaitkan dengan pimpinan negara. Dan lebih menghairankan percakapan beliau juga tersekat-sekat dan sering terlupa dengan fakta yang terkandung di dalam SD1. Percakapan Bala pada malam semalam seolah-olah bercakap dengan mengunakan skrip pihak tertentu dan bukannya berdasarkan pengalaman sendiri seperti yang di dakwa.

Sedangkan Bala sebelum ini mendakwa SD1 satu adalah merupakan kenyataan beliau sendiri berdasarkan fakta sebenar sepanjang berkhidmat dengan Razak Baginda. Sekiranya pertuduhan tersebut mempunyai asas dan kebenaran, masakan Bala boleh terlupa 'poin-point' penting pertuduhan? Melainkan SD1 adalah merupakan hasil ciptaan dan rekaan semata-mata yang direka khusus untuk merosakkan imej Datuk Seri Najib dan isteri beliau.

Bagi menyelamatkan keadaan, Chegu Bard terpaksa mengunakan alasan, ekoran telah berada dalam tempoh yang lama di luar negara, maka Bala sudah tidak lagi fasih untuk bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Sedangkan isu terlupa fakta dengan tidak fasih bercakap adalah dua fakta yang jauh berbeza.

Dan yang paling mengejutkan, Bala juga secara tidak sengaja mendedahkan bahawa dia telah dibayar oleh Deepak sebanyak RM100 ribu tunai dan diberi sebuah kondomiun di Berjaya Times Square. Wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun bini Bala beserta dokumen perjanjian hakmilik kondominium tersebut.

Ia secara tidak langsung membuktikan wujud konspirasi dan jenayah terancang diantara Bala dan Deepak. Dan yang paling penting ialah, Bala gagal megemukan sebarang bukti yang kukuh dalam pertuduhan beliau.

Kesimpulannya isu yang cuba dibawa ini adalah merupakan sandiwara terbaru pakatan pembangkang dalam mempegaruhi rakyat sebagai satu strategi untuk merampas kerajaan. Jenayah terancang ini juga jelas membuktikan terdapatnya dalang sebenar di sebalik sandiwara yang sengaja diada-adakan ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Manifesto: Hudud Gugur, Perjuangan PAS Sudah Tidak Bernilai

Manifesto PR bertemakan 'Pakatan Harapan Rakyat' telah pun dilancarkan secara rasmi pada 25 Februari 2013 yang lepas sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Ke-4 yang dilangsungkan di Shah Alam Convention Centre (SACC).

Manifesto itu dirangka bersandarkan empat tonggak utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat mendapat pengesahan dan perakuan rasmi ketiga-ketiga pemimpin utama PR dari DAP, PKR dan PAS.

Satu perkara menarik, kandungan manifesto itu langsung tidak menyentuh sebarang komitmen PR untuk merintis perlaksanaan hukum Hudud sekiranya berjaya mengambil alih Kerajaan Pusat. Dari muka surat satu hingga akhir walau sepatah ayat pun mengenai perlaksanaan hukum hudud tidak kelihatan.

Keadaan ini menunjukkan PR langsung tidak berhajat untuk melaksanakannya sekalipun umum mengetahui janji perlaksanaan hukum hudud amat sinonim dengan PAS sejak hampir tiga dekad lalu.

Ia mengejutkan ramai pemerhati politik kerana dengan gugurnya isu perlaksanaan hudud dari Manifesto PR membawa maksud akar kekuatan PAS telah dicabut keluar, meletakkan parti yang sekian lama memperalatkan Islam sebagai jenama parti itu semakin tergadai prinsip juangnya.

PAS kelihatan seperti ketiadaan pengaruh dan tidak berkemampuan mendesak agendanya dijadikan prioriti dalam Manifesto PR, dengan ini meletakkan perjuangan PAS dalam isu perlaksanaan hudud sudah tidak bernilai kerana dianggap tidak membawa sebarang manfaat kepada PR.

Akibatnya sebahagian besar ahli dan penyokong PAS hanya mampu terkebil-kebil dan mati kutu dibuatnya kerana ia jelas mengulangi kegagalan PAS sebelum ini dalam isu pengguguran Negara Islam dari kamus perjuangan PAS untuk digantikan dengan Negara Berkebajikan.

Dari satu sudut pengguguran isu hudud ini boleh dianggap satu kejayaan besar bagi Anwar Ibrahim kerana Ketua Umum PKR itu pernah berjanji dan memberi jaminan kepada sekumpulan pemimpin masyarakat Cina pro DAP dan PKR di Subang Jaya, Selangor bahawa hudud tidak akan mendapat tempat dalam PR.

Dan Anwar terbukti berjaya merealisasikan janji dan jaminan itu sekaligus senario ini juga mengesahkan kedudukan PAS dalam PR hanya setaraf kasta rendah yang hanya sekadar menjadi pak turut kepada DAP dan PKR.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

JANJI YANG TIDAK DI TEPATI

 
                    JANGAN JANJI TINGGAL JANJI

PENDIDIKAN TINGGI PERCUMA??

Isu Kalimah Allah: Anwar Dakwa Hadi Menipu

Tika ini ramai ahli dan penyokong PAS yang belum kebas dari demam terkejut dan masih lagi dalam kebingungan gara-gara pendirian rasmi PR yang telah muktamad menggugurkan agenda perlaksanaan hukum hudud dari Manifesto PR.

Tambah mengeruhkan keadaan bila mana Manifesto PR tanpa agenda hudud itu turut disepakati dan diperakui oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Lebih parah lagi, tiga hari selepas Manifesto PR bertemakan "Pakatan Harapan Rakyat" dilancarkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-4 di SACC Shah Alam, Selangor pada 25 Februari 2013 lepas, tak semena-mena Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tampil menyalahkan Hadi Awang berhubung kontroversi isu kalimah Allah.

Ketua Umum PKR itu mendakwa ketetapan bersama PR pada 8 Januari 2013 lalu untuk membenarkan kalimah Allah s.w.t diguna pakai oleh orang bukan Islam termasuklah untuk kegunaan kitab Bible versi Bahasa Melayu hanya dimuktamadkan selepas mendapat penerangan dan persetujuan Presiden PAS.

Maksudnya, PR tidak akan mengambil ketetapan sedemikian jika Hadi menerangkan perkara benar. Tapi disebabkan Hadi telah menyembunyikan kebenaran, akhirnya PR terjerumus ke kancah kontroversi. Ini dakwaan serius, ia seperti menuduh Hadi telah menipu Anwar dan PR.

Anwar juga menegaskan kenyataan rasmi yang diiktiraf sebagai dasar PR yang disepakati bersama berhubung isu itu juga dibaca dan ditandatangani sendiri oleh Hadi Awang sebagai mewakili PAS. Gayanya seperti Anwar mahu memberitahu khalayak yang kesilapan yang dilakukan oleh PR disebabkan Hadi.

PAS patut tampil ke depan mempertahankan maruah Presidennya, itu pun kalau terasa masih ada sekelumit keberanian untuk berdepan dengan Anwar. Tapi jika berdiam diri atau sekadar sepintas lalu sahaja menjawab dakwaan Anwar, bermakna betullah dakwaan itu.

Anwar memang akan sedaya upaya melepaskan dirinya dari dikaitkan dengan kesilapan pendirian PR dalam isu kesucian kalimah Allah s.w.t, dengan cara mengalihkan beban ke bahu Hadi. Itu kehebatan Anwar dalam bab spin sana sini. Hadi dan pemimpin PAS sahaja yang masih belum sedar.

Pun begitu, sama ada Anwar, Hadi mahupun PR dan PAS, kesemua mereka telah melakukan telah memilih pendirian dalam isu sensitif ini. Suka atau tidak, kenalah terima hakikat selagi PR kekal dengan pendirian 8 Januari 2013, selagi itulah amarah umat Islam akan terus menghantui PAS dan PR.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bala Kembali Untuk Tipu Rakyat



Bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam (PI Bala) mungkin merasa sedikit hampa apabila sambutan kepulangannya di KLIA tempohari hanya menarik perhatian kira-kira 50 orang pemimpin dan penyokong PKR sahaja, berkali ganda kurang dari jangkaan awalnya Ia satu permulaan yang kurang baik sementelah lagi di saat PKR begitu terdesak memerlukan penampilan PI Bala untuk digandingkan dengan penjual karpet, Deepak Jaikishan bagi menjayakan kesinambungan ceritera fiksyen mengenai kematian model Mongolia, Altantuya Shariibuu..

Walaupun begitu, PI Bala masih boleh berbangga kerana kepulangannya tetap juga diberi sambutan ala-ala pemimpin parti, jauh lebih baik berbanding Helmi Malik yang terpaksa menanggung malu sendirian selepas kantoi menggunakan kad pengenalan palsu di Indonesia..

Bagi pembaca yang tidak mengenali siapa Helmi Malik, bolehlah membuat carian di Google mengenai berita dan gambar Exco Kerajaan PKR Selangor, Elizabeth Wong yang terkangkang bersama hutan belukarnya..

Paling penting sekembalinya PI Bala ke tanahair sudah ada kerjaya yang menanti, walaupun bukan lagi sebagai penyiasat persendirian, tapi setidak-tidaknya dengan menjadi penceramah untuk kempen politik PKR tentunya banyak habuan menanti setiap kali selesai berceramah..

Lagi pun inilah masanya untuk PI Bala membalas jasa PKR yang sejak lebih kurang 5 tahun lalu telah menanggung segala kos sara hidupnya di India. Tambahan pula bukan payah mana sangat pun untuk berceramah di depan khalayak, yang penting bijak memutar belit fakta yang diadun dengan temberang nescaya mendapat tepukan gemuruh dari penyokong pembangkang..

Ramai pemimpin PKR tahu gandingan PI Bala dengan Deepak kelak tidak mampu membawa pertambahan sokongan kepada parti itu memandangkan terlampau banyak keraguan umum terhadap kredibiliti kedua-duanya berikutan banyak versi cerita yang bertukar ganti fakta dan fiksyennya..

Ditambah pula dengan kes songlap RM50,000 wang milik Razak baginda yang sepatutnya diserahkan oleh PI Bala kepada Altantuya Shariibuu, lagilah membukit keraguan ramai terhadap apa sahaja kata-kata yang bakal diucapkan oleh PI bala semasa di pentas ceramah atau ketika temu bual dengan media..

Jika PI Bala tidak menggelapkan wang tersebut yang diterimanya di Hotel Malaya, tentunya Altantuya tidak perlu susah-susah datang ke Malaysia untuk menuntut wang dengan Razak Baginda malah tak mustahil kes kematiannya juga tidak berlaku..

Kasihan Altantuya dek kerana wang yang dituntut gagal diperolehnya manakala disebabkan kesilapan Azilah dan Sirul salah faham dengan arahan Razak Baginda, akhirnya nyawa wanita malang itu berakhir dan mayatnya berkecai diletupkan dengan C4. .

PI Bala pula berseronok dengan wang yang disonglap dan tergamak mereka-reka cerita mengikut skrip garapan Anwar Ibrahim dan pemimpin PKR lain melalui Akuan Bersumpah Pertama (SD1) demi habuan tambahan semata-mata untuk mengaitkan kejadian pembunuhan Altantuya dengan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak..

Apa pun, PI Bala sudah membuktikan dirinya memang kebal dari perasaan malu atau bersalah, selepas SD2 yang menceritakan kebenaran sekaligus membatalkan SD1 yang penuh penipuan, kini PI Bala tiba-tiba kembali semula demi untuk menyambung penipuan SD1 selepas dijanjikan imbuhan baru..

Bimbang didesak kenapa tidak melakukan SD3 atau seterusnya bagi membatalkan SD1, maka kitab Hindu Bhagavad Gita dijadikan sandaran. .

PI Bala mungkin bangga kehebatan dalam memutar belit cerita dan mampu pula merekayasa pelbagai versi berbeza, namun berapa ramai yang sanggup terus ditipu olehnya? Ada memang ada, tapi tiba masanya kelak kebenaran hakiki akan menimbus kebatilan. Itu semestinya. .

Produk biadab yang dihasilkan oleh Pas.

Apakah yang dilakukan oleh mahasiswa ini amat memalukan UKM. Tindakan mereka tanpa rasa hormat dan takut menunjukkan betapa kurang ajarnya mereka. TM merasakan inilah anak-anak orang Pas yang berketurunan Syiah. Mereka ini sepatutnya dibuang dari UKM dan diminta menjelaskan secara tunai wang PTPTN.....memang celaka...kalau TM ada di sana mungkin ada yang kena pelempang free. Butiran lanjut boleh ke PERAKTODAY.COM

MANIPISTOL PAK KETAM



MANA PERGINYA HUDUD DAN NEGARA KEBAJIKAN, YANG JELAS KELIHATAN IALAH NEGARA KRISTIAN , TAK PERCAYA TENGOK LAMBANG SALIB DI ATAS

MANA NEGARA ISLAM YANG DIIDAMKAN OLEH PAS? MANA ......

TENTERA ZIONIS TANAH MELAYU

bila artis tidak menyokong zionis, mereka dihina oleh Pas dan Pkr



Mungkin ramai yang tak sedar yang sejak tahun 1998, wujudnya satu gerakan zionis di negara kita.

Dalam masa lebih kurang 2 bulan yang lepas, kita boleh lihat seorang wanita yang terkenal dengan perkataan "LISTEN" telah diserang dengan bertubi-tubi oleh mereka dari segenap penjuru. Habis diserang FB wanita tersebut dengan maki hamun. Tentera-tentera Zionis mewujudkan banyak page FB untuk boikot wanita ini di FB. Semata-mata untuk memuaskan nafsu amarah prebet-prebet mereka.

Lepas tu PSY (gangnam style) pulaaaakkkk yang kena. Langsung tiada kena mengena dengan negara kita. Maka bergondol-gondol lah Tentera Zionis ini menyerang page PSY. Mereka juga mewujudkan page FB untuk boikot PSY.

TERBARU, sekarang ni Salih Yaacob (I Follow) dan Nabil (raja lawak) pula bakal menjadi mangsa. Dipercayai Tentera ZIonis ini sudah mula membuat page FB untuk boikot kedua-dua artis ni hanya kerana Salih Yaacob dan Nabil ini tidak sehaluan.

Sekarang semua orang boleh nampak taktik Tentera Zionis ini yang lebih suka mencetuskan politik kebencian, maki hamun, menyerang peribadi, berlaku kejam, dan macam-macam lagi tindakan yang tidak berperikemanusiaan hanya kerana berbeza pandangan politik sahaja.

Sungguh IRONI sekali kerana Tentera Zionis ini juga yang sering laungkan KEADILAN, DEMOKRASI, KEBEBASAN BERSUARA, TOLAK KEZALIMAN dan sebagainya. Tetapi sebaliknya mereka membelakangkan Keadilan, Demokrasi dan berlaku zalim apabila ada orang yang tidak sependapat dengan pandangan politik mereka.

Inilah virus yang amat sukar diubati. Mereka tidak akan puas selagi orang yang tidak sehaluan jatuh menyembah bumi, papa kedana dan melutut kepada mereka.

KEMPEN MAT SABU BANTU RAKYAT

khas untuk mak-mak ayam, anak-anak ayam dan anak-anak ikan. Lembu kalau nak join dipersilakan. 

Harlem Shake Pakatan Rakyat

PR tetap enggan tandatangan Ikrar Integriti

ANWAR BACUL TAKUT UNTUK TANDA TANGAN INTEGRITI..MEMANG SIFAT DAJAL SUNGGUH MANGKOK NUAQ

MANA HUDUD hamPAS???

MANIFESTO BUKAN JANJI
Kelakar la weh...manifesto bukan janji.Buat tergesa-gesa konon2nya akan ditiru kerajaan UMNO/BN.Terperangkap@syok sendiri,tarak waras ini pakatan rakyat.Terang-terangan manifesto hamPAS dan orang terlebih cerdik je yang akan percaya manifesto bukan janji.Berduyun-duyun pecacai dan hamPAS jadi tunggangan dapig bersorak.Hakikatnya menang sorak,kampung tergadai.
BUKA MINDA DAN CELIK ORANG MUDA.USAH TERPEDAYA. RETORIK SEMATA-MATA.

UNDI BN!UNDI BN!UNDI BN!

Rabu, 27 Februari 2013

Manifesto abai situasi ekonomi dunia: Dr Firdaus

(2005) Anwar Ibrahim KENA TUTUH OLEH BBC LONDON

iFiles Chapter 1/10 Part 3 ANWAR IBRAHIM THE DEVIL

iFiles Chapter 1/10 Part 2

iFIles Chapter 1/10 Part 1

Peguam PKR anak didik Anwar buat hal lagi.

Apa tindakan PAS PIS PUS?
Fadiah dan Badrul Amin dalam ritual VIGIL ajaran Kristian totok

1MALAYSIA!!!JANJI DITEPATI!!!

JANJI DITEPATI!!!!!HIDUP UMNO!!!UNDI BN!!!
Pakatan Rakyat semakin goyah dan goyang.Kesian kepada penyokong hampas dan pecacai yang keliru.Mana satu pilihan kalbu hamPAS,Parti Kencing Rakyat atau Dapig.KERAJAAN UMNO/BN BERJAYA DENGAN JANJI DITEPATI.Pakatan Rakyat berbangga dengan janji dicapati.SLOGAN 1MALAYSIA,MERESAP HINGGA KE KALBU DAN JIWA RAKYAT.USAH TERKELIRU WAHAI PENYOKONG Pakatan Rakyat.UNDI BN!!!UNDI BN!!!UNDI BN!!!

Pas Taiping dan Bukit Gantang semakin moroyan



Sebuah surau dalam Parlimen Bukit Gantang di Kampung Banggol Rendang,Changkat Jering telah dijadikan pos BN oleh ahli UMNO di sini.Surau in wakaf orang kampung dan bukan terletak di tanah persendirian.Walaupun telah ditegur supaya membuangkan bendera BN itu, Ketua UMNO di sini tidak peduli.Ketua UMNO Bahagian pun tidak ambil pusing ,sejak nama beliau digugurkan daripada senarai calon di Bukit Gantang. Orang UMNO kini semakin derhaka dengan Sultan Perak.

Ayat di atas adalah di salin daripada sebuah laman blog Pas Bukit Gantang. Beliau marah kerana surau tersebut memasang bendera Barisan Nasional, sebuah PANJI PERJUANGAN KOMPONEN 14 PARTI SELURUH NEGARA.

PAS, PKR dan DAP ada PANJI?

Untuk makluman Pas, jangan lah pandai menegur orang, kerana diri Pas sendiri pun tak ikhlas dalam perkara di atas, Pas buat semua boleh bila BN buat semua tak boleh.

Baru-baru ini Pas Bukit Gantang telah membuat laporan polis membantah penggunaan balai raya yang dijadikan bilik gerakan oleh BN.

Masih ingat kah anda pada 8 Mac 2008, sebaik sahaja pembangkang di isytiharkan menang di Perak, Orang Pas telah menyerang dan merampas Dewan Orang Ramai yang menjadi Bilik Gerakan BN,  masih ingatlah bagaimana rakusnya Pas Pulau Pangkor menyerang balai raya dan dewan dan mengoyak gambar Dr Zambry dan memijak-mijak gambar dan membakar poster Dr Zambry.

Tindakan Pas Pangkor samalah seperti tindakan rakyat Iraq dari fahaman Syiah yang meruntuhkan statue Sadam Hussin. Tindakan Pas di Pangkor boleh disamakan dengan tindakan Syiah di Iraq.

Di Taiping, Larut dan Bukit Gantang tindakan sama dilakukan oleh Pas, mereka memecahkan kunci dewan dan menguasai dewan pada malam itu juga, Pada Isnin 9 Mac 2008, Pas dengan kejam telah mengunci dewan-dewan orang ramai yang menempatkan kelas tadika Kemas, mulai saat itu banyak tadika kemas ditutup sehingga ke hari ini.

Masalah surau dan masjid. 

Di Perak usaha Pas untuk merampas kuasa pentadbiran masjid telah dibuat pada awal tahun 90an. Anak kariah masjid terutama ahli Pas telah mendesak supaya jawatan kuasa masjid di rombak dan pelantikan jawatan kuasa baru dibuat.

Oleh kerana AJK yang ada kurang peka dan faham dengan enakmen pengurusan masjid mereka terpedaya dengan desakan jahat anak kariah dari golongan munafik Pas.

Dengan strategi untuk merampas pengurusan dan pentadbiran masjid, Pas telah membawa banyak penyokong yang bukan anak kariah untuk membantu rampasan tersebut. Maka sejak itu banyaklah masjid-masjid di seluruh Perak dan Malaysia telah ditawan dan dikuasai oleh Pas.

Sejak itu banyak masjid di Perak telah bertukar menjadi Markas dan pusat tarbiah Pas, contoh yang ketara ialah Surau Diri Jumaat Kampung Expo Kamunting dan kini dikenali sebagai Masjid Jamek Kampung Expo, ( Pembinaan Masjid adalah daripada Jabatan Perdana Menteri zaman Pak Lah).

Lebih menyedihkan apabila ahli jawatan kuasa yang lama di herdik, dihalau dan diharamkan memijak masjid tersebut oleh Pas Kampung Expo.

Pada PRK Bukit Gantang 2009, Masjid Kampung Expo telah menjadi hotel atau rumah tumpangan ahli-ahli Pas dari luar, mereka berkhemah dan menjadikan masjid tempat menyediakan makanan untuk jentera Pas di Bukit Gantang. Hampir semua masjid telah dijadikan markas Pas dan menyedihkan apabila orang-orang Umno yang hendak menunaikan solat di masjid telah dihalau oleh unit amal kerana mereka jijik melihat orang yang memakai baju lambang BN.

Jumaat ini 1 Mac Pas Taiping akan sekali lagi akan menggunakan Masjid Kampung Expo untuk majlis Munajat bagi Muslimat Pas, majlis akan bermula pada jam 4.00 petang sehingga lewat tengah malam dan program ini akan dipenuhi dengan tazkirah-tazkirah politik dari awal hingga ke akhir.

Dalam ayat di atas pada baris yang bawah tertulis " Umno kini semakin derhaka dengan Sultan Perak" merupakan satu luahan munafikun oleh Pas kerana ayat tersebut seperti meludah ke langit sahaja.

Sedarlah rakyat Perak bahawa Pas kini sanggup memperdaya kan pemikiran rakyat dengan pembohongan yang memfitnah. Ia juga umpama pepatah melayu ' kuman di seberang lautan nampak, bangkai gajah depan hidung buat-buat tak nampak".

Mana muka Nizar Jamaluddin dan Idris Ahmad bila berlaku banjir?

Mahathir - Hard Talk Part 3

Mahathir - Hard Talk Part 2

Mahathir - Hard Talk Part 1

Kerana Kuat Tidur dan Pekak, Nik Aziz tak tahu apa terjadi dikelilingnya

Diterbitkan pada 26/02/2013
http://tukar-kelate.blogspot.com : Rakaman pergaulan bebas dan pemasangan muzik karaoke yang kuat hanya berlaku tidak sampai 1 kilometer dari rumah Nik Aziz. Kami juga akan mendedahkan bukti di Kelantan terdapat 17 buah pusat hiburan yang beroperasi sehingga jam 4.00 pagi - di mana MPKB-BRI?

Kubur Mat Indera : Akmal Kamaruddin, Mat Sabu, Harakah masih membisu

kubur palsu
kubur asal Mat Indera


Isu pembohongan kubur Mat Indera oleh Mat Sabu Timbalan Presiden Pas dan Ustaz Akmal Kamaruddin Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Perak sudah masuk bulan kedua.

Pendedahan kubur Mat Indera yang sebenar telah pun dibuat pada 11 Februari lalu melalui laman-laman blog dan media tv perdana seperti TV3, RTM dan Astro.

Malah beberapa hari selepas pendedahan dibuat, papan tanda pada kubur palsu Mat Indera pun telah dibuang, kemungkinan oleh Pas. 

Tanah perkuburan Taiping juga menjadi popular kerana ramai yang melawat untuk melihat sendiri kubur asal Mat Indera yang berupa jirat cina.

Pun begitu , TM krew melihat Harakah (lidah rasmi Pas) Mat Sabu dan Akmal Kamarudin terus membisu dalam isu ini. Ustaz Akmal Kamarudin yang berjawatan Ketua Penerangan Pemuda Pas Perak adalah orang yang bertanggung jawab untuk menjawab isu kubur palsu Mat Indera.

Beliau boleh buat sidang media dan menjemput Harakah, Sinar Harian, Media Pas, bloggers Pas untuk menafikan dakwaan TM krew bahawa segala pendedahan oleh TM, RTM, TV3 dan Astro adalah palsu. 

TM dan the krew telah memberi tempoh 14 hari kepada Ustaz Akmal Kamaruddin untuk menjawab isu ini tetapi sampai sekarang beliau gagal berbuat demikian.

Amat memalukan sebagai Ketua Penerangan beliau wajib tampil dan memberi penjelasan.

Pas Taiping mula kempen rumah ke rumah





Petang semalam laluan ke rumah TM dihiasi dengan 3 batang bendera bulan purnama, dalam peti surat juga terdapat satu nota kecil menjemput muslimat ke satu majlis bacaan Yassin, tahlil dan tazkirah dan majlis bermula jam 8.00 malam.

Majlis tersebut akan dibuat disebuah rumah jiran selang 2 buah dari rumah TM. Siap pasang khemah. Dengan terpacaknya 3 buah Pas ia mengesahkan bahawa majlis tersebut adalah majlis politik yang menggunakan nama majlis tahlil dan tak perlu memohon permit daripada pihak polis.

Apapun TM tidak berada di rumah malam tadi kerana ada tugas-tugas lain. sekembalinya TM ke rumah hampir-hampir jarum jam berkumpul pada angka 12, setelah keluar dan menutup pintu pagar terdengar suara seorang penceramah perempuan sedang memberi tazkirahnya., suaranya jelas dan terang, ia melambangkang bahawa penganjur telah menggunakan pembesar suara kelas ‘A.’

Ternyata bahawa program malam tadi adalah program ceramah politik khusus untuk muslimat penduduk Kampung Expo. Jalan masuk ke rumah TM menjadi sesak, beratus-ratus kereta dipakir di kiri kanan jalan. ribuan motosikal memenuhi segenap tanah-tanah kosong di sekitar kawasan. Kata juruacara makanan banyak yang lebih sapa nak makan atau bawa pulang sila ambil sendiri. Hebat sampai berlebih-lebih makanan. bayangkan betapa ramainya muslimat yang hadir.

Kata Pentazkirah wanita tersebut ” PRU kali ini amat mencabar, kita kena pastikan PAS menang besar, jika kita kalah ia petanda buruk buat kita”

Menurut jiran, “Penceramah politik malam tadi ialah pegawai agama negeri Perak Ustaz Manolito. YDP Pas Taiping dan seorang wanita yang tidak dikenali. Katanya ceramah politik isinya mudah sahaja, menyokong perjuangan Anwar dan Dap dan memaki hamun Barisan Nasional sebagai kerajaan zalim. Standard lah tu”

Tanya TM lagi, “Ustaz Siam Osman Noh ada? Jiran terkejut bila disebut Osman Noh Ustaz Siam. katanya tak ada nama tersebut.

Osman Noh ini seorang imam di masjid Kampung Expo, bekas pegawai tak bertauliah Kagat dan beliau berasal dari Satun Thailand, beliau mempunyai kad pengenalan Malaysia dan berkhidmat dengan kerajaan.

Beliau pernah berjanji apabila bersara, beliau akan balik ke negara asal untuk menjaga emaknya yang sudah pun uzur tetapi dek kerana rezeki yang melimpah ruah di bumi Malaysia beliau memungkiri janji dan kini ibunya ditinggalkan begitu sahaja kepada adik beradiknya. Kalau bab berceramah dalam masjid dia memang handal tetapi kalau dipentas politik dia memang menyorok di belakang dan enggan dikenali.

Sama macam program berkhatan beramai-ramai anjuran Dap di masjid Kg Expo, beliau juga menjadi peneraju utama tetapi bila bab bergambar dia orang yang pertama cabut lari.

Dalam Pru 12 lalu nama dia tak ada dalam senarai daftar pemilih, tahun ini tak semak lagi. Mungkin beliau tak berani mendaftar sebagai pengundi kerana takut identiti dia terdedah. mungkin juga beliau membeli kad pengenalan secara tidak betul.

Ustaz ni kalau nak kenal dia cukup mudah, bila jadi Imam bacaan nya bunyi macam lagu hindustan atau bangla..

Apa yang berlaku malam tadi adalah satu percubaan nakal oleh Pas untuk mengelirukan penduduk dan melakukan ceramah politik tanpa memohon permit daripada pihak polis.

Caranya mudah iaitu menjemput orang ramai hadir ke majlis bacaan Yassin dan tahlil, selesai majlis formal, masuk pula agenda utama mereka iaitu ceramah politik.

Difahamkan agenda seperti ini telah dipelupuri oleh Ustaz Manolito semenjak beliau menetap di Kampung Expo, beliau telah lama memulakan program tahlil dan yassin dari rumah ke rumah tetapi tidak menggunakan pembesar suara.

Cubaan mereka kali ini berjaya kerana agenda mereka tidak diketahui oleh pihak polis, mereka tak perlu risau dengan kedatangan pegawai polis untuk memantau keadaan. Ceramah malam tadi begitu kuat dan boleh didengar dengan jelas oleh penduduk Taman Kamunting Jaya yang jaraknya lebih kurang 200 meter dari tempat ceramah.

Ustaz Fakarudin YDP Pas Taiping yang bakal bertanding DUN Kamunting dan ditaja oleh Nga Kor Ming sebanyak RM 10 ribu ringgit sepatutnya jujur dalam hal ini. Beliau kena jujur dengan pengundi, kalau nak buat majlis tahlil dan bacaan yasin janganlah dicampur aduk dengan majlis politik dan menurut sumber majlis malam tadi penuh dengan cemuhan,cacian, fitnah dan lain-lain yang sukar digambarkan melalui tulisan.

Rakyat harus bijak menilai keikhlasan YDP Pas Taiping yang awal-awal cuba menipu pengundi, PBT dan PDRM. Ini bukan kali pertama beliau cuba menipu, sebelum ini dalam satu majlis memperingati 6o tahun kematian Mat Indera, YDP Pas juga telah menipu pihak PBT dan PDRM.

Mereka memohon permit untuk mengadakan majlis di Kampung Baru Kamunting yang dipercayai akan dibuat dirumah arwah OCPD Slim River yang menyertai Pas tetapi pada banner, flyers dan papan iklan menyatakan majlis akan dibuat di tapak pasar malam Kamunting.

Apabila 13 NGO membantah program tersebut maka terbongkar lah cerita Pas Taiping telah menipu dalam permohonan permit. Bila dipanggil mengadap OCPD pada hari berikutnya, YDP Pas berpura-pura tidak tahu menahu program memperingati Mat Indera, pada hal nama dan gambarnya terpampang dalam kain rentang.

Belum jadi wakil rakyat sudah menipu sana ini.

YDP Pas pernah berkata dalam ceramah bahawa Pas mungkin sukar menang dengan BN tetapi akan terus menghasut rakyat supaya membenci kerajaan Barisan Nasional yang zalim.

Nak tanya sikit lah kepada Pakarudin. ” Awak adalah Imam no 3 di Masjid Maimon Kampung Jana dan Pengerusi Masjid adalah Dato Abdul Khalid bekas wakil rakyat dan bapa kepada YB Dato Zahir, sekiranya kerajaan zalim sudah lama jawatan Imam akan digugurkan dan digantikan dengan orang lain.

Lagi, Ustaz Pakarudin ini dahulu bekerja makan gaji dengan kerajaan dan aktif berpolitik dan buat busines insurance, pun kerajaan tak buang beliau dan bekerja sehinggalah beliau meletakkan jawatan pada awal tahun lalu.

Untuk maklumat umum YDP Pas Taiping kini menjalankan perniagaan Insurance awam untuk kenderaan dan harta. beliau mempunyai MOU dengan MyEG Servis berhad. Jika kerajaan zalim sudah tentu beliau akan ditolak oleh syarikat tersebut.

Sudah lah wahai ustaz, jangan lah menjadi munafik….bertaubat dan bercakap benar lah,,,kalau nak berpolitik buat lah dengan betul dan jujur serta berintegriti.

Pencerobohan Lahad Datu hanya sandiwara – bekas Laksamana TLDM

Selasa, 26 Februari 2013
Pencerobohan Lahad Datu hanya sandiwara – bekas Laksamana TLDM
Eksklusif oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid tidak menolak kemungkinan pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara.
“Ini kes yang dirancang. Saya tak percaya TLDM tak efisien.

Kita ada bot laju, CB90 (combat boat) Saya tak fikir mereka (penceroboh bersenjata) boleh terlepas.

“Ini semua untuk manfaat politik. Sama macam Al-Maunah. Tak masuk akal satu Land Rover boleh bawa ratusan rifle, orang tak perasan dan masuk (kem) buka armory.

“Fikir punya fikir, macam sandiwara,” katanya kepada Keadilan Daily.

Imran berkata, perairan negara dikawal empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.

“Kita ada ‘Operasi Pasir Laut’ antara tentera dan polis. Tak malukah tentera sudah jaga, orang lain boleh masuk?” katanya.

Ops Pasir Laut ialah operasi keselamatan perairan dan kepulauan pantai utara dan timur Sabah oleh Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ops Pasir Laut dikawal selia Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC) dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal peronda ATB dan helikopter Nuri.

sulu lahad datu

Antara peralatan canggih ditempatkan sepanjang ‘laluan panas’ ialah 12 radar dengan kemampuan mengesan pergerakan kapal mahupun bot kecil pada jarak 100 kilometer.

Kawasan seliaan MAB meliputi 22 pulau dan 11 pesisiran pantai sepanjang 1,577 kilometer dari Tawau hingga Kudat.

Pandangan itu turut dipersetujui bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.

“Ikut senario, ia mungkin satu perancangan. Ada kemungkinan ia direka-reka. Walaupun tak boleh buat spekulasi, saya boleh beri jawapan jika ada di sana,” katanya.

Lebih 100 lelaki dari selatan Filipina berpakaian ala tentera dan bersenjata api menceroboh ke Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu.

Polis pada 17 Februari membuat kenyataan untuk mengusir pulang ke negara asal penceroboh yang dikepung di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Pada 23 Februari, Wisma Putra bersetuju dengan permohonan kerajaan Filipina yang meminta tangguhan proses masa pengusiran kumpulan penceroboh berkenaan.
Dicatat oleh ELBI RISALAH
Laksamana ini ada bukti baru?
Bekas pegawai kanan TLDM yang bercita-cita untuk menjadi YB kelmarin mendedahkan bahawa Isu pencerobohan Lahad Datu adalah agenda kerajaan. Beliau juga mengaitkan dengan kes Al-Maunah yang menggemparkan negara di Jenalik Lenggong pada tahun 2000 dahulu.

Kenyataan Imran dibuat setelah media antarabangsa mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim dan ARDA terlibat dengan pencerobohan tersebut.

Pihak Polis eloklah menyoal siasat Imran kerana beliau mempunyai bukti baru, siasat juga apakah peranan beliau dalam isu ini.


TERAJU UTAMA UMNO BAHAGIAN BUKIT GANTANG


Datuk Haji Rosli Bin Husin,
KETUA BAHAGIAN UMNO BUKIT GANTANG
ADUN TRONG.
Dato' Haji Ismail Bin Saffian
SUSK YAB MENTERI BESAR PERAK

Yang Berbahagia Kamaruddin Bin Abu Bakar,
NAIB KETUA UMNO BAHAGIAN BUKIT GANTANG.
PEMIMPIN YANG BERJIWA RAKYAT.
SENTIASA BERSAMA DALAM MEMBANTU RAKYAT.
SENTIASA BERSAMA DALAM MENANGANI DAN MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT DI PARLIMEN BUKIT GANTANG.

UNDI BN!UNDI BN!UNDI BN!




MELAWAT MANGSA BANJIR DI DUN CHANGKAT JERING

Saudara Kamaruddin Bin Abu Bakar meredah banjir bersama rakyat di Taman Pengkalan Makmur

Photo: Melawat mangsa banjir di Kpg Jelapang Jaya, Simpang (25.2.2013 jam 9.30pm)
Saudara Kamaruddin Bin Abu Bakar melawat mangsa banjir Kg.Jelapang Jaya,Simpang.




Photo: Melawat mangsa banjir di Kpg Cheh, Bkt Gantang (25.2.2013 jam 5.30pm)

Saudara Kamaruddin Bin Abu Bakar melawat mangsa banjir Kg.Cheh,Bukit Gantang.





MELAWAT MANGSA BANJIR DI DUN TRONG

Photo: Melawat mangsa banjir di Sek Keb Batu Hampar (25.2.2013 jam 12 malam)
Saudara Kamaruddin Bin Abu Bakar,NaibKetua UMNO Bahagian Bukit Gantang melawat mangsa banjir di Batu Hampar.
Photo: Melawat mangsa banjir di Sek Keb Temerlok, Trong (25.2.2013 jam 11.15pm)
Saudara Kamaruddin Bin Abu Bakar,NaibKetua UMNO Bahagian Bukit Gantang melawat mangsa banjir di Temelok.
Photo: Melawat mangsa banjir di Kpg Tebok Trong (25.2.2013 jam 10.30pm)
Photo: Melawat mangsa banjir di Kpg Tebok Trong (25.2.2013 jam 10.30pm)
Saudara Kamaruddin Bin Abu Bakar,NaibKetua UMNO Bahagian Bukit Gantang melawat mangsa banjir di  Tebok,Trong.

SANG KELEMBAI YANG MELAMBAI!!!

Apa aku nak jawap ni?Aku dah lama tak turun parlimen bukit gantang.

Nizar Jamaludin hamPAS!!!
Kemananya Nizar Jamaludin tatkala rakyat Parlimen Bukit Gantang berdepan bencana banjir?Sebagai Ahli Parlimen Nizar Jamaludin mendahulukan rakyat yang memilihnya.Saya telah melawat pusat pemindahan bencana dan bertanya mangsa banjir,ada wakil rakyat melawat?Ada.Siapa?Datuk Haji Rosli Bin Husin,Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang merangkap ADUN Trong.Lagi?Yang Berbahagia Kamaruddin Bin Abu Bakar,Naib Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang.Saya bertanya,wakil Parlimen?TIADA.Ini bermakna Nizar Jamaluddin takut turun melawat rakyat.JANJI DICAPATINYA,telah membuatkan Nizar Jamaluddin takut dengan bayang-bayang sendiri.
Hanya sang kelembai yang melambai-lambai kesana sini.Unit Amal hanya menbersihkan rumah penyokong sendiri.Sepatutnya Unit Amal tidak memilih bulu kerana Ahli Parlimen adalah wakil dari hamPAS.Harus adil dalam membantu.
Muslimat hamPAS kalut disebuah rumah Kg.Tebok,Trong,seorang guru perempuan yang terlibat,jangan lupa,majikan anda KERAJAAN UMNO/BN.
UNDI BN!UNDI BN!UNDI BN!!!


 
DULU,KINI DAN SELAMANYA.
UMNO adalah pertubuhan keramat orang MELAYU.Ditubuhkan untuk membela,menjaga dan menyatukan ISLAM/MELAYU.
UMNO berjaya melahirkan ramai pemimpin yang dihormati samada kawan atau lawan.
MALAYSIA NEGARA ISLAM.
1MALAYSIA.
JANJI DITEPATI.
UNDI BN!UNDI BN!UNDI BN!

Nik Aziz dah totally nyanyuk

Ambo kena minta maaf lah kat LGE.
Nik Aziz kutuk bantuan kerajaan sebab Kelantan tak pernah bagi apa pun kepada rakyat
 
Nik Aziz terkejut dengan kerajaan Dap yang bagi dedak.

Sekembalinya Nik Aziz dari umrah beliau telah mengkritik kerajaan Barisan Nasional yang kononya menabur dedak kepada rakyat. Nik Aziz pula memberi ilmu untuk mencari akhirat kepada rakyat.

Maka beliau pun mengutuk BN yang memberi pelbagai bantuan kepada rakyat. Nik Aziz lupa bahawa kerajaan Dap Pulau Pinang dan Selangor telah banyak memberi bantuan kepada rakyat.

Nik Aziz selama ini lupa bahawa dua negeri tersebut pun telah meniru kerajaan BN dengan memberi bantuan. Kerajaan Pulau Pinang satu ketika dahulu telah memberi bantuan RM100 dan menjemput penerima mengambil wang di tokong cina. Sebelum menerina wang penerima bantuan kenalah mendengar tazkirah politik akhirat oleh Al-Padill Ustaz Lim Guan Eng. Bagaimapun ramai penerima memulangkan kembali wang tersebut kerana menyedari wang tersebut datang dari duit judi lumba kuda.

Selangor juga memberi dedak kepada rakyat, kata Khalid Samad kerajaan Selangor memberi 20meter padu air secara percuma, 20 meter padu sama jumlah satu kontena yang membawa minyak petrol yang paling besar. ( kata Khalid di Taiping 2009 dahulu).

Nik sememangnya kita sedia maklum sepanjang 22 tahun menjadi MB sa habuk bantuan pun tak pernah diturunkan kepada rakyat. Bila mulut capoi dia mengutuk bantuan kerajaan, dia lupa bahawa dua negeri lain juga berbuat perkara yang sama, cuma jumlah saiz bantuan yang diberikan oleh kerajaan pakatan tidak sama nilai dengan apa yang diberikan oleh Umno .. Mereka pilih-pilih sahaja,sesiapa yang tidak mengundi pakatan tak akan merasa segala bentuk bantuan. 

Di Selangor juga segala bantuan yang diberikan hanya hiasan kulit sahaja. bukan semua dapat tetapi sembang bukan main deras.

Selasa, 26 Februari 2013

Idris Ahmad berlari untuk ke rumah terbakar

Kasihan Ustaz Idris Ahmad, (Ustaz Pakar Putar Belit) Beliau nak menunjuk bahawa dia hebat dan mendahului zaman maka beliau terpaksa berlumba sorang diri untuk menunjukkan kehebatan beliau.

Dalam kes ini kita bagi dia hadiah kerana berjaya menjadi johan. Johan menonton rumah terbakar. Sayangnya walaupun katanya sampai awal tetapi api sudah padam, alangkah baiknya kalau semasa tiba api sedang marak. Boleh lah beliau mempraktikkan cara-cara memadam api daripada Hadi Awang.

Idris Ahmad nampaknya belajar daripada YB Capek Aulong yang suka bergambar. Pernah satu ketika ketika orang lain sibuk membantu mencuci rumah mangsa banjir di Kampung Expo, tiba-tiba Si Capek sampai dan memegang baldi dan 'action' depan kamera untuk satu dua shot. Habis bergambar dia perambus dari tempat tersebut tanpa memberi apa-apa bantuan seperti wang dan barang-barang dapur.

Idris Ahmad pun sama macam Capek datang dan bergambar tanpa berbuat apa-apa..

Tahniah lah calon MP Bukit Gantang yang pandai bermuka-muka..

25 FEBRUARY 2013


Ustaz Idris Ahmad  pemimpin terawal ziarah  rumah terbakar di Kg  Kuala Trong,baru -baru ini.YB Rosli Husein tak datang lagi,kata penduduk kepada kami sewaktu kami datang menyantuni mereka.
Rumah hangus terbakar.

LTdL 2013 hari ini

LTdL 2013
Pelumba Belanda, Thomas Leezer memenangi peringkat ke-7 Le Tour de Langkawi dari Mentakab ke Kuantan dengan maxmasa 4'33:42s
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Azhar Idrus dan BR1M

Azhar Idrus ada ramai anak, nak tanya dia bini dia ada pergi ambil atau tidak wang bantuan awal tahun RM 100. satu lagi tuduhan Azhar ialah wang BR1M 500 kena potong RM 100 sebab diambil oleh orang tengah. Nak tanya Azhar, wang tu bagi tunai atau baucer?


Saya ada mendengar satu rakaman syarahan oleh ahli agama popular Ustaz Azhar Idrus yang mengatakan rakyat tidak perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi wang BR1M, sebaliknya hendaklah berterima kasih kpd Allah. Memang pada hakikatnya semua nya datang daripada Allah. Macam mana Allah memberi sesuatu kalau tidak melalui alat alat Nya..

Berterima kasih kepada alat alat Nya adalah satu akhlak yang baik disamping memahami bahawa Allah is the source and the cause for everything..Misalan nya, tidak kah kita perlu berterima kasih kpd kedua ibu bapa kita yang menjaga kita sungguh pun semua nya datang daripada Allah..Inilah tuntutan syariat. Kita mesti berada di syariat yang memahami hakikat...

Beliau seterusnya membuat sindiran bahawa kerajaan hanya berniat hendak memacing undi disebalik BR1M..Ini satu perkara yang semestinya tersirat dalam politik, kerana politik itu adalah, the art of acquiring power and the art of retaining power..

Apa yang kerajaan buat untuk kebaikan rakyat adalah satu tanggungjawab dan dalam sistem demokrasi menharap rakyat akan memilih mereka untuk retain the power. Pihak yang lain akan cuba dengan apa cara untuk acquire power.

Disinilah persoalan nya dalam politik...matlamat menghalalkan cara ( the means justify the end) inilah dipanggil real politik dalam ungkapan barat. Dalam banyak keadaan cara cara itu menyalahi etika termasuk perbohongan dan fitnah..Ini menyalahi hukum dan nilai Islam.

Orang macam Azhar Idrus jangan terperangkap dengan penyelewengan intelektual dalam usaha untuk mencapai apa yang tersirat..maaf ada juga terlintas dihati saya bahawa Azhar Idrus mempunyai bakat sebagai saorang pelawak dan entertainer...

Oleh : Dato Rabi Abu Samah (Ahli Majlis Tertinggi Perkasa Malaysia)

ALKISAH SEORANG PENIPU RAKYAT

aku pakai make-up tebal tebal la. sebab tu aku x malu walaupun terang-terang aku kantoi menipu. kenapa ? x percaya ? cuba tengok kat bawah ni


LAGU RASMI RAKYAT KELANTAN

Lagu ini dipercayai telah membuatkan Nik Aziz bernanah telinga bila mendengarnya.
Bo lah wei (3x)
Bo lah wei (8x)

Ore Kelate, mari kito renung, tilik dan pande
Staro mano nasib kito maso depe, kalu takdok perubahe
Lamo benar kito dok nati tengok tehe sobar
Oghe ramai puak demo tak hira, janji sokmo tiap penggal

Bo lah wei (8x)

Dok acu cubo, sapa loni kito takdok gapo-gapo
Perit sengoti sapa putih anok mato, baik kito alih raso
Kalulah gini tokleh silap serupo dulu-dulu lagi
Toksir kena tipu acap-acap kali, pilihlah hok tunai janji

Serabuk dale perut kena tubik cari make
Demo ni sikit rabuk tok mikir ko ore Kelate
Buko paip air tengok-tengok air kuning
Jange key nak minum, nak mandi pun raso rusing

Bo lah wei (8x)

Tok Pa : Adik kakok sekalian. Marilah kita satukan barisan, sama-sama buat perubahan untuk masa depan yang cemerlang. Berilah peluang kepada kami membuat jasa dan bakti. Janji akan tetap kita tepati demi Darulnaim yang dicintai.

Habis bukit bukau demo sodok demo jual
Sapa ke Ladang Rakyat demo kutip demo gada
Dengar pulok khabar demo gomo tanah bandar
Oghe muda sesal pade bola pun demo gaha

Sapa sudoh tiko kito bangun bangkit asal
Pakat kito kira hok lama kito tukar
Buat perubahe lebih molek lebih comel
Supo tempat oghe, anak cucu pun tupey seney

Bo lah wei (8x)
Bo lah wei (8x)

ANWAR MENGAMUK SEMALAM ???


mak tak kesah nyah yang penting mak jadi PM. kelas gitew.
Walaupun nampak perasmian manifesto PR berlangsung dengan baik pagi tadi, rupa-rupanya timbul isu bahawa Anwar tidak terlalu berpuas hati dengan pembentangan akhir yang dilakukan. Paling merisaukan Anwar adalah kekurangan penambahbaikan cadangan yang dikemukakan sebelum ini. Nampak macam tangkap muat.
Anwar maklumkan bahawa dia menerima ratusan sms yang merasakan manifesto PR kali ini kurang menarik dan belum mampu menjamin kemenangan. Banyak isu yang masih belum diperhalusi dengan teliti. Antara bab yang paling dirasakan tidak cukup tarikan adalah soal pengangkutan awam. Anwar sendiri mengakui bahawa ianya terlalu retorik dan tidak memberikan cadangan yang lebih konkrit. Dana RM2b yang dikemukakan terlalu umum dan tidak diberikan pernyataan secara spesifik.
Selain daripada itu, Anwar juga mengemukakan ketidakpuasan hati dalam beberapa perkara:-
1. Kehadiran yang tidak memuaskan hati. Tidak menampakkan solidariti PR yang sebenar.
2. Terlalu banyak penubuhan Suruhanjaya, tidak menampakkan ‘urgency’.
3. Bab khas mengenai ‘sumber’ kewangan untuk melaksanakan bajet tidak dimasukkan.
4. Tidak banyak penambahbaikan berbanding Buku Jingga.
5. Belum cukup tarikan untuk menang PRU.
6. Bab mengenai Islam terlalu retorik – Anwar minta Pas perbaiki dalam manifesto mereka di peringkat negeri.
7. Tumpuan Rafizi tidak fokus kepada manifesto – terlalu melihat peluang kemenangan di Pandan.
8. DAP kelihatan tidak komited dengan manifesto kali ini.
Persoalannya, apakah Anwar tidak melihat dahulu teks akhir cadangan manifesto ini? Jika benar, apakah akan ada usaha pembetulan kepada manifesto nanti.
Anwar mahu manifesto ini dikaji semula, melihat kepada cadangan yang bakal dikemukakan oleh BN nanti. Anwar sedang usahakan untuk mendapat info dan maklumat mengenai manifesto BN daripada sumber yang beliau kenali. Katanya seorang bekas Setiausaha Politik akan memberikan info menyeluruh mengenai manifesto BN dalam masa yang terdekat ini. - sumber http://gelagatanwar.wordpress.com/

SY dan NABIL kempen untuk PAKATAN ?

saya berjanji akan menunaikan janji-janji yang saya tabur diatas tepung kanji setelah dikaji sekiranya saya diundi. (KAK JIJAH LIKE)

Tauke Minyak Ubat Kuat

Dulu lain, sekarang lain

Mungkin sekali pandang saja kita sudah kenal siapa orangni? Dulu hidup dia susah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, sampai nak cari bini pun tak ada yang mahu, bukan sahaja tak ada yang mahu, malah nak cari duit untuk bertunang pun tak ada.

Kini hidupnya sudah berubah, jadual tugas semakin padat, telefon berdering 24 jam. income pun sudah boleh menyamai seorang peguam yang baru lepas buat chambering. Tiada lagi beg james bond berisi ubat kuat, tiada lagi kain kuning, tiada lagi keratan akhbar dan gambar wanita sexy, pergi jahanam dengan tittle lama.

"Aku kini hebat tak lama lagi boleh beli CRV atau Harrier 3.0. Semuanya kerana Pas, terima kasih Pas kerana memberi aku rezeki, Azhar Idrus mung bodoh, rezeki aku Pas yang bagi bukan Tuhan yang bagi. walaupun terpaksa membuat fitnah, menghina orang lain. SIAPAKAH AKU? "

Ayam Itek, lembu kobaau pun terima BR1M.

Nak dapat duit haram pun susah banyak tanya pulak dia, aku terbalik meja kang!

Musim penyerahan wang BR1M masih lagi rancak berjalan di seluruh negara. Sana sini kita lihat ramai orang Dap, Pas dan Pkr datang ke pusat-pusat penyerahan BR1M. 

Di Dewan MPT Kamunting, beberapa minggu lepas, seawal jam 7.00 pagi mereka sudah duduk berbaris dipintu pagar dewan dan bila lambat pintu pagar dibuka, mulalah mulut-mulut capoi mula mengeluarkan kata-kata yang kurang menyenangkan.

Inilah sikap puak-puak pembangkang yang sebenarnya, tidak pernah bersyukur apa yang dinikmati sebagai rakyat Malaysia.

Hadi Awang! Insaf lah

Salib muncul pada tiang yang terbakar

Tak sampai sebulan selepas ditimpa bencana, kini Hadi Awang menerima lagi hukum karma, beberapa minggu lepas pusat tarbiah Pas  milik Hadi Awang, kelmarin pada  jam 5.00 petang sebuah sekolah Pas milik Hadi Awang terbakar di Rusila Terengganu.

Kita semua maklum bahawa Hadi Awang baru-baru ini telah menyamakan bantuan BR1M 2.0 sebagai perbuatan dan amalan Firaun.

Untuk butiran lanjut sila ke Terengganu Today

Isnin, 25 Februari 2013

Kekejaman PAS memerintah Kelantan

Politikus Politik PAS


#HTK2013 Live Himpunan Tukar Kelantan.

Kebangkitan rakyat Kelantan menentang Kerajaan Zalim PAS yang telah lama gagal memerintah negeri itu sudah sampai ke kemuncaknya hari ni. 

Gelombang Merah dirasai seluruh negeri. Himpunan ini diketuai oleh Panglima Merah Sendiri iaitu @Mustapa_Mohamed. Seramai 30 ribu rakyat dijangka hadir tanda sokongan penuh terhadap pimpinan baru Panglima Merah.-Ujang.