Sabtu, 27 Jun 2015

PAS PERAK KUTUK NIZAR JADI KELDAI DAP.....

Tindakan DAP negeri yang mahu mengekalkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah sama sekali tidak wajar dan diselar Dewan Pemuda Pas Kawasan Ipoh Timur kerana bekas Menteri Besar itu tidak lagi memegang sebarang jawatan utama dalam Pas.

Menurut Ketuanya, Salman Saleh, adalah wajar jawatan Mohammad Nizar itu diserahkan kembali kepada DAP memandangkan parti itu mempunyai 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berbanding Pas dan PKR yang masing-masing hanya mempunyai lima wakil di DUN.

"Sehubungan itu, kami mendesak supaya Badan Perhubungan Pas Perak menasihatkan agar Mohammad Nizar yang juga ADUN Changkat Jering melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang DUN Perak."

"Pas Perak perlu membuat pendirian supaya menolak jawatan Ketua Pembangkang setelah episod 'serangan' DAP terhadap Presiden dan Majlis Syura Pas sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan di Ipoh, semalam.

Memetik laporan sebelum ini, Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming telah bersetuju untuk mengekalkan Mohammad Nizar selaku Ketua Pembangkang DUN Perak meskipun gabungan pakatan pembangkang telah berakhir sepertimana yang diumumkan.

Katanya, DAP menerusi mesyuarat buanan jawatankuasa parti negeri baru-baru ini sebulat suara capai keputusan tersebut dengan alasan Mohammad Nizar memiliki kewibawaan untuk terus mengetuai pembangkang di Perak.

Bagaimanapun, Salman berkata, dalam hal ini, DAP perlu menghormati pendirian Pas berikutan tindakan mengekalkan Mohammad Nizar bukanlah merupakan jalan terbaik bagi mengukuhkan hubungan antara kedua-dua parti berkenaan.

"Tohmahan yang selama ini mengatakan Pas adalah 'boneka' kepada DAP akan menjadi senjata UMNO dan Barisan Nasional (BN) jika Datuk Seri Mohammad Nizar dikekalkan."

"Sekiranya DAP masih mahu kerusi Ketua Pembangkang kekal kepada Pas, biarlah Pas sendiri atau majlis pakatan pembangkang yang menentukan siapakah paling layak untuk mendudukinya," katanya.

Nizar selain dari mempunyai hubungan baik dengan para pemimpin DAP di peringkat negeri khususnya bekas Pengerusi DAP negeri Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming (Pengerusi baru DAP negeri), Nizar juga mencatat rekod sebagai Menteri Besar pertama mewakili pembangkang. - UtaraNews.com

Jumaat, 26 Jun 2015

Umno tetap bersalah !

Sebelum ini MiM mengutarakan grand plan DAP apabila parti itu mengutuk dan menghina Presiden PAS tanpa belas kesihan. Malah, DAP bernafsu besar meneruskan tindakan mereka tatkala PAS bakal mengadakan Muktamar PAS yang akan menentukan kepimpinan baru parti tersebut. 

Kita tentu hairan kerana tindakan DAP itu sudah tentu memberi impak dan menjejaskan peluang pemimpin-pemimpin PAS yang tidak sebulu dengan Abdul Hadi Awang tetapi mesra-DAP.

Abdul Hadi Awang diserang bertali arus hingga wujud sentimen benci DAP dan sekutunya dalam PAS hingga berlaku tsunami politik yang menjatuhkan pemimpin-pemimpin PAS yang mesra-DAP itu.

Ironinya, dengan segala bukti didepan mata, mereka tidak marahkan DAP apabila kalah dan ditendang keluar dari kepimpinan PAS Pusat. Sebaliknya mereka menggunakan teknik lumrah murahan Pembangkang iaitu menyalahkan UMNO padahal mereka sendiri tahu bahawa UMNO tiada kena mengena dengan kekalahan mereka.

Maka berpecahlah parti PAS kepada 3 puak yang nyata iaitu PAS ulama, PasMa dan G18. Inikah intipati grand plan DAP yang sebenarnya iaitu divide and rule atau pecah dan perintah?

Dan DAP telah berjaya tanpa PAS tahu mereka telah diperangkap dalam percaturan politik licik rakan politik mereka sendiri.

MiM telah memberi amaran awal tentang kemungkinan yang bakal berlaku ini. Dan sekarang, pengaruh PAS semakin mengecil manakala PasMa dan G18 tentu akan berebut untuk mendapat perhatian DAP, satu terminologi mudah politik bahawa DAP now is in control.

Dan apabila serpihan PAS ini berada di dalam genggaman DAP, maka mudahlah parti chauvinis ini meluaskan pengaruh politiknya. Terutamanya di kalangan kaum Melayu, satu kaum yang sebelum ini sangat sukar (dan diharapkan tetap sukar) untuk ditembusi DAP kerana sejarah hitam DAP yang bersikap subversif dan sangat kurang ajar menghina teruk Melayu dan hak-haknya.

Sekarang DAP mempunyai 2 puak yang dalamnya terdiri daripada golongan 'islamik' ala-PAS. Bukan 1 tetapi 2! How convenient is that!

Akhirnya, pihak yang mempunyai bargaining power yang kuat sudah tentu parti DAP dan bukan PasMa atau pun G18!

Dan sehingga ke saat ini, 2 puak ini dan PAS masih tidak tahu bahawa mereka sebenarnya hasil percaturan politik DAP? Another….how convenient is that!

Persoalannya, takkan PAS, PKR, PasMa dan G18 tidak dapat menelaah percaturan politik parti DAP ini?

Apakah mereka sanggup terjebak dan diperkudakan hanya kerana jawatan dan pangkat?

Dan jika PAS, PKR, PasMa dan G18 dapat mempertimbangkan perkara ini dan berfikir rasional, fokus, logik dan terang, pihak yang sepatutnya menjadi musuh politik mereka sekarang ialah parti DAP. Full stop.

Jumaat, 19 Jun 2015

‎OPEN LETTER TO THE NEW YORK TIMES EDITOR


 
1.     It is regrettable to see Tun Mahathir seeking to undermine his own country in the international media as part of a personal political vendetta.
 
2.     It is irresponsible of any citizen, let alone a former prime minister, to spread lies and distortions about state owned companies – saying for example that RM42 bn is missing from 1MDB to create public anxiety, when in fact these are audited debts backed by RM51 bn assets. These reckless claims have affected market sentiment towards Malaysia.
 
3.     Furthermore, it is telling that he continues to mount his attacks, rather than wait for the findings of the enquiries currently being undertaken by Malaysia's central bank, Auditor General, and parliament's bipartisan Public Accounts Committee. This shows that Tun Mahathir is not interested in answers from the appropriate lawful authorities. Rather, he is just using 1MDB as an excuse to topple the serving prime minister, Najib Tun Razak.
 
4.     And all because his personal demands, as Tun Mahathir himself has acknowledged, are not being met. Prime Minister Najib, as Malaysia's democratically elected leader, will do what he thinks is right for the nation, and will not allow rule by proxy.
 
5.     Tun Mahathir told the New York Times that UMNO "lacks vision and talented people", that it "has become a repository of patronage-seeking politicians", and that members "try to keep out people who are more intelligent than themselves". But it is Tun Mahathir who led the party for 22 years. It was he that, during his time, worked to cultivate 'yes men' and entrench his position – even introducing a quota system for the UMNO presidency to prevent challengers – rather than bringing in talent and strengthening the party. It is Prime Minister Najib who democratised the party constitution to make it far easier to challenge him for his job.‎
 
6.     For Tun Mahathir to accuse Prime Minister Najib of acts "verging on criminal" is simply outrageous, and entirely false. It is a measure of the reforms put in place under Prime Minister Najib's administration that Tun Mahathir has the freedom to be so vocally critical of the party and government he once led.‎
 
7.     But Dr Mahathir is abusing that freedom, and his privileged standing as a former prime minister, to indulge in reckless and baseless personal smears against Prime Minister Najib and his family. Most Malaysians would rather see Dr Mahathir retire gracefully than continue to damage the standing of his own country for personal political gain.
 
Y.B. Dato' Sri Anifah bin Haji Aman
Minister of Foreign Affairs, Malaysia‎

Rabu, 17 Jun 2015

JANGAN KERANA NYAMUK, KELAMBU DIBAKAR...

The Patriots




Kebelakangan ini makin jelas desas desus beberapa negeri yang berhasrat ingin berpisah atau lebih tepat lagi ingin keluar dari Persekutuan Malaysia . Antaranya Sabah, Serawak dan terkini Johor.


Mari kita imbas sedikit sejarah silam . Satu ketika dahulu persekutuan Langkasuka sangat kuat dan ampuh dan tidak mudah digertak oleh pihak lain. Tetapi apabila persekutuan itu mula retak dan terbelah menjadi negeri negeri kecil yang sering bergeser akhirnya ia tumpas di tangan puak Sukhothai , dan akhirnya sebahagian besarnya dijajah oleh bangsa Sokhothai hingga ke hari ini.

Jadi janganlah kita mengulangi sejarah kejatuhan silam .Persekutuan Malaysia bukanlah negara besar yang mampu berpecah , apatah lagi jika negeri negeri kecil hidup sendiri . Apakah ia mampu membentuk kekuatannya sendiri. Mampukah negara kecil nanti membentuk angkatan tenteranya sendiri termasuk tentera udara, tentera laut, tentera darat dan pasukan polisnya sendiri ? Adakah ia praktikal . Sedangkan dalam bentuk persekutuan pun kita tidak berupaya membentuk angkatan tentera dengan aset aset terkini yang cangih untuk membina kekuatan hingga digeruni musuh.

Cuba kita bayangkan negara baru sebesar Perlis yang perlu menubuhkan tentra udara, darat dan lautnya sendiri. Polis, imigerasion dan kastamnya sendiri.Tidakkah itu sangat aneh?

Itu belum kita ambil kira pasarana lain -hospital, sekolah , lapangan terbang, jabatan atau kementerian yang wajib diwujudkan sebagai sebuah negara baru.
Adakah ia praktikal?

Bagaimana pula aset aset negara yang sedia ada , yang tersebar di seluruh negara , itu nak dikira macam mana?

Belum lagi diambil kira faktor migrasi rakyat antara negeri-negeri . Jika berpecah dari Persekutuan Malaysia , bagaimana status mereka.

US yang kuat tu pun akan lumpuh jika berpecah . Negeri Cina dan India yang besar gedabak tu pun tak mampu berpecah . Inikan pula kita Malaysia yang kelihatan hanya sebesar sebuah kampung dalam peta dunia.

Jadi sama sama fikirkan bersama. Janganlah kerana marahkan nyamuk ,kita bakar rumah kita sendiri.

Sekadar pandangan peribadi sebagai warganegara Persekutuan Malaysia......

- Mohd Salleh Mazukhi -

Dap jangan main wayang



Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah hari ini mencabar Dap untuk memecat kesemua ahli Pas yang menjawat jawatan lantikan politik bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi juga di Selangor.

Jelasnyanya, jika benar Dap mahu mengambil tindakan ekoran daripada keputusan Muktamar Pas baru-baru ini yang mahu memutuskan hubungan dengan Dap maka mereka harus memecat kesemua ahli Pas yang memegang jawatan serta memutuskan apa sahaja hubungan dengan Pas baik di peringkat atasan mahupun bawahan.

"Jika mereka hanya memecat seorang sahaja, ini menggambarkan bahawa Dap sebenarnya hanya bermain politik semata-mata untuk menakutkan Pas.

"Mereka hanya mahu memberi tekanan kepada Pas dan mungkin berharap agar Pas akan kembali tunduk di kaki mereka. Dengan hanya memecat seorang, ini hanya satu ugutan untuk 'tawar-menawar dengan Pas," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Shamsul, Dap sebenarnya juga takut untuk memutuskan hubungan dengan Pas kerana mereka sedar bahawa kemenangan benar mereka semasa pilihan raya umum dahulu adalah kerana sokongan kuat penyokong Pas.

Malah kata beliau lagi banyak program-program termasuk demontrasi jalanan, penyokong Pas lah yang dipergunakan Dap.

"Maka jelas di sini, Dap sebenarnya sekadar bermain politik kononnya mahu memperlihatkan mereka berprinsip.

"Untuk membuktikan kepada rakyat bahawa mereka kononnya berprinsip, mereka putuskan hubungan dengan Pas di Sarawak. Mereka sedar Pas tidak mendapat sokongan di Sarawak. Jadi untuk menjaga penyokong di sana menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) maka mereka putuskan hubungan dengan Pas di sana. Ini semua adalah propaganda politik Dap," ujarnya lagi.

Beliau turut menjelaskan bahawa, sejak awal hubungan Dap dengan Pas, sudah jelas kelihatan bahawa Dap hanya mempergunakan Pas demi kepentingan politik mereka.

Kini, apabila Pasma telah wujud maka Dap mula membuat percaturan untuk memperalatkan pula Pasma.

"Tetapi Dap sendiri masih berkira-kira adakah dengan menyingkirkan Pas dan bersama Pasma mereka akan dapat sokongan padu bangsa melayu. Dek kerana itulah mereka masih berdolak-dalik terhadap isu putus hubungan ini," katanya. – MediaUMNO

Tun Mahathir silap salam membuat laporan

Kenyataan Media #1MDB - Tun M berbohong mengenai usaha sama PetroSaudi (Bahasa Melayu)

Kenyataan Media 1Malaysia Development Berhad, Selasa Jun 16, 2015

Fakta berhubung dengan blog posting bertajuk "More Investments by 1MDB" oleh Tun Dr Mahathir Mohamad

1. Tun Mahathir mendakwa bahawa "PetroSaudi tidak membayar satu sen pun" dalam usaha sama dengan 1MDB.

PetroSaudi, melalui anak syarikatnya, memiliki aset yang terdiri daripada hak ke atas kawasan minyak di Turkmenistan dan Argentina, bernilai kira-kira USD2.7 bilion. Aset-aset ini telah dijual oleh PetroSaudi kepada anak syarikat lain, iaitu "JV Co", yang pada ketika penjualan aset, adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh PetroSaudi dan pada asalnya dimiliki 100% oleh syarikat tersebut, untuk cadangan usaha sama dengan 1MDB.

Sebagai balasan ke atas pemindahan aset bernilai USD2.7 bilion, JV Co perlu membayar PetroSaudi sebanyak USD700 juta. Hutang ini adalah hasil daripada pemindahan aset. Dengan itu, tiada sebarang pinjaman dibuat atau "untuk menyelesaikan".

Pada 29 September 2009, 1MDB memeterai perjanjian usaha sama dengan PetroSaudi. Sebaik selesai penilaian bebas, 1MDB telah menyumbang USD1 bilion tunai sebagai balasan untuk pemilikan 40% daripada JV Co, dan PetroSaudi masih mempunyai pegangan 60% dalam JV Co. Hakikatnya; sumbangan 1MDB adalah dalam bentuk tunai, manakala sumbangan PetroSaudi adalah aset yang telah dinilaikan secara bebas bernilai USD2.7 bilion.

Antara perkara dalam perjanjian usaha sama itu adalah, daripada jumlah USD1 bilion yang disumbangkan oleh 1MDB, USD700 juta akan digunakan untuk membayar PetroSaudi untuk pemindahan asal aset untuk JV Co (lihat di atas) manakala USD300 juta akan kekal dalam JV Co. Selepas berpuas hati dengan penilaian bebas, seperti dalam perjanjian usaha sama, 1MDB telah membuat pembayaran sebanyak USD700 juta kepada anak syarikat PetroSaudi, dan memperolehi hakmilik kepada bahagian 40% daripada JV Co, sebuah syarikat yang mempunyai aset bernilai bebas bernilai USD2.7 bilion pada masa itu.

Atas sebab itu, PetroSaudi mempunyai hak mutlak ke atas USD 700 juta yang dibayar oleh 1MDB dan dana ini adalah boleh digunakan oleh PetroSaudi mengikut kehendak dan keperluannya.

2. Tun Mahathir mendakwa: "tiba-tiba, USD 300 juta bayaran oleh 1MDB ditukar kepada pinjaman Murabaha". Beliau mendakwa "Kita memang tidak tahu di mana ia berada".

Usaha sama dengan PetroSaudi telah ditamatkan pada bulan Mac 2010, dengan PetroSaudi mengambil semula pemilikan 100% daripada JV Co. 1MDB telah menukar ekuiti USD1 bilion dalam JV Co kepada nota murabahah yang dikeluarkan oleh JV Co, berdasarkan syarat-syarat Perjanjian Pembiayaan Murabahah. PetroSaudi, sebagai pemilik 100% JV Co, menjamin sepenuhnya obligasi JV Co terhadap nota murabahah ini.

1MDB kemudiannya membuat pelaburan tambahan sebanyak USD500 juta dan USD330 juta ke atas nota murabahah tambahan yang diterbitkan oleh JV Co.

Secara keseluruhan, 1MDB melabur USD1.83 bilion tunai dalam bentuk nota murabahah yang dikeluarkan oleh JV Co, sebuah syarikat yang pada ketika itu, telah dimiliki 100% oleh PetroSaudi berikutan penamatan usaha sama itu pada bulan Mac 2010.

Pada bulan Jun 2012, keseluruhan USD1.83 bilion jumlah yang dilaburkan oleh 1MDB dalam nota murabahah telah dibayar balik, melalui penukaran kepada saham-saham PetroSaudi Oil Services Limited, untuk nilai USD2.22 bilion.

Dalam bulan September 2012, 1MDB menjual saham-saham dalam PetroSaudi Oil Services Limited untuk USD2.318 bilion dan menerima unit dana melalui dana berdaftar Cayman. Dana berdaftar Cayman ini diuruskan oleh Bridge Partners, iaitu pengurus dana yang berpangkalan di Hong Kong. Unit-unit dana ini dimiliki oleh 1MDB melalui anak syarikat 100% miliknya, iaitu Brazen Sky, dan dipegang oleh BSI Bank Singapura sebagai penjaga.

Hakikatnya, 1MDB telah melabur sebanyak USD1.83 bilion dengan PetroSaudi (pada mulanya sebagai ekuiti, kemudiannya sebagai nota murabahah), dan akhirnya memiliki USD2.318 bilion unit dana iaitu pulangan sebanyak USD488 juta.

Fakta-fakta yang dinyatakan di atas boleh disahkan dengan merujuk kepada nota-nota kepada penyata kewangan yang telah diaudit 1MDB bertarikh 31/03/2010, dan 31/03/2012 dan 31/03/2014.

3. Tun Mahathir menyatakan: "Arul Kanda berkata dia melihat wang tunai yang ada dan Perdana Menteri berkata wang itu ada di sana. Ia tidak dikembalikan kerana Bank Negara akan bertanya terlalu banyak soalan. Sedangkan Bank Negara, menurut undang-undang perlu mendapatkan kelulusan Menteri bagi meluluskan atau tidak meluluskan sebarang transaksi. Pada ketika yang sama, Menteri pula adalah ketua kepada 1MDB. Jadi apa yang begitu sukar tentang mendapatkan kelulusan Bank Negara? "

Berlawanan dengan dakwaan Tun Mahathir ini, hakikatnya Arul Kanda TIDAK PERNAH berkata beliau "melihat wang tunai". Beliau, seperti yang direkodkan, berkata, beliau telah "MELIHAT PENYATA TERSEBUT", merujuk kepada pemilikan dan penebusan unit dana tersebut.

Tun Mahathir mengulangi lagi di dalam blognya jawapan asal Kementerian Kewangan (MOF) kepada Parlimen, tetapi memilih untuk mengenepikan terus jawapan yang dipinda oleh MOF dan penjelasan yang dibuat oleh Arul Kanda pada 10 Jun 2015.

Sememangnya terdapat salah faham berkaitan maklumat yang diberikan oleh 1MDB kepada MOF, yang kemudiannya menyebabkan jawapan asal Parlimen ini perlu dipinda. Ini adalah urusan rakaman awam dan ia telah diperakui oleh 1MDB.

Sebagai Presiden syarikat, Arul Kanda mengambil tanggungjawab penuh ke atas salah faham ini dan akan memastikan komunikasi yang lebih baik dengan semua pihak berkepentingan. Tambahan pula, seperti yang dijelaskan oleh MOF, langkah-langkah yang bersesuaian telah dilaksanakan bagi mengelakkan perkara ini dari berlaku sekali lagi pada masa akan datang.

Pada waktu yang sama, kita perlu mempersoalkan punca Tun Mahathir mengulangi secara berterusan kenyataan awalnya sebelum ini, sedangkan penjelasan telah diberikan dan tanggungjawab telah diambil.

Berkaitan soal Bank Negara Malaysia yang disebut Tun Mahathir, hakikatnya Bank Negara Malaysia ketika ini sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB. Adalah lebih wajar untuk menunggu hasil siasatan yang dibuat ini dan bukannya menimbulkan lagi keraguan dan menyebarkan cerita yang separuh benar di dalam domain awam.

4. Tun Mahathir mendakwa: "1MDB dan Perdana Menteri tidak menunjukkan bukti kewujudan wang dari Kepulauan Cayman. Adakah ia di Singapura atau USD1 bilion ini lesap? "

Dari jawapan kepada soalan (2) di atas, jelas bahawa sejak bulan September 2012, 1MDB memiliki, melalui anak syarikatnya Brazen Sky, unit dana dalam Tabung Berdaftar Cayman, yang bernilai sebanyak USD2.318 bilion pada tarikh 31/03/2015. Unit-unit dana telah dipegang melalui BSI Bank Singapura, sebagai penjaga. Ini telah berlaku sejak 2012.

Kewujudan USD2.318 bilion dalam unit dana tidak pernah dipersoalkan, dan nilai ini telah dimasukkan ke dalam penyata kewangan beraudit bertarikh 31/03/2014, yang memberikan nilai sebenar dan saksama aset syarikat.

Malah, tranche pertama USD1.22 bilion unit dana telah ditebus secara tunai pada tahun 2014 dan hasil tunai tersebut digunakan untuk membayar penamatan pilihan yang berkaitan dengan perniagaan tenaga, yang telah diserahkan kepada Aabar, modal kerja dan faedah pembayaran - seperti yang dinyatakan dalam penyata kewangan syarikat yang boleh diperolehi awam.

Baki USD1.1 bilion unit dana ini juga telah ditebus, seperti yang diumumkan sebelum ini oleh 1MDB. Semua "bukti berdokumen" berkaitan penebusan ini akan diserahkan kepada juruaudit 1MDB dan pihak berkuasa yang sah.

Biarpun penjelasan awam telah dibuat berulang kali, Tun Mahathir memilih untuk bertanya soalan yang sama, berulang-ulang kali. Seseorang perlu mempersoalkan motif tersembunyi kenapa dia secara berterusan mengatakan bahawa "USD1 bilion ini lesap" sedangkan jelas bahawa dana ini telah diambil kira dan diaudit.

Tun Mahathir pernah dipetik, sebagai berkata bahawa "RM42 bilion telah hilang". Kini dia menyatakan pula "USD1 bilion yang hilang". Perubahan yang berterusan dalam jumlah yang disebut membingungkan dan menimbulkan persoalan tentang motivasi di sebalik dakwaan yang sentiasa berubah-ubah ini.

5. Tun Mahathir mendakwa: "Penyata tanpa bukti berdokumen, seperti yang kita lihat, tidak berguna. Kita perlu bukti mengenai semua pelaburan dan pembayaran yang dibuat oleh 1MDB. Tetapi tiada bukti yang ditunjukkan melainkan bagi pembelian loji janakuasa dan pembelian tanah Kerajaan di Kuala Lumpur dan tanah persendirian di Pulau Pinang. Sehingga bukti berdokumen yang bertandatangan dan bukan hanya kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif atau Perdana Menteri, ditunjukkan, kita perlu menganggap bahawa wang yang dipinjam oleh 1MDB telah hilang."

"Bukti Berdokumen" untuk semua aset 1MDB, termasuk unit-unit dana dan aset kewangan lain 1MDB, telah dikemukakan kepada juruaudit 1MDB. Adalah berdasarkan kepada ini, akaun 1MDB telah ditandatangani oleh juruaudit, tanpa syarat.

Di samping itu, "bukti berdokumen" ini telah dikemukakan kepada Ketua Audit Negara dan Bank Negara Malaysia, pihak berkuasa yang sah, yang kita jangka akan menyemak dokumen-dokumen ini dengan lebih teliti.

Kita di Malaysia beruntung kerana mempunyai undang-undang yang menyatakan sesuatu pihak itu "tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah". Proses yang betul memerlukan pihak berkuasa yang sah menjalankan siasatan terlebih dahulu, membina fakta-faktanya dan mengambil tindakan berdasarkan fakta-fakta tersebut.

Perdana Menteri telah beberapa kali menyatakan, dalam sejumlah kenyataan, bahawa sekiranya terdapat sebarang kesalahan yang dibuktikan, tindakan akan diambil. 1MDB menyokong penuh pendirian ini dan akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa yang sah dalam penyiasatan mereka.

tun faisal dot com: Kenyataan Media #1MDB - Tun M berbohong mengenai usaha sama PetroSaudi (Bahasa Melayu) - http://tunfaisal.blogspot.com/2015/06/1mdb-tun-m-berbohong-mengenai-usaha.html?m=1

Selasa, 9 Jun 2015

BANDUAN BOLEH BUAT KENYATAAN MEDIA?

Anwar Ibrahim mendakwa dia sakit najis berdarah  dan pihak  penjara terpaksa bawa banduan vip ini ke hospital. Rupa-rupanya bantuan tak sakit. Dia keluar untuk membuat kenyataan akhbar.

Harap di masa akan datang pihak banduan mestilah elakkan daripada pelawat datang berjumpa banduan vip ini apabila menerima rawatan di hospital.

INI KENYATAAN MEDIA ANWAR YANG DISIARKAN OLEH AKBAR THE STAR

PETALING JAYA: PAS should review its resolution to sever ties with DAP, says Datuk Seri Anwar Ibrahim (pic).
“I regret that a resolution to sever ties with the DAP was accepted at the PAS muktamar. I urge our political ally PAS to review that resolution which was passed without debate, and meanwhile not to implement it. DAP has long been our friend and comrade, committed to our great struggle for change,” said the Pakatan Rakyat de factor leader in a statement issued through PKR vice-president N. Surendran on Tuesday.

On Saturday, PAS approved a motion by the Dewan Ulama to sever ties with its partner DAP, but remain in Pakatan Rakyat.
The motion, which was approved without debate, stated four resolutions, among others, to urge the party not to compromise its Islamic policies.

The Dewan Ulama, on Wednesday, unanimously approved the motion brought by newly-elected PAS central committee member Mokhtar Senik.
It was reported that the motion would be discussed by the new committee and brought to the Syura council for a final decision.
“I know that the DAP stands with us in our endeavour to ensure Pakatan Rakyat remains viable and united as an alternative to the people. It is the great hope of the rakyat that Pakatan Rakyat will march forward to resolve the political uncertainty and economic troubles that plague our country under the rule of Barisan Nasional,” said Anwar.
He added that he had also sent personal messages to DAP veteran leader Lim Kit Siang and PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Khamis, 4 Jun 2015

Kenyataan Husni Timbalan Menteri Kewangan

Watch "DAILOG : 1MDB - DI MANA WANGNYA?? [ 3 JUN 2015]" on YouTube - https://youtu.be/wQUv7T1-SZs

1. RM42 bilion perlu lihat bukan dalam konteks hutang semata2 tetapi juga Aset, Kos Kewangan dan Dana Pemegang Saham

2. Dari segi struktur kewangan, modal berbayar RM1 juta dan ada 560 ekar tanah yg lambat beri pulangan, jd bergantung kpd hutang

3. IPO Edra Energy pula tertangguh kerana penyata kewangan lambat disiapkan, jadi perlu laksana rasionalisasi untuk bayar hutang

4. Tidak ada pengesahan ttg transaksi dgn JhoLo, Petrosaudi buat laporan polis di London menyatakan laporan portal tidak betul

5. Kenyataan Tony Pua mengenai transaksi kepada Good Star tak betul kerana bercanggah dgn penyata kewangan

6. Labur dlm Petrosaudi atas sbb 'strategic partnership'. Hasilnya, Prasarana dilantik kendali operasi Arafah - Mina Metro System

7. Bila pelaburan Petrosaudi dipulangkan, dpt semula USD 2.3 b. 1st tranche tlh bayar hutang & faedah. Bakinya dlm btk fund units

8. Bila ada pihak dakwa RM27b hilang, bank akan panik dan cepat2 panggil minta bayar hutang. Cerita RM27b hilang tidak betul

9. Baki di BSI, Aabar telah setuju untuk bayar unit di BSI pd bulan Ogos, tp kerana pelan rasionalisasi, setuju bayar awal.

10. Kenapa BSI? Husni - Brazen Sky bayar semula dlm bentuk investment instrumentnya, BSI sbg custodian yg dipersetujui bersama

Rabu, 3 Jun 2015

UMNO Adalah Tulang Belakang Melayu.

Dan Yg Mendokong Islam Serta Raja Melayu Itu Melayu Yg Mempunyai Kuasa Dlm Melakar Dasar Serta Polisi Utk Hal Tersebut.

Begitu Juga Hal Ekonomi Org Melayu.

Tiada Pernah Terlihat Pelan Pembangunan Ekonomi Islam Oleh PAS.

Tiada Juga Pelan Ekonomi Utk Melayu Yg Di Buat Oleh Bekas Menteri Kewangan Tersohor Di Dunia Yg Di Buat Oleh PKR.

Juga Tiada Jua Pelan Ekonomi Bumiputera Yg Di Buat Oleh DAP.

Hanya UMNO Yg Melaksanakan Dasar Ekonomi Baru.

Mereka Yg TAK PERNAH BUAT Pelan Ekonomi Ini Tidak Di Serang Atau Di Pulaukan?

Malah Ada Melayu Yg Kini Terpengaruh Dakyah Pembangkang Menyerang Dan Mengutuk Dasar Dan Pelaksaaan Utk Memperkasakan Ekonomi Melayu.

1MDB Adalah Sykt Gergasi Yg Tidak Pernah Terfikir Oleh Pembangkang Akan Membesar Dgn Market Capitalization , Contract In Hand Dan Assets Yg Besar.

1MDB Adalah Ancaman Kepada Musuh Melayu ~ Cina.

Atas Sebab Itu Kaum Cina Memulakan Serangan Merosakkan Credibility 1MDB.

Dan DAP Mula Melakukan Serangan Dan Fitnah. Sama Seperti Yg Di Lakukan Oleh Wan Azizah Terhadap Felda.

Dan Cina MCA Serta GERAKAN Berdiam Diri Demi Menjaga Kepentingan Cina Yg Kini Di Tunjang Oleh DAP.

Dan Melayu Yg Tidak Berfikir Jauh, Mula Di Perdaya Utk Bersama Cina Dan DAP Utk Menghapuskan Assets Melayu Ini.

Semua Biz IPP Yg Di Kuasai Cina Kini Di Kuasai 1MDB Apabila Konsesi Mereka Tamat & Tidak Di Perbaharui.

Haratanah Yg Strategic Akan Di Bangunkan Oleh 1MDB Utk Memberikan Melayu Dapat Tinggal Dan Menjadi Pengundi Di Bandar Bandar Yg Memang Menjadi Kubu DAP.

Tanah Sg Besi Dgn Nama Bandar Malaysia, Pastinya Akan Memperuntukkan Perumahan Angakatan Tentera Yg Setia Mengundi BN.

Kawasan Teresa Kok Itu Kelak Akan Berjaya Di Rampas Dgn Kewujudan Bandar Melayu Seperti Shah Alam, Bangi Dan Kajang Yg Akan Di Bangunkan Oleh 1MDB Dengan Anak Sykt Berkepentingan LTAT Seperti Kejayaan LTAT Membangunkan Mutiara Damansara.

Monopoly Industry Petroluem Akan Lebih Di Dominasikan Dengan Rakan Rakan Strategic 1MDB Juga Mengambil Peluang Pemilikan Kapal Pengangkut Hasil Petroleum Yg Masih Kurang Di Malaysia.

Jika Melayu Itu Sedar Dan Tahu Akan TipuHelah DAP Dan Pembangkang, Mereka Sudah Tentu Akan Meratapi Rugi Apabila Assets Ini Hancurkan Dgn Menjadi Ejen Pemusnah Kepada DAP.

Memusnahkan Kepentingan Melayu Dlm Ekonomi Dan Juga Membantu DAP Memecahbelahkan UMNO.

Jika Salah, Betulkan.
Jika Rugi, Untungkan.
Jika Kurang Untung, Kayakan.


BUKAN Dgn Menutup Assets Ini Dan Bangga Menjadi Hero Percuma Buat DAP Utk Mencapai Cita Cita Cina Memperbodohkan Melayu.

Apa Yg Melayu Itu Bantu Secara Positif?

Dan Sementara Melayu Bertelagah, Cina Dgn Happy Ketawa Berdekah Dekah, Melihat Melayu Itu Menjilat Muntah Dan Mengutil Nanah Agar Maruah Dan Jatidiri Tulang Belakang Melayu Itu Patah & Parah.
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile