Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

APABILA PENIPU KENA TIPU OLEH BAPA PENIPU.....

The Edge telah mengelirukan rakyat Malaysia supaya beranggapan bahawa kumpulan media itu mendapat maklumat mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara terhormat daripada sumber yang dipercayai, kata Pengarah Komunikasi dan Strategi Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Berdasarkan pengakuan pemilik kumpulan itu Datuk Tong Kooi Ong bahawa mereka telah memperdayakan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi) Xavier Andre Justo berhubung bayaran untuk mendapatkan bukti, katanya: “Rakyat Malaysia tidak boleh menerima apa yang dikatakan oleh The Edge pada nilai lahirnya.”

“Jika The Edge boleh menipu seorang penjenayah lick seperti Justo, saya tidak akan terkejut jika mereka boleh turut menipu rakyat biasa.

“Memang, organisasi berita yang berwibawa tidak akan membayar untuk mendapatkan maklumat dan mereka juga dijangka tidak menipu untuk memperolehnya.

Jika tidak, reputasi mereka juga menjadi taruhan apabila mereka menipu untuk mencuri maklumat yang dicuri,” katany…

Eksklusif: Pendedahan Kerja Pemalsuan Dokumen #1MDB Oleh Sarawak Report ...

Malaysia Melonjak Ke Ranking Ke-6 Indeks Destinasi Paling Menarik Pelabur Asing Global

Malaysia melonjak lima tangga dari ranking ke-11 pada tahun 2014, untuk berada pada kedudukan keenam mengikut Indeks Keberuntungan Asas (BPI) tahun ini.

BPI merupakan kedudukan destinasi paling menarik untuk pelabur asing, dikeluarkan oleh Foreign Policy Magazine.

Antara negara-negara ASEAN, hanya Malaysia dan Singapura berada di kedudukan 10 teratas, manakala Indonesia berada di tangga ke-12, Vietnam (23), Filipina (30) dan Thailand di ranking ke-38.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata kedudukan yang merangkumi 110 buah negara di enam benua, mengesahkan semula bahawa Malaysia merupakan pusat keuntungan yang menarik dalam rantau ini untuk para pelabur.

“Indeks itu memberi petunjuk yang jelas bahawa Malaysia menyediakan persekitaran perniagaan yang mesra, menjadikannya tempat menarik bagi tujuan pelaburan.

“Ranking ini bukan hanya berdasarkan keadaan sebelum ini namun ia juga berasaskan kepada jangkaan tentang keadaan semasa bagi tempoh lima…

Pergaduhan Di Lowyat Disifatkan Sebagai Isu Kepenggunaan:- DS Tajuddin A...

LIM GUAN ENG SOKONG MAHATHIR DALAM ISU 1MDB

Keluar UMNO tubuh PAS, keluar PAS tubuh DIP...TAHNIAH!!!

Democratic Islamic Party, itulah nama untuk “wadah baharu, Islam yang lebih berakhlak” yang telah diwar-warkan oleh Mat Sabu dan G18 sebelum ini apabila tersungkur menyembah bumi pada muktamar Pas – 61 baru-baru ini.

Sumber memberitahu, G18 menggunakan platform Parti KITA, di mana mereka telah menyelesaikan beberapa isu yang berkaitan bagi memenuhi keperluan ROS. Jika diluluskan, selepas ini Parti KITA bakal dikenali sebagai Democratic Islamic Party atau singkatannya DIP.

Penulis difahamkan DIP akan dipimpin oleh Dato’ Dr. Siddiq Fadhil, Presiden (Wadah Pencerdasan Ummah Malaysia (WADAH)) semenjak tahun 2005 hingga kini. Muhammad Sabu pula bakal menjawat jawatan Timbalan Presiden, Democratic Islamic Party.



Untuk lain-lain senarai jawatan kuasa, penulis menjangka kan ia bakal diisi oleh G18 termasuklah Salehuddin Ayub dan Mahfuz Omar, kecuali mereka berdua bertindak untuk menerima tawaran untuk menganggotai jawatan kuasa PAS Pusat.

Sumber yang sama juga mengesahkan, DIP sedang berusa…

PM tidak akan khianati rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan mengkhianati rakyat dan negara dan akan berusaha mencari jalan kebenaran dalam menangkis segala tuduhan dilemparkan terhadap kepimpinannya.Najib berkata, beliau berterima kasih terhadap sokongan diberikan oleh pemimpin UMNO dan juga oleh pemimpin tertinggi Pas, Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din yang menjelaskan tuduhan dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu sebagai tidak masuk akal."Saya tidak akan khianati rakyat. Saya akan cari (jalan) untuk tegakkan kebenaran, bertenang, kebenaran akan terbukti," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut dan Pelancaran program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab di sini, Isnin.Beliau menyeru rakyat untuk bertenang serta bersatu dalam menangkis segala tuduhan terhadap kerajaan dan pemimpin negara walaupun mereka berbeza dari segi fahaman politik.Menurutnya untuk membina sebuah tamadun yang maju, rakyat sesebuah…

Buka mata besar besar tetapi jangan seperti mata gelama kering

1. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Pendidikan percuma seperti di Norway – tetapi Norway mempunyai 25% GST2. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Tidak ada GST seperti di Hong Kong – tetapi Hong Kong adalah antara negara yang mempunyai ketidaksamarataan pendapatan yang paling tinggi di dunia dengan bacaan indeks Gini 0.537 berbanding dengan bacaan indeks Gini Malaysia iaitu 0.431 pada tahun 2012 (merosot daripada 0.441 pada tahun 2009) 3. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Kesamarataan pendapatan yg baik seperti Denmark dengan bacaan indeks Gini 0.21 – tetapi Denmark adalah antara negara yg mempunyai harga petrol tertinggi, 1.50 Euro atau RM 6.32 per liter.4. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Harga petrol terendah di dunia seperti Venezuela – tetapi kadar inflasi Venezuela adalah yg tertinggi di dunia, iaitu 62% setahun5. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Kadar inflasi yg paling rendah di dunia seperti Jepun yg mempunyai kadar inflasi negatif selama bertahun-tahun – tetapi matawang Jepun telah jat…