Terlebih dahulu kita ucapkan terima kasih kepada RTM kerana menyediakan laman web live streaming http://rtmparlimen.rtm.gov.my/
Dengan adanya kemudahan ini, kita dapatlah follow persidangan sepanjang masa di mana sahaja kita berada asalkan ada capaian internet.
Sidang malam ini berakhir jam 10.30 malam. Sebelum dewan di tangguh, MP Kota Belud YB DS Abdul Rahman Dahlan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggulung kan ucapan, MP Bagan yang cuba mengalih perhatian dengan meminta Kota Belud menarik balik perkataan bohong yang di sebut beliau minggu lepas.
Bagan juga sengaja mencari peluang supaya dia dihalau keluar dari dewan, jika dia masih berada dalam dewan bermakna dia sekali lagi akan di taji oleh Kota Belud mengenai tanah perumahan rakyat yang hilang di Taman Manggis Fasa II .
Kehilangan tanah tersebut juga ada kaitan dengan isu pembelian rumah bangalow mewah yang dibeli oleh Bagan dengan harga bawah pasaran.
Kota Belud juga akan mendedahkan isu terkini iaitu S&P terbaru antara KLIDC pemilik tanah yang akan menjualnya kepada syarikat jual dengan keuntungan berganda.
Takut dan malu dengan isu yang sedang panas maka mereka berpakat untuk buat kecoh dalam dewan dengan taktik lama mereka.
Akhirnya ramai ahli Dap angkat kaki dan yang tinggal hanyalah rakan mereka dari Beruas Perak. Paling menghairankan ialah MP Sepang juga turut angkat kaki. Rupa-rupa dia juga sudah tahu, jika dia tunggu lagi maka dia juga akan kena belasah berkaitan isu perumahan rakyat di kawasan beliau.
Makan yang tinggal terkonteng-konteng ialah Parit Buntar yan tak tahu apa-apa tentang isu skandal perumahan di Pulau Pinang. Syok juga bila Parit Buntar cuba membela sekutunya tetapi di siku sampai terduduk oleh Tasek Gelugor. Muncul sorang lagi wakil Pas dari Kelantan pun sama , kononnya nak jadi baik dan membela Bagan akhirnya dia juga kena paku buah keras dan akhirnya semua jadi ayam berak cacing.
Untuk maklumat seterus jom KLIK DI SINI