Isnin, 18 April 2016

Najib: Kesilapan Empangan Bakun tidak akan diulangi di Pan Borneo Highway

Ahad, 17 April 2016 | MYT 12:39 PM

 

Oleh ANDY CHUA

SIBU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) berkata beliau akan memastikan bahawa kesilapan yang berlaku pada Projek Empangan Hidro Bakun tidak akan diulangi dalam pembinaan Pan Borneo Highway. 

Beliau berucap di pelancaran lebuhraya Fasa ke-4 yang menghubungi antara simpang Bintangor ke Jambatan Sungai Kua, berkata hanya kontraktor yang benar-benar layak sahaja yang akan dipilih untuk kerja pembinaan tersebut.

“Projek Bakun bukan dilaksanakan ketika pemerintahan saya. Oleh itu, saya tegaskan agar kita tidak mahu melakukan kesilapan yang sama (seperti yang terjadi) pada Bakun berikutan ianya diberikan kepada kontraktor yang tidak layak.

“Untuk projek Lebuhraya Pan Borneo ini, kita hanya akan memberikannya kepada kontraktor yang boleh dipercayai untuk melaksanakan tugas tersebut,” katanya.

Projek Empangan Bakun itu, yang hanya berjaya disiapkan lewat 18bulan dari tarikh asal, juga menunjukkan peningkatan kos pembinaan dari RM6 bilion kepada RM15 bilion.

Najib menyatakan beliau tidak mahu rakyat melabel Lebuhraya Pan Borneo sebagai projek mega kerana ini hanya akan menakutkan mereka.

“Projek ini membawa makna yang lebih luas kerana kontraktor-kontraktor bumiputra tempatan kelas F juga bakal menikmati manfaat darinya. Ini akan memupuk sifat menjiwai terhadap hak mereka ke atas projek itu,” katanya.

Sebanyak 78 kontraktor bumiputra Kelas F telah menerima sijil lantikan mereka untuk melaksanakan projek yang bernilai RM533 juta daripada RM 1.7 bilion jumlah keseluruhan daripada fasa ini.

Diterjemah oleh: KKMM

2 ulasan:

  1. Secebis berita dari Sarawak:

    Bustari Yusof’s companies have been positioned by his friend PM Mohd Najib to leach out billions more public money, not only from the RM27 billion allocation to the Pan Borneo Highway...

    BalasPadam
  2. Projek Bakun awalnya diberi kpd Dato Ting Peik King kroni Tun orang Sarawak. Nak selamatkan kroninya Tun suruh Sime Darby ambil alih projek tu. Sime Darby yang tak da pengalaman membuat Hydro projek kerugian besar.

    BalasPadam