Sabtu, 14 April 2018

Dikhianati PAN, 4,000 Ahli PPBM Alor Mengkudu Keluar Parti



Makin hampir PRU14, Pakatan hanya tinggal 'harapan untuk berpakat' selepas pelbagai isu dalaman semakin terbongkar, baik dari soal calon dan kerusi. Terbaru, 4,000 ahli PPBM dari 15 pusat daerah mengundi di DUN Alor Mengkudu umum keluar parti selepas kecewa dengan pengumuman Mat Sabu yang menamakan Timbalan Pengerusi PAN Kedah, Phahrolazi Mohd Zawawi sebagai calon kawasan itu.

Mereka mendakwa kerusi DUN Alor Mengkudu adalah milik PPBM, tetapi hairan bagaimana boleh diberi kepada calon PAN yang tidak dikenali langsung. Malah perkara ini bertentangan dengan agihan kerusi yang Pakatan persetujui selama ini. Jelaslah, pimpinan atasan buat keputusan syok sendiri tanpa ambil kira suara akar umbi.

Isu kerusi di Selangor pun sampai ke hari ini masih tak selesai. Puak Pakatan nampaknya main tarik tali demi kepentingan parti-parti mereka sendiri. Kalau isu kerusi pun gagal selesai, ada hati nak jadi kerajaan pusat? Ibarat kata pepatah, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong puak-puak ni.

#PakatanProDAP #TolakPakatanPRU14