Sabtu, 14 April 2018

Tiada Saham Dalam The Loaf? Tun M Kantoi Tipu!



Semalam 'gempar' satu Malaysia bila syarikat The Loaf kepunyaan Tun M ditutup secara tiba-tiba. Lagi pelik bila penutupan kedai roti itu dilakukan lebih kurang seminggu selepas PPBM diminta dibubarkan untuk sementara oleh RoS. Maka bertempiklah puak-puak Tun M salahkan kerajaan BN yang jadi punca The Loaf tutup. 

The Loaf adalah perniagaan usaha sama antara Mahathir dan Motoko Resources Sdn Bhd, malah Tun M sendiri memiliki saham 51 peratus. Tetapi yang peliknya Tun M nafikan pegangan saham tersebut dan mendakwa dirinya hanya ada 200 unit saham dalam sebuah syarikat tembakau dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) saja! Agak-agaklah nak menipu pun Tun. Rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan buktikan bahawa Tun adalag pemilik 10.062 juta saham dalam The Loaf, siap jadi Pengarah syarikat lagi. Ingat orang ramai tak tahu ke yang Tun pun pemilik Syarikat Eurola Sdn Bhd dan Syarikat Evektor untuk membina kapal terbang? Tu, Palace of Golden Horses, Tun pun adalah pemilik ketiga terbesar dalam hotel lima bintang tu. Lagi mau tipu ka Tun?

Tak perlulah nak nafikan dan tiba-tiba bertukar jadi 'low profile'. Bukti-bukti nyata dah ada siapa Tun dan sebanyak mana kekayaan yang Tun dan keluarga miliki. Konon nak raih simpati di sebalik penutupan The Loaf. Bukan orang tak tahu Tun ni 'kaki spin', sekejap nafi, sekejap lupa. Mungkin banyak sangat syarikat dia ada, sebab itulah mudah lupa. Orang macam ni nak diangkat jadi PM lagi? Fikir-fikirkan lah!

#TolakPakatanPru14 #PakatanProDAP #TolakTunM