Isnin, 9 April 2018

Jangan Tak Tahu, Guan Eng Juga Boleh Kawal Mahkamah


Sebelum ini Lim Guan Eng tuduh PM Najib dan kerajaan kawal mahkamah, namun kini dia yang meludah ke langit. Ini berikutan kes rasuahnya melibatkan pembelian banglo jutaan ringgit ditangguhkan oleh Mahkamah Pulau Pinang, seolah-olah sengaja membuka jalan untuk beliau terlibat dalam pilihan raya nanti. 

Tarikh penamaan calon belum lagi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan kes Guan Eng masih boleh dibicarakan, jadi atas dasar apa Mahkamah Pulau Pinang menangguhkan perbicaraan kes ini jika bukan atas arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu sendiri. Sedap mengata PM Najib kawal mahkamah, sekarang apa cerita? Dia sendiri tak kawal mahkamah ke?

Sebenarnya, kalau nak ikutkan rasa tak puas hati, macam-macam 'fake news' boleh direka oleh penyokong kerajaan tentang Guan Eng yang mempunyai kuasa mengawal mahkamah, namun hal itu tidak berlaku, bukan seperti apa yang pernah dilakukan oleh puak-puak pembangkang yang mereka pelbagai fitnah dan tuduhan untuk menghentam kerajaan saban hari. 

#TolakPakatanPRU14  #PakatanProDAP