Isnin, 25 Mac 2019

Dap tuduh HIV Tinggi di Kelantan

*STATISTIK KES HIV*

Sekali Serban Dililit. 109
15 Rejab 1440 | 22 Mac 2019 

_Oleh : Nasrudin bin Hassan_

*DAP Hilang Kewarasan.*

1. Sebelum ini _(pada 6 dan 9 Mac 2019)_, pimpinan utama DAP _(Lim Guan Eng dan Nga Kor Ming)_ melompat lantun tidak ubah seperti *"kera kena belacan"*, lalu menyerang kerjasama PAS dan UMNO apabila dilihat ummat Islam kian bersatu.

_(๐Ÿ‘† saya telah jawab pada siri penulisan yang lalu)_

2. Terkini, _(pada 21 Mac 2019)_ ADUN Keranji (DAP) Perak Chong Zhemin pula kepanasaran lantas menempelak Kelantan kerana tiada pawagam lalu mendakwa kononnya Kelantan catat kes HIV tertinggi.

*Realitinya :*

3. Statistik yang dicatat oleh *Kementerian Kesihatan Malaysia* (KKM) sebagaimana yang disunting oleh *Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia* (IYRES)

4. *Statistik kes HIV tahun 2015:*

01. Selangor : 767 kes
02. Johor : 451 kes
03. Wilayah : 448 kes
04. Sabah : 233 kes
05. Sarawak : 230 kes
06. Pahang : 177 kes
07. Kelantan : 169 kes

๐Ÿ‘† _(Negeri - negeri lain mencatat kes yang lebih rendah berbanding negeri-negeri di atas)_

5. *Statistik kes HIV tahun 2016:*

01. Selangor : 888 kes
02. Wilayah : 499 kes
03. Johor : 321 kes
04. Sarawak : 258 kes
05. Sabah : 256 kes
06. Pahang : 212 kes
07. Kelantan : 189 kes

๐Ÿ‘† _(Negeri - negeri lain mencatat kes yang lebih rendah berbanding negeri-negeri di atas)_

6. *Statistik kes HIV tahun 2017:*

01. Selangor : 986 kes
02. Wilayah : 464 kes
03. Johor : 347 kes
04. Sarawak : 226 kes
05. Sabah : 211 kes
06. Penang : 193
07. Kedah : 187
08. Perak : 154
09. Kelantan : 136 kes

๐Ÿ‘† _(Negeri - negeri lain mencatat kes yang lebih rendah berbanding negeri-negeri di atas)_

7. Selepas ini, entah apa lagi fitnah murahan yang bakal direka cipta oleh bangsa DAP untuk *menutup isu skandal terowong di Penang* dan juga mendepani *gelombang kerjasama PAS dan UMNO* yang bakal merubah landskap politik tanahair.

8. Saya percaya, DAP telah *hilang sentuhan politik waras.* Kini mereka terpaksa menggunakan *skil politik fitnah* dan *gaya politik provokasi* untuk mencetus keresahan rakyat agar tidak menyokong kerjasama PAS dan UMNO.

9. Namun saya memberi keyakinan penuh kepada rakyat khasnya anak-anak muda yang *cerdas aqal dan celik politik* untuk menilai dan menolak *politik provokasi dan politik fitnah* yang diamalkan oleh DAP mutaakhir ini.

10. *Politik arrogant DAP* yang dilihat sedang mendominasi kerajaan Pakatan Harapan hari ini semakin hilang kawalan. Terhuyung hayang _"kemabukan"_ dibawah pengaruh emosi teruja berada di puncak kuasa.

_*Tolak Fitnah DAP*_

Sekian.