Selasa, 26 Mac 2019

#PRKRantau

*RANTAU - 4*

Secawan Espresso☕
HASSAN TSABITT II
25032019

Cuaca panas mencecah 38° dan kekadang 40° sememangnya merimaskan. Cafe di sudut E Curve mengeluarkan aroma Coffee menggamit aku santai dengan secawan besar Caramel Macchiatto symbol membaca beberapa kiriman mesej teman². Biasanya hampir kesemua mesej berbagai Group w.a PH akan dipadam Terus. Lebih banyak akhlak bahasa "sonsang" dari manfaatnya. 

Seorang teman dari Rembau mengirim satu mesej Ng Sue Lim yang yakin PH akan menang di Dun Rantau. Sekadar satu kenyataan tanpa berlapikkan hujah@fakta. Cumanya kenyataan itu datang dari pimpinan D4p adalah berbeza dengan ahli biasa,  ianya perlu di anggukkan. Ayam itik juga mengangguk demikian di beri dedak atau jagung. 

20,926 pengundi akan menentukan sayembara ini milik siapa. Demografi  mengikut bangsa seperti di bawah; 

Melayu - 53%
India.    - 27%
Cina.     - 18% dan 2% lain² bangsa. 

Dengan calon heavyweight Dato Muhamad Hassan yang merupakan pilihan utama,  pemangku presiden@pengerusi Umno BN,  bekas MB dan Adun Rantau,  setiap rakyat dan bangsa telah merasai budi beliau. Seperti kata K.Tanggam- ketua cabang Pkr Rantau,  jika Tok Mat yang bertanding jangan kan Sterram,  Anwar Ibrahim juga ke laut keputusannya. Belum masuk gelanggang sudah terperosok di hujung dewan. 

Jika Sterram masih menjadi pilihan calonnya,   sebahagian masyarakat India (pro K.Tanggam) akan beralih kepada Tok Mat di samping yang telah sedia ada di dalam MIC. Cukup sahaja 30% daripada 5 441 pengundi India beralih kepada Tok Mat,  mengangalah Sue Lim dan Sterram. Apakah Sterram mampu menarik hatta 5% pengundi Melayu.  Pkr Rembau dan  cabang Rantau hanyalah melukut di Negeri Sembilan.  Jin tanpa tuan -  Badrul Hisham Shahrin sendiri yang lebih lama bergentayangan di Rantau atau Rembau pun tidak mampu menggoyang ekor di Rantau,  inikan pula pendatang dari Kluang/PJ Selatan.

Dun Rantau mempunyai 118 pengundi awal,  20,804 pengundi biasa dan 4 pengundi luar negara. 55 saluran dan 16 pusat mengundi.  Keputusan Pru 13 mencatatkan Tok Mat menang hampir kesemua daerah mengundi. Daerah Kuala Sawah,  Bandar Ekar,  Rantau,  Kampung Sendayan dan beberapa tempat lain Tok Mat mencatat kemenangan lebih 50% meninggal jauh calon Pas dan Keadilan(Pkr). Inikan pula apabila Pas menjadi rakan kerjasama UmnoBn.

Saya masih berpandangan calon Pkr akan di tukar kepada calon tempatan,  samada seorang peguam senior ataupun seorang bekas duta (telah di sentuh sebelum ini).  Keberadaan Sterram ialah sekadar menguji tahap sokongan,  dan sudah dua minggu nama ini tidak memberi impak positif. Seperti biasa,  Anwar akan membuat kejutan dengan nama baru. 

53% pengundi Melayu (11,615) di bandingkan 27% dari pengundi India(5,441) dan mengandaikan 18% pengundi Cina (3,863)dan 90%(3476) akan memberi sokongan solid kepada calon PH,  Anwar mengharapkan sekitar 20% undi Melayu (2,323) dan 90% undi India(4,896) membentuk kemenangan tipis 450-500 majoriti. Pokoknya bagaimana mahu mendapatkan 20% pengundi Melayu dan mustahil 100% keluar mengundi. 
Apa lagi calonnya ialah Sterram yang gagal menguasai kaum India. 

Konklusi

Anwar sebetulnya harus berani mengambil tugasan berhadapan Tok Mat sebagai membuktikan Gajah bertemu Gajah,  buktikan kepada Tun M dan PH bahawa beliau layak di tabalkan sebagai PM setelah berjaya menundukkan Tok Mat selaku pemangku presiden Umno. Kegagalan Pkr meraih kemenangan ialah signal Anwar harus tenang melepaskan peluang tersebut kepada Azmin. Seorang yang berjaya di dalam gelanggang dan kubu Pas. 

Usah bicara tentang perjuangan jika takut berada didalam gelanggang. _Singa mengaum di dalam kurungan tidak sama singa mengaum di rimba, Lembab dan kenyang sentiasa tapi terpenjara berbeza tangkas di hutan di geruni semua._ Apakah Anwar Singa kenyang atau Raja di geruni? 

#IslamMemimpin
#MAMPUCentre