Jumaat, 30 Mei 2008

2,000 pelajar dapat biasiswa JPA


KUALA LUMPUR: Agihan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) kepada pelajar bukan Bumiputera dinaikkan kepada 45 peratus daripada 10 peratus mulai tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohomed Nazri Aziz.

Beliau berkata, sebanyak 2,000 biasiswa disediakan oleh JPA iaitu 1,100 untuk pelajar Bumiputera dan 900 untuk pelajar bukan Bumiputera.
"Pecahannya ialah 55 peratus untuk Bumiputera dan 45 peratus kepada bukan Bumiputera berbanding sebelum ini hanya 10 peratus saja diberikan kepada bukan Bumiputera," katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Rang Undang-undang Pembekalan Tambahan 2008 (2007) membabitkan RM60 juta kepada JPA di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata, pemberian biasiswa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara adil supaya semua pelajar cemerlang mendapat pembiayaan.

Katanya, penawaran biasiswa JPA kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 untuk PILN dibuat berdasarkan kriteria kelulusan akademik (70 peratus), kokurikulum (10 peratus), latar belakang keluarga (10 peratus) dan prestasi temu duga (10 peratus).

"Kerajaan tidak boleh mengambil tindakan 'menghukum' pelajar cemerlang hanya kerana ibu bapa mereka berpendapatan tinggi dengan tidak memberikan kemudahan meneruskan pelajaran semata-mata kerana mereka daripada keluarga berada.

"Sebaliknya peluang diberikan kepada mereka berdasarkan kriteria yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata, pada tahun ini seramai 15,220 pelajar lepasan SPM 2007 yang cemerlang memohon biasiswa untuk PILN dan daripada jumlah itu hanya 7,282 pelajar dipanggil untuk temu duga.

"Berdasarkan kemampuan kerajaan, hanya 2,000 biasiswa disediakan untuk PILN tahun ini. Oleh kerana bilangan biasiswa yang ditawarkan adalah terhad, sedangkan bilangan pelajar yang cemerlang adalah terlalu ramai, maka tidak semua pelajar cemerlang termasuk yang memperoleh 11 A1 atau 12 A1 berjaya memperoleh biasiswa JPA," katanya.
Nazri berkata, untuk pelajar cemerlang SPM meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi, kerajaan memutuskan mulai tahun ini semua pelajar lepasan SPM 2007 yang memperoleh 9A dan ke atas akan ditaja oleh kerajaan melalui JPA ke tingkatan 6 Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan dan di Pusat Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran termasuk Pusat Asasi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Katanya, kerajaan juga bersetuju supaya JPA memberikan tajaan kepada pelajar yang mendapat tempat mulai tahun satu di universiti bertaraf Ivy League dan setara di luar negara.

Pelajar lepasan SPM yang mendapat tawaran tahun satu untuk kursus yang diiktiraf di kampus cawangan Monash University, Notingham University, Swimburne University dan Curtain University of Technology di Malaysia akan juga ditawarkan biasiswa untuk pengajian ijazah pertama.

Beliau turut bersetuju cadangan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) supaya kerajaan menetapkan satu definisi pelajar cemerlang dan semua yang termasuk dalam kategori itu diberikan biasiswa atau bantuan pendidikan sewajarnya.

Khamis, 29 Mei 2008

MCA kecam serangan ke atas penduduk Bandar Mahkota Cheras

Samseng terima padah
Siapa yang paling ramai kalau bukan penyokong Dap

PUTRAJAYA: MCA hari ini mengecam serangan dan penggunaan keganasan terhadap penduduk Bandar Mahkota Cheras yang membantah pembinaan penghadang di atas jalan berhampiran Lebuhraya Cheras-Kajang.

Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat, berkata beliau sudah berjumpa dengan anggota Jawatankuasa Bertindak Bandar Mahkota Cheras dan menerima aduan bahawa keganasan digunakan dalam usaha menghalang penduduk daripada merobohkan penghadang itu.

"Saya terkejut kerana berlaku keganasan atau penggunaan elemen keganasan ke atas beberapa penduduk oleh golongan tidak bertanggungjawab di bawah pemerhatian penuh pasukan polis.

"Saya akan mengambil tindakan susulan terhadap kes ini dengan Ketua Polis Selangor dan Ketua Polis Negara berhubung insiden ini. Sebarang usaha oleh mana-mana pihak untuk membawa masuk samseng atau perusuh sama sekali tidak akan dibiarkan,” katanya di sini hari ini.

"Sebagai penduduk dan pemilik hartanah, mereka mempunyai hak untuk menyatakan bantahan. Kenapa anda biarkan penduduk dipukul? Sama ada mereka anggota mana-mana parti politik atau tidak, itu bukanlah perkara utama tapi yang penting ialah anda tidak perlu menggunakan kekerasan,” kata Ong, yang juga Pengerusi MCA Selangor. - Bernama

INGAT TADI ADUN UMNO......RUPA-RUPANYA BUKAN

Prosiding lafaz talak isteri kedua Adun Melor ditangguh 2 Julai



KOTA BHARU: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas Kelantan mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini untuk mengesahkan lafaz cerai terhadap isteri keduanya, seorang warga Kemboja berketurunan Cina, yang dikahwini lima tahun lalu.

Adun Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, 53, selaku defendan, yang tidak hadir di mahkamah semalam, mengemukakan permohonan itu menerusi peguamnya, Mahani Mustafa, 24, atas alasan sudah melafazkan cerai talak satu di rumah sewa isterinya, Siti Aishah Abdullah, 24, dekat Wakaf Mek Zainab, pinggir bandar ini pada 16 April lalu.

Prosiding permohonan mengikut Seksyen 57 Enakmen Keluarga Islam Kelantan 2002 itu berlangsung dalam kamar Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan.



Siti Aishah yang diwakili peguam, Mohd Sibri Ismail, hadir mengikuti prosiding itu sambil ditemani bapanya, Kim Ti, 63.

Berikutan ketidakhadiran defendan, Nik Najib menangguh kan prosiding pengesahan lafaz talak itu kepada 2 Julai ini, bagi memberi peluang kepada Wan Ismail hadir di mahkamah untuk memberi keterangan mengenai lafaz cerai terbabit.

45% BIASISWA UNTUK BUKAN BUMIPUTRA

Dato Seri Sammy Vellu telah berjaya dalam misinya bertemu JPA berhubung dengan biasiswa untuk bukan Melayu khas nya untuk kaum India. Hari ini dengan pengumuman kabinet telah melerai kemelut biasiswa.

Kisah bermula seorang gadis India dari Ipoh yang memperolehi 10A1 gagal mendapat biasiswa JPA untuk pengajian kedoktoran perubatan di luar negara. kes berikut merupakan kes terpencil yang bukan isu untuk diperbesarkan sehingga masuk dada akhbar. Ini kerana kebiasaannya seorang calon itu dinilai dari berbagai sudut. kokurikulum nya , penglibatan dalam pelbagai aktiviti sekolah, atau merit. Kalau markah nya rendah tak dapat 6 untuk Koku sudah tentu dia gagal. Tahun ini hanya 30 ribu lebih pemohon yang berjaya dari lebih 150 ribu permohonan diterima masuk ke IPTA. Kesemua 30 ribu yang berjaya masuk belum tentu akan berjaya dalam jurusan pilihan pertama mereka. Mungkin pilihan ke 7 atau ke 8 sahaja. Dengan demikian adalah tidak adil bagi individu seperti gadis India dari Ipoh tersebut menyalahkan JPA kerana gagal menyediakan biasiswa untuk pengajian kedoktoran beliau dia harus menerima apa saja tawarang yang diberikan.

Lain lah anak orang kaya yang mampu meghantar anak mereka ke luar negara dan memilih jurusan yang mereka suka. Di Malaysia IPTA mempunyai tempat yang terhad. Kalau Gadis India itu berasa dia seorang yang layak tetapi ada seribu lagi yang lebih layak dari dia, lebih markah merit diperolehi mereka.

Tahniah juga kepada. 45% bukan bumiputra yang akan menerima biasiswa JPA itu nanti. Harapan saya satu sahaja. Bila berjaya dalam pelajaran hendaklah balik ke Malaysia dan berkhidmat untuk negara dan jangan lupa menjadi pengundi yang memberi undi kepada BN. Jangan jadi seperti setengah ahli politik yang ada dalam Dewan Rakyat, bersekolah dengan wang kerajaan dan selepas berjaya menjadi penentang kerajaan. Ramai tu dalam dewan..yang macam tu

SELANGOR TAK AMAN BAWAH PKR,DAP DAN PAS

Sebelum PRU12, tuduhan mereka , Negara ini tidak selamat. jenayah meningkat, negara tak aman, macam-macam lagi lah, tapi hari ini siapa yang buat kacau, siapa dalang kepada kalau bilau di Grand Saga..Cheras-Kajang. Sudah terjawab pun. Malaysia aman , Selangor aman dan bahagia di bawah pemerintahan BN. bukan di bawah pemerintahan samseng seperti hari ini. Tentunya rakyat negeri yang memberi undi kepada mereka rasa teramat kecewa.

Roboh penghadang jalan - MB

Bila Selangor dikuasai oleh DAP.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mahu penghadang jalan keluar-masuk Bandar Mahkota Cheras dirobohkan walaupun Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memberi kelulusan untuk membina tembok tersebut.

Ini kerana kerajaan negeri berpendapat, isu itu adalah perbalahan antara dua pihak iaitu pihak konsesi Lebuh Raya Cheras-Kajang, Grand Saga Sdn. Bhd. (Grand Saga) dan pemaju kawasan tersebut, Narajaya Sdn. Bhd. (Narajaya).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, kedua-dua syarikat terbabit sudah membawa pertikaian itu ke Mahkamah Tinggi untuk menentukan atau memutuskan sebarang tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun tegas beliau lagi, kerajaan negeri memberi jaminan akan membuka semula jalan masuk ke kawasan perumahan Bandar Mahkota Cheras apabila mendapat kebenaran Kementerian Kerja Raya.

"Kita sudah menghantar surat kepada Kementerian Kerja Raya semalam (kelmarin) dan amat berharap pihak kementerian terbabit akan dapat membuat keputusan membuka semula jalan ini.

"Tetapi kita sudah membuat keputusan supaya penghadang jalan berkenaan dialih supaya penduduk boleh guna jalan ini," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan suasana kembali tegang di kawasan tersebut apabila penghadang konkrit dibina semula sehingga beberapa penduduk turut tercedera.

Kekecohan pertama yang berlaku di persimpangan tersebut tercetus pada 21 April lalu apabila penduduk bertindak merobohkan tembok konkrit yang dibina Grand Saga.

Ia berlarutan selama beberapa hari dan yang terakhir pada 8 Mei lalu apabila Grand Saga yang membina tembok tersebut buat kali kedua turut dirobohkan lagi.

Ekoran itu pada 12 Mei lalu, satu perbincangan empat penjuru antara Grand Saga, kerajaan negeri, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan pemaju bandar Bukit Mahkota telah diadakan, namun gagal.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid menjelaskan, jika Narajaya menang dalam kes tersebut, maka laluan itu dibuka, tetapi sekiranya kalah, Narajaya perlu membayar pampasan kepada Grand Saga dan jalan berkenaan tetap akan dibuka.

Tegas beliau, pertikaian antara kedua-dua pihak tidak ada mengena langsung dengan penduduk Bandar Mahkota Cheras sehingga berlaku kekecohan dan pertelingkahan yang mengancam keselamatan di kawasan itu.

"Pendirian kerajaan negeri ialah jalan itu mesti dibuka, tetapi ia juga perlu mendapat kebenaran Pusat kerana ia turut membabitkan jalan persekutuan.

"Menteri Kerja Raya (Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed) yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dan cara tertib ialah meminta menteri membuka jalan ini," katanya yang juga meminta penduduk bersabar.

TALQIN UNTUK PAS

Hari ini PAS sudah dianggap berkubur di Perak, Selangor dan P.Pinang. Apa tidaknya, PAS mengaku sudah tidak penting untuk menubuhkan negara Islam. Kedah pula berkata Hudud buka satu perkara penting dalam kerajaan baru negeri Mereka.

Oleh itu PAS perlu menguburkan lambang dan bendera mereka dan mengisytiharkan diri mereka sebagai PKR atau DAP, kerana secara fizikal saja mereka Islam dan Batin mereka sudah hancur,. akar umbi PAS juga bukannya manusia yang baik, yang ramai ialah kaki sabung ayam, kaki judi, kaki pukul orang , dan bermacam-macam kaki lagi la

Prinsip Pas tubuh negara Islam semakin kabur?

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali selaku salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri telah membuat satu kenyataan yang amat meyakinkan semasa sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 26 Mei lalu.

Kenyataan beliau berbunyi:  

"Tidak pernah berjanji akan menjadikan Malaysia negara Islam, tidak berjanji akan menutup tempat-tempat maksiat; kilang arak dan pusat hiburan".

Adakah kini Pas menukar perjuangan atau memang dari dulu bukan pembentukan negara Islam yang menjadi asas perjuangan mereka?

Jika mereka terpaksa menukar prinsip perjuangan demi Pakatan Rakyat, maka tahniah DAP, dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jika pada tahun 80-an dahulu, Pas cuba menarik Anwar menyertai mereka tapi gagal, tapi kini ternyata Anwar berjaya menarik Pas menyertai perjuangannya. Adakah ini bermakna Pas akan dibubarkan atau adakah kemungkinan Anwar bakal menjadi Tuan Guru atau Mursyidul Pas yang akan datang?

Jika ini tidak pernah menjadi asas perjuangan Pas, maka tertipulah saya dan kawan-kawan dalam jemaah semasa di universiti dahulu.

Pemimpin-pemimpin Pas dalam kaset-kaset yang diedarkan menyatakan UMNO taghut dan sekular kerana tidak menegakkan daulah Islamiah. Masih terngiang-ngiang di telinga kata-kata "Undi UMNO bermakna menolak Pas.

Menolak Pas bermakna menolak negara Islam. Maka tidak akan masuk syurga sesiapa yang menolak negara Islam". Berapa ramai anak muda terpengaruh semasa itu sehingga menimbulkan ketegangan dalam keluarga kerana krisis fahaman politik yang berbeza.

Apakah rakyat Malaysia sudah lupa ketaksuban politik Pas terhadap UMNO pada tahun-tahun 70-an dan 80-an dahulu sehingga menimbulkan isu kafir-mengkafir.

Saya dan rakan-rakan yang kebingungan kini mengharapkan penjelasan Pas mengenai perkara itu. Mengapakah bersekongkol dengan DAP, ekstremis bangsa Cina dan PKR, gabungan Parti Sosialis dan Parti Keadilan yang memperjuangkan supaya Anwar menjadi Perdana Menteri.

JAMLIAH

Kuala Lumpur

Rabu, 28 Mei 2008

EZAM BALIK KE UMNO

Serah borang Umno
TAHNIAH LAH KEPADA EZAM...AKHIRNYA SETELAH 4 TAHUN TERAGAK-AGAK UNTUK MASUK UMNO, HARI INI DIA SAH JADI AHLI UMNO.

SEBELUM INI DIALAH ORANG KUAT PKR, PEMIDATO YANG TONA SUARA MIRIP ANWAR IBRAHIM. KALAU TAK TENGOK MUKA ORANG SUKAR NAK BEZA DIA DGN ANWAR.

HEBAT SUNGGUH EZAM, SERAH BORANG SENDIRI KEPADA PAK LAH. MUNGKIN DIA MASUK CAWANGAN PAK LAH KUT..BAGUS JUGA MAKA DALAM PRU13 KITA AKAN DAPAT LIHAT SUARA LANTANG BELIAU MENUMPASKAN HUJAH-HUJAH DANGKAL PKR.

HARI INI MERUPAKAN HARI KEMENANGAN KEPADA UMNO, APABILA SEORANG MUSUH UMNO YANG KERAS SUARANYA MENGKRITIK UMNO HARI INI DENGAN RASA PENUH RENDAH DIRI DAN MENUNDUK MENYERAHKAN BORANG KEAHLIAN UMNO.

HARAP LEBIH RAMAI MUSUH-MUSUH POLITIK UMNO SEBELUM INI AKAN MENGIKUT LANGKAH EZAM.

JANGAN TAKUT. UMNO TAK AKAN MENOLAK PERMOHONAN ANDA. PERGI KE MANA-MANA PEJABAT UMNO DAN ISI BORANG, SEDIAKAN SEKEPING GAMBAR DAN WANG RM 2.00.

SEMOGA KEAHLIAN EZAM AKAN KEKAL SELAMA-LAMANYA .

ISLAM MODERATE

Islam Malaysia akan terhapus jika Anwar jadi PM. Malaysia akan jadi seperti Iraq, Afghanistan, Adakah Pas tak sedar lagi. Pas nak jalankan hukum hudud, PKR dan DAP tolah Islam. DAP nak malaysia jadi negara sekular , PKR pulak nak jadikan Malaysia negara Islam Mederate.

HIPOKRITMELAYU

DALAM, SEBUAH DESA ADA DUA ORANG SABAHAT .DUA ORANG TU SORANG NAMA HASAN DAN SORANG LAGI NAMA ANWAR,,....CAKAP BERGEGAR MACAM AYAM SABUNG YANG BERKOKOK SELEPAS MENANG SABUNG. EKOR PENUH TAHIII
MEREKA TU BARU MENANG SABUNG TAPI SAYANGNYA MACAM CERITA PAK PANDIR. MENANG SORAK SAJA,,,

Dr Hasan Ali Luluskan projek mega ternak babi tetapi haramkan Islam Hadhari?



SAYA dan mungkin umat Islam yang lain berasa kesal dengan tindakan Datuk Dr. Hassan Ali yang mewakili Kerajaan Negeri Selangor mengharamkan segala aktiviti dan program yang bersangkutan dengan Islam Hadhari di Selangor.

Aksi beliau semasa berhujah boleh disaksikan dalam Buletin Utama TV3. Begitu bersemangat sekali beliau memperjuangkan untuk mengharamkan apa yang tidak diharamkan.

Sempat lagi membacakan ayat-ayat al-Quran untuk menguatkan lagi tindakan beliau itu. Pesanan saya biarlah Majlis Mufti yang mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan segala aktiviti yang berkaitan dengan Islam Hadhari.

Selepas sahaja saya menyaksikan aksi beliau di kaca televisyen, terlintas di fikiran saya mengapa aksi bersemangat begitu tidak ditunjukkan semasa isu projek ternakan babi di Sepang yang telah pun diluluskan oleh Kerajaan Selangor tempoh hari.

Jika beliau ikhlas untuk menegakkan kebenaran Islam di negeri Selangor mengapa beliau tidak menentang sekeras-kerasnya kelulusan projek tersebut.

Terdapat banyak ayat al-Quran yang memberitahu kepada semua umat manusia bahawa babi adalah tergolong dalam najis berat dan haram disentuh apa lagi untuk dijamah dagingnya.

Mengapa tidak terbaca ayat-ayat tersebut sedangkan al-Quran itu untuk dibacakan kebenarannya kepada seluruh umat manusia tidak kira agama dan bangsa.

Jika hendak menentang sesama Islam begitu berani dan tegas tetapi amat mendukacitakan apabila menjadi penakut dan bacul untuk menentang apa yang terang-terangan adalah haram di sisi Islam.

Kepada Yang Berhormat Hassan, cubalah menjadi hero kepada umat Islam di Selangor khasnya dan di seluruh Malaysia amnya. Tentang lah projek ternakan haram itu.

Anti khinzir Bayan Lepas, Pulau Pinang

Selasa, 27 Mei 2008

TAHUN 2008 TAHUN MENCABAR

Tahun 2008 merupakan tahun lompat. tahun sukan Olimpik , Tahun yang ada 29 Feb, tahun yang penuh dramatik, panas, sejuk semua ada.

Tahun ini juga merupakan tahun malang buat UMNO. Kalau kemalangan di jalan raya berpunca dari kecuaian pemandu dan juga masalah teknikal kenderaan atau pun kesilapan orang lain. Anda bawa kereta betul dan berhemah pun kadang-kadang orang langgar kita. so nak kata apa, silap-silap duit pokek kita terbang sebab repair kereta. orang yang langgar kita lari entah kemana, walaupun report dibuat di balai polis, belum tentu kes atas selesai dengan mudah.

Dalam UMNO pula sama. buat betul pun orang kata salah, buat salah lagi lah di kutuk. hari hari UMNO dicaci , di hina di mana saja, di pasar malam UMNO di hina. Dalam Khutbah Jumaat pun sama. dalam ceramah agama pun tak lari dari dihentam habis-habisan oleh puak-puak laknatullah.

Mereka kata mereka betul, orang lain semua salah. Yang anihnya UMNO saja yang salah, DAP tak salah apa pun, PKR tak salah apa pun. Kalau ada salah pun mereka pejam mata sebelah, buat tak nampak.

Orang PKR membohong terang-terang pun mereka tak kutuk , tak cerca, ambil contoh Ezam lah, dalam satu ceramah dia kata dia telah serahkan bukti-bukti rasuah menteri menteri kepada PM. Dokumen setebal 600 muka surat siap dengan semua salinan bukti-bukti seperti invois dan sebagainya. Jelas omong kosong Ezam tu, tapi mereka tak kondem pulak.

Anwar juga salah seorang yang korup dalam BN dahulu, mereka kutuk dia habis-habis. tapi akhirnya bersekongkol pula mereka berdua,

Tadi aku ke pasar sehari. aku lihat seorang penjual kitab-kitab agama dan keset ceramah agama. Untuk menarik pelanggan datang ke gerainya beliau telah mainkan VCD ceramah agama . Aku lihat dari jauh saja, jelas suara dari peti tv boleh dengan dari jauh, salah satu isi ceramah dia kata, "Lihatlah dalam PRU12 baru ini , berpuluh-puluh buah bas telah disediakan untuk bawa pengundi balik ke Kelantan, Depa ingat boleh menang dengan berbuat begitu, tapi akhirnya mereka pangkah bulan purnama juga" Ini penceramah agama ke atau pencaramah politik? jawabnya ialah penceramah politik yang bertopengkan uztaz.

Hari ini PAS cukup takut dengan Islam Hadhari yang dianjurkan oleh PM. mereka kutuk habis-habisan dalam setiap ceramah agama di surau dan masjid apatah lagi dipentas politik.
Mereka takut sebab Islam Hadhari lebih popular dari Hukum Hudud yang diwar warkan oleh mereka satu ketika dulu. aku dah baca draf Hukum Hudud yang ditulis oleh Hadi Awang. Nak muntah dan loyar tekak aku baca. elok lagi karangan tugasan budak sekolah rendah.

UMNO ini macam perjuagan zaman nabi lah. yang menentangnya ramai. yang mengikut nabi hanya 40 orang saja. 50 tahun UMNO berusaha memajukan negara dan menegakkan syiar Islam. Anwar tahu semua benda tu, sebab dia masa dalam UMNO dialah hero yang mematahkan semua hujah-hujah PAS khasnya tentang pembangunan Islam yang dibawa oleh UMNO, dia sendiri kata, UMNO saja Islam Pas tak buat apa-apa dalam Islam. Tapi hari ini nada dia sudah bertukar sebaliknya,

Bab rasuah masa dia dalam UMNO dia bapa rasuah. semua orang tahu, sebab tu abang adik dan bapa dia jadi pengerusi sana sini. Duit raya anak-anak dia berpuluh ribu . sama juga dgn orang kanan yang amat setia dengan nya, duit raya anak berpuluh ribu,,

Dulu dia kata dia ada 10 kotak bahan bukti nak didedahkan, sampai sekarang tak nampak pun. sama macam cerita Ezam dgn 600 helai dukomen rasuah menteri. Auta saja,

Memamg lah UMNO kalah teruk dalam PRU 12 ini, tapi itu bukan berakhir segala-galanya. UMNO kalah kerana serangan bertubi-tubi dari PKR , PAS dan DAP. Serangan yang tak ditangkis. Misbun Sidek pun kalah kalau Mortem Prost smah dia tak henti-henti, tapi ingat itu bukan bererti tamat perjuangan. Lain hari berbalas juga.

Hari ini semua orang mengakui sms, email, blog, dan youtube memainkan peranan besar dalam meraih kemenangan. Ops ada satu lagi, pengedaran VCD juga menjadi satu media politik. selain dari merasuah pengundi. aku tahu ada jiran-jiran aku tadi kaum India di sogok dengan beras, gula, tepung dll supaya mengundi mereka, VCD tu pula semua kisah HINDRAF lah. dan Isu meroboh kuil-kuil. dan sebagainya,

Tentang kuil ini pulak satu masalah. mereka sedap sedap saja bina kuil ikut suka hati, macam di Taiping tahun lalu ada sebuah kuil baru di bina di Jalan Tupai.(Belakan Dewan MPT dan Padang Bola MPT) aku kata ia dibina secara haram kerana tidak ada papan kelulusan oleh PMT . sampai sekarang pembinaan masih berjalan. Kalau lah satu hari nanti kuil itu dirobohkan tentulah ia akan jadi isu, Sekarang tak apa lah sebab Perak di perintah oleh PR.

UMNO masih relevan, rakyat masih mengharapkan UMNO memerintah. PR tak lama . tak lama lagi musnahlah, Sebab rumah yang mereka bina di buat dari papan-papan dan kayu-kayu yang reput dan sudah di mamah anai-anai. Percayalah. UMNO akan kembali berkuasa untuk memerintah untuk kesejahteraan semua rakyat.

PAS UNTUK SEMUA? tunggu......

INTAN!!!!!BALIKLAH

TAIPING: “Nenek tenat. Ibu rindukan Intan. Pulanglah,” Begitu rayu Jomedah Mokri, 49, kepada anaknya, Intan Nurhidayah Mohamad Jainy, 22, yang menghilangkan diri sejak lima bulan lalu.

Jomedah berkata, dia menemui anaknya kali terakhir pada Disember lalu sebelum Intan meninggalkan rumah di Parit Empat, Simpang Empat Semanggol, Bagan Serai, dekat sini, untuk mencari kerja di Kuala Lumpur.

Menurutnya, beberapa hari selepas anaknya berada di ibu kota berkenaan, Intan ada menghubunginya untuk memaklumkan sudah mendapat kerja di sebuah pasar raya di Shah Alam.

“Ia kali terakhir saya dengar suara Intan. Selepas itu, saya beberapa kali cuba menghubungi telefon bimbitnya tetapi gagal


Justeru, saya merayu supaya dia pulang segera ke rumah kerana begitu merinduinya selain neneknya juga tenat,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Jomedah berkata, Intan menamatkan pengajian Diploma Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang pada April tahun lalu.

Menurutnya, Intan kemudian pulang ke kampung selama sebulan sebelum meminta izin daripadanya dan bapa tirinya, Abd Rahman Isa, 60, untuk pergi mencari kerja di Kuala Lumpur, kira-kira dua bulan selepas itu.

“Kali pertama Intan pergi ke Kuala Lumpur pada Jun tahun lalu dengan rakannya bagi mencari pekerjaan. Selepas beberapa hari, dia memberitahu sudah mendapat kerja di sebuah restoran di Subang Indah, Selangor.

“Dia pulang ke kampung selama seminggu pada Disember lalu dan tetap ceria seperti biasa dan tanpa sebarang perubahan. Selain itu, Intan juga tidak berselisih faham dengan ahli keluarga,” katanya

Jomedah dan suaminya juga sudah menelefon kawan rapat Intan di Kuala Lumpur dan Shah Alam, tetapi masing-masing tidak tahu di mana anak perempuannya berada.

Justeru, dua laporan mengenai kehilangan Intan sudah dibuat di Balai Polis Simpang Empat, Semanggol pada 21 April lalu diikuti di Balai Polis Shah Alam pada 18 Mei lalu.

Jomedah meminta sesiapa yang mengetahui di mana Intan berada supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubunginya di talian 017-5813493, 012-5099131 ataupun 05-8993379.

BERITA DIPETIK DARI AKHBAR .

Isnin, 26 Mei 2008

10 BAS KBEM DISITA JPJ.

Tindakan JPJ menyita 10 buah bas belum cukup menyedarkan konsortium tersebut.. sebabnya pada hari berita itu keluar di akhbar bas mereka masih terus berjalan.

mungkin mereka guna strategi sepuluh sepuluh. kalau hari ini kena sita 10 buah , esok mereka keluarkan 10 buah lagi, adakah konsortium ini mahukan bas mereka di sita dengan sengaja. adakah konsortium ini mempunyai masalah kewangan?

PATUTKAH ANWAR DI MASUKKAN KE KAMUNTING LAGI?

Kalau kerajaan Malaysia masukkan dia ke Kamunting semula , apa kah senario baru akan berlaku di negara kita.? Adakah Amerika akan hantar F16 untuk mengebom negara kita. Malaysia dijadikan seperti Iraq dan Afghanistan.

sebab dia dok kata, Malaysia bukan negara demokrasi. so mungkin dia kata kerajaan tak akan berani tangkap aku lagi , sebab sokongan kuat yang sentiasa berada di belakang dia,

so rakyat malaysia yang cintakan tanah air ini, marilah sama-sama kita meninggalkan perjuangan dia sorang-sorang , semoga negara kita tidak dijajah lagi

kepada penyokong PAS dan PKR sedarlah, bahawa negara akan jadi macam Iraq kalau kita tak pandai jaga.

Khamis, 22 Mei 2008

PERMIT DIGANTUNG BAS TERUS JALAN

Baru-baru ini Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan telahpun menggantung permit bas KONSOTIUM BAS EKRESS yang berpangkalan di Kamunting Perak.

Yang peliknya masih ada bas-bas tersebut beroperasi macam biasa. dan di stesen bas ekpress tak nampak pun kelibat pegawai JPJ untuk memantau atau menguat kuasakan hukuman yang telah dijatuhkan kepada konsortium tersebut.

Sekiranya dalam tempuh sebulan pengangtungan ini bas itu masih berjalan seperti biasa nampaknya BPR kena siasat ke akar umbi.

Kita tidak mahu melihat LPKP berdendang di dada akhbar. Kita mahu tindakan yang betul di ambil.

TUN DR MAHATHIR

INI JAWAPAN TUN MAHATHIR KEPADA PENGKRITIK BELIAU. 22 TAHUN TUN SEBAGAI PRESIDEN DAN PERDANA MENTERI , TAHU SELOK BELOK PEMERINTAHAN , POLITIK DAN TINGKAHLAKU ORANG DIBAWAH BELIAU. SO JANGAN LAH KITA YANG BARU BARU CELIK MATA NAK HINA DAN KRITIK TUN. TUN ADALAH PEMIKIR NO 1 DI MALAYSIA. TANPA TUN MALAYSIA TAK KEMANA, ADA DUA ORANG LAGI YANG SELALU KRITIK TUN PEDAS-PEDAS. PUN NAK KENA LASTIK KEPALA OLEH TUN JUGA TU

Saya telah ikuti laporan berkenaan keputusan saya keluar dari UMNO yang disiarkan RTM 1, 8 malam, 19 hb Mei. Komen oleh dua pemimpin UMNO amat menggelikan hati saya.

Tun Musa Hitam dakwa saya adalah ‘duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan.’

Tun, apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging UMNO tahun 1986 - 87 dahulu? Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai Timbalan Presiden UMNO. Rupa-rupanya Tun masih punyai niat untuk jatuhkan saya.

Oleh itu Tun menghasut Tengku Razaleigh yang menjadi musuh ketat Tun supaya lawan saya. Demikianlah bencinya Tun kepada saya sehingga sanggup terima musuh ketat Tun bertanding Presiden, dan Tun jadi Timbalannya; Tun sebelum itu rayu supaya saya sokong Tun untuk rebut jawatan Timbalan Presiden dalam pertandingan lawan Tengku Razaleigh.

Akhirnya pecahlah UMNO dan muncullah parti serpihan Semangat 46. Tetapi dengan bijaknya Tun tidak menyertainya. Tun selamat dan dilantik oleh saya sebagai perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tengku Razaleigh terkeluar daripada UMNO Baru dan menjadi mangsa perancangan Tun. Syabas Tun. Saya tak tahu sekarang Tun ahli UMNO atau tidak.

Satu lagi pemimpin UMNO ialah Shahrir Samad yang lupa bagaimana dia keluar UMNO, jadi calon bebas dan lawan dengan UMNO, dalam Pilihanraya Kecil dengan simbol kunci.

Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Jika tidak kerana kakak Tun Musa sebagai Ketua Wanita Johor Bahru datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu supaya Dato dibenar kembali ke pangkuan UMNO, Dato akan jadi duri dalam daging UMNO lebih lama. Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihanraya kecil saya bersetuju Dato masuk balik UMNO.

Saya ucap tahniah kerana Dato dapat sekali lagi jadi Menteri. Jagalah harga barang baik-baik. Tak usahlah komen tentang diri saya.

Tepuk dulang paku serpih.
Katakan orang awak yang lebih.