Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2013

Kecoh di Kampung Hakka Mantin Seremban

Cerita 1


Dalam kejadian tengahari tadi , enam orang wakil rakyat DAP ditahan kerana berada dalam rumah kelab alumni SRJKC Chi Chi yang juga terlibat dalam operasi perobohan.

Polis memasuki bangunan tersebut tiga minit selepas memberi amaran dan menahan Loke, MP Rasah Teo Kok Seong, serta tiga lagi ADUN parti tersebut J Arulkumar (Nilai), P Gunasekaran (Senawang), Chew Seh Yong (Bahau), Ng Chin Tsai (Temiang) serta beberapa orang lagi.

Mereka mahu menjadi hero bertindak memaki hamun pihak Polis , apa ingat negara ini tidak ada undang undang ke ? Sumbat saja dia dalam lokap dan jangan tunjuk biadab di Negeri Sembilan , baru beberapa kerat dah nak tunjuk belang. #TokMatMBNSbest— with Mohd Zairi.

Cerita 2
Seramai enam orang wakil rakyat DAP termasuk MP Seremban Anthony Loke serta para aktivis termasuk setiausaha agung PSM S Arutchelvan ditahan ketika menyekat operasi perobohan di Kampung Hakka di Mantin, Negeri Sembilan hari ini. Dalam kejadian jam 11.30 pagi, Arutchelvan digari dan ditahan po…

Isu roboh gerai di Kajang

Kenapa tak semua dirobohkan?

Ritual Padi Hadi Awang Ada Unsur Syirik

Lidah rasmi Pas, Harakah semalam telah melaporkan berkenaan program 'Turun Bendang dan Doa Awal Musim Padi' yang di hadiri oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Program yang diadakan di itu dikatakan bertujuan untuk memohon kepada Allah agar benih padi subur dan memberikan hasil yang banyak pada musim depan.

Malah Hadi Awang turut mengenakan pakaian baju lengan panjang, seluar, kain sarung, topi dan kasut but panjang sebagai gimik sambil menabur biji benih padi di petak sawah. Secara asasnya tiada apa yang salah dengan program tersebut, namun apabila diteliti ternyata program yang diadakan itu mempunyai unsur-unsur syirik.

Penasihat Eksekutif Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu) Dr. Fathul Bari Mat Jahya ketika dihubungi mengatakan 'ritual' tersebut bukan merupakan amalan sunah. Malah Nabi Muhammad saw juga tidak pernah melakukan perkara sepertinya.

"Apa yang dibuat oleh Tuan Guru, Hadi Awang itu dikira perkara yang umum, selama mana tidak ada …

Seriuskah PAS Menentang COMANGO?

Harakahdaily semalam melaporkan kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad yang menyeru NGO Islam agar membantah tuntutan COMANGO.   Katanya, "Tanpa mengira latarbelakang politik mahupun ideologi, marilah kita memahami dan mendalami keindahan Islam dengan betul."

Di akhir kenyataannya, beliau juga mendesak kerajaan Malaysia mengambil serius isu ini dan bekerjasama dengan NGO Islam untuk menghadapi COMANGO. 

Menarik sekali kerana Kamaruzaman tidak pula menyebut PAS secara spesifik tetapi hanya membayangkan yang semua yang di pihak Islam perlu terlibat dalam menentang COMANGO. 

Antara kandungan kenyataannya, Kamaruzaman sendiri telah menggariskan bahawa antara perkara penting yang perlu dipertahankan ialah perlembagaan berkaitan Enakmen Jenayah Syariah dan Artikel 152 berkenaan hak Melayu selain pengharaman Syiah serta penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian. 

Justeru, kita hairan, apa sudah jadi dengan sikap PAS yang gemar manjadikan Islam itu sebaga…

Ini baru nama Pas Haprak

Masa aku kecik-kecik pernah juga tengok Melayu haprak. Haprak sebab setiap kali ada cina mati, depa ambil upah pakai baju guni dan menangis ikut lori mayat. Akan tetapi melayu haprak tu dah tobat dan tak buat kerja tu lagi, rupa-rupa zaman sekarang ada lagi berlaku pada orang Pas yang kononnya menegakkan Islam. Ustazah Abby Elite kata "orang Pas masuk syurga, undi Bn dapat dosa, undi Pas dapat pahala."Ini yang dok usung bendera Dap Sosialis Demokrat ini termasuk dalam golongan apa? Harap Ustazah Abby dapat bagi jawapan!

BN tabur Janji ? PAS tabur fitnah

Mahfuz ingin jadi juara kaum cina pulak dah

Barisan Nasional menerima penolakan masyarakat Cina dalam PRU-13 yang lalu sebagai pengajaran bahawa memberi segala-galanya bukanlah jaminan kepada sokongan. Selain itu, publisiti dan promosi yang berlebih-lebihan juga mampu memakan diri. Dengan menolak BN bermakna masyarakat Cina menyokong Pakatan Rakyat. Namun, apa yang ingin dibincangkan di sini ialah, menyokong Pakatan Rakyat, tidak bermakna masyarakat Cina turut menyokong PAS.  Hakikatnya, PAS juga ditolak mentah-mentah oleh masyarakat Cina.  Ini terbukti apabila PAS hanya mendapat undi dari kaum Cina di kawasan di mana DAP dan PKR tidak bertanding sahaja. Akibatnya, PAS mendapat jumlah kerusi tercorot berbanding sekutu-sekutunya.   Jelas, undi yang diberi oleh masyarakat Cina kepada PAS bukanlah ikhlas, tetapi sekadar memenuhi keperluan bagi menjatuhkan kerajaan BN yang diterajui Melayu UMNO.  Yang memberi kerusi kepada PAS hanyalah orang-orang Melayu. Justeru, dari konteks sokongan masyarakat Cina, PAS dan UMNO adalah senasib d…

PRK SG LIMAU: JOM TERJAH VIDEO INI

1. Fathul Bari : Banteras Syiah, Jangan Guna Hudud Sebagai Modal Kempen
http://m.youtube.com/watch?v=nsT0Dn0ij4w 2. PRK Sungai Limau : Masalah Titi Usang Belengu Penduduk Kampung
http://m.youtube.com/watch?v=wnVsPACV8ZQ 3 PRK Sungai Limau : PAS Dakwa Gambar Diubah Tanpa Pengetahuan
http://m.youtube.com/watch?v=JNw081M7QBU 4 PRK Sungai Limau : Mahfuz Enggan Ulas Isu Doa Bapa Jamil Khir
http://m.youtube.com/watch?v=VB-ODKTG_sA 5 PRK Sungai Limau : 30 Tahun Tanah Perkuburan Tidak Berpagar
http://m.youtube.com/watch?v=InBdMF7Warg

GST

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kempen Syiah Di PRK Sg Limau

"Ya Ali, menangkanlah jemaah kami," 
Ini bermakna calon Pas Sg Limau adalah Syiah, apakah ini benar? Hanya Azam dan Mahfuz mampu memberikan jawapan.

Lagi kejayaan Mukhriz di KUIN

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir telah berjaya menjadikan Kolej Universiti Insanniah (Kuin) lebih baik dengan mengembalikan hak dan kebajikan kakitangan yang diabaikan oleh Kerajaan Negeri pimpinan Pas sebelum ini.Penolong Pegawai Tadbir Kanan Kuin, Asri Abdul berkata, Mukhriz dalam kunjungan mengejutnya pada majlis perjumpaan bulanan kakitangan Kuin pada 8 Jun lalu mengumumkan langkah konstruktif termasuk menjadikan kolej universiti itu sebagai sebuah badan berkanun negeri, iaitu antara enam langkah bagi menambah baik Kuin.Langkah-langkah lain yang dilakukan oleh Menteri Besar Kedah tersebut ialah kenaikan gaji 13 peratus, kenaikan elaun COLA, kenaikan satu tangga gaji, pemberian bonus, mengguna pakai semua pekeliling yang diumumkan Kerajaan dan menjadikan Kuin sebagai badan Berkanun Negeri.Asri berkata, enam langkah untuk menambah baik Kuin itu merupakan antara perkara-perkara yang dituntut oleh Skuad Bersih Kuin dan Mukhriz telah menunaikan janjinya untuk membantu ka…

Jentera pilihanraya Pas Sg Limau mengaku gambar palsu

Pas Kedah hari ini mengaku satu daripada gambar kempen calonnya merupakan gambar palsu dan mereka sedang menyiasat bagaimana perkara itu boleh berlaku."Pihak kami tidak tahu bahawa gambar tersebut bukan asli dan Pas langsung tidak ada niat untuk mengadakan sesuatu yang tidak ada," kata Pengarah Operasi Pas bagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Datuk Amiruddin Hamzah dalam sidang media di sini.Beliau mengulas penyebaran risalah kempen yang memaparkan gambar calon Pas, Mohd. Azam Abd. Samat bertemu dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak di pejabatnya ketika Azizan menjadi Menteri Besar Kedah.Namun, akhbar Sinar Harian mendedahkan gambar itu sebenarnya gambar kunjungan mesra dua pemberita kanannya ke atas Allahyarham pada 25 Mei 2011 dan telah diubah suai menerusi teknik 'Photoshop' bagi menampal wajah Mohd. Azam pada wajah seorang daripada pemberita mereka.Mengulas lanjut, Amiruddin berkata, pihaknya akan meminta penjelas…

Boleh adakan ibadat qurban dalam kawasan sekolah

Susulan daripada kekeliruan isu sembelih lembu di kawasan sekolah, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, Kementerian Pelajaran membenarkan ibadah korban dijalankan dalam kawasan sekolah selagi tidak melibatkan sensitiviti kaum lain.Menurutnya, penyembelihan lembu boleh dijalankan jika ia melibatkan sekolah yang mempunyai majoriti pelajar dan guru beragama Islam.

"Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan menghalang upacara korban di sekolah-sekolah.

"Tapi setiap program perlu mengambil kira sensitiviti kaum lain di sekolah tersebut dan dilaksanakan dengan sifat saling hormat-menghormati," demikian menurut beliau melalui laman Facebooknya.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan , P Kamalanathan  menyatakan larangan itu sebagai respon kepada aduan seorang pengadu berbangsa India yang mempersoalkan kewajaran ibadah korban diadakan dalam kawasan sekolah di Puchong Jaya, yang mempunyai pelajar bukan Islam.

Kamalanathan selain itu berkata, larangan…

Syiah mula dedahkan identiti di PRK Sungai Limau

"Tak tumbuh, tak melata, tak sungguh orang tak kata"  Abaq Ang

Terdesak. Tanda Pas akan kalah di Sg Limau

PENEMUAN risalah sebuah parti politik menggunakan foto wartawan Sinar Harian yang telah diubah suai dianggap sebagai taktik 'desperado' untuk mengelirukan pengundi.



Sinar Harian berasa terpanggil untuk menjelaskan mengenai foto terbabit bagi mengelakkan salah faham atau tanggapan bahawa akhbar ini memihak kepada parti berkenaan.


FAKTA

Gambar ini diambil tiga tahun lalu ketika Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhamad Mat Yakim bersama Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd Idros Mohd Ali (kanan) mengunjungi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 25 Mei 2011 di Pejabat Menteri Besar Wisma Darul Aman, Alor Setar. Turut hadir, Penolong Ketua Biro Sinar Harian Utara, Roslinda Hashim (tidak kelihatan dalam gambar). Kunjungan adalah sempena sesi wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Azizan.



AUTA

Gambar berkenaan diubah suai menggunakan teknik superimpose kononnya calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat (berkopiah) bersama Mohd Idros bertemu Azizan.

Tinjauan wartawan Sinar Harian mend…

Pas Kedah semakin suram dan bakal bungkus

Pas sebuah parti politik suku yang bertakiyah kononnya sebuah parti yang pertahankan Islam.  Pada hakikat sebenar Pas bukanlah sebuah parti yang mendokong Islam sebaliknya penuh kesesatan ( khawarij).

Pas yang bermula di Perak dan semakin kuat di Kelantan, Terengganu, Selangor dan Kedah. Apa pun akhir-akhir ini rakyat mula sedar bahawa Pas hanya sebuah parti politik biasa yang ingin berkuasa. Pas ialah parti politik yang mempunyai cita-cita yang sama seperti Dap dan Pkr yang meletakkan kepentingan assobiyah di hadapan dan agama di belakang.

Buktinya dalam isu khalimah Allah yang dituntut oleh Kristian dan agama-agama lain di Malaysia. Pas sebagai sebuah parti boleh bersetuju dengan tuntutan sekutu mereka terutama Dap yang lebih kepada sekularisme.

Kini Pas bukan lagi Pas di Zaman Fadzir Noor, Pas sekarang Pas Anwarinas. Pas assobiyah, kawarij dan penuh pembohongan.

Kini rakyat Kedah sudah mula menolak Pas dan buktinya ialah angka-angka berikut;

Keputusan PRU dan jumlah kerusi Pas di …

Haji Baharom Terkilan Ziarah Jadi Kempen Politik

Walaupun Dr Sohaimi juga menziarahi Haji Baharom, ayah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Jamil Khir. Calon BN ini dilihat tidaklah mensensasikan lawatan berkenaan sebagai salah satu cara berkempen untuk PRK N20. PAS sebelum ini dibidas oleh Mukhriz kerana menjadikan lawatan berkenaan sebagai satu cara berkempen. Ternyata, Haji Baharom tidak menyangka dan terkilan dengan berita sebegitu yang mendatangkan kesan buruk kepada anak beliau dengan lontaran persepsi negatif dari masyarakat hanya kerana mereka berbeza fahaman politik.

PRK Sg Limau, Awai awai lagi Pas dah langgaq arahan SPR, dok usung speaker

Pas dah habis modal di Sg Limau

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pas bertanding demi politik, BN bertarung demi rakyat ( Utusan)

SEMEMANGNYA dari segi demokrasi, tidak ada apa salahnya untuk Pas bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dalam pilihan raya kecil pada 4 November ini, tambahan pula kerusi itu kononnya adalah kubu kuat mereka.Tetapi biarlah hasrat untuk bertanding tersebut dibuat atas niat untuk membela nasib rakyat dan membawa kesejahteraan kepada mereka. Bagaimanapun masuk hari kelima kempen pilihan raya kecil itu ternyata Pas hanya bertanding semata-mata untuk tujuan politik.Pas memahami mereka bukan lagi sebuah parti yang menerajui kerajaan negeri Kedah dan mereka juga mengerti bahawa tidak banyak yang boleh mereka lakukan bagi membela nasib penduduk Sungai Limau.Malah mereka juga mengetahui tidak lagi mempunyai pemimpin sehebat Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang mempunyai kekuatan tersendiri menarik orang ramai menyokong Pas dan sudah pasti pemimpin-pemimpin Pas Kedah juga mengetahui siapa yang menyebabkan Allahyarham hanya mampu bertahan sepenggal saha…

Bapa Jamil Khir Tak Yakin, Pas Menang di Sungai Limau

Rata-rata pengundi di Sungai Limau baru-baru ini dikejutkan dengan laporanharakahdaily yang mengatakan kononnya bapa kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyokong calon Pas dalam pilihan raya kecil kali ini.Tidak cukup dengan laporan tersebut, jentera Pas juga seakan terdesak apabila turut mengedarkan risalah dan gambar lawatan rombongan calon parti itu ke rumah Baharom Ramli bagi meyakinkan pengundi.Namun bak kata pepatah, 'bangkai gajah masakan dapat ditutup dengan nyiru'. Pembohongan mereka akhirnya terbongkar, apabila Baharom Ramli yang juga dikenali sebagai Pak Ngah menafikan laporan tersebut. Malah beliau turut melahirkan rasa kesal atas fitnah tersebut yang jelas cuba menarik sokongan pengundi dengan cara yang kotor."Anak saya lebih utama. Kita mesti utamakan anak kita dahulu (merujuk kepada cara kempen yang cuba menggunakan beliau untuk memburukkan Jamil Khir)" katanya ketika ditemui oleh pihak media.Pak Ngah juga mengatak…

Jom terjah ke Sg Limau

Senarai video interview masyarakat sg.limau 1. Lima Tahun PAS Teraju Sg Limau, Masyarakat Miskin Dipinggir
http://www.youtube.com/watch?v=RW28zzn4U9I 2. Warga OKU Sungai Limau Minta Perhatian Wakil Rakyat
http://www.youtube.com/watch?v=fW2YhFY9-Ko 3. PRK Sungai Limau : Petani Pasrah Janji Tidak Ditunai
http://www.youtube.com/watch?v=4gadGMWPROY 4. PRK Sungai Limau: Penduduk Kecewa Bantuan Kerajaan Tidak Sampai
http://www.youtube.com/watch?v=RW28zzn4U9I 5. PRK Sungai Limau: Bantuan Dinafikan Kerana Bukan Kroni
http://m.youtube.com/watch?v=DIq5Oau47YI

Calon Pas Sepupu Phahrolrazi, Penyokong Pas Mula Beralih Arah

Di sebalik keghairahan jentera Pas ‘menjual nama’ Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak sebagai modal utama kempen mereka. Para pengundi di Sungai Limau dikejutkan dengan pendedahan mengenai hubungan keluarga yang terjalin di antara calon parti itu Mohd Azam Abdul Samat dengan bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi.

Ini kerana rata-rata masyarakat Kedah khususnya di Sungai Limau mengetahui akan‘perang’ yang pernah berlaku antara Phahrolrazi dengan Azizan sebelum ini. Malah menurut sumber parti itu sendiri, Allahwarham Azizan pernah berulang kali melahirkan rasa kecewanya dengan tindakan Phahrolrazi yang sering menyerangnya dengan pelbagai tohmahan dan cacian.

Tambah memeranjatkan Phahrolrazi yang juga merupakan bekas Exco kerajaan negeri, sebelum ini pernah beberapa kali mengeluarkan kenyataan bersedia untuk menggantikan Azizan sebagai Menteri Besar sekiranya parti itu berjaya mempertahankan kemenangan dalam pilihanraya umum yang lalu.

Keretakan antara Aziza…

MAHFUZ TERDESAK SEHINGGA CUBA MENGHERET BAPA JAMIR KHIR KE KEMPEN PRK N20

Menjelang PRK Sungai Limau, PAS dilihat cuba memanipulasi keadaan dengan mengheret bapa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Dalam tempoh berkempen, PAS yang membuat ziarah rumah ke rumah tidak melepaskan peluang untuk menziarahi bapa kepada menteri ini yang dikatakan penyokong kuat PAS.

Melalui video yang disiarkan oleh TV PAS, Datuk Mahfuz Omar ada mengatakan bahawa bapa ahli politik itu mendoakan kemenangan calon PAS di PRK Sungai Limau. Namun, kata-kata Mahfuz itu tidak disokong dengan bukti yang kukuh, sekadar menyiarkan video leteran panjang Mahfuz memuji-muji kebaikan bapa Datk Seri Jamil Khir.

Malangnya, tidak pula dijelaskan butiran doa yang dibacakan En. Baharom itu, hanya sekadar video yang dilapikkan dengan suara Mahfuz.

Video yang berdurasi 2:50 itu memaparkan aktiviti kempen PAS yang turut membawa calon mereka menziarahi penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Persoalannya, kalau benar En. Baharom berdoa untuk kemenangan PAS, kenapa tidak …

Tokong Haji Latuk....

KRUBONG - Kewujudan sebuah tokong di kawasan perindustrian Krubong di sini yang menggunakan nama orang Islam menimbulkan tanda-tanya dalam kalangan masyarakat Islam di situ.

Menurut mereka, tokong itu wujud sejak kira-kira 30 tahun lalu, namun hanya menyedari ia menggunakan nama “Datuk Haji Jawi Shamsuddin” sejak dua minggu lalu.

Seorang penduduk, Sham Kamat, 47, berkata, dia tidak berniat untuk mencampuri aktiviti keagamaan kaum lain namun, tindakan pihak terbabit menggunakan nama orang Islam memang tidak boleh diterima.

Menurutnya, perkara itu perlu disiasat pihak berkuasa termasuk untuk mengetahui sebab mengapa mereka menggunakan nama orang Islam di tokong berkenaan.

“Kita tidak mahu mengganggu urusan atau aktiviti keagamaan kaum lain tetapi tindakan mereka menggunakan nama ini boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai.

“Memanglah hari ini kerajaan melaungkan slogan 1Malaysia tetapi janganlah sampai isu keagamaan pun hendak 'di 1Malaysiakan',” katanya, semalam.

Sham berkata, toko…

Perlukah RM 40 juta untuk perosak alam. Di CH?

CAMERON HIGHLANDS, 23 Okt -  Sebanyak RM40 juta diperlukan untuk membaik pulih kawasan sekitar Sungai Bertam, Ringlet di sini dan membina penempatan baharu bagi penduduk kawasan itu yang terlibat dalam banjir kilat awal hari Rabu.

Anggota Parlimen Cameron Highlands Datuk Seri G. Palanivel berkata beliau akan segera membuat permohonan peruntukan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sekiranya peruntukan diluluskan dengan segera, Sungai Bertam akan dibaik pulih dan penduduk yang tinggal di tepi sungai perlu dipindahkan ke rumah baharu di Tanah Rata atau di kawasan lain," katanya kepada pemberita ketika melawat tempat kejadian, Rabu.

Beliau berkata penduduk di kawasan perumahan setinggan yang tinggal di tepi sungai itu telah menetap lebih 30 tahun dan penempatan baharu perlu disediakan kepada mereka.

Arus deras dan banjir kilat pada pukul 1 pagi ini, memusnahkan kira-kira 80 rumah dan beberapa kenderaan di kawasan penempatan Lembah Bertam itu.

Kejadian akibat …

"Tokong Rumah" di Taman Permai Jaya Selama Perak. Apa cerita Majlis Daerah Selama ?

Majlis Daerah Selama sememangnya agak mengecewakan penduduk, banyak kes yang mengundang rugutan penduduk.

Dahulu masalah penternakan ayam di Kubu Gajah tak selesai, masalah menurunkan bendera BN semasa perasmian RTC.

Yang Bn tak boleh, bendera Dap dan Pas boleh…

http://taipingmali.blogspot.com/2012/09/ladang-ternakan-ayam-di-kubu-gajah.html

http://taipingmali.blogspot.com/2012/09/penduduk-kubu-gajah-bantah-penternakan.html

http://taipingmali.blogspot.com/2012/09/pemandangan-dari-luar-ladang-ayam-di.html

Syok ooo dengaq gebang Pas Abaq Ang!

Pas Kedah Baguih Noo?

Kejayaan Pas Memerintah Kedah