Jumaat, 28 Februari 2014

Jambatan Kedua Pulau Pinang Siap Dibina, Bukti Kerajaan Tunai Janji Demi Kepentingan Rakyat

 

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof menyelar sikap sesetengah pihak khususnya pembangkang yang sengaja mereka-cipta isu untuk memburuk-burukkan kerajaan berhubung pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang.

 

Menurut Fadillah, secara faktanya idea pembinaan jambatan itu wujud ketika zaman Tun Mahathir menerajui kepimpinan negara, seterusnya dilaksanakan semasa pentadbiran Pak Lah dan akhirnya siap sepenuhnya ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih pentadbiran negara.

 

Ia sekali gus menolak dakwaan, kononnya kerajaan Barisan Nasional menciplak idea pembangkang berhubung pembinaan jambatan tersebut.

 

"Kalau nak diikutkan, pembangkang (pada ketika itu) yang membangkitkan isu untuk menolak pembinaan jambatan ini atas pelbagai alasan seperti membazir dan sebagainya. Namun atas dasar kepentingan rakyat, kerajaan Barisan Nasional tetap meneruskan pembinaannya, walaupun mereka (pembangkang) menguasai kerajaan" katanya.

 

Beliau turut menolak dakwaan kononnya pihak kerajaan sengaja meluluskan pembinaan jambatan tersebut secara bengkang-bengkok agar kos pembinaannya meningkat sekali gus mengaut keuntungan hasil dari kutipan tol.

 

"Mengapa ia bengkang-bengkok, sudah pasti ada sebabnya, (kerajaan) bukan sengaja nak memanjangkan. Selain melihat kepada kesesuaian muka bumi dan akhirnya disusuli dari sudut teknikal, barulah ia dibuat penilaian dan diputuskan.

 

"Dari segi teknikal, satu dari jajaran yang akan dilalui dan ia perlu melihat kepada bentuk muka bumi. Sama ada apa yang berada di bawah (dasar laut) dan apa yang berada di daratan.

 

"Dari situ pula akan dibuat kajian, apakah kesannya kepada alam sekitar termasuklah yang berada di dalam laut agar kehidupan laut tidak terjejas. Semua ini telah diteliti terlebih dahulu dan inilah hasilnya seperti yang akan kita lihat nanti," jelas beliau ketika ditemui semalam.

 

Malah menurut beliau lagi, pembinaan jambatan ini juga sekali gus menolak dakwaan yang kononnya kerajaan Barisan Nasional bersikap 'pilih kasih' khususnya kepada negeri yang ditadbir oleh pakatan rakyat (PR).

 

"Sesuai dengan apa yang dilafazkan oleh Perdana menteri, bahawa kerajaan Barisan Nasional perlu memberikan fokus kepada rakyat dan diikuti dengan pencapaian. Atas sebab itu, kita tidak mengira sama ada rakyat itu pembangkang ataupun tidak.

 

"Walaupun mereka (PR) yang memerintah, kerajaan tetap meneruskan pembinaan projek tersebut, bila kita janji, kita akan laksanakan. Kerana ia memberikan pulangan yang besar kepada rakyat sekali gus memberikan impak kepada ekonomi negara.

 

"Sebagai contoh (sekitar) kawasan Batu Kawan (tanah besar) dan Batu Maung di bahagian pulau, sebaik sahaja jambatan ini siap dibina, kita sudah boleh melihat kesannya. Pembangunan industri, perumahan, pusat komersial dan sebagainya. Ini sudah pasti akan memberi peluang perniagaan dan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat (khususnya) dan mereka yang tinggal di zon utara (amnya)," jelas beliau lagi.

 

Pembukaan Jambatan Pulau Pinang kedua itu akan diadakan serentak dengan majlis perasmiannya yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri pada 1 Mac ini.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, 27 Februari 2014

Apabila kalimah Allah digunakan oleh gereja.





Azmin Saman Akhbar Suara Keadilan RM 2 Juta?

 

Mungkin kerana tidak berpuas hati dengan tindakan editorial akhbar Suara Keadilan menerbitkan artikel yang disifatkan sebagai fitnah dan sengaja ingin menjatuhkan maruahnya, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan telah mengambil tindakan undang-undang.

 

Menurut sebuah portal pro-pembangkang, Azmin dikatakan menyaman akhbar yang merupakan lidah rasmi parti PKR itu sebanyak RM 2 juta, kerana menerbitkan artikel yang memalukannya.

 

Namun usaha untuk mendapatkan pengesahan Azmin berhubung isu tersebut gagal, apabila dia tidak dapat dihubungi. Menurut sumber terdekat, ahli parlimen Gombak itu sedang berada di tanah suci bagi mengerjakan ibadah umrah.

 

Terdahulu, akhbar tersebut telah menyiarkan rencana yang menghentam Azmin secara terbuka. Artikel yang ditulis oleh Hishamuddin Rais itu telah disiarkan oleh akhbar tersebut pada keluaran 160, bertarikh 11 Februari 2014 di muka surat 22.

 

Pada tarikh yang sama, artikel tersebut turut disiarkan oleh portal Malaysiakini yang juga merupakan media tidak rasmi kepada pembangkang.

 

Hishamudin di dalam artikel yang bertajuk 'Khalid dan Azmin' itu antara lainnya melabelkan Azmin sebagai pemimpin PKR yang mempunyai unsur dan ideologi Umno sehingga menyebabkan dia kurang disenangi oleh pimpinan parti termasuklah dari Pas dan DAP.

 

"Hanya PAS dan DAP sahaja yang dapat menjawab kenapa mereka merasa tidak yakin terhadap si Azmin… Dalam masa yang sama Azmin Ali yang tidak diyakini ini berpangkat Timbalan Presiden PKR.

 

"Mungkin PAS dan DAP juga menyedari dan terpengaruh apabila mengetahui bahawa sosok yang bernama Azmin Ali ini tidak diminati ramai dalam PKR sendiri. Azmin Ali disurahkan sebagai pemilik DNA - United Malays National Organisation. Azmin disurahkan sebagai sedang membawa budaya gerombolan 'lanun Melayu' ke dalam badan politik PKR", dakwanya.

 

Hishamudin yang merupakan antara penyokong kuat Anwar itu turut mengatakan, disebabkan Azmin membawa DNA barah, dia adalah antara punca berlakunya masalah di Selangor dan PKNS sehingga MEMAKSA campur tangan Anwar.

 

"Dalam masa yang sama kisah Azmin dan duit ini masuk akal juga. Untuk pengundi di Gombak atau di Seri Setia – mereka tertanya-tanya kenapa si Azmin ini gila-gila sangat nak jadi MB Selangor? Kenapa begitu gian hendak jadi MB?

 

"Tidak cukupkan menjadi Adun dan YB Parlimen Gombak? Kalau ingin membantu rakyat, kalau mahu menolong warga miskin apakah perlu menjadi MB? Soalan-soalan ini telah berdengung di semua kepala yang berfikir. Macam ada Cukong di sebalik Gombak.


"Mari kita lihat perangai Azmin semenjak selesai PRU13 dahulu. Apabila rakyat bangun membantah penipuan PRU13 – Si Azmin Ali ini baling sepana. Azmin memberi ingatan agar orang ramai TIDAK dibawa ke jalan raya. Twiter Azmin yang mempertikaikan langkah turun ke jalan raya untuk membantah penipuan PRU13. Isi Twiter si Azmin ini jelas bersifat 'sabotaj'. Ini ciri dan watak DNA United Malays National Organisation" dakwa Hishamudin lagi.

 

Di dalam perkembangan yang sama, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, jawatankuasa khas yang diketuai Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty telah ditubuhkan bagi menyiasat perkara tersebut.

 

"Perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat MPP (Majlis Pimpinan Pusat) yang diadakan di Kajang baru-baru ini. Keputusan MPP ialah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada lima orang untuk kemudiannya berjumpa dengan kumpulan Suara Keadilan bagi mengumpulkan maklumat, latar belakang dan mendengar pandangan mereka," katanya.

 

Jelas Saiduddin, PKR hanya akan bertindak selepas mendapatkan fakta lengkap terhadap siasatan yang sedang dijalankan itu.

 

"Kalau nanti mereka menemui maklumat seperti surat guaman dan sebagainya ke atas Suara Keadilan, jawatan kuasa itu akan bawa saranan kepada pimpinan pusat. Buat masa ini belum terima. Saya dengar begitu (saman Suara Keadilan)...hanya diberitahu melalui SMS," katanya lagi.

 

Kesimpulannya sekiranya isu ini benar, tindakan Azmin ini mungkin sebagai reaksi terhadap cubaan beberapa individu di dalam parti yang cuba membunuh karier politiknya menjelang pemilihan parti itu yang bermula bermula 25 April ini.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

RM 10.5 juta bangunkan infrastruktur asas Kg Expo Kamunting



Kampung Expo Kamunting seluas 460 ekar bakal menerima peruntukan pengurusan perparitan dan jalan bernilai RM 10.5juta daripada kerajaan pusat tahun ini. Projek pembangunan akan bermula Mei 2014 dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2015.

Projek yang dibahagikan kepada 5 blok di atas tanah seluas 460 ekar itu akan melegakan penduduk yang sering mengalami banjir kilat apabila musim hujan.

Antara projek utama ialah menaik taraf pam air daripada sebuah kepada dua buah dengan kuasa yang lebih besar. Kedua ialah membina semula peparitan jenis tanah kepada jenis konkrit dan melibatkan Jalan Expo, Jalan Expo Dalam dan semua  Jalan Expo 1 hingga 8. Ketiga ialah membina 3 kolam takungan banjir, keempat ialah membina jalan tar dan pemasangan lampu jalan setiap 100 meter mengikut keperluan.

Pihak kerajaan negeri telah membuat permohonan untuk projek ini sudah sekian lama dan bakal direalisasikan tidak lama lagi, ini adalah sebahagian hasrat Adun Kamunting YB Dato Muhammad Zahir Khalid dalam 'Greater Kamunting'.

Mesyuarat kali kedua pagi ini di Pejabat JPS Taiping dipengerusikan sendiri oleh  Zahir bersama Dato Razak Pengarah JPS Perak. Turut di sertai JKR, LAP, TM, PTDLMS, MPT, JKKK Kg EXPO dan lain-lain agensi yang terlibat.

MKPN Tidak Menepati Semangat Rekonsiliasi Nasional

 

Majlis Konsultansi Perpaduan Nasional (MKPN) yang dipertanggungjawabkan untuk mencari pendekatan terbaik bagi menyatupadukan rakyat Malaysia nampaknya telah menjadi platform untuk menyebarkan fahaman liberal di negara ini.  Kesimpulan ini dibuat berdasarkan sikap dan pandangan MKPN seringkali berat sebelah dalam menangani isu-isu berbangkit yang melibatkan kaum dan agama. 

 

Pendirian songsang MKPN paling jelas terbukti dalam Dialog Perpaduan,  yang diadakan pada 22 Februari 2014, di DBP Kuala Lumpur yang mana YB Tan Sri Joseph Kurup, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri mencadangkan agar kategori 'bangsa' dihapuskan dalam borang-borang rasmi.  

 

Antara yang dibangkitkan oleh para peserta yang rata-ratanya dari ASLI, COMANGO, KRYSS, KOMAS, Jemaat Ahmadiyah Sabah, QADIANI yang mana sebahagiannya turut menganggotai COMANGO, ialah berkenaan penerimaan terhadap golongan songsang, menolak hak mana-mana kaum untuk mengaku sebagai penduduk asal, hak untuk murtad dan juga saranan untuk mengiktiraf ajaran Syiah. 

 

Secara dasarnya, saranan-saranan yang dikemukakan membawa kepada mesej:  "UMNO membawa politik perkauman" dan "PERKASA adalah rasis dan ekstremis." 

Pelik sekali, kerana kedua pihak inilah yang sering menyeru perpaduan melalui sistem satu sekolah untuk semua manakala pihak penentang merekalah yang sering mendesak ke arah perpecahan total melalui sistem pendidikan.

 

Tahap pemikiran MKPN sebenarnya tiada beza dengan dengan ustaz dan pak lebai PAS yang jumud.  Jika pak lebai PAS gemar memperlekeh orang yang tidak sependapat dengan mereka sebagai kafir, sesat dan jahil, maka MKPN pula gemar menuduh orang yang tidak sependapat dengan mereka sebagai kolot, bodoh dan rasis. 

 

Sikap MKPN yang bongkak dengan pemikiran yang sempit dan sehala serta suka menghukum, mengherdik dan menghina orang yang bertentangan pendapat dengan mereka, tidak langsung membantu kerajaan untuk menyatupadukan rakyat. Sikap berat sebelah MKPN pula memperlihatkan unsur-unsur 'anti-Melayu-Islam' serta mengesahkan pendirian liberalis para penerajunya.   

 

Amatlah malang jika kerajaan melihat suara MKPN sebagai suara rakyat Malaysia kerana majoriti rakyat Malaysia tidak mempunyai pandangan dan pendirian yang sama dengan MKPN. 

 

MKPN hanya mewakili segelintir kecil kumpulan yang sempit pandangan serta tidak mampu menghargai atau memahami intipati budaya dan agama satu-satu bangsa.  Tanpa kesedaran intelek mengenai budaya dan agama, maka MKPN sebenarnya tidak layak ditugaskan untuk menyatupadukan rakyat. 

Perlu diingatkan bahawa perpaduan rakyat perlu berlandaskan identiti atau jati-diri yang kuat supaya masyarakat mampu berjalan di atas landasan yang sama, untuk menuju ke destinasi yang sama. 

 

Rancangan Rekonsiliasi Nasional yang diumumkan Perdana Menteri semalam, menjauhkan lagi MKPN dari imej, impian mahupun realiti Malaysia dan rakyatnya. 

Dalam pengumumannya mengenai rancangan ini, Perdana Menteri menyeru rakyat agar kembali kepada sikap hormat-menghormati dan tolak-ansur.  Memetik kata-kata beliau, "Datuk nenek kita memahami semua ini dan mengamalkan budaya ini selama berdekad-dekad, namun kita pula nampaknya semakin melupakannya hari ini".

 

Justeru, kita ingin bertanya MKPN, apakah pihak MKPN mampu mengambil pendekatan tolak ansur melalui hak bumiputera ditukar dengan hak untuk sekolah vernakular? 

Mampukah pihak MKPN menyeru semua pihak menghormati agama dan budaya orang-orang Melayu? 

Mahukah MKPN membawa semangat datuk nenek moyang kita yang berpegang kuat kepada formula yang digarap dalam Kontrak Sosial? 

Mahukah MKPN menerima hakikat dan fakta mengenai penduduk asal serta proses asimilasi pendatang di sesebuah negara?   

Kenapakah Malaysia tidak boleh membentuk identiti sendiri tanpa meniru dan menciplak acuan dan cara hidup barat? 

 

Dan, mampukah MKPN berfikir secara mendalam mengenai perkara yang 'berat' dan ilmiah serta melepasi sempadan fizikal dan material iaitu budaya, sejarah, agama dan proses pembentukan jati diri dalam pembinaan bangsa dan negara?   

 

Kita pasti, MKPN tidak mampu berfikir sejauh itu kerana bagi para peneraju MKPN, 'barat' adalah tempat yang paling jauh dan paling tinggi serta paling hebat yang wujud dalam dunia ini.  Oleh itu, segala ilmu adalah terhenti di barat, iaitu titik maksima bagi akal mereka.    

 

Justeru, inilah ditegaskan bahawa MKPN telah gagal dalam memahami tugas, jauh sekali menjalankan tugasnya untuk menyatupadukan rakyat.  Malah terbukti kini, MKPN bertindak sebagai sebahagian dari agen yang mengasak rakyat untuk bersikap biadap dan prejudis sesama sendiri. 

 

MKPN tidak akan mampu membawa rakyat ke mana-mana dengan asyik memaksa dan cuba 'menyeret' rakyat agar mengikut gaya dan cara hidup dan pemikiran segelintir liberalis. 

 

Sebagai penyokong demokrasi tegar, MKPN seharusnya tahu bahawa majoriti yang menentukan hala tuju sesebuah negara demokrasi, bukan minoriti, dan tentu sekali bukan segelintir manusia dari kaum Luth A.S. 

 

Jika MKPN ingin terus membawa sikap dan pendekatan yang sama, maka adalah lebih baik ia dibubarkan saja.  Biarkan para penerajunya bergerak atas platform NGO pejuang liberalis dan penentang Islam/Melayu secara nyata.  


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, 26 Februari 2014

Mulut Lancang : Karpal Singh Bakal Habiskan Sisa Hidup Di Dalam Penjara

Bak kata pepatah 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'. Ekoran mulut lancangnya menghina 'Institusi Diraja Perak' Pengerusi DAP, Karpal Singah bakal berdepan hukuman dengan denda dan penjara.

Ia ekoran dari keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati dia bersalah kerana mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan denda RM5,000 atau kedua-duanya. Mahkamah kemudiannya menetapkan 11 Mac sebagai tarikh baharu untuk mitigasi dan menjatuhkan hukuman terhadapnya.

Namun Gobind Singh Deo yang mewakili bapanya, memohon sedikit masa untuk menyediakan rayuan bagi meringankan hukuman termasuk dokumen sokongan seperti rekod kesihatan Karpal.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Karpal Singh daripada pertuduhan itu pada 11 Jun 2010, bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 20 Januari 2012 memerintahkan peguam berkenaan membela diri selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ahmad Maarop yang bersidang bersama Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Alasan lain ialah Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa perkataan-perkataan yang diucapkan oleh peguam tersebut mempunyai kecenderungan menghasut dan menimbulkan perasaan tidak puas hati dan kebencian rakyat terhadap Sultan Perak.

Hal demikian disebabkan perkataan-perkataan itu cenderung untuk merendah-rendahkan Sultan Perak dengan mempertikaikan kuasa prerogratif (hak istimewa) baginda yang termaktub di bawah perlembagaan.

Sekiranya keputusan tersebut kekal, ahli parlimen Bukit Gelugor itu akan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat selari dengan peruntukan yang termaktub di dalam perlembagaan negara.

Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan secara jelasnya menyatakan seseorang ahli Parlimen hilang kelayakannya jika disabitkan kesalahan dan dihukum penjara setahun atau didenda RM2,000 atau lebih serta tidak mendapat pengampunan.

Sekiranya hukuman tersebut kekal, Karpal bukan sahaja terpaksa mengosongkan kerusi parlimen Bukit Gelugor yang dimenanginya malah dia juga bakal kehilangan jawatan parti sebagai Pengerusi DAP Pusat.

Ini kerana perlembagaan parti itu turut menetapkan mana-mana ahli parti yang didapati bersalah terhadap sebarang pertuduhan jenayah, mereka tidak dibenarkan untuk memegang, menawar diri atau bertanding dalam apa-apa jawatan.

Malah perkara itu turut diakui oleh Karpal yang merujuk situasi sama yang dihadapi Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng, yang didapati bersalah bagi pertuduhan sama pada 1998, dan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan. Guan Eng hanya kembali aktif berpolitik pada 2004.

Pimpinan pakatan rakyat sebelum ini pernah meminta kerajaan Barisan Nasional agar membatalkan semua pertuduhan yang melibatkan wakil-wakil rakyat dari pembangkang kononnya bagi menghormati proses perdamaian nasional.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

21 DALIL KENAPA ANWAR IBRAHIM TAK LAYAK JADI MB SELANGOR:

1. Di bawah undang2 Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Perkara 52 (2)(a) dan Perkara 53 kuasa melantik MB adalah atas budi bicara DYMM Sultan Selangor. Adakah Anwar direstui oleh Sultan Selangor..?


2. Secara tradisinya perlantikan MB Selangor adalah dari kalangan mereka yang lahir di Selangor..Dah sahih Anwar lahir di P.Pinang.


3. Seseorang yang nak dilantik sebagai MB Selangor mesti seseorang yg tak ada rekod jenayah..Seseorang yg bergelar Dato' pun akan ditarik balik darjah Dato' Selangor jika ada kes di mahkamah. Inikan pula dalam kes DSAI yg telah sabit dihukum penjara 6 tahun.


4. Imej DSAI peringkat antarabangsa yg berhubung rapat dgn pro zionis  terutamanya dgn Kumpulan Yahudi Jerman iaitu Konrad Adenauer Foundation (KAF). 


5. Keretakan dalam Pakatan Pembangkang sendiri yg mana terdapat di kalangan pimpinan Dap, Pas dan PKR sendiri yang tidak setuju keputusan anwar utk tannding di PRK Kajang dan menyingkirkan Khalid sbg MB Selangor..Masih ramai Adun2 Dap,Pkr dan Pas mahukan T.Sri Khalid kekal sbg MB.


6.. Majoriti Ngo2 Melayu Islam tempatan di Selangor menolak dan membantah beberapa pendirian Anwar dalam soal survival melayu dan Islam di Selangor. Anwar lebih mirip kpd fahaman liberalisme dan pluralisme agama KHUSUSnya dalam pendiriannya menyokong penggunaan kalimah Allah oleh gereja yg ditentang hebat oleh Ngo2 Islam seperti ACCIN dan  PEMBELA termasuk rakan2 lamanya dalam ABIM.


7. Anwar secara terbuka telah menyokong  keselamatan Israel yg disiarkan dlm The Wall Street Journal ( WSJ) bertarikh 26 Januari 2012 dgn melafazkan kata sokongan kpd segala usaha utk menjaga keselamatan negara Israel dgn berhasrat utk membuka hubungan diplomatik bersama Israel. Ini bercannggah dgn dasar luar negara yg tidak mengiktraf kewujudan negara Israel..


8. Anwar telah dikenali umum oleh bekas2 rakan karibnya dalam ABIM termasuk oleh Allahyarham Dr Uthman ElMuhammady sbg seorang yg berfahaman pluralisme agama yg menganggap semua agama di dunia ini sama saja matlamatnya untuk kebaikan dan akan ke syurga. Tak layak jadi MB Selangor kerana MB mesti seseorang yg kuat berpegang kpd Ahlus Sunnah Wal Jamaah..Pluralisme Agama terkeluar dari agama Islam.


9. Anwar telah menunjukkan sikap takabbur apabila mengesahkan dalam wawancara dgn Australia Network's Newsline (Jim Middleton) yg disiarkan 7 Feb 2014 bahawa beliau sedang dlm perbincangan dgn Tan Sri Khalid utk menggantikan sbg MB Selangor yg baru. Sedangkan pd 29 Januari Pas selangor menolak secara terbuka perlantikan Anwar sbg MB Selangor yg baru...


10. Diperingkat serantau Anwar telah menjalin hubungan rapat dgn Jaringan Islam Liberal (JIL) yg dah diketahui umum mendapat bantuan dana drpd musuh2 Islam bagi menyebarkan fahaman pluralisme, Liberalisme dan sekularisme di Indonesia.


11. Anwar disebut2 untuk merencanakan menjadikan Malaysia sbg sebuah negara republik. Beliau sebelum ini merupakan pengasas dan bekas presiden Foundation for the future (FFF) YG terlibat secara proaktif memulakan 'Arab Spring' di negara2 timur tengah yg menyaksikan kejatuhan kerajaan2 di sana.


12. Cara perletakan jawatan ADUN Kajang dari PKR adalah tidak bermaruah dah bermoral..Dah menang besar majoditi 6824 undi tapi menyalahgunakan proses demokrasi utk kepentingan Anwar yg gagal jadi PM pada PRU 13..Disyaki ada unsur rasuah dan sogokan oleh Anwar kpd ADUN Kajang ntuk mengosongkan kerusi berkenaan.


13. Anwar masih lagi dalam proses menghadapi kes rayuan Peguam Negara terhadap kes liwat kedua Mohd Saiful Bukhari..Jika dlm rayuan nanti Anwar didapati bersalah maka kedudukan Anwar sbg ADUN Kajang dan juga MB Selangor akan bermasalah dan menjadi konflik baru kepimpinan negeri di selangor..Lebih selamat jika Sultan Selangor tidak melantik Anwar sbg MB dari awal lagi.


14. Terdapat tidak kurang 12 kes2 lain di mahkamah Sivil, sama ada yg sedang berjalan, telah diputuskan atau telah ditarik balik yg melibatkan saman jutaan ringgit oleh atau terhadap Anwar sendiri. Adakah rakyat selangor mau melihat MB selangor lepas ni kerjanya hanya naik turun mahkamah.


15. Anwar pernah menipu rakyat tentang provokasi murahannya utk ambil alih Perdana Menteri Malaysia pada 16 Sep 2008 dgn memberi tempoh 2 minggu kpd Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dgn mendakwa ada 31 ahli Parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan Pembangkang. Ternyata omong kosong. 


16. Anwar seorang pemimpin yg tiada nilai integriti dgn sering memutarbelitkan pendirian beliau dan juga org lain dalam pelbagai isu. Beliau sudah hilang integriti dan tidak layak memimpin khasnya utk dilantik sbg MB Selangor.


17. Anwar sering diserang secara peribadi yg membongkar perlakuan buruk akhlaknya oleh bekas teman2 rapat beliau. Namun beliau membisu dan tidak berani mengheret dan menyaman malu ke mahkamah atas fitnah. Jika ada yg disaman ke mahkamah seperti dr chandra muzaffar maka Anwar tarik semula saman tersebut kerana tak berani berhadapan dgn kenyataan2 benar jika dibicarakan di mahkamah.


18. Fahaman pro republikan yg menjadi aspirasi perjuangan Anwar ke Putrajaya dgn mencanangkan kuasa rakyat akan mengakibatkan semua agenda Islam, Melayu dan Mendaulatkan Institusi Raja2 Melayu terus terpinggir.Akhirnya Institusi Raja akan diruntuhkan.


19. Anwar sering menggunakan kaedah2 yg tidak beretika iaitu matlamat menghalalkan cara utk mencapai sesuatu cita2nya. 


- Tahun 1999 mendakwa terdapat konspirasi terancang utk membunuhnya dgn racun arsenic dan suntikan virus HIV dalam penjara..


- Tahun 2001 berlakon sakit tulang belakang hingga terpaksa berkerusi roda dan memakai pendakap leher.


- Tahun 2004 mendapatkan rawatan sakit belakang di Hospital Munich, Jerman dlm keadaan berjalan sendiri dan memakai pendakap leher.


- Tahun 2008 mendapatkan perlindungan di kedutaan Turki dgn alasan ada pihak mahu membunuhnya sedangkan beliau lari drpd soal siasat polis dlm kes saiful.


-2008 mendakwa 31 MP BN sedia untuk keluar BN Menyertai pakatan pembangkang.


-2009 mendakwa Prof Dr Yusof al Qardhawi menyokongnya dlm kes tuduhan liwat oleh Saiful.


20. Kebanyakan kawan2 karib beliau serta pegawai2 yang pernah rapat dgn beliau telah bermufaraqah dgn beliau. Antaranya Dato Dr Sidiq Baba, Hj Ismail Mina, Dr Halili Rahmat, Anuar Shaari bekas su sulitnya, Dato Zulkifli Nordin bekas peguambelanya, Dr Chandra Muzafar, Ezam Mohd Nor bekas Supolnya dan ramai lagi.


21. Anwar juga sering terlibat dlm majlis2 dan perhimpunan2 yg melanggar perundangan negara seperti BERSIH, Seksualiti Merdeka, Blackout 505..


Kesemua fakta dan 21 DALIL ini membuktikan bahawa Anwar tidak layak dipilih sbg ADUN KAJANG dan MB SELANGOR.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PKR teruskan agenda saman menyaman

https://www.youtube.com/watch?v=MX5sMw9A6UE&feature=youtube_gdata_player

Dakwa di pukul oleh Dr Xavier Jayakumar ketika Majlis Pilihan Raya PKR Cabang Kota Raja pada 2010, bekas Bendahara PKR menyaman ADUN Seri Andalas itu. http://www.mobtv.my/edisi-4799.html
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, 25 Februari 2014

Bala Di Selangor, Khalid Tertidur Lagi Atau Disebabkan Badi Anwar

Masyarakat khususnya di Selangor dan Lembah Klang pada ketika ini sedang berdepan dengan masalah air, ekoran keputusan kerajaan negeri PKR yang mengambil keputusan untuk mengenakan catuan air bermula hari ini.

Menurut laman web rasmi kerajaan negeri, pencatuan itu terpaksa dilakukan disebabkan pengurangan yang ketara di Empangan Selangor yang turut melibatkan Loji Sungai Rasa, Loji Sungai Selangor 1, 2 dan 3 ekoran keadaan cuaca panas yang berlanjutan.

"Langkah ini terpaksa dilakukan bagi memastikan simpanan air empangan mampu bertahan sehingga akhir Mac 2014," menurut Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid turut berkata pencatuan tersebut bertujuan untuk menambah simpanan air untuk penggunaan dua bulan akan datang.

"Mulai esok, setiap pemegang meter air akan terima air secara berjadual, iaitu dua hari rumah itu akan dapat, lepas tu dua hari kemudian tidak dapat bekalan air dan begitulah seterusnya secara bergilir-gilir.

"Penjadualan air ini akan berterusan supaya air di empangan negeri ini tidak banyak digunakan dan bekalan air boleh disimpan untuk dua bulanan akan datang," katanya.

Apa yang menghairankan, Khalid sebelum ini mendakwa bekalan air mentah di Selangor masih berada di paras selamat walaupun berhadapan dengan cuaca panas dan kering serta mampu bertahan sehingga lima bulan.

"Sebab kita ada tiga, empat bulan (bekalan air mentah) untuk tunggu lagi satu bulan (sebelum) musim tengkujuh" katanya kepada pemberita beberapa hari sebelum ini.

Persoalannya mengapakah Khalid mengeluarkan kenyataan yang bercanggah? Sekejap dia mendakwa bekalan air Selangor mencukupi, namun selang beberapa hari dia mengumumkan langkah pencatuan dan menyalahkan faktor cuaca?

Atau mungkinkah ketika sesi penerangan diberikan, Khalid tertidur lagi sehingga menyebabkan dia tidak tahu situasi sebenar. Kalau tidak masakan kenyataan yang diberikan berubah-ubah hanya dalam beberapa hari.

Paling menarik, ada yang sedikit nakal menyifatkan bala yang terjadi di Selangor ini adalah berpunca dari Anwar Ibrahim. Mereka mendakwa disebabkan Anwar begitu rakus mengejar kuasa kerana ingin menjadi Menteri Besar, Tuhan telah menurunkan bala untuk rakyat Selangor.

Malah prestasi bola negeri juga gagal memberikan prestasi yang memberangsangkan apabila kalah beberapa perlawanan sejurus selepas Anwar mengadakan perjumpaan dengan kelab penyokong pasukan itu.

Walaupun hujah-hujah berkenaan Anwar itu hanyalah merupakan pandangan 'nakal', namun apa yang pasti, semenjak pakatan rakyat memerintah Selangor, pelbagai kepincangan dapat dilihat sehingga, menyebabkan rakyat menjadi mangsa.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isnin, 24 Februari 2014

Malaysiakini Sahkan RBA Wujud

 
Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa beberapa laman Facebook milik pembangkang telah tidak dapat dilayari kerana telah disekat oleh kerajaan.  Menurut portal pembangkang itu, antara yang disekat ialah Facebook 'We Fully Support Pakatan (DAP)'. 
 
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari bagaimanapun menafikan mengambil tindakan menyekat mana-mana facebook, mahupun apa-apa media milik pembangkang.  Menurut Datuk Jailani, kerajaan bersifat neutral dan mengiktiraf hak kebebasan bersuara semua pihak. 
 
Amatlah pelik sekali apabila pembangkang menuduh kerajaan menyekat suara mereka di dalam media sosial secara tiba-tiba.  Walhal, jika kita mengikuti perkembangan semasa di dalam negara, hampir setiap hari ada saja laman milik penyokong pembangkang yang menyumpah seranah 'kerajaan, Melayu dan Islam' dan hampir semua dari mereka juga tidak diambil tindakan. 
 
Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kerajaan Malaysia adalah yang paling terbuka sehinggakan ikon biadap pembangkang terhadap 'kerajaan, Melayu dan Islam' iaitu Namewee, diberi pengiktirafan dan bantuan untuk terus berkarya memperlekeh kerajaan, Melayu dan Islam sesuka hatinya. 
 
Bertitik-tolak dari Nameweelah maka lahir berpuluh kalau pun tidak beratus-ratus laman sosial peribadi dan juga kumpulan yang wujudnya semata-mata untuk menghentam 'kerajaan, Melayu dan Islam'.   
 
Justeru, dengan begitu banyak laman sosial yang menjadikan 'kerajaan, Melayu dan Islam, hatta Raja-raja' sebagai sasaran, apakah signifikannya facebook 'We Fully Support Pakatan (DAP)' sehinggakan ia perlu disekat? 
 
Lagipun, bukankah semua pemimpin DAP juga melaungkan perkara yang sama dengan apa yang diseru oleh laman facebook itu?   Kenapa perlu diambil tindakan ke atas facebook tersebut tetapi tidak terhadap pemimpin DAP? 
 
Hakikatnya, tuduhan bahawa laman sosial pro-PR disekat hanya mengesahkan bahawa tentera siber DAP sememangnya wujud.  Jika tidak, siapakah yang menjadi admin kepada laman-laman yang dikatakan disekat ini?  Siapakah yang mengendalikannya dan siapakah yang menjadi pengunjung setia untuk menekan 'like' dan 'share' saban hari dan waktu? Apakah benar rakyat Malaysia di kalangan orang-orang Cina benar-benar ketagih kepada facebook pro-PR sehingga sanggup menghabiskan masa membaca dan mempopularkannya secara konsisten setiap hari jika tidak ditugaskan khas untuk melakukannya?
 
Sikap menyekat kebebasan bersuara adalah sikap pembangkang, bukan kerajaan.  Siapa yang boleh lupa ugutan Anwar terhadap wartawan yang berbunyi 'you ulang, I saman' hanya kerana si wartawan bertanya soalan yang tidak boleh dijawabnya.  Malah, bagi para pelayar laman politik pastinya cukup maklum bahawa sebarang komen negatif terhadap pembangkang di dalam blog atau laman web milik pemimpin mereka, akan dibuang.  Jika kita mengulang-ulang mengkritik mereka pula, maka kita akan disekat terus.   
 
Pembangkang juga cukup sinonim dengan seruan memboikot akhbar perdana.   Tidak cukup dengan itu, pemimpin pembangkang telah beberapa kali mengadakan simbolik membakar akhbar pro-kerajaan sebagai tanda protes bagi menghalang penyokong mereka membaca dari sumber lain selain daripada mereka. 
 
Pembangkang juga cukup terkenal dengan menghalang wartawan dari media perdana membuat liputan dalam program-program mereka. 
 
Justeru, amatlah memualkan apabila pembangkang berhujah tentang kebebasan media dan menuduh kerajaan menyekat media mereka.
 
Namun begitu, dari satu sudut lain, mungkin ada baiknya juga jika kerajaan benar-benar mengambil tindakan menyekat laman sosial milik pembangkang yang jelas menghasut dan menjejaskan keharmonian. 
 
Maklumlah, jika tidak disekat pun dituduh menyekat, maka mungkin lebih baik kerajaan benar-benar menyekat saja suara mereka.  Sekurang-kurangnya, Malaysia pasti akan lebih aman tanpa suara pembangkang di alam maya. 
 
 
 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Antara Chew Mei Fun dan Teresa Kok

 
Tidak salah jika kita katakan bahawa PRK Kajang adalah PRK paling kotor dan membazir dalam sejarah kerana ia diadakan khas untuk Anwar Ibrahim.  Seolah-olah seorang artis yang sudah hampir dilupakan, Anwar menjadikan PRK Kajang sebagai medan untuk mempromosi diri bagi memastikan hayat politiknya tidak terkubur begitu saja.  Apatah lagi dengan rayuan kes liwat yang tampak agak 'sukar' akibat kegagalan mengenepikan Dato' Shafiee Abdullah dari barisan pendakwaan.
 
Walaupun Anwar ingin menjadikan PRK Kajang sebagai pentas untuk 'memasarkan' dirinya dan kesinambungan partinya, tetapi hakikat sebenarnya ialah PRK ini turut ada baiknya untuk rakyat kerana ia mampu membantu rakyat menilai buat kesekian kalinya, siapa itu Anwar dan apakah jenis parti yang diwakilinya. 
 
Lebih dari itu, dengan pengumuman dari MCA untuk menyahut cabaran Anwar, maka PRK ini juga sekali gus dapat membantu rakyat menilai kembali komitmen MCA di dalam Barisan Nasional. 
 
Sekiranya rakyat ingin melihat PRK Kajang sebagai pertandingan moral pemimpin, maka calon MCA iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun, bukanlah lawan Anwar.   Chew Mei Fun yang juga Naib Presiden MCA, berkeperibadian baik serta berprinsip.  Untuk itu, beliau turut dipuji oleh media pro-PR sebagai bersih dan berintegriti.  Pendek kata, Chew Mei Fun adalah pilihan terbaik dan tepat sehinggakan tiada siapa pun yang dapat berkata sesuatu yang buruk terhadap dirinya.  Ini menjadikan beliau dengan Anwar bagaikan langit dengan bumi. 
 
Justeru, adalah tidak perlu rasanya untuk kita membandingkan antara kedua personaliti ini, tetapi melihat PRK ini sebagai kayu pengukur kematangan pengundi dalam memilih calon dan parti. 
 
PRK Kajang adalah bukti bahawa parti PKR adalah parti yang tidak bertanggungjawab. Sebaliknya MCA pula adalah parti yang bersungguh-sungguh berusaha memulihkan kekuatan dan memperbaharui komitmen dengan BN. 
 
Strategi PR dalam PRK Kajang adalah jelas iaitu untuk meraih undi berdasarkan sentimen perkauman dan agama.   Ini terbukti apabila Anwar masuk ke gereja untuk berkempen bagi 'memberi harapan' kepada Kristian mengenai isu kalimah 'Allah' dan kemudian berjanji akan mempertahankan kalimah 'Allah' di dalam ceramah lain di hadapan orang-orang Melayu. 
 
Berbeza dengan MCA, di mana parti itu tidak menyentuh persoalan sensitif tetapi membawa bersamanya seruan perpaduan, semangat setiakawan dan keharmonian antara kaum. 
 
Walaubagaimanapun, kita tidak boleh menafikan yang faktor 'kaum' tetap menghantui PRK ini. 
 
Memandangkan pengundi dari kaum Cina menjadi sasaran utama kedua belah pihak, maka dirasakan adalah lebih wajar jika kita membandingkan Chew Mei Fun dengan pemimpin Cina dari PR juga.  Lawan yang paling sesuai, tentulah 'heroin paling bijak' dalam PR buat masa ini iaitu Teresa Kok.  
 
Teresa Kok kini menjadi antara personaliti paling penting dalam DAP hanya kerana beliau merakamkan video ucapan Tahun Baru Cina dengan cara mengejek-ejek Perdana Menteri dan isteri.   Video tersebut dikecam hebat oleh rakyat Malaysia kerana dianggap tidak sensitif dan tidak matang dalam memikul tugasnya sebagai pemimpin. 
 
Apa yang menarik ialah, sikap DAP dan keseluruhan Pakatan Rakyat yang tidak melihat sebarang kesalahan dari video Teresa Kok.  Malah, Teresa dibela bersungguh-sungguh sehinggakan pemimpin tertinggi DAP iaitu Lim Kit Siang sendiri dilihat tiada kerja lain selain menulis membela Teresa Kok sejak beberapa minggu lalu di dalam blog beliau.
 
Perlu diingatkan bahawa Teresa Kok juga telah dikaitkan dengan projek RM1billion dengan syarikat Goldsino dari China.  Oleh itu, integriti beliau dan juga parti DAP serta PR dan PKR Selangor semuanya menjadi tandatanya. 
 
Berdasarkan hakikat ini, maka tidak salahlah sepertimana yang dikatakan tadi iaitu PRK Kajang bukan semestinya sebuah platform untuk Anwar mencari glamour.  Tetapi, apa yang lebih penting ialah ia merupakan platform untuk kita menilai pemikiran masyarakat Cina sama ada mereka benar-benar mementingkan integriti parti dan pemimpin sepertimana yang mereka laungkan dalam PRU-13 yang lalu. 
 
Bagi membantu masyarakat Cina memahami pendirian mereka maka mereka mungkin boleh bertanya diri sendiri beberapa soalan ini: 
 
Dengan sikap pemimpin PR terhadap Teresa Kok, apakah kita boleh mempercayai bahawa PR ingin menyatupadukan rakyat Malaysia? 
 
Antara Teresa Kok dan Chew Mei Fun, siapakah yang lebih layak diberi kepercayaan untuk membawa keharmonian?  
 
Antara DAP dan MCA, parti manakah yang layak bercakap tentang keamanan dan patriotisme? 
 
Antara PKR dan MCA, parti manakah yang menggunakan 'perkauman' sebagai alat kempen dengan hujah berbeza-beza mengikut hadirin? 
 
Jika masyarakat Cina sanggup memilih Anwar dan merasakan pemimpin seperti Teresa Kok sebagai lebih baik dari Chew Mei Fun, maka jelaslah bahawa mereka tidak lagi rasional dalam membuat keputusan dan sebaliknya lebih cenderung bertindak atas dasar emosi dan perkauman. 
 
 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahad, 23 Februari 2014

Sebab tu lah kegiatan haram sukar dihapuskan

Siasatan selama enam bulan yang dijalankan terhadap 60 pegawai polis yang disyaki terlibat dalam rasuah dan menggelapkan wang membongkar sesuatu yang mengejutkan – seorang pegawai kanannya mempunyai RM20 juta dalam beberapa akaun banknya, kata seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dengan syarat namanya tidak disiarkan, pegawai itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa pegawai kanan tersebut tidak dapat menjawab dari mana datangnya wang dalam banknya itu. "Siasatan masih dijalankan. Akan ada lagi beberapa pendedahan dalam minggu-minggu akan datang," kata sumber itu. Sumber juga berkata, tidak mustahil ada ramai lagi pegawai polis yang mengumpul harta boleh pindah atau tidak boleh pindah yang bernilai jutaan ringgit. "Penyiasat juga terkejut dengan jumlah wang yang ada pada pegawai kanan ini, tetapi kami percaya banyak lagi yang akan kami temui," katanya.

Mat Sabu jujur atau berpura-pura?

(Bernama) – PAS menolak sebarang fahaman yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau berkata fahaman seumpama itu adalah bahaya dan umat Islam perlu bersatu menentang ideologi yang bercanggah dengan asas ajaran Islam termasuk menolak hadis.

“Pandangan sebegini sebenarnya terlalu bahaya untuk umat Islam kerana hadis adalah sumber rujukan selepas Al-Quran dan tidak wajar untuk kita memperlekehkannya,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Munaqasah Ucapan Dasar Presiden PAS Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini, hari ini.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian ketika diminta mengulas isu bekas aktivis politik Dr Kassim Ahmad yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang boleh menyesatkan akidah umat Islam, baru-baru ini.

Seminar ‘Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian’ di Putrajaya pada 15 dan 16 Feb lepas mengundang kontroversi apabila beliau mempertikaikan hadis selain meletakkan ulama Islam setaraf dengan ‘kasta’ paderi Kristian.

Perkara itu kini disiasat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Jumaat, 21 Februari 2014

Keputusan Untuk Bertanding di Kajang Tepat

 
Rakyat rata-ratanya menyambut baik keputusan BN untuk bertanding dalam PRK Kajang walaupun sesetengah berpendapat bahawa adalah tidak perlu untuk 'melayan kegilaan' pembangkang.    
 
PRK Kajang adalah bukti bahawa pembangkang selama ini telah mempermainkan demokrasi apabila menyuruh wakil rakyat mereka meletak jawatan tanpa sebarang sebab yang konkrit.   Tindakan tidak bertanggungjawab pembangkang membawa kepada pembaziran yang bukan sedikit tetapi sehingga jutaan ringgit.  Pihak SPR menganggarkan sekurang-kurangnya kos sejumlah RM1.5 juta diperlukan untuk PRK Kajang dan jumlah ini belum lagi termasuk dengan kos yang diperlukan oleh PDRM untuk mengawal keadaan. 
 
Kajang adalah kawasan pembangkang dan BN secara dasarnya, tidak mempunyai peluang cerah untuk menang.  Dengan 40% pengundi Cina dan 48% pengundi Melayu, maka Kajang dilihat sebagai kawasan Cina kerana undi Cina bersifat 'sepadu' manakala undi Melayu pula berpecah tiga. 
 
Berdasarkan fakta ini, BN punya pilihan untuk mencuba meraih kembali sokongan Cina ataupun menumpukan sepenuh perhatian kepada undi Melayu dengan matlamat untuk mengurangkan majoriti pembangkang.  
 
Apa yang pasti ialah BN bakal berhadapan dengan tuntutan dan desakan ekstremis Cina melalui Dong Zong yang sentiasa menangguk di air keruh dalam usaha mencapai matlamat perkauman Cina.  Di masa yang sama, BN akan diperhatikan secara dekat oleh pengundi Melayu yang meragui hala tuju parti pemerintah ini. 
 
Muslihatnya di sini ialah, BN tidak mampu lagi dilihat melebihkan satu-satua kaum dan meminggirkan kaum lain hanya kerana satu kaum itu begitu agresif mendesak. 
 
Justeru, keputusan BN meletakkan calon dari MCA, iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun, dilihat tepat dalam keadaan di mana MCA perlu membuktikan komitmennya,  kalaupun tidak kesetiaannya, kepada BN. 
 
Datin Paduka Chew Mei Fun pernah menjadi Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara selama 2 penggal sebelum dikalahkan oleh Tony Pua dalam PRU 2008.  Beliau juga merupakan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 
 
Melalui Chew Mei Fun, kita mengharapkan MCA mampu membawa semangat perikatan yang sebenar dalam PRK Kajang serta tidak lagi terikut-ikut rentak ekstremis Cina yang sering mendesak agar semua tuntutan mereka dipenuhi tanpa mengambilkira aspirasi dan identiti negara.   Politik perkauman sempit dan sikap angkuh kerana berjaya menguasai ekonomi negara yang diterapkan oleh pembangkang di kalangan masyarakat Cina perlu ditangani sebaik mungkin oleh Mei Fun agar tidak menyinggung pengundi Melayu. 
 
Dalam pada itu, kita lihat sebagai inilah masanya untuk MCA membawa masyarakat Cina kembali ke landasan setiakawan dan perpaduan.  Sekiranya MCA mampu mengembalikan sekurang-kurangnya 25% dari sokongan masyarakat Cina kepada BN, ia boleh dikira sebagai sudah cukup bagus kerana apa yang kita sasarkan bukan kuasa di Kajang tetapi keharmonian negara secara keseluruhan. 
 
Kita percaya, kebanyakan orang-orang Cina juga cintakan keamanan serta memahami hakikat bahawa masyarakat negara ini saling bergantungan.  Hak Istimewa Bumiputera pula adalah formula terbaik untuk mengekalkan keamanan itu.   Melalui PRK Kajang inilah diharapkan agar MCA dapat membantu masyarakat Cina menghayati keunikan ini serta menghargainya dan bukannya memusuhi setiap perkara yang berkaitan dengan Melayu, Raja-raja Melayu dan agama Islam sepertimana yang diterapkan oleh DAP. 
 
Mengambil hati pengundi tidak semestinya dengan memberi mereka apa yang mereka mahu, tetapi ia boleh dilakukan dengan mengajak mereka agar menghargai apa yang mereka ada. 
 
Kita harap Chew Mei Fun tidak akan menghampakan BN dan kita juga berharap agar Kajang bukanlah strategi awal untuk MCA menikam BN sekali lagi dalam PRU-14 nanti. 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Azmin Masih Mempunyai DNA Umno

 

Ramai yang agak sinikal dengan dakwaan berhubung kemelut dalaman antara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim. Para penyokong parti itu sebelum ini menyifatkan dakwaan tersebut sebagai 'perang saraf' Umno yang sengaja dilakukan.

 

Namun bagi penyokong Azmin dan Khalid, perkara itu bukan lagi isu rahsia, kerana ada di kalangan mereka sendiri yang turut memainkan peranan untuk menyerang dan londeh-melondeh antara satu sama lain.

 

Terdahulu, akhbar Suara Keadilan yang merupakan lidah rasmi kepada parti itu telah menyiarkan rencana yang menghentam Azmin secara terbuka. Artikel yang ditulis oleh Hishamuddin Rais itu telah disiarkan oleh akhbar tersebut pada keluaran 160, bertarikh 11 Februari 2014 di muka surat 22. Pada tarikh yang sama, artikel tersebut turut disiarkan oleh portal Malaysiakini yang juga merupakan media tidak rasmi kepada pembangkang.

 

Hishamudin di dalam artikel yang bertajuk 'Khalid dan Azmin' itu antara lainnya melabelkan Azmin sebagai pemimpin PKR yang mempunyai unsur dan ideologi Umno sehingga menyebabkan dia kurang disenangi oleh pimpinan parti termasuklah dari Pas dan DAP.

 

"Hanya PAS dan DAP sahaja yang dapat menjawab kenapa mereka merasa tidak yakin terhadap si Azmin… Dalam masa yang sama Azmin Ali yang tidak diyakini ini berpangkat Timbalan Presiden PKR.

 

"Mungkin PAS dan DAP juga menyedari dan terpengaruh apabila mengetahui bahawa sosok yang bernama Azmin Ali ini tidak diminati ramai dalam PKR sendiri. Azmin Ali disurahkan sebagai pemilik DNA - United Malays National Organisation. Azmin disurahkan sebagai sedang membawa budaya gerombolan 'lanun Melayu' ke dalam badan politik PKR", dakwanya.

 

Hishamudin yang merupakan antara penyokong kuat Anwar itu turut mengatakan, disebabkan Azmin membawa DNA barah, dia adalah antara punca berlakunya masalah di Selangor dan PKNS sehingga MEMAKSA campur tangan Anwar.

 

"Dalam masa yang sama kisah Azmin dan duit ini masuk akal juga. Untuk pengundi di Gombak atau di Seri Setia – mereka tertanya-tanya kenapa si Azmin ini gila-gila sangat nak jadi MB Selangor? Kenapa begitu gian hendak jadi MB? Tidak cukupkan menjadi Adun dan YB Parlimen Gombak? Kalau ingin membantu rakyat, kalau mahu menolong warga miskin apakah perlu menjadi MB? Soalan-soalan ini telah berdengung di semua kepala yang berfikir. Macam ada Cukong di sebalik Gombak.

"Mari kita lihat perangai Azmin semenjak selesai PRU13 dahulu. Apabila rakyat bangun membantah penipuan PRU13 – Si Azmin Ali ini baling sepana. Azmin memberi ingatan agar orang ramai TIDAK dibawa ke jalan raya. Twiter Azmin yang mempertikaikan langkah turun ke jalan raya untuk membantah penipuan PRU13. Isi Twiter si Azmin ini jelas bersifat 'sabotaj'. Ini ciri dan watak DNA United Malays National Organisation" dakwa Hishamudin lagi.

 

Disebabkan artikel tersebut disiarkan dalam akbar terbitan Suara Keadilan, para penyokong PKR khusus 'orang-orang' Azmin mula bising dan mempertikaikan tindakan tersebut. Sehinggakan ada yang mendakwa ia adalah merupakan permainan politik murahan dan kotor serta sebahagian dari usaha Anwar dan Wan Azizah untuk'membunuh' karier politik Azmin.

 

Mungkin bagi mengelakkan serangan balas dari kumpulan Azmin yang mungkin akan melakukan sabotaj terhadap Anwar di pilihan raya kecil Kajang, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil segera membuat kenyataan bagi menafikan dakwaan tersebut.

 

Menurutnya PKR tidak terlibat dalam penyiaran artikel tersebut dan keputusan untuk menyiarkannya di dalam akhbar rasmi parti adalah merupakan keputusan pihak editorial Suara Keadilan. Namun, Fahmi mengakui isu tersebut ada dibincangkan kerana wujudnya bantahan daripada beberapa pemimpin yang dikaitkan nama dalam artikel tersebut.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Che Mei Fun bakal buat Pas Selangor jadi gila.

Kita sedia maklum bahawa Pas seperti dahulu akan mainkan isu, Islam wajib undi calon Islam dan haram undi calon bukan Islam.

Anwar Ibrahim akan dijulang oleh Pas sebagai ikon Islam dan Chew sebagai kafir dan haram diberikan undi.

Inilah sifat dan perangai Pas yang sebenar. Sewaktu Anwar dalam BN, Anwar dianggap bapa setan dan Anwar lebih bahaya daripada Yahudi dan Amerika.

Malah, apabila Mat Sabu menggelarkan Anwar sebagai aljubury walliwati, penyokong Pas akan bertakbir mencelakakan Anwar.

Di Bukit Gantang, sewaktu Dato Tan Lian Hoe bertanding kerusi P59. Pas menggunakan isu kafir dan haram hukumnya mengundi calon kafir BN.

Namun Pas kemudian ibarat menjilat kahak hijau kerana bersekutu dengan calon kafir Dap dalam PRU 12 dan PRU13. Nga Kor Ming dan Ngeh Koh Ham menjadi ketua Pas di Perak.

Begitu juga kes adun PKR Kuala Sepetang Cik Chua Yee Ling dari parti PKR, Pas Bukit Gantang menjilat dan menjaga calon kafir dan lupa bahawa mereka pernah menghukum haram menyokong dan mengundi calon bukan Islam. Maka di Kajang selagi lagi Pas akan jadi sawan gila dengan mengharamkan Islam mengundi calon kafir.

Kini Pas akan sekali lagi jadi sawan babi di Kajang dengan memainkan isu calon BN ialah calon bukan Islam dan haram bagi undi kepadanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isu Air:  PR Buat Agihan Terpilih Untuk Jatuhkan Khalid?

 
Isu air di Selangor semakin meruncing sepertimana amaran pakar beberapa tahun sebelum ini.  Ia berpunca dari kedegilan kerajaan PR Selangor untuk menerima penyelesaian melalui Loji Rawatan Langat 2 mengikut tempoh perancangan asal kerajaan pusat.  Projek yang melibatkan negeri Selangor-Pahang itu dilaporkan selesai lebih 80%, namun, kerja-kerja di Langat 2 yang sepatutnya siap pada 2014 belum pun bermula lagi disebabkan permainan politik PR. 
 
Setakat Januari 2014, kedua-dua syarikat, Puncak Niaga dan Kumpulan Peransang telah bersetuju secara dasarnya untuk menerima tawaran KDEB untuk mengambil alih aset air mereka.  Manakala, Gamuda Bhd, yang merupakan pemegang konsesi lain yang terlibat dalam isu ini tidak dapat membuat keputusan terhadap tawaran sebelumnya oleh KDEB sementara menunggu beberapa isu yang telah dibangkitkan pada 4 Disember lalu.
 
Tawaran pengambilalihan bernilai RM9.65 bilion itu dibentangkan oleh kerajaan negeri kepada syarikat konsesi pada 21 November 2013 adalah hampir sama dengan yang telah ditolak sebelum ini.  Sekali gus memperlihatkan bahawa segala penangguhan dalam isu ini adalah sia-sia belaka.
 
Dalam keadaan di mana rakyat begitu tertekan dengan masalah ketiadaan air, pemimpin PR di negeri ini masih terus berpolitik.  Malah, terdengar cakap-cakap di kedai kopi bahawa krisis air ini turut dijadikan 'modal' politik dalam perebutan jawatan Menteri Besar di antara pemimpin PR. 
 
Dalam hal ini, maka Khalid Ibrahim pastinya menjadi sasaran paling tepat untuk dipersalahkan.  Apatah lagi dengan kenyataan-kenyataan Khalid mengenai isu air sebelum ini telah meletakkan dirinya sebagai seorang yang perlu bertanggungjawab 100%. 
 
Antaranya ialah laporan oleh Malaysia Chronicle pada  11 September 2013 di mana beliau berjanji bahawa,  "penyusunan industri air di negeri ini yang sudah berlarutan sejak beberapa tahun akan diselesaikan sebelum 31 Disember ini."
 
Malaysian Insider pada 10 Disember 2013 juga melaporkan seperti berikut:
"Walaupun syarikat konsesi air di Selangor menolak tawaran RM9.65 billion daripada kerajaan negeri Selangor bagi membolehkan ia diambil alih, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tetap optimis untuk melaksanakannya.  Khalid berkata, beliau yakin penstrukturan semula industri air di Selangor akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat".
Namun, apa yang berlaku ialah ia masih lagi belum selesai dan rakyat semakin tertekan sedangkan pemimpin-pemimpin PR negeri terus bertelagah sesama sendiri.  Lebih malang lagi apabila seluruh tumpuan pemimpin Selangor kini diarahkan kepada PRK Kajang dan tiada siapa pun nampaknya yang prihatin dengan nasib rakyat Selangor dalam menghadapi krisis air. 
 
Dalam pertelagahan ini, yang menjadi taruhan tentulah jawatan Khalid Ibrahim.  Seperti yang kita tahu, Anwar Ibrahim adalah antara salah seorang pemimpin PR yang sedang 'bersedia' untuk mengambil alih jawatan MB dari Khalid Ibrahim. 
 
Justeru, adalah tidak mustahil bahawa di sebalik masalah 'teknikal' berikutan kedegilan kerajaan PR Selangor mengenai isu air, terdapat juga masalah 'politikal' yang menambahkan lagi kekusutan.   Desas-desus kedengaran bahawa terdapat sabotaj di kalangan PR sendiri untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim melalui isu air iaitu dengan cara membuat agihan bantuan bekalan secara terpilih sekadar untuk menaikkan kemarahan rakyat. 
 
Semakin rakyat tertekan dengan masalah air, semakin beranglah mereka terhadap kerajaan negeri dan semakin mudahlah kerja pihak yang ingin menjatuhkan Menteri Besar.
 
Dalam satu sessi dialog dengan Exco Selangor, YB Dr. Yaakob Sapari di kediaman MB Selangor pada 6 Ogos 2012, Anwar dengan yakin sekali menyatakan bahawa 'isu air boleh selesai' dan satu-satunya cara penyelesaian ialah dengan meletakkan PR di Putrajaya.
 
Dan 'keyakinan' Anwar itulah yang menghairankan kita. 
 
Krisis air adalah masalah kerajaan negeri dengan syarikat konsesi yang berpunca dari kedegilan pihak kerajaan negeri.  Justeru, seorang Menteri Besar sahaja sepatutnya mampu menyelesaikannya tanpa perlu menjadi Perdana Menteri.  Anwar pasti tahu perkara ini tetapi mungkin sengaja membiarkan krisis berlarutan kerana yang akan dipersalahkan bukan dirinya, tetapi Khalid Ibrahim. 
 
Jika teori ini benar, maka ini bermakna bahawa PRK Kajang bukan sahaja membazir tetapi merupakan pilihanraya yang benar-benar menganiaya rakyat demi keuntungan politik seorang individu iaitu Anwar Ibrahim. 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, 20 Februari 2014

Orang Luar Jangan Campur Politik Sarawak

 

Ketua Pergerakan Pemuda Pusaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Fadillah Yusof mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan laman sesawang sebagai wadah untuk melemparkan fitnah dan memburuk-buruk pucuk pimpinan negeri Sarawak.

 

Beliau melalui kenyataan akhbar yang diedarkan semalam berkata, tindakan mengumpul petisyen untuk dihantar kepada Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong, bagi membantah cadangan perlantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud, sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak bertentangan dengan kehendak dan suara majoriti rakyat Sarawak.

 

Menurut beliau, cadangan perlantikan tersebut dilakukan kerana majoriti rakyat Sarawak mahu memberikan tanda penghormatan kepada beliau yang banyak berjasa kepada rakyat bumi kenyalang itu.

 

Fadilah turut menjelaskan, Taib Mahmud mempunyai rekod cemerlang sepanjang tempoh menerajui Sarawak selama 33 tahun dan berjaya melonjakkan ekonomi Sarawak dengan menyaksikan jumlah pelaburan sebanyak RM28 bilion. Jumlah tersebut dikatakan mampu meletakkan Sarawak sebagai negeri terkaya di Malaysia.

 

"Pemuda PBB menganggap tindakan pihak berkenaan yang membuat pelbagai andaian berbaur fitnah terhadap Pehin Sri Haji Abdul Taib, sebagai keterlaluan dan harus dikecam. Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap pucuk kepimpinan negeri Sarawak yang juga Presiden PBB itu tidak berasas sama sekali dan lebih bermotifkan berkepentingan politik" katanya.

 

Menurut Fadilah, Pemuda PBB yakin majoriti rakyat Sarawak tidak mahu pihak luar yang menentukan, siapa yang seharusnya dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak dan siapa yang patut menjadi Ketua Menteri.

 

Beberapa kumpulan NGO pembangkang yang sebilangan besarnya dari semenanjung sebelum ini, menyatakan bantahan terhadap cadangan tersebut. Kumpulan tersebut antara lainnya merayu sokongan masyarakat agar menyokong petisyen bantahan terhadap Taib Mahmud.

 

Malah Pemuda Pas Pusat turut sama menyatakan sokongan terhadap bantahan tersebut dengan memberikan gambaran buruk terhadap Ketua Menteri itu.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Badan Perhubungan Umno Negeri Perak

Salam. Senarai jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak yg diumumkan YAB DS Dr Zambry dlm mesyuarat malam tadi : Pengerusi YAB Dr Zambry,
Timbalan YB DHusni (kedua2 diumumkan Presiden Parti sebelum ini),
Setiausaha YB D Saarani Mohamad (sblm ini Ketua Penerangan),
Bendahari Dato' Tajuddin Abd Rahman (kekal),
Ketua Penerangan Dato' Mohd Khusairi Abdul Talib (sebelum ini Setiausaha).
Pengerusi2 biro : KPI Dato' Saarani Mohamad (Lenggong),
Penerangan Dato' Khusairi (Tg. Malim),
Biro Latihan Dato' Radhi Manan (Kampar),
Keahlian dan Pendaftaran Ahli Dato' Samsudin Abu Hassan (Tapah) ,
Perlembagaan Dato' Azian Haji Osman (Ipoh Timur),
Agama Dato' Mohd Zaim Abu Hasan  (Parit),
Pendidikan Dato' Hasbullah Osman (Gerik),
Ekonomi Dato' Syed Abu Husin Syed Abu Fasal (Bukit Gantang),
Kebajikan Dato Shamsuddin Abd Ghaffar(Ipoh Barat),
Teknologi Maklumat YB Salbiah Mohamed (Ketua Puteri Negeri),
Tugas2 Khas Dato' @Yusof Kassim (Batu Gajah) dan
Generasi Muda Sdr Hairul Own Ipoh Timor (Ketua Pemuda Negeri).
Mohon sebarkan kpd rakan2 media. Tq - Diforward dr Wasup Dato' Khusairi Talib, Ketua Penerangan UMNO  Perak.

DEPAN PENGANUT KRISTIAN ANWAR JADI SESUMPAH POLITIK

Anwar Ibrahim cuba menggambarkan diri beliau sebagai pemimpin yang diterima oleh pelbagai kaum dan agama di negara ini tetapi realiti adalah sebaliknya.

Di hadapan hadirian beragama Kristian yang memenuhi dewan sebuah sebuah gereja di Kajang baru-baru ini, Anwar bernada lain ketika berdepan dengan pengundi Melayu.

Di depan penganut Kristian, Anwar memetik beberapa ayat Al Qur'an mempertahankan dasar pakatan pembangkang yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katholik.

Beliau juga menghafal beberapa ayat lagi untuk menunjukkan betapa Islam boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan agama-agama lain di negara lain.

Dalam erta kata lain Anwar memainkan sentimen pluralisme untuk menarik golongan bukan Islam menyokongnya.

Pelik juga di hadapan penganut Kristian beliau boleh menjual ayat-ayat Al Qur'an demi mendapat undi pada pilihan raya kecil Kajang kelak tetapi apabila Lim Kit Siang mempertikaikan ayat Al Qur'an yang di gunakan oleh Jakim untuk pengisian khutbah baru-baru, Anwar sedikit pun tidak membangkang atau membantah.

Mungkin bagi Anwar halal menjadikan ayat-ayat suci sebagai alat politik tetapi apabila pemimpin bukan Islam menghina Islam, dihalalkan juga supaya tidak mempertahan kan kesucian agama.

Begitulah politik agama yang dimainkan oleh Anwar dan pembangkang.

Pemimpin-pemimpin Melayu pembangkang terutamanya Pas dan Anwar tidak segan silu keluar masuk gereja dan pusat-pusat agama lain kerana hendak mengambil hati demi peti undi.

Mereka sanggup mengenepikan fatwa para ulama yang melarang perbuatan tersebut kecuali jika keadaan mendesak.

Bagi Anwar dan pemimpin Pas cukup bagi 'ulama' mereka mengeluarkan fatwa menghalalkan segala tindakan mereka selagi ia boleh membawa undi.

Itulah yang dilakukan oleh Anwar di gereja di Kajang tersebut.

Beliau boleh mengutuk dan menghina bangsa sendiri di hadapan orang kafir kerana menganggap undi orang kafir tersebut lebih tinggi nikainya daripada perpaduan dengan saudara sebangsa dan seagama.

Begitu juga yang beliau lakukan sebelum ini di hadapan khalayak penyokong pembangkang Cina dengan memperlecehkan kredibiliti pemimpin-pemimpin dari UMNO.

Seolah-olah beliaulah manusia paling maksum dan suci daripada sebarang dosa.

Mungkin mereka yang terpegun dengan retorik Anwar terlupa siapa beliau semasa berkuasa di dalam satu ketika dahulu.

Anwarlah antara menteri kabinet paling korup dengan mengumpul dan mengalihkan harta dan wang tunai perpuluh bilion ringgit ke luar negara.

Kini di depan penganut Kristian beliau cuba menonjolkan imej kesengsaraan seperti mana yang pernah dilalui oleh Jesus.

Ini semua adalah permainan politik sesumpah yang memang menjadi darah daging Anwar.

Apa sahaja akan dikorbankan oleh Anwar untuk kepentingan politiknya - agama, bangsa malah negara sekali pun.

Kajang adalah korban percintaan Anwar kerana memenuhi nafsu serakahnya untuk menduduki kerusi menteri besar setelah gagal menjadi perdana menteri.

Setakat yang diketahui tidak ada perdana menteri atau menteri besar yang menjawat mana-mana jawatan tersebut pada usia lanjut 67 tahun.

Tetapi berlainan bagi Anwar kerana beliau penuh dengan sikap keakuaan yang menjadi belenggu dirinya.

Hanya kepentingan diri dan agenda politiknya sahaja yang diutamakan.

Yang lain seperti sahabat handai dalam perjuangan politik yang jatuh bangun bersamanya adalah 'expendable' atau boleh dikorbankan bila-bila masa sekira keadaan memerlukan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Cerita Rm372.5 Juta Waytha Moorthy – Part 1 «

CikguShashi.com - http://www.cikgushashi.com/?p=3942

Cerita Rm372.5 Juta Waytha Moorthy – Part 1
Pada Jun 2013 Sebelum Expert Steering Committee ditubuhkan, Waytha Moorthy meminta Perdana Menteri untuk menubuhkan satu Unit yang diberi nama "Indian Community Advancement Unit" dibawah Jabatan Perdana Menteri dimana Senator Waytha Moorthy akan mengetuainya. Waytha Moorthy juga meminta Unit itu mempunyai Satu Ketua Setiaushaha, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah with kuasa esekutif dan peruntukan untuk melaksanakan Perjanjian BN-Hindraf. Anggaran jumlah penjawat dalam unit tersebut akan terdiri daripada 231 petugas dari Kerajaan dan 300 petugas dari Hindraf dengan kos operasi sebanyak Rm350 Juta iaitu sebanyak RM70 Juta setahun dari tahun 2013 hingga 2017.

Selain daripada Kos Operasi, Waytha Moorthy juga meminta budget tambahan sebanyak Rm22.5 Juta iaitu sebanyak RM 4.5 Juta setahun untuk 5 tahun (2013-2017) untuk menjalankan perjanjian MOU BN – Hindraf.

Kerajaan tidak akan dan tidak pernah memberi bajet yang begitu besar untuk sebuah unit (bukan kementerian yang diluluskan Yang Dipertuan Agung) untuk beroperasi sendiri. Protokal mana – mana kerajaan termasuk kerajaan Amerika tidak akan membenarkan sama sekali. Peruntukkan yang diminta boleh disalurkan secara berperingkat melalui Kementerian yang sedia ada dan ianya boleh diselia oleh Waytha Moorthy untuk memastikan peruntukkan itu turun ke tempat sepatutnya.

Apabila PM menolak, Waytha Moorthy membatalkan hasratnya untuk menubuhkan unit tersebut dan terus menggesa Rm 4.5 Billion dibawah Hindraf melalui jawatannya dan ia sekali lagi ditolak oleh Perdana Menteri kerana sistem Kerajaan tidak boleh mengagihkan dana yang begitu banyak untuk seorang timbalan menteri yang berstatus Senator.

Apa tindakan Waytha seterusnya? nantikan Bahagian Kedua jam 8 malam nanti.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, 19 Februari 2014

Islam VS Kristian:  Siapa Yang Anwar Tipu?  

Telah banyak diperkatakan mengenai kempen Anwar di PRK Kajang yang menyentuh isu kalimah 'Allah' dalam ceramah-ceramahnya.  Seperti biasa, Anwar membawa hujah yang berbeza berdasarkan kaum yang hadir dalam ceramah berkenaan. 
 
Di dalam sebuah gereja Holy Family di Kajang, Anwar memberitahu penganut Kristian bahawa 'Allah' adalah nama Tuhan universal dan sekali gus bermaksud tiada salahnya bagi sesiapa dan agama mana pun untuk menggunakan nama yang sama bagi merujuk kepada Tuhan mereka. 
 
Namun, di dalam ceramahnya di hadapan orang-orang Melayu di Batu 10 Jalan Cheras Kajang, Anwar menyatakan 'tidak mungkin pihaknya akan membiarkan agama lain menggunakan nama 'Allah' sewenang-wenangnya'. 
 
Kita tidak terkejut dengan isi kandungan ceramah Anwar yang bertentangan kerana beliau sudah mendapat 'pengiktirafan' di peringkat antarabangsa sebagai tokoh sesumpah atau talam yang bermuka-muka.    
 
Seluruh dunia tahu bahawa Anwar boleh menyokong zionis dan berdiri di belakang Yusuf Qardawi dalam masa yang sama.  Anwar boleh menjadi pemimpin Islam yang warak dan membela LGBT dalam masa yang sama juga. 
 
Justeru, kita tidak hairan jika Anwar boleh mempertahankan kalimah Allah dan menggadaikannya dalam masa yang sama. 
 
Apa yang pasti ialah Anwar boleh berkata apa saja kerana beliau belum lagi menang pilihanraya.  Anwar boleh berjanji akan menghapuskan hak istimewa bumiputera di hadapan orang-orang Cina tetapi berjanji akan mempertahankannya di hadapan orang-orang Melayu pada masa yang sama kerana beliau belum lagi mempunyai kuasa untuk berbuat apa-apa. 
 
Bagaimanapun, kita tidak boleh mengenepikan kemungkinan yang Anwar akan menang dalam PRK Kajang lalu menjadi Menteri Besar Selangor dan mempunyai kuasa untuk berbuat sesuatu.   
 
Oleh itu, dengan kenyataan Anwar yang bertentangan, berbeza, berbelit-belit atau samar mengenai isu kalimah Allah, bagaimanakah caranya untuk kita tahu apakah pendirian Anwar sebenarnya? 
 
Perlu diingatkan, bahawa sekiranya beliau benar-benar berjaya menjadi Menteri Besar, Anwar tidak mungkin akan dapat meneruskan hujah bertentangan, berbeza, berbelit dan samar mengenai isu ini.  Mahu tidak mahu, lambat laun, Anwar perlu membuat keputusan sama ada untuk bertegas agar pihak Kristian akur dengan perintah mahkamah atau agar pihak Islam meredhokan penggunaan nama Allah oleh Kristian. 
 
Anwar tidak boleh terus-terusan bersikap talam dua muka sekiranya beliau benar-benar berkuasa.  Anwar perlu menunjukkan warna sebenarnya iaitu sama ada beliau seorang liberalis-pluralis atau Islamis-moderat. 
 
Apa yang pasti, Islamis-moderat tidak mungkin dapat menerima idea-idea liberalis-pluralis dan begitu juga sebaliknya. 
 
Jika Anwar memilih untuk membawa imej liberalis-pluralis maka Anwar perlu memihak kepada Kristian dan membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah.  Jika Anwar memilih untuk menonjolkan imej Islam-moderat, maka beliau perlu mempertahankan kalimah tersebut dari disalahgunakan sebagai alat untuk menyebar agama Kristian. 
 
Sehingga kini, nampaknya penganut Kristian dan masyarakat bukan Islam, terutamanya kaum Cina begitu yakin yang Anwar menyebelahi mereka.  Rata-rata media pro-Kristian memuji-muji Anwar.  Masyarakat Cina juga, melalui DAP, memberi 'kelulusan' kepada Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor.  Anwar diangkat mereka sebagai harapan ke arah perpaduan yang mampu membawa keadilan dari segi menyama-ratakan semua agama di Malaysia. 
 
Mereka yakin Anwar akan menyelesaikan isu kalimah 'Allah' dengan membenarkan penggunaannya oleh Kristian. 
 
Sebaliknya, penyokong Anwar di kalangan orang-orang Islam pula yakin yang Anwar tidak akan menggadaikan nama 'Allah' dan bahawa tuduhan tersebut hanyalah mainan politik UMNO.  Mereka tidak percaya yang Anwar menyatakan apa yang dikatanya di dalam gereja dan kononnya kenyataan Anwar telah diputarbelitkan oleh UMNO. 
 
Mereka yakin yang Anwar akan menyelesaikan isu kalimah 'Allah' dengan mempertahankannya dari digunapakai oleh Kristian. 
 
Kedua-dua pihak Kristian dan Islam sama-sama mempercayai Anwar sedangkan Anwar tidak mungkin mempersetujui kedua-dua pihak yang bertentangan.  Isu kalimah Allah dalam Islam VS Kristian merupakan satu-satunya isu yang tidak ada jalan tengah bagi membolehkan mana-mana politikus mengambil jalan selamat.  Anwar tidak boleh tidak, perlu berpihak, dan akhirnya akan terpaksa mengakui yang beliau hanya menipu pihak yang satu lagi.    
 
Soalnya, pihak manakah yang tertipu di sini?   Islam atau Kristian? 
 
Jawapannya hanya mampu diperolehi setelah Anwar berkuasa.  Dan pada waktu itu, siapa pun yang tertipu akan mendapati bahawa mereka sudah terlambat untuk menghalang Anwar. 
 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DAP Cuba Cetuskan Rusuhan di Pulau Pinang?

 
Manusia yang tidak belajar dari sejarah akan dihukum untuk melalui sejarah tersebut berkali-kali.  Sejarah 13 Mei 1969 telah mengajar kita mengenai pentingnya toleransi dan hormat-menghormati dalam hubungan antara kaum.  Ia juga mengajar kita bahawa toleransi dan hormat-menghormati pula bukan bermakna yang kita harus bersikap 'tidak-apa' terhadap setiap provokasi yang ditujukan kepada kita. 
 
13 Mei memperlihatkan kepada kita bagaimana sikap 'tidak-apa' satu pihak telah diambil-mudah oleh pihak lain untuk memijak dan menindas mereka.  13 Mei bukan berlaku secara spontan, tetapi dirancang rapi oleh pihak yang menyokong parti Gerakan-DAP menjelang PRU 1969 yang ingin merampas kuasa politik Melayu.   Ia dibuktikan melalui penemuan stok-stok makanan dan senjata yang disembunyikan di beberapa kawasan strategik, pastinya sebagai bekalan untuk melalui keadaan darurat yang dirancang mereka. 
 
Untuk merealisasikan huru-hara yang dirancang tersebut, pemimpin-pemimpin kaum Cina terlebih dahulu menyalakan api melalui ceramah-ceramah berbaur hasutan terhadap kerajaan.  Mereka menanam prasangka dan kebencian yang meluap-luap terhadap orang-orang Melayu sementara di masa yang sama, meniupkan rasa angkuh dan bongkak ke dalam diri mereka sendiri kerana berjaya menguasai ekonomi negara ini. 
 
Kempen PRU yang panjang iaitu 21 hari pada ketika itu digunakan sepenuhnya oleh parti yang mewakili kaum Cina untuk menyemarakkan permusuhan.  Sementara itu, orang-orang Melayu masih lagi alpa, masih bersangka baik dan tidak percaya yang pendatang yang mereka terima sebagai tetamu, jiran dan sahabat rupa-rupanya langsung tidak menghargai keikhlasan dan pengorbanan mereka. 
 
Kini, sejarah ini telah berlalu, namun, beberapa orang yang terlibat dalam peristiwa itu masih lagi hidup.  Malah, antara yang ditangkap sebagai penghasut, iaitu Lim Kit Siang mendapat tempat pula dalam politik negara sebagai pemimpin pembangkang.  Anaknya juga kini berjaya menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang.
 
Seperti yang kita sedia maklum, Lim Kit Siang tidak pernah merasa kesal atau bersalah kerana mencetuskan 13 Mei malah cuba menafikan yang beliau terlibat.  Apa yang jelas kelihatan hari ini ialah, sikap bongkak, angkuh dan juga rasa benci Lim Kit Siang anak-beranak dan juga parti DAP terhadap orang Melayu masih belum pudar malah semakin hebat.  
 
Lebih buruk lagi, Kit Siang cuba menyalahkan UMNO dan menghabiskan seluruh hidupnya untuk menukar sejarah 13 Mei bagi memperlihatkan ia dimulakan oleh UMNO dan bukan pihaknya. 
 
Hari ini, dengan kuasa di beberapa negeri telah dimiliki oleh DAP sama ada secara langsung atau melalui proksi, maka Kit Siang melihat peluang untuk mengukuhkan ceritanya bahawa kononnya UMNOlah yang memulakan 13 Mei.  Untuk itu, Kit Siang memerlukan agar 13 Mei berulang tetapi perlu memastikan yang dirinya tidak dipersalahkan. 
 
Sekiranya benar, bagi menjayakan matlamat ini, Kit Siang perlu menaikkan kemarahan orang Melayu sehingga mereka yang memulakan amukan.   Dari apa yang dapat dilihat kini, nampaknya itulah yang Kit Siang sedang lakukan. 
 
Kebencian terhadap orang Melayu yang disemai oleh DAP di sekolah-sekolah vernakular, di dalam akhbar-akhbar berbahasa Cina dan juga di laman-laman sosial kini telah membuahkan hasil.  Api kebencian antara kaum semakin membesar.  DAP pastinya tahu, bahawa jika mereka ingin mengulangi 13 Mei, maka inilah masanya. 
 
Maka tidak hairanlah, sejurus selepas berkuasa penuh di Pulau Pinang, DAP mula menunjuk bongkak.  Parti itu secara terang-terangan menindas Melayu dengan cara merampas tanah dan premis perniagaan tanpa belas kasihan.  Sikap berat sebelah dipertontonkan tanpa tapisan.  DAP seolah-oleh berkata 'aku berkuasa, apa yang kamu boleh buat?' 
 
DAP memberi tekanan kepada pembeli rumah dan juga peniaga berbangsa Melayu dengan berbagai cara.  Di masa yang sama, DAP mengerahkan jentera siber dan menggalakkan penyokongnya mencabar dan menghina Melayu semahu-mahunya. 
 
Pemimpin DAP sendiri secara aktif menggunakan media sosial mereka untuk menunjuk kebencian, melabel, mengejek dan merujuk kepada pemimpin Melayu-UMNO dengan panggilan-panggilan yang buruk bagi mengundang  kemarahan dan tindak balas orang-orang Melayu. 
 
Tidak cukup dengan itu, DAP menyentuh soal agama dan cuba melaga-lagakan Kristian dengan Islam. 
 
Semua ini dilakukan oleh secara jelas dan sengaja serta 'bersiri'.   
 
Apabila saja terdapat tindakbalas dari orang-orang Melayu, maka DAP akan menuduh orang-orang Melayu sebagai ekstrem, radikal serta rasis.   Akhir-akhir ini, Lim Kit Siang dilihat lebih 'agresif' lagi apabila hampir setiap hari beliau menulis mengenai 'kemungkinan berlakunya 13 Mei yang dimulakan oleh golongan ekstrem'.  
 
Hakikatnya, yang ekstrem di sini adalah Kit Siang dan DAP.  Kit Siang adalah ekstremis Cina yang berlindung di sebalik nama 'rakyat yang berjiwa Malaysia', walhal seluruh perjuangannya adalah untuk menghapuskan kuasa politik Melayu serta mengubah struktur Malaysia seratus peratus agar memberi kelebihan kepada kumpulan yang menguasai ekonomi negara, iaitu 'kaum Cina'. 
 
Tuduhan Kit Siang bahawa terdapat Melayu ekstremis hanyalah untuk menutup sikap ekstremis dirinya sendiri.  Jika benar Melayu itu ekstremis, tidak mungkin orang-orang Cina akan menjadi kaya kerana kuasa beli terbesar adalah di tangan Melayu.  Jika benar Melayu itu ektremis dan UMNO itu tidak adil terhadap minoriti, maka Kit Siang tidak mungkin hidup dan menjadi pemimpin parti politik pada hari ini, apatah lagi bersikap celupar dan biadap menuduh itu dan ini terhadap kerajaan. 

 
Melayu sentiasa mengajak kepada perpaduan, buktinya ialah kita sentiasa mengimpikan satu sekolah untuk semua kaum.  Hanya kaum Cina sahaja yang beria-ia ingin terus terpisah dari arus pendidikan nasional. 
 
Oleh itu, fikirkanlah sendiri, siapa yang bongkak, siapa yang rasis, siapa yang ekstremis dan siapa sebenarnya yang sedang giat berusaha untuk mengulangi 13 Mei? 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Untuk tontonan hari ini

Noh Omar- Kebebasan Beragama Tertakluk Kepada Artikel 11(4)- Muzakarah Isu Kalimah Allah https://www.youtube.com/watch?v=I2bC1rBkpWw&feature=youtu.be

Noh Omar- Kedaulatan Undang Undang Negeri Selangor Perlu Dihormati https://www.youtube.com/watch?v=h4Ieo2yGhSo&feature=youtu.be

Noh Omar- Kalimah Allah Tidak Salah Jika Disebut Tapi Salah Jika Ada Unsur Penyebaran https://www.youtube.com/watch?v=bytd1hhGBp0&feature=youtu.be

Noh Omar- Enakmen Agama Bukan Islam Hasil Keperihatinan Khalid Samad pada 1987 https://www.youtube.com/watch?v=pWKA_uIScKY&feature=youtu.be

Noh Omar- Kenyataan Khalid Samad bercanggah dengan Majlis Syura Ulama PAS https://www.youtube.com/watch?v=ARjqJ5TNxSA&feature=youtu.be

Noh Omar- Khalid Samad tidak memahami 10 Point Solution https://www.youtube.com/watch?v=5ECMaCJtAxM&feature=youtu.be

Noh Omar- Kesimpulan Muzakarah.Kita Perlu Bersatu Dalam Soal Agama https://www.youtube.com/watch?v=56X5gvOVwHA&feature=youtu.be

Untuk tontonan hari ini

Noh Omar- Kebebasan Beragama Tertakluk Kepada Artikel 11(4)- Muzakarah Isu Kalimah Allah https://www.youtube.com/watch?v=I2bC1rBkpWw&feature=youtu.be

Noh Omar- Kedaulatan Undang Undang Negeri Selangor Perlu Dihormati https://www.youtube.com/watch?v=h4Ieo2yGhSo&feature=youtu.be

Noh Omar- Kalimah Allah Tidak Salah Jika Disebut Tapi Salah Jika Ada Unsur Penyebaran https://www.youtube.com/watch?v=bytd1hhGBp0&feature=youtu.be

Noh Omar- Enakmen Agama Bukan Islam Hasil Keperihatinan Khalid Samad pada 1987 https://www.youtube.com/watch?v=pWKA_uIScKY&feature=youtu.be

Noh Omar- Kenyataan Khalid Samad bercanggah dengan Majlis Syura Ulama PAS https://www.youtube.com/watch?v=ARjqJ5TNxSA&feature=youtu.be

Noh Omar- Khalid Samad tidak memahami 10 Point Solution https://www.youtube.com/watch?v=5ECMaCJtAxM&feature=youtu.be

Noh Omar- Kesimpulan Muzakarah.Kita Perlu Bersatu Dalam Soal Agama https://www.youtube.com/watch?v=56X5gvOVwHA&feature=youtu.be

Untuk tontonan hari ini

Noh Omar- Kebebasan Beragama Tertakluk Kepada Artikel 11(4)- Muzakarah Isu Kalimah Allah https://www.youtube.com/watch?v=I2bC1rBkpWw&feature=youtu.be

Noh Omar- Kedaulatan Undang Undang Negeri Selangor Perlu Dihormati https://www.youtube.com/watch?v=h4Ieo2yGhSo&feature=youtu.be

Noh Omar- Kalimah Allah Tidak Salah Jika Disebut Tapi Salah Jika Ada Unsur Penyebaran https://www.youtube.com/watch?v=bytd1hhGBp0&feature=youtu.be

Noh Omar- Enakmen Agama Bukan Islam Hasil Keperihatinan Khalid Samad pada 1987 https://www.youtube.com/watch?v=pWKA_uIScKY&feature=youtu.be

Noh Omar- Kenyataan Khalid Samad bercanggah dengan Majlis Syura Ulama PAS https://www.youtube.com/watch?v=ARjqJ5TNxSA&feature=youtu.be

Noh Omar- Khalid Samad tidak memahami 10 Point Solution https://www.youtube.com/watch?v=5ECMaCJtAxM&feature=youtu.be

Noh Omar- Kesimpulan Muzakarah.Kita Perlu Bersatu Dalam Soal Agama https://www.youtube.com/watch?v=56X5gvOVwHA&feature=youtu.be

Pesawat terhempas, Timbalan Setiausaha Agung Pas Penyebar Fitnah

Ramai yang panik seketika apabila dimaklumkan mengenai berita kononnya sebuah pesawat Air Asia AK5110 dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur telah terhempas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.

 Ada di kalangan masyarakat yang segera membuka televisyen untuk melihat laporan berita mengenainya dan ada yang menghubungi rakan-rakan untuk kepastian. Malah ada juga yang mula sedih dan risau, kerana khuatir sekiranya ia melibatkan keluarga atau saudara terdekat yang secara kebetulan mungkin  menggunakan pesawat yang sama untuk ke Kuala Lumpur.

Namun apabila diperiksa dengan pihak Perhubungan Korporat Air Asia, ternyata berita mengenainya adalah FITNAH dan PALSU. Tambah mengejutkan apabila ia disebarkan oleh wakil rakyat dari parti yang selama ini mendakwa memperjuangkan Islam.

Berita mengenainya mula disebarkan oleh Timbalan Setiausaha Agung Pas, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi melalui laman twitternya semalam yang kemudiannya turut disebarkan oleh para pengikutnya di laman sosial tersebut.

Dia yang memasukkan posting itu dalam bahasa Inggeris pada jam 111.55 malam itu mengatakan, 'Air asia AK5110 fr (from) Kota Kinabalu to Kuala Lumpur crashed a minutes ago in KLIA International Airport near Putrajaya locality. Ya Rabb'.

Paling menarik, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah turut bertanggungjawab menyebarkan berita FITNAH dan PALSU itu. Menyedari akan kesilapan yang dilakukan  itu Nurul segera memadamkan tweet tersebut dan menyatakan maaf secara terbuka kerana tidak memeriksa kesahihan berita tersebut.

Namun apa yang dikesalkan ialah, sehingga artikel ini ditulis tiada sebarang kenyataan maaf dari Adun Pas itu. Seolah-olah dia langsung tidak merasa bersalah atau bertanggungjawab atau penyebaran berita FITNAH dan PALSU itu.

Ini kerana sekiranya laporan FITNAH dan PALSU ini tidak mencetuskan kekecohan ia mungkin tidak perlu dipersoalkan. Namun apabila ia disebarkan oleh mereka yang mempunyai jawatan tinggi dalam parti politik yang selama ini mendakwa memperjuangkan Islam ia perlu dipandang serius.

Ia bagi mengelakkan pandangan negatif masyarakat bukan Islam terhadap agama Islam. Paling mengecewakan apabila, ini bukanlah kali pertama Syed Azman menyebarkan fitnah dan berita palsu.

Pada 16 Mei tahun lepas, dia turut dilaporkan pernah menyebarkan satu berita palsu mengenai kenaikan harga barang yang akhirnya terbukti ia tidak berlaku. Malah Adun Batu Burok turut dikatakan menyebarkan dakyah mengenai kenaikan harga gas memasak selepas Barisan Nasional (BN) memenangi PRU-13 tahun lepas.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BN Tak Perlu Bertanding di Kajang

 
Pilihanraya Kecil Kajang yang bakal berlangsung bolehlah dianggap sebagai simbol kegagalan Pakatan Rakyat menterjemah demokrasi.  PRK 'yang tidak perlu' itu membuktikan bahawa PR adalah sebuah parti yang tidak bertanggungjawab dan sanggup membelakangkan pilihan rakyat bagi memenuhi percaturan politik peribadi seorang pemimpin tertinggi. 
 
Pilihanraya, tidak kira kecil atau besar, bukanlah satu perjudian atau permainan untuk merebut kuasa.  Pilihanraya adalah platform bagi membolehkan pentadbiran dijalankan dengan sempurna untuk kesejahteraan rakyat. 
 
Tindakan ADUN Kajang meletak jawatan tanpa sebab konkrit, semata-mata untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim mengatur langkah politik, secara langsung menjadikan segala slogan perjuangan PR berkenaan demokrasi, integriti, ketelusan dan kepertanggungjawaban tidak ada erti sama sekali. 
 
PR kini tidak layak lagi bercakap mengenai nilai murni mahupun moral dalam sesebuah pentadbiran kerajaan. 
 
Berdasarkan hakikat ini, Barisan Nasional punya pilihan untuk turut bermain permainan yang dimulakan oleh PR atau hanya menjadi pemerhati.  Namun, sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab, adalah lebih baik jika BN menjauhkan diri dan mengelak dari turut sama mempermainkan rakyat. 
 
Antara yang dikatakan akan bertanding di Kajang ialah S Nallakaruppan di bawah tiket MIUP iaitu sebuah parti mesra BN, Yuktes Vijay iaitu bekas pembantu guaman Anwar Ibrahim dan juga seoarang calon dari MCA memandangkan Kajang merupakan kawasan 'tradisi' parti itu.  Selain itu, Zaid Ibrahim juga dikhabarkan akan turut bertanding. 
 
Yuktes dan Nalla diketahui sebagai 'menyimpan' berbagai rekod buruk mengenai Anwar. Pencalonan mereka pasti akan mendedahkan lebih banyak kisah-kisah hitam Anwar yang mungkin masih ada yang belum tahu.   
 
Walaubagaimanapun, adalah tidak adil kepada rakyat Kajang jika PRK itu dijadikan pentas untuk Anwar bersilat menepis serangan terhadapnya.   Lagipun, kita tahu bahawa sememangnya inilah yang Anwar inginkan iaitu untuk membuat persembahan pencak silat di atas pentas, mencari publisiti, menonjolkan diri dan meraih simpati. 
 
Dalam kita melayan karenah Anwar, kita tidak harus tersasar dari objektif sesebuah PRK. Perlu diingatkan bahawa PRK bukanlah berkenaan dengan individu, tetapi berkenaan rakyat. 
 
Yang diperjudikan di sini bukan nasib Anwar, tetapi nasib penduduk Kajang.   Sedangkan Permatang Pauh juga Anwar tidak dapat memberi masa, sehinggakan terjadinya kes penemuan daging khinzir di masjid berhampiran kawasannya pun Anwar tidak mampu memberi sebarang komen, apatah lagi memulihkan ketegangan di dalam masyarakat setempat.  Maka, apakah masyarakat di Kajang masih boleh mengharapkan beliau untuk memberi khidmat bakti?
 
Senarai calon-calon yang dikatakan akan bertanding mengukuhkan lagi pendapat bahawa PRK ini adalah mengarut sama sekali kerana jelas ia merupakan satu pertandingan yang berkisar mengenai Anwar Ibrahim semata-mata, sementara Zaid Ibrahim menempek di belakang menumpang publisiti murahan. 
 
Jika BN turut sama 'bermain masak-masak' dengan mereka ini, maka dibimbangi lebih banyak wang rakyat yang akan dibazirkan.   Untuk PRK Kajang, SPR dijangka menggunakan dana sehingga RM1.5 juta.  Itu belum lagi dikira perbelanjaan untuk mengawal keadaan oleh PDRM.  Sekiranya BN bertanding, maka dikhuatiri, parti akan perlu mengumumkan beberapa peruntukan baru di samping program-program kemasyaratakan bagi memenuhi aktiviti kempen.  Semua ini pasti memakan belanja yang banyak. 
 
Justeru, adalah lebih baik jika BN tidak bertanding dan membiarkan sahaja Anwar dan bekas-bekas kuncunya serta bekas sahabatnya bertanding sesama sendiri.  Biarkan Anwar berhempas pulas membela diri sehingga menggadai maruah agama dan bangsa demi publisiti.  BN tidak perlu merendahkah diri ke tahap PR dengan terlibat dalam pertandingan yang membazir dan mengarut ini.
 
Kukuhkan imej BN di mata rakyat sebagai parti yang bertanggungjawab, matang dan serius dalam menghulurkan khidmat.  


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, 18 Februari 2014

Jom bagi duit kat budak2 depan bank dan stesen petrol

Kesian kat budak2 yang diperdagangkan setiap hari untuk memperkayakan tuannya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PEMBANGKANG PERHEBAT STRATEGI SERANG ISLAM, MELAYU

Kes-kes penghinaan terhadap bangsa Melayu dan Islam di negara ini terus berterusan hasil gerak kerja pakatan pembangkang.

Setiap hari ada sahaja kes tangkapan oleh polis terhadap mereka yang memaki hamun serta mencaci cerca samada raja-raja Melayu, Islam mahupun orang Melayu.

Komen-komen yang penuh dengan rasa benci, marah dan penghinaan ini memenuhi ruang siber di jaringan sosial seperti facebook, tweeter, blog serta komen-komen di bawah sesuatu artikel di dalam internet.

Terbaru seorang perempuan India berusia 27 tahun ditahan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang menghina Sultan Selangor di dalam halaman facebooknya.

Ini bukan perkara baru malah bermula sejak Anwar Ibrahim dibebaskan dari Penjara Sg Buloh pada 2004.

Dalam usaha untuk melawan UMNO dan Barisan Nasional, Anwar menyekutukan PKR dengan Pas dan Dap dalam satu pakatan pembangkang.

Pada ketika blog menjadi kegilaan masyarakat untuk menulis apa sahaja yang mereka terfikir mengenai sesuatu isu samada politik, agama, sosial, dan sebagainya.

Pembangkang mengguna peluang ini untuk menyebarluaskan pengaruh dan pemikiran mereka secara agresif.

Melalui pasukan siber, mereka mempengaruhi minda rakyat dengan penulisan yang penuh dengan unsur fitnah dan tohmah.

Rakyat termakan dengan cerita rekaan Anwar dan pembangkang mengenai isu rasuah, penyelewengan dan pembaziran serta gaya hidup mewah pemimpin kerajaan.

Hasilnya pada Pilihan Raya Umum 2008, BN kehilangan lima negeri termasuk Kelantan.

Selepas menawan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak (untuk seketika), pembangkang memperhebatkan lagi strategi dan propaganda mereka menyerang kerajaan.

Kini jaringan sosial seperti facebook dan tweeter sudah muncul dan mereka mengeksploitasi landasan sosial baru ini dengan sepenuhnya.

Kali ini mereka tidak berhenti memainkan isu rasuah dan penyelewengan tetapi memgembangkan serangan mereka meliputi sosok peribadi raja-raja Melayu, menghina orang Melayu dan Islam secara terang-terangan dan lebih berani atau 'daring'.

Di samping organisasi-organisasi bukan kerajaan seperti Bersih yang didokong olen pertubuhan Yahudi antarabangsa menyalurkan dana yang besar untuk menyerang kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Polis DiRaja Malaysia (SPRM), Kementerian Dalam Negeri dan sebagainya.

Parti-parti pembangkang pula mengatur strategi untuk menimbulkan keradaan huru hara dan ketegangan dalam negara dengan menganjurkan pelbagai perhimpunan dan demonstrasi untuk menaikkan kemarahan rakyat.

Mereka menggunakan isu-isu seperti kenaikan harga minyak dan kos sara hidup, pinjaman PTPTN dan lain-lain isu untuk sengaja menyerang kerajaan walhal dalam setiap isu kerajaan telah mengambil inisiatif dan langkah yang sewajarnya untuk mengatasi apa jua masalah.

Pembangkang memilih jalan rusuhan jalanan daripada dialog dan kompromi untuk menjayakan agenda mereka menumbangkan sebuah kerajaan sah yang dipilih secara demokratik.

Pembangkang juga menggunakan organisasi sebagai Comango untuk mempertikaikan negara ini sebagai sebuah negara orang Melayu dan Islam sebagai terasnya dengan membawa isu-isu sensitif yang menyentuh kesucian Islam kepada forum antarabangsa.

Comango berkempen agar masyarakat dunia mengutuk Malaysia kerana mengamalkan syiar Islam dan nilai-nilai serta adat ketimuran.

Mereka mahu Malaysia menjadi sebuah negara seperti di Eropah dan Amerika Syarikay di mana perkahwinan sejenis dibenarkan, budaya gay dan lesbian boleh bergerak bebas, fahaman yang merosakkan pemikiran manusia seperti liberalisme juga diajar di sekolah dan institusi pengajian tinggi di negara ini.

Ini adalah agenda yang dibawa olen Anwar selepas dibebaskan dari penjara.

Tujuan beliau ialah untuk menukar sistem demokrasi dan raja berperlembagaan kepada sistem republik di mana tiada lagi hak-hak istimewa orang Melayu dan Islam tidak lagi menjadi agama persekutuan.

Anwar tidak sayangkan bangsa Melayu atau negara ini.

Asalkan beliau boleh menjadi perdana menteri, apa cara sekali pun adalah halal baginya.

Menjahanamkan bangsa dan agama tidak mengapa bagi Anwar asalkan impian di hatinya tercapai untuk duduk di kerusi empuk di Putrajaya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kit Siang Ekstremis Pengecut: Baling Batu, Berjabat Tangan?

 
Entah kenapa terasa loya tekak apabila membaca blog Kit Siang pada 16 Februari lalu yang menyeru rakyat Malaysia agar "Cintai Malaysia, Selamatkan Malaysia" (Love Malaysia, Save Malaysia).  Kit Siang menyeru sedemikian kononnya untuk menentang sekumpulan kecil rakyat 'tidak berjiwa Malaysia, yang giat menyemarakkan semangat perkauman. 
 
Biarpun seruan tersebut adalah seruan yang murni, namun, kita mempunyai masalah untuk mencernanya kerana Kit Siang itu sendiri langsung tidak berjiwa Malaysia. 
 
Kit Siang yang kita kenali adalah pencetus rusuhan kaum 13 Mei.  Sehingga kini, Kit Siang tidak pernah merasa bersalah ataupun menyesali tragedi itu, malah menafikan pula penglibatannya serta berusaha mengubah sejarah. 
 
Parti Kit Siang menolak sejarah negara ini sehingga ke tahap enggan mengiktiraf kedudukan tulisan jawi dalam sejarah negara.  Parti Kit Siang enggan menerima hakikat bahawa teras identiti negara adalah bangsa dan budaya Melayu, yang merupakan penduduk asal.  Kit Siang lebih selesa berbahasa Inggeris dan lebih gemar memperjuangkan Bahasa Mandarin.  Kit Siang inginkan perpecahan antara kaum kekal melalui sekolah-sekolah vernakular.  Kit Siang juga terus mempertikai Hak Istimewa Melayu dan agama Islam sebagai agama rasmi negara yang menjadi formula perpaduan terbaik, sekali gus, tonggak identiti Malaysia. 
 
Sifat perkauman Kit Siang semakin terserlah sejak Akta Hasutan dihapuskan di mana penyokong Kit Siang-DAP-PR begitu giat memprovokasi, mencabar dan menghina Melayu, Raja-raja Melayu dan agama Islam di laman-laman sosial mereka.   
 
Pendek kata, tiada apa-apa yang 'Malaysia' di dalam diri Kit Siang melainkan Cina dan Cina semata-mata.  Oleh itu, apabila Kit Siang berkata 'cintai Malaysia', kita terasa begitu loya. 
 
Satu perkara mengenai Kit Siang atau DAP ialah mereka gemar menggunakan ayat samar atau umum dalam memperkatakan sesuatu isu.  Sekiranya mereka ingin mengutuk Melayu, mereka akan merujuk kepada UMNO dan jika mereka ingin memperjuangkan Cina, mereka merujuk diri mereka sebagai rakyat Malaysia (Malaysians).  Dengan cara ini, mereka boleh menafikan bahawa tindakan mereka adalah rasis sekiranya diserang balas. 
 
Apa jua strategi mereka, matlamat DAP hanya satu, iaitu merampas kuasa politik Melayu. 
 
Dalam usaha itu, parti ini telah dengan sengaja menyemarakkan isu kalimah Allah. Tumpuan utama DAP adalah untuk merebut Sabah dan Sarawak yang majoriti penduduknya adalah Kristian.  Maka, saban hari isu ini dimainkan di semua media pembangkang seolah-olah ia merupakan isu hidup dan mati penganut Kristian.  Kononnya, kerajaan tidak memberi kebebasan beragama, UMNO parti rasis manakala pemimpin UMNO pula tidak menepati slogan kesederhanaan. 
 
Biarpun isu tersebut telah diputuskan oleh mahkamah, Kit Siang dan partinya mengambil sikap tidak peduli dengan undang-undang dan terus menyemarakkan keadaan dengan berbagai tuduhan terhadap kerajaan, UMNO, Melayu dan umat Islam.  Setiap kali melancarkan serangan, Kit Siang bersembunyi di sebalik nama 'Malaysian', dan bukan Cina - sambil mengutuk 'UMNO', dan bukan Melayu. 
 
Justeru, apabila orang Melayu bertindak balas dengan mensasarkan kepada DAP dan orang-orang Cina, maka Kit Siang akan menuduh UMNO sebagai rasis, orang Melayu sebagai pengganas manakala orang Islam itu ekstrem.
 
Namun, apapun label yang Kit Siang berikan kepada orang-orang Melayu, ia tidak mengubah hakikat bahawa Alvivi adalah penyokong DAP, begitu juga dengan anak-anak muda Cina yang menterbalikkan bendera Malaysia dengan bangga.  Ia juga tidak mengubah hakikat bahawa kalimah Allah tidak pernah menjadi isu sehingga pihak Kristian menuntut penggunaannya dan mencabar undang-undang. 
 
Dalam kata lain, bukan orang-orang Islam atau Melayu yang menghina Injil, Jesus atau perayaan dan agama orang-orang Cina di laman-laman sosial.  Bukan orang Islam yang menghalang orang Cina atau Kristian untuk mengamalkan agama mereka.  Bukan pemimpin Melayu Islam yang merampas tanah dan perniagaan bangsa lain. 
 
Tetapi orang bukan Islam yang menyuruh guru dan penyanyi Islam membuka tudung sekiranya ingin bekerja dengan mereka.  Orang bukan Islam yang melanggar undang-undang dan mencabar perlembagaan.  Pemimpin bukan Islam yang menindas orang Melayu Islam dengan merampas tanah dan perniagaan mereka.
 
 Justeru, pihak manakah yang ekstrem atau pengganas di sini?  Islam atau bukan Islam?
 
Jelas sekali, pihak bukan Islamlah yang sengaja ingin mencetuskan ketegangan bagi mengumpan tindak balas dari orang Islam.  Umpan tersebut akhirnya membawa hasil apabila Molotov koktail dilempar di gereja dan kepala khinzir diletakkan di masjid. 
 
Tidak dapat dipastikan angkara siapakah semua ini dan tidak mustahil ia adalah angkara pihak ketiga yang ingin melihat rusuhan kaum berlaku di negara ini. 
 
Namun, angkara siapapun ia, sedarkah kita bahawa semua ini tidak akan berlaku jika orang-orang bukan Islam yang sependapat dengan Kit Siang benar-benar menghayati identiti Malaysia serta akur kepada undang-undang dan perlembagaan. 
 
Malang sekali, Kit Siang adalah seorang yang tidak bertanggungjawab dan pengecut. Beliau hanya berani membaling batu dari belakang komputernya sambil membuat provokasi dan mencabar kerajaan melalui rangkaian dan penyokongnya, tetapi di masa yang sama, beliau menyembunyikan tangannya.  Kini, apabila keadaan semakin getir, beliau pula yang terhegeh-hegeh ingin berjabat tangan dengan BN, konon untuk 'bekerjasama demi perpaduan dan keamanan negara'.   

Untuk pengetahuan Kit Siang, rakyat tidak sebodoh penyokong-penyokong DAP. Majoriti rakyat boleh membaca strategi DAP melalui blognya.  Apa yang jelas, DAP adalah sebuah parti ektremis Cina yang zalim lagi hipokrit yang sanggup menggadaikan nyawa rakyat dan kemakmuran negara demi kuasa politik Cina. 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.