Selasa, 25 November 2014

#pau14 - PAU UMNO kali ini menyebabkan Nga Kor Ming naik minyak




SIDANG AKHBAR PERLANCARAN TUBE

Anwar Ibrahim meraban di TEDxGeorgetown





Hahahahaha! Ingat hebat sangat tempat yang dia pergi bercakap...rupa-rupa cokia ..kalau nak bercakap macam tu kat Malaysia pun banyak tempat dia boleh bercakap, antaranya ialah toastmaster club Malaysia.

Di sana Anwar berkongsi pentas dengan seorang Gay yang berkongsi pengalamannya. Pada malam Anwar bercakap pada 15 November lalu, terdapat 12 speaker termasuk beliau.

Kehadiran pada malam itu mengikut penganjur hanyalah untuk 1500 orang tetapi yang hadir tak lah ramai.

Anwar dok bercakap pun dok merepek tentang zaman kegemilangan zaman dia jadi menteri kewangan dan kisah dia yang kononnya rajin membaca banyak buku dan berterima kasih kepada orang yang bagi buku semasa beliau dalam penjara. Juga menceritakan tentang lagu-lagu orang putih yang dia dok menyanyi. Gila sungguh lah hang ni.

Dok tunjuk dia menang undi popular, dok tunjuk dia hebat,







Jangan Percaya 100% Kenyataan Pembangkang Di Media Sosial:- Veeran Muniandy

Ahad, 23 November 2014

BOMBA TAIPING BANTU AKTIVITI DAP DAN PAS.

Hari ini Nga Kor Ming Jutawan Dap yang memiliki istana besar di Ipoh sekali lagi menjadi idola Pas Kamunting. Sejak 2009 Nga menaja majlis berkhatan dan tidak pernah gagal hingga ke hari ini. Cumanya ia banyak berpindah-pindah masjid di sekitar Dun Kamunting.

Tujuannya hanya satu, iaitu merampas kerusi yang dimenangi oleh Umno sejak azali. Nga fokus ke kawasan ini sahaja dan mengabaikan kawasan Pokok Assam dan Aulong. 

Walaupun kawasan tersebut banyak masjid tetapi bukan keutamaan. Ternyata beliau mempunyai unsur-unsur politik seperti pepatah melayu 'ada udang di sebalik batu'.

Tahniah lah kepada Nga Kor Ming dan Pas yang hanya bergantung talian hayat kepada Dap. Tahniah juga kepada Bomba Taiping yang tidak pernah gagal membantu Pas dan Nga.









org kuat pas kg expo







BAWAH INI PULA  KISAH 2009 MAJLIS BERKHATAN DI MASJID KG EXPO, KAMUNTING.


DAP anjur upacara khatan beramai-ramai. DAP berhasrat mendekati masyarakat Melayu dan menjaga kepentingan semua lapisan rakyat demi membawa pembaharuan dalam reformasi nasional !





IPOH: DAP buat pertama kali dalam sejarah politik negara akan menganjurkan majlis berkhatan beramai-ramai di masjid sebagai tanda hormat kepada orang-orang Islam dan untuk membuktikan perjuangan parti itu adalah untuk semua bangsa dan agama.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming mengumumkan, DAP Taiping akan menganjurkan ucapacara tersebut pada pagi Ahad, 6 Disember ini bertempat di Masjid Expo Kamunting.


Majlis ini julung kali diadakan dan seramai 75 kanak-kanak akan menjalani upacara tersebut dengan penuh adat dan berwarna-warni. Pasukan kompang dan majlis siram air turut akan diadakan.


Nga yang juga Ahli Parlimen Taiping, memberitahu media, Pengerusi DAP Perak, Dato Ngeh Koo Ham juga turut akan menganjurkan satu majlis berkhatan beramai-ramai melibatkan 100 orang pelajar di Permatang Kerian, Pantai Remis dibawah program yang sama di Parlimen Beruas.

DAP menghormati Islam dan perjuangan parti ini untuk semua bangsa dan agama, katanya.

Nga juga merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada para petugas khususnya ahli-ahli PAS yang banyak membantu menjayakan majlis penuh bersejarah tersebut.- DAP

Hasil Kerja Celaka Macai Rafizi Lembu. Ramai Yang Percaya ..

Esok boleh pergi ke Singapore dan beli beberapa tong minyak dan bawa balik jual timbang kilo untuk kegunaan kenderaan kita....


Orang yang percaya dengan auta di atas diminta berfikir dengan akal, harga minyak mentah tak sama dengan minyak yang siap diproses.

Jumaat, 14 November 2014

PGSM mahu bantu k'jaan rayu kes transgender





5:26PM Nov 13, 2014


Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) hari ini menubuhkan kumpulan 'Lawyers For Islam' untuk membantu pihak berkaitan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung kes golongan lelaki berpakaian wanita di tempat awam.

Setiausahanya Moeis Basri berkata kumpulan itu menghormati keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan golongan lelaki berpakaian wanita di tempat awam, namun berpendapat kes itu perlu didengar semula oleh Mahkamah Persekutuan kerana perbuatan tersebut melanggar syariat Islam.

"Walaupun menghormati keputusan mahkamah, PGSM berpendapat perlunya keputusan itu dirayu dan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan untuk isu tersebut diberi pertimbangan semula dari segi aspek undang-undang yang sah dan terpakai di Malaysia.

"Melalui kumpulan ini, kita akan bertemu dan membantu kerajaan, Majlis Agama Islam Negeri dan institusi berkaitan Islam yang terlibat untuk membentangkan aspek perundangan yang berkaitan dalam prosiding mahkamah tersebut," katanya pada sidang media di Shah Alam.

Beliau berkata kumpulan 'Lawyers For Islam' yang dianggotai peguam dari mahkamah sivil dan syariah itu juga akan bertindak sebagai 'Rapid Response Team' bagi memberi maklum balas terhadap isu-isu semasa berkaitan agama Islam.

Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan sebagai tidak sah ketetapan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan bahawa golongan lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah dan tidak sah di sisi Perlembagaan.

Panel tiga hakim mahkamah itu yang dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus membuat ketetapan tersebut selepas membenarkan rayuan tiga lelaki yang bekerja sebagai mak andam untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang menolak semakan kehakiman mereka bagi mencabar undang-undang syariah itu.

Berikutan itu, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kerajaan negeri akan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan secepat mungkin berhubung keputusan Mahkamah Rayuan tersebut.

- Bernama

Selasa, 11 November 2014

Luahan Hati Anwar Ibrahim

KENYATAAN AKHBAR PERSATUAN PEGUAM PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM)







Berkaitan Penghakiman Mahkamah Rayuan  yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992  tidak berperlembagaan)



PPMM berasa amat terkejut dengan keputusan sebulat suara Mahkamah Rayuan pada 7 November 2014 yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah ( Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak berperlembagaan kerana mendiskriminasi golongan minoriti. Keputusan tersebut dibuat setelah tiga orang lelaki Islam merayu kepada Mahkamah Rayuan apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka mengisytiharkan sekyen tersebut tidak berperlembagaan.  Ketiga-tiga lelaki Islam berkenaan telah dituduh di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan di bawah seksyen 66 tersebut kerana memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam.

Seksyen tersebut berbunyi seperti berikut:

“Seksyen 66. Lelaki berlagak seperti perempuan.

Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”

Sehingga siaran akhbar ini ditulis PPMM masih lagi belum mendapat salinan penghakiman yang diputuskan pada 7 November 2014 itu. PPMM juga tidak mendapat makluman berkaitan dengan hujahan-hujahan yang telah dikemukakan oleh kedua belah pihak semasa prosiding rayuan berjalan. Pada kebiasaan hakim-hakim akan membuat keputusan berdasarkan persoalan yang dihujahkan di hadapan mahkamah.

Oleh yang demikian siaran akhbar ini dibuat berdasarkan laporan-laporan yang dibuat di akhbar-akhbar dan media alternatif sahaja dan menyentuh aspek keabsahan dan kesan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan tersebut.


Di dalam kes Sulaiman Takrib v Majlis Agama Islam Trengganu, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa legislatif untuk membuat apa-apa kesalahan dan hukuman yang melanggar perintah agama Islam. Perintah agama Islam termasuklah juga isu-isu berkaitan akhlak atau moral bagi orang Islam seperti di dalam Seksyen 66 tersebut. Di dalam kes tersebut Mahkamah Persekutuan memutuskan makna ‘precepts of Islam’ bukan sekadar rukun Islam tetapi apa-apa perintah agama Islam. Menjaga akhlak adalah sebahagian dari perintah agama Islam dan lelaki berpakaian wanita adalah diharamkan di dalam Islam.

Manakala di dalam kes Titular Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur v Menteri Dalam Negeri dan 8 yang lain pula, Mahkamah Persekutuan memutuskan antara lain kebenaran dari Mahkamah Persekutuan perlu diperolehi terlebih dahulu di dalam sesuatu prosiding yang mencabar keperlembagaan sesuatu undang-undang.

Berdasarkan dua penghakiman Mahkamah Persekutuan di atas, PPMM berpandangan Mahkamah Rayuan telah khilaf di dalam penghakiman semalam.  Malah ia juga tidak sejajar dengan beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 3 yang meletakkan Islam bukan sekadar agama rasmi tetapi agama bagi Persekutuan seperti yang diputuskan di dalam kes-kes Lina Joy melawan Majlis Agama Islam Wilayah Persecution (Mahkamah Persekutuan) dan Meor Atiqurrahman melawan Fatimah Sihi (Mahkamah Tinggi). Begitu juga obligasi berperlembagaan Yang Di Pertuan Agong di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan di mana YDPA bersumpah memelihara Islam pada setiap masa.  Sebagai Ketua Eksekutif sebenar Negara (Perkara 39) sumpah YDPA tersebut menjadi suatu obligasi kepada semua cabang pentadbiran dan kehakiman negara untuk dipenuhi.

Isu diskriminasi kepada golongan minoriti tidak seharusnya timbul kerana kebebasan fundamental  (fundamental liberties) seperti yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan bukanlah suatu yang tiada batasannya. Hak tersebut tidak bersifat mutlak dan ia perlu dibaca bersama-sama dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang lain. Perlembagaan Persekutuan mesti dibaca secara bersesama bukan diasing-asingkan antara satu sama lain (harmonious interpretation). Mentafsirkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan secara berasingan akan hanya membawa implikasi percanggahan peruntukan Perlembagaan Persekutuan sesama sendiri.


Keputusan Mahkamah Rayuan tersebut juga gagal mengambilkira norma masyarakat Melayu Islam (grundnorm of the society) yang merupakan teras kepada jatidiri kebangsaan. Islam dan Melayu merupakan sebahagian daripada struktur asas (basic structures) yang membentuk Perlembagaan Persekutuan. Memusnahkan strucktur asas ini akan mengakibatkan jatidiri dan kerangka Perlembagaan Persekutuan itu sendiri terpecah.


Walau apapun penghakiman semalam adalah penghakiman yang sah oleh sebuah mahkamah yang kompeten. Ia perlu dihormati sehingga ada keputusan sebaliknya.

PPMM menyeru Kerajaan Negeri Sembilan dan pihak-pihak yang dinamakan di dalam prosiding tersebut memohon kebenaran merayu dalam tempoh yang ditetapkan. PPMM juga mendesak sementara menunggu permohonan kebenaran merayu diputuskan Kerajaan Negeri Sembilan memohon penggantungan perintah yang dikeluarkan itu.  PPMM juga menyeru Kerajaan Persekutuan yang merupakan “amicus curae” di dalam prosiding tersebut  bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sembilan di dalam rayuan tersebut.


PPMM selanjutnya menyeru semua Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-Negeri  (MAINS) di seluruh Malaysia supaya memohon kebenaran mencelah di dalam prosiding rayuan kelak. Ini adalah disebabkan Majlis-Majlis Agama Islam adalah penasihat utama dalam hal ehwal agama Islam kepada Sultan/ Raja/ Yamtuan negeri masing-masing dan YDPA bagi negeri yang tidak mempunyai Raja. Keputusan ini juga memberi kesan kepada undang-undang yang sama yang ada di negeri-negeri lain.  MAINS mempunyai kepentingan undang-undang yang jelas di dalam prosiding ini kerana ia juga akan memberi kesan kepada undang-undang di negeri berkenaan.


PPMM bersedia memberi taklimat, khidmat dan pandangan kepada MAINS khasnya dan semua Majlis Agama Islam amnya   dalam perkara ini.

PPMM juga menyeru kepada semua umat Islam di Malaysia supaya bertenang bagi membolehkan proses undang-undang berjalan sewajarnya.


Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden
Persatuan Peguam Peguam[truncated by WhatsApp]

Khamis, 6 November 2014

Kes Rayuan Anwar : Hujah Balas peguam bela ulang cerita lama

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1559669704267426&id=1463273717240359&fs=0

Perbicaraan rayuan kes liwat 2 di Istana Kehakiman, Putrajaya sepanjang hari ini memperlihatkan pasukan Peguambela yang diketuai Dato' Gopal Sri Ram mengulangi hujah-hujah dan fakta-fakta kes yang telah dibentangkan sepanjang providing kes di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Pada kedua-dua perbicaraan sebelum ini, nota penghakiman, kenyataan Pendakwaraya dan Peguambela dengan jelas menyatakan bahawa kejadian liwat tersebut benar-benar berlaku.

Apa yang terjadi di Mahkamah Persekutuan pada hari ini memperlihatkan pasukan pembelaan mempertikaian keputusan-keputusan terdahulu selain dari tidak menampilkan alibi bahawa Anwar Ibrahim tidak berada di tempat kejadian.

Dato' Gopal Sri Ram pada awal pembelaan minggu lepas mengakui bahawa kejadian liwat tersebut merupakan hubungan suka sama suka, seiring dengan penggulungan hujah peguambela mendiang Karpal Singh di Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012.

Ini amat mengejutkan para pemerhati apabila pasukan pembelaan pada hari ini menggulung hujah mereka dengan suatu andaian bahawa kejadian liwat tersebut tidak pernah berlaku dengan menimbulkan keraguan pada bahan-bahan bukti.

Perbahasan tentang bahan-bahan bukti sewajarnya sudah selesai di peringkat Mahkamah Tinggi dan/atau Mahkamah Rayuan.

Dalam ertikata lain, pasukan Pendakwaraya dan Peguambela diharapkan dapat mengemukakan hujah samada hukuman 5 tahun penjara adalah keka atau ditambah.