Rabu, 30 Julai 2014

Buruknya perangai orang PKR

::: Lagi Pendedahan PANAS & Luahan Hati Mantan Setpol MB PAS Kedah tentang PKR :::

Saya tak berhasrat membuka pekung atau mengungkit. Tapi bila Saifudin dan Rafizi mula mengungkitkan stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi Selangor- Kedah itu tidak wajar.

PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati.

Hari-hari dalam tahun 2008-2010 di Kedah selepas PRU-12 dulu adalah hari membilang kerusi. MB akan bertanya hampir setiap hari dan dia turut mengepak jari jemarinya satu persatu... Berapa lagilah kerusi DUN yang PR ada?

Di mana Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR yang minta PAS contohi sikap PKR di Kedah dalam isu MB Selangor sekarang, pada masa kerusi kena dibilang setiap hari pada masa itu itu?

Tempoh itu adalah waktu-waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan supaya jangan tumbang di tengah jalan. Adun-adun PKR Kedah melompat, merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk menyeberang.

Kerusi DUN PKR asalnya 5 tinggal 3, itupun setelah berjaya melepasi cabaran PRK Bukit Selambau. Kerusi Parlimen hilang dua, Padang Serai dan Kulim. Masa itu Rafizi dan Saifuddin ada di mana?

Sorang Adun yang kuat menahan diri daripada memakan umpan supaya melompat, menghadapi kes kahwin kali kedua tidak register pulak...lalu jadi senjata musuh untuk mengugutnya supaya menukar kem. Akhirnya DSAI arahkan dia meletak semua jawatan, walaupun Ustaz Azizan berpendapat cukuplah kalau lepaskan jawatan exco sahaja.

DSAI tetap mahukan dia letak semua jawatan, hilangkan diri seketika, menyebabkan PR terpaksa hadapi PRK Bukit Selambau. Daripada hari pertama melarikan dia daripada satu komplot BN yang bersiap membawanya ke Putrajaya, hinggalah dia pulang dari India, saya terpaksa menguruskan segala-galanya - memujuknya, menguruskan proses penyediaan dokumen sumpah, surat perletakan jawatan, menenangkan anak isterinya, hotel persembunyiannya, makan minum dalam persembunyian, membayar ganti rugi kerosakan rumah sewanya, menguruskan makan pakai dan tempat tinggal, sekolah dan keselamatan anak isterinya. Berpuluh ribu belanja untuk itu, semuanya PAS tanggung!

PAS Kedah berhabis beratus ribu pula untuk PRK Bukit Selambau atas kehendak PKR. Habis berpuluh ribu lagi nak jaga baki Adun PKR yang belum melompat...

PAS Kedah terpaksa membayar hutang lama seorang Adun PKR yang telah keluar iklan insolvensi (kebankrapan) di akhbar hampir seratus ribu. MB terpaksa diam saja bila dapat tahu dia telah arahkan GLC beri kebenaran kepada sebuah syarikat pengusaha kuari pasir yang kebetulan melalui tanah milik agensi itu- untuk menampung perbelanjaannya. Ada PKR peduli kesukaran Adun-adunnya ?

Sepanjang waktu-waktu getir, setelah mendapat maklumat tawaran lumayan semakin meningkat untuk mereka melompat menumbangkan kerajaan, saya kerahkan anggota unit keselamatan PAS bertugas 24 jam mengiring dan memantau pergerakan semua ADUN PR Kedah secara senyap dan terbuka. Tugasan ini tidak perlu dilakukan pun jika Adun-Adun PKR tidak membuat honar dan bertemu berunding dengan broker di Kelab Cinta Sayang! Sebulan lebih mereka ke hulu ke hilir meninggalkan keluarga dan kerja, PKR di mana?

PAS terpaksa merangkak untuk mencari dana beratus ribu lagi untuk menjaga bekas Adun yang Anwar arahkan meletak jawatan selepas dia balik dari persembunyian di India, atas janji mereka kepada pengorbanannya.

Uruskan belanja dan keperluan bulanannya sehingga habis penggal, termasuk penyediaan tempat tinggal (rumah) dan hutang piutangnya! Bukan sedikit, beratus ribu! PKR di mana masa itu? Bukanlah dia orang PKR?

Saya tidak bermaksud mengecilkan pengorbanannya, saya salute kesanggupannya, tapi sayang! PKR di semua peringkat telah mengabaikan nasibnya yang telah berkorban untuk partinya. Ada sesiapa dari PKR yang pernah bertanya khabar anak isterinya?

Selama dua bulan lebih dia dalam pelarian atas kehendak PKR di India, anak isterinya tinggal di mana? Kamilah yang menguruskannya!

Pernahkan Rafizi atau Saifuddin atau Anwar ambil sekeluarga India yang anak-anaknya sedang membesar, bapanya hilang entah ke mana, keselamatan tidak terjamin, budaya dan agama jauh berbeza, tinggal serumah, sedapur, sebilik mandi dengan mereka?

Pernahkan penganut hindu yang taat, berada dalam tekanan, dalam serba kepayahan, menempatkan 'tokong' dan bersembahyang di ruang tamu rumah Rafizi di depan anak dan isterinya? Saifuddin pernah basuh tilam dan lantai bekas kencing budak kaum India di rumahnya? Peduli pun tidak, apalagi bertanya!

Apa lagi PKR buat untuk Kedah?

Sepanjang sejarah PR jadi kerajaan di Kedah, ada kes tuntutan perjalanan bulanan sorang sorang Exco dari PKR jauh melebihi gaji dan elaunnya... Pegawai-pegawai kerajaan pun terkejut dan mengadu. Elaunnya sekitar RM17 ribu, tuntutan perjalanannya pernah mencecah RM23 ribu! Siapakah yang menutupi keaiban besar ini?

Lima Adun PKR yang asal dan seorang yg menang PRK Bukit Selambau, enam semuanya pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri! Tidakkah ini pelik! Topidak bertolak ansurkah PAS dengan PKR dalam hal sebesar ini? Siapakah yang mengizin/mengarahkan tolak ansur ini kalau bukan Presiden PAS, tempat tumpah kesetiaan dan kepatuhan MB Kedah masa itu.

Mungkin tak cukup kerusi Exco, berebut pulak hendakkan senator sampai seorang Ketua Cabang keluar parti sewaktu PRK Bkt Selambau. Mereka menuntut macam-macam keistimewaan untuk diri dan kaumnya yang belum dapat dipenuhi, MP Padang Serai keluar parti. MP yang jarang pedulikan kawasan, tidak pernah turut serta dalam program peringkat kawasan dan negeri, tapi meminta peruntukan itu dan ini, akhirnya melompat jugak...

Adakah Rafizi atau Saifuddin datang bertanya khabar tentang karenah orang-orangnya? Adakah Saifuddin atau Rafizi tampil meminta maaf di atas karenah yang dibuat oleh Adun-adun PKR yang PAS terpaksa tanggung di Kedah? Tak pernah walaupun sekali...!

Belanja program parti PKR pun minta daripada PAS, termasuk belanja kotinjen PKR Kedah ke PRN Sarawak. MB terpaksa secara diam-diam meluluskan kawasan balak kepada PKR melalui satu permohonan sebuah syarikat yang mewakilinya, atas alasan PKR tiada belanja nak uruskan parti. Bila lulus dengan harga yang sama dengan pihak lain (RM16 ribu sehektar), diulang lagi memohon pengurangan harga pula. PAS Kedah tidak pernah mengambil kesempatan jenis ini! PKR tidak malupun untuk mengulang meminta.

Ahli2 Majlis PBT PKR hampir sama ramai dengan PAS walaupun kerusi mereka hanya lima berbanding PAS 16, MKK pun begitu juga... Belum saya ceritakan gelagat ahli majlis PKR yang berniaga dan melindungi perniagaan atas kapasiti mereka di PBT.

Ustaz Azizan terpaksa menebal muka mempertahankan pencalonan Darjah Kebesaran (Dato') untuk orang-orang besar PKR di hadapan Tuanku Sultan memandangkan belum ada jasa untuk disenaraikan. Hanya ada jawatan dalam parti yang jarang diambil kira oleh pihak istana. Saya boleh senaraikan penerimanya kalau mahu, termasuk yang bercakap pandai itu. Mereka meminta secara direct dan indirect...

Bintang-bintang dan pingat yang lebih kecil tak perlulah di sebutkan. Berebut-rebut dan merajuk kalau tak dapat, marah kalau orangnya tak lekat, mahunya pada pingat dan kebesaran bagai semut menghurung gula!

PKR seperti orang lumpuh daripada leher sampai ke kaki dengan semua karenah ini. Semuanya PAS yang kena jaga, kena bela, kena suap, terpaksa tanggung, terpaksa telan! Tetapi lagak pemimpinnya seperti raja. PAS buat macam-macam untuk menjaga maruah PKR, menjaga maruah kerajaan PR dalam keadaan mereka melompat dan menuntut segala macam...

Dengan karenah yang berbagai-bagai itu, patut saja mereka tidak ikut campur dalam krisis yang dicetuskan oleh seorang Adun PAS dan sekelompok pengikutnya tentang kedudukan MB!

Kalaulah PKR menyamakan situasi di Selangor sekarang sama seperti Kedah, cuba bilang kerusi PAS Selangor hari ini dan kira juga kerusi PKR di Kedah masa itu. Jangan lupa masukkan sekali yang melompat dan membuat onar!

Mengucap permohonan maaf dan terima kasih pun mereka tak mampu, masih ada hati mahu mengungkit mereka tidak campur tangan dalam isu siapa patut jadi MB Kedah masa tu?

Sebenarnya bukan mereka tak mahu ikut campur, tapi mereka lumpuh segala anggota dari banyak sudut untuk bercakap tentang kelayakan! Perlukah saya ceritakan semuanya?

Kekalahan PR Kedah - walaupun ada faktor lain- turut disumbangkan oleh faktor karenah Adun dan MP PKR yang melompat. Ia membangkitkan kebencian dan meluat.

Walaupun menang di kerusi mereka apabila mengemukakan semua muka baru, bekas-bekas Adun yang tidak dicalonkan melepaskan semua jawatan dalam parti. Pengundi melayu yang menyimpan geram dan meluat dengan gelagat PKR menghukum calon-calon PR di kawasan-kawasan melayu, PAS lah yang menanggung akibatnya! Ada hati nak mengungkit? Tak malu?

Hari ini tokoh yang mengarahkan PAS Kedah terus bersabar, mengarahkan MB Kedah terus bertolak ansur untuk memelihara kukuh Pakatan Rakyat di Kedah pada waktu lalu sedang diberi kata dua, di suruh menjawab itu dan ini hanya kerana dia menyatakan keputusan partinya. Saya menanggung perit yang tersimpan selama ini hanya kerana susuk ini yang mengarahkan MB meraikan saja kelemahan, menutup kekurangan dan menampung apa yang kurang pada mereka. Itulah dakwah politik kita masa itu. Itulah toleransi Presiden PAS yang dipatuhi oleh Almarhum Ustaz Azizan.

Tak ada sedikit rasa malukah dengan kebaikannya selama ini mengarahkan segala kelemahan dan kekurangan malah kesialan kamu diraikan saja malah ditutup? Bila lemah meruntun bila rasa kuat mula jalannya pun mulalah mendongak!

SANUSI MD NOR, MANTAN SETPOL USTAZ AZIZAN RAZAK

Rabu, 23 Julai 2014

TRAGEDI #MH17 : RUSSIA BENTANG BUKTI DATA DAN IMEJ SATELIT HARI KEJADIAN


Pihak Russia telah membuat satu pembentangan intensif berkenaan tragedi pesawat MAS MH17 respon kepada tuduhan yang dilemparkan oleh banyak pihak terutamanya pihak barat dan sekutunya termasuk pihak berkuasa Ukraine sendiri.

Ikuti video dan sipnosis(kredit Cz Fab) pembentangan tersebut dibawah :-

http://tv.sukanstar.com/33/tragedi-russia-bentang-bukti-data-imej-satelit-hari-kejadian

Masak lah Ukraine dan sekutunya US! Russia dah sangkal dan keluarkan bbrp bukti. Bagi yang tak tgk video, boleh tgk ulasan yang saya buat menerusi gambar video. Habis telanjang Ukraine. Jadi benarlah laporan dari twitter "spainbuca" yg telah di delete oleh pihak twitter bahawa mmg terdapat jet fighter yg mengekori MH17. Maruah Malaysia skrg dah jadi kambing, kita semua kambing, sbb negara telah dikambinghitam utk kepentingan kuasa2 besar.

Semua aset yg ditunjukkan dlm gambar2 ni adalah milik Ukraine.

Gambar 1:
1. Menunjukkan MH17 membuat lencongan sebelum hilang dari radar Russia.
2. Russia tidak pasti arahan dari siapa samada dari Ukrainian traffic controller atau pihak lain.
3. Pada tarikh tersebut, Russia mengesan bbrp buah BUK M-1 kepunyaan Ukraine berdekatan tempat kejadian.
4. BUK M-1 boleh menembak sejauh 35km (> 110,000 kaki) dan sehingga altitud 25 km (> 82,000 kaki).
5. Russia mempertikai kenapa Ukraine meletakkan sejumlah BUK M-1 di kawasan berdekatan Donetsk walhal di sana memang tidak ada sebarang aktiviti penerbangan dari mana2 pihak tentera.
6. Dari gambar 1 boleh dilihat route yg asal MH17 dan lencongannya.
7. Dari gambar boleh dilihat 3 buah anti aircraft missile (BUK M-1) kepunyaan Ukraine di sekitar laluan MH17.

Gambar 2, 3 dan 4:
1. Gambar satelit diambil pada 14 julai sebaik shj kes kapal kargo AN-26 terhempas.
2. Terdapat self propelled launching system dan 2 system utk loading (Gambar 2).
3. Di kwsn berdekatan terdapat sistem radio iaitu 5km dari kawasan BUK-M1 (Gambar 3).
4. Di utara Donetsk terdapat 4-5 buah air missile system. Anda boleh lihat dgn jelas 60 jenis pelbagai peralatan2 yg ada (Gambar 3).
5. Gambar kwsn sama tapi diambil pada 16 julai, anda boleh lihat sistem launching tidak ada di situ (Gambar 4).
6. Pihak Russia tertanya kenapa Ukraine memiliki BUK-M1?
7. Pihak Russia menegaskan bhw pihak pro-Russian separatist (PRS) tidak memiliki sebarang anti aircraft missile termasuk BUK-M1.

Gambar 5 dan 6:
1. Terletak 5 km dari timur Donetsk.
2. Anda boleh lihat sistem anti aircraft missile.
3. Pihak Russia tertanya kenapa terdapat anti aircraft missile yang terlalu berdekatan dengan kwsn tragedi MH17.
4. Pada 18 Julai kawasan sama, sistem anti aircraft missile hilang dari peta (Gambar 6).

Gambar 7:
1. Radar Ukraine pada 17 Julai beroperasi tahap maksima iaitu 9 buah.
2. Pada 15 Julai, 7 radar beroperasi, 16 Julai pula 8 radar beroperasi dan pada 17 Julai iaitu hari tragedi, sebanyak 9 buah radar beroperasi.
3. Tiba2 pada 18 Julai, radar beroperasi turun hingga 4 buah hingga minima 2 buah radar dan pihak Russia mahu jawapan kenapa ini berlaku.

Gambar 8:
1. Gambar pada 17 Julai.
2. Ada 4 buah kapal iaitu 3 buah kapal komersil dan 1 buah (jumlah tidak diketahui) jet fighter Ukraine.
3. Empat buah kapal komersil adalah MH17, sebuah kapal terbang (Copenhagen-Singapore) dan sebuah lagi Paris ke Taipei.
4. Jet fighter Ukraine tiba2 naik ke ketinggian 10km (33,000 kaki) bersamaan dgn MH17 dan masuk ke laluan yg sama. Jarak jet fighter dgn MH17 adalah 3-4km.
5. Kemungkinan, selain BUK-M1, pihak Russia berkata mungkin misil udara ke udara dari jet fighter Ukraine terlibat. Keupayaan misil tersebut boleh menjangkau 12km dgn jarak jaminan misil sampai pada target iaitu 5km.
6. Russia pertikai kenapa jet fighter Ukraine terbang sama laluan dgn MH17.

Gambar 9:
1. Presentation dari Ketua Panglima Tentera Udara Russia (pangkat depa den tak tau, sori)
2. Gambar menunjukkan dari radar tentera udara Russia.
3. Lebih kurang jarak 51 km dari sempadan Russia, MH17 dikatakan mula mengurangkan kelajuan.
4. Pada kawasan terhempasnya MH17, pihak pegawai air traffic Russia dpt mengesan sebuah lagi kapal terbang tapi sukar dikesan oleh radar tentera kerana kapal tersebut ketiadaan alat pengesan secondary.
5. Kapal terbang tersebut juga dikesan masih berlegar-legar di udara sebaik kejadian berlaku.

Gambar 10:
1. Pihak Russia mengatakan kononnya pihak US mempunyai gambar bukti Russia atau PRS yg melancarkan missile dari BUK tapi sehingga sekarang tidak ada pihak pernah melihat gambar bukti tersebut.
2. Ukraine berkata tidak ada sebarang jet fighter mereka di kawasan kejadian telah disangkal oleh pihak Russia.
3. Pihak Russia menyangkal video youtube yang menunjukkan kononnya kenderaan BUK-M1 melalui sebuah kawasan di Ukraine memasuki sempadan Russia.
4. Terdapat sebuah papan iklan kenderaan dalam video dan tarikh pengiklanan iklan tersebut adalah 15 Mei 2014 dan pada tarikh ini, pihak Ukraine masih menguasai kawasan ini.
5. Jadi sekarang ni, pihak Russia pula yg bertanya pada Ukraine iaitu apakah jenis pelancar tersebut, ke mana ia dihantar dan dari mana asalnya, kenapa ia diisi dengan misil dan bila kali terakhir ia diisi dengan misil?
6. Pihak Russia bertegas tidak pernah beri sebarang anti anticraft missile kpd pihak PRS.

Jumaat, 18 Julai 2014

#MH17 Satu kecelakaan yang mengejutkan

Setelah selesai demam bola sepak Fifa14, setelah reda kisah #CDM25 dan masih panas membakar jiwa dengan serangan Israel terhadap bumi Gaza yang serba kekurangan dan sebelum embun jantan menitik di cucur atap tiba-tiba kita dikejutkan dengan satu lagi kejadian yang berpunca daripada kerakusan manusia.

Penerbangan #MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang sepatutnya mendarat di KLIA pada jam 6.10 pagi ini telah menjadi mangsa peluru berpandu di Ukraine.

Sedih dan terharu kerana kehilangan MH370 masih terasa dan belum terjawab kini yang baru pula dan mendatangkan kekalutan serta kesedihan seluruh masyarakat dunia.

Menurut media barat, ia berpunca dari tembakan peluru berpandu oleh pihak pemisah Ukraine,   ia berlaku tanpa disedari oleh juruterbang dan mungkin juga penumpang yang lain. Sejarah pernah membuktikan banyak kali pesawat awam ditembak jatuh dari darat dan juga dari pesawat pejuang.

Hasil pemerhatian gambar-gambar yang di muat naik ke laman sosial media maya dan laman web internet menunjukkan pesawat tidak berkecai atau bersepai di udara.

Pesawat kelihatan seperti hilang kuasa dan mengelungsur seperti mendarat cemas dengan sebahagian daripada badan pesawat terkopak dan jatuh sebelum pesawat mendarat dan terbakar di tanah lapang.

Ia menggambarkan seolah-olah juruterbang berusaha menyelamatkan nyawa penumpang sebelum pesawat musnah terbakar.  Apa pun keputusan daripada kotak hitam akan merungkai kesemua persoalan tersebut.

Takziah dan condolences kepada waris mangsa.

Khamis, 17 Julai 2014

BANTAHAN PEMBINAAN KELAB LUMBA KUDA DI BUKIT LATAR




 Apa sibuk sibuk nak bantah pusat judi kuda terbesar di Asia. Biar lah mereka nak buat apa pun. Pas Selangor pun tak bising dan tak bantah.

Apa yang perlu dicegah dan dibongkar ialah pusat judi kuda di berpusat atau berselindung atas nama pusat rekreasi keluarga atau cyber cafee.  Cegah  pusat judi haram lagi baik bro.

Pusat judi haram yang berlindung atas nama cyber caffee kini tumbuh bagai cendawan. Cuba lah lihat  rumah-rumah kedai di sekitar taman-taman perumahan. Kebanyakan yang menjadi mangsa ialah anak-anak melayu yang masih belajar di sekolah dan IPTA , IPTS.

Sudah ada kaki judi yang habiskan harta arwah mak ayah, sampai ada yang letak kunci kereta dan bila kalah, balik jalan kaki 25 km. Mereka ini lah juga sebahagian daripada kategori orang gelangdangan yang tidur di bawah jambatan dan stesen bas kerana malu nak balik ke rumah.

Di daerah Taiping saja pun dah lebih 50 buah pusat judi haram tumbuh. Ini belum kira pusat judi haram 4 ekor.

Zaman Tun Mahathir dulu dia tak larang orang lain nak buat disko ka, buat lumba kuda ka, apa kah kerana yang penting ialah jati diri bangsa melayu dan penerapan nilai Islam di pegang sebagai asas kehidupan.

Rabu, 16 Julai 2014

Tazkirah Terawih Masjid Kpg Expo Kamunting 15 Julai 2014



Selepas selesai Pru 13 tahun lepas, masjid ini boleh dikatakan sepi dari sudut aktiviti politik.

Cuma beberapa minggu lalu ada lah seorang Mangkuk yang nak lepas geram, selepas selesai solat Jumaat dia seorang sahaja yang bertempik 'Takbir' tetapi sayang nya hanya dia seorang saja memekik tanpa ada sokongan daripada jemaah lain.

Khutbah Jumaat pun dah okay, tak ada lagi skrip sendiri. Cuma yang lagha sikit ialah masih lagi wujud risalah yang bercetak ayat al Quran dan diletakkan di atas lantai berhadapan pintu-pintu masuk masjid. Risalah tersebut jelas menunjukkan datang dari calon Pas untuk kerusi Parlimen Lenggong.

Selain itu ialah masih berlaku tolak dan sorong peti kutip duit yang mengganggu jemaah.  Apabila masuk khutbah kedua tok siak sibuk mengutip tong tersebut.

Masjid juga kini lagha dengan skrin yang menayangkan teks khutbah tetapi tidak memberikan impak yang besar kepada jemaah terutama pelajar sekolah yang bising di belakang.

Malam tadi seperti biasa selepas 4 rakaat tarawih akan di diadakan tazkirah. Cuma bezanya malam tadi, ustaz yang memberikan tazkirah tahu akan blogger taipingmali. Sebelum memulakan tazkirah beliau bertanyakan kepada jemaah,  ada atau tidak blogger tersebut dalam masjid? Kalau dia ada pasti dia akan tulus dalam blognya keesokan hari.

Seterusnya beliau menyentuh isu serangan Israel ke atas Gaza. Katanya kalau kita orang islam di Malaysia atau ahli parti Pas buat demonstrasi menunjukkan kemarahan kita terhadap kezaliman Israel, sudah tentu kita akan di tangkap dan di belasah oleh polis Yahudi. Polis Yahudi yang di maksudkan tak lain dan tak bukan ialah PDRM kita.

Wah! Hebat juga ustaz seorang ini!

Harap lepas ini PDRM dapat menyiasat siapa kah ustaz ini dan apakah latar belakang dirinya. Adakah seorang Syiah. Adakah seorang mujahideen pro ISIS atau apa?


AWAS. wanita ini sedang mengamuk di jalanraya #CDM25


Selasa, 15 Julai 2014

Khalid Samad wajar letak jawatan dan berambus dari Selangor

YAM Sultan Selangor murka dengan sikap biadab ahli parlimen Shah Alam yang banyak kali mempertikaikan tindakan Jais dan Mais.

Khalid juga salah seorang pemimpin Pas Pusat yang bersetuju supaya kalimah Allah diguna pakai oleh bukan Islam.

Semua tindakan beliau mengundang kemurkaan Sultan Selangor.

Apa tunggu lagi, letak jawatan kalau anak jantan dan berambus dari bumi Selangor.

Video Cina Memukul Perempuan Melayu di Casa Condominium Damansara

Sabtu, 12 Julai 2014

Persidangan Umno Bahagian

Mesyuarat UMNO Bahagian yang dijadual bermula 8 Ogos hingga 14 September dilanjutkan tarikh persidangannya kepada 30 Setember, kata Presidennya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Jelas beliau, ini dibuat memandangkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung pada 25-29 November 2014.

Perhimpunan tersebut akan bermula sebagaimana biasa iaitu Taklimat Presiden pada 25 November yang kemudiannya akan diikuti oleh perasmian Perhimpunan Agung pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada sebelah malamnya.

Seterusnya Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan berlangsung pada keesokan harinya iaitu 26 November dan diikuti dengan persidangan perhimpunan Agung UMNO 2014 bermula pada 27 November.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyatakan sokongan terhadap pendirian kerajaan yang berdiri teguh dalam perjuangan hak rakyat Palestin dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis terhadap serangan kepada orang-orang awam.

“MT juga menyarankan supaya sembahyang hajat dilakukan di seluruh negara di peringkat bahagian-bahagian dan akan turut memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa serangan tersebut apabila tiba masanya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, petang ini.

Konflik Israel Palestine

14 Ramadhan 1435H
Sabtu 12.30a.m.

Apabila Barrack Obama menyatakan bahawa beliau tidak mahu konflik antara Hamas - Israel berpanjangan sebenarnya beliau cuba merasionalkan kemarahan umat Islam tentang serangan Israel ke atas Gaza.

Konflik sebenarnya bukan antara Hamas-Israel tetapi antara Palestin-Israel. Kenyataan beliau secara diplomatiknya berusaha membela keganasan Israel ke atas pembunuhan orang awam dan kanak-kanak Palestin dengan mengkambinghitamkan Hamas sebagai punca kejadian. Ia sebenarnya suatu SANDIWARA Iblis dan Dajal akhir zaman.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=904479399569461&id=100000222294669&ref=bookmark

Demikian jua apabila Anwar Ibrahim menyatakan bahawa beliau menyokong penuh sebarang usaha untuk melindungi kedaulatan & keselamatan Israel, Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil masa sebulan untuk mengulas kenyataan tersebut. Itu pun setelah Anwar mendatangi beliau dan memesongkan pemikiran Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hakikatnya, Anwar Ibrahim sudah pun menandatangani Annapolis Summit 2007 bersama 80 pro zionis tegar bagi mengiktiraf penubuhan sebuah negara Israel. Dan usah terpedaya jika Anwar Ibrahim mengutuk serangan terbaru Israel terhadap Gaza. Ia sebenarnya satu SANDIWARA Iblis dan Dajal akhir zaman jua.

 #‎pray4Palestine

Selasa, 8 Julai 2014

Perak Akan Wujudkan Entiti Pantau Masalah Kecurian Pasir:- Datuk Dr Mah ...

DAP cabar seluruh orang Melayu ulangi 13 Mei, kata tidak takut



1. P. Ramasamy DAP hasil pilihan Melayu Perai, Pulau Pinang selaku Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang telah mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin serta semua orang Melayu untuk "membawa dan ulangi semula 13 Mei". P. Ramasamy DAP hasil pilihan Melayu Perai seakan sengaja membangkitkan isu ini dibulan Ramadhan sewaktu orang Melayu berpuasa.

2. P. Ramasamy DAP hasil pilihan Melayu Perai mengeluarkan kenyataan ini kerana tidak tahan dengan amaran Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan: "Insiden pergaduhan mungkin boleh berulang sekiranya perpaduan antara kaum tidak dijaga. Rakyat Malaysia secara umumnya tidak mahu melihat berulangnya maut pertempuran antara etnik" -kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

3. Akan tetapi P. Ramasamy DAP hasil pilihan Melayu Perai tidak mempedulikan nasihat dan amaran itu lalu terus mengeluarkan kenyataan secara terbuka:

4. "MIC mungkin takut, Gerakan mungkin takut, MCA mungkin takut. Tapi biar saya katakan sekiranya kamu (Muhyiddin) bersama semua orang Melayu di Malaysia mahu kembalikan insiden 13 mei, bawalah ia sekarang kepada DAP, kesemua kaum cina juga tidak takut. Jangan cakap sahaja tetapi tidak berani berperang. Setiap masa cakap pasal 13 Mei,13 Mei,13 Mei. Marilah cetuskan 13 Mei. Kamu mulakan 13 Mei maka ini merupakan kali pertama kerajaan memulakan 13 Mei. Anda fikir apa? Anda fikir DAP takut ah?" -kata P. Ramasamy DAP hasil pilihan Melayu Perai merangkap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang memberitahu sidang media hari ini.

5. Akan tetapi Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini tidak pernah menyatakan secara jelas dan spesifik bahawa ianya adalah tarikh 13 Mei. Ini ada petikan kata kata Tan Sri Muhyiddin Yassin:

6. "Oleh kerana itu, terdapat semua jenis andaian ketika hubungan etnik menjadi tegang dan tidak sihat. Ini boleh menyebabkan kejadian itu dan saya tidak mahu menyebut tarikh tertentu, " -kata Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

7. Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun tidak menyebut secara spesifik tarikh 13 Mei sebelum ini dan ianya hanya perumpamaan yang dikeluarkan, tetapi P. Ramasamy DAP hasil pilihan Melayu Perai telah bertindak terus menyahut serta mencabar seluruh orang Melayu untuk ulangi 13 Mei 1969.

Semua orang Melayu yang baca ni harus CLICK SHARE supaya sebaran dibuat dan dapat berjaga jaga dalam masa terdekat. CLICK SHARE supaya sanak saudara kita di Pulau Pinang tahu akan hal ini dan mereka juga turut boleh bersedia. Sememangnya masa semakin hampir, setiap hari kita diprovok dan ditekan. Telah lama kita bersabar.

Sumber Bukti Cerita 1:
http://www.rakyatnews.my/index.php/20140707199452/politik/p-ramasamy-tidak-takut-13-mei-berulang

Sumber Bukti Cerita 2:
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/after-muhyiddins-may-13-caution-penang-dcm-says-bring-it

Ahad, 6 Julai 2014

Peniaga Perlu Jujur Dan Bertanggungjawab Dalam Perniagaan

Keberkatan Ramadhan Digunakan Dengan Amal Kebajikan

Kagum Sikap Golongan Muda Yang Ringan Tangan di Bulan Ramadhan:- Datuk D...

Bekas Calon PRU 13 Hina Nabi: Gabungan NGO Islam Sabah Buat Laporan Polis


davidorok
KOTA KINABALU – Majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan Islam Sabah (Concerns) hari ini membuat laporan polis terhadap seorang anggota Parti Reformasi Negeri (Star) kerana mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam.
Laporan polis dibuat oleh Pengerusi Concerns, Sainuri Yahmin di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di sini kira-kira pukul 10.30 pagi terhadap anggota parti berkenaan, David Orok.
“Kenyataan biadab yang dikeluarkan oleh individu tidak bertanggungjawab ini adalah serius dan sengaja dibuat untuk membangkitkan kemarahan umat Islam selain kekecohan dan perpecahan kaum,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.
David juga merupakan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Sulaman pada pilihan raya umum lalu.
Sainuri berkata beliau mewakili gabungan itu dan umat Islam meminta agar polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan segera serta tegas ke atas David.
Sementara itu, Pergerakan Pemuda Umno Putatan turut membuat laporan polis berhubung insiden sama.
Ketuanya Ir Shahelmey Yahya berkata tindakan David itu dikhuatiri akan mencetus perbalahan antara masyarakat berlainan kaum dan agama.-Bernama.

Jumaat, 4 Julai 2014

Mahasiswa UM Protes Pemecatan Pengarah UMCedel




 Tindakan bodoh oleh pelajar-pelajar UM. tak tahu punca, elok duduk diam. kepada kementerian pelajaran pula elok tamatkan sahaja pengajian mereka.