Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2015

PENUBUHAN PAS : FAKTA ATAU AUTA?

DARI: JABATAN PENERANGAN PAS PUSAT - DI BAWAH TAJUK:"MENGAPA SAYA DAN ANDA PILIH PAS?"
KENAPA PAS DITUBUHKAN?

Parti Islam Semalaysia atau PAS ditubuhkan secara rasmi pada 21 Zulkaedah 1370 bersamaan dengan 24 November 1951. Penubuhan PAS menempuh satu proses yang panjang sesuai dengan fitrah perjuangan Islam itu sendiri yang terpaksa melalui pelbagai liku-liku dan rintangan. PAS lahir bukan untuk mendapatkan habuan dunia atau kerana kehendak mana-mana individu. la juga bukan lahir kerana kekalahan dalam perebutan beberapa individu dalam perebutan jawatan politik dalam parti. PAS lahir di atas sahutan untuk menyempurnakan arahan Allah SWT tentang perlunya sebuah jemaah yang mempunyai cita-cita untuk menegakkan Islam di atas muka bumi sesuai dengan firmanNya yang bermaksud; "Hendaklah ada di kalangan kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk…

Anwar Ibrahim:Sandiwara Ketum Parody

Salah Siapa Dalam PAS Ada Banyak Syaitan?

Hello.. Hello Sirul.. Hello Hello Sirul.. Sirul..

Rakaman Suara Cubaan Mat Sabu Menjatuhkan Hadi Awang- Part 1

Selepas kubur Ibrahim Libya dan Mat Indera kini kubur Nik Aziz menjadi tumpuan

Selepas seminggu kematian Nik Aziz, kuburnya menjadi tumpuan penyokong dan ahli Pas seluruh negara. Begitu lah hebatnya kesetiaan dan penghormatan yang diberikan kepada arwah. Satu sikap yang harus dipuji kepada orang Pas atau pun mereka yang kini berada dalam Pasma.

Dahulu dalam kes Memali yang berlaku pada 19 November 1985, kubur Ibrahim Libya dan 13 pengikutnya juga menjadi tumpuan pengikut Pas seluruh negara. Kubur tersebut dilabelkan sebagai kubur syuhada yang mati syahid  dan kuburnya sentiasa berbau harum dan wangi sepanjang masa.

Begitu juga dengan kubur Mat Indera yang dijatuhkan hukuman gantung oleh kerajaan British di Taiping kerana menyerang dan membunuh 21 orang di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 jugs menjadi tumpuan ahli Pas seluruh negara.

Ianya kerana Mat Indera dikatakan sebagai pejuang Islam oleh Mat Sabu dan mempunyai karamah, Menurut calon Pas untuk Adun Selama Akmar Kamarudin menyatakan kubur Mat Indera sentiasa berbau harum dan wangi.

Kubur harum …

Liwat 2 DSAI : Dialog Bersama Shafee Abdullah, Keterangan Sulit Saiful K...

G. Palanivel perlu berundur daripada Mic secara terhormat

Kemelut parti politik MIC semakin parah. Ini berikutan tindakan Presidennya Datuk Seri G. Palanivel  semakin menunjuk sifat bongkak dan keras kepala.

Kelmarin beliau sepatutnya hadir untuk berbincang dengan  Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak tetapi enggan hadir dengan alasan isteri sakit.

Tindakan beliau menghantar wakilnya adalah satu tindakan berbentuk penghinaan kepada Najib yang menjadi Pengerusi BN.

Sebelum menjadi Presiden Mic beliau sanggup mengejar kemana sahaja perdana menteri berada, termasuklah zaman Pak Lah lagi.  Sewaktu kerusi Parlimen Hulu Selangot kosong berikutan kematian MP dari parti PKR, Palanivel awal-awal cuba melobi untuk menjadi calon.

2013 sewaktu musim pemilihan parti Mic sekali lagi beliau sanggup mengejar Najib ke sana sini untuk minta pertolongan bagi mengadakan rundingan damai bagi mengekalkan beliau sebagai presiden parti

Hujung bulan Januari lepas Datuk M. Saravanan dilucutkan jawatan sebagai Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan tanpa merujuk keputusa…

Bala akan menimpa Selangor jika KIDEX tidak dibuat

Kelmarin Azmin telah membatalkan projek Lebuh raya Kinrara-Damansara sepanjang 14.9km. Menurut Azmin pembatalan itu adalah kerana Kidex gagal memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Begitu mudah buat Azmin membatalkannya dengan alasan gagal mematuhi syarat, tetapi projek Datum Jelatek yang terang-terangan mendapat bantahan penduduk TETAP AKAN DILAKSANAKAN

Dahulu apabila kerajaan membina NKVE puak-puak haram jadah pembangkang juga yang membantah projek tersebut tetapi kini mereka juga yang menggunakannya. Tak cukup dengan itu habis tanah di kiri kanan NKVE dijadikan projek perumahan. Ini lah perangai firaun puak-puak pembangkang.

Membatalkan projek Kidex bererti Lembah Kelang akan terus mengalami kesesakan jalan raya kerana hasil kajian dan unjuran menyatakan pada tahun 2018 dianggarkan 11 ribu lori pengangkut akan menggunakan Kidex setiap hari sebagai laluan alternatif bagi mereka yang hari  ini menggunakan LDP dan Lebuh raya Persekutuan.



Hebat banduan bernama Anwar

Anwar hari ini muncul dalam satu perbicaraan di mahkamah Jalan Duta. Kemunculannya menimbulkan persoalan media dan orang awam.

Anwar muncul sebagai orang awam, bukan sebagai banduan. Apakah SOP Jabatan Penjara yang berada dalam KDN sudah berubah?

Harap dapat penjelasan daripada pihak berkenaan.

Gambar di bawah menunjukan banduan berpakaian suit mungkin Brioni dan memegang Iphone (pix facebook)


Isu lempar bungkusan mengandungi daging babi di Masjid Telaga Air Selesai

BUTTERWORTH 7 Feb - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian melempar bungkusan dipercayai mengandungi daging babi ke dalam perkarangan Masjid Telaga Air, di sini.Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A.Thaiveegan memberitahu Bernama lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kariah masjid berkenaan sebaik menyedari kejadian itu dan kemudian menyerahkan suspek kepada polis.Sementara itu, Setiausaha Masjid Telaga Air Ahmad Taufiq Saedon berkata lelaki itu ditahan pada pukul 2 pagi ketika cuba melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal."Ketika kejadian lelaki itu membaling bungkusan plastik mengandungi daging babi ke dalam kawasan masjid dan melarikan diri dengan menunggang motosikal, tetapi tindakan pantas beberapa kariah berjaya menahan lelaki itu," katanya.Imam Dua Masjid Telaga Air Mohd Asri Harun pula berkata kejadian dilempar bungkusan berisi daging babi awal pagi ini bukan pertama kali berlaku.Beliau berkata dalam beberapa kejadia…

PAS lawan PASMA, sudah sampai tahap pecah kepala

Kontroversi antara Pas dan Pasma mula mencapai tahap Cipan dan Gaban. Beberapa hari lalu satu bantahan telah dibuat oleh Pas Pahang menentang kewujudan Pasma. Berikutan itu beberapa nama pemimpin Pasma yang dikenal pasti sebagai orang kuat Pas telah menerima hadiah istimewa.

Menurut laporan ada pemimpin yang di belasah atau dipukul. Tak cukup dengan itu kereta milik pemimpin Pasma juga dibakar.

Hebat sungguh krisis Pas hari ini.

Kalau diikutkan tidak ada apa masalahnya dengan Pasma. Mereka hanya NGO bawah Pas sama seperti Jim. Ikram dan lain-lain NGO dibawah seliaan dan pemantauan  Pas.

Kehadiran Pasma akan menambahkan kemeriahan Pas cuma ada segelintir umat Pas yang menentang Pasma. Agaknya jika mereka yang menentang Pasma rasa kecewa sebab mereka tidak dijemput menyertainya.

Golongan Pasma kini dipanggil sebagai JEBON.

Tak rasa pelik kah?

Pasma dikuasai oleh beberapa tokoh hebat seperti jurutera, doktor perubatan, doktor falsafah dan pelbagai lagi tokoh-tokoh hebat.

Ini kereta salah…

Restoran Simpang Tiga Ipoh mempunyai ciri istimewa

“Saya bukan ahli politik dan rasis,”: Datuk Kazim Elias