Isnin, 31 Oktober 2016

Benarkah Kedah Juara Piala Malaysia Kerana Jasa Mukhriz?



Semalam, rakyat negeri Kedah bersorak gembira apabila pasukan bola sepak mereka berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia selepas menumbangkan Selangor 6-5 dalam penentuan sepakan penalti pada aksi perlawanan akhir di Stadium Shah Alam.

Biarpun semalam, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hadir di stadium memberikan sokonngan kepada barisan pemain, masih ada cakap-cakap nakal bahawa kemenangan itu adalah kerana sumbangan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ketika Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berada di bawah naungan Mukhriz, mereka hanya berjaya menjadi juara Liga Perdana tetapi gagal menjadi juara Piala Malaysia musim lalu.

Sepanjang menjadi Presiden KFA juga, Mukhriz tidak pernah memberikan sesuatu yang istimewa kepada rakyat negeri Kedah berkaitan bola sepak.

Berbeza dengan Ahmad Bashah, tidak lama selepas beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kedah menggantikan Mukhriz, beliau terus memberikan tiket percuma kepada menyaksikan perlawanan Kedah melawan Terengganu.

Selain itu, ketika menjadi Presiden KFA dan Menteri Besar pun, Mukhriz sering tiada di Alor Setar untuk meninjau keadaan negeri dan pasukan bola sepak sebaliknya banyak berada di Kuala Lumpur.

Pada perlawanan akhir semalam, kedua-dua pasukan seri 1-1 sepanjang 120 minit masa perlawanan termasuk masa tambahan 30 minit.

Gol Kedah dijaringkan oleh Mohd Rizal Mohd Ghazali pada minit ke-51 mendahului kedudukan sebelum disamakan oleh Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-59.

Bagi rakyat Kedah, ini baru permulaan kepada keputusan besar pentadbiran Ahmad Bashah di dalam KFA dan di mana letaknya ruang untuk sumbangan dari Mukhriz?

Kita mungkin hanya menantikan masa selepas ini, Kedah bakal menjadi juara Liga Super dengan Ahmad Bashah selaku penaung KFA.

Beliau berjaya akhirnya membawa Kedah merangkul piala paling berprestij bola sepak Malaysia itu untuk kali kelima semalam.

Kemenangan itu juga mematikan impian Selangor untuk mendapatkan kejuaraan ke-34 mereka dalam kancah Piala Malaysia.

Piala Malaysia semalam adalah hasil usaha Bashah bukan Mukhriz. Usahlah menumpang nama di sebalik kejayaan orang lain.

Tulisan :
Beruang Biru
BB110, Isnin
31 Oktober 2016



Sent from Samsung tablet.

Dulu lain, sekarang lain tok wan oi!

Tuduhan seorang pemimpin lama terhadap pimpinan Kerajaan yang lari daripada perjuangannya dahulu dilihat alasan menarik orang untuk masuk ke parti baharunya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perjuangan dahulu jelas untuk menuntut kemerdekaan sekali gus berbeza dengan perjuangan kini demi kemajuan negara.

"Sebagai seorang manusia hidup ini perlu ada tujuan bagi memberi makna dalam hidup kita. Dalam erti kata lain, hidup ini adalah sebuah perjuangan.

"Sepanjang 40 tahun perkhidmatan saya dalam kerajaan, saya mempunyai perjuangan saya tersendiri iaitu untuk memajukan agama, bangsa dan negara saya.

"Namun sejak akhir-akhir ini, ada seorang pemimpin lama mula menghasut rakyat, mengatur langkah dari dalam dan luar negara untuk menuduh saya dengan perkara-perkara yang sama beliau dituduh semasa beliau berkuasa," katanya dalam satu siaran radio pada Jumaat.


Dalam pada itu kata Datuk Seri Najib, banyak beza antara perjuangan dahulu dan sekarang.

"Beliau menuduh perjuangan parti saya sudah lari daripada perjuangan beliau dahulu sebagai alasan untuk menarik orang masuk ke dalam parti beliau dan memecah belahkan orang Melayu.

"Memang benar perjuangan dahulu dan sekarang berbeza. Dahulu beliau yang berumur 91 tahun ini memperjuangkan kemerdekaan, sekarang saya memperjuangkan kemajuan negara," jelasnya.

Tegasnya, pelbagai usaha yang dilakukannya selama ini adalah perjuangan kemajuan untuk negara.

"Apakah usaha kami membina infrastruktur seperti MRT, BRT, LRT, Lebuhraya Pan Borneo, Rapid Pengerang, Kota Iskandar untuk meningkatkan ekonomi dan taraf hidup rakyat bukan satu perjuangan?

"Apakah penyediaan bantuan kerajaan seperti Teraju, Tekun, bantuan-bantuan 1Malaysia, PR1MA, e-kasih, UTC, RTC untuk kemudahan rakyat bukan satu perjuangan?

"Apakah usaha memajukan sukan sehingga mencapai keputusan paling cemerlang dalam sejarah bukan satu perjuangan," ujarnya.

Tambah Datuk Seri Najib, pemimpin itu juga kini sedang berjuang untuk menjatuhkan kerajaan sehingga sanggup bersekongkol dengan pemimpin parti chauvanis.

"Pemimpin parti itu juga sudah didakwa melakukan rasuah. Siapakah yang sebenarnya tersasar daripada perjuangan? Biarlah apa mereka kata, saya dan jemaah menteri akan terus komited dalam perjuangan kami memartabatkan agama, bangsa dan negara," katanya.

Pelumba Ducati 04 Dovizioso juara di Sepang



SEPANG: Andrea Dovizioso meraih kemenangan pertamanya dalam Grand Prix Motosikal musim ini di Litar Antarabangsa Sepang di sini, hari ini.

Ia merupakan kemenangan sulung sejak 2009 bagi pelumba Itali yang mewakili pasukan Ducati itu

Dovizioso mendominasi perlumbaan 19 pusingan itu yang berlangsung dalam keadaan hujan dan trek basah dengan catatan 42:27.333s mendahului rakan senegaranya Valentino Rossi daripada Yamaha Movistar Moto GP di tempat kedua dengan 42:30.448s.

Rakan sepasukan Rossi, Jorge Lorenzo turut melakukan penyudah podium dengan catatan 42:39.257s manakala pendahulu kejohanan dunia, pelumba Sepanyol Marc Marquez mewakili Repsol Honda Team pula menamatkan perlumbaan di tempat ke-11 dengan 43:03.813s.

"Perlumbaan ini amat sukar. Rossi amat pantas, tetapi saya tidak berputus asa dan mengelak melakukan kesilapan. Sepang merupakan satu daripada trek kegemaran saya walaupun saya tidak pernah menang di sini sebelum ini.

"Saya gembira dengan prestasi motosikal dalam keadaan trek basah ini kerana saya mampu mengekalkan kelajuan yang sama dari awal hingga akhir. Keputusan ini amat penting bagi pasukan Ducati," kata Dovizioso dalam sidang media.

Kemenangan sebelum ini dicatatkan Dovizioso adalah pada 2009 di Great Britain.

Sementara itu, prestasi Rossi menyaksikannya menduduki tempat kedua dalam kedudukan kejohanan dunia MotoGP musim ini selepas mengumpul 236 mata di belakang Marquez dengan 278 mata.

Rossi berkata ia merupakan keputusan amat penting kerana rakan sepasukannya Lorenzo biasanya amat pantas pada pusingan terakhir MotoGP di Litar Valencia yang akan berlangsung pada 13 Nov.

Lorenzo menduduki tempat ketiga dalam kejohanan dengan 208 mata. Marquez telah pun merangkul gelaran kejohanan dunia pada dua minggu lepas di Jepun.

Rossi, 37, berkata dia mula mengalami masalah apabila trek beransur-ansur kering ketika perlumbaan berlangsung.

"Apabila air (menjadi) semakin kurang, saya berdepan masalah dengan tayar depan dan terpaksa lebih perlahan. Secara keseluruhannya perlumbaan adalah baik, Dovizioso dan motosikalnya beraksi amat baik," kata juara dunia sebanyak sembilan kali itu. -- BERNAMA











Sent from Samsung tablet.

Jumaat, 28 Oktober 2016

BERIBU AHLI PPBM BERSEDIA UNTUK KELUAR PARTI IKUT JEJAK KHAIRUDIN



TINDAKAN anak didik Tun Dr Mahathir Mohamed, Datuk Seri Khairudin Abu Hassan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) amat mengejutkan ramai penyokong bekas Perdana Menteri itu.

Masakan tidak, Khairudin yang dikenali sejak dahulu merupakan seorang 'budak suruhan' Mahathir yang amat setia sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita peribadi Pengerusi PPBM berkenaan.

Logik akal, kenapa seorang 'budak suruhan' bertindak keluar serta merta dari parti pemimpin kesayangannya melainkan pasti ada yang tidak kena dengan parti dan pemimpin berkenaan.

Walau apapun alasan yang diberikan kepada pihak media, yang pastinya tindakan Khairudin membuktikan di dalam PPBM sudah mula menular virus dan barah yang banyak 'memberi harapan palsu' buat ahlinya.

Tindakan Khairudin ini dikhabarkan telah menarik minat ribuan ahli PPBM yang lain untuk turut keluar parti. Walaupun mereka baru sahaja menandatangani borang keahlian parti pembangkang tersebut, namun menurut sumber-sumber dalaman yang ditemui penulis, mereka ini sudah tidak tahan dengan tindakan Mahathir dan Muhyiddin yang amat berbeza berbanding semasa mereka dalam UMNO dahulu. Tapi, tidak perlulah penulis ceritakan di sini.

Pada mula ceritanya, ribuan ahli PPBM berkenaan sudah lama berhasrat untuk keluar parti disebabkan kepincangan dalam parti, namun mereka berasa malu berbuat demikian lebih-lebih lagi kepada parti lama mereka yakni UMNO.

Ada 13 alasan mengapa mereka mahu keluar PPBM iaitu :

a) PPBM tidak boleh pergi jauh dalam PRU14.
b) Tiada pemimpin PPBM berpengaruh di negeri negeri
c) Ramai pemimpin PPBM tiada pengalaman
d) Ramai PPBM yang ada berpuak puak
e) Masing masing ada misi peribadi dan mahu kekayaan
f) PPBM gagal menjadi dominan dalam pembangkang
g) PPBM tidak mampu gantikan UMNO
h) PPBM akan pupus lagi cepat dari Semangat 46
i) PPBM berada bawah telunjuk DAP
j) PPBM sudah bersekongkol dengan peliwat (Anwar) dan perasuah (Guan Eng)
k) PPBM adalah tempat terkumpulnya mereka yang kecewa dalam politik
l) Secara purata umur pemimpin PPBM adalah 50an ke atas.
m) PPBM adalah parti tua dan tiada masa depan

Bagi mereka inilah masa paling sesuai untuk bertindak dengan menggunakan alasan 'mengikut jejak' Khairudin keluar parti, sedangkan mereka sebenarnya tidak mampu lagi untuk terus bersarang lama dalam sebuah parti yang bukan memperjuangkan anak bangsa sebenarnya, tetapi 'ada udang disebalik batu'.

Bagaimanapun, tarikh dan tempat untuk ribuan ahli PPBM itu akan keluar parti masih belum lagi diterima kerana dipercayai ia masih lagi dalam proses pengumpulan setakat ini.

Maklumat yang mengejutkan ini telah menjadi bahan bukti bahawa PPBM bukanlah sebuah parti yang ditubuhkan untuk perjuangan agama, bangsa dan negara; sebaliknya ia hanyalah berfungsi sebagai platform untuk cita-cita peribadi Mahathir menjelang fajar tahun 2020.

Apa impian Mahathir ketika fajar tahun 2020? Mungkin ramai orang tahu Wawasan 2020 adalah mahu menjadikan Malaysia sebuah negara maju sahaja. Namun tersiratnya jauh menjangkaui daripada itu. Perkataan 'wawasan' itu juga sebenarnya membentuk sebuah tanda tanya yang besar dan ia tersemat sebuah kehendak peribadi Mahathir yang amat tamak serta tidak patut.

Jadi, penulis mengucapkan selamat berhijrah kepada ribuan ahli PPBM yang sudah mula insaf dan bakal kembali ke pangkal jalan. Tahniah!

Tulisan :
Beruang



Sent from Samsung tablet.

Harga Minyak Masak Tanpa Subsidi RM3.70




Tahukah anda? harga minyak masak sepeket 1kg jika tanpa subsidi harganya ialah RM3.70 tetapi hasil subsidi atau bermaksud dibelanja oleh kerajaan, harganya yang dibeli oleh orang ramai ialah RM2.50.

Ini bukan satu promosi atau retorik politik tetapi inilah tanggungjawab kerajaan untuk memelihara kebajikan rakyat agar terus terjaga.

Kerajaan membelanjakan RM1.20 untuk satu peket minyak masak yang dijual kepada orang ramai. Kalau dijual sebanyak 10 juta peket, kerajaan menanggung belanja RM12 juta untuk subsidi berkenaan sahaja dan ia diberikan kepada semua tanpa mengira parti mana yang orang ramai sokong atau undi.

Dengan minyak masak inilah, para peniaga kecil yang berniaga makanan bergoreng kesukaan ramai dan terus mencari rezeki untuk keluarga dan anak-anak.

Subsidi ini sudah pun diumumkan oleh kerajaan akan kekal menjadi hak rakyat dan tidak akan ditarik balik.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) biarpun ada tekanan untuk terus bertahan dalam keadaan ekonomi global kini, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab hak rakyat tetap diutamakan tidak seperti pembangkang yang berjuang hanya untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

Ia amat berbeza dengan pembangkang yang berjuang dengan misi hanya mencari salah BN sedangkan mereka ada pengundi dari kalangan rakyat yang perlu diambil perhatian serius berkaitan kebajikan mereka.

Masalah air pun gagal diselesaikan di Selangor. Sudah 8 kali masalah air di Selangor berlaku. Kita tunggu tengok dalam Bajet Selangor pada 31 Oktober ini apakah akan ada bajet khusus untuk selesaikan masalah air ini.

Tidak guna berbangga ada rizab sampai RM4 billion kalau masalah asas rakyat iaitu air gagal diselesaikan.

Kadangkala di Parlimen, Ahli Parlimen pembangkang ini kerap membahaskan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan kebajikan rakyat di tempat yang mereka wakili sebaliknya hanya menyalahkan BN sepanjang masa.

Sebelum ini pun, di pihak mereka menyalahkan kerajaan apabila ada khabar angin yang mengatakan kerajaan bakal menarik balik subsidi RM1.20 berkenaan.

Kerajaan sudah mula dituduh zalim kerana menindas rakyat biarpun perkara itu belum sahih.

BN tetap dengan janji dan tanggungjawabnya kepada rakyat dan atas dasar itulah harga minyak masak RM2.50 itu dikekalkan untuk terus dinikmati rakyat.

Tulisan :
Beruang


Sent from Samsung tablet.

Khamis, 27 Oktober 2016

Hentikan Fitnah, Putar Belit Fakta Ekonomi Negara – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa pihak-pihak yang gemar memutarbelitkan fakta mengenai ekonomi negara supaya menghentikan politik berasaskan fitnah.

Katanya agensi penarafan antarabangsa Fitch Ratings telah mengekalkan penarafan Malaysia di tahap A- berikutan kedudukan ekonomi dan kewangan negara yang stabil.

KUALA LUMPUR, 25 Okt -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab soalan pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini. Turut kelihatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri). --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

"Ini bukti daya tahan ekonomi negara dan keupayaan kerajaan #Bajet2017. Fitch setuju hutang negara terkawal bawah 55 peratus dan kita mampu capai sasaran defisit fiskal.

"Hentikanlah politik berasaskan fitnah. Rakyat boleh menilai," katanya dalam catatan di laman Twitter.

Jumaat lepas, Najib yang juga Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat yang mencadangkan peruntukan RM260.8 bilion – RM214.8 bilion untuk belanja mengurus dan RM46 bilion untuk belanja pembangunan.

Menurut kenyataan akhbar Fitch Ratings semalam, bajet persekutuan Malaysia menunjukkan akan lebih menstabilkan pembiayaan awam, disebalik penurunan pendapatan dari sektor minyak dan gas.

"Fitch menjangkan defisit 2016 pada kadar 3.2 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tetapi berpendapat sasaran 2017 mampu dicapai.

"Kami berpendapatan tidak mungkin sasaran itu akan tersasar menerusi langkah mencukupi untuk menaikkan hutang awam di atas siling yang ditetapkan sendiri iaitu 55 peratus daripada KDNK.

Fitch menganggarkan hutang kerajaan persekutuan akan kekal di bawah 54 peratus KDNK pada akhir 2016," menurut kenyataan itu.



Sent from Samsung tablet.

Muhyiddin: Sudah Gaharu, Cendana Pula

.

Pada bulan Mac lalu, satu rakaman audio mengandungi suara Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengakui mengetahui siapa yang terlibat dalam konspirasi menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah tersebar luas.

Dalam rakaman audio itu, beliau yang ketika itu masih menjadi Timbalan Perdana Menteri berulangkali menafikan pembabitannya dalam konspirasi terbabit dan menyatakan beliau bukannya seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang bangun memberontak tatkala disingkirkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu.

``Tidak, saya bukan sebahagian daripada ini'' katanya ketika menafikan terlibat dalam komplot berkenaan.

Dan dalam rakaman itu juga, Muhyiddin memberitahu sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 2009, beliau tidak pernah bersuara mengenai dana khas.

Ini kerana katanya, beliau tahu bahawa dana khas itu diuruskan oleh presiden parti sendiri.

Kini rakaman audio itu, yang dikatakan dirakam dalam mesyuarat Majlis Tertinggi kembali tersebar dan ada baiknya pun ia disebarkan bagi mendedahkan siapa sebenarnya Muhyiddin Yassin ini iaitu individu yang tidak setia kepada parti dan kerajaan.

Segala tembelang beliau telah pecah dan kita dapat melihat bagaimana beliau sanggup menjilat ludahnya apabila berbaik dengan Anwar hingga ke tahap sanggup melawat Anwar di dalam mahkamah dengan alasan, memberikan sokongan.

Walaupun ketika Muhyiddin digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dipecat daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO telah mencetuskan kekecohan ketika itu, namun nasib baik Perdana Menteri mengambil tindakan sedemikian rupa.

Bayangkan jika orang seperti ini, yang `cakap tidak serupa bikin' dibiarkan dalam Kabinet dan UMNO, apa akan berlaku kepada negara ini.

Memang beliau  `cakap tidak serupa bikin'. Dalam rakaman audio berkenaan, Muhyiddin dengan jelas menyatakan bahawa beliau mengetahui mengenai dana khas iaitu derma sebanyak RM2.6 bilion itu.

``Saya jadi TPM 2009 sampai sekarang, tidak pernah bersuara dana khas sebab saya tahu dana khas diuruskan oleh presiden sendiri,'' katanya dalam rakaman berkenaan.

Tetapi malangnya, isu RM2.6 bilion inilah yang dimainkannya berulang kali umpama radio buruk, yang jika disimpan hanya menyemakkan rumah semata-mata, jadi eloklah dibuang sahaja.

Beliau sebenarnya tahu mengenai dana khas terbabit tetapi bagi memastikan imej Perdana Menteri menjadi buruk, maka Muhyiddin telah mencanang dan menjaja keburukan Najib dengan mengaitkan beliau dalam isu derma tersebut. Hakikatnya kita tahu bahawa siasatan yang dijalankan menjelaskan bahawa Najib adalah bersih.

Lebih malang apabila Muhyiddin sanggup membuat pusingan 360 darjah dan bersekongkol dengan pembangkang termasuk Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim, iaitu antara pemimpin pembangkang yang pernah dikecamnya ketika beliau masih berada di dalam kerajaan,

Selama ini Kit Siang dan DAP serta PKR menjadi `peluru' kepada Muhyiddin untuk mendapatkan sokongan orang Melayu tetapi kini beliau menjadikan mereka itu sebagai rakan malah turut sama keluar dari Parlimen ketika Perdana Menteri membentangkan bajet 2017, minggu lepas.

Melalui pendedahan demi pendedahan ini, meskipun terpaksa menyelongkar semula cerita lama mengenai Muhyiddin, maka ambillah peluang ini untuk menilai siapakah Muhyiddin ini. Janganlah menyokongnya membabi buta tanpa melihat kepada sejarah silamnya.

Apa yang pasti, masa depan politik Muhyiddin kini bergantung kepada Anwar, yang kini telah berbaik semula dengan Tun Mahathir.

Muhyiddin ibarat sudah tahu bertanya pula. Samalah perangainya dengan Husni. Sudah menjawab bertanya pula.

Perangai sudah gaharu cendana pula ini perlu dielak oleh orang parti, masyarakat dan rakyat. Mereka sedang mempertikai perkara yang sebenarnya mereka dah tahu.

Apa sebabnya mereka terus pertikai? Sebab mahu kuasa, dendam dan perasaan tidak puas hati.

Atas alasan ini mereka sanggup buat apa sahaja meskipun berkawan dengan bapa rasis untuk mencapai matlamat politik itu.

Tulisan :
Beruang



Sent from Samsung tablet.

Rabu, 26 Oktober 2016

Projek RM2 Billion : Husni Harus Jawab Segera


Husni harus jawap segera  dakwaan Malaysia Today tentang projek RM2 billion yang didakwa Malaysia Today. Apakah itu puncanya Husni menyerang Najib?

Ada orang kata jika soal jawab berkenaan 1MDB harus dilakukan , maka ahli panel yang wajib di jemput adalah Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Dia adalah bekas jurucakap 1MDB, dia menjawab segala persoalan tentang 1MDB. Sekarang dia pula tidak faham pasal 1MDB. Bukankah itu suatu cerita kartun?

Kalau di radio, ada rancangan anda tanya, ustaz jawab. Kalau ustaz itu yang bagi jawapan kemudian dia sendiri tanya balik soalan pada jawapan yang dia telah beri tentunya itu suatu cerita lawak.

Lawak itulah yang sedang berlaku di parlimen. Husni jawab, Husni tanya.

Kalau ada forum pasal 1MDB, biar hanya ada 2 kerusi untuk Ahmad Husni. Ini kerana selepas dia memberi soalan, dia harus duduk di kerusi lagi satu lagi untuk memberi jawapan kepada soalannya sendiri.

Ini katanya kesemua soalan yang diajukan pernah dijawab oleh seorang Menteri Kewangan yang bernama Ahmad Husni di satu waktu yang lalu ketika dia menjadi Menteri kewangan 2.

Jadi pendek kata, untuk jimat masa dan tenaga biarlah  Ahmad Husni menjawab kepada soalan Ahmad Husni sendiri kerana dia pernah berada di kerusi memberi jawapan kepada semua soalannya.

Pada isu yang sama seorang penulis dari Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin ada mendakwa bahawa serangan Husni adalah atas sebab kecewa kehendaknya tidak di luluskan oleh Datuk Seri Najib, maka atas sebab kekecewaan itu maka serangan pun dilakukan.

Dalam serangannya terhadap isu 1MDB, Husni seolah olah "blur" dan tidak tahu apa apa ketika menjadi Menteri kewangan.

Jika beliau tahu dan rasa urusan perniagaan 1MDB yang dipolitikkan itu satu benda salah, maka seorang yang bermaruah dan memiliki integriti akan meletakkan jawatan demi mahu selamatkan negara dan bangkitkan kebenaran.

Namun hal itu tidak terjadi, beliau terus memegang jawatan yang diambil atas sumpah  dan kemudiannya pula memberitahu DS Najib beliau akan meletakkan jawatan jika dialihkan ke kementerian lain.

Amat pelik bunyinya. Sambil kononnya tahu ada kepincangan tetapi mahu terus berada dalam kementerian yang sama.

Betul juga orang kata jika seseorang berkata dia mahu selamatkan negara , maka kena diperhalusi sebab sebabnya, tentu ada udang sebalik mee kari.

Tun Mahathir , TS Muhyiddin, Shafie Apdal dan Mukhriz semua pun mahu selamatkan negara, namun akhirnya negara yang terselamat dari mereka kerana kemudian terbongkar hasrat tersulit dan agenda tersirat Tun Mahathir dibelakangnya.

Tiada lain melainkan rebutan harta, dan mahu kuasai negara atas sebab kroni, zuriat dan projek berselimutkan dengan alasan mahu selamatkan negara.

Ribuan anggota Polis dan tentera pun hendak selamatkan negara juga tetapi tidak pun membuat onar dan mencari populariti seperti mereka ini semua yang sudah pun kaya raya dan boleh membela 7 keturunan mereka.

Kepada dakwaan yang dibuat oleh RPK secara bertulis , Husni haruslah bangun menjawab kerana jawapan yang diberi tidak terikat dengan ikatan sumpah.

Sedangkan kerja dan tugasan menteri kewangan sudah terikat dengan sumpah menggunakan nama Allah. Jika Husni pilih untuk membuka segala rahsia kerajaan maka tanggung lah pecah amanah sumpah dan memperkecilkan nama Allah ketika bersumpah.

Kepada orang yang katanya mahu belajar agama ke negara Jordan tentu asas agama boleh membantunya bahawa melangar sumpah janji adalah satu dosa besar dan tanda tanda orang munafik, apabila berjanji dia tidak amanah.

Berat nanang dakwaan RPK, kerana punca marah adalah kerana rebutan harta bernilai RM2 billion.

Harta berbentuk "extension projek highway" seperti yang didakwa RPK di MT, adalah yang diminta oleh Husni namun apabila dibatalkan dan tidak diluluskan , maka dari situlah kemarahannya bermula  hatta serangan terhadap 1MDB.

Seperti biasa , sesiapa yang mahu popular akan membangkitkan isu 1MDB.

Walaupun 1MDB hanya isu perniagaan , namun diolah dan dirupa bentukkan seolah olah berniaga dan membuat urusan perniagaan ada lah satu benda yang salah dan berdosa.

Menjual salah membeli pun salah, hantar orang kerja kan haji salah, meminjam pun salah, itulah yang diseliputi oleh mereka yang menyerang 1MDB.

Bayangkan jika syarikat kroni Tun Mahathir diserang perkara yang sama tentu akan hancur juga, cuba lah serang Berjaya Group dalam skala harian, serang dengan soalan bagaimana perolehi tanah di Bukit Tinggi?

Macam mana boleh dapat tanah di Langkawi? Siapa lulus? Kenapa dia lulus, berapa harga? Kenapa harga itu? Macam mana boleh dapat lesen judi? Siapa beri izin?  Tentu bengkok dan hancur Berjaya Group.

Soalan dan serangan yang sama juga boleh di buat dalam skala besar kepada YTL. Kenapa sering dapat Jobs? Siapa rekomen?

Siapa luluskan? Macam mana boleh luluskan? Berapa di luluskan , pelbagai kan soalan , nampak kan macam berniaga itu salah, tentu YTL juga akan hancur juga,

Kita belum buat serangan yang sama kepada PROTON yang sudah 30 tahun masih belum untung untung lagi dan hanya mula nampak progress sejak kebelakangan ini semenjak Tun Mahathir sudah keluar dari pentadbiran nya.

Maka berbalik kepada dakwaan yang di buat oleh RPK dalam Malaysia Today bahawa projek yang gagal di perolehi itu akibatkan kemarahan Husni, maka ini harus di jawap dengans egera oleh Husni sebelum buka mulut dan buka rahsia urusan menteri kewangan kepada rakyat.

Husni harus menjawap isu ini terlebih dahulu –

TWO BILLION REASONS WHY HUSNI ATTACKED NAJIB YESTERDAY – RPK Malaysia Today.

Elok juga jika ramai rakyat menyatakan hasrat mahu selamatkan negara, tetapi adakah alasan dan sebabnya betul atau pun negara yang harus diselamatkan dari mereka?

Apa pun dakwaan sama ada betul atau tidak oleh RPK, tanggungjawab Husni yang utama adalah pada diri sendiri, dan kemudian baru negara.

Dakwaan RPK berkaitan peribadi Husni, maka elok diutamakan menjawabnya dahulu, biar rakyat tahu keseluruhan cerita sama ada benar atau tidak, kerana rakyat ramai yang masuk campur urusan politik dan kerajaan dalam keadaan tahu sedikit tapi cakapnya banyak.

Biar mereka tahu segalanya.


Tulisan :
Beruang Biru
BB102, Rabu
26 Oktober 2016


Sent from Samsung tablet.

Selasa, 25 Oktober 2016

1MDB : Husni Jawab, Husni Tanya


Adakah bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sedar bahawa beliau pernah menjawab soalan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini ketika bertanyakan soalan sama di Dewan Rakyat, semalam.

Pada ketika itu, November 2011 Ahmad Husni menjawab soalan dan memberi penjelasan berkaitan syarikat pelaburan negara itu kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Ahli Parlimen DAP-Gelang Patah, Lim Kit Siang mempersoalkan pada masa itu mengapa Ahmad Husni menjawab semua perkara berkaitan 1MDB dan bukannya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.

Selain itu apa yang paling menarik, pada Jun tahun lepas Ahmad Husni juga berkata dalam penjelasannya berkaitan 1MDB bahawa isu kehilangan wang pelaburan milik kerajaan dalam syarikat itu yang digembar-gemburkan sebenarnya tidak pernah timbul.

"Kerajaan begitu bertanggungjawab dalam memastikan aset dan hutang. Dalam konteks 1MDB, apa yang berlaku ia mencapai pertumbuhan begitu pesat, dalam tempoh enam tahun sahaja ia memiliki aset yang begitu tinggi.

"Keduanya struktur kewangan memiliki modal RM1 juta dan kerajaan memberi tanah seluas 560 ekar. Tapi tanah ini akan hanya memberi pulangan dalam tempoh yang panjang.

"Berdasarkan pertumbuhan pesat, 1MDB bergantung kepada hutang," katanya ketika menjadi panel dalam program khas Bual Bicara Dialog di TV1 pada masa itu menjawab isu syarikat itu.

Pada ketika itu juga Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen BN-Tambun dilantik sebagai jurucakap kerajaan bagi isu berkaitan 1MDB.

Kenapa kini, beliau bertanyakan semula soalan yang beliau sendiri pernah jawab.

Semalam, dalam sidang dewan beliau yang sudah meletakkan semua jawatan dalam Kabinet, UMNO dan Barisan Nasional ingin tahu mengapa 1MDB ditubuhkan dan beliau turut bertanyakan berkenaan wang AS$4 bilion Dolar Amerika (RM16.69 bilion) melibatkan syarikat Aabar Investment PJS Ltd yang tidak dimiliki IPIC.

Sekarang ini, keadaannya ialah Ahmad Husni bertanyakan sendiri soalan yang dijawabnya ketika di dalam Kabinet dulu.

Perlu diingat, beliau hanya meletakkan jawatan di dalam BN dan UMNO tetapi masih lagi Ahli Parlimen BN kerana beliau tidak pernah mengumumkan keluar dari parti.

Moga Husni tidak terpalit dengan virus mudah lupa bawaan Mahathir. Memalukan bila menyoal balik perkara yang beliau sendiri pernah jawab dahulu.

Tulisan :
Beruang Biru
BB100, Selasa
25 Oktober 2016


Sent from Samsung tablet.

Fire disaster in Johor Bahru



I am deeply  saddened with the news of a fire disaster that has happened at Intensive Care Unit (ICU) of Sultanah Aminah Hospital, Johor Bahru at around 9AM today. The Fire and Rescue Department and relevant authories have taken the necessary actions to control the fire and to rescue the patients/staff affected by the incident.

The Ministry of Health  has taken all  necessary rescue actions and precautions to safeguard the rest of the patients and staff, including evacuating them to ensure their safety. The cause of the fire is still under investigation and all relevant agencies are working together to keep the situation under control.

We are saddened to inform that 6 patients had died and one  patient had been transferred to the Burn Unit at Sultan Ismail Hospital. Ten of our staff were also affected with injuries, whereby 2 of them had been transfered to nearby hospital for treatment

My thoughts and deepest sympathies to the families affected by this unfortunate incident. On behalf of Ministry of Health we would like to offer our deepest condolences.


DATUK SERI DR S.SUBRAMANIAM
25TH OCT 201


Sent from Samsung tablet.

DISKAUN TOL 10% DI KLK DAN LPT 1 SEMPENA DEEPAVALI

Sempena menyambut perayaan Deepavali yang bakal tiba, ANIH Berhad, pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) mengumumkan insiatif berikut:

1. Diskaun tol sebanyak 10% untuk semua pengguna yang membuat bayaran secara elektronik di KLK dan LPT 1. Diskaun ini akan ditawarkan secara 24 jam, bermula jam 12.01 pagi hari Sabtu, 29 Oktober 2016.

2. Mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebagai langkah untuk membantu pengguna menikmati perjalanan yang selesa di KLK dan LPT 1 pada waktu puncak di musim perayaan Deepavali.

Pengarah ANIH Berhad, Dato’ Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein dalam satu kenyataan berkata, pemberian diskaun tol sempena Deepavali ini bertujuan memberi peluang kepada pengguna membuat pilihan dan menikmati nilai tambahan dengan bayaran tol yang lebih rendah pada hari dan waktu yang ditetapkan.

“Pengenalan jadual TTA sempena Deepavali pula bertujuan untuk membantu mengagihkan aliran trafik ke waktu luar puncak, sekali gus secara tidak langsung membantu pengguna yang ingin ke pantai timur untuk menikmati perjalanan yang selesa,” katanya.

Jadual TTA untuk perayaan Deepavali kali ini menyarankan pengguna dari Lembah Klang yang ingin menuju ke Pahang pada 28 Oktober untuk memasuki KLK dan LPT 1 antara jam 1 petang hingga 4 petang atau antara 7 malam hingga 11 malam. Pengguna yang ingin menuju ke Terengganu dan Kelantan pula dinasihatkan memasuki lebuh raya antara jam 6 pagi hingga 11 pagi atau jam 5 petang hingga 8 malam.

Sementara itu, bagi pengguna dari Pahang yang ingin kembali semula ke ibu kota bermula 30 Oktober ini, mereka dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya antara jam 6 pagi hingga 10 pagi atau 7 malam hingga 11 malam.

Pengguna dari Terengganu pula disarankan untuk memasuki lebuh raya antara jam 8 pagi hingga 11 pagi atau 8 malam hingga 10 malam, sementara pengguna dari Kelantan boleh menggunakan lebuh raya bermula jam 6 petang hingga 10 malam atau 9 malam hingga 12 tengah malam.

Pengguna dinasihati untuk merujuk kepada jadual TTA di laman web ANIH Berhad di www.anihberhad.com, mengikuti laman Twitter rasmi ANIH Berhad di @LPTTrafik atau Facebook di Lebuhraya Pantai Timur.

Jadual TTA yang diperkenalkan ANIH Berhad sejak 2009, terdiri daripada cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan bandar-bandar utama di pantai timur Semenanjung Malaysia.

Ia dirangka berdasarkan kepada analisis pergerakan trafik pada waktu puncak setiap kali musim perayaan pada tahun sebelumnya. Pengenalan TTA bertujuan untuk membantu menyuraikan pergerakkan trafik di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza-plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.

HARI INI SUDAH 3 SELASA , TAPI PARTI BUNGA BELUM TUNAI JANJI UMUM KEAHLIAN



Pada laporan di MalaysiaKini bertarikh 4 Oktober (Selasa) dikatakan Syed Saddiq akan mengumumkan jumlah keahlian Parti Bersatu Pribumi .

Bahkan tersebar meluas di lain lain portal juga berita yang sama.

Maka jika dilihat pada tarikh hari ini 25 Oktober , kebetulan hari Selasa , maka boleh dikatakan sudah 3 Selasa berlalu , tetapi Syed Saddiq masih membisu dan sembunyikan diri tanpa muncul di mana mana forum, ceramah atau pentas mahu pun PC untuk umumkan jumlah keahlian Parti Bunga sebagai dijanjikan.

Bukan ada sesiapa yang tuntut tarikh umum keahlian, tetapi Syed Saddiq sendiri sebagai ahli majlis kepimpinan PPBM sendiri yang kata akan dedahkan.

Makanya, kita cuma bertanya, kenapa tidak tepati janji?

Apa masalahnya? ada masalah kah?

Jika tidak ada forum atau pentas atau apa apa pun event untuk jadi platform mengumumkan jumlah keahlian, SS boleh saja umum pada twitter atau pun FB peribadi.

Hanya sebut jumlah sahaja, itu bukan susah pun.

Atau, mungkin ada masalah agak nya.

Mungkin gembar gembur tidak sehebat reality, adakah itu kemungkinannya?

"Exodus" yang diwar warkan tidak menjadi , tiada berbondong ahli UMNO atau pun individu yang ramai berlumba lumba masuk mahu menjadi ahli parti Bunga kerana menyedari ia hanya sebuah parti opsyen terakhir perjuangan peribadi Tun Mahathir sahaja.

Mungkin rakyat sedar hayat sebuah parti picisan selalunya tidak lama dan mati tanpa kubur dan peninggalan jasa seperti Semangat 46 dan lain lain.

Umum juga tahu PAN adalah parti hamba abdi DAP dan PKR adalah parti keluarga Anwar, maka Parti Bunga di letak sebaris dengan parti picisan seperti PAN dan PKR.

Orang kata nyawa PKR sepanjang hayat Anwar Ibrahim sahaja.

Apa pun, kita kembali kepada persoalan kenapa masih tidak dapat umum kan jumlahnya lagi?

Tidak kiralah sama ada cuma 20,000 sahaja yang mendaftar , atau 100,000 tidak mengapa, asalkan ia dapat di umumkan seperti di janjikan.

Berapa hari Selasa kah yang Syed Saddiq mahu tunggu untuk umum?

Satu ketika lalu Syed Saddiq sendiri menyatakan orang ramai mengetuk cermin kereta tanpa henti untuk meminta borang keahlian untuk masuk parti Bunga, maka tentu sekali kini jumlah nya sudah berpuluh ribu , jika peristiwa ketuk cermin kereta di ambil kira.

Sebagai pihak yang sudah lebih lama ceburi politik , kita hendak berpesan, jangan terlalu "overzealous" dalam apa apa hal.

Jangan beremosi, belajar lah dari penaung parti bunga itu sendiri ia itu Tun Mahathir, dia tidak tunjuk apa dia hendak laku kan didepan orang ramai, tetapi dia bertindak belakang tabir, sama juga dengan dia tidak pernah umum siapa dia Perdana Menteri yang dia hendak naik kan pada tahun 2018-2020.

Maka persoalan akhir , berapa Selasa kah kita perlu tunggu untuk parti Pribumi yang wujud kerana Tun Mahathir gagal perguna Presiden UMNO akan umum kan jumlah ahli nya?

Lagi berapa Selasa?

Tulisan :
Beruang Biru
BB99, Selasa
25 Oktober 2016


Sent from Samsung tablet.

Isnin, 24 Oktober 2016

Pembangkang di Malaysia Mudah Panas Telinga



Semasa pembentangan Bajet 2017 yang berlangsung Jumaat lalu, antara perkara yang begitu hangat diperkatakan adalah bagaimana tindakan majoriti Ahli Parlimen Pembangkang yang bertindak kebudak-budakkan, meninggalkan Dewan Rakyat tanpa alasan yang munasabah.

Ada dua atau tiga alasan yang diberikan. Sebagai contoh, Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah memberikan alasan, tindakan mereka meninggalkan Dewan rakyat dibuat kerana mereka kecewa pembentangan bajet berkenaan langsung tidak mengulas mengenai isu 1MDB dan siapa Malaysia Official 1.

Ini berlainan pula dengan alasan yang diberikan oleh DAP yang mendakwa, mereka berang apabila Datuk Seri Mohd Najib dilihat menempelak mereka semasa pembentangan bajet itu dilakukan.

Melihat kepada dua alasan berbeza ini, jelas menunjukkan Ahli Parlimen pembangkang sebenarnya langsung tidak boleh menerima kritikan terbuka terhadap mereka.

Bagi pembangkang, apa yang mereka lakukan adalah betul dan tepat sesuai dengan kehendak rakyat tanpa boleh dipersoalkan.

Namun begitu, melihat kepada ucapan yang dibuat oleh Datuk Seri Mohd Najib, beliau hanya membentangkan keadaan semasa negara tanpa mengkhususkan hentamannya kepada sesiapa yang berada di dalam dewan.

Adakah disebabkan Datuk Seri Mohd Najib membentangkan keadaan semasa ekonomi negara yang berlawanan dengan dakwaan pembangkang sebelum ini, ia telah menyebabkan mereka panas telinga dan meninggalkan Dewan?

Jika inilah yang berlaku, adalah menjadi kesilapan besar buat penduduk di 87 buah Parlimen yang melantik pemimpin seperti ini untuk menjadi wakil mereka di Parlimen. Sepatutnya, sebagai Ahli Parlimen yang professional dan matang, mereka harus menunjukkan sikap hormat kepada kawan dan lawan mereka di Parlimen. Bukannya bertindak seperti kebudak-budakkan seperti ini.

Ini bukan kali pertama barisan pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat sepanjang Wan Azizah menjadi Ketua Pembangkang.

Jelas sekali, selain daripada terlalu mudah panas telinga, hati mereka juga seperti tisu setelah pembangkang di Parlimen ini diketuai oleh seorang wanita. Pendekatan, jika tidak suka ambil tindakan keluar, samalah seperti yang berlaku kepada pasangan suami isteri, asal bergaduh, keluar rumah.

Jika ini yang mereka amalkan sepanjang menjadi pembangkang untuk penggal ini, pastinya tiada apa yang dapat mereka seimbangkan dalam amalan demokrasi berParlimen di negara ini.

Tulisan :
Beruang



Sent from Samsung tablet.

Selasa, 18 Oktober 2016

Wayang Ezam episod kedua sudah mula ditayangkan



1.  Saya menyokong penuh  Kenyataan Saudara Azwanddin Hamzah ( Presiden JMM ) semalam antara lain menyatakan -Ketika Ezam Mohd Nor menjadi Ketua Pemuda Keadilan, beliau telah menyerang Tun Mahathir atas isu Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir pada 1998 yang menggunakan wang Petronas sebagai  dana milik awam. Selain daripada itu, Ezam juga mendedahkan skandal PERWAJA STEEL yang melibatkan salah guna dana awam yang bernilai berbillion ringgit. Beliau telah mengajak rakyat khasnya anak muda untuk bangkit melawan rasuah yang dilakukan oleh Tun Mahathir. Menurut Ezam Tun Mahathir adalah perosak dan pengkhianat bangsa Malaysia. Beliau juga menyerang bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini beliau pula mahu menyerang Perdana Menteri, YAB Dato Seri Najib Tun Razak. Kesemua ini melibatkan serangan yang dirancang dan seolah-olah menjadi talibarut pihak asing kepada negara ini.

2.  Ezam pada ketika dahulu diangkat oleh Pemuda Keadilan untuk 'reformasi'(perubahan), tetapi beliau hanya membuat reformasi kepada diri sendiri untuk kepentingan peribadi dan bukannya reformasi untuk rakyat. Rakyat tertanya tanya kini , mana pergi 6 Kotak yang ia katakan dulu bukti Rasuah Tun Mahathir ? Adakah kini ia telah serahkan kembali 6 kotak tersebut pada Tun Mahathir ataupun " membakarnya " dihadapan Tun Mahathir agar bukti Rasuah hilang.

3.  Seperti Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK) yang diwujudkan oleh Ezam sebagai platform untuk mencari populariti kononnya untuk menjadi pemimpin anti-korupsi yang akhirnya 'GERAK' terus tenggelam dan 'mati' setelah Ezam berjaya menarik perhatian dan mengaburi mata pemimpin Barisan Nasional bagi mengaut keuntungan peribadi agar Ezam boleh diangkat bersama di dalam Barisan Nasional.

4.  Begitulah juga dengan kewujudan 'Hisbah Centre for Reform' yang telah diwar-warkan oleh beliau kononnya bagi memerangi rasuah, tetapi ia akan meneruskan "modus operandi" yang sama bersama Tun Mahathir serta Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi kepentingan peribadi dan dijadikan alat untuk mengumpul pelbagai persepsi serta fitnah kononnya kerajaan mengamalkan rasuah setelah kemungkinan mendapat imbuhan daripada Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau seolah melakukan perkara ini untuk kepentingan sesetangah pihak dan tiada keikhlasan yang jujur.

5.  'Hisbah Centre for Reform' adalah satu tiket kepada Ezam untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan ianya tiba-tiba muncul dan tidakkah ini perkara yang sama dilakukan ketika hendak memasuki UMNO dahulu dan strategi yang sama dan berulang untuk kepentingan diri sendiri.

6.  Ezam juga perlu bertanya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin adakah benar kes penceraian antara Nika Ghee Siew Yee dan Stanley Clement Augustin disebabkan oleh kes skandal Muhyiddin Yassin yang mana nama Muhyiddin Yassin turut disebut sebagai penyebab di dalam Akaun Bersumpah (SD) mereka yang merupakan kes profil tinggi di Mahkamah. Sebagai pemimpin yang kononnya menentang rasuah, Ezam harus bertanya, bagaimanakah menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin memperolehi kekayaan yang menakjubkan sehingga mencecah berbillion ringgit?

7.   Saya menyeru kepada rakyat Malaysia supaya tidak tertipu dengan Ezam Mohd Nor menggunakan "Hisbah Centre for Reform" ini untuk mengaut kepentingan peribadi dan mengajak rakyat supaya mengingati kembali sejarah Ezam yang menjilat ludahnya sendiri di dalam perkara rasuah dan juga menyeru supaya rakyat tidak terikut ikut untuk menyerang pemimpin Melayu Islam di negara ini. Sekiranya Ezam ingin menjadi hero di dalam isu rasuah, inilah peluang terbaik beliau bersemuka dan bertanyakan kepada Tun Mahathir tentang semua isu rasuah yang disuarakan oleh Ezam dan bagaimanakah anak-anak Tun Mahathir boleh menjadi kaya raya dalam masa yang amat singkat.

*Zamil Bin Ibrahim*
*Bekas Exco Pemuda PKR*
*Malaysia*
*1999-2007*


Sent from Samsung tablet.

NAJIB TAK DIDIK PUN ANAKNYA JADI PERDANA MENTERI




Amat mengejutkan juga apabila Tun Mahathir membuat andaian bahawa kerajaan pimpinan DS Najib cuba menghapuskan legasinya.

Kenyataan yang tidak berasas oleh Tun Mahathir ini bertujuan untuk membuat rakyat membenci DS Najib dan sekaligus menambahkan lagi "point point" kebencian kepada kerajaan kepimpinan DS Najib.

Keadaan bertambah buruk apabila pentaksub Tun Mahathir yang terkenal dengan kejahilan mereka berkenaan Tun Mahathir sendiri membuat andaian yang sama.
 
Kemudian apabila Datuk Salleh Said Keruak memberi sindiran bahawa jika kerajaan hari ini mahu menghapuskan legasi Tun Mahathir mereka sudah pun robohkan KLCC.

Kenyataan DSSK pula disambut oleh penyokong Tun Mahathir yang terserlah bengapnya konon kononnya merobohkan KLCC adalah satu kerja bodoh dan jahat.

Seolah olah benar ia mahu dirobohkan.
 
Betapa "shallow" nya pemikiran penyokong Tun Mahathir.

Persoalannya jika mereka menyokong Tun Mahathir, adakah mereka sendiri ada membaca setiap hadis yang dikeluarkan oleh blog Tun Mahathir?

Jika mereka ada membaca kenapa mereka tidak dapat mengandaikan kata kata Salleh Said Keruak itu hanya sebagai sindiran sahaja?

Tun Mahathir pula dalam kenyataan terbaru cuba memanaskan lagi isu iaitu menyatakan jangan sahaja robohkan KLCC , kenapa tidak robohkan Putrajaya dan KLIA juga?

Ini hanya untuk memanjangkan keadaan sahaja sedangkan Tun Mahathir pun tahu DSSK hanya membidas dengan menyindir tetapi pasaran Tun Mahathir adalah para para jahil yang ada di luar yang menyokongnya.

Tun amat berharap para jahil ini semua sahut dengan kemarahan. Ini amat penting kerana Tun Mahathir sudah ketirisan sokongan dan kepercayaan.

Sebenarnya ,Perdana Menteri dilantik bukan untuk membina legasi.

Perdana Menteri membuat sesuatu seharusnya untuk kebaikan rakyat dan bukan untuk kebanggaan diri.

Tun Razak membina legasi FELDA pun bukan untuk diri nya dan mengetahui tanah adalah milik negara.

Tun Mahathir ada berapa banyak legasi pun bukan hasil dari wangnya , tetapi wang rakyat.

Najib Razak tidak pun membina kerjaya anaknya untuk bersiap menjadi Perdana Menteri pada masa hadapan sedangkan dia berkuasa pada hari ini.

Perdana Menteri dilantik untuk kesejahteraan rakyat. "Full stop".

Walaupun Tun Mahathir boleh dikira sudah tergelincir dari landasan sebenar seorang  Perdana Menteri , ia itu sempat memberi kekayaan kepada anak beranaknya dan juga para kroninya, namun orang UMNO tidak pun berkata buruk kepada nya sehingga lah Tun Mahathir sendiri bersikap melampaui batas (transgress beyond boundaries).

Hanya semenjak Tun Mahathir bersikap "kurang ajar" kepada parti UMNO yang memberi dia kuasa, kekayaan dan juga nama barulah orang UMNO bangkit dan menyirami Tun Mahathir dengan cerca dan makian serta mengungkit semua perbuatan buruk nya. "Tit-for-tat" kata orang putih.

Akhir sekali usahlah Tun Mahathir bersikap seperti kanak kanak kecil merengek bahawa kerajaan Najib mahu hapuskan legasinya, kerana tuduhan ini  adalah tuduhan ulangan  yang sudah pun ada ketika zaman Tun mahu tumbangkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

"Cuba hapuskan legasi saya"  (Dismantling my legacies)  itulah yang dilaungkan oleh Tun M kepada dunia waktu itu, namun akhir nya legasi Pak Lah Islam hadari yang terhapus bersama sama Pak Lah , sedangkan Tun Mahathir masih di sini dengan cubaann kali kedua mahu jatuhkan Perdana Menteri DS Najib pula.

Hanya Tun Mahathir sahaja yang sibuk berkenaan legasi, Tun Razak Hussien Onn, Abdullah Badawi, Najib Razak semua tidak sebegitu. Mereka hanya mahu menjadi Perdana Menteri yang baik dan bukan pembina legasi.

Jika Najib Razak mahu bina legasi , tentu anak lelaki pertamanya sekarang ini sudah diletakkannya dimana mana bahagian UMNO dengan jawatan yang baik menggunakan pengaruh nya untuk menyambung legasinya.

Tulisan :
Beruang Biru


Sent from Samsung tablet.

Khamis, 13 Oktober 2016

LONGEST-OWNED PROTON WITH MOST MEMORABLE STORY WINS A NEW SAGA

HJ Isa dan keluarga bersama Proton Saga 


Mohd Isa Ibrahim menerima kereta baru

Mohd Isa Ibrahim bersama kereta yang asal 

Dato Radzaif Mohamad DCEO menyampaikan ucapan




· Mohd Isa bin Ibrahim Shah, 85, owner of Proton Saga for more than 30 years has been announced as the Grand Prize Winner for Proton Search Contest 2016, winning a brand new Saga and a refurbishment of his 30- year old car.

· Ten (10) other winners for the consolation prizes have been selected to receive refurbishment of their current cars valued at RM5,000 each and a cash reward of RM1,000 for each winner.

· All winners will also enjoy an exclusive plant tour of our facilities to show them how our cars are made.



Subang Jaya, 13 October 2016 – PROTON Holdings Berhad (“PROTON” or “the Company”) is pleased to announce the winners for the Proton Search Contest 2016 (“the Contest”). Mohd Isa bin Ibrahim Shah, 85, a former civil servant, who formerly worked with RISDA, bagged the Grand Prize of the new Proton Saga, for the contest with his heart touching story on how his manual 1985 Proton Saga brought much joy and meaning to the family.



According to Mohd Isa, the Proton Saga is so reliable that not only it served his family, but more importantly, the car has dutifully helped him in his charitable works with the indigenous folks until today.



The other 10 consolation prize winners are Abdul Razak bin Ahmad, Azizah binti Junid, Ishrat Banu binti Hassan, Mohd Jamil Chew bin Abdullah, Mustapa bin Kassim and Wong Sok Kim @ Wong Sok Kum (owners of car made in 1985); Govindarajoo s/o Periasamy, Mohd Tajuddin bin Idris, Samian bin Sawiyo and Thangaras s/o Doraisamy (owners of car made in 1986).



This maiden contest which was held for a period of 13 weeks from 8 March to 8 June 2016, received a total of 866 entries from Proton owners of all races nationwide who have been driving Proton cars produced from 1985 to 2012. The entries include cars from the maiden version of Saga through to Exora. The Contest was organized to search for the longest owned Proton car which is still running and in relatively good condition. The contestants were also required to share warm memories of their cars either through written stories or short videos.



The Contest was held in conjunction with the launch of ‘The New PROTON’ campaign in February this year as part of the 'Customers First' initiative to provide better customer experience to our Proton owners. The Contest is intended to demonstrate our commitment to building, maintaining and rewarding our loyal customers.



“We were very encouraged by the overwhelming submissions from our loyal customers and supporters. It is also heartening to see that the number of 1985 Saga which are still plying our roads clearly show that our cars are very reliable and have played a significant role in enriching the lives of these owners with their various recollection of their most precious moments with the cars,” said Dato’ Radzaif Mohamed, Deputy Chief Executive Officer of PROTON.



He further added, “The Contest brought many of the oldest single owners of Proton cars to share their wonderful stories which many Malaysians, I believe, are able to relate and connect with. This certainly resonates with our objective of producing affordable cars with the best value and quality for our customers.”



The winners were chosen by a panel of professional judges to evaluate the submissions for both the technical as well as their experience with the car. They include the heads of various departments in PROTON, led by Azhari Che Hassan, General Manager of Vehicle Development and Engineering of PROTON and guest judges, Hezeri Samsuri and Salihin Rahim from the online motoring blog, Careta.my.



The first round of judging involves filtering through the entry forms for completed submissions according to the terms stated in the entry form. The entries were then divided into the year the car was produced and the length of ownership.



After the initial filtering, the judges went through the stories to find the most heart-warming written or video entries, and the entries were then shortlisted. The judges then visited the homes of the shortlisted owners to inspect the condition of their cars to verify that the cars are still roadworthy. For transparency and authenticity purposes, the selection process was audited by PROTON’s Internal Audit Department.



The winners were also treated to an opportunity for a plant tour, a walkabout at PROTON's Research and Development (R&D) facilities covering the Design Studio and test labs and finally an adventure of a joyride in Proton cars at the Test Track.



More information on Proton Search Contest can be obtained on proton.com and PROTON official facebook page, www.facebook.com/ProtonCarsOfficial.

DAP tidak puas hati dengan propaganda 7 tahun lali


Ini sekali lagi adalah propaganda yang telah dikitar semula tanpa segan silu oleh DAP dan Lim Guan Eng selama 7 tahun yang lalu.

Pada September 2009, Kerajaan Pulau Pinang telah dipuji oleh Transparency International Malaysia atas usahanya berkenaan Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan.

Pada masa itu, Pulau Pinang telah dipuji kerana perancangan awal mereka untuk mengurangkan perbelanjaan pengurusan negeri, melaksanakan tender terbuka dan mewujudkan Akta Kebebasan Maklumat.

guan-eng-muka-babiTetapi sekarang kita tahu bahawa sejak 2008, bajet operasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak dikurangkan tetapi sebaliknya telah meningkat hampir empat kali ganda daripada RM200 juta setahun kepada RM800 juta setahun.

"Tender terbuka" mereka juga didapati adalah RFP dan bukannya tender terbuka.

RFP yang sama yang membolehkan KLIDC untuk memenangi bidaan bagi tanah Taman Manggis pada tahun 2010 dengan hanya RM11.5 juta dengan alasan perjanjian konsesi untuk membina kemudahan pelancongan perubatan manakala tiga syarikat lain yang turut mengambil bahagian muflis sejurus selepas itu.

Enam tahun kemudian, tanah itu masih lagi tanah kosong dan pemenang bidaan itu telah ditangkap cuba untuk menjual projek itu dengan harga RM70.5 juta.

Dan RFP yang sama juga yang membolehkan projek Terowong Pulau Pinang untuk menghadapi isu-isu seperti "penyelidikan" bernilai RM305 juta dan model yang unik iaitu membayar sepenuhnya untuk projek itu tetapi masih memberi konsesi tol selama 30 tahun.

Sudah tentu, kedua-dua kajian dan projek itu sendiri masih tertangguh walaupun berbilion ringgit tanah kerajaan telah diberi atau dipra-jual oleh syarikat swasta yang dianugerahkan projek tersebut.

Mengenai Akta Kebebasan Maklumat Pulau Pinang, ia kini didapati hanyalah sandiwara semata-mata. Kelulusan jarang diberikan dan yuran tinggi akan dikenakan.

SD juga dikehendaki untuk ditandatangani dan walaupun anda mendapat maklumat tersebut, anda tidak boleh mendedahkannya di khalayak ramai. Itulah sebabnya banyak NGO sekarang ini telah berkata bahawa Akta Kebebasan Maklumat Pulau Pinang ini tidak memberi faedah kepada sesiapa pun.

Dan orang TI yang ketika itu memuji Pulau Pinang adalah Paul Low. Beliau sekarang adalah seorang menteri di bawah Najib dan sering diserang oleh DAP.

Pujian ini diberikan sudah 7 tahun yang lalu dan mereka tidak lagi dipuji oleh TI sejak itu – tetapi ini tidak menghalang DAP untuk tanpa segan silu mengulangi propaganda ini walaupun pujian awal itu tidak lagi wajar.

DAP suka mengulangi propaganda yang telah pun terbukti palsu, sebagai contoh mereka mengurangkan hutang negeri sebanyak 95% apabila ianya telah didapati bahawa ia adalah Kerajaan Persekutuan yang mengambil alih hutang itu dan menukarkannya kepada "pajakan" setiap tahun selama 45 tahun – yang mana masih merupakan hutang kerana anda masih membayar dengan jumlah yang sama.

Atau propaganda bahawa Pulau Pinang berada di tangga atas untuk pelaburan walaupun mereka tidak lagi berada di tangga atas sejak tahun 2011 dan telah jatuh ke tangga ke-3, ke-4 atau ke-5.

Atau propaganda bahawa pertumbuhan KDNK negeri Pulau Pinang adalah sangat memberangsangkan walaupun ia sebenarnya terendah di kalangan 15 negeri dan wilayah dari segi KDNK per kapita sejak tahun 2008.



Sent from Samsung tablet.

PAN mahu merekrut rakyat Malaysia di luar negara





Tulisan asal oleh :
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 12 Oktober 2016.


Apabila puak 'Team B' dalam PAS hanya memenangi 20% undi dalam pemilihan parti, dan semua tetapi satu gagal untuk memenangi kerusi, dan mereka gagal untuk menggulingkan presiden parti Abdul Hadi Awang (yang merupakan agenda utama), mereka semua meninggalkan parti itu untuk membentuk PAN atau lebih dikenali sebagai Amanah.

DAP kemudiannya mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat kini tidak berfungsi lagi dan PAN akan menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang yang baru, Pakatan Harapan. PKR, bagaimanapun, atau lebih tepat lagi Menteri Besar Selangor (juga dikenali sebagai Ketua Menteri) Azmin Ali, tidak bersetuju dan memecat ahli-ahli PAS itu daripada kerajaan negeri Selangor (khususnya Ahli-ahli EXCO PAS).

Sudah tentu, Azmin tidak dapat berpisah daripada PAS kerana beliau tidak akan menjadi Menteri Besar jika bukan kerana PAS. Dan tanpa PAS beliau tidak lagi boleh menjadi Menteri Besar. Tetapi mengapa DAP (dan beberapa dalam PKR) sangat menentang Azmin? Mereka mengesyaki bahawa beliau sebenarnya adalah 'kuda Trojan' Tun Dr Mahathir Mohamad dan syak wasangka itu nampaknya kini telah dibuktikan betul.

PAS tahu bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor tidak mahu Anwar Ibrahim, atau sesiapa yang bersekutu dengan beliau, terutama isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Khalid Ibrahim.

Jika Tuanku boleh mengikut kehendaknya sahaja, Tuanku lebih suka Khalid kekal sebagai Menteri Besar dan tidak mempedulikan DAP-PKR. Tetapi, daripada mencetuskan krisis perlembagaan, Tuanku bersetuju untuk Khalid digantikan tetapi Tuanku mesti mempunyai suara dalam penggantian itu.

Pilihan pertama Tuanku adalah PAS tetapi kerana PAS tidak mahu jawatan itu (atau lebih tepat lagi Iskandar Samad tidak berani mengambil jawatan itu kerana beliau tahu DAP akan menghentamnya dengan teruk) Tuanku menawarkannya kepada Azmin.

Tetapi saya baru sahaja berkata Tuanku tidak mahu sesiapa yang bersekutu dengan Anwar. Adakah Azmin tidak ada kaitan dengan Anwar? Itulah masalahnya. Tuanku tahu apa yang kita semua tidak tahu (sekurang-kurangnya pada masa itu). Dan perkara yang Tuanku tahu yang kita tidak tahu adalah bahawa Azmin BUKAN dengan Anwar. Azmin adalah dengan Mahathir. Sudah tentu, sekarang kita tahu perkara ini tetapi Tuanku tahu perkara ini lama sebelum kita semua tahu.

Apa-apa pun, DAP dan PKR kemudian mula menyerang baginda. Mereka juga menyerang Raja Muda atau Putera Mahkota. Dan itu hanya membuatkan Tuanku lebih berazam untuk tidak tunduk kepada DAP dan PKR. Pakatan Harapan baru sahaja mengisytiharkan perang ke atas Tuanku, maka peranglah yang akan meletus.

Serangan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan memanggilnya lanun Bugis sebenarnya mengguris perasaan Tuanku lebih daripada mengguris perasaan Najib. Tuanku bangga dengan keturunan dan warisan Bugisnya dan untuk memanggil semua Bugis sebagai lanun adalah satu penghinaan buat Tuanku. Itu seperti memanggil semua keturunan India paria atau keturunan Cina pelacur Yap Ah Loy di sepanjang Jalan Ampang. 

Apa-apa pun, setakat yang Kerabat Raja kisah, PAN adalah boneka DAP manakala PPBM hanyalah sebuah parti untuk agenda peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad semata-mata. Jadi kedua-dua tidak penting bagi mereka.

Hari ini, Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-242 bermula di Istana Negara. Mahathir berharap Duli Yang Maha Mulia akan membincangkan Deklarasi Rakyat beliau. Itu tidak akan berlaku dan Raja-Raja sebenarnya telah secara halus menyatakan mengapa. Anda mungkin mahu menyelidik siapakah Datuk Salehuddin Saidin.

Apa-apa pun, dalam masa yang sama orang-orang PAN sedang melakukan lawatan ke UK untuk cuba untuk mendapatkan sokongan untuk perjuangan mereka. Mereka mengharapkan kerana mereka tidak berjaya di Malaysia, mereka sebaliknya boleh mendapatkan sokongan daripada rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara.

Saya ingin mengucapkan selamat berjaya kepada mereka. Kebanyakan rakyat Malaysia melihat PAN hanya sebagai kuda DAP. Mereka juga sepatutnya memasuk Tony Pua dan semua orang-orang Kristian Evangelist lain dalam lawatan mereka untuk segala kebaikan yang ia bawa. 


Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/pan-seeks-to-recruit-overseas-malaysians/

Sent from Samsung tablet.

Rabu, 12 Oktober 2016

Majlis Raja-Raja berkuasa pecat PM? Ini penjelasan pakar



Seorang pengamal undang-undang, Datuk Salehuddin Saidin tampil menjelaskan mengenai tanggapan salah yang mengatakan Majlis Raja-Raja boleh mengambil tindakan untuk memecat seorang perdana menteri.

Beliau menegaskan perdana menteri tidak boleh dipecat oleh Yang di-Pertuan Agong, apatah lagi perdana menteri yang dipilih rakyat menerusi pilihan raya kerana tiada peruntukan khusus mengatakan langkah sedemikian boleh diambil.

"Tiada satu peruntukkan secara khusus yang menyatakan Agong boleh memecat PM… jadi saya rasa terpanggil untuk memperbetulkan sedikit persepsi masyarakat tentang peranan Majlis Raja-Raja.

"Jangan anggap bahawa MRR merupakan satu institusi yang diberikan undang-undang untuk buat apa sahaja yang disarankan, tidak sedemikian, ia ada tatacara dan prosuder yang perlu dipatuhi," katanya dipetik dalam akhbar Sinar Harian.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-242 yang berlangsung minggu ini pastinya menjadi tumpuan sama ada ia akan turut membincangkan tuntutan daripada Deklarasi Mahathir yang diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau tidak.

Usaha yang dilakukan sudah pun dimaklumkan oleh Dr Mahathir dalam surat dihantar kepada semua raja-raja dan Yang di-Pertua Negeri, 4 Oktober lalu.

Dr Mahathir mendakwa, Majlis Raja-Raja mempunyai hak dalam Perlembagaan untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong agar mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerangkan lebih lanjut, Salehudin berkata dalam Perlembagaan juga tidak dinyatakan secara mutlak Agong atau raja-raja mempunyai kuasa mutlak.

"Dalam Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan Agong atau raja-raja mempunyai kuasa mutlak oleh kerana ianya tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang menggariskan kuasa yang dijalankan secara budi bicara dan kuasa yang dijalankan mengikut nasihat.

"Walau bagaimanapun di dalam soal perlantikan seseorang perdana menteri, ada peruntukan yang khusus yang memberikan kuasa budi bicara kepada Agong.

"Ini sepertimana peruntukan Perkara 43 Fasal 2 Perlembagaan yang memberi kuasa kepada Agong untuk melantik seorang perdana menteri tetapi ianya tertakluk kepada pra syarat yang perlu dipenuhi terlebih dahulu.

"Antara pra syarat penting adalah Agong perlu memastikan seorang calon yang hendak dilantik sebagai perdana menteri perlulah seorang ahli Dewan Rakyat yang pada pandangan baginda mendapat sokongan majoriti daripada ahli-ahli dalam Dewan Rakyat itu sendiri. Itu pra syarat utama," ujarnya.

Dalam situasi ini, Najib masih mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

"Ini bermakna sekiranya terdapat pra syarat yang perlu dipenuhi sebelum Agong boleh melaksanakan kuasa baginda bagi melantik seorang perdana menteri maka bermakna jika sekiranya perdana menteri hendak dipecat atau hilang kelayakan, ianya perlu juga memenuhi syarat bahawa beliau telah hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

"Ini bermakna Agong tidak diberi kuasa sewenang-wenangnya untuk memecat seorang perdana menteri," katanya.

_"BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT"._

  #RespectMyPM  #RespectMyTPM



Sent from Samsung tablet.

LIWAT II - TIADA CAMPUR TANGAN PMO



PEJABAT Perdana Menteri (PMO) tidak campur tangan berhubung dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meliwat bekas pembantunya.

Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid yang mengetuai pasukan pendakwaan memberitahu Mahkamah Persekutuan hari ini bahawa PMO langsung tidak mengetahui hasil keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015.

Malah, katanya Mahkamah Persekutuan bebas sepenuhnya dalam membuat keputusan.

"Semua kata-kata sindiran kononnya PMO mengetahui keputusan itu terlebih dahulu adalah salah, tidak berasas dan tidak bertanggungjawab. Ini diperkukuhkan oleh hakikat bahawa pemohon (Anwar) telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi," kata beliau.

Sehubungan itu, katanya, sebarang kata-kata sindiran selanjutnya adalah tidak benar, berniat buruk, tidak mempunyai sebarang merit dan perlu ditolak sama sekali.

"鸡奸II - 无干预PMO"

总理办公室(PMO)就联邦法院的判决没有干预坚持五年以上鸡奸他的前助手拿督斯里安华的信念和监禁。

行政审判和检察总长上诉司,拿督艾哈迈德·卡迈勒·沙希德马里兰州,谁领导的检察队伍今天告诉联邦法院,该项目办不知道联邦法院2015年2月10日的决定。

事实上,他表示,联邦法院的决策完全独立。

"所有的所谓的讽刺话PMO事先知道这个决定是错误的,毫无根据和不负责任的。这是一个事实,即申请人(安华)已被高等法院释放增强,"他说。

因此,他说,任何进一步的典故的话是不真实的,恶意的,没有什么优点,应该完全拒绝。

_"BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT"._

  #RespectMyPM  #RespectMyTPM



Sent from Samsung tablet.

AMBIGA MUSUH ISLAM PENGGERAK BERSIH 5



Ambiga Sreenevasan yang menjadi penggerak utama BERSIH 5 yang terkini adalah musuh Islam.

Pluralisme yang menuntut kesamarataan beragama dinegara ini dipelopori oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan rakyat melalui IFC (Inter Faith Council) ,IFC ini juga menjadi intipati perjuangan oleh Ambiga Sreenevasan bekas presiden Bar Council.

Perjuangan mereka menuntut kesamarataan beragama, dalam masa yang sama menggugat Islam agama rasmi negara .

Dengan harapan untuk membawa perjuangan IFC ini ke peringkat antarabangsa, Ambiga Sreenevasan melobi hingga ke PBB dan berharap menjadi pelapor ataupun pemantau bagi pihak PBB di Malaysia mengenai pluralisme.

Kita harus berterima kasih kepada perwakilan Malaysia di Geneva yang tidak menyokong pencalonan peguam Ambiga Sreenevasan sebagai pelapor khas (rapporteur) ke PBB pada tahun 2010

Pakatan rakyat dan kesemua pemimpin mereka sama sama memperjuangkan IFC, disini, disiarkan kembali apakah intipati perjuangan IFC untuk rujukan pembaca .

ANCAMAN PENUBUHAN IFC DI MALAYSIA

Apa itu IFC(Inter Faith Commission)

IFC berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.

IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara. Matlamat Penubuhan IFC

IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.

Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam

1.   Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.(kes siti hasnah vanggarama klik sini )

2.   Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3.   Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

4.   Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam

5.   Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6.   Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7.   Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8.   Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

(Pada 9 Jun 2008, kerajaan campuran Pakatan Rakyat ( PR ) negeri Selangor yang terdiri daripada PKR,DAP dan Pas telah membuat pengumuman untuk menghapuskan peraturan menghadkan rumah ibadat bukan Islam boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi di negeri itu. Keputusan ini diumumkan oleh Dr. Xavier Jayakumar (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Naib Presiden PKR) bersama Ronnie Liu (Pengerusi Tetap Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri, Exco DAP Pusat).

9.   Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10.   Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11.   Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12.   Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13.   Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14.   Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Ancaman Utama IFC terhadap Islam

1.Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.

2.Menjadikan undang-undang Allah pertu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan aqidah.

3. Orang-orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.

4.Orang-orang Islam bebas untuk murtad.

5.IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.

Tuntutan tersebut telahpun gagal, mereka tetap mahukannya tetapi bagaimana?



Sent from Samsung tablet.

Selasa, 11 Oktober 2016

Musuh’ Bersama Gagal Satukan Pembangkang Untuk Tiru Formula, Falsafah BN Yang Jujur Posted: 10 Oct 2016 04:20 AM PDT


KUALA LUMPUR, 10 Okt – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berpendapat parti-parti pembangkang termasuklah beberapa parti baharu tidak mudah untuk membentuk sebuah gagasan yang jujur hanya semata-mata kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) musuh bersama mereka.

Jelas beliau cubaan mereka untuk menyediakan pelan satu lawan satu untuk menentang BN adalah cubaan untuk meniru segala pelaksanaan dan juga gagasan seperti mana BN yang berasaskan kepada satu formula yang telah diuji berdekad-dekad lamanya.

img_1123"Mereka kata nak lawan satu lawan satu… Ini adalah cubaan untuk tiru macam pakatan kita dalam BN. Hari ini Tun Dr Mahathir menaungi parti baharu. Dia pun nak buat satu lawan satu. Mereka cuba di pilihan raya kecil sebelum ini namun tidak berjaya. Tidak mudah…

"Hanya kerana UMNO dan BN adalah musuh bersama tidak bermakna mereka dengan mudah boleh membentuk satu gagasan yang jujur. Yang akan datang tentu memeritkan…sebab itu saya tidak bimbang walaupun Dr Mahahir berada di sebelah sana.

"Saya ingin tanya parti baharu yang dinaungi oleh Dr Mahathir…berapakah kerusi yang akan mereka dapat kelak. Apakah Dap akan beri kepada 'parti bunga' ini kawasan untuk ditandingi…tentu tidak.

"Habis tu dia nak ambil kerusi milik siapa dan kawasan mana…apakah kawasan yang ditandingi oleh PKR? Jawapannya tidak sama sekali…bagaimana pula dengan parti pimpinan Mohamad Sabu…sudah tentu mahukan kawasan untuk ditandingi. Ini akan menambahkan lagi kerumitan sesama mereka," katanya dalam himpunan Taklimat Bersama UMNO Jentera Penerangan UMNO Terengganu baru-baru ini.

Annuar Musa seterusnya menegaskan parti UMNO adalah yang pertama yang menerima realiti politik kehidupan masyarakat pelbagai kaum.

"Parti UMNO dan orang-orang UMNO redha walaupun pernah satu ketika dahulu 'dikafirkan', dicemuh, dihina…namun kita tidak meninggalkan perjuangan berasaskan kepelbagaian kaum.

"Jangan lupa apabila Datuk Onn Jaafar pilih untuk keluar daripada UMNO yang beliau tubuhkan hanya kerana ingin melihat UMNO ini ahlinya daripada semua kaum. Kemudiannya Tunku Abdul Rahman pula kata lebih baik dan lebih sesuai kaum lain berjuang untuk kaum masing-masing tetapi atas perkara dasar dan pokok kita tetap masih boleh bekerjasama.

"Akhirnya Datuk Onn Jaafar keluar membentuk Parti Negara yang ahli pelbagai kaum dan UMNO, MCA, MIC bergerak dengan cara kita…parti lain-lain tetapi apabila masuk pilihan raya UMNO tidak masuk dengan logo UMNO, MIC tidak masuk dengan logo MIC, Gerakan tidak masuk dengan logo Gerakan.

"Tetapi apabila tiba pilihan raya berdepan dengan rakyat kita dokong satu dasar, satu falsafah…berbeza-beza parti tetapi satu dalam fikiran soal membina bangsa dan itulah satu bentuk kerjasama tulen antara UMNO dengan pelbagai kaum yang sehingga hari ini tidak boleh ditiru oleh sesiapa pun," katanya. -MediaUMNO




Sent from Samsung tablet.

MAHATHIR SUDAH TIDAK PERCAYA MUHYIDDIN SEBAGAI CALON PM




Tiga minggu lalu, ketika berucap di London, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengisytiharkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri jika pembangkang menang pada pilihan raya umum (PRU14) kelak.

Muhyiddin ketika itu menjadi pilihan utamanya. Namun dalam satu temubual dengan portal pembangkang, MalaysiaKini, bekas Perdana Menteri itu telah menukar nada dengan menyatakan bahawa Muhyiddin boleh memimpin, tetapi dalam parti.

Dalam kata lain, Muhyiddin hanya boleh jadi presiden PPBM sahaja, menepati ramalan ramai selama ini bahawa Mahathir sebenarnya tidak yakin dengan Muhyiddin. Jika tidak sudah pasti beliau tidak akan menukar pendiriannya dan mengekalkan Muhyiddin sebagai calon utama Perdana Menteri.

"Saya fikir pada masa ini, dengan sokongan, saya fikir beliau (Muhyiddih) boleh memimpin. Sama ada beliau boleh memimpin kerajaan adalah perkara yang lain," katanya yang dipetik dari MalaysiaKini bertarikh 10 Oktober lepas.

Kenyataan pusingan u Mahathir ini menjadi satu tamparan hebat kepada Mahathir dan ia juga mungkin satu cara untuk menyatakan bahawa anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebenarnya adalah potensi Perdana Menteri pada masa depan.

Meskipun semua sudah tahu agenda berkenaan, sekurang-kurangnya kali ini Mahathir bersikap lebih jujur walaupun dalam keadaan berselindung.

Hakikatnya pada saat Mahathir memeluk Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah sebelum ini, selepas 18 tahun mereka berseteru, ia telah menunjukkan bahawa Mahathir telah membuat keputusan mengenai Muhyidin.

Ia juga menunjukkan bahawa Anwar menjadi lebih penting daripada Muhyiddin sendiri. Dari situ, kita boleh melihat ketidakyakinan Mahathir sendiri dalam menyokong penuh Presiden PPBM itu.

Selain itu, kes skandal Muhyiddin yang dikaitkan dengan seorang wanita Nika Ghee Siew Yee  juga dikatakan turut menyumbang kepada goyahnya kepercayaan Mahathir terhadap Muhyiddin.

Dalam kes itu, satu akaun bersumpah (SD) yang bertarikh 7 Disember 2015 mendakwa Nika bertemu Muhyiddin di luar negara dan menyatakan juga mengenai skandal Muhyiddin dengan Nika semasa beliau menjadi Menteri Besar Johor.

SD itu dibuat oleh peguam Stanley Cle­ment Agustin yang ketika itu masih suami Nika. Stanley dan Nika telah disahkan bercerai oleh mahkamah pada 6 September lalu. Namun sehingga kini, Muhyiddin masih belum menjawab mengenai dakwaan skandal terbabit dan mendiamkan diri.

Pada masa sama, terdapat khabar angin bahawa Muhyiddin kini sedang dalam dilema, sama ada mahu kekal bertanding di kerusi Parlimen Pagoh atau bertanding di kawasan baru iaitu di Muar pada PRU14 nanti.

Ini kerana beliau dikatakan sukar untuk mempertahankan kerusi Pagoh dan demi kelangsungannya, beliau terpaksa berpindah ke Muar, yang mempunyai lebih ramai pengundi Cina di situ.

_"BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT"._

  #RespectMyPM  #RespectMyTPM



Sent from Samsung tablet.

"BERSIH 5 TIDAK SEHEBAT DAHULU"





PENGANALISIS politik berpandangan Bersih 5 yang bakal diadakan November nanti tidak akan memberi impak yang berkesan terhadap rakyat dan kerajaan.

Ini kerana menurut penganalisis politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir, rakyat kini sudah letih untuk mengikuti dan menyertai pelbagai siri himpunan anjuran pembangkang.

"Saya rasa yang dulu (Himpunan Bersih 1 dan Bersih 2) lebih hebat, kesannya mungkin tidak seberapa kerana rakyat sudah letih dan muak dengan setiap himpunan jalanan. Hasilnya (dari himpunan) tetap tiada."

"Mungkin yang kelihatan berbeza sedikit berbanding dahulu adalah himpunan ini digerakkan di seluruh negara," katanya.

Beliau juga percaya rakyat tidak perlu banyak berhimpun di jalanan untuk menyuarakan kehendak masing-masing.

Jelasnya lagi, tindakan seperti itu hanya akan mengeruhkan keadaan semasa negara seperti mana yang berlaku di beberapa negara lain.

Jeniri dalam masa sama turut menasihatkan kumpulan Baju Merah dan Bersih mengawal tingkah laku dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

"Kedua-duanya perlu kawal tingkah laku dan kawal emosi. Perlu diingatkan, tindakan yang melampau boleh menjerumuskan kita ke dalam kancah yang merugikan.

"Jangan keluarkan kenyataan yang menghasut atau tidak disukai orang lain. Jangan sampai pertembungan kedua himpunan ini merosakkan hubungan rakyat dan sistem demokrasi negara," katanya lagi.

"不是很大第一网5"

清洁短视的政治分析家5,其将于明年11月将不提供对人民和政府有效的影响。

这是因为,按照政治分析家副教授Jeniri阿米尔博士,人们早已厌倦出席并参加反对派集会举办了系列。

"我认为第一(净选盟净选盟1和2)时,其效果可能只是因为人们厌倦了与每组街道够了。由于(的设定),结果是人仍下落不明。"

"也许你看起来有点不同比以前是,这个组件全国各地的感动,"他说。

他还认为,人们不应该有很多街头,表达他们的个性化需求。

他解释说,这样的举动只会加重该国目前的状态就像在其他一些国家的情况。

Jeniri同时告知红衫军与清洁控制行为,并在发表声明小心。

"无论是需要控制的行为和情绪控制。应该指出的是,极端的措施我们陷入可怕的缺点。

"不要删除煽动或不喜欢他人的事实。不要让这种毁灭的冲突两套关系和国家的民主制度,"他说。

_"BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT"._

  #RespectMyPM  #RespectMyTPM


Sent from Samsung tablet.