Rabu, 29 November 2017

Rafizi Enggan Berdebat Dengan Wakil Mahasiswa




Tindakan Rafizi Ramli yang sengaja membatalkan program debat dengan Kumpulan Internship Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP) yang sepatutnya berlangsung pada 24 November lalu disifatkan sebagai tidak matang dan seolah penakut.

Menurut Setiausaha MANTAP Mohamad Arif Misman, pembatalan debat tersebut menyerlahkan sikap sebenar Pengasas Invoke itu yang suka mencari publisiti murahan dan mensensasikan sesuatu perkara bagi tujuan meraih perhatian netizen dan pengikutnya.

“Kalau sembang, pokok pun boleh tumbang. Hanya suka buat gempar sudah sinonim dengannya. Inilah sikap Rafizi yang sebenar. Rafizi hipokrit.

“Cabaran sudah disahut tetapi tidak berjaya bertarung di gelanggang,” selar Arif memetik portal BNBBC, hari ini.

Katanya, tindakan Rafizi yang juga Ahli Parlimen PKR Pandan membatalkan program itu tanpa sebarang alasan telah memberi kekecewaan kepada wakil pendebat MANTAP, barisan ahli MANTAP VII, alumni MANTAP, wakil-wakil NGO serta pengunjung yang telah hadir seawal jam 8 malam di pejabat Invoke di Sungai Besi.

Dakwa Arif, Rafizi dan Invoke bukan sahaja ‘ghaib’ malah pintu pejabat itu juga dikunci rapi sedangkan sebelum ini Naib Presiden PKR itu beria-ria mempelawa pihak MANTAP untuk berdebat.

“Ternyata pihak Invoke hanya berwayang apabila tepat jam 8.30 malam pintu Invoke dikunci rapi, tiada wakil yang turun membuat permohonan maaf dan mereka hanya sekadar membuat tinjauan dari tingkap atas premis,” jelasnya.

Arif menambah, Rafizi dan Invoke sedia maklum mengenai debat bertajuk “Bajet Pakatan Harapan: Memufliskan Negara Seimbang atau Sembang” dan mereka bertegas mahu mengadakan program tersebut di pejabat Invoke Space.

“Bukan sahaja wayang, tapi takut. Ini bukan nak cari siapa menang dan kalah. Ini hanyalah perdebatan untuk mengupas isu semasa. Invoke tak perlu takut. Kita mahu audien berfikir secara matang dengan apa isu yang didebatkan,” katanya.

Rafizi sebelum ini dilihat begitu “berani” kerana sering mengajak beberapa pihak untuk mengadakan debat termasuk dengan Arul Kanda melibatkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – mD

Dap Jual Pulau Pinang Lagi





Ayoooo Yooo Karawaleeee!!! Vennaa day,,Venna Sorley! APA SUDAH JADI DENGAN KERAJAAN PULAU PINANG???? 

Berita hari ini mendedahkan kerajaan negeri Pulau Pinang telah menanda tangani satu Memorandum Persefahaman dengan Taman Botani Singapura untuk memajukan satu satunya Taman Botani di Pulau Pinang.

Dulu pun selepas Dap berjaya menawan Pulau Pinang daripada BN, mereka juga buat MOU dengan Temasek Holding iaitu sebuah syarikat pelaburan yang dimiliki oleh keluarga Lee Kuan Yew untuk memajukan beberapa projek bernilai RM 11.3 Bilion.

Kini Temasek sudah, rugi $43 Bilion Singapore Dollars, Tahun lepas harta Temasek susut nilai sebanyak $242 Bilion Dolar Singapura.

Sungguh menghairankan kerana Pulau Pinang berkiblatkan kepada Singapura. Maka benarlah bahawa DAP adalah adik kepada PAP. 

Sepatutnya kerajaan boleh rujuk kepada Jabatan Lanskap Negara untuk upgrade taman botani tersebut. Atau panggil peneroka-peneroka di Balik Pulau untuk membangunkan Taman Botani tersebut.

Baru-baru ini Pulau Pinang di landa banjir besar, pandai pula Guan Eng telefon TPM jam 3 pagi. Apakah kerana projek tanam botani tersebut melibatkan peruntukan besar maka mereka buat MOU dengan Singapura, Banjir tak memberi pulangan yang besar maka minta TPM bantu, minta tentera turun bantu.

Lain kali eloklah panggil Singapura jika banjir melanda lagi pada masa akan datang.

MOU DENGAN BOTANIC GARDEN SINGAPORE

GEORGE TOWN, 29 Nov (Bernama) - Kerajaan Pulau Pinang akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Taman Botanic yang disenaraikan di Unesco Singapura untuk bertukar-tukar pengetahuan teknikal mengenai pengurusan taman botani negara.
Pegawai eksekutif negeri Jagdeep Singh Deo berkata beliau melawat Singapura pada 31 Julai lalu dan membincangkan menandatangani perjanjian untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran dalam mengurus dan meningkatkan Taman Botanik Pulau Pinang.
"Taman Botani Singapura telah bersetuju untuk menandatangani memorandum persefahaman dengan Pulau Pinang dan matlamat utama adalah untuk meningkatkan akses dan pengetahuan, untuk memindahkan pengetahuan teknologi dalam hubungan dengan hortikultur, pengurusan taman, pemuliharaan dan penyelidikan," katanya dalam satu media persidangan di Taman Botani Pulau Pinang hari ini.
Pengerusi jawatankuasa perumahan dan bandar dan negara merancang draf perjanjian sedang disempurnakan.
"Kami sepatutnya menandatangani bulan ini tetapi memandangkan banjir awal bulan ini kami menangguhkannya dan kami akan menandatanganinya pada Januari tahun depan," katanya.

Taman Botanic Singapura adalah yang pertama di Asia dan kekal sebagai satu-satunya taman tropika untuk disenaraikan sebagai tapak Warisan Dunia Unesco.
Jagdeep berkata MoU itu adalah tanda bahawa kerajaan negeri berhasrat meningkatkan dan melindungi taman botani.
Beliau cuba menyingkirkan kebimbangan beberapa kumpulan masyarakat sivil dengan menekankan bahawa Enakmen Perbadanan Taman Negeri Pulau Pinang (Botanic) 2017 bertujuan untuk melindungi dan mempertingkatkan taman-taman.
Baru-baru ini, Aliran mengeluarkan satu kenyataan yang menyuarakan kebimbangannya mengenai pengkorporatan Taman Botani Pulau Pinang di bawah enakmen yang akan membuka jalan bagi pengkomersilan taman-taman.
Organisasi bukan kerajaan (NGO) juga menyuarakan kebimbangannya terhadap taman-taman yang dijual kepada syarikat swasta yang lain dan yuran masuk akan dikenakan untuk taman-taman yang sentiasa menjadi taman awam yang digunakan oleh penduduk tempatan untuk aktiviti rekreasi.
Aliran juga mempersoalkan kelewatan kerajaan negeri dalam membentangkan rancangan Rancangan Kawasan Khas (SAP) untuk kebun botani untuk tontonan awam.
Jagdeep juga memberi jaminan bahawa masuk ke taman-taman tersebut adalah percuma.
"Kami tidak akan mengenakan yuran masuk tetapi mungkin bayaran dikenakan ke atas produk lain yang akan diperkenalkan pada masa akan datang," katanya.
Kurator Taman Botani Pulau Pinang Saw Leng Guan berkata objektif enakmen negeri jelas mengenai melindungi dan memelihara taman-taman.
"Tidak mungkin kebun-kebun itu akan dijual dan mereka yang berada di papan perbadanan akan melihat taman-taman supaya tidak dijual," katanya.

Beliau juga berkata draf SAP sedang disemak semula kerana pindaan terdahulu dibuat oleh perunding luar yang tidak mahir dalam botani.
"Terdapat beberapa ketidakcukupan dalam SAP dan kami telah melaluinya dan ia perlu disemak semula selepas itu, ia hanya akan dipersembahkan untuk tontonan awam bulan depan," katanya.

Saw memberikan jaminan bahawa pembangunan masa depan yang dicadangkan hanya akan dipertimbangkan jika mereka meningkatkan kebun dan tidak jika mereka merendahkannya.
"Akan ada perkembangan untuk meningkatkan dan memperbaiki taman-taman, bukan untuk memusnahkan fungsinya," katanya.
Enakmen Perbadanan Taman Negeri Pulau Pinang (Botanic) 2017 dibentangkan dan diluluskan di dewan perundangan awal bulan ini.
Ia adalah untuk menggantikan Enakmen Taman Air Terjun Pulau Pinang 1923 dan semakannya pada tahun 2005.
Jagdeep telah menegaskan bahawa enakmen ini akan membolehkan kerajaan negeri meningkatkan kebun dan akhirnya memohon pengiktirafan Unesco untuk taman-taman.




MOU DENGAN TEMASEK HOLDING SINGAPORE

GEORGE TOWN – Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) baru-baru ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat pelaburan dari Singapura, Temasek Holding (Temasek) dan Economic Development Innovations Singapore Pte. Ltd. (EDIS) untuk pemajuan dua projek mega di negeri ini.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng semasa menyaksikan majlis MoU tersebut berkata, nilai pembangunan kasar Penang International Technology Park (PITP) di Batu Kawan dan Business Process Outsourcing Prime (BPO Prime) dekat Bayan lepas dianggarkan sekitar RM11.3 bilion.
“Usahasama di antara PDC dan Temasek bagi membangunkan PITP dan BPO Prime tersebut membolehkan PDC memegang 51 peratus syer dan selebihnya dipegang oleh pelabur,” ujarnya dalam ucapannya dalam majlis menandatangani perjanjian tersebut di sini baru-baru ini.
Pengurus Besar PDC, Datuk Rosli Jaafar, Pengarah Urusan Kanan (Pelaburan) Temasek, David Heng, Pengarah Urusan (Undang-undang dan Peraturan) Temasek, Cheong Kok Tim, Pengerusi EDIS, Philip Yeo, Ketua Pegawai Eksekutif EDIS, Abel Ang dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif I Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA), Datuk Phang Ah Tong turut hadir pada majlis tersebut.
Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow dan Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti).
Dalam perjanjian itu, difahamkan, PDC dan Temasek akan memajukan projek di atas tanah berkeluasan 206.8 ekar dalam tempoh lima hingga 10 tahun, manakala, EDIS yang merupakan syarikat milikan persendirian pula berperanan menyediakan perkhidmatan pengurusan kepada projek usahasama tersebut.
Guan Eng berkata, dua projek tersebut dijangka akan mengembangkan pasaran domestik berasaskan pengetahuan, seperti penyumberan luar projek perniagaan (BPO), informasi dan teknologi komunikasi (ICT) serta sektor pembuatan nanti.
Malah, tambahnya, projek pemangkin ekonomi negeri itu turut dijangka membuka 25,000 hingga 30,000 peluang kepada pekerja berpengetahuan kelak.

NOTA KAKI

  1. Sudah lah Guan Eng dan anak Karpal!! Buat apa pun semua gagal, Ahad lepas anjur larian peringkat antara bangsa pun tak reti nak urus, sampai hari ini peserta dok komplen.  
  2. Nak urus banjir pun gagal,
  3. Kalau tak reti nak mentadbir sila meninggal,  lagi bagus.
  4. Apabila PM Najib bawa pelaburan dari China untuk melabur di Malaysia, pembangkang kata Najib jual negara maka dengan 2 mou dengan Singapura bermakna Pulau Pinang pun kini dijual kepada Singapore.  

AZMIN ALI KELENTONG RAKYAT JOHOR






Azmin Ali telah menyerang Johor dengan mengadakan ceramah-ceramah pembohongan dan menghina pentadbiran negeri tersebut.

Di Batu Pahat, Azmin memulakan ceramah jual minyak angin dengan meminta orang kampung mengiyakan apa yang dia sebut mengenai barang-barang yang naik,  sayur mahal, harga seperti ikan, daging dan lain lain semua mahal kerana diperintah oleh Najib.

Azmin juga berbangga kononnya orang Selangor tidak dikenakan caj air, sebenarnya air percuma hanyalah 20 meter padu yang selebihnya kena bayar seperti biasa. penghuni pangsapuri langsung tidak menerima air percuma. pakai atau tidak setiap bulan akan dicaj RM6.

Azmin lupa Selangor lah yang menghadapi masalah air yang buruk di Malaysia. Ini kerana kerajaan negeri enggan membenarkan Syabas melaksanakan projek air dari Pahang melalui Hulu Langat.

Memang betul lah rakyat Selangor dapat air free 20meter padu kerana air dibawa dengan lori tangki sebesar lori bahan api Petronas (rujuk kepada ceramah Khalid Samad di Taiping)

Azmin menyatakan kerajaan BN zalim kepada rakyat kerana mengenakan cukai GST yang menindas rakyat.  Azmin lupa bahawa cukai pintu dan cukai premis perniagaan telah dinaikkan setelah berjaya menawan pada 2008.

Azmin dengan sombong menyatakan pemimpin kerajaan Malaysia adalah munafik. Dia lupa bahawa Selangor lah paling banyak rumah urut, premis jual arak dan sebagainya, so siapa yang munafik. 

Tak payah lah orang Melayu Johor terpedaya dengan kelentong Azmin, sebab di Selangor pun dia berbohong kepada rakyat. 10 kata dia 12 tak boleh pakai. pembohong.

Perumahan Rakyat Tidak di laksanakan, tiba-tiba bila hampir PRU 14 buat program Smart Sewa. Azmin ambil rumah-rumah buruk dan rapair sana sini kemudian sewa semula kepada rakyat, yang untung ialah tuan rumah yang tak perlu sibuk buat iklan. kerana sudah MOU dengan Azmin.  

Buat Kad Peduli sihat hanya bernilai RM500 setahun dan yang untung ialah klinik swasta yang menjadi klinik panel kepada Azmin.

Pendidikan percuma? Lawak saja lebih, Unisel pun caj yuran pendaftaran, yuran asrama, yuran pengajian. tak ada pun free. 

Azmin juga berbangga dengan resab kerajaan yang terkumpul hampir mencecah RM 4 Bilion. Apa guna simpan duit jika  perumahan rakyat PPR yang berusia tidak di baik pulih, semua serah kepada kerajaan pusat untuk buat penambahbaikan. Apa guan resab 4 B jika jalan berlubang dan pecah sana sini, Apa guna resab 4 B jika rumput di bahu jalan rumput setinggi sedepa, apa guna 4 B jika sampah tidak terurus dengan baik.




Azmin Ali Engkar Titah Sultan Johor


Tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyebarkan fitnah ketika ceramah ‘peduli rakyat’ di Johor jelas mengingkari titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menyeru supaya pemimpin Melayu bersatu.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, berkata jelajah peduli rakyat adalah satu tindakan terdesak dan cubaan mensabotaj usaha Kerajaan Negeri Johor di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Secara tidak langsung tindakan Azmin telah menyebar kebencian dalam kalangan bangsa Johor sendiri selain mengingkari titah Tuanku Sultan Johor yang mahukan pemimpin Melayu duduk semeja, bermuafakat dan selalu berbincang tentang kepentingan orang Melayu.

“Rakyat diajak untuk menilai tindakan berkenaan kerana Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tidak pernah pula ke Selangor dan berceramah tentang perkara yang tidak baik mengenai Selangor kerana beliau tahu keutamaannya adalah menjaga Johor daripada sibuk dengan negeri lain.

“Justeru, tindakan Azmin tidak lebih daripada bimbang dengan penerimaan rakyat secara keseluruhan yang bakal menikmati manfaat daripada Bajet Johor 2018 yang baru dibentangkan selain Bajet Persekutuan yang disambut baik banyak pihak,” katanya dalam satu kenyataan.

Mat Nadzari berkata, adalah lebih baik Azmin balik ke Selangor dan menjaga negeri sendiri dengan pelbagai isu tempatan yang berterusan membelenggu penduduk Selangor daripada sibuk mempolitikkan semua perkara.

“Pedulikan penduduk Selangor terlebih dahulu,” katanya.



















KRISIS AIR DI SELANGOR: FAKTA SEBENAR


BERIKUTAN gangguan bekalan air tidak berjadual di Kuala Lumpur dan Gombak ekoran kegagalan rumah pam Wangsa Maju yang berlaku pada 29 Disember 2012, SYABAS telah dilemparkan dengan berbagai-bagai dakwaan dan tuduhan khususnya oleh Kerajaan Negeri Selangor sepanjang berlakunya gangguan bekalan air ini.

Tuduhan 1
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi kenyataan media pada 9 Januari 2013 telah menuduh SYABAS tidak menyelenggarakan sistem Variable Speed Drive (VSD) di rumah pam Wangsa Maju secara berkala (periodically preventive maintenance) kerana mendapati SYABAS tidak mempunyai sebarang kontrak penyelenggaraan berkala dengan pembekal VSD.

Dakwaan ini adalah tidak benar kerana kerja-kerja penyelenggaraan di rumah pam ini dibuat secara berkala yang dilakukan sendiri oleh kakitangan SYABAS dalam kekerapan sekali setiap bulan.

Dalam hal ini, jika semasa kerja penyelenggaraan berkala dan kakitangan SYABAS mendapati terdapat keperluan mendapatkan khidmat pakar termasuk alat ganti, pihak SYABAS akan melantik pihak pembuat dan pembekal VSD tersebut iaitu ABB Malaysia Sdn. Bhd. berdasarkan keperluan (case to case). Jadual penyelenggaraan ini juga dihantar kepada SPAN.

Tuduhan 2
Menteri Besar turut menyebut bahawa insiden ‘pump tripped’ bukan disebabkan kegagalan VSD kerana ia merupakan sistem pintar yang menerima maklumat dari luar seperti keadaan motor, pam, getaran dan suhu.

Dakwaan Menteri Besar ini juga tidak benar kerana sistem VSD merupakan sebahagian daripada komponen penting di dalam sistem rumah pam ini, justeru insiden ‘pump tripped’ juga mempunyai kaitan dengan operasi VSD.

Sekiranya mana-mana komponen sistem mengalami kerosakan akibat sistem ini yang telah beroperasi melepasi kapasiti (overload), maka VSD tidak boleh dihidupkan.

Tuduhan 3
Menteri Besar turut menyatakan alat gantian pada sistem pam berkenaan boleh didapati dari China dengan menggunakan perkhidmatan kurier dan bukan hanya dari Finland seperti yang didakwa SYABAS.

Dalam hal ini, ingin dinyatakan bahawa SYABAS telah dimaklumkan secara lisan oleh pembekal berkenaan bahawa alat ganti didapati dari Finland. Walaupun begitu isunya adalah berapa lama alat ganti dapat diterima setelah dipesan.
Dalam kes ini, ada satu di antara alat pengganti mengambil masa dua setengah bulan untuk diterima.

Tuduhan 4
Menteri Besar turut mendakwa SYABAS gagal mengenalpasti kerosakan pam-pam di rumah pam berkenaan termasuk mendakwa siasatan mereka mendapati pam Nombor 2 telah rosak melebihi setahun dan tidak pernah dibaiki.
Punca sebenar kegagalan rumah pam adalah disebabkan beroperasi dalam keadaan yang ‘overload’ dalam tempoh lama. Kerosakan sebenar yang berlaku pada sistem rumah pam adalah disebabkan kerosakan pada komponen elektrik dan elektronik.

SYABAS mempunyai bukti dan terdapat dokumen yang merekodkan segala aktiviti di rumah pam dan ini termasuklah kerja-kerja penyenggaraan di rumah pam berkenaan.
Salinan dokumen ini telahpun diserahkan kepada pihak SPAN yang telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi menjalankan pengauditan terhadap kerja penyelenggaraan rumah pam tersebut.

Sementara itu, Pam No. 2 di rumah pam Wangsa Maju sering mengalami kerosakan pada sistem VSD. Setiap kali berlaku kerosakan, kerja-kerja pembaikan telah dibuat oleh pihak ABB selaku pembuat/pembekal VSD ini kerana kerja-kerja ini hanya boleh dilakukan oleh jurutera pakar dari syarikat tersebut.
Namun begitu, ia tidak dapat bertahan lama apabila kerosakan berulang dan sistem pam tidak berada dalam keadaan stabil kerana beroperasi dalam keadaan ‘overload’. Proses pembaikan yang berulang ini telah kerapkali berlaku dan ini telah mengambil masa yang lama.

Walau bagaimanapun, dalam tempoh tersebut, rumah pam berkenaan masih mengeluarkan air seperti biasa bagi menampung permintaan pengguna.

Tuduhan 5
Menteri Besar mendakwa bahawa sepanjang tahun 2012, hanya 18 hari sahaja pam-pam ini beroperasi melebihi 200 juta liter sehari (JLH).

SYABAS menafikan dakwaan ini kerana SYABAS mempunyai rekod dan statistik yang menunjukkan bahawa pam-pam di Wangsa Maju telah beroperasi melepasi 200 JLH sebanyak 2,023 kali sepanjang tahun 2012 dan bukan 18 hari seperti didakwa Menteri Besar.

Tuduhan 6
Menteri Besar juga mendakwa kerajaan negeri sudah mengetahui masalah kerosakan rumah pam Wangsa Maju dan pernah menegur SYABAS lebih awal, namun tindakan tidak dibuat.

Dakwaan Menteri Besar ini tidak benar kerana kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang teguran atau yang seumpamanya kepada SYABAS, sama ada bertulis ataupun lisan.

Tuduhan 7
Menteri Besar juga mendakwa permohonan SYABAS membangunkan sistem pengepaman tambahan baru di Wangsa Maju dibuat pada November tahun lepas dan disokong oleh Kerajaan Selangor pada awal tahun ini.

Dakwaan Menteri Besar ini tidak benar. Cadangan pembangunan sistem pengepaman tambahan di Wangsa Maju telah dimajukan kepada Kerajaan Persekutuan pada Jun 2009 diikuti dengan cadangan sama kepada Pejabat Menteri Besar Selangor pada Januari 2010.

Walau bagaimanapun tiada maklum balas diterima sehingga Mac 2012 apabila Kerajaan Persekutuan mengambil keputusan untuk meluluskan cadangan ini dan memberikan pinjaman kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi membiayai projek pembinaan rumah pam tambahan ini yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Dari Mac 2012 sehingga hari ini, pembangunan sistem pam tambahan oleh Kerajaan Negeri Selangor masih di tahap reka bentuk.

Tuduhan 8
Menteri Besar juga membuat dakwaan bahawa SYABAS memberi alasan tidak cukup duit untuk membaiki pam itu kerana tarif air tidak naik tetapi rakyat Selangor tidak mahu kenaikan tarif air. Kerajaan negeri menurutnya bersedia membaiki kerosakan rumah pam jika SYABAS tiada wang dan keupayaan.

SYABAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang menyebut bahawa SYABAS tidak mempunyai wang untuk membaiki pam itu kerana tarif air tidak naik. Ini adalah rekaan Menteri Besar sendiri.
Walau bagaimanapun, sekiranya kerajaan negeri selaku pemegang saham 30 peratus dalam SYABAS ingin membantu dengan menyediakan dana untuk penyelenggaraan alat-alat di rumah pam SYABAS, cadangan ini amatlah kami alu-alukan.
Tuduhan 9

Exco kerajaan negeri, Xavier Jayakumar juga dalam kenyataannya yang disiarkan dalam Sinar Harian turut mengatakan bahawa kerajaan negeri menganggap kelalaian SYABAS merupakan ‘pure negligence dan ‘criminal in nature’ dan menganggap gangguan bekalan air merupakan tindakan sabotaj dan reka cipta oleh SYABAS bagi memburukkan imej Kerajaan Selangor.

Menurutnya lagi, SYABAS tidak mampu membekalkan air kepada rakyat dan berpaksi semata-mata atas keuntungan dengan menaikkan tarif dari semasa ke semasa.

Sementara itu, ADUN Teratai, Janice Lee menuduh isu air dimainkan media kawalan Barisan Nasional (BN) bagi memburukkan Kerajaan Selangor sedangkan ia adalah kegagalan SYABAS.

Gangguan bekalan air menurutnya adalah antara sabotaj UMNO-BN terhadap Kerajaan Negeri Selangor
SYABAS menyangkal semua dakwaan di atas kerana:-
l Kerosakan pada pam disebabkan rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi melebihi kapasiti reka bentuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memenuhi permintaan bekalan air. Kerosakan ini boleh berlaku dan telah berlaku walaupun disenggara secara berjadual sepanjang masa.

l Isu kekurangan bekalan air terawat telah sekian lama dimaklumkan kepada pihak kerajaan dan diketahui umum dan menjadi satu tajuk perbincangan dalam beberapa tahun ini. Pihak Kerajaan Negeri Selangor sendiri memperakui kesahihan perkara ini dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas

Pemantauan Bekalan Air yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sejak Julai 2012 dan juga cadangan membina loji air dengan teknologi membran dan mengoperasikan semula loji air Bukit Jelutong. Oleh itu, tidak timbul isu gangguan bekalan air ini adalah sabotaj dan reka cipta SYABAS.

l Isu kenaikan tarif yang diperuntukan dalam Perjanjian Konsesi SYABAS (walaupun sehingga kini kenaikan tarif masih ditangguhkan oleh kerajaan negeri) merupakan isu berasingan yang tidak berkaitan dengan kekurangan bekalan air terawat yang perlu ditangani oleh kerajaan negeri dengan menambah kapasiti loji rawatan air. SYABAS hanya pengagih bekalan air yang dibekalkan oleh operator loji rawatan air lantikan kerajaan negeri.

l Isu SYABAS sengaja merekacipta krisis tidak timbul kerana tidak ada seorang pun yang waras akan tergamak melakukannya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan kepentingan orang ramai. Ia juga tidak logik kerana SYABAS terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi bagi menguruskan bekalan air alternatif kepada pengguna. SYABAS juga mempunyai rekod statistik yang menyokong kenyataan SYABAS tentang kekurangan bekalan air terawat. SYABAS telah menghantar maklumat tersebut kepada Kerajaan Negeri Selangor menerusi audit yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan juga kepada wakil-wakil kerajaan negeri dalam Lembaga Pengarah SYABAS.

Tuduhan 10
Xavier juga mengatakan pembekalan dan agihan air adalah tanggungjawab SYABAS dan bukan kerajaan negeri seperti termaktub di dalam perjanjian konsesi dan kerajaan negeri sedia menjadi saksi kepada pengguna memfailkan tuntutan terhadap SYABAS.

SYABAS menyangkal dakwaan ini dan menegaskan bahawa:-
l Peranan dan tanggungjawab hakiki SYABAS yang diperuntukan dalam perjanjian konsesi adalah mengagihkan air terawat kepada pengguna dan mengutip caj bekalan air daripada pengguna berdasarkan tarif yang digazetkan oleh kerajaan.

l Air terawat ini dijual dan dibekalkan oleh operator loji yang telah dilantik sendiri oleh kerajaan negeri untuk merawat air termasuk SPLASH, Konsortium Abass dan Konsortium Air Selangor yang mana Kerajaan Negeri Selangor mempunyai saham di dalamnya. Oleh yang demikian, SYABAS tidak bertanggungjawab dalam menentukan atau meningkatkan kapasiti loji rawatan air.

l Daripada aspek penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti dan pembangunan baru sistem infrastruktur agihan air yang dikategorikan sebagai program CAPEX tertakluk kepada kelulusan SPAN yang merujuk kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan.

Seperti telah diketahui umum, kelulusan sebahagian besar dari program CAPEX ini telah dibekukan oleh SPAN atas arahan Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2008. Ini bermakna Kerajaan Negeri Selangor telah menghalang SYABAS daripada membuat kerja-kerja penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti, atau pembangunan projek-projek baru sistem infrastruktur agihan air ini.

l Bagi memastikan operasi berjalan seperti ditetapkan dalam perjanjian konsesi, kenaikan tarif air perlu diselaraskan berdasarkan kepada perjanjian konsesi namun perkara ini telah ditangguhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. SYABAS walau bagaimanapun kekal mengurus operasi tanpa kompromi terhadap kualiti perkhidmatan dan penyenggaraan infrastruktur sistem agihan air. Kekangan yang dihadapi daripada pelarasan tarif hanya menyebabkan SYABAS terpaksa menangguhkan sebahagian pembayaran kos belian air dari operator loji.

l Adalah tidak wajar bagi kerajaan negeri yang memegang 30 peratus ekuiti dan mempunyai wakil dalam Lembaga Pengarah SYABAS memberikan galakan kepada pengguna untuk memfailkan saman terhadap SYABAS sedangkan ketidakupayaan dan kekangan yang dihadapi oleh SYABAS adalah disebabkan oleh halangan kerajaan negeri daripada meluluskan projek-projek di bawah program penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti atau pembangunan baru (Program CAPEX) seperti yang dicadangkan.

Tuduhan 11
Xavier juga mendakwa bahawa isu air berlaku disebabkan keangkuhan SYABAS dan SYABAS tidak menghubungi SUK, Datuk Mohammed Khusrin Munawi bagi mendapatkan bantuan lori tangki dari PBT tetapi SYABAS meminta bantuan dari syarikat bekalan air dari luar.

l SYABAS ingin menegaskan bahawa dalam mesyuarat harian Jawatankuasa Khas Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri dan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri atau wakilnya, perkara ini telah dibincang dan dibentangkan. Oleh yang demikian, tidak timbul isu SYABAS tidak meminta bantuan atau tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri. Oleh itu, kenyataan tersebut adalah tidak benar.

l Walaupun dalam mesyuarat yang diadakan setiap hari, pihak SYABAS telah memaklumkan kepada kerajaan negeri tentang bantuan yang diperlukan bagi meringankan masalah yang ditanggung oleh pengguna, namun bantuan yang diterima tidak seperti yang diharapkan oleh SYABAS.

Kerajaan Negeri Selangor menerusi pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), memulakan penghantaran bantuan 4 buah lori tangki hanya mulai 5 Januari 2013 iaitu selepas enam hari kejadian berlaku.

Berikutnya pada 7 Januari 2013 (enam buah lori), 8 Januari (empat), 9 Januari (empat), 10 Januari (dua), 11 Januari (10), 12 Januari (13), 13 Januari (10) dan 14 Januari (dua). Penghantaran lori-lori tangki daripada pihak PBT ini tidak tetap dan ada di antara hari-hari yang tiada lori dihantar kepada SYABAS.

Selain itu, bantuan yang dihantar oleh Kerajaan Negeri Selangor juga tidak menyeluruh kerana tidak menyediakan sukarelawan dan petugas untuk membantu mengangkat air ke rumah pengguna.

Sebagai sebuah negeri yang besar seperti Selangor sepatutnya lebih ramai petugas sukarelawan dan bantuan lori tangki dapat disediakan. Malahan sebahagian lori yang digunakan didapati tidak menepati piawaian kualiti air ditetapkan dan tidak sesuai digunakan untuk membekalkan air. Oleh itu, lori-lori tersebut terpaksa dihantar semula untuk proses cucian dan selepas diuji barulah boleh digunakan.

Tuduhan 12
Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin mendakwa SYABAS tidak mengambil kira perancangan jangka panjang dalam aspek penyenggaraan, sistem naik taraf, pemantauan berkala, sistem sokongan yang lebih efektif dan pengurusan berwibawa.

SYABAS menafikan kenyataan ini dan ia tidak benar kerana program penyenggaraan berkala rumah pam ini adalah sebahagian daripada program penyenggaraan tahunan peralatan infrastruktur sistem agihan air terawat yang dimajukan pada awal tahun setiap tahun kepada SPAN untuk kelulusan seperti termaktub di dalam Perjanjian Konsesi SYABAS. Laporan status kerja-kerja penyenggaraan pula dimajukan sekali dalam tempoh enam bulan kepada SPAN untuk pemantauannya.

Bagi kerja-kerja menaiktaraf, membaik pulih, mengganti dan pembangunan baru infrastruktur sistem agihan yang melibatkan program perbelanjaan modal (CAPEX), SYABAS telah dihalang daripada melaksanakannya apabila ia dibekukan oleh SPAN atas arahan Kerajaan Negeri Selangor sejak Julai 2008.

Berikutan itu, SYABAS hanya dibenarkan untuk menjalankan kerja-kerja kritikal sahaja serta penyelenggaraan rutin, itupun selepas mendapat kelulusan SPAN. Dalam keadaan seperti ini SYABAS seolah-olah terikat tangannya dan tidak banyak yang mampu dilakukan akibat daripada arahan pembekuan ini.

Oleh itu, mendakwa SYABAS tidak mengambil kira perancangan jangka panjang adalah tuduhan yang tidak berasas dan tidak adil sama sekali.

Tuduhan 13
Menteri Besar turut mendakwa bahawa gangguan bekalan air membuktikan kegagalan projek penswastaan air kepada syarikat yang tidak berkelayakan dan kompeten.

SYABAS menyangkal dakwaan ini dan bertegas bahawa gangguan bekalan air adalah disebabkan kegagalan rumah pam yang telah beroperasi secara ‘overload’ dalam tempoh yang panjang disebabkan permintaan yang meningkat berterusan.

Kegagalan rumah pam ini berfungsi adalah berkait dengan permintaan yang meningkat sehingga menyebabkan rumah pam terpaksa beroperasi melebihi kadar kebiasaannya sementara menunggu bekalan air terawat tambahan yang belum disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan negeri atas alasannya sendiri tidak mahu menerima hakikat yang disokong oleh fakta-fakta bahawa negeri Selangor mengalami kekurangan dalam pengeluaran air terawat berbanding permintaan yang meningkat.

Tuduhan 14
Dalam keadaan yang sama, ADUN Teratai, Janice Lee mendakwa bahawa isu masalah air menunjukkan ketidakupayaan Puncak Niaga dan SYABAS mengendalikan pengurusan air kerana krisis ini bukanlah yang pertama kali berlaku di Selangor.

SYABAS menyangkal dakwaan ini dan menegaskan bahawa Menteri Besar sendiri dan Kerajaan Selangor telah dimaklumkan semenjak tahun 2005 lagi bahawa permintaan air terawat di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya meningkat iaitu pada kadar 3.5 peratus setiap tahun dan pengeluaran air dari kapasiti loji-loji yang sedia ada telah tidak mencukupi dan sememangnya ada di antara 34 loji sedia ada telah beroperasi melepasi kapasiti reka bentuk.

Keadaan bertambah buruk apabila rizab bekalan air yang tinggal pada masa ini adalah lebih kurang satu peratus sahaja. Kerajaan negeri bertanggungjawab menambah kapasiti rawatan air manakala di bawah Perjanjian Konsesi, SYABAS hanya dipertanggungjawabkan ke atas pengagihan air terawat kepada pengguna berdasarkan kuantiti yang dibekalkan oleh operator loji, syarikat konsesi yang dilantik oleh kerajaan negeri bagi merawat dan membekalkan air kepada SYABAS.

Kerosakan pada pam disebabkan rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi melebihi kapasiti rekabentuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memastikan pengguna mendapat bekalan air.

Kerosakan ini boleh berlaku dan telah berlaku walaupun ianya disenggara secara berjadual sepanjang masa. Keengganan Kerajaan Negeri Selangor meluluskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan kelewatan dalam membangunkan sistem pam tambahan yang hanya diluluskan pada bulan Mac 2012 menyebabkan SYABAS terpaksa menguruskan rumah pam ini pada tahap ‘overload’ untuk memenuhi permintaan yang tinggi.

Selain daripada itu, tindakan terhadap Puncak Niaga adalah tidak adil sekali kerana Puncak Niaga tidak terlibat dalam isu ini, disebaliknya telah membantu dalam mengoperasikan loji Sungai Langat pada tahap ‘overload’ sehingga 520 JLH daripada biasa 470 JLH.

Tuduhan 15
Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin seperti disiarkan Sinar Harian mendakwa bahawa SYABAS gagal menyediakan back-up bekalan air yang mencukupi kepada penduduk dan SYABAS tidak mempunyai pelan kecemasan untuk mengatasi masalah ini.

Dakwaan tersebut tidak berasas kerana ‘back-up’ bekalan air wujud dengan adanya kapasiti rizab bekalan air terawat yang mencukupi. Pada masa ini, rizab kapasiti bekalan hanya sekitar satu peratus, jauh lebih rendah daripada paras selesa industri bekalan air (20 peratus).

Tanggungjawab bagi menyediakan rizab kapasiti bekalan air terawat yang mencukupi adalah kerajaan negeri, bukannya SYABAS. Situasi di kawasan Gombak dan Kuala Lumpur boleh dielakkan jika bekalan air terawat mempunyai rizab kapasiti yang mencukupi.

Pihak SYABAS telah menjalankan tanggungjawabnya seperti yang terkandung dalam perjanjian konsesi. Namun demikian dalam keadaan-keadaan tertentu, SYABAS tidak dapat mengelak daripada berlaku masalah yang mengakibatkan SYABAS tidak dapat menjalankan obligasinya dengan berkesan jika terdapat pihak lain tidak menjalankan tanggungjawabnya.
Misalnya jika berlaku pencemaran sungai akibat tumpahan minyak dan loji loji rawatan terpaksa berhenti operasinya, SYABAS tidak dapat menyalurkan air kepada pengguna.
Namun sebagai memenuhi tanggungjawabnya SYABAS terpaksa membekalkan air menerusi lori lori tangki bagi memastikan bekalan air sampai kepada pengguna.

Namun demikian bukanlah tanggungjawab SYABAS untuk membersihkan sungai daripada tumpahan minyak atau memastikan sungai tidak tercemar. Ia adalah tanggungjawab pihak Kerajaan Negeri Selangor.

Oleh itu, adalah tidak adil untuk meletakkan kesalahan ini kepada SYABAS jika dalam isu gangguan bekalan air berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri menjalankan tanggungjawabnya.

Apatah lagi kerana kerajaan negeri memiliki 30 peratus saham di dalam SYABAS tetapi membiarkan SYABAS berhadapan dengan segala kekangan tanpa menghulurkan sebarang bantuan, sebaliknya hanya mencari kesalahan dan kelemahan SYABAS semata-mata.

Sementara itu, semasa krisis ini berlaku, Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning telah diaktifkan oleh SYABAS pada 29 Disember 2012 j pada pukul 8 pagi.
Pelan ERP ini yang beroperasi 24 x 7 adalah sekretariat bertindak setempat bagi memantau dan mengurus bekalan bantuan air kepada pengguna yang menghadapi gangguan bekalan air.

Bekalan air dihantar kepada pengguna bagi kawasan gangguan kali ini diberikan melalui lori-lori tangki (86 buah) dengan jumlah penghantaran sebanyak 2,891 trip (sehingga 12 tengah hari 12 Januari 2013) dan 287 tangki statik. Walau bagaimanapun, keupayaan pelan tindakan kecemasan adalah terhad kerana mana-mana bekalan air tidak dirancang, direkabentuk dan dibina untuk kegagalan (designed not to fail).

Kesimpulan
Belum pernah terjadi keadaan sebuah kerajaan negeri menghalang kerja-kerja penambahbaikan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada rakyat.
Kerajaan Negeri Selangor perlu memikirkan soal kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta meluluskan program-program yang dicadangkan oleh SYABAS untuk kebaikan rakyat. Sikap menyalahkan SYABAS yang memberikan perkhidmatan kepada rakyat tanpa memberikan bantuan yang sewajarnya selaku sebuah kerajaan adalah umpama baling batu sembunyi tangan.Kongsi Konten di :
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130119/dn_07/Krisis-air-di-Selangor:-Fakta-sebenar#ixzz4znt8QwtH© Utusan Melayu (M) Bhd

Selasa, 28 November 2017

YB PAN Sepang dan Shah Alam bela Golongan Ateis

RAFIZI RAMLI BAKAL TUTUP BUKU DALAM POLITIK , MENGAPA?



Hukuman penjara 18 bulan kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 bukan satu pengakhiran buat seorang pemimpin yang namanya kini semakin meningkat naik dan bukan sahaja dikagumi malah digeruni lawan politiknya.

Namun ahli Parlimen Pandan ini mahu menamatkan karier politiknya sebaik usianya mencecah 55 tahun walaupun ketika itu Pakatan Harapan dan pembangkang tidak memenangi pilihan raya umum untuk membentuk kerajaan pusat. 

Untuk mengenali lebih dekat siapakah pemimpin tersebut, ikuti wawancara Semuka Sinar TV bersama Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Pemindahan Peniaga Megoplex Demi Keselamatan, Keselesaaan Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid



28/11/2017 -- Pemindahan Peniaga Megoplex Demi Keselamatan, Keselesaaan:- Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid

Atas faktor keselamatan, para peniaga di pusat membeli-belah Megoplex, Ipoh akan dipindahkan ke Kompleks Silveritage Galleria (KSG) Silveritage yang terletak berhampiran. 

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid, dari segi kadar sewaan, peniaga akan menikmati kadar yang sama seperti bayaran di pusat membeli belah itu yang mana jumlah sekitar RM500 sebulan.

“Saya difahamkan sewa di Megoplex ini RM500 sebulan, di Silveritage ni sewaan RM2000 sebulan tetapi kita bagi sewa yang sama (untuk mereka berpindah).

Kita nak bagi usahawan-usahawan Melayu ini diberi kadar sewa yang sama dengan di Megoplex,” jelasnya.

Megoplex yang merupakan penempatan bangunan majoriti bumiputera telah beroperasi sejak tahun 1998, bagaimana keadaan bangunannya kini teruk dari aspek kecerian, kesihatan dan keselamatan. 

Justeru, menerusikan perancangan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), tempat itu akan ditutup sementara dan perancangan penambaikkan dan pengubahsuaian akan dikenal pasti.

“Kita akan hidupkan Silveritage dengan pelbagai aktiviti yang menarik orang datang. Jadi apabila nak memindahkan peniaga dari Megoplex ini ke Silvertage iaitu dari rumah pondok ke rumah banglo yang cantik.

Jadi saya tak faham kenapa peniaga ada masalah (untuk pindah) sedangkan sewa yang kita akan kenakan adalah sewa pondok,” ujar Datuk Mohamad Zahir lagi semasa ditemui pemberita pada sidang media di Ipoh, semalam.

Beliau mengulas segelintir tindakan para peniaga yang enggan pindah dan mengosongkan Megoplex meskipun notis telah dikeluarkan.

Pusat membeli belah itu juga tidak lagi menjadi tumpuan apabil pasaraya utamanya, Billion yang juga telah menghentikan operasinya sejak November baru-baru ini.

“Megoplex adalah salah satu pusat membeli-belah yang usang dan cuma dikunjungi apabila orang pergi ke Billion dan apabila Billion tutup.

Megoplex itu akan makin turun dari segi peniagaannya,” ujar Datuk Mohamad Zahir.

YB PAN Parit Buntar jadi Pembela DAP dan Golongan Liberal

AZMIN ALI JUAL MINYAK ANGIN DI JOHOR





Beberapa hari yang lepas, DYMM Sultan Johor, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar telah menyuarakan kebimbangan mendalam baginda terhadap kemelut yang menghantui orang Melayu pada hari ini.

Kebimbangan baginda terhadap krisis orang Melayu tersebut telah dikeluarkan oleh pejabat media dan komunikasi rasmi keluarga Diraja Johor, Royal Press Office (RPO) sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-59.

Selepas kegusaran tentang krisis orang Melayu disuarakan sendiri oleh Sultan Johor, nampaknya kebimbangan tersebut tidak sama sekali diambil berat oleh segelintir pihak.

Ketika pelbagai pihak sanggup mengetepikan perbezaan ideologi politik dan sebagainya bagi menyahut seruan Sultan Johor yang mahukan pemimpin Melayu duduk semeja, bermuafakat dan berbincang masalah serta kepentingan orang Melayu.

Wujud pihak yang tidak senang melihat usaha tersebut. Malah selepas melihat titah tersebut, makin hebat gerakan bagi memecah belahkan perpaduan rakyat di negeri Johor.

Buktinya bagaimana Parti KEADILAN Rakyat (PKR) bersama komponen PakatanHarapan Johor membuat Jelajah KEADILAN di Tebrau pada 2 hari yang lepas.

Paling mengejutkan kehadiran Azmin Ali ke Johor sebagai penceramah utama jelajah tersebut. Kehadiran beliau ke Johor juga ketika YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin baru sahaja selesai membentangkan Bajet Johor 2018 pada hari Khamis yang lalu.

Rakyat Johor melihat kandungan bajet kali ini begitu menyeluruh dan inklusif serta mencakupi keseluruhan lapisan masyarakat. Malah, bajet tersebut juga memberi gambaran yang jelas bagaimana negeri ini telah ditadbir dengan begitu baik sekali hasil kejayaan dan pembentangan terus kepada rakyat melalui penganjuran Ekspo Johor Berkemajuan 2017 yang lalu.

Kehadiran Azmin Ali dan ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Harapan Johor tersebut merupakan satu tindakan terdesak dan cuba mensabotaj usaha Kerajaan Negeri.

Kami hendak tanya kepada Azmin Ali, ada Menteri Besar Johor turun ke Selangor memburuk-burukkan Menteri Besar Selangor di negeri Selangor sendiri?

Secara peribadi, tindakan Azmin yang menabur fitnah serta menyebarkan kebencian adalah kerana beliau begitu mencemburui sosok kepimpinan Khaled Nordin yang berjaya memacu dan mentadbir negeri ini dengan begitu baik.

Malah beliau juga tidak senang melihat kejayaan Bajet Johor 2018 yang bakal dinikmati oleh rakyat Johor.

Nasihat kami, daripada menabur fitnah adalah lebih baik Azmin Ali menghadap Sultan Johor dan memohon ampun bagi pihak Tun Mahathir. Ia susulan tindakan Tun Mahathir yang telah mengguriskan hati Sultan Johor di atas berkaitan isu Bugis.


Mengguriskan hati Sultan Johor sama dengan telah mengguriskan hati seluruh rakyat Johor. Kepada pelbagai pihak yang ingkar terhadap titah dan seruan tersebut, yakin dan percayalah, bahawa segala usaha dalam memecah-belahkan dan menggagalkan segala pembangunan tidak akan berjaya sama sekali di Johor.

Fikri Allaudin

Persatuan Pemikir Muda Johor

Penyebaran Berita Palsu Dan Pembohongan Oleh Harapan, Bermakna JASA Harus Bekerja Lebih Keras

Eric See To

1. YB Wan Azizah mempersoalkan mengapa Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) menerima gaji sebanyak RM20,000 sebulan, yang didakwa lebih tinggi daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia.

2. Beliau juga mempersoalkan mengapa JASA mempunyai jumlah kakitangan sebanyak 272 dan akan dibayar RM12.8 juta untuk tahun hadapan.

3. YB Wan Azizah pada dasarnya menjawab soalannya sendiri mengenai gaji Ketua Pengarah apabila beliau menyatakan bahawa ia adalah berdasarkan Senarai Perjawatan 2018 yang diluluskan kerajaan di bawah kod gaji VU7.

4. Ini adalah kadar yang diwartakan sepadan dengan mereka pada jawatan itu. Tiada apa yang luar biasa mengenainya.

5. Sebahagian daripada tugas JASA ialah menyebarkan maklumat yang betul dan untuk menangani berita palsu dan pembohongan pembangkang yang terus meningkat yang mereka sebar melalui portal dalam talian dan menerusi media sosial.

6. Sebagai contoh dalam tempoh 2 hari ini sahaja, Ahli Parlimen DAP, Zairil Khir Johari mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan mengapa 2 buku teks bahasa Inggeris yang telah dikenal pasti dibeli menerusi rundingan terus dengan penerbit buku itu dan bukannya menggunakan tender terbuka.

7. Ini adalah walaupun hakikat bahawa penerbit-penerbit itu adalah pemegang lesen tunggal dan satu-satunya sumber untuk dua buku teks itu, maka tender terbuka tidak diperlukan kerana pembekal masih akan menjadi 2 penerbit itu.

8. YB Khir Johari mungkin tidak faham bahawa buku teks adalah harta intelek yang dimiliki oleh pemegang lesen dan berbeza dengan roti canai yang mempunyai banyak pembekal yang mana anda mungkin boleh membuka tender untuk itu.

9. Dalam kes lain semalam, Adun DAP Teratai, YB Tiew Way Keng menyebarkan borang permohonan _MyKad_ palsu yang kononnya menyatakan bahawa anda mesti mengundi BN sebagai syarat untuk memohon dalam akaun media sosialnya.

10. Berita palsu dan pembohongan adalah berbahaya kerana ia menjejaskan keyakinan rakyat dan ekonomi dan oleh itu mesti ditangani dengan cepat dan bijak. Ini adalah sebahagian besar tugas JASA.

11. Jika pemimpin-pemimpin Pakatan dan pasukan propaganda mereka dapat mengurangkan jumlah atau menghapuskan berita palsu dan pembohongan maka saya yakin jumlah kakitangan JASA dapat dikurangkan.

12. Mengenai perkara yang sama, YB Wan Azizah juga sepatutnya bertanya mengapa Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dibayar gaji RM12,000 sebulan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjadi pembantu komunikasi Ketua Menteri?

13. RM12,000 sebulan adalah lebih tinggi daripada RM11,250 gaji yang diterima wakil Pulau Pinang yang dipilih sebagai gaji pokok dan hanyalah RM2,000 kurang daripada gaji asas Ketua Menteri Pulau Pinang.

14. Apakah peranan yang dimainkan oleh Saifuddin dan bagaimana beliau menyumbang kepada negeri Pulau Pinang dan adakah ia memalukan bahawa Setiausaha Agung partinya telah menjadi orang bawahan Setiausaha Agung parti lain?

15. Sebagai Ahli Parlimen Pulau Pinang, YB Wan Azizah juga sepatutnya bertanya mengapa adanya keperluan bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk melantik 46 kakitangan untuk tujuan komunikasi dan membelanjakan lebih daripada RM40 juta dalam tempoh beberapa tahun yang lalu untuk menerbitkan Buletin Mutiara, yang pada dasarnya adalah akhbar propaganda DAP.

16. Beliau sepatutnya meminta DAP untuk membiayai perbelanjaan kasar ini dan bukannya meminta Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menanggung bil.

*Sumber* : https://www.facebook.com/EricSeeTo/posts/1783123795033338

Jangan Putar Belit... Jangan Lagakan UMNO & UiTM

Tengku Adnan Membela Nasib Orang Miskin Bandar

Isnin, 27 November 2017

Isu Undi Belah Bagi Bajet KPDNKK.....KEPALA BAPA HAMPA....



Dewan Rakyat minggu lepas telah meluluskan Bajet 2018 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi peringkat jawatan kuasa dengan majoriti hanya satu undi. Bajet peringkat jawatan kuasa diluluskan dengan 52 anggota parlimen mengundi untuk menyokong manakala 51 ahli menolak. Mereka yang menolak sudah semestinya daripada Dap, Pkr dan Pan.

Pembangkang tidak berpuas hati sehingga membuat sidang media menuduh Timbalan Speaker Dato Seri Ronald Kiandee menipu dengan sengaja.

Hari ini Isnin pihak Dap awal-awal pagi sekali meminta jawapan mengenai bantahan mereka mengenai undi belah bagi dan jawapan telah diberikan oleh speaker pada sesi petang. Namun mereka tidak berpuas hati dengan jawapan kepada soalan MP Puchong. Perdebatan terus mengaitkan undang-undang dan peraturan dewan di United Kingdom dan sebagainya. 

Seperti biasa lah mereka akan mempertikaikan keputusan Speaker dan Timbalannya dan bertikam lidah dengan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada jam 2.30 petang tadi.

Ini lah perangai buruk pembangkang terutama Dap yang hipokrit. Dap dan sekutu mereka sepatutnya tidak menyalahkan speaker dan kerajaan kerana mereka kalah 1 undi. Sepatutnya mereka menyalahkan diri dan parti mereka sendiri kenapa MP pembangkang ponteng sidang. Mereka sepatutnya memaki hamun geng mereka yang gagal hadir ke dalam dewan. 

Isu ini samalah dengan politik di Perak apabila 3 adun pembangkang hilang kepercayaan kepada Nizar Jamaluddin dan Ngeh Koh Ham menyebabkan mereka keluar parti dan menyokong kerajaan,
3 sahabat sehati sejiwa pembangkang Perak iaitu Nizar Jamaluddin , Nga dan Ngeh masih menyalahkan BN kerana melakukan rampasan kuasa. 

Kalau rampasan kuasa sudah tentu beberapa orang ahli Dap, Pas dan Pkr kena tembak atau cedera dalam rampasan kuasa. 

Ini lah sifat pembangkang, mereka yang tidak sehaluan dan tidak bersatu hati, bila berlaku perpecahan dengan mudah menyalahkan UMNO BN.

Agaknya lah bila Adun Pas Kedah keluar Pas dan menyertai PPBM pun salah UMNO BN.  Mahfuz Omar  hari ini dok mengepak dengan Pakatan Harapan pun salah Umno.  Ainina keluar Bunga pun salah Umno.

Jika begitulah perangai hampa....nah sebiji........KEPALA BAPAK HAMPA....




Speaker Dewan Rakyat berkata jumlah Ahli Parlimen yang tidak menyokong Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2018 untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam undi belah bahagi 20 November lalu seramai 51 orang dan bukan 52 yang didakwa pembangkang.

Ini kerana ketua pengundi Blok E tempat duduk wakil rakyat, G Manivannan (PKR-Kapar), gagal menandakan undian Julian Tan Kok Peng (DAP-Stampin).

“Beliau juga telah mengesahkan jumlah tersebut dengan menandatangani senarai und belah bahagian bagi blok tersebut,” kata Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) mengusulkan speaker mempertimbangkan semula jumlah undi Ahli Parlimen yang tidak menyokong RUU Perbekalan 2018 untuk KPDNKK.

Gobind turut mendakwa Menteri KPDNKK Datuk Seri Hamzah Zainuddin telah melakukan kesalahan kerana mendekati meja setiausaha Dewan Rakyat semasa proses pengundian.

Menjawab dakwaan itu, Pandikar memberitahu Dewan Rakyat bahawa Dr Mohd Hatta Ramli (Amanah-Kuala Krai) juga melakukan perkara yang sama, namun beliau memutuskan tindakan mereka itu tidak menjejaskan proses pengundian.

Mengenai pertikaian wakil rakyat yang lewat masuk ke Dewan Rakyat tetapi dibenar menyertai proses pengundian, Pandikar memutuskan Peraturan Mesyuarat 47(3) membenarkan tiap-tiap ahli hadir untuk mengundi.
RUU Perbekalan 2018 untuk KPDNKK diluluskan dalam suasana kecoh di Dewan Rakyat, dengan perbezaan hanya 1 undi, 52 undi menyokong, 51 undi tidak menyokong dan 3 tidak mengundi.

Keputusan yang diumumkan Timbalan Speaker Datuk Seri Dr Ronald Kiandee itu mengundang kemarahan Ahli Parlimen daripada blok pembangkang yang mendakwa berlaku penipuan semasa pengundian.

Walaupun deringan loceng yang berbunyi selama 2 minit sudah tamat, masih ada Ahli Parlimen BN berlari masuk ke dalam Dewan Rakyat untuk mengundi.

Ustaz Azhar Idrus Pakar Ekonomi kategori Bengong


Meredah Jejambat Paling Gayat Di Malaysia

DAP Adalah Punca Utama Anwar Dipecat Dari Jawatan TPM



Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao hari ini mendedahkan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat kerana angkara DAP dan bukannya pihak lain.

Dalam satu kenyataan media hari ini, beliau berkata yang memaklumkan kepada Perdana Menteri pada ketika itu, bahawa Anwar terlibat dalam liwat ialah Pemimpin DAP, Lim Kit Siang bukannya orang lain kerana dalam DAP mereka semua sudah tahu kelemahan dan keburukan Anwar.

Ramesh mengimbau pada 22 Oktober 1997, Mendiang Karpal Singh pernah mendedahkan bahawa Anwar terlibat dalam kegiatan homoseks dalam Dewan Rakyat yang turut dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu pada ketika itu, Datuk Zulkifli Nordin.

"Sebab itu Karpal Singh tahu serba serbi kelemahan perbuatan jahat Anwar dan ia digunakan oleh DAP untuk menamatkan karier politik Anwar pada masa itu.

"Pada waktu itu, bagi DAP, Anwar adalah penghalang utama kepada agenda memecahbelahkan bangsa di Malaysia bukannya orang lain," kata Ramesh dalam kenyataan itu.

Menurut beliau, tuduhan Anwar pada masa itu sekitar tahun 1999 bahawa jenayah liwat adalah tuduhan konspirasi pihak tertentu adalah tidak benar sama sekali.

"DAP punca Anwar Ibrahim dipecat, yang beritahu Mahathir, Anwar Ibrahim suka meliwat ialah Kit Siang," katanya.

Ramesh berkata dalam ceramah politik pada ketika itu, yang menggelarkan Anwar dengan panggilan Al-Juburi ialah Presiden PAN sekarang iaitu Mohamad Sabu. Ketika itu, beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu adalah pemimpin dalam PAS.

"Yang malukan Anwar dengan gelaran Al-juburi ialah Mat Sabu serta DAP, yang desak Mahathir pecat Anwar ialah DAP," katanya.

Menurutnya lagi, kegagalan peguam DAP yang bela Anwar pada masa itu adalah punca Anwar dipenjarakan.

"Takkan barisan peguam hebat dari DAP antaranya Karpal dan Anwar ada belasan orang peguam tak boleh menang, pasti ada agenda jahat antara DAP dan pihak tertentu pada masa itu untuk menamatkan kerjaya politik Anwar yang mungkin orang ramai belum tahu," katanya.

Ramesh Rao Krishnan Naidu
Presiden PMSP
27 November 2017

UiTM, Tengku Adnan dan "Slow learner"


1. Dalam ucapan sebuah program, Tengku Adnan Tengku Mansor melahirkan kekecewaannya kerana anak-anak Melayu yang dibantu kerajaan suatu ketika dulu kini memaki hamun UMNO.

2. Beliau berkata lebih kurang, "Yang you orang dapat masuk universiti, yang you orang boleh masuk universiti, kalau slow leaner" pun masuk Itm, takdak! ada kala tak dapat dia punya points pun, kerajaan turunkan points.. so you can enter the university.. tak dapat universiti malaysia, kita hantar ke luar negara, balik tunjuk pandai marah kepada UMNO."

3. Keseluruhan ucapan Tengku Adnan menceritakan realiti sebenar suatu ketika dahulu.

4. Malah hari ini pun bukan semua yang masuk ke UiTM merupakan mereka yang cemerlang di peringkat sekolah? Adakah ia satu penghinaan? Tidak. ia adalah satu "reality check" kepada semua anak Melayu dan bumiputera lain, bahawa kerajaan ini membuat pelbagai usaha membantu mereka yang ketinggalan.

4. Menjadi slow learner bukan bermakna anda bodoh. Anda hanya ketinggalan di satu tahap. Bukankah orang seperti Datuk Zaini Hassan perlu berbangga dengan sumbangan kerajaan ini?

5. UiTM patut berbangga menukar anak-anak bumiputera yang ketinggalan menjadi seorang yang cemerlang. Bayangkan anak-anak Melayu yang suatu ketika dulu tidak layak masuk Universiti, setelah diambil dan diasuh oleh ITM, kini menjadi sebahagian peneraju industri. Bukankah ini satu kebanggaan kita?

6. Tidak hina menjadi "slow leaner" kerana yang akhirnya dilihat ialah pencapaian hari ini.

7. Dan Tengku Adnan pun tidak menghina mereka yang masuk ITM. Beliau hanya ingatkan bahawa Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional inilah yang menggubal polisi mengubah sebahagian anak Melayu yang dulunya "slow leaner" atau lambat cemerlang menjadi manusia yang hebat dan terbaik.

8. Jika ada orang ingin memberitahu anda bahawa mereka yang masuk di ITM sebagai golongan cerdik pandai terhebat negara dalam pencapaian akademik sekolah, saya fikir orang itu penipu atau tidak mahu mengakui realiti.

9. Ramai yang tidak suka Tengku Adnan kerana sikapnya yang kasar dan berterus terang. Namun beliau tidak menghina sesiapa. Beliau hanya orang tidak boleh bertolak ansur dengan mereka yang menghina UMNO.

10. Tengku Adnan tidak disukai oleh kelompok elit kerana beliau tidak peduli mereka ini. Hari ini beliau turut diasak oleh kumpulan elit tertentu kerana beliau mahu membina rumah mampu milik di kawasan elit. Namun Ku Nan tetaplah Ku Nan, disebalik kekurangan, beliau tetap mempertahankan agenda rakyat biasa.

11. Di bawah pentadbiran beliau, hari ini Kuala Lumpur ada rumah untuk gelandangan, ada bas sekolah percuma yang meliputi 6,500 pelajar sekolah dari keluarga dalam kelompok B40, ada bas percuma dalam bandar, ada pelbagai taman rekreasi yang melestarikan kualiti hidup rakyat.

12. Adakalanya idea beliau realistik tetapi tidak sesuai dilaksanakan, ada kalanya beliau disalahtafsir kerana cara beliau yang kasar. Saya sendiri pernah disergah beliau biarpun beliau tidak begitu mengenali saya.

13. Namun Ku Nan tetap Ku Nan. Sumbangan beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan terhadap rakyat banyak tidak seharusnya menutupi kelemahan beliau bila berucap.
-Ab Jalil Backer

LETUSAN GUNUNG AGUNG – MALAYSIA AIRLINES BATALKAN PENERBANGAN [27 NOV 2017]

Mesyuarat Cawangan PPBM Tidak Mungkin Berlangsung Sebelum PRU14










Mulanya Mahathir mengaku bahawa PPBM lemah di peringkat akar umbi dan tidak mampu mengadakan mesyuarat cawangan. “Ketika ini di peringkat bahagian ada ahli, tapi ia tidak diuruskan menjadi sebuah cawangan, malah beberapa bahagian masih tidak diuruskan dengan baik” kata Mahathir pada 13 November 2017.

26 Bahagian PPBM sudah mulai protes pada Mahathir. 358 aduan sudah pun dibuat mengenai kegagalan PPBM di peringkat bawah mengadakan mesyuarat. Ada di sesetengah tempat mesyuarat yang dirancang bertukar jadi majlis hari jadi.

Betapa teruknya krisis yang berlaku dalam PPBM. Jumlah ahli pun masih lagi malu hendak umumkan. Di seluruh negara, sudah banyak yang keluar dari PPBM. Ainina, bekas Srikandi PPBM pun sudah gelar yang ada dalam PPBM hanyalah keldai dan lanun sahaja.

Apa lagi yang Mahathir hendak sorok? Satu negara sudah tahu PPBM memang layak digelar sebagai Parti Penuh Bermasalah, PPBM. Namun Mahathir tetap dengan egonya. Mula mula mengaku masalah yang ada, kemudian Mahathir buat pusingan “u turn” dan menyalahkan pula kerajaan BN pusat bila parti yang ditubuhnya sendiri gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan.

PPBM wajib mengadakan AGM selewat-lewatnya 9 September lepas mengikut Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. PPBM bakal diharamkan jika gagal mengikut peraturan ROS ini. Mahathir tulis dalam blognya tuduh Datuk Seri Najib yang salah.

Tuduh Datuk Seri Najib buat strategi ‘tidak jawab” bila partinya gagal adakan mesyuarat cawangan. Inilah sahaja cara yang Mahathir boleh buat untuk tutup kesalahannya sendiri. Mana Mahathir hendak mengaku kalah.

Lihatlah dalam isu liwat dan “melancapi” lelaki lain berkaitan dengan Anwar Ibrahim, sudah dua kali Mahathir ditanya dalam forum terbuka. Mahathir tidak menjawab. Mahathir tidak pernah hendak mengaku kalah. Masih menyalahkan orang lain sebagai bersalah.

Dalam isu partinya sendiri, Mahathir bersikap sama. Bila Pendaftar Pertubuhan menyatakan PPBM berkemungkinan dibubarkan kerana gagal mematuhi perlembagaan partinya sendiri, Mahathir tidak boleh menerima kenyataan itu. Masih menyatakan bahawa ROS tidak boleh bersikap sedemikian.

Padahal perlembagaan parti bunga itu dikarang dan dibuat oleh Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz sendiri. Tidak ada paksaan daripada pihak lain untuk suruh mereka buat perlembagaan PPBM seperti yang ada sekarang. Lagi pun, hampir 90% perlembagaan PPBM itu tiru bulat bulat perlembagaan UMNO. Bila siap, kenapa susah sangat hendak ikut perlembagaan yang mereka tulis sendiri?

Buat mesyuarat majlis pimpinan tertinggi pada 6 November 2016 hanya 12 orang sahaja yang hadir daripada 30 orang. Hanya 40% sahaja yang hadir. Kehadirannya lebih teruk daripada mereka yang hadir dalam pemilihan khas DAP.

Bermakna parti pimpinan Mahathir ini ikut hirarkinya adalah lebih teruk dari DAP, PKR dan PAN. Yang paling teruk sekali.

Muhyiddin sendiri mengaku parti bunga mungkin tidak mampu mengadakan mesyuarat cawangan sebelum PRU14. Dalam satu kenyataan media pada 21 November 2017, Muhyiddin menyatakan “tidak dapat memberi jaminan sama ada mampu menyelesaikan kemelut dalaman parti seperti dikehendaki Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang”.

Jadi, bila gagal uruskan parti sendiri, maka PPBM kenalah buat gimik lain supaya orang lupa tentang masalah sebenar mereka. Maka mereka curi lah ADUN Anak Bukit dari PAS untuk lompat masuk jadi ahli PPBM di Kedah semalam. Kemudian Mukhriz pula cari gaduh dengan ROS.

Terpaksalah sebar cerita cerita palsu kononnya borang permohonan khas kad pengenalan untuk undi Barisan Nasional. Buat cerita tipu kata hendak ambil keputusan UPSR kena bayar yuran. Sensasi kan cerita  penukaran nama Proton dalam bahasa China dan serang peribadi orang yang sedang main golf.

Apa lagi PPBM hendak cerita bila harga minyak turun? Terpaksalah buat cerita karut ini.

Semua cerita persepsi dan palsu ini dibuat semata mata hanya untuk tutup cerita dalaman parti PPBM. Tidak mahu rakyat tahu tentang masalah PPBM yang gagal buat mesyuarat cawangan. Mula mula dahulu dakwa ada 6 juta orang ahli, kemudian sampai sekarang masih lagi malu hendak umum berapa ramai ahli.

Mesyuarat cawangan PPBM ini tidak akan berjaya dibuat sebelum PRU14 diadakan. Mahathir dan PPBM hanya akan bermain emosi rakyat sahaja. Jika PPBM dibubarkan, mereka akan menyalahkan kerajaan BN pusat sebagai pesalah. Padahal yang sebenarnya bermasalah adalah PPBM sendiri. Parti Penuh Bermasalah, PPBM.

Sabtu, 25 November 2017

PULAU PINANG BINA LEBUHRAYA TERMAHAL DI MALAYSIA BERBEZA DENGAN ECRL

Memberi Faedah untuk 4 juta penduduk pantai timur

688 km dengan kos RM55 Bilion


Lebuh Raya Termahal Di Malaysia
Projek Syok Sendiri hanya untuk faedah 700 ribu penduduk pulau

PIL


Parti Pembangkang terutama PPBM hari ini kepanasan kerana kehabisan modal untuk membelasah kerajaan di bawah pimpinan YAB Dato Seri Najib Razak.

Pelbagai isu cuba ditimbulkan tetapi semuanya tidak menjadi. Hari ini sekali lagi mereka memainkan isu kononnya isu 1MDB akan dibahaskan oleh Parti Buruh di Parlimen British. Walaupun isu tersebut  sudah cuba dimainkan pada bulan Julai lepas.  Bagaimana pun ia dapat dipatahkan dengan skandal Mahathir dalam projek Empangan Pergau dan Isu pembelian senjata dari UK

PPBM kini dihimpit oleh masalah organisasi yang lemah dan kemungkinan besar tak dapat bertanding dalam PRU akan datang dengan menggunakan logo sendiri.

Kini mereka masih cuba untuk mengutuk dan mengkritik pembinaan projek keretapi pantai timur atau dikenali dengan akronim ECRL.

Pelbagai tuduhan cuba direkayasa oleh pembangkang, akan tetapi mereka lupa tentang projek Dap Pulau Pinang iaitu yang dikenali sebagai Penang Pan-Island Link Road. 

Projek kerajaan Dap dibawah Diktator Lim iaitu Penang Pan-Island Link Highway (PIL) hanya melibatkan jalan sejauh 19.5 kilometer dengan kos RM7.5 bilion. 

Diktator Lim mendakwa PIL ini adalah projek murah dan tidak memakan banyak belanja kerana 40 peratus kos kos ditanggung oleh kontraktor pembinaan terowong. Tidak melibatkan pembinaan stesen, tiada elektrik tiada landasan keretapi.

Lim menyatakan PIL adalah untuk faedah 700 ribu penduduk pulau. Lim lupa bahawa PIL juga melibatkan beberapa pinjaman daripada pelabur China.

Padahal kos setiap 1km adalah berharga RM385 juta, namun diktator Lim menyatakan ia adalah berpatutan.

Walaupun pembangkang terus menghentam projek ECR kononnya ia terlalu mahal dan kerajaan dituduh menjual negara kepada China. 


ECRL


Berapa jarak ECRL? Jawapannya ialah 688 kilometer dengan kos RM55 bilion dan 40 peratus daripadanya melalui terowong dan jambatan merentasi Banjaran Titiwangsa.

Ia juga akan terowong dengan jarak keseluruhan 50km. Sejumlah 23 stesen akan dibina dan memberi faedah kepada 4 juta penduduk dari 3 negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Ia juga melibat syarikat dari China dan lebih signifikan ia melibat 4 ribu tenaga kerja anak tempatan dan mereka akan dilatih di negara China.

KESIMPULANNYA IALAH PEMBANGKANG TAK PAYAH NAK PERLEKEHKAN (ECRL)...PERGI LAH KONDEM (PIL)

NAK BOHONG APA LAGI WAHAI PPBM?





Salah seorang bekas pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin hari ini bertanyakan pimpinan tertinggi parti itu, apakah lagi pembohongan yang dibuat kepada ahli akar umbi.

Ujar Anina, beliau begitu terkejut apabila Pendaftar Pertubuhan (RoS) memaklumkan Armada PPBM belum didaftarkan secara sah dan parti selama ini membenarkan Armada bergerak aktif secara haram.

"Saya dikejutkan sekali lagi apabila mendapat tahu bahawa sayap Armada sehingga kini masih belum wujud dalam sistem RoS. Ini bermaksud, secara tenikalnya majlis angkat sumpah serta pelantikan kesemua barisan kepimpinan Armada PPBM di peringkat pusat, negeri, bahagian dan cawangan juga adalah tidak sah.

"Kenapa perlu berbohong kepada saya dan ahli ketika itu? Dan berapa banyak pembohongan yang kepimpinan PPBM nak lakukan terhadap ahli-ahlinya?," soal Anina dalam kenyataan medianya hari ini.

RoS sebelum ini memaklumkan PPBM berdepan risiko dibubarkan kerana melanggar tiga akta pelembagaan partinya sendiri.

Pertama, gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM), menangguh AGM tanpa merujuk perlembagaan parti dan menggunakan istilah Armada sebagai nama sayap pemudanya.

Anina yang juga Presiden Empirical Malaysia sebelum ini digugurkan daripada jawatan Ketua Srikandi PPBM, selepas kepimpinan tertingginya memberitahu sayap puteri itu masih belum didaftarkan.

"Datuk Seri Muhyiddin Yassin sendiri memaklumkan kepada saya di hadapan setiausaha agung PPBM bahawa pada ketika itu hanya sayap Armada sahaja yang baru didaftarkan dan ditubuhkan," katanya.

Anina juga ditohmah sebagai gila jawatan biarpun beliau tidak sekalipun membuat rayuan kepada kepimpinan PPBM.

"Jika dahulu saya diketawakan dan dilabel gila jawatan kerana kononnya tergesa-gesa melantik barisan kepimpinan Srikandi.

"Hari ini dengan kuasa Allah Taala yang maha adil maka Allah telah menunjukkan kepada kesemua rakyat siapakah yang gila jawatan dengan sesuka hati dan secara semberono mencantas sesiapa sahaja yang mereka tidak sukai untuk mereka terus membohongi rakyat," katanya lagi.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MPT) PPBM itu kemudiannya menasihatkan kepimpinan parti agar tidak lagi berselindung di sebalik alasan 'parti baru'.

"Hentikan alasan yang biasa digunakan, yakni parti baru yang masih banyak kelemahan.

"Jika PPBM mendabik dada bahawa ianya mampu memimpin kerajaan baru di Putrajaya selepas PRU14 kerana pengalaman pucuk pimpinannya yang berpuluh tahun dalam kerajaan, jangan beri alasan bahawa parti baru perlukan masa untuk sempurna.

"Jika pengasas-pengasas parti juga ditipu, beritahu saya bagaimana saya boleh yakin bahawa anda tidak akan menipu rakyat," katanya lagi.