Khamis, 31 Januari 2013

Pas Taiping atau Pas Setiawan menipu kehadiran Bawani?

29 Januari 2013 jam 9.00 ,malam Kampung Serdang Sitiawan


29 Januari 2013 jam 9.00 malam tapak pasar malam Kamunting
Dalam program memperingati kematian Mat Indera, papan iklan Pas Taiping meletakkan nama Bawani sebagai penceramah tetapi sampai jam 12 malam batang hidung dan gigi Bawani pun tak nampak, rupa-rupanya namanya juga naik di Pasir Panjang. Nampak sangat Pas Taiping kaki penipu. Kepada penyokong sendiri pun dikelentong oleh Pas. Apa lagi kepada rakyat.......Munafik betul Pas Taiping...Siapa boss Pas Taiping?

Baca juga di Bicara Perjuangan

TOP 10 WORST CRASH TESTS

Organisasi Kristian Bantah Penggunaan Kalimah Allah Dalam Bible



Artikel penulis sebelum ini tentang hak LGBT yang mempersoal kan mengapa Islam dipandang sebagai kolot kerana membantah hak LGBT tetapi Kristian tidak diberikan tanggapan yang sama walaupun sama-sama membantah, telah 'terkena' kepada pihak yang terlibat, puak Kristian Malaysia.

Nampaknya, Kristian Malaysia tidak mengambil pendekatan yang sama seperti Kristian di seluruh dunia, terutamanya terhadap isu seperti penggunaan Kalimah Allah bagi Bible dan juga hak LGBT.

Dan kini, persoalan yang sama masih lagi timbul di mana beratus-ratus ribu orang membuat demonstrasi di Perancis membantah hak golongan LGBT, dan terdapat tiga organisasi Kristian di Amerika Utara telah meletakkan petisyen awam untuk menghentikan Wycliffe Bible Translators, Summer Institute of Linguistics (SIL) dan Frontiers dari menghasil kan Bible yang mengandungi nama Tuhan Kristian (Father and Son) yang mempunyai terjemahan yang salah (Lord dan Messiah atau Guardian dan Proxy). 

Terdapat juga terjemahan Arab yang mengubah perkataan 'Father' kepada Allah yang dilihat oleh penganut Kristian sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima kerana ia mungkin akan menyinggung umat Islam, dan juga boleh mengelirukan mereka yang baru menganut agama Islam atau Kristian.

Mengapa puak Kristian Malaysia tidak berkongsi pendapat yang sama?

Isu penggunaan nama Allah telah lama timbul di Malaysia. Puak Kristian Malaysia adalah antara yang paling lantang isu ini, termasuk menerima pertolongan dari DAP.

Lim Guan Eng juga pernah menyatakan perkara ini sebagai sebahagian daripada perjuangan parti tersebut, yang kemudiannya mengundang permasalahan kepada PAS.

Hanya kerana sifat mereka yang gila kuasa, parti tersebut telah membuatkan puak Kristian percaya bahawa pluralisme adalah satu perkara yang boleh diterima, sebahagian daripada ajaran Kristian itu sendiri.

Ini adalah masa buat semua agama di Malaysia untuk mula membezakan antara agama dan politik. Apabila umat Islam mempertahan kan nama Allah daripada dipergunakan, ia menunjukkan bahawa mereka memperjuangkan agama, bukannya politik. Jadi, jika anda bencikan kerajaan Melayu-Islam, anda tidak perlu melanggar agama Kristian anda sendiri hanya untuk memberikan sokongan kepada sesiapa yang menentang pihak kerajaan.

Perkara ini tidak langsung ada kena mengena dengan hak. Perbuatan ini adalah salah kerana akan mengakibat kan kekeliruan. Mungkin ini adalah masa bagi penganut Kristian seluruh dunia untuk menggalak kan Kristian Malaysia supaya melihat kembali apa yang dituntut oleh Bible, agar kita tidak keliru dengan agama masing-masing.

Bacalah, supaya kita tidak mudah dipergunakan oleh mana-mana pihak yang inginkan perpecahan antara rakyat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.





Harga Rumah Mampu Milik Tidak Munasabah

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Penganut Agama Lain Tiada Hak Guna Kalimah Allah

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kajian UPM: Najib Lebih Layak Dari Anwar

Bila-bila masa sahaja dari sekarang Dewan Rakyat akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU 13 yang dijangkakan oleh ramai pemerhati politik sebagai pilihanraya yang paling sengit dalam sejarah negara.

Dari segi rekod PRU 12 2008, memang benarlah PRU 13 ini cukup hangat dan sengit kerana ia merupakan penentu samada BN akan meneruskan kesinambungan pemerintahan ataupun gabungan longgar parti pembangkang, PR pula yang akan mengambil alih terajunya.

Namun jika perkembangan semasa diambil kira, besar kemungkinan PRU 13 akan menyaksikan BN mengulangi kejayaan yang hampir sama seperti yang dicapai pada PRU 11 2004 sebaliknya PR pula bakal berdepan nasib buruk seperti dialami Barisan Alternatif (BA).

Tambahan pula, sejak pentadbiran negara diambil oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pada April 2009, sedikit demi sedikit BN telah kembali ke landasannya semula. Manakala dalam tempoh itu pula populariti PR semakin merosot terutama sekali selepas kegagalan projek lompat 16 September 2008.

Bermula awal tahun 2010 hinggalah sekarang menyaksikan hasil dari kepimpinan Dato' Seri Najib, BN terus memacu momentum kebangkitan sebagaimana terbukti dalam beberapa siri pilihanraya kecil yang lalu.

Malah dari segi populariti diantara Dato' Seri Najib dengan pemimpin PR khususnya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim memang jauh langit dengan bumi, ini termasuklah data-data hasil dari kajian-kajian semasa yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak.

Demikian halnya kedapatan yang diperolehi dari kajian terbaru yang dilakukan di UPM yang mana Presiden UMNO itu terus unggul di hadapan dengan merekodkan populariti 67.4% sekaligus menjadi pilihan utama sebagai PM selepas PRU 13 kelak.

Manakala Anwar pula berada di tempat kedua dengan catatan 52.2% dan Presiden PAS, Hadi Awang hanya mencatat populariti 31.3% sahaja. Dengan kata lain, responden yang ditemubual agak meragui kedua-duanya dalam menggalas tanggungjawab sebagai PM.

Jika dikira pula dari segi rekod jasa bakti kedua-dua pemimpin utama PR itu yang hanya tahu berceramah siang dan malam menjelajah sana sini, lagilah tak termampu menandingi rekod kerjabuat Najib yang sudah terbukti besar jasanya dalam membantu rakyat jelata.

Apatah lagi bila diukur dari segi kesungguhan dan sikap cakna Najib dan BN yang serius membantu menyelesaikan permasalahan rakyat, jauh bezanya bila dibanding dengan Anwar dan Hadi yang hanya bijak berkata-kata ketika menabur janji tapi kerap gagal dalam menepatinya.

Apapun, yang pentingnya dalam mana-mana sahaja kajian yang dilakukan samada oleh pihak bebas, pro BN mahupun oleh PR sendiri, satu kesimpulan yang sama diperolehi - BN akan meneruskan kesinambungan pemerintahan negara ini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pecacai Pas memang Yahudi

Marah Kerana Ustaz Kazim Tak Sokong Pas 


 ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو 

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Cantik logo Umno menggunakan seni khat jawi 




Dapat kat pecacai Pas jadi macam ni pulak


Bila sebut PAS bermakna parti Islam, bila dah jadi parti Islam semestinya lah mempunyai budi pekerti , tingkah laku yang baik dan boleh dicontohi. 

Alangkah malangnya yang terjadi kepada Pas , nama sahaja Islam tetapi perangai lebih teruk dari setan gondol. Dahulu semasa Uztaz Kazim mula-mula menceburi bidang dakwah sebagai penceramah bebas, ke mana sahaja Ustaz Kazim pergi pasti penuh masjid. 

Bila Ustaz Kazim enggan menjadi ahli Pas dan menyokong perjuangan Pas maka beliau dihina dan di caci seperti Mufti Perak.  Adakah isu sifat Islam yang ada dalam jiwa orang Pas? 


Blogger Pecacai Pas Bacul

Pelik sungguh blogger Pas, boleh dia tarik balik artikal dia yang menfitnah Dato Tan Lian Hoe sebagai Ratu Tarian Separuh Bogel. Pagi tadi ada, petang tengok dah hilang.

Yang best siap kutuk TM kononnya update blog dgn phone waktu orang baca doa.

Oooi! Pi lah mengekor wartawan Sinar nun, senang dapat maklumat Umno dan BN.

Kenapa tak ikut Sinar? Sebab wartawan Sinar dan pindah Ipoh?

Cari lah awek-awek Sinar lain yang comel-comel tu....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pelajar Universiti Ramal BN Menang Besar

Kajiselidik yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) dibawah anjuran Yayasan Ehwal Siswazah (YES) menunjukkan sokongan terhadap BN berada dalam keadaan kukuh di kalangan mahasiswa dengan 63% yakin bahawa BN akan menang dalam PRU-13 dan hanya 37% sahaja yang meramalkan kemenangan PR.

Kajiselidik di negeri-negeri di bawah pemerintahan pembangkang turut menunjukkan populariti Dato' Seri Najib meningkat seperti berikut, Kelantan 60.8%, Kedah, 63.8% dan Selangor 54.55%.

Daripada semua responden ini, 40.1% telah dikenalpasti sebagai golongan atas pagar dan 80% daripada mereka ini pula telah bersedia untuk mengundi dalam PRU kali ini. Justeru, golongan ini merupakan antara penentu utama kepada keputusan pilihanraya nanti.

Walaupun penemuan kajiselidik menunjukkan perbezaan yang kecil antara jumlah penyokong pembangkang (30.1%) dan kerajaan (29.8%) iaitu 0.3%, tetapi secara keseluruhan, para siswazah menaruh keyakinan yang lebih kepada Dato' Seri Najib untuk menerajui negara iaitu 67.4%, berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim 52.2%, Datuk Seri Hadi Awang 31.3% dan paling tidak diyakini pula ialah Lim Kit Siang yang hanya mendapat sokongan sebanyak 1.5%.

Kit Siang juga menerajui bagi kategori pemimpin paling tidak layak sebagai Perdana Menteri dengan 61.5%, diikuti oleh Hadi Awang 26.2% dan Anwar Ibrahim 16.2%.

Penemuan ini bolehlah dianggap menarik kerana di masa yang sama, kajiselidik tersebut turut menunjukkan bahawa media politik yang paling popular di kalangan siswazah pula ialah Malaysiakini, iaitu media yang terkenal sebagai pro-pembangkang dan entah berapa kali terkantoi menipu.

Secara tidak langsung, kajiselidik membuktikan bahawa majoriti pelajar universiti cukup matang untuk menilai berita yang dilaporkan oleh media massa serta tidak mudah terpengaruh.

Apa yang didapati dari kajiselidik ini membuat kita tertanya-tanya tentang bagaimana kajiselidik berkenaan sokongan terhadap parti politik di kalangan siswazah yang dijalankan oleh UMCEDEL sebelum ini menunjukkan penemuan yang bertentangan, iaitu sokongan yang meningkat kepada pembangkang. Kajian UMCEDEL juga menunjukkan yang kaum Cina yang paling ramai menolak BN iaitu lebih 90%, dilihat sebagai meragukan terutama apabila dikaitkan dengan peratusan populariti Kit Siang yang begitu corot seperti di dalam penemuan YES.

Memandangkan kredibiliti Pengerusi UMCEDEL yang diragui kerana mempunyai 'sejarah' tersendiri bersama Anwar di dalam ABIM maka, adalah wajar kita memilih untuk bersandarkan kepada kajiselidik anjuran YES berbanding UMCEDEL.

Untuk itu, walaupun penemuan menunjukkan angka positif bagi BN, tetapi BN wajar mengambil langkah pro-aktif untuk meningkatkan lagi sokongan para siswazah dengan menangani kelemahan-kelemahan yang ada, terutamanya dalam menyediakan satu platform media alternatif yang mampu menyaingi Malaysiakini dari segi rencana dan pemberitaan.

Jelas, bahawa para siswazah dahagakan bacaan yang berunsur serius, berbanding tulisan-tulisan ringan di blog-blog atau portal pro-BN yang kurang menitikberatkan kualiti penulisan serta masih 'obses' dengan hiburan serta bahan lucah untuk menarik pembaca.

Sudah tiba masanya bagi BN meningkatkan 'mentaliti' seiring dengan pemikiran anak-anak muda dan cerdik-pandai di dalam negara. Politiking yang terlalu nyata yang dipersembahkan dalam bentuk ringan, kasar, lucah dan kadangkala rendah di dalam bahan yang disediakan oleh media pro-BN merupakan antara penyebab ramai cerdikpandai dan golongan yang lebih selesa berbahasa Inggeris, memilih untuk membaca Malaysiakini walaupun menyedari 'sifat' politik media tersebut.

Tidak dinafikan bahawa cara tertentu adalah berkesan untuk golongan sasaran tertentu, namun, tidak salah jika BN turut menggunakan cara lain untuk golongan sasaran yang lain, iaitu golongan cerdikpandai dan yang lebih selesa berbahasa Inggeris sama ada yang sedia menjadi penyokong senyap, atas pagar, mahupun yang di dalam pembangkang. Jika kena caranya, kedudukan BN pasti akan lebih kukuh lagi menjelang PRU ke-13.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Cepat betul Puak Pas buat papan tanda

Kesian Kasim Selamat, menangis di atas kubur yang salah!!! kui kui kui!!!
Melucukan. Pas akan buat ceremony di atas kubur Mat Indera kelmarin, oleh itu siap pacak papan tanda tugu peringatan. Isnin lepas semasa Tm pergi melawat tak ada apa-apa lagi.

Apa pun Pas telah tertipu, kubur yang dijaga oleh Ustaz Akmal Almenantuya dan Mat Sabu bukan milik Mat Indera.

Kubur yang sebenar ialah ditempat lain. Tunggu hari Sabtu ini, akan didedahkan kubur yang sebenar-benarnya. Siap ada logo bintang 3 lagi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bukan kubur Mat Indera?

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, ada pihak yang menghubungi TM menyatakan ia bukan kubur Mat Indera. Untuk pendedahan selanjutnya tunggu hari Sabtu atau Ahad nanti...

YAB Dr Zambry akan turun ke Parit Buntar Sabtu ini

Menjelang PRU 13, BN bersiap sedia menggempur kawasan yang dikuasai pembangkang.

Sabtu ini Dr Zambry akan menggegarkan Parit Buntar bersama gegaran gelombang biru.

TM juga akan ke sana untuk membuat liputan dan merakan gambar.

Kepada cai-cai Pas yang ingin merakam gambar TM boleh skodeng TM di sana. Maklumlah ramai yang nak kenal siapa TM.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Blogger Pas dah berjaya menyusup ke dalam sekolah SK Simpang.



YB UMNO Berkempen dalam sekolah sebelum beri RM100



2:24 PM Orang ni 1 comment

Inilah kebodohan dan kegilaan melampau bagi ADUN Terong merangkap ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang Dato Rosli Husin, dalam sekolah pun hendak berkempen politik.


"Murid-murid dan ibubapa mesti sokong kerajaan UMNO BN kalau mahu bantuan Rm100 ini diteruskan...saya percaya guru disekolah Simpang semuanya sokong kerajaan"- ucapan bodoh YB Rosli ketika majlis pemberian bantuan awal persekolah RM100 tahun 2013 disekolah kebangsaan Simpang Taiping.

Menurut cerita seorang bapa yang aku panggil Pak Abu yang hadir disini menyatakan YB Rosli juga berucap dengan nada yang sama hari ini disebuah sekolah jenis kebangsaan cina sebelum datang ke SK Simpang Taiping. ( Pak Abu anaknya sorang belajar kat sekolah cina)


Menghairankan pihak Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) jadi bangang dengan kejadian agenda politik UMNO BN terang-terang memasuki ruang sekolah. Sedangkan aku pakai baju hijau HKR112 ditegur oleh seorang guru mengatakan baju politik tak boleh masuk sekolah.

Pakai baju HKR yang ada permit tak boleh...YB Rosli kempen politik dalam Sekolah boleh pulak..!!??? Bodoh punya orang..!!!!

Benarlah pendedahan yang lalu aku siarkan UMNO BN Perakmemang mengunakan agensi kerajaan sebagai kuda tunggang politik termasuk murid-murid pun di libatkan.

bila pecacai Pas masuk ke sekolah

Mengambil gambar tanpa izin.


TM Note;
Apabila  blogger Pas dapat masuk ke dalam kawasan sekolah inilah jadinya , Rupa-rupa anak pecacai Pas ini terima duit bantuan kerajaan? Ustaz Azli Taliban kata duit kerajaan haram......macam mana tuu? Biasanya YB turun ke sekolah atas jemputan Guru Besar atau Pengetua, bukan suka-suka saja YB turun. Pihak PIBG pun terlibat juga. Cuba tanya En Rahim Timbalan YDP Pas Bukit Gantang, dia pun AJK PIBG sekolah tu. 

PAS Umpamakan Nasharudin Isteri Curang

Sehari selepas bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dipecat dari terus menganggotai Majlis Syura Ulama PAS, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat terus meraikannya dengan upacara memotong kek di kediaman Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh.

Walaupun secara lahiriahnya acara memotong kek itu diadakan sempena ulangtahun kelahiran Mursyidul Am PAS itu yang ke 82 tahun, namun tersiratnya ia menggambarkan kegembiraan Karpal Singh yang dikongsi bersama dengan Nik Aziz dalam meraikan dendam terindah yang sudah dilunaskan.

Karpal pernah ditempelak oleh Nasharudin berhubung isu hudud, manakala Nik Aziz pula sehingga kini terus berpatah arang dengan peranan utama yang dimainkan Ahli Parlimen Bachok, Kelantan itu semasa ura-ura kerjasama diantara UMNO dan PAS melalui Kerajaan Perpaduan (UG) dulu.

Nik Aziz ketika diminta mengulas status Ustaz Nasharudin yang masih kekal sebagai ahli PAS, secara sinis memberi gambaran kedudukan bekas Timbalan Presiden PAS itu dalam parti kini ibarat suami isteri yang bila-bila masa sahaja boleh bercerai berai.

"Itu dia punya pasallah, saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai. Padahal kita nak sambut bini itu dengan sembelih lembu, palu gong gendang lah, selawat kepada Nabi, tetapi boleh bercerai. Ini kerana parti (Ini kan pula dalam parti)".

Maksudnya jika isteri sendiri pun boleh diceraikan, apa sangatlah kalau memecat Nasharudin dari Majlis Syura Ulama PAS. Hatta kalau Nasharudin mahu keluar parti menyertai UMNO sekalipun, itu bukannya persoalan besar bagi PAS.

Lebih-lebih lagi pada perkiraan Nik Aziz dan PAS, status Nasharudin itu sendiri yang dilihat rapat dengan pimpinan UMNO seumpama isteri yang telah curang pada suami sendiri. Itu anggapannya. Soal bukti dan peluang untuk membela diri, itu lain punya hal yang tidak perlu difikirkan.

Dari sudut lain, walau dibaca berkali-kali kenyataan Mursyidul Am PAS itu, kelihatannya seperti Nik Aziz begitu memandang mudah hubungan suami isteri bila mana ia dikaitkan dengan isu pemecatan Nasharudin dan kedudukannya dalam PAS.

Tapi nak pelik apa? Kan sudah menjadi pengetahuan umum dalam PAS telah lama wujud polisi sumpah baiah talak tiga yang menjadikan isteri kepada calon-calon PAS dalam PRU sebagai bahan taruhan bertujuan menjamin suami masing-masing kekal dalam parti dan tidak mengubah haluan melompat ke parti lain.

Satu persoalan yang menarik untuk difikirkan, kenapa baru sekarang PAS bertindak dan dimasa yang sama masih mengekalkan Nasharudin sebagai ahli PAS, bukankah itu seperti tindakan gantung tidak bertali dari seorang suami?

Amat dayus dan bacul sifatnya bilamana seorang suami hanya berani mengambil tindakan gantung tidak bertali terhadap isterinya sedangkan jika begitu yakin telah wujud kelakuan curang sewajarnya diceraikan sahaja, bukan begitu?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DAP 'jaguh' sekat media (Utusan)

KUALA LUMPUR : DAP akan menjadi jaguh dalam menyekat kebebasan bersuara terutama melibatkan media jika pakatan pembangkang dapat menguasai Kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengingatkan perkara itu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, DAP tidak kisah atau melompat jika media menyiarkan laporan yang 'menghentam' Pas atau PKR.

Tetapi katanya, kepemimpinan parti itu akan melenting kalau mereka diusik meskipun laporan itu berlandaskan fakta.

"Kebebasan media ala Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Pulau Pinang memperlihatkan cara beliau mendominasi satu-satu media.

"Itu bukan pendirian beliau sahaja tetapi sebenarnya kepemimpinan DAP. Dia bagi alasan semua media arus perdana adalah alat UMNO untuk menjatuhkan Kerajaan DAP Pulau Pinang, sedangkan media membuat tugas hakiki mereka melaporkan kebenaran.

"Jika media yang dikatakan alat UMNO itu melaporkan sesuatu penyelewengan di Pulau Pinang, isu tersebut akan diputarbelitkan oleh Guan Eng hanya kerana media tersebut bukan 'tokong' kepada Guan Eng" katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia disini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Guan Eng yang mengelak untuk memberi sebarang ulasan ketika berhadapan dengan akhbar The Star dan memilih memberi kenyataan secara bertulis sahaja kerana bimbang kenyataannya akan diputar belit.

Menurutnya, Guan Eng sentiasa 'mencabul' hak kebebasan media yang kononnya diperjuangkan oleh pemimpin pembangkang selama ini dengan mengadakan sekatan terhadap beberapa media di Pulau Pinang.

"Slogan kebebasan bersuara hanya retorik murahan DAP dan pakatan pembangkang. Bayangkan, baru empat tahun memerintah pelbagai sekatan luar biasa telah dikeluarkan oleh mereka terhadap media yang menyokong kerajaan.

"Sebelum 2008, mereka cuba menjadi jaguh kebebasan media, kebebasan bersuara dan sebagainya, kenapa pula sekarang ini tiba-tiba mereka menjadi marah dengan kebebasan media yang diamalkan oleh media arus perdana," jelasnya.

Tunku Aziz juga mendakwa sekatan terhadap media akan bertambah parah sekiranya pakatan pembangkang diberi mandat penuh untuk memerintah negara.

"Kebebasan media yang ada kini akan terus lenyap sekiranya pembangkang memerintah, mereka akan cuba untuk memansuhkan media arus perdana yang sedia ada atas alasan media tersebut berat sebelah," ujarnya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TIBAI Gesa LHDN siasat SUARAM

Pelancaran Kia Rio Serba Baru

Billboard Turunkan Harga Kereta di Ampang oleh YB Azmin Ali dan YB Zuraida


Zuraida dan Azmin nak harga kereta turun sebab mereka boleh beli lebih banyak kereta untuk hobi mereka.
Sekarang Azmin Ali dan adik beradik Shamsidar memiliki koleksi kereta mewah yang harganya berjuta-juta ringgit.

KERETA MILIK AZMIN DAN IPAR DUAI

Kerajaan Khalid Ibrahim nak ambil alih Syabas!

14 hari saja tau!!!

Inilah cerita lawak terbaru juak-juak Al-Jub di Selangor. 14 hari sebelum PRU 13 Syabas akan menjadi hak milik kerajaan negeri 100 %. Sekarang pun mereka adalah pemegang share yang terbesar tetapi selagi ada golden hand shake mereka tak boleh buat apa.

Ibu bapa contoh, ibu bapa misalli

hebatttt!!!!!
Ini lah wajah-wajah ibu bapa yang dicari polis kerana mereka telah menyalah gunakan kuasa mereka sebagai ibu bapa. mereka sepatutnya mendidik anak mereka menjadi insan yang baik, berketrampilan, berjasa kepada negara , agama dan bangsa tetapi mereka ini melatih anak-anak mereka menjadi rebellion untuk merosakkan keharmonian negara, mengancam keselamatan negara dll.


Senang sungguh jadi orang PAS

Apa sumber pendapatan beliau sekarang?
Bagus betul YDP Pas Taiping, kerana parti beliau sanggup meletakkan jawatan sebagai seorang guru di sekolah agama rakyat Al Banat Kpg Jana Kamunting.

April Tahun ini bermakna sudah 2 tahun beliau melepaskan jawatan, hilang gaji  RM 5- 6 ribu sebulan dan siapa yang tanggung dia sekarang?

Adakah Pas Pusat membayar gaji dan elaun setiap bulan seperti mana yang diterima oleh Tantawi 100 Ketua Pemuda Pas Malaysia yang menerima gaji RM 2500 sebulan. Itu Ketua Pemuda Malaysia, kalau setakat YDP Bahagian tak kan sampai RM 2500 kut...mungkin kurang lagi ada lah..

So, bagaimana dia hidup dan bagaimana beliau mencari dana untuk perbelanjaan Pas Taiping? Semua ini menjadi persoalan TM. Cukup kah dengan menadah kain setiap kali menganjurkan ceramah?

Atau ada tangan-tangan hitam yang membantu dari luar? Wah ! banyak sungguh persoalan dan kemungkinan.

Apa yang TM dapat tahu ialah Pas banyak mendapat dana daripada komponen suku yang bergelar abang besar. Sebab itu lah Pas sanggup melakukan apa sahaja arahan abang besar mereka. Suruh pacak bendera pun mereka sanggup, suruh buat ceramah membangkitkan semangat dan gerakan komunisme pun depa sanggup.

Sanggup segala-galanya, sebab itulah hari ini orang melabelkan Pas adalah balaci abang besar yang diperkudakan oleh taico abang besar.

Hebat......duduk saja pun duit masuk....orang lain bersusah payah cari kerja untuk makan anak isteri , jadi pemimpin Pas, tak payah kerja........

PKR membela penjenayah, kata mahu Malaysia sebagai negara yang selamat

YB Mohammad Nizar semakin gila meroyan

Kalau pergi kenduri rumah orang  minta mic gila nak berceramah

Kerana Ali Rustam bagi sumbangan kepada keluarga mangsa Nizar mengutuk BN sebagai pengumpul bangkai 
Ketua Menteri yang prihatin masalah rakyat

Yang ini Nizar nak komen apa pulak?

Rabu, 30 Januari 2013

Majlis Memperingati Mat Indera Hambar

YDP Pas menyorok kat belakang pasai apa?

Serabai sungguh Adam Adli


Malam tadi bertempat di pusat tarbiah Pas Kg Bukit Jana berlangsung majlis ceramah mengingati 60 tahun kematian Mat Indera yang mati digantung di Penjara Taiping.

Majlis yang hambar ini sepatutnya dibuat secara tertutup tetapi pihak Pas dan Kerabat masih degil dan buat di luar premis. Penganjur cuba menggunakan banyak pembesar suara tetapi PA Systems  kurang berkesan dan gagal berfungsi dengan baik.

Bawani listen listen listen yang dijangka memberi ucapan gagal hadir dan tinggalkan Adam Adli dalam keadaan serabai berucap sorang-sorang, nampak jelas Adam kekok dan tidak berapa garang semasa berucap kerana ini bukan bidang dia, beliau hanya bijak bercakap isu PTPTN dalam demo depan universiti sahaja. kehadirannya hanyalah untuk kumpul duit poket sahaja.  Baharom Shah Indera pun tak dapat hadir dan digantikan dengan orang lain saudara Mat Indera juga.

Penganjur utama iaitu Pas Taiping nampak gugup kerana majlis memperingati Mat Indera takut hilang sokongan ahli-ahli Pas telah berulang kali menyatakan bahawa penganjur utama program ini adalah KERABAT. Kasihan kerabat kerana nama mereka telah dipergunakan oleh Pas untuk kepentingan politik.

KERABAT sebenarnya adalah pertubuhan NGO bekas-bekas tentera Pro Pas yang ditubuhkan oleh Pas sendiri sama seperti GIM. GAMIS. IKRAM dan lain-lain. Tanpa Pas tiada lah KERABAT.

Keseluruhan majlis malam tadi GAGAL menarik crowd kerana tidak ada pak lawak seperti Mat Sabu dan lain-lain.


Dulu depa kunci pintu pagar tadika kemas, kini Pas Larut rasa lah sendiri.

Dungun

ARKIB : 08/11/2001




KEMAMAN 7 Nov. - Cubaan `mengusir' kelas Tabika Kemas (Tabika) dari balai raya milik kerajaan masih berterusan dan kali ini melibatkan Tabika Kampung Lubuk Lesong dekat sini apabila pintu premis dipalang sejak Sabtu lalu.

Berikutan kejadian itu, 20 kanak-kanak tabika berkenaan terpaksa menumpang sejak Isnin lalu di rumah seorang penduduk kampung tersebut yang secara sukarela membenarkan rumahnya dijadikan kelas sementara.

Guru kelas tersebut, Majdiah Muda berkata, pintu bangunan bawah balai raya berkenaan yang dijadikan kelas tabika dipalang sejak Sabtu lalu manakala pintu pagarnya dikunci.

Beliau berkata, tindakan itu dilakukan tanpa sebarang notis tetapi mengakui ada terima arahan keluar secara lisan dari pihak tertentu.

``Sehari sebelum kejadian itu seorang daripada pemimpin Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) mengarahkan kami supaya berpindah dari bangunan itu dan membawa keluar semua barang dari bangunan ini.

``Saya memaklumkan kepada beliau bahawa tindakan ini tidak dapat dilakukan dengan tergesa-gesa kerana pihak kami perlu membincangkannya terlebih dahulu, apatah lagi ia bukan arahan secara rasmi.

``Pada masa yang sama pihak kami juga perlu mencari bangunan alternatif untuk dijadikan kelas tabika supaya pembelajaran kanak-kanak tidak terganggu,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, dia terkejut apabila mendapati pintu kelas tabika tersebut terus dipalang pada keesokan harinya manakala pintu pagar dikunci.

Katanya, sebelum ini pelbagai peralatan bantuan mengajar dan kerusi serta meja yang digunakan kanak- kanak tersebut dibawa keluar dari bangunan itu.

Majdiah berkata, pada hari Isnin kanak-kanak yang datang terpaksa menunggu di luar balai raya dibawa ke rumah Mek Bidah Noor, yang membenarkan rumahnya dijadikan kelas sementara tabika tersebut.

Sebelum ini, beberapa insiden mengusir kanak-kanak tabika dari kelas mereka dilaporkan di Terengganu selepas Pas memerintah negeri ini.

Antara kelas terlibat ialah di Pengkalan Arang, Kampung Gong Sentul dan Kampung Pekan Nenas, Kampung Pantai dan Kampung Darat Batu Kuala Terengganu. Juga di Kampung Bukit Gasing di Mercang dan di Kampung Che Lijah di Dungun.

Pada 16 Julai, tabika Kampung Bukit Tok Ris diarah supaya mengosongkan bangunan balai raya yang digunakan sebagai kelas mereka.

Majdiah berkata, kejadian itu tidak mematahkan semangatnya untuk mengajar dan mendidik anak-anak di kampung tersebut.

``Walaupun rumah orang dijadikan kelas sementara untuk mengajar anak-anak ini, saya akan terus mengajar mereka sehingga kami mendapat bangunan alternatif yang lebih sesuai,'' ujarnya.

Tinjauan Utusan mendapati pelbagai alat di kelas Tabika Kemas berkenaan hanya dapat dikeluarkan hari ini setelah pihak tabika mendapatkan kunci daripada anggota JSR.

Beberapa penduduk kampung membantu memindahkan peralatan pembelajaran ke rumah penduduk kampung yang dijadikan kelas sementara Tabika Kemas, tidak jauh dari situ.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Lubuk Lesong, Muda Sulaiman berkata tindakan itu tidak wajar dilakukan kerana ia menjejaskan usaha memberi pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak di kampung tersebut.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm#ixzz2JTFbhegB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemuda Pas Larut Meroyan Bila Pintu Futsal Dikunci

Ustaz Akmal Almenantuya sedang menunjukkan pintu gelanggang dikunci dengan 3 ketul mangga

Pada Disember 2011Pemuda Pas Larut telah berjaya mengadakan pertandingan Futsal di Gelanggang Futsal Pantai Besar yang dibina oleh kerajaan Umno.
Disember 2011 guna gelanggang tanpa izin
Pas dengan muka tak malu telah mengambil peluang untuk mengadakan pertandingan tanpa merujuk kepada jawatan kuasa yang mengurus gelanggang tersebut. Mereka main belasah sahaja kononnya gelanggang tersebut bukan duit Umno tetapi duit rakyat. Jadi mereka boleh lah main.
Anak Dara Pas
Ustaz  Toriq ni makan gaji dengan kerajaan pun teruja bertemu Bob Lokman
Minggu lepas Pas Larut berhasrat untuk menggunakan sekali lagi gelanggang tersebut tetapi kali ini pihak jawatan kuasa yang berjaya menghidu hasrat Pemuda Pas Larut telah bertindak mengunci gelanggang tersebut.
Ustaz Syahir ditugaskan membawa pemenang futsal makan angin sampai ke Sunwa Lagoon
Apa lagi Pemuda Pas Larut sumpah seranah berbakul-bakul kepada Umno Larut. Ini lah perangai Pas semua nak freee.. Umno kalau buat pertandingan futsal pun pergi sewa gelanggang berbayar di Kamunting bersebelahan kilang tayar Silverstone. Tak sibuk nak cari barang free macam Pas.
Kalau Umno main macam ni puas lah kena kutuk dengan Pas sebab nampak kepala lutut
Dahulu bukan main seronol anak-anak dara Pas yang tidak bertudung hadir untuk beramah mesra dengan Bob Lokman.  Kali ini mungkin mereka jemput ustazah mee segera Abby Abady agaknya.

DAP Ingin Guna Anak Raja Untuk Hapuskan Institusi Raja?



Dalam usaha DAP untuk kekal relevan dalam masyarakat dan politik Malaysia, parti itu tidak pernah menyatakan secara terus-terang akan prinsip mereka yang menentang Institusi Raja-raja Melayu. Namun, bagi mereka yang sedia maklum mengenai sejarah DAP akan sentiasa waspada mengenai prinsip utama perjuangan DAP yang menentang Artikel 153 di mana termaktub di dalamnya hak-hak Melayu dan Islam yang dilindungi Institusi Raja-raja.

Walaupun ianya dikaburkan oleh pemimpin-pemimpinnya, tetapi prinsip DAP dapat dilihat di dalam komen-komen oleh penyokong tegar mereka di laman-laman sosial yang jelas membenci segala-galanya yang 'berbau' Melayu. Ia juga terserlah dalam tindakan DAP yang senantiasa mencuba untuk melemahkan atau melenyapkan terus apa-apa saja yang berkaitan dengan Melayu. Antaranya, bahasa dan juga budaya, yang mana membawa kepada kes wakil DAP enggan memakai pakaian adat di dalam Dewan atas alasan ia bercirikan Melayu-Islam.

Dolak-dalih konon berpegang kepada perlembagaan dan enggan mengaku menentang Institusi Raja-raja, terkantoi apabila kepimpinan tertinggi parti itu menempelak Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim yang telah menerima anugerah Darjah Kebesaran oleh Raja-raja Melayu kerana tindakan itu dikira melanggar prinsip parti. Alasan kononnya atas faktor ketelusan. Namun, tidak semua rakyat begitu mudah terpedaya dan kita sedia maklum bahawa prinsip itu dibuat berasaskan penolakan DAP terhadap Raja-raja Melayu.

Apabila terdedah bagaimana DAP pernah cuba memancing Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Mukhriz untuk menyertai DAP dengan dijanjikan jawatan Menteri Besar, maka ia menunjukkan betapa DAP tidak pernah menghormati Institusi Raja-raja. Biarpun penyertaan seorang Putera Sultan ke arena politik bukan sesuatu yang salah walaupun ia jarang berlaku, namun perlakuan DAP yang memancing dan menjanjikan jawatan kepada baginda adalah perlakuan biadap.

Apatah lagi dengan prinsip utama DAP yang tidak mengiktiraf Institusi Raja-raja, maka tindakan tersebut membawa makna bahawa DAP hanya ingin memperalatkan baginda untuk meraih undi Melayu semata-mata dengan keyakinan yang mereka dapat membonekakan baginda sekiranya strategi ini berjaya.

Mungkin ramai yang masih ingin menepis hakikat ini dan menuduh penulis sebagai rasis dan paranoid. Namun, tidak salah kita mengambil sikap berhati-hati memandangkan sehingga ke saat ini, kita masih tidak mendapat jaminan yang DAP tidak akan meneruskan agenda menghapuskan Artikel 153, sekali gus Raja-raja Melayu sekiranya PR memenangi PRU.

Dengan keadaan PAS yang begitu lemah dan PKR yang terlalu bergantung kepada rakan sekutunya untuk hidup, DAP akan mempunyai kuasa mutlak jika PR berkuasa. Malah, hari ini juga kita melihat DAP mempunyai kuasa mutlak, cumanya ia tidak ditunjukkan secara terang-terangan kerana perlu kekal relevan dalam suasana politik dan masyarakat Malaysia demi memenangi pilihanraya.

Justeru, seperti yang disebut tadi, tawaran DAP kepada Tunku Zain adalah bertitik tolak kepada strategi untuk memenangi pilihanraya semata-mata. Kedudukan Tunku Zain dan seluruh kerabat diRaja selepas pilihanraya yang dimenangi PR pula, tentunya belum pasti.

Umat Melayu tidak wajar memandang remeh akan prinsip utama DAP yang berslogankan Malaysian Malaysia. Ketahuilah bahawa prinsip tersebut tidak pernah berubah, malah kekal subur dan berkembang di dalam sanubari setiap seorang dari ahli dan pemimpin DAP.

Kata orang, fahamilah asal usul dan hati budi seseorang sebelum kita bertindak membela atau bersahabat dengannya. Begitu juga dengan DAP yang pernah terakam dalam sejarah sebagai memusuhi Islam dan Melayu, yang bertekad menghapuskan hak-hak Melayu dan yang pernah dan masih menjunjung sistem sosialis dan kesamarataan total.

Justeru, kita wajib memahami terlebih dahulu apa itu sosialis dan apa itu kesamarataan total serta kesan dan impaknya kepada umat, kepada agama dan kepada negara. Sebelum memahami semua ini, janganlah menjadi pipi yang tersorong-sorong membela DAP dalam hal ini.

Raja-raja adalah benteng kita, jika Raja-raja juga sudah dihina sebegitu rupa dengan rasuah jawatan yang jauh lebih rendah dari kedudukan baginda, maka apakah kita masih ingin terus percaya kepada DAP?

Kenderaan milik surau dicuri

Dua buah kenderaan milik sebuah surau di Rawang telah dilarikan dari surau tersebut. Kenderaan yang hilang ialah Van Toyota Hiace nombor pendaftaran WTR 2201 dan sebuah MPV Nazaria nombor pendaftaran NAZA 360.

Jika ditemui sila telefon ke 0122005950 atau balai polis terdekat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SIAPA YANG TIDAK KENAL LIM KIT SIANG PADA 13 MEI ????

YANG AHLI PAS SANGGUP BELAI DAN SAYANG SELAMA INI....


  1.  Menggunakan slogan "Malai-Si" yang membawa maksud "Mati Melayu".
  2.  "Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu" – 11 Mei, Jalan Bukit Bintang.
  3.  "Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan"– 11 Mei, Jalan Bukit Bintang.
  4.  "KL sekarang cina punya" – 11 Mei, Jalan Changkat Dollah.
  5. "Melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control." – 12 Mei, Jalan Tunku Abdul Rahman.
  6. "Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…" – 12 Mei, Jalan Khir Kampung Baru.
  7. "… semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis." – 12 Mei, depan Balai Polis Jalan Pudu.
  8. "Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata lancau….!" – 12 Mei.
  9. "Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…" – 12 Mei, Jalan Canvel.
  10. "Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu." – 12 Mei Jalan Bukit Bintang.
  11. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pas dan Mat Sabu kuda kayu Dap

Hari ini genap 60 tahun Mat Indera meninggal dunia, al-fatihah untuk roh beliau.

Minggu ini panas isu Majlis memperingati 60 tahun kematiannya.

Pas sebenarnya terpedaya dengan doktrin Dap yang cuba mengangkat kembali perjuangan komunis.

Apa faedahnya Pas memuja Mat Indera, sepatutnya mereka memperingati kematian Ibrahim Libya, atau tokoh-tokoh terbilang seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Bahaman dan lain-lain yang mana perjuangan mereka menentang British tanpa dorongan dan sokongan MPAJ Bintang 3.

Pas memutar belit akan penulisan Mat Indera oleh penulis Warisan Johor.

Penulis buku ini sebenarnya mengajak pembaca berfikir siapa Mat Indera, samada layak digelar hero atau pengkhianat negara kerana terlibat dalam peristiwa berdarah Bukit Kepong 1950 dan bukan iktiraf Mat Indera sebagai pejuang dan bukan komunis.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rafizi gagal untuk jadi MP Pandan

Rafizi MP Pondan
Rafizi 'lembu' Ramli yang bercita-cita untuk menjadi wakil rakyat Pandan Wilayah Persekutuan nampaknya semakin pudar.

Rafizi dilihat sebagai seorang ahli politik kecewa, pendendam dan sakit mental. Apa tidaknya kalau bercakap dia hanya tau menyakitkan hati pendengar sahaja, kalau berhujah penuh dengan pembohongan dan fitnah.

Sepanjang berkecimpung dalam politik Pkr, orang sudah dapat menilai tahap kematangan dan kebijaksanaan beliau. Ternyata dia bukan pilihan yang baik.

Bila perlu bantuan dan pertolongan orang baru dia tunjuk muka, jika tidak sentuh bahu pun dia buat tak kenal.

Ini kisah dia berceramah di Pandan, yang hadir boleh dikira dengan jari jika ditolak ajak dan ahli pkr.

Ini menandakan Rafizi ditolak oleh pengundi Pandan dan petanda Anwar akan kalah teruk dalam Pru ini. Ramai Cina meramalkan Anwar akan bungkus dengan parti-partinya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Haslin Bollywood bagi ceramah politik di Kamunting

Ustaz Haslin Bollywood yang sebenarnya
Minggu lalu ialah sambutan Maulidur Rasul, oleh itu ramai lah ustaz-ustaz yang popular ke hulu ke hilir menyampaikan ceramah maulidurasul.

Kariah Surau Taman Yayasan pun tidak terlepas untuk menyambut majlis Maulidurasul lalu mereka menjemput lah Ustaz Haslin aka Ustaz Bollywood.

Biasanya kalau ceramah maulud, kita akan dipersembahkan tentang cerita-cerita atau sirah Nabi. Itulah harapan penduduk taman tersebut.

Lalu jawatan kuasa membuat jemputan melalui telefon sahaja tanpa surat menyurat.

Malangnya mereka salah nombor dan salah orang, yang datang tu ustaz Haslin juga tetapi bukan Ustaz Bollywood yang diharapkan.

Rupa-rupanya ustaz ini ustaz politik yang tak tahu sirah nabi. Dia berceramah pasal kes liwat Anwar , kes tangkap khalwat Badrol Amin yang dia anggap sebagai fitnah, kes pemimpin-pemimpin Umno yang tidak tutup aurat, kes-kes politik isu semasa dan menghentam kerajaan dan Umno mengikut persepsi Pas dan pkr.

Bagaimana pun jemaah menghormati beliau walaupun objektif tidak tercapai.

Ingat lain kali berhati-hati jangan sampai salah target.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Awas pembuli Jalan raya

Tolong berjaga-jaga dengan kereta ini; WMD 5000 (Mercedes Benz class D model lama-1980an) berwarna hitam, pemandu India, umur dalam lingkungan 30-40an.

Semalam dia telah membuli seorang pemandu wanita yang enggan melayan dia memotong Q.

Ia menyebabkan pemandu Mercedes itu naik angin dan menumbuk cermin belakang kereta mangsa sehingga pecah berderai.

Lokasi kejadian ialah selepas tol sprint (dekat hotel Eastin-bangunan The Star) menghala ke Damansara Jaya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kubur Mat Indera dijaga oleh Akmal Kamaruddin

Kos baik pulih ditanggung oleh Almenantuya

Mat Sabu pun datang

Akmal kata kubur ini wangi dan harum

Sebelum 
terkini
http://perakpru13.blogspot.com/2013/01/pengkhianat-bangsa-dijulang.html

Ajaib : Lambang Salib Kristian hilang dengan clorox

Gambar yang diedit semula, menjadi lain color tone nya



Perhatikan organ disudut kanan , pecacai Pas lupa nak padamkan


Harakah pun subahat 
Harakah kata kursus kahwin

Lihat dengan menggunakan teknik mencuci dengan clorox , lambang salib telah dihilangkan oleh blogger pecacai Nizar Jamaluddin.

Untuk maklumat umum , aktiviti ceramah umum oleh gereja di Ipoh ini memang kerap diadakan , boleh dikatakan setiap bulan.

Kumpulan sasaran ialah wanita melayu dan bukan melayu. Ceramah sebegini bukan untuk memkristiankan orang Melayu tetapi penerangan tentang kebaikan agama kristian dan mengapa umat akhir zaman perlu memilih agama kristian.

Seorang rakan pernah memaklumkan kepada TM bahawa tahun lepas ( 2012) dia  pernah diajak oleh rakan-rakan melayu yang lain untuk mendengar ceramah bulanan tersebut di Ipoh.

Oleh itu pendedahan gambar di atas adalah benar dan TM berharap Majlis Agama Islam Perak perlu merisik dan  mengesahkan perkara ini. Kita tahu Jabatan Agam Islam Perak mempunyai ramai penguat kuasa yang gagah dan bertubuh sasa. Pergi lah buat kerja siang atau malam. Kurangkan berpolitik dan pergi mendengar ceramah-ceramah Pas atau duduk di pejabat dan mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus di Youtube sambil membaca Harakah.

Jangan jadi seperti segelintir kaki tangan Jabatan Pendaftaran Negara yang sanggup menjual negara dengan menjual kad pengenalan kepada pendatang asing. Bila ramai orang asing dengan mudah mendapat kad pengenalan maka pembangkang akan menyalahkan Umno. Padahal yang buat dajal adalah ahli Pas dan Dap.
Ahli Pas Bukit Gantang ini yang lahir di India pun memiliki kad pengenalan biru.

Kes menjual kad pengenalan ini bukan saja berlaku di Sabah, di negeri-negeri lain pun banyak kes, sebab itu terdapat Pakistan jual karpet yang tiap-tiap dua tahun sekali balik Pakistan boleh mengaku dia warga negara Malaysia yang memiliki kad pengenalan biru. Salah siapa, salah Umno atau kaki tangan kerajaan yang belot?

Semalam akhbar melaporkan 10 ekor Gajah Pigmy di Sabah mati akibat keracunan pun Pas menyalahkan Umno juga. Kes pelajar di tampar di Mesir pun Pas menyalahkan Dr Zambry... Pas tak pernah salah walaupun perangai macam beruk dalam Bershit 3.0 tahun lalu.

Selasa, 29 Januari 2013

Akmal Kamarudin VS Datuk Fauzi Shaari

Tersengih Akmal Kamarudin Al menantuya. 
Nampaknya Almenantuya Akmal Kamarudin terlalu suka dengan pendedahan rumah agam milik Dato Fauzi di Shah Alam yang bernilai RM 3 juta.

Kerusi Parlimen Larut dari dahulu adalah diidamkan oleh Akmal. Ini kerana ayahnya  Kamarudin Awang Basir telah berkali-kali bertanding atas tikit Pas sejak 1986 lagi dan tak pernah menang.

Pada malam penyerahan borang keahlian Pas oleh Datuk Fauzi , Akmal telah menyindir beliau untuk melantik Fauzi sebagai Pengerusi Bersih 4.0.

Walaupun mereka berdua berasal dari Kampung Pantai Besar tetapi tidak mempunyai pertalian persaudaraan mahu pun setakat bau-bau bacang.

Kini Pas Perak meletakkan Akmal sebagai calon Adun Selama mengganti akan Dr Dhari. Ini pun menjadi isu sehinggakan sejumlah 1500 ahli Pas Selama mengugut untuk tidak turun mengundi jika Akmal menjadi calon Adun Selama.

Kini Akmal cuba mendesak dan menggunakan kuasa bapa mertuanya supaya nama Dato Fauzi digugurkan daripada menjadi calon MP Larut.

Program Poja Roh Komunis Dialih Tempat



Program Poja roh komunis yang dijadualkan akan diadakan pada malam ini di tapak pasar malam Kamunting terpaksa diubah ke tempat lain iaitu markas Pas Kpg Bukit Jana.

Perubahan tempat ini berikutan 13 repot polis yang dibuat oleh NGO di IPD Taiping.

Difahamkan Ketua Polis Daerah telah memanggil YDP Pas Taiping dan AJK Kerabat berikutan 13 laporan tersebut.

Blog Pas bagaimana pun menyalahkan Umno Taiping kononnya menjadi penghalang kepada penganjuran program tersebut. Demi Allah TM menegaskan bahawa Umno Taiping tidak terlibat atau mendalangi bantahan tersebut.

Apa yang menjadi persoalan ialah bagaimana Pas dan Kerabat berani  menamakan dalam iklan mereka bahawa program tersebut akan dibuat di Tapak Pasar Malam?

Adakah mereka telah mendapat kelulusan daripada Polis dan Majlis Perbandaran Taiping ?

Jika telah diluluskan kenapa mereka akur dengan arahan OCPD supaya majlis tersebut dibuat ditempat lain. Jika dihalusi isu ini jelas menunjukkan Pas telah menipu pihak polis dan PBT sebelum ini, mungkin mereka meletakkan nama lain dalam permohonan mereka dan apabila diluluskan mereka menukar lokasi ke tapak pasar malam.

Pemimpin Pas sememang nya berani dalam mempertahankan hak mereka tetapi dalam kes ini nampak sangat mereka mengikut sahaja arahan dan tak berani melawan dan sebaliknya mengucapkan terima kasih kepada OCPD kerana membenarkan majlis diteruskan ditempat lain.

Nampak sangat Pas dan Kerabat kaki kelentong.

Apa pun TM ingin mengucapkan terima kasih kepada NGO yang menyahut seruan TM agar membuat repot polis bagi membantah program tersebut.

YDP Pas pun nampaknya tersangat marah dan teramat kecewa dengan TM kerana menggagalkan perancangan mereka sampai nak ambil tindakan terhadap TM.

Wah! Dasyatnya sampai begitu sekali tindakan orang yang mengaku Islam? Nak tanya sikit, adakah Nabi Muhamad SAW marah kepada budak Yahudi yang membaling bahan-bahan kotoran kepada baginda?
Tiru lah dan contohi lah keperibadian junjungan nabi besar kita yang sentiasa bersabar menghadapi dugaan dan cabaran.

mengikut iklan yang disiarkan ramai tokoh-tokoh yang menjadi pojaan hati Pas akan turun untuk berceramah mereka ialah;

  1. Baharom Shah Indera
  2. Dr Zuhdi Marzuki
  3. KS Bawani 
  4. Dr Muhaimim Sulam
  5. Adam Adli
  6. Aminuddin Zulkaple
  7. Leftenan Kolenal (B) Nazari Mokhtar
Bawani dan Adam Adli merupakan aktivis Mahasewel yang pro zionis dan sosialis. Program malam ini adalah untuk memuja roh komunis supaya rakyat menerima semula ideologi yang diperjuangkan oleh Chin Peng.

Komunis mula bertapak di Malaysia sekitar tahun 1920an dan mereka telah menubuhkan MPAJ untuk membantu British menentang kemasukan Jepun ke Tanah Melayu. Selepas Jepun dikalahkan MPAJ telah bertindak untuk mencetuskan perang saudara untuk menghalau Bristish dan Mereka Komunis mencetus huru hara dan membunuh orang-orang Melayu dan polis sesuka hati, kerajaan telah mengisytihar darurat bermula 6 Jun hingga 21 Julai 1948.

Komunis( MPAJ/ Bintang 3 ) yang pada awalnya dilatih oleh British dan dibekalkan sebanyak 3500 senjata ringan dan peluru tidak pernah bertindak menentang tentera Jepun sebaliknya mereka menyimpan semua senjata untuk tujuan lain. Setelah Jepun kalah Bintang Tiga telah muncul dan merampas senjata-senjata milik Jepun dan mula menentang British.

Sehingga kini difahamkan Bintang 3 masih lagi menyimpan senjata-senjata tersebut tetapi dimanakan mereka menyembunyikannya sehingga kehari ini masih menjadi tanda tanya. 

Perjuangan komunis tidak pernah tamat dan mereka hanya menandatangai perjanjian damai sahaja pada 2 Disember 1989 di Hotel Lee Garden Hatyai Thailand.

Dalam perjanjian tersebut mereka akan meletak dan menyerahkan senjata sepenuhnya serta menamatkan ancaman mereka kepada Tanah Melayu. Persoalannya berapa banyak senjata yang diserah?

Adam Adli dalam perhimpunan di Stadium Merdeka dengan bangganya memakai topi Bintang 3, dan malam ini beliau dijangka hadir bersama Bawani dari Parti Sosialis Rakyat untuk berceramah. 

Oleh itu Pas harus sedar bahawa mereka telah menjadi kuda tunggangan Dap kerana cuba menghidupkan semula roh parti komunis dikalangan penyokong Pas. 

Dap hari ini sudah masuk ke kampung-kampung dan membiayai aktiviti Pas, Tidak mustahil program malam ini juga adalah tajaan sekutu mereka. Oleh yang demikian Mat Sabu tidak disenaraikan dalam program malam ini untuk mengelakkan namanya beliau dikaitkan dengan Dap. 
YDP Pas Taiping dan Kerabat di IPD Taiping pagi tadi.
Kerabat merupakan pertubuhan bekas perajurit yang ditubuhkan di bawah sayap Pas sehingga hari ini masih belum berdaftar dan begitu berani mereka menjalankan program secara haram.

Sedarlah wahai bekas-bekas tentera , dahulu kamu berjuang menentang komunis tetapi hari ini kamu sendiri cuba mengangkat semula roh perjuangan komunis. Mat Indera hanyalah alat sahaja yang utama ialah perjuangan dan ideologi komunisme yang cuba dihidupkan oleh Dap melalui Pas.

Scandal Adun Dap Aulong

surat terbuka
Adun DAP Aulong YB Capek disahkan mempunyai skandel dengan pembantunya. Pendedahan ini telah diketahui umum sejak seminggu dua yang lalu.

Surat ini telah dicetak dan diedarkan secara meluas kepada penduduk Taiping terutama pada kaum cina.

Setakat hari ini, YB Capek belum membuat penafian atau membuat laporan polis terhadap surat tersebut.

Adalah lebih baik YB Yew (Capek) membuat penafian atau apa-apa tindakan yang baik untuk beliau.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pertandingan Catur di UTP Tronoh. Cepat Daftar segera

Satu pertandingan catur pelbagai peringkat umur akan berlangsung di UTP Tronoh bermula Jumaat ini. Kepada sesiapa yang berminat boleh mendaftar segera secara online, tarikh tutup pendaftaran ialah jam 12.00 malam esok.

Tan Seri Ramle Mantan MB Perak berkata rakyat Perak yang tidak dikenakan denda yuran lewat.
Sila layari blog ini untuk download borang dalam bentuk pdf

Menjawab Fitnah Pas terhadap Umno Taiping

Bloggers Pas Taiping dan Bukit Gantang telah membuat fitnah mengenai bantahan Ngo terhadap isu Mat Indera dan lawatan Dr Zambry ke Taiping Sabtu lepas.

La ni hangpa tolong dengaq nooo!!!

13 laporan polis telah dibuat oleh beberapa NGO semalam di IPD Taiping bagi membantah majlis memperingati kematian Mat Indera yang dihukum gantung di penjara Taiping pada 30 Januari 1953.

Pas jangan lah dok megah dengan Mat Indera , ( sila baca kat sini)
Isu Repot 

Dalam laporan itu tidak melibatkan parti Umno atau mana-mana komponen Barisan Nasional.  Penjelasan ini adalah kerana ada pihak yang menyatakan ia adalah didalangi oleh Umno Taiping. Ini adalah satu fitnah yang sangat kotor dari pihak Pas.

Malah sewaktu program lawatan Dr Zambry, TM tidak pernah menceritakan hal repot ini kepada Dato Shalimin dan Dato Zahir atau mana-mana ahli komponen BN seperti Mic, Mca , PPP dan Gerakan yang ada ketika itu.

Orang yang bertanggung jawab membangkitkan bantahan ini ialah blogger Taipingmali setelah membaca berita  bahawa satu majlis akan dibuat oleh Pas di Kamunting berdasarkan laporan dalam Harakah online dan blog Cikgu Din Sisi bukit. Tindakan TM ialah menghubungi beberapa Ngo dan rakan-rakan agar membuat bantahan dengan membuat repot di balai polis. 
Cikgu Din Blogger Sisi Bukit.

Harap blogger Mat Zam Tok Lah dari Bukit Gantang jangan gatal mulut dok memfitnah Umno Taiping. Beberapa hari ini nampaknya blogger Mat Zam Tok Lah sakit hati dengan lawatan Dr Zambry dan dalam blognya pelbagai fitnah dilemparkan kepada Dr Zambry mengenai lawatan beliau.  
Jangan buat fitnah wahai cai Pas.

Fitnah lain yang mengaibkan ialah apabila menuduh Dr Zambry mengecewakan Penduduk Kampung Expo kerana membatalkan lawatan ke Masjid Kampung Expo untuk menyampaikan bantuan mangsa banjir.

Pusat Khidmat Dun Kamunting 
Sebenarnya penerima bantuan banjir telah dipindahkan ke pusat khidmat Adun Kamunting, seramai 32 orang terlibat termasuk dari Taman Kamunting Aman. 

Masjid Kg Expo tak ada buat apa-apa persediaan dan sambutan pun, habis solat zohor, masjid ditinggalkan kosong, malah pengerusi Masjid Kg Expo Penghulu Azam ada bersama-sama Dr Zambry di Masjid Jamek Kamunting dalam majlis penyerahan 3 buah Van Jenazah. Beliau juga menerima sumbangan kewangan daripada Dato Shalimin untuk Masjid Expo. 
Pengerusi Masjid Kg Expo menerima wang bantuan untuk masjid
Penghulu Azam juga berada di pusat khidmat Dun Kamunting menyaksikan majlis penyampaian sumbangan dan bantuan seperti bantuan beg sekolah, penyampaian geran hak milik tanah kepada pekedai-pekedai yang menetap di Lorong 1 hingga Lorong 4 pekan Kamunting Lama. 
Gembira menerima geran hak milik 
Malah Penghulu Azam juga di jemput untuk duduk berbincang dengan Dr Zambry secara tertutup dalam pejabat YB Zahir. Segala jadual dan program Sabtu lepas adalah disusun oleh Pejabat Daerah Taiping dan  janganlah pandai-pandai buat fitnah oooiii!!!!