Rabu, 31 Ogos 2011

Universiti UNISEL dah Pro Komunisme

Berita dari twitter tadi memaklumkan anak buahnya yang balik bercuti raya dari unisel balik kampung bawa buku Marxis dan berkata ideologi komunisme sama dengan Islam.

Ini satu berita yang memeranjatkan. Harap pihak berkuasa seperti PDRM dan MKN dapat menyiasat perkara ini.

Jika benar ada usaha menghidupkan kembali fahaman komunisme dan marxis dikalangan pelajar maka satu tindakan pencegahan perlu di ambil segera .
Published with Blogger-droid v1.7.1

Selepas Mat Sabu malu besar dalam pertempuran Bukit Kepong

Pecacai Pas nampak jelas termalu besar dalam isu Bukit Kepong. Malah Karpal Singh juga menyangkal dakwaan Mat Sabu.

Hari ini Pas cuba mengalih perhatian kepada kematian Tok Janggut di Kelantan. Lepas ini mereka akan main isu Mat Kilau, Tok Bahaman dan ramai lagi.

Tak payah susah-susah lah. Ahli sejarah dah lama menukar cerita sejarah yang ditulis oleh Bristish, Jika buku sejarah sekolah rendah dan menengah dahulu menyatakan Mat Kilau, Tok Bahaman ialah penderhaka Inggeris kini kita tukar mereka jadi pejuang Melayu.

Mat Sabu bawa isu apa?

http://cenangau.blogspot.com/2011/08/sejarah-merdeka-yang-digelapkan-tok.html

Takziah lagi

Dato Dr Hassan Ahmad kembali kerahmatullah petang ini...Beliau adalah bekas pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Meninggal dirumahnya di Petaling jaya jam 2 pm tadi

Takziah : Abdul Shukor meninggal dunia di Taiping


Mutakhir

Bekas Ketua Pengarah Pendidikan meninggal dunia


2011/08/31

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Pendidikan yang juga Ahli Dewan Negara Perak dan Pro Canselor UPSI, Tan Sri Abdul Shukor, kembali ke rahmatullah pada jam 1.20 pagi tadi. 

Jenazah dimandikan di Masjid Al-Hidayah Assam Kumbang, Taiping dan dibawa ke Putrajaya jam 10 pagi tadi untuk dikebumikan selepas Asar.
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah berangkat jam 9.45 pagi tadi untuk memberi penghormatan terakhir dan bersama-sama menyembahyangkan jenazah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Sabu

Generasi hari ini mungkin mengenali tokoh Melayu seperti Dr Burhanuddin dan Ahmad Boestamam melalui nama sekolah sahaja, tetapi bukan perjuangan mereka.

Mereka adalah pejuang Melayu berhaluan kiri dan kerajaan tetap mengiktiraf mereka, walaupun kedua-dua mereka pernah hidup dalam tahanan.

sedang bermimpi SMK Mat Sabu
Mungkin juga Mat Sabu ingin namanya dikenali setaraf dengan kedua-dua tokoh tersebut, atau Mat Sabu inginkan kerajaan menamakan sebuah sekolah dengan nama  SMK MAT SABU , KAMPUNG KUALA SUNGEI , KUALA KEDAH. KEDAH DARUL AMAN.

TVSelangor09 30082011 Xavier Kakitangan 'Keras Kepala' Bantu BN Rampas ...



Rupa-rupa PKR menjadikan Selangor negeri ke 70 persekutuan  USA. Jika tidak kenapa perlu melaporkan kemajuan dan perkembangan kepada duta Amerika.

Bersabit kaki tangan kerajaan negeri enggan bekerjasama dengan kerajaan negeri? Aik apa nak marahnya? Dulu sewaktu Selangor di bawah Barisan Nasional, ramai kakitangan kerajaan negeri dan pusat yang bertugas di Selangor menyokong dan membantu Pas, Dap dan Pkr untuk menang dalam PRU 12.

Kerajaan BN tak marah pun, tak melenting pun.

Yassin Brother! berapa ratus ribu Anwar beli awak untuk buat fitnah? Sedarlah Yassin, awak tu mental problem.

20110830 Sumbangan duit raya KP1M

Takwim Hijrah perlu selaras satu dunia


Kecoh tarikh Hari Raya Aidilfitri di Indonesia


JAKARTA – Penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri menjadi perbalahan apabila sekumpulan pengikut pertubuhan Islam kedua terbesar di negara ini, Muhammadiyah menyambut hari raya semalam walaupun pemerintah Indonesia menetapkan 1 Syawal jatuh pada hari ini.
Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia mengumumkan lewat kelmarin bahawa 1 Syawal jatuh pada hari ini dan bukannya semalam seperti mengikut kebanyakan kalendar.
Menurut Ketua Pengarah Hal Ehwal Islam di Kementerian Agama, Nasaruddin Umar, persetujuan telah dicapai dalam kalangan ramai pihak termasuk pakar-pakar astronomi, tentera laut, Agensi Penilaian dan Aplikasi Teknologi serta cendekiawan Islam bahawa kedudukan anak bulan amat rendah sekali gus menyebabkan 31 Ogos adalah tarikh yang tepat untuk permulaan bulan Syawal.
Kedudukan anak bulan itu adalah kurang dua darjah di atas kaki langit.
Bagaimanapun, pertubuhan Muhammadiyah yang mempunyai 20 juta pengikut menggunakan perkiraan hisab bagi menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri.
Pengerusi Muhammadiyah, Haedar Nasir berkata, walaupun terdapat perbezaan dalam menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha, ia tidak menjejaskan hubungan persaudaraan dalam kalangan Muslim di negara ini.
Hari Raya Aidilfitri turut disambut semalam di Arab Saudi, Palestin, Rusia, Mesir, Malaysia, Sudan, Kenya, Belanda, Kosovo, Afghanistan, Somalia, Bosnia, Syria, Jordan, selatan Thai dan Filipina. – Agensi

Nota Kaki:
Sila rujuk artikel terdahulu yang menceritakan negeri Perak berhari raya awal sehari pada tahun 1983. Kita sudah mempunyai kemudahan yang canggih, manusia boleh berhubung dan bercakap dengan manusia lain dari segenap pelusuk dunia.

Jadi, jika sistem takwim Islam diselaraskan satu dunia, maka tidak ada lagi percanggahan dalam Islam. Melihat anak bulan adalah sebagai panduan yang disebut oleh Nabi Muhammad. 

Zaman sudah berubah, jika 1400 tahun dahulu umat Islam melihat anak bulan dengan mata kasar, kini menggunakan teropong. perubahan lah namanya.


Selasa, 30 Ogos 2011

20110830 Humanitarian aids Somalia - Berebut giler



Walaupun beragama Islam tetapi mempunyai perangai yang amat buruk dan memalukan. Agaknya inilah balasan Allah terhadap mereka.

Hadi Awang mengajak pengikut menentang kezaliman?

Hadi Awang dalam khutbah aidul fitri di Marang hari ini telah mengajak pengikutnya supaya mengumpul tenaga untuk sekali lagi turun ke jalanraya bertujuan untuk menentang sebuah kerajaan zalim.

Apakah Hadi Awang berada di bumi Afrika atau di bumi Palestine? Apakah kehidupan Hadi Awang sentiasa dizalimi seperti penduduk di Gaza?

Menurutnya lagi, orang-orang munafik didedahkan oleh Allah bahawa mereka golongan berpura-pura Islam, hatinya tidak percaya dengan Islam. 


Siapakah golongan yang dimaksudkan oleh Hadi Awang? Mat Sabu Anwar atau dirinya sendiri. Kenapa tidak diperjelaskan betul-betul. mengapa perlu berkias, 

KENAPA PERPADUAN UMAT MELAYU DI MALAYSIA HARI INI SEMAKIN LEMAH – 1PERSOALAN

Saya masih dapat membayangkan bagaimana zaman kanak-kanak saya, begitu bangga dengan kesepakatan dan kejituan orang-orang Melayu di era 70 an. Kehidupan saya di zaman kanak-kanak di Kg Jabi, Batu Kurau, Perak bukanlah sebuah kehidupan anak orang kaya. Saya hidup di dalam kesusahan dan kemiskinan kerana telah menjadi anak yatim ketika berumur 5 tahun iaitu pada tahun 1973. Namun saya merasa amat bangga menjadi orang Melayu. Era 80 an dan awal 90 an masih lagi membanggakan saya sebagai seorang Melayu. Itulah zaman di mana saya membesar di bawah kepemimpinan Tun Dr Mahathir B Mohamed mantan Perdana Menteri.

Bukanlah saya menidakkan kebolehan serta keupayaan YBhg Tun Hj Abdullah B Hj Ahmad Badawi serta Y.A.B Dato' Seri Mohamed Najib B Tun Hj Abdul Razak sebagai mantan Perdana Menteri serta Perdana Menteri tetapi saya rasakan amat ada perbezaannya di antara ketiga-tiga zaman ini. Saya tidak memihak kepada mana-mana fahaman politik di dalam soal ini. Saya hanya membezakan bagaimana rasanya saya menjadi orang Melayu di bawah kepemimpinan ketiga-tiga negarawan ini. Saya mahu memfokuskan kepada kekuatan dan kemartabatan orang Melayu.

Timbul persoalan di fikiran saya kenapakah di zaman Tun Dr Mahathir B. Mohamed sebagai Perdana Menteri, orang-orang Melayu terlihat begitu kuat walaupun kita telah berpecah mengikut geografi politik ataupun fahaman politik masing-masing?. Malahan perkelahian politik orang-orang Melayu pada ketika itu juga sudah teruk dengan isu kafir-mengkafir, fatwa Haji Hadi, sembelihan orang Umno haram dimakan, solat dua imam serta bermacam-macam lagi. Pendek kata pada masa itupun boleh dikatakan orang-orang Umno dan PAS sudah tidak boleh bertemu muka. Tetapi saya merasakan orang-orang Melayu masih tidak sanggup untuk menggadaikan maruah agama, bangsa dan negara. Walaupun fahaman politik berbeza namun semangat nasionalisme Melayu masih kuat. Pada ketika itu DAP cukup dibenci oleh orang-orang Melayu.

Pihak pembangkang terutamanya PAS pun memang cukup tidak sukakan Tun Dr. Mahathir B Mohamed sebagai Perdana Menteri namun tidaklah ternampak sangat perpecahan orang-orang Melayu Islam sebagaimana yang berlaku pada hari ini. Saya melihat sokongan orang-orang Melayu kepada Tun Dr Mahathir pun cukup kuat walaupun pelbagai tohmahan dan isu yang diciptakan untuk beliau. Apa yang tidak digelar kepada beliau – "Maha Firaun" satu gelaran yang cukup hina bagi saya. Kita tidak lupa kepada buku "Shit" karya Shahnon Ahmad yang cukup menghina Tun Dr Mahathir. Kita tidak lupa apabila Allahyarham Datuk Fadzil Noor bekas Presiden PAS mengatakan bahawa "Dr Mahathir akan nyanyuk dan bermain tahi sebelum dia meninggal". Semua ini adalah satu penghinaan yang amat menyedihkan saya sebagai anak Melayu. Saya amat sedih apabila orang Melayu menghina Perdana Menterinya sendiri. Saya merasa sedih kerana bangsa kita telah menghina seorang Negarawan yang bekerja kuat untuk agama, bangsa dan negaranya. Seorang pemimpin yang karektornya seperti seorang "Bapa". Kita menumpang tuah dengan kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada beliau. Namun saya merasa tersentuh apabila bangsa lain begitu menyanjung tinggi Tun Dr. Mahathir B Mohamed. Puak dan juak-juak DAP pun tidaklah seteruk sekarang dan mereka masih kelihatan "berpada-pada" di bawah kepemimpinan Tun Dr Mahathir. Orang-orang Melayu masih belum sampai ke satu tahap sanggup menggadaikan maruah agama, bangsa dan negaranya.

Zaman YBhg Tun Abdullah B Hj Ahmad Badawi (Pak Lah) pun saya lihat sebagai satu zaman yang penuh dengan kesederhanaan di mana Pak Lah seolah-lah mampu bertindak sebagai sebuah jambatan yang dapat menghubungkan semua orang Melayu untuk kembali bersatu. Kesederhanaan keperibadian Pak Lah menyebabkan kebanyakan orang Melayu yang berlainan ideologi politikpun masih boleh duduk semeja. Orang-orang Melayu masih belum sanggup untuk menggadai maruah agama, bangsa dan negaranya.


Saya tidak berniat untuk mebeda-bedakan keupayaan di antara pemimpin kita kerana semua pemimpin mempunyai gaya dan stail yang berbeza. Apatah lagi kebijaksanaan serta aura adalah pemberian Allah kepada seseorang sahaja. Namun untuk mengekalkan seorang pemimpin Melayu sebagai Perdana Menteri Malaysia pada masa hadapan adalah sesuatu yang telah menjadi tanda tanya. Kadangkala ianya amat membimbangkan jika kita soroti apa yang berlaku sekarang ini. Persoalannya sekarang ialah apakah ciri-ciri pemimpin Melayu yang perlu ada untuk memperbetulkan kembali "kecacamarbaan" kuasa dan politik Melayu.

Inilah 1Persoalan..saya rela dikritik di atas tulisan saya ini.

Mukther Rizam Bin Ahmad
Ketua Penerangan
Perkasa Daerah LMS
30 Ogos, 2011
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Short Film Raya 2011 - Almari Baru (by CST PRODUCTION)

Media Pas terkejut beruk

Media Pas seperti Harakah, blogger Pas, Youtube Pas tergamam dan terkejut beruk dengan kenyataan Karpal Singh mengenai peristiwa Bukit Kepong.

Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini berkata, 25 anggota polis yang mempertahankan balai polis Bukit Kepong pada 1950, Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman adalah pejuang kemerdekaan sebenar dan perkara itu tidak boleh dipertikaikan.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, ia mesti diterima sebagai dokumen sejarah bahawa serangan pengganas komunis ke atas balai polis Bukit Kepong berjaya dipatahkan oleh 25 anggota polis dan anggota keluarga mereka yang berjaya mempertahankan balai itu.

“Adalah salah untuk mengatakan bahawa mereka ialah pegawai British sebagaimana dikatakan oleh (Timbalan Presiden Pas) Mohamad (Sabu) seperti didakwa. Mereka adalah pejuang kemerdekaan sebenar,” kata Karpal.

"Kenyataan yang didakwa itu, sekiranya benar, bahawa pengganas komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong pada 1950 adalah hero sebenar negara dan bahawa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan kerana mereka adalah pegawai British, bukan sahaja tidak benar tetapi juga tidak bijak dan tidak sepatutnya dikeluarkan,” kata Karpal dalam kenyataan.

Katanya, adalah salah untuk mengatakan bahawa Onn dan Tuanku Abdul Rahman adalah pegawai British kerana kedua-dua personaliti telah diangkat sebagai ikon negara dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan negara, merupakan pejuang kemerdekaan sebenar yang tidak boleh diragui dan dipertikaikan. 
"Mereka wajar diberikan pujian oleh semua pihak, bagi keberanian dan pengorbanan mereka.

Dap amat kecewa dengan sentimen perkauman yang dimainkan oleh Mat Sabu. Dap dalam proses menarik perhatian orang Melayu untuk menyertai parti dan menyokong parti itu, kini terjejas dengan kenyataan Mat Sabu.

Mat Sabu wajar meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden Pas kerana kedangkalan beliau dalam berpolitik.

Fw: REFERENDUM BODOH PAS PAHANG

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: othman mohamed <othmanmohamed6667@gmail.com>
Date: Mon, 29 Aug 2011 22:20:42 -0700
To: <taipingmali@gmail.com>; <tapakukuhiring@gmail.com>; <rosezie2003@yahoo.com>; <norlizaizul@gmail.com>; <irwanfahmi@hotmail.com>
Cc: <othmanmohamed6667@gmail.com>
Subject: REFERENDUM BODOH PAS PAHANG

          Saekor lagi anjing dap di negeri pahang menyalak (tuan ibrahim tuan mat) tentang isu lynas, pas pahang mengarahkan kerajaan pusat mengadakan referendum awam untuk dijadikan landasan sama ada mahu meneruskan atau membatalkan projek loji pemprosesan nadir bumi lynas digebang,seperti yang diketahui bahawa loji tersebut tidak mendatangkan bahaya kepada alam sekeliling.

          Seperti yang dinyatakan oleh pakar-pakar yang yang terlibat tetapi nampaknya ada lagi anjing dap yang cuba nak menyalak ,kalau dulu yang menyalak anjing dap dari pkr kali ini anjing dap dari pas pula mengambil tempat, kalau dulu anjing dap dari pkr telah bawa orang ramai berdemotrasi hingga menyusakan pihak polis kali dan kali ini anjing ini tak tahu apa pula yang akan dibuat.

          Kami ingin mencadangkan kepada anjing-anjing dap ini supaya jangan menyusahkan orang ramai dan pasukan polis maka anda kalau masih tidak berpuas hati sila bawa kes ini kemahkamah jangan cuba nak menghasut rakyat dengan berbagai cerita hingga rakyat menjadi takut kepada benda yang dibuat untuk kebaikan masa depan penduduk dikawasan sekitarnya.

          Kepada pemimpin pembangkang kalau setakat nak pertikai apa yang kerajaan pusat  buat rasanya tak payah kerana setakat ini belum nampak lagi apa yang pembangkang buat dinegeri yang diperentah cuma yang nampak cubaan nak memurtadkan orang islam oleh pihak kristian mendapat sokongan dari pakatan haram terutama pas, sangat jelas sekarang pas dan pkr bertindak sebagai barua kepada dap laknattullah termasuk mat sabu lahanat yang memperdagangkan sejarah negara.

GENERASI PEMUTARBELIT SEJARAH TELAH WUJUD DAN BAHAYANYA KEPADA KETAMADUNAN SESEBUAH BANGSA DAN NEGARA

Rentetan daripada isu Mat Sabu dengan komunismenya, saya merasakan bahawa fakta sejarah ketamadunan bangsa dan negara kita sudah mula diancam bahaya. Jika bersandarkan kepada apa yang berlaku ketika ini di mana komunisme dianggap sebagai satu ideologi yang mulia oleh sekumpulan aktivis politik tertentu maka sebenarnya kita telah mula memasuki ke zon bahaya. Jika fakta sejarah boleh diubah-ubah walaupun setelah termaktub sekian lama di dalam buku catatan sejarah, ia merupakan satu petanda yang amat serius bahawa ketamadunan sesuatu bangsa atau negara itu semakin menjurus kearah kemusnahan.

Kalaulah Mat Sabu mengatakan bahawa pihak pasukan keselamatan yang terkorban serta Allahyarham Datuk Onn B Jaafar bekerja untuk British dan gerombolan komunis yang menentang pasukan keselamatan ltu sebagai nasionalis sejati kerana mahu membebaskan Tanah Melayu daripada British, alangkah naif, dangkal dan lemahnya pengkajian Mat Sabu.

Marilah kita imbas kembali apakah dia komunisme yang disanjung oleh Mat Sabu ini. Tidaklah perlu saya mengilmiahkan komunisme, cukuplah sekadar kita mengingat kembali tentang bagaimanakah keadaan hidup ketika di zaman komunis berkuasa. Berapa ramaikah rakyat Tanah Melayu yang dibunuh oleh mereka dengan begitu kejam sekali. Berapa ramaikah orang-orang kampung yang telah menjadi mangsa kekejaman mereka. Berapa banyakkah rumah dan harta benda rakyat yang telah dibakar oleh mereka? Yang paling tragis ialah berapa ramaikah perajurit tanah air serta pasukan keselamatan yang telah gugur kerana membebaskan negara kita dari anasir komunis yang zalim itu. Kalaulah komunis itu baik, mengapakah datuk nenek kita dahulu asyik bercerita tentang ketakutan mereka terhadap pengganas komunis? Ideologi komunisme tidak percaya wujudnya Tuhan dan menganggap semua harta individu adalah milik negara. Ini semua adalah contoh perbandingan yang paling mudah untuk kita menilai

komunis. Jadi bagaimanakah kita mahu meletakkan komunis sebagai pejuang nasionalis sebagaimana yang dilakukan oleh Mat Sabu? Apabila Mat Sabu memulakan sanjungannya terhadap komunisme maka berkoyong-koyonglah pengikut fanatik beliau mencari serta menunjukkan bukti tentang betapa benarnya ucapan Mat Sabu itu. Maka benang-benang yang basah pun ditegakkan serta fakta-fakta sonsang pun dikemukakan demi untuk mempertahankan seorang Timbalan Presiden PAS yang bernama Mat Sabu. Maka selepas ini akan wujudlah fakta-fakta sejarah yang baru bagi negara Malaysia. Fakta sejarah negara kini sudah boleh ditukar mengikut selera serta tafsiran kita sendiri. Hebatlah rakyat Malaysia..

Apakah kesannya jika golongan seperti Mat Sabu dan konco-konconya ini dibiarkan berbuat sesuka hati mereka? Dari segi akademiknya semua yang telah diajar oleh para guru berkaitan sejarah negara adalah tidak benar belaka. Para guru terutamanya guru matapelajaran Sejarah perlu dihantar berkursus semula bagi memperbetulkan semua fakta. Tidak lama lagi adalah tidak mustahil jika selepas ini ada fakta sejarah yang baru iaitu orang-orang Melayu sebenarnya adalah kaum pendatang dan orang-orang Cina adalah penduduk peribumi. Orang-orang Melayu adalah golongan imigran manakala kaum lain adalah penduduk asal. Jangan terkejut jika selepas ini akan ada pihak yang mengatakan bahawa kontrak sosial sebenarnya tidak wujud dan orang-orang Cina dan India adalah berhak untuk mendapatkan kerakyatan tanpa sebarang syarat.

Jika fakta sejarah boleh sewenang-wenangnya diubah, maka jangan terkejut jika pada suatu hari nanti adanya fakta yang menidakkan kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan Agama Islam adalah setara dengan agama-agama lain, penolakan kepada ketuanan Melayu serta penggunaan nama Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu adalah tidak sah! Jika kita mengambil kira kenyataan Mat Sabu bahawa banyak fakta sejarah yang akan "diperbetulkan" jika Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya, ia merupakan satu kenyataan yang amat merbahaya sekali. Saya melihat ia amat merbahaya kepada nasib bangsa Melayu dan agama Islam memandangkan orang seperti Mat Sabu mudah gelap mata dengan wang dan boleh dibeli pada bila-bila masa sahaja.

Ketamadunan sesebuah bangsa itu akan lenyap bukan kerana anasir luar tetapi sebenarnya adalah kerana perbuatan bangsanya sendiri..

Mukther Rizam Bin Ahmad
Ketua Penerangan
Perkasa Daerah LMS
29 Ogos, 2011

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Benar seperti yang dijangkakan, Dap mencemar masjid lagi

Dap berdiam diri sepanjang bulan puasa. tak ada tazkirah di masjid. TM menjangkakan mereka akan menunggu dipintu masjid untuk memberi duit raya.

Telahan ini amat-amat benar. Ini lah kali pertama mereka berani masuk ke Masjid Jamek Kamunting dan memberikan wang kepada jemaah. Tahun lalu di capek melakukannya di Masjid Aulong

Sementara masjid Kampung Expo pula ceramah khutbah tak habis-habis lagi.. ( 10.10 ) baru selesai khutbah politik)


20110829 Takbir Raya dari Somalia

Children pay price for Mogadishu violence

Doctors in Mogadishu working in vain to treat the sick

Panas!! Identiti Sebenar Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Didedahkan??








Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Ialah Adlin Binti Abdul Jalil??



Panglima Harimau telah mendedahkan identiti sebenar siapa disebalik nama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ini... Panglima Harimau mendakwa bahawa Adlin Binti Abdul Jalil (gambar) adalah Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara...

Benarkah dakwaan Panglima Harimau ini?? Jika ingin tahu sila lawati blog Panglima Harimau... Banyak maklumat yang didedahkan oleh Panglima Harimau...

Panglima Harimau: Panas Berapi..!! Identiti Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Yang Terakhir Didedahkan - Sebarkan..!!

Jika benar ini adalah Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara, maka sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga... Siaplah Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara... Laporan Polis akan dibuat...

Ini pula ialah akaun FB Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara atau Adlin Binti Abdul Jalil atau Linda Joy: Linda Joy

Terima Kasih...
Panglima Harimau
Pendedahan Eksklusif-Siapa Sebenarnya Sitt Al Wuzara

Isnin, 29 Ogos 2011

Rombongan Jihad Umno sudah tiba di Somalia untuk bantuan kemanusiaan


ONDAY, AUGUST 29, 2011

 

Gambar diatas merupakan pasukan tentera kerajaan sementara Somalia yang sedang mengawal keadaan dibandar mogadishu. bukan sebuah kenderaan tetapi kiri kanan dan seluruh pelusuk jalan dibandar Mogadishu ini dipenuhi dengan mereka yang bersenjata. Ada yang berpakaian seragam lengkap ada juga yang hanya berselipar. 

 

Baru sebentar tadi para sukarelawan yang terdiri dari Doctor diketuai Dato Azeez menghantar bekalan ubat ubatan ke Hospital Dar Al- Shifa yang mana hospital ini merupakan sebuah hospital Pakar dalam Mogadishu. 

 
Ketua Misi Kelab Putera 1 Malaysia 
Datuk Azeez Rahim 
 

Lebih kurang 30 kotak bekalan ubat ubatan yang telah dihantar buat hospital pakar Dar Al Shifa di Mogadishu ini. Antara ubatan yang disumbangkan iaitu Vaksin untuk kanak kanak dan dewasa yang mana merupakan satu hal yang terpenting bagi rakyat Mogadishu ini. 

 

Diluar Hospital sewaktu kami para sukarelawan menghantar sumbangan ubat ubatan para tentera sementara Somalia mengawal keadaan bagi memberikan perlindungan keselamatan buat kami semua. 
 

Datuk Azeez Rahim menyampaikan sumbangan 
ubat ubatan kepada wakil Hospital Dar Al Shifa 
 
Lagi ubat ubatan yang siap sedia untuk diagihkan esok 
kepada Hospital sekitar Mogadishu 
 
Tentera Sementara Somalia Sedang berkawal 

 
Air minuman yang merupakan sumber terpenting dalam Somalia. Dan untuk makluman semua harga air di Somalia ini harganya lebih mahal dari sebotol Coke botol 1.5ml. 

 
Tentera Sementara Somalia ini merupakan seorang remaja yang 
pada anggaran Gomo baru berumur 16 tahun. 

 
Disinilah Helikopter Black Hawk terhempas setelah ditembak tentera Somalia. 
Terkenang cerita Black Hawk Down 


Psssttt.... Memang menyeramkan bila lihat keadaan bangunan yang dipenuhi lubang peluru dan mortar...huhuhu 

DAP ANTI ISLAM 
PAS ITU MELAYU 
UMNO ITU ISLAM 

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Humanitarian Assistance Somalia DAY 2 - Kami Selamat Sampai Mogadishu



Lapangan Terbang Somalia 




Jam 10.45 pg waktu Malaysia kami para sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia berlepas ke Mogadishu dengan menaiki Charlie 130 H dari pulau Seychelles.kami sampai jam 14.15 waktu Malaysia yang mana 3 jam 30 minit masa penerbangan kami. 


Kedatangan kami di lapangan terbang Mogadishu disambut oleh Menteri Perikanan dan beberapa orang ahli parlimen Somalia.Turut hadir sama pasukan ricky team Malaysia yang dianggotai seramai 7 orang yang tiba awal pada 25hb lalu. 



Kami seterusnya bergerak ke Hotel penginapan 10 minit dari lapangan terbang dan untuk makluman anda sebaik sahaja kami keluar dari kawalan lapangan terbang keadaan diluar dilihat amat merbahaya sama sekali. 


Laporan lanjut akan menyusul..... 

Psssttt....Line tenet slow gila.......aduh...... 



DAP ANTI ISLAM 
PAS ITU MELAYU 
UMNO ITU ISLAM 

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT