Isnin, 31 Mac 2014

Apa Motif Musa Hitam Menipu?

 
Walaupun Tun Musa Hitam telah lama 'meninggalkan' politik Malaysia, namun nama beliau terus tenggelam timbul mengikut keadaan.    Apa yang menarik, setiap kali Tun Musa Hitam 'timbul', ia hanyalah untuk menghentam Tun Mahathir Mohamad. 
 
Mungkin ramai yang tidak tahu kisah keserasian dan kemudiannya perbalahan Tun Mahathir-Tun Musa.  Namun,  melihat dari apa yang berlaku, kita pasti semua orang tahu kini bahawa adalah Tun Musa adalah seorang yang sangat pendendam. 
 
Dendam Tun Musa terhadap Tun Mahathir nampaknya tidak pernah padam walaupun yang sepatutnya berdendam ialah Tun Mahathir kerana Tun Musa yang mengatur berbagai langkah untuk menjatuhkan beliau dan bukannya sebaliknya.   Walaubagaimanapun, sejarah telah membuktikan bahawa Tun Mahathir sentiasa memaafkan semua mereka yang pernah menikamnya dari belakang dan mereka yang gagal menikamnya pula yang masih tidak dapat menerima kegagalan masing-masing. 
 
Kali ini, Tun Musa timbul lagi, di atas pentas pembangkang.   Seperti biasa, beliau timbul dengan membawa cerita buruk mengenai Tun Mahathir.   Di atas pentas, PAS, Tun Musa cuba menolak tanggungjawab terhadap apa yang berlaku dalam Peristiwa Memali yang mana pada ketika itu, beliau merupakan Menteri Dalam Negeri merangkap pemangku Perdana Menteri kerana Perdana Menteri, Tun Mahathir, berada dalam lawatan ke China. 
 
Benarlah kata orang bahawa dendam kesumat mampu membuatkan seseorang itu hilang pertimbangan.  Nampaknya, itulah yang berlaku kepada Tun Musa apabila beliau menipu kononnya Tun Mahathir berada di dalam negara dan bukannya di China ketika peristiwa berdarah tersebut berlaku.   Walhal, kunjungan Tun Mahathir ke China telah terakam dalam hampir semua akhbar-akhbar di Malaysia dan juga China, malah Singapura juga, lengkap dengan gambar dan teks ucapan beliau dalam program-program di sana. 
 
Seperti dijangka, pembangkang begitu pantas mensensasikan pembohongan Tun Musa dan mengambilnya sebagai fakta tanpa berfikir panjang ataupun menyelidik kesahihannya.   Dan seperti dijangka juga, apabila media mendedahkan kebenaran siap dengan berbagai-bagai bukti, pembangkang mengambil sikap pura-pura tidak mendengarnya pula. 
 
Antara bukti yang paling menarik ialah kenyataan Lim Kit Siang sendiri pada 19 November 1985 dalam sebuah makan malam sempena penyertaan Tan Sri Lee Lam Thye, yang pada ketika itu adalah Timbalan Setiausaha Agung DAP, sebagai delegasi ke China bersama dengan Perdana Menteri.  Ucapan Lim Kit Siang berbunyi, "Esok Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, akan menerajui 250 delegasi ke China, iaitu Perdana Menteri ketiga yang melawat China sejak hubungan diplomatik antara kedua negara dijalinkan 11 tahun lalu."
 
Artikel dari Singapore Straits Times pada 20 November 1985 pula merekodkan"Mahathir berjumpa Zhao Hari Ini" sekali gus membuktikan Tun Mahathir meneruskan lawatan ke China seperti yang dirancang.   
 
Pada 24 November 1985, akhbar yang sama memetik artikel dari Reuters/AFP bertajuk"Saya Menerima Pendirian China Mengenai CPM:  Mahathir" yang mana menyebut'Dr. Mahathir yang tiba pada Rabu lepas (di Beijing pada 20 November 1985) untuk lawatan 8 hari dengan delegasi yang termasuk 130 usahawan dan 20 diplomat, telah meninggalkan Beijing hari ini untuk lawatan seterusnya ke Xian, Canton, Hanzhou dan Shanghai.  Beliau dijadualkan kembali ke Malaysia pada hari Jumaaat'.
 
Lebih menarik lagi, dalam akhbar yang sama dan di muka surat yang sama, tertulis satu lagi artikel bertajuk "Insiden Baling:  Undang-undang Adalah Yang Tertinggi, Kata Musa." iaitu merujuk kepada peristiwa berdarah Memali yang berlaku ketika Tun Mahathir ke luar negara dan Tun Musa memangku jawatan Perdana Menteri. 
 
Terdapat banyak lagi bukti-bukti lain bagi mengesahkan yang Tun Musa telah berbohong mengenai Tun Mahathir berada dalam negara pada ketika peristiwa Memali berlaku.  
 
Justeru, kita hairan kenapa Tun Musa perlu berbohong dan kenapa beliau tidak mampu memikirkan bahawa pembohongan sebesar ini tentu sekali mudah untuk didedahkan. 
 
Mungkinkah beliau sebenarnya dihantui rasa bersalah, dan cuba memindahkan perasaan bersalah itu kepada orang lain?  Mungkinkah dengan memindahkan kesalahan ke bahu Tun Mahathir, maka beliau berharap bukan sahaja dapat melepaskan diri dari kesalahan tetapi juga dapat membalas dendam sekali gus?
 
Perasaan bersalah Tun Musa mungkin dapat dijelaskan melalui ucapan Tan Sri Sanusi Junid dalam sebuah majlis anjuran bersama Universiti Malaya Perlis (UNIMAP) dan Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 8 Mac, 2011 yang antara lain menyebut mengenai peristiwa Memali seperti berikut: 
 
"Setahun kemudian pada tahun 1985, dalam mesyuarat kabinet sebelum Tun Dr. Mahathir berangkat ke negeri China, saya telah diminta menghubungi kenalan saya Ibrahim Libya yang dikehendaki menyerah secara aman kepada pihak polis. Saya telah menyampaikan hasrat saya untuk berjumpa Ibrahim tetapi, sepeninggalan Tun Dr. Mahathir ke China, dan belum sempat saya berjumpa Ibrahim, beliau telah terbunuh dalam peristiwa Memali. Pada waktu itu Tun Musa menjadi Menteri Dalam Negeri dan memangku jawatan Perdana Menteri."
 
Kenyataan Tan Sri Sanusi adalah konsisten dengan berpuluh atau beratus lagi rekod sejarah dan memori para pemimpin UMNO pada ketika itu, mengenai Memali.  Entah kenapa Tun Musa perlu berbohong mengenainya…
 
Mungkin, Tun Musa tidak mampu lagi menahan dendam lalu mencipta pembohongan ini secara spontan dan tidak berfikir panjang.   Jika ini benar, kita ingin nasihatkan beliau agar melupakan dendam dan menghabiskan sisa-sisa hidup dengan tenang. 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nik Aziz mengaku dirinya bukan maksum



Sesuatu yang amat jarang dilihat di kalangan pemimpin Melayu ialah ‘meminta maaf’. Hampir dalam semua keadaan para pemimpin politik Melayu cukup sukar melafazkan maaf biarpun kesalahan tersebut begitu jelas dan sudah pun diketahui umum.

Sekiranya kesalahan mereka terdedah lalu kalah bertanding atau dikenakan tindakan, kebanyakan mereka mengambil sikap memberontak serta berdendam ke atas pihak yang mendedahkannya atau yang telah mengalahkan mereka. Sama sekali mereka tidak merasa bersalah, jauh sekali mengaku salah dan selamanya tidak akan mengalah. Sebolehnya, mereka akan menafikan kesalahan biarpun ia bermakna menghancurkan segala-galanya.

Antara pemimpin Melayu yang biasa kita dengar mengaku salah ialah Tun Mahathir yang pernah meminta maaf kerana gagal mengubah pemikiran orang-orang Melayu. Dan pada hujung minggu lalu, seorang lagi pemimpin Melayu iaitu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, telah meminta maaf kepada rakyat atas segala kesalahan atau kegagalannya selama menjadi Menteri Besar Kelantan.

Nik Aziz telah menitiskan air mata ketika memohon maaf dalam kuliah subuh di Masjid Pulau Melaka bersebelahan rumahnya. Dalam permohonan maafnya, beliau mengandaikan segala penyakit yang ditanggungnya kini adalah kifaarat dosa selama memerintah Kelantan.

Kita pasti, rakyat Kelantan yang selamanya mengagungkan Nik Aziz sedia memaafkan segala kesalahan pemimpin mereka itu.

Namun, dalam masa yang sama, tidak mustahil mereka juga merasa musykil akan apakah kesalahan Nik Aziz terhadap mereka. Ini kerana, selama ini Nik Aziz dianggap mereka sebagai maksum, bertaraf wali keramat dan tidak boleh dikritik.

Bagi Nik Aziz untuk menitiskan air mata meminta maaf, menunjukkan betapa beliau benar-benar insaf dan sedar akan kesalahannya. Nik Aziz pasti tahu fatwa apa yang pernah dikeluarkannya bertentangan dari ajaran Islam. Nik Aziz juga tahu apa yang telah dilakukannya sehingga menyebabkan tanah negeri Kelantan tergadai kepada pemimpin DAP. Nik Aziz juga tahu apa yang telah tidak dilakukannya sehinggakan rakyat Kelantan tidak mampu mendapat bekalan air yang efisien dan bersih biarpun beliau telah memerintah sehingga lebih dua dekad.
Begitu juga maksiat dan keruntuhan moral di kalangan rakyat Kelantan yang mencatatkan statistik tertinggi tetapi di masa yang sama sering menyalahkan kerajaan BN atas masalah sosial dalam negara. Selain itu, Kelantan juga mencatatkan kemiskinan tertinggi serta tidak mampu menjana kewangan sendiri sehingga memerlukan bantuan dari kerajaan pusat saban tahun, tetapi di masa yang sama pemimpin negeri itu terus menghentam dan mencela kerajaan pusat sebagai zalim.

Dalam keadaan kufur, pemimpin Kelantan tega merujuk kepada negeri itu sebagai Serambi Mekah, sekali gus memburukkan nama Islam dan tanah suci umat Islam itu. Selama itu juga, fitnah dan hamun terhadap BN serta riak dan takbur atas ‘keIslaman’ sendiri menjadi cara hidup pengikut-pengikut Nik Aziz.

Akibatnya, perpecahan ummah semakin hari semakin kronik. Nik Aziz bukan sahaja berdegil enggan menyambut salam perpaduan UMNO, malah menolaknya pula dengan fitnah kononnya UMNO tidak ikhlas dan UMNO tidak Islam.

Walaubagaimanapun, segala apa yang berlaku ini kini dengan sendirinya terhapus dek air mata keinsafan Nik Aziz. Maka pada hari ini, penyokong-penyokong Nik Aziz dan juga penganut PAS wajib menerima hakikat bahawa Tok Guru yang mereka puja selama ini, bukan maksum.

Bukalah mata dan terimalah hakikat bahawa pemerintahan PAS atau pemerintahan Tok Guru itu bukan sahaja tidak lekang dari melakukkan kesilapan, malah jauh lebih buruk dan teruk lagi dari pemerintahan mereka yang tidak bergelar Ulama.

Sedarlah bahawa agama bukan untuk dipolitikkan untuk merebut kuasa memerintah negeri tetapi untuk diamalkan di dalam hati sanubari. Agama bukan untuk dipertontonkan atau dipamerkan di pakaian dan slogan tetapi sebagai pakaian akhlak bagi ‘mencantikkan’ diri sendiri.

Negeri atau negara perlu ditadbir dengan pengetahuan yang luas, bukan sekadar pengetahuan hukum hakam nikah kahwin semata-mata. AlQuran itu adalah panduan hidup, bukan untuk dipetik dan dilagukan bagi memenuhi pendapat kita.

AlQuran menyuruh manusia menimba ilmu melalui alam semesta bukan dengan duduk dan membacanya siang malam. AlQuran mewajibkan manusia menggunakan akal iaitu anugerah tertinggi terhadap makhlukNya, dan bukannya mengikut cakap Tok Guru secara membabi-buta.



Jika Nik Aziz pernah meletakkan dirinya ke tahap Ulama politik yang menjadi Bapa Perpecahan Ummah, namun permohonan maafnya secara terbuka ini telah dengan sendirinya melonjakkan kedudukan beliau ke kedudukan Ulama tersohor yang sebelum ini tidak layak diterimanya.

Akhirnya, di usia senja di saat di mana tubuhnya telah tidak lagi berdaya, Nik Aziz telah mengajar penyokongnya ilmu yang paling hebat, iaitu ‘merendah diri’. Sesungguhnya, merendah diri dan memohon maaf adalah terlalu amat sukar kecuali bagi orang-orang yang kuat.

Kita doakan Nik Aziz panjang umur dan sihat sejahtera agar dapat membawa penyokongnya kembali berpijak di bumi nyata, bersatu padu tanpa mengira fahaman politik, demi agama, bangsa dan negara.

Oleh : Allahyarham Tan Sri Dato' Mohd Asri Haji Muda [Presiden PAS ke-3]


Suasana dalam organisasi PAS menjelang muktamar tahunan atau mesyuarat agung PAS yang ke 28 itu sudan begitu gawat, dan seperti yang dinyatakan, hubungan ukhwah antara pimpinan sudah menunjukkan wajah yang muram. Keberkesanan pimpinan sudah mulai luntur. Pada ketika itulah Muktamar Tahunan PAS yang ke 28 diadakan. Muktamar tahunan itu diadakan pada 6 Muharram 1403 Hijrah bersamaan 23 Oktober 1982, di Balai Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.


Maka Balai Seminar DBP telah mencatatkan suatu kejadian yang amat dikesalkan dan begitu memalukan, betapa ucapan saya sebagai Yang Dipertua Agung telah tidak diterima oleh muktamar. Sebenarnya kejadian seperti ini belum pernah berlaku dalam sejarah sekurang-kurangnya sejarah parti-parti besar di Malaysia baik PAS sendiri mahupun UMNO. Mungkin ia merupakan satu cara untuk menunjukkan kebencian kepada saya sebagai pemimpin ketika itu,tanpa menyedari bahawa langkah yang tidak wajar dan tidak sopan itu akan menjejaskan kewibawaan parti itu sendiri. Apatah lagi apabila ditokok pula oleh suasana muktamar yang dipenuhi dengan gambar-gambar tokoh revolusi Iran dan pekikkan dan laungan yang menganggu ucapan. Malah pekikkan Marakbar Asri berselang seli dengan kalimah suci ALLAH UAKHBAR. Ketika itu banyak orang yang tahu makna 'marakbar Asri' yang bererti 'mampuslah Asri' iaitu pekikkan yang sering diucapkan oleh Iran dengan kalimah 'marakbar Amerika'. Saya mencatatkan peristiwa ini hanyalah sekadar untuk kenangan sejarah bagi generasi akan datang.


Menyedari hal yang sedemikianlah, maka sebelum muktamar tersebut saya memaklumkan kepada beberapa ahli jawatankuasa agung bahawa saya tidak bercadang untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan saya sebagai Yang Dipertua Agung dan saya bersedia mengundur diri daripada bertanding dalam muktamar tahunan akan datang dan pemilihan pimpinan dan ahli jawatankuasa agung dilakukan. Akan tetapi segala-galanya berubah, suasana dan keadaan telah berlainan.


Ucapan dasar saya itu disusun seperti biasa dengan terlebih dahulu menyentuh hal-hal yang berlaki di luar negeri terutamanya dunia Islam, kemudian barulah perkara rumah tangga parti sendiri. Ulasan politik dalam negeri diberi ruangan yang agak lebih. Ada baiknya dibawah ini disebutkan sebahagian daripada ucapan itu.


"Semenjak kerajaan dibawah pimpinan Dr. Mahathir ini ditubuhkan, banyak langkah-langkah yang penuh sensasi telah diambil, antaranya ialah perubahan wakti, sistem perakam waktu kerja, memakai nama di baju, sistem 3M bersekali dengan KBSR, pengistiharan harta bagi pegawai-pegawai kerajaan, pengambilan alih Guthrie, memandang ke Timur, Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan beberapa langkah lain. Kita akui bahawa langkah-langkah tersebut memang mnarik dan seperti perkara-perkara lain yang penuh sensasi ia mudah memikat minat dan hati rakyat. Oleh yang demikian langkah-langkah perlulah diambil bagi mengkaji bagaimana dan sejauh mana kesannya dan apakah ia bersifat propaganda semata-mata atau sesuatu yang baik."


Tentang dasar pandang ke Timur, ucapan saya memberikan pandangan yang agak panjang sedikit. Antara lain ialah :


"Kejayaan kedua-dua negara Timur ini nampaknya oleh kerajaan diletakkan atas beberapa faktor iaitu etika kerja, sistem teknologi yang cekap atau efficient dan sikap espirit de corps seperti yang diamalkan oleh negara tersebut. Sikap seperti itu mungkin mempunyai beberapa aspek yang baik dan positif; akan tetapi kita mesti arif bahawa mentaliti, teknologi dan kecekapan semata-mata tidak semestinya menjamin produktiviti dan dinamisme. Kemajuan ekonomi rakyat dan negara akan berkembang dari tahap ke tahap mengikut keupayaan rayat dan negara itu sendiri. Segenap anggota dan pancaindera masyarakat dan semua prasarana kemanusiaan, ekonomi dan perdagangan hendaklah dibina.Kekayaan yang ada pada sesebuah negara kita ini hanya menjadi suatu bahan yang manfaatnya boleh dilipat gandakan dengan teknologi dan pengurusan yang cekap serta ciri dinamis yang ada pada rakyat itu sendiri. Jalan senang kepada matlamat itu tidaklah semudah itu dapat dimodelkan kepada mana-mana contoh yang lain oleh kerana asas setiap masyarakat berbeza. Rakyat Jepun mempunyai sifat-sifat tertentu sebagai sebuah masyarakat 'Kaum Tunggal' dan negara serta rakyatnya pernah memenangi peperangan besar dan mengalami kekalahan ketenteraan yang amat memalukan. Sebelum Perang Dunia Kedua mereka bangkit dengan psikologi perang dan hasrat untuk menubuhkan empayar. Selepas perang mereka bangkit untuk menebus kekalahan tenteranya dengan kejayaan ekonominya di pasaran dunia. Motif seperti ini menjadi tenaga penggerak yang dinamis. Maka dalam suasana seperti itu, etika kerja, kecekapan dan teknologi hanya menjadi cara dan alat semata-mata, bukannya matlamat. Jalan senang untuk mencapai kemajuan ekonomi dengan cara meniru Jepun dan Korea itu mungkin juga boleh membawa akibat yang menjejaskan perkembangan kemajuan ekonomi dan kebebasan perdagangan negara dan rakyat yang sihat"


Seterusnya ucapan dasar saya menyentuh beberapa perkara lagi dan antaranya :


"Isu Bank Islam dan Universiti Islam Antarabangsa adalah antara isu besar yang nampaknya dicanangkan dengan agak gempita di seluruh negara tidaklah seharusnya menyebabkan kita terperanjat dan rasa terpesona. Kita juga tidak boleh bersikap negatif. Kita tidak boleh terpesona lalu merasa rendah diri seolah-olah peranan PAS sudah tidak penting lagi, seolah-olah gelanggang untuk perjuangan PAS dan pentas pidato PAS telah diambil alih oleh UMNO dan kerana itu pula nasib masa depan PAS jadi muram dan kita tidak perlu lagi aktif, tidak perlu lagi bekerja keras. Anggapan seperti ini biarlah tumbuh meliar di kalangan orang-orang luar daripada kalangan kita. Dalam pada itu kita tidak boleh sama sekali bersikap negatif dengan memandang sepi dan buruk belaka pada apa saja yang dilakukan oleh orang lain. Seolah-olah baik semuanya daripada kita dan orang lain semua buruk dan tidak betul belaka. Sudah seharusnyalah semua anggapan dan tanggapan kita kepada semua masalah hendaklah objektif dan jujur sejajar dengan tugas kita berjuang untuk mencapai kebenaran dan menghayati ajaran Islam. Kita alu-alukan hasrat mana-mana pihak pun sekiranya mereka benar-benar hendak menjadikan partinya sebuah parti Islam yang memperjuangkan cita-cita untuk tegaknya kedaulatan Islam di negara ini."


Demikian secebis sedutan daripada teks ucapan dasar, yang saya kira cukup untuk mencari dari sudut manakah makanya ucapan saya itu tidak diterima langsung oleh Muktamar PAS tersebut.


Artikel ini dipetik dari : Memoir Politik Asri : Menitis Arus yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1993


Read more: http://penaminangreturn.blogspot.com/2014/03/presiden-pas-ketiga-adalah-presiden-pas.html#ixzz2xUzv5XaY

Follow us: @penaminang on Twitter | penaminangfanpage on Facebook


--

Pena Minang Return


E-mail/Yahoo messenger : penaminangreturn@gmail.com
blog : penaminangreturn.blogspot.com
facebook : facebook.com/penaminang
facebook fan page : facebook.com/penaminangfanpage
twitter : twitter.com/penaminang

Ahad, 30 Mac 2014

Bila Macai Pas Nak Berdemo?

Ahli Parti Pas di Lembah Kelang telah dikerahkan oleh boss mereka iaitu Dap untuk berdemonstrasi di Bandaraya Kuala Lumpur kerana Menteri Wilayah Persekutuan YBM Tengku Adnan dan DBKL mencadangkan kenaikan cukai hartanah di KL dikaji dengan kata lain untuk menaikkann kadar cukain yang munasabah setimpal dengan peredaran masa.

Nilai harta semakin meningkat, begitu juga kadar sewaan juga telah lama naik, bak kata orang sesiapa ada tanah sekangkang kera pun ibarat memiliki emas permata.

Usaha kerajaan mendapat bantahan dan kecaman yang hebat dari puak-puak mata sepet yang mendominasi hartanah di KL. Maka dikerahkan macai-macai Pas untuk membuat bantahan. Berbekalkan upah yang lumayan, mereka sanggup mempecacaikan diri mereka kepada tauke-tauke jutawan yang hanya remote control dari jauh.

Dalam masa yang sama kerajaan negeri yang berjiran dengan Wilayah secara diam-diam menaikkan kadar sewaan dan cukai berlipat kali ganda, tetapi macai yang rata-rata dungu dan daif info tidak pula dikerah untuk membuat demo atau bantahan.

Sehingga ke hari ini kita ternanti-nanti bilakah gerombolan atau bala tentera Pas akan dikerahkan untuk berdemo di hadapan SUK atau di hadapan MPSH atau dewan perbandaran yang lain.

Memang tidak ada, pada hal satu dunia sudah tahu akan kenaikan cukai tersebut. Apakah Harakah sengaja menyembunyikan fakta kenaikan cukai/ lesen perniagaan?

Nah! Lihat ini

Sabtu, 29 Mac 2014

Tahniah BN Sarawak

PRK bahagian Mukah kali ini untuk kerusi Dun Balingian berjalan dengan aman damai.

Kenapa begitu?

Sebabnya tak lain tak bukan kerana tidak ada gerombolan Pas ke sana. Ia berbeza dengan PRK Parlimen Sibu satu ketika dahulu.

Kebiasaannya baik dalam Pru atau Prk di Sarawak keadaan akan sentiasa aman dan tenang. Tidak akan ada pergaduhan atau ejekan, budaya buruk mula berubah apabila Pas dan Pkr mula memasuki bumi Sarawak.

Lihat tadi semasa Pengarah Prk mengumumkan keputusan, kedua-dua pihak yang bertanding berada di pentas dan penyokong masing-masing berada di bawah. Suasana ini hanya wujud di sana sahaja sejak sekian lama.

Mungkin gerombolan Pas sudah serik kerana kehadiran mereka mengganggu dan mencetuskan huru-hara di sana. Dahulu mereka anggap suasana Prk di sana kalut semacam Prk di semenanjung.

Ketika itu seorang muslimat Pas telah memalukan dirinya dan seluruh gerombolan Pas kerana mengenakan hijab berlogo Dap. Apabila gambarnya viral seluruh negara, barulah muslimat tersebut malu sendiri. Tak kurang juga kisah muslimat lari lintang pukang kerana dikejar dan dijilat kaki oleh anjing penduduk. Mereka tersalah tuju, disangka rumah didiami oleh orang melayu islam tetapi tersalah kerop.

PRK Sibu memberi pengajaran buat mereka dan akibatnya Prk kali ini tidak ada lagi muka-muka Pas. Tambahan lagi ialah hubungan baik Pas Pkr kini semakin keruh. Ia jelas dapat dilihat pada Prk Kajang minggu lalu.

Setelah 13 tahun Pas bersama Dap dan Pkr, mereka masih lagi kekal sebagai pakatan haram kerana masih gagal mendaftarkan pakatan mereka secara sah seperti yang dilakukan oleh BN yang dianggotai oleh 14 parti komponen.

Tahniah sekali lagi kepada seluruh jentera Bn yang jauh dan dekat dalam usaha mengekalkan 35 kerusi PPB.

BN MENANG


Keputusan terkini PRK Balingian. BN bergaya mendahului 2030 undi majority


5.39 petang – Keputusan tidak rasmi PDM Petanak;
Jumlah Pengundi: 962 pengundi
Jumlah Keluar Mengundi: 705 orang (73.28%)
Undi BN: 640 undi
Undi PKR: 57 undi
Undi Rosak: 8 undi
BN menang majoriti 583 undi

5.25 petang – Keputusan tidak rasmi PDM Suyong;
Jumlah Pengundi: 676 pengundi
Jumlah Keluar Mengundi: 499 orang (73.82%)
Undi BN: 423 undi
Undi PKR: 73 undi
Undi Rosak: 3 undi
BN menang majoriti 350 undi

5.23 petang – Keputusan tidak rasmi PDM Litong;
Jumlah Pengundi: 1,059 pengundi
Jumlah Keluar Mengundi: 795 orang (75.07%)
Undi BN: 727 undi
Undi PKR: 61 undi
Undi Rosak: 7 undi
BN menang majoriti 666 undi

5.18 petang – Keputusan tidak rasmi PDM Bedengan;
Jumlah Pengundi: 401 pengundi
Jumlah Keluar Mengundi: 291 orang (72.57%)
Undi BN: 235 undi
Undi PKR: 51 undi
Undi Rosak: 5 undi
BN menang majoriti 184 undi

5.10 petang – Keputusan tidak rasmi PDM Balingian;
Jumlah Pengundi: 611 pengundi
Jumlah Keluar Mengundi: 412 orang (67.43%)
Undi BN: 328 undi
Undi PKR: 81 undi
Undi Rosak: 3 undi
BN menang majoriti 247 undi

No comments:


Anwar bila pulak?

Karpal undur diri sebagai Pengerusi DAP http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140329/dn_32/Karpal-undur-diri-sebagai-Pengerusi-DAP

Jumaat, 28 Mac 2014

Tahniah: JKKK baru telah dilantik untuk tahun 2014 hingga 2015 pun begitu ada yang tak kena

En Ariffin Pengerusi Baru JKK Kpg Expo

Sebahagian Pengerusi Parlimen Taiping

Muka Baru untuk Kg Jana

3 Parlimen Larut, Taiping dan Bukit Gantang

Tiba-Tiba naik banner ini, "banyak pro dan kon" .kata seseorang..

March 26 2014 Breaking News MH370 Pilot Home flight simulator had USA Mi...

ADAKAH KEHILANGAN MH370 SATU AGENDA MENJATUHKAN KERAJAAN YANG MEMERINTAH? BACA SURAT INI!


A letter to the Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dear sir,

With all due respect, if I were you, I would resign. I would just quit all my positions, take 1 year off and just go hide under the covers.

Half the country (52% approximately) hates you. They hate your wife. They hate your cousin. They hate the very air that you breathe in. There is so much hatred and it's mostly focused on you. So why go on? Let go. Have a good rest. Leave the cares of the world to others.

If I were you, I would just quit.

If you say something, it's the wrong thing to say. If you don't say anything, it's a sign you're hiding something. You can't do anything right can you? I mean, we expect you to be perfect and yet will look only for imperfections. You can't win, sir. Why continue the fight? It's not worth it.

And now, things are getting worse. There's a tough spot ahead with a big battle against a giant. And an army that just wants to stab you in the back. So what's the point in going on. If I were you, I would just pack my bags and take the missus out shopping where no one will make as if that's a crime. Why be so determined to fight the good fight when there is no appreciation?

Yeah, if I were you, I would just walk out that door.

Sometimes, I don't even know where you get your calmness from. You got some good guys I know, but sadly, you got some really really bad ones too. Those who just blow down all the good work that you have done. Work that has taken years and countless effort. Destroyed with one single slip of an unthinking tongue. If I were you, I wouldn't have any hair left at all.

It's so easy now. Just quit. Give up.

Let those who believe they can do better take over. Give in to the demands. Let them have their chance. Let them have a turn at the helm. Why should you care if the ship is navigated into treacherous waters and shipwrecked? Yes sir, why don't you just do that?

But luckily, I am not you. Or should I say you are not me?

I would have given up a long time ago. My determination is not as strong as yours. Neither is my courage. Nor my spirit.

I can't imagine the pressure you are faced with now nor the difficulties you have to confront. I doubt whether I could be in your shoes and still be standing. I doubt whether I would have the courage even to crawl out of bed knowing what I would have to face each bloody day.

So yeah, lucky I am not you. I am only human and a frail one at that. You are made up of much sterner stuff than I am. And that is something I and many others are lucky to have.

But sir, if I cannot be in your shoes, I would like to offer to stand beside you. Especially in these times. And although there may seem to be many who would stand against you, there are also many who would stand beside you and under our flag, Jalur Gemilang.

We may not be able to carry the whole weight upon your shoulders, but we can help to lighten it when you stumble. We can help to clear the path so it is an easier path to walk. And we can help to shelter you when the sun is too hot or the rains too heavy.

And we will stand beside you with our heads held high beneath the flag that defines us all.

Malaysians. Our country and our nation. It's time we declared which side we are on.

Melayu Diroboh dan Terus Roboh: Kali Ini Gerai Melayu Di Teluk Bahang, Pulau Pinang




Satu demi satu kawasan perniagaan orang Melayu di robohkan di Pulau Pinang. Apakah ini yang dikatakan sebagai kebaikkan kerajaan Pulau Pinang kepada rakyat. Nampaknya usaha DAP untuk menjadikan orang Melayu sebagai rakyat kelas kedua semakin lama semakin berjaya. Cuba anda bayangkan, warga asing pun boleh berniaga di Pulau Pinang, tetapi tiada tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri yang ditadbir oleh parti paling rasis dalam sejarah Malaysia itu, namun orang Melayu juga dijadikan sasaran oleh mereka.



                Dengan menggunakan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang, tindakan zalim dan tidak berperi kemanusiaan ini dilaksanakan dengan bersahaja tanpa rasa bersalah oleh pihak penguatkuasa. Jika dahulu semasa pemerintahan Barisan Nasional di Pulau Pinang, kaedah budi bicara sering digunapakai oleh kerajaan negeri. Namun apabila DAP mengambil alih negeri tersebut nampaknya mereka lebih selesa dengan menggunakan kaedah ala Zionist dalam melayan penduduk Melayu di negeri tersebut.



  Bayangkan betapa luluhnya hati apabila mata pencarian mereka dimusnahkan dengan jentolak milik kerajaan negeri. Setiap kepingan zink dan batu yang dipecahkan seolah-olah menjadi tanda gelapnya masadepan mereka dibawah pemerintahan Lim Guan Eng. Ini tidak termasuk barangan perniagaan yang rosak teruk akibat kekejaman kerajaan negeri yang tidak pernah senang melihat bangsa Bumiputera kaya dan mahsyur di negeri yang diperintah oleh mereka.

   



                Di dalam setiap ceramah yang dianjurkan oleh DAP, mereka kononya melaungkan slogan Malaysian Malaysia seolah-olah ingin mengatakan kerajaan persekutuan mengamalkan konsep rasisma didalam pentadbiran negara. Namun begitu kaedah “affirmative action” yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak pernah menidakkan hak mana-mana bangsa untuk mencari rezeki di Malaysia. Tidak seperti DAP yang sering menganggu perniagaan orang Melayu Islam di mana sahaja mereka berkuasa.



                Di Selangor pula, kita akan dapat melihat sekiranya di kawasan bandar, para peniaga Melayu juga bakal mendapat nasib yang sama. Penulis sendiri pernah melihat bagaimana restoran Melayu diperas ugut dan disita kerana kesalahan yang direka-reka. Premis perniagaan Melayu tidak dibenarkan untuk memasang meja di luar restoran, malah gerai burger anak-anak Melayu juga sering disaman dengan alasan menganggu lalu lintas. Ini juga berlaku kepada perniagaan orang India di Selangor.



Walhal jika kedai orang Cina ataupun restoran milik orang Cina, letak seberapa banyak meja di luar kedai pun tidak apa. Terus dikatakan ini adalah hak mereka dan tiada penguatkuasaan pun dijalankan keatas mereka. Melayu sudah pun merempat di sebahagian tempat di negeri Selangor dan juga keseluruhan di Pulau Pinang. Adakah gerakan ini akan berterusan sehingga orang Melayu tidak lagi mempunyai tempat di seluruh negara? Apakah orang Melayu akan merempat di tanah air sendiri tidak lama lagi?



Sebagai insan yang mempunyai hati dan akal, kita seharusnya patut menilai tentang perkara yang terjadi disekeliling kita. Bayangkan, di negeri yang mereka tidak mempunyai kuasa besar seperti Selangor pun mereka mampu untuk menindas orang Melayu. Mana perginya tok-tok lebai PAS dan para pejuang reformis PKR yang katanya akan membela nasib rakyat sekiranya ditindas. Tidak pernah lekang dibibir mereka tentang kezaliman Barisan Nasional kononya menggunakan rakyat untuk kesenangan pemimpin, namun para pemimpin PAS & PKR lagi jahat dan zalim kerana  menggunakan kuasa politik yang sedia ada hanya untuk kepentingan mereka. Masalah rakyat satu pun tidak diatasi dengan baik.



Mungkin ada diantara pak Lebai PAS yang keliru dengan perjuangan DAP dan mungkin juga ada reformis PKR yang lupa dengan sejarah lampau. Namun begitu, apa yang terjadi di Selangor dan Pulau Pinang ini wajar dijadikan pedoman buat kita semua. Pakatan Rakyat hanyalah haiwan politik yang gilakan kuasa, harta dan pangkat. Tiada seorang pun dari mereka yang sudi untuk berkhidmat melaikan kepada bangsa chauvinist yang tidak faham erti keharmonian di dalam negara majmuk yang mereka diami.

Khamis, 27 Mac 2014

#MH370: Agenda Media Barat Dalam Menjatuhkan Imej Malaysia Di Mata Dunia.

Media barat yang berprestij seperti CNN, Al-Jazeerah, Fox News dan sebagainya selalu dikaitkan dengan laporan berintegriti dan benar. Mereka dijadikan rujukan bagi para pengkaji dan dianggap sebagai salah satu sumber maklumat yang penting kepada warga dunia. Namun begitu, setelah dikaji dan diteliti semula, kebanyakkan maklumat yang dikeluarkan media barat tidak lah setepat yang kita sangka. Malah, ada diantara yang mereka keluarkan langsung tidak tepat dan di reka cipta atas agenda tertentu.

                Tragedi MH370 merupakan salah satu insiden di mana media barat telah memainkan peranan untuk mensabotaj dan memalukan Malaysia. Walaupun dengan nama segah CNN, mereka sering menayangkan perkara-perkara yang negatif yang tidak tepat untuk tatapan seluruh dunia. Apa yang boleh dikatakan ialah, media barat seolah-olah mempunyai agenda tertentu agar pihak berkuasa di Malaysia nampak seperti tidak cekap dan gagal mengawal keadaan.

                Contoh penipuan paling besar adalah siri wawancara yang disiarkan oleh Fox News yang sering mengetengahkan kononya tragedi MH370 itu adalah disebabkan oleh juruterbang yang beragama Islam. Pada pandangan Fox News jika seseorang itu tidak berkulit putih maka mereka adalah pengganas yang perlu dihapuskan. Tetapi disebabkan oleh kebebasan media tanpa sekatan Amerika Syarikat berita-berita rasis seperti ini masih lagi boleh disiarkan hanya kerana atas nama kebebasan bersuara.

                Jika kebenaran yang dicari oleh agensi media barat, apakah kiranya mereka tidak terus memberikan sokongan dan melaporkan maklumat yang telah diberikan oleh Kerajaan Malaysia. Maklumat yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia bukanlah diambil dari satu sumber, tetapi ianya adalah hasil dari perkongsian data daripada 26 buah negara yang terlibat secara langsung dalam operasi dan menyelamat MH370.

                Kerajaan Malaysia telah memberikan maklumat yang tepat dan lengkap untuk panduan bersama bagi seluruh penduduk dunia. Namun, tidak tahu dimana salahnya, media barat tetap memainkan isu konspirasi dan kegagalan pihak berkuasa Malaysia. Ini dijadikan modal oleh musuh dalaman dan luaran Malaysia untuk terus dijadikan modal bagi memfitnah pihak kerajaan persekutuan. Sungguhpun begitu pujian harus diberikan kepada pihak tentera negara lain yang sedang berusaha sedaya upaya untuk membantu dan menyelesaikan masalah ini.

                Pihak media barat ternyata ingin mewujudkan sentimen negatif apabila menjemput pula Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim untuk memberikan komen tentang apa yang telah terjadi dengan penerbangan MH370 tersebut. Sudah tentu Anwar yang sudah lama berdendam dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia akan memberikan pandangan sehabis buruk dengan situasi kini. Apa natijahnya pihak media barat memaparkan maklumat yang bercanggah dan hanya spekulasi? Adakah mereka berkhidmat untuk pihak tertentu yang ingin menjatuhkan kerajaan yang sedia  ada?

                Dengan kebanjiran  pelbagai gossip dan cerita palsu, media barat tanpa segan silu menyebarkan tentang konspirasi, dan ianya lebih daripada apa sebenarnya yang telah dijumpai oleh para penyiasat antarabangsa. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersama menegakkan kebenaran dan memberikan sokongan penuh kepada Malaysia. Tidak kira fahaman politik, agama, bangsa dan taraf ekonomi perlu mempertahankan maruah dan imej Malaysia daripada di fitnah oleh konspirasi yang telah direkacipta untuk selera rakus kapitalis media barat.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Takziah kepada keluarga Datuk Ali Mamak

Berita yang diterima pagi ini ialah pemergian buat selama-lamanya pelawak Ali Mamak yang terkenal sebagai pelawak, dramatis, penyanyi dll. 

Bakat beliau dicungkil oleh RTM awal tahun 80an dahulu, sebelum ini pelawak Ahmad Busu dari Taiping yang terkenal dengan nama Mat Deris dalam sitcom 'Pi mai pi mai tang tu' .

Sitcom yang menaikkan namanya ialah 'Lemak-lemak Santan Berlada'.

Pkr menghina lagi penduduk Mukah dan Balingian

Tak cukup dengan penghinaan oleh ahli Amk dari Selangor kelmarin, pagi ini macai Pr atau red bean army terus mengeluarkan bahan kempen yang menunjukkan bandar Mukah dan Kampung Balingian adalah petempatan paling buruk dan tidak membangun.

Jika diperhatikan gambar di atas red bean telah mencedok gambar arkib dari blog Sk Kg Tellian Mukah, gambar arkib dua bangunan lama dijadikan modal mereka.

Begitu juga tiga gambar di sebelah kanan ia di kutip dari goggle iaitu gambar rumah Kpg Penakub Ulu dan dua gambar di bawah adalah di Kpg Tellian sendiri tempat kelahiran calon yang sedang bertanding mewakili Bn.

Mungkin RBA boleh memperdaya atau membohongi orang luar yang tidak pernah menjejakkan kaki ke bahagian Mukah tetapi tidak dapat menipu pengundi di Dun Balingian itu sendiri. Ini kerana mereka sendiri merasa dan hidup dalam arus pembangunan yang dimulakan sejak tahun 80an.

Jika dahulu Mukah adalah sebuah pekan kecil dalam bahagian ketiga (  3rd Division   ) dan ditadbir dari Sibu, kini Mukah telah menjadi sebuah daerah yang besar bermula dari pertengahan Sungai Dallat, Sungai Mukah, Sungai Balingian, Sungai Igan,  dan memanjang dari pantai Balingian hinggalah ke Pulau Bruit,, Kpg Rajang dan Mato Daro..

Jika 30 tahun Mukah hanya pekan kecil berdinding papan tanpa taman perumahan, kini sudah ada bangunan tinggi, hospital yang besar, malah lapangan terbang utama mampu menerima pendaratan pesawat besar seperti Boieng.

Kini Mukah juga menjadi hub kepada pelbagai pembangun industri moden yang telah dan sedang dibangunkan untuk kesejahteraan penduduk.

Kini Mukah menerima penambahan penduduk yang berhijrah dari tempat lain kerana pembangunan yang dilakukan oleh Taib sewaktu menjadi Ketua Menteri. Jika pertengah tahun 80an, bandar Bintulu menerima penambahan dan penghijrahan masuk penduduk dari daerah lain kerana jumpaan gas asli, minyak dan lain-lain, kini Mukah pula menjadi tumpuan kerana industri perkapalan, arang batu dan lain-lain.

Akhir kata kepada red bean army yang tidak pernah menjejakkan kakinya ke daerah tersebut, dicadangkan untuk membuat lawatan ke sana selama 3 atau 4 hari, kerana daerah tersebut terlalu besar untuk lawatan sehari. Penginapan pun baik kerana ada banyak resort dan hotel di sepanjang pantai.

Sekian

Rabu, 26 Mac 2014

Azmizan ahli Pkr dari Selangor menghina penduduk Melanau Balingian

Azmizan seorang ahli parti Pkr yang melawat Balingian dalam Daerah Mukah hari ini telah menghina kaum Melanau dengan menyiarkan gambar beliau berdiri di belakang sebaris bangunan lama yang terdapat di kampung tradisi masyarakat Melanau.

Memang benar bangunan itu kelihatan buruk dan tidak cantik tetapi ia merupakan bangunan lama yang wujud sejak pembukaan kampung tersebut. Balingian sememangnya sebuah kampung bukan sebuah pusat bandar sebagaimana yang didakwa beliau.

Bandar Mukah adalah pusat bandar kepada penduduk Balingan untuk berurusan dengan jabatan kerajaan dan untuk tujuan membeli belah.

Balingian tidak seperti 30 atau 40 tahun yang lalu, jika dahulu perhubungan utama ke sana hanyalah menggunakan tongkang dan bot laju jika mahu ke Bintulu dan Mukah, tidak ada jalan darat. Akan tetapi mulai tahun  pertengahan tahun 80an jalan darat mula dibina dan kini jalan raya berturap menjadi alat perhubungan utama penduduk Balingian dengan bandar-bandar besar seperti Miri, Sibu, Kuching dan lain-lain daerah.

Di kawasan pedalaman sungai Balingian terdapat beberapa buah rumah panjang yang dihuni oleh kumpulan etnik Iban, terdapat segelintir kaum Cina Foochow yang berniaga dimana sebagaimana terdapat dalam gambar tersebut.

Kegiatan utama penduduk dikampung ini ialah nelayan, pengusaha tanaman sagu rumbia dan bercucuk tanam. Dahulu kebanyakan anak-anak penduduk kampung ini bersekolah di bandar Mukah di peringkat menengah. Sekolah menengah menyediakan asrama kepada mereka. Antara sekolah menengah yang menjadi pilihan ialah SMK 3 Sungai dan SMK St Patrick Mukah.

Kini dengan adanya jalanraya pantai, Daerah Mukah menjadi tumpuan pelancong setiap hujung minggu, rata-rata pengunjung akan mencari umai sejenis makanan yang menggunakan isi ikan terpilih untuk dimakan secara mentah. Umai boleh dibuat menggunakan ikan perang, ikan bawal dan ikan yu.

Selain umai, ulat mulung atau ukat siet juga menjadi kegemaran penduduk tempata  dan pelancong. Jika ke sana jangan lupa untuk membawa pulang kuih tabaloi yang dibuat daripada tepung lemamtak atau nama lain ialah tepung sagu.

Mukah dan Balingian juga merupakan tempat mendarat ikan-ikan segar yang terbaik dari Laut Cina Selatan. Ikan yang diperolehi dari kawasan ini sangat lazat dan manis selain saiz ikan yang sangat besar jika dibanding dengan ikan yang didaratkan dimana-mana tempat lain.

Mukah mempunyai keistimewaan lain, antaranya menikmati sunset di tepi pantai dan juga pesta kaul yang diadakan selepas musim tengkujuh.

Kini bandar Mukah pesat membangun jauh berbanding sebelum tahun 80an. Semua pembangunan Mukah adalah hasil usaha mantan ketua menteri  TYT Taib Mahmod, beliau boleh dikatakan sebagai arkitek kemajuan dan pembangunan bumi Sarawak agar setanding dengan negeri di semenanjung.

Kepada penduduk Balingian dan Mukah, perlu menolak kemasukan parti Pkr yang menunjukkan sikap bongkak dan sombong sehingga sanggup menghina penduduk Balingian.

Kassim Ahmad di tahan untuk siasatan

Bertempat di rumah Kassim Ahmad di lot 1504 , Jalan Kulim Height 3, Persiaran Kulim Golf, 09000 Kulim. Seramai 10 orang penguatkuasa terdiri dari 5 orang Pej. Agama Daerah Kulim (PADK) dan 5 orang Jab. Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) diketuai Ust. Anwar Salehuddin Bin Mat Saad [ Penguatkuasa Pej. Agama Daerah Kulim ] menyerahkan waran tangkapan bertarikh 25 Mac 2014 dan waran geledah bernombor 003143 bertarikh 19 Mac 2014 dari Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan ke atas Kassim Ahmad. Namun Kassim Ahmad enggan menurun tandatangan penerimaan di muka 2 waran tersebut, sebaliknya menghalau penguatkuasa agama untuk pulang kerana melakukan kerja yang mengarut dan tidak mengiktiraf mana-mana pejabat agama.Penguatkuasa agama terus membuat tangkapan dan bawa Kassim Ahmad ke IPD Kulim untuk membuat laporan tangkapan dan seterusnya akan membawa Kassim Ahmad ke Bahagian Penguatkuasaan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk tidakan selanjutnya. Laporan Polis Hi Tech Rpt. No. 402/14 bertarikh 26/03/2014 @ 1513 adalah berkaitan.

Ulasan.
Kassim Ahmad merupakan ahli politik sosialis dan terkenal dengan gerakan anti hadis. Kassim Ahmad ditahan di bawah Sek. 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah [Wilayah-Wilayah Persekutuan] 1997 iaitu menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama islam semasa Seminar Pemikiran Kassim Ahmad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 16 Feb 2014. Sebelum tangkapan ke atas Kassim Ahmad dilakukan, Kassim Ahmad telah mempertikaikan kuasa-kuasa penguatkuasaan, waran tangkap yang dikeluarkan ke atasnya dan berkeras tidak mahu mengikut arahan yang terkandung dalam waran tangkap tersebut. Selepas penerangan oleh pihak PADK, akhirnya Kassim Ahmad bersetuju mengikut penguatkuasa PADK dan turut ditemani isterinya Sharifah Fawziah Binti Syed Yussof. Difahamkan, selepas tangkapan dan laporan polis dibuat, Kassim Ahmad akan dibawa oleh penguatkuasa PA

Latipah Ohhh! Latipah

Peguam kontroversi Pkr semakin meroyan. Sejak menyertai dan aktif dalam parti politik pembangkang, tindak tanduk beliau semakinmenggusarkan.

Majlis Peguam Malaysia perlu menilai semula kewarasan
Tipah sama ada releven atau tidak. Jika tidak lesen guamannya harus ditarik balik daripada membiarkan beliau terus menerus menjalankan amalan guamannya.

Jika Majlis Peguam tak mampu berbuat sesuatu, eloklah Tipah dirujuk ke Klinik Kesihatan Kewarasan Diri untuk menjalani ujian-ujian ke dalam jiwa beliau, mana lah tahu ada kerosakan dalam tempurung otak atau jantung hatinya sudah rosak.

Jika terdapat sebarang kerosakan, beliau perlulah menjalani rawatan sebagai pesakit luar atau dirawat di mana-mana hospital yang sesuai.
Tak gitu?

Selasa, 25 Mac 2014

Sebastian Phiu: persoalkan penumpang (Iran)

Wa cuma mau tanya kenapa orag Iran yang berbaju hitam tu memakai salib? Adakah dia orang Iran beragama Kristian? Atau dia memang beragama Kristian tapi dia bukan orang Iran. Atau dia sebenarnya CIA/MOSSAD yang mana kita tau diaorang memang ada hubungan baik dengan Iran. Atau bagaimana?

Sedikit fakta mengenai populasi Iran yang dikaitkan dengan agama. Populasi penduduk Iran adalah seramai 77,176,930 juta orang yang dianggarkan pada tahun 2013. Agama di Iran dimonopoli oleh agama Syiah iaitu seramai kira-kira 90% hingga 95% dari kesuluran rakyatnya. Syiah juga merupakan agama rasmi negara mereka. Manakala 4% hingga 8% daripada rakyat Iran beragama Islam-Sunni. Baki 2% pula adalah minoriti agama bukan Islam, ia termasuk ahli-ahli Bahai, Mandeans, Hindu, Yezidis, Yarsanis, Majusi, Yahudi, dan Kristian. 

Jadi, tidak mustahil penumpang Iran yang dikatakan menggunakan passport palsu tersebut adalah orang Kristian. Mereka minoriti dan mungkin sebab itulah mereka lebih suka berhijrah ke negara lain. Tapi benarkah begitu? Kerana agama Syiah terkanal dengan agama bertaqiyah iaitu mereka menipu untuk menyorokkan akidah mereka. Jadi, tidak mustahil juga mereka memakai salib itu hanya sekadar taqiyah mereka.

Read more: http://www.sebastianphiu.com/2014/03/kenapa-penumpang-mh370-warga-iran-syiah.html

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bendera separung tiang di Perak esok.

Esok 26 Mac 2014 seluruh bangunan kerajaan akan mengibarkan bendera separuh tiang tanda berkabung berikutan kehilangan MH370 di Lautan Hindi.

AhlI DAP ini dah melampau biadapnya

Translation dari Facebook Ng Teong yg mengecam PM dan semua anggota BN mati. Articlenya adalah berbunyi seperti berikut :

Ng Kok Teong (wakil DAP) menyatakan dia mewakili 130juta Rakyat China untuk mengali kubur PM Najib dan Penyokong Parti BN, dan lapan belas keturunan semua penyokong BN.

Dia juga menyatakan hasratnya untuk mendoakan supaya PM Najib dan semua penyokong BN dan keluarganya mati dilanggar kereta.

Kajang Move Gagal Sepenuhnya Jika Wan Azizah Tidak Jadi MB

 
'Kajang Move' atau Gerakan Kajang adalah satu perancangan untuk meletakkan Anwar di tempat yang lebih signifikan di dalam politik, iaitu dengan menjadikan beliau Menteri Besar Selangor.   
 
Mengikut perkiraan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR, gerakan ini akan membuka peluang yang lebih baik kepada Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya dalam Pilihanraya yang akan datang. Memandangkan Anwar telah didapati bersalah oleh mahkamah, maka Wan Azizah dipersiapkan sebagai boneka pengganti bagi perancangan ini. 
 
Pendek kata, perancangan tetap tidak berubah tetapi diteruskan dengan Anwar bergerak di belakang tabir. 
 
Sejauh mana sekutu PKR bersetuju dengan gerakan ini sukar untuk dipastikan.  Apa yang pasti, Wan Azizah tidak mendapat sokongan kuat sepertimana yang diharapkan PKR.  Kemerosotan undi Wan Azizah berbanding Lee Chin Cheh di Kajang, benar-benar memalukan PKR.  Nampaknya, penyokong PR di  Kajang lebih mempercayai seorang yang merupakan 'nobody' daripada Presdien parti sendiri. 
 
Ketidakyakinan rakyat terhadap Wan Azizah bukannya tidak berasas.   Selama ini Wan Azizah diketahui sebagai boneka Anwar semata-mata dan tidak tahu berbuat apa-apa.   Malah, Wan Azizah sendiri, tanpa berselindung mengakui, tidak tahu bagaimana untuk menangani kemelut antara Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali, yang mana merupakan masalah utama PKR Selangor sedangkan beliau adalah Presiden parti. 
 
Ketika 'disuruh' bertanding di Kajang juga, Wan Azizah mengaku tidak tahu menahu mengenainya dan agak keberatan untuk kembali aktif berpolitik. 
 
Bayangkan, apa jenis Presiden yang tidak tahu apa-apa dan boleh disuruh-suruh?  Bagaimana Wan Azizah boleh dipertimbangkan sebagai Menteri Besar Selangor, jika begini sikapnya? 
 
Selangor adalah negeri yang paling 'penting' dalam Malaysia, sekali gus menjadikan kerja-kerja pentadbiran dan pengurusan negeri jauh lebih sukar berbanding negeri lain.   Hampir semua isu penting dalam negara datangnya dari Selangor. 
 
Selangor hari ini berhadapan dengan begitu banyak masalah, antaranya, masalah air, denggi, jalan yang tidak diselenggara, pusat hiburan yang tumbuh tanpa kawalan, masalah moral anak muda, masalah murtad, isu kalimah 'Allah', isu harga hartanah yang melambung tinggi, isu jurang ekonomi antara kaum yang semakin luas serta isu perkauman. 
 
Bagaimana Wan Azizah dapat menyelesaikan isu ini yang mana Khalid Ibrahim juga tidak mampu?  Apakah cukup dengan hanya menyalahkan BN atau UMNO?
 
Ini belum lagi diambilkira pengurusan kewangan Selangor yang pastinya memerlukan pengetahuan ekonomi serta ketegasan yang tinggi untuk menangani persepsi atau mungkin juga hakikat bahawa Selangor kini dikuasai kontraktor dan peniaga DAP. 
 
Apakah Wan Azizah mampu melakukan semua ini dalam keadaan di mana suaminya berhadapan dengan penjara dan anaknya pula mempunyai masalah rumahtangga? 
 
Selama Wan Azizah terlibat dalam politik, satu-satunya kebolehannya yang harus diakui oleh setiap rakyat Malaysia ialah bakat lakonannya.  Beliau mudah mengalirkan air mata dan meraih simpati.   Itu saja.  Lebih dari itu, Wan Azizah sama saja seperti mana-mana surirumah yang tidak bekerja. 
 
Justeru, 'Kajang Move' dengan watak yang bertukar dari Anwar kepada Wan Azizah merupakan satu strategi yang bakal merugikan rakyat Selangor sendiri.   
 
Walaupun hakikatnya Anwar di belakang Wan Azizah sekiranya Wan Azizah menjadi Menteri Besar, ia tetap Wan Azizah yang perlu menghadiri semua program rasmi negeri serta mempengurusikan mesyuarat, bukan Anwar.  Wan Azizah juga yang perlu menandatangani sebarang dokumen rasmi dan berjumpa dengan delegasi tetamu negeri, bukan Anwar.  Wan Azizah yang perlu ke pejabat setiap hari, bukan Anwar. 
 
Mampukah Wan Azizah melakukan semua ini?  Apakah Wan Azizah akan berjaya menepis kerakusan politik orang-orang di sekelilingnya di dalam PKR sendiri?    Apakah Wan Azizah mampu menangani kelicikan DAP atau kebebalan PAS? 
 
Walaupun semua rakyat Selangor sedia maklum bahawa jawapan kepada semua persolan ini adalah 'tidak', tetapi melihat dari kemenangan Wan Azizah di Kajang, kita tidak mampu mengharapkan tindakan yang rasional dari PR.  Sesungguhnya, penyokong PR tidak peduli biar pun pemimpin mereka tiada berkredibiliti. 
 
Contohnya, jika diletakkan Wan Azizah dengan Tun Daim sebagai pilihan Perdana Menteri pun, mereka akan tetap memilih Wan Azizah. 
 
Kata orang, manusia sentiasa mendapat apa yang selayaknya untuk dirinya.  Jika rakyat Selangor layak mendapat MB yang tidak berfungsi, maka Allah SWT akan meletakkan Wan Azizahlah sebagai MB mereka. 
 
Namun, jika Wan Azizah gagal menjadi MB, maka gagallah sepenuhnya 'Kajang Move' ini. 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.