Jumaat, 31 Mac 2017

Mahathir Tidak Boleh Terima Kenyataan 1MDB Sudah Tiada Hutang


                       
Sebaik sahaja pengumuman dibuat di Dewan Rakyat bahawa syarikat pembangunan stategik  kerajaan, 1MDB tidak lagi ada hutang bank atau hutang jangka pendek, terus pengkritik beragenda peribadi Tun Dr. Mahathir Mohamad tampil membuat kenyataan balas dalam blognya.

Begitulah sikap Mahathir, apabila kepentingannya tergugat, beliau akan segera memberi respon.

Perkara yang sama tidak terjadi jika isu tentang dirinya dibangkitkan dan menjadi tular dengan dasyat sekali di kalangan netizen.

Contohnya seperti isu di mana kisah anak buahnya membolot keuntungan dari PROTON. Ia menjadi bualan mulut jutaan netizen tapi Mahathir mendiamkan diri, seperti seorang pekak badak.

Begitu juga apabila ketika kisah lain di mana Mahathir berada di dalam keadaan tersepit, beliau seolah-olah membutakan diri dan enggan mengulas, namun jika kepentingannya tergugat, Mahathir akan melenting.

Kini rakyat sudah faham bahawa 1MDB itu nyawa survival Mahathir. Jika kisah 1MDB selesai maka tamatlah serangan Mahathir terhadap Najib. 1MDB hanya alat sahaja untuk Mahathir menjatuhkan Najib kerana beliau mahu kesinambungan legasi dan menaikkan zuriatnya.

Sebab itulah pihak anti Najib yang diketuai oleh Mahathir masih bergantung harap kepada isu 1MDB. Dalam entri terbarunya bertarikh 30 Mac, Mahathir meletakkan 14 point isu dan persoalan.

Seperti biasa ia masih berbentuk soalan. Dari awal serangan sehingga hari ini masih dalam bentuk soalan dan bukan dalam bentuk pembuktian.

Fahamkah Mahathir, kenyataan yang dibuat di Dewan Rakyat telah direkodkan dalam hansard Parlimen?

Ia tidak boleh lari dari fakta seperti mana isu penyelewengan wang Bank Negara dalam isu FOREX juga. Kes sorok maklumat di bawah karpet seperti kes FOREX kini bakal disiasat.

Sebenarnya Mahathir amat risau beliau akan dilihat sebagai "bodoh" dan "out of tune" jika masih bergantung harap pada isu 1MDB sedangkan ia telah selesaikan masalah hutang jangka pendek dan hutang banknya.

Maka atas sebab itu Mahathir harus terus pura-pura menyoal soalan berprofil tinggi supaya marhaen jalanan yang tidak berapa faham akan percaya kepadanya sambil berkata "jika Tun Mahathir sudah persoal begitu tentulah betul".

Jika Mahathir menerima hakikat bahawa isu 1MDB telah tamat, ia seperti pengakuan bahawa pelurunya juga sudah kehabisan. Maka orang yang egonya setinggi gunung seperti Mahathir ditambah lagi dengan dendam kesumatnya, ia adalah tamparan yang tidak boleh diterima.

Sebenarnya, Mahathir adalah "the last person" yang layak untuk berbicara berkenaan perniagaan.Di tangannya telah musnah beberapa syarikat termasuklah PROTON.

PROTON yang seusia seorang jekaka 30-an sepatut nya sudah lama bertemu jodoh (auto partner) tetapi atas gangguan beliau, PROTON masih bujang lagi dan tercari-cari teman.

Dan sebagai  kejaka berusia 30-an juga PROTON sepatutnya boleh mencari nafkah hidupnya sendiri, tetapi tidak, PROTON masih mengharap wang saku ayahnya (kerajaan), di mana kali terakhir memerlukan RM 1.5 bilion hanya untuk membayar vendor.

Mahathir tahu kerajaan kepimpinan Najib boleh dijadikan bahan kritikan jika tidak membantu PROTON, maka jika rugi pun tidak mengapa asalkan kepentingan "tertentu"  kerabat Mahathir tidak tergugat.

Itulah sebabnya Mahathir hilang kelayakan menegur 1MDB. Ini semua belum  lagi diambil kira kes kerugian dan kehilangan wang rakyat melalui perniagaan lain yang ada campur tangan beliau sendiri seperti MAS, PERWAJA, MAMINCO dan FOREX.

Semuanya jahanam di tangan Mahathir. Kesimpulannya Mahathir bukan orang yang layak bercerita berkenaan 1MDB kerana seperti ayam jantan yang berkokok ke sana kemari , punggungnya penuh dengan najis, maka begitulah Mahathir sendiri.

Kini hiduplah Mahathir dalam penafian sama seperti pentaksub beliau sendiri, penuh dengan soalan tapi defisit bukti. Rakyat sudah faham, 1MDB itu nyawa Mahathir dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Tanpanya tiada apa lagi yang boleh dikenakan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.                       



Sent from Samsung tablet.

Ada tidak kena projek terowong dasar laut DAP



Ada sesuatu tidak kena dengan projek terowong dasar laut atau jambatan ketiga Pulau Pinang.

Sehingga kini, kerajaan Pakatan Pulau Pinang masih gagal mengemukakan laporan terperinci termasuk reka bentuk walaupun sudah lima kali diminta oleh Kementerian Kerja Raya.

Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM305 juta untuk kajian itu.

RM135 juta telahpun dibelanjakan tetapi masih gagal memberi laporan kepada kementerian.

Ogos tahun lalu, kerajaan Pulau Pinang mengaku kajian itu belum siap dan berjanji menghantarnya awal 2017.

Namun, setakat Mac 2017, kerajaan Pulau Pinang juga gagal menghantar laporan kajian.

Kos keseluruhan kajian RM305 juga dipersoalkan kerana terlalu mahal.

Projek terowong dasar laut ini menimbulkan banyak kontroversi antaranya ia menggenakan tol selama 30 tahun berbeza dengan janji pakatan untuk menghapuskan tol.
#PakatanProDAP

HUTANG LUAR TINGGI TIDAK BERMAKNA SESEBUAH NEGARA ITU BANKRAP ATAU MUFLIS



1. Menurut statistik rasmi Kerajaan Singapura, hutang luar negeri Singapura pada akhir Februari 2017 adalah SGD1.744 trilion - iaitu kira-kira RM5.5 trilion - atau RM5,500 bilion.

2. Baru-baru ini, pihak pembangkang menyebarkan kebimbangan TIDAK BERASAS kononnya Hutang Luar Negeri Malaysia (menggunakan definisi antarabangsa yang sama seperti Singapura) telah meningkat berkali ganda ke RM908.7 bilion. Malah yang lebih lucu, ada pula yang mendakwa jumlah itu adalah hutang Kerajaan Persekutuan!

3. Hutang Luar Negeri yang lebih tinggi tidak bermakna bahawa negara kita berada dalam kesusahan. Malah, seperti dalam kes Singapura dan Malaysia, ia merupakan perkara yang baik kerana isyarat untuk pelaburan dan deposit yang lebih tinggi ke dalam Malaysia dan pasaran kewangan yang semakin meningkat.

4. Definisi Hutang Luar Negeri adalah sangat luas dan merangkumi kedua-dua sektor awam dan swasta, bon korporat yang dikeluarkan oleh syarikat asing dan dilanggani oleh syarikat-syarikat asing, warga asing deposit ke dalam akaun bank Malaysia dan lain-lain.

Untuk rekod, Malaysia tidak berhutang apa-apa wang kepada IMF atau Bank Dunia.

Baca artikel ini untuk memahami maksud sebenar Hutang Luar Negeri.

https://www.theonlinecitizen.com/2016/09/15/why-does-singapore-have-such-a-high-external-debt-of-us1-75-trillion/

Khamis, 30 Mac 2017

PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK MENGUMUMKAN KEPULANGAN SELAMAT RAKYAT MALAYSIA YANG DITAHAN DI KOREA UTARA



30 Mac 2017

1. Saya dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang daripada meninggalkan Korea Utara, telah dibenarkan pulang ke Malaysia. Mereka telah bertolak dari Pyongyang hari ini pada 6.30 petang, dan akan tiba di Kuala Lumpur esok sekitar 4.00 pagi.

2.  Saya mengucapkan terima kasih kepada semua di dalam Kerajaan Malaysia yang terlibat dalam rundingan, yang diketuai oleh Kementerian Luar Negera. Saya amat prihatin dan ambil berat terhadap perkara ini, dan kita telah bekerja bersungguh-sungguh di belakang tabir bagi mencapai kejayaan ini. Pelbagai cabaran telah ditempuh bagi memastikan kepulangan rakyat Malaysia. Keselamatan rakyat kita akan sentiasa menjadi keutamaan saya.

3.  Kita kini akan membenarkan rakyat Korea Utara untuk meninggalkan Malaysia. Selain itu, berikutan selesainya urusan bedah siasat dan penerimaan surat daripada keluarga mendiang meminta mayat dikembalikan kepada Korea Utara, koroner telah meluluskan pelepasan mayat tersebut.

4. Kerajaan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip keadilan dan kedaulatan. Siasatan polis terhadap jenayah serius yang berlaku di negara kita ini akan diteruskan. Saya telah mengarahkan agar semua langkah perlu diambil bagi membawa mereka yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan ini ke muka pengadilan.

5. Sebagai Perdana Menteri, saya bersyukur kerana rakyat telah bersatu atas semangat Negaraku dalam menangani krisis ini.

DATO' SRI NAJIB TUN RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA



Sent from Samsung tablet.

KL Bandar Raya Paling Murah, Singapura Paling Mahal



1. Kuala Lumpur disenaraikan sebagai bandar raya paling murah di dunia dari segi kos sara hidup, manakala Singapura kekal sebagai negara paling mahal.

2. Dalam kaji selidik Kos Sara Hidup Di Seluruh Dunia 2017 oleh _Economist Intelligence Unit_, Kuala Lumpur berada di kedudukan ke-96 bandar paling mahal di dunia, bersama Bogota.

3. Singapura berada di kedudukan pertama, 20% lebih mahal dari New York yang berada di tangga ke-9 dan 5% lebih mahal dari Hong Kong yang menduduki tempat ke-2.

4. Kaji selidik itu membandingkan harga 160 barangan dan perkhidmatan di 133 bandaraya di seluruh dunia dan digunakan oleh pengurus sumber manusia untuk mengira pakej pampasan untuk mereka yang bertugas di luar negara.

5. Lima dari enam bandaraya paling mahal di dunia datangnya dari Asia. Selepas Singapura dan Hong Kong, Tokyo disenaraikan di kedudukan ke-4, diikuti Osaka (5) dan Seoul (6).

6. Zurich menjadi satu-satunya bandar Eropah yang menduduki senarai 6 teratas bandar paling mahal di dunia.



Sent from Samsung tablet.

DAP Tidak Akan Izinkan PPBM Ketuai Pakatan Harapan



Dalam satu mesyuarat "ad hoc" Pakatan Harapan baru baru ini , Presiden PPBM, Muhyiddin dikatakan mahu Pakatan Harapan menampilkan imej diketuai oleh sebuah parti berasaskan Melayu.

Saranan Muhyiddin ini atas sebab kononnya untuk bersaing dengan Barisan Nasional. Di mana imej BN dilihat diketuai oleh UMNO, iaitu parti berteraskan Melayu.

Maka Muhyiddin mencadangkan Pakatan Harapan juga harus dilihat diketuai oleh parti berteras Melayu juga seperti PPBM.
Persoalan, apakah parti PAN bukan didominasi oleh Melayu yang beragama Islam?

Atau seperti umum sedia tahu, PAN milik Mat Sabu hanyalah bertaraf barua sahaja dalam komponen Pakatan Harapan. PAN hanya terima arahan DAP sahaja dan tidak boleh ada pendirian sendiri.

Namun begitu kerusi PAN lebih banyak dari PPBM. PAN ada 6 kerusi, PPBM ada 1 kerusi sahaja. Ahli PAN lebih ramai dari PPBM. Macam mana parti yang ada satu kerusi hendak jadi parti teras?

Parti PKR pula sudah diketahui umum adalah parti pelbagai kaum yang didominasi oleh Melayu, tetapi tidak boleh memiliki agenda Melayu. Bahkan lebih teruk, bila menyokong semua agenda anti Islam seperti menyokong ngo ngo pro Murtad, LBGT dan Comango dan lain lain lagi.

Pada dasarnya saranan Muhyiddin itu tidak berpijak di bumi yang nyata.

Namun, "setback" terbesar adalah PPBM harus sedar, mereka adalah sebuah parti baru, kecil dan tidak ada sokongan  "grass root" di mana mana kawasan pun. Di seluruh negeri Kedah pun tidak sampai tujuh ribu orang ahli. Macam mana hendak jadi parti teras?

Bahkan semua kerusi yang dipegang oleh PPBM dimenangi ketika Muhyiddin dan Mukhriz masih dalam UMNO.

Kekuatan PPBM hanya ada pada Pengerusinya sahaja iaitu Mahathir. Itu pun namanya sudah mula merudum semenjak rakyat mula sedar kemarahannya kepada Perdana Menteri adalah atas sebab kehendak peribadi yang tidak dilayan.

Sambil itu rakyat juga mula sedar bahawa dia mahu anaknya menjadi Perdana Menteri pada tahun sambutan Tahun wawasan 2020. Oleh kerana itulah Mahathir telah mencipta isu perniagaan 1MDB sebagai isu politik.

Nama "Mahathir" juga sudah mula hilang serinya apabila penipuan demi penipuan serta "U TURN" yang dilakukannya hanya untuk memburukkan nama Perdana Menteri semata mata.

Sambil itu, dalam Mahathir menyerang Perdana Menteri, tindakan balas terhadap serangannya telah mengakibatkan banyak kisah tersoroknya mulai muncul semula.

Maka atas permintaan Muhyiddin yang mewakili PPBM, kita dapati Wan Azizah telah cuba menjauhi mesyuarat yang bakal mengikatnya.

Wan Azizah mahu melindungi kepentingan Anwar. Mana mungkin sekian lama Anwar pejuangkan Pakatan Harapan, tiba tiba datang Mahathir dan Muhyiddin mahu mengambil alih setelah kepentingan mereka dalam UMNO telah terpadam selama lamanya.

Ini baru halangan dari PKR, bagaimana pula dengan DAP?

Tentu sekali DAP tidak akan mengizinkan ini terjadi. Imej DAP di kalangan pemegang sahamnya iaitu kaum Cina memustahilkan DAP mengizinkan Parti PPBM mengetuai Pakatan Harapan.

DAP tidak akan korbankan logo roket mereka untuk buat logo baru. Jika ikut peraturan ROS, DAP tidak boleh bertanding kerana isu CEC. Namun DAP tetap langgar peraturan dan tanding di PRU13 dan PRN Sarawak.

DAP tetap dengan nama, logo dan ideologi DAP mereka. DAP paling banyak kerusi. DAP akan sampahkan begitu sahaja cadangan Muhyiddin dan Mahathir.

Pakatan Harapan yang baru disertai oleh PPBM memiliki agenda tersendiri dan masing masing. Mana mungkin mereka akan mahu berkompromi dan duduk dalam keadaan rugi.

Pakatan ini bak kata orang putih "doom to fail". Mereka akan gaduh di tiga peringkat.
Menyeragamkan logo,
pembahagian kerusi dan
menamakan siapa calon Perdana Menteri.

Pakatan Harapan akan hancur kerana mereka melihat PRU14 adalah peluang terbaik mereka berarak ke Putrajaya sebagai kerajaan. Maka atas sebab ini masing masing mahu bahagian yang besar dan pasti sekali tidak mahu kalah dalam berkompromi.

DAP terutamanya, tidak akan beri seinci pun tuntutan mereka sejak sekian lama dipadam begitu sahaja. Apatah lagi melayan kehendak budak baru dari parti PPBM.

Dan akhir sekali faktor "PAS" menunggu mereka, sama ada PAS di saat akhir akan masuk atau tidak tetap ada kerugian juga kepada parti dalam komponen PH.

Rampasan kerusi PAS harus diserahkan semula oleh PPBM dan PAN. Jika PAS tidak menyertai, 3 penjuru menunggu Pakatan Harapan.

Yang juara dalam pergaduhan ini tetap parti DAP. Sekarang mereka yang jadi abang besar, bukannya Mahathir dan Wan Azizah. Penasihat hanyalah simbol sahaja bukan ada kuasa apa pun.



Sent from Samsung tablet.

PAS Akan Bentang RUU355, Tidak Timbul Soal Kencing Mengencing



29 Mac 2017, dalam satu sidang media selepas mesyuarat Barisan Nasional, Dato Seri Najib menyatakan bahawa kerajaan BN tidak akan bentangkan RUU355. Selepas kenyataan ini dikeluarkan maka bertepuk dan bersoraklah puak puak pendokong LGBT, homoseksual, liberal dan pluralisme kononnya PAS sudah kena kencing dengan UMNO.

Padahal puak puak itu baru membaca "headline story" sahaja, belum membaca habis lagi kandungan ceritanya. BN telah buat keputusan bersama dalam mesyuarat tentang RUU355. Keputusan dicapai secara sepakat bukannya seperti Pakatan Harapan, hari ini keputusan lain, esok keputusan lain.

BN tidak halang RUU355 untuk dibentangkan secara bersendirian di Dewan Rakyat. Ini yang Dato Seri Najib sebut "rang undang undang ini akan terus menjadi rang undang undang persendirian dan terserah kepada Speaker (Yang Dipertua Dewan Rakyat) menentukan. Sekiranya beliau putuskan akan bentangkan, maka ia akan dibentangkan dan beliau akan menentukan peraturan undang undang tersebut". Ini tidak dibaca habis oleh macai macai pembangkang.

Mereka tidak faham bahawa ada dua jenis usul di Parlimen. Usul kerajaan dan usul persendirian. Pindaan RUU355 dibawa secara usul persendirian oleh Ahli Parlimen Marang, Hadi Awang. Ianya masih kekal sebagai usul persendirian sehingga hari ini mengikut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Perkara ini dibincang dalam DT BN kerana pada 17 Mac 2017 yang lalu, Dato' Zahid Hamidi telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan BN akan membentangkan Pindaan Akta 355 di mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke 13 ini.

Keputusan Dewan Tertinggi (DT) Barisan Nasional memberi maksud; kerajaan tidak akan menjadikan pindaan RUU355 sebagai usul kerajaan.

Hadi Awang akan kekal sebagai pencadang usul ini. Skop perbincangan DT Barisan Nasional malam tadi adalah mengenai dua pilihan :

1) Biarkan Hadi Awang bentangkan di bawah usul persendirian; atau

2) Kerajaan ambil alih dan bentang melalui usul kerajaan

Akhirnya DT BN secara konsensus memilih pilihan pertama dan membuat keputusan untuk tidak membawanya di bawah usul kerajaan. Jadi persoalan kononnya BN menolak RUU355 hanyalah satu dakwaan dan tuduhan puak puak pembangkang sahaja. Lebih teruk puak puak liberal itu menuduh kononnya PAS sudah kena kencing dengan UMNO.

Nasruddin Tantawi, Ketua Penerangan PAS juga sudah bercakap mengenai keputusan DT BN ini. Nasruddin melihat cadangan Dato Zahid untuk BN membentangkan RUU355 adalah sebagai satu pilihan sahaja. Nasruddin menyatakan PAS kekal dengan format pembentangan asal RUU355.

"Pengisytiharan DT BN itu tidak menjejaskan apa-apa bagi pihak PAS. Situasinya adalah _"kekal pada format asal"_. Sememangnya, Ahli Parlimen PAS sejak awal telah diletakkan dalam _'mode standby'_ bagi menghadapi perbahasan di parlimen" ulas Nasruddin Tantawi

Puak liberal dan pluralisme ini meloncat yang bukan bukan. Dulu mereka meloncat kata PAS kena kencing bila Dato Zahid kata BN akan bentangkan RUU355. Kini bila BN tidak bentang dan PAS akan bentang secara bersendirian, mereka meloncat juga kata PAS kena kencing. Puak puak liberal ini yang sebenarnya kencing merata rata. Mereka hilang arah, hilang punca bila melihat ribuan orang Islam bersatu sokong RUU355 di Padang Merbok.

Lebih mereka runsing bila RUU355 ini menjadi medan penyatuan dan kesatuan ummah tanpa mengira parti politik dan warna kulit. Tuduhlah PAS kena kencing dengan UMNO, padahal format asal pembentangan RUU355 tidak pun berubah. Mati kutu lagilah puak puak liberal ini. Apa lagi yang mereka hendak cakap selepas ini?




Sent from Samsung tablet.

6,000 Pensyarah Dibuang Tidak Benar - Idris Jusoh



1. Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh menafikan dakwaan ribuan pensyarah diberhentikan. Sebaliknya, jumlah pensyarah di Universiti Awam (UA) meningkat sebanyak 31,712 pada 2016, peningkatan 6.5 peratus berbanding tahun 2012.

2. Laporan media mengenai seramai 6,000 orang pensyarah diberhentikan dan tidak disambung kontrak perkhidmatan sejak tahun lalu adalah tidak tepat.

3. Pihak kementerian sudah melaksanakan beberapa penambahbaikan ke atas Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti (SPPU) yang meliputi aspek kenaikan pangkat, pelantikan ke Gred 51, pemberian autonomi kepada universiti dan membenarkan pensyarah menjana pendapatan sendiri.

#PARLIMEN #TolakFitnah #NEGARAKU #BarisanProRakyat #MQT

Baca Selanjutnya: http://klxpress.com.my/parlimen/23198-mqt-6-000-pensyarah-dibuang-tidak-benar-idris-jusoh.html

Rabu, 29 Mac 2017

Where gave all the flowers gone?


22 tahun pemerintahan Tun Mahathir,
'JASA' beliau kepada bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.

1. 32 pondok tol dibina dengan kenaikan 10% setiap 3 tahun.

2. 10000 produk dikenakan AP.

3. Kewujudan IPP. Pembeli bagi subsidi pada pembekal.Pertama kali dalam sejarah dunia.155bn duit Petronas digunakankan.

4. Tanah rezab melayu di Tioman, P.Perhentian dan Sentul diserah pada kroni Vincent Tan dan YTL. Mudahnya status tanah ditukar.

5. Tanah melayu di Langkawi banyak terjual pada kroni. Tanah kerajaan negeri di Langkawi diberi tanpa bayar premium.

6. Tanah milik DBKL 70 ekar Bukit Kiara dipajak pada Berjaya untuk jadi tempat equestrian. Dia ada hobi tunggang kuda maka perlu ada tempat untuk dia simpan kuda.

7. Memali 1985 dan Al Maunah 2001,  2 kes melibat tindakan pihak keselamatan dan berbelas mati. Dia menyorok masa Memali dan mengaku 30 tahun kemudian berada dalam negara.

8. Kebakaran di sekolah agama di Yan Kedah menyebabkan 27 pelajar perempuan terbunuh. Dia menafikan bantuan ke sekolah agama rakyat. Di UK dan Francepun kerajaan bagi bantuan pada sekolah Methodist dan Catholic.

9. Dia mengenakan cukai 58.6 sen pada seliter petrol dan 19 sen seliter diesel.

10. Dia ISAkan musuh politik melalui pelbagai operasi seperti Ops Lalang.

11. Dia membelanjakan lebih 102 bilion duit rakyat untuk bail out pelbagai projek gagal seperti Dayabumi, Perwaja, Bakun,BMF, Forex, Proton, LRT, Intrakota, ParkMay, Danaharta dan PKFZ.

12. Dia memberi kaum keluarga berpuluh billion kontrak gomen.Kontrak Petronas , TM, JPN, PDRM, Proton, Hospital kerajaan.

13. Dia memperguna tabung KWSP untuk memberi pinjaman pada kroni seperti projek IPP YTL. KWSP disuruh membeli bond yang diisu.

14. Dia mempergunakan Khazanah Nasional melabur RM125 juta pada Country Heights projek Tan Sri Lee Kim Yew kroninya yg mempunyai masaalah kewangan.

15. Dia membayar pampasan 700 juta pada Tan Sri Kim Phek Khing kerana penangguhan projek Bakun.

16. Dia membina kolam ikan yang besar di Puduraya apabila Projek Plaza Rakyat ditangguh.

17. Dia menswastakan asset kerajaan seperti PERNAS, MARA Holdings pada kroni.

18. Dia menyuruh Petronas membeli tanah KLCC pada kroni pada harga RM600juta.Selain itu membeli saham  dengan Ananda pada harga 1.2 bilion.

19. Dia menyuruh kerajaan membeli tanah PKFZ pada  rega RM1.1bn sedangkan nilai hanya RM90 juta.

20. Dia memberi tanah Bukit Tinggi 16k ekar pada kroni Vincent Tan. Dia beri lesen mesin slot dan Judi bola.

21. 200 bilion asset Umno lesap entah ke mana.

22. Dia OSA semua perjanjian berat sebelah seperti tol,ERL dan IPP.

23. Dia tukar royalti minyak Trengganu ke Wang ehsan bila PAS perintah.

24. Dia buat projek I/C di Sabah untuk menawan Sabah balik.Dia pekenal sistem pengiliran KM walau menyalahi perlembagaan negeri.

Ditulis oleh Hamba Allah


Sent from Samsung tablet.

Selasa, 28 Mac 2017

LUAHAN HATI PARA PEMIMPIN, AHLI-AHLI,  PENGIKUT DAN PENYOKONG PAS: Siapakah Pengkhianat Pakatan Yang  Sebenarnya



Ketika  Anwar Ibrahim  dituduh di mahkamah kerana kes LIWAT 1 dahulu, Dato' Tuan Guru Abdul Hadi Awang  menulis  buku bab Qazaf mempertahankan Anwar berdasarkan prinsip undang-undang  jenayah Islam.

Seepas dibebaskan kali pertama, Anwar mengulangi perkara yang sama.

Sewaktu Lim Guan Eng mula  disiasat SPRM kerana  kes banglo, Dato' Tuan Guru Abdul Hadi Awang merupakan  pemimpin pertama yang mengatakan Guan Eng tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

Tatkala Pendaftar Pertubuhan (ROS) berura-ura memberi amaran seolah-olah DAP bakal diharamkan menjelang PRU 13,  Dato' Tuan Guru Abdul Hadi Awang  menawarkan kepada  DAP agar  bertanding menggunakan nama parti dan  logo PAS.

Apabila krisis kepimpinan  Menteri Besar Selangor berlaku hasil dari Langkah Kajang, Dato' Tuan Guru Abdul Hadi Awang  memberi sokongan tanpa berbelah bahagi kepada Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar, walaupun Tuan Guru boleh mengambil  kesempatan dengan lebihan kerusi yang ada pada PAS di Selangor, menuntut jawatan Menteri Besar.

Bila Azmin Ali jadi Menteri Besar,  kuota Exco  PAS dalam kerajaan Selangor  ditambah dari 4 kepada 3, kononnya nak balas jasa PAS dan Tuan Guru.

Jiwa besar Dato' Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak pernah dihargai oleh DAP dan PKR.

Pemimpin-pemimpin  DAP bermulut celupar dan biadap menuduh Dato' Tuan Guru Abdul Hadi sebagai  penyebab hancurnya  Pakatan Rakyat.

Perkataan-perkataan orang tua nyanyuk, bodoh, dan lain-lain gelaran yang hina dan biadap jadi mainan para pemimpin DAP.

Ketika  PRK Sungai Besar, Azmin Ali menjemput Dr Abdul  Rani ke Majlis berbuka puasa. Demi menghormati Azmin sebagai Menteri Besar, Dr Rani menerima undangan berbuka puasa tersebut.

Akhirnya, tanpa ada rasa smpati dan kasihan belas, Azmin Ali menjatuhkan maruah dan air muka Dr. Rani di hadapan orang ramai dengan membuat perisytiharan bahawa PKR menyokong calon PAN menentang Barisan Nasional di PRK Sg. Besar.

Setiap yang jahat dan buruk, semuanya diletakkan atas bahu dan kepala Dato' Tuan Guru Abdul Hadi dan Parti PAS.

Yang elok, yang baik dan yang memberi keuntungan pada PKR, PAN dan DAP, semuanya mereka bolot,  seolah-olah PAS tiada nilai dan harga diri dalam Pakatan Rakyat.

Cukuplah wahai para pemimpin,  ahli-ahli, pengikut serta penyokong PAS kita diperbodohkan oleh mereka.  Biarlah buruk dan baik, kalah dan menang,  kita tanggung sendiri.

Terlentang sama minum embun, tertiarap sama makan pasir,  namun untuk bersekutu dan bersekongkol semula  dengan parti-parti DAP,  PKR dan sekutu-sekutu mereka *TIDAK SEKALI-KALI*


*ALLAHu AKBAR*


Sent from Samsung tablet.

Isnin, 27 Mac 2017

Najib Antara 12 Menteri Kewangan Terbaik Di Asia Lapor FinanceAsia




KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan sebagai antara 12 Menteri Kewangan Terbaik di Asia lapor portal kewangan antarabangsa FinanceAsia

Portal tersebut yang setiap tahun mengeluarkan rangking kewangan untuk negara-negara di Asia berkata Najib berada di tangga ke-10 berbanding 48 negara di rantau Asia-Pasifik.

Menurut FinanceAsia yang beribu pejabat di Hong Kong itu selain Najib, turut dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Terbaik di Asia ialah Sri Mulyani Indrawati (Indonesia), Arun Jaitley (India) Sonny Dominguez (Filipina), Lou Jiwei (China), Heng Swee Keat (Singapura), Sheu Yu-jer (Taiwan), John Tsang (Hong Kong) dan Scott Marrison (Australia).

Portal yang sama itu pada tahun lalu telah menyenarai Najib sebagai Menteri Kewangan paling teruk di Asia kerana gagal menarik keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara.

Selain itu kejatuhan mendadak nilai mata wang negara turut dikatakan sebagai antara punca utama kelembapan ekonomi.

Bank Negara Malaysia (BNM) ketika mengumumkan Laporan Tahunan 2016 dan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2016, mengunjurkan ekonomi Malaysia bakqal mencatat pertumbuhan kukuh antara 4.3 dan 4.8 peratus tahun ini, berbanding 4.2 peratus tahun lalu.

Gabenornya, Datuk Seri Muhammad Ibrahim berkata, pertumbuhan itu didorong oleh permintaan domestik daripada sektor swasta dan disokong oleh sektor luaran serta jangkaan pemulihan harga komoditi.

Katanya, BNM menjangkakan harga minyak mentah Brent berlegar sekitar AS$50 hingga AS$55 (RM221.45 hingga RM243.60) setong, manakala harga minyak sawit mentah pula pada RM2,700 satu tan metrik.

Muhammad berkata, sektor luaran Malaysia dijangka kekal berdaya tahan walaupun persekitaran global terus tidak menentu dengan secara keseluruhan, eksport barangan dan perkhidmatan bersih dijangka dapat menyokong pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) benar tahun ini berikutan pemulihan eksport secara beransur-ansur.

Beliau berkata, akaun semasa dijangka mencatat lebihan satu hingga dua peratus daripada Pendapatan Negara Kasar (PNK) pada 2017.

Eksport dan import dijangka terus kukuh pada 2017, disokong oleh unjuran pertumbuhan global serta harga komoditi yang bertambah baik, serta permintaan domestik yang mapan, katanya. – MOF Comms


Sent from Samsung tablet.

Sabtu, 25 Mac 2017

MP PKR serlahkan sikap kurang cerdik" on YouTube

Artikel Dap rasis , hadiah RM 50k

Honorarium/hadiah utk pihak yg mengemukakan bahan/fakta/penulisan berkaitan pegangan politik YB LIM KIT SIANG di naikkan kpd RM50,000(hasil sumbangan HAMBA ALLAH)

Topik:Beberapa orang,terutamanya Tun Dr Mahathir sering berkata YB Lim Kit Siang seorang Rasis, anti-Islam, anti-Melayu dan Diktator......Apakah benar(?)

Jika anda ada pendapat/pandangan atau idea atau bahan yg berkaitan dgn dakwaan ini dlm bentuk/kategori berikut:
1)tulisan anda di blog,
2)Artikel anda dlm media
3)short video
4)imfografik
sila hantar kpd JABATAN KETUA PENERANGAN UMNO MSIA,PWTC,KL

Hadiah hadiah berjumlah rm50,000 menanti anda

Bahan mesti berupa fakta KREATIF/penyelidikan yg tidak menyalahi UNDANG UNDANG

KETUA PENERANGAN UMNO
MALAYSIA

Jumaat, 24 Mac 2017

APA DAN DI MANA SALAHNYA SINDIRAN AZMIN TERHADAP NIK ABDUH?





Marah benarnya nampaknya beberapa kumpulan anak muda dalam Pas kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berikutan sindiran yang ditulisnya melalui twitter terhadap Nik Abduh Nik Aziz.


Dalam tulisannya itu, Azmin menulis "Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur" sebagai reaksi kepada kenyataan Nik Abduh bahawa Pas mahu menawan Selangor dalam PRU 14 yang akan datang ini.


Mereka marah dan mengecam Azmin kerana menganggap beliau telah menghina Islam dan golongan agamawan melalui istilah tok lebai yang digunakannya, sementara yang lain mengatakan Menteri Besar Selangor itu seperti mencurahkan minyak kepada hubungan Pas-PKR yang sedikit bermasalah ketika ini.


Adakah Azmin salah dan di mana salahnya beliau dalam tweetnya itu?


Jika diperhalusi dan anak-anak muda Pas dapat bersikap rasional serta matang, tiada yang salahnya dalam tulisan Azmin itu.


Pertama, beliau hanya memberi reaksi kepada kenyataan Nik Abduh mahu merampas Selangor sedangkan Pas sudah berada dan menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri ketika ini.


Jika tindakan Azmin dianggap tidak wajar, apakah keceluparan Nik Abduh itu sesuatu yang wajar?


Yang kedua, di mana yang dikatakan Azmin menghina Islam dan golongan agamawan melalui istilah tok lebai yang digunakannya?


Bukankah tok lebai adalah panggilan biasa dalam masyarakat kita dan ia sudah diterima sebagai sebutan harian yang merujuk kepada mereka yang selalu berserban dan berkopiah putih?


Jadi, apa salahnya Azmin menggunakan istilah tok lebai dalam ayatnya "Ada tok lebai nak tawan Selangor"?


Berbanding ayat tok lebai yang ditujukan kepada Nik Abduh yang memang selalu berserban dan berkopiah putih, tidakkah kenyataan Ketua Pemuda Pas itu mahu merampas Selangor, lebih jelas salahnya dari segi etika di ketika Pas dan PKR masih duduk sebumbung dalam kerajaan negeri?


Yang ketiga, apakah sebenarnya yang membuatkan golongan pemuda Pas begitu tersinggung, lalu mengecam Azmin, adakah ia disebabkan istilah tok lebai yang digunakannya atau kerana beliau  menyebut "Kawasan sendiri pun kalah tersungkur"?


Apa pula salahnya Azmin menyebut mengenai kalah tersungkurnya Nik Abduh dalam pemilihan Pas kawasan Pengkalan Chepa baru-baru ini sedangkan ia adalah fakta yang benar dan kejadian yang sahih?


Dalam hal ini, golongan pemuda Pas seharusnya sedar mereka adalah sebuah parti politik yang tidak akan sunyi daripada serangan, kecaman atau sindiran pihak lain. Menyebut istilah tok lebai dan mengungkit kekalahan seseorang bukanlah besar sangat dosanya, kalau pun ia dikira perbuatan yang berdosa.


Tidak usah melatah berlebih-lebihan dan menunjukkan ketidakmatangan dalam berpolitik.


Apalah sangat istilah tok lebai yang disebut Azmin itu berbanding pelbagai gelaran yang lebih menyakitkan seperti kafir, munafik, assabiyah, taghut, barua dan macam-macam lagi yang pernah dilemparkan oleh Pas terhadap pihak lain yang tidak disenanginya?


Apakah hanya Pas yang boleh menuduh dan menggelar orang lain dengan macam-macam gelaran serta mengungkit perihal orang lain seperti kononnya Azmin jadi Menteri Besar pun atas bantuan Pas, sementara pihak lain mesti selalu menilai suci  dan "berbau syurga" kepada mereka?


Hakikatnya inilah satu lagi buruknya bila agama dijadikan sandaran dalam jual beli berpencak di pentas politik di mana panggilan tok lebai pun dianggap menghina Islam dan golongan agamawan sedangkan mereka  tidak sedikit pun rasa bersalah menuduh orang lain sebagai kafir, munafik, assabiyah, taghut, barua dan sebagainya. 


Lebih pelik, golongan yang dulu dituduh macam-macam itulah yang kini didekati dan didampingi dengan lebih akrab oleh Pas. (ShahbudinHusin 24/03/2017).


Sent from Samsung tablet.

Mahathir & Anwar Ibrahim "Machiavellian" Politik



Oleh :
*Datuk Dr. Mohammad Fairus Bin Hj Khairuddin*
Mantan Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang.

Masih segar diingatan saya ketika tahun 2011 saya dipanggil bertemu dengan Tun Dr. Mahathir Mohammad di Menara Berkembar Petronas. Pertemuan selama hampir 2 jam setengah cukup bermakna perbincangan penting soal negara bersama Tun Dr. Mahathir. Banyak perkara yang kami perbincangkan. Perkara pokok adalah berkaitan bagaimana memastikan pembangkang tidak menguasai kerajaan persekutuan kerana amat bahaya jika negara jatuh ke tangan pembangkang maka rosaklah negara dan sirna masa depan rakyat.

Dalam perbincangan penting itu masih segar diingatan saya beliau berpesan agar saya bantulah YAB PM Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak sebaik mungkin agar negara ini tidak sama sekali jatuh ke tangan anwar ibrahim dan pembangkang. Berbekal pesanan yang saya anggap daripada seorang *"negarawan"*itu maka saya pertingkatkan lagi segala usaha juang membantu YAB PM DS najib untuk memastikan negara ini tidak ditakluk pembangkang durjana.

Namun sayang seribu kali sayang. Kini si *negarawan* itu pula telah menjadi *the next Anwar Ibrahim* , pengkhianat agama dan bangsanya. Matlamat menghalalkan cara, nauzubilahi min zalik. Anwar dan Mahathir rupanya kini berkongsi pemikiran yang sama. Matlamat menghalalkan cara. Nauzubillahi min zalik.

Ironinya segala yang dipesan, dinasihatkan dan prinsip yang kononnya dipegang oleh Dr. Mahathir semuanya di tong sampahkan oleh dirinya sendiri. Amat malang. Pentas kemunafikan yang amat dahsyat kita saksikan kini oleh dua politikus ini. Sungguh benarlah kata para hukama kemunafikan akan menggilangkan maruah dan harga diri. Kepada mereka ini soal kepentingan Islam, umat Melayu dan kedaulatan Tanah Melayu tidak lagi penting. Yang penting kepada mansuia seperti itu hanyalah kehendak nafsu mereka. Waliya zubillah.

Justeru kedua mereka itu telah berlaku biadan kepada Raja-Raja Melayu. Malah Mahathirlah yang sengaja mencipta alasan karut untuk melaksankan agenda jahatnya merampas imuniti Raja-Raja Melayu dan meminda perlembagaan mengurangkan kedaulatan dan kuasa Raja-Raja Melayu! Dan pendoking tegarnya yang menjalankan segala usaha keji itu adalah Anwar Ibrahim.

Banyak persamaan antara dua munafiqun ini. Kedua-duanya telah merosakkan Islam. Mahathit pembawa pemikiran liberalisme agama yang nyata sesat, anwar ibrahim berpemikiran jelas liberalisme dan pluralisme agama, nauzubillahi min zalik. Kedua-duanya juga bertanggungjawab mencemar kedaulatan dan kekuatan institusi Raja2 Melayu.

Setiap undi kepada mereka ini merupakan kemungkaran kepada Islam justeru haram jua memberi apa jua bentuk dokongan kepada golongan itu, apatah lagi mereka kini bersekongkol dengan DAP kafir harbi yang nyata!



Sent from Samsung tablet.

Rabu, 22 Mac 2017

Yang Takut Debat Adalah Mahathir Bukannya Nazri





Cuba tanya dengan buang emosi. Cuba bertanya dengan sedikit logik. Siapa akan rugi jika debat diadakan? Nazri ? Najib ? atau Mahathir?

Jika dikumpul semua fakta, terlalu jelas yang akan terganggu akibat debat adalah kempen dan serangan terhadap Datuk Seri Najib oleh Mahathir.

Mahathir pula yang terpaksa bertahan untuk menjawab soalan soalan yang bakal Nazri ajukan. Soalan soalan itulah yang akan hantui Mahathir semasa debat dan selepas debat berlaku.

Tanpa perlu debat pun Mahathir hari hari memburukkan Najib, malah jika jika seekor monyet mati atas pokok pun Mahathir akan persalahkan Najib di mana mana sahaja majlis ceramah dan ucapannya.

Maka boleh ditanya apa yang "baru" tentang hal memburukankan Najib? Tiada yang baru, semuanya dikitar semula sejak 3 tahun lepas.

Menyatakan Nazri Aziz takut adalah satu kerja bodoh. Ini kerana Nazri pernah berdebat datang berseorangan sahaja dengan memakai kain pelikat dan kopiah berhadapan ribuan orang PAS suatu ketika dahulu.

Tambah lagi Nazri tiada bagasi dibawa bersamanya. Sedangkan Mahathir ada bagasi berlori lori untuk diceritakan.

Lagi pun debat sudah dijangkakan akan membosankan jika Mahathir sahaja yang bercakap kerana para hadirin sudah boleh teka apa yang Mahathir mahu bangkitkan .

Apa yang menarik adalah apa yang Nazri Aziz akan bangkitkan. Nazri juga bukan calang dalam bab memperli dan sindir , tambah lagi amat mengetahui kain buruk Mahathir dalam almari yang selama ini UMNO dilarang untuk mengaibkan.

Mungkin Mahathir boleh menjawab, namun yang pasti ia akan diketahui oleh rakyat.

Mahathir kini sedang dihasut oleh para panglimanya untuk menarik diri tetapi dengan membuat kerja lain dan cara yang menampakkan pembatalan bukan datang dari pihak Mahathir.

Namun Nazri dengan segera memberi pengumuman tarikh debat yang baru iaitu pada 7 April 2017 jika tidak berlaku pada 25 Mac.

Maka nampak sungguh Nazri mahu debat diadakan juga. Ini bukti Nazri ada sesuatu hendak dibangkitkan masa debat nanti.

Mahathir dinasihatkan berundur oleh beberapa individu yang rapat kerana mereka amat takut dengan pendedahan Nazri.

Penjelasan yang Nazri beri boleh menjejaskan kempen memburukkan Najib kerana rakyat sudah dengar cerita baru.

Cerita baru lebih laku berbanding cerita lama yang diulang ulang putar umpama kaset radio buruk oleh Mahathir.

Pihak panglima Mahathir kena menjawab dan bertahan dengan pendedahan terbaru Nazri. Ini akan membuat keadaan tidak berpihak kepada mereka.

Pendek kata bagasi milik Mahathir lebih besar dan ada banyak lagi yang belum diketahui umum. Kalau Nazri dedahkan, berpeluh panglima panglima Mahathir hendak pertahankan.

Maka atas sebab itulah, kerja kerja untuk membatalkannya telah diusahakan oleh para panglima ini. Mereka cuba menampakkan pihak lain yang enggan dan takut.

Selain persoalkan hal Najib,  Mahathir juga terpaksa menjawab hal sendiri di atas pentas. Maka adalah lebih baik mengelakkannya dari mencari masalah baru.

Oleh itu, pembatalan dengan sebab sebab tertentu terjadi.

Maka yang sah pihak Mahathir yang banyak rugi.  Tanpa debat pun Najib sudah hari hari dihina dan difitnah oleh puak puak bunga atas pentas ceramah.

Cuma dengan adanya debat, Mahathir terpaksa jelaskan fitnah dan autanya kerana didepannya ada individu menunggu giliran.

Mahathir yang takut berdepan dengan bekas menterinya sendiri dahulu. Mahathir takut berada dalam kedudukan bertahan dan menjawab. Debat akan ganggu momentumnya untuk menyerang dan terus menyerang.



Sent from Samsung tablet.

Penyamaran & Penipuan Identiti Modus Operandi Utama DAP



Pada Julai 2012, bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali bin Abdul Rahman pernah mendedahkan bahawa modus operandi utama DAP adalah melakukan penyamaran dan penipuan identiti yang bertujuan untuk mengelabui mata pengundi.

Jika sebelum ini ramai pengundi menyangkakan identiti agama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng adalah beragama Buddha berdasarkan identiti nama yang tertera di kad pengenalannya, namun Mohamad Razali mendedahkan sebaliknya.

"Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, hampir 90% kepimpinan DAP adalah beragama Kristian. Lim Guan Eng, nama penuh dia pun Joseph Lim Guan Eng. Lim Kit Siang ke, Ronnie Liu, Teresa Kok..mungkin banyak orang tahu.

"Ada setengah masih guna nama Cina tapi mereka adalah merupakan anutan Kristian," dedah Mohamad Razali.

Selanjutnya, sila baca "Pendedahan Mohamad Razali, Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP"

Dakwaan Mohamad Razali itu hampir sama dengan pendedahan yang dilakukan oleh bekas penulis Malaysiakini, Helen Ang.

Selain Guan Eng, Helen menamakan Teresa Kok, Tony Pua, Hannah Yeoh, Nga Kor Ming, Teo Nie Ching dan Ngeh Koo Ham sebagai orang kuat Kristian dalam DAP.

Helen turut menamakan ramai lagi aktivis Kristian dalam DAP termasuk Ong Kian Ming, Violet Yong, Yeo Bee Yin dan lain-lain.

Pada 2014, Teresa Kok pernah mendedahkan gambar Dr Wong Chin Huat berada dalam sebuah Gereja Our Lady of Lourdes di Klang.

Dr Wong Chin Huat merupakan pakar rujuk 'Maqasid Syariah' di Penang Institute.

Turut dipaparkan juga muka Zainah Anwar (Sister In Islam) dan Ivy Josiah, aktivis Kristian dari Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO).

Gambar aktivis Kristian, Jerald Joseph yang terlibat aktif dalam CAN (Community Action Network) dan KOMAS (Pusat Komunikasi Masyarakat) juga turut dipaparkan.

Penang Institute, Sister In Islam, WAO, CAN dan KOMAS merupakan pendokong utama pergerakan BERSIH.

"Gereja ini penuh dengan rakan-rakan Katolik dan beberapa ahli politik Kristian seperti Charles Santiago, Dr Xavier (Jayakumar), Yeo Bee Yin.

"Aktivis NGO-bukan (jenama) Kristian seperti Wong Chin Huat dan beberapa anggota kumpulan wanita yang diketuai oleh Ivy Josiah, Marina Mahathir, Zainah Anwar, Siti Kassim dan lain-lain juga berada di sana untuk menunjukkan sokongan," tulis Teresa Kok dalam Facebooknya.

https://aidcnews.wordpress.com/2017/03/11/penyamaran-penipuan-identiti-modus-operandi-utama-dap/


Sent from Samsung tablet.

Selasa, 21 Mac 2017

Kenapa gula mahal sangat?

Fakta Harga Gula

1. Harga runcit gula di Brazil, negara pengeluar dan pengeksport terbesar gula di dunia = RM4.50/kg

2. Harga runcit gula di Thailand, negara pengeksport kedua terbesar di dunia = RM3.20/kg

3. Harga runcit gula di Thailand adalah RM3.20/kg + GST 7% (RM0.22 sen) + Cukai Khas Gula THB5 (RM0.64 sen)/kg = RM4.06/kg

4. Harga gula di Malaysia, negara yang MENGIMPORT hampir 100% bekalan gula = RM2.95 pada kadar sifar GST (0%) dan tanpa Cukai Khas Gula

5. Kenaikan harga Gula Mentah Import = RM0.99 sen/kg (+94%) [AS$15 sen/paun kepada AS$21 sen/paun]

6. Kenaikan harga Gula Pasir Putih Bertapis = RM0.11 sen/kg (+3.8%) [RM2.84 kepada RM2.95/kg]

Khamis, 16 Mac 2017

Kuota haji ditambah

Kuota haji rakyat Malaysia tahun ini ditambah daripada 27,900 kepada 30,200 orang.

Menurut Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, tambahan tersebut susulan perbincangan semasa lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud ke Malaysia baru-baru ini.

Lawatan tersebut juga katanya membuktikan kredibiliti kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendapat perhatian Arab Saudi di mana Malaysia dipilih sebagai negara pertama untuk dilawati dalam rangka  kerja baginda ke Asia.

Rabu, 15 Mac 2017

DAP Tuduh Guru Agama Islam Berpemikiran Sempit

MALAYSIA NEGARA TERBAIK BAGI PELABURAN 2017



Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim, kajian tersebut dibuat berdasarkan skor daripada lebih 6,000 pembuat keputusan perniagaan oleh BAV Consulting.

Ini kajian luar negara, bukan kajian pihak pembangkang. Sebarkan.

#PARLIMEN #NEGARAKU

Sabtu, 11 Mac 2017

SPR jamin tiada pihak guna jari palsu pada PRU14



 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memberi jaminan tidak akan membiarkan jari palsu digunakan pihak tertentu bagi tujuan penipuan dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah turut memberi jaminan proses pilihan raya yang dikendalikan SPR adalah bersih, telus dan bebas daripada sebarang penipuan dan penyelewengan.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu hari ini berikutan dakwaan seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor bahawa jari palsu telah diimport dari China oleh pihak tertentu untuk digunakan bagi tujuan penipuan dalam pilihan raya akan datang demi mengekalkan pemerintahan sedia ada.
 
Di samping itu, tular yang tersebar di media sosial ialah mengenai imej gambar jari palsu dan botol dakwat pilihan raya yang telah dikenal pasti sumbernya, kata beliau.

"SPR akan memastikan tiada sebarang penipuan atau penyelewengan berlaku dalam proses pilihan raya itu.

"Sebarang cubaan penipuan dan cubaan mensabotaj sistem pilihan raya di Malaysia ini akan dikenakan tindakan undang-undang," katanya.

Mohd Hashim berkata SPR memandang serius dakwaan serta penularan mesej itu, dan telah menjalankan siasatan berhubung dakwaan berkenaan.

Katanya, SPR telah mengenal pasti bahawa sumber imej tersebut diambil daripada internet yang tersebar di sebuah negara jiran.

Menurutnya, sumber asal imej tersebut disyaki dipetik daripada laman akikofujita.com yang menyiarkan artikel tulisan Shintaro Hasyahi yang bertajuk 'Prosthetic Fingers Help Reform Former Yakuza Members' yang disiarkan pada 16 Dis 2013.

Imej tersebut kemudiannya digunakan oleh pihak tertentu di Indonesia yang kononnya akan digunakan dalam Pilihan Raya Serentak Indonesia 2017 yang sedang berlangsung dan ditularkan, katanya.

Mohd Hashim berkata imej itu turut digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab di negara ini dan menyebarkannya melalui aplikasi media sosial bagi menimbulkan kebimbangan dan persepsi negatif.

Malah ada yang membuat dakwaan bahawa ia telah memasuki pasaran negara ini untuk digunakan dalam pilihan raya umum akan datang untuk memenangkan pihak tertentu, katanya.

Mohd Hashim menegaskan SPR akan mengambil langkah yang lebih ketat dengan memeriksa jari setiap pengundi secara lebih teliti bagi memastikan tiada elemen penipuan dan cubaan mensabotaj sistem pilihan raya di negara ini.

Beliau berkata dalam setiap pengundian semasa pilihan raya, petugas SPR akan memeriksa jari-jari pengundi terlebih dahulu bagi memastikan tiada kesan dakwat atau minyak pada jari pengundi atau sama ada mereka memakai jari palsu
sebagaimana yang ditularkan itu.

"Setelah dipastikan barulah jari pengundi tersebut dicelup dengan dakwat pilihan raya dan diberikan kertas undi," katanya.

Mohd Hashim juga menasihatkan orang ramai agar tidak bimbang dengan perkara tersebut dan memberi sepenuh keyakinan serta kepercayaan kepada SPR untuk mengendalikan proses pilihan raya dengan adil dan telus.

"Orang ramai juga diminta berhati-hati, tidak mudah terpedaya atau mudah mempercayai sebarang mesej tular dan dakwaan yang tidak sahih bertujuan menimbulkan kebimbangan selain meragui kewibawaan SPR," katanya.

- Bernama

Jumaat, 10 Mac 2017

DAP Sudah Tentukan Siapa PM, Bukannya Mahathir



Bukan nama Mukhriz yang naik, nama isteri Anwar Ibrahim yang dicadang oleh DAP. Ini bermakna, DAP lebih selesa bertuankan Wan Azizah daripada anak Mahathir.

Akhirnya DAP menyahut juga cabaran Dato Seri Najib untuk menamakan siapa calon Perdana Menteri pembangkang. Nama itu pun belum tentu Azmin, Mahathir dan Muhyiddin setuju.

Semalam, Mahathir menjadi berang apabila secara tiba-tiba bila Anthony Loke berkata Wan Azizah Wan Ismail boleh menjadi Perdana Menteri wanita pertama kita. Satu nama yang dilontar oleh DAP. Bukan menerusi mesyuarat dan keputusan konsensus semua parti dalam pembangkang.

Walaupun Mahathir hadir ke dalam Pakatan Harapan atas tiket bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno paling lama, namun apabila timbul isu memilih calon Perdana Menteri untuk pembangkang, dia masih tidak berjaya mengenepikan kuasa DAP.

Mana tidaknya, tindakan Anthony Loke membuat cadangan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri adalah penunjuk jelas bahawa pembangkang masih lagi dikuasai DAP, dan bukannya Dr Mahathir.

Mengesahkan DAP yang menjadi ketua pembangkang bukannya Mahathir. Berbanding BN yang diketuai oleh UMNO dalam Barisan Basional. 

Kehadiran PPBM yang diasaskan Mahathir tak ubah sekadar untuk mencari pengaruh orang Melayu sahaja. Manakala selebihnya akan ditentukan sendiri oleh DAP.

Apabila DAP dengan sesuka hatinya memilih calon Perdana Menteri buat Pakatan Harapan, tiada mana-mana parti dalam pakatan itu berani untuk menafikan atau menentangnya. 

Walaupun DAP membuat sesuatu keputusan mengikut kehendak sendiri dan tidak melibatkan konsesus, namun parti-parti pembangkang jelas masih takut untuk menegur DAP.

Inilah petunjuk bahawa DAP berkuasa mutlak untuk menentukan sesebuah keputusan kepada Pakatan Harapan. 

DAP adalah nakhoda kapal pembangkang sekarang. Halatuju pakatan ali baba pembangkang ini DAP yang tetapkan. Mahathir hanya penumpang sahaja dalam kapal DAP itu. 

Pelik dan huru hara jadinya kapal begini. Biarpun mereka cakap kapten kapal mereka adalah Wan Azizah, tetapi yang memacu nakhoda kapal adalah DAP. 

Kapal sebegini tidak akan ke mana mana destinasi sebab DAP sedang menunggu masa sahaja untuk merampas jawatan kapten kapal (Perdana Menteri).

Mahathir juga tidak akan ke mana mana selagi anaknya tidak jadi kapten kapal selagi itulah perjuangannya tidak pernah akan selesai.


Khamis, 9 Mac 2017

Dah merapu lah Korea Utara

Isu Kakitangan dan Pegawai yang berada di pejabat Kedutaan Korea Utara hari ini dilarang untuk keluar dari Malaysia berkuat kuasa serta merta.

Saya yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bawa tindakan dilakukan oleh Korea Utara ini dalam mesyuarat Kabinet - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Rabu, 8 Mac 2017

ISU KELAHI DGN KOREA UTARA: DARI KACA MATAKU



Oleh: Ibnu Ismail 
(lama dah tak guna nama pena ni...)

Korea Utara, negara yang pelik sikit. Presiden pertamanya Kim Il-sung (1912-1994) tidak pernah dilucutkan jawatan sebagai 'presiden' walaupun dia dah lama mati. Korea Utara menganggap Il-sung Presiden sepanjang zaman. 

Anaknya Kim Jong-il (1941-2011) yang menggantikannya tidak ditabal sebagai Presiden. Dia hanya mendapat jolokan 'Pemimpin Tertinggi Korea Utara'. Begitu juga pemimpin yang menggantikannya, tetap tidak dipanggil Presiden.

Jong-il mempunyai 3 orang isteri, Hong Il-chon (1966), Song Hye-rim (1968) dan Kim Yong-hui (1974). Dari 3 orang isteri ini Kim Jong-il memperoleh beberapa orang anak:

1. Kim Jong-nam (1971-2017)
2. Kim Sul-song (1974)
3. Kim Jong-chul (1981)
4. Kim Jong-un (1984)
5. Kim Yo-jong (1987)

Entah macam mana, setelah Kim Jong-il meninggal dunia (2011), anak keempatnya, Kim Jong-un yang baru berusia 26 tahun ditabal sebagai Pemimpin Tertinggi Korea Utara. Abang-abang yang lebih senior tidak terpilih. Jong-un lebih ke hadapan. Masih terlalu muda. Tapi ganas.

Bagi mengukuhkan kedudukannya, dia sanggup mengeluarkan perintah bunuh terhadap mana-mana ahli keluarga yang dibimbangi akan mengancam kedudukannya. 

Abangnya (berlainan ibu) Kim Jong-nam dikatakan termasuk dalam senarai yang dikeluarkan perintah supaya dibunuh. Menyebabkan dia tidak boleh tinggal di Korea Utara. Berpindah randah dari satu negara ke negara lain. Hinggalah dia di bunuh di KLIA bulan lalu. 

Malaysia sebuah negara berdaulat. Ada undang-undang. Bukan negara koboi. Apabila berlaku kes pembunuhan, ia perlu disiasat. Mayat perlu dibedah siasat. Suspek perlu ditahan, disiasat dan jika ada bukti perlu dihadapkan ke mahkamah. 

Namun Korea Utara tidak membenarkan mayat itu dibedah siasat. Kedutaannya di KL juga tidak memberikan kerjasama dalam proses siasatan. Ketua Polis Negara pula mengisytiharkan salah seorang suspek pembunuhan sedang bersembunyi di Kedutaan Korea Utara, Kuala Lumpur.  

Dutanya, Kang Chol pula tidak hadir apabila dipanggil ke Wisma Putra. Bahkan mempertikaikan undang-undang Malaysia. Menyebabkan Malaysia menggunakan peruntukan Artikel 9 Konvensyen Vienna untuk menghalau duta berkenaan pulang ke negaranya. Malaysia turut memanggil pulang pegawai-pegawai kedutaannya di Korea Utara.

Sebagai tindak balas, Korea Utara menyekat kepulangan kakitangan kedutaan Malaysia dan beberapa warganya yang bertugas di Pyongyang. Sebagai diplomat, mereka tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian rupa. 

Umum mengetahui, krisis ini adalah berat sebelah. Dari segi legal, tindakan Malaysia tertakluk kepada undang-undang tempatan dan antarabangsa. Korea pula dilihat hanya bertindak sebagai samseng pembuli.

Dari segi kekuatan ketenteraan, Malaysia bukanlah tandingan Korea Utara. Sejak sekian lama Korea Utara tidak pernah memperdulikan peraturan antarabangsa dalam membina kekuatan ketenteraannya. 

Apa yang membimbangkan, jika berlaku sesuatu yang tidak diingini antara kedua negara ini, kuasa besar dunia pasti akan masuk campur. Malaysia dilihat tidak mampu bersendirian dalam berhadapan dengan Korea Utara. 

Malaysia terpaksa mencari rakan yang lebih kuat untuk membantu. Mungkin China dilihat boleh membantu berdasarkan hubungan intim Najib dengan pemimpin negara berkenaan sejak kebelakangan ini. Namun sehingga kini China dilihat tidak berminat masuk campur. China juga tidak mahu mengeruhkan hubungannya dengan Korea Utara.

Pilihan yang ada di hadapan Malaysia (jika pemimpin negara ini tidak berhati-hati) ialah Amerika Syarikat. Ternyata negara-negara yang 'ada pasal' dengan Korea Utara sebelum ini seperti Korea Selatan, Jepun dan lainnya menjalin hubungan rapat dengan Amerika Syarikat.

Namun adakah keputusan untuk memilih Amerika Syarikat sebagai sekutu untuk berhadapan dengan Korea Utara keputusan yang bijak dan menguntungkan? 

Adakah Amerika Syarikat boleh dijadikan kawan? Apakah kebaikan yang diperolehi negara-negara yang pernah meminta pertolongan dengan Amerika untuk berhadapan dengan musuh mereka? 

Berapa banyak kem tentera Amerika yang akan dibina di Malaysia seperti mana dibina di Korea Selatan, Jepun, Arab Saudi, Iraq, Afghanistan, Kuwait, Mesir dan lain-lain yang pernah minta tolong dengan Amerika?

Persoalan seterusnya, adakah Amerika akan menjadi tetamu yang reti balik ke rumahnya setelah selesai tugasan yang diberi? 

Segala persoalan ini memerlukan kebijaksanaan pemimpin negara memikirkannya. Bukan sekadar akal yang pintar diperlukan, tetapi keimanan dan fikrah yang jelas juga tidak boleh dipandang enteng. Ia bukan perkara kecil. Malaysia yang kini aman damai tidak mustahil akan menjadi seperti Syria yang hancur luluh dipercaturkan kuasa-kuasa luar!

PRIME MINISTER NAJIB RAZAK CALLS ON NORTH KOREA TO IMMEDIATELY RELEASE ALL MALAYSIANS


 
7th March 2017
 
1.      I condemn in the strongest possible terms North Korea's decision to prevent Malaysian citizens from leaving the country.
 
2.      This abhorrent act, effectively holding our citizens hostage, is in total disregard of all international law and diplomatic norms.
 
3.      As a peace-loving nation, Malaysia is committed to maintaining friendly relations with all countries. However, protecting our citizens is my first priority, and we will not hesitate to take all measures necessary when they are threatened.
 
4.      I have summoned an emergency meeting of the National Security Council. I have also instructed the Inspector General of Police to prevent all North Korean citizens in Malaysia from leaving the country until we are assured of the safety and security of all Malaysians in North Korea.
 
5.      Our hope is for a swift resolution. I call upon the North Korean leadership to immediately allow our citizens to leave to avoid any further escalation.
DATO' SRI NAJIB TUN RAZAK
PRIME MINISTER OF MALAYSIA

Sabtu, 4 Mac 2017

BERITA BAIK 3 BULAN PERTAMA TAHUN 2017



1) Kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) semakin meningkat 3 suku terakhir tahun 2016.
Suku 2 - 4.0%, Suku 3 - 4.2% dan Suku 4 - 4.5%.

Dijangka terus meningkat oleh pakar ekonomi dalam tahun 2017.

2) Jumlah pelaburan terus negara naik 11% tahun 2016 ke RM207.9bil berbanding RM186.7bil tahun 2015.

3) Kadar pertumbuhan ekspot negara semakin meningkat. Ekspot bulan NOV naik 7.8%, bulan DEC naik 10.7% dan bulan JAN naik 13.6%

4) Pelancong dari luar negara ke Malaysia terus bertambah. Pendapatan pelancongan naik 18.8% dari RM69.1 bilion  tahun 2015 kepada RM82.1 bilion tahun 2016.

5) Akibat usaha kerajaan mengawal bajet dengan ketat, nisbah perhutangan negara berbanding KDNK (Debt to GDP) bertambah baik dari 54.5% ke 52.7% akhir tahun 2016.

6) Kuota Haji naik dari 22,320 ke 27,900 orang dan bakal naik ke 30,000 orang selepas lawatan Raja Salman.

7) Pelaburan RM31 bilion Saudi Arabia di Pengerang telah dimentarikan - merupakan pelaburan asing terbesar pernah dicatat dalam sejarah Malaysia.

WALAUPUN EKONOMI DUNIA MASIH TIDAK MENENTU, MALAYSIA MASIH KUKUH, TERUS MAJU KE HADAPAN

MOHON SEBARKAN

Sebarlah berita yang sahih dan positif seperti ini.

Jauhi dari berita palsu dan negatif yang berniat untuk takutkan rakyat dan sabotaj tanahair tercinta.

LSS.

Jumaat, 3 Mac 2017

Minyak kita milik Singapore selama ini




Aramco tidak membeli Petronas seperti mana yg dituduh pembangkang.

Apa yang Aramco beli RM31 bilion ialah 50% dalam projek-projek penapisan dan minyak mentah di RAPID sahaja - yang hanya sebahagian daripada Kompleks Bersepadu Petrolium Pengerang (Pengerang Integrated Petroleum Complex - PIPC). Pelaburan Aramco ini hanya akan selesai dan boleh berjalan pada tahun 2019.

Di bawah kerjasama itu, Saudi Aramco akan membekalkan sehingga 70% daripada keperluan bahan mentah iaitu minyak mentah untuk penapisan di RAPID, manakala gas asli, tenaga dan utiliti-utiliti lain akan disediakan oleh Petronas.

Pelaburan begini bukan baru kepada Aramco kerana mereka telah melakukan pelaburan yang sama di kilang-kilang penapisan di seluruh dunia supaya mereka boleh membekalkan minyak mentah mereka ke kilang penapisan minyak.

Petronas juga akan mendapat banyak manfaat kerana akan memberi jaminan bekalan minyak mentah untuk Malaysia kerana kita bukan pengeluar minyak mentah terbesar dunia.

Projek PIPC memberi banyak kelebihan jika  dibandingkan dengan  negara jiran terdekat kita iaitu Singapura kerana kita mempunyai keluasan tanah yang besar dan kapasiti penapisan yang lebih banyak.

Singapore sekarang ini adalah hab perdagangan minyak dan pusat pemprosesan yang besar Asia dan ketiga terbesar di dunia, semenjak berdekad yang lalu setelah mereka memanafaatkan bekas Pengkalan Tentera Laut British yang ditinggalkan dahulu. Sedangkan Singapore tidak mempunyai setitisa minyak sendiri pun, menariknya minyak dan gas tersebut adalah sebahagianya datang dari Malaysia. 

Tak dipertikaikan lagi bahawa Singapore digelar sebagai "hab minyak  di Asia", dan dengan industri minyak itu telah menyumbang sebanyak  5% daripada KDNK atau lebih kurang RM60 bilion setiap tahun kepada Singapore. Dengan gelaran itu Singapore mampu menarik pelaburan dan industri berkitan dengan minyak dan petrokimia. Ramai rakyat Malaysia yang berpusu-pusu menaiki motor pagi-pagi melintasi Tambak Johor untuk bekerja di sana.

Perdana Menteri DS Najib telah nampak perkara ini dan bakal memberi kekayaan dan keuntungan kepada Malaysia selain memproses minyak mentah dari negara luar, kita juga mampu memproses minyak mentah kita sendiri yang dikeluarkan oleh Petronas.

Bukan membina projek-projek mega seperti jambatan bengkok atau Sepang dan lain-lain, sebaliknya mengambil alih mahkota minyak Singapura sepatutnya keutamaan nombor satu Malaysia disebabkan oleh sejumlah besar pendapatan, keuntungan, pekerjaan dan susulan kepada industri yang berikut dengannya.

Maka dengan adanya RAPID, ini akan berubah tidak lama lagi, kekayaan yang selama ini dilambak di Singapore akan kembali menjadi milik Malaysia dan menawarkan peluang pekerjaan berpedapatan tinggi sehingga 8000 orang.

Untuk tempoh masa  tidak lama lagi Malaysia akan menjadi pengeksport bersih produk minyak bertapis dan bukannya pengimport bersih yang telah memberi keuntungan kepada orang lain hasil dari perbelanjaan negara kita.

Refining atau penapisan minyak sebenarnya lebih menguntungkan apabila harga minyak rendah Ini membolehkan negara dan Petronas menjadi lebih seimbang dan lebih berdaya tahan terhadap turun naik harga minyak.

Dengan adanya PIPC ini negara telah berjaya membetulkan kesilapan Perdana Menteri lalu, kerana 22 tahun beliau membenarkan Singapore mengaut keuntungan berbilion setahun hasil dari minyak negara kita. Walaupu hakikatnya beliau amat benci dan bermusuhan dengan Singapore. 

Wallahualam

 _MM_n

Anak Mahathir Kekal Kaya Disaat Malaysia Difitnah Muflis



Antara dakyah dan fitnah pihak pembangkang terutamanya Tun Dr Mahathir dan pentaksubnya adalah dakwaan Malaysia bakal muflis tidak lama lagi.

Mereka mengada-adakan cerita kononnya hutang negara yang cukup besar selain daripada kedudukan kewangan negara yang didakwa mereka sebagai lemah.

Walaupun pelbagai fakta dan angka ditunjukkan kepada mereka bagi menangkis tohmahan ini, namun mereka lebih senang untuk mendakwa Malaysia bakal muflis dan bankrup.

Seperti lazimnya, majalah ekonomi antarabangsa Forbes, mengeluarkan laporan senarai orang terkaya di dunia. Menerusi penelitian, Tan Sri Robert Kuok masih kekal peneraju orang paling kaya di Malaysia dengan harta sebanyak USD $11.4 bilion. 

Dikalangan kaum Melayu pula, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary menerajui senarai orang Melayu terkaya di Malaysia dengan harta sebanyak USD $1.8 bilion.

Apa yang menarik untuk disaksikan, anak kedua Tun Dr Mahathir turut tersenarai di kalangan orang terkaya di Malaysia. Menurut laporan majalah Forbes, Datuk Mokhzani Mahathir berada ditangga ke 34 orang terkaya di Malaysia dengan harta sebanyak USD $420 juta (RM 1.806 bilion). Ini meletakkan Mokhzani sebagai orang keempat terkaya di Malaysia berbangsa Melayu.

Persoalannya di sini, dimana logiknya dakwaan pembangkang dan Tun Dr Mahathir yang mendakwa Malaysia sedang menuju negara muflis tidak lama lagi?

Jika benar Malaysia kearah negara muflis, mana mungkin Mokhzani masih mampu mengekalkan kekayaannya menerusi industri minyak melalu Kenchana Sapura Petroleum dan pelbagai lagi bidang perniagaan yang sedang diusahakannya?

Pembangkang dan Tun Dr Mahathir sepatutnya berpijak di bumi yang nyata sebelum melemparkan tuduhan seumpama ini. Malaysia tidak pernah berhadapan dengan masalah serius dari segi ekonomi sepanjang Datuk Seri Mohd Najib menjadi Perdana Menteri.

Malaysia masih mampu mengekalkan kadar KDNKnya pada 4 hingga 5 peratus seperti yang diunjurkan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan bajet 2017, Oktober tahun lalu.

Andai benar Malaysia menuju kearah negara muflis, bagaimana pula nama Mokhzani boleh berada di dalam senarai orang terkaya di Malaysia? Adakah angka RM 1.806 bilion ini sengaja direka-reka oleh majalah Forbes?

Kalau Malaysia hendak bankrap, ramai dah orang orang kaya ini juga jatuh bankrap. Ini tidak, orang yang berkata Malaysia hendak bankrap itu anaknya terus jadi antara orang terkaya di Malaysia.

Khamis, 2 Mac 2017

PKR Parti Perosak Mentaliti Rakyat



Sukar untuk melupakan apa yang dilakukan oleh Rafizi Ramli kepada rakyat Malaysia, dengan yang paling diingati ialah tuduhannya terhadap Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) hingga mengakibatkan ramai pendeposit mengeluarkan simpanan mereka.

Selain kes Tabung Haji, beliau juga melakukan serangan terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Felda Golden Ventures (FGV) 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan banyak lagi.

Itu baru Rafizi, belum masuk lagi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang juga tidak kurang hebatnya.

Nurul Izzah juga adalah individu yang menyebabkan seramai 34 orang penduduk Flat Kampung Kerinchi gagal mendapatkan hak mereka keatas Kerinchi Residensi. 

Semuanya kerana hasutan yang dibuat pada bulan April 2013 yang mendakwa, projek pembangunan Kerinchi Residensi adalah helah kerajaan Barisan Nasional untuk mengusir penduduk Flat Kampung Kerinchi.

Beliau mendakwa, tidak mungkin kerajaan dapat menyiapkan projek berkenaan jika ada dikalangan penduduk asal Flat Kampung Kerinchi membantah "pengusiran" mereka. 

Akibatnya, sekurang-kurangnya 50 penduduk enggan meninggalkan flat yang telah berusia 46 tahun itu sebelum jumlah ini berjaya dikurangkan hasil usaha bersepadu kerajaan dan UMNO Bahagian Lembah Pantai yang memberi penerangan khas mengenai projek berkenaan.

Inilah perangai pemimpin PKR. Selepas mereka memburukkan sesuatu projek atau menyebarkan tuduhan liar, mereka akan `lepas tangan'.

Walaupun jawapan balas telah diberikan kepada isu yang mereka bangkitkan itu, tapi mereka tidak berminat sebaliknya lebih suka untuk mengelirukan dan mewujudkan persepsi buruk mengenai pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apatah lagi pilihan raya umum semakin dekat maka mereka melakukan tindakan terdesak untuk memenangi hati pengundi. Tidak kisahlah kalau cerita karut-marut sekalipun, janji ada yang akan terpedaya.

Realitinya mereka tidak berani mendedahkan kepincangan yang berlaku di negeri di bawah pentadbiran pakatan iaitu Pulau Pinang dan Selangor.

Sesudah rakyat mempercayai fitnah mereka, disaat kerajaan menunaikan janjinya kepada rakyat, mereka akan menghilangkan diri. Sifat pengecut seumpama inilah yang telah menyebabkan mereka yang mempercayainya menjadi mangsa, hanya disebabkan kemaruk dengan kuasa.

LEPAS RUU355, ZAKIR NAIK PULA DISERANG


Nampaknya isu-isu melibatkan agama Islam di negara kita semakin hebat menerima serangan. Tidak seperti dekad-dekad yang lalu, Islam sebagai agama rasmi persekutuan sudahtidak lagi dihormati. Perjuangan menjadikan Malaysia sebuah negara liberal yang menganjurkan persamaan semua agama sebagaimana barat semakin menjadi-jadi.

Teladani polemik RUU355. Pindaan akta mahkamah syariah bidang kuasa jenayah ini hanya melibatkan orang Islam sahaja. Tetapi ia diserang begitu hebat pemimpin politik bukan Islam. Turut terlibat menentang adalah golongan pejuang hak kebebasan beragama Islam. Malah ada agamawan turut mempertikai. Kita hairan, kenapa usul RUU355 yang bersifat begitu teknikal, bermatlamat menaiktaraf martabat Islam dan eksklusif hanya kepada penjenayah beragama Islam ini mendapat tentangan sebegini dahsyat?

Isu Dr Zakir juga sama. Dia dituduh ancaman kepada negara. Dia dikaitkan dengan kumpulan pengganas. Dia diwatakkan seperti penjenayah berbahaya. Sedangkan kepada yang pernah mendengar ceramah beliau, pasti tahu bagaimana pembawaan beliau. Tidak pernah sekali-kali beliau memperomosikan keganasan. Ceramahnya sarat dengan hujah ilmiah dan logikal yang menepati manhaj akademik. Beliau tidak pernah menghina sesiapapun dan sangat hormat kepada undang-undang dan pemerintah setiap negara yang dilawati.

Lalu apakah punca sebenar semua penentangan ini berlaku?

Tidak lain dan bukan, kerana kedua isu ini membawa keuntungan buat masa depan Islam di negara ini. 

Mereka tahu sekiranya undang-undang syariah berjaya diaplikasikan setelah RUU355 diluluskan, orang akan melihat keindahan ajaran Islam yang sebenar, jauh dari apa yang digambarkan barat. Lalu akan membawa kepada kecenderungan untuk memeluk Islam. 

Mereka juga tahu setiap hujahan Dr Zakir Naik mampu membuatkan orang meyakini kebenaran ajaran, lalu memeluk Islam. Hampir setiap kali program ceramah yang dilakukan, ada sahaja saudara baru yang memeluk agama suci ini.

Jika kedua usaha ini dibiarkan, Islam akan terus berkembang pesat. Islam akan menjadi pegangan semua kaum yang ada di Malaysia. Maka ia akan menggagalkan usaha mengliberal negara ini. Justeru bagi mereka, ia tidak boleh dibiarkan.

Semua ini adalah sebab utama semua penentangan berlaku. Hakikat yang sebenar, mereka anti kepada usaha kesedaran Islam di kalangan masyarakat. Dengan kata lain, mereka anti-Islam!

Malang sekali, mereka kini semakin lantang bersuara. Walaupun umat Islam adalah majoriti dan mereka hanya mewakili pandangan sebilangan kecil rakyat Malaysia, mereka tetap mengganas dan terus diberikan muka.

Puncanya adalah kerana umat Islam sendiri yang bertelagah. Masing-masing bermusuh antara satu sma lain. Ada orang Islam sanggup berpihak kepada penentang Islam ini termasuk agamawan, dengan memberi modal hujah kepada golongan ini, hanya kerana yang memperjuangkan syariat ini adalah seteru politik mereka atau berlainan fikrah dengan mereka. Atas nama hak untuk berbeza, kita umat Islam sendiri membina tembok diantara kita, sehingga tidak boleh duduk bersama walaupun demi kepentingan Islam.

Hanya satu-satunya cara mendiamkan golongan anti-Islam ini adalah bersatu atas nama Islam. Buang perbezaan politik, buang percanggahan ideologi, mazhab, aliran, dan semuanya. Sama-sama pertahankan Islam. Jangan lagi bercakap tentang perbezaan, tentang perkara khilaf. Semua itu tidak membantu agama buat masa ini. Melayu, aswaja, wahabi, kaum muda kaum tua, PAS, Umno, keadilan, buang ke tepi dahulu semua nama ini. Kita guna satu nama sahaja. MUSLIM!

Atas nama muslim, sama-sama pertahan pemerkasaan syariat Islam. Sama-sama pertahankan Dr Zakir Naik!

_(Alang Ibn Shukrimun)_

Telegram:
Facebook: 

Arab Saudi Berminat Pelajari Cukai GST Dengan Malaysia



Sebuah negara yang kaya raya, turut mengambil inspirasi pengurusan ekonomi yang dilaksanakan oleh Malaysia. Dalam hal ini, Arab Saudi sedar, hasil negara akan semakin terhakis jika berterusan memberikan subsidi yang besar kepada rakyatnya. Malah, Arab Saudi juga sedar, sistem percukaian yang lama, nyata tidak memberi sumbangan yang banyak terhadap hasil negara.

Oleh yang demikian, tidak ada salahnya cukai GST yang kini dilaksanakan di Malaysia kerana ianya turut akan dicontohi oleh Arab Saudi dalam tempoh setahun lagi.

http://www.pru14.tv/2017/02/27/arab-saudi-berminat-pelajari-cukai-gst-dengan-malaysia/

NAJIB MENANGI SATU LAGI



Nanyang Siang Pau, Editorial, Feb 28, 2017

ARAB Saudi adalah tanah emas hitam. Ia menjadi sebuah negara terkaya Timur Tengah kerana mempunyai rizab minyak yang kaya. Ia diiktiraf di seluruh dunia sebagai "dewa nasib".

Dan kini "dewa nasib" telah datang ke negara yang diketuai oleh Perdana Menteri Najib.

Pada hari Ahad, Raja Arab Saudi, Raja Salman tiba di Kuala Lumpur selama empat hari untuk lawatan rasmi, beliau mengetuai delegasi lebih 600 orang. Delegasi Arab Saudi di sambut oleh sejumlah besar 100 buah kereta dan majlis sambutan itu sangat jarang dilihat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib berada di lapangan terbang untuk menyambut ketibaan Raja Salman dengan menggunakan protokol diplomatik antarabangsa yang tertinggi.

Rombongan ini terdiri daripada ahli-ahli kerabat diraja dan juga merupakan kali pertama jelajah Raja Salman ke Asia Tenggara sejak pertabalan beliau dalam tahun 2015. Ini bermaksud memberi banyak peluang kepada Malaysia. Jika kita menganalisis dari sudut yang lain, ia juga mencerminkan pengaruh Najib di negara Arab.

Najib, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, telah terikat dengan 1MDB dan isu "RM2.6 bilion sumbangan politik oleh seorang putera Arab". Parti-parti pembangkang dan agensi tertentu telah menyerang beliau mengenai isu-isu ini.

Dan sekarang hakikatnya jelas bahawa Arab Saudi yang dikaitkan dengan dua isu ini tidak mengelak untuk bertemu Najib malah Raja Saudi sendiri mengetuai delegasi besar melakukan lawatan rasmi ke Malaysia ketika isu sensitif ini masih panas.

Dengan itu bolehlah ditafsirkan bahawa Raja Salman memberi sokongan kepada kepimpinan Najib. Tambahan pula, semua pihak memberi tumpuan sama ada isu-isu ini akan disentuh dalam perbincangan mereka semasa lawatan Raja Salman atau tidak, kerana isu ini adalah titik tumpuan utama masyarakat.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang kini berusia 91 tahun tidak menghalang penghinaan semasa lawatan Raja Salman malahan beliau juga bertanyakan Najib tentang apa lagi yang beliau cuba jual.

Pada malam Ahad, jamuan rasmi yang dihoskan oleh Yang di-Pertuan Agong di Istana, seorang lagi bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi telah dijemput untuk hadir. Bernama tidak menyebut Mahathir hadir.

Apapun, Raja Salman telah membawa masuk pelaburan besar-besaran, termasuk AS $ 7 bilion (kira-kira RM31.1 bilion) pelaburan dalam kilang penapisan minyak di bawah perjanjian antara Petronas dan Aramco untuk projek bersepadu Rapid di Pengerang, Johor.

Ini merupakan satu lagi pencapaian ekonomi yang besar oleh Najib setelah mendapat RM140 bilion pelaburan pada lawatannya ke China baru-baru ini.

Beliau telah memenangi satu lagi pusingan, politik dan diplomatik.

-- Diterjemah oleh : MOF Comm