Rabu, 28 Februari 2018

Macai tok wan melompat bila kapal layar dirampas

Rampasan kapal layar itu seolah-olah membuat penyokong Pakatan sangat teruja - sesuatu yang saya tidak pasti saya faham kerana bukan Najib, Rosmah, anak lelakinya atau mana-mana ahli politik BN.

Ini bukan penyitaan pertama terhadap aset Jho Low. Sebelum itu, lukisan dan pesawatnya juga dirampas. Jadi apakah kegembiraan ke atas satu lagi aset?

Walau bagaimanapun, saman sivil terhadap Jho Low masih digantung dan tiada saman jenayah telah bermula walaupun selepas 2 tahun.

Sekiranya anda percaya laporan WSJ dan DOJ, wang untuk membeli aset ini tidak datang terus dari 1MDB atau tidak langsung membayar 1MDB untuk membeli aset ini.

Oleh itu, kapal layar atau aset yang disita lain TIDAK sama sekali aset 1MDB dan 1MDB tidak membuat tuntutan terhadapnya. Jadi, 1MDB akan sangat tidak peduli.

Sebilangan besar aset tersebut dibeli selepas 1MDB telah membayar Aabar BVI dengan wang yang masuk terus ke Pengerusi Aabar Abu Dhabi Khadeem Al Qubasi dan akaun Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Husseiny. Kedua-duanya juga merupakan pengarah tunggal Aabar BVI. (sehingga tarikh, tiada siapa yang telah memfailkan saman jenayah terhadap kedua-dua orang ini - di Abu Dhabi atau di mana sahaja - yang pelik).

Sehubungan dengan 1MDB, Aabar Abu Dhabi dan IPIC bertanggungjawab terhadap wang yang dihantar oleh 1MDB, tumpuan utama 1MDB adalah untuk menyelesaikan rundingan yang baik dengan IPIC yang bermula selepas 1MDB membuat pembayaran akhir USD1 bilion bahawa IPIC telah dipinjamkan kepada 1MDB pada bulan Jun 2015.

Bon US $ 3.5 bilion masih dijamin oleh IPIC dan 1MDB masih mempunyai jaminan dari Aabar Abu Dhabi ke atas unit dana - jadi biarkan 1MDB dan IPIC menyelesaikan penyelesaian mereka.

Terdapat tuntutan sebenar dan banyak leverage yang masih dipegang oleh 1MDB untuk pulih sepenuhnya wang mereka. Ini bukan Mahathir dan Anwar RM30 bilion (Skandal RM100 bilion) kerugian FORM BNM yang habuk pun takde lagi dengan peluang sifar untuk pulih.

1MDB telah mengurangkan banyak hutang sebelumnya dan mempunyai banyak kemajuan dalam TRX (lihat Menara Tandatangan), 8 pangkalan tentera serta membantu menyelesaikan IPP lop-sisi yang akan menjimatkan Malaysia RM200 bilion lebih 20 tahun. . Biarkan mereka menyelesaikan tugas mereka.

HIDUP DALAM KETAKUTAN DI ZAMAN MAHATHIR









" HIDUP DALAM KETAKUTAN "

Merujuk kepada artikel terbaru Tun M bertarikh 23 Februari 2018, izinkan saya kongsikan sedikit pengalaman ketika berada dalam perjuangan bersama Tun M sejak Ogos 2015 hingga September 2017.

Ketika video saya mengkritik Presiden UMNO tular di media sosial, ramai yang menasihati saya supaya menjaga keselamatan diri kerana bimbang dicederakan, dikenakan sihir, diletupkan dengan bom, dipenjarakan dan bermacam lagi andaian.

HAKIKATNYA TIADA APA YANG BERLAKU KE ATAS SAYA WALAUPUN SAYA TELAH MEMFAILKAN SAMAN SIVIL DI MAHKAMAH TINGGI DAN MEMFAILKAN RAYUAN DI MAHKAMAH RAYUAN KE ATAS PERDANA MENTERI MALAYSIA BERKAITAN KES DERMA POLITIK RM 2.6 BILLION. DS NAJIB RAZAK TIDAK PERNAH MENGUGUT, MENGANGGU ATAU MEMENJARAKAN SAYA.

Bahaya sebenarnya, bukanlah berada di negara Malaysia ini tetapi di dalam PPBM itu sendiri. Bangun pagi saya sudah fikir apakah lagi fitnah yang akan muncul hari ini. Adakah wanita dari Langkawi ini akan terus difitnah, adakah PPBM akan menjadi padang jarak padang terkukur selama 7 keturunan? (Tidak mungkin selama itu kerana mereka sudah seperti tong sampah yang menempatkan segala bahan “reject” UMNO. Sekejap nanti reputlah ia).

Saya juga dijadikan mangsa kerakusan politik apabila Mukhriz Mahathir maklumkan bahawa saya tidak disyorkan terus menjadi Ketua Srikandi PPBM, tetapi apabila saya minta dia gugurkan senua jawatan saya, dia enggan berbuat demikkan dengan alasan tiada bukti.

Kenudian saya juga difitnah menerima RM 7 juta dari UMNO. Langsung tidak dibela oleh sesiapa kerana takut kepada pucuk pimpinan parti. Cikgu Kamarul seorang sahaja yang pernah membela saya sebelum itu tetapi akhirnya cikgu dianiaya oleh blok Mukhriz di negeri sembilan. Begitu lah bahayanya hidup di dalam PPBM. Sesiapa yang lantang bersuara akan dipancung seperti DS Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Saya masih ingat pada tahun 1998 seluruh rakyat Malaysia difahamkan oleh kerajaan ketika itu bahawa DS Anwar Ibrahim adalah seorang pengamal seks luar tabie. (Saya tidak berminat untuk mengulas bagaimana Tun M bercakap di seluruh dunia mengaibkan DSAI. Pada saya itu satu pengaiban yang menghina seorang insan dan seluruh ahli keluarganya. Sepatutnya ia hanya perlu didedahkan di mahkamah, PM tidak perlu mengulas nya di media massa atau berucap hingga luar negara).

Ianya menimbulkan kemarahan penyokong beliau hingga tercetusnya Reformasi pada tahun 1999. Sesiapa jua yang berjuang untuk Reformasi akan di kenakan tindakan ISA dan disumbatkan ke penjara. Semua penyokong DS Anwar berada dalam ketakutan.

Antara yang dikenakan tahanan ISA yakni dipenjarakan tanpa dibicarakan adalah :

Anwar Ibrahim,
Zahid Hamidi,
Ahmad Azam Abdul Rahman,
Mukhtar Redhuan,
Shaharuddin Badaruddin,
Abdul Halim Ismail,
Roslan Kassim
Chua Tian Chiang,
Mohd Ezam Mohd Noor
Haji Saari Sungip,
Hishamuddin Rais,
Raja Petra Kamaruddin;
N. Gobala Krishnan;
Abdul Ghani Harun,
Muhammad Sabu
Lim Kit Siang,
Karpal Singh,
Lim Guan Eng
Dr Badrul Amin Baharom,
Lokman Nor Adam,
Badaruddin Ismail.

Selama lebih 20 tahun rakyat Malaysia termasuk ahli-ahli PPBM mempercayai bahawa DSAI tidak layak menjadi PM kerana beliau akan memalukan negara di mata dunia.

Sama juga ketika saya mula-mula mengenali politik ketika di bangku sekolah, saya difahamkan bahawa DAP adalah parti racist yang menjadi musuh orang Melayu.

Hari ini ahli-ahli PPBM seperti dibius untuk menutup minda mereka supaya menerima DS Anwar Ibrahim dan DAP sebagai insan-insan mulia yang akan menyelamatkan negara.

Tidak keterlaluan juga jika saya menyebut tentang bagaimana rakyat Malaysia terutana orang-orang Melayu di asak untuk mempercayai bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya, Khairy Jamaluddin adalah bahaya kepada negara kerana mengamalkan rasuah dan mengaut keuntungan yang banyak untuk kepentingan peribadi.

Namun, apabila hasrat untuk memaksa Pak Lah berundur berjaya, tiada satu pun dakwaan dibuat ke atasnya berkaitan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa. Yang penting hanyalah Pak Lah berjaya dijatuhkan.

Hari ini sekali lagi ahli-ahli PPBM diperalatkan untuk mempercayai bahawa apa sahaja kritikan terhadap PPBM perlu ditolak mentah-mentah kerana pengkritik tersebut kononnya menerima rasuah ‘dedak’ dan dia dilabel sebagai sampah. Maka, ahli-ahli PPBM akan memerangi sesiapa sahaja yang mengkritik PPBM. Ianya seperti “fatwa” yang wajib dijunjung.

Akibat kerap sangat dimomok momokkan dengan kisah penjajahan selama lebih 400 tahun, orang Melayu khususnya, percaya bahawa seorang pemimpin yang hebat harus dijulang untuk menjadi wira bangsa. Akhirnya orang Melayu menjadi taksub kepada seorang individu.

Tiada siapa pun yang betul di Malaysia ini baik Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussin Onn, Tun Musa Hitam, Tun Ghaffar Baba, DS Anwar Ibrahim, Tun Abdullah Badawi dan terkini DS Najib Razak.

Malah kuasa Raja-Raja Melayu juga boleh dicuit. Tiada yang lebih hebat dari Perdana Menteri Malaysia ke 4. Dia boleh berbuat apa sahaja, tidak boleh dikritik kerana mengkritiknya adalah satu dosa besar bagi penyokong yang taksub kepadanya.

Mereka memuja dan menyenbahnya seperti seorang pemimpin suci, Bagi penganut fahaman ini, yang layak menjaga Malaysia hanyalah keturunan beliau. Semua pemimpin lain dianggap bodoh, Raja-Raja Melayu di turunkan kuasa, rakyat dianggap bodoh, mudah lupa dan malas.

Sebelum saya menoktahkan tulisan ini, izinkan saya mencatat sedikit rasa luka di hati ini.

Tun M mungkin terlalu menurut emosi peribadinya terhadap DS Najib hingga lupa perasaan jutaan rakyat Malaysia yang melalui dunia gelap gelita bersiram air mata dan dendam ketika tentera Jepun merogol isteri, anak-anak serta adik beradik perempuan rakyat negara ini pada tahun 1942 hingga 1945.

Ada anak yang melihat bapa dilpenggal kepala di hadapan mata. Ada suami yang melihat isteri dan anak perenpuannya dirogol di depan mata. Ada isteri melihat suami di siat daging badannya seperti binatang. Kesemua mereka juga hanya makan ubi kayu untuk hidup kerana tanaman beras dirampas oleh tentera Jepun. Itu adalah penghinaan dan ketakutan sebenar terhadap anak bangsa!

Saya tidak takut menjadi rakyat Malaysia hari ini!

Anina Saadudin
EMPIRICAL MALAYSIA

Khalid Yang Eksklusif, Jarang-jarang Jumpa Rakyat


Siapa tak kenal Khalid Samad, MP Shah Alam yang dahulu PAS tapi dah lompat ke PAN. Tapi sayang, nama dah popular tapi payah nak jumpa rakyat. Nak bertentang mata pun susah, apatah lagi nak membantu rakyat.

Apabila Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kenakan caj meja tambahan kepada peniaga sehingga mereka tidak senang duduk, Khalid boleh pulak buat-buat bodoh, diam membisu, macam tiada apa-apa yang berlaku. 

Kenapa susah benar nak tengok batang hidung Khalid di Shah Alam ini? Khalid ingat jadi MP hanya untuk buat bising dan menjerit ketika sesi Parlimen? Agaknya dia risau kerusi Shah Alam akan dirampas oleh MB Selangor Azmin Ali yang dah tak nak bertanding di Gombak. Dia dah gaduh dengan Azmin, siap bagi warning Shah Alam adalah milik PAN. Dia pun risau kes mahkamah dengan Hasan Ali pun dah kalah. 

Tapi takkanlah berpolitik sampai tak sempat nak berkhidmat untuk rakyat. Yang peliknya bila ada majlis DAP sempat pulak dia hadir. Main sorok-sorok ke? 
#PakatanProDAP #TolakPakatanPRU14

Elaun SL1M Kini RM2,000 Sebulan



Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) merupakan satu platform yang diwujudkan oleh kerajaan bagi membantu generasi muda mendapatkan peluang pekerjaan.

Kini, kerajaan telah mengumumkan elaun SL1M berjumlah RM1,500 dinaikkan kepada RM2,000 sebulan berkuat kuasa pada tahun ini.  

Selain memberi lebih motivasi kepada pelatih, ia juga sebagai bukti kerajaan memahami keperluan mereka yang kebanyakannya datang daripada pelbagai latar belakang kehidupan. SL1M yang diperkenalkan sejak 2011 juga, kini sudah melatih 140,000 graduan.


#BarisanProRakyat

Logo DAP Akan Diguna Pembangkang Sebagai Lambang Untuk PRU14






Logo DAP hampir pasti digunakan oleh semua calon pembangkang dalam PRU14? Ya, nampaknya begitulah. Ini kerana status Pakatan Harapan yang masih lagi haram kerana masalah dalaman yang berlaku dalam PPBM.

"Ini adalah keputusan kami, iaitu semua parti (dalam HARAPAN) akan bertanding menggunakan satu logo.

"Sama ada permohonan pendaftaran kami diluluskan atau sebaliknya, kami akan menggunakan satu logo sebagai identiti pada pilihan raya umum (PRU) akan datang," kata Mahathir dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Petaling Jaya, 27 Februari 2018

Pakatan Harapan, logonya begitu buruk dan dikecam oleh ahli ahlinya sendiri pada Mei tahun lepas. Logo yang buruk itu ditarik balik, kemudian Teresa Kok, ahli parlimen DAP Seputeh menyatakan logo pembangkang hanya memerlukan sentuhan akhir sahaja untuk siap.

Bila sudah siap, logo itu sekali lagi dikutuk dan kena ‘troll” dengan netizen. 14 Julai 2017, logo baru menyerupai hidung Mahathir siap bersama dengan 7 janji pembangkang dalam tempoh 100 hari. Logo yang dicadang kepada ROS itu ditegur dan diminta dibaiki.

Mahathir kata dua hari sahaja untuk buat logo baru, namun sampai hari ini, belum lagi siap siap. Sejak kenyataan Mahathir pada 28 Julai 2017 itu hingga ke hari ini, sudah hampir 9 bulan, masih lagi tidak siap siap logo baru. Kemudian pembangkang mengambil tindakan menyalahkan ROS.

Padahal kesalahan dan kesilapan itu adalah di pihak mereka sendiri. Gagal kemukakan logo pindaan seperti yang diminta oleh ROS. Bukan itu sahaja  Pakatan Harapan juga  masih lagi berstatus “parti haram’ dan tidak sah dari sisi undang undang. Mengikut Akta Pertubuhan 1966, Pakatan Harapan masih lagi belum boleh diiktiraf sebagai badan yang sah.

Pakatan Harapan “masih berstatus haram” kerana masalah dalaman yang berlaku dalam PPBM sendiri. PPBM sendiri tulis peraturan, mereka sendiri yang langgar peraturan. Itu pun masih hendak salahkan ROS?

Terdapat 430 aduan mengenai PPBM oleh ahli PPBM sendiri. Ahli ahli PPBM buat aduan kerana cara pengurusan parti bunga kacau bilau. Mesyuarat di peringkat cawangan pun tidak boleh buat. Jumlah ahli pun takut hendak umumkan.

Di Kelantan, RM5,000 sahaja diperuntuk untuk PPBM di setiap Bahagian, itu pun ada yang tidak dapat. Kuda Mahathir makan karot sampai RM50,000 sebulan, ahli PPBM dapat RM5,000 sahaja. Bermaksud kuda Mahathir lebih bernilailah dari ahli PPBM di mata Mahathir.

Logo tidak siap, janji yang dibuat pun sudah diakui oleh Mahathir sukar hendak ditunaikan jika mereka berkuasa. Bermaksud, belum lagi masuk ke medan PRU14, pembangkang sudah gagal. Parti bunga, belum lagi bertanding di mana mana kerusi sudah pun gagal dan layu.

Bila PPBM gagal dan hancur, maka Mahathir tiada pilihan lain, terpaksalah melutut meminta bantuan DAP. Dana RM1 billion sudah pun diberi kepada DAP untuk membolehkan Mahathir menjadi Pengerusi Pakatan Harapan dan menjadikan Mukhriz sebagai PM.

Kini tiba habuan yang satu lagi iaitu menggunakan logo DAP. Kenapa tidak guna logo PKR? Kalau guna logo PKR, Mahathir akan teruk lagi kena protes dengan orang orang PKR yang lama. PKR itu ditubuh semata mata untuk melawan Mahafiraun.

Tidak mungkin guna logo PKR. Parti yang diasaskan Mat Sabu pula masih baru, ahli ahli parlimen DAP tidak akan gunakan logo PAN untuk bertanding di kawasan kawasan majoriti pengundi Cina. PPBM masih bermasalah. Hanya logo DAP yang nampaknya boleh digunakan.

Lagipun, 38 ahli parlimen DAP yang ada sekarang selesa dengan logo itu. DAP tidak akan korbankan kemenangan 38 orang ahli parlimen ini dengan menukar logo lain. DAP akan paksa semua ahli parlimen pembangkang yang hendak bertanding mengunakan logo mereka.

Yang nampak ada peluang menang banyak dalam pembangkang adalah DAP bukannya parti lain. Ini bukti DAP adalah parti yang menjadi “top dog” sebenar dalam pembangkang.

Mahathir,Mukhriz dan Muhyiddin juga akan guna logo DAP dalam PRU14 nanti. Jadilah mereka “kuda kuda” DAP nanti.


Tulisan :
Beruang Biru
BB797, Rabu
28 Februari 2018

Zenith sahkan bayar rasuah kepada jutawan penipu Dato’ Gnanaraja RM19 juta





PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan apabila dipercayai terlibat menerima wang sebanyak RM19 juta bagi menutup kes siasatan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.


Difahamkan, suspek berusia 37 tahun itu menerima wang tersebut daripada syarikat pembinaan utama projek selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan yang dijalankan oleh SPRM.


Menurut sumber berkata, pihak syarikat berkenaan membayar wang berjumlah RM19 juta berkenaan secara berperingkat sekitar bulan Julai dan Ogos tahun lalu.

“SPRM menjalankan siasatan terhadap kajian projek mega di Pulau Pinang itu dan suspek berkemungkinan meya­kinkan syarikat pembinaan utama ter­babit bahawa dia mampu menutup dan menyelesaikan siasatan yang dijalankan oleh SPRM.



Kaitkan Imej Hijab Dengan Kelab Malam, Ahli Akademik Tegur Neelofa

Selasa, 27 Februari 2018

Tun M Negarawan Yang Dimurkai Raja-raja Melayu


Sikap lantang Tun M dalam mengkritik pentadbiran negara bukan perkara baharu, daripada zaman Pak Lah sampai ke Najib Razak, Tun M tak pernah berubah, yang lagi teruk sekarang sanggup untuk serta blok pembangkang.

Tindakan Tun M yang dianggap keterlaluan mendapat murka daripada tiga istana termasuk Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V. Perkara sebegini tidak pernah berlaku kepada mana-mana neragarawan apatah lagi terjadi kepada bekas PM.

Keturunan diraja pertama yang murka kepada Tun M adalah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar. Disebabkan kritikan Tun yang mendakwa pelaburan China di Forest City adalah menjual negara.

Tindakan Tun yang menghina keturunan Bugis, turut mendapat murka daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah disebabkan Sultan juga berketurunan Bugis.

Yang terbaharu, Yang di-Pertuan Agung, Sultan Muhammad V murka dengan Tun M sehinggakan menarik balik darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Istana Kelatan pada 2002.

Nampak gayanya, cita-cita Tun M nak jadi PM buat kali ke-2 mungkin boleh jadi dalam mimpi Tun je kot, yelah sampaikan Yang di-Pertuan Agung pun dah murka.

#TolakTunM
#PakatanProDAP
#TolakPakatanPRU14

Ahad, 25 Februari 2018

Jahanamlah Malaysia Kalau PH Yang Berkuasa


Kalau nak tengok KPI Pakatan Harapan kalau dapat tadbir negara nanti, tengok je la apa dah jadi kat Selangor dan Pulau Pinang. Makin jahanam ada lah!

Kua Kia Soong (penasihat SUARAM) mendakwa di Pulau Pinang, sejak 2008 sekurang- kurangnya RM37 bilion masuk dalam poket kerajaan negeri di bawah pimpinan 'tokong' hasil transaksi jual tanah di negeri itu. 

Di Selangor, lebih kurang sama. Kes tanah peneroka Ijok yang pada mulanya gagal dibangunkan oleh pemaju (Mujur Zaman dan LBCN Development), dan kemudian keputusan Mahkamah Rayuan juga memihak tindakan kerjaan negeri untuk 'merampas' kembali tanah tersebut, Azmin Ali sebagai MB (yang baharu) tiba-tiba bertindak hero.

Kononnya ala 'win-win situation' Azmin jual balik tanah kepada pemaju (yang telah gagal) dengan harga RM 1.18 bilion, tapi beri pampasan RM180 ribu kepada setiap peneroka.

Mana tak haru biru peneroka bila yang mereka dapat sikit (RM421 juta) nak banding dengan harga yang dijual pemaju (RM1.18 bilion).

Seperti peneroka yang tertindas, SURAM pun bertanya kenapa Azmin tak tunggu saja kes di Mahkamah Persekutuan, atau baki RM750 juta tu masuk poket mana?

Kalau macam ni lah gaya PH tadbir Selangor dan Pulau Pinang, tanah milik rakyat habis dijual, untung masuk poket sendiri. 

#PakatanProDAP
#TolakPakatanPRU14

Selain kerusi, Pakatan pun sibuk rebut jawatan



Pakatan dah tak ada kerja lain melainkan sibuk berebut kerusi untuk PRU14 dan sibuk pilih siapa nak jadi PM dan TPM. Kata PM Najib Razak, senario perebutan ni akan berterusan 2-3 tahun sebelum mereka berkhidmat kepada rakyat.

PM kata Tun M tak mungkin serah jawatan PM kepada Anwar sebab dia sendiri pernah kata orang yang bermasalah moral tak boleh jadi PM.

"Dr Mahathir juga pernah mengatakan yang Anwar sudah terlalu tua untuk memimpin negara dan pastinya PKR akan memberontak sekiranya beliau memilih untuk membolot kuasa," kata Najib.

Begitu juga kalau Tun M 'rela hati' serah jawatan PM kepada Anwar – itu dah jadi nepotisme paling kritikal yang diamalkan PKR. 

Sebenarnya rakyat pun muak nak tengok drama rebut kerusi, serah kuasa, drama keluarga dalam tempoh 5 tahun lepas PRU14. Tapi, kerja untuk rakyat satu pun tak ada mereka buat.

#TolakTunM #PakatanProDAP #TolakPakatanPRU14

Sabtu, 24 Februari 2018

HELAH KERAJAAN LANUN DAP KAUT UNTUNG



Seperti kita tahu bahawa kes curi pasir di negeri Selangor ini adalah melibatkan anak saudara kepada Azmin Ali iaitu MB Selangor bawah kerajaan DAP.

Si Lanun ini telah di bebaskan melalui ikat jamin tetapi siasatan kes masih dijalankan.

Oleh hal yang demikian, bagi menutupi kerja menyamun hasil bumi Selangor ini,  media Selangor Kini telah di bayar untuk spin isu ini kepada "sungai di korek adalah bertujuan untuk dalamkan sistem perparitan".

Namun begitu sekiranya betul sungai ini di korek dengan tujuan untuk dalamkan sistem perparitan, mengapa tidak diberitahu kemana perginya pasir-pasir yang telah di korek keluar daripada Sungai ini?

Adakah tujuan media Selangor Kini keluarkan tajuk berita murahan begini adalah kerana sudah diberikan dedak oleh lanun pasir Azmin Ali?

Maka mainan media Selangor Kini akan membolehkan ramai rakyat akan tertipu. Tambahan pula, akhbar Selangor Kini di agihkan secara percuma ke Masjid, Sekolah, Kedai Makan dan lain-lain.

Sumber : Akhbar Selangor Kini 21-27 Februari 2018, 5-12 Jamadilakhir 1439

- Admin Shah Alam

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

📱 *Facebook Darul Ehsan Leaks*

📱 *Twitter Darul Ehsan Leaks*

📱 *Instagram* 

🌐 *Laman Web Darul Ehsan Leaks*

📌 *Kepada yang ingin mendapatkan info Selangor, sila hantar nama anda ke nombor +60145154521 melalui aplikasi WhatsApp dan simpan (save) nombor tersebut di telefon pintar anda*

Khamis, 22 Februari 2018

1MDB PENYELAMAT NEGARA DARI TERUS DIROMPAK TUN DAN KRON

Tanya Mahathir: Kenapa Rakus Menyiksa Rakyat?.

■ Sebelum 1992, industri menjana elektrik adalah monopoli awam. Menurut TNB History, Lembaga Lektrik Negara (LLN):
merupakan satu entiti yang berjaya dan menguntungkan dengan kemampuan menurunkan tariff kepada pengguna.

■ Pada 1 Sept 1990, LLN dikorporatkan menjadi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan milik penuh oleh Kementerian Kewangan.

■ 29 September 1992, satu power blackout 48 jam berlaku di seluruh Semenanjung Malaysia. Selepas kejadian ini, maka bermulalah sejarah penswastaan industri menjana kuasa elektrik. Persoalan: adakah keadaan blackout diwujudkan untuk menjustifikasikan penswastaan?

■ Dasar penswastaan diumumkan oleh kerajaan pada tahun 1983 dengan tujuan:
1. Mengurangkan beban kerajaan daripada aspek kewangan dan pentadbiran
2. Membaiki kecekapan dan produktiviti
3. Membantu dalam pertumbuhan ekonomi

■ 20 tahun selepas penswastaan TNB, kerajaan gagal mencapai ketiga2 tujuan ini. Pihak kerajaan sendiri mengaku bahawa penswastaan penjanaan tenaga tidak begitu berjaya.

■ Rasional penswastaan TNB tidak masuk akal kerana ia adalah satu perusahaan milik kerajaan yang cukup beruntung dan berjaya. Di samping itu, gambaran yang diberi kepada rakyat adalah bahawa hanya perusahaan yang mengalami kerugian (unprofitable) akan diswastakan.

□ Pemberian lesen menjana kuasa kepada syarikat2 kroni.

■ Pada tahun 2011, 25% syer TNB dipegang oleh syarikat swasta manakala 75% dipegang oleh GLC dan agensi2 kerajaan lain seperti Khazanah, EPF, KWSP dll.

■ Aspek penswastaan yang amat signifikan adalah penawaran LESEN menjana kuasa lektrik kepada syarikat2 swasta (independent power producers atau IPP) yang diberi kontrak untuk menjana kuasa dan menjual kepada TNB untuk dibekalkan kepada pelanggan.

■ Lesen IPP diberi dalam 3 fasa, dari 1993 ke 1995 (IPP Generasi Pertama), 1998 ke 2001 (IPP Generasi Kedua) dan dari 2002 – 2006 (IPP Generasi Ketiga).

■ Pada tahun 1995, terdapat 5 IPP generasi pertama membekalkan 30.99% keperluan tenaga negara. Kini, IPP membekalkan 60% berbanding dengan 40% oleh TNB.

■ 5 IPP yang pertama khususnya mendapat deal yang paling hebat yang berpotensi untuk memusnahkan TNB dan merugikan rakyat adalah:
1. YTL Power Generation Sdn. Bhd. milik Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay
2. Segari Energy Ventures Sdn. Bhd milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
3. Port Dickson Power Bhd milik Tan Sri T. Ananda Krishnan*
4. Powertek Bhd milik Tan Sri T. Ananda Krishnan
5. Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. milik Tan Sri Lim Goh Tong
***kini dibeli oleh 1MDB

■ Kesemua pemilik ini adalah taikun dan nama mereka tersenarai dalam 10 individu terkaya di Malaysia dalam Forbes Rich List, dan melalui pelaburan dalam IPP mereka telah melipat gandakan kekayaan mereka.

■ Pemilihan IPP dilaksanakan oleh EPU (Economic Planning Unit, Jabatan Perdana Menteri) tanpa telus. Tiada tender terbuka dan mereka dipilih bukan berasaskan kebolehan, pengalaman atau kepakaran kerana kesemua pun tidak ada pengalaman dalam bidang ini.

■ Apa yang menarik ialah penawaran lesen kepada 5 IPP pertama juga tidak dipengaruhi oleh Dasar Ekonomi Baru (NEP) – tidak ada kuota khas kepada kaum Bumiputera atau usaha untuk menghasilkan kelas korporat Melayu, dan terdapat hanya seorang Bumiputera dalam senarai 5 itu.

■ Hanya satu kelayakan yang dapat dilihat dengan ketara iaitu hubungan bakal pemilik IPP dengan Dr Mahathir, Perdana Menteri pada masa itu. Kesemua mereka adalah kroni Dr Mahathir.
PPA – kontrak merompak wang TNB.

■ PPA adalah kontrak antara TNB dan IPP dan berjangka masa 21 tahun. Kontrak ini dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi (OSA). Perjanjian PPA amat berat sebelah kepada IPP, dan amat merugikan TNB dan rakyat.

■ Di bawah PPA, ada 2 jenis bayaran yang perlu dibuat oleh TNB kepada IPP:
1. Bayaran ‘Take or Pay’
TNB mesti membeli sejumlah kuantiti elektrik daripada IPP seperti yang ditetapkan dalam PPA pada harga unit yang dipersetujui dalam PPA, atau
2. Tetap BAYAR untuk kuantiti tersebut walaupun TNB tidak memerlukannya.

■ Isu2 berkaitan adalah:
1. Harga elektrik yang dibeli daripada IPP lebih tinggi daripada yang dijana sendiri oleh TNB, dan mengakibatkan kos yang lebih tinggi kepada pengguna. TNB boleh menjana tenaga dengan hsrga 8 sen tetapi terpaksa membeli dari IPP dengan harga 23 sen
2. Bayaran untuk kapasiti dan tenaga
i) Bayaran kapasiti
Ini adalah bayaran tetap yang dibuat kepada IPP. Masalah yang timbul adalah kapasiti berlebihan yang ditetapkan adalah 40% iaitu 2 kali lebih dari kapasiti berlebihan yang diperlukan! Oleh itu TNB terpaksa membayar 2 kali ganda daripada apa yang perlu dibayar kepada IPP.

ii) bayaran untuk tenaga
Merupakan bayaran untuk turun naik kos operasi dan kos bahan bakar yang digunakan dalam penjanaan.

■ IPP adalah penerima subsidi gas paling banyak daripada Petronas. Tetapi ia membekalkan elektrik kepada TNB dengan harga yang lebih tinggi daripada harga TNB. Ini bermakna IPP mendapat keuntungan besar daripada subsidi gas. Untung terjamin untuk IPP sementara risiko ditanggung oleh TNB.

■ Kesan penswastaan industri tenaga – TNB, rakyat dan negara
1. Meningkatkan beban hutang kerajaan melalui subsidi gas yang diberi kepada IPP dan TNB sehingga hari ini
2. Menghakis prestasi kewangan TNB dengan bayaran berbillion2 ringgit kepada IPP. 20 tahun sejak IPP diberikan lesen, status kewangan, prestasi dan imej TNB turun. Pada tahun 2011, keuntungan bersih turun TNB dari RM3.2 billion pada tahun 2010 ke RM499.5 juta dan dividen akhir tahun untuk tahun kewangan 2010/2011 tidak dapat dibayar. Tetapi pada masa yang sama, IPP mendapat keuntungan yang lumayan melalui satu kontrak yang terbaik di dunia.
3. Mengakibatkan kenaikan tarif kepada pengguna.
4. Tidak meningkatkan kecekapan penjana kuasa. Menurut institut bebas Refsa (Research for Social Advancement), kos menjana elektrik oleh IPP di Malaysia 80% lebih tinggi daripada penjana di Singapura
5. Selepas 20 tahun IPP dan TNB masih bergantung kepada subsidi gas dan tidak ada usaha untuk membangunkan teknologi tenaga alternatif yang murah dan hijau dengan menggunakan wang keuntungan IPP.

Akibatnya
□ Peranan TNB telah dikorbankan supaya IPP boleh terus mendapat untung lumayan.
》Pada masa DS Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia, keputusan kerajaan untuk membeli semula aset2 menjana tenaga adalah satu langkah penyelamat ekonomi masa depan memandangkan model penswastaannya telah gagal.
Tetapi ini tidak cukup, dan tindakan2 berikut dicadangkan:
1. Hentikan kontrak PPA dengan serta merta dan kenakan bayaran ganti rugi.
2. Miliknegarakan industri penjanaan elektrik.
3. Berbillion2 ringgit bayaran kepada IPP boleh dijimatkan. Gunakan wang yang dijimatkan untuk membangunkan sumber tenaga alternatif hijau
4. Ambil tindakan undang2 terhadap Tun Dr Mahathir dan EPU kerana pecah amanah dengan tindakan jenayah mereka mewujudkan PPA yang merugikan kerajaan dan rakyat.

Rujukan:
1. Annual Report TNB 2011
2. The High Cost of Private Monopolies, CAP
3. The IPP Investment Experience in Malaysia, Jeff Rector
4. Dec 2010, Malaysiakini article by SM Idris
5. TNB History
6. REFSA (Research for Social Advancement) , June 2011
7. Lim Guan Eng’s letter June 2006 to TNB CEO
8. Viewpoints, pg 3, StarBizWeek, 4/2/12
9. Finance Twitter
10. Artikel-artikel dr Malaysian Insider, Malaysiakini
11. Temuduga Starbiz, The Star, 6 June 2006.

Rabu, 21 Februari 2018

Baru Anina Tahu Siapa Tok Wan and The Gang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Pada 28 Ogos 2015, saya telah memfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menuntut DS Najib Razak menjelaskan secara terperinci derma politik RM 2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi beliau.

2. Saya telah kalah di Mahkamah Tinggi dan rayuan saya di Mahkamah Rayuan juga telah ditolak kerana Perkara 18C Akta Pertubuhan telah menghalang sebarang isu berkaitan parti politik dibawa ke Mahkamah. Ianya adalah peruntukan undang-undang yang digubal dan diluluskan ketika era Tun Dr Mahathir Mohammad sendiri.

3. Saya masih mencari kebenaran tentang isu dana politik walaupun setelah saya keluar dari PPBM. Selepas hampir setahun, saya telah menemui petunjuk baru berkaitan isu terbabit.

4. Saya telah membangkitkan isu berkaitan pembelian 30% saham Realmild pada tahun 2000 oleh Dato A. Kadir Jasin yang kemudiannya telah menjualkannya kepada pihak lain. Baki 70% saham Realmild dimiliki oleh Dr Mahathir Mohammad melalui Trust Deed yang dipegang oleh sebuah firma guaman. Dato' A Kadir Jasin mendakwa segala keuntungan tersebut telah diserahkan kepada UMNO manakala 70% saham Realmild pula diserahkan kepada UMNO oleh Tun M.

Saya telah mengajukan beberapa soalan kepada Dato A Kadir Jasin (Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM), namun sehingga kini tujuh (7) soalan saya masih gagal dijawab oleh beliau.




5. Isu pokok dari narrative yang saya cungkil satu persatu di atas adalah, bagaimanakah Dato' A Kadir Jasin dan Dr Mahathir Mohammad pada ketika itu boleh memegang wang yang begitu banyak didalam akaun peribadi untuk pihak UMNO sedangkan DS Najib Razak tidak boleh.

6. Persoalan ini turut dikuatkan dengan kenyataan TS Muhyiddin Yasin di dalam sidang MT UMNO pada 9 September 2015 yang mengakui bahawa DANA KHAS PRESIDEN memang wujud di dalam UMNO. Video pengakuan TS Muhyiddin Yasin tersebut telah ditular di media sosial sejak 3 tahun yang lalu, namun beliau tidak pernah mengesahkan atau menafikannya.

7. Persoalannya, jika DANA KHAS PRESIDEN itu diakui benar oleh TS Muhyiddin Yasin pada 9 September 2015, apakah motif sebenar Saman Sivil terhadap DS Najib Razak yang dilakukan oleh saya pada 28 Ogos 2015? Sekali lagi saya tekankan, 12 hari selepas saya menfailkan saman tersebut, TS Muhyiddin Yasin telah membuat pengakuan rasmi di hadapan Ahli Majlis Tertinggi UMNO bahawa DANA KHAS PRESIDEN wujud dalam UMNO.

8. Ianya turut menjawab persoalan saya tentang kenapa saman sivil yang saya lakukan terhadap DS Najib Razak tersebut tidak dilakukan oleh TS Muhyiddin Yasin atau DS Mukhriz Mahathir.

9. Adakah ini juga bermakna isu derma politik di dalam akaun peribadi DS Najib yang dimaklumkan dan mendapat pemakluman balas oleh Gabenor Bank Negara ini sengaja di jadikan isu semata-mata untuk menjatuhkan Presiden UMNO?

10. Saya memohon Tun Dr Mahathir Mohammad, TS Muhyiddin Yassin, DS Mukhriz Mahathir dan Dato A Kadir Jasin untuk menjawab persoalan ini dengan jelas, terperinci dan penuh kejujuran demi agama, bangsa dan negara.

Terima kasih.

Anina Saadudin
EMPIRICAL MALAYSIA

Selasa, 20 Februari 2018

Kenapa Azmin ‘Baik Hati' Sangat ?



Integriti Azmin Ali sebagai orang nombor satu Selangor kembali dipersoal dengan isu tanah Ijok yang menjadi perbualan hebat.

Rakyat meragui tindakan Azmin kembalikan tanah yang dirampas kepada dua syarikat kroni yang berkaitan dengan Khairuddin Abu Hasan. Kenapa Azmin begitu "baik" menolong dua syarikat yang bukan sahaja dapat tanah "percuma" daripada peneroka, tetapi juga cagar tanah-tanah kepada 29 buah bank atau institusi kewangan. Lepas dapat duit daripada cagaran tapi entah macam mana dia buat, projek tak siap dan terbengkalai lebih 20 tahun. Syarikat macam ni pun nak tolong?

Lebih musykil, tanah 2,300 ekar yang Azmin pulangkan itu mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV)setinggi RM15 billion tetapi ianya dijual dengan harga hanya RM1.18 bilion. Kalau Azmin tunggu keputusan Mahkamah Persekutuan, pastinya tanah yang bernilai begitu tinggi masih di tangan kerajaan negeri dah peneroka juga akan dapat imbuhan lebih tinggi. 

Atau mungkin imbuhan dah dapat pada orang lain. Sebab tu lah Azmin pun tak respon lagi, senyap sunyi pejabat SUK Shah Alam. 

#TolakPakatanPRU14 #PakatanProDAP

Isnin, 19 Februari 2018

PRU14, kempen paling senang bagi BN



Barisan Nasional (BN)  merupakan sebuah komponen parti yang sangat relevan dan mendapat sokongan rakyat.  Tidak hairanlah BN diberikan mandat oleh rakyat untuk terus memerintah dan menguruskan pentadbiran negara sejak 1955 lagi.



Suasana politik di Malaysia aman damai sehinggalah berlaku penyingkiran Singapura daripada Persekutuan pada tahun 1965. Puncanya ialah Lee Kuan Yew sendiri. Beliau mendesak Tunku Abdul Rahman menyerahkan jawatan Perdana Menteri Malaysia kepadanya dengan alasan jumlah kaum Cina di Singapura dan Malaysia melebihi kaum Melayu.



Selepas Singapura di terajang keluar, muncullah Dap untuk menjatuhkan kerajaan BN dan hingga ke saat ini usaha mereka menemui kegagalan, Dap menang besar dalam PRU 12 dan berhabisan berbilion ringgit pada PRU 13 namun usaha mereka tetap gagal.

Selepas PRU 13, suasana politik kembali tenang. PRN Sarawak, BN menang banyak kerusi dun dan parlimen dalam pilihan raya kecil, cuma beberapa kerusi kalah apabila Muhyiddin turun berkempen.


Sejak 10 Februari 2015 Malaysia terasa aman damai apabila Anwar Ibrahim disumbatkan ke Penjara Sungai Buloh akibat kesalahan meliwat kali kedua.  Sepi seketika kem PKR dan yang masih menyalak tak lain dan tak bukan ialah Rafizi Ramli.

Selain Rafizi Ramli, Tian Chua juga banyak menggerakkan agenda anti kerajaan namum beliau juga akhirnya ke dalam. Kini Rafizi menunggu giliran untuk ke dalam. Harap-harap rayuannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan dan ke dalam untuk 18+30 bulan.


Namun suasana damai kembali bergelora apabila Timbalan Presiden Umno YB Tan Sri Muhyiddin Yassin termakan hasutan syaitan untuk merosakkan Umno menjelang Perhimpunan Agung Umno 2015.

Malam sebelum PAU 2015, Muhyiddin, Mahathir, Shafie Apdal dan beberapa tokoh politik lain telah mengadakan perhimpunan di Dewan Sultan Sulaiman Kampung Baharu Kuala Lumpur. Dewan penuh sesak hingga keluar dewan.  Maka terbongkarlah apa yang didakwa oleh Muhyiddin yang pernah menyatakan memang wujud komplok untuk menjatuhkan Najib.

Mahathir berjaya mempengaruhi pemikiran Muhyiddin untuk berada dalam teamnya bagi menjatuhkan Najib. Muhyiddin dijanjikan jawatan perdana menteri.

Mahathir menggunakan NGO Perkasa untuk merealisasikan cita-citanya, ia menyebabkan ramai ahli Perkasa yang taksub dengan Mahathir menyertai parti PPBM.  Ekoran daripada itu ramai ahli Perkasa bertindak meninggalkan pertubuhan tersebut, hari ini Perkasa ibarat kuda tempang hilang seri hilang semangat.


Akhirnya selepas hampir setahun menyerang Najib,  Mahathir dan Muhyiddin berjaya menubuhkan PPBM dan diluluskan oleh ROS pada 8 September 2016.

Kini PPBM semakin hilang sokongan ahli, ramai ahli dipecat dan ramai juga yang keluar meninggalkan parti, lebih menyedihkan apabila Mahathir melabelkan mereka yang keluar parti seperti Dato Seri Paduka Khairuddin Abu Hassan , Anina Saadudin adalah SAMPAH.

Kemunculan Pan pula langsung tidak mendatangkan ancaman kepada BN, Pan akan dicincang lumat oleh Pas.

PAS juga bukan ancaman kepada BN. untuk maklumat Gen Y, Pas pernah berada dalam BN dari tahun 1973 hingga 1977.

Hari ini pembangkang terdiri daripada DAP sebagai abang besar, PKR , PPBM dan PAN. Keempat-empat parti ini semua nya haru biru.  Dap dengan skandal terowong bawah tanah, skandal tanah, skandal banglo dan sebagainya. skandal pasir di Selangor sehingga menyebabkan kematian Teoh Beng Hock nampaknya senyap begitu sahaja.

Pkr pun tak dapat lari dari pelbagai skandal, sudah banyak didedahkan dan semuanya dalam radar SPRM. terkini meletop kisah skandal tanah RRHP2 di Ijok Selangor, hingga kini Azmin gagal menjawab soalan yang ditanya oleh Dato Rahman Dahalan.


Tiba-tiba yang meletup tak tentu hala adalah Dato Seri Paduka Khairuddin Abu Hassan. Beliau adalah pengarah Mujur Zaman yang menyaman Kerajaan Selangor sebanyak RM5 Billion tetapi kalah di mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan. Apabila Mujur Zaman meneruskan rayuan ke mahkamah persekutuan,  Azmin Ali boleh pula menarik balik kes dan memberi semula tanah dengan projek terbengkalai kepada dua syarikat tersebut dan kemudiannya menjual semua kepada Eco World dengan harga RM1.18 Billion.


PAN dan PPBM pula masih tak puas hati dengan PKR dan DAP mengenai agihan kerusi parlimen dan negeri di semua negeri.

Ramai penulis politik telah menyatakan kempen kali ini lebih mudah dan senang buat BN, untuk info seterusnya sila lihat video ini





Ahad, 18 Februari 2018

Ekonomi Malaysia Tumbuh 5.9%



Kerajaan pimpinan PM Najib Razak sentiasa melakukan yang terbaik dalam memastikan ekonomi negara terus berkembang kukuh.

Bagi 2017,  pertumbuhan ekonomi negara mengukuh kepada 5.9% berbanding 4.2% yang direkodkan pada 2016 dan 5.0% pada 2015.

Antara faktor yang mendorong pertumbuhan ini ialah permintaan sektor swasta dan juga sokongan yang berterusan daripada sektor luaran.

Dari segi penawaran pula, kesemua sektor ekonomi terus berkembang, kecuali sektor perlombongan.

#BarisanProRakyat

Sabtu, 17 Februari 2018

Kecoh DBKL Sita Basikal Haram Tasik Titiwangsa

Dato Seri Paduka Khairuddin Abu Hassan Lepaskan Geram Isu Projek Terbengkalai di Ijok










HEHEHE! RELAKS LAH BRO KHAIRUDDIN.  JANGAN LAH PANAS HINGGA MELABELKAN AKU KULI BATAK , KAKI BODEK DAN OTAK UDANG.

HANG TU YANG SAKAN MERABAN SEJAK KES LIWAT ANWAR DULU PASAL APA. HULU HILIR DENGAN UMMI HAFILDA SAMPAI KERETA ROSAK DI LEBUH RAYA. 

NAK TANYA JUGA,  MACAM MANA HANG BOLEH BEBAS DARIPADA STATUS MUFLIS DAN KEMUDIAN BOLEH BELI VW CARAVELLE?

MARAH PASAL LETAK GAMBAR PHOTOSTAT NAMA SYARIKAT ITU.

JANGAN MARAH AKU, AKU AMBIL DARI PAGE MALAYSIA TODAY, MACAM MANA DIA DAPAT BAHAN TERSEBUT HANG KENA TANYA LAH DIA.

TAK PAYAH PI PERIKSA PUN DI PEJABAT TANAH, BUKAN ADA KEPENTINGAN APA PUN.

HANG TAK PAYAH MELATAH DAN MELOMPAT, DATO RAHMAN DAHALAN BERTANYA KEPADA AZMIN ALI....

BERIKUT ADALAH TULISAN DALAM PAGE FACEBOOK DATO SRI PADUKA KHAIRUDDIN  YANG MARAH TAHAP GABAN KEPADA PENULIS

baca seterusnya


Jumaat, 16 Februari 2018

Isu Tanah RRHP Ijok Selangor, Rahman Dahalan Hanya Minta Jawapan Azmin Ali















PETALING JAYA: Kerajaan Selangor berkata Umno “panik” apabila Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dapat menyelesaikan masalah tanah di Ijok yang diwarisi daripada pentadbiran lepas.

Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor Yin Shao Loong mendakwa tindakan tegas Azmin dapat menyelesaikan pertikaian 18 tahun antara peneroka tanah di Ijok dengan kerajaan negeri.

“Masalah berkenaan sebenarnya timbul pada masa pentadbiran Umno/BN, yang mana peneroka telah menunggu selama 18 tahun untuk memperoleh keadilan.

“Tindakan segera Azmin menyelesaikannya adalah merupakan prinsip keadilan sosial dan peduli kerajaan Selangor,” kata Yin dalam kenyataan hari ini.

Dilaporkan tanah di Ijok pada awalnya diberikan kepada sekumpulan peneroka pada 1998 oleh kerajaan BN ketika itu.

Peneroka kemudian bersetuju untuk membenarkan 2 syarikat untuk membangunkan tanah itu sebagai tukaran untuk pampasan dan perumahan.

Dilaporkan pada 2015, ECO World Development Group Bhd membeli 889.5ha tanah di barat laut koridor Lembah Klang pada harga RM1.18 bilion untuk membangunkan 3 projek hartanah, dengan nilai pembangunan kasar yang dianggarkan bernilai RM15 bilion.


“Masalah itu yang diwarisi Azmin telah dapat diselesaikan dengan menjual tanah berkenaan kepada pemaju berwibawa sebanyak RM1.18 bilion dan membolehkan peneroka memperoleh pampasan dan rumah kediaman,” kata Yin.

Beliau menambah dengan menyelesaikan pertikaian itu, Azmin terbukti membela peneroka apabila mengumumkan setiap seorang akan menerima pampasan RM180,000 dan rumah yang sekarang bernilai RM400,000.

Semalam, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mencabar Azmin menjawab persoalan sekitar penyelesaian tanah di Ijok.

Antara soalan yang diajukan ialah mengapa Azmin membatalkan kes sebelum ia didengari Mahkamah Persekutuan dan mengapa beliau membenarkan 2 syarikat itu untuk menjual tanah kepada pihak ketiga.

“Tindakan Abdul Rahman mempersoalkan langkah kerajaan negeri jelas menunjukkan pemimpin BN itu dangkal, tidak faham fakta dan tidak memahami latar kes mahkamah berhubung isu tanah di Ijok,” kata Yin.

Beliau berkata tindakan tegas Azmin itu juga membuktikan bekas menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil risiko dalam isu itu.

“Meskipun tanah itu diberi kebenaran untuk dirampas dalam keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, namun kerajaan negeri perlu membayar pampasan sehingga ratusan juta ringgit kepada 2 syarikat dan bank yang memberi pinjaman kepada 2 syarikat itu.

“Ia menunjukkan tindakan bekas Khalid berisiko tinggi terhadap perbendaharaan negeri,” kata Yin.

Dalam satu kenyataan awal hari ini, Khalid mempertikaikan cara transaksi itu dijalankan oleh kerajaan negeri.

“Ini bukanlah amalan terbaik dan bukan ‘good business sense’ dalam mengendalikan asset-aset rakyat Selangor,” tambahnya.

Kedua-dua syarikat itu menyaman kerajaan Selangor apabila Khalid merampas tanah itu.

Bagaimanapun, keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memihak kepada kerajaan negeri.

Kes itu berada di Mahkamah Persekutuan apabila Azmin memfailkan satu perjanjian penyelesaian pada Mei 2016, menyatakan kerajaan negeri dan 2 syarikat itu sudah mencapai satu perjanjian untuk membatalkan kes itu.


NOTA LUTUT


Dalam sidang media Dato Abdul Rahman Dahlan menyebut, Bekas menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim merampas semula tanah kerana perlanggaran syarat oleh syarikat  Mujur Zaman dan LBCN atas sebab yang kukuh. Kes pengambilan balik tanah tersebut oleh kerajaan negeri Selangor dilakukan pada 2009 . 

Pemaju tidak puas hati dan membawa kes ke mahkamah.  Pun begitu kerajaan negeri menang di mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan dan pemaju yang kalah telah membuat rayuan di mahkamah persekutuan.

Belum pun pendengaran kes di buat di mahkamah persekutuan, Azmin telah mengarahkan tanah tersebut diberikan semula kepada dua syarikat tersebut tanpa menunggu kes dibicarakan.

Di sinilah timbul persoalan mengapakah Azmin tergesa-gesa sangat menarik balik kes di mahkamah persekutuan. 

Yin Shao Long berkata tindakan Azmin adalah untuk menyelesesaikan pertikaian selama 18 tahun adalah tidak tepat kerana kes berjalan di mahkamah persekutuan pada tahun 2015. 

Menurut CEO Eco Word Development Group Berhad  mereka merancang untuk membeli tanah tersebut daripada kerajaan negeri dengan harga RM 1.18 Bilion untuk memajukan tanah seluas 2198 ekar, jual beli tanah dibuat pada 22 September 2015.  Ia berlaku selepas setahun pilihan raya kecil  Kajang yang diadakan pada 23 Mac 2014.


Ekoran daripada pendedahan Dato Abdul Rahman Dahlan yang ingin mendapat jawapan dari Azmin Ali, mantan MB Selangor telah membuat satu kenyataan media seperti berikut;-


KENYATAAN MEDIA

15 FEBRUARI 2018

PENYELESAIAN KES-KES LBCN & MUJUR ZAMAN OLEH MENTERI BESAR DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR HARUS DISIASAT

Isu yang dibangkitkan baru-baru ini berkenaan tanah-tanah di Ijok sebenarnya telah saya suarakan di sidang Dewan Negeri Selangor pada November tahun 2016.

Mengapa tanah-tanah tersebut yang telah dirampas oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 2009 semasa saya Menteri Besar Selangor dipulangkan semula, dan kemudian dijual kepada pihak lain? Pada pendapat saya, ini bukanlah amalan terbaik dan bukan “good business sense” dalam mengendalikan asset-aset rakyat Selangor.

Kes yang dibawa oleh LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd telah berada di peringkat Mahkamah Persekutuan [Rayuan Sivil No. 01(i)-14-04/2014(W)] apabila penyelesaian dibuat. Walaupun saya merupakan salah satu daripada pihak dalam kes tersebut, saya dan peguamcara saya tidak pernah hadir atau diajak hadir ke sebarang perbincangan untuk penyelesaian tersebut.

Semasa kes-kes ini berjalan, terdapat percubaan oleh pihak-pihak tertentu untuk membuat tawaran kepada saya sebagai Menteri Besar untuk menyelesaikan perkara ini. Namun, saya tekad untuk membela keputusan saya yang bertujuan memulihkan projek terbengkalai yang telah menyusahkan ribuan keluarga peneroka dan pembeli rumah. Terdapat juga pihak berkepentingan tertentu termasuk ejen-ejen tanah (“land brokers”) dan institusi-institusi kewangan yang tidak mahu projek-projek tersebut dipulihkan.

Kerajaan Negeri Selangor tidak seharusnya bersetuju dengan penyelesaian tersebut yang jelas telah memberi kesan negatif. Sekarang terdapat persepsi bahawa penyelesaian tersebut dibuat dalam keadaan mencurigakan; sekaligus mencemar nama baik dan reputasi Kerajaan Negeri.

Saya berharap pihak-pihak berkuasa akan menyiasat dengan lebih mendalam perkara ini terutamanya pihak-pihak yang terlibat dalam penyelesaian tersebut agar kebenaran dapat didedahkan.

TAN SRI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK
ADUN PELABUHAN KLANG



Mujur Zaman dan LBCN dikatakan gagal menyiapkan 924 rumah teres 2 tingkat dan ianya disebut dalam jawapan bertulis di dewan undangan negeri pada 2015.  Maklumat  boleh di akses di (KLIKSINI)



Sebelum kes ini menjadi besar,  penduduk menyalahkan kerajaan Barisan Nasional kerana gagal melaksanakan projek tersebut dan merayu kepada Tan Sri Khalid Ibrahim campur tangan.

Mujur Zaman dan LBCN telah menyaman kerajaan negeri di Mahkamah Tinggi sebanyak RM5 Billion dan kes akan mula disebut pada 5 April 2013.

Tan Sri Khalid berjanji kepada peneroka untuk menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin ketika beliau berdialong dengan PENDUDUK

Azmin mungkin berjaya memuaskan hati 980 peserta dengan setiap seorang menerima wang tunai RM180 ribu dan rumah bernilai RM250 ribu. Pun begitu kerajaan Azmin masih untung  RM 1. 54B untuk perbendaharaan negeri.  Pada penilaian Dato Abdul Rahman, nilai rumah tersebut bukanlah RM250 ribu tetapi nilai semasa adalah RM400 ribu. 

Namun Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, beliau tekad mempertahankan keputusannya kerana menganggap tindakan pemaju berkenaan menyebabkan projek terbengkalai dan menyusahkan ribuan keluarga peneroka dan pembeli rumah.


Y.B. TUAN ISKANDAR BIN ABDUL SAMAD: Terima kasih, Assalamualaikum, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Speaker.

Untuk makluman Yang Berhormat berdasarkan kepada rekod pentadbiran ini hanya mengenal pasti satu projek yang masih belum disiapkan dengan sijil layak menduduki di Puncak Alam. Ianya ialah projek Alam Mutiara yang dimajukan oleh MZ Development Sdn. Bhd. Manakala pemilik tanahnya adalah Tetuan Mujur Zaman Sdn. Bhd.

Pada asalnya keseluruhan tanah yang merupakan tanah milikan, 712 peneroka melibatkan sebanyak 19 hak milik blok dengan keluasan tanah adalah 718.13 hektar atau 1,774.54 ekar melalui perjanjian pengurusan antara 712 peneroka dan Mujur Zaman Sdn. Bhd. yang telah ditandatangani pada tahun 2000 di mana Mujur Zaman Sdn. Bhd bersetuju membayar pampasan sebanyak RM360,000.00 seorang yang terdiri dalam bentuk wang tunai sejumlah RM180,000.00 dan sebuah rumah yang bernilai RM180,000.00.

Walau bagaimanapun pemaju MZ Development Sdn. Bhd. gagal menyiapkan 924 unit rumah teres dua tingkat yang dimajukan pada tahun 2003 dengan kemajuan kerja tapak hanya mencapai 10 hingga 20 peratus dan pada tahun 2006,

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengisytiharkan projek ini sebagai projek terbengkalai. Namun pada 15 Februari 2012 pemaju MZ Development Sdn. Bhd. telah dikenakan perintah penggulungan oleh mahkamah dan melantik Jabatan Insolvensi Selangor sebagai pelikuitasi.

Berikutan itu, pihak Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif dalam usaha memulihkan projek ini melalui tindakan pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 ke atas tanah milikan Mujur Zaman Sdn. Bhd.

Pada 11 Oktober 2012 Pejabat Tanah dan Galian Selangor telah mewartakan cadangan pengambilan tanah terlibat untuk tujuan pengambilan tanah.

Walau bagaimanapun usaha untuk meneruskan proses pengambilan tanah dan pemulihan terpaksa ditangguhkan disebabkan atas perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 3 Disember 2012 untuk semakan semula kehakiman yang dibuat oleh pemohon iaitu Mujur Zaman Sdn. Bhd. iaitu tuan tanah.

Lanjutan daripada beberapa kes perbicaraan diadakan, Kamar Penasihat Undang- undang Negeri Selangor masih menunggu tarikh perbicaraan baru oleh Mahkamah Rayuan yang akan diakan pada 5 Januari tahun depan iaitu 5 Januari 2015 bagi memutuskan keputusan sama ada tindakan pengambilan tanah boleh diteruskan atau dibatalkan. Sehubungan dengan itu,



Kerajaan Negeri masih tidak boleh berbuat apa-apa ke atas tanah tersebut termasuk meneruskan proses pengambilan tanah dan seterusnya kerja-kerja pemulihan iaitu cadangannya adalah pemulihan dilakukan oleh Kerajaan Negeri tetapi ianya perlu disahkan oleh mahkamah bahawa pengambilan tanah itu adalah sah dan sehingga keputusan mesyuarat ataupun sehingga keputusan pendengaran mahkamah rayuan pada 5 Januari akan datang maka Kerajaan Negeri tidak dapat masuk untuk membuat kerja-kerja selanjutnya. Oleh sebab itu, kita terpaksa menunggu kepada keputusan mahkamah rayuan. Terima kasih.
TUAN SPEAKER: Ijok 

JUAL TANAH LAGI UNTUNG DARI JUAL UNTA . KAYA AA .... RM 1,180,000,000