Selasa, 30 September 2008

BERAS DAN I.S.A (KLIK)

KOMEN: Beras zaman dulu dengan beras hari ini sudah jauh berbeza. Dahulu pokok beras (padi) di tanam setahun sekali. Kemudian teknologi berubah. Padi ditanam dua kali setahun.

Padi dahulu ada nama, seperti Padi Mat Candu, Padi Mahsuri, Padi Malinja dan beberapa nama lagi yang antik, Dahulu juga padi dijual dalam kiraan cupak dan gantang. Kalau padi dikira pikul.

Walaupun padi akan datang mungkin ditanam 4 atau 5 kali setahun, ia tetap bernama padi dan bila diproses di panggil beras. Pokok beras tak wujud, yang wujud ialah pokok padi.


Amerika, Australia, Vietnam, Thailand, China merupakan pengeluar dan pengeksport beras/ padi dunia. Padi sama penting dengan gandum dan lain-lain bijirin. Orang Malaysia tidak boleh hidup tanpa beras dan gandum. MARDI hendaklah memikirkan bagaimana pula menanam gandum di negara kita.

Dari padi ke ISA. Padi dan Isa memang ada persamaan. ISA zaman dahulu dikhususkan untuk menahan mereka yang mencuba untuk mengganggu ketenteraman negara. Komunis menjadi agenda utama ISA.

Sekarang komunis sudah meletakkan senjata. Tiada lagi tentera kita yang putus kaki, buta mata dan cacat kerana terkena jerangkap samar oleh komunis. Hari ini menjadi tentera lebih selesa dan senang kerana negara sudah tiada lagi ancaman kumpulan ini. Akan tetapi ancaman akan berubah wajah kepada satu bentuk lain pula.

Shapeshiffter (pelbagai wajah) adalah ancaman baru kepada negara, dan ia adalah sama dengan ancaman komunis dahulu. Negara sejak akhir-akhir ini telah diuji oleh shapeshiffter ini dengan berbagai rupa dan bentuk wajahnya hinggakan mengelirukan sebahagian besar umat negara ini yang terdiri dari berbilang kaum dan agama.

Pelbagai wajah ini telah digambarkan dalam banyak filem-filem hollywood .Salah satunya ialah filem series Terminator. Matrix dan banyak lagi. Hari ini 'pelbagai wajah' sudah ada dalam negara ini dan mereka inilah yang mendesak agar dihapuskan ISA.

Mereka ini ada disemua sudut dan dalam komponen Barisan Nasional pun ramai. Andainya ISA dihapuskan di negara kita, satu pesta oleh kumpulan ini akan dibuat secara besar-besaran di dalam dan luar negara.

Shapeshiffter ini amat bahaya. dan oleh itu penulis menolak sekeras-kerasnya sebarang cadangan untuk menghapuskan ISA.

Bolehkah kita mendesak Allah atau Tuhan menghapus NERAKA?

KOMEN INI ADALAH MERUJUK KEPADA SURAT TERBUKA ZAID IBRAHIM KEPADA PM. idea beras muncul selepas bayar zakat fitrah. zaman dahulu orang bawa segantang beras untuk bagi zakat kepada fakir miskin.

Hari ini bayar RM7.00 seorang kepada amil selesai rukun zakat. Pandai-pandai pihak yang bertanggungjawablah untuk menjalankan amanah untuk mengagihkan zakat kepada yang memerlukan.

Perak diperintah oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Pas mendukung hal-hal Islam. Kalau dahulu orang Pas tak mahu bagi zakat kepada amil yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Perak tetapi tahun ini bagaimana pula.

Apakah orang Pas akan bayar kepada amil Pas sahaja dan bukan kepada amil lantikan pejabat kerajaan negeri.

Pas akan gunakan zakat tersebut untuk pergerakan politik Pas, Harap tahun ini Pas Perak tidak akan mengambil wang zakat seluruh rakyat Perak untuk jentera politik Pas.

Hilang rumah akibat mercun








Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN






ROZAINI HAshim (kiri) bersama anaknya, Mohd. Asyras Mohamad dan Nurol Alwani di hadapan rumah mereka yang musnah terbakar akibat mercun di Kampung Permatang Sintuk, Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.





KEPALA BATAS 29 Sept. – Sikap degil seorang kanak-kanak akhirnya membawa padah apabila mercun yang dibakar bukan sahaja nyaris meragut nyawa sendiri tetapi mengakibatkan rumahnya musnah dalam kebakaran di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.20 petang itu, mercun gasing yang dibakar Mohd. Asyras Mohamad, 11, berpusing-pusing sebelum memasuki rumah mereka di Kampung Permatang Sintok di sini.

Mohd. Asyras kemudiannya cuba mencari mercun itu di dalam rumah dengan bantuan kakaknya, Nurul Alwani, 19, tetapi tidak berhasil sebelum menyedari api mula merebak dan memusnahkan sama sekali rumah mereka.

Ibu kanak-kanak itu, Rozaini Hashim, 42, tidak menyangka kedegilan anaknya itu akhirnya menyebabkan mereka tiga sekeluarga tidak dapat berhari raya di rumah sendiri tahun ini.

“Saya sudah pesan pada dia (Mohd. Asyras) jangan main mercun tetapi... sekarang habis satu rumah terbakar, tiada apa yang tinggal,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Rozaini berkata, ketika kejadian dia tidak berada di rumah kerana bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang dan hanya mengetahui mengenai kebakaran itu selepas dihubungi rakannya.

“Mohd. Asyras nampak mercun itu termasuk ke dalam rumah, dia cuba cari tetapi tidak berjaya kerana ia berpusing-pusing entah ke mana.

“Tanpa disedari, api mula merebak dengan cepat. Mujur dia dan kakaknya (Nurul Alwani) sempat menyelamatkan diri,” jelasnya.

Ekoran kejadian itu katanya, semua persiapan Aidilfitri termasuk baju raya dan barangan elektrik yang baru dibeli musnah dan kerugian dianggarkan sekitar RM60,000.

Buat masa ini katanya, dia sekeluarga akan tinggal bersama adik perempuannya, Rohana Hashim, 35, di Kampung Lahar Tiang, Paya Keladi dekat sini.

Sementara itu, Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Muda, Khoziri Ahmad pula berkata, dua jentera bersama 15 anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kira-kira pukul 5.32 petang.

Beliau berkata, pihaknya ada dimaklumkan mengenai insiden mercun itu tetapi bomba masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Api merebak terlalu cepat tapi pihak bomba dapat mengawal api daripada terus merebak ke rumah jiran berhampiran,” tambahnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Zabariah Abdul Wahab, turut melawat tempat kejadian.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI (maaf zahir dan batin)

Ucapan selamat hari raya aidil fitri kepada semua pengunjung blog ini dari dalam dan luar negara.
Juga kepada rakan-rakan blogger seperti Perak Bangkit, AnwarDotCom, Penggabung suara, Minda intelik Melayu, anda membuat pilihan, pewaris melayu,anak malaysia, Pang5 perang cyber,Pilihan anda, UMNO seputeh, Angin perubahan, aspirasi bangsa, ayor lemuju, ipohmalay, ouk-auk, lawyer kampung, pejuang bangsa, boneka penyu dan spr, Penjaga ketuanan melayu, Ummi Anni, my own view, Azli Shukri, Cikgu Bashid, fikiran kami, mysrimuara, pembangkang malaysia, air kopi , jurnal seorang jurnal, suria pagi, mukhterizam, muzamer, kancil sempit, dan ramai lagi,

Seterusnya rakan JPA3, PBSM dan St John yang sedang bertugas di seluruh negara ,

UMNO Taiping ,UMNO Larut dan UMNO Bukit Gantang dan seluruh bahagian UMNO dari Perlis sampai ke Sabah.


Isnin, 29 September 2008

Isu kuil timbul lagi


SHAH ALAM 29 Sept. – Kira-kira 300 anggota MIC dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengadakan perhimpunan aman di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) di sini bagi membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan Kuil Sri Mahakaliaman di Ampang pada 19 September lalu.

Kumpulan itu yang diketuai Ketua Pemuda MIC, T. Mohan berkumpul kira-kira pukul 11.30 pagi sebelum berarak sambil memegang sepanduk dan berhimpun di depan bangunan SUK yang menempatkan pejabat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada beberapa sepanduk itu tertera perkataan ‘Pandai Konfius Rakyat (PKR)’, ‘Masyarakat India kena tipu’ dan ‘Anwar pembelot’.

Perhimpunan itu berakhir kira-kira pukul 12 tengah hari selepas Mohan menyerahkan memorandum bantahan berhubung perkara itu kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad untuk disampaikan kepada Abdul Khalid.

Sementara itu, T. Mohan berkata, Pemuda MIC tidak menolak kemungkinan ada lagi kuil Hindu di Selangor akan dirobohkan oleh kerajaan campuran Selangor berikutan laporan yang diperoleh memaklumkan terdapat kuil lain di negeri itu telah diarah berpindah oleh pihak berkuasa tempatan.

Katanya, beliau bimbang tindakan merobohkan sebuah kuil di Ampang baru-baru ini akan berulang kerana kaedah yang diguna pakai oleh kerajaan negeri dalam mentadbir rumah ibadat tidak menjamin perkara seperti itu tidak berlaku lagi.

Menurutnya, sehingga hari ini, masih tiada laporan tepat dikeluarkan oleh kerajaan campuran Selangor berhubung kejadian itu.

‘‘Mungkin ada, tidak mustahil ada lagi kuil Hindu akan dirobohkan oleh kerajaan campuran Selangor yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR).

‘‘Alasan saya adalah baru-baru ini di kawasan Petaling Jaya terdapat kuil yang disuruh berpindah,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Komen:

Bab kuil ini memang membosankan. Mereka buat kuil senyap-senyap, tak minta izin , tak hantar pelan bangunan. Tak kira tanah siapa, janji tanah kosong main pacak saja besi 3 cabang buat permulaan.

Lepas tu bila suasana aman dan tidak protes dari mana-mana pihak , saiz yang kecil tadi akan membesar sebesar-besarnya. Memang elok semua kuil di negara dinilai semula kepentingan. Ambil kira radius dan jumlah penduduk kaum yang mengamalkannya. Supaya bilangan kuil sesuai dengan nisbah jumlah penganutnya.

Ahad, 28 September 2008

Najib belum pegang jawatan PM lagi. Lidah Pas sudah siap dengan serangan





KUALA LUMPUR, 27 Sept (Hrkh) - Rakyat bimbang peralihan kuasa dari Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ubah seperti lari dari mulut harimau masuk ke lubuk buaya, kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar.
Iklan


"Najib bukan sekadar mewarisi indeks rasuah negara ini yang lebih buruk dari Israel, malah beliau masih tidak dilihat bersih dan terus dituduh antara penyumbang terbesar masalah rasuah di negara ini," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara 2006 mendedahkan banyak perkara yang tidak kena dalam pengurusan perolehan enam buah kapal peronda (patrol vessel) Tentera Laut Diraja Malaysia, yang menimbulkan persepsi yang sangat buruk dan mencurigakan dari segi perancangan, pelaksanaan dan pemantauan.

"Banyak persoalan yang tidak dijawab sehingga hari ini dari segi penambahan kos sehingga RM1.4 bilion yang begitu mudah diluluskan sehingga nilai kontrak yang sepatutnya berjumlah RM5.35 bilion bertambah RM6.75 bilion.

"Tempahan yang belum disiapkan berjumlah RM2.214 bilion manakala jumlah yang diperlukan untuk menyiapkan tempahan yang belum disiapkan itu ialah RM2.214 bilion tanpa sedangkan wang yang berbaki pada kontraktor hanya RM832.92 juta. Akhirnya, dengan mudah wang sebesar RM1.4 bilion itu diluluskan," katanya.

Mahfuz juga membangkitkan Laporan Ketua Audit yang mendedahkan kehilangan baucar bayaran dan dokumen sokongan di Kementerian Pertahanan ketika Najib menjadi menterinya untuk 14 bayaran kemajuan berjumlah RM943.46 juta kepada kontraktor bagi tempoh Disember 1999 hingga Januari 2002.

Tiada jawapan memuaskan

"Saya hanya merujuk kepada Laporan Ketua Audit negara sahaja, belum lagi pelbagai persoalan yang berbangkit dan tidak dijawab dengan memuaskan mengenai pembelian Sukhoi dan Scorpene," katanya.

Rakyat, katanya, tidak boleh mengharap kan Abdullah yang mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan dari Najib dalam tukar suka sama suka baru-baru ini menyiasat dan membongkar kan perkara itu.

Jika Abdullah berbuat demikian, katanya, Najib yang mengambil alih jawatan Kementerian Kewangan dari Abdullah juga boleh menyiasat dan membongkar misteri kehilangan dokumen-dokumen berkaitan penggabungan ECM Libra and Avenue Capital Resources dari kementerian itu.

Dalam jawapan kepada seorang peguam mengenai dokumen-dokumen itu, Timbalan Peguam Cara Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Haini Hassan memberitahu, dokumen-dokumen tersebut "tidak terdapat dalam simpanan (possession), jagaan atau kawalan Kementerian Kewangan.

"Sebab itulah rakyat begitu bimbang berlakunya tragedi lari dari mulut harimau masuk lubuk buaya," kata Mahfuz.

Lebih buruk dari Israel

Dengan imej sedemikian, beliau tidak yakin Najib boleh berbuat untuk memulihkan imej negara yang begitu tercemar akibat pemerintahan Umno dan Barisan Nasional.

"Apabila negara kita merudum lagi dan lebih buruk dari Israel dalam senarai Indeks Persepsi Rasuah Transparency International baru-baru ini, pemerintahan yang diterajui umat Islam di negara ini dilihat lebih jahat dari Israel dalam soal rasuah. Ia amat memalukan umat Islam.

"Kita pula tidak akan mampu menjawabnya kerana, antara lain, sudah tercatat pula secara rasmi dalam Laporan Ketua Audit Negara salah urus kewangan yang menimbulkan persepsi tentang penyelewengan yang begitu besar dalam Kementerian Pertahanan ketika Najib menjadi menterinya.

"Belum lagi disentuh isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, pembelian Sukhoi dan Scorpene serta lain-lain. Saya tidak tahu bagaimana Najib boleh menebal kan mukanya melawat ke sana sini di luar negara dengan imej dan persepsi sedemikian ke atasnya.

"Saya tidak fikir pasaran, pelabur asing dan masyarakat antara bangsa akan yakin kepadanya," kata beliau.

Menurut Mahfuz, jika RM11bilion modal dalam negara dihebohkan keluar dalam masa 15 hari sahaja, bagaimana pasaran, pelabur asing dan masyarakat antara bangsa boleh menaruh keyakinan kepada Najib yang mengambil alih kepimpinan dengan "baggage" yang lebih buruk dari Abdullah ketika beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri 2003 lalu.

Inflasi terburuk

"Rakyat kini diganasi cengkaman inflasi tertinggi sejak 27 tahun lalu. Saya bimbang kepimpinan Najib akan memburukkan lagi keadaan," katanya.

Mahfuz berharap apa yang terjadi itu menyedarkan rakyat untuk menggunakan hak demokrasi mereka bagi memastikan peralihan kerajaan di negara ini.

"Peralihan kepimpinan Umno bukan sahaja tidak dilihat mampu menyumbang kan kebaikan malah mungkin akan memburukkan lagi keadaan dalam negara ini," katanya.

Peralihan kuasa: Lari dari mulut harimau ke lubuk buaya?
Abdul Aziz Mustafa
Sat | Sep 27, 08 | 2:42:56 pm MYT

KOMEN TM

Benarlah seperti yang disebut dahulu. Siapa juga yang naik menjadi orang nombor 1 negara, mereka tidak akan lari dari menjadi habuan sumpah seranah, maki hamun dan tohmahan. Sejak zaman Tunku hinggalah ke zaman Pak Lah.

Hari ini belum pun pegang jawatan, Najib telah dibantah. Mulai sekarang Harakah akan membuka fail sulit mereka untuk mencari bahan-bahan lama dan mengumpul bahan baru sebagai ramuan baru kerja yang terkutuk itu.

Sabtu, 27 September 2008

Rumah Teresa dilontar bom petrol

Kali ini kita tengok siapa yang nak di salahkan. kalau dia terus menuduh UMNO atau orang melayu ternyata dia buat silap lagi. Dia tidak boleh menuduh sebarang tentang kejadian ini.

Yang baik ialah menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan. berbagai kemungkinan boleh berlaku kepada kejadian tersebut. Teresa ni bijak dan bodoh sama banyak. (ying and yang).

Takut nanti sengaja dia mereka-rekakan kejadian. Orang lidah bercabang macam tu boleh buat apa saja. Takut satu hari nanti dia buat dakwaan ada bungkusan mencurigakan dilempar dalam kawasan rumahnya.

Jumaat, 26 September 2008

UMNO MESTI PATUH KEPADA UNDANG-UNDANG PERTUBUHAN

Satu episod baru telah mewarnai dunia politik tanah air hari ini. Tidak perlu mengulas panjang sebab semua sudah tahu. Yang penting apapun tindakan Majlis Tertinggi Umno hendaklah selari dengan syarat-syarat dalam akta pertubuhan dan tak terkeluar dari perlembagaan parti.

UMNO mesti berpegang teguh kepada perlembagaan. Andainya menyimpang kemungkinan UMNO akan didenda atau dibatalkan seperti yang pernah berlaku pada tahun 1987.

Budaya peralihan kuasa pucuk pimpinan juga mesti dibuat secara demokrasi dan bukan seperti syarikat sendirian berhad. Dan yang penting setiap 3 tahun pemilihan mesti diadakan TANPA GAGAL. Sebab ia menjadi penunjuk kepada calon wakil rakyat. Penangguhan 2007 telah menyebabkan UMNO dan BN kehilangan banyak kerusi.

Khamis, 25 September 2008

Tahun Pemilihan UMNO 2008, Panas dan berapi.

Pihak pembangkang terutama PKR dab PAS dengan penuh yakin dan bersemangat mengtakrifkan UMNO bakal berkubur. Bahtera UMNO akan karam. Tsunami politik 2008 akan terus merubah rupa bentuk muka bumi tanah milik UMNO.

Itu kata mereka yang cuba mencuri peluang untuk menutup kelemahan pembangkang yang tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.3 Parti komponan Pakatan Rakyat walaupun tidur dalam satu khemah dan berkongsi bantal , tapi masing-masing tidur ayam. Takut diri ditikam oleh sahabat. atau lebih tepat ialah tikam belakang atau makan kawan.

Paling ditakuti ialah oleh Pas dan Dap ialah kepada PKR. Almaklumlah kawan tu memang berminat dengan kaum sejenis.Takut kalau terlena, sedar-sedar dah kena tikam dari belakang.

Tutup bab tikam kawan dari belakang, mari kita fokus kepada pemilihan UMNO, Tahniah penulis ucapkan kepada Ketua-ketua Bahagian yang berjaya mempertahan kerusi mereka.

Kepada yang gagal mempertahankan jawatan jangan cepat merajuk atau membawa diri ikut pintu belakang.

Ambil contoh Pak Lah. Walaupun karier politik pernah cuba dikuburkan oleh Anwar pada tahun 1993 lalu. Tetapi Pak Lah dalam diam dan lembut bangun berjaya kembali menawan kerusi panas dan akhirnya menjadi Presiden UMNO.

Pak Lah, Abd Hamid Osman, Sanusi Juned dan ramai lagi pernah ditumbangkan oleh team wawasan pada ketika itu.

Sedih juga memikirkan tentang persidangan-persidangan cawangan seluruh negara kerana dicemari kisah-kisah kurang enak gara-gara inginkan kuasa dan kemenangan.

Memanglah itu semua sudah menjadi asam garam berpolitik. Kalah dan menang biarlah bermaruah. Jangan sampai kita dicemuh kemudian hari.

Sejak berzaman sudah kita biasa dengar persidangan cawangan mahupun peringkat bahagian penuh dengan tipu muslihat dan tektik kotor. Seelok-eloknya BPR kena hadir ke setiap cawangan yang bermesyuarat.Apa macam, setuju? dan perbagai cara digunakan oleh yang mempertahankan jawatan untuk terus mengekalkan jawatan, begitu juga pencabarnya , pelbagai muslihat yang pelik2 diutarakan.

Tapi seperti biasalah. bukan dalam politik saja, semua bidang yang melibatkan kerusi yang mempunyai kuasa sama sahaja. Badan sukan, pertubuhan2 bukan kerajaan dan sebut saja apa jua jenis yang melibatkan pemilihan dan undi ringkasnya demokrasi begitu lah hakikatnya,

Dalam PRU 12 dan sebelum-sebelumnya kisahnya pun sama.Pas atau Dap atau PKR semuanya parti politik. masing-masing mahu menang.segala cara digunakan tak kira betul atau salah.

Dahulu dalam perlawanan bolasepak persahabatan antara Malaysia dan Argentina. Pasukan undangan yang bergelar juara dunia juga menipu terang-terang dalam padang. Memanglah salah dan sedia menerima hukuman tendengan percuma oleh Malaysia. Tapi nyata cara itu telah menyelamatkan gol mereka. dalam sukan ia disebut tektik dan teknik.

Pas melaungkan bahawa UMNO tak ikut cara Islam. Memang betul tak ikut cara pemilihan mengikut lunas-lunas Islam. Tetapi Pas tu buat cara betul kah? Tak juga, Pas pun sama macam UMNO cara pemilihannya. Cuma nak mengabui mata pengikutnya letaklah Nik Aziz sebagai Mursyidul Am dan di atas nya ialah Ulama Pas. Hakikatnya peringkat Presiden sampai kebawah-bawah berebut juga.

PKR pun sama. Dap pun sama. Langkah Dap baru-baru ini melantik Tengku Aziz( kalau tak silap saya) jadi orang penting parti sedikitpun tidak menghairankan penulis. Kalau dilihat sejarah atau latarbelakang kerjayanya memang dia terdedah dengan pelbagai ideology. dan tidak mustahil untuk naik cepat DAP lah medium nya. Kalau masuk UMNO sudah tentu mesyuarat cawangan pun beliau tidak dijemput. Sebab apa? takut kerusi panas ketua cawangan akan melayang.

Benarkah tiada pemilihan pucuk parti tahun ini? Kalau tak ada pun eloklah. biarlah mereka tu pegang jawatan sampai 2010.Tapi pastikan sebelum PRU 13 pemilihan pucuk pimpinan semua peringkat mesti diadakan.

Jangan jadi seperti 2007. Tahun yang sepatutnya diadakan pemilihan semua peringkat telah di tangguhkan ke tahun ini, gara-gara persiapan untuk PRU12. Akibatnya UMNO kehilangan banyak kerusi kerana sabotaj peringkat dalaman UMNO.Ini disahkan oleh pucuk pimpinan parti selepas PRU 12.Tetapi yang kena ambil tindakan hanya 4 orang dari Sabah. Ramai lagi terlepas mungkin kerana kurang bukti.

Yang lalu tetap berlalu dan menjadi pedoman. Kesilapan untuk tidak mengadakan pemilihan 2007 ternyata memberi impak yang besar kepada UMNO.

Apa tidaknya.Apa bila Ketua Bahagian atau Timbalan Ketua Bahagian mahupun Naib Ketua Bahagian tidak tersenarai nama sebagai calon sudah tentu akan timbul rasa tidak puas hati. Tambahan lagi bila wujud calon payung terjun.

MT sudah tentu sedar akan kesilapan mereka, kerana mengizinkan supaya ditangguhkan pemilihan 2007. Sebab itu seorang ahli UMNO dari Pahang telah menyaran semua ahli MT bertanggung jawab dan harus meletakkan jawatan. Akibatnya beliau sendiri yang terpaksa melepaskan jawatan kerana kenyataannya.

DR. Rais Yatim mencadangkan supaya UMNO kembali ke asal. Asal yang macam mana tu? Asal seperti tahun 50an lah. berjuang dengan ikhlas dan tidak ada unsur perebutan jawatan yang melampau. Dalam ertikata lain bebas dari politik wang.

Penulis berani menyatakan pemimpin politik UMNO hari ini bukan semua bijak berpolitik, sebab itu bila kena tempelak oleh pembangkang maka sepi seribu bahasa. Tak bijak memanipulasikan tohmahan pembangkang. Mengapa? Kerana mereka hanya bijak berniaga dan ada wang dan sudah tentu peringkat akar umbi melantik mereka sebagai pemimpin mereka.Kalau ketua yang tak ada wang tidak akan terpilih sebagai pemimpin.

Hari ini lah kalau ada cikgu-cikgu kampung atau ustaz-ustaz kampung yang bijak berceramah dan bijak berhujah bijak dalam politik , dia tidak diangkat oleh akar umbi menjadi pemimpin mereka. Sebaliknya anak-anak bekas Adun yang tak reti bercakap itulah diangkat menjadi pemimpin.

Kerana mereka ada syarikat koperat, ada kereta mercedes, ada gelaran Datuk atau anak Datuk maka merekalah yang menjadi panglima perang yang penakut.Takut bila berdepan dengan pihak musuh politik. Ceramah politik pun tak reti nak bercakap. kena lah import penceramah-penceramah jemputan dari luar.

Kenapa Pas berdaya untuk menarik ramai pengikutnya. Kerana mereka adalah pakar berhujah, pakar berdebat.Benarlah kata Dr Rais Umno mesti kembalikan kegemilangannya.

Kepada kaum koperat melayu, jangan lah sibuk berpolitik jagalah syarikat anda supaya berkembang maju ke seluruh dunia. Cukupkah sekadar ada lesen dan makan komisen? sedangkan diusahakan oleh orang lain, dan anda hanya sibuk berpolitik.

Serahlah suara polotik kepada yang bijak pandai. biarlah dia seorang ustaz sekolah kampung kalau bijak dalam berhujah dan berdebat bagilah ruang kepada beliu menjadi Ketua Bahagian dan wakil rakyat.

Kalau alasan mereka tak ada degree dan tak boleh jadi menteri maka cari lah mereka yang ada degree. Tapi hari ini yang ada degree tak tak boleh melibatkan diri dalam politik seandainya mereka adalah kakitangan kerajaan.

Saya memuji tindakan Ketua Menteri Sarawak dalam memilih calon wakil rakyat.Walaupun pemimpin parti , kalau tak ada kebolehan bercakap tak akan dipilih menjadi wakil rakyat,Sebab itu ramai penjawat awam diarahkan meletak jawatan dan bertanding dalam pilihan raya, dan mereka berjaya menjadi wakil rakyat yang baik.

Di Semenanjung juga percubaan ini telah dilakukan tetapi selalunya sepenggal sahaja selepas itu hilang entah ke mana. Adakah mereka gagal dalam tugas mereka sebagai wakil rakyat atau ada desakan dari golongan koperat untuk mengambil alih tempat mereka.

Kesimpulannya penulis amat bersetuju UMNO kena kembali ke asal. dan hormati tokoh-tokoh tempatan. bukan membawa ahli payung terjun.

ANWAR YANG TAKUT PINTU NERAKA BUKAN PAK LAH

Takut punca PM enggan temui pemimpin Pakatan Rakyat - Anwar
Salmah Mat Husain I Foto Rizal Tahir
Tue | Sep 23, 08 | 6:33:57 pm MYT

KOTA BHARU, 23 Sept (Hrkh) - Dato' Seri Anwar Ibrahim memberitahu beberapa langkah lain terpaksa diambil berikutan keengganan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bertemu dengan pemimpin Pakatan Rakyat.

Iklan




Ketua Pembangkang itu melahirkan rasa dukacita terhadap keengganan Perdana Menteri bagi membincangkan perkara penting berkaitan politik negara.

"Saya tidak mengerti kenapa pertemuan yang begitu penting untuk rakyat ditolak. Kenapa Perdana Menteri sukar ditemui untuk berbincang dengan pembangkang.Image

"Janganlah kerana rasa takut kepada penyokong sendiri maka pertemuan itu ditolak, gunakan kedudukan dan kuasa kita sebagai seorang Perdana Menteri jangan sekali-kali dipengaruhi pihak lain," ujarnya pada persidangan media di sini, hari ini.

Sebelum itu beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Abdul Hadi Awang di JKR 10.

Perdana Menteri baru-baru ini menolak untuk berjumpa dengan pemimpin Pakatan Rakyat selepas dihantar surat bagi diadakan pertemuan tersebut.

ANWAR. SIAPA YANG TAKUT SEBENARNYA. APA RISIKO PAK LAH KALAU BERJUMPA AWAK? TAK ADA APA PUN. YANG TAKUT IALAH ANWAR ,TAKUT AKAN HUKUMAN OLEH HAKIM MAHKAMAH SABIT KES LIWAT. SEBAB TU ANWAR NAK SANGAT AMBIL ALIH PADA 16 SEPTEMBER DAN 24 SEPTEMBER. SEBAB 24 DIA AKAN DIBICARAKAN. SEKARANG KES AKAN DI SEBUT SEMULA 7 OKTOBER MAKA DIA AKAN KATA LAGI SELEWAT-LEWATNYA 6 OKTOBER DIA AKAN BENTUK KERAJAAN LANUN. APA PUNYA DEMOKRASI YANG DIBAWA OLEH ANWAR INI. MENGATA UMNO TAK DEMOKRASI. INGIN MENGEMBALIKAN DEMOKRASI DAN KUASA RAKYAT. DEMOKRASI SUDAH BERJALAN DENGAN BAIK. 8 MAC TELAH MENENTUKAN SEGALA-GALANYA.

Anwar yang juga anggota parlimen Permatang Pauh berkata, selain menolak pertemuan dengan pemimpin Pakatan Rakyat, cadangan persidangan khas parlimen pada 13 Oktober depan juga tiada sebarang reaksi daripada Perdana Menteri.

KALAULAH BARISAN KERAJAAN YANG MEMBUAT UNDI TAK PERCAYA KEPADA PAK LAH BOLEH LAH HANG KACAU DAUN. INI SEMUA AHLI PARLIMEN BN TIDAK PERNAH BERCADANG UNTUK ADAKAN UNDI TAK PERCAYA, YANG ANWAR SIBUK KEJAR SAMPAI TAIWAN. PERGI JUMPA PAK NIK DAN HADI DI KOTA BARU JELAS MENUNJUKKAN ANWAR SUDAH CUKUP RESAH DAN CEMAS AKAN TUDUHAN MAHKAMAH TERHADAPNYA. SEPERTI ANWAR PERNAH BERKATA DAHULU DI PERHIMPUNAN UMNO. "TEMPAYAN BUDU DAH TERBUKA" TAK LAMA LAGI BUKA SUNGGUH LAH DI MAHKAMAH.

"Sudahlah pertemuan ditolak, persidangan khas parlimen juga tak nak buat, mungkin takut ada undi tidak percaya, atau undi percaya," ujarnya.

Beliau juga berkata, Pakatan Rakyat membantah keras tindakan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar terus menahan penulis blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin di bawah ISA kerana hanya mendedahkan kepincangan pemimpin kerajaan.

ImageKatanya,�kerajaan sepatutnya membebaskan Raja Petra sebagaimana pembebasan yang dilakukan ke atas anggota Parlimen Seputih, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang juga turut ditahan di bawah ISA.

"Tindakan itu sebagai satu ugutan kerajaan untuk menakutkan rakyat. ISA sebenarnya akan memburukkan lagi imej pentadbiran pemimpin negara di bawah Barisan Nasional," katanya.

Ditanya pertemuan tertutup dengan dua pemimpin tertinggi PAS, beliau berkata, ia banyak menyentuh mengenai perkembangan semasa dan mencari titik pertemuan untuk meneruskan langkah-langkah lebih baik dalam parti.

HINDRAF DAN RPK DAN MASUK DALAM. RASA AMAN DUNIA INI. ELOKLAH ANWAR NI PULAK DITAHAN DALAM ISA . BUAT SEMENTARA LETAK DIA DI SG BULUH SENANG NAK BAWA KE MAHKAMAH. KALAU DIA DALAM ISA BARU AMAN MALAYSIA

MY WAY

Rabu, 24 September 2008

Ulamak pas tak sama dengan ulamak Umno

Talian hayat Umno: Ulama pula hendak diperalat

Ustaz Idris Ahmad
Thu | Sep 04, 08 | 4:11:47 pm MYT

Utusan Malaysia, 3 September 2008 melaporkan, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu golongan umara (pentadbir) dan ulama menjalinkan kerjasama lebih rapat supaya segala isu berkaitan Islam dapat diselesaikan secara lebih menyeluruh.

"Pendapat ulama tidak boleh diketepikan kerana merupakan pihak yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai Islam maakala umara merupakan golongan yang diberi kepercayaan untuk memimpin. Kita amat memerluan gabungan kedua-dua pihak ini," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis 'Perjumpaan dan Dialog Perdana Menteri Bersama Ulama dan Umara' di Masjid Wilayah Persekutuan di sini.

Betulkah Dato' Seri Abdullah Badwi hendak pakai pandangan ulama? Apa yang kita lihat Umno tidak pernah menghormati ulama. Mana ada ulama yang berjuang dalam Umno disanjung dan dijadikan rujukan dan diterima pakai pandangan mereka. Sebab itu ulama dalam Umno, walau alim macam mana sekalipun izzahnya tidak kelihatan.

HARAKAH SILAP DI SINI, KERAJAAN DAN ULAMA SENTIASA SEIRING DALAM MENJALANKAN SEGALA PROGRAM DAN RANCANGAN KERAJAAN. MULTAQA DIADAKAN SETIAP TAHUN DAN SEMUA ULAMA AKAN BERHIMPUN BERSAMA PEMIMPIN-PEMINPIN POLITIK. TANPA ULAMA TIDAK WUJUD PROGRAM SEPERTI J-QAF, BANK BERLANDASKAN ISLAM, PENERAPAN NILAI ISLAM DALAM PENGURUSAN KERAJAAN. DAN BANYAK LAGI. UMNO MESTILAH MENGAMBIL PANDANGAN ULAMA UMNO. BUAT APA AMBIL ULAMA PAS YANG CETEK ILMU.

Kerana mereka tidak diberi peranan untuk menentukan dasar, peranan terbesar ulama Umno untuk baca doa, jadi khalifah tahlil, baca yasin, talqin, imam sembahyang mayat dan doa buka pejabat baru.

BEGITU RENDAHNYA PANDANGAN PAS TERHADAP ULAMA UMNO. TAK APALAH, DALAM UMNO TAK ADA SYIAH. DALAM PAS BERLAMBAK SYIAH.

Yang menentukan dasar ialah golongan jahil dalam agama. Ia berbeza dengan PAS, kita merujuk ulama dalam semua perkara untuk membuat satu keputusan.Tiba-tiba kita dikejutkan supaya ulama bekerjasama dengan umara. Maklumlah orang lemas, semua tali dia hulur untuk dapat talian hayat.

ULAR DALAM SEMAK ADA LAH. SEBELUM PILIHAN RAYA , UNDI CALON KAFIR HUKUMNYA HARAM, KITA AKAN DISOAL DI AKHIRAT, BILA KAFIR AJAK BENTUK KERAJAAN PAS TERIMA. ISLAM KEPALA BAPAK DIA.

Bukankah selama ini padangan mengenai hukum agama yang tidak pernah diikut malahan ditong sampah sahaja. Ada beberapa perkara yang membuktikan bahawa Umno memang tidak suka dengan golongan agama. Golongan agama hanya menjadi alat sahaja untuk melawan PAS dan ulama PAS.

PAS KELANTAN BUAT APA SEJAK BERPULUH TAHUN? TAK ADA SATU PUN YANG BOLEH DIBANGGAKAN. UMNO DAN ULAMA UMNO TELAH BANYAK MEMBUKTIKAN KEJAYAAN.

Dalil yang menunjukkan bahawa Umno tidak mendengar ulama dalam tindakan mereka.

1. Apabila Majlis Mufti megatakan konsert Sure (Jom) Heboh haram Umno tidak ikut .

HARAMKAH KALAU DALAM PROGRAM TERSEBUT ADA MEMPROMOSI PRODUK2 JUALAN RAKYAT. IA MEMAJUKAN EKONOMI. PAKATAN RAKYAT BUAT PERHIMPUNAN BANTAH MINYAK NAIK DAN PANGGIL KUMPULAN TAHI KABURETUR SAMPAI LONDEH PUNGGUNG TU APA CERITA. DALAM JOMHEBOH TAK ADA PUN SAMPAI TUNJUK PUNGGUNG. ( 1-0 PAS KALAH)

2. Apabila Majlis Mufti mengatakan kongsi raya haram Umno tidak ikut.

KONGSI ADALAH DALAM BAHASA CINA. RAYA DALAM BAHASA MELAYU. MACAM LAH PARTI KEADILAN RAKYAT. (PARTI KEADILAN+PARTI SOSIALIS RAKYAT = KEADILAN RAKYAT). (PAS +DAP=PASDAPATBABI) KONGSI DAN RAYA NI DAH LAMA BERLALU. KALAU NAK JUMPA LAGI MUNGKIN 10 TAHUN AKAN DATANG. TAK TANYA SIKIT. NIK AZIZ PERGI KUIL SIAM DI TUMPAT TU APA HAL NYA. HUSAM MUSA PERGI KE MAJLIS AGAMA BUDDHA APA KOMEN HARAKAH?(2-0)

3. Apabila Majlis Mufti kata bertafakkur di depan Tugu Negara haram, PM Abdullah sendiri tidak ikut.

KALAU KITA JEMPUT PEMBESAR DARI NEGARA LAIN YANG BUKAN ISLAM TAKKAN NAK SURUH DIA BACA DOA KUT? CUKUPLAH DENGAN SURUH DIA TAFAKUR. PERKARA MUDAH MACAM NI PUN NAK BUAT CERITA. PUNYA LAH BANGANG PENULIS PAS NI.(3-0)

4. Apabila mufti membantah penggunaan kondom, methadon untuk mengelak Aids, Umno tidak ikut.

YANG DAPAT KONDOM TU BUKAN ORANG ISLAM . LANTAK PI LAH NAK PAKAI SARUNG NANGKA KAH , CEMPEDAK KAH YANG NAK KITA JAGA YANG ISLAM.(4-0)

5. Garis panduan hiburan yang dibuat oleh Jakim, Umno tidak ikut.

APA GUNA KERAJAAN LANTIK JABATAN AGAMA NEGERI, APAKAH NAK TUNGGU UMNO NAK BUAT KERJA PENGUATKUASAAN? ORANG YANG DIAMANAHKAN KENA LAH BUAT KERJA. TAPI TAPI KAKITANGAN KERAJAAN TERUTAMA DI PEJABAT AGAMA BANYAK YANG BERCAKAP POLITIK DALAM WAKTU KERJA DAN MENGABAIKAN AMANAH YANG DIBERI.(5-0)

6. Orang agama dalam Umno yang sepatutnya menjadi Menteri tidak diberi tempat. Mana pergi Dato' Dr Abdullah Mohd Zin kelulusan MA Madinah dan PhD sebuah universiti di United Kingdom? Mana Hamid Zainal Abidin? Mana dia Dr Yusuf Nor kelulusan PhD tasawuf Mesir, hanya dberi amanah untuk jaga pokok kelapa sawit sahaja.

PROSES PEMILIHAN PEMIMPIN UMNO BUKA SEPERTI PAKATAN RAKYAT. KARPAL SIGH YANG TAK MAMPU ANGKAT TANGAN DAN TAK MAMPU BERJALAN PUN MASIH NAK JADI WAKIL RAKYAT. YANG TUA NYANYUK DALAM PAS PUN PATUT DAH LAMA PENCEN TETAPI MASIH NAK PEGANG JAWATAN. KALAU ADA ORANG UMNO LAMA DALAM UMNO , DEPA ASYIK DESAK SURUH LETAK JAWATANN. MACAM NAMA YANG DI SEBUT DI ATAS , APABILA DIGUGURKAN DARI KABINET DEPA SIBUK PERTIKAI. KENAPA DI GUGURKAN?

MACAM JUGA ANWAR. SEMASA DIA DALAM UMNO BERTAN-TAN KUTUKAN TERHADAP DIA. TAK PANDAI MENGURUSKAN KEWANGAN, NEGARA RUGI BERBILION-BILION KERANA KEGAGALAN PENGURUSAN KEWANGAN OLEH ANWAR. TETAPI KENAPA BILA CELAKA TERSEBUT DI SINGKIRKAN DARI UMNO, PAS DAN DAP PERGI KUTIP DAN PUJI DAN BELA DIA BAGAI TOKONG HINDU. (6-0).

7. Tidak ada seorang pun perwakilan Umno ang memilih untuk kerusi majlis tertinggi orang kelulusan agama.

ORANG UMNO TAK PERLU BELAGAK BIJAK DALAM AGAMA. TAK PERLU MENINGGI DIRI (AKULAH YANG BIJAK DALAM ISLAM) ORANG UMNO LAGI TINGGI ILMU AGAMA LAGI TUNDUK MACAM PADI. LAGI TUNDUK LAGI BERISI. BUKAN MACAM LALANG. PAKAI KETAYAP SERBAN HIJAU, ADA SIKIT ILMU AGAMA, TAK ADA 4 SENAWI PUN BOLEH PANGGIL USTAZ. SEPERTI SUBKY LATIF. SEORANG PENGARANG, BILA JADI AHLI PAS TERUS DAPAT TITLE USTAZ. MACAM WATIKAH DARI KERAJAAN YANG MENGESAHKAN MEREKA TU USTAZ?(7-0)

Kalau pandangan ulama rasmi yang terdiri daripada kalangan para mufti Umno tidak ikut, macam mana pula PM hendak ajak ulama bekerjasama.

PAK LAH LAGI TINGGI ILMU AGAMA DARI PEMIMPIN POLITIK PAS. MAT SABU, MAHFUT DAN HUSAM MUSA TINGGI MANA ILMU ISLAM MEREKA.(8-0)

Kalau hanya hendak mengajak ulama multaqa, bentang kertas kerja, kemudian makan kambing bakar, tetapi tidak ada kemahuan untuk melaksanakannya ini buat habis masa dan membazir wang sahaja. - lanh/mks. _

KENA TANG ORANG PANDAI KATA MEMBAZIR. PAS DUK BUAT KERJA TAK BERJENIS TU MACAM MANA? MASING-MASING BUAT RUMAH BESAR DAN BELI KERETA BESAR. HASIL TIPU MENIPU AHLI PAS. CERAMAH SAN SINI, KUTIP DERMA TANPA DI AUDIT. KUTIP ZAKAT FITRAH UNTUK TABUNG POLITIK PAS, MANA ADA DALAM ISLAM SEMUA TU.(9-0)

KENYATAAN SONGSANG DARI HARAKAH

KOMEN: Harakah cuba membohongi rakyat menyatakan orang melayu menolak ISA. Memang betul ada tapi tak banyak. Sikit saja yang menyokong dimansuhkan ISA.

Nak tahu siapa yang menentang ISA?

  1. Keluarga yang suami, atau anak mereka di tahan 2 tahun kerana melibatkan diri dengan penjualan dadah, dan sukar untuk mendakwa mereka kerana mereka terlalu licik
  2. Keluarga tahanan yang terlibat dalam gerakan anti kerajaan seperti Al ma'unah kes di Lenggong dahulu.
  3. Keluarga kumpulan haram seperti gangster, kumpulan haram dan pelampau hindu atau hindraf.
  4. Keluarga ahli politik yang di tahan kerana merencanakan program sulit untuk melakukan keganasan dan huru hara.
  5. Keluarga ahli politik yang mana ahli keluarga di tahan kerana melanggar perlembagaan dan peraturan dan undang-undang negara. Ingin membentuk kerajaan mengikut cara-cara yang sendiri dan membelakangkan sistem demokrasi.( yang ini Anwar dan beberapa pengikutnya layak di tahan sekarang)
Hari ini ramai orang awam, NGO dan badan-badan politik ingin memansuhkan ISA supaya mereka bebas melakukan apa saja tanpa di ganggu oleh undang-undang negara. Seandainya ISA di hapuskan negara akan terus menjadi huru hara gara-gara otak-otak yang ingin menjadi tuan, raja atau tuhan.

Tinjauan yang dibuat oleh Ruhanie Ahmad tu tak boleh digunakan sebagai rujukan. Apakah instrumen penilaian yang digunakan. berapa perbelanjaan yang telah digunakan untuk kajian tersebut. Dia ini dulu orang kuat Umno tetapi sekarang dah jadi orang Anwar Ibrahim sebab teringin nak jadi menteri lagi. sama lah kes dengan anak bekas menteri pelajaran dari Kuantan tu.

Setiap agama percaya adanya syurga dan neraka. Kenapa tidak memprotes kepada tuhan supaya di hapuskan neraka supaya senang penduduk dunia melakukan kejahatan tanpa mendapat hukuman dan balasan di akhirat. semua yang mati akan masuk syurga bulat-bulat.
===================================================================


Majoriti Melayu dan rakyat tolak ISA
Abdul Aziz Mustafa
Wed | Sep 24, 08 | 5:01:09 pm MYT

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Hrkh) - Ketika para pemimpin Umno tidak putus-putus dengan dakwaan kononnya penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) direstui oleh majoriti senyap atau silent majority, tinjauan pendapat yang dibuat oleh Merdeka Centre membuktikan sebalikinya.

Iklan




Sejak kebelakangan ini, beberapa kenyataan pemimpin Umno juga seolah-olah mahu memberi gambaran penggunaan ISA direstui oleh orang-orang Melayu.

Bertentangan dengan gambaran yang cuba diberikan oleh para pemimpin Umno itu, tinjauan yang dibuat oleh Merdeka Centre itu dengan jelas membuktikan bahawa majoriti orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia tidak percaya ISA perlu digunakan untuk memelihara keselamatan negara.

Dalam tinjauan mengenai ISA itu, 3,600 orang telah diminta pendapat mereka. Dari jumlah itu, 49 peratus darinya adalah orang-orang Melayu, 31 peratus Cina, lapan peratus India, enam peratus bumiputera Sabah dan enam peratus bumiputera Sarawak.

70 peratus dari mereka tidak bersetuju dengan dakwaan kononnya tindakan menangkap dan menahan tanpa bicara perlu dilakukan untuk menjaga keselamatan negara.

Apabila dipecahkan mengikut bangsa, didapati 71 peratus responden Melayu tidak bersetuju ISA digunakan untuk keselamatan negara; Cina 79 peratus, India 90 peratus, bumiputera Sabah 71 peratus dan bumiputera Sarawak 66 peratus.

PM tidak peduli

Tinjauan-tinjauan Merdeka Centre sebelum digunakan oleh para pemimpin Umno sendiri terutama tinjauan yang menyatakan Perdana Menteri mendapat sokongan majoriti Melayu sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Bagaimanapun bulan lalu, apabila ditanya tentang kajian Merdeka Centre yang mendapati popularitinya menurun di bawah paras 50 peratus buat pertama kalinya sejak 2004, Perdana Menteri berkata, beliau tidak peduli dengan hasil kajian itu.

Melaporkan secara detail dalam blognya (kuda-kepang.blogspot.com), blogger Umnno, Datuk Ruhanie Ahmad mendedahkan bahawa tinjauan Merdeka Centre mendapati hanya tujuh peratus responden berpuas hati dengan cara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melaksanakan tugasnya sebagai Perdana Menteri.

Bekas Ahli Parlimen Parit Sulong itu seterusnya mendedahkan, 35 peratus agak berpuas hati, 17 peratus sangat tidak berpuas hati, dan 37 peratus pula agak kurang berpuas hati.

Beliau juga mendedahkan, hanya 10 peratus responden amat berpuas hati bahawa Umno memperjuangkan aspirasi dan kehendak rakyat berbanding 25 peratus yang amat tidak berpuas hati.

Responden yang agak berpuas hati adalah 26 peratus tetapi yang agak tidak berpuas hati adalah 33 peratus.

Mengenai kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional (BN), katanya, lapan peratus responden berpuas hati berbanding 16 peratus yang sangat tidak berpuas hati. Mereka yang agak berpuas hati adalah 36 peratus dan yang agak tidak berpuas hati adalah 38 peratus.

Merosot mendadak

Rasa puas hati rakyat jelata terhadap perkembangan semasa ini, katanya, merosot secara mendadak daripada 71 peratus pada tempoh 29 Februari - 4 Mac 2008 (sebelum PRU12), kepada 68 peratus bagi tempoh 5 Mac - 7 Mac 2008 (menjelang hari pembuangan undi PRU12), 44 peratus bagi tempoh 30 April - 5 Mei 2008 (selepas PRU12), dan 28 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008.

Kemerosotan ini banyak dipengaruhi oleh faktor ekonomi (59 peratus), jenayah dan keselamatan awam (25 peratus), rasuah dan penyalahgunaan kuasa (15 peratus) dan faktor politik (10 peratus).

Mengenai ekonomi, 24 peratus responden menyatakan pada tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008 bahawa ekonomi Negara adalah �favourable�. Angka ini menurun daripada 59 peratus pada tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008.

Mengenai kedudukan ekonomi negara mutakhir ini berbanding tiga tahun lalu, hanya 19 peratus responden mengatakan ianya �favourable� berbanding 51 peratus pada tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008.

Kemerosotan keyakinan responden terhadap hakikat di atas adalah berasaskan pandangan mereka yang tidak �favourable� mengenai pendapatan peribadi (60 peratus pada tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008 kepada 34 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008), kos harga barang dan perkhidmatan (24 peratus bagi tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008 merosot kepada 8 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008), peluang pekerjaan (merosot daripada 50 peratus bagi tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008 kepada 29 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008), dan peluang perniagaan (merosot daripada 49 peratus bagi tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008 kepada 33 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008)._


Iklan Teks

Hari penentuan bermula.

24 September bermulanya perbicaraan Anwar vs Saiful. Seandainya dia berjaya menubuhkan kerajaan PR semalam segala-gala pasti selesai. Tetapi apakan daya, suara saja bergegar-gegar seperti ayam sabung berkoko di atas pagar, tetapi ekor penuh tahi.

Dari percakapan Anwar seolah-olah dia menyebut ada kes. berkali-kali dia mengulang ayat-ayat tersebut. Nampak gayanya ke dalam lagi lah dia. Kesian pengikut PKR , Dap dan Pas. Dialah abang sulong tempat bergantung segala harapan.

Sayang teramat sayang , anwar seorang yang bijak bermain politik. apa tidaknya. segarang-garang Hadi dan Nik Aziz pun boleh tundak kepada dia. begitu juga apek tua anak beranak tu. dengan dia segala-galanya menjadi. agaknya kalau dia minta jadi pecacai bancuh kopi pun mereka sanggup, asal dapat tumpang rezeki.

Selasa, 23 September 2008

Kisah di sebuah institut

Seorang sabahat memberi tahu kisah tempat dia belajar dahulu, institusi tersebut terdiri dari tiga kaum yang besar iaitu melayu, cina dan india. Malayu adalah kumpulan majoriti.

Setaip tahun ada pilihanraya exco pelajar. dan seperti biasa melayu akan menjadi presiden atau pemimpin pelajar. Tetapi satu undang-undang telah di buat oleh pihak pentadbiran. Majlis exco mesti ikut kouta. 8 untuk melayu , 6 untuk cina dan 6 untuk india.

Sejak sistem tersebut. orang melayu telah terpinggir kerana tidak wujud lagi kerjasama antara kaum. Melayu hilang kuasa, kerusi nombor 1 dan 2 telah digilirkan setiap tahun oleh cina dan india. dan selepas itu bermula semua agenda karut marut seperti yang berlaku di Perak dan Selangor hari ini.

Abang Sulong Anwar Ibrahim buat Hal di USA

Dr M bidas Amerika selamat firma bermasalah


AIR HITAM: Tun Dr Mahathir Mohamad membidas tindakan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang campur tangan dalam krisis kewangan negara itu, sesuatu yang ditentang negara itu ketika Malaysia berhadapan krisis ekonomi 10 tahun lalu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sebelum ini, AS menghentam tindakan Malaysia menyelamatkan syarikat yang bermasalah kerana masalah ekonomi tetapi negara berkenaan kini melakukan perkara sama.

"Dulu dia kata tidak boleh menyelamatkan (syarikat bermasalah), kita perlu biar syarikat itu bankrap kerana tindakan itu (menyelamat) tidak cekap katanya.


"Sekarang dia (selamatkan) satu bank yang rugi 40 hingga 50 bilion dolar AS... kita buat salah, dia buat tidak salah," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri di Masjid Nurul Ihsan, Pida 7, di sini, semalam.

Dr Mahathir ditanya sikap AS yang sebelum ini menentang usaha menyelamatkan syarikat yang menghadapi masalah ekonomi tetapi negara itu melakukannya berikutan krisis ekonominya sekarang.

Setan Bukit Segambut

Anwar Manusia Gila.

Tuntutan setan mata satu supaya Pak Lah mengadakan perhimpunan dewan khas supaya pihak setan dapat membuat undi tak percaya, dengan muka tak malunya minta orang turun atau keluar dari rumah kerana dia nak jadi tuan rumah. Lu sapa nak suruh Pak Lah berhenti.

Kalau pasaran saham di New York merudum eloklah dia suruh Bos Bush dia letak jawatan juga. Memang manusia yang tidak bermaruah. layak di sumbat sekali ke ISA Kamunting sekali lagi. Anwar bapak rasuah dan bapak kronisme,

Isnin, 22 September 2008

Surat terbuka buat pemimpin Pas




Utusan Malaysia.(forum)


SAYA mahasiswa di universiti tempatan ingin memberikan sedikit teguran kepada pemimpin Pas. Jika kita imbau perjuangan Pas pada masa lampau, para pemimpinnya selalu mengatakan bahawa haram dan kafir menjadi ahli UMNO. Hujah mereka ialah UMNO berbaik-baik dengan MIC dan MCA serta tidak melaksanakan hudud.

Mereka mendakwa memperjuangkan Islam yang benar dan mereka memperjuangkan hudud di Malaysia. Tapi kini mereka juga berbaik-baik dengan bukan Islam.

Jika benar mereka sudah berbaik-baik dengan bukan Islam, adakah Pas kini juga menjadi kafir? Itu yang menjadi persoalannya, atau mungkin Pas boleh mengubah hukum Islam jika mereka ada kepentingan politik?

Persoalan lain, mengapa pada suatu ketika dahulu Pas mengatakan wanita tidak boleh menjadi calon pilihan raya, tapi mereka juga meletakkan calon wanita pada pilihan raya 2004. Adakah al-Quran telah berubah? Kekalahan besar Pas pada pilihan raya 2004 mungkin disebabkan mereka mempermainkan hukum Islam.

Pada tahun 1999, ketika Dato' Seri Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, maka pemimpin Pas sebulat suara mengutuk Tun Dr. Mahathir dan menuduh Dr. Mahathir sebagai firaun. Pemimpin Pas selalu mendakwa Mahathir adalah pemimpin yang teruk. Tapi kini, pada tahun 2006, mengapa Pas menjemput Mahathir ke majlis-majlis yang dianjurkan bersama oleh Pas?

Adakah Pas kini juga adalah pengikut firaun?

Wahai pemimpin Pas, janganlah anda mempermainkan al-Quran dan sunah untuk tujuan politik.

– ZAKI KELATE,
Kota Bharu, Kelantan.



Video macam-macam lagu

916 Study Tour, The Untold Story

Jin mata satu bermain dengan nombor. 666, 916, 501, dan banyak lagi.

BISIK-BISIK MINGGUAN -- AWANG SELAMAT


WANG MENJALAR LAGI?

BETULKAH wang menjalar kembali dalam sesetengah bahagian UMNO? Dengar-dengar begitulah, sepanjang mesyuarat bahagian walaupun tidak ada pemilihan. Semuanya semata-mata kerana hendak terpilih untuk menjadi perwakilan ke perhimpunan agung nanti.

Hal ini turut berlaku di Kelantan yang sepatutnya menumpukan perhatian kepada agenda merampas negeri itu daripada parti Pas. Kononnya, ada ahli yang sanggup membelanjakan RM20,000 hingga RM30,000 hanya untuk dipilih menjadi perwakilan atau untuk mendapat tempat nombor satu atau dua dalam senarai perwakilan.

Mungkin inilah punca ada bahagian di Kelantan yang terpaksa mengadakan semula mesyuaratnya khusus untuk memilih perwakilan ke perhimpunan agung.

Ada ketua bahagian yang `memilih' sendiri siapa yang dia mahu untuk menjadi perwakilan dengan menyediakan satu senarai terlebih dahulu dan meminta mesyuarat meluluskannya - tidak ada pencalonan atau pencadang; tidak ada pengundian.

Kenapa bersusah payah? Ada yang hendak dapat tempat nombor satu, dua atau tiga dalam senarai perwakilan untuk membuktikan dia masih orang penting dan dengan itu mesti dilantik semula dalam jawatankuasa penaja nanti.

Ada juga yang hendak tunjuk bahawa dialah yang paling popular dan wajar dipertimbangkan sebagai calon pilihan raya nanti.

Ketua-ketua bahagian juga mahu menunjukkan mereka masih berpengaruh dan mesti dikekalkan mengetuai jawatankuasa penaja dan mesti dipilih menjadi calon pilihan raya nanti.

Bayangkan, apa akan berlaku jika ada pemilihan nanti!

BUKAN MELAYU SEMAKIN DEKAT

MAMPUKAH pelajar Melayu bertahan dalam sistem meritokrasi pada tahun-tahun akan datang?

Jika trend semasa berterusan, Awang sangat bimbang. Bukan bimbang kerana semakin ramai pelajar Cina dapat memasuki universiti, tetapi bimbang akan nasib pelajar Melayu secara keseluruhan.

Peningkatan pelajar Melayu ke universiti tahun ini tidak begitu membanggakan jika dibandingkan pelajar Cina. Penambahan pelajar Melayu hanya 625 orang berbanding pelajar Cina seramai 3,256 - kira-kira lima kali ganda.

Adakah ini petanda awal bahawa pelajar-pelajar Melayu sudah `lemas' dalam sistem meritokrasi yang baru masuk tahun kedua pelaksanaan?

Awang berdoa jawapannya tidak, kerana perjalanan kita bukan sahaja masih jauh, tetapi penuh berliku.

Sepatutnya pada tahun ini peratusan pelajar Melayu yang memasuki universiti bertambah. Tetapi nampaknya yang begitu berkobar-kobar untuk mengambil kesempatan daripada sistem meritokrasi ini ialah pelajar Cina dan India.

Pelajar Cina telah berjaya mempertingkatkan bilangan mereka di universiti awam daripada 8,665 orang pada tahun lalu, kepada 11,921 orang tahun ini. Apa akan jadi pada tahun depan bergantung kepada sama ada pelajar Melayu akan bangkit menyahut cabaran meritokrasi.

Awang mendapat tahu, kebanyakan pelajar Cina pula begitu dominan di fakulti-fakulti penting dan kritikal seperti Perubatan, Ekonomi, Farmasi dan Pergigian.

Seperti biasa, pelajar-pelajar Melayu terus memenuhi fakulti-fakulti Sastera dan Ilmu Kemanusiaan yang kurang dipohon oleh pelajar bukan Melayu. Malah, untuk jalan selamat, pelajar Melayu memohon untuk mengikuti program-program pengajian di universiti-universiti yang tidak memerlukan mereka bersaing dengan pelajar bukan Melayu.

Universiti pilihan mereka ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Fakulti Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) yang menawarkan hampir 10,000 tempat khusus untuk pelajar Melayu.

Awang risau jika masih ramai antara pelajar kita yang terus mengambil sikap tidak peduli dan menaruh harapan akan muncul `tongkat sakti' yang akan menyelamatkan mereka.

Sedarlah, sistem meritokrasi tidak akan dan tidak boleh ditarik balik. Jika ditarik, universiti-universiti awam tidak akan dapat menghasilkan tenaga kerja kelas satu. Tentunya kita tidak mahu ijazah universiti awam dinilai seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dan tentunya kita tidak mahu pasaran kerja memberi keutamaan kepada lulusan universiti swasta.

Awang tidak berhasrat memperlekehkan pelajar Melayu, tetapi sekadar mahu menyedarkan mereka, kemungkinan bukan Melayu menguasai universiti awam dalam masa terdekat bukan lagi mustahil.

MTUC DAN SABOTAJ EKONOMI

BAHAWA MTUC memilih untuk berpiket bagi membantah kadar dividen KWSP pada hari kerajaan mengumumkan pakej ekonomi tentunya bukan satu kebetulan, tapi suatu yang dirancang. Dividen 4.5 peratus itu diumumkan bulan lalu, kenapa baru sekarang hendak berpiket?

Tindakan itu langsung tidak mencerminkan kefahaman serta rasa tanggungjawab terhadap negara semasa kerajaan memerlukan sokongan rakyat untuk menangani keadaan ekonomi. MTUC gagal menunjukkan budi baiknya.

Maka sangat tepat apabila Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu sabotaj ekonomi.

Awang harap kepimpinan MTUC tidak memandang ringan pandangan beliau. Jangan lupa perumpamaan Melayu, `ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.'

Sedang kerajaan berhempas pulas menguruskan ekonomi negara yang berada dalam keadaan sukar akibat perang Iraq dan serangan SARS termasuk mengadakan pakej ekonomi bernilai RM7.3 bilion, dengan pelbagai habuan untuk golongan berpendapatan rendah, MTUC menyimbah air sejuk ke atas semua usaha itu.

Sepatutnya MTUC memahami keadaan ekonomi negara dan menghargai apa yang telah kerajaan lakukan. Presidennya, Zainal Rampak bukan sahaja seorang senator, tetapi juga merupakan ahli lembaga KWSP. Beliau berada dalam kedudukan untuk mengetahui keadaan sebenar kenapa KWSP hanya dapat membayar dividen 4.5 peratus sahaja.

Awang tidak tahu sama ada Zainal benar-benar tidak tahu atau sengaja tidak mahu tahu atau terlalu sibuk dengan urusan lain. Awang mempunyai maklumat bahawa beliau jarang menghadiri mesyuarat lembaga KWSP dan tidak hadir pada mesyuarat yang membuat keputusan untuk membayar dividen 4.5 peratus.

Sepatutnya beliau membantu kerajaan dengan menjelaskan kepada ahli-ahli MTUC kenapa KWSP tidak mampu membayar lebih, bukannya berpiket. Adalah tidak adil berpiket jika beliau tidak menghadiri mesyuarat. Zainal boleh memberi seribu satu macam alasan, tapi beliau kena tahu urusan mana yang perlu diberi keutamaan.

Sebagai Presiden MTUC, Zainal boleh menghalang piket itu daripada diadakan, jika beliau mahu. Tapi nampaknya beliau sendiri yang beria-ia sangat hendak mengadakannya.

Sedikit sebanyak tindakan MTUC itu telah merosakkan usaha kerajaan.

Semua pencarum, termasuk Awang, mahu dividen tinggi. Namun begitu, kita perlu realistik. Semua ekonomi melalui keadaan pasang surut dan ekonomi Malaysia tidak terkecuali.

Kita sepatutnya bersyukur kerana KWSP masih mampu membayar 4.5 peratus dalam keadaan ekonomi yang sukar. Masalahnya, kita sering terlupa untuk bersyukur.

Semasa KWSP membayar dividen 8 peratus, teringatkah kita untuk berterima kasih?

TAUKE CINA, MESIN SLOT

CERITA tentang tauke Cina mengambil kesempatan daripada `kabel' atau hubungan rapat mereka dengan orang Melayu yang berkedudukan serta berpengaruh bukan cerita baru. Ada yang sampai menjadi bongkak dan berani membelakangkan undang-undang.

Mereka bergerak dan menjalankan perniagaan dengan pegangan bahawa semuanya `boleh dikira' dan orang Melayu boleh dibeli.

Ada juga tauke Cina yang sudah kaya-raya, tetapi masih tamak dan berani pula mengguna nama pemimpin negara untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Sebab itu Awang tidak terkejut apabila heboh tentang `kasino baru' di Bukit Tinggi, Pahang.

Cerita ini mengingatkan Awang tentang satu kejadian dua tahun lalu yang melibatkan tauke Country Heights, Lee Kim Yew. Syarikatnya tidak membayar cukai taksiran berjumlah RM9 juta. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berkali-kali memberi peringatan, tetapi tidak dipedulikannya. Apabila majlis itu hendak menyita premis perniagaannya, Lee `menyerang' pihak berkuasa itu sebagai tidak efisien dan tidak bertimbang rasa.

Inilah masalahnya apabila ada yang merasakan mereka sudah terlalu besar dan boleh `mengatur' segala-galanya kerana sudah menjadi kaya dan berpengaruh.

Awang sangat berharap tauke mesin slot di Bukit Tinggi tidak menyalahgunakan lesen yang diberikan kepadanya kerana merasakan ada orang yang akan melindunginya, membuat dia berani melanggar undang-undang.

Perdana Menteri sendiri menegaskan bahawa beliau percaya pengusaha mesin slot di Bukit Tinggi telah menyalahgunakan lesen yang diberikan.

Pada hemat Awang, mereka berani berbuat demikian kerana pegangan `buat dulu, belakang kira.'

Bagaimanapun pendirian tegas Perdana Menteri telah mendorong mereka serta-merta menutup premis mesin slot itu buat sementara.

Dalam pada itu, terdengar pula khabar kononnya Resort World di Genting Highlands akan membeli mesin slot baru dan bercadang menjual mesin slotnya yang lama kepada Bukit Tinggi Resort.

Pada masa yang sama Bukit Tinggi Resort telah mendapat lesen untuk 250 lagi mesin slot sebagai tambahan kepada 200 lesen sedia ada. Ini bermakna Bukit Tinggi Resort bakal mempunyai 450 buah mesin slot iaitu yang kedua terbanyak di Malaysia selepas Genting Highlands.

Jika sudah banyak sangat, tentulah nampak macam kasino walaupun ia sebenarnya cuma untuk kegunaan ahli-ahli kelab sahaja.

Macam mana semua ini boleh berlaku? Apakah kerana taukenya merasakan dia lebih besar daripada undang-undang? Atau kerana ada Melayu di belakang?

Apa pun, pihak berkuasa perlu bertindak tanpa rasa takut.

Awang Selamat Part 3

KHABARNYA Pas sudah terbahagi kepada dua kem dalam isu sama ada parti itu patut meneruskan kerjasama dengan Anwar Ibrahim. Presiden Pas, Haji Hadi Awang tetap mahu meneruskan kerjasama itu, tetapi hasratnya telah dipertikai.

Semua orang tahu bahawa Haji Hadi menjadi Menteri Besar Terengganu pada 1999 kerana menunggang isu dan nama Anwar. Pada pilihan raya 2004, apabila Anwar tidak lagi menjadi faktor, Pas kalah teruk di Terengganu dan Haji Hadi kehilangan jawatan Menteri Besar.

Kekalahan 2004 ternyata menghakis keyakinan diri Haji Hadi terhadap keupayaannya sendiri dan partinya. Itulah sebabnya dia mahu terus bergantung kepada Anwar.

Haji Hadi kelihatan tidak lagi mempunyai cengkaman yang kukuh dalam Pas. Sebaliknya Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz yang semakin uzur dan kurang sihat, pula semakin gagah suaranya. Inilah keistimewaan orang yang bergantung kepada kekuatan diri sendiri.

Nasib baik jawatan Presiden terus tidak ditandingi dalam pemilihan parti tahun ini. Tapi keputusan pemilihan lain-lain jawatan akan menjadi ukuran pengaruhnya.

Awang - Tahu calon pilihan Hadi.

916 lebur menjadi abu

Sebelum berlepas ke Taiwan, Tian Chua begitu yakin 16 Sepetember 2008 kerajaan Anwar akan dibentuk.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT P2

SEJAUH manakah pencapaian hubungan kaum di negara ini? Persoalan tersebut selalu bermain di minda Awang dan ramai lagi rakyat Malaysia.

Terus terang Awang katakan bahawa pencapaiannya tidak sehebat mana walaupun negara telah mencapai kemerdekaan lebih separuh abad.

Pada permukaannya nampak keharmonian kaum agak menarik tetapi pada akarnya ia belum kukuh malah berisiko.

Banyak petunjuk kebelakangan ini cukup membimbangkan. Daripada pandangan dan komen-komen yang menghina kaum secara berleluasa dalam laman web dan blog sehinggalah kepada keghairahan mencabar kontrak sosial, bahkan kedaulatan raja.

Bukanlah Awang mahu memberi gambaran suram terhadap masa depan hubungan kaum di negara ini tetapi ia menuntut renungan semua pihak.

Lebih-lebih lagi tanggal hari ini adalah 13 Mei. Lupakah kita tentang peristiwa hitam 13 Mei 1969?

Apakah kita mahu mengambil mudah seolah-olah tidak akan berulangnya pergaduhan kaum? Maka hargailah keharmonian yang ada ini sebelum semuanya dirampas dan lenyap begitu sahaja.

Awang – Ambil iktibar 13 Mei.

Awang Selamat Part 1

Awang Selamat worried over demographics
Benjamin Tan | Dec 1, 05 4:18pm
I would like to comment on Utusan Malaysia's commentary ‘Bisik-bisik Awang Selamat’ on Nov 29 which reads: "Awang yakin apa yang menimpa wanita China itu adalah kes terpencil. Janganlah hanya kerana satu dua kes seumpama itu, kita terlupa tentang isu yang lebih meruncing - kebanjiran ratusan ribu warga asing termasuk dari China dan India yang tinggal lebih masa."

It seems that this ‘Awang’ is indeed very worried about the "hundreds of thousands of Chinese and Indian nationals" who overstayed their welcome. Ironically, he mentioned nationals from these two countries, when it is most obvious that the majority of "warga asing" - whether legal or illegal - come from countries like Indonesia.

I'm sure it is very much easier to bump into an Indonesian instead of a Chinese or Indian national in just about anywhere in the country.

Besides, one seems to wonder what this ‘Awang’ meant by "isu yang lebih meruncing". Yes, some of these women from China have been involved in prostitution, but based on his past commentaries, one would find it hard to believe if this guy really give a damn about the well-being of Malaysian families.

What this ‘Awang’ is very much worried here is whether these foreign nationals would end up marrying locals, which in turn would then boost the population of the ever-declining (in terms of percentage) Chinese and Indian minorities.

Of course, the same cannot be said of the Indonesians who have been in the country for many, many years.

Having read this ‘Awang’'s commentaries previously, it does not really come as a surprise that his views contain racial overtones and bias. Considering that this entity has been in journalism for such a long time, one would have expected it to express its views in a more matured and professional manner.

To sum up: Way to go, Awang!

Apabila Malaysia di serang oleh Hitman mata satu (klik)

Kisah G. Soros menyerang rantau Asia untuk melumpuhkan ekonomi dan ia melibat dajal mata satu Malaysia tersengih menunggu tumbangnya Tun Mahathir , akhirnya dia yang tersingkir dari kabinet. Siapa dia setan mata satu tersebut?

Teresa Kok and the dog food Part 2

Teresa Kok and the dog food

Pertama kali ditahan dibawah Isa, dia dibagi makan telur, telur itu kata dia ialah makanan anjing. Agaknya berapa banyak telur yang dia telah rasa, sehingga boleh membandingkan telur itu macam makanan anjing...lol

Teresa Kok hilang ingatan.

Si Bahlol ini sudah lupa apa yang di cakapkan sebelum ini, lupa tindakan dia yang menyuruh perlahankan azan, menggantikan papan tanda kepada pelbagai bahasa dan melenyapkan tulisan jawi.

Apa lagi nak komplain selepas berkali-kali menyakitkan hati orang Melayu dan Islam.

MEMO PAS UNTUK ANWAR 1993 (klik)

Nota : Rencana ini ditulis oleh Ahmad Lutfi Othman dalam bukunya “PAS zaman Anwar : Memo untuk bakal PM”, Penerbitan Pemuda, 1993. Sekarang beliau Ketua Pengarang Harakah. Rencana asal bertajuk ” Kerugian Bank Negara : Siapa pula kaki judi ?”

Sebaik sahaja mengetahui Bank Negara mengalami kerugian RM 9,300 juta akibat urusniaga pertukaran asing, pada pertengahan April 1993, saya, ketika itu sebagai Pengarang Kumpulan Harakah bergegas meminta wartawan kanan, Rashidi Hassan menghubungi Presiden Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah bagi mendapatkan komen lanjut.

Bagi saya kerugian begitu besar tidak boleh didiamkan. Rakyat perlu mengetahui apa yang berlaku sebenarnya. Dan tentunya sebagai bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh boleh memberi penjelasan dalam masalah yang agak sukar difahami oleh rakyat biasa.

Sebenarnya pihak media tempatan tidak langsung menyentuh kerugian ini selama hampir dua minggu selepas Laporan Bank Negara dikeluarkan.

Hanya selepas media asing melaporkannya maka barulah terdapat berita mengenainya di akhbar tempatan. Itupun sekadar memaklumkan dan tidak menjelaskan kenapa berlaku peristiwa yang sungguh merugikan rakyat itu.

Difahamkan akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris diarahkan supaya mengecilkan perkara ini. Terlalu banyak pekung yang hendak ditutup akhirnya bau busuk dapat dihidu di segenap ceruk.

Seperti biasa Rashidi akan menghubungi terus Ketua Penerangan S46, Ahmad Shabery Cheek, yang sentiasa berada di rumah Tengku Razaleigh.

“Beritahu Shabery kenyataan Ku Li itu kita akan jadikan lead Harakah”, pesan saya secara bergurau kepada Rashidi.

Namun begitu, setelah menyemak sepintas lalu berita-berita yang ada untuk keluaran Isnin, 19 April 1993, tidak ada berita yang sesuai.

Berita dari Kelantan agak menarik, tentang kenyataan Tuan Guru Menteri Besar yang menyifatkan usaha UMNO menurunkan Sultan Ismail Petra dari takhta Kesultanan Kelantan dan digantikan dengan Tengku Ibrahim Petra adalah satu rancangan untuk menzahirkan raja politik di negara ini.

Bagi muka belakang, saya pilih analisis perkembangan terbaru UMNO, kemungkinan Ghafar Baba tarik diri dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden UMNO, dengan memberi laluan kepada Musa Hitam.

“Lutfi…..Shabery kata, okey. Dia sedang bincang dengan Ku Li dan akan faxkan ke sini pada sebelah petang nanti. Muka depannya?” Rashidi nampaknya gembira.

Saya sendiri gembira bila mendapat tahu Tengku Razaleigh sudi memberikan komen. Peranan Harakah menjadi lebih penting dalam mengetengahkan isu ini kerana semua akhbar utama menggelapkannya, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Jumlah RM9,300 juta bukan nilai yang boleh dipandang ringan!

Tengku Razaleigh, melalui kenyataannya kepada Harakah, berkata kerugian yang ditanggung oleh kerajaan adalah lebih besar jika dibandingkan dengan kerugian terkumpul yang melibatkan skandal BMF, Manimco dan koperasi pengambil deposit : “Bahkan jumlah RM9.3 bilion itu hampir sama dengan seluruh anggaran perbelanjaan pembangunan negara bagi tahun 1993. malah negara tidak pernah menanggung kerugian sebanyak itu.”

“Kalau di negara-negara lain, menteri yang bermaruah sudah meletakkan jawatannya kerana kerugian,” tegas Tengku Razaleigh.

Beliau kesal dengan sikap Menteri Kewangan yang berdiam diri dan tidak mahu menjelaskan pokok pangkal sebenar skandal ini kepada rakyat. Saya memilih tajuk “Anwar Perlu Ambil Tanggungjawab” untuk lead Harakah minggu itu.

Untuk keluaran Harakah berikutnya, saya sendiri menghubungi Shabery bagi mendapatkan komen Tengku Razaleigh selanjutnya. Ini berikutan kenyataan balas Gabenor Bank Negara yang merumuskan :

“Sebenarnya lebih kukuh nilai ringgit, lebih banyak Bank Negara menanggung kerugian kerana rizab kita dalam ringgit akan jatuh.” Tan Sri Jaffar Hussien juga berkata, kerugian RM9.3 bilion itu adalah dari segi nilaian atas kertas dan bukannya kerugian mata wang nyata. Kerugian itu, katanya, berpunca dari kedudukan nilai ringgit, kos pengendalian inflasi yang tinggi dan pergerakan turun naik kadar pertukaran mata wang yang meluas.

Ketika dihubungi Shabery memberitahu Tengku Razaleigh agak sibuk hari itu, ada mesyuarat penting dan menziarahi jenazah. Saya meminta Shabery sendiri memberi komentar.

“Nak jadikan tajuk muka depan lagi?” Saya tahu Shabery sebenarnya bergurau bila bertanya begitu.

“Kalau kenyataan Tengku, insya-Allah saya akan usahakan untuk tajuk utama. Tapi kalau you yang buat komen, kita akan pertimbangkan,” balas saya, juga bergurau. Bagaimanapun yang lebih penting bukan lagi tokoh yang memberi komen tetapi kekuatan hujah itu sendiri.

Masyarakat pembaca harus didedahkan dengan sejelas-jelasnya melalui Harakah maklumlah Utusan Malaysia dan Berita Harian sudah di bawah takluk Menteri Kewangan.

Kenyataan Shabery dengan tajuk “Wang Rakyat Diperjudikan” saya pilih tajuk utama Harakah, 23 April.

Shabery mengakui bahawa kenaikan nilai ringgit boleh menjejaskan jumlah rizab negara tetapi sukar diterima akal kalau hanya beberapa peratus kenaikan ringgit berbanding dolar Amerika boleh mengeringkan langsung rizab negara.

Serentak dengan itu, Shabery mengingatkan Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim supaya “jangan berselindung di sebalik istilah-istilah ekonomi yang mengelirukan.”

“Anwar mesti mengakui punca terbesar kerugian adalah akibat permainan spekulasi mata wang asing yang gagal. Jelas, kerugian ini bukanlah atas kertas sahaja tetapi kerugian nyata yang ditanggung oleh rakyat jelata.

Umat Islam terperanjat bagaimana Menteri Kewangan yang banyak bercakap tentang Islam boleh merestui permainan spekulasi seperti ini. Sedangkan secara jelas ia memperjudikan wang rakyat sebegitu banyak.

Bahkan kami hairan kenapa beliau boleh merestui pendekatan Bank Negara yang amat merbahaya ini dan tidak mahu berterus-terang apabila ia menemui kegagalan,” tegas Shabery.

Shabery juga mempersoalkan alasan Gabenor Bank Negara : “Apakah semakin kukuh ekonomi bermakna semakin kering rizab kita. Kenapa pula Singapura dan Brunei yang berkembang ekonominya dan kukuh mata wangnya tidak mengalami kerugian teruk sepertimana yang dialami oleh Bank Negara.

Apakah Kementerian Kewangan Malaysia ingin memperkenalkan teori baru ekonomi, iaitu semakin berkembang ekonomi bertambah susutlah rizab, dan tidak mustahil ia terus bankrap.

Apakah ini juga bermakna semasa ringgit kita jatuh dahulu, rizab kita melambung naik lebih seratus peratus?”

Untuk Harakah berikutnya, ramai teman-teman bertanya : “Minggu ini nak lanyak Anwar lagi?

Cukuplah…Nanti kerana isu itu pula Anwar boleh jatuh.

Masalahnya bukan pasal hendak menjatuhkan Anwar dan menaikkan orang lain. Ini soal kebenaran. Kalau Anwar berada di pihak yang benar, Anwar tidak perlu melatah kepada akhbar sekecil Harakah. Di bawah Anwar sudah tersedia akhbar-akhbar besar, begitu juga TV3, apa yang ditakutkannya. Kalau Harakah buat kesilapan, Anwar boleh tegur.

Bagi keluaran Harakah 26 April, kami memilih isu kerugian Bank Negara juga. Saya memberitahu teman-teman di Harakah : “Kalau ada isu besar yang kita tangani, kita mesti buat sungguh-sungguh, sehingga pihak bertanggungjawab memberi reaksi. Jangan asal tangkap muat sahaja.”

Kebetulan pula Presiden Parti Rakyat Malaysia, Dr. Syed Hussin Ali memberi reaksi yang sama dalam isu ini. Tanpa ragu-ragu lagi ia dipilih untuk menghiasi tajuk depan Harakah iaitu “Bank Negara Kalah Judi”, dengan tajuk kecilnya “PM didesak lucutkan jawatan Menteri Kewangan”.

Saya sendiri menghubungi Dr. Syed Hussin bagi mendapatkan maklumat lanjut berdasarkan kenyataan yang difaxkan ke Harakah.

Agak lama juga Dr. Syed Hussin menjelaskan, melalui telefon, dan hati saya berdetik : “Patutlah ramai orang tidak faham isu ini.”

Menurut Dr. Syed Hussin, Bank Negara seharusnya prudent (berhati-hati) dalam setiap kegiatannya dan semestinya sama sekali tidak terbabit dengan perjudian simpanan asing yang boleh membawa risiko kerugian yang cukup besar. Beliau menyamakan istilah spekulasi dengan perjudian.

Tindakan Bank Negara, menurutnya, akan menjejaskan kestabilan kewangan dalam jangka panjang kerana wang simpanan luar adalah sandaran atau jaminan kepada wang ringgit yang beredar dalam negara. Jika nilai sandaran itu jatuh, ia boleh menjejaskan kestabilan ringgit.

Dr. Syed Hussin berpendapat Bank Negara, yang di bawah kawalan Kementeriab Kewangan, sepatutnya mengawasi semua kegiatan bank dalam negeri supaya tidak terlibat dalam spekulasi / perjudian secara besar-besaran. Malangnya Bank Negara yang bertindak sebagai pengawas itu sendiri terlibat dalam spekulasi / perjudian :

“Jadi, siapakah pula yang akan mengawasi pengawas. Kami harapkan pagar yang menyelamatkan padi, rupanya pagar yang makan padi. Aneh sekali bagaimana Anwar yang dahulunya terkenal sebagai pejuang Islam melibatkan dirinya dengan judi besar-besaran seumpama ini”.

“Kami mempunyai maklumat bahawa pada tahun 1991 Bank Negara menugaskan seorang pegawainya menjalankan kegiatan spekulasi dengan menggunakan simpanan luar. Khabarnya keuntungan kira-kira satu bilion diperolehi.

Digalakkan oleh kejayaan ini, pegawai tersebut diberikan kebebasan untuk meneruskan kegiatan judi ini dalam tahun 1992. Kami percaya banyak simpanan luar digunakan untuk membeli wang
paun.

Dalam tahun 1992 nilai paun turun dengan teruk sekali. Ini sebabnya kerugian yang kita tanggung begitu besar. Sekiranya yang dibeli ialah wang Amerika, kerugian mungkin tidak sebesar itu, sebab dalam tahun 1992 nilai wang Amerika turun kira-kira lima peratus saja, berbanding wang Malaysia.

Kami mendapat tahu bahawa akibat kerugian ini pegawai berkenaan telah dipindahkan jawatan serta tugasnya. Ini tidak memadai. Sepatutnya kerajaan hendaklah mengambil tanggungjawab penuh dan meminta supaya Menteri Kewangan meletakkan jawatan, sekiranya beliau sendiri tidak hendak berbuat demikian secara sukarela.

Bukankah Menteri Kewangan memperlihatkan kecuaian dan ketidakcekapannya?” tegas Dr. Syed Hussin.

Beliau seterusnya berkata jumlah RM 9.3 bilion yang lesap itu bukan kecil. Untuk memahami betapa besarnya, boleh kita bayangkan apa yang boleh kita buat dengannya.

Misalnya, kita boleh mendirikan 18 buah universiti dengan harga RM500 juta sebuah, atau 45 buah hospital berharga RM200 juta sebuah, atau 180 buah sekolah berharga RM50 juta sebuah ataupun 372,000 buah rumah berharga RM25,000 sebuah.

Sekiranya hendak digunakan untuk membayar bonus kepada 800,000 kakitangan kerajaan, sebagaimana yang dituntut oleh CEUPACS, maka tiap-tiap seorang pekerja boleh diberikan RM12,000.

Bayangan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang, yang menganggarkan kerugian Bank Negara boleh mencapai RM16,000 juta. Ketika berceramah di Kuching, pada 29 Mei 1993 lebih menarik :

“Jika seseorang itu memenangi loteri yang menawarkan hadiah RM2 juta sehari, untuk mendapat wang sebanyak RM16 bilion, dia perlu menang loteri tersebut setiap hari selama 8,000 hari berturut-turut ataupun selama 22 tahun!”

Mengenai dakwaan Gabenor Bank Negara bahawa kerugian itu Cuma atas kertas sahaja, Dr. Syed Hussin berkata, “entahlah, kalau-kalau kerana wang selalunya dibuat dari kertas.”

Di Parlimen, Selasa, 27 April 1993, Kit Siang menegaskan : “Selaku Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim mesti menerima tanggungjawab persendirian sepenuhnya kerana kerugian pertukaran asing Bank Negara ini.

Rakyat berhak mengetahui sebab dan saiz berbagai kerugian pertukaran asing yang dialami oleh Bank Negara, berkenaan jumlah kerugian yang disebabkan oleh pembendungan inflasi dalam menyerap liquiditi, penilaian semula pegangan mata wang asing dan kenaikan nilai ringgit dan kerugian hasil daripada perniagaan dan spekulasi mata wang asing.”

Walaupun Anwar menafikan dakwaan bahawa Bank Negara telah terlibat dalam aktiviti spekulasi dalam pasaran pertukaran asing kenyataan itu ditolak oleh Kit Siang. Pada 1989, dilaporkan Bank Negara telahpun dikritik oleh pegawai kewangan Barat kerana spekulasi dalam mata wang yen dan dollar Amerika pada masa Kumpulan Tujuh negara industri cuba menstabilkan pasaran mata wang.

Pada April 1991, Reuter menyifatkan Bank Negara sebagai “suatu kuasa dominasi di kancah pertukaran asing untuk beberapa tahun” dan malah menuduh beberapa pengendali pertukaran asing sebagai “penjahat pasaran”.

Laporan tersebut memetik kenyataan peniaga di London sebagai berkata, Bank Negara” selama ini adalah pemain pasaran yang terbesar, meniagakan jumlah pertukaran asig yang jauh melebihi mana-mana pemain dalam pasaran”.

Mengenai dakwaan Tan Sri Jaffar Hussien bahawa semua kerugian pertukaran asing Bank Negara hanyalah “kerugian di atas kertas”, Kit Siang mempersoalkan “Adakah beliau berkata semua keuntungan pertukaran asing yang diperolehi oleh Bank Negara pada Jun 1985 adalah juga “kerugian di atas kertas” sahaja?”

Seterusnya Kit Siang berhujah : “Jika Bank Negara telah mengalami kerugian di antara RM6.9 bilion dan RM9.7 bilion kerana aktiviti spekulasi dalam pasaran pertukaran asing, maka rakyat Malaysia berhak menuntut penjelasan yang sepenuhnya, kerana nyata sekali Bank Negara telah melampaui bidang kuasanya sebagai bank pusat dalam kegagalan bertindak dengan cermat sebagaimana yang dikehendaki.”

Bank Negara mengalami kerugian pertukaran asing yang besar semasa krisis mata wang dalam mekanisme kadar pertukaran Eropah susulan penolakan Masstricht Treaty on European Monetary Union dalam pungutan suara Denmark pada 2 Jun 1992, yang memaksa penggantungan pound sterling dari Exchange Rate Mechanism (ERM) of the European Monetary System (EMS).

Akibatnya ringgit mencatatkan kenaikan nilai yang paling besar berbanding dengan pound sterling, iaitu sebanyak 29.1 peratus. Adalah dilaporkan bahawa Bank of England telah membelanjakan berbilion-bilion paun untuk mempertahankan paun British pada masa itu.

“Yang ini sememangnya boleh difahami tetapi mengapa Bank Negara juga mahu selamatkan pound sterling?” tegas Kit Siang, disambut tepukan bergemuruh ahli-ahli Parlimen.

Mengapa Bank Negara juga menukar berbilion-bilion atau berpuluh-puluh bilion ringgit kepada pound sterling untuk membantu mempertahankan pound British? Adakah kerajaan Malaysia sudah mengubah sikapnya dari dasar “Buy British Last” kepada Defend British First” – “Safe British First” dengan ringgit-ringgit wang rakyat Malaysia.

Saya tidak percaya bahawa serbuan Bank Negara memberi pound yang merugikan tersebut semasa krisis mata wang sterling adalah kerana Perdana Menteri kita mahu selamatkan John Mayor – Mahathir to rescue John Mayor – dan paun British.

Tetapi kerana Bank Negara berharap mengaut keuntungan yang besar dengan mengambil pendirian membeli untuk jangka panjang mengharapkan pound pulih kedudukannya dengan sokongan kerajaan British, “ hujah Kit Siang.

Tambahnya lagi, dengan tiadanya penjelasan yang memuaskan dan yang dapat diterima oleh kerugian pertukaran asing Bank Negara, keyakinan awam ke atas Bank Negara dan kerajaan akan terjejas.

” Yang Berhormat Menteri Kewangan telah menyatakan sokongan beliau kepada prinsip akauntabiliti, pertanggungjawapan dan transparensi pegawai-pegawai sektor awam.

Dan ini adalah satu kes ujian sama ada beliau benar-benar berkepercayaan dalam prinsip-prinsp ini, dengan meminta kabinet menubuhkan suatu Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat kerugian pertukaran asing Bank Negara, “tegas Kit Siang.

Dalam jawapan balasnya, Anwar mempersoalkan jumlah kerugian yang diberikan oleh Kit Siang, Anwar mendakwa Kit Siang mengira dua kali. Mengenai pertanyaan Kit Siang bahawa kenapa bila rugi dikatakan rugi atas kertas, tetapi bila untung, memang sebenarnya untung, Anwar berkata :

“Bila untung, untung itu dipulihkan sebagai cash dipindahkan ke dalam negara, dibayar kepada kerajaan. Sebab itu untung ini in cash terms. Rugi yang disebut oleh Gabenor Bank Negara sebagai paper loss itu, rugi masih atas kemerosotan nilai yang masih dirizab.”

Anwar seterusnya memberi contoh : “Umpamanya kalau Ahli Yang Berhormat dari Tanjong ada US$1 juta, mungkin lebih, di simpan di New York, rugi itu in ringgit terms, sebab nilai ringgit bertambah. Jadi, US$1 juta masih kekal US$1 juta, tetapi apabila dari segi ringgit sudah merosot lapan peratus atau sembilan peratus, tengok kepada tempohnya. Ini basic economic, saya hendak beri kuliah sedikit. “

Dalam jawapannya itu, Anwar sempat juga menyerang Harakah : “Saya tahu, Harakah pun banyak isu, saya sekarang popular kerana front page headline, every week, every issue.

Bagaimanapun jawapan panjang lebar Anwar itu memerangkap dirinya. Esoknya, tepat jam 3.38 petang Lim Kit Siang – setelah merakamkan penghargaan kepada jawapan Anwar – berkata :

Saya juga mesti mencatatkan kehampaan saya yang amat sangat dengan kenyataan beliau (Anwar) yang bukan merupakan jawapan kepada ucapan saya.

Kita boleh sebut ia sebagai non-reply….. Yang Berhormat Menteri Kewangan bersungguh-sungguh mengelakkan diri dari memberi jawapan sehingga habis tempoh 30 minit yang diperuntukkan untuk beliau.

Kenyataan itu…..hanya memperkukuhkan kesangsian bahawa kerajaan mempunyai banyak perkara yang terpaksa disembunyikan atau dengan izin swept under the carpet…..Hakikat yang sebenarnya ialah beliau (Anwar) telah membangkitkan lebih banyak soalan daripada menjawab.”

Selanjutnya Kit Siang membidas gaya Anwar yang tidak bersedia membaca teks ucapan yang disediakan supaya dapat gambaran beliau membuat pembentangan dengan spontan bagi mempamerkan kehebatannya dalam perkara tersebut.

“Tetapi malang sekali, terdapat kesilapan-kesilapan dalam perhubungan dengan pihak dan akibatnya ialah, pemberitaan yang panjang lebar kepada ucapan Yang Berhormat Menteri di Parlimen kelmarin sebagaimana yang tersiar dalam sebuah akhbar tempatan – yang ada disebut berkait rapat dengan beliau – amat berbeza dengan ucapan spontan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan yang disampaikan di Dewan Rakyat,” ujar Kit Siang.

“Saya tidak ada bantahan jika Yang Berhormat Menteri ingin memberi ucapan spontan yang telah disediakan terlebih dahulu tetapi dengan syarat beliau dapat membuat pengubahsuaian berdasarkan apa yang telah saya katakan sebelum beliau berucap.

Malang sekali Yang Berhormat Menteri tidak dapat berbuat demikian dan inilah sebabnya beliau terpaksa membuat kenyataan dan andaian dan tuduhan yang tidak akan beliau lakukan sekiranya beliau mengikuti dan memahami ucapan saya terlebih dahulu.

Misalnya, dalam ucapan Yang Berhormat Menteri, beliau mengejek saya kerana meminta butir-butir terperinci rizab Bank Negara dalam berbagai mata wang asing dengan mengatakan bahawa ia bukanlah “skim kutu kampung” untuk diketahui umum.

Sebenarnya saya tidak pernah meminta butir-butir terperinci komposisi rizab asing Bank Negara. Apa yang saya minta ialah butir-butir terperinci kerugian pertukaran asing. Saya berharap Yang Berhormat Menteri faham bahawa terdapat perbezaan di antara dua jenis butiran ini, “ tambah Kit Siang.

Mengenai tuduhan Anwar bahawa beliau menghitung dua kali mengenai jumlah kerugian lain-lain rizab Bank Negara sebanyak RM10.1 bilion, Kit Siang berkata :

“Saya tidak dapat memahami logik Yang Berhormat Menteri Kewangan dan saya akan berasa amat terkejut jika Gabenor Bank Negara masih menegaskan bahawa lain-lain rizab pada tahun lalu ialah RM9.3 bilion dan bukan RM10.1 bilion. “

Seterusnya Kit Siang merumuskan : “Malah seorang murid sekolah pun dapat memerhati bahawa lain-lain rizab Bank Negara telah kerugian RM10.1 bilion.”

Dalam hal ini Dr. Jomo juga bersetuju dengan hujah Kit Siang. Dalam huraiannya kepada Harakah Dr Jomo mencatatkan :

“Perhatian umum di negara kita setakat ini lebih tertumpu kepada pengurangan sebanyak RM9.3 bilion dalam lain-lain rizab Bank Negara antara akhir tahun 1991 dan akhir tahun 1992.

Namun, kalau diambil kira jumlah RM800 juta yang dipindahkan ke dalam lain-lain rizab sebenarnya berkurangan sebanyak RM10.1 bilion dalam tahun 1992.

Bank Negara juga telah memperuntukkan sebanyak RM2.7 bilion lagi untuk tanggungan-tanggungan kontijen – maksudnya, kerugian-kerugian yang dijangka berlaku akibat tindakan pada tahun 1992, sungguhpun masih belum berlaku.

Misalnya, sekiranya bank tersebut membeli mata wang tertentu untuk masa depan dan berlakunya penurunan besar nilai mata wang tersebut berbanding ringgit. Oleh itu tidaklah salah kalau dikatakan kerugian sebenar ialaj RM12.8 bilion pada tahun 1992, sungguhpun setengah daripada kerugian itu masih belum pasti, ataupun apa yang dikatakan kerugian atas kertas.”

Dr. Jomo membuat beberapa anggaran tentang jenis kerugian yang ditanggung, iaitu selain spekulasi tukaran asing, antaranya ialah kos menyerap dan akibat kenaikan nilai ringgit. Untuk membendung inflasi, Bank Negara telah menyerap kecairan yang berlebihan.

Kecairan berlebihan ini muncul terutamanya kerana kemasukan modal jangka pendek dari luar negeri akibat kadar faedah Malaysia yang agak tinggi, terutamanya pada awal 1992.

Pada 1992 saja, Bank Negara telah menyerap RM17.1 bilion daripada sistem bank dan RM6.7 bilion deposit-deposit lain. Kalau dijumlahkan dengan deposit-deposit sebelumnya, pada akhir 1992, Bank Negara mempunyai deposit bernilai RM40.6 bilion.

Menurut keterangan Bank Negara, deposit ini nampaknya dismpan oleh Bank Negara di bank-bank Amerika Syarikat pada kadar faedah 2.5 peratus setahun sedangkan ia perlu membayar kira-kira lapan peratus setahun kepada bank-bank dan lain-lain di Malaysia dan dengan demikian, menanggung kos perbezaannya sebanyak 5.5 peratus.

Lain-lain dokumen Bank Negara menunjukkan kebanyakan daripada langkah menyerap itu hanya berlaku mulai suku kedua tahun 1992 yang bererti, deposit-deposit yang dipegang oleh Bank Negara tidak pun sampai setahun penuh.

Lagi pula, sesiapa biasa dengan pasaran tukaran asing akan mendapati bahawa margin sebanyak 5.5 peratus itu pada ketika itu amat besar. Sungguhpun dengan andaian maksimum demikian, kos maksimum seluruh operasi itu tidak mungkin melebihi RM2.2 bilion (iaitu RM0.055 x 40.6 bilion).

Dr. Jomo menjelaskan : “Seperti telah dijelaskan oleh Menteri Kewangan dan juga Gabenor Bank Negara, pengukuhan nilai ringgit pada 1992 mengakibatkan penurunan nilai rizab bank bila dihitung dalam wang ringgit.

Laporan itu juga memberitahu ringgit kukuh sebanyak 5.6 peratus berbanding dengan longgokan komposit mata wang asing, yang mencerminkan rakan dagang lama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Kerugian yang berlaku ke atas nilai deposit oleh kerana kenaikan nilai ringgit pada 1992 sepatutnya tidak lebih daripada RM2.3 (iaitu RM0.056 x 40.6 bilion), andaikata semua deposit itu telah ditukar menjadi tukaran asing (kemungkinan besar tidak semuanya ditukar).

Ini bermakna langkah menyerap dan kenaikan nilai ringgit hanya boleh menyebabkan kerugian kurang dari RM4.5 bilion, bererti sejumlah RM8.3 bilion lagi masih belum dipertanggungjawabkan.”

Kit Siang juga menolak hujah Anwar bahawa oleh kerana kedudukan ekonomi negara kukuh, maka kita tidak harus khuatir akan kerugian pertukaran asing Bank Negara :

“Sekarang ini pasaran saham amat bullish dan meningkat dengan banyak kaunter yang berkaitan dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang mengepalai senarai saham yang amat aktif.

Dan terdapat desas-desus bahawa pasaran saham yang hangat dan meningkat ini adalah berkaitan dengan tabung kempen dana war chess lebih kurang RM200 juta seorang pemimpin UMNO untuk pemilihan parti.

Dan tentulah ia mencatat rekod. Tetapi adakah ini bererti kita harus menutup mata kita terhadap apa yang tidak sihat dan salah dalam pasaran saham.”

Mengulas suatu jawapan yang diberikan oleh Anwar, Kit Siang berkata :

“Imaginasi yang karut ini tidak boleh diterima langsung disebabkan ia adalah serupa dengan membandingkan seekor ayam dengan seekor itik.

Yang Berhormat Menteri tidak memahami bahawa rizab asing adalah disebabkan oleh imbangan bayaran yang positif akibat pertumbuhan ekonomi negara sedangkan kenaikan atau kejatuhan lain-lain rizab adalahbergantung kepada prestasi Bank Negara. Kedua-dua ini tidak ada kaitan langsung.”

Ketua pembangkang itu kemudiannya menasihatkan Anwar supaya mendapat pendidikan dalam bidang ekonomi antarabangsa daripada Setiausaha Parlimen ataupun Timbalan Menteri :

“Tetapi Setiausaha Parlimen (Kementerian Kewangan) yang merupakan seorang ahli ekonomi yang terlatih dan rujuklah kepada rencananya dalam Berita Harian, 24 April 1993.

Dalam rencana ini, beliau telah menghiraukan dengan tepatnya bahawa tambahan dalam rizab bergantung kepada sama ada kita mempunyai pertimbangan bayaran yang positif yang bergantung kepada pertumbuhan ekonomi.”

Anwar yang tidak pernah terlatih dalam bidang ekonomi tentunya mendapat pengajaran yang bermakna dalam isu, apatah lagi bila Kit Siang menegaskan :

“Adakah amat mengejutkan bahawa Yang Berhormat Menteri Kewangan nampaknya tidak memahami ekonomi antarabangsa yang asas ini sehingga saya bimbang bahawa Yang Berhormat Menteri sedang teraba-raba dalam kegelapan dan Malaysia memang mujur kerana tiada bencana kewangan besar yang berlaku sehingga kini.

Yang Berhormat Menteri sepatutnya berhenti daripada mengelirukan orang ramai dengan mengatakan kerugian dalam rizab-rizab lain sebanyak RM10.1 bilion oleh Bank Negara tidak penting disebabkan ia boleh dioffset oleh lebihan sebanyak RM16.5 bilion dalam rizab asing”

Bukan sahaja ini adalah salah dalam ertikata ekonomi asas tetapi perbandingan secara selektif adalah amat salah dalam ertikata perakaunan sehingga mana-mana pelajar perakaunan tidak membuat kesilapan sedemikian rupa.

Tidak hairanlah mengapa Gabenor Bank Negara dan juga seorang chartered accountant kelihatan begitu muram apabila Yang Berhormat Menteri membuat perbandingan ini dalam Parlimen semalam.

Namun ini mencerminkan dengan buruknya penasihat-penasihat ekonomi dan perakaunannya sehingga tidak dapat mengajar dan membuatkannya (Anwar) memahami asas-asas dengan baik dan jelas.

“Ingin saya mencadangkan, demi kepentingan negara, agar beliau menukar penasihat-penasihat ekonomi dan perakaunannya. Saya juga berharap Yang Berhormat Menteri akan memberi penjelasan awam yang penuh dengan merujuk kepada semua perkara teknikal yang dibangkitkan secara bertanggungjawab dan janganlah ghairah berpolemik politik, “ tegas Kit Siang menutup ucapannya mengenai kerugian Bank Negara.

Dalam ucapan penggulungannya, pada 10 Mei 1993, Anwar mengulangi tuduhannya kepada pembangkang kerana terus mengira dua kali.

Katanya, pelbagai pihak cuba membuat serkap jarang untuk menambah kekeliruan. Beliau tetap mempertahankan kemerosotan lain-lain rizab bernilai RM9.3 bilion dan bukannya RM10.1 bilion.

Seterusnya Anwar menyifatkan kemerosotan itu berpunca dari gabungan beberapa faktor, antaranya ialah pengukuhan ringgit, kos mengawal inflasi turun naik mata wang antarabangsa dan lain-lain.

“Kita harus sedar bahawa kenaikan nilai ringgit, antara faktor yang menyebabkan kemerosotan nilai lain-lain rizab, telah membawa manfaat kepada rakyat dan negara amnya, “tegas Anwar.

Dari jawapannya itu, Anwar seolah-olah menegaskan Bank Negara akan terus berspekulasi dengan hujahnya :

“Ada yang berpendapat Bank Negara perlu mengambil sikap konservatif. Pandangan ini gagal melihat realiti sebenar.

Bank Negara dan mana-mana bank pusat tidak perlu mengambil risiko untuk berdagang jika dasar pasif atau berdiam diri tidak mempunyai risikonya.

Realitinya ialah berdagang dan tidak berdagang adalah dua pilihan yang membawa risiko masing-masing.

Dengan berdagang, risikonya ialah ramalan dan unjuran yang dibuat dalam gerakan mata wang tidak tepat, justeru itu mengalami kerugian. Tetapi tidak berdagang juga bermakna menghadapi risiko kerugian akibat turun naik nilai antarabangsa mata wang dalam pegangan.”

Menyedari sebahagian jawapan Anwar itu ditujukan kepada tulisan Dr. Jomo, yang disiarkan dalam Harakah 10 Mei 1993, saya segera menghubungi Dr. Jomo, melalui telefon. Dr. Jomo menghabiskan masa lebih satu jam untuk memberi penjelasan dan beberapa contoh bagi memudhkan saya untuk memahaminya.

Dasar Bank Negara, seperti yang ditegaskan oleh Anwar, salah dari segi Islam. Kita tidak dibenarkan berspekulasi. Kita tidak boleh membeli buah semasa pohon baru berbunga. Apa hujah Anwar membolehkan kita berspekulasi sebegitu rupa? Amat janggal apabila Bank Negara mengambil sikap untuk lebih berspekulasi dalam tukaran asing lebih daripada bank-bank perdagangan lain, “jelas Dr. Jomo.

Beliau mengulangi hujah yang pernah dikemukakan oleh Dr. Syed Hussin Ali : “Oleh kerana bank pusat pada pokoknya ialah mengawas, soalan yang timbul ialah siapakah yang akan mengawasi pengawas ini bila polisi-polisi yang tidak bijak dibiarkan berlaku”

Yang lebih dikesali oleh Dr. Jomo ialah jawapan Anwar itu menggambarkan tidak bersedia untuk mengaku kesilapan yang telah dilakukan, sebaliknya bertegas untuk meneruskan dasar yang silap itu. Mungkin ia terpaksa dilakukan untuk mendapatkan semula kerugian yang dialami tetapi yang pasti, menurut Dr. Jomo, ia tidak ada jaminan.

“Tapi harus diingat bahawa kita mungkin juga akan ditimpa kerugian yang lebih besar lagi,” tegasnya.

Walaupun Dr. Jomo mengakui bahawa dasar berspekulasi sebelum tahun 1992 sedikit sebanyak membawa keuntungan kepada Bank Negara tetapi “kerugian ini telah menghapuskan semua keuntungan itu kerana kerugian ini jauh lebih besar daripada keuntungan sebelumnya”.

Dalam kenyataan selepas itu, Dr. Jomo menegaskan : “Hanya kaki judi akan terus bertaruh dengan harapan menebus balik kerugiannya setakat tertentu. Dan barangkali kerugiannya akan terus bertambah walaupun mungkin terdapat ‘kemenangan’ sementara.”

Dalam tulisannya Dr Jomo berhujah konservatisme dalam soal-soal begini (spekulasi tukaran asing) bermakna kebijaksanaan dan tanggungjawab, bukannya menentang kemajuan :

“Memang diketahui Bank Negara tidak terlibat dengan begitu mendalam dengan perdagangan tukaran asing sebelum berlaku perubahan dalam Kementerian Kewangan dalam pucuk pimpinan bank itu sendiri pada pertengahan 1980-an.”

Rasanya Anwar menujukan ucapan kepada Dr Jomo bila beliau berkata : “Pihak tertentu menganggap bahawa berlaku perubahan besar dalam dasar pengurusan rizab sejak pertengahan tahun 80-an.

Mungkin mereka yang berpendapat sedemikian terlalu ghairah untuk mempertahankan dasar sebelum pertengahan 80-an. Kenyataannya ialah Bank Negara meneruskan dasar yang sama iaitu meneruskan dasar berhemat.

Bank Negara sebelum pertengahan 80-an tidak perlu berdagang dengan jumlah yang besar kerana jumlah rizab ketika itu adalah rendah, bahkan jauh lebih rendah dari hutang luar negara.”

Dalam jawapannya kepada saya, Dr Jomo menasihatkan supaya lebih baik ditekankan soal pucuk pimpinan Bank Negara, dan bukannya lebih tertumpu kepada Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Razaleigh. Sekiranya Tengku Razaleigh dibabitkan perbahasan mengenai isu penting ini tidak dapat dijalankan secara matang dan objektif.

Dr. Jomo memberitahu Bank Negara di bawah pimpinan Tun Ismail Ali dan Tan Sri Abdul Aziz Taha tidak pernah merestu spekulasi besar-besaran.

Bagaimanapun apabila Tun Daim mengambil alih Kementerian Kewangan hal ini berubah. Tetapi ia tidak bermakna Anwar perlu meneruskan dasar Daim. Menurut Dr. Jomo, Anwar ada pilihan, sama ada melangsungkan dasar Daim ataupun mengambil sikap yang lebih bijaksana.

“Anwar sepatutnya tidak terikat dengan Daim dan boleh kembali mengikut apa yang telah dilakukan oleh Tun Ismail, “ tegas Dr. Jomo.

Menjawab dakwaan Anwar bahawa pembangkang membuat kiraan dua kali bagi menentukan kemerosotan lain-lain rizab, Dr. Jomo berkata :

“Anwar sendiri keliru dan kemudiannya mengelirukan Dewan Rakyat. Dari segi ini seolah-olah menunjukkan Anwar tidak boleh memahami matematik sekolah rendah!”

Dr. Jomo kemudiannya membuat sedikit pembetulan terhadap tulisannya di Harakah. Katanya :

“Saya telah menganggarkan kos menyerap wang asing yang masuk ke Malaysia, supaya tidak menyebabkan inflasi, tidak boleh melebihi RM2.2 ribu juta, sedangkan pengukuhan nilai ringgit boleh menyebabkan “kerugian atas kertas” sebanyak RM2.3 ribu juta.

Maka, saya telah membuat kesimpulan bahawa baki kerugian sebanyak RM12.8 ribu juta – iaitu sekurang-kurangnya RM8.3 ribu juta – pasti disebabkan kerugian urus niaga mata wang asing.

Saya juga telah mengatakan bahawa perubahan dalam cara kira-kira Bank Negara boleh menyembunyikan jumlah kerugian bank pusat itu pada tahun 1992, yang mungkin melebihi RM12.8 ribu juta, yang dianggarkan mengikut laporan rasminya. Nampaknya saya salah dari beberapa segi, dan oleh itu, patut memohon maaf dan memberi penjelasan”

Jomo seterusnya mengemukakan hujah majalah Far Eastern Economic Review, 13 Mei 1993 yang menegaskan mata wang asing yang diserap itu telah digunakan untuk membeli sterling British, yang mendatangkan kadar bunga lebih tinggi daripada kadar bunga di Malaysia.

Maka, Bank Negara tidak mengalami kos menyerap – seperti digambarkan oleh pihak berkuasa – tetapi sebaliknya, telah menikmati untung sementara daripada kelebihan kadar bunga berkenaan, walaupun akhirnya kerugian lebih tinggi kerana nilai mata wang sterling itu telah jatuh.

Menurut Review, sumber-sumber yang rapat dengan Kerajaan Malaysia telah mengakui bahawa lebih daripada 80 peratus dari jumlah kerugian RM12.8 ribu juta itu hilang di London, hampir semuanya akibat urus niaga mata wang asing yang melibatkan sterling.

Ini bermakna sekurang-kurangnya RM10.2 ribu juta kehilangan akibat kejatuhan sterling yang mesti melibatkan pembelian sterling sekurang-kurang RM45 ribu juta!

Kalaulah diuruskan secara bijaksana, mata wang asing yang dibeli oleh bank pusat sebuah sepatutnya mencerminkan rakan perdagangannya, tetapi hanya 4.0 peratus dari jumlah eksport Malaysia dan 3.4 peratus dari importnya pada 1992 melibatkan Britain.

Menurut majalah itu lagi, perubahan cara kira-kira Bank Negara disediakan bagi tahun 1992 telah menyebabkan pihak Ketua Audit Negara menolak kira-kira itu pada mulanya dan walaupun diterima kemudian.

Ketua Audit Negara telah menasihatkan bank pusat supaya jangan terus berspekulasi dalam mata wang asing pada masa hadapan.

Dalam pada itu jawapan Anwar tentunya tidak dapat memuaskan sesiapa sahaja, apatah lagi Lim Kit Siang. Ketika membahaskan anggaran perbelanjaan tambahan 1992 dan 1993 sebanyak RM5.6 bilion, pada 17 Mei 1993, Ketua Pembangkang itu jelas tidak lupa isu kerugian pertukaran asing.

“Apabila kerajaan minta Parlimen meluluskan anggaran perbelanjaan tambahan kepada apa yang diluluskan dalam belanjawan tahunan, kerajaan hendaklah memuaskan Parlimen dan negara bahawa ia telah berhati-hati dalam menguruskan wang perbelanjaan kerajaan, bahawa tiadanya pemborosan dan pembaziran, bahawa rasuah, amalan-amalan curang dan segala bentuk salah guna kuasa telah disekat, bahawa tahap kecekapan dan kompetet yang tinggi telah dipelihara, fan paling penting lagi, bahawa kerajaan telah mematuhi prinsip tanggungjawab, akauntabiliti dan transparensi.”

Maka dalam keadaan sedemikian, katanya, adalah lumrah untuk mengkaji permintaan kerajaan untuk anggaran perbenlajaan tambahan berjumlah RM5.6 bilion ini dalam ertikata kerugian pertukaran asing Bank Negara yang berjumlah RM10.1 bilion hingga RM12.8 bilion.

Ini kerana kerajaan tidak perlu menanggung anggaran perbelanjaan tambahan sebanyak RM5.6 bilion sekiranya Bank Negara tidak mengalami kerugian yang begitu besar.

Beliau juga menghujahkan kembali kenyataan Anwar bahawa jika sekiranya Bank Negara menyimpan rizab wang asingnya dalam pasaran antarabangsa secara “selamat” dan tidak memperdagangkannya, “kita masih akan rugi besar disebabkan ringgit kita adalah kukuh”.

Kit Siang menjelaskan, Bank Negara sepatutnya rugi kira-kira RM3.2 bilion dalam mata wang asing akibat usahanya untuk memerangi inflasi dengan meresap pengaliran masuk wang asing dan juga disebabkan naiknya nilai ringgit serta penilaian semula pegangan mata wang asing. Akan tetapi ini tidak dapat menjelaskan kerugian pertukaran mata wang asing Bank Negara sebanyak RM10.1 bilion hingga RM12.8 bilion.

“Kerugian pertukaran mata wang asing boleh berjumlah RM16 bilion sekiranya kita mengambil kira satu lagi perkara – penilaian semula pegangan emas Bank Negara pada tahun lalu.

Ini adalah kali pertama Bank Negara dalam sejarah 33 tahunnya menilai semula pegangan emasnya dan adalah dianggarkan keuntungan kira-kira RM3 bilion dapat diperolehi akibat penilaian semula emas.

Namun demikian, tiada angka mengenai penilaian semula pegangan emas kelihatan dalam kunci kira-kira Akaun Bank Negara untuk tahun 1992 dan sekiranya RM3 bilion ini juga telah hilang, ini akan bermakna bahawa jumlah kerugian pertukaran mata wang asing Bank Negara adalah dalam lingkungan RM16 bilion, “ jelasnya.

Oleh kerana Anwar gagal untuk memberi penjelasan yang memuaskan kepada Parlimen di atas kerugian pertukaran asing itu,

Kit Siang menegaskan, Jawatankuasa Akaun Parlimen harus menjalankan satusiasatan khas mengenainya dan membentangkan laporan siasatan itu kepada Dewan Rakyat untuk perbahasan. Jawatankuasa Akaun Parlimen mempunyai kuasa untuk menyaman Gabenor Bank Negara, Tan Dri Jaffar Hussien dan Penasihat Bank Negara yang bertanggungjawab dalam urusan dan spekulasi pertukaran asing Bank Negara untuk memberi satu penjelasan yang penuh kepada kerugian itu.

Dalam siasatannya, Jawatankuasa Akaun Parlimen harus juga meminta perangkaan tentang kerugian pertukaran asing terkini yang dialami oleh Bank Negara dan kedudukan keuntungan dan kerugian tahunan urusan dan spekulasi pertukaran asing Bank Negara sejak pertengahan tahun 1980-an apabila Bank Negara pertama kali menjadi peserta aktif dalam pasaran pertukaran asing antarabangsa.

Satu ulasan yang menarik mengenai isu ini ialah artikel yang diterbitkan di dalam Dewan Masyarakat, Jun 1993 juga menegaskan kesangsiannya terhadap kenaikan nilai ringgit yang dikatakan punca utama kerugian Bank Negara. Saya menyifatkan menarik kerana ia diterbitkan oleh sebuah agensi kerajaan.

Dan bagi mereka yang agak sangsi dengan pendirian Dr. Jomo, apatah lagi Lim Kit Siang boleh memerhatikan hujah, (tapi perhatikan bagaimana kiraan dibuat) penulis artikel “Kerugian Atas Kertas Atau Kegagalan Spekulasi?”, Nawi Abdullah :

“Sepanjang tahun 1992 purata kenaikan nilai ringgit meningkat sebanyak 4.6 peratus. Ini bermakna, Malaysia akan mengalami kerugian sebanyak 4.6 peratus daripada nilai pertukaran asing akibat daripada kenaikan tersebut.

Dengan kenaikan tersebut, Malaysia akan hanya mengalami kerugian sebanyak RM462.43 juta (RM10,053 juta [rizab 1991] x 4.6 peratus). Katakan belanja untuk membendung inflasi ialah sebanyak 4.8 peratus maka belanja untuk mengawal inflasi ialah sebanyak RM482.544 juta (4.8 peratus daripada RM10,053 juta).

Begitu juga, akibat daripada kemasukan nilai dolar AS, terdapat perbezaaan margin keuntungan yang negatif sebanyak 5.5 peratus yang terpaksa ditanggung oleh Bank Negara. Jadi kerugian akibat daripada margin ini ialah sebanyak RM552.91 juta (RM10,053 juta x 5.5 peratus)”

“Daripada fakta ini menunjukkan negara hanya akan mengalami kurangan dalam rizab asing sebanyak RM1,497.884 akibat kerugian daripada kenaikan ringgit dan mengawal inflasi serta margin kerugian.

Ini terjadi akibat daripada pegangan dollar AS kerana kemasukan pelaburan asing yang meningkat dalam bentuk dolar bagi tahun 1992……Ada ahli ekonomi yang berpendapat bahawa kerugian itu disebabkan oleh kegagalan permainan spekulasi mata wang asing.

Kunci kira-kira yang ditunjukkan oleh Bank Negara menunjukkan rizab yang merosot daripada RM10,043 juta. Pada tahun 1991 kepada RM752 juta pada akhir tahun kewangan 1992. ini bermakna negara mengalami kejatuhan sebanyak 92.5 peratus daripada pertukaran asing negara dalam masa cuma satu tahun!”

Seterusnya tulisan Dewan Masyarakat itu bersetuju bahawa Bank Negara telah mendedahkan kedudukannya kepada risiko yang tinggi akibat terlalu aktif berspekulasi atau berjudi!

Ketika saya menyusun kembali tulisan ini, saya terpandang ruangan Inside, Sunday Star, halaman pertama, 27 Jun 1993 yang menonjolkan amaran Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad tentang kegiatan spekulasi di Bursa Saham Kuala Lumpur, di halaman ketiga.

Ya, apa yang dicatatkan dalam ruangan itu, sebagai ringkasan kenyataan PM mengenai spekulasi? Okey, saya catatkan, khusus buat Anwar : “Gambling on shares. The Prime Minister said some people will get their fingers burnt if they gambled in the stock market

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2008/09/ketika-anwar-menteri-kewangan-bank.html