Ahad, 31 Ogos 2008

"Lori Sampah Yang Jijik dan Memualkan"

ulang siar ulasan anda

3 Ulasan - Tunjukkan Kiriman Asal Komen runtuh

Blogger Tyre berkata...

1. Mengapa perlu di-compress sampah dlm trak sehingga mengeluarkan air busuk?

2. PBt perlu kawal atau keluarkan lesen (dgn bayaran minima) pengutip-pengutip sampah (utk dijual semula). Perlu ada peraturan. Ini tidak, pengutip ikut suka buka plastik kemudian taburkan atas jalan. Cuma Apek yg bertopi dan basikal roda tiga itu shj yg buang balik sampah-sampah yg tidak diperlukan ke dalam tong. Yg lain itu menyepah-yepahkan di luar tong. Nak cari rezekipun jgnlah menyusahkan dan membusukkan kawasan org lain yg rumahnya berdekatan tong sampah

2008 Ogos 6 16:06

Blogger Tyre berkata...

Tong sampah di Kpg Baru Kamunting berdekatan Kuil dan Dewan tu kecil dan hanya satu.

PBT perlu peka sikit. Mana nak cukup kecualilah tiap-tiap hari dua kali angkut.

Bubuhlah tong besar mcm tapak pasar mlm Kmtg tu. Taklah bersepah melimpah keluar sampah tu

2008 Ogos 6 16:08

Blogger Tyre berkata...

Rasanya PBT perlu buat konsep kutipan sampah rumah ke rumah.

Tong individu dgn bertutup.

Tidak perlu Tong Besar yg menyusahkan dan membusukan sesiapa yg tinggal berdekatan atau melalui kawasan ini

2008 Ogos 6 16:17

Persidangan Umno cawangan

Hampir semua cawangan Umno seluruh negara kecuali Sarawak sudahpun melaksanakan tanggungjawab dengan menjalankan persidangan tahunan. Yang nyata persidangan tahun ini meriah, panas , ada yang menangis dan ada yang bermuram durja.

Dalam persidangan pemuda. Adalah sukar untuk mengumpul 9 orang ahli untuk menjalankan persidangan. walaupun ramai anak muda mendaftar sebagai ahli.

Ini disebabkan ramai pemuda-pemuda Umno tidak berada di cawangan kerana mereka belajar atau pun bekerja di luar kawasan. Malahan ketua pemuda sendiri ramai yang berada diluar kawasan. AJK peringkat Umno cawangan yang rata-rata dari golongan dewasa dan veteran terpaksa berusaha keras untuk mengumpul anak-anak buah supaya dapat balik untuk bersidang.

Begitulah senario politik Umno hari ini. Hasil usaha pemimpin untuk memajukan negara telah dapat di lihat di sini. Mungkin awal tahun 70an dahulu tidak menjadi masalah untuk menzahirkan sebuah perhimpunan tahunan peringkat cawangan kerana rata-rata pemuda zaman itu bekerja dan tinggal di kawasan.

Begitu juga hal nya dengan puteri dan wanita, ramai ahli nya berada di luar kerana bekerja, belajar atau mengikut suami. Rata-rata yang hadir ialah kaum ibu dan nenek-nenek yang masih utuh dan kuat semangat perjuangan mereka , sanggup hadir walaupun uzur.

Semasa PRU 12 pula ramai remaja melayu mengusung bendera Pas, Dap dan Pkr pada motosikal mereka. Siapa mereka? Jelas menunjukkan anak-anak muda ini adalah anak-anak pembangkang bukan anak-anak orang Umno.

terjun dulu

gpms1/2/3

Sabtu, 30 Ogos 2008

Perak Hari Ini.



Pagi tadi semasa hendak ke Kuala Kangsar untuk sama-sama menyertai Himpunan Melayu Muda penulis telah singgah di sebuah gerai untuk bersarapan pagi. Secara kebetulan seorang YB Perak dari Umno sedang minum diwarung yang sama, sempat kami berbual-bual sambil sarapan. Isunya tidak lain dan tidak bukan ialah mengenai politik tanah air khususnya di Perak.

Beliau menceritakan Politik Perak hari ini seperti politik India. Kerajaan India menyokong kumpulan-kumpulan agama Islam dan memberi bantuan kewangan, supaya pengikut kumpulan Islam ini terus dengan agenda agama dan tidak perlu mengganggu atau mencampuri urusan-urusan politk negara.

Perkara yang sama di lakukan di Perak. Pas hanya berurusan dengan hal ehwal agama Islam saja. Ceramah sana- sini, melayan tetamu-tetamu Pas saban hari yang membuat kunjungan hormat kepada MB. Hal-hal pentadbiran tanah dan ekonomi semuanya diuruskan oleh pihak satu lagi.

Mesyuarat exco juga tidak boleh di adakan seandai dua orang kuat parti komponen PR tidak dapat hadir.(gambar)

Beliau juga sedih mengenai urusan pemberian tanah 999 tahun kepada penduduk kampung baru dan meminggirkan penduduk melayu yang tinggal di TOL. kalau nak bagi tanah bagi semua supaya adil.

Selesai makan kami pun beredar, beliau YB akan ke perasmian program kemerdekaan . sempat juga penulis promote blog Taipingmali kepada beliau . YB itu rakan lama penulis, walaupun dah bergelar Datuk mulut penulis masih sasul dok sebut hang dan aku. nak buat macam mana dah kenal lama...sorry lah Datuk dia pun kata ok...kita dah kenal lama.

TUTUP SAJA LALUAN INI.




Laluan ini lebih baik di tutup kerana menggangu lalulintas di Jalan Stesen Kamunting. Untuk maklumat umum. Jalan Stesen dari Masjid hinggalah ke stesen minyak Caltex mepunyai cabang-cabang yang mengelirukan. Apa yang anda lihat ialah 3 buah kenderaan yang lari dari lampu trafik. berhampiran One Stop. 

Himpunan Melayu Muda Perak






Gambar Himpunan yang dirasmikan oleh Mufti Perak. Syabas kepada penganjur.

Kita tunggu MB Perak saman BPR. (klik)

Penulis harap MB Perak segerakan saman malu terhadap BPR dalam bulan September ini. Jangan tangguh lagi, Jangan bohong rakyat Perak dengan pelbagai hujah dan retorik politik.

Kita rakyat Perak tak mahu lagi alasan -alasan yang berbelit-belit jika MB Perak tidak menyaman BPR.

Berani cakap berani buat. Itu saja yang nak pesan. Belum ada dalam sejarah negara Menteri Besar saman BPR. Cerodik benor lah deme tuu

Jumaat, 29 Ogos 2008

Tun Mahathir yakin Anwar akan gagal pada 16 September 08.


16 September ialah hari ulang tahun penubuhan Malaysia dimana Sabah , Sarawak dan Singapore telah sama-sama membentuk sebuah negara Malaysia pada tahun 1963.

16 September 2008 Anwar berjanji untuk merampas kuasa di parlimen. Tun Mahathir yakin Anwar akan gagal dalam usaha kotor dan jijik beliau. kaki sontot memang suka yang jijik-jijik tu.

Sekali lagi penulis (bahasa diri baru ) menjangkakan beliau akan gila talak kali ini.kerana usaha beliau menemui kegagaln. Oleh itu kalau terjumpa seorang lelaki yang bercakap sorang-sorang didalam tandas parlimen atau di kafetaria berhati-hatilah , jangan galak untuk bertegur sapa dengan dia takut-takut kena maki hamun oleh dia, cara yang baik ialah dail 999 untuk memohon bantuan ambulan.

Hapuskan yellow box dan double line

Di bandar Taiping dan Kamunting terdapat beberapa kotak kuning dan banyak garisan dua jalur . Tetapi semua ini tidak memberi sebarang makna kepada pemandu-pemandu kenderaan di bandar ini. 

Mereka seolah-olah dungu tentang peraturan jalan raya. sama seperti menyalakan lampu hazard pada hari hujan. 

Begitu juga dengan sticker cukai jalan, arahan sudah jelas supaya sticker diletak di kiri cermin sebelah bawah. Ramai yang memasang di tengah-tengah cermin kereta atau yang letak di kanan sebelah atas, 

Sama juga halnya dengan smart tag. arahan supaya letak di tengah. tetapi ramai yang letak di sebelah kanan,

Esok perhimpunan pemuda melayu di Arena Sq Kuala Kangsar.

Kepada orang Perak dan kawasan-kawasan berhampiran sudi-sudilah melapangkan diri untuk bersama-sama menjayakan program ini. Isyaallah kalau tidak ada aral Taiping Mali akan ke sana. Taiping mali akan  naik motosikal, senang parking

PKR panas telinga kena smash oleh Pak Lah semasa bentang bajet


Anwar tersipu-sipu malu kena tempelak oleh Pak Lah. Azmin pula menyinga panas telinga. Akhir sekali dia (azmin) menuduh Pak Lah seorang diktator. Mengucap lah Azmin. Kalau tak kerana Pak Lah Azmin tak ada harapan duduk di kerusi parlimen.

Azmin sudah lupa jasa Pak Lah yang telah membebaskan Anwar dari penjara. Sebenarnya Anwar yang bersifat diktator kerana berusaha untuk merampas kuasa kerajaan BN. Perampas kuasa biasalah adalah dari golongan diktator.

Mole People atau Yakjuj Makjuj(klik)






Mengikut laporan sulit NASA, makhluk ini berada di perut bumi Amerika. berikut adalah gambaran wajahnya. Mereka ini berada 20 batu di perut bumi dan bersiap sedia untuk keluar dari persembunyian mereka.

Majlis Peguam buat hal lagi. (KLIK)

Berita mengejutkan laporan perundangan dari India mengesahkan pemecatan bekas-bekas hakim adalah tidak sah.

Majlis peguam Malaysia memainkan isu bekas-bekas hakim sekali lagi. Apa lagi nak ditimbulkan. kerajaan telah pun memberi x gratia. 

Saya tidak bersetuju langsung dengan pendedahan kotor ini oleh Majlis Peguam . Saya mencadangkan semua peguam-peguam yang tidak suka tinggal di Malaysia elok lah memohon kerakyatan India, kerana mereka tidak akan menhadapi sebarang masalah di benua tersebut.

Tribunal yang bertindak dalam kes hakim-hakim itu bukan sahaja di perkenankan oleh Agung malah Sultan Johor sendiri yang mengarahkan Tun Mahathir mengambil tindakan terhadap kesalahan ketua hakim. 

Jelas menunjukkan Majlis Peguam tidak menghormat undang-undang negara dan Rukun negara.

Berkuburnya parti PKR

Umno telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Johor. Tertubuhnya parti politik melayu ini ialah untuk menentang penubuhan Malayan Union.

Kini Umno berusia 62 tahun merupakan tulang belakang kepada Perikatan yang hari ini dikenali sebagai BN. 

BN telah di bentuk dalam tahun 1973  dengan pertambahan ahli baru ia itu Pas. Kemasukan Pas memberi tamparan hebat kepada Anwar Ibrahim ketika itu. Pada masa yang sama Anwar sudah mula menggerakkan ABIM sebagai landasan beliau untuk menentang BN.

Hari ini setelah dipecat dari Kerajaan dan Umno , beliau telah menubuhkan Parti Keadilan. Parti yang ditubuhkan tanpa asas dan sokongan kukuh oleh rakyat.  Ia jelas menunjukkan kemasukan Anwar kedalam Umno bukan atas sifat jati diri untuk membela agama, bangsa dan negara.

Difahamkan bahawa Datuk Ibrahim Ali dan Ku Li telah membawa masuk Anwar ke dalam Umno sebagai ayam tambatan untuk menyekat pengaruh Pas di Pulau Pinang dan negeri di utara semenanjung.

Pkr ternyata kuat dan gagah kerana bergantung kepada populariti Anwar sahaja dan bukan atas dasar perjuangan parti. 

Sebab itu ramai orang melayu dan rakan-rakan karibnya, telah keluar parti kerana dasar perjuangannya kosong dan tiada hala tuju yang jelas.  Andainya dalam setahun dua lagi Anwar meninggal dunia maka PKR akan berkubur terus.  Penyokong tegar beliau hanya seronok mendengar ceramah dan dongengan helah bela diri beliau sahaja. 

Agenda beliau bertanding di Ptg Pauh secara tergesa-gesa ialah untuk membolehkan beliau mengambil alih kerajaan dan seandainya berjaya, beliau akan menggunakan kuasanya untuk membatalkan semua tuduhan-tuduhan di mahkamah. Sekali lagi  beliau akan menggertak polis Bpr , dan institusi mahkamah.

Oleh itu percayalah bahawa Pkr tak akan terbang jauh. Saat kematiannya tetap tiba  tambahan pula tubuhnya yang kurus penuh dengan racun arsenik dan Hiv. ( dakwaan racun oleh Pkr semasa Anwar dalam  penjara).  Tiada lagi yang layak menjadi ketua mereka, tak juga Azizah, tak juga Azmin atau Khalid.

Kemungkinan juga Anwar akan meletakkan jawatan sebagai MP Ptg Pauh kerana tak tahan telinga duduk di dewan rakyat kerana di sindir dan dipulang paku buah keras oleh MP BN.

Dalam ceramah politik di Ptg Pauh semua balaci-balaci berhujah mengenai diri Anwar yang di fitnah oleh Umno. Mengampu dan mengagung-agungkan Anwar. tak ada satu pun agenda untuk membangunkan bangsa dan agama. Bila Anwar mati , habislah modal politik mereka.

MALAYAN UNION, MALAYSIAN MALAYSIA,EUROPEAN UNION DAN ASIA UNION

Malaysian Malaysia telah mula dicanangkan seawal 1960an oleh satu puak di Malaysia bertujuan untuk menentang Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada artikel  153 yang memberi keistimewaan kepada orang Melayu atau lebih mudah di sebut ketuanan melayu. Bangsa asing masuk dengan banyaknya ke Malaysia, Singapura, Sabah dan Sarawak  hendaklah diberi hak yang sama dalam segala urusan kenegaraan. 

Seandainya agenda Malaysian Malaysia ini berjaya maka orang pendatang yang dibawa masuk beramai-ramai oleh Kapitan-kapitan dengan mudah akan menguasai sosial, ekonomi dan politik. 

Kemasukan bukan melayu bermula sejak wujud kerajaan Melayu Melaka dan Belanda lagi, Proses kemasukan pendatang asing adalah melalui dua cara. Pertama kerana di bawa oleh British dan kedua oleh kapitan cina yang memohon izin kepada British untuk membawa masuk orang cina secara besar-besaran. Ini amat ketara berlaku di Singapore, Sarawak dan Sabah.  Semua tercatat dalam sejarah, di bandar Sibu Sarawak. Wong Nai Siong adalah tokoh cina yang telah berusaha untuk membawa masuk kaum-kaum Foochow secara besar-besaran ke Sarawak. 

Di Singapore juga berlaku agenda yang sama. sehinggakan ia membawa masalah sosial kepada kerajaan British di pulau itu.

Sebelum  wujudnya agenda Malaysian Malaysia telah wujud satu agenda British untuk menjadikan Tanah Malayu atau Malaya sebagai Malayan Union pada tahun 1946 atau selepas perang dunia II.  British akan menggabungkan Melaka, Pulau Pinang dengang negeri melayu bersekutu dan tidak bersekutu. Walaubagaimana pun ia akan mengecualikan Singapore dari Malayan Union. Selain itu ia juga akan menghapuskan peranan kesultanan melayu.

Di Eropah, Bristish dan lain-lain jirannya telah berusaha menubuhkan European Union, dan ia berjaya, sehingga kini sudah  27 negara-negara kecil eropah telah bergabung dalam EU dan banyak lagi akan meyusul kemudian.

Hari ini dengan  kemenangan Pakatan Rakyat di bawah Dap. Pkr dan Pas , memberi harapan baru kepada DAP terutamanya untuk terus merealisasikan impian Lee Kuan Yew untuk menjadikan  Malaysian Malaysia yang terbantut selepas republik itu disingkir kan dari Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman.  Ia adalah kerana Malaysia ketika itu mempunyai 2 perdana menteri. satu di Malaysia dan satu di Singapore.  Apabila Singapore tersingkir tertubuhlah DAP di Malaysia pada tahun 1966. Itulah agenda utama mereka Malaysian Malaysia.

Hari ini impian mereka sudah hampir pasti selepas berjaya bekerjasama dengan PKR dan PAS.

Pas ialah Parti Islam Ortodok yang tidak mempunyai pemikir yang hebat. Ideologi Pas hanyalah untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud, kedua ialah untuk menumbangkan Parti UMNO yang menjadi dendam kesumat sekumpulan ahli yang keluar UMNO awal 50an dahulu, sama seperti dendam Anwar yang disingkirkan dari Umno.

PKR pula hari ini terpengaruh dengan fahaman freemason dan bersetuju dengan New World Order untuk mewujudkan Asia Union  seperti mana impian Bush untuk mewujudkan American Union 2012. ARDA hari ini digerakkan untuk tujuan ini. Tian Chua adalah individu yang bertanggung jawab melaksakan tugas di Malaysia. Agenda lain PKR ialah sebagai wadah perjuangan bela diri dari segala tuduhan jenayah ke atas pemimpin mereka. Dengan meminjam idea Klu klax klan beliau berjaya membentuk kumpulan-kumpulan ekstrim di dalam negara.

Sempena dengan sambutan bulan kemerdekaan mari lah kita kaum melayu yang masih jauh ketinggalan dalam segala hal, membulatkan tekad dan perjuangan untuk  menghalang usaha-usaha asing untuk mencorakkan bentuk dan warna pemerintahan negara kita. 

Orang melayu hanya ada tanah ini sahaja, melayu tidak pernah bercita-cita untuk memohon kerakyatan negara lain. Tidak seperti bangsa lain yang mudah beralih angin dengan memohon kewargaan negara-negara lain seperti Usa. Canada, Australia, New Zealand dan Britain. 

PPSMI di sebut semula. Terima kasih atas komen tuanpuan.

2 ulasan:

joyah berkata...

Dasar ini perlu diteruskan. Anak melayu perlu berusaha dengan lebih untuk menguasai sains dan matematik!

ysnizam berkata...

bagi aku pengajarab sains dan matematik nie kener duer2 bahasa..

Bahasa Melayu dan English..

Kalau BM ajer pon tak sesuai..

Kalau English ajer lagi tak sesuai..

Kalau dalam english semua orang tahu aper faedahnyer..

Biar aku kat sini aku terangkan
KENAPA sains dan matematik perlu
diajar dalam bahasa Melayu jugak:

1. Memperkaya bahasa MELAYU
Perbendaharan kata bagi bahasa
Melayu akan bertambah sekiranya
ia digunakan dalam sains dan
matematik.
Sebagai contoh dalam istilah2
sains dan matematik:
a. Differential(ENG)->Pembezaan(BM)
b. sublimation(ENG)->Pemejalawapan(BM)
c. intergeral(ENG)->Pengamiran (BM)

dan banyak lagi contoh2 perkataan BM yg wujud hasil dari sains dan matematik ini. Kalau BM tak digunakan utk Sains dan matematik..
Aku raser BM payah nak berkembang dari sudut ilmiah.
Cuber kiter bayangkan.. kalau bukan BM ini diajar dalam BM, agak2 ader ker perkataan pengamiran dan pembezaan..??

2. Memartabatkan Bahasa Melayu
Apabila BM nie dah diguna pakai dalam sains dan matematik.. makin bertambahlah kegunaan BM selain dari pada kiter guner utk percakapan sehari-harian sahaja. Atau kiter hanya gunerkan dalam urasan2 rasmi kerajaan (dalam negara).

3. Memartabatkan bangsa Melayu
Apabila sains dan matematik ni di ajar dalam BM, barulah bukan Melayu boleh mempelajari lebih BM, selain dalam subjek BM, Sejarah dll. Impak sains dan matematik atau subjek2 yang seantero dengannyer ader lebih besar. Bayangkan hanyer beberaper kerat sahaja bukan melayu boleh bercakap bahaser melayu dgn baik.. yang lain lagi hampeh..
Kalau kiter kurangkan lagi sebab mengaper mereka perlu belajar BM, lagi la hampeh..


Aku tertarik ayat nie
"ini adalah kelemahan sendiri dan bukan kelemahan sistem."

dari ayat di atas.. kiter jugak boleh gunerkan utk mengambarkan mengaper orang2 melayu kurang penguasaan dalam english..
Kenaper nak salahkan sistem..
Kenaper nak harapkan sistem PPSMI nie sahajer baru nak pandai ENGLISH..
Aderkah kalau guner BM dalam sains dan matematik.. pelajar2 melayu tak boleh score A..
hmm.. i don't think so

Sedangkan banyak cara boleh digunerkan utk mempertingkan penguasaan ENGLISH kiter..
Why not used this typical malay proverb:

NAK SERIBU DAYA
TAK NAK SERIBU DALIH


Janganlah kiter membelakangi bahasa ibunda..SEBAB..

TIADA ORANG LAIN AKAN MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SELAIN KITE..

apa pun aku setuju akan kepentingan ENGLISH..
Literally no doubt about it..
percisely..
I know based on my own experinces..
i'd been there.. still now..
especially when u'r becoming foreigner in the foreign country..

Sorry my writing waz so long..
I just can't stop my fingers especially regarding this issue.. cheers..

ANWAR BERKEMPEN MENGIKUT CARA ISLAM

Khamis, 28 Ogos 2008

Anwar EL Sadat mati sebagai seorang yahudi.


Anwar Sadat adalah Presiden Mesir ke 3 selepas kematian Gamal Naseer. Anwar juga seorang hero dan disanjung oleh negara arab kerana keberanian menyerang Israel untuk merampas Sinai wilayah yang dikuasai secara haram dari Mesir.

Dua kali Mesir berperang dengan Israel. 1967 dan 1973. Peperangan ini membawa kesan sampai ke Malaysia. harga beras dan gula ( 15 sen menjadi 30 sen sekati) mula naik berikutan kenaikan harga minyak. Inflasi negara ketika itu mula naik. Rakyat merasakan tekanan hidup yang amat sangat dan pada masa yang sama juga Malaysia baru saja pulih dari kejadian hitam 13 Mei.

Krisis politik tanah air juga seperti sekarang, cuma pada masa itu belum ada PKR. yang ada ialah Anwar Ibrahim dan dia ketika itu tengah gila berdemontrasi di jalan-jalan di sekitar bandar Kuala Lumpur terutama dalam usaha menentang pengaruh Rusia dan juga kemiskinan dalam negara gara-gara kenaikan harga barang yang mendadak.

Anwar Sadat ketika itu juga di sanjung oleh dunia arab atau disebut Liga Arab. tetapi akhirnya peperangan Mesir-Israel tamat begitu sahaja tanpa mencapai kemenangan gara-gara campur tangan freemason di UN. akhirnya pada tahun 1977 Anwar Sadat di jemput ke Israel dan berakhirlah konflik antara dua negara dengan termetrinya perjanjian damai dalam tahun 1978.

Perjanjian damai yang dibuat di kem David ini menyebabkan dunia Arab begitu marah kepada Anwar, beliau di bunuh dalam satu perbarisan tentera pada tahun 1981. Radio arab melaporkan dengan keras bahawa kematian Anwar adalah kematian seorang yahudi, kerana dikebumikan pada hari rabu. ( foto atas ialah kubur Anwar Sadat dibina berbentuk piramid) kenapa?

Bagaimana pula dengan seorang lagi Anwar di Malaysia yang sedang gah namanya. Adakah dia akan mati sama seperti Sadat? mati sebagai yahudi kerana bersekongkol dengan masonic.

Sains dan Matematik(PPSMI) perlu diteruskan dalam bahasa Inggeris.

Laporan akhbar hari ini (klik) menyebut keputusan mesyuarat meja bulat berakhir dengan 50-50 . Ini bererti hasrat untuk meneruskan program tersebut masih belum muktamad, sebab ada yang pro dan ada yang kontra.

PPSMI elok diteruskan, kerana ia membawa banyak manfaat kepada murid dan guru. Murid-murid hari ini sudah mahir bercakap Bahasa Inggeris (BI). Guru juga di perhatikan sudah berani berkomunikasi dalam BI tanpa kekok dan tanpa sangkut-sangkut.

Hanya guru yang bermasaalah saja yang masih lagi terkial-kial untuk mengajar dan bercakap dalam BI. Kalau seorang ustazah boleh lulus MUET dengan baik kepada pula mereka yang mengajar PPSMI yang sudah 6 Tahun masih gagal menguasai BI, ini adalah kelemahan sendiri dan bukan kelemahan sistem.

Kejayaan PPSMI tidak boleh diukur dalam masa yang singkat. Kalau tidak silap tahun ini merupakan ujian UPSR pertama untuk murid-murid sekolah rendah menjawab dalam BI.

Tahun 2009 mereka akan melangkah ke sekolah menengah. dan 2013 mereka akan mengambil peperiksaan SPM dan selepas itu kepada yang berjaya akan meneruskan ke IPT dan di sinilah segala hasil usaha mereka selama 11 tahun akan nampak. Mereka akan lebih progresif dan mudah menguasai Sains dan Matematik di peringkat Universiti.

Andainya PPSMI di hentikan dan bila mereka memasuki IPT mereka terpaksa juga belajar 2 subjek tersebut dalam bahasa BI, terutama bila mereka berada di luar negara. Mereka tidak perlu untuk belajara bahasa dan nahu serta ejaan BI kerana mereka sudah membina asas yang kukuh selama 11 tahun.

Masalah guru kurang mahir mengajar PPSMI bukanlah alasan untuk memansuhkan program ini. Tun Mahathir telah berfikiran jauh dan dia juga mendapat pandangan dari cerdik pandai melayu yang bersekolah dalam Bahasa Melayu. Mereka menghadapai masalah apabila belajar di IPT dalam aliran atau bidang-bidang sains dan teknologi, Mereka rugi kerana gagal menguasai bidang tersebut disebabkan kegagalan menguasai BI.

Sebagai anak Malaysia yang inginkan Malaysia maju dalam bidang Sains dan Teknologi, PPSMI mestilah diteruskan. Kejayaan akan kita lihat apabila mereka berjaya mencipta senjata-senjata perang dan rekaan-rekaan sains untuk dimanfaatkan seluruh dunia.

Ia adalah kemenangan rakyat!

Dato' Seri Anwar Ibrahim
Wed | Aug 27, 08 | 11:10:53 am MYT

Allah memberikan kita kejayaan. Kemenangan ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini. Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat.

Iklan

Pada 8 Mac rakyat Malaysia memilih Harapan Baru. Hari ini di saat kita bakal menyambut hari kemerdekaan, rakyat menyahut seruan tersebut. Dengan ini kita merayakant hari kemerdekaan sepertimana pendiri-pendiri negara kita inginkan-sebuah negara dan rakyat yang bersatu.

Berhadapan dengan cabaran yang getir, kita memilih untuk menumpukan perhatian kepada isu yang berkaitan dengan negara ini.

Seruan kita agar negara ini bersatu, mulai mengamalkan urus tadbir yang baik dan memperkasakan ekonomi telah menguburkan kempen yang berbaur perkauman, cita-cita individu yang sering mendapat habuan hasil dari penyalahgunaan kuasa dan eksploitasi politik yang berasaskan ketakutan serta penipuan.

Kami telah menjanjikan satu lembaran baru untuk Malaysia dan kami pasti akan melaksanakan janji kami. Kami akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia untuk memulihkan keadaan eknomi kita, membasmi kemiskinan dan membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Kami akan memulihkan intergriti badan kehakiman, memerangi rasuah dan membina sebuah negara yang bersatu.

Dan kami akan menjadi sebuah kerajaan yang komited untuk merealisasikan aspirasi rakyat.

Dengan kejayaan 8 Mac dan juga kemenangan malam ini saya berani untuk menegaskan kita mampu bersama-sama menghadapi segala rintangan di masa hadapan.

Kami tidak akan menang tanpa dokongan kukuh dari rakan-rakan kami dalam Pakatan Rakyat dan juga sokongan ribuan rakyat Malaysia tidak kira samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, yang datang ke Permatang Pauh, bekerja keras, memerah keringat serta mengirim doa demi memastikan kemenangan ini. Saya sangat menghargai keberanian, tekad dan kesungguhan kamu semua; saya mengucapkan tahniah terhadap komitmen saudara semua terhadap prinsip bersama sebuah kemerdekaan, keadilan dan demokrasi.

Langkah kecil buat Permatang Pauh hari ini akan memastikan perubahan besar buat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM - mr_

Rabu, 27 Ogos 2008

Dalam Tv Gabra, Kat luar keluar tanduk

Menteri Besar Perak - Sokong Pesalah (Perak bangkit)

Mengapa Umno kalah.


Malam tadi dan sehingga ke hari ini, ramai rakan-rakan yang menghantar sms dan membuat panggilan ingin tahu pendapat aku tentang keputusan pilihanraya pp44.

Sebelum ini aku optimis BN akan menang dengan majority kecil seperti mana Pkr menang pada tahun 2004 lalu. Ternyata ramalan meleset sekali dan kemenangan masih berpihak kepada Pkr.

Ternyata semua indikator PRU 2004 tidak boleh di gunakan sebagai penanda aras untuk semua pilihan raya umum akan datang atau jika berlaku pilihanraya kecil jika ada dalam tempoh terdekat ini.

Faktor semasa memainkan peranan penting. Isu sumpah Saiful dan penahanan 2 exco di Perak bukan membantu proses kempen BN sebaliknya ia memakan diri. Kita tidak boleh menyalahkan pihak Saiful atau Bpr. Mereka melakukan tugas mereka dan yang jelas pihak Pkr telah menggunakan isu tersebut untuk memantul balik kesalahan kepada BN. Kerajaan BN di persalahkan kononnya merancang dan mengadakan konspirasi.

Natijah nya ialah 'melayu mudah percaya' dan 'melayu mudah lupa' . P. Ramle telah memaparkan kisah hidup orang melayu dalam pelbagai watak supaya kita fikir-fikirkan, tetapi semua mesej yang Tan Sri P. Ramlee paparkan semuanya tidak dijadikan pengajaran dalam hidup kita hari ini.

ISU BAJU SEKOLAH





Isu pakaian sekolah telah diperkatakan beberapa bulan yang lalu. Ini timbul setelah di lihat pakaian sekolah sudah menjadi carca merba. Dalam sebuah sekolah pun ada beberapa jenis warna. Pelajar Tingkatan 6 mahukan warna sendiri, begitu juga dengan pengawas sekolah, pengawas perpustakaan , PRS dan sebagainya ingin membezakan kumpulan masing-masing.

Kalau kita ke sekolah lain maka senarionya berlainan pulak, masing-masing dengan indentiti sendiri.

Kasut juga menjadi isu pada awal tahun. Dahulu semua pelajar di wajibkan menggunakan kasut kanvas berwarna putih. Hari ini banyak sekolah telah bertukar kepada kasut kanvas berwarna hitam . Dahulu baju dan seluar pelajar lelaki, semuanya serba putih.

Pelajar perempuan juga adalah seperti gambar di atas. Pun begitu ada juga masalah yang timbul, baju kurung pelajar perempuan dikatakan amat sexy dan jarang, tidak seperti blause di sebelah kanan yang mepunyai dua lapisan bahagian dada.

Pelajar bandar gemar memakai baju kurung dan tanpa kain tudung maka ia boleh mengundang kecelakaan kepada pelajar tersebut.

Isu yang nak di utarakan di sini bukan lah dari segi fesyen tetapi adalah dari segi warna. Setelah mengetahui warna pakaian itu sama dengan warna rasmi freemason maka timbul satu soalan. Siapakah yang mencadangkan pengunaan warna tersebut pada peringkat awal dahulu.

Kembali kepada kisah ritual pasukan ragbi sebuah sekolah tersohor di bandar ini, setiap kali sebelum memulakan permaian mereka hendaklah membuat 'cakar rimau; dengan tangan kanan ke dada kiri. Ritual ini juga merupakan salah satu isyarat tangan kumpulan ini.

Minta sama-sama lah kita menilai semula semua bentuk ritual yang menjadi kelaziman kita selama ini.

Anda dahaga? mari minum coca cola...



Perisian pertahanan negara mesti menggunakan perisian sendiri


Peperangan era baru tidak lagi menggunakan sistem konventional. Semuanya menggunakan sistem teknologi komputer, radar, satelite, gps dan berbagai lagi yang akan muncul dalam dekad ini. Penghasilan dan perlumbaan senjata moden begitu drastik seiring dengan pembangunan IT.

Pembangunan IT negara hari ini banyak bergantung kepada teknologi dan produk yang datang dari barat.

Seandainya kita ingin menggunakan teknologi mereka dalam soal mempertahankan negara dari pencerobohan pihak musuh, saya yakin semua sistem yang kita ada akan gagal berfungsi.

Kenapa jadi begitu. ? Jawapan nya mudah sahaja. kerana sistem semua nya dibangunkan oleh mereka dan sudah tentu mereka memasukkan kod-kod rahsia kedalam sistem komputer kita. Dan kod ini boleh bertindak bila-bila masa di perlukan oleh musuh. Dengan mudah mereka akan mengharu biru sistem yang ada di semua pangkalan data kita. Mungkin peluru penangkis yang kita ada akan gagal berfungsi dan sasaran peluru boleh diubah oleh pihak lawan dan kembali memusnahkan pertahan kita.

Hari ini apa saja yang kita gunakan adalah tidak selamat tambahan dalam dunia IT. Semua orang sedia maklum dalam hal ini.

Ayuh dan bangun lah anak-anak remaja yang celik It. dan jadi lah pejuang cyber di dalam dunia sebenar. belajarlah walaupun sampai ke Monggolia untuk menuntut ilmu. Satu jihad yang besar faedah kepada negara.

Elakkan dari menjadi politiking murahan di jalan raya.

47 termasuk 28 kakitangan Puspakom ditahan BPR

KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan 47 orang, masing-masing 19 orang tengah dan 28 kakitangan Puspakom di seluruh negara sejak semalam kerana disyaki membuat peperiksaan dan meluluskan kenderaan bermasalah tanpa mengikut prosedur atau melihat sendiri kenderaan terbabit.

Pengarah Siasatan Ibu Pejabat BPR, Datuk Shukri Abdull, berkata mereka ditahan sejak semalam hingga petang ini dalam operasi bersama BPR dan Puspakom yang dikenali Ops Compact.

ULASAN: Andainya 28 tu dari kerajaan pakatan apa komen mereka? kronisme? konspirasi? fitnah? Mereka melaung-laungkan kerajaan adil, bersih dan telus. Bermakna BPR bebas melakukan menyiasatan seandainya mereka menerima aduan.


Diane Clements, Director of the Library & Museum of Freemasonry, London

Freemasonry is alive and well in the 21st century as people seek sanctuary from the tribulations of everyday life. Steeped in history and surrounded by myth, the highly secretive society dates back to the Knights Templar, claims 5 million members worldwide. A lot of people are finding in the 21st century that organised religion is not answering their needs and for some people Freemasonry is the answer. This is basically an 18th century organisation operating in the 21st century but membership is healthy and stable. Modern Freemasonry with its plethora of arcane symbols and secret rituals dates its origins back to 1717.

John Coles<john.coles@thermo.com>

Hi Kayes Freemasonry would be the answer in solving all the world's problems. Lionel apparently passed away about 15 years ago. His family lived in Butterworth. I have got some early '70s 'photos of Penang somewhere. I will try and fish them out. I used to like all the different celebrations there especially Thaipusam. Sarah West was her maiden name. She is probably married by now. She used to have blonde hair. I also see that you collect watches. I do too. I also collect Japanese WW11 militaria. I don't ever remember seeing much of it when I lived in the Far East. John

Nabo Ishie<snabolshie@yahoo.com>

Hi Kayes, I find that it is very hard to find people in Malaysia that have same interest and passion especially in esotericism as I do. People might mistaken us as atheist but in fact, what we are not atheists but those humble ones who wanted to explore deep in the knowledge and intricate workings of the Nature Currently i reading something about Opus Dei, P2 Lodge in Italy and its connection with Italian right-wing parties (Avanguardia Nazionale) the scandal involving Vatican during the 80s when the God's banker, Roberto Calvi was found dead. Regards Max

Stuart Thorpe>

That's really interesting. I haven't heard of W.Bro Bevan My Masoniccareer is shorter than yours! I joined Forest of Arden Lodge No 3826 in 1993, and was Installed in 2000. in April 2003 I joined St Paul's Lodge No 43, and was Installed in January this year. On Monday we elect our WM for next year, and all the indications are that it will be me! I'm also in Royal Arch and Mark. I design websites for several Lodges, and run a Masonic website hosting company.

kayes<kayes@pc.jaring.my>

Did you see the movie "National Treasure" starring Nicholas Cage? A highly successful motion picture and yet another one that uses Freemasonry as the selling theme. Well, everyone loves secret signs and buried treasures! However, Freemasonry is again wrongly portrayed in the film even though some aspects of Masonry were correctly stated. The mistaken beliefs perpetuated are that Freemasons are heirs to the Knights Templars and emblems that are alleged to be Masonic symbols are hidden in US currency notes. It also shows that the Square & Compasses are drawn at the back of the Declaration of Independence. The film was thoroughly fiction but nevertheless, I enjoyed it as an adventure movie.

eXTReMe Tracker

Terjumpa dalam net

Transkrip Ucapan Penting Mahathir kepada Sekretariat Freemason di dalam UMNO

(Ini adalah transkrip ucapan Mahathir kepada beberapa orang ahli Freemason di dalam UMNO termasuk beberapa orang ahli Majlis Tertinggi iaitu Daim Zainudin, Sabarudin Chik, Sanusi Junid, Ibrahim Ali,
Mohamad Rahmat dan Rafidah Aziz. Turut hadir ialah Rahim Tambi Chik dan Ghaffar Baba. Tempat pertemuan ialah di Sri Perdana pada hari Khamis, 5 November. Transkrip ini bocor menerusi saluran di Pejabat
UMNO)

MAHATHIR:
"Saya nak memaklumkan kepada tuan-tuan yang hadir pada malam ini beberapa perkembangan yang berlaku di negara ini dan langkah-langkah yang perlu kita ambil untuk mengatasinya. Pertama tentang sokongan terhadap Anwar oleh orang-orang UMNO. Daripada maklumat yang saya terima, banyak orangUMNO di peringkat cawangan semakin menunjukkan tanda-tanda memihak kepada Anwar. Banyak kali saya dimaklumkan yang ketua-ketua cawangan yang menjadi ahli Pas. Mereka berkempen memburuk-burukan pemimpin-pemimpin UMNO. Setiap hari saya menerima laporan daripada UMNO Bahagian tentang isu ini. Dalam hal ini saya ingin meminta kerjasama tuan-tuan supaya membendung perkara ini daripada terus berlaku. Kita kena faham dalam isu ini, ahli-ahli UMNO sebenarnya marah dengan pimpinan UMNO yang kononnya menurut pendapat mereka, pimpinan parti telah menganiaya Anwar. Sebab itu mereka marah.

Saya tak nafikan mereka ini penyokong Anwar sejak dulu lagi. Mereka keluar UMNO sebab mereka nak tunjuk protes. Dengan berbuat demikian mereka harap mereka dapat menyampaikan sesuatu signal kepada pucuk
pimpinan parti. Kita kena faham mereka ini tak boleh bersuara cara lain.

Mereka kebanyakan bukan perwakilan ke perhimpunan agung UMNO. Jadi itulah sebabnya mereka lepaskan perasaan marah mereka dengan menganggotai PAS. Saya fikir hal ini mudah kita atasi. Kita sejukkan hati mereka. Kita buatlah apa-apa muslihat supaya mereka ini dapat lepaskan geram dan marah mereka kepada UMNO dalam UMNO. Sebelum ni kita larang mereka dengan alasan menentang parti. Sebab itu saya meminta supaya Ketua-Ketua UMNO peringkat bahagian kena ambil tanggungjawab ini. Dengar mereka marah, sabarlah dengar dengan protes mereka. Kalu mereka boleh bersuara nanti lembutlah sikit. Kemudiankita tabuk janji pada mereka nak sampaikan kepada pucuk pimpinan parti bila ada kesempatan. Saya ingat mereka cepat sejuk cara macam ni.

Jangan kita takut-takutkan mereka dengan ancaman atau tindakan disiplin parti sebab lawan Presiden. Sebab itu saya tak setuju dengan keputusan Jawatan Kuasa Disipln UMNO yang diketuai oleh Datuk Najib dan Datuk Abdullah dalam isu tindakan yang dikenakan kepada ahli-ahli UMNO yang diberi surat tunjuk sebab kerana ini akan menjadikan UMNO parti yang tak disayangi oleh ahli-ahli. Nanti mereka sabotaj UMNO.

Saya mahu keputusan itu ditangguhkan supaya mereka itu ada reserve terhadap UMNO. Kalau kita pecat mereka, mereka akan masuk parti lawan. Nanti pengikut-pengikut mereka pun akan turut masuk parti lawan.
Susahlah kita nak hadapi pilihanraya. Isu kedua tentang bagaimana kita nak hadapi orang UMNO yang terus memberi sokongan kepada Anwar. Saya fikir soal ini masih belum dapat kita cari penyelesaian yang
sebaik-baiknya. Dulu kita arahkan jentera parti supaya berkempen hentam Anwar. Kita kata macam-macam tentang keburukan Anwar. Ada banyak yang kita tambah pun. Nampaknya dari laporan yang saya terima
strategi tu tak begitu berkesan. Mungkin kerana bila kita hentam orang jadi simpati pada Anwar. Orang Melayu ni mudah simpati, itu kita mesti ingat. Dulu kita tak teliti soal ini sebab tiba-tiba saja Anwar tak nak letak jawatan. Sebab tu saya akuilah bahawa saya bertindak pada masa tu lebih banyak ikut emosi. Geram tenguk kepala batu tu. Jenis tak takut bila kita gertak. Saya nak supaya round kedua ni kita lebih diplomatik sikit. Kita kata Anwar memang pemimpin yang banyak berjasa.

Dia buat Bank Islam, Universiti Islam, Insuran Islam dan banyak projek Islam lain. Itu kita kena akuilah. Tapi Anwar ni guna Islam untuk dapat pengaruh politik. Yang sebenarnya dalam diri dia masih banyak yang tak betul. Maksiat, zina, liwat ni jadi perkara biasa yang selama ini berjaya disembunyikan. Tapi jangan ceritalah macam mana dia sodomise Munawar, Sukma dan lain-lain tu. Orang susah nak caya. Sebab nanti orang tanya balik, kita tenguk ke? Guna diplomasi sikit.

Tun Ghaffar dan Rahim kena buat strategi lain. Yang kita bincang dulu nampak gaya tak boleh pakai la ni. Perkara ketiga soal maklumat. Saya dah terima laporan Jawatankuasa Politik MTEN tentang pengaruh Internet menyibarkan berita anti-kerajaan. Ramai sungguh yang dah kemaruk Internet la ni. Dua minggu lalu, net surfers yang melawat Home page penyokong Anwar nak sampai 10 juta. Saya terkejut dengar laporan tu. Tapi melihat kepada media massa kita, saya fikir para penyokong Anwar akan terus melawat home page itu. Sebab tu saya dah arahkan semua ketua pengarang akhbar supaya beri ruang sikit kepada berita sebenak tentang Anwar. Sebelum ni kita arahkan supaya twist the story. Kalau laporan mahkamah tu biak pi lah bubuhberita yang agak pro Anwar. I don't mind sebab orang Melayu tak minat baca prosiding mahkamah yang teknikal. Yang sensasi saja yang depa suka. Kalau tidak nanti orang tak baca surat khabar untuk tau cerita mahkamah. Depa baca Internet pula. Lagi sakit kita bila Internet lebih mereka percaya. Pengrang-pengarah akhbar juga komplain tentang circulation yang makin menurun. Saya kata, sabarlah kita tengah berjuang. Kalau apa-apa yang buruk berlaku seperti kerugian besar sebab tak boleh cover cost, jangan sampai buang pekerja. Nanti rakyat lebih marah kepada kerajaan. Tak apalah nanti kita cari jalan macam mana nak bantu surat khabar.

Untuk makluman tuan-tuan, jualan Utusan merosot ada ketikanya sampai 40%. Jualan Berita Harian dan NST merosot 25%. Ini tak pernah berlaku sebelum ni. Dalam kegawatan ekonomi sekarang, teruk lagilah kewangan syarikat ini. Star agak naik sikit sebab dia lebih berani.Sebab tu ZAM dan Kadir komplain bagaimana kita tak ambil tindakan terhadap Star yang guna advantage nampak kadang-kadang tak begitu pro-kerajaan. Saya harap dalam soal ni, Tun Daim dan Tuk Mat main peranan lebih sikit. Bantu suratkhabar yang ada masalah kewangan. Kata pada semua editors, kurang circulation tak apalah. Nanti kita tanggung sikit. Tapi masej mesti terus macam yang diarahkan dulu.

Keempat, dan barangkali perkara terakhir sebelum tuan-tuan mengemukakan apa-apa pandangan, ialah tentang prosiding di mahkamah. Siang tadi, court telah buat keputusan supaya surat Said Awang kepada saya dikemukakan ke mahkamah. Saya dah bincang dengan IGP dan AG supaya surat itu direlease. Kalau tidak nanti orang kata kerajaan macam-macam. Susah kita nak jawab. Surat itu penting sebab cerita tentang konspirasi nak jatuhkan Anwar. Tak apa nanti saya cover. Tun Daim tak perlu takutlah. Your name will not be tarnished. I know what to do. Dalam surat khabar Internet, AFP dah buat report tentang surat tu. I am sure others will follow. Sekarang ni pun kita kena lebih bijak bila menjawab laporan akhbar terutama sekali kalau ditemuramah oleh media asing. Mereka tu tak terikat denganmana-mana dasar kita. Soalan dia pun banyak yang critical tak macam local journalists (ketawa) too straight forward and coward. Kena faham baik-baik apa yang mereka nak kita buat kesalahan. Media asing memang akan hentam UMNO, mereka nak lanyak kerajaan. Itu agenda mereka. Jadi kita kena faham betul-betul. Jangan kita masuk perangkap mereka. Nanti kalu susah kita. Sebab dunia tengah perhati kita. Apa yang terjadi dalam court dalam kes Anwar ni penting untuk masa depan pelaburan asing di sini.

Saya juga agak terkejut bila Alvin Toffler hentam saya dalam Los Angeles Times. Saya dapat laporan tulisan dia tu jugak disiar di banyak negara Arab. Duta kita ke Saudi beri laporan tulisan itu terbit dalam Saudi Gazette pada 3 November. Ini susah sikit sebab Toffler ni penasihat MSC. Kalau penasihat dah kata jangan melabur di Malaysia, apa nak jadi. Saya ingat saya nak protes, nak tulis dalam akhbar yang sama jawab Toffler. Tapi Tun Daim kata jangan sebab nanti orang lebih concern tentang apa yang sedang berlaku di Malaysia. Kalau ada yang mereka tak setuju, tentang prosiding mahkamah, polis atau ISA, nanti mereka pull out. Susah kita nanti. Sebab itu saya nak beberapa orang menteri kanan pergi sendiri ke Amerika, Britain, Jepun, Australia, Perancis untuk jelaskan isu Anwar. Kata pada mereka, kita mesti tunggu posiding mahkamah selesai sebelum buat keputusan. Kalu mereka masih tidak mahu melabur di Malaysia, kita kena berijaminan yang lebih kebebasan maklumat dalam Internet sebagaimana yang termaktub dalam cyberlaws jika mereka anggotai MSC. Sebab itu dalam kes Anwar ni kita tak boleh monitor Internet. Sebenarnya kita monitor juga untuk tahu apa yang tersebar. Kita dah luluskan peruntukan RM20 juta untuk cover tentang isu Anwar menerusi Internet. Tapi kita tak boleh switch off terus. Kalau kita buat macam tu, mampuh MSC. Saya nak jelaskan di sini bahawa kita komited dengan MSC. Kita dah belanja berbilion untuk MSC.

Jabatan Perdana Menteri pun dah kita rancang beroperasi dalam kawasan MSC. Kalau tak silap saya, perancangan hingga tahun 2005 melibatkan RM35 bilion untuk pembangunan MSC. Banyak dah kita belanja. Sebab itu MSC kena berjaya dan saya tak mahu isu Anwar ini, well I have to admit that I have done some fundamental mistakes, menyebabkan MSC tergendala. I hope the message is clear. Saya bukalah majlis ini kepada tuan-tuan kalu ada yang nak dibincangkan."


31/08/08 hari Merdeka yang sepi (klik)


Tahun lalu kita menyambut 50 tahun kemerdekaan dengan penuh gilang gemilang. Seawal minggu pertama bulan Ogos kenderaan-kenderaan semua jenis ligat memasang bendera. Lori lebih meriah kerana dapat memasang bendera saiz besar, Bangunan persendirian dan rumah-rumah meriah dengan bendera , tetapi itu tahun 2007. Tahun ini kemeriahan agak kurang sedikit.

Adakah semua ini gara-gara senario politik yang tidak menentu di negara kita, Tun Mahathir telah membayangkan akan meninggalkan tanah air jika suasana politik tanah air terus berkecamuk. Mungkin ramai lagi akan mengikut jejak Tun Mahathir , siapa tahu.

Yang tinggal ialah rakyat miskin di kampung-kampung dan juga di kota yang tak mampu untuk berhijrah ke negara lain. Timbul lagi persoalan, ke mana nak pergi, kalau semua tempat dipenuhi bendera berwarna biru degree.

Andainya kita pergi jauh meninggalkan tempat tumpah darah kita, ini bererti kita memberi ruang kepada orang lain akan mengambil tempat kita. Mereka tersenyum riang melihat kekalahan kita.

Adakah kita akan berjuang dan mempertahankan negeri kita seperti bait lagu patriotik "BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA"

Berbalik kepada keputusan pilihan raya kecil Ptg Pauh, Dato Seri Najib seperti biasa berkata " Amalan demokrasi masih segar di negara ini" Walaupun segar macam mana kita kita tak sanggup seandainya 20 kali kerusi Adun atau Mp jatuh ke tangan musuh dan kita masih lagi mengulang ayat yang sama.

Persoalan yang hampir terjawab ialah baju Anwar yang dipakainya semalam semasa membuang undi, cantik menarik berwarna biru degree, sama seperti baju isteri Obama dan tie Jeseph Biden.

Ekstrimisme Ku Klax klan




Kumpulan ini adalah merupakan satu kumpulan ektrimesme yang awal di dunia anjuran masonic yang menentang dasar kerajaan USA untuk memberi pengikhtirafan kepada kaum kulit hitam sebagai rakyat Amerika yang bebas dari istilah hamba abdi.