Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2010

SELEPAS FELDA MAZLAN ALIMAN 'CELAKA' MENYERANG FELCRA PULA

Himpunan Felcra tetap diteruskan Nazri Abdullah PASIR SALAK, 31 Julai: Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan di Felcra Bandar Seberang Perak tetap diadakan biarpun beberapa berita pembatalan program mula disebarkan pihak-pihak tertentu.

Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, berita pembatalan yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas SMS hari ini adalah tidak benar sama sekali.

"Program tetap diteruskan dan kita tak pernah membatalkannya.

"SMS yang tersebar itu adalah tidak benar dan cubaan pihak tertentu menghalang rakyat dari hadir ke program kita," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Menurutnya, selain SMS, berita pembatalan juga disiarkan melalui stesen radio RTM negeri hari ini.

Pihak polis juga jelasnya telah mengeluarkan arahan supaya rakyat tidak menghadiri himpunan tersebut kerana didakwa tiada permit.

Mazlan bagaimanapun bertegas program tersebut tidak menyalahi undang-unda…

HARAKAH

Harakah Daily  About Harakah Daily (harakahdaily.net): Halaman online surat khabar Harakah dalam Bahasa Melayu
There are 14,464 sites with a better three-month global Alexa traffic rank than Harakahdaily.net. Compared with internet averages, its users tend to be between the ages of 35 and 55, and they tend to be men earning less than $30,000 who have more children and browse from home and school. Approximately 19% of visits to it are bounces (one pageview only). The site is relatively popular among users in the city of Kota Bharu (where it is ranked #25). Harakahdaily.net is based in Malaysia.

Bruno Manser dan PKR dalang kepada protes Anti Taib di Oxford

The Oxford University’s Saïd Business School has come under fire over an invitation extended to Taib Mahmud, the controversial Chief Minister of the Malaysian state of Sarawak. Taib Mahmud will present an opening address at the “Oxford Global Islamic Branding and Marketing Forum” to be held on 26-27 July 2010. British civil society groups have announced a protest rally for tomorrow morning, 26 July 2010, in front of the Saïd Business School.

According to a joint NGO statement, which will be released tomorrow, Taib is “one of Asia’s greatest kleptocrats” who has “systematically plundered the rich Borneo jungles for timber”. “Most of the state of Sarawak has been illegally absorbed into the possession of his cronies and family members through ‘privatisations’ and the handing out of palm oil and timber concessions, via arbitrary state acquisitions of native lands.” This has resulted in “environmental destruction, serious human rights violations and poverty.”

Since Taib h…

PAS AKAN MENYERTAI PERARAKAN KURAFAT LAGI?

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai perhimpunan ‘candle light vigil aman’ yang dirancang dianjurkan jam 8 malam esok 1Ogos 2010.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis tidak menerima sebarang permohonan bagi mengadakan perhimpunan dan perarakan daripada penganjur.

“Difahamkan penganjur program itu berhasrat mengadakan perhimpunan di beberapa lokasi yang dipilih termasuk Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Sarawak.

“Perbuatan (mengadakan perhimpunan) seumpama ini jelas bercanggah dengan undang-undang negara jika diteruskan juga,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman di sini, semalam.

Ia juga bercanggah dengan ajaran agama Islam kerana perbuatan tersebut adalah amalan agama  Kristian. Tahun 2008 dan 2009 program Vigil ini mendapat sokongan Pas dan Harakah juga menyiarkan program dan menyeru semua ahli dan penyokong Pas menyertai amalan kurafat tersebut

Perhatikan betul-betul propaganda Pas dan Pkr

ISU 1 HARI PAHLAWAN
Boleh pulak kerajaan Selangor mengadakan majlis di tugu peringatan negeri, tak ada yang membantah ker haram tu...Siapa dengan tafakur selama seminit.....Hoiii PAS...kenapa tak membantah?

ISU 2 DARUL ULUM HULU LANGAT
Bagi bantuan RM 100 ribu sahaja? Lihat Menteri Besar Perak, Madrasah idrisiah Bukit Chandan Kuala Kangsar dapat RM 250 ribu...bantuan perkapita...tu belum termasuk tanah untuk projek perladangan kepada sekolah agama rakyat.

ISU 3 GURU BERPOLITIK
Pas takut jika ramai guru menyertai Umno, Selama ini Pas telah berjaya mempengaruhi minda guru DG 41-48 supaya menetang kerajaan. 

Ramai guru-guru Pas yang membawa Harakah dan bercakap politik di sekolah, menjadi perayu undi bila ada PRU dan PRK.  Paling buruk lagi ada guru Pas menggunakan masa terluang untuk berkempen politik kepada guru lain, menghina guru-guru yang tidak menyokong mereka.

Kenapa Pas membenarkan guru-guru pro  mereka berpolitik dalam sekolah? Nah! Bila kerajaan mengizinkan guru untuk bergiat…

MASYARAKAT MALAYSIA HIDUP SENANG WALAUPUN TUKANG SAPU DAN TUKANG KEBUN

Kemalangan maut, besi penghadang jalan menembusi kereta mangsa di Kilometer 81, Jalan Lipis-Merapoh, 4.20 petang kelmarin.
 Halimah Hamat, 57, dari Gua Musang, bekerja sebagai tukang sapu di SK. Tengku Muhamad Fakhri Petra, Kelantan maut di tempat kejadian akibat cedera di kepala.

Suami mangsa, Yusuf Che Hamid, 60, tukang kebun di sekolah yang sama mengalami cedera ringan dan dirawat di Hospital Kuala Lipis.


Kereta Proton Pesona dipandu Yusuf dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar besi penghadang jalan mengakibatkan besi itu menembusi kereta mangsa.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. yang ingin disebut di sini lah keupayaan En Yusuf  dan arwah isteri yang mampu memiliki kereta Persona yang harganya sekitar RM 46 ribu hingga RM 57 ribu.

Jika kereta tersebut dihadiahkan oleh anak mereka, ia satu perkara yang murni. Jika mereka sendiri yang membelinya, ia menunjukkan rakyat kita dapat hidup senang walaupun bekerja sebagai tukang sapu dan…
PUTRAJAYA, 27 Julai – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar mengibaratkan kerajaan negeri Selangor seperti “ayam bertelur sebiji riuh sekampung” dalam mempromosikan keberkesanan pentadbirannya.

Beliau berkata, kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR berbelanja lebih untuk promosi dan publisiti sehingga rakyat mudah terpengaruh.

“Kelemahan kita (Barisan Nasional) pula kurang buat promosi,” kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu kepada pemberita selepas melancarkan Program Anak Angkat Lepasan Siswazah Tani Universiti Pertanian Malaysia di sini hari ini.
Dilaporkan peruntukan RM15 juta tersebut dikatakan bersamaan dengan RM3 untuk setiap 5.2 juta penduduk Selangor di mana dana itu akan digunakan untuk menyebarkan maklumat melalui portal TVSelangor09, Selangor Kini dan juga akhbarnya.

“Mengapa guna duit rakyat untuk tipu rakyat? Tetapi saya tidak hairan kalau peruntukkan itu RM50 juta atau RM100 juta seka…

LING LEONG SICK DI DAKWA - MEMBUKTIKAN KETELUSAN KERAJAAN

Pendakwaan dan tuduhan menipu terhadap Ling Leong Sick (67 )yang terlibat dalam skandal PKFZ yang bernilai RM 4.6 billion telah membuktikan ketelusan kerajaan BN.

Ia boleh disamakan dengan pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1989 lalu kerana terlibat dengan penyalah gunaan kuasa. Cuma bezanya Anwar melompat gila sebaik sahaja di pecat, ia berbeza dengan Ling yang lebih cool apabila diarahkan melepaskan jawatan Presiden MCA berikutan perebutan kuasa dengan Lim Ah Lek.

Ling dituduh di bawah seksyen 417 dan 418 di bawah Penal Code for cheating.  Jika disabitkan kesalahan Ling  akan dipenjarakan.

Skandal ini merupakan isu besar selepas Perwaja . Penipuan licik ini melibatkan pepimpin parti MCA dan pembangkang cuba mengaitkan dengan Umno. Mahfuz dengan lantang menyatakan Umno terlibat tetapi ia hanya lah tuduhan liar tanpa bukti.

Kita tidak perlu rasis dalam isu ini. Orang Melayu tak reti yang berbelit-belit menipu sebanyak itu kecuali lah Anwar Ibrahim dan Mahfuz Omar yang bijak berkata-…

LAGI MENGENAI JHO LOW DAN TIADA KENA MENGENA DENGAN 1MDB YANG DIKAITKAN OLEH PEMBANGKANG

Pictures of parties together with socialite Paris Hilton had brought Low quickly into the limelight. — Reuters pic KUALA LUMPUR, July 29 — The young Malaysian who has been making headlines around the globe for his partying ways has revealed he started managing millions at the age of 20 and now handles a US$1 billion (RM3.2 billion) fund.

Low Taek Jho told The Star in an exclusive interview published today that he took a semester off from the Wharton School of Business at the University of Pennsylvania in 2002 to start an investment fund called The Wynton Group with US$25 million from his family and nine other investors made up of schoolmates from the Middle East.

“We started out with mainly portfolio investments around the world. Subsequently, we decided to move from just buying and selling public shares to private equity.

“As of today, Wynton’s investments stands at in excess of US$1 billion. When I started the company when I was still in university, I had a SOHO, home-off…

Menjejaki Lingkaran Anwar & Zionis - Naungan The Albright Group

Sekembalinya dari Jacksonville, Florid, 27 Februari 2005, Anwar Ibrahim  bermesyuarat denganMadeline Albright  di Washington DC . Selepas melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat semasa zaman Presiden Bill Clinton, Albright membuka syarikatnya sendiri pada tahun 2001, The Albright Group LLC di 1101 New York Avenue, NW, Suite 900, Washington, DC 20005. Klik di sini
Berkaitan dengan Albright, Azmin Ali melaporkan "Semasa menjadi Setiausaha Negara, Madeline Albright paling tegas mengecam sistem perundangan Malaysia yang tidak adil dan menganggap Anwar sebagai tahanan politik. Kini selaku Pengerusi National Democratic Institute( NDI ), Albright bersedia memberikan kerjasama (kepada Anwar) bagi menjayakan rencana dialog Islam dan Amerika Syarikat". Klik di sini

Tulisan Azmin tentang perjumpaan Anwar-Albright membuka satu ruang sejarah hubungan yang telah dibina, sekurang-kurang sejak 1998. Keduanya, Albright berkepentingan kepada karier politik Anwar kerana…

Fasal 153, Hak Keistimewaan Melayu Jangan Dipolitikan (Bahagian 2)

KUALA LUMPUR 30 Julai -- Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun membidas pihak pembangkang khususnya DAP yang seringkali menimbulkan hal-hal berkaitan hak keistimewaan orang Melayu.

Katanya, seharusnya perkara tersebut tidak berlaku kerana ia termaktub dalam Artikel 153, Perlembagaan Persekutuan.

"Saya melihat situasi ini seolah-olah mencabar apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana kalau kita kaji sejarah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan juga Perlembagaan Persekutuan 1957, Artikel 153 adalah salah satu artikel berbentuk 'entrenched'," katanya kepada umno-online.com.

Jelasnya lagi, Artikel 153 tersebut adalah tunjang kepada Perlembagaan Persekutuan iatu hak orang Melayu sama ada berkenaan dengan permit dan juga perkhidmatan; termasuk di dalamnya biasiswa dan sebagainya, adalah hak yang telah dilindungi termaktub.

"Oleh itu ia tidak boleh dicabar atau dibincangkan sekalipun, malah tidak boleh dicela atau dicaci o…

SIAPAKAH TAIKO INI?

Paris HIlton Has a Sugar Daddy
Posted by AJ Grey on 07.29.2010


Paris' new beau is loaded...


All those pictures of Paris Hilton yachting on the Mediterranean seems to have come with a new boyfriend. That boyfriend also happens to be filthy rich. Taek Jho Low is his name, and he's a Malaysian businessman who's been paying Paris' way. That includes nearly $5 million in champagne for Paris and her friends, which resulted in the champagne shower shots not too long ago.
Apparently the Malaysian tycoon's big spending started when Paris's ex Doug Reindhart happened to be in the same club as them and tried to show off by buying huge bottles of champagne, which Jho Low quickly topped.

Hey, long as he's getting something out of it, right? In the meantime, enjoy a picture of Paris and her new guy, as well as more shots of her boating.





























Post Comment (28)  |  Email AJ Grey  |  View …

SIREH PULANG KE GAGANG

Mulai 1 Ogos 2010, Semua guru Gred DG 41 sehingga Gred DG 48 dibenar melibatkan diri dalam arena politik merupakan satu penghargaan kerajaan kepada kaum guru.

Ia mengulang ‘sejarah zaman‘ di mana guru-guru memainkan peranan utama dalam usaha memerdekakan tanah air dari penjajahan British. Guru-guru seperti Allahyarham Tun Ghaffar merupakan sebahagian daripada  guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim.

Begitu jugalah dengan peranan yang dimainkan oleh sebahagian guru-guru wanita lepasan Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka seperti Ibu Zain, Tun Fatimah Hashim dan ramai lagi.

Di peringkat Dewan Undangan Negeri juga ramai bekas-bekas wakil rakyat adalah bekas-bekas guru, guru besar, guru kemas dan juga ustaz/ ustazah. Di  peringkat kampung peneraju kepimpinan masyarakat terpikul secara otomatik di bahu mereka.

Jika dahulu segala urusan surat menyurat, orang kampung akan ke rumah guru untuk meminta jasa baik mereka menaip surat. Ini kerana setiap guru wajib m…

HADIAH TONY PUA KEPADA MELAYU SELANGOR

Ahli Parlimen PJ Utara, Tony Pua (DAP) dalam pembentangan ucapannya  dalam seminar pra-belanjawan Selangor telah menggesa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk memansuhkan diskaun khas untuk bumiputera yang berhajat membeli rumah mewah di Selangor. 
Dia beralasan bahawa individu bumiputera yang mampu membeli rumah mewah mempunyai daya saing dari segi kewangan. Jadi, jika bumiputera yang mampu beli rumah yang berharga sekitar RM1 juta ke atas, tentulah dia mempunyai sumber kewangan yang kukuh.  Seterusnya, Tony berpendapat bahawa bumiputera yang kukuh kewangannya itu tidak perlu diberikan diskaun bumiputera!Benar. Jika dilihat dari segi "Malaysian Malaysia" yang dilaungkan oleh DAP, gesaan Tony itu ada logiknya.  Konsep "kesamarataan hak" yang dipelopori oleh DAP itu sangat mementingkan dasar-dasar negara yang mengimplimentasikan hak-hak yang sama tanpa mengira bumiputera atau tidak.  Sebagai bukan bumiputera, Tony berpendapat bahawa gesaannya itu dapat menyamakan hak…

4 SIKH DICARI

EMPAT PEMISAH SIKH DI MALAYSIA Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sedang memantau dakwaan Polis Punjab bahawa empat anggota kumpulan puak pemisah Sikh Khalistan Liberation Force (KLF) yang didakwa bersembunyi di negara ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya telahpun menghubungi pihak berkuasa India mengenai perkara tersebut bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai dakwaan itu.
"Tindakan akan diambil sebaik sahaja kedua-dua pihak memperolehi maklumat terkini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah seluruh Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan Polis Punjab semalam yang mendakwa KLF, sebuah kumpulan puak pemisah Sikh yang kejam telah menubuhkan pangkalan di luar Kuala Lumpur dengan sekurang-kurangnya empat daripada anggotanya masih bersembunyi di Malaysia.
Bukti penting itu muncul selepas polis di daerah Patiala di Punjab menangkap seo…

ADUN GALAS KEMBALI KE ICU

Adun Galas, Chek Hashim Sulaima yang telah menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San, Beijing telah dimasukkan ke ICU Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu.

Chek Hashim mengalami kanser paru-paru dan usus.

Sama-samalah kita doakan agar Chek Hashim selamat?

Chek Hashim masih lagi mengekalkan kerusi Adun  Galas walaupun tidak mampu berkhidmat kepada rakyat.

Nik Aziz sepatutnya mengarahkan beliau melepaskan jawatan kerana keuzuran beliau. Apakah Nik Aziz takut untuk  kehilangan kerusi tersebut?

MELAYU MUDAH KENA TIPU

KUALA LUMPUR: Kumpulan sasarannya ialah kakitangan kerajaan berpendapatan rendah yang dimomokkan dengan keuntungan amat lumayan mencecah enam angka serta kereta mewah bernilai ratusan ribu ringgit setiap satu.

PELBAGAI...antara kereta mewah di lokasi perjumpaan ahli skim terbabit.
TAHAN...antara ahli skim cepat kaya yang ditahan. Setiap kali pertemuan, deretan kereta mewah milik ‘upline’ antaranya BMW 5 Series, Nissan Fair Lady, BMW Z4 Spider, Mitsubishi Evo Lancer serta Nissan GTR Skyline akan diparkir di hadapan kafe atau restoran yang menjadi lokasi perjumpaan bagi memancing mangsa, selain menggambarkan keuntungan luar biasa yang bakal diperoleh.

Itu taktik digunakan satu sindiket skim cepat kaya yang mengaut keuntungan atas angin dan aktif sejak tiga tahun lalu, kini disertai ribuan ahli di seluruh negara dengan majoritinya kakitangan kerajaan.

Berselindung di sebalik nama kelab riadah dan keluarga, sindiket itu menawarkan pelaburan eksklusif dengan menjalankan pern…

FAKTA SEBENAR KES SAKIT TULANG BELAKANG AL-JUB

Anwar Ibrahim dalam wawancara ekslusif dengan Sinar Harian semalam, 28 Julai 2010 mendakwa beliau kini masih sakit tulang belakang akibat kecederaan dalam tahanan dulu.

Seandainya Anwar mendakwa masih sakit tulang belakang akibat tahanan dulu, bagaimana pula dengan rawatan sakit tulang belakang di Munich pada 2004, sebaik sahaja dibebasakn dari penjara Sungai Buloh?

Sebenarnya kenyataan Anwar di Sinar Harian adalah bercanggah dengan Laporan Suruhajaya Diraja Menyiasat Kecederaan Anwar pada tahun 1998. Sila lihat bukti-bukti dokumen-dokumen berikut :

Laporan doktor Vasantha Ponniah dari Jabatan Pesakit luar Hospital Kuala Lumpur 1998
Laporan doktor Vasantha Ponniah dari Jabatan Pesakit luar Hospital Kuala Lumpur pada tahun 1998 juga melaporkan Anwar sakit tulang belakang akibat jatuh kuda sejak 6 tahun lalu. Enam tahun dari tahun 1998, bermakna sekitar tahun 1992.

Laporan Dr Vasantha mengesahkan laporan akhbar Cina pada tahun 1992 mengatakan Anwar sakit tulang belakang hingga terpaksa …

SORANG SORANG MASUK UMNO AKHIRNYA PKR TINGGAL SORANG

Anuar Shaari bekas setiausaha sulit Anwar Ibrahim telah mengesahkan penyertaan dalam Umno malam tadi, borang keahlian telah diserahkan kepada En Zakaria dan Dato Nazri iaitu Ketua UMNO Cawangan Air Merbau,  Merlimau, Melaka.

Anuar Shaari juga telah mengatakan tujuan dia menyertai UMNO kerana beliau sudah tidak tahan lagi dengan pembohongan Anwar. Beliau akan terus membantu Umno untuk membuat 'roadshow' bagi memperjelaskan siapa Anwar yang sebenarnya.


Anwar Ibrahim semakin hilang sokongan daripada rakan-rakan dan pengikutnya yang selama ini setia berjuang bagi mempertahankan beliau. Anwar juga dilihat semakin melupakan Melayu dan agama Islam.

Pendedahan demi pendedahan siapa Anwar oleh rakan-rakan yang terlebih dahulu keluar PKR berjaya meyakinkan mereka bahawa segala-galanya ada benar belaka.

Kegairahan Anwar yang bermuka-muka dengan Yahudi , Dap dan Pas menambah lagi rasa kebencian terhadap beliau.

Sewaktu menjadi Menteri Pelajaran,  Menteri Kewangan dan TPM Anwar telah me…

DEWAN PEMUDA PAS TERENGGANU BELASAH NIZAR JAMALUDDIN

Surat ini adalah salinan fotokopi yang sah dan diperolehi dari rakan di Kuala Terengganu. Isi kandungan surat ini ialah mengkritik keceluparan mulut Nizar yang bercakap sesuka hati tanpa mengkaji dan menilai apa yang akan dituturkan.

Nizar akhir-akhir ini semakin celaru pemikiran dan tindakan setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya di hadapan Bangunan Umno Perak di Jalan Raja Dr Nazrin Shah , Ipoh.

Nizar kini  tahap gila meroyan kerana semakin tidak popular dan semakin dilupakan. Nizar cuba bangkit untuk menjadi hero dengan melabelkan isu kerajaan perpaduan yang diusulkan oleh Presiden Pas, Hadi Awang sebagai agenda Yahudi Apco adalah satu kesilapan besar dalam karier politik beliau.

Oleh kerana terlalu gemar mengkritik orang lain terutama Umno dan BN , akhirnya Nizar telah mengkritik Hadi Awang secara tanpa sedar. Oleh itu Jawatan Kuasa Disiplin Pas perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap Nizar.

TM SIMPATI DENGAN ISU PENGGUGURAN FARAH AZLINA

Isu pokok dalam video ini ialah kegembiraan Anwar kerana Gani Patail telah menggugurkan Farah Azlina Latif. Ia seolah-olah Gani tunduk dan terpengaruh dengan tuduhan liar pembangkang. Tindakan sedemikian telah memberi sedikit kemenangan moral kepada Anwar dan RPK. TM melahirkan rasa sedih dengan tindakan Gani Patail.

"DATO" PENIPU BUAT HAL LAGI

KUALA LUMPUR: Bermodalkan janji manis, seorang penjenayah yang menyamar kononnya VIP bergelar Datuk berjaya menipu beberapa mangsa dengan menawarkan tanah kosong untuk dijual dengan harga tidak munasabah berbanding harga pasaran semasa.

Difahamkan, penjenayah licik terbabit berupaya memperdaya mangsa dengan dakwaan kononnya tanah kosong terbabit milik Umno Perak dan sengaja mahu diagih dan dijual pada harga murah kepada orang ramai.

Taktik suspek ternyata meyakinkan mangsa supaya mengeluarkan wang simpanan hingga puluhan ribu ringgit semata-mata untuk memilik beberapa lot tanah yang hakikatnya tidak pernah wujud.

Penipuan terbabit didedahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani selepas seorang mangsa juga pegawai Plus Expressways Berhad (Plus) kerugian RM9,600 apabila diperdaya membeli dua lot tanah kosong tidak wujud di Kamunting, Perak.

Menurutnya, mangsa berusia 46 tahun dan berasal dari Taman Batu Permai, di si…

KES CURI HONDA ACCORD SELESAI

KAMUNTING: “Tak baik tinggalkan mereka (mangsa) jauh-jauh, kasihan mereka.” Itu antara perbualan tiga perompak yang sempat didengar seorang remaja perempuan, Nurul Fatin Farhana Dzulkafli, 17, yang menjadi mangsa culik hampir dua jam selepas kereta milik bapanya dilarikan penjenayah terbabit di pekan Kuala Kangsar dekat sini, kelmarin.

SYUKUR...Fauziah mendengar cerita Farhana sambil meriba Siti Haidar. Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, Nurul Fatin Farhana bersama adiknya, Siti Haidar, 6, terpaksa melalui detik mencemaskan selepas dilarikan tiga lelaki yang merampas kereta bapa mereka ketika kenderaan itu ditinggalkan ibu bapanya di depan sebuah kedai gambar di Jalan Sagor di sini.

Sebaik memasuki kereta itu, seorang daripada penjenayah mengarahkan dua beradik berkenaan diam jika tidak mahu dicederakan.

Selepas hampir dua jam berada dalam tawanan penjenayah terbabit, dua beradik itu ditinggalkan di tepi jalan sunyi dan gelap di Liman Kati, kira-kira 20 kilometer da…

ANWAR MELOMPAT LEBIH TINGGI

Setelah melewat-liwatkan tempoh perbicaraan kes liwat Anwar vs Saiful timbul lagi isu baru yang berjaya melengah-lengahkan kes liwat. Ini kejayaan Anwar yang selama ini cuba untuk menangguh kes sejak 2008.

Blog-blog pembangkang nampaknya bergembira dengan isu ini dan yang sangat gembira ialah Anwar sendiri kerana lagi.

RPK membuat tuduhan zina ke atas Saiful Bukhari dan Farah Azalina Timbalan Pendakwaraya adalah satu fitnah jahat bagi menjejaskan perjalanan kes liwat Anwar Ibrahim.

Ianya juga untuk menjatuhkan kredibiliti Saiful dan juga barisan Pendakwaraya dalam kes tersebut. Bagaimana RPK boleh menyampaikan kepada dunia bahawa Saiful berzina sedangkan RPK berada di London.

Ghani Patail menggugurkan Timbalan Pendakwaraya yang difitnah tanpa sebarang siasatan atau pun sebarang siasatan mahupun sebarang laporan kerana tekanan pembangkang . Maka tindakan Ghani Patail menggugurkan Farah memberi kemenangan kepada pihak Anwar.

Tuduhan RPK terhadap Saiful dan Farah boleh dirujuk dalam kep…

PAS GEMBIRA BERCAMPUR DUKA

Pas dilihat tercabar dengan kesediaan JPA membenarkan guru-guru gred DGA41 -DGA 48 melibatkan diri secara langsung dalam politik. Ini bermakna mereka tidak perlu main sorok-sorok seperti sekarang.

Bermakna kalau mereka menyokong Pas boleh lah tampal sticker Nik Aziz dan bendera Pas pada kereta mereka. Begitu juga lah jika mereka menyokong Pkr dan Dap.

Pas risau jika ramai guru-guru 41 yang akan memakai lencana BN. Maklumlah sebelum ini mereka hanya menyokong secara senyap sahaja.Kepada yang terang-terang tak menyokong BN tahu lah apa yang perlu BN lakukan....haaa...Takuttt????

LAGI BUKTI TERBARU KSSB REMBAT DUIT !

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, hari ini, mendedahkan berlaku penyelewengan yang serius dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dalam pembayaran royalti perlombongan pasir di Kambing Susu berdekatan Berjuntai Bestari.
Menurut Dr. Mohamad Khir, KSSB hanya membayar sebanyak... RM 12, 000.00 (DUA BELAS RIBU) kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Hulu Selangor antara Mei - Disember 2009 bagi permit melombong pasir sungai sepanjang 10 KM Sungai Selangor di mukim Sungai Tinggi - Serendah. Menurut kiraan kasar jumlah sebenar yang sepatutnya diterima oleh PTG Hulu Selangor ialah lebih RM 700 ribu.
Pada Mei 2009, KSSB membayar sebanyak RM 5, 400.00 bagi kebenaran mengeluarkan hasil pasir berjumlah 1800 meter padu di kawasan 10 KM bagi bulan Jun - Ogos 2009.  Pada Ogos 2009, KSSB membayar lagi RM 3, 000.00 bagi kawasan yang sama bagi menyambung permit mengeluarkan pasir untuk 1 ribu meter padu pasir.  Pada Oktober 2009 KSSB membayar sebanyak 3, 600 lagi u…

PERAK TODAY MELONJAK NAIK 330 PERATUS (klik tajuk untuk masuk)

Peraktoday.com  sebuah portal yang baru berubah wajah telah naik mendadak ranking walaupun baru beberapa hari beroperasi. Ini merupakan satu petunjuk yang cukup baik.

Peraktoday.com's three-month global Alexa traffic rank is 1,120,312. Almost all its visitors are in Malaysia, where it has attained a traffic rank of 3,125.Harap pengunjung dapat maklumat yang tepat dan terkini melalui portal tersebut

DAH JATUH HUKUM......ORANG PAS BUAT DEMONTRASI MACAM MANA ?

One jailed, 11 fined in Malaysia over cow head protestA Muslim Malaysian man was sentenced to one week's jail and 11 others were fined Tuesday after they trampled on a severed cow's head during a protest over the relocation of a Hindu temple. The inflammatory protest was one of a series of religious disputes to hit multicultural Malaysia, where the population is dominated by Muslim Malays who live alongside large ethnic Chinese and Indian communities.
The 12 Muslim Malays pleaded not guilty last September when they were charged with illegal assembly and sedition over the protest, during which the bloodied head of a cow -- a sacred animal to Hindus -- was stamped and spat on.
Defence lawyer Afifuddin Ahmad Hafifi said however that his clients agreed to plead guilty to a lesser charge of illegal assembly when the trial resumed Tuesday.
Two of the group also pleaded guilty to sedition, including the individual jailed for a week, who had been responsible for bringing …

KHALID SAMAD MULA DIBENCI KERANA KECELUPARAN

Khalid Abdul Samad atau Khalid Gereja, Ahli Parlimen Shah Alam telah diselar oleh Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad yang mengatakan kenyataan supaya hukuman dijatuhkan kepada individu yang didapati bertemu Mufti Perak, Tan Sri Harussani adalah pandangan peribadi Khalid Gereja itu.

Idris juga berkata setiap keputusan perlu dibawa dan diputuskan di dalam mesyuarat, bukannya ditentukan oleh individu dalam parti.

Sebelum bertindak, sebarang permasalahan yang timbul perlu disiasat terlebih dahulu oleh jawatankuasa disiplin parti kerana parti mempunyai peraturan.

“Kita ada peraturan, jadi kena ikut peraturan dan prosedur, ada cara-cara tersendiri dan bukan parti ‘caca marba’ yang mana sebarang tindakan boleh diputuskan sesuka hati.

“Pas tidak akan menjatuhkan hukuman sesuka hati, termasuk kes pertemuan pemimpin Pas dengan: Mufti: Perak, Tan Sri Harussani Zakaria itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian:, semalam.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang merupakan Penge…