Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2015

Isu Rohingya, “Sekarang Ini Kenallah Dia DAP Dan Lim Guan Eng”:- DS Taju...

Krisis Najib vs Mahathir : Tangani isu secara berhemah.

Hari ini politik tanah air berhadapan dengan krisis hangat yang dicetuskan oleh mantan perdana menteri kita tak lain dan tak bukan Tun  Mahathir.

Tun pada mulanya mengkritik pentadbiran perdana menteri dan akhirnya menyerang secara peribadi terhadap perdana menteri, isteri dan keluarga.
Tun juga mempertikai akan kekayaan Najib sehingga menyentuh isu perkahwinan anak perempuan Najib baru-baru ini.
Paling panas ialah apabila Tun mempertikai tentang 1MDB dan isu pembelian tanah oleh Tabung Haji sehari sebelum tarikh pembuangan undi di PRK P44. Serangan tersebut dilakukan oleh blogger yang pro Tun Mahathir.
Serangan tentang isu Tabung Haji menyebabkan BN kalah dalam PRK tersebut, kempen pilihan raya kecil selama seminggu itu lebih lebur sekelip mata pada hari pembuangan undi. 
Isu pembelian tanah 1MDB oleh Tabung Haji yang hanya disiarkan dalam blog picisan telah mendapat liputan besar oleh media arus perdana termasuk televisyen kerajaan dan swasta.
Teringat juga  apabila pembangkang men…

‘Taiping Singapore Friendship Ride 2015′, Pamer Keindahan Kawasan Bandar...

Najib: 5 kriteria untuk diamalkan oleh pengamal media

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan lima kriteria penting yang perlu diamalkan oleh pengamal media termasuk penggerak media sosial dalam setiap laporan berita.Berucap pada majlis 'Malam Media Perdana 2015′ di sini malam ini, Najib berkata kriteria itu meliputi sentiasa bersikap profesional, bertanggungjawab, memberi pandangan dan kritikan yang membina serta konstruktif."Kriteria yang ketiga adalah pengamal media mesti melaporkan sesuatu isu berdasarkan fakta yang sahih dan tepat, dan bukan berdasarkan andaian dan khabar angin walaupun mereka (pengamal media) berlumba-lumba untuk mengeluarkan berita, tetapi harus pastikan apa yang dilaporkan adalah fakta benar," katanya.Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; menteri-menteri Kabinet dan pengarang kanan organisasi media tempatan serta pengamal media.Najib berkata kriter…

Tabung Haji sudah, 1MDB pun sudah, Sekarang dedahkan pula kisah IPT ini.

Puak-puak pembangkang sangat teruja dengan GST. Bermodalkan isu GST, Makcik Kipas mampu meraih kemenangan di P44   dan menutup cerita kes liwat.

Begitu juga dengan 1MDB, Nurul Izzah juga dalam usaha memenangkan Makcik Kipas di P44. beliau juga dengan panjang lebar mendedahkan 'skandal 1MDB' yang banyak di selewengkan oleh Najib dan Umno.

Hari ini taipingmali nak selak sikit tentang isu sebuah IPT supaya Nurul atau Rafizi mainkan isu ini.

Beranikah mereka?




rencana

ARKIB : 16/07/2014

Selamatkan Asia E Universiti - AeU daripada jatuh ke tangan lain!

Oleh Zaini Hassan


ASIA E UNIVERSITY (AeU), satu-satunya universiti Malaysia bertaraf antarabangsa.


Tahukah anda bahawa universiti itu menerima mandat penubuhan dari gabungan 32 buah negara yang merupakan ahli Asia Co-operation Dialogue (ACD)?


ACD adalah forum antara benua iaitu selain daripada perjumpaan setahun sekali, ia juga melaksanakan projek-projek tertentu.


AeU adalah salah satu daripadanya. Pada ACD Dialogue di Doha, Qatar 200…

Bantah Tabung Haji Pulak!

Ini Pasma agaknya, paling syok poster bertulis "TH BUKAN TABUNG UMNO"

Nak tanya kepada mereka!

Adakah Pas atau Pas menubuhkan Tabung Haji untuk ahli Pas?

Yang kita tahu, agen haji Pas banyak bawa jemaah naik di Thailand, ramai juga yang kena tipu dengan agen mereka dan akhirnya menyorok sampai habis bulan haji, baru mereka balik dan berlagak sebagai haji mabrur.

Ramai juga agen umrah milik mereka yang menipu pelanggan, ada yang pergi tetapi tak ada tiket balik, bila terkandas, Umno juga yang hantar kapal terbang bawa balik. Tahun lepas ramai rakyat Perak di tinggi di Mekah.

Siapa yang selamatkan mereka YB Dato Aziz juga.

DATO AHMAD MASLAN MENTERI TAK FAHAM GST CUBA KELIRU RAKYAT???????

Terdengar bual bicara mengenai GST yang dipaneliskan oleh Timb Menteri Kewangan, Dato Ahmad Maslan yang dikaitkan dengan tidak cerdik di media maya. Saya agak sukar mempercayai mainan media ini kerana CGPA menyatakan beliau memperoleh 3.78, manakala "grading" kecerdikan pada kiraan CGPA ialah 3.5 ke atas.

Sebagai Timbalan Menteri yang terlibat secara langsung dengan GST, sepatutnya dia lebih faham dan mampu memberi faham kepada orang awam. Apabila saya sendiri mendengar penerangan yang disampaikan oleh beliau, seolah-oleh mengesahkan apa yang di"viral" dalam media maya.

Katanya, apabila GST dikenakan, harga barang pengguna akan turun kerana GST hanya 6% berbanding dengan struktur cukai lama SST sebanyak 10%. Ya, dari segi angka memang 6% lebih rendah dari 10%.

Di sini saya melihat Ahmad Maslan kurang CGPAnya. SST dikenakan 10% pada harga import atau harga pelepasan dari kilang? Sedangkan pengguna kena membayar GST pada harga akhir setelah ditambah keuntungan perni…

Jarum sudah cucuk, lepas ni gerombolan Pas akan kuasai LTH

Lembaga Tabung Haji (LTH) Perlu Dipisahkan Dari Politik dan Orang Politik

Berhubung isu terkini mengenai pelaburan penuh kontroversi LTH dengan membeli hartanah 1MDB yang masih di dalam penyiasatan, ianya adalah disebabkan oleh penglibatan orang politik di dalam pentadbiran tertinggi LTH itu sendiri.

Hal ini amat berkait rapat dengan kedudukan YB Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang merupakan ahli parlimen UMNO sebagai pengerusinya. Pelantikan orang politik sebagai Pengerusi LTH hanya menimbulkan situasi 'conflict of interest' di dalam pentadbiran dan hala tuju LTH itu sendiri. 
Malah, kewujudan orang politik sebagai pengerusi LTH akan hanya menimbulkan kesangsian dan keraguan para pencarum terhadap tatakelola Institusi berkenaan.
Adalah tidak wajar bagi sesebuah institusi kewangan Islam yang memegang amanah para jemaah haji dari seluruh negara dipengerusikan oleh orang politik yang dilantik, di mana beliau akan dilihat sebagai mewakili kepentingan parti yang diwakilinya b…

Kemandulan politik dn Politik Murahan Pemuda Umno Malaysia

1.Pemuda umno malaysia telah mengeluarkan 1 penyataan berkaitan kemusykilan mereka ttg urusan jual beli hartanah 1 mdb Tabung Haji properties.Dlm penyataan tersebut PPUM telah pertikaikan :A.proses penilaian yg singkatB.cara bagaiman transaksi tersebutC.kos hartanah 1 mdbD.pembeli sepatutnys iaitu pelaburan hartanah bhdE.bagaimana 1 mdb akan gunakan hasil jualan tersebutF.konflik kepentingan lembaga pengarah 1 mdb ialah juga ceo th propsG.konflik pegawai kanan TH dlm transsaksi ini.H.persetujuan th props membayar kpd 1 mdb secara penuh 100 % kerana faktor diskaun yg diberikan 1 mdbI.apakah th props pernah membeli tanah dgn byr 100 % spt ini serta merta.J.asas penilaian penal pelaburan th propsK.laporan risiko tunjukan pelaburan ini berisiko tinggiL.adakah harga hartanah yg dilabur oleh th props di kwsn hartanah 1 mdb yg dibeli ini sama dgn harga hartanah di sekitar kwsn tersebut ?M.th props digunakan utk bailout 1 mdb2.13 soalan yg dikemukakan PPUM tersebut tdk lah susah atau rumit ut…

Suara Khairy ?

Khairy Jamaluddin1 jam · Kenyataan Akhbar Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) ingin menzahirkan kebimbangan kami berkenaan pembelian sebidang tanah bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji (TH) daripada 1MDB.Pembelian tanah ini dikatakan sebagai pelaburan bagi TH yang melalui proses penilaian yang wajar disetiap peringkat.PPUM tidak menafikan keperluan TH untuk membuat pelaburan. Pelaburan dalam pasaran modal (pembelian saham) dan sektor hartanah harus dibuat oleh TH bagi menjana pulangan yang dapat diagih kepada para pendeposit TH dalam bentuk dividen.Yang menjadi pertikaian dalam pembelian tanah TRX ini adalah cara bagaimana transaksi ini dilaksana.Disini PPUM memohon penjelasan daripada pihak Kementerian Kewangan (MOF) dan juga TH dalam beberapa perkara:Soalan kepada MOF1) Berapakah harga yang dibayar oleh 1MDB untuk tanah keseluruhan TRX dan daripada itu berapa harga yang dibayar oleh 1MDB secara pro rata bagi tanah yang…

Kenyataan Rasmi Pergerakan Pemuda Umno Malaysia

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) ingin menzahirkan kebimbangan kami berkenaan pembelian sebidang tanah bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji (TH) daripada 1MDB.Pembelian tanah ini dikatakan sebagai pelaburan bagi TH yang melalui proses penilaian yang wajar disetiap peringkat.PPUM tidak menafikan keperluan TH untuk membuat pelaburan. Pelaburan dalam pasaran modal (pembelian saham) dan sektor hartanah harus dibuat oleh TH bagi menjana pulangan yang dapat diagih kepada para pendeposit TH dalam bentuk dividen.Yang menjadi pertikaian dalam pembelian tanah TRX ini adalah cara bagaimana transaksi ini dilaksana.Disini PPUM memohon penjelasan daripada pihak Kementerian Kewangan (MOF) dan juga TH dalam beberapa perkara:Soalan kepada MOF1) Berapakah harga yang dibayar oleh 1MDB untuk tanah keseluruhan TRX dan daripada itu berapa harga yang dibayar oleh 1MDB secara pro rata bagi tanah yang dijual kepada TH sebesar 1.56 ekar ini?2) Apakah benar perancangan awal s…

Kata makcik kipas selepas menang

Alhamdulillah, pertamanya saya memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT, di atas kurnia-Nya, memberi kemenangan kepada calon KEADILAN bagi Pilihan Raya Kecil P.44 Permatang Pauh yang berlangsung hari ini, 7 Mei 2015.Kemenangan hari ini adalah bukti bahawa rakyat, khususnya pengundi-pengundi di Permatang Pauh, mahukan sebuah Pakatan Rakyat yang kuat.Kemenangan ini, bukan hanya kemenangan KEADILAN sahaja. Tetapi ianya adalah kemenangan rakyat, yang menentang kezaliman Barisan Nasional terhadap Saudara Anwar Ibrahim dan ianya merupakan suatu referendum rakyat menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), penentangan terhadap rasuah dan salahguna kuasa.Dalam Pilihan Raya Kecil ini, kita menyaksikan peningkatan undi kepada KEADILAN sekitar 4 hingga 5 peratus daripada kalangan masyarakat Melayu, khususnya anak-anak muda.Ternyata pemenjaraan bermotifkan politik oleh Barisan Nasional terhadap Saudara Anwar, menzahirkan simpati yang tinggi dan ianya adalah buk…

Wan Azizah sengaja menfitnah janji BN di PRK Teluk Intan

Tuduhan Wan Azizah ternyata fitnah dan tidak benar sama sekali iaitu tuduhan mengenai janji BN  dalam PRK Teluk Intan

1. Wan Azizah menuduh BN berbohong tentang pembinaan sebuah universiti di Teluk Intan.

Jawapannya ialah sebuah cawangan UPSI sedang  dalam pembinaan di kawasn Kolej Vokasional  dan akan siap dalam tempoh 3 tahun.

TELUK INTAN 14 Jun - Kerajaan akan membina sebuah kampus cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini yang boleh menempatkan 1,000 orang guru bagi menjalani latihan dalam bidang vokasional dan teknikal.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, pembinaan universiti perguruan tersebut dijangka siap dalam tempoh tiga ke empat tahun. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140614/dn_35/Kampus-cawangan-UPSI-bakal-dibuka-di-Teluk-Intan#ixzz3ZJ5MSfd7© Utusan Melayu (M) Bhd 

2. Internet Jalur lebar yang laju juga hanya tinggal janji dan tidak dilaksanakan oleh BN di Teluk Inta…

Kecelakan maut di DUKE siri II

Kelmarin dah tulis, hari ini ada lagi yang hendak dikongsi bersama.


Apabila seorang pegawai kerajaan daripada JPJ membuat kenyataan mengenai KPI mereka untuk mengutip kematian daripada 10 ribu kepada 5 ribu orang setahun, khalayak mentertawakan beliau.


Diketawakan oleh kita sebab dia sebut, " tahun ini kita nak 5 ribu rakyat mati di Jalan raya"


Untuk mengurang kan kemalangan maut, kerajaan cuba menguat kuasakan beberapa perkara.


Antara nya ialah nombor plet, cermin gelap, lampu strobe dan yang lain pula ialah pemasangan kamera AES.


Bagaimana pun ia mendapat kritikan hebat daripada rakyat.


Kita kata, apa kena mengena plet fancy, cermin gelap, rim kangkang dengan kematian di jalan raya.


Ramai yang bantah dan ada yang sanggup merosakkan dan menjatuhkan kamera AES kononnya menyusahkan rakyat.


Lebuh raya bertol kini menjadi trek racing. Tak percaya tengok sendiri di plaza tol Jalan Duta, LDP dan lain-lain rumah toll.


Sebaik saja menjelaskan toll sama ada tunai atau kad, mere…

#PRKPERMATANGPAUH : MELAYU KENA BERSATU DALAM UMNO-BN , BUKAN PAS, BUKAN PKR DAN DAP

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  menggesa masyarakat Melayu supaya bersatu atau berisiko kehilangan sebuah kerajaan yang menjaga kepentingan bangsa itu."Sekarang kita berpecah dan ia boleh menyebabkan kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang."Jika itu berlaku, saya takut ia akan menamatkan perjuangan Umno yang menjaga kepentingan bangsa Melayu," katanya ketika berucap pada pertemuan Gerakan Melayu Bersatu Demi Islam di Kelab Sultan Sulaiman di sini pada hari Ahad.Beliau berkata, jika pembangkang menang, kerajaan akan diterajui oleh DAP, parti yang tidak mempunyai kepentingan terhadap bangsa Melayu di hati mereka.Bagaimanapun, beliau menambah, rakyat perlu memberi kritikan terhadap kerajaan bagi menghalang daripada berlaku penyelewengan."Saya telah berada di sini sejak sekian lama dan melihat banyak perkara, jadi bila saya mengkritik, saya ada alasan sendiri."Jika saya perdana menteri yang mencuri dan mengambil rasuah, jangan…

Kecelakaan di DUKE penuh sensasi dan emosi

Awal pagi Sabtu 2 Mei 2015 pada jam 1.05 pagi,  satu kejadian kemalangan jalan raya di lebuh raya DUKE telah meragut 3 nyawa sekeluarga.

Kejadian yang melibatkan 2 buah kereta Perodua Myvi dan sebuah Pajero Sport cukup menyentuh hati rakyat kerana melibatkan kematian seorang bayi dan mangsa meninggalkan 2 anak yang menjadi yatim piatu.

Andai kata ia hanya melibatkan satu nyawa sahaja dan tidak melibatkan kematian bayi comel, maka kejadian itu boleh dikategorikan sebagai kemalangan maut biasa.

Namun dengan adanya media sosial khalayak semua menyalahkan ahli kelab Familia Myvi yang dikatakan berlumba di lebuh raya tersebut.

Jika dilihat pada gambar-gambar aktiviti kelab tersebut mereka tidak lah ganas, kelab tersebut lebih kepada merapatkan siratul rahim antara ahli-ahli dengan pelbagai aktiviti yang sihat.


Berikut adalah matlamat penubuhan kelab tersebut yang diambil daripada blog mereka yang suku siap.
Familia Myvi Club Adalah Sebuah Kelab Yang Menghimpunkan Peminat-peminat Kereta Jen…

#PRKPermatangpauh : Bantah GST dan PKR 17 tahun gagal membangunkan Permatang Pauh

Demo bantah GST pada 1 Mei 2015 di Kuala Lumpur ternyata gagal menarik penyokong Bershit 1.0 dan Bershit 2.0 untuk bantahan menolak cukai baru GST.

Kelmarin Sabtu,  bersembang dengan seorang Ustaz Pas


Ustaz     : "Ramai tak demo di KL semaian?"

Tm         :  " Adalah 15 ribu maksimum, tetapi ada  kata 500 ribu."

Dengar perkataan 15 ribu dan 500 ribu Ustaz Pas tersenyum senang hati sambil menyambung kenyataannya.

Ustaz      : " Eloklah kerajaan tarik balik GST dan balik macam asal, dulu mana ada cukai"

Tm          : " Betul kah dulu tak ada cukai?"

Ustaz       : " Betul lah dulu beli ikan, beli sayur, beli barang kat supermaket mana ada caj GST".

Tm           : " Ustaz, dalam setahun berapa ribu ustaz bayar cukai pendapatan?"

Ustaz       : " Tak pernah kena pun"

Tm           : " Ustaz tak bayar cukai pendapatan itu kira untung lah, saya ini tiap-tiap tahun kena bayar"

Ustaz        : " Banyak ka?"

#PRK Permatangpauh: Nak tahu tentang 1MDB tanyalah kepada Nurul Izzah

1MDB–Questions that need ANSWERS
by dinobeano
May 3, 2015 Phnom Penh by The Mekong MY COMMENT:I do not know when our Auditor-General Tan Sri Ambrin Buang is going to complete his report on Ambrin1MDB. It is must a difficult exercise since 1MDB is full of tricks since pretty smart executives are managing it. Or.Is it? I think it is not a major task. Neither is it a complicated exercise. The Sarawak Report, Guna's article (below) and other sources on the Internet should provide enough information to guide Ambrin Buang in his work. The why the silence from him. Are we as taxpayers not entitled to receive some form of progress report?
If the Auditor-General is serious about bringing closure to this case so that follow-up action can be initiated to bring those responsible for any wrongdoing to face the full brunt of the law. He should also know that he must give his audit of 1MDB top priority. I would like to believe that the Auditor-General's report (at least in draft in form) is r…

Kad telefon prabayar : SKMM vs KDRM

PETALING JAYA: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak sependapat berhubung isu penetapan harga isian semula telefon prabayar.SKMM dalam kenyataan memaklumkan harga isian semula prabayar tetap akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), seperti yang dilaksanakan selepas 1 April.Sebagai contoh, isian semula berharga RM10 akan djual dengan harga RM10.60 termasuk enam peratus GST.Pengerusi SKMM, Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata, agak mustahil untuk pembekal perkhidmatan melaksanakan perubahan dalam masa dua hari dengan kembali kepada kadar pra-GST bermula 1 Mei, seperti yang diminta."Masalah untuk kembali kepada kadar pra-GST adalah kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula kepada sistem, bukan hanya di pihak pembekal perkhidmatan bahkan juga bagi ejen pihak ketiga seperti institusi kewangan, pembekal pembayaran elektronik, pasar raya, stesen minyak dan ejen jualan lain yang berjumlah kira-kira 30,000," k…

#PRKPermatangpauh: Pemuda Pas Marang tertelan biji nangka bila Pemuda Pas Penang buat U-Turn

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN MARANG (DPPKM)

MENYOKONG PENUH KEPUTUSAN DAN PENDIRIAN DPPN PULAU PINANG

1. Berikutan dengan keenganan AMK Pulau Pinang membuat permohonan maaf yang disuarakan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) berhubung kenyataan media AMK Pulau Pinang yang menghina dan memfitnah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang pada 26 februari 2015 yang lalu.


2. DPPKM sepenuhnya menyokong pendirian tersebut dibuat berdasarkan desakan dangkal dan tidak berakhlak oleh Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang. Kenyataan yang dilihat tidak matang dan mempamerkan akhlak yang tidak terdidik dengan nilai-nilai budi pekerti yang mulia ianya juga kenyataan diluar kewarasan seorang anak muda yang sepatutnya mempunyai fikiran yang rasional dan tidak emosional.

3. Tuduhan dan tohmahan yang sangat menyimpang ini sepatutnya ditujukan kepada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat sendiri untuk dijawab. Pendirian yang sangat jelas oleh Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Had…

#PRKPermatangpauh: Kerana harta dunia Pas sanggup gadaikan perjuangan Islam

Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang

19 hrs ·


Harapan PAS Pusat

Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang telah membuat keputusan yang tepat membantu jentera Pakatan Rakyat untuk memastikan UMNO-BN terus tewas di Permatang Pauh.


Semua sayap di semua peringkat kawasan perlu sentiasa bersikap tegas dalam prinsip, dan pada masa yang sama bersikap anjal dalam setiap tindakan tanpa menjejaskan perjalanan organisasi parti yang telah dibentuk sekian lama dengan mengamalkan konsep wala’ pada keputusan parti dan jemaah (taat pada perkara yang tidak dipersetujui).

Hanya mereka yang berjiwa besar dapat mengamal dan menghayati konsep wala’ sepenuhnya – dan tahniah diucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang atas kejayaan mengekalkan semangat ini di saat yang sukar.

Tindakan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang yang akur dengan keputusan parti merupakan pukulan maut kepada UMNO-BN dan medianya yang sememangnya mengharapkan isu ini bakal berlanjutan sehingga hari pengundian.

Untuk meningkatkan keharmonian Pakatan …