Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2016

Kenyataan MoF berkenaan tadbir urus 1MDB

Perbadanan Menteri Kewangan (MOF Inc.) dengan sukacitanya mengumumkan perlantikan baru bagi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bagi menggantikan lembaga pengarah terdahulu, yang mana perletakan jawatannya berkuatkuasa hari ini.

Tiga ahli lembaga pengarah yang baru diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan. Ahli lembaga yang lain adalah seperti:

i. YBhg. Dato' Norazman Ayob, Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Setiausaha Negara; dan
ii. YBhg. Dato' Kamal Mohd Ali, Ketua Pegawai Operasi Prokhas Sdn Bhd.

Walaubagaimanapun, En. Arul Kanda akan terus memegang jawatan Presiden 1MDB.

Penukaran lembaga pengarah mencerminkan hala tuju baharu 1MDB sebagai syarikat tidak beroperasi, yang memfokuskan untuk meneruskan kejayaan pelan rasionalisasi dan perkhidmatannya bagi pembayaran balik hutangnya pada masa hadapan. MoF Inc. menyatakan penghargaananya kepada ahli lembaga pengarah yang terdahulu, yang menunjukkan sikap ko…

Tigers removed from Thailand's infamous Tiger Temple after abuse

Should we have zoos?

Should we have zoos?

Itu lah persoalannya sekarang dan mengikut kajian sebuah portal ORG, hanya 46 peratus bersetuju kewujudan zoo dan selebihnya atau 54 peratus menolak.

Baru-baru ini kisah sedih berlaku di Cincinnati Zoo Ohio dimana seekor gorilla bernama Harambe telah dibunuh oleh pihak zoo untuk menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak yang jatuh ke dalam kandang haiwan tersebut. Zoo tersebut adalah zoo yang kedua tertua di Amerika selepas Zoo Philadephia. Pihak zoo di kecam hebat oleh pencinta haiwan atas kejadian tersebut.


Di Malaysia juga terdapat beberapa buah zoo yang terkenal. Zoo yang pertama ialah Zoo Taiping yang dibuka pada tahun 1961 dan zoo yang kedua ialah Zoo Negara yang dibuka pada 1964.

Zoo Taiping dibina dengan keluasan 34 ekar atau 14 hektar. Ia mempunyai 1300 pelbagai jenis haiwan daripada 180 spesis. Manakala Zoo Negara pula mempunyai keluasan 110 ekar dan mempunyai 5137 pelbagai haiwan daripada 476 spesis.

Apa yang hendak dinyatakan di sini ialah Zoo Taiping me…

Tahniah #DBKL bertindak terhadap penyewa #PPR

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah merampas 225 unit rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) tahun ini setelah penyewanya didapati melakukan pelbagai kesalahan termasuk menyewakan unit mereka kepada warga asing.Tindakan itu merupakan langkah tegas DBKL setelah ia mengeluarkan sejumlah 582 notis rampasan kepada penyewa dari Januari hingga 25 Mei lepas.Pengarah Eksekutif Pembangunan Ekonomi DBKL, Datuk Mohd Sauffi Mohamad memberi amaran bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan penyewa yang didapati melanggar syarat perumahan.Rampasan itu, katanya dibuat melalui enam siri operasi bersepadu yang dijalankan Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL Bersama Agensi Kerajaan.Mohd Sauffi berkata selain menyewakan unit mereka kepada warga asing, sebilangan penyewa juga didapati tidak menjelaskan bayaran sewa kepada DBKL, tidak menghuni (dibiarkan kosong) dan menyewakan kepada penghuni tidak sah (sewa atas sewa).“Lepas ini tiada lagi komp…

#PRKKUALAKANGSAR: Suasana masih dingin

Suasana PRK Kuala Kangsar masih sejuk, namun hari ini YB Khairi Jamaluddin menteri belia dan sukan telah menghangatkan pagi ini dengan program Fit Malaysia.  Puluhan ribu anak muda telah menyertai larian 5km/10km, berbasikal sejauh 10km/30km dan senaman robik

Buat masa ini belum ada bunyi siapakah calon PAN, atau lain-lain  yang akan bertanding. Calon BN  dan PAS sudah diketahui umum.

Calon Pas iaitu Dr Najihatussalehah bukan lah muka baru dalam Pas Perak, beliau adalah Ketua Muslimat Pas yang pernah bertanding dalam  pilihanraya umum ke 13. 

Beliau bertanding  mewakili Pas di N38 Belanja menentang calon Umno iaitu YB Dato Nizar Zakaria. Beliau mendapat 4,728 undi dan Nizar 7,691 undi. BN menang dengan majoriti 2963.

Dr Najihatussalehah terus disandarkan kepercayaan oleh Pas untuk cubaan seterusnya. Walaupun beliau bukan  anak tempatan,  tetapi pencalonannya telah menutup cerita  ura-ura bahawa orang kuat Pas Kuala Kangsar iaitu  Dr Raja Iskandar Al-Hiss bakal memikul tugas Pas.

D…

PRK Kuala Kangsar: Calon BN Penuhi Lima Elemen Ditetapkan Parti

KUALA KANGSAR, 28 Mei (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar bulan depan, Datin Mastura Mohd Yazid menepati semua lima elemen yang ditetapkan oleh parti termasuk seorang yang profesional.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selain itu pemilihan Mastura juga dibuat kerana beliau sangat memahami faktor muka bumi Kuala Kangsar di samping mesra dengan masyarakat."Calon juga faham mengenai parti (UMNO dan BN) dan tidak akan menyanggah kepimpinan bahagian. Kita juga mahu memberi keutamaan kepada tulang belakang kita (Pergerakan Wanita UMNO)," katanya pada majlis pengumuman calon BN dan pelancaran jentera BN bagi PRK Kuala Kangsar di sini hari Sabtu.Mastura, 55, merupakan balu kepada Anggota Parlimen sebelum ini Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.Ibu kepada empat anak itu merupakan seorang graduan undang-undang universi…

SIAPA NAK PERCAYA RATU NAGA? BLOGGERS PRO TUN M MEMPERMAINKAN AL QURAN KERANAI KANTOI PASAL TANDATANGAN PALSU KONONNYA 1.2 JUTA ORANG SOKONG DEKLARASI TUN M-KIT SIANG.

1. Bila sudah kantoi, Ratu Naga terpaksa memperalatkan Al Quran (seperti gambar) sedangkan perbualannya (Syarul Ema Rena Abu Samah) atau Ratu Naga yang terlibat dalam pemalsuan 1.2 juta tanda tangan Deklarasi Mahathir-Kit Siang bersama dengan pengaturcara komputer bebas, Azharuddin Othman di aplikasi whatsapp menjadi viral hari ini.

2. Dalam paparan skrin yang dirakamkan, didedahkan arahan Ratu Naga agar Azharuddin tidak mengambil data dari kalangan mereka yang lahir dari tahun 1978 ke atas kerana hanya mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja boleh menandatangani deklarasi teraebut.

3. Turut didedahkan, kenyataan Ratu Naga yang menyebut "yang betul sign hanya RM300k je sebenarnya," "so kita kena tulis kat borang tu sendiri."

4. Antara perbualan lain yang didedahkan adalah:
"200k orang mati ko bagi wey"
"Yang 700k tu dalam 300k tentera dan indon"
"Tapi make sure Sabah Sarawak tak ada sbb deklarasi rakyat tak p sana lagi"
"ingat mukhri…

Kejayaan BN di Sarawak jadi momentum dua P. R. K

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Kejayaan Barisan Nasional (BN) Sarawak dalam pilihan raya negeri baru-baru ini diharapkan dapat memberikan momentum serta nafas baharu kepada BN dan juga UMNO di negeri-negeri lain dalam usaha menjamin kemenangan termasuklah di dua pilihan raya kecil iaitu Kuala Kangsar dan Sungai Besar serta pilihan raya umum akan datang, demikian kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.Menurut Najib, mesyuarat Majlis Tertinggi yang diadakan hari ini telah membincangkan tentang beberapa faktor yang dilihat menjadi penyumbang kepada kemenangan BN Sarawak bagi memastikan kejayaan BN dalam PRK dan pilihan raya umum akan datang dapat terus dikekalkan."Mesyuarat MT UMNO hari ini bermula dengan kita menyampaikan ucapan tahniah kepada BN Sarawak yang berjaya memenangi PRN di atas kemenangan yang cemerlang. Kita juga berharap agar kejayaan BN Sarawak ini dapat memberikan momentum dan nafas baharu bagi kepada BN dan UMNO di negeri-negeri lain."Sehubungan dengan itu, MT …

MENGENAI USUL MEMINDA AKTA 355 BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH SEDIA ADA*

KENYATAAN MEDIA

Segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Usul persendirian yang telah dibawa oleh YB Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dibentangkan di Parlimen. Usul yang dibawa ialah bagi meminda Akta 355 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah sedia ada.

Bagi membetulkan persepsi yang disebarkan oleh beberapa pihak, usul ini sebenarnya bukan bertujuan untuk mewujudkan undang-undang baru sepertimana yang digembar gemburkan oleh sesetengah pihak selama ini.

*Pindaan terhadap Akta 355 ini, bermatlamat untuk memperkasakan bidang Perundangan Syariah yang sedia ada, kepada sistem yang selari dengan perkembangan semasa dan berakar kukuh kepada sumber-sumber perundangan syariah yang diiktiraf di dalam Islam.*

Pindaan ini akan meningkatkan jumlah hukuman di Mahkamah Syariah yang telah begitu lama tidak dipertingkatkan. Kuasa merotan sebanyak maksimum 6 kali sebatan, denda tidak lebih RM 5000 dan penjara tidak lebih dari 3 tahun, antara perkara yang akan disentuh d…

KENYATAAN SETIAUSAHA AKHBAR PERDANA MENTERI MENGENAI PENIPUAN TERBARU WALL STREET JOURNAL

27 Mei 2016

1. Satu siasatan perlu dimulakan bagi mengetahui mengapa pihak Wall Street Journal mencampuri hal ehwal dalaman dan politik negara.

2. Dalam laporan palsu terkini mereka hari ini, pihak WSJ menuduh Perdana Menteri tidak disoal siasat oleh pihak penyiasat Malaysia, mendakwa bahawa siasatan yang telah membersihkan Perdana Menteri dari sebarang salah laku adalah "dijejaskan oleh tekanan politik dan kurangnya ketelusan".

3. Tetapi di dalam rekod awam, malah turut mendapat liputan media yang luas bahawa pada ketika itu, Perdana Menteri telah disoal siasat selama beberapa jam oleh pihak penyiasatan utama bagi kes ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 5 Disember 2015. Perdana Menteri telah memberikan kerjasama yang penuh dalam siasatan berkenaan, serta mengarahkan semua badan yang terlibat melakukan perkara yang sama.

4. Pihak WSJ bukan sahaja tidak mengendahkan fakta berkenaan, malah berbohong dan menyatakan bahawa Perdana Menteri tidak disoal siasat. Ini menunj…

‘Failure to build spiritual strength from young will produce callous citizens’

TAIPING: The Sultan of Perak, Sultan Nazrin Shah said the country would be producing 'robotic' individuals who function in a mechanical manner if spiritual strength were not built in them from an early age.

"Internal strength including spiritual is the main bastion to prevent and protect mankind from easily succumbing to lust and greed.

"Internal and spiritual strength will avoid mankind from committing acts that are against the principles of humanity, against the law and against religious teachings," the sultan said in his speech at the state-level Teacher's Day celebration 2016 at Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, here, yesterday.

At the event, Sultan Nazrin presented the Perak Distinguish Teacher Award to Abd Majid Yusof, 62, former head of the Management Division, Perak Education Department.

The sultan said the Cabinet Committee had in 1979, resolved to emphasise on the importance of inculcating noble values through the national education system.

He…

Isu deklarasi rakyat sampai ke puncak

Kelmarin, pendedahan seorang pengatur cara komputer telah mengejutkan politik tanah air.

Azharuddin bin Othman 30 tahun mendedahkan bahawa seorang penyokong mantan perdana menteri yang dikenali sebagai Ratu Naga telah menghubungi beliau untuk mendapatkan data pengundi PRU 13.

Data tersebut mengandungi jutaan nama, alamat dan maklumat lain yang diperlukan deklarasi rakyat.

Pada mulanya deklarasi tersebut menghadapi masaalah jumlah tanda tangan yang rendah. beberapa orang aktivis berselisih pendapat mengenai angka, namun segala permasalahan selesai dan mereka mendakwa telah dapat sokongan dan tanda tangan berjumlah 1.2 juta rakyat.

Kini dengan pendedahan kelmarin jelas telah mmbuatkan deklarasi rakyat 1.2 juta sudah boleh dibakul sampahkan.

Nasib baik deklarasi tersebut tidak dapat diiserahkan kepada pihak Istana Negara. Maka selamatlah mereka walaupun deklarasi tersebut telah siap sepenuhnya.

Andai kata deklarasi tersebut telah sampai ke istana, jawabnya panas bontotlah. Ia akan member…

Isu Rasuah, Seks : Rafizi Diingatkan Jangan Main “Kong Kali Kong”

KUALA TERENGGANU, 26 Mei – Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris mengharapkan agar Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan mengotakan janjinya untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa pada Isnin depan berhubung dakwaannya tentang salah laku rasuah, seks yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh PKR hari ini.Beliau juga mengharapkan Rafizi tidak akan berdolak dalih atau 'kong kali kong' dan memberikan seribu alasan untuk tidak membuat laporan tersebut pada tarikh yang dijanjikan itu."Saya berharap Ahli Parlimen Pandan tidak berdolak dalih lagi berhubung laporan yang mahu dibuatnya pada Isnin ini berkenaan salah laku rasuah yang berlaku di mana ianya melibatkan kakitangan awam di dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor."Sepatutnya, sebagai ahli politik yang memperjuangkan intergriti dan sebagainya, Rafizi lebih awal buat laporan kepada pihak berkuasa tentang isu salah laku ini sebaik saja …

Juruterbang terlena,

HANYA beberapa jam selepas pesawat EgyptAir MS804 hilang dari radar dan disahkan terhempas di Laut Mediterranean hingga mengorbankan 66 nyawa, sebuah pesawat Delta Airlines dengan nombor penerbangan DL 8957 dari Jerman ke Kuwait dilaporkan tersesat di wilayah udara Greece.


Susulan itu, pegawai trafik udara di Greece terus menghubungi juruterbang bagi mengetahui masalah sebenar yang sedang dihadapi oleh pesawat komersial Perancis tersebut termasuk kemungkinan dirampas pengganas.


Namun, keadaan panik mula tercetus selepas juruterbang pesawat itu pula langsung tidak bertindak balas sehingga memaksa pegawai trafik udara segera melaporkan perkara itu kepada Kementerian Pertahanan Greece.


Dua buat jet tempur tentera udara Greece jenis F-16 kemudiannya dikerahkan untuk memintas dan mengepung pesawat model Airbus A320 yang mungkin sesat di laluan tersebut.


Hasilnya pilot jet tempur mendapati juruterbang pesawat Delta Airlines berkenaan, dipercayai dalam situasi terlelap selepas meletakkan jentera…

Lelaki Hina TMJ Menerusi Twitter Direman Dua Hari

JOHOR BAHARU, Seorang penolong pengurus syarikat insurans yang ditahan berikutan tindakannya memuat naik komen berunsur penghinaan terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam laman sosial baru-baru ini, direman selama dua hari bermula hari ini. Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata suspek berusia 29 tahun yang berasal dari Temerloh itu dipercayai bekerja dengan syarikat berkenaan kira-kira tujuh tahun. Suspek ditahan di tempat kerjanya di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur kira-kira pukul 10.50 pagi semalam dan polis turut merampas seunit telefon bimbit serta dua simkad, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Suspek menggunakan akaun Twitter 'Keluang Man' itu didapati mengeluarkan komen tersebut sebagai reaksi terhadap gambar manipulasi grafik yang memaparkan TMJ sedang menikmati hidangan seekor gajah ditulis perkataan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) dalam laman Twitter Johor Southern Tiger. -- BERNAMA

GUAN ENG MENIPU DALAM SIDANG DUN PULAU PINANG

DATO' LOKMAN ADAM:


"Magnificent Emblem tidak berjaya dalam tender terbuka untuk membeli tanah tersebut kerana tidak mematuhi syarat permintaan untuk cadangan (RFP), bukan sepertimana yang didakwa anasir-anasir tidak bertanggungjawab.

"Tender tersebut akhirnya ditawarkan kepada Weslite Dormitory (Penang-Juru) Sdn Bhd yang menawarkan harga tertinggi.

"Hanya sebidang tanah di Juru yang ditender sedangkan tender di Batu Kawan tidak diteruskan."

Tiga petikan transkrip di atas merupakan petikan ucapan dan jawapan Ketua Menteri Regim DAP Pulau Pinang sewaktu ditanya tentang skandal banglo dan tanah Taman Manggis yang melanda kerajaan Negeri dan beliau pada 18 Mei 2016 yang lalu.

Dokumen-dokumen kerajaan negeri yang didedahkan pula menunjukkan sebaliknya.

Apakah tindakan yang telah dan bakal diambil oleh  Speaker DUN Pulau Pinang dalam perkara ini?


Sent from Samsung tablet.

Taktik Pembangkang Serang Pemimpin, Institusi Kerajaan Untuk Racuni Pemikiran Rakyat

JOHOR BAHRU, 25 Mei – Memang sudah menjadi taktik pembangkang sejak sekian lama  untuk menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan, khususnya melakukan serangan peribadi terhadap pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).ADUN Semarang, Datuk Samsol Bari Jamali berkata, apabila rakyat sudah tidak ada keyakinan kepada pemimpin-pemimpin, maka lebih mudah kepada pihak pembangkang ini menguasai pemikiran rakyat serta mudah untuk mereka berusaha untuk menumbangkan kerajaan."Selain menghilangkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap pemimpin kita, mereka (pembangkang) juga berusaha untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap institusi penting dalam kerajaan seperti Badan Kehakiman, Kementerian Dalam Negeri, Pertahanan, inilah sasaran-sasaran utama mereka untuk diganggu-gugat demi menghakis keyakinan rakyat."Justeru itu, kita harus berhati-hati dan kita boleh menyaksikan apa yang terjadi hari ini apabila pembangkang yang selama ini mengkritik kerajaan BN di peringkat p…

Lotus Elise Received Autocar Readers Champion Award

· Award marks anniversary year of original Elise's launch

· New Lotus Elise Sport starts from just £29,900

Beating some of the best cars ever built, the landmark Lotus Elise has been announced as Readers' Champion during the prestigious Autocar Awards, after tens of thousands of motoring fans voted in an online competition.

From a starting roster of 50, the final shortlist of cars contained just ten contenders and voting was tight as the two-week competition drew to a close.

Receiving the award during the Autocar Awards ceremony on Tuesday evening at Silverstone, Jean-Marc Gales, CEO of Group Lotus plc said: "Winning the Readers' Champion Award shows what a key role the Elise continues to play in the automotive industry.

When it was launched it shook the rest of the automotive industry into acknowledging and understanding the importance of lightweight when producing class-leading sports cars – redefining the segment.

It is one of the all time greats whic…

SPRM LENGKAPKAN SIASATAN TERHADAP LIM GUAN ENG

BERHUBUNG siasatan SPRM terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, SPRM telah melengkapkan siasatan tersebut dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk membuat keputusan ke atas kertas siasatan yang dikemukakan kepadanya.Sekiranya Tan Sri Mohamed Apandi berpuas hati terhadap keterangan kertas siasatan yang dikemukakan, maka tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil.Sebaliknya, sekiranya siasatan SPRM didapati tidak mempunyai keterangan yang mencukupi, maka tiada tindakan undang-undang diambil.Perkara tersebut adalah selaras dengan Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan yang mana kuasa mendakwa adalah di tangan Peguam Negara.SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA25 MEI 2016

Shafie Apdal buat U-Turn

SIAPA sangka, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta agar jentera Barisan Nasional (BN) bekerja keras sehingga calon parti itu menang pada dua Pilihan Raya Kecil (PRK) 18 Jun nanti?Shafie merupakan salah seorang pemimpin parti yang turut terlibat dalam Deklarasi Mahathir dengan tujuan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Selain Shafie, dua lagi pemimpin Umno yang ‘derhaka’ kepada kepimpinan tertinggi parti adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin (bekas Timbalan Perdana Menteri) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (bekas Menteri Besar Kedah).Bagaimanapun, dua pemimpin itu bertindak keterlaluan dengan memfitnah dan mengikut setiap celaan dari Tun Dr Mahathir Mohamed ke atas Perdana Menteri.Ketika Mahathir menyeru kepada rakyat untuk menyokong pembangkang dan mengalahkan calon BN dalam pilihan raya, Shafie bertindak sebaliknya.Dalam Majlis Perasmian Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar di Pulau Lihak-Lihak, Semporna semalam, Shafie dilaporkan telah meminta para je…

Siasatan premis tidak halal

IPOH - Kerajaan negeri sedang melakukan siasatan terperinci berhubung dakwaan sebuah premis makanan di Kuala Kangsar menggunakan sup babi dalam kuah mi kari yang dijual.Exco Kerajaan Negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, ketika ini siasatan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai sijil halal yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).“Serbuan dibuat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak dan Jakim sejak dua hari lalu.“Hasil serbuan kita dapati kedai itu tidak mempunyai sijil halal dan pengusaha premis berkenaan merupakan orang bukan Islam,” katanya.Menurut beliau, premis berkenaan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan sekiranya terbukti sup babi digunakan sebagai ramuan dalam kuah mi kari yang dijual.“Bukan sahaja berkaitan sup babi tetapi ada tiga pekerja Melayu yang bekerja di situ dan ia nampak nak mengaburi mata orang ramai yang datang ke premis tersebut,” katanya.Beliau turut menasihatkan orang Islam yang berkunjung ke…

Petronas nafi sedang berunding jual aset

25 MEI: Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) menafikan firma itu sedang berundingan dengan syarikat dalam industri yang sama dari Rusia, Zarubezhneft untuk menjual aset-asetnya.Petronas “Petronas merujuk kepada beberapa laporan media baru-baru ini yang berpunca dari Rusia mengenai rundingan penjualan ‘aset-aset’ dan ‘kepentingan’ tertentunya.“Kami ingin menjelaskan bahawa Petronas tidak pernah, dan pada masa ini tidak, berbincang dengan mana-mana pihak di Rusia untuk tujuan seperti yang disebut di atas.” kata Petronas dalam kenyataan hari ini.Ia sebagai maklum balas ekoran laporan oleh agensi berita Rusia, Tass, pada Jumaat lalu, yang memetik Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak yang mengatakan Zarubezhneft berminat dengan aset-aset Petronas.“Zarubezhneft menunjukkan minat dalam mengkaji aset-aset Petronas. Pihak-pihak sedang mengadakan perundingan mengenainya,” Novak dilaporkan berkata.“Bagi Zarubezhneft, ia sedang meninjau peluang untuk menjalankan projek-projek Malaysia.“Zarubezhnef…

Penipuan melibatkan 1MDB semakin terbongkar

Simpanan rekod berkenaan dengan dua individu yang didakwa dengan pelbagai kesalahan melibatkan hubungan antara BSI dan 1MDB.
--
Individu pertama : Yeo Jiawei (bekas pekerja BSI Bank) dengan 9 pertuduhan setakat ini.Pertuduhan pertama  (22 April): Membeli hartanah menggunakan dana secara haram di mana beliau menerima SGD200K melalui akaun di Bank of China yang melambangkan “hasil daripada penipuannya”Pertuduhan kedua (28 April): Menipu BSI dengan merahsiakan penerimaan kira-kira AS$1.6 juta setahun. Jumlah berkenaan, menurut kertas pertuduhan adalah sebahagian daripada yuran pengurusan tahunan yang dibayar oleh Brazen Sky Ltd milik 1MDB kepada Bridge Partner Investment Management (Cayman) Ltd.Pertuduhan ketiga (28 April): Cubaan untuk memutarbelitkan proses keadilan dengan meminta Encik Goh Sze-Wei Samuel mengatakan bahawa AS$1.6 juta yang diterima adalah perlaburan daripada beliau.Pertuduhan keempat (5 Mei): Menipu BSI dengan menyembunyikan fakta bahawa beliau menerima sebahagian dar…

Rasuah Wang, Seks : Rafizi Boleh Didakwa Di Bawah Akta 212 Kanun Keseksaan

KUALA LUMPUR,  24 Mei – Seorang pengamal undang-undang, Kamaruddin Ahmad berkata, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sepatutnya bertanggungjawab melaporkan salah laku berhubung skandal rasuah dan seks seperti yang tersebar  dalam perbualannya di aplikasi Whatsapp kepada pihak berkuasa sama ada pihak polis mahupun kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tentang salah laku tersebut.Jelas beliau, sekiranya Rafizi gagal berbuat demikian, beliau boleh didakwa dan dikenakan tindakan di bawah seksyen 212 Kanun Keseksaan kerana melindungi pesalah, kerana perbuatan meminta suapan dalam bentuk wang ringgit mahupun khidmat wanita merupakan satu kesalahan."Tak kisahlah sama ada individu itu wakil rakyat atau orang biasa, perbuatan meminta suapan seperti itu tetap merupakan satu kesalahan. Sekiranya Rafizi gagal berbuat demikian, maka beliau boleh dikenakan tindakan di atas akta 212 kanun keseksaan kerana melindungi individu tersebut."Dakwaan Rafizi itu merupakan satu dakwaan yang …

PROTON RECALLS FOR IMPROVEMENT ·         For Proton Inspira and selected Proton Exora CPS 1.6

SUBANG JAYA, 23 May 2016 – This announcement is made in reference to the recent statement made by Mitsubishi Motors Japan ("Mitsubishi") on 18 February 2016, whereby Mitsubishi announced a global recall of selected Mitsubishi models worldwide for defective right-turn indicator switches.  Since Proton Inspira is a rebadged Mitsubishi model, PROTON Holdings Berhad ("PROTON") wishes to announce a recall of all Proton Inspira manufactured within the period from 2010 to 2014, which was installed with the affected right-turn indicator switches supplied by Mitsubishi. The initiative will involve about 20,330 units of Proton Inspira.



At the same time, PROTON is also taking this opportunity to advise all Proton Exora CPS 1.6 owners manufactured within the period from 2009 to 2015, involving approximately 90,000 units of Proton Exora CPS 1.6, for a precautionary inspection of the fuel-line in the powertrain compartment.



Proton Inspira and Exora owners are therefore advised to …

ADUN BILUT TAK SEDAR DIRI

Sewaktu wakil Kerajaan menggulung hujah dalam sidang hari ini, isu mengenai GST juga turut disentuh.Katanya, perlaksanaan GST ini telah dilaksanakan di beberapa buah Negara lain bagi membantu perkembangan ekonomi di Negara tersebut.Namun, pembangkang di Malaysia menjadikan isu GST ini seolah-olah ianya membebankan rakyat.Bangkit mencelah penggulungan yang dibuat oleh wakil Kerajaan itu, ADUN Bilut mendakwa Negara yang melaksanakan GST itu telah mengadakan Pilihan Raya yang adil dan bersih.Jelas tindakan yang dilakukan oleh ADUN Bilut itu adalah satu tindakan yang menghina Dewan Undangan Negeri sekali gus tidak mengiktiraf keputusan Pilihan Raya yang lalu.Apabila didesak supaya tarik balik kenyataan yang dibuat, ADUN Bilut yang mewakili DAP itu tetap enggan melakukannya.Alasan yang diberikan oleh ADUN Bilut itu, kenyataan tersebut dibuat berdasarkan kepada logik dengan bersandarkan kepada keputusan undi popular.Secara tidak lansung, ADUN Bilut itu sendiri telah memalukan dirinya kerana…

Kemeriahan Sambutan Gawai Dayak di Sarawak

Setiap tahun masyarakat Iban, Bidayuh dan lain-lain etnik Sarawak akan menyambut Gawai bermula 31 Mei dan berakhir 1 Jun setiap tahun.

Gawai bermaksud pesta, dan pesta yang di sambut ialah pesta menuai. Sambutan Gawai Dayak tidak meriah sekiranya tidak ada pertandingan ratu cantik mencari gadis untuk dinobatkan sebagai kumang

Berikut adalah sebahagian kumang yang telah menyertai pertandingan di seluruh daerah di Sarawak termasuk Pulau Labuan untuk tahun 2016



















#GAYU GURU GERAI NYAMAI