Selasa, 31 Mac 2009
SPR KENA KREATIF DI BUKIT SELAMBAU
SPR pening juga nak fikir nak cetak kertas undi, Ada kata nak buat dalam saiz A4.
Apa pun ok sahaja, tetapi yang saya nak syorkan ini mungkin ditolak oleh SPR walaupun ia kreatif.
Kertas undi biasanya dicetak secara hitam putih di atas kertas tebal yang berwarna. Dalam kertas hanya ada Nama calon dan lambang parti yang mereka wakili.
Di Bukit Selambau kekeliruan akan berlaku. Terutama kepada calon Bebas yang sudah pasti akan kalah besar. hanya PKR dan Bn saja akan mendapat undi tertinggi. 13 lagi mungkin hilang wang pertaruhan.
Saya ingin cadangkan supaya SPR mecetak gambar calon juga dan nama calon di bawah. Disebelah kanan letakkan lambang calon, dan bahagian tempat memangkah saja perlu diubahsuai.
Tak perlu sediakan pencel dan pemadam. Cuma gores sahaja macam gores tikit parking kereta. atau peraduan gores dan menang. Apa macam boleh terima tak SPR?
Kebaikannya ialah tak akan ada undi rosak.. kecuali yang lembab saja atau yang mabuk saja akan gores semua.
PAS BENCI TABLIGH(TABLIQ)
Mereka kadangkala melarang kumpulan Tabliq dari berkunjung ke masjid-masjid yang dikuasai oleh mereka. Pada hal katanya masjid itu bukan milik mereka.
Itulah Pas hanya mementingkan politik duniawi. Mahu Tabliq ikut telunjuk mereka. Mereka mahu tabliq ikut cara mereka maki hamun orang lain.
Ada yang sanggup memanggil kumpulan Tabliq sebagi puak-puak tok janggut. Buruk perangai Pas. Nabi sendiri menggalakkan umatnya menyimpan janggut. hukum sunat. Menghina tabliq yang menyimpan janggut samalah menghina nabi besar kita.
Bahan Kempen Haram Pas.
Pas kelentong lagi...dengan angka
Nak kelentong kata 50 ribu penyokong PR lantaklah, baik cakap 1 juta. Aku ada di sana...jangan nak kelengtong lah...
TAKBIR TAKBIR TAKBIR UNTUK SIVAKUMAR
Melucukan ialah penyokong Pas boleh bertakbir tanda sokongan ucapan Sivakumar. Mana akai depa...?
Sivakumar pun naik tocang lah. Rancak berbohong mengenai krisis perlembagaan yang dicipta oleh mereka sendiri.
Selain dari itu Siva juga menghina institusi kerajaan dan penjawat awam. Polis tak betul, SPR, KDN tak betul. SPRM tak betul. Semualah asal berkait dengan BN dan kerajaan tidak ada yang betul bagi mereka.
HARAKAH BIL 1425-KELUARAN 23-26 MAC 2009
Hari ini Prof Bari telah menjadi begitu terkenal di kalangan orang Pas. Ucapannya dan ayat-ayat power beliau boleh dibaca di dalam Harakah dan internet.
Berbalik kepada ayat di atas, kenapa Aziz Bari bercakap lain di Perak dengan menyatakan Sultan Perak tidak berkuasa memecat Nizar.
Isnin, 30 Mac 2009
Bkt Selambau tak sama Bkt Gantang
Persoalan timbul ialah di mana pendirian Pas yang menyokong calon Hindu? Teringat kisah Nizar Namrod yang bertanding di DUN Pasir Panjang Perak yang menentang calon Mic dari golongan Hindu.
Apa kata Nizar. "HARAM BAGI ISLAM MENGUNDI CALON BUKAN ISLAM DAN AKAN DIPERSOALKAN DI AKHIRAT KELAK"
Bagaimana pula ayat power PAS untuk digunakan di Bkt Selambau?
Kali ini di Bukit Gantang Nizar tak boleh lagi guna ayat power di Pasir Panjang. Hari ini dia mainkan isu lain pula, nak tahu rujuk Youtube di bawah.
Kategori apakah manusia bernama NIZAR ini? Dah lah berlagak macam samseng dalam kempen semalam. Melantak di restoran tak halal..
Pas mendakwa penyokong Pas ramai..biarlah sejuta pun siapa peduli.
Penyokong Bn dikehendaki memasuki bandar Taiping menggunakan Jalan Taming Sari dan Penyokong Pembangkang di alirkan ke Jalan Kota. Cuma Dajal Karpal Singh saja yang masuk melalui Jln Taming Sari dan dia telah dibaling dgn botol dan objek lain. dia juga telah membuat aduan polis di Taiping. Polis dalam berita menyalahkan Karpal kerana masuk jalan yang salah. Tengok dalam berita malam tadi keretanya jenis Toyota Alphard putih. betul atau tidak saya tak pasti , sebab tidak berada di lokasi semasa insiden berlaku, kalau ada boleh ambil gambar.
Bloggers Pas seperti biasa bermegah dengan kuantiti. Biar lah. Tetapi sepanjang 2 jam saya berada di sana jelas menunjukkan lebih ramai penyokong dari BN. Saya bukan setakat melihat penyokong Pas dari jauh, tetapi telah masuk dalam kumpulan Pas sendiri. Pas ramai datang dengan kereta, van dan mpv. Manakala BN dari luar datang dengan bas persiaran dan bas sekolah. ada yang diletakkan sepanjang Jalan Stesen menghala ke Stesen Keretapi. Rombongan motosikal dan kereta BN diletakkan di perkarangan SK KE VII.
Suasana memang tenang di sebelah BN. Kebanyakan orang Bn lebih gemar bertemu dan berbual sesama rakan lama dan baru, Ada rakan-rakan yang lama tak jumpa tiba-tiba bersua muka dan sudah tentu panjang cerita mereka. Yang sibuk terjerit-jerit seperti biasa lah ialah puak Pas.
Jam 11 lebih FRU dikerahkan ke Padang Esplanade . rakan polis melaporkan terdapat suasana tegang di sana. saya tidak mahu kesana. Ada juga puak-puak Pas yang menyamar dengan memakai baju T BN. Saya tahu dan saya kenal, mereka mengusung kamera video dan kamera still. Apa ke hee nye.?
Semasa pengumuman calon oleh Dato Mahmod Pengarah SPR Daerah , saya sudah balik untuk bergegas ke Alor Star, dalam perjalanan balik ramai Pas mengisi minyak di Petronas Kamunting untuk balik ke destinasi. Hairan kenapa Petronan menjadi pilihan mereka.
Di Rehat dan Rawat Bukit Merah, juga di penuhi kereta-kereta langau untuk balik ke Utara. Slang mereka ada slang Kedah dan ada slang Penang. yang melucukan seorang langau makan tak bayar dan dikejar oleh oleh pekerja gerai makan, selamba dia kata dah bayar, siapa betul dan siapa salah, hanya Allah yang mengetahui.
Sampai di persimpangan Sg Petani Selatan beberapa buah kereta yang dilihat di Bukit Merah telah membelok masuk ke Sg Petani. Hairan, bersusah payah mereka turun ke Taiping, padahal mereka langau hijau tu perlu membantu rakan mereka yang behimpun di sekolah teknik di sana. Apakah Pas sudah memboikut calon India dari PKR?
Yang pasti di Bukit Merah saya hanya melihat seorang hanya beberapa kerat saja penyokong BN yang singgah di RR itu. Ini menunjukkan ramai penyokong Pas adalah dari luar. Yang penting ialah undi.
Seperti dalam pos lalu saya menyatakan Nizar adalah pilihan Ngeh kapir harbi, dan hari ini Ngeh sendiri mengakui bahawa dialah orangnya yang mahukan Nizar bertanding di Bkt Gantang, Nah,,,,,,siapa berkuasa? Nik Aziz atau Ngeh?
Betullah kata saya Nizar ialah pawahan Dap. Kita selalu dengar orang pawah kambing, lembu dan kerbau. Ini Nizar yang kena pawah. Lantak lah janji Nik Aziz dan sokong kira orait lah tu.
Ahad, 29 Mac 2009
DAP berlakon sokong PAS
Semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Perak diarahkan supaya tidak menghadiri majlis angkat sumpah Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang baru, yang dijadualkan berlangsung di Istana Iskandariah esok.
Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan untuk melantik ADUN Pasir Panjang itu sebagai Menteri Besar Perak, amat mengejutkan dan membingungkan pemimpin-pemimpin DAP.
"Memandangkan pelantikan Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar Perak itu mewakili parti politik yang ketiga yang paling kecil dalam kerajaan campuran yang dicadangkan, ia tidak mendapat mandat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC)," katanya.
Beliau berkata sehubungan itu wakil rakyat DAP Perak tidak akan menghadiri majlis mengangkat sumpah Menteri Besar yang dijadualkan esok.
"Mesyuarat tergempar CEC yang diadakan di Pulau Pinang Ahad lepas sudah memberikan kebenaran untuk pembentukan sebuah kerajaan campuran Perak yang mengandungi 18 wakil rakyat DAP, tujuh wakil rakyat PKR dan enam wakil rakyat PAS," katanya.
Lim, yang merupakan Anggota Parlimen Ipoh Timur berkata DAP bersedia menerima Pengerusi DAP Negeri dan ADUN Sitiawan Ngeh Koo Ham, atau ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dari PKR sebagai Menteri Besar Perak.
Hudud taruhan rundingan PAS-DAP
Syarat DAP itu selepas ia bersetuju menerima wakil rakyat PAS Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar.
"Selepas kira-kira tiga jam perbincangan di antara pihak PAS yang diketuai saya dengan DAP yang diketuai pengerusi negeri Ngeh Koh Ham, pemimpin pusat DAP bersedia mengubah pendiriannya dengan mengenakan syarat supaya DAP diberi lapan jawatan exco dan PAS berjanji tidak melaksanakan hukum hudud dalam kerajaan campuran ini," kata Ahmad.
Dalam ucapannya bagi menyambut kejayaan parti itu mentadbir Perak yang disiarkan media rasmi PAS Harakahdaily, beliau berkata selepas campur tangan istana yang mengubah senario awal politik, tuntutan DAP agar PAS menggugurkan hudud tidak lagi berbangkit.
"Bagaimanapun syarat-syarat itu gugur kira-kira jam 11 malam setelah wakil PAS dan DAP dititah menghadap Tuanku di Istana Kinta," katanya.
"Yang paling penting syarat yang mereka kenakan iaitu lapan exco dan isu hudud gugur dengan sendirinya."
Ahmad mendedahkan saat-saat awal rundingan antara dua parti itu, sejurus selepas keputusan rasmi pilihanraya umum 8 Mac diketahui awal pagi keesokannya, sehingga ketegangan muncul apabila tokoh utama DAP Lim Kit Siang mengugut untuk memulaukan majlis angkat sumpah Mohamad Nizar.
Ketegangan sekali lagi muncul apabila PKR tidak berpuas hati dengan pengagihan jumlah kerusi exco. Parti itu mendakwa ia menerima satu jawatan sahaja.
Bagaimanapun keputusan akhir yang kekal hingga kini, DAP mendapat enam exco, PKR (tiga) dan PAS (satu).
Ahmad mengulangi saat-saat bersejarah PAS di negeri itu dalam satu taklimat kepada menteri besar baru-baru ini yang dihadiri 700 pemimpin-pemimpin parti itu, termasuk peringkat cawangan, di kediaman rasmi Mohamad Nizar.
Dalam ucapannya 'Enam kejayaan PAS Perak' di laman web PAS itu, Ahmad berkata kerjasama dalam pentadbiran negeri telah menjinakkan DAP yang dianggap "parti yang tidak begitu sehaluan dengan PAS" menjelang pilihanraya umum.
"Selepas pilihanraya ke-12 dan pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, pemimpin DAP bukan sahaja mudah bersefahaman dan mesra dengan pemimpin PAS di peringkat negeri, bahkan sentiasa menghormati pandangan pemimpin PAS sama ada mereka yang berada di dalam atau di luar kerajaan," katanya.
Beliau turut mendedahkan, Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah juga mula berminat mengenali Mohamad Nizar selepas hari pertama rombongan ketiga-tiga parti itu menghadap baginda di Istana Kinta.
"Hubungan terus terjalin melalui beberapa pertemuan dengan pihak istana ketika menghadapi saat-saat kritikal mengenai pelantikan MB dari parti PAS," tambahnya.
RM 70 juta baik pulih Bkt Antara Bangsa tak sebut membazir pun
Lagi pembaziran sedang berlaku di Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang
Saturday, 28 March 2009 • Kategori: Berita Negeri, Berita Semasa, Nasional, Parlimen, Perak, Politik, Selangor & Putrajaya, VideoBUKIT GANTANG 28 Mac (SK) : Sejumlah RM15 juta dijangka akan ‘hangus’ dibelanjakan oleh kerajaan Umno/Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang kali ini.
Seperti yang diumumkan Timbalan Menteri Dalam Negeri Chor Chee Heung berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) membelanjakan RM15.153 juta bagi penugasan operasi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu Januari lalu, perkara yang sama akan berlaku dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang.
Chor berkata penugasan tersebut melibatkan pegawai polis daripada semua jabatan dan cawangan dalam PDRM seperti Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan, Trafik, Unit Udara Polis dan Tugas Am.
Ia adalah kerana, kerja-kerja mendirikan khemah (kanopi) untuk penugasan polis secara besar-besaran sedang dilakukan serta merta di tanah lapang jalan ke Kuala Terong disini.
Rakyat akan melihat pembaziran hasil kerajaan dan keuntungan diraih oleh pihak-pihak tertentu yang berpihak kepada Umno di Bukit Gantang.
Pada pilihanraya kecil yang lalu, Pas menegaskan penugasan polis secara besar-besaran tidak perlu dalam pilihanraya itu kerana tidak ada apa-apa ketegangan luar biasa yang berlaku dan pilihanraya berlangsung dengan suasana aman dan tenteram
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Ulasan Taipingmali,
Walaupun 20 juta di belanjakan oleh Polis dalam menjaga keamanan negara ia satu langkah bijak. PDRM telah memandang jauh ke depan.
Keselamatan rakyat mesti diutamakan. keselamatan negara perlu dijaga.
Pengalaman PDRM dalam menghadapi PRK sebelum ini sudah cukup mencabar dan semakin hari PDRM semakin matang dan bijak menguruskan PRK dan PRU.
PRK 036 membuktikan dengan kawalan PDRM yang ketat maka tidak ada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
Rakyat tahu DSAI ialah bapa perusuh negara sejak tahun 70an lagi. Sejak pemecatan beliau 1998, beratus-ratus program yang boleh membawa kepada rusuhan dan ketegangan telah dimulakan oleh puak-puak ini.
Perangai buruk puak-puak inilah yang menyebabkan PDRM terpaksa bertindak lebih bijak dari tahun ke tahun. Saya yang sentiasa berulang alik ke kawasan PRK 59 atas urusan kerja rasa begitu selamat dengan kawalan polis yang ramai .
RM 15 juta ialah angka yang telah disebut dalam parlimen dalam penguran PDRM di P36. Itulah modal mereka di P59. Bising sungguh kononnya pembaziran.
Kenapa tak sebut pembaziraan BN yang memperuntukkan RM70 juta untuk membaiki kerosakan muka bumi di Bukit Antarabangsa.
PKR Tak Faham Undang-Undang ROS 1966
Pembubaran Balkis:JPPN Selangor Ditegur
Thursday, 26 March 2009 | Ruangan: BeritaSHAH ALAM, 26 Mac - Tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri (JPPN) Selangor yang menurut anggota Selcat, Mohamed Azmin Ali, tidak memberi nasihat dan ulasan yang tepat kepada jabatan di peringkat pusat berhubung pembubaran Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) dikesali.
Azmin berkata sebagai satu badan di peringkat negeri, JPPN Selangor seharusnya bertanggungjawab memandangkan ia yang telah meluluskan perlembagaan Balkis.
“Mengapa JPPN Selangor ambil inisiatif meluluskan perlembagaan (Balkis), tetapi tidak mengambil inisiatif untuk memastikan sama ada perlembagaan itu dipatuhi atau tidak?,” katanya.
Menurut Azmin, juruaudit bagi Balkis turut mengesahkan yang Balkis tidak memberi penyata kewangan bagi tahun 2007 untuk diaudit walaupun telah diminta beberapa kali.
“Adakah Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya telah melanggar peruntukan dan perlembagaan?,” soal Azmin.
Apa yang menjadi persoalan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan atau Selcat ialah bagaimana permohonan Balkis untuk dibubarkan diberi kelulusan walaupun penyata kewangan mereka tidak diaudit.
Hadir memberi keterangan hari ini saksi kesembilan Pegawai Pendaftar Pertubuhan JPPN Selangor, Tairah Yusof.
Pengerusi Selcat, Teng Chang Khim pula berkata selepas pembatalan pendaftaran Balkis, semua harta akan diuruskan oleh Jabatan Insolvensi. Ini katanya membawa maksud yang penyata kewangan Balkis yang dihantar ke jabatan itu sudah terlebih dahulu dihantar ke JPPN Selangor.
Menjawab soalan itu, Tairah berkata beliau tidak tahu mengenai perkara itu.
“Mana boleh tidak tahu, kamu yang proses, bila (permohonan untuk pembubaran) sudah lengkap baru hantar ke Putrajaya,” soal Teng.
“Kami ingat ia (penyata akaun) yang betul,” jelas Taira.
Menurutnya lagi, selepas mengemukakan permohonan berkenaan kepada pengarah untuk ditandatangani, beliau tidak tahu perkembangan perkara berkenaan selepas itu.
“Ia bukan bidang kuasa kita untuk mengkaji sama ada penyata itu telah diaudit atau belum. Pada saya, kalau dia (Balkis) bagi (penyata) yang tak betul, itu kesalahan dia,” katanya.
Teng berkata jabatan itu seharusnya menyemak dengan teliti permohonan Balkis yang minta dibubarkan, termasuk penyata kewangannya yang perlu diaudit oleh juruaudit yang dilantik mengikut perlembagaan.
“JPPN langsung tak tengok, lebih baik kita musnahkan sahaja Akta Pertubuhan kalau tak semak,” kata Teng.
Tairah berkata urusan penyemakan diuruskan oleh unit kawalan jabatan itu. - NOOR ALLIA KASSIM
=============================================================================
UlasanTaipingmali;
Balkis adalah pertubuhan yang ditubuhkan oleh isteri-isteri ADUN BN Selangor secara sah dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.
Dalam man-mana pertubuhan akan tercatat Fasal yang terakhir dalam Undang-Undang Pertubuhan jelas menyatakan tentang hak dan kuasa 3/5 daripada ahli boleh membubarkan pertubuhan dan ahli yang hadir bersetuju dengan apa cara sekali pun bagaimana menguruskan wang pertubuhan. Setelah ditolak semua perbelanjaan dan hutang-hutang pertubuhan maka wang boleh dimanfaat dengan cara baik dan dipersetujui oleh 3/5 ahli.
Hairan kenapa PKR Selangor masih tidak faham. PR tidak boleh mengambil alih Balkis. Balkis sudah dibubarkan secara sah. PR boleh menubuhkan persatuan lain dengan nama sendiri. Jangan jadi bodoh . setahun sudah berlalu, mana pertubuhan isteri-isteri ADUN PR Selangor.
PR nampaknya cuba mengalih perhatian dari membicarakan PRK 7 April ini dengan membawa isu Balkis.
Sabtu, 28 Mac 2009
Kita Wajib Tolak Pas
1963 Dewan ulama Pas Kelantan telah memutuskan bahawa orang Islam yang bekerja samadengan kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram dan diikuti pula amanat Haji Hadi Awang pada April 1981, menyatakan sesiapa dikalangan pengikut Pas yang mati kerana melawan UMNO adalah mati syahid.
Hadi Awang membuat amanat itu semata-mata kerana padanya UMNO mempertahankan perlembagaan penjajah, padahal Pas juga menggunakan perlembagaan yang sama (Undang-undang tubuh Pas 6 (11)
Pas juga mempertahankan Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif dalam PRU 1999.
Kenyataan TG Nik Aziz pada 15 April 1995 bahawa tokoh -tokoh agama UMNO sama dengan ahli kitab Yahudi dan Nasrani, yang menentang Nabi Muhammad SAW.
24.01.1999 TGNA berkata di Kpg Pulau Melaka bahawa Pas sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik termasuk DAP dalam menghadapi PRU. malah dengan syaitan sekalipun dia terima sebagai kawan.
Sebaik sahaja memegang tampuk pemerintah Terengganu pada 1999, Hadi Awang mempersendakan hudud dengan mengatakan perlaksanaan hukum hudud akan melalui proses yang panjang.
(Padahal hudud adalah satu aspek daripada 0.001 daripada hukum Islam.)
1999 TGNA sanggup menghina Allah dengan mengatakan Allah juga memaki, mencemuh dan mencarut semata-mata hendak membela seorang ahli Pas yang menulis buku berjudul 'Shit"
Ajaran Islam tidak melarang umatnya mencarut asalkan kena pada masa dan tempat. di mana Shahnon Ahmad telah menggunakan perkataan carut dan lucah dalam karyanya yang terang-terang bercanggah dengan Islam.
Ini adalah contoh bagaimana pemimpin Pas membuat sesuatu hukum hanya semata-mata kepentingan kuasa dan politik mereka.
Natijahnya, sehingga kini pengikut Pas dan penyokong Pas masih lagi taksub berpegang kepada kata-kata pemimpin mereka.
Kelab Hiburan Malam bersepah di Taiping semasa Nizar Namrod menjadi MB
11 bulan Nizar memerintah, bandar Taiping perlahan-lahan berubah menjadi bandar yang happening waktu malam. Tak percaya? Datang sendiri lah. YDP Taiping hilang kuasa.
Dap yang meluluskan lesen pusat2 hiburan malam. Pelayan-pelayan atau amoi-amoi pun berpakaian macam yang ada di negara jiran.
Tak percaya tengok sendiri. Bila letih berkempen di Bukit Gantang turunlah ke Bandar Taiping mahu apa semua ada. Pekan simpang pun ada..
Sekarang bila BN ambil balik cukup susah nak hapuskan. Nak tutup pun dah tak boleh...tengok sajalah sampai seripanggung jadi hantu kubur.
Panas dari Bukit Gantang.
Hari ini Nizar and the gang telah keluar ke pekan Simpang berjumpa dengan peniaga-peniaga di pasar basah datn kawasan-kawasan sekitar untuk kempen haram mereka. Nizar telah melanggar peraturan berkempen.
Malam ini pula satu majlis makan besar telah diadakan di sebuah restoran cina di bandar Taiping. Restoran tersebut bukan lah bertaraf HALAL. Ramai tetamu Pas telah menjamu selera dan menyampaikan taklimat kepada pengundi cina dan india.
Majlis gilang gemilang ini dianjurkan oleh DAP.
Jumaat, 27 Mac 2009
Siapa Lebih Telus, Pas atau Umno ?
Sebagai contoh , pengisytiharan harta. Hanya Selangor saja yang berani buat, itu pun setelah diasak oleh pembangkang (BN). Akhirnya Khalid Gagap pun mengisytiharkan harta kuncu-kuncu mereka. Ok Tahniah walau tak berapa telus , mereka buat juga. Anwar Ibrahim di Pulau Pinang sudah gabra takut ada desakan supaya semua MP dan Adun Pakatan Rakyat di negeri itu mengisytiharkan harta mereka. Buat masa ini Ustaz Lim minta-minta dan berdoa agar tidak ada suara yang minta mereka telus dalam bab ini.
Fokus saya seterusnya ialah keahlian parti Pakatan Rakyat. Mereka begitu merahsiakan akan keahlian ahli parti mereka. Pas, Dap atau Pkr sama saja. Takut tak bacul.
Umno bertindak berani dan telus dalam perkara ini. Laman Web Umno menyediakan ruang dan peluang untuk semakan keahlian mereka. Apa perlu ialah dengan menulis nombor kad pengenalan dalam kotak yang disediakan maka kita boleh menyemak keahlian sesiapa sahaja yang kita mahu asalkan kita mengetahui nombor kad pengenalannya.
Saya mencabar Pakatan Rakyat supaya dalam tempoh yang singkat ini mereka berani membiarkan rakyat negara ini menyemak senarai ahli parti mereka. Saya tahu semua data ada dalam sistem maklumat mereka. Seperti Pas , mereka mempunyai ramai pakar-pakar IT dari dalam negeri mahupun pakar yang diimport dari luar negara.
Harakah Edisi Jumaat 27Mac 2009-Edisi terakhir Pas
Hari ini naskah Harakah untuk edisi Jumaat 27 Mac sudah berada di pasaran, mungkin ia tidak dijual di kioks atau di kedai buku. Pagi ini saya telah melihat naskah tersebut dibaca oleh seorang rakan dengan penuh kyusuk dan tawaduq.
Mungkin KDN sudah mendapat satu naskah tersebut. dan adakah KDN akan membatalkan terus permit penerbitan Harakah untuk selama-lamanya?
Mungkin Edisi Jumaat hari ini akan menjadi keluaran terakhir Harakah?
Sama-samalah kita tunggu dan lihat.
Dikir dulu haram , kini halal, Itu lah Pas
Dikir Barat satu-satu kegiatan riadah yang amat digemari oleh rakyat Kelantan, Apabila Kelantan jatuh ke tangan Pas awal 90an . Nik Aziz telah mengharamkan dikir barat. Ok kita terima keputusan tersebut. Bagaimanapu dikir masih gagal disekat oleh Pas. Persembahan masih berterusan jika ada majlis keramaian.
Apabila majlis pengumuman calon Pas diadakan di Padang Kota Jaya baru-baru ini , satu peristiwa yang memeranjatkan telah berlaku. ia itu Pas Kelantan yang sudah berkampung di Bukit Gantang telah menampilkan persembahan mereka.
Nah !! apa sudah jadi...dulu haram kini halal. Apa komen TGNA selepas ini tentang persembahan dikir barat tersebut. Kalau dia kata okey sahaja, maknanya dia pun sama -mangkukk
p/s
Dalam satu pos dalam blog Pas malam tadi , sedap sungguh kutukannya tentang satu program wayang pacak di Taman Sri Larut pada 25 Mac lalu. Anjuran siapa , saya kurang pasti. Orang lain buat tak boleh, hanya Pas saja boleh.
Derhaka bukan Menderhaka-Curi bukan Mencuri-Tipu bukan Menipu.
Tuesday, February 24, 2009
ApA itU SeMbAh DeRhAkA...
Seminggu dua ni tak habis-habis lagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan cerita derhaka... Yalah sebenarnya derhaka ni bukanlah kisah barupun... kalau kita lihat sejarah dan kisah-kisah lampau banyak cerita-cerita penderhakaan di kalangan masyarakat Melayu dulu kala... Pelbagai kisah penderhakaan... ada yang derhaka pada ibu bapa, ala cam kisah Si Tanggang tu... nak best lagi tonton Sinetron Indon Maling Kundang hehe... kisah penderhakaan pada ibu bapa bukanlah satu kepelikanpun. Sejak dari zaman nabi pun telah berlaku... renungi kisah Al-Qamah. Bukankah kisah penderhakaan???
Cuma sejak apa yang berlaku di Perak akhir-akhir ini kisah penderhakaan berulang lagi... lagi dan lagi. Kalau dulu mungkin sebiji nangka menjadi alasan pada sebuah penderhakaan tapi kini... huhu. Apa ya??? Entah... Namun apakah sebenar penderhakaan... setakat manakah yang dikatakan penderhakaan pada pemerintan raja atau sultan itu sendiri??? Ustazmuda cuba juga belek-belek di laman-laman web mencari dan memahami apakah yang dikatakan penderhakaan tersebut...
Alhamdualillah... ustazmuda temua satu temubual seorang wartawan dengan Dr Haron Din... seorang ulamak tersohor yang ustazmuda rasakan cukup hebat ilmunya. Ingin sekali untuk ustazmuda kongsikan dengan sahabat... apakah sebenarnya derhaka tersebut. Apakah pula yang dikatakan sembah derhaka...
Jom sama-sama kita hayati...
(Bahagian pertama)
Beliau adalah antara ulama terkemuka yang masih berhubung rapat dengan Istana dan Raja-Raja Melayu, tetapi tetap dekat di hati rakyat. Justeru, Dato' Dr Haron Din dirasakan tokoh paling sesuai yang boleh mengupas situasi gawat di Perak terutama berkaitan hal yang digembar-gemburkan media, iaitu isu taat setia kepada kepimpinan dan masalah derhaka kepada Raja-Raja Melayu, dari perspektif agama.
Ketua Pengarang Kumpulan Harakah AHMAD LUTFI OTHMAN dan Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN beserta jurugambar WAN ZAHARI WAN SALLEH sempat mewawancara Timbalan Mursyidul Am PAS itu, di kediamannya di Bandar Baru Bangi, pagi 16 Februari lalu.
Istilah 'sembah derhaka' yang dilafazkan Dato' Ser Nizar ketika menghadap Sultan telah menimbulkan tanggapan negatif, terutama oleh pihak media, walaupun sudah dijelaskan oleh pakar perundangan juga pakar bahasa. Malah Dato' sendiri turut mengulasnya, tetapi Menteri Besar Perak itu tetap dilabel penderhaka hanya kerana istilah istana itu. Mohon Dato' jelaskan lebih lanjut maksud sebenar istilah 'sembah derhaka' itu.
Istilah 'sembah derhaka' bukan bermaksud perbuatan menderhaka tetapi sengaja pihak-pihak tertentu dan media arus perdana 'menangguk di air yang keruh'. Mereka telah mengungkit dan membesar-besarkan bahawa apabila Nizar 'sembah derhaka', seolah-olah ianya 'confrim' derhaka kepada raja.
'Sembah derhaka' bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat, sama ada kecil atau yang besar. Justeru, seseorang rakyat akan menuturkan bahawa 'patik sembah derhaka'. Ia bukan bermaksud perbuatan menderhaka, melawan atau menyakiti raja.
Contoh terdekat, minggu lepas saya dititah untuk mengadap seorang Raja di Kuala Lumpur. Tetapi saya tidak dapat hadir kerana ada urusan lain, lalu saya terpaksa memaklumkan bahawasaya terpaksa 'sembah derhaka' dan meminta tarikh lain untuk bertemu.Maknanya, kehendak raja saya tidak boleh tunai. Adakah itu maksudnya saya derhaka?
Begitu juga apabila saya mahu dilantik untuk menjadi Mufti di sebuah negeri, dan waktu saya nak menolak saya sebut 'patik terpaksa sembah derhaka'. Dan bukan sekali saya, dalam konteks berurusan dengan Tuanku Raja-Rama Melayu, yang mana saya terpaksa 'sembah derhaka'. Ia suatu istilah bahasa istana.Dan tidak timbul soal kemurkaan raja kerana itu istilah yang lazim diguna pakai.
Tidak sepatutnya pihak-pihak tertentu memperalatkan istilah yang dipakai Nizar, 'sembah derhaka' sebagai perbuatan derhaka yang sebenarnya. Dari sudut bahasa, ia dilafazkan apabila apa yang diminta raja itu tidak boleh ditunaikan. Apabila diberikan sebab-sebab yang munasabah kepada raja maka ia bukanlah derhaka.Kalau itu dianggap derhaka, sebenarnya banyaklah perbuatan derhaka kepada raja, tetapi ia tidak pernah ditonjolkan.
Saya tidak mahu sebut kronologi yang jelas tentang perbuatan menderhaka dan menyakiti raja ini kerana tidak mahu terdedah kepada umum wujudnya pihak-pihak tertentu yang memang benarderhaka kepada raja sehingga menggambarkan wujud masalah antara istana dan pihak-pihak tertentu itu.
Ada menteri besar yang sepatutnya tiap minggu pada hari tertentu menghadap raja untuk memberi taklimat tentang perkembangan negeri, langsung tak datang. Ada yang raja yang minta wang rakyat digunakan untuk projek demi kepentingan rakyat, tetapi menteri besar membazir untuk projek mega yang memperkayakan kroni.
Ada raja yang suruh menteri besar hentikan projek tertentu kerana membazir, tetapi tidak diendahkan. Ada raja suruh bantu ekonomi orang Melayu, dengan menyalurkannya melalui projek tertentu, tetapi tetap diagihkan kepada kroni mereka.
Malah ada seorang raja yang memberitahu saya, ada pemimpin di negerinya yang terajang pintu istana kerana tidak puas hati dengan baginda. Bukankah itu satu tindakan yang jauh lebih menderhaka lagi.
Semoga sahabat memahami apa yang dikatakan dengan penderhakaan. Apa pula yang dikatakan dengan sembah derhaka... rasanya tak perlu ustazmuda untuk menghuraikan dengan lebih lanjut. Mungkin istilah "sembah derhaka" ini perlu diperkenalkan di dalam sukatan Bahasa Melayu di Sekolah Menengah dalam bab Bahasa Istana... agar ia tidak menjadi asing kepada pelajar dan rakyat seluruhnya satu masa nanti.
Untuk akhirnya... bolehlah disimpulkan sembah derhaka sebagai... satu penolakan secara terhormat lagi berhemat kepada mana-mana permintaan dari raja atau sultan kepada kita rakyat biasa. Begitu boleh???
Pengakuan Derhaka oleh Ngoh Nizar
Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan kerana lama meninggalkan saudara tanpa kemaskini halaman ini. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d"etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.
Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang.
Pada 2 Feb 2009 (Isnin) , saya mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan YB Jamaluddin(Behrang) dan YB Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Jan 2009, dan surat dari YDP Dewan (Speaker) YB Sivakumar kepada SPR memohon di laksanakan pilihanraya kecil kedua-dua DUN tersebut.
Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Najib Tun Razak masih dalam proses memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya YB Dato' Nasaruddin (ADUN Bota yang telah menyeberangi ke PKR) pada 25 Jan 2009, dan ADUN Jelapang YB Hee Yit Fong.
Perhubungan dengan YB Jamaluddin dan YB Osman telah terputus mulai 26 Jan 2009. Keluarga dan orang terdekat termasuk ketua umum PKR, DSAI, juga gagal. Hanya setelah surat perletakan jawatan dikemukakan baharulah kedua mereka muncul bersama Najib Tun Razak. Semasa kemelut itu juga YB Dato Nasaruddin (BOTA) dilapurkan hilang dibawa oleh 2 orang ADUN UMNO yang kononya mereka diarah menjemput YB Dato Nasa bertemu Raja Muda. Dia akur dengan pelawaan palsu tersebut dan bersetuju bersama kedua-dua adun umno menaiki pacuan empat roda dan trus hilang entah kemana, khabarnya dilarikan kepada dakapan Najib Tun Razak.
Dilaporkan oleh isteri YB Dato' Nasa, Datin UMI bahawa suaminya hilang mengikut dua orang adun umno pergi bertemu Raja Muda tetapi rupa-rupanya untuk dibelutkan oleh umno agar YB Dato' Nasa kembali semula kepada umno-BN walaupun telah bersumpah dikhalayak ramai 10,000-15,000 orang pengundi Bota pada 30 Jan 2009 untuk tidak akan berganjak dan kembali kepada UMNO. Pertemuan YB Dato Nasa denga saya di pejabat MB pada 29 Jan 2009 bersama ahli-ahli exco dan pimpinan PKR Perak juga menjanjikan benda yang sama. Bila ditanya oleh warga media adakah YB Dato Nasa akan kembali kepada UMNO oleh kerana pertukaran Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kepada Najib Tun Razak, namun jawab YB Dato Nasa, "Insya Allah, tidak".
Ketika itu kedapatan YB Hee dari Jelapang juga turut lesap dan putus hubungan, sehingga YAB ketua Menteri Pulau Pinang selaku SU Agong DAP memberi amaran mana-mana ADUN DAP yang putus hubungan dalam tempoh 24 jam di kira telah meletak jawatan.
Ketika itu, keputusan SRP pula menafikan hak dan permohonan YB Speaker untuk diadakan PRK di Behrang dan CGKT Jering. Maka tiada pilihanraya kecil, ini pula atas desakan dan campur tangan UMNO BN mengarahkan pengerusi SPR yang baru dilantik (tetapi diberi amaran kerana bertanggungjawab tersungkurnya UMNO BN di KT ) untuk jangan diadakan PRK di Behrang dan Cgkt Jering. (Bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan 113). Untuk pengetahuan semua, SPR tidak boleh menolak mana-mana permohonan dari mana-mana Speaker di Malaysia untuk isytihar PRK apabila ada surat dari wakil rakyat tersebut yang meletak jawatan. Peranan SPR dalam Perlembagaan Malaysia hanyalah sebagai pelaksana sahaja dan bukanya pemutus untuk tolak atau meragukan mana-mana surat yang pada pandangan Speaker adalah sah.
Maka pada 4 Feb 2009, selaku MB serta ketua DUN, saya mengadap DYMM memohon perkenan agar dibubarkan DUN Perak untuk mengembalikan hak rakyat Perak membuat pilihanraya baru dan secara sahnya memilih kerajaan baru. DYMM Sultan menyatakan akan mengkaji dan menghubungi saya kemudian, saya akur. DYMM Tuanku mengucapkan kepada saya, "Innallaha maa Sobirin" (Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar) dengan senyuman sambil menggoyang-goyangkan kedua tangan Tuanku.
Kesokan harinya 5 Feb 2009, (khamis) jam 10.00 saya bersama-sama YAB PM Pak Lah berada di Bgn Serai merasmikan majlis mekanisasi pertanian penanaman padi seluas sekitar 200 ekar secara moden oleh Sime Darby. Namun keseluruhan berita telah digelapkan walaupun ada liputan media meluas. Jam 11.45 pagi saya menerima perintah DYMM Sultan untuk mengadap di Istana Kinta. Maka saya memohon laluan dari YAB PM dan terus menuju Istana . Sesampainya di Istana, DYMM Sultan telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-undang, (LA).
Saya terus angkat sembah dan duduk (cukup luar biasa sebab yang biasa apabila dititah atau mohon mengadap, sayalah yang akan menunggu DYMM Sultan didalam bilik khas). DYMM menyatakan kepada saya:-
1. Kesemua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan setuju trus dengan BN
2. Adun Bota (YB dato Nasa) telah bersetuju kembali kepada UMNO-BN
3. Ketiga Adun Behrang, Cgkt jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap dan bersetuju keluar PR dan menjadi ahli Bebas serta menyokong BN, menjadikan 31 orang. (28 +3)
4. Maka sekarang BN ada majoriti dan PR cuma ada 28 ADUN.
Saya sudah terlintas dihati yang sesuatu tak kena akan terjadi makanya ,
saya mohon mencelah dari DYMM Sultan dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah dan point berikut:-
i. Saya hanya memohon perkenan kebawah DYMM Tuanku untuk dibubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan saya sebagai MB dan ketua DUN.
ii. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan bermaruah.
iii. Saya mahu mendaulat dan memartabatkan institusi Istana sebagai institusi ulung dan teragung di kacamata rakyat.
iv. Bila DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak sekali gus rakyat akan menjulang dan menghormati institusi Istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. Ini Keadilan yang kita laung-laungkan.
Akhirnya Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn terpaksa masuk campur dan mengarahkan MB letak jawatan. MB ikut perintah PM tetapi bersyarat. Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak. Krisis ini berpanjangan...........
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
1. Datuk Seri Mustapa Mohamed (2,239)
2. Datuk Noh Omar (2,084)
3. Datuk Seri Musa Aman (2,084)
4. Datuk Azian Osman (2,060)
5. Datuk Zainal Abidin Osman (2,054)
6. Datuk Mohd. Zin Mohamed (1,854)
7. Datuk Ismail Sabri Yaakob (1,838)
8. Datuk Lajim Ukin (1,804)
9. Datuk Shaziman Abu Mansor (1,705)
10. Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi (1,700)
11. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (1,685)
12. Datuk Idris Haron (1,658)
13. Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad (1,624)
14. Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (1,622)
15. Datuk Saifuddin Abdullah (1,619)
16. Datuk Dr. Norraesah Mohamad (1,611)
17. Datuk Seri Mahdzir Khalid (1,580)
18. Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah (1,529)
19. Datuk Hamzah Zainuddin (1,518)
20. Datuk Bung Moktar Radin (1,517)
21. Datuk Dr. Awang Adek Hussin (1,481)
22. Datuk Seri Zulhasnan Rafique (1,431)
23. Datuk Ahmad Shabery Cheek (1,377)
24. Datuk Seri Idris Jusoh (1,275)
25. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (1,265)
Khamis, 26 Mac 2009
Pas Pasang Bendera Tinggi untuk Orang Hutan.
Hakikatnya ialah Pas pasang tinggi-tinggi bukan kerana takut kepada BN tetapi mereka takut kepada bayang-bayang mereka sendiri. Oleh kerana mereka kerap merosakkan dan memusnahkan bendera Umno dan BN maka mereka berasa takut pihak Umno akan bertindak balas kepada bendera mereka.
Untuk merosakkan bendera dan banner Bn amat mudah. Hanya memerlukan pisau NT sahaja selain tenaga tulang empat kerat mereka.
Petang tadi saya telah meronda di beberapa kawasan dan cukup menyedihkan. Bendera dan kain rentang BN dirosakkan. Kayu pancang untuk mengukuhkan tiang bendera, disepak terajang sehingga patah dan tercabut. Bendera Bn dan Umno yang banyak dipasang beberapa hari lalu sekarang sudah berkurangan dan ada yang tiada langsung.
Sedih bila lah Pas nak ubah perangai....Kalau ada piala Fair Play sudah tentu BN akan menerimanya.
RM 200 juta untuk membaiki jalan, peparitan, longkang dsbnya.
Cuma Pas sahaja yang tidak mahu berterima kasih kepada kerajaan yang berusaha membaiki jalan-jalan tersebut. Mereka tetap mengkritik kerajaan dengan melabelkan ia sebagai projek mee segera.
Tahukah mereka bahawa kerajaan Perak masih tergantung. Sebarang projek sukar dijalankan kerana belum selesai kes mahkamah saman Nizar terhadap Dr Zamry. Rakyat Bukit Gantang bertuah kerana pakej rangsangan ekonomi telah dibawa turun ke sini.
Dalam perbualan dengan seorang rakan dari parti pembangkang , dia telah mempertikaikan projek menurap semula, hujahnya kerana ia tidak menguntungkan rakyat tempatan sebaliknya hanya menguntungkan mamak Mic yang menjadi kontraktor tersebut. Saya juga telah menjelaskan kepada beliau bagaimana pakej rangsangan itu dirasai semua kaum , bukan seorang sahaja.
Contohnya begini,
Bila si Samy Sanggam (kontraktor jalan) mendapat projek, maka syarikatnya mempunyai ramai pekerja dari berbilang kaum. Pekerja akan mempunyai kerja, kaum keluarga pekerja akan mempunyai pendapatan, kedai minyak akan mendapat keuntungan dengan hasil jualan petrol dan disel.
Kedai makan akan laris kerana pekerja akan berehat dan makan dikedai atau warung tersebut.
Pekerja kilang memproses tarmac juga boleh tersenyum kerana kilang mereka dapat beroperasi dan mereka tak akan terlibat dengan pemberhentian pekerja. Isteri dirumah juga boleh tersenyum kerana suami yang bekerja di kilang dapat membawa balik wang dan isteri boleh membelanjakan wang.
Makcik tukang jahit juga boleh menikmati ganjaran kerana isteri pekerja kilang tadi datang untuk mengupah makcik untuk menjahit baju.
Peniaga kantin sekolah juga memperoleh pendapatan kerana anak-anak akan membawa wang belanja ke sekolah. bak kata Tun Mahathir wang 1 ringgit kalau digunakan ia akan beredar 10 kali, 100 kali malah 1000 kali pun boleh. Tapi kalau 1 ringgit disimpan bawah bantal ekonomi tidak akan bergerak. malam risiko untuk musnah , ada jika rumah terbakar hangus.
Rabu, 25 Mac 2009
Orang Kg. Nizar berkata...
-
Tahniah kerana membongkar pembohongan golongan munafik ni. Saya dulu penyokong kuat pas masa di universiti kononnya nak memperjuangkan Islam. Tetapi tingkahlaku rakan-rakan penyokong yang memualkan apabila diadakan debat (selalunya antara wakil umno, pas dan dap)menyebabkan saya berfikir semula inilah wadah perjuangan Islam. Mereka langsung tidak menggunakan akal yang waras untuk berbicara tetapi lebih mengikut telunjuk syaitan dengan sikap amarah, benci dan berdendam.
Apabila keluar dari U dan bekerja saya melihat sikap hipokrit mereka yang hanya cakap tak serupa bikin. Menghentam kerajaan, tetapi makan minum anak bini, kereta, rumah hasil usaha kerajaan yang diterajui UMNO. Sikap mereka yang culas bekerja, asyik bersembang, membuang masa langsung tidak menunjukkan sikap pendokong Islam. Islam hanya di mulut bukan sebagai cara hidup.
Saya tak hairan jika kini merekapun mula menyogok pengundi. Sebelum inipun mereka menyogokkan syurga kepada mereka yang mengundi mereka. Sebab itu tak hairan kenapa boleh terima undi dap kafir harbi walaupun sebelum ini mereka mengkafirkan UMNO kerana bekerjasamma dengan MCA dan MIC.
Sebab KUASA nizar sanggup ketepikan nasihat Dato' Mufti. Kononnya dap kafir harbi akan ikut telunjuk pas. Tapi siapa ikut telunjuk siapa ? SEKARANG NIZAR JADI CALON DI BUKIT GANTANG KERANA MEREKA NAK UNDI CINA DAP KAFIR HARBI.2009 Mac 25 23:03
Bukti Umno Parti Muafakat Tulen
Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, menang Ketua Puteri Umno dengan 245 undi, tewaskan lima calon lain.
Bagi jawatan Naib Ketua Puteri dimenangi Shahanim Mohamad Yusoff.
Ulasan Taipingmali;
Kemenangan Datuk Rosnah membuktikan dalam Umno tidak berpuak-puak seperti yang digembar gemburkan oleh musuh-musuh BN. Anda datang dari ceruk rantau manapun, bila berada dalam Umno kita adalah bersaudara. Pertandingan dalam parti ada menjadi lumrah. Umno yang dominan menyebabkan ia tidak ketandusan pemimpin. Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub juga boleh menjadi Ketua Pemuda jika berada dalam Umno, begitu juga dengan wanita Pas seperti Dr Lo' Lo' juga boleh dicalonkan menjadi Ketua Wanita jika berada dalam Umno.
Menjadi batasan dan halangannya iala mereka ini dididik oleh pemimpin Pas dari kecil lagi supaya mempunyai perasaan anti Umno dan anti BN. Kadang kala terdapat orang Pas yang jiwanya ialah Umno, tetapi oleh kerana ibubapa mereka Pas atau tinggal dalam kelompok Pas maka mereka tidak berani untuk menerjah keluar untuk bersama-sama dengan barisan Umno.
Tahniah kepada KJ yang dinobatkan menjadi Ketua Pemuda.
Penyokong Pas Marah dengan Post saya jam 5.17pm tadi
Saya juga tak perlu bertanya kepada kepada tuan tubuh yang menerima hadiah atau rasuah dari Pas. Saya hanya perlu duduk minum kopi diwarung-warung dan pasang telinga untuk mendapat maklumat. Satu lagi sumber mudah ialah bertanya kepada anak-anak kecil yang leka bermain di taman-taman permainan, belanja depa ais krim seorang semangkok , tanya lah apa pun, semua mereka ceritakan. Kanak-kanak tak menipu, tanya lah apapun mereka akan jawab betul tanpa selindung.
Bab surat layang dalam sampul surat ini dah lama Pas amalkan. Adakala sekeping dua saja, adakalanya berhelai-helai. Dalam PRU 12 semua orang dapat risalah propaganda Pas. Yang menyedihkan ialah surat layang yang direka oleh Pas menyatakan dengan meneciluk nama Adun Bn dari kawasan lain kononnya Adun tersebut menyeru pengundi supaya menolak calon BN kerana berbagai alasan yang tak betul. Saya pernah mengalami kes seperti ini, untuk memastikan samada benar saya yang kebetulan mempunyai nombor telefon Adun tersebut terus membuat panggilan untuk mendapat cerita sebenar. Memang sah bahawa Pas sanggup melaga-laga orang BN demi untuk kemenangan jijik mereka.
Tuan-tuan dari balik sana lihatlah sendiri poster-poster yang dipasang dan menghina pemimpin Umno di P59. Nak saya tunjukkan kah? tak perlu lah kut, sebab dalam blog Pas sendiri begitu bangga menghentam BN.
Sungguh islamik jiwa pas....
NIZAR MENIPU PAS
- Entah apa ilmu hitam yang Nizar guna sehingga berjaya menjadi Calon Pas di Bukit Gantang. Nik Aziz yang tidak bersetuju dengan usul Nizar menjadi calon akhirnya terpaksa beralah dengan keadaan. Nizar ternyata amat gembira dengan kejayaannya untuk membesarkan perut dan temboloknya. Kuncu-kuncunya juga akan kenyang kerana usaha melobi kepimpinan Pas Perak dan Pas Pusat berjaya.
- Dap dilihat sebagai amat berpengaruh dalam Pas Perak. Pas Perak terpaksa menepikan calon-calon tempatan seperti Ustaz Idris dan juga Dr Jamnul Azhar Mulkan , kedua-dua individu ini adalah anak tempatan. Dr Jamnul sendiri mempunyai klinik di Simpang Taiping. Sayang seribu kali sayang Nizar juga yang mendapat tempat.
- Angkara siapa semua ni? Adakah mainan DSAI atau Ngeh dan Nga.
- Jentera Pas juga telah menjalankan kempen dari rumah ke rumah, terutama kepada kaum bukan Melayu. Maklumat yang saya terima adalah mengejutkan. Pas sudah mula menabur wang dan menghadiahkan beras, gula, tepung, susu dan lain-lain kepada pengundi. Ini sudah boleh dikategorikan sebagai RASUAH. Pas selama ini menuduh BN dan Umno sebagai kerajaan zalim dan mengamalkan rasuah. Tetapi sekarang mereka sendiri yang mengamalkannya di Bukit Gantang.
- Hari ini Pas juga boleh berbangga kerana kaum bukan Melayu sudah ramai yang bersetuju untuk memberi undi kepada Pas. Dap juga dalam kempen mereka menyatakan UNDI NIZAR SAMA JUGA MENGUNDI CALON DAP.
- Sokongan DAP kepada Nizar mungkin sebagai membalas jasa Nizar yang telah menjadi boneka Dap di Perak selama 11 bulan.
- Pas juga merupakan Parti Islam (ikut kata Pas lah) Sebagai parti Islam anda dilarang merosak atau menceroboh harta orang lain, apa lagi menfitnah dan memaki hamun orang lain. Islam hendaklah menunjukkan contoh teladan yang baik. Apa guna berserban dan berjubah kalau hati busuk seperti pekung.
- Fokus saya ialah selain ceramah yang penuh dosa nista Pas juga membentuk pasukan samseng untuk merosakkan bendera-bendera Umno dan BN. Dari Jalan Stesen Kamunting sehinggalah ke Sungai Tinggi, banyak bendera BN dan Umno dirosakkan. ada yang dihumban ke dalam semak, dalam longkang dan diletak diatas jalan dan dilenyek dengan tayar kenderaan mereka. Adakah Nabi Muhammad SAW mengajar umatnya berbuat demikian?
- Tak lama lagi Pas akan membentuk satu pasukan kawaq malam untuk menyebarkan surat-surat layang dalam sampul surat 4x9 ke rumah-rumah pengundi terutama rumah yang pengundinya menyokong BN. Hairan kenapa bertindak seperti bacul. Kenapa tidak mengedarkan risalah mereka siang-siang hari supaya kita kenal muka-muka mereka.
Dewan Ulama Pas- Tak Setuju dengan Nizar
Apa nak buat, orang PAS sebenarnya penakut hendak memberitahu masalah mereka. Dalam al-Quran ada menyebut, golongan ini ibarat buih- ramai tapi tak ada guna. Apa yang berlaku kini bukti kebenarannya.