Sabtu, 31 Ogos 2013
Kongsi Gelap Berpusat Di Taiping dan Pulau Pinang
Di Taiping juga pernah berlaku pergaduhan yang amat besar dan mengorbankan banyak nyawa, mayat bergelempangan dan jalan raya menjadi merah dengan darah manusia.
Kongsi gelap cukup ganas dan pernah memeras ugut Sultan Perak untuk menuntut ganti rugi. Kegiatan kongsi gelap di Taiping terlibat dalam dunia perjudian, perdagangan, pelacuran dan sebagainya.
Terdapat dua puak kongsi gelap yang sangat digeruni di Taiping dan mereka adalah terdiri daripada kaum Cina dari puak Ghee Hin yang bertapak di Taiping dan Hai San dari Pulau Pinang.
Ini lah sejarah yang berlaku lebih 150 tahun yang lalu dan peperangan tersebut dinamakan Peperangan Larut 1, 2, 3 dan 4.
Penamat kepada peperangan tersebut termetrilah satu perjanjian perdamaian yang dikenali sebagai Perjanjian Pangkor dan British dengan cara halus mula campur tangan dalam pentadbiran Perak.
Kini Taiping merupakan sebuah bandar warisan yang aman selama-lamanya. Kegiatan kongsi gelap tetap ada tetapi dalam kelompok yang kecil.
Kepada pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah kongsi gelap, perang larut dan campur tangan British di Perak boleh lah berkunjung ke Muzium Ngah Ibrahim di Matang Taiping.
Kongsi Gelap berbunuhan sesama sendiri.
SYABAS!! INI LAH SEMANGAT PERJUANGAN, RELA BERDEPAN DENGAN RISIKO , TERKEDU PUAK MUNAFIKUN
Seorang lelaki Yang Tidak Dikenali Merampas Bendera 'Sang Saka' Di Dataran Merdeka Ketika Sambutan Malam Merdeka Malam Tadi.Perkara Itu Berlaku Ketika Sasterawan,A Samad Said Berucap.Sang Saka Adalah Bendera Yang Pernah Direkabentuk Khas Menerusi Tuntutan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Sebelum Mencapai Kemerdekaan.Turut Hadir Dalam Majlis Tersebut Aktivis Politik,Hishamudin Rais,Aktivis Mahasiswa,Adam Adli Dan Safwan Anang
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my
"56 tahun selepas Merdeka dan 50 tahun selepas terbentuknya negara tercinta Malaysia, UMNO masih berlagak macam “tiada Malaysia” ?
31 Ogos 2013 | Bukit Mertajam
Baru-baru ini, ADUN Bakar Bata dari UMNO, Ahmad Bashah Md. Hanafiah merangkap Senator dan juga Timbalan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mencadangkan laluan air Sungai Muda ke dalam sempadan Pulau Pinang disekat jika kerajaan negeri Pulau Pinang enggan membayar negeri Kedah bagi mengambil air mentah dari sungai tersebut.
Perkara ini telah diulang-ulang tetapi UMNO masih tidak faham bahawa Pulau Pinang mempunyai hak riparian (riparian water rights) untuk mengambil air dari Sungai Muda yang melalui sempadan negeri secara semulajadi. Dan demi semangat perpaduan nasional, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga telah meminta untuk berjumpa dengan Menteri Besr Kedah Mukhriz Mahathir bagi membincangkan perkara ini.
Cadangan oleh Ahmad Bashah menunjukkan bahawa UMNO masih terperangkap dalam mentaliti sebelum Merdeka. Pertama sekali, Ahmad Bashah gagal menunjukkan sebarang semangat perpaduan antara dua negeri berjiran yang bernaung di bawah satu bendera Malaysia. Keduanya, beliau berlagak seperti penjajah kerana hanya penjajah akan merompak hak rakyat dan mengeksploitasi sumber semula jadi mereka.
UMNO memang sentiasa mengambil pendekatan zaman pra-Merdeka ini terhadap negeri-negeri Pakatan Rakyat, terutamanya melalui sabotaj urusan air di Selangor dan di Kelantan sekaligus menyebabkan penderita rakyat di negeri-negeri tersebut.
Apa yang paling mengecewakan ialah, Johor melayan Singapura lebih baik dari UMNO melayan negeri-negeri PR. Johor telah sekian lama menjual air mentah pada harga yang teramat murah kepada Singapura dan kemudiannya membeli balik air yang telah dirawat dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada negara jiran tersebut.
Justeru, menjelang 31 Ogos, Hari Kemerdekaan dan 16 September Hari Malaysia, saya menyeru UMNO, terutamanya kerajaan negeri Kedah supaya menegakkan semangat kemerdekaan dan jangan berlagak macam penjajah mengenakan tuntutan yang tidak munasabah terhadap rakyat Pulau Pinang.
Steven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Bukit Mertajam
Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan, DAPSY Malaysia
Setiausaha Publisiti Negeri, DAPSY Pulau Pinang
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan
Kata Tun Mahathir "Tugas kita belum selesai rupanya bagi memartabat dan memuliakan bangsa, kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati' .
Memang tepat apa yang dikatakan, apa sahaja yang diusahakan oleh kerajaan untuk memajukan dan mendaulatkan negara sentiasa cuba digagalkan oleh pihak-pihak tertentu.
Kini serangannya lebih hebat dan luar biasa. Demi kecintaan kepada negara, kita berjaya membendung negara daripada menjadi mangsa keadaan.
Sekian/....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Jumaat, 30 Ogos 2013
Calon UPSR 2013 Lemas di Sg Kelantan
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang, Mohamad Muslim Ibrahim, 12, dihanyutkan arus ketika mandi bersama tiga sahabatnya di sungai yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya.
Bagaimanapun sehingga pukul 4.30 petang ini, mangsa masih belum ditemui dan usaha mencarinya masih giat dilaksanakan anggota penyelamat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pemilihan Semula CEC: DAP Sah Pinggirkan Perwakilan India Sekali Lagi
Dalam pemilihan awal, DAP telah menyalahkan program komputer kerana tersalah kira undi. Namun, dalam kiraan kali kedua yang berlangsung dua minggu selepas itu telah menunjukkan perbezaan jumlah undi yang tidak masuk akal bagi beberapa individu. Selain itu, DAP juga didapati telah dengan sengaja meminggirkan 753 perwakilan India dari senarai perwakilan yang berhak mengundi.
Akibatnya, ramai yang tidak berpuas hati dan membawa perkara ini ke ROS yang kemudiannya mengarahkan pemilihan semula diadakan.
Walaubagaimanapun, lama sebelum tarikh pemilihan semula yang dijadualkan pada bulan September ini, rungutan telah mula kedengaran. Khabarnya, pada Ahad lepas, DAP telah mengadakan sessi dialog khas pemilihan semula dengan para perwakilan di Seremban, Negeri Sembilan.
Sebelum ini, tidak pernah ada sessi dialog semata-mata untuk menghadapi pemilihan.
Apa yang mencurigakan ialah tidak semua perwakilan dijemput ke sessi dialog tersebut dan mereka yang dipinggirkan sekali lagi merupakan perwakilan dari kaum India. Berikutan itu, DAP Cawangan Ladang Paroi, Desa Dahlia Senawang, dan Nilai Perdana menuntut Pengerusi DAP Negeri, Loke Siew Fook untuk memberi penjelasan.
Pemimpin-pemimpin DAP Cawangan ini mengesyaki adanya permainan kotor sekali lagi untuk memastikan hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan mengundi. Dengan itu, DAP hanya menjemput perwakilan tertentu sahaja ke sessi dialog tersebut bagi mengatur strategi. Pastinya, permainan ini adalah untuk memastikan kemenangan dan kekalahan individu tertentu dalam pemilihan semula nanti.
Nampaknya, seperti yang dijangka, DAP tidak akan mampu berlaku telus dan adil dalam amalan demokrasi. Pemimpin DAP juga tidak akan mampu untuk bercakap benar, tetapi akan terus menipu untuk memastikan mereka terus berkuasa.
Kesimpulannya, DAP adalah parti diktator yang membudayakan sikap samseng komunis. Parti ini tidak mungkin akan mengamalkan demokrasi dalam ertikata sebenar walaupun mereka sering melaungkannya. Hakikatnya, memilih DAP bermakna menolak demokrasi dan membuka risiko kepada penindasan yang berterusan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ku Li Undur Diri
Tengku Razaleigh Hamzah yang memimpin UMNO Bahagian Gua Musang sejak 1962, hari ini umum berundur daripada jawatan Ketua UMNO bahagian itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PM Umum Polisi Baru Ekonomi Bumiputera Pada 14 September
Polisi yang bakal diumumkan di hadapan 5,000 orang di Dewan Agong UiTM Shah Alam dijangka akan memberi tumpuan kepada pendidikan, pekerjaan dan peluang perniagaan kepada bumiputera.
Perdana Menteri juga akan menegaskan komitmen kerajaan dalam merangka strategi dan program intervensi, termasuk pendekatan baru bagi memantapkan ekonomi bumiputera di negara ini.
Pengumuman ini sekali gus menjawab semua kritikan yang menuduh kerajaan tidak memberi perhatian serius kepada agenda bumiputera. Ternyata kerajaan tidak pernah meminggirkan bumiputera, tetapi terus komited untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum.
Komitmen Perdana Menteri ini mampu memberi harapan baru kepada orang-orang Melayu yang meragui kepimpinan berikutan perkembangan politik semasa yang banyak mengguris hati dan tidak memihak kepada orang-orang Melayu.
Penghinaan terhadap agama Islam dan juga kes-kes jenayah yang menjadi-jadi akibat tunduk kepada desakan pembangkang untuk menghapuskan Akta EO dan ISA telah membuatkan orang-orang Melayu melihat kerajaan sebagai mengkhianati sokongan mereka selama ini.
Malah, orang-orang Melayu turut mengaitkan kebiadapan kaum lain menghina Islam dan Melayu sebagai berpunca dari sikap kerajaan yang sanggup memaafkan Namewee suatu ketika dahulu. Hari ini, sudah dua tiga video dibuat oleh Namewee untuk menghina Melayu, tidak termasuk filem The New Village yang menyanjung komunis.
Semua ini membuatkan orang-orang Melayu melihat kerajaan sebagai lemah kerana terlalu tunduk kepada kaum lain dan juga pembangkang.
Bertitik-tolak dari itu, orang-orang Melayu mempersoal dasar keterbukaan kerajaan dalam mengendalikan GLC dan hal-hal lain yang berkaitan Melayu.
Bagaimanapun, perkembangan terbaru ini membuktikan bahawa segala keraguan orang-orang Melayu adalah tidak berasas. Hakikatnya, kerajaan tidak pernah meminggirkan orang-orang Melayu dalam apa jua segi dan tindakan kita mengundi BN dalam PRU yang lalu adalah tepat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
MUSLIHAT TERAKHIR ANWAR UNTUK BEBAS DARI KES LIWAT
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam perutusan sempena Hari Kemerdekaan negara ke-56 berkata, pembangkang bersedia menerima keputusan pilihan raya umum ke 13 (PRU13), dan ini sekali gus memberikan isyarat kesediaannya untuk memulakan rundingan perpaduan dengan kerajaan.
Anwar turut menggesa pertemuan segera diadakan antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) bagi membincangkan masalah negara.
“Titik pertemuan BN dan PR perlu segera dicari bagi menyelamatkan negara di samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari kemerdekaan negara esok,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.
Ketua Umum PKR itu berkata, meskipun PR mendapat undi majoriti rakyat, namun mereka bersedia melupakan ketegangan dan penyelewengan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya 5 Mei lalu.
Beliau berkata, antara topik yang boleh dibincangkan bersama ialah membabitkan isu kaum dan agama yang mencetuskan ketegangan akhir-akhir ini; masalah ekonomi negara yang semakin merudum dan masalah jenayah yang semakin membimbangkan rakyat di seluruh negara.
Katanya, perbincangan juga harus menyentuh aspek urus tadbir kerajaan bagi membasmi rasuah dan keadilan dalam pemberian tender.
“Datuk Seri Najib Razak harus terbuka untuk berbincang kerana banyak dasar dan program yang boleh disepakati bersama. Pendekatan PR untuk mengajak BN berbincang bukan bagi membentuk sebuah kerajaan perpaduan tetapi perbincangan terbuka yang biasa diamalkan kerajaan demokrasi.
“Kami mahu perubahan yang adil bagi memastikan negara mengamalkan prinsip demokrasi. Ini kerana pendedahan Fitch Ratings baru-baru ini perlu dipandang serius oleh kerajaan kerana kira-kira RM20 billion setahun dapat dijimatkan jika urus tadbir ekonomi negara dilakukan dengan cara yang baik.
“Bagi mencapai hasrat itu, maka penting kerajaan BN mengurangkan defisit fiskal serta menangani rasuah serta telus dalam pemberian tender,” katanya.
Beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus diberi kebebasan sepenuhnya bagi menyiasat pembabitan rasuah tokoh besar di samping pihak polis digesa untuk menjalankan siasatan mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan.
Anwar berkata, kerajaan harus segera menghentikan kegiatan menghasut rakyat menggunakan media arus perdana serta tidak menggunakan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai alat bagi menyampaikan propaganda kerajaan.
“Dalam usia kemerdekaan negara mencecah 56 tahun, negara masih berdepan dengan isu polarisasi kaum dan menghadapi bibit perpecahan dalam agama. Masyarakat sepatutnya dididik untuk menjadi lebih matang bukan didedahkan dengan agenda politik sedemikian.
“Kita harus bertanya adakah hari ini Perlembagaan Persekutuan subur diamalkan dalam negara atau sudah ada pencabulan terhadap kanun negara itu,” katanya yang menyifatkan pemimpin BN masih enggan belajar dari sejarah negara yang lalu.
Perdana menteri sebelum ini berkata, PR perlu bersedia menerima keputusan PRU13 sebelum perbincangan dimulakan. - 30 Ogos, 2013.
Akhir kata, jangan lah percaya dengan pujuk rayu setan ini, beliau wajar dihumban jauh daripada mengganggu gugat negara.
Russia Today: Anwar dan Amerika
Oleh : Nile Bowie (Penganalisis politik dan juga seorang jurugambar yang kini menetap di Kuala Lumpur)
Transliterasi oleh : UKT Pena Minang
Dipetik dari : Russia Today
Dalam situasi Malaysia yang sedang berhadapan dengan pilihanraya paling sengit dalam sejarah, seorang tokoh pembangkang terkemuka telah dikatakan mendapat bantuan dana dari Amerika Syarikat bagi mengadakan siri tunjuk perasaan selain penyaluran dana kepada parti-parti pembangkang.
Pada awal bulan Mei 2013, Malaysia berhadapan dengan satu pilihanraya paling kompetitif sejak sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. Barisan Nasional yang telah menjadi kerajaan sejak negara Malaysia mendapat Kemerdekaan pada tahun 1957 akan disaingi oleh Pakatan Rakyat yang telah menerima bantuan, latihan dan pembiayaan dari yayasan yang dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, Anwar telah dipecat ekoran keputusannya yang mengikut telunjuk pelan IMF ketika krisis kewangan Asia. Sedangkan Mahathir pula menerajui pemulihan Malaysia dari krisis kewangan Asia pada tahun 1997 melalui kawalan mata wang dan langkah-langkah perlindungan. Selepas kejatuhan dalam karier politiknya, beliau (Anwar) telah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan IMF pada tahun 1998.
Washington selama ini sering melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang diperintah oleh pemimpin yang 'degil'. Namun begitu, kejatuhan populariti parti pemerintah telah membuka peluang kepada National Endown for Democracy (NED) untuk meningkatkan populariti Pakatan Pembangkang yang lebih 'MESRA AMERIKA' sekaligus meningkatkan lagi peluang pembangkang menjadi pemerintah melalui pelbagai aspek bantuan seperti kempen di media dan sokongan untuk menjalankan aktiviti demonstrasi jalanan anti-kerajaan.
Di satu sudut yang lain, bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad sering mengundang kemarahan Amerika ekoran kritikan beliau yang secara berterusan terhadap dasar luar Amerika Syarikat dan Israel, manakala Perdana Menteri yang ada sekarang pula bersikap 'retorik' sambil meneruskan pendekatan mesra perniagaan dengan masyarakat barat selain terus mengukuhkan hubungan ekonomi dengan China.
Pada sudut yang berlainan pula, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, yang pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dibawah kepimpinan Mahathir dilihat mempunyai hubungan yang rapat dengan Amerika Syarikat.
National Endowment for Democracy atau NED, adalah sebuah yayasan yang berpangkalan di Washington, dimana tugas NED adalah menyokong inisiatif demokrasi dan kumpulan pembangkang yang 'mesra' Amerika di luar negara.
Di samping membiayai kumpulan 'pengawas' pilihan raya, memantau hak asasi manusia dan laman web berita yang condong ke arah pembangkang, Institut Antarabangsa Republikan ( International Republican Institute : IRI) telah menerima dana berjuta-juta dolar untuk menjalankan program di Malaysia, bagi membantu "parti politik dan para pemikir mereka yang mampu menjadi wakil berkesan di kawasan mereka." IRI dipengerusikan oleh Senator John McCain, yang terkenal dengan sikapnya yang cenderung dan agresif memihak kepada dalam isu-isu yang berkaitan dengan Israel dan konflik Amerika Syarikat di luar negara.
Manakala jawatan yang lain diisi dengan pegawai-pegawai kanan yang pernah memegang jawatan merangka dasar luar didalam pentadbiran Reagan dan Bush. "IRI bekerja di negara-negara yang Amerika Syarikat mempunyai kepentingan, di mana kita boleh membuat perbezaan ... IRI memberi tumpuan kepada tiga tugas utama: membantu parti-parti politik meluaskan pengaruh mereka, memastikan bahawa pembangkang memerintah sejurus mendapat kekuasaan, memerintah dengan adil, sekaligus membantu masyarakat sivil dalam menjamin tadbir urus yang baik ... IRI boleh membantu menjadi pemangkin kepada usaha aktivis demokrasi di negara - selagi mereka mahu perubahan yang lebih daripada kita mahukan, ianya untuk mereka, "Nukilan Presiden IRI ini, Lorne Craner, yang sebelum ini memegang jawatan di Jabatan Negara Amerika Syarikat.
The National Democratic Institute for International Affairs atau Institut Demokratik Kebangsaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa juga menerima bajet yang besar bagi membiayai projek-projek mereka di Malaysia. Madeleine Albright, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, peneraju agenda perang Amerika dan misi ketenteraan NATO merupakan pengerusi NDI. Di samping itu, bekas Senator Thomas Daschle dan bekas pengarah AIPAC Kenneth Wollack mempunyai jawatan tinggi dalam NDI.
Pakatan Pembangkang di Malaysia telah memenangi kejayaan yang bersejarah dalam pilihan raya 2008 dengan menguasai negeri-negeri utama seperti Pulau Pinang dan Selangor. Menurut laman web NED, IRI menerima 802,122 dolar Amerika pada tahun 2010 untuk bekerja dengan "pemimpin negeri di Pulau Pinang dan Selangor untuk menyediakan mereka dengan kajian pendapat masyarakat, latihan dan sumber-sumber lain bagi membolehkan mereka menjadi wakil yang lebih berkesan kepada pengundi mereka".
IRI mendakwa bahawa mereka "tidak menyediakan pembiayaan secara langsung kepada parti-parti politik" di Malaysia, tetapi apa yang diperkatakan adalah tidak telus. Penyediaan bajet dan penekanan kepada membantu pembangkang bagi memperluaskan populariti parti-parti politik di negeri-negeri pakatan pembangkang membuktikan berlakunya pembiayaan secara tidak langsung.
NED mendapat pembiayaan melalui Kongres AS, menerusi bajet USAID, agensi Amerika Syarikat yang berperanan menyalurkan bantuan pembangunan selain ianya juga merupakan sebahagian daripada agensi dibawah Jabatan Negara Amerika - ini bermakna wang NED, yang mereka salurkan kepada negara-negara asing itu datangnya daripada dana awam yang dibayar oleh pembayar cukai Amerika Syarikat. Kebanyakkan pembiayaannya disalurkan kepada dua komponen utamanya iaitu Institut Republikan Antarabangsa (IRI) dan Institut Demokratik Kebangsaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa (NDI). NED dikehendaki untuk memaklumkan laporan kewangan mereka, tetapi bagi yayasan yang kecil, undang-undang ini tidak diguna pakai bagi IRI dan NDI, yang mana kedua-duanya merupakan penerima utama dana di Malaysia.
Menurut laman web rasmi NDI, mereka telah mengadakan "bengkel parlimen peringkat negeri di Selangor dan Pulau Pinang" kerana "parti-parti pembangkang mempunyai pengalaman yang terhad dalam kerajaan, dan banyak ahli-ahli parlimen yang dipilih pada tahun 2008 tidak mempunyai pemahaman dalam proses parlimen perlembagaan ." Bermula dari tahun 2007, rakyat Malaysia telah menunjukkan sokongan kepada 'Bersih', sebuah kumpulan pemantau pilihan raya yang dikenali sebagai 'Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil.' 'Bersih' telah menganjurkan perhimpunan menuntut pembaharuan pilihan raya, yang sedikit sebanyak dikritik sebagai tali barut pembangkang ekoran penyertaan yang aktif dari tokoh-tokoh terkemuka pembangkan.
Bersih yang dipimpin oleh Ambiga Sreenevasan, penerima Anugerah Jabatan Negara Amerika Syarikat, mengakui bahawa Bersih menerima dana dari agensi berkaitan dengan kerajaan Amerika Syarikat seperti NDI dan Open Society Institute, yang mana OSI diketuai oleh jutawan Yahudi George Soros. Tunku Abdul Aziz Ibrahim, seorang senator di dewan negara dan juga bekas tokoh pembangkang, baru-baru ini mengeluarkan kenyataan memperincikan penglibatan Amerika dalam membiayai dan menganjurkan perhimpunan Bersih.
Menurut Aziz, Yayasan yang berpengkalan di Amerika telah merangka gerak kerja dan menggariskan fungsi dan operasi Bersih. "Dalam mesyuarat itu, saya telah ditawarkan untuk mengetuai badan pemantau kerana mereka berkata, saya mempunyai kelayakan, integriti dan kredibiliti bagi jawatan itu. Mereka memberitahu saya bahawa pergerakan itu adalah untuk memastikan pilihan raya yang bebas dan adil di negara ini," kata Tunku Aziz yang turut mendedahkan bahawa beliau telah ditawarkan kira-kira 4 ribu dolar Amerika sebulan, serta lain-lain faedah dan elaun bagi kedudukannya.
Aziz juga mendakwa pemimpin pembangkang Malaysia menggunakan Bersih untuk menyalurkan sokongan kepada kempen politik beliau. "Anwar menggunakan sebaik mungkin rangkaian antarabangsanya untuk mendapatkan dana ini. Saya tidak tahu sama ada pemimpin-pemimpin Bersih tahu ataupun tidak.
Tetapi Bersih adalah 'kenderaan' Anwar untuk menerima dana antarabangsa di bawah nama demokrasi dan pilihan raya yang bebas dan adil. Bersih bukan sebuah organisasi bebas ataupun non-partisan. Ia adalah 'bayi' Anwar." Aziz walaubagaimanapun menolak pembiayaan luar negara itu kerana faktor integriti nasional dan maruah."Organisasi tempatan perlu menjustifikasikan kewujudan mereka kepada rakyat Malaysia, bukan kepada orang asing. Organisasi tempatan tidak perlu berhutang dan setia kepada warga asing," tegasnya.
Jika dilihat secara teliti dari 'bahasa' yang digunakan oleh yayasan ini, mereka menuntut supaya wujudnya satu gerak kerja ke arah "meluaskan pengaruh parti-parti politik,". Satu persoalan yang kritikal terlintas di fikiran - bila tidak dipanggil 'mempromosi demokrasi' bukankah ianya menjadi suatu campur tangan politik? Gerak kerja NED agak kabur.
Mereka berdiri diatas dua garisan, mereka berlakon kononnya menyokong ketelusan pilihan raya, kebebasan dan mempromosi hak asasi manusia. Parti pemerintah Malaysia tidaklah begitu sempurna - mereka tidak bersedia untuk menangani isu-isu rasuah peringkat tertinggi, kemewahan para elitis masih menjadi masalah yang besar, dan kaum minoriti pula merasa diri mereka dipinggirkan berikutan dasar-dasar tindakan afirmatif berasaskan kaum, yang memihak kepada majoriti Muslim.
Pakatan pembangkang, yang telah berikrar untuk menghapuskan autoritarian dan rasuah, telah mengeluarkan satu manifesto, yang mana ada pihak memuji dan ada pihak yang meragui manifesto berkenaan. NED walaubagaimanapun tidak menjalankan satu inisiatif demokrasi di Singapura - Sekutu Kuat Amerik Syarikat, walaupun negara berkenaan mempunyai persekitaran yang kurang demokratik berbanding Malaysia. Jadi apakah yang boleh mendorong Washington untuk menghabiskan duit dan memberikan begitu banyak perhatian kepada pakatan pembangkang di Malaysia?
Kita jangan terlupa dengan tujuan sebenar Amerika dalam kepentingan blok ASEAN. Penguasaan pengaruh Amerika di Blok ASEAN adalah sebagai satu langkah mengimbangi kuasa dan pengaruh Beijing. Perdana Menteri Malaysia Najib Razak telah menjelaskan peri pentingnya hubungan yang wujud diantara Malaysia dengan China, sambil melihat ke Beijing yang memulihkan ekonomi berorientasikan eksport Malaysia selepas krisis kewangan global 2008.
Pertukaran kepakaran diantara China-Malaysia dalam bidang seperti kewangan, pembangunan infrastruktur, sains dan teknologi, serta pendidikan yang mana tidak pernah mencatatkan tahap tertinggi sebelum ini. China telah menjadi rakan dagangan terbesar Malaysia, dengan angka-angka perdagangan mencecah 90 bilion US Dolar pada 2011 manakala Malaysia adalah rakan perdagangan terbesar China di kalangan negara-negara ASEAN. Sokongan Washington kepada pembangkang Malaysia yang 'mesra-Amerika' mesti dilihat dalam konteks semasa untuk meningkatkan kekuatan tentera dan penguasaan mereka ke atas rantau Asia Pasifik dalam rangka dasar 'Pivot ke Asia'.
Malaysia mempunyai hak kedaulatan ke atas Selat Melaka, laluan bekalan yang paling penting bagi China untuk tujuan pengangkutan minyak dan lain-lain bahan yang penting kepada pembangunan serta ekonomi yang berterusan. Selain daripada lokasi yang strategik, Malaysia mempunyai ekonomi yang berkembang pesat dengan purata kira-kira pertumbuhan 7 peratus setiap tahun. Malaysia juga merupakan pengeksport ketiga terbesar di dunia bagi gas asli cecair (LNG) selepas Qatar dan Indonesia, dan negara ini telah mempunyai lebih 4 billion tong minyak sebagai rezab.
Malaysia adalah pemain utama di Asia Tenggara, dan Washington melakukan apa yang boleh untuk meluaskan lagi pengaruh pakatan pembangkang selepas kejayaan dalam pilihan raya umum ke 12 pada tahun 2008. Pada tahun 2013, pakatan pembangkang bergantung kepada undi dari mereka yang tidak berpuas hati dengan status quo serta demografi besar pengundi muda yang mahu mencabar parti pemerintah dalam pilihanraya.
Di bawah parti pemerintah, Malaysia telah berubah daripada menjadi sebuah negara pengeksport getah dan bijih timah kepada pemain utama industri dengan industri automobil tempatan yang kukuh. Parti pemerintah telah berjaya mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang stabil, manakala menjanjikan 3.3 juta pekerjaan baru dalam sektor berpendapatan tinggi dan menarik pelaburan berjuta-juta dolar. Dalam situasi pilihan raya yang kritikal di negara ini, pengkritik bertanya samaada pembangkang yang belum dicuba kemampuannya ini dapat menjamin pertumbuhan berterusan.
Perbincangan dikalangan pengundi juga yang menjurus antara parti pemerintah dan pembangkang juga secara tidak langsung mewujudkan elemen memilih antara China dan Amerika Syarikat. Keputusan pilihanraya akan datang dijangka menjadi penentu masa hadapan dasar luar Malaysia selain berpotensi menjadi satu pergolakan politik yang berterusan. Berjuta-juta dolar Amerika telah disalurkan kepada pembangkang di Malaysia, bukti bahawa Washington mempunyai agenda tersendiri di rantau ini.
[Makluman : Kami akui terdapat kelemahan dalam proses penterjemahan semula. Namun kami sedaya upaya untuk mengekalkan maksud asal penulis. Segala kekurangan dan kelemahan kami dahului dengan memohon maaf.]
Read more: http://penaminangreturn.blogspot.com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Mereka Yang Pro Syiah, Patutlah Pas Sentiasa Kasar, Ganas dan Kejam
1) Romani Bin Wan Salin : N10 BUKIT PINANG
2) Ahmad Bin Saad @ Yahaya : N14 ALOR MENGKUDU
3) Datuk Amiruddin Bin Hamzah : N15 ANAK BUKIT
4) Mohd Nasir Bin Mustafa (SYIAH) : N17 PENGKALAN KUNDOR
5) Datuk Mohamed Taulan Bin Mat Rasul : N18 TOKAI
6) Datuk Seri Azizan Bin Abdul Razak : N20 SUNGAI LIMAU
7) Datuk Siti Ashah Binti Ghazali : N33 MERBAU PULAS
DAP:
1) Tan Kok Yew : N11 DERGA
2) Teoh Boon Kok @ Teoh Kai Kok : N13 KOTA DARUL AMAN
PKR:
1) Ooi Tze Min : N28 BAKAR ARANG
2) Dr Robert Ling Kui Ee : N29 SIDAM
3) Md. Zuki Bin Yusof : N32 KUALA KETIL
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Khamis, 29 Ogos 2013
Semalam kata LARANG hari ini kata NASIHAT
Tindakan sorong tarik Lim Guang Eng sememangnya menunjukkan sikap rasis Dap seolah-olah Pulau Pinang berada di Hong Kong atau Taiwan.
Semalam, Lim dalam sidang akhbar berkata kerajaan negeri pimpinan DAP meminta pengusaha pawagam di negeri ini tidak menayangkan filem Tanda Putera dengan mendakwa ia mengandungi unsur-unsur sensitif dan fitnah yang tidak sesuai untuk tontonan umum.
Lim berkata langkah untuk mengeluarkan nasihat itu juga kerana beliau menganggap filem berkenaan telah melampaui batas dengan menggunakan wang awam untuk menyebarkan fitnah dan menggalakkan kebencian dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Kalau Tanda Putera dikatakan melampaui batas bagaimana pula LGE boleh bersetuju dengan filem New Village dan lain-lain cerita yang dikeluarkan oleh Namewee.
Jerubu datang lagi
Jejantas keretapi Kamunting 5.00 pm tadi |
Bandar Taiping dan kawasan sekitar sudah seminggu dilanda jerubu.
Indikator yang menunjukkan jerubu ialah Bukit Larut.
Sekiranya Banjaran Bintang tersebut kelihatan bersih bermakna kadar pencemaran udara berada ditahap minimum.
Seandai banjaran tersebut tidak kelihatan dan kabur bermakna tahap pencemaran amat tinggi.
Pun begitu dalam berita tidak ada pula berita yang menyatakan jerubu sedangkan doktor perubatan sendiri mengakui bahawa Taiping dilanda jerubu.
Apakah Jabatan Alam Sekitar yang berpejabat di Taiping masih tidak menyedarinya?
Dengan artikel pendek ini, diharapkan JAS dan Jabatan Kaji Cuaca dapat menyediakan laporan.
Jangan tunggu sampai mudarat baru nak bertindak.
Seperkara lagi yang TM lihat ialah hobi membakar sampah dan rumput oleh penduduk setempat.
Apabila cuaca panas dan kering, ketika itulah mereka gemar membuat pembakaran terbuka.
Taiping juga terdapat kilang-kilang yang gemar melepaskan asap hitam pada waktu malam.
Biasanya selepas jam 10.00 malam kawasan Ayer Puteh, Kamunting membawa ke Taman Lela, asap tebal, hitam dan berbau akan kelihatan.
Untuk melihat asap tersebut dengan jelas, apa yang perlu dilakukan ialah dengan melihat lampu jalan.
Jika berlaku asap hitam, kepulannya akan jelas kelihatan di keliling lampu jalan yang berwarna kuning itu.
Sekian
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Fakta Menarik Mengenai Kongsi Gelap
Paling menarik ialah penglibatan kaum India dalam gangsters. Walau kadar peratusan penduduk kaum India adalah lebih kurang 7.3% tetapi mempunyai paling ramai dalam kongsi gelap.
"Home Ministry: Of the 40,313 illegal gang members, 28,926 are Indians, Chinese - 8,214, Malays - 1,293, 921 from Sarawak, 329 from Sabah."
Patutlah ramai daripada mereka berani dan ganas. Cara pemakaian, tatoo, gaya, fesyen rambut, akesesori dan lain-lain indikator cukup mudah untuk mengenali mereka ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PR Anggap Penonton Tanda Putera Tolol
Malangnya, di negara ini ada pihak yang takut benar dengan sejarah negara sendiri. Berbagai-bagai usaha dilakukan mereka untuk menafikan dan mengubah sejarah tersebut. Apabila sejarah itu difilemkan, pihak ini benar-benar meroyan, terlompat-lompat tidak keruan cuba menghalang orang ramai menontonnya. Itulah yang berlaku kepada Filem Tanda Putera arahan Datuk Shuhaimi Baba, yang memaparkan sejarah 13 Mei 1969.
DAP yang menjadi petualang dalam tragedi 13 Mei tidak senang duduk apabila filem ini masuk ke panggung hari ini. Bagi melepaskan geram, laman web pro-PR iaitu Negara Pakatan Rakyat menganggap sesiapa yang menonton filem tersebut sebagai tolol.
Laman web tersebut juga menyarankan agar artis-artis seperti Faizal Tahir dan Ahmad Idham tampil membela keputusan Lim Guan Eng untuk mengharamkan filem itu dari ditayangkan di Pulau Pinang. Alasannya ialah, PR perlu menjaga hati orang-orang Cina yang memberi sepenuh sokongan kepada parti itu dalam PRU-13 yang lalu.
Tindakan Guan Eng mengharamkan filem ini di Pulau Pinang hanya mengukuhkan lagi imejnya sebagai diktator yang menyekat kebebasan media. Lebih dari itu, ia juga membuktikan betapa Guan Eng, DAP dan PR tidak punya semangat nasionalisme kerana enggan menghayati sejarah negara.
Dengan sikap membisu PAS yang mewakili Melayu di dalam PR, terhadap tindakan Guan Eng, ia turut membuktikan bahawa PAS adalah pengkhianat bangsa kerana menyokong pihak yang membunuh bangsa sendiri.
Sekiranya PR ikhlas dan matang dalam berpolitik, filem Tanda Putera tidak mungkin menjadi kontroversi.
Seharusnya, PR menggalakan rakyat menonton filem yang jujur memaparkan sejarah negara dan bukannya menghalangnya. Sebuah parti pembangkang yang matang tidak akan sekali-kali menonjolkan diri sebagai pengkhianat sepertimana PR, sebaliknya akan memaparkan diri sebagai pencinta negara yang lebih lagi bagi menyaing kerajaan. Jelas PR tidak bijak kerana tidak mampu menutup sifat rasis DAP sehingga memperjudikan sokongan rakyat.
Walaubagaimanapun, atas dasar ini, rakyat Malaysia wajar melihat kebebalan PR sebagai satu hikmah kerana ia memudahkan kita membuat pilihan antara yang baik dengan yang tidak, atau pihak yang benar dan yang salah.
Kesimpulannya, yang tolol ialah PR, DAP dan Guan Eng bukannya para penonton Tanda Putera
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Selection Of Mosque Committees Not Done Through Agms Due To Major Weaknesses -
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir said although basically all matters involving Islamic religious administration were bound by the state Islamic Religious Administration Enactment 1992, the state government always studied and sought the best method of selecting members for the mosque committees.
"Selection through an AGM poses some limitations and there is great possibility that the voters are not part of the area's congregation, so they don't know the affairs of that mosque nor do they have the expertise to administer it," he said in reply to a question from Abu Bakar Hussain (PAS-Titi Serong) at the state assembly sitting, here, Wednesday.
Zambry said most states did not use the AGM to select their mosque committees but through nominations decided by their Islamic Religious Council, whereby in Perak, for instance, the nominations were made by the penghulu, religious administrative officers and the district chieftains.
On religious teachers (guru takmir agama) who were sacked, Zambry admitted that the action was taken by the religious administrative authorities after they were found to have done wrong.
"Most of them were invited by the mosque administration to impart religious knowledge to the local community. The lectures were organised by the respective mosques, while the state government only gave the authorisation to teach, besides monitoring before taking action following complaints on problems posed by these religious teachers," he said.
Zambry said they should just be teaching religion instead of using the mosque to promote their political ideology.
"From the legal aspect, the state government cannot take action against mosques which prevent such religious teachers from teaching at the mosques, as this comes under the jurisdiction of the state Islamic Religious Council, which is chaired by the Regent of Perak, Raja Dr Nazrin Shah."
He advised all guru takmir agama in the state to carry out their responsibilities well and impart only the true teachings of Islam to the Muslim community.
"We must preserve unity, so keep politics out of the mosques. It's sad today that some mosques are not used as a place to forge unity, while in some countries, people have been massacred in mosques."
-- BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
MKN berjaya membawa balik hampir kesemua pelajar Mesir
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pas Kedah Tolak Enakmen Anti Syiah
Sidang Dun Kedah kelmarin dah meluluskan Enakmen Anti Syiah dengan 21 undi, semuanya dari Adun BN.
Seramai 9 adun menolak, 4 berkecuali dan 2 tidak mengundi.
Kerusi pembangkang Kedah adalah seperti berikut, ( PAS-10, PKR-3 dan DAP-2 ).
Justeru, Pas telah menolak Enakmen Anti Syiah telah memberi satu persoalan bahawa kesemua adun Pas Kedah adalah penyokong kuat Syiah atau mereka bermazhab Syiah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Rabu, 28 Ogos 2013
Sasterawan Khalid Salleh Menulis Tentang Nusantara dan Melayu
Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Emas) adalah sebahagian dari wilayah Melayu Nusantara yang juga dikenali sebagai Gugusan Pulau-Pulau Melayu. Ia meliputi Pulau Jawa, Pulau Sumatera, kepulauan Maluku, Ambun, Sulawesi , pulau Madura, Kepulauan Borneo dan lain-lain .
Geng 3 Calit, Geng 21 Antara Yang Haram
Sebilangan ahli politik ternama didakwa menaungi beberapa kongsi gelap dan beberapa orang daripadanya turut menjadi penasihat kumpulan terbabit.
Laporan akhbar Sin Chew Daily menyebut, kumpulan berkenaan merupakan antara 10 kongsi gelap, yang akan didedahkan esok oleh Kementerian Dalam negeri.
Ia membabitkan kumpulan gengster Cina, Melayu dan India, menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu.
Kumpulan itu meliputi “Geng 04”, “Geng 08”, “Geng 21” dan “Geng 36” dari kumpulan India; “Hong Shun Tang”, “3821”, “Wu Se Qi”, “Hong Men” dan Hua Ji Dang” dari golongan Cina; serta “Geng 3 Calit” dari kelompok Melayu.
Akhbar tersebut yang memetik kenyataan sumber menyebut, kerajaan buat kali pertama akan melancarkan “perang” ke atas kongsi gelap dengan mendedahkan senarai nama kongsi berkenaan kepada umum.
Menurut sumber tersebut, gengster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian, mengedar dadah dan khidmat pelacuran.
“Gengster India secara perbezaannya lebih agresif kerana mereka memungut wang perlindungan dari pengusaha gerai dan pub selain menjadi penembak.
“Sementara itu, gengster Melayu lebih aktif ‘menjaga’ tapak pembinaan dengan memungut wang di sana.
“’Geng 3 Calit’ Melayu paling aktif dan ketua setiap kawasan dipanggil ayahanda,” katanya.
Artikel disiar pada 28/08/2013 - 8:33 pm oleh EDITOR
Muzium Kebangsaan Singapura Ubah Fakta Sejarah Tentang Orang Melayu
Ini adalah dapatan dari wall facebook rakan TM di Singapura, Beliau terkejut dengan fakta sejarah mengenai orang Melayu yang dikatakan berasal dari tanah Arab dan lebih menyedihkan kedatangan orang Melayu adalah terkemudian daripada kedatangan Stamford Raffles.
Menurut muzium tersebut bahawa Sejarah Singapura telah bermula dengan kedatangan kaum cina yang berlayar ke Singapura sebagai pedagang dan membuka Singapura. Ia berlaku sebelum kedatangan Raffles.
Dengan sendirinya ia melenyapkan sejarah Kesultanan Melayu Singapura, kisah Singapura di langgar todak dan kisah Sang Nila Utama, anak raja yang membuka pulau Singapura,
Ketua Wirawati Perkasa Letak Jawatan
Perkara yang menggemparkan hari ini ialah apabila ketua Wirawati Perkasa mengumumkan peletakan jawatannya hari ini. Surat peletakan jawatan telah pun diserahkan kepada Presiden Perkasa Dato Ibrahim Ali.
Berita tersebut disiarkan di laman facebook beliau kira-kira 5 jam yang lalu.
"Saya Zaira Bt Jaafar meletakkan jawatan sebagai Ketua Wirawati Perkasa Msia berkuatkuasa pada 31hb Ogos 2013, Harap Maklum.Tkasih"
Apa berita ini mempunyai kaitan dengan isu Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi yang dipanggil mengadap majlis tertinggi berikutan tindakan beliau mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan.
Ketua Wirawati ada menyebut peletakan jawatan kerana mengalami masalah kesihatan, beberapa bulan lalu beliau beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana masalah gastrik. Kali terakhir TM bertemu beliau ialah pertengahan bulan puasa di satu majlis di Kuala Lumpur dan beliau kelihatan kurang sihat.
Penang Yang Hebat!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Rusia bongkar kisah Anwar dapat bantuan besar dari Barat,
Kisah sebegini bukan rekaan bloggers Umno tapi kisah nyata dari negara yang amat dimusuhi oleh abang nod pada era 70an.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Selepas lebih 2 jam baru dapat jumpa doktor
Tepat jam 10.41 pagi barulah nombornya dipanggil melalui sistem panggilan nombor elektronik.
Tarikh dan lokasi klinik dirahsiakan, harap maaf!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Irwan Fahmi kena mengadap kepimpinan Perkasa ekoran Desak Najib Letak Jawatan
Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris membuat kenyataan kontroversi itu dalam tulisan di blognya bertajuk "Sudah Cukup Segalanya Digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan."
"Saya tidak tahu Wira Perkasa ada kuasa yang begitu besar untuk paksa perdana menteri meletak jawatan," kata Datuk Abdul Rahman Abu Bakar kepada The Malaysian Insider, serta meluahkan rasa terkejut atas kenyataan Irwan itu.
Menurut Timbalan Presiden Perkasa itu, beliau akan menemui Irwan dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan itu.
Kenyataan Irwan bagaimanapun tidak begitu mengejutkan kerana Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali sangat kritikal kepada strategi pilihan raya Najib, mengatakan baru-baru ini kumpulan itu tidak berpihak kepada mana-mana parti politik selepas Pilihan Raya 2013.
Ibrahim sudah menyatakan pendirian ini kepada penaung Perkasa, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu pertemuan bersama bekas perdana menteri itu, di mana Najib menerima kritikan ekoran kelemahan prestasi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 5 Mei.
Seorang pemimpin Perkasa berkata, Dr Mahathir memahami langkah Perkasa untuk tidak memihak kepada mana-mana parti politik dalam pilihan raya akan datang walaupun majoriti ahlinya adalah ahli Umno. Tetapi kumpulan hak Melayu itu tidak pernah meminta Najib letak jawatan.
Irwan memberitahu The Malaysian Insider minggu ini bahawa perdana menteri sudah diberikan masa mencukupi, malah ketika pertemuan dengan Perkasa baru-baru ini, beliau menegaskan Perkasa menuntut Najib segera berubah dan mengutamakan kumpulan pengundi Melayu yang memilih untuk mengekalkan kerajaan. Namun Najib masih berpeluk tubuh tanpa sebarang tindakan.
"Najib masih lagi tidak berubah. Kita sudah beri masa, tapi sekarang keadaan semakin serius. Kes jenayah, isu kalimah Allah, semua ini berlaku apabila ketika pilihan raya itu banyak sangat perkara dilakukan, seperti pemansuhan ISA dan banyak lagi," katanya merujuk tindakan kerajaan Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan juga Akta Ordinan Darurat sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
"Perkara terbaik dia buat adalah letak jawatan kerana keadaan semakin teruk, tidak bertambah baik," katanya.
Irwan berkata, masyarakat Melayu memilih Barisan Nasional (BN) bersama dengan bantuan masyarakat India, namun Najib tetap gagal membela dua kumpulan ini sedangkan pengundi Cina yang menyokong BN adalah bilangan yang cukup kecil.
"Kita juga melihat Najib gagal menjaga orang yang undi dia. Melayu yang beri kuasa untuk dia memerintah dengan bantuan orang India, orang Cina hanya lapan peratus sahaja," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Kita sudah beri masa, bukan kita terus mendesak (Najib letak jawatan)," katanya lagi, menegaskan itu adalah pendirian Wira Perkasa dan langkah terakhir yang dilakukan mereka.
"Ini pendirian Wira Perkasa. Saya tidak tahu pendirian kepimpinan Pusat Perkasa. Ini yang maksimum kita boleh buat. Kita pun ada sedikit sumbangan untuk BN dalam PRU lepas," katanya.
Dalam laman blognya, Irwan menulis:"1 Malaysia, BR1M, memberi peruntukan berlebihan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan terbukti GAGAL.
"Ini kerana kepimpinan yang mahu mendapatkan undi kaum Cina sebanyak 26 peratus dan undi kaum India . Bagi kaum Cina ia terbukti gagal, peratusan kaum Cina itu keluar mengundi meningkat, tetapi peratusan yang dapat kepada kerajaan hanya 8 peratus. Manakala kaum india yang ramai menyokong kerajaan. Tetapi kadar jenayah daripada kaum ini meningkat."
Beliau turut membangkitkan kegagalan slogan "1Malaysia" Najib dan juga Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang menurutnya adalah "rasuah yang dihalalkan oleh kerajaan."
"Malangnya kepimpinan tertinggi negara masih lagi menagih kepada kaum ini, melantik orang yang tidak sepatutnya dilantik. Laungan 1Malaysia ini dilaungkan oleh pengampu, saya mahu tanya apakah 1Malaysia ini berjaya? Jika pada pandangan saya ia terbukti gagal," katanya dalam posting blog berkenaan. – 28 Ogos, 2013.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PAKATAN BACUL KETANDUSAN SEMANGAT HARI KEBANGSAAN
Namun sehingga ke saat ini negeri yang dikuasai pembangkang iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan masih belum menayangkan logo dan tema sambutan hari kebangsaan
Apa sudah jadi dengan abang Nod?
Sudah hilang mood?
Sudah lupa hari kemerdekaan?
Sudah kecewa?
Tahun lalu bukan main hebat lagi kempen. Berjuta wang dibelanjakan untuk tujuan tersebut.
Tahun ini mana?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Selasa, 27 Ogos 2013
P 146 kekal milik BN
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pemilihan Pemuda Umno Bukit Gantang Pun Tak Kurang Hebatnya
Kini terdapat dua nama yang disebut-sebut untuk merebut jawatan tersebut. Mereka ialah Saudara Ahmad Kamil bin Arshad (38) dan seorang lagi ialah Saudara Hazrul Afendy bin Rozali (38).
Ahmad Kamil ketika ini merupakan Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian manakala Hazrul Razali adalah AJK Bahagian.
Hazrul pada tahun 2009 pernah bertanding jawatan Ketua Pemuda tetapi kalah kepada Saudara Ten.
Hazrul adalah AJK Umno Bahagian secara lantikan.
Ten berharap agar pemuda bertanding secara sihat, secara adik beradik.
Dengan cara itu pemuda akan dapat meyatukan tenaga demi kelangsungan politik alaf baru untuk mempertahankan maruah negara daripada ancaman musuh yang dilihat semakin berani mencabar kedaulatan negara.
Kepada anak mudalah kita bersandarkan harapan yang tinggi untuk mengekal pentadbiran dan keharmonian negara.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Usul tergempar persidangan cawangan Umno.
Usul tersebut ialah mendesak P. Watharya Moorthy Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri meletakkan jawatan segera.
Tarikh akhir persidangan cawangan ialah 15 September 2013.
Sekian
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Puteri Umno Bukit Gantang: 3 puteri bertanding?
Penyandang kerusi tersebut ialah Puan Jamilah bt Zakaria seorang guru yang berkhidmat dengan jabatan pendidikan.
Manakala AJK Puteri Umno Bahagian, yang disebut-sebut akan bertanding ialah Cik Hajah Hajar Hanim bt Hj Miskon dan seorang lagi masih samar-samar dan belum memberi hint atau buka mulut untuk bertanding.
Segalanya mungkin terjawab sebelum 28 September nanti.
Sama-samalah kita mengharapkan agar Umno Bukit Gantang kembali gagah seperti sebelum-sebelumnya.
Dahulu Umno Bukit Gantang merupakan kubu kuat Umno tetapi kini lemah dan hilang 3 kerusi penting iaitu Parlimen, Dun Changkat Jering dan Dun Sepetang.
BN kalah bukan kerana pembangkang kuat, tetapi kerana kurang koordinasi dalam BN dan Umno itu sendiri.
Harapan TM, ialah dengan perubahan dan tranformasi baru akan mengembalikan sinar yang hilang.
Next ialah Pemuda Umno Bukit Gantang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
3 Akan Rebut Kerusi Ketua Wanita Umno Bkt Gantang
Pertama penyandangnya iaitu Pn Zananat bt Abd Samad, kedua ialah Pn Norizam bt Saleh dan Pn Salbiah bt Awang.
Pn Salbiah Awang menjadi calon favorite ketika ini adalah seorang penyelia KEMAS kawasan Parlimen Bkt Gantang memberi kelebihan kepada beliau.
Beliau juga adalah AJK Bahagian, berpengelaman lebih 20 tahun dalam politik dan dikenali ramai serta di senangi dan mudah didekati oleh semua ahli wanita bahagian tersebut.
Beliau diharapkan agar dapat membawa satu perubahan politik ke arah yang lebih baik kepada sayap wanita Umno Bukit Gantang untuk merampas kembali kerusi parlimen yang terlepas kepada Pas sejak 2 PRU lepas.
Dengan usaha agresif, wanita Umno akan lebih mantap sejajar dengan transformasi politik yang dibawa oleh Perdana Menteri.
Diharapkan agar wanita mampu berhadapan dengan muslimah Pas untuk merampas kerusi Dun Changkat Jering dan Kuala Sepetang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Isnin, 26 Ogos 2013
Ayo Yooooo Lagi Tembak kaaaa!
Dalam kejadian pukul 5 petang, mangsa, M. Yogeswaran, 30, hanya mengalami cedera ringan dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk menerima rawatan.
Difahamkan dua lelaki menaiki sebuah motosikal datang dari arah belakang lori dipandu mangsa. Salah seorang daripada mereka kemudian melepaskan tembakan ke arah mangsa namun hanya mengenai jari mangsa.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, tembakan itu menyebabkan lori dipandu mangsa terbabas manakala suspek terus melarikan diri.
"Mangsa masih dirawat hospital dan keadaannya dilaporkan stabil. Polis sedang menyiasat bagi mengesan suspek dan besar kemungkinan, mereka dikenali mangsa," katanya.
Khalil berkata, kejadian berlaku tidak ada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap atau kes-kes tembakan dilaporkan berlaku sebelum ini dan polis masih mengumpulkan maklumat mengenai kejadian itu. - UTUSAN ONLINE
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Mencari pembunuh Altantiya
So, eloklah kita tanya siapa pembunuh Teoh Beng Hock. Tak mungkin orang SPRM. Sebab mereka hanya melibatkan diri dalam soal siasat.
Semua orang tahu ada berlaku pergaduhan kecil dalam tandas antara Beng Hock dengan seorang lagi Taico Dap.
Kemudian TBH ditemui mati di lantai bangunan, nak cari siapa bunuh?
Lu pigi cari looo baru cakap itu monggolia punya kes!
http://t.co/2RUgoYxiMI
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sidang Dun Perak : Bila ada sidang Dun baru nampak muka
Tm nak cerita sikit mengenai perangai Adun PKR Kuala Sepetang Perak.
2008 Kuala Sepetang diwakili oleh Tai See Ng dan 2013 Cik Chua Swee Eng china doll kesayangan Abang Nod dari Batu Pahat Johor.
Sejak menang PRU 13, hingga sekarang tak nampak muka dia turun padang jumpa rakyat.
Sudah ada rungutan rakyat, beberapa orang yang TM hubungi semuanya menyatakan tak pernah nampak mukanya turun kawasan, apa lagi untuk melihat masalah rakyat.
Ada apek yang komplen tentang perangai wakil rakyat Pkr dari zaman Tai See Eng hingga Chua Swee Eng, perangainya sama. Turun hanya untuk meraih undi sahaja, lepas menang muka pun tak nampak.
Hari ini bila sidang Dun yang pertama bermula, pandai pula dia hadir ke dewan. Turun kerana takut elaun hilang.
Bagi nya mungkin tugas wakil rakyat hanya bercakap dalam dewan Dun, bukan turun berjumpa rakyat.
Kawasan Melayu yang paling taksud dengannya ialah kampung Cheh, nah sekarang bila susah cari Umno jugak. Pi lah cari buah hati Abang Nod.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Macam lah kerajaan sengkek sangat tak mampu bantu
---------------- (Original Posting) -------------------
The dilemma of UMNO's racial politics
A Malay student graduating from a Chinese independent school at Perak was having financial difficulty to further her study at a Taiwanese university.
She was granted scholarship covering tuition fees and full accommodation. But her poor family can't afford her the flight ticket and living expenses.
She definitely would not get help from the UMNO government, which has wanted to bury the Chinese independent education for decades.
In her moment of need, a Chinese farmer from Negeri Sembilan came forward, donating rm5,000 to enable her trip overseas. Bringing along his family, he traveled hundreds of miles to Perak to present the fund.
It's probably the most embarrassing moment for a government that's only interested in indulging in race and religion politicking, without looking at the real needs of the rakyat.
In fact, in this heightened politicking season leading up to the UMNO party election in Oct, this report by Sin Chew Daily can be deemed... cheng cheng cheng ... SEDITIOUS! PERKASA bigots would be unleashed to protest at the paper's HQ at Petaling Jaya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Lagi Syarikat Bas Terpaksa Menghentikan Perniagaannya
Kerana kemajuan dan peningkatan taraf hidup penduduk hari ini dua syarikat lagi akan menghentikan operasinya. Sebelum ini Syarikat Koperasi Northern Malaya dan Syarikat Asmy Norzal telah menghentikan perkhidmatan mereka kerana masalah kekurangan penumpang dan sewa tapak di hentian bas Taiping yang mahal.
Peningkatan kos urusan dan penjagaan bas yang semakin mahal menyebabkan syarikat bas merah dan merah kuning akan menghentikan operasinya.
Ini memberi kesan kepada warga tua dan pelajar sekolah, pun begitu ia memberi peluang kepada teksi dan bas sekolah untuk mengambil alih peranan bas ini.
Pelajar yang terjejas ialah pelajar dari Taman Berkat, Kg Ayer Puteh Jalan Kuala Kangsar Taiping dan pelajar sekolah agama Ehya El Syarif Semanggol. Turut menerima kesan ialah pelajar dari SMK Kubu Gajah Selama.
Ahad, 25 Ogos 2013
159 sudah ditahan oleh polis
Beliau berkata daripada jumlah itu, 28 individu ditahan kerana terbabit dalam kes jenayah berat seperti memiliki senjata api dan peluru manakala selebihnya membabitkan kes dadah.
Katanya setakat hari ini, seramai 798 individu dan 635 kenderaan diperiksa dengan lapan kenderaan disita dan 152 saman trafik dikeluarkan.
Polis turut merampas 182 bijil pil kuda dalam pemeriksaan dan serbuan yang dijalankan di seluruh negeri, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.
Mazlan berkata dalam tiga kes terbaru, Rabu lepas, polis menahan lima lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 dan 55 tahun berkaitan kesalahan memiliki senjata api dan peluru. - BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Datuk Majura Muda Maut Kemalangan Di Lebuhraya Karak
Nama: Datuk Majura Muda / Datuk Nik @ Majura (47) Perunding Kejuruteraan |
13 Cawangan Umno Bahagian Taiping Selesai Bersidang Dengan Jayanya Hari Ini.
Cawangan Taiping Bandar |
Taiping Bandar |
Cawangan Kg Jana |
Kg Jana |
Taman Desa Jana |
Taman Desa Jana |
Kg Jana |
Taiping Bandar |
Desa Jana |
Taman Panglima |
Kampung Expo |
KETUA UMNO BAHAGIAN MUAR UMUM UNDUR DIRI
majlis rumah terbuka Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim di Seri Menanti, di sini, malam tadi, Mohd Ismail mencadangkan Razali sebagai penggantinya.
Menurut Mohd Ismail, beliau bersedia untuk memberikan pandangan membina dalam membantu Razali yang dianggap sebagai adiknya sendiri sekiranya Anggota
Parlimen Muar itu diberi peluang memimpin bahagian berkenaan kelak. Mohd Ismail, 55, yang memimpin bahagian berkenaan bermula daripada Ketua
Pemuda Umno sejak 23 tahun lepas berkata beliau mahu semua anggota Umno di bahagian tersebut menyokong penuh Razali pada pemilihan parti itu November depan.
Sementara itu, Razali yang terkejut dengan pengumuman tersebut dalam ucapannya menyifatkan Mohd Ismail sebagai seorang lagi pemimpin Johor yang sanggup melepaskan jawatan ketika berada di puncak.
"Beliau mengikut jejak langkah pemimpin sebelum ini termasuk Allahyarham Tun Dr Ismail, Tun Hussein Onn dan Tun Musa Hitam yang meletak jawatan ketika berada di puncak," katanya. Razali berkata beliau sedia bertanding jawatan Ketua Umno bahagian itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Keselamatan Negara Cuba Digugat
Ini baru satu, ditempat-tempat lain bagaimana agaknya?
Saya juga musykil dengan bangunan untuk rumah-rumah burung walit.
Entah apa yang ada dalam bangunan tersebut kita tak tahu.
Kena buat pemantauana!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
HARI INI DALAM SEJARAH DALAM KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Anak Dedah Punca Timbalan Ketua Pengarah Kastam Mati Di Tembak
Pembunuhan pegawai tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di pulau bebas cukai Langkawi, kata ahli keluarganya kepada The Malaysian Insider. Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) ditembak mati di Putrajaya pada 26 April, beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan pistol tersebar ke seluruh negara.
“Pembunuhan bapa saya dirancang, ia ada kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi," kata Mohd Akhtar Shaharuddin kepada The Malaysian Insider minggu ini. Malah beliau sendiri yakin dalang pembunuhan bapanya adalah dari jabatan Kastam sendiri."Saya pasti akan hal itu biarpun polis menafikannya," kata arkitek berumur 30 tahun itu.
"Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terlibat dalam rasuah ini berkaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.
"Tidak lama selepas membuat aduan itu, beliau menerima surat pertukaran kerja. Surat itu, bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan Kastam campurtangan dan berjuang mempertahankan hak bapa saya," katanya.
Sebulan selepas itu, Shaharuddin ditembak ketika sedang memandu ke pejabatnya di Putrajaya."Tidak ada siapa faham kehilangan orang tersayang dengan cara kejam begini kecuali bagi mereka yang pernah melalui sendiri kerana itu saya amat berharap kematian bapa dibela," katanya.
Yang lebih menyedihkan Akhtar, empat bulan selepas bapanya ditembak mati, tiada sesiapa didakwa kerana membunuh.Pertama kali bercakap kepada media, Akhtar mengatakan bapanya menerima panggilan daripada pemberita bertanya tentang sindiket penyeludupan kereta di Langkawi, beberapa minggu sebelum ditembak mati.
Tanpa berfikir panjang, orang nombor tiga dalam Kastam itu ke Langkawi untuk menyiasat."Beliau merupakan seorang yang tegas dan tidak pernah menceritakan apa-apa masalah tentang kerja dengan keluarga.
Namun saya diberitahu oleh ibu, seorang wartawan ada menelefon bapa saya bertanyakan mengenai isu sindiket penyeludupan kereta di Langkawi," kata Akhtar.
Akan tetapi beliau tidak pasti sama ada bapanya sempat bercakap dengan pemberita itu selepas pulang dari Langkawi.Akhtar turut mendedahkan bapanya menerima banyak ugutan termasuk peluru dihantar ke rumah mereka.
Menurutnya, beliau membuat pendedahan kerana kecewa dengan layanan dingin diberikan polis ke atas siasatan kes bapanya."Bayangkan sudah hampir berapa bulan kes ini berlaku jangan kata suspek malah sebarang petunjuk tidak diberikan polis," katanya.
Katanya kali terakhir dia berjumpa dengan polis pada bulan Ramadan lalu setelah digesa beberapa kali untuk mendapatkan perkembangan siasatan."Dalam tempoh berapa bulan selepas kejadian saya hanya berjumpa dengan polis dalam dua atau tiga kali.
"Bagaimanapun selepas sebulan mereka langsung senyap dan saya terpaksa mengejar polis untuk mengetahui perkembangan kes," katanya.Menurut Akhtar, layanan diberikan polis terhadap kes bapanya dianggap tidak adil walaupun bapanya merupakan pegawai tinggi kerajaan yang banyak menyumbang kepada negara.
"Kita bercakap tentang pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah, siapa beliau.. tidakkah jasa beliau tidak ternilai kepada negara jadi kenapa memperlakukan keluarga kami begini,” katanya kecewa.Tegas Akhtar beliau hanya mahu keadilan bagi bapanya.
"Bapa saya seorang berdedikasi dan pegawai jujur tidak pernah mengambil kesempatan terhadap kelebihan dimiliki walaupun dia boleh berbuat demikian," katanya lagi.
Shaharuddin yang mengetuai bahagian Pekastaman dan Cukai Dalam Negeri hanya tinggal setahun untuk bersara sebelum ditembak mati pada 26 April.Beliau yang dilahirkan di Negeri Sembilan itu sudah berkhidmat selama 30 tahun bersama Kastam dan diberikan jolokan "Mr Clean".
Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilapor menafikan kaitan pembunuhan Shaharuddin dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.
“Ia merupakan spekulasi semata-mata,” Ku dilaporkan berkata.Laporan sebelum ini mengatakan polis sudah menyiasat 35 orang untuk kes ini termasuk pegawai-pegawai Kastam dan menahan dua orang untuk siasatan lanjut.
Seorang daripadanya merupakan ahli perniagaan dan seorang lagi merupakan pengedar alat ganti. Kedua-duanya kemudian dibebaskan dengan jaminan.Ku yang dihubungi semula berhubung pendedahan terbaru ini mengatakan, "kami masih menyiasat".
Kes tembak itu berlaku tidak lama sebelum pilihan raya umum ke 13. Kes itu mengejutkan kerana ianya melibatkan pegawai tinggi kerajaan.Selepas kes Shaharuddin, 35 kes tembakan berlaku di seluruh negara yang melibatkan 22 kematian. ~the malaysian insider