Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2008

Husam Musa lagiiiii

Husam Musa Pening Lalat

Hari ini semua orang bercakap mengenai kes liwat Dato Seri Anwar. Nik Aziz pun bercakap tetapi yang menarik ialah saranan Husam Musa agar 4 saksi dikemukakan dalam kes pertuduhan liwat Penasihat Parti Keadilan.

Ini lah yang menyebabkan Tun Dr Mahathir menolak hukum hudud tajaan Pas dahulu. . Mana nak cari empat saksi? Yang ada di tempat kejadian hanyalah dua orang iaitu mangsa dan pemangsa. Tak wujud orang ketiga, keempat, kelima dan keenam.

Seandainya seorang perempuan diculik dan di perkosa di satu tempat sunyi , bagaimana dia nak mencari 4 saksi untuk membolehkan membuktikan bahawa dia sudah di perkosa . Oleh itu kenyataan Husam tidak boleh diambil kira.

Penggunaan 4 saksi ini hanya pada kes-kes tertentu, seperti satu kejadian zina, dan berita sudah tersebar maka pihak yang mendapat tahu perlulah membawa 4 saksi untuk menyaksikan dan membuktikan kes ada prima faci. Dan saksi itu pulak mesti memenuhi syarat-syarat yang telah di sebut dalam hukum. Bukan pakai r…

KENANGAN LALU (klik for more info)

PRU 12. Pas telah meletakkan seramai 21 orang calon untuk kerusi DUN Perak. Perak mempunyai 59 DUN. Untuk memerintah negeri Pas memerlukan kemenangan 30 kerusi, Andainya Pas menang semua 21 kerusi Pas belum boleh menubuhkan kerajaan. Mahu tidak mahu dia terpaksa bergantung hidup kepada DAP dan PKR.

Pas menentang UMNO kerana kononnya UMNO tidak Islam. Pada masa yang sama Pas berbaik dengan DAP dan PKR yang sah bukan menyokong penubuhan negara Islam Pas.

So apa jadi hari ini Pas pandai cakap rakyat Perak menolak UMNO. yang sebenarnya rakyat Perak menolak Pas. sebab tu dari 21 kerusi yang menjadi taruhan PAS hanya 6 kerusi saja berjaya dimenanginya. mereka ialah

1. DRS Khalil DUN Titi Serong.
2. Ramli Tusin DUN Gunung Semnaggol
3. Husin Din DUN Selinsing
4. Muhammad Zainuddin DUN Lubuk Merbau
5. Ir Mohammad Nizar DUN Pasir Panjang
dan
6. Mohd Anuar Sudin DUN Changkat Jong.

Pas boleh berbangga seandainya memenangi lebih dari2/3 dari 21 kerusi yang bertanding

Jangan Main Belakang

David Teo buat filem, mula dengan "Jangan Pandang Belakang" dan hari ini "Jangan Main Belakang" nampak usaha David Teo tidak menjadi, belum habis 100 hari sudah main belakang. Apa ni....malu laa.

Kalau dahulu boleh dapat simpati ramai bagaimana kali ini.

DELIMA PAS. buang mati katak, telan mati babi

Selepas 100 hari memerintah di Perak Pas sudah tersepit dalam dua situasi. Pertama karenah DAP yang mula mahu lebih dalam segala hal. PKR menghadapi masalah kepimpinan, Tak cukup dengan isu rasuah dan salah guna wang, timbul pula masalah moral yang berprofile tinggi. Sudah tentu Pas Perak sendiri berasa kurang senang dengan Speaker Perak tapi apakan daya Pas , suaranya kecil di Perak. PKR pula merupakan parti yang menang loteri 4D, tak reti nak buat apa dengan hadiah kemenangan.

Dalam DAP semua ahlinya nampak lebih menonjol tetapi Pas hanya nampak Menteri Besar saja yang mendapat lebih pendedahan. PKR langsung tak ada, 5 lagi ADUN Pas hanya membisu seribu bahasa takut salah kerop.

Selepas 100 hari ke mana hala tuju Pas. DAP sudah menampakkan usaha-usaha mereka untuk memajak tanah kepada 999 tahun. DAP dengan agenda tanah. Pas agenda apa? PKR tak ada agenda mereka hanya syok dengan falsafah "lawan tetap lawan"

Bertelur sebiji riuh sekampung

Kerajan BN telah lama berjaya menarik pelaburan ke negeri Perak. bukan setakat memberi pekerjaan kepada 1000 orang malah boleh mampu mewujudkan sebuah bandar baru. Lumut juga telah di majukan oleh BN. Pakatan Rakyat hanya tumpang lalu saja,,dan kuis sana , kuis sini


LUMUT: The first project approved by the Pakatan Rakyat-led state government, a fabrication plant in Lumut Port, is expected to create 800 jobs for skilled and semi-skilled workers, said Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jama-luddin.
The initial investment for the UMW Fabritech fabrication plant was RM100 million, with the first phase to be completed at the end of the year and the rest of the plant completed in four years, he said at the ground-breaking ceremony here yesterday.

He said the state government was trying to reduce bureaucracy for all project applications.

It also wants to give early approvals so that investors could quickly begin their projects, enabling the reaping of benefits sooner.

"In the case of th…

Budu Naik Harga

Budu turut mahal

Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my

SEORANG peniaga, Mohd. Aswraf Alwi menunjukkan beberapa jenama budu yang dijual di kedai runcitnya di Kota Bharu semalam.

TUMPAT - Adakah budu iaitu pembuka selera kegemaran rakyat biasa Kelantan akan menjadi bahan mewah pada masa akan datang.

Ini tidak boleh ditolak ekoran kenaikan mendadak kos mengeluarkannya menyebabkan harganya yang berpatutan kini menjadi lebih mahal.

Ekoran itu, harga bahan tersebut akan dinaikkan sebanyak 40 peratus bermula 1 Julai ini.

Ia disahkan sendiri oleh seorang pengusaha terkenal budu di sini, Ismail Yusoff, 57, yang menyifatkan kenaikan harga itu tidak lagi dapat dibendung.

Menurutnya, ia dilakukan bagi mengelak kerugian lebih besar termasuk risiko 'gulung tikar' jika bertahan dengan harga semasa.

Katanya, kenaikan harga bahan bakar memberi impak besar kepada kos operasi termasuk melonjakkan harga botol kaca dan juga pembalut selain kesukaran memperoleh bahan mentah seperti ikan bilis dan garam …

Ustaz Azizan MB Kedah jangan marah

MB Kedah bidas TV3 siar berita fitnah
Izwan Abdul Halim
Thu | Jun 19, 08 | 5:18:17 pm MYT

ALOR STAR, 19 Jun (Hrkh) - Kerajaan Negeri Kedah semalam melahirkan rasa kekesalan di atas laporan berita yang disiarkan oleh oleh TV3 kelmarin.

Berkata kepada media selepas mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan semalam, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak menyatakan rasa kesal Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terhadap fitnah yang dibuat oleh TV3 itu.

Sedangkan, menurut Ustaz Azizan, pihak Kerajaan Negeri telah memberi layanan yang baik dan menghormati semua media massa.

Oleh itu, beliau meminta media massa menghormati etika kewartawanan dan profesionalisme mereka.

"Kerana zaman kita zaman orang maju, orang bertamadun, jangan buat lagi kerja-kerja yang primitif, kerja-kerja yang tidak bertamadun.

"Kita bersedia menjawab apa-apa soalan dan bertanggung jawab dengan tindakan kita. Kita sedia untuk dikritik, ditegur dan dianalisis tapi bukan fitnah yang tidak betul," ujar…

PAS BINA STESEN RADIO SENDIRI LAH

Usul desak RTM beri ruang siaran disokong penuh
Izwan Abdul Halim
Sat | Jun 21, 08 | 1:11:05 pm MYT

KOTA SARANG SEMUT, 21 Jun (Hrkh) - Seluruh perwakilan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah (DMPNK) Kali Ke-39 semalam menyokong penuh usul mendesak Kementerian Penerangan Malaysia supaya memberi ruang kepada Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menggunakan siaran Radio dan Televisyen Malaysia bagi membuat sebarang liputan secara terus kepada rakyat.

Usul yang dibentangkan oleh perwakilan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kubang Pasu itu menegaskan bahawa rakyat berhak mendapat berita dan gambaran sebenar mengenai Kerajaan Pakatan Rakyat.

Jelas usul itu lagi, Pakatan Rakyat telah diberi mandat oleh 52 peratus atau 13 juta rakyat Malaysia hingga membawa kepada kejayaan memerintah lima buah negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Perwakilan turut memberi sokongan padu kepada usul DMPNK yang mendesak Perdana Menteri untuk menurunkan harga minyak dengan segera dan membentangk…

SELANGOR CEMARKAN MASJID LAGI

Demonstrasi bantah harga minyak di masjid sekitar Selangor hari ini
Harakahdaily
Fri | Jun 27, 08 | 8:01:22 pm MYT

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Hrkh) - Bagi meneruskan kempen memastikan kejayaan Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat yang akan diadakan pada 6 Julai nanti, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor bersama-sama Pemuda Pakatan Rakyat Selangor akan mengadakan demostrasi bantahan kenaikan harga minyak serentak di masjid-masjid di sekitar negeri Selangor selepas solat Jumaat hari ini.

Demonstrasi bantahan akan diadakan di beberapa lokasi iaitu di Masjid Kg. Baiduri, Petaling Jaya, Masjid Bandar Baru Sg. Buloh, Masjid Bukit Indah, Ampang dan Masjid Al Munir, Lestari Perdana, Seri Kembangan.

Selain itu demonstrasi akan turut diadakan di Masjid As Syakirin, Gombak Setia, Masjid Sg. Nipah, Simpang Lima, Sg. Besar dan Masjid Al Hidayah, SS3, Kelana Jaya. - mns_

KOMEN; DEMO KAT MASJID NI AJARAN DARI SYIAH KUT, SEBAB SYIAH RAMAI DALAM PAS. HORMATILAH MASJID. IA TEMPAT MENYATUPADUKAN MASYARAKAT. BUKAN OR…

RM 1000 UNTUK PELAJAR IPTA DI SELANGOR

Selangor beri RM10 juta kepada anak negeri ke IPTA
Saidah Hairan
Mon | Jun 16, 08 | 2:37:56 pm MYT

SHAH ALAM, 16 Jun (Hrkh) - Kira-kira 10,000 anak-anak rakyat Selangor yang berjaya menjejaki kaki ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan mendapat wang sumbangan sebanyak RM1,000 seorang mulai bulan depan.

Ini satu lagi kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat menunaikan janji yang terkandung dalam manifesto pilihan raya walaupun belum sampai 100 hari memerintah negeri.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Pakatan Rakyat menunaikan satu lagi janji dengan memperuntukkan wang sebanyak RM10 juta untuk membiayai pendidikan anak-anak Selangor.

KOMEN: BETUL KER NI...KA OMONG KOSONG, AKU DAPAT TAHU RAMAI IBUBAPA DAH KOMPLIN SEBAB TAK DAPAT. KALAU BETUL BAGI BAGUS LAH. TETAPI HAIRAN MANA DATANG DUIT? 100 HARI DAPAT KUMPUL 10 JUTA,,,TENTU DUIT SIMPANAN KERAJAAN BN LALU, KASI HABISLAH DUIT KERAJAAN BN TU,,,PEDULI APA KAN? BUKA DUIT YANG PAKATAN CARI,,,,

Speaker Perak Kecewa dengan BN

Speaker kecewa dengan sikap Adun BN
Ekmal Yusof
Fri | Jun 27, 08 | 2:32:28 pm MYT

IPOH, 27 Jun (Hrkh) - Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, V. Sivakumar Varatharaju kesal dengan sikap Adun Barisan Nasional Perak yang bertindak memulaukan sidang dewan.

Beliau menyifatkan tindakan pembangkang itu bersifat keanak-anakan, sekali gus tidak menghormati konvensyen parlimen dan tidak bertanggong jawab.

"Tingkah laku mereka membuktikan hanya bahawa mereka semata-semata ingin mencari publisiti murahan dan mendurhaka kepada mandat yang diberikan rakyat dalam PRU-12 lalu," katanya.

KOMEN: SALAH ORANG NAMPAK, SALAH SENDIRI TAK NAMPAK. WAHAI TUAN SPEAKER LESEN 'L', LU PETANG CAKAP MAHU KASI ITU ORANG CAKAP, TAPI PAGI PUNYA JAM APA PASAL LU TARAK KASI ITU BN PUNYA ORANG CAKAP? LU SUDAH LUPA KAH. ITU PASAL MELAYU ADA CAKAP;" KALAU JUMPA INDIA DENGAN ULAR, PUKUL ITU INDIA DULU BARU PUKUL ITU ULAR" KALAU TAK PUKUL ITU INDIA , SUSAH MAHU PUKUL ITU ULAR, DIA BANYAK KACAU. LU…

Exco wanita di Perak

su exco wanita: Wakil kerajaan 'patahkan' hujah pembangkang
Johari Jaafar
Fri | Jun 27, 08 | 2:51:19 pm MYT

IPOH, 27 Jun (Hrkh) - Isu yang direka cipta oleh wakil pembangkang khasnya yang dibangkitkan oleh dua Adun wanita BN, iaitu Adun Sungai Rapat dan Adun Hulu Kinta mengenai tiadanya wanita menjadi exco dalam kerajaan Pakatan Rakyat Perak berjaya 'dipatahkan' oleh wakil kerajaan.

Adun Titi Serong ketika 'mematahkan' hujah tersebut memberitahu Terangganu yang diperintah BN juga tidak melantik wanita untuk menduduki kerusi Exco Kerajaan Negeri Terengganu.

Jika kerajaan Pakatan Rakyat Perak ditohmah mengetepikan peranan wanita dalam Kerajaan Negeri, mengapa wakil BN tidak mempertikaikan Kerajaan Terengganu, katanya.

KOMEN: WAHAI ADUN TITI SERONG...TRADISI BARISAN NASIONAL PERAK SEJAK DAHULU LAGI MEMPERUNTUKKAN KERUSI EXCO WANITA DI PERAK. DAN IA HARUS DITERUSKAN OLEH PAKATAN RAKYAT DI PERAK. WAKIL BN PATUT BERSUARA. TETAPI KALAU DAH PAS , DAP DAN PKR TAK MAHU BAGI A…

YANG KAYA BERTAMBAH KAYA

59 Adun Perak dibekalkan komputer riba
Johari Jaafar
Fri | Jun 27, 08 | 2:59:05 pm MYT

IPOH, 27 Jun (Harakah) - Bagi memudahkan kerja harian semua wakil rakyat kerajaan dan pembangkang yang berjumlah 59 orang di negeri Perak, Kerajaan Negeri telah membekalkan sebuah komputer riba kepada mereka semua.

Dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Bilk Gerakan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Menteri Besar, Dato Seri Ir Hj.Muhammad Nizar Jamaluddin telah menyerahkan kepada setiap seorang komputer berkenaan.

Sebelum majlis penyerahan tersebut dalam ucapan ringkasnya, Menteri Besar mengatakan dengan jumlah kewangan yang agak besar, pemberiaan ini akan memberi manfaat kepda semua Adun dan mereka perlulah menjaga harta Kerajaan Negeri dengan sebaik mungkin.

Adun Titi Serong menyifatkan langkah itu sebagai satu langkah yang baik bagi memudahkan kerja yang terpaksa dilakukan oleh wakil rakyat. - mns _

KOMEN: harga komputer riba bukannya mahal sangat. boleh beli dengan kos kurang dari dua ribu ring…

MAT SABU NAK MASUK UMNO?

Bersihkan nama isteri TPM dengan dakwa Raja Petra? - Mohamad Sabu
Basiron dan Wan Nordin
Sat | Jun 28, 08 | 1:24:41 pm MYT

KUALA LUMPUR 28 Jun (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menggesa pihak berkuasa mendakwa pengendali laman web Malaysia-today, Raja Petra Kamaruddin kerana membuat tuduhan yang serius terhadap isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, tuduhan Raja Petra dalam akuan bersumpahnya terhadap kes pembunuhan Altantuyaa Shaariibuu itu sesuatu yang amat serius dan memburukkan nama TPM, Dato' Seri Najib Tun Razak dan isteri.

"Dakwaan itu sangat serius, kerajaan perlu segera mendakwa Raja Petra bagi membersihkan nama Timbalan Perdana Menteri dan isterinya daripada dakwaan terlibat di dalam kes pembunuhan Altantuya," ujarnya ketika berceramah bersempena Program Pelancaran dana Kebajikan Muslimat dekat Temerloh malam tadi.

KOMEN: Terima kasihlah Che Mat kerana keperitahinan dengan meminta pihak berkuasa mendakwa Raja Petra. Aku ras…

PAJAKAN 999 TAHUN TANAH DIPERAK

Pemberian dipersoal - Status hak milik tanah kekal 999 tahun kepada kampung baru di Perak

Oleh ABDUL RAZAK DIN

IPOH 27 Jun – Cadangan kerajaan pakatan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak untuk memberikan status hak milik kekal 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampung baru di seluruh negeri ini menimbulkan persoalan kerana ia dilihat lebih bermotifkan politik.

Ini kerana, pada masa yang sama, kerajaan negeri hanya merancang memberikan status hak milik 99 tahun kepada penduduk di Rancangan Kampung Tersusun (RKT).

Di seluruh negeri Perak, terdapat 60,000 penduduk di kampung baru dengan kira-kira 80 peratus kaum Cina.

Sementara RKT terdiri daripada 73,703 penduduk dengan pecahan 44.02 peratus Melayu, Cina (37.93 peratus) dan India (18.05 peratus).

Cadangan untuk memberi status hak milik kekal itu dianggap sebagai luar biasa kerana kerajaan campuran Perak baru tiga bulan memerintah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin ketika menggulung u…

Ustaz Lim Guan Eng Kecewa

Guan Eng kecewa, projek mega tangguh
PULAU PINANG 26 Jun - Kerajaan negeri Pulau Pinang kecewa dengan keputusan kerajaan persekutuan kerana menangguhkan projek monorel berharga RM2 bilion dan projek Lingkaran Luar Pulau Pinang yang dijadual dijalankan semasa Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pendapat kerajaan negeri patut ditanya sebelum kerajaan pusat membuat sebarang keputusan untuk menangguhkan projek ini kerana ia akan menjejaskan ekonomi negeri.
"Ia keputusan yang amat tidak bertanggungjawab apabila kerajaan persekutuan tanpa berunding dengan kerajaan negeri Pulau Pinang memutuskan untuk menangguhkan dua projek mega ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat agung PBA Holdings Berhad (PBAHB) di sini hari ini.

KOMEN: Wahai Ustaz Lim, janganlah kecewa. Awak boleh pergi pinjam duit dari Selangor, Kedah, Perak dan Kelantan atau Singapura. dan laksanakan semua projek yang ditangguh oleh BN. barulah Ustaz Lim akan di…

Kelantan Negeri Termiskin

Negeri ini telah disahkan oleh Bank Islam sebagai negeri yang mempunyai ramai penduduk termiskin. Apa nak komen lagi...Apa respon Pok Nik dan Husam, Selama bebelas tahun kerajan negeri gagal menangani masalah kemiskinan.

Wahai rakyat kelantan. keluarlah dari kepongpong kemiskinan. Pilih lah kerajaan yang mampu mengubah nasib rakyat, memajukan dan memerdekakan rakyat kelantan.

Bank Islam telahpun menyampaikan wang zakat perniagaan sebanyak RM1 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di sini hari ini.

Mudah-mudahan wang zakat tersebut tidak selewengkan oleh Parti Pas kelantan. Aku tak hairan kalau mereka boleh guna wang tersebut sesuka hati. sebab pas sejak dahulu lagi sudah mengutip zakat untuk pembanguna dan kehidupan parti siasah mereka

Brother Anwar Bin Ibrahim dah naik tocang

Anwar amal nepotisme?
KUALA LUMPUR 26 Jun – Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) digesa memberi penjelasan tentang dakwaan terdapat ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai penasihat syarikat milik kerajaan negeri Selangor itu.

Dulu masa jadi TPM habis semua anak beranak jadi pengerusi sana sini. Mana suara keadilan yang di laung-laungkan . Dalam keluarga sendiri anak dan ibu dah jadi MP tak lama lagi dia sendiri pulak.

Nak kata apa lagi,memang sudah dasar dia begitu..Rakyat Selangor perlu berhenti menyokong perjuangan keluarga ini.

HARAKAH MENJADI AKHBAR HARIAN

Aku menyokong penuh seandainya Harakah di terbitkan hari-hari. bukan apa..nak tengok net working harakah hari-hari berkerumun depan rumah pemimpin di 5 negeri setiap pagi, petang dan malam untuk mencari berita, setakat ni mereka banyak merujuk kepada akhbar aliran utama.

Pas juga akan ketandusan berita akhirnya , sebab tak ada apa berita yang nak dilaporkan. mana nak ada berita kalau Pas tak ada kemajuan dan pembangunan.

Lama-lama pengikut Pas sendiri akan jemu membaca harakah yang tak habis-habis kerjanya mengutuk kerajaan Persekutuan dan para menteri atai sesiapa yang mereka tak suka.

Bila pendapatan harakah naik. sebahagaian duit boleh di guna untuk membayar subsidi minyak , subsidi toll dan subsidi di 5 negeri yang kerajan berkebajikan.

Dan Pas kena tebang balak di kawasan tadahan air di Kedah,untuk membuat palpa kertas bagi menurunkan kos import kertas.

Pas juga akan mengambil banyak tenaga kerja bagi menjayakan penghasilan berita, pemprosesan,percetakan dan sehingga kepada pengedara…

TAHNIAH EZAM

Sekalung tahniah kerana telah diluluskan kemasukan mu ke dalam UMNO. Tak dapat bertanding jawatan penting pun tak apa lah, janji dah selamat masuk UMNO. Kalau ada puak-puak PKR yang ingin menyerang atau membalas dendam, Ezam sudah ada rumah untuk berlindung. Home sweet home. welcome back my hero.

Sebut tentang hero aku berbangga dengan kehebatan Raja Ahmad(Datuk Seri) di Dewan Perak. Beliau patut berbuat begitu kepada Speaker yang ternyata biadap. Aku juga berbangga dengan Tajul Rosli (Datuk Seri) kerana berani bersuara. Ternyata emosi dan tekenan beliau sudah pulih, dan terbukti sudah akan keberranian beliau di dewan Perak.

MB KEDAH DAPAT HIDAYAH

Semalam dia kata. hutan tahanan itu akan ditebang. Hari ini nada sudah bertukar. Ia hanya satu cadangan. Agaknya kalau pemimpin UMNO mengeluarkan kenyataan yang berbelit-belit seperti Ustaz Azizan. sudah tentu Mat Put dan Mat Sapu akan kutuk berkodi-kodi.

Harakah pun akan kutuk berasap dan berapi. Malaysia kini atau PKR akan kata macam-macam. Berita itu kalau masuk youtube sudah tentu beratus kutukan oleh penyokong Pas.

Bila kena tang batang hidung mereka , senyap dan sunyi bahkan akan ada komen yang membela beliau. Sebagai seorang ustaz, Azizan perlu faham bahawa dalam Islam, setiap bukit dan gunung perlu dijaga dan dipelihara.Mungkin pada hari ni dia baru terjumpa ayat-ayat quran yang menceritakan kepentingan nya di jaga. Bagus lah ustaz,akhirnya beralah juga dia.

Sudah tentunya gurunya iaitu Ustaz Lim Guan Eng dan Uztaz Nik Aziz telah memberi nasihat tentang kepentingan menjaga kawasan bukit yang menjadi kawasan tadahan itu. Tahniah kepada rakan ustaz Azizan. Bersyukur kerana Ustaz…

RAJA PETRA DESPERADO

Alkisah berulang lagi. tak cukup dengan masuk penjara, dia buat hal lagi, Bukan apa tu cuma nak melepaskan geram. Dia seorang yang kecewa.anak raja yang kehilangan tahta. Kalau Batu Putih masih hak Malaysia bolehlah bagi kepada dia. Lantik dia menjadi Pemerintah di pulau tersebut. dan pindahkan pejabat malaysia today ke sana. PKR pun satu hal juga, sepatutnya dalam PRU 12, bagi lah satu kerusi MP kepada Tengku Petra. Ini tidak. PKR bolot semua kerusi DUN dan MP. Bagi lah satu kerusi kepada nya. Tidak lah dia menjadi tak ketahuan macam sekarang, habis semua orang disabitkan dengan Atantuya. lagi pun apa faedahnya membela-bela si monggolia tersebut, Apa jasa dia kepada PKR dan Tengku Petra,?

PAS MARAH BN DI DEWAN PERAK

Tajul Rosli 'tunjuk belang' dalam dewan
Johari Jaafar
Thu | Jun 26, 08 | 11:00:51 am MYT
IPOH, 26 Jun (Harakah) - Bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Tajul Rosli Ghazali, hari ini menuunjukkan 'belang' sebagai pembangkang di Dewan Undangan Negeri Perak dengan menjadikan PAS dan DAP sebagai sasarannya untuk 'melepaskan geram' setelah `rakyat menghukum dan menyingkirkan BN daripada pemerintah negeri Perak.

KOMEN; Rakyat tidak menghukum, malah UMNO menang lebih banyak kerusi dari Pas, Memang patut pun Pakatan Rakyat di hentam oleh BN. Sebab dulu mereka yang hentam BN sekarang PR pula kena sedia menerima hentaman. Jangan lah marah dan emosi. Itu baru ujian pertama dari BN. PR masih terkial-kial mencari formula.

Sepanjang ucapannya hampir satu jam beliau menghalakan 'tikaman' kepada PAS khususnya kepada Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan mensasarkan pula kepada DAP khususnya kepada Adun Sitiawan, Dato' Nge Ko Ham d…

NIK AZIZ ANTI MELAYU

KOTA BHARU 25 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa Pas tidak akan sama sekali mengadakan perundingan dengan UMNO atas apa juga alasan bagi mengelak tercetusnya perpecahan dalam parti itu.

PAS adalah Parti Aslam Malaysia dan tak sebut pun perkataan Melayu. UMNO pula ialah parti melayu. M bermakna Malay.Pas merupakan parti serpihan UMNO yang pertama. selepas itu timbul pula Semengat 46 dan akhirnya Parti Keadilan.Semuanya dari UMNO.

Pak Nik sudah menjelaskan dari dahulu lagi. UMNO ialah parti assabiayah. dan bukan Islam, parti sekular. Kalau hari ini di berbaik dan berunding dengan UMNO ia sudah tentu menimbulkan ketegangan dalam PAS.

Tetapi tidak menjadi kesalahan bila mereka dengan DAP dan PKR. Adakah kedua parti ini Islam atau assibiyah?

bersambung

Pilihanraya ketua kampung ala Pas.

Di Perak rata-rata ketua kampung dibawah payung kerajaan baru sudah ditabalkan. semua daerah dan kampung rasanya dah beres. Ada yang berjalan lancar dan ada yang kecoh juga.

Kerajaan PR telah mengubah dasar perlantikan daripada cara lama ke cara baru iaitu dengan cara undi, seperti pilihan raya juga, untuk lebih telus dan betul, cara lama tak betul sebab lebih kepada kronisme.

Aku memang sokong cara baru ini, sebab kita pilih yang kita suka bukan yang pemimpin suka.Tetapi sampai sekarang aku tak dipanggil untuk membuang undi lagi,tup tup sudah dilantik. rupa-rupanya kertas undi hanya dibagi untuk satu puak sahaja bukan semua(PAS FOR ALL/ PAS UNTUK SEMUA). kenapa jadi begitu. Rupa-rupanya mereka tak guna daftar pemilih SPR tetapi guna daftar pemilih dalam parti, adakah ahli parti DAP dan PKR terlibat sama dalam proses pengundian? kalau ada bagus lah. Tetapi aku terkilanlah sebab tak tahu siapa yang bertanding. tak ada kempen pilihan raya. tak ada poster, tup-tup semua dah siap. kat mana …

Usik kawan pasal gambar Atantuya dan Najib

Satu hari aku buat-buat tanya seorang kawan yang aku tahu dia seorang pro pas dan ahli pas juga, walaupun hidupnya ditanggung oleh kerajaan BN( Biasalah Pas kata duit Bn duit rakyat, dan duit rakyat duit kami dan halal/ tetapi dalam keadaan tertentu hukum bertukar, duit Bn haram, duit judi , duti arak dan sebagainya.)

balik pasal usik tadi,,,aku tanya dia ;betul kah ada gambar najib dengan atantuya di paris,? tangkas dia menjawab. Ya betul gambar tu ada pada bapa atantuya.., aku tanya lagi, kenapa gambar tu dah dibawa ke mahkamah.? jawabnya,, mahkamah tak minta, dan tak panggil najib. tanya lagi, betul ke gambar tu original,,,tak tipu? jawab dia " ya, memang betul,,,tapi tak boleh bawa ke mahkamah, gambar tu ada dalam internet,,

moral of the story,,,
Memang mudah dan senang pemimpin pas dan pkr tipu orang, dan orang mudah percaya.,

SAPP mesti kekal dalam BN

BN tidak boleh menyokong usul Pairin untuk menyingkirkan SAPP. Hanya parti itu sahaja yang patut mengistyharkan diri keluar dari BN. Andainya BN menyingkirkannya samalah ibarat marahkan pejat , bakar kelambu, pejat hilang, dan nyamuk datang.

Aku yakin tak semua dalam SAPP bersetuju untuk keluar , walaupun kita tahu dalam parti ada MT, jika putih kata MT maka putihlah semua nya, kalau hitam kata MT SAPP maka hitam lah, BN patut memberi tempoh bertenang kepada mereka.

tetapi kalau sudah jadi tokak atau barah yang amat teruk eloklah barah itu di buang dari menjangkiti organ-argan lain

SAPP memang menunggu saat-saat atau kata-kata BN untuk menyingkirkan mereka, maka mereka akan melompat keriangan dan mangajak yang lain untuk buat kecoh supaya di singkirkan dari BN.

Pak Lah bertindak bijak dengan tidak menyingkir kan SAPP.

HUSAM MUSA JADI MB KELANTAN

Melucukan macam mana aku boleh mimpi dia jadi MB Kelantan. Terjaga dari lamunan mimpi aku bertanya-tanya seorang diri, Boleh jadi kah Husam jadi MB Kelantan, Jawab nya sudah tentu boleh sebab sekarang dia pun dah jadi orang No 2 di Kelantan. Lambat atau cepat bintangnya cerah boleh lah jadi MB.Tetapi apakah kelayakannya untuk menerajui negerinya, kearah sebuah negeri yang progresif dan berdaya saing.

Kalau kita ukur usianya memang boleh sebab dia muda dan sudah tentu sekarang pun dia sudah menyimpan semua formula untuk misinya, dan pada waktu ini semua formula itu tersimpan dengan baik tanpa bocor. risau juga kalau Pak Nik tahu. Bila sebut Nik pula ia merupakan satu gelaran yang penting. Kalau nak minta kerja dan ada nama Nik maka segala-galanya menjadi senang dan mudah. Ini diceritakan sendiri oleh seorang rakan aku dari keturunan Nik. Sejarah keturunan Nik ni aku tak tahu lah kena tanya prof kat Univ lah.

Penutup cerita Husam jadi MB kelantan dan mungkin Menteri di Jabatan Perdana M…

siapa sharibu nak arah-arah

24 Jun, 2008 20:18 PM


Shaariibuu Mahu Polis Jalankan Penyiasatan Terperinci Dakwaan Raja Petra

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Dr Shaariibuu Setev, bapa kepada Altantuya Shaariibuu, meminta polis menjalankan penyiasatan terperinci terhadap dakwaan editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang pembunuhan anak perempuannya itu ada kaitan dengan tiga individu.

Shaariibuu, 58, berkata polis patut mengkaji dakwaan Raja Petra itu secara serius kerana ia mungkin memberikan bukti baru kepada polis.

"Ini adalah sesuatu yang serius dan perlu diselesaikan segera oleh pihak berkuasa. Saya hanya mendapat tahu mengenai maklumat baru ini daripada akhbar.

"Saya meletakkan kepercayaan penuh kepada Polis Diraja Malaysia dan yakin dengan sistem kehakiman Malaysia," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Shaariibuu, dengan bantuan seorang penterjemah, berkata beliau akan berjumpa dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail esok bagi membincangkan sama ada akuan berkanun Raja Petr…

Economy of Venezuela

The petroleum sector dominates Venezuela's mixed economy, accounting for roughly a third of GDP, around 80% of exports, and more than half of government revenues. The country's main petroleum deposits are located around and beneath Lake Maracaibo, the Gulf of Venezuela, and in the Orinoco River basin, where the country's largest reserve is located. Venezuela is currently trying to diversify its economy to be less dependent on its petroleum industry.Venezuela has the least expensive petrol in the world, due to high government subsidies.Ulasan: Mat Put suruh Malaysia ikut negara ini yang mengekport jutaan tong minyak sehari minyak Malaysia yang seciput . mana boleh.

Perak Bebas dari menjadi negeri Islam

Dengan tersiarnya berita di bawah , bermakna semua cakap-cakap Pas untuk membentuk negeri Perak sebagai negeri yang melaksanakan hudud terbatal dengan sendirinya, Oleh itu gagallah segala impian Pas untuk menghapuskan premis jualan arak. rumah judi, kelab malam, rumah urut dan segala macam yang tak disenangi oleh Pas sebelum ini, dan berkemungkinan rumah-rumah judi, premis arak , dan kelab -kelab sosial mungkin akan bertambah-tambah bilangannya di Perak.

Untuk menutup malu dan mengabui mata penyokong pas di Perak khususnya orang melayu maka Pas akan terus turun ke kampung-kampung dan berceramah dengan mengkritik kerajaan persekutuan pula. tujuan ialah untuk mengalih pandangan dan pemikiran penyokong pas yang sudah tertipu agar tidak mempersoalkan apa yang mereka rancang untuk kemajuan negeri seperti dalam 'manipistuuulll' PRU12 mereka.

Rundingan Pas dan Dap Perak

Thursday, June 5, 2008Hudud taruhan rundingan PAS-DAP - MalaysiakiniPAS Perak mempertaruhkan idealismenya untuk melaksanakan hukum hudud dalam perundingannya dengan DAP menjelang saat-saat awal penubuhan kerajaan campuran Perak, demikian dedah pesuruhjayanya Ahmad Awang.

Syarat DAP itu selepas ia bersetuju menerima wakil rakyat PAS Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar.

"Selepas kira-kira tiga jam perbincangan di antara pihak PAS yang diketuai saya dengan DAP yang diketuai pengerusi negeri Ngeh Koh Ham, pemimpin pusat DAP bersedia mengubah pendiriannya dengan mengenakan syarat supaya DAP diberi lapan jawatan exco dan PAS berjanji tidak melaksanakan hukum hudud dalam kerajaan campuran ini," kata Ahmad.

Dalam ucapannya bagi menyambut kejayaan parti itu mentadbir Perak yang disiarkan media rasmi PAS Harakahdaily, beliau berkata selepas campur tangan istana yang mengubah senario awal politik, tuntutan DAP agar PAS menggugurkan hudud tidak lagi berbangkit.

&quo…

Sistem Kuota

Ramai ahli politik tanah air bercakap soal sistem ini yang telah lama diguna pakai dalam pemilihan pucuk pimpinan (MT) UMNO.

Ramai yang minta di hapuskan, ramai juga yang menyokong. Ramai juga yang bercakap di media dengan idea masing-masing.

Bagi aku lah. soal sistem kuota ini bukan sesuai dibincang diluar dewan. tempat yang baik ialah dalam dewan PWTC itu sendiri tak lama lagi. Masa itu adalah sesuai untuk meminda sebarang peraturan dalam perlembagaan , nak panggil persidangan khas pun boleh. So kepada ahli-ahli politik tu hendaklah berhenti bercakap soal tersebut.

DAP SEMAKIN BIADAP

Pelancaran Rakan Cop: DAP bawa sepandukKUALA LUMPUR 22 Jun - Kira-kira 200 penduduk diketuai Ahli Parlimen DAP Cheras, Tan Kok Wai mengadakan satu perhimpunan sehingga mengganggu pelancaran program Rakan Cop di Taman Midah di sini hari ini. Kok Wai dan penyokongnya membawa beberapa sepanduk bagi mendesak satu sesi dialog antara polis dan penduduk.Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supritendan Abd. Rahim Hamzah Othman berkata, walaupun timbul kekecohan itu namun polis meneruskan majlis pelancaran Rakan Cop tersebut dan terpaksa menolak permintaan mereka kerana sesi dialog tidak termasuk dalam atur cara program.Jelasnya, sekiranya sesi dialog terkandung dalam atur cara program daripada awal, sudah pasti polis tiada masalah meneruskan apa yang dirancang pihak penganjur."Polis tidak pernah mempunyai sebarang masalah atau halangan untuk mengadakan sesi dialog dengan mana-mana penduduk di daerah ini. "Tetapi program hari ini adalah pelancaran Rakan Cop dan pihak penganjur juga …

PAS sebelum PRU 12

AbuseRe: POLITIK: JUMAAT 22 FEBRUARI 2008by dtecconan on Thu Feb 28, 2008 12:46 am Pas ketepi fokus negara Islam
Oleh Anwar Hussin, Nazura Ngah, Che Wan Mohd Badrul Amin Che Wan Alias

Manifesto dilancarkan semalam lebih tumpu usaha bentuk negara kebajikan

KUALA LUMPUR: Manifesto Pas yang dilancarkan semalam, buat pertama kalinya tidak menyentuh mengenai penubuhan negara Islam.

Manifesto bertajuk 'Menuju Negara Berkebajikan' untuk Pilihan Raya Umum Ke-12 yang dilancarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, itu sebaliknya lebih memfokus kepada perubahan membentuk negara yang menjamin kebajikan rakyat.

Abdul Hadi berkata, Pas tidak akan mengambil langkah terburu-buru menubuhkan negara Islam tetapi lebih menekankan pendekatan kefahaman mengenai Islam kepada rakyat.

"Kita tidak berubah... cuma pendekatan lain yang diambil dengan memberi kefahaman mengenai pemerintahan Islam terutama kepada negeri yang kita memerintah, Kelantan serta Terengganu dan Kedah jika kit…

Anuar Londeh seluar ,terjun sungai gombak

Hari ini dua wakil rakyat dari SAPP gagal muncul di dewan rakyat. dan dengar cerita seorang mamat tu telah kecewa dan malu yang amat sangat. dan mungkin dia akan terjun sungai kelang atau sungai gombak. sesiapa yang melihat seorang lelaki tua dah yang pakai cermin mata dalam sungai tu pakai seluar katok saja sila telefon ke jabatan kebajikan masyarakat...dia perlukan rawatan segera
(maaf yer: dulu ko orang buat cerita lebih kurang macam ni lah kat Khir toyo dan samy vello dan ramai lagi...)

Husam Musa dimalukan lagi hari ini

Warga emas dicekik meninggalKOTA BHARU 22 Jun - Seorang warga emas yang dipercayai dicekik seorang lelaki yang menceroboh rumahnya di Kampung Chabang Empat, Tumpat pada 16 Jun lalu meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini kelmarin.Mangsa, Yah Amat, 79, yang tidak sedarkan diri disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Tumpat (HT) setelah keadaannya dilaporkan kritikal.Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Nor Azizan Anan berkata, mangsa bersendirian di rumah sebelum didatangi seorang lelaki yang menceroboh masuk ke rumahnya pada kira- kira pukul 1 pagi.Katanya, kejadian itu disedari oleh cucu mangsa yang kebetulan ketika itu melalui di hadapan rumah neneknya."Cucu mangsa melihat pintu rumah neneknya terbuka lalu masuk ke dalam dan mendapati lelaki itu sedang mencekik neneknya lalu bertindak menyergah."Ia mengejutkan lelaki terbabit yang kemudiannya melepaskan mangsa tetapi sempat menendang cucunya sebel…

BAM harus beri ruang kepada beregu ketiga

BAM dikuasai dikuasai oleh satu kelompok etnik sahaja. sebab tu pemain dari kaum melayu, india dan etnik bumiputra lain sukar meningkat maju . Hanya keluarga Misbun sahaja berjaya mengekang monopoli ini.

Pernah terjadi diperingkat daerah aku dahulu seorang remaja melayu berentap di peringkat akhir perlawanan bawah 12 tahun. Pihak pengurusan pertandingan telah siap menulis pada sijil penyertaan yang menjadi johan ialah lawan kepada budak melayu itu. tetapi akhirnya sijil itu di padam menggunakan getah pemadam dan menulis nama budak melayu. ini lah sikap yang tidak elok dalam dunia badminton negara.

Begitu juga bola tampar dan bola keranjang. di Malaysia harus diwujudkan persatuan melayu untuk kedua-dua jenis sukan ini. aku tahu ramai budak melayu mampu pergi jauh. Sejak bertahun-tahun pelajar-pelajar SBP mengadakan karnival bola keranjang. dan bakatnya cukup menyerlah tetapi sampai setakat mana mereka boleh pergi.

Tahniah beregu ketiga negara yang mencipta kejayaan di luar negara. dan jan…

Kegagalan Pemerintahan Pas Kelantan

Pelajar HIVOleh ISMA ISMAIL dan AZLAN HAFEEDZ

KOTA BHARU: Ketika usianya baru 16 tahun dan belajar di tingkatan empat, dia mampu meraih pendapatan hingga RM16,000 sebulan.

Yang perlu dilakukan hanya menaiki kapal terbang dari bandar ini ke Kuala Lumpur dan menjual tubuh pada lelaki kaya setiap hujung minggu.

Namun, kemewahan hidup Lina (identiti sebenar dirahsiakan) yang dinikmati selama setahun itu ternyata bukan percuma apabila dia menerima pembalasan dosa yang menakutkan selepas disyaki dijangkiti virus HIV.

Kisah hidup Lina yang kini berusia 18 tahun didedahkan kepada Metro Ahad oleh Pengasas Rumah Masyarakat Prihatin (RMP), Zaimah Hussein.
Komen: Husam Musa begitu keras menempelak negeri-negeri lain. tapi apa yang terjadi di negeri sendiri?

Bas Konsortium selesai hukuman gantung

Sebulan sudah berlalu, hukum gantung hanya gah di dada akhbar , tetapi sehingga selesai tarikh akhir pengantungan tersebut, Syarikat bas berjalan seperti biasa walaupun sebahagian besar bas tidak gerakkan. tetapi mereka ternyata telah mempermainkan undang-undang kerajaan. JPJ Taiping juga perlu di siasat oleh BPR mengenai isu ini, adakah JPJ tidak punya kuasa untuk bertindak menyita bas-bas tersebut. sedangkan bas itu sebahagiannya hari-hari melintasi bangunan JPJ di Simpang,Taiping.

Pas hina rakyat dan ahli Pas sendiri.

Baru-baru ini rakyat telah diberi subsidi minyak yang di bayar terus kepada pemilik kenderaan melalui pejabat pos.

Maka mulai Sabtu dua minggu lalu ribuan rakyat telah memperolehi rebat minyak termasuk puak-puak yang lantang menyuarakan bantahan tentang kenaikan harga minyak.

Yang peliknya, selepas semua orang Pas menerima wang tersebut ada pula suara dari mereka yang menyatakan rakyat menjadi pengemis dengan menerima wang tersebut.

Saya yakin MahPut Omar tidak pergi mengambil wang tersebut kerana dia pernah berkata dia tak mahu bayar sesen pun wangnya kepada kerajaan zalim. dan, sudah tentulah dia tidak mahu jadi pengemis. tetapi bagaimana pula dengan tuntutan perjalanan ahli parlimen Pas yang hadir ke persidangan dewan rakyat? tidakkah mereka menjadi pengemis dengan menghantar tuntutan perjalanan mereka dari rumah ke parlimen? tolong jawab MahPut..

Laman blog anak Kelantan (klik)

Pagi ini semasa merayau-rayau mencari bahan , aku terjumpa satu blog dari Kelantan. Di sini kalau siapa belum tengok gambar Datuk Najib dan Atantuya di Paris seperti yang di war-warkan oleh Anwar Ibrahim dan MahPut Omar boleh tengok sendiri dan seperti kata Nabil, "Lu pikir lah sendiri"

Blog ini menerik kerana anak-anak Kelantan sendiri ada yag pro dan ramai yang kontra dengan Pas negeri itu.

Teguran Pihak Istama terhadap Pakatan Rakyat

Akhbar hari ini menyiarkan terguran dan Sultan Johor dan Raja Muda Perak tentang masa depan melayu dan juga sikap adun Johor yang cuba menunjukkan besar kepala. atau yang lebih lembut sebagai cuba menunjuk-nunjuk untuk menjadi 'jaguh'.

Sikap DAP yang sentiasa biadap dan angkuh bukan perkara baru. Dua jaguh mereka seperti Lim KS dan juga Karpal pernah berlaku biadap di dalam dewan rakyat beberapa kali. Sehingga seorang aktivis melayu dari Selangor pernah menampar salah seorang daripada mereka, tetapi beliau dihukum penjara sehari, kalau tak silap seorang aktivis politik bernana Dato Ujang Bagung telah membayar denda untuk membebaskan rakannya. Peristiwa itu nampak kecil tetapi memberi impak yang besar. Kedua-dua ahli politik itu akhirnya ditolak oleh rakyat. dan mereka kalah dalam PRU berikutnya.

Sebuah parti yang megah dengan sifat bersih, pemimpin bersih dan menjulang nama Islam sebagai wadah perjuangannya masih buta hati dan masih berpeluk-peluk dengan orang yang nyata tidak …

Pas macam beruk dapat bunga

"Hanya dengan 6 kerusi Pas boleh memerintah Perak" inilah kata keramat Pas setelah wakil mereka menjadi MB. Megah ,bongkak dan riak. Hari ini tiap-tiap minggu Pas buat pesta. Malam tadi di tapak pasar malam Kamunting ada lagi pesta meraikan kemengan mereka. Di fahamkan Presiden Pas hadir malam tadi. Semasa melalui Jalan Stesen aku perhatikan tak banyak pun kereta dan malam tadi jalan tersebut adalah seperti biasa. tak nampak gah. mungkin orang Pas pun sudah jemu dengan ceramah mereka. Sama lah semasa MB Perak melawat Batu Kurau. Tak ramai orang yang hadir dalam program yang diadakan di padang astaka itu. berbandingkan kalau parti UMNO yang buat program. penuh dan padat. Pas seperti biasalah. orang yang datang bukannya orang tempatan tetapi orang jauh , seawal jam 6petang sudah kelihatan kereta-kereta masuk ke pekan Kamunting.

Kalau 3 bulan lagi habislah modal mereka dan tak ada apa yang nak dicakapkan. sekarang pun dalam ucapan mereka masih lagi mengkritik kerajaan. yang pel…

Pakaran Rakyat tipu rakyat lagi

Baru melepasi 100 hari pemerintahan di Perak. Rakyat Perak sudah ditipu oleh mereka. Di Taiping kaki tangan kerajaan persekutuan yang bekerja di Wisma Persekutuan Jalan Istana, akan dikenakan bayaran letak kereta di parking di seberang jalan depan wisma. Ini satu dendam untuk kakitangan kerajaan persekutuan.

Mana janji Pas untuk menjadi kerajaan berkebajikan? Mana dia slogan "Pas untuk semua" "Islam Besih" "Sokong Islam anda selamat" mana dia???? semua nya dusta dan munafik.

Chin Peng ingin kembali ke Malaysia

Pas menuduh kerajaan BN menipu rakyat selama 50 tahun, dan Malaysia tidak selamat, huru-hara dan sebagainya(lihat menipistol Pas)

Hari ini dakwaan kotor Pas jelas meleset. dan tidak benar. Kalau betul dakwaan Pas masakan Chin Peng ingin kembali ke Malaysia. Tetapi sayang Chin Peng gagal membuktikan beliau ialah rakyat dan anak kelahiran Malaya.

Bukan saja Chin Peng ingin berbuat demikian, ramai lagi bekas-bekas ahli Parti Komunis Malaya yang menetap di Terowong Komunis Betong, Thailand ingin berbuat demikian, tetapi segala usaha mereka tidak kesampaian, kerana masalah taraf warganegara mereka. Aku pernah berbual dengan mereka semasa melawat terowong tersebut dahulu. Mereka sempat bertanya keadaan kampung mereka atau bandar mereka hari ini. salah seorang ialah seorang perempuan cina yang sudah melebihi 60 tahun, beliau menceritakan bagaimana dia terlibat dengan kegiatan komunis. Dia berasa sedih kerana tertipu dengan perjuangan yang sia-sia . Sewaktu itu dia masih dalam alam persekolaha…

SAPP

teringat cerita dalam buku bacaan masa aku keciik2 dulu, songkok senget dilonjak pula. sama seperti kisah Yong TL di Sabah ni.

Mula2 megah dan menunjuk dirinya handal. apabila segala pekungnya di dedah di dada akhbar apa pula reaksinya selepas ini, dan apakah Pakatan Rakyat akan mengambil beliau dalam barisan PR. kalau diambil juga maka menunjuk sikap PR seperti buaya dalam kolam. bagi saja apa benda pun semua dingapnya. tak kira bangkai apa pun yang dihumban. janji kenyang perut.

Palanivel Selar Tun Mahathir Kerana Komen Hindraf

20 Jun, 2008 16:43 PM KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel berkata hari ini adalah dikesalkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyedari hakikat bahawa Hindraf, gerakan aktivis tidak formal, bukan saja mewakili masyarakat Tamil tetapi termasuk bukan Tamil, malahan juga bukan Hindu.

"Beliau silap bila berkata pemimpin-pemimpin Hindraf hanya mewakili golongan perkauman Tamil," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Palanivel berkata Tun Mahathir tidak harus dengan mudah membuat kenyataan yang membangkitkan lagi sentimen dan kebencian kaum.

"Beliau mesti ingat asal usul beliau. Rakyat juga ingat bahawa PAS, PKR dan DAP semuanya bersama Hindraf semasa pilihan raya umum baru-baru ini.

"Kenyataan beliau paling akhir mengenai Hindraf sebagai golongan perkauman Tamil akan hanya menjauhkan lagi undi masyarakat India dari BN kepada Pakatan".

-- LAGIKomen: Hindraf adalah pertubuhan bawah tanah dunia d…

PAS sokong tindakan SAPP

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) mengisytiharkan sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai tindakan tikam belakang yang dilakukan oleh orang yang kecewa. “Tikam kawan ini kerja orang yang kecewa, sepatutnya kita kena bincang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh di sini, hari ini.
Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee semalam mengisytiharkan parti itu sudah hilang kepercayaan terhadap Abdullah dan akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Nik Aziz berkata tindakan SAPP itu adalah “titik pertemuan” SAPP dengan parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat.

“Saya tak biasa lagi dengan dia ni, tapi dia sudah mulai ikut 'line' (laluan) pembangkang, maknanya sudah ada titik pertemuan di antara kami dengan dia. Cukuplah tu untuk permulaan,” katanya. - Bernama Usul tidak percaya satu-satunya pilihan terbaik -…

Tahniah SAPP

Anwar ucap tahniah kepada SAPP Harakahdaily
Wed | Jun 18, 08 | 5:10:56 pm MYT Tahniah dan salut perjuangan kerana ketegasan dan keberanian SAPP dan dua ahli Parlimen mereka mempertahankan hak rakyat khususnya Sabah. Saya telah mengadakan dua perbincangan sabelum ini dengan Dato Yong Tek Lee, presiden dan pimpinan SAPP. Isu pokok adalah berkaitan good governance atau pengurusan pemerintahan baik dan mematuhi prinsip pertanggungjawaban. Jaminan keadilan bagi rakyat, bumiputra dan lainnya termasuk Sabah. Kita menjamin 20 peratus royalti minyak kapada Sabah, Sarawak dan Trengganu, serta perwakilan yang adil bagi negeri Sabah dan Sarawak. Saya gembira dengan tindakan awal ini dan menyeru supaya rakan-rakan lain segera bertindak demi menjamin politik yang stabil dan pengurusan ekonomi cekap yang akan menjamin pertumbuhan pantas serta pengagihan adil ANWAR IBRAHIM
Kenyataan Media
18 Jun 2008. - mr_Komen: Aku juga ucap tahniah dan salut kepada ah…

Gaji CEO TNB

Kenaikan 100% gaji CEO TNB melampau, tidak berhati perut, kata Mahfuz Salmiyah Harun
Wed | Jun 18, 08 | 5:27:30 pm MYTKUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh) - Kenaikan gaji 100 peratus bagi CEO Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah satu tindakan yang tidak berhati perut pada masa rakyat sedang bergelumbang dengan kenaikan bahan api yang melampau, kata Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar. Beliau ketika dihubungi berkata, rakyat yang juga pengguna TNB telah menyumbang keuntungan berganda kepada syarikat GLC itu tidak mendapat apa-apa daripada keuntungan sebaliknya terus dibebani dengan pelbagai kenaikan. "Rakyat terus terhimpit dengan kenaikan petrol baru-baru ini dan pada Julai nanti pula rakyat akan berdepan dengan kenaikan tarif elektrik, sedangkan CEO mereka mendapat kenaikan gaji sekali ganda di atas beban yang dipikul rakyat. "Kenaikan gaji CEO itu menyebabkan wujud jurang pendapatan yang terlalu besar antara pegawai G…

Kerajaan didakwa gagal sedia ruang secukupnya pada mahasiswa

Ziera Rahman
Wed | Jun 18, 08 | 04:47:20 PMKUALA LUMPUR, 18 Jun (Harakah) - Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia (PKPIM), Abdul Muntaqim Zulkipli membidas sikap sambil lewa pihak pemerintah dalam isu mempersiapkan mahasiswa sebagai generasi pemerintah Malaysia akan datang. "Mahasiswa hari ini ialah wajah negara masa hadapan. Maka dalam usaha kita mencari acuan untuk membina dan membangunkan generasi pemimpin Malaysia kelak, tentulah menuntut perhatian bersungguh-sungguh dari segenap lapisan," katanya. Beliau berkata, pihak mahasiswa berasa kesal kerana kerajaan kurang serius memainkan peranannya dalam menyediakan ruang kepada golongan pelajar. "Sepatutnya pelajar dipersiapkan dengan pedagogi atau bekalan yang betul seperti penekanan dari sudut agama, akhlak, kepimpinan dan sebagainya. "Sebaliknya, apa yang kita lihat sekarang ialah pelajar disajikan dengan hiburan dan program yang ringan," katanya. Beliau ju…

PAS dan asal usul

PARTI lslam Se-Malaysia atau ringkasnya disebut PAS adalah sebuah parti politik yang diluluskan pendaftarannya pada 31hb. Mei 1955 dengan Registration No. 733 (Penang). Pada awalnya ia didaftarkan atas nama Persatuan lslam Se-Malaya dengan rujukan kelulusan pendaftarannya 34 in R. of. S 26/52.


Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.


Dengan itu, dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar. Bagi mencapai tujuan atau matlamat perjuangan tersebut, usaha-usaha yang dilakukan oleh PAS termasuklah:


1. Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah Rasulullah melalui dakwah, sama ada secara lisan, tulisan mahupun amalan.


2. Memperjuangkan lslam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai pan…