Isnin, 30 September 2013

Pelakon Hairie Othman pula minta belas kasihan selepas Taib Azamuddin

Sedih melihat bekas jejaka tampan Malaya yang menjadi pujaan ribuan wanita cantik termasuk aktress Nasha Aziz. Kini jejaka tampan sudah berusia 42 tahun dan ketampanan sudah mula hilang dimamah usia.

Dengan status bujang terlajak ternyata penyertaan beliau ke dalam parti Pas ibarat pepatah melayu, "habis madu sepah dibuang"

Kini Hairie sudah hilang sumber pendapatan kerana Pas sudah tidak memperdulikannya. Tiada ceramah bermakna tiada duit, tiada duit, 'soruu mis' lah.

Untunglah Wan Aishah dan Abby Abbady kerana mereka ada yang sayang. Wan Aisaah diangkat sebagai calon PRU 13 dan Abby berjaya membuka sebuah butik selepas menyertai Pas.

Yang rugi ialah Hairie dan Bob Lokman. Nak patah balik ke dunia lakonan rasanya mustahil sebab mereka sudah bakar jambatan.

Tak apalah En Hairie, kalau dah sengket sangat, isi lah borang Umno, isilah borang BR1M dan mengadaplah ke Tekun atau Amanah Ikhtiar Malaysia untuk mohon bantuan.

Masih ada yang sayang broooo. Hehehehe ingat Taib Azamudin sahaja dilupakan oleh Pas!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jangan salahkan kontraktor sahaja wahai CIDB dan JKR

KUALA TERENGGANU 30 Sept. - Lesen kontraktor yang terbabit dalam pembinaan Masjid Kampung Tebauk di sini yang runtuh sebahagian bumbung dan silingnya semalam boleh ditarik balik jika mereka didapati gagal mematuhi prosedur ditetapkan.

Menegaskan demikian, Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Terenganu, Ahmad Farrin Mokhtar berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menjalankan siasatan penuh mengenai kejadian itu.

Menurutnya, jika kontraktor terlibat didapati cuai atau tidak mengikut prosedur kerja ditetapkan, maka ia bakal berdepan tindakan tatatertib mengikut Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 1994.

"Menerusi maklumat awal yang kita lakukan kontraktor berkenaan memang berdaftar dengan CIDB dan penuhi akta yang ditetapkan dan kita akan serahkan laporan kejadian ini kepada ibu pejabat.

"Kita juga akan melantik panel tatatertib yang terdiri daripada pegawai kanan CIDB yang akan menilai kes berkenaan sebelum hukuman penggantungan lesen dikenakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, semasa projek itu dijalankan kontraktor dan pembekal berkenaan berdaftar dengan CIDB.

Awal pagi semalam sebahagian bumbung dan siling ruang kedua solat Masjid Kampung Tebauk runtuh.

Insiden itu dipercayai berlaku pukul 4 pagi ini melibatkan kira-kira 20 peratus bahagian masjid itu yang siap dibina dua tahun lepas melibatkan kos RM5.7 juta dan boleh memuatkan 1,000 jemaah. - BERNAMA

SIKIT KOMEN OLEH TM,

Nampaknya pihak JKR  akan menjalankan siasatan terhadap kontrakor, tahniah lah dan TM juga berharap JKR juga menyiasat kakitangan jabatan mereka sendiri terutama semua yang terlibat dengan kontraktor. ADA  BERANI?

Ramai yang kenyang macam ular sawa daripada projek tersebut, sebab itu mereka tak ambil kisah sewaktu pembinaan dijalankan.

Apa yang berlaku di Terengganu amat memalukan, JKR mungkin boleh bersikap membisu dan terlepas dari segala kesalahan, yang mendapat nama buruk ialah kerajaan negeri terutama UMNO dan Menteri Besarnya.

Harap supaya SPRM dapat menyiasat JKR pula, apa masalah yang melanda jabatan tersebut. Mana tahu, hasil siasatan akan terjumpa bapa anaconda yang sedang menggeletar ketakutan akibat runtuhan tersebut.

Tiada kejutan dalam pemilihan ulangan CEC Parti Tindakan Demokratik

SEMALAM, Kongres Khas DAP berlangsung dengan pemilihan semula anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). Jumlah perwakilan hanya 2,576 orang dan calon yang bertanding pula 49 orang. Kongres khas ini diadakan selepas pemilihan yang berlangsung pada 15 Disember 2012 terpaksa dibatalkan. Ketika itu 68 orang bertanding dan tidak sampai 2,000 yang mengundi. Semalam juga, berlangsung simulasi pemilihan UMNO. Berbanding DAP, pemilihan UMNO tentulah lebih rumit kerana bakal melibatkan lebih 146,000 perwakilan yang akan memilih 33,682 calon pemimpin bagi pelbagai peringkat iaitu Majlis Tertinggi, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri dan bahagian. Jika DAP memilih 30 anggota CEC yang kemudiannya akan bermesyuarat memilih pemimpin seperti setiausaha agung, pengerusi, timbalan pengerusi dan naib-naib pengerusi, UMNO pula terus membuat pemilihan bagi jawatan utama termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden.

Begitulah bezanya corak pemilihan dua parti - DAP dan UMNO. Berbanding DAP, sudah tentulah, pemilihan dalam UMNO terpaksa menempuh perjalanan yang rumit. Walaupun ini kali pertama berlangsungnya pemilihan corak baru, UMNO perlu memastikan kaedah yang dilaksanakan tidak menjejaskan kredibiliti parti. Jika sebelum ini ramai yang mempertikaikan corak pemilihan DAP, maka jangan dibiarkan orang lain mengambil kesempatan untuk memperkecilkan kaedah pemilihan UMNO. Sebarang masalah teknikal yang berlaku perlu diselesaikan segera. Jika diselak sejak hari 'penamaan calon' baru-baru ini terdapat beberapa kenyataan yang berkaitan dengan kelayakan bertanding. Begitu juga dengan etika berkempen. Pihak yang menjadi pemantau pemilihan kali ini perlu lebih jelas dengan etika berkempen, bukan sekadar pertemuan di peringkat bahagian tetapi juga kenyataan, ucapan oleh calon-calon yang bertanding. Timbul persoalan bagaimana ruang untuk mereka yang tidak memegang sebarang jawatan mampu muncul dalam pelbagai media.

Keadaan ini berbeza bagi mereka yang mempunyai jawatan sama ada dalam kerajaan pusat atau kerajaan negeri atau memegang jawatan lain yang boleh mencipta pelbagai aktiviti untuk tampil bertemu pemilih sama ada secara langsung atau tidak langsung. Mungkin jika ini tidak ditangani akan timbul pelbagai isu yang boleh menjejaskan proses pemilihan. Bukan mudah untuk memantau corak kempen ini. Eloklah kempen untuk menyatakan visi dan misi diberi kelonggaran. Fokus utama yang perlu diberi perhatian ialah politik wang dan kempen memburukkan orang lain. Seperti dibangkitkan dalam Selak sebelum ini, apa yang penting elakkan ketirisan poket sepanjang berkempen. Berdasarkan simulasi semalam, dijangkakan tidak timbul masalah dalam kaedah pemilihan kali ini.

Berbalik kepada pemilihan DAP, jumlah calon yang bertanding semalam berkurangan berbanding pemilihan yang diadakan pada Disember lalu. Jumlah kali ini berkurangan sebanyak 19 orang, iaitu 17 menarik diri dan dua lagi keluar parti. Menyelak kembali di sebalik pemilihan semula ini, kongres khas terpaksa diadakan semula atas permintaan Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana banyak persoalan timbul pada pemilihan lalu.

DAP terpaksa akur dengan 'kecuaian manusia' yang melibatkan keputusan terhadap tujuh orang calon. Dalam pemilihan yang diadakan sebelum ini, beberapa fakta menarik perhatian banyak pihak. Pertamanya, lapan orang Melayu yang bertanding tersingkir menyebabkan parti yang mendakwa mewakili pelbagai kaum itu dikritik hebat. Keduanya berlaku 'pembetulan' keputusan selepas 19 hari pemilihan apabila parti itu tampil memperbetulkan kesilapan undi yang diterima oleh tujuh calon. Hasil 'pembetulan' itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya menduduki tangga ke-39 melonjak ke tangga 20 (terakhir dalam senarai) sekaligus meletakkannya sebagai seorang anggota CEC yang dipilih. Undi 'asalnya' 305 meningkat kepada 803 manakala Wu Him Ven yang menduduki tempat ke-6 menjunam ke kedudukan 26 menyebabkannya terkeluar daripada senarai anggota CEC yang dipilih. Undi baru yang diperolehnya adalah 669 undi berbanding 1,202 undi. Beliau kemudiannya menganggotai CEC sebagai anggota yang dilantik. Lima lagi turut mengalami perubahan jumlah undi iaitu Wong Sai Hoong 23 (asal 448), Wong Sze Phin 643 (761), Zulkifli Mohd Noor 249 (216), Roseli Abdul Gani 69 (39) dan Tan Boon Peng 40 (407).

Semalam, semua 20 anggota yang dipilih adalah anggota CEC yang terpilih selepas 'pembetulan' dilakukan pada pemilihan lalu. Jelaslah, perwakilan tetap memilih orang yang sama, cuma corak undi yang diterima berubah. Pada masa yang sama, perwakilan tetap menolak calon-calon Melayu yang turut menawarkan diri bertanding termasuklah Senator Ariffin SM Omar yang dilantik sebagai Naib Pengerusi selepas pemilihan lalu. Benarkah kenyataan seorang calon CEC Melayu, Zulkifli Mohd Noor bahawa nilai orang Melayu dalam DAP ibarat mata wang bernilai 'lima kupang' atau 50 sen?

KARPAL TETAP GAGAH

Walaupun pemilihan semula diadakan, Karpal Singh, 73 tetap 'gagah' sebagai Pengerusi DAP. Semalam, beliau menegaskan tidak akan berundur dari politik selagi pakatan pembangkang gagal membentuk kerajaan Pusat. Karpal pernah jatuh dalam pilihan raya umum (PRU) apabila beliau kalah di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada 1999. Bagaimanapun beliau berikrar untuk bangkit semula dan kata-kata itu terbukti apabila beliau menang semula pada PRU 2004 diikuti 2008 dan 2012.

Begitulah keazaman veteran DAP itu yang tidak menolak kemungkinan akan terus kekal sebagai calon PRU akan datang. Beliau sememangnya berhasrat untuk menyerahkan kepemimpinan kepada generasi muda. Katanya: "Kita semakin tua dan orang (pemimpin) tua perlu bersara satu hari nanti. Saya akan bersara dalam masa munasabah. Munasabah bermaksud lepas apa yang kami mimpikan iaitu untuk jadi kerajaan Persekutuan menjadi kenyataan. Lepas itu baru bagi kepada orang muda,''. Utusan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lagi isu pemilihan Umno 2013


PEMILIHAN  Umno kali ini bukan saja menyaksikan perubahan dari segi penyertaan mereka yang diberi hak memilih tetapi juga beberapa peraturan baru berkaitan pertandingan turut diperkenalkan.

Antara yang menjadi perbahasan hangat ialah mengenai peraturan kempen dan ruang untuk berjumpa dengan perwakilan.

Tidak seperti sebelum ini, dalam pemilihan kali ini mereka yang bertanding di peringkat pusat hanya dibenarkan berjumpa dengan perwakilan dalam program yang akan diaturkan oleh Badan Perhubungan Negeri saja.

Menurut laporan, majlis seumpama itu akan disusun selepas 7 Oktober depan iaitu selepas senarai calon-calon yang disahkan bertanding dikeluarkan.

Semua calon khabarnya akan diberitahu tarikh dan masa majlis-majlis yang akan diiadakan itu dan hanya disitulah mereka boleh berjumpa dan beramah mesra dengan perwakilan dari setiap negeri.

Kempen secara persendirian atau menemui perwakilan secara sembunyi-sembunyi tidak lagi dibenarkan dan jika didapati berbuat demikian, boleh dibatalkan penyertaan calon yang berbuat demikian.

Timbul persoalan, dengan jumlah perwakilan seluruh Malaysia mencecah 150 ribu dan di setiap negeri pula angkanya juga melibatkan belasan ribu orang, bagaimanakah calon-calon yang bertanding dapat memperkenalkan diri masing-masing dan menambat hati perwakilan?

Jika dalam setiap majlis itu diminta semua calon berucap dan memperkenalkan diri, di mana dilaporkan seramai 260 calon bertanding di peringkat MT, Wanita, Pemuda dan Puteri, majlis memperkenalkan calon itu barangkali perlu memakan masa yang panjang dan membosankan para perwakilan.

Kalau pun majlis itu diasingkan antara MT, Wanita, Pemuda dan Puteri dan diadakan pula mengikut zon atau daerah, jumlah calon yang perlu hadir dan memperkenalkan diri ialah antara 60 hingga 70 orang.

Dengan ini, majlis itu tetap memerlukan tempoh masa yang lama jika semua calon diminta berucap dan memperkenalkan diri.

Tetapi sekiranya majlis itu sekadar majlis keramaian yang disertai dengan makan-makan misalnya dan semua calon mempunyai kebebasan memperkenalkan diri dan menemui perwakilan, keberkesanannya pula yang menjadi pertikaian.

Cukupkah dalam majlis seumpama itu untuk seseorang calon memperkenalkan diri, menerangkan visi perjuangan dan sebagainya kepada para perwakilan dan berapa berapa ramai pula perwakilan yang boleh ditemui?

Walaupun mungkin Umno melaksanakan kod etika itu dengan niat yang baik tetapi persoalan-persoalan ini dilihat mengekang calon-calon, terutama muka baru, calon pertama kali bertanding dan calon yang tiada jawatan dalam kerajaan seperti menteri atau timbalan menteri.

Sebab itu, apabila calon Naib Presiden Umno, Mukhriz Mahathir meminta kelonggaran diberi untuk menemui perwakilan, ia sebenarnya wajar dipertimbangkan demi keadilan kepada semua pihak.

Bagi yang ada jawatan sebagai menteri atau timbalan menteri, kod etika kempen ini mungkin tidak banyak mendatangkan masalah kepada mereka.

Mereka juga tidak mengharapkan sangat wadah kempen yang diatur itu untuk memperkenalkan diri. Liputan media melalui akhbar dan tv juga memihak kepada mereka atas dasar jawatan yang disandang dalam kerajaan itu.

Meskipun sekarang ini, dilaporkan bahawa kempen hanya boleh bermula selepas 7 Oktober melalui majlis yang akan diatur oleh Badan Perhubungan Negeri, tetapi mereka yang berjawatan dalam kerajaan sudah pun memulakan kempen masing-masing melalui program kementerian yang diatur di beberapa negeri.

Ada menteri yang mengadakan karnival, ada yang mula mengatur program bertemu pemimpin masyarakat, melawat agensi di bawah kementerian, program turun padang dan mencipta seribu satu nama program lain yang tujuan dan maksudnya ialah bertemu perwakilan di seluruh negara.

Majlis itu meskipun atas nama dan belanja yang ditanggung oleh kementerian tetapi berdasarkan gambar-gambar yang tersebar, jelas sekali bahawa sebahagian besar yang hadir adalah perwakilan Umno cawangan-cawangan belaka.

Ketika calon-calon lain tidak dibenarkan berkempen dan dikekang dengan pelbagai sekatan, mereka yang berjawatan menteri dan timbalan menteri ini bukan saja menyalahgunakan kedudukan dan perbelanjaan kerajaan untuk kepentingan jawatan dalam parti tetapi juga seolah-olah mempunyai lesen besar untuk berkempen sesuka hati.

Selain mereka yang berjawatan menteri dan timbalan menteri mulai sibuk mengatur pelbagai program ke seluruh negara, calon yang berjawatan dalam GLC dan agensi kerajaan juga turut berbuat demikian.

Mereka kini berkelilau turun padang ke seluruh negara atas berbagai program yang direka-reka namanya tetapi mauduknya ialah untuk bertemu dan berkempen kepada perwakilan Umno.

Bagi calon yang mempunyai hubungan rapat dengan menteri atau timbalan menteri pula, bolehlah menumpang dengan turun sama ke mana-mana destinasi itu.

Bagi calon yang tiada jawatan dan tiada "godfather", kesukaran memang ternampak nyata. Bukan saja kekurangan ruang untuk berkempen dan memperkenalkan diri, malah tiada juga teduhan yang boleh mereka menumpang.

Di sinilah ternampak ketidakadilannya dan diharap Lembaga Disiplin atau Jawatankuasa Pemantau Pemilihan turut melihat pekara ini secara menyeluruh dan tidak sekadar memberi amaran akan mengambil tindakan kepada calon-calon yang melanggar peraturan tetapi akhirnya yang masuk jerat hanyalah "ikan-ikan bilis" saja sedangkan calon "ikan yu" bebas meredah apa saja halangan yang dicipta itu.

Dengan pelbagai kekangan dan sekatan yang akhirnya ternampak berat sebelah dan hanya menguntungkan satu-satu pihak saja, kod etika pemilihan yang merupakan sebahagian daripada transformasi politik Perdana Menteri, Najib Razak ini ternampak bukannya sedang menuju kemajuan, sebaliknya seperti berundur ke belakang, memberi ketidakadilan kepada sesetengah calon dan menganiaya mereka.

Sudahnya, calon yang tiada jawatan walaupun berpotensi dan mempunyai kelayakan serta kebolehan seperti tidak diberikan "lantai yang sama rata untuk menari" manakala perwakilan seramai 150 ribu yang kononnya melambangkan erti demokrasi sebenar dan inklusifnya Umno pula seolah-olah dilayan seperti kanak-kanak tadika yang sentiasa dipantau pergerakannya dan "tidak boleh itu" dan "tidak boleh ini" akhirnya.

Artikel ini dipetik dari blog http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Duit Umno duit haram, duit judi, duit pelacur, duit rasuah kata Azli Taliban, Taib Azamudin kata apa?

Oleh : Pisau Penangmari;

Wang kerajaan adalah haram.. tak boleh terima duit dari Umno..Harus perangi Umno BN ini adalah jihad fisabilillah..Jika mati melawan kerajaan Umno BN ..mati anda adalah syahid..
Kesemua kenyataan diatas adalah keluar dari mulut khawarij PAS.. 

Pisau tertarik dengan rungutan sahabat sebentar tadi katanya beliau gusar akan nasib bekas ahli parlimen Baling Dato Taib Azamudden yang sekarang ini berhutang dengan sebuah hospital swasta.

Ceritanya begini.. Taib Azamudden dimasukkan ke wad Hospital Pantai pada 24Januari ekoran masalah pendarahan dalam kepala selepas terjatuh di rumahnya di Baling..Beliau telah menerima rawatan selama 13 hari dan kos keseluruhan termasuk perubatan adalah RM 8,677.05..

Baru baru ini 24 September Ismail Don Ahli PKR Ranting Jalan Bharu telah menemui wakil pegawai khas Dato Seri Hilmi Yahya di Pejabat Umno Bahagian Balik Pulau..tujuannya adalah untuk meminta bantuan untuk menjelaskan tuntutan bayaran rawatan Dato Taib Azamudden..

Setelah diperiksa rupanya Ismail Don punyai pertalian kekeluargaan kepada Taib Azamudden..Kedatangan beliau untuk meminta bantuan Umno bertujuan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka kerana Dr Hilmi adalah Timbalan Menteri Kesihatan ketika ini..

Dato Taib Azamudden telah mengemukakan rayuan agar kesemua kos perubatan di Hospital Swasta berkenaan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan..memandangkan ketika beliau sakit berlaku diluar kawalan sehingga beliau menerima rawatan melebihi 4 hari melebihi tempoh seperti mana yang ditetapkan kerajaan.Pihak kerajaan membiayai kos perubatan di hospital swasta tersebut hanya untuk tempoh 4 hari dan baki berikutnya harus ditanggung oleh Dato Taib Azamudden sendiri..

Beliau menerima rawatan selama 13 hari bermula 24 Jan hingga 6 Feb 2013,Taib Azamudden membuat rayuan agar perbelanjaan sepenuhnya ditanggung oleh kerajaan Umno BN kerana beliau jatuh sakit diluar kawalan beliau. Ismail Don dihantar untuk merayu kepada Dato Seri Helmi memandangkan beliau tahu Dato Helmi adalah Timbalan Menteri Kesihatan..

Pisau berasakan memang wajar Menteri Umno membantu dan beri sebanyak mungkin bantuan kepada ahli PAS,apatah lagi yang memohon bantuan adalah ahli parlimen pembangkang. Ketika mereka susah menteri melayu Islam Umno juga yang dicari..Taib Azamudden memang baik dan bagus orangnya, Beliau diantara ahli parlimen yang menentang LGBT dan menentang nama Allah dilacurkan oleh haprak pakatan.

Di mana Afnan Hamimi ketika ayahnya dalam kesusahan? 

Beliau sepatutnya tampil menjadi wakil kepada ayah beliau sendiri untuk meminta bantuan..bukan kerana kepentingan politik beliau menyorok biarkan ayah sendirian didalam kesusahan. Afnan Hamimi patut minta bantuan daripada Umno kerana mereka itu seagama, sebangsa dan sudah pasti bantuan akan dihulurkan…

Kepada Afnan..Jangan malu minta bantuan demi ayah tercinta..kenapa diam membisu dikala ayah sendiri dalam kesusahan yang teramat sangat..

Beginikah yang ditunjukkan oleh calon PAS yang tewas di Kerusi Parlimen Kepala Batas..?Bagaimana mahu beri khidmat kepada rakyat sedangkan ayah sendiri pun tak dilayan..

Pisau kata “Moga Allah beri kesihatan yang baik kepada Taib Azamudden”

Milo suam dah jadi Milo Panas atau Milo Ais bila dapat bini baru

Sebastian Phiu: Gambar ini diambil dari akaun twitter Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat merangkap Ahli Parlimen Bukit Katil, YB Shamsul Iskandar. Perkahwinan berlangsung tengah hari tadi Ahad 29.09.2013. Baru Kahwin rupanya. Patutlah asyik meroyan ke blogger khawarij sekor ni. Air asyik naik kepala rupanya. Puiihh..!! 

Daripada twitter tersebut tertera majlis perkahwinan tersebut berlangsung di Melaka Tengah, Melaka. Orang Melaka jaga-jaga. Di negeri kamu sudah bertambah seorang khawarij sejati. Tengok muka Milo Suam ni. Kalau jumpa boleh la tegur-tegur. Jangan pukul, tak baik. Ludah takpa. Apa pun selamat pengantin baru kepada Milo Suam. Harap-harap lepas kahwin ni kuranglah sikit meroyan mangkuk blogger khawarij sekor ni ye. 

Read more: http://sebastianphiu.blogspot.com/2013/09/gambar-milosuam-kahwin-tersebar.html
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jamawi Jaafar calon NKPUM tumbang dalam kempen di Pantai Timur

Terkejut apabila mendapat berita dan gambar Saudara Jamawi tumbang dalam kempen mengejar kerusi NKPUM dalam facebook tadi. Kejadian berlaku di Terengganu petang semalam.

Awal-awal lagi TM sudah nyatakan jika terlalu kuat berkempen dan berkejar ke sana ke mari akan menjejaskan kesihatan. Ia di tulis dalam entry terdahulu.

Ternyata ianya benar-benar berlaku kepada Jamawi. Selepas itu timbul pula arahan daripada Dato Hafarizan dan Jawatan Kuasa Pemilih yang melarang calon berkempen, melarang membuat sidang media khas untuk berkempen, larangan menggunakan facebook dan sebagainya.

Namun segala larangan yang disuarakan rasanya tidak disampaikan kepada semua calon yang bertanding. Kata AJK lagi semua larangan berkuat kuasa sejak 15 Julai 2013 lagi.
Akan tetapi dilihat sudah ramai yang membuat sidang media di tv, atau ditemu bual oleh pemberita.

Semua larangan Jawatan kuasa dipandang sepi samada tidak sampai atau tidak jelas atau tiada hitam putih.

Jika diikutkan Jamawi telah melanggar arahan jawatan kuasa disiplin kerana telah melanggar arahan larangan berkempen.

Jawatan kuasa pemilihan diberitakan akan membuat road show bagi memperkenalkan calon ke setiap negeri jadi tak perlulah bersusah payah nak berkempen. Cuma tak jelas ialah larangan dan road show ini untuk 4 sayap atau untuk MT sahaja, jika untuk MT maka Jamawi akan terlepas dari larangan berkempen. Cuma kasihan lah kepada Cikgu Suhasni, Cikgu Rahimi dan beberapa penjawat awam yang lain kerana tidak berpeluang untuk berkempen road tour sebab sibuk dengan peperiksaan PMR, SPM, STPM dll.

Semalam Taiping Review menulis bahawa NGO telah diperkudakan untuk kempen UMNO kali ini. Ia berlaku kerana ramai calon yang bertanding adalah pemimpin NGO dan kerana tiada larangan maka NGO adalah landasan terbaik untuk berkempen. Kena bijak cari loophole yang tidak menyalahi peraturan yang dibuat oleh jawatan kuasa.

Larangan berkempen dalam sosial media di fahamkan  tidak boleh tetapi jika larangan tersebut dikuat kuasakan ia sama sekali menyekat peluang muka baru yang tidak dikenali ramai untuk berkempen.

Apapun pemilihan kali ini lebih terbuka dan lebih baik dari sebelum sebelum nya. Cuma segala peraturan dan cara cara berkempen harus di perjelaskan 3 atau 4 bulan lebih awal.
Sekian.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.









Ahad, 29 September 2013

Jelajah Francais 1Malaysia di Taiping



28 September 2013- Bermula jam 8.00 pagi, bertempat di Hotel Taiping Perdana, bandar Warisan Taiping, telah diadakan satu majlis pengenalan kepada industri francais. Program ini dianjurkan oleh kementerian KPDNKK.

Program jelajah siri kedua 2013 ini dimulakan di bandar Taiping dihadiri kira-kira 250 orang, kebanyakannya adalah golongan muda dari daerah berhampiran.

Tujuan jelajah ini ialah untuk memberi maklumat 1st hand yang tepat daripada syarikat yang mengadakan skim francais, agensi pembiaya dan agensi penguat kuasa.

Antara syarikat yang hadir ialah D' Tandor, KPTM dll.

PNS atau Perbadanan Nasional Berhad merupakan agensi pembiaya yang sentiasa bersedia untuk membantu mereka yang berminat untuk skim francais yang baru, cuma untuk mikro francais yang mana kos bawah RM 50 ribu ringgit sudah habis, cuma yang tinggal ialah kos RM 100 ribu ke atas.

Ucaptama majlis perasmian penutup dilakukan oleh Yang Berbahgia Dato Sohaimi Shahadan Pengerusi Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia.

Dato Sohaimi mengharapkan dalam bajet 2014 nanti kerajaan akan memperkasakan industri francais dengan memberi peruntukkan khas atau tambahan kepada agensi pembiaya khususnya PNS dan PNS juga diharapkan akan berusaha untuk membeli master francais terlebih dahulu dan selepas di bawa masuk ia hendaklah di tawarkan kepada lepasan-lepasan kolej dan universiti untuk menceburi dalam bidang ini. Ini selaras dengan hasrat perdana menteri untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera.

APAKAH DASAR ATAU GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN TAIPING?

Taiping merupakan sebuah bandar diantara yang tertua di Malaysia dan mula dibuka dengan rasminya pada tahun 1874.

Zaman pemerintahan Bristish, mereka banyak mendirikan pejabat dan rumah-rumah kerajaan untuk pegawai-pegawai Inggeris dan kini kebanyakan rumah kerajaan sudah dirobohkan dan dibangunkan sebagai tapak komersial dan perumahan mewah.

Pun begitu pembangunan yang begitu pesat sekarang menimbulkan beberapa tanda soal dan memerlukan jawapan.

Kebanyakan tanah yang dibangunkan oleh pihak swasta dikategorikan sebagai Prime Land dan telah disimpan lama oleh kerajaan. Dahulu orang menyalahkan kerajaan Dap yang memerintah 11 bulan dan kini kerajaan BN juga disalahkan kerana terlalu ghairah membangunkan tanah-tanah kerajaan.

Untuk maklumat seterusnya sila lawat ke http://nadirakyatperak.blogspot.com/2013/09/kemanakah-hilangnya-tanah-rizab-melayu.html

Tongkat Tok Guru dilelong RM 15 ribu?

Terkejut bila baca berita Pas dah pandai main lelong belanda. Sebelum ni main cabut nombor bertuah bila ada program, laaaa main lelong pulak!

Nak tanya satu lah! Bila nak lelong spenda stopa? Mesti boleh cecah 50K.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Punca mengapa Dap dan Pkr tak ziarah kematian Dr Azizan

6
Oleh : RPM [Pena Minang]

Ramai yang tak tahu, namun sejak beliau memegang tampuk kerusi MB Kedah, Azizan merupakan seorang MB PAS Kedah yang berpewatakkan cukup berbeza berbanding MB-MB dan Ketua Menteri Pakatan yang lain. Dia adalah satu-satunya MB Pakatan yang berani mengkritik kepimpinan pakatan sendiri tanpa merisaukan kedudukan kuasa politiknya dalam parti dan pakatan. Antara tindakan yang cukup dikenang adalah apabila dia secara terang-terang menolak Buku Jinggay sebagai panduan dalam memaju dan menguruskan negeri Kedah.

Selain itu juga Azizan yang juga merupakan seorang pensyarah di UKM satu ketika dahulu tidak memandang Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak perlu dimansuhkan kerana ianya dapat mendisiplin pelajar. Secara tidak langsung ini bertentangan dengan '[persetujuan bersama' di antara pemimpin PAS-DAP-PKR.

Malah tindakan Azizan yang pernah mengalungkan 'medal' kepada bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir dalam satu majlis penghargaan juga menimbulkan kritikan daripada pihak-pihak di dalam PAS. Azizan sememangnya tidak disenangi oleh kepimpinan PAS terutama mangkuk-mangkuk hayun pro-Anwar ekoran sikap Azizan yang suka berbaik sangka dan mudah diajak berbincang dengan kepimpinan UMNO.

Kekalahan Pakatan Kedah kepada Barisan Nasional meluapkan lagi kemarahan geng barua Anwar di dalam PAS. Malah ada yang menganggap punca kekalahan PAS Kedah kepada BN adalah disebabkan kelemahan Azizan dalam pentadbiran negeri Kedah. Sedangkan sekiranya PAS ini adalah kelompok mereka yang beriman, mereka seharusnya mengetahui bahawa punca kekalahan Azizan bukan disebabkan kekuatan BN, sebaliknya ianya ketentuan ALLAH.

Maki hamun, cercaan dilemparkan kepada Ustaz Azizan tatkala dia terdampar di Hospital. Ini dapat dibaca melalui tulisan Setiausaha Politik Azizan Razak di sini. Selain itu juga 'pendedahan tabiat sebenar orang PAS' oleh Setpol Azizan ini juga menyebabkan beliau di cerca dan dihina kerana 'mendedahkan kelemahan dan keaiban jemaah sendiri' kepada orang ramai.

Natijahnya... Inilah perjuangan PAS. Bukan berjuang kerana ISLAM. Bukan berjuang kerana Tauhid. Sebaliknya kerana mahu berkuasa. Jika dahulu PAS menolak SYIAH. Namun demi undi, hari ini PAS menerima Syiah.

Makluman tambahan : Azizan Razak adalah antara individu yang paling keras menentang Syiah di Kedah.
Rujukan di sini :
http://www.malaysiakini.com/news/187755
http://dukeofumno.blogspot.com/2013/06/paling-panasss-jentera-pas-nak-ludah.html
http://sanusisetpol.blogspot.com/2013/05/aku-menemani-ustaz-azizan-di-kmc.html
http://darulehsantoday.blogspot.com/2012/07/kedah-negeri-pertama-tolak-buku-jingga.html
http://detikperubahan.com/2012/02/02/tindakan-azizan-bukti-pemimpin-pembangkang-tolak-buku-jingga/
http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WlbpJh
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.




Sabtu, 28 September 2013

PAKATAN KAFIR

Sedih bila mengenangkan perangai puak-puak pembangkang. Apabila TBH mampus ramai yang tunjuk muka, tetapi bila Dr Azizan Mantan MB Kedah meninggal dunia Khamis lalu, mana muka-muka lahabau gampang tu?

Lebih menyedihkan ada puak-puak Pas membuat fitnah dan membuat gambar Mukhriz MB Kedah sekarang seronok bila menerima berita kematian Azizan.

Seorang lagi pecacai Pas dengan bongkaknya menulis dalam facebook, menuduh Azizan meninggal disebabkan telah dibunuh oleh doktor Umno. Lihat betapa bodohnya otak pecacai Pas. Malangnya bila orang Pas sakit sikit kepada hospital dan klinik kerajaan lah yang mereka cari.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada Alasan Moral Untuk Nasihat Berkenaan Integriti:

Baru-baru ini, media tempatan dan media asing dengan sewenang-wenangnya menggelarkan negara-negara tertentu sebagai korup dengan menggunakan "kajian" yang di laksanakan oleh Ernst & Young sepertimana yang mereka laporkan di "Asia-Pacific Fraud Survery Report Series 2013" (Laporan Kajian Penipuan Asia-Pasifik 2013). Yang paling mengecewakan ialah kebanyakan media tempatan tidak menjalankan kajian menyeluruh terhadap laporan-laporan tersebut sebelum menulisnya di dalam portal atau surat khabar mereka.

Ada di antara tajuk yang digunakan oleh pihak media berkenaan repot tersebut memaparkan Malaysia sebagai sebuah negara yang paling korup. Ada juga menceritakan bagaimana Malaysia adalah sebuah negara yang paling lemah apabila berhadapan dengan penipuan korporat  dan juga perihal syarikat Malaysia yang bersedia untuk membuat kerja sambil lewa.

Secara realistik, laporan yang dijadikan sebagai rujukan itu mengandungi terlalu banyak kesalahan dan ia mengejutkan kerajaan dan rakyat sesebuah negara yang dibicarakan didalam laporan tersebut. Kebanyakan negara yang terkena tempias laporan kurang tepat ini mengambil langkah tidak mempedulikan laporan tersebut.
           
Walaupun syarikat yang mengeluarkan repot tersebut adalah syarikat perakaunan, ia tidak bermaksud bahawa keputusan yang diwar-warkan oleh mereka adalah sempurna dan tepat.

Sayangnya, untuk kes ini, tiada maklumat tepat dapat diberikan oleh firma tersebut . Para pengkaji yang menjalankan kajian ini biasanya akan terpengaruh dengan dunia luar, faktor dalaman, kehendak agar "laporan" mereka akan dikeluarkan, menaikkan taraf karier mereka, menerima dana dan juga untuk memenangi sesuatu pemilihan parti politik.
Menggunakan Metodologi Kajian Yang boleh dipertikai.

Sampel Size.

Suruhanjaya yang diterajui oleh EY dan di laksanakan oleh Asia Risk, dan projek Asia-Pacific Fraud hanya mendapat 681 undi di kalangan eksekutif, manager pengurusan, dan pekerja "call center" yang telah bermula dari March kepada May 2013 dan ini meliputi semua negara di Asia-Pasifik seperti Australia, China, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Singapore, South Korea dan Vietnam.

Sampel Size untuk Malaysia adalah hanya 103 eksekutif. Bolehkah pemandangan 103 eksekutif menjadi wakil tahap integriti persekitaran perniagaan? Bagaimana kuat, tepat, dan boleh dipercayai dari pandangan ini 103 elit eksekutif untuk mengeluarkan laporan mengatakan bahawa:


Amalan rasuah dan korupsi  berleluasa di Malaysia. 39% daripada responden mengatakan bahawa amalan rasuah atau korupsi berlaku secara terang-terangan dan meluas di Malaysia, ianya hampir dua kali ganda di Asia Pasifik dibawah kadar purata 21%.

Tambahan pula, 29% daripada responden mengatakan bahawa amalan rasuah atau korupsi telah meningkat disebabkan oleh keadaan ekonomi yang sukar dan persaingan yang meningkat, ianya merupakan negara ketiga tertinggi di kalangan negara-negara yang dikaji.

103 orang yang membuat survey jika di bandingkan dengan 20.24 juta rakyat Malaysia hanyalah berkadaran 0.0003522571% sahaja dari populasi warganegara Malaysia. Adakah dengan menggunakan nisbah ini Ernst and Young mempunyai hak untuk menyatakan apa-apa "fakta" mengenai kadar rasuah dan korupsi yang sedang berlaku di Malaysia?
Kaedah Persampelan:

Laporan tersebut juga tidak menyatakan bagai manakah kaedah persampelan digunakan untuk mengenal pasti 103 eksekutif yang diambil buah fikiran mereka untuk dizahirkan didalam laporan tersebut.

Apa yang dinyatakan hanyalah "sample kajian telah direka untuk mengambil kira pandangan staf yang mempunyai tanggung jawab untuk menangani penipuan, rasuah dan hal-hal pematuhan korporat di syarikat multi nasional, syarikat domestik dan GLC. Ini termasuk dari sektor Minyak dan Gas, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Ekuiti Persendirian, Peruncitan, Hospitaliti, Galian dan Mineral.

Ungkapan "sampel mengundi telah direka untuk mendapatkan pandangan staf" melemahkankebolehpercayaan kerana ia adalah pengakuan yang jelas bahawa kaedah persampelan tersebut telah gagal  dari awal. Ia kemungkinan besar di laksanakan dengan bertujuan untuk mendapat sesuatu keputusan yang mereka sendiri telah jangkakan.

Sepatutnya, kajian dipercayai MESTI menggunakan sampel rawak, menggunakan saiz sampel yang sesuai, mengelakkan berat sebelah, dan mesti dijalankan oleh penyelidik yang kekal objektif dan tidak terpengaruh oleh pembiayaan atau keinginan untuk mendapatkan keputusan yang tertentu. Kaedah rawak dalam persampelan adalah penting untuk memastikan kesahihanpenyelidikan. Ini tidak berlaku di dalam kajian ini kerana ianya terlalu berat sebelah.

Siapa peduli dengan apa yang dikatakan oleh Ernst and Young:
Lanjutan daripada laporan tersebut 21% daripada responden mengatakan bahawa mereka tidak yakin dengan prosedur dalaman syarikat mereka sendiri untuk menangani masalah penipuan.

Hanya sebahagian kecil mereka yang terlibat dengan kajian tersebut yang mengharapkan teknik atau kaedah lain untuk menangani masalah penipuan. Contohnya, hanya 12% daripada responden mengatakan penggunaan teknologi dan sains seperti forensik adalah salah satu cara terbaik untuk menangani penyelewengan.
Who doesn't know a research finding is less likely to be true when the studies conducted in a field are smaller?

Telah terbukti bahawa Laporan Kajian Penipuan Asia-Pasifik 2013 penuh dengan bias, dari awal penyelidikan dijalankan sehinggalah ayatnya yang terakhir. Kita boleh melihat bagaimana gabungan reka bentuk pelbagai , data, analisis, dan faktor-faktor pembentangan telah di manipulasi untuk menghasilkan hasil penyelidikan mengikut citarasa mereka apabila keputusan yang mereka mahukan tidak dapat dihasilkan . Lihatlah kaedah dan analisis atau laporan keputusan .

Jelas sekali , laporan itu memaparkan laporan terpilih atau diputarbelitkan untuk menunjukkan bahawa ianya adalah hasil daripada sebuah kajian yang neutral.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Laluan berliku Naib Presiden

JAWATAN Naib Presiden yang bakal diisi oleh tiga penyandang 19 Oktober depan adalah tiket laluan awal untuk parti, kerajaan dan rakyat mengukur potensi dan kewibawaan kepimpinan kanannya sebelum melangkah lebih jauh

Apabila Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tunku Abdul Rahman, beliau memilih Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang ketika itu berada dalam kedudukan nombor tiga di barisan Naib Presiden, sebagai timbalannya. Apabila Dr. Ismail meninggal dunia, Tun Razak memilih Tun Hussein, juga Naib Presiden ketiga.

Tun Razak tidak pernah menduduki jawatan Naib Presiden. Begitu juga Almarhum Tunku Abdul Rahman yang terus menjadi Presiden UMNO kedua, menggantikan Datuk Onn Jaafar pada 1951 dengan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pendakwa Raya ketika itu. Tun Razak pula terus ke jawatan Timbalan Presiden (1951-1971) selepas memenanginya dengan menewaskan dua calon lain.

Pada era Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, dua Naib Presiden yang paling kanan dan dua Naib Presiden nombor dua menjadi pilihannya untuk menyandang jawatan nombor dua. Ia meskipun sejarah sebelum itu membuktikan Naib Presiden nombor tiga termasuk Dr. Mahathir sendiri adalah mereka yang sentiasa bernasib baik.

Naib Presiden paling kanan yang dipilih Dr. Mahathir sebagai orang nombor dua ialah Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi kedua-duanya tersadai di situ. Apabila Tun Ghafar Baba dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau adalah Naib Presiden nombor dua selepas Tengku Razaleigh Hamzah dan nombor tiga ketika itu ialah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, bekas Menteri Besar Terengganu.

Dr. Mahathir, juga merupakan Naib Presiden nombor tiga apabila dilantik oleh Tun Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 5 Mac 1976 berikutan kematian mengejut Razak. Pada hal ketika itu, Naib Presiden UMNO paling kanan ialah Ghafar, diikuti Tengku Razaleigh Hamzah.

Pada 8 Januari 1999 pula, Dr Mahathir memilih Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, juga nombor dua selepas Najib, sebagai Timbalan Perdana Menteri. Apabila tiba giliran Abdullah pula, beliau memilih Najib, Naib Presiden paling kanan sebagai timbalannya.

Pada 2009 itulah buat julung kali dalam sejarah UMNO, perwakilan menentukan sendiri siapa yang mereka mahu untuk menyandang jawatan nombor dua dalam parti. Ini bukan lagi secara tradisi dalam sejarah 63 tahun kewujudannya, apabila Presiden memilih timbalannya dalam kalangan tiga Naib Presiden tanpa mengira sama ada Naib Presiden paling kanan, kedua atau yang ketiga.

Pada ketika itu, Muhyiddin dari kerusi Naib Presiden menang menewaskan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Jawatan Timbalan Perdana Menteri mempunyai sejarah tersendiri dan sepanjang kewujudan jawatan itu, ia sudah disandang oleh sembilan pemimpin iaitu Tun Razak, Dr. Ismail, Tun Hussein, Dr Mahathir, Musa, Ghafar, Anwar, Abdullah dan Najib.

Namun, untuk rekod, antara Naib Presiden yang pernah menjadi Timbalan Presiden ialah Dr. Ismail, Tun Hussein, Dr. Mahathir, Musa Hitam, Ghafar, Anwar, Abdullah, Najib dan Muhyiddin. Antara mereka, cuma Tun Hussein, Dr. Mahathir, Abdullah dan Najib berjaya ke puncak dalam parti dan seterusnya menyandang jawatan Perdana Menteri.

Dr. Ismail yang dipilih Tun Razak sebagai timbalannya apabila dilantik sebagai Perdana Menteri kedua pada September 1970, bagaimanapun tidak sempat naik ke puncak kerana meninggal dunia disebabkan sakit jantung.

Laluan untuk Naib-naib Presiden sebelum ke puncak kuasa, penuh berliku.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ibu Pejabat Imam Syiah di Malaysia telah diserbu

Memeranjatkan apabila sebuah bilik ditemui terdapat KY jelly dan sebuah tilam. Untuk apa?

Selain itu berlambak batu lapik dahi yang datangnya dari tanah Karbala Iran.

Inilah Syiah sesat ciptaan Yahudi. Paling bangang apabila pejabat agama yang 99 % peratus pro PAS enggan bertindak kerana takut hilang sokongan terhadap parti PAS.

Alhamdulillah kerana hari ini terdapat segelintir orang Pas yang sudah sedar dan faham apa itu Syiah. Sebelum ini mereka menganggap Syiah sama seperti 4 mazhab dalam sunnah.

Opp!  jangan lupa iaitu 8 Oktober 2013 hari Selasa, akan ada perbicaraan kali ke 3 kes Syiah di Taiping. Pembongkaran Syiah telah dibuat sebelum PRU lalu, dua akan dibicarakan ialah isteri Profesor Dr Azmi tauke homeopathy terkenal di Kamunting dan seorang lagi pengikutnya yang mengerakkan satu markas sulit di sebuah kampung berhampiran Bukit Dramond Jalan Klian Pauh. Kini tempat tersebut sudah sepi tanpa sebarang aktiviti.

Tahniah juga kepada jabatan agama Islam Perak kerana berjaya menggelidah pusat Syiah d Lubuk Syiah terbesar iaitu di Kerian baru-baru ini dan berjaya menemui pelbagai bahan-bahan cetakan untuk mengembangkan ajaran tersebut kepada lebih ramai orang Melayu.

Bahkan di kalangan guru pun ada yang menjadi pengikut Syiah dan ahli setia Pas.

Nak tengok muka-muka Syiah dan muka Pas jangan lupa pagi Selasa 8 Oktober nanti. Lokasi pusat Syiah tersebut ialah Taman Sri Gombak Selangor.

Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Orang Pas wajib baca, jangan jadi tonggong! Umno bagi peruntukan besar untuk Islam Pulau Pinang

Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengabaikan aspek pembangunan hal ehwal agama Islam di negeri ini walaupun Barisan Nasional (BN) tidak lagi menjadi kerajaan negeri.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, perkara berkenaan dapat dilihat berdasarkan peruntukan besar berjumlah hampir RM200 juta untuk tujuan pembangunan syiar Islam di negeri yang disalurkan sejak 2008 sehingga kini.

" Jumlah berkenaan termasuklah sebanyak RM76.2 juta bagi pembinaan 14 buah masjid baharu di seluruh negeri manakala RM130.6 juta lagi untuk pembayaran gaji guru agama Islam dan elaun pegawai agama, selain membaik pulih surau-surau yang uzur.

" Ini menunjukkan kerajaan Pusat tetap menjalankan tanggung jawab, sekali gus menyangkal dakwaan pihak tertentu yang mengatakan kita tidak berbuat apa-apa untuk agama Islam di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar perasmian Masjid Jamek Tasek Junjung yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di sini hari ini.
Pada majlis itu, Abdul Rahman bersama Zainal Abidin dan lebih 500 jemaah turut menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan yang dibina dengan kos sebanyak RM3.4 juta iaitu menggantikan masjid lama yang agak kecil dan sudah berusia lebih 100 tahun.
Masjid itu yang mula dibina pada September 2011 siap sepenuhnya awal bulan ini dan turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik mesyuarat, bilik audio, bilik kuliah, bilik pengurusan jenazah, kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU), selain mampu menampung kira-kira 1,200 jemaah pada satu-satu masa berbanding hanya 600 jemaah sebelum ini.

Sementara itu, Zainal Abidin Osman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, selain masjid tersebut, lapan lagi masjid telah siap dibina baharu menerusi peruntukan yang disediakan kerajaan Persekutuan.

"Antaranya termasuklah Masjid Abdullah Fahim yang menelan belanja RM35 juta, Masjid Jalan Kelawai (RM2.3 juta), Masjid Farlim (RM1.1 juta), Masjid Jalan Telaga Air (RM3.8 juta), Masjid Kota Aur (RM2.5 juta), Masjid Lahar Kepar (RM2.5 juta), Masjid Tasek Gelugor (RM3 juta) dan Masjid Sungai Gelugor (RM3.26 juta)," katanya.

" Lima lagi masjid kini sedang dalam proses pembinaan pula ialah Masjid Teluk Kumbar (RM5 juta), Masjid Simpang Tiga (RM4 juta), Masjid Sungai Acheh (RM5 juta), Masjid Lahar Tabut (RM2.4 juta) dan Masjid Timah Kampung Belah Dua (RM2.93 juta)," katanya.b

Jumaat, 27 September 2013

(Breaking news) Dap members quit party

Sabah's DAP assemblyman for Luyang, Hiew King Cheu, has quit the party and said he would serve as an independent.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MP KOTABELUD JELASKAN ISU LOGI PELUPUSAN SAMPAH YG JADI BAHAN POLITIK DAP DAN PAS

https://www.youtube.com/watch?v=Dpgg-46IoDM&feature=youtube_gdata_player

No kempen untuk Pemilihan Umno

Mulai hari ini blog ini tidak lagi akan menyiarkan artikel mengenai pemilihan Umno, ini berikutan larangan yang dikeluarkan oleh pihak jawatan kuasa disiplin parti yang ditubuhkan khas untuk pemilihan ini.

Larangan berkempen hanya dibolehkan dengan berita mulut ke mulut dan media lain seperti what up, we chat sms, mms dan lain-lain.

Kita kena bijak melihat lompang-lompang yang tidak disebut oleh jawatan kuasa, mana yang tak disebut bermakna bolehlah.

Kepada yang jadi pengerusi, presiden Ngo atau apa-apa pertubuhan boleh lah buat program persatuan, program kempen kerjaya, kempen MLM untuk mengajak orang ramai ceburi sesuatu bidang dll. Ini tak bercanggah dengan arahan lembaga disiplin.

Esok Dato Sohaimi Shahadan akan buat road tour di Taiping untuk program usahawan franchise. Pemuda BN pula buat Job fair mulai hari ini, tak sebutpun UMNO job fair pun, kira ok lah.

Kepada ustaz pula buatlah kuliah maghrib atau forum perdana, tak salah.

Dan lain-lain tu fikir2 lah sendiri bagaimana cara yang halal.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bila peguam bukan Islam menjadi peguambela di mahkamah syariah

Kes-kes di mahkamah syariah semakin banyak dan jumlah peguam tidak ramai. Ini kerana ramai lulusan syariah lebih minat mencari kerja senang, terutama makan gaji dengan kerajaan BN. Walaupun dalam hati mereka benci BN dan penyokong setia Pas totok.
Kerjaya yang mereka pilih ialah guru melalui pengambilan KPLI dan J-Qaf.

Apabila berlaku kekurangan peguam syarie, maka dengan rompong (loophole)  sistem perundangan maka peguam bukan Islam kini giat untuk mendapatkan diploma atau degree syariah bagi membolehkan mereka mengambil kes di mahkamah syariah.

Bila mereka dibenarkan mempraktikkan amalan mereka di mahkamah syariah maka tidak mustahil satu hari nanti akan ada pelajar cemerlang dan memperolehi ijazah kedoktoran dalam bidang agama Islam akan dilantik menjadi mufti sesebuah negeri, walaupun tidak beriman kepada Allah s.w.t.

Ini tidak mustahil akan berlaku suatu hari nanti di negara kita, sekarang pun bukan Islam sudah dibenarkan masuk ke masjid untuk memberi tazkirah dan mereka hadir dengan berkopiah dan bersongkok, yang wanita pula ada yang sudah bertudung mengalahkan wanita melayu.

Sekian dan fikirkan lah!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-5Celcom Mobile.

MAZA kaki tempelak orang

Bekas mufti Perlis memang terkenal dengan sindiran tajam yang menyebabkan khalayak boleh membenci belau, sebagai seorang bekas mufti, beliau haruslah bijak dalam berkomunikasi yang berkesan.

Tindakan memberi komen dan ulasan dalam sesuatu isu jelas menunjukkan beliau sangat cerdik dan terlalu bijak, tetapi sayang apa yang terkeluar dari mulut beliau tidak boleh dijadikan pedoman dan panduan tetapi lebih untuk dibakul sampahkan.

Peringatan kepada calon yang bertanding

Ahli-ahli UMNO yang melanggar tataetika pemilihan parti ketika menggunakan media sosial termasuk Facebook dan Twitter tidak terlepas daripada dikenakan tindakan disiplin sekiranya dibuktikan bersalah.

Penasihat Lembaga Disiplin UMNO, Datuk Mohd. Hafarizam Harun berkata, tataetika pemilihan UMNO secara jelas melarang apa jua penerbitan berunsur mengeji, mencela dan memfitnah dalam media cetak, elektronik serta internet.

Menurut beliau, siasatan akan dijalankan oleh Lembaga Disiplin sekiranya terdapat aduan berhubung kesalahan itu dan tindakan selanjutnya bergantung kepada hasil siasatan.

"Peruntukan serupa terpakai kepada para calon dan penyokong mereka jika didapati melanggar tataetika dalam pemilihan parti," katanya.

Timbalan Perdana Menteri juga menasihatkan semua ahli UMNO yang terlibat dalam pemilihan parti agar menjauhi amalan tidak sihat dan bertentangan dengan tataetika tersebut khususnya politik wang, fitnah serta tohmahan.

Oleh itu, ahli-ahli UMNO yang bertandingb seharusnya merujuk kepada Ibu Pejabat UMNO atau badan perhubungan UMNO negeri sekiranya ingin mendapatkan penjelasan lanjut tentang tataetika pemilihan parti.

Pernah menjadi AJK bahagian adalah syarat untuk bertanding MT

Dua calon ahli Majlis Tertinggi (MT), Tun Faisal Ismail Aziz dan Prof. Datuk Dr. Zainul Fithri Othman sedia menerima keputusan hilang kelayakan untuk bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) dalam pemilihan UMNO Oktober depan.

Bagi Faisal, keputusan tersebut boleh diterima sekiranya dimaklumkan secara rasmi oleh Jawatankuasa Pengurusan Pemilihan UMNO bagi penggal 2013-2016.

Hal ini kerana beliau mengetahui tentang status kelayakannya itu hanya selepas membaca laporan Bernama dan desas-desus daripada pihak-pihak tertentu, tetapi bukan pihak pengurusan pemilihan UMNO.

“"Jika pihak pemilihan mengumumkan secara rasmi termasuk hujah yang melucutkan kelayakan untuk bertanding, maka saya akan menghantar surat rayuan.

“"Saya harap ada surat makluman, paling mudah pun melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan saya tidak layak atau ditolak," katanya.

Jawatankuasa Pemilihan UMNO semalam mengumumkan senarai penuh calon MT yang disahkan bertanding pada pemilihan Oktober nanti iaitu berjumlah 64 orang, bagaimanapun dua nama daripada jumlah itu tidak disenaraikan iaitu calon bernombor 60, Faisal dan calon nombor 11, Zainul.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh ketika dihubungi bagi mengesahkan perkara itu memberitahu, Faisal dan Zainul telah hilang kelayakan untuk bertanding bagi jawatan MT ekoran masalah syarat.

Khamis, 26 September 2013

Kelantan calonkan 3 orang muda untuk exco pemuda pusat

Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan memperkenalkan tiga calon bagi mewakili sayap tersebut untuk bertanding di peringkat pusat dalam satu majlis yang diadakan di sini malam tadi.

Ketiga-tiga calon tersebut ialah,
Presiden Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB), Mohd. Faizal Daud,
Pengarah Eksekutif GDAB, Ariff Hakimi Zulkifli,
Setiausaha Persatuan Anak-Anak Kelantan, Azlan Abdullah.

Kesemua mereka yang menawarkan diri untuk jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Ex- TKM P.Pinang digantung keahlian

Bekas timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Abdul Rashid Abdullah digantung keahlian Umno untuk bertanding jawatan ketua bahagian Nibong Tebal dalam pemilihan yang berlangsung Oktober ini.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Pulau Pinang, Datuk Daud Taha berkata, antara alasannya ialah Abdul Rashid didakwa belot dan mensabotaj parti pada masa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
 
"Dengan ini, beliau tidak layak bertanding untuk apa-apa jawatan dalam Umno.
 
"Mengikut peraturan, ahli yang digantung tidak boleh memilih dan tidak boleh dipilih dalam pertandingan parti," katanya pada sidang media di sini hari ini.
 
Pada 20 September lalu, jawatankuasa displin Umno telah mengeluarkan surat penggantungan keahlian dan diterima sehari selepas itu. 
 
Beliau turut berkata, ahli Umno Bahagian Tasek Gelugor termasuk timbalan ketuanya yang juga bekas Adun Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamed turut digantung atas alasan yang sama.
 
"Ini bermakna kesemuanya hilang kelayakan dan tidak boleh bertanding apa-apa jawatan dalam Umno," katanya.
 
Bagaimanapun, mereka boleh mengemukakan rayuan kepada jawatankuasa disiplin untuk pertimbangan.
 
Beberapa ahli lain yang digantung ialah Dr Md Rozi Yusof yang bertanding jawatan timbalan ketua bahagian, Salmah Ahmad (naib ketua Wanita Umno), Asmidy Mohamad dan Rahim Che Noor (ahli jawatankuasa bahagian) serta Mahamad Tahir Yusof (pengerusi tetap bahagian).
 
Sementara itu, seramai 32 calon Umno Pulau Pinang menarik diri dalam permohonan mereka untuk bertanding pada pemilihan parti peringkat negeri pada bulan depan.  

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Salah laku di bawah Tataetika Pemilihan UMNO ( Utusan)

1. Mengamalkan rasuah untuk mandapatkan sokongan politik :

i. Berjanji memberi pangkat, anugerah, gelaran atau peluang perniagaan

ii. Memberi wang atau imbuhan untuk tidak menyokong atau mengundi pihak lain

iii. Menggunakan wang untuk mendapatkan undi

iv. Menerima imbuhan atau hadiah termasuk tambang percuma, kemudahan kontrak dan hiburan bagi diri sendiri atau keluarga

2. Menggunakan kekerasan dan ugutan :

i. Terlibat dalam pergaduhan, bertumbuk atau membaling objek

ii. Mengugut tidak mahu memberi peruntukan dan projek kepada pihak tertentu

iii. Mengancam menarik balik perlantikan jawatan

3. Menggunakan media untuk menyokong, memfitnah, mencela, mengeji atau membuat kenyataan palsu terhadap mana-mana ahli parti :

i. Menulis dalam media cetak atau elektronik tentang calon-calon yang bertanding

ii. Membuat poster atau kad nama yang menunjukkan janji-janji

4. Memfitnah mana-mana ahli lain

5. Berkempen untuk mempengaruhi perwakilan mengundi atau tidak mengundi seseorang calon kecuali pada majlis yang dianjurkan ibu Pejabat Umno dan Badan Perhubungan Umno Negeri bagi tujuan berkempen

6. Menghadiri atau menganjurkan majlis termasuk kenduri yang bertujuan memberi ruang kepada mana-mana ahli untuk berucap bagi meraih undi dan berkempen untuk diri sendiri atau calon-calon.

7. Memberi sebarang bentuk derma, bantuan atau peruntukan atas kapasiti persendirian atau melalui orang lain dengan tujuan untuk mendapatkan undi atau sokongan atau mempenaruhi ahli lain di dalam pemilihan parti bagi pihak sendiri atau bagi pihak lain

8. Membuat apa-apa pernyataan akhbar atau awam secara lisan atau bertulis atau apa-apa cara sekalipun dan/ atau menyebarkan pernyataan akhbar atau awam berhubung dengan apa-apa dasar atau keputusan parti
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Takziah Azizan Meninggal

Mantan MB Kedah YB Dr Azizan telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Yunes (Pkr) guilty

Johor PKR's Yuneswaran fined RM6,000 for violating Peaceful Assembly Act; first person charged under the act; refuses to pay fine in protest
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dengar tu! Itu tak boleh, ini tak boleh

http://t.co/Pl1rTY5azo

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Puteri: Tak Ramai, Senang Nak Pilih

 

Pengerusi Tetap

1. Azlieza Azizan (penyandang/menang tanpa bertanding)

Timbalan Pengerusi Tetap

1. Salbiah Saari

2. Nurul Huda Nordin Ahmad

Ketua Puteri

1. Mas Ermieyati Samsudin

2. Jamilah Hanim Othman

Naib Ketua

1. Norsabrina Mohd Noor

2. Zahida Zarik Khan

3. Nazliah Ali

Ahli Jawatankuasa Puteri (Exco)

1. Azura Mohd Afandi

2. Norasimah Md Nowar

3. Norrulhuda Marsidin

4. Noormadiana Kamaruddin

5. Nasibah Ismail

6. June Artisha Mohamad Nazari

7. Asfalinda Anuar

8. Norwahida Patuan

9. Masmira Mohd Salleh

10. Noor Aeiza Hassan

11. Mimie Harianie Alias

12. Nurhuda Ab Karim

13. Nor Hazreena Mohamad Hashim

14. Suzanna Shahrom

15. Nurhidayah Mohamad Shahaimi

16. Isfarina Mohd Bali (Penyandang)

17. Mariana Ayob

18. Norhayati Ramli

19. Wan Izwany Abdul Malek

20. Junaida Mat Ishak

21. Nor Farhana Alham

22. Azlina Azma Mohd Azmi

23. Julie Sabran

24. Nor Azryna Mohd Jainuri

25. Syakima Nur Sabri

26. Normalah Rasik

27. Noley Harun

28. Razmalina Razali

29. Haziqah Nasirah Zol Bahari

30. Sry Noraerni Khairudin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HANYA INI YANG LAYAK?

SHAHIDAN BIN KASSIM - 1
SHAMSUL ANUAR BIN NASARAH - 2
AZIZ JAMALUDIN BIN HJ MHD TAHIR - 3
ISMAIL SABRI BIN YAAKOB - 4
RAJA NONG CHIK BIN RAJA ZAINAL ABIDIN – 5
ANNUAR BIN HAJI MUSA - 6
ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN - 7
TAWFIQ BIN ABU BAKAR TITINGAN – 8
MISRI BIN BARHAM - 9
ROSNAH BTE HJ ABD RASHID SHIRLIN -10
MUSA BIN HAJI SHEIKH FADZIR – 12
AHMAD SHABERY BIN CHEEK – 13
AB AZIZ BIN KAPRAWI – 14
ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM - 15
MUSTAPA BIN MOHAMED - 16
SOHAIMI BIN SHAHADAN - 17
IDRIS BIN HJ JUSOH - 18
MAHDZIR BIN KHALID - 19
RAZALI BIN IBRAHIM - 20
MOHD PUAD BIN ZARKASHI - 21
HALIMAH BINTI MOHAMED SADIQUE - 22
YUSOFF BIN ISHAK – 23
MOHD ARIFF BIN ABDUL AZIZ - 24
JAMALUDIN BIN DATO MOHD JARJIS - 25
MOKTAR BIN RADIN – 26
AB WAHAB BIN IBRAHIM – 27
ZAWAWI BIN OTHMAN - 28
RAJA ROPIAAH BINTI RAJA ABDULLAH - 29
ROSNI BINTI ZAHARI - 30
JAMIL KHIR BIN BAHAROM - 31
ABD RAHMAN BIN DAHLAN - 32
ABD. LATIFF BIN AHMAD - 33
RAZALI BIN HUSAIN – 34
NORRAESAH BINTI MOHAMAD - 35
AZALINA BINTI OTHMAN - 36
SITI ZAHARAH BINTI SULAIMAN - 37
MD ALWI BIN CHE AHMAD - 38
AZMAN SHAH BIN OMAR SHAH - 39
MOHAMAD BIN HJ HASAN – 40
TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN - 41
MAZNAH BINTI ABD HAMID - 42
HAMIDAH BINTI OSMAN - 43
HASAN BIN MALEK - 44
MOHD SAZILI BIN SHAHIBI – 45
ABD ZARIN BIN MOHD YASIN - 46
MOHAMAD SATIM BIN DIMAN - 47
AHMAD KAMAL ARIFFIN BIN MOHAMED - 48
IDRIS BIN HARON - 49
MOHD ZAIN BIN HJ ISMAIL - 50
WAN MOHAMMAD KHAIR-IL ANUAR BIN WAN AHMAD - 51
NUR JAZLAN BIN MOHAMED - 52
NASIR BIN SAFAR - 53
AZLAN BIN MAN - 54
ZUBIR BIN HARUN – 55
AHMAD TAJUDDIN BIN SULAIMAN – 56
MOHSIN BIN YUSOFF - 57
SAIFUDDIN BIN ABDULLAH - 58
ISHAK BIN ISMAIL – 59
A RAHIM BIN TAMBY CHIK - 61
AHMAD BIN JAAFAR – 62
REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN – 63
SAPIN @ SAIRIN BIN KARANO @ KARNO - 64

Rabu, 25 September 2013

Dua yang disyaki bawa abu mayat dibebaskan

Dua lelaki, seorang warga tempatan dipercayai bergelar Datuk Seri dan seorang rakyat Hong Kong yang ditahan di sini malam tadi kerana disyaki memiliki beberapa bahan berkaitan komunis dan bekas pemimpin komunis Chin Peng, dibebaskan awal pagi ini dengan jaminan polis.
    
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Hatta Mohd Zain berkata lelaki warga tempatan berusia 66 tahun dan warga Hong Kong berumur 59 tahun itu dibebaskan selepas polis merekodkan keterangan mereka.
 
Katanya kes itu disiasat mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.
   
Malam tadi, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata hasil pemeriksaan ke atas bagasi mereka, polis menemui 13 buku berkaitan  komunis selain 11 cenderahati dan lapan DVD bertemakan Chin Peng selain gambar  mendiang Chin Peng.
    
Kedua-dua lelaki itu tiba dengan penerbangan komersial dari Bangkok dan ditahan kira-kira 10.30 malam di balai ketibaan selepas 30 minit pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang .   

Malapetaka buat Dap


Tarikh 4 Januari 2013 adalah satu tarikh titik hitam dalam sejarah DAP. Kebinasaan terhadap DAP bermula dari tarikh tersebut hasil kerja Dinasti Lim, Anthony Loke dan Tony Pua.

Pada hari itu Tony Pua membuat pengumuman bahawa terdapat kesilapan pengiraan undi dalam keputusan CEC yang diumumkan pada pada 15 Disember 2012. Tony Pua memberi alasan ianya berpunca dari masalah penjumlahan undi yang dibuat menggunakan sistem Microsoft Excel. Alasan yang menjadi bahan gelak ketawa orang ramai hingga kini.

Sistem komputer dikatakan silap mengira jumlah undi yang diraih Vincent Wu, calon yang menang di tempat ke 6 dengan dengan bilangan undi 1202 UNDI. Tony Pua menyatakan jumlah undi sebenar yang diraih oleh Vincent Wu hanya 669 undi.

Bukan hanya itu sahaja, kesilapan bukan setakat Vincent Wu, malah turut melibatkan undi untuk Zairil Khir Johari. Tony Pua menyatakan undi yang diterima Zairil adalah 803 undi dan beliau menang di tempat ke 20. Keputusan yang diumumkan pada 15 Disember 2012 Zairil berada di tempat ke 39 dengan jumlah undi yang diterima 305 undi.

Perkara tersebut melucukan ahli-ahli DAP dan orang ramai. Mereka tertanya-tanya kenapa komputer hanya tersalah kira undi Zairil dan Vincent Wu sedangkan undi untuk calon-calon lain tidak berubah ?

Ramai calon-calon CEC yang tewas termasuk P.Ramasamy dan M.Manoharan terus terang memberitahu ramai orang bahawa kemasukkan Zairil ke dalam CEC adalah satu penipuan yang terancang untuk menunjukkan kepada masyarakat umum bahawa orang melayu mempunyai tempat dalam DAP.

Zairil sendiri pun terkejut dengan kemenangannya dan tidak menyangka dirinya mempunyai ramai penyokong hingga dipilih masuk ke dalam CEC walaupun baru menyertai DAP.

Nga Kor Ming pula memberitahu salah seorang pemimpin PAS rahsia kehebatan Dinasti Lim mempertahankan kuasa mereka selama ini telah terbongkar. Dengan menggunakan peribahasa melayu Nga Kor Ming berkata “sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga”. Ianya membawa maksud sehebat mana pun melakukan penipuan satu hari tetap terbongkar. Selama puluhan tahun Lim Kit Siang melakukan penipuan dengan memanipulasi undi perwakilan untuk beliau mengekalkan kuasa, akhirnya Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Tony Pua membongkar rahsia tersebut.

Setelah melakukan titik-titik kebinasaan terhadap DAP , di hari yang sama juga Tony Pua melakukan satu mala petaka terhadap DAP yang boleh membawa kebinasaan yang jauh lebih teruk terhadap parti itu.

Apa kebinasaan yang jauh lebih besar akan dikongsikan dalam episod akan datang

Habislah Red Bean Army dan Askar Kacang Hijau bila Najib jumpa tauke facebook

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selepas google dan twitter kini jumpa tauke facebook pula

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan peribadi dengan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook Mark Zuckerberg di ibu pejabat media sosial gergasi itu di Menlo Park pada Selasa.

Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dalam kenyataan di sini berkata, Najib dan Zuckerberg membincangkan mengenai usaha kerjasama yang kemungkinan boleh dilakukan antara Facebook dan Malaysia.

Perbincangan berkisar terhadap usaha untuk merapatkan jurang digital dan mendekatkan kemudahan Internet serta peluang-peluang digital lain kepada mereka yang tidak berhubungan setakat ini.

Pertemuan itu sebahagian daripada siri perbincangan peringkat tinggi, demonstrasi dan pengumuman yang membentuk lawatan perdana menteri ke Silicon Valley anjuran MDeC. Perbadanan itu merupakan pemacu Inisiatif Ekonomi Digital Malaysia, Digital Malaysia dan inisiatif ICT negara, MSC Malaysia.

Facebook merupakan laman yang paling banyak dikunjungi di Malaysia dan mempunyai pengguna sebanyak 12,747,100 setakat ini, meletakkan negara di tempat ke-18 dalam kedudukan statistik Facebook mengikut negara.

BlackBerry hadapi masalah keyakinan pengguna

BlackBerry pengeluar telefon pintar dari Kanada kini semakin kalah dengan pesaingnya iaitu iphone dan samsung.

Pengguna BB juga menjunam daripada 76 juta kepada 72 juta pengguna juga mengalami kerugian suku tahun semasa hampir 1 billion USD.

Punca utama BB kehilangan pelanggan ialah masalah peranti yang selalu tersangkut-sangkut atau hanged. Untuk memulihkan kembali peranti terpaksa di restart dan mengambil masa yang lama. Ia menyebabkan panggilan masuk terganggu.

Difahamkan samsung juga mengalami masalah ini tetapi samsung dengan pantas membaiki masalah dengan mengeluarkan model baru yang sama sekali melenyapkan masalah 'hanged.'

BB juga memperkenalkan model terbaru Z 10 ( teringat model kawasaki tahun 80an) Z 10 menurut rakan juga menghadapi masalah yang sama. Selain itu BB cepat makan bateri sekira Data sentiasa berada dalam situasi ON.

Untuk menulis atau membuat nota juga sering terganggu apabila naik timer hitam yang berputar-putar ditengahnya. Nak tulis artikal ini pun berkali-kali tersangkut-sangkut.

Namun BB ada kelebihannya berbanding jenama lain. Apa yang BB boleh buat, samsung tak boleh buat, Bb mampu melakukannya.

Alangkah bagusnya sekira ada syarikat besar Malaysia dapat membeli BB dan menjadi milik Malaysia.

Masih ingat Agusta yang dibeli oleh peroton? Agusta satu jenama yang baik tetapi menghadapi masalah pemasaran. Sayangnya apabila ada yang bodoh pergi jual Agusta kepada pihak luar dan buat duit dengan untung atas angin. Siapa orang itu?

Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dua Individu Ditahan Polis Disyaki Seludup Abu Mayat Chin Peng????

Dua lelaki ditahan di Lapangan Terbang Antara bangsa Pulau Pinang kerana disyaki menyeludup abu mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng....Individu berkerakyatan Thailand dan warganegara Malaysia dari Pulau Pinang tersebut ditahan malam tadi sejurus selepas kapal terbang dari Thailand menggunakan penerbangan Thai Airways mendarat.

Kedua-dua individu tersebut kemudiannya dibawa ke Balai Polis Bayan Baru dan kesemua barangan suspek termasuk bagasi dirampas.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi, pihaknya kini masih menjalankan siasatan bersama pegawai tertinggi di peringkat pusat....Hadir sama dalam sidang media tersebut, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Asst Komisioner Nasir Salleh, Ketua Polis Daerah Balik Pulau Superitenden Mohd Hatta Mohd Zain dan Ketua Polis George Town Asst Komisioner Gan Kong Meng.

Kira-kira jam 9.55 malam tadi, kelihatan kehadiran anggota polis yang ramai di kawasan ketibaan lapangan terbang termasuk anggota berpangkat atasan menimbulkan spekulasi bahawa kedua-dua individu yang ditangkap cuba untuk membawa masuk abu mayat Chin Peng ke dalam negara.

Menurut sumber polis, kedua-dua individu tersebut juga menghadiri majlis pengebumian Chin Peng di Thailand dan membawa beberapa barang kenangan berkaitan bekas pemimpin komunis tersebut.

Rakyat tempatan yang ditahan dipercayai adik kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BN Pulau Pinang tolak peruntukan tidak ikhlas Guan Eng

Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang mahu peruntukan sebanyak RM40,000 yang ingin disalurkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang kepada mereka diserahkan kepada Pejabat Daerah.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid berkata, wakil rakyat BN tidak akan menerima peruntukan itu secara peribadi tetapi harus digunakan untuk kepentingan rakyat.

Menurutnya, langkah itu juga mampu mengelakkan daripada salah faham yang timbul akibat dakwaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang seolah-olah menuduh ADUN BN mengamalkan kronisme dan berbelanja secara tidak berhemah.

Sebenarnya tawaran peruntukan sebanyak RM40,000 setahun bukan usaha untuk ‘reconciliation’ tetapi hanya taktik kotor untuk kepentingan politik supaya rakyat memandang rendah kepada ADUN BN.

Selasa, 24 September 2013

Tahniah kepada blogger GAP



GAP, House PK, RBF dan ramai lagi adalah blog politik yang lahir selepas kekalahan teruk BN dalam PRU 12 di mana 5 negeri menjadi milik pembangkang.

Kelantan yang hampir-hampir menjadi milik BN dalam PRU 11 boleh terbalik kuang menjadi milik Pas dengan jumlah kerusi yang besar dan sama sekali berbeza dari PRU 2004, banyak yang menyalahkan kepada ketua pemuda Umno ketika itu kerana terlalu ghairah dengan anak muda yang kononnya akan mengundi BN. Padahal segala tenaga dan wang ringgit ibarat air yang dicurahkan ke daun keladi.

Berbalik kepada blogger Gap yang hanya dikenali secara maya dan berbincang strategi menentang pihak lawan dengan menggunakan yahoo mesengger, chat roll dan sms sahaja.

Begitulah perjuangan kami dahulu yang menggunakan tag line blogger pembela negara.

Kini blogger semakin maju, segala bentuk aplikasi dan gajet telah di manfaatkan semaksimanya untuk berdepan dengan musuh.

Syukur kerana dengan networking yang bagus telah menampakkan hasil yang baik.contoh ketara ialah PRK bermula di PRK Bukit Gantang BPN mengembleng tenaga bersatu hati menentang musuh sehingga pihak Pas mengajak TM dan Parpukari berdebat, cabaran dibuat oleh blogger Pas albanjari. Tak kurang juga repot polis yang dibuat oleh Pas terhadap kami yang dianggap terlalu overshot memburuk-burukkan Pas terutamanya. Baru mereka tahu bahawa langit itu tinggi atau rendah.

Sebelum ini mereka bermaharaja lela menghentam kepimpinan Tun Mahathir yang dilabelkan sebagai Maha Firaun dan Maha Zalim. Kini orang yang menghasilkan istilah tersebut duduk semeja dan sama-sama berjuang menentang kemunafikan Pas dan Pkr.

RBF, MIK, GAP dan ramai lagi adalah ahli PKR tegar. Termasuklah Lokman Adam yang akan bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda Umno. Hamdan Taha dll kini sudah berada dalam pasukan Pro BN.

Dahulu mereka menggunakan nama Pemuda Keadilan dan mengguna engine tripod dot com untuk berjuang menyokong Anwar.

Kini pengunjung atau pembaca blog GAP sudah mencapai angka 30 juta, blog GAP juga mempunyai ramai pembaca yang mengunjungi blog TM kedua ialah blog Parpu kari, setiap hari Link yang masuk dari dua blog ini cukup tinggi.

Tahniah GAP.

GAP cukup sensitif tentang isi kandungan dalam blog, segala penghasilannya adalah berkisar dari sudut politik dan tidak sedikit pun mencuri glamor untuk menaikkan ranking dengan isu-isu artis yang hot, dengan kata lain GAP tidak mengejar ranking alexa. yang penting mesej disampaikan sampai kepada sasaran dan memberi impak yang positif kepada pembaca dan penilai atau pemantau...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lawatan Najib ke Pejabat Google dan twitter beri impak besar kepada Malaysia

Kita yakin dengan lawatan Najib ke ibu pejabat google dan twitter di Silicone Valley Amerika Syarakat akan memberi kesan yang besar terhadap perkembangan sosial media di negara kita, hari ini jika kita lihat yahoo news ia lebih banyak kepada agenda pembangkang, begitu juga google lebih favor kepada agent yang anti kerajaan.

Sekian
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

CEC DAP:  DAP Tak Percaya Ambiga atau pun PAS

Pemilihan CEC DAP yang penuh dengan kontroversi menyebabkan kredibiliti parti itu hancur sama sekali.   

Kini, ahli-ahlinya menumpukan sepenuh perhatian kepada pemilihan semula yang bakal diadakan pada 29 September ini. 

Bagaimanapun, umum terus merasa ragu-ragu yang pemilihan semula tersebut akan berjalan dengan telus.  

Keraguan ini adalah berpunca dari perkembangan semasa yang menyaksikan tindakan pemimpin DAP yang agak meragukan. 

Kesangsian semakin meningkat apabila beberapa perwakilan mendedahkan bahawa mereka telah dipinggirkan dari perjumpaan khas yang khabarnya diadakan sempena pemilihan semula. 

Perjumpaan seperti ini tidak pernah diadakan sebelum ini dan memandangkan pemimpin DAP hanya memilih orang tertentu untuk ditemui, benar-benar mencabar kesabaran yang lain. 

Apa yang menghairankan ialah walaupun setelah isu ini menjadi besar sehingga memaksa DAP mengadakan pemilihan semula, parti itu langsung tidak melakukan siasatan dalaman tentang kenapa 753 perwakilan tidak menerima notis mesyuarat sebelum ini.  Malah, pemimpin DAP terus mencari jalan untuk menjustifikasi peminggiran 753 perwakilan dalam pemilihan awal.  Dalam kata lain, pemimpin DAP tidak mengaku salah. 

Tetapi, mereka cuba menipu dengan membuat kenyataan kononnya 500 dari perwakilan tersebut telah menghantar surat pemberitahuan bahawa mereka tidak dapat hadir ke mesyuarat pemilihan tersebut.  Kita menyatakan ini satu penipuan kerana DAP tidak dapat mengemukakan surat-surat tersebut sehingga ke hari ini. 

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan sikap dan penjelasan pemimpin DAP, Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass, telah memohon injunksi mahkamah agar menghalang mesyuarat pemilihan semula diadakan semula.  

Jelas di sini, bahawa ahli-ahli DAP tidak lagi percaya yang DAP mampu menjalankan pemilihan secara adil. 

Justeru, ramai yang mencadangkan agar DAP mengambil khidmat BERSIH untuk memantau pemilihan kali ini.  Ambiga Sreevanesan yang 'obses' dengan pilihanraya bersih tentunya bersedia untuk mengetuai unit pemantauan, apatah lagi dengan hakikat majoriti para perwakilan yang terpinggir atau didiskriminasi adalah dari kaumnya sendiri, iaitu India. 

Maka, sewajarnyalah Ambiga prihatin dalam hal ini bagi memastikan tiada unsur-unsur rasis dalam proses pemilihan semula CEC DAP. 

Namun, mungkin atas dasar 'rasis' juga, maka DAP tidak berani menaruh kepercayaan kepada Ambiga.  Untuk itu, DAP sanggup mengupah sebuah syarikat audit antarabangsa iaitu PKF Accountants and Business Advisers untuk memantau pemilihan semula CEC.  Syarikat tersebut bertanggungjawab memastikan ketepatan kiraan keputusan undian oleh 2,576 perwakilan yang layak mengundi.  Kiraan akan dibuat melalui dua cara iaitu manual dan juga semakan silang melalui komputer. 

Tindakan menggunakan syarikat audit merupakan satu langkah drastik yang mungkin mampu mengembalikan keyakinan ahli-ahli kepada kepimpinan.  

Bagaimanapun, ia dilihat sebagai langkah terdesak dan amat memalukan sekali gus membuktikan betapa kredibiliti DAP sudah hancur sama sekali. 

Bayangkan, untuk mengira 2,576 undi sahaja, parti DAP perlu dipantau oleh syarikat audit antarabangsa.  Itupun masih tidak malu menuduh pilihanraya Malaysia sebagai tidak adil. 

Dan lebih ironi lagi, pemimpin DAP juga tidak percaya kepada badan yang dijulangnya untuk memantau pilihanraya Malaysia iaitu BERSIH. 

Nampaknya, sesama sendiri juga sudah saling tidak mempercayai walaupun sering bekerjasama dan senada.  Maka, benarlah kata orang iaitu penipu lebih kenal siapa penipu dan tidak mungkin mengambil khidmat si penipu. 

Ada juga cadangan supaya Dap menjemput Pas sebagai pelaksana dan pemerhati termasuk mengira kertas undi tetapi ternyata Dap langsung tak percaya kepada Pas. Contoh ketidakpercayaan terhadap Pas ialah sewaktu PRU 13 yang lalu, Dap sendiri menjadi counting agent pada kerusi yang ditandingi oleh Pas. Mereka takut agent-agent Pas berpakat dengan Umno.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selepas RTM tidur kini Boss TV3 pula tidur



Penulis baru sahaja 'terserempak' dengan sebuah rakaman youtube program 3R yang memaparkan temubual eksklusif dengan pemimpin pembangkang, Nurul Izzah Anwar.   Seperti yang kita tahu, apabila seseorang ahli politik dijemput ke program televisyen - biar apa pun programnya dan topik perbincangannya, ia secara automatik memberi publisiti atau keuntungan politik kepadanya.

Apatah lagi apabila program itu merupakan temubual santai lagi mesra dengan pengacara memuji dan menyanjungnya, maka semakin tinggilah 'saham' ahli politik tersebut.  Dan inilah yang berlaku dalam program 3R itu di mana pengacara menjulang dan memuji-muji Nurul Izzah, termasuklah ibunya, Wan Azizah, sebagai tokoh yang dipandang tinggi oleh 'rakyat Malaysia'.

Tidak kira apa alasan penerbit program ini, objektifnya adalah jelas iaitu untuk memberi publisiti kepada pemimpin pembangkang dan parti pembangkang sekali gus.

Mungkin ada yang ingin berhujah bahawa tindakan TV3 adalah wajar bagi menepati prinsip keterbukaan dan kebebasan media.  Namun, inilah diingatkan bahawa TV3 adalah media arus perdana dan bertanggungjawab membawa aspirasi kerajaan.  Oleh itu, TV3 tidak boleh sewenang-wenang memberi ruang publisiti kepada pihak yang menentang kerajaan.

Alasan kebebasan dan keterbukaan tidak boleh diterima sama sekali kerana mana mungkin media yang menjadi lidah kerajaan mempromosi kehebatan musuh?  Contohnya, apakah tidak salah jika TV3 mempromosi dan menonjolkan Sultan Sulu yang ingin menceroboh negara sebagai baik, atas alasan kebebasan dan keterbukaan?   Tentu saja ini tidak boleh diterima sama sekali.

Kegagalan TV3 untuk memikul tanggungjawab sebagai media arus perdana membuktikan sikap tidak professional, kalau pun bukan pengkhianatan, stesyen televisyen itu.

Dengan itu, kita ingin bertanya, apakah prosedur untuk menjemput dan meluluskan satu-satu personaliti untuk muncul dalam mana-mana program di dalam TV3?  Apakah tiada pemantauan? Apakah seseorang Penerbit diberi kebebasan penuh untuk menjemput siapa saja mengikut suka hatinya termasuk personaliti yang mampu membawa kontroversi?

Setakat ini penulis tidak pasti sama ada rakaman tersebut telah tersiar di televisyen, tetapi hakikat bahawa ia telah tersebar di youtube sudah cukup untuk kita mempersoalkan niat dan prinsip TV3.

Tidak mungkin TV3 melakukannya atas dasar 'naif'.  Jika benar naïf dan jujur, kenapa tidak diberi ruang terlebih dahulu kepada Datin Seri Rosmah untuk mempertahankan dirinya di sebalik  segala fitnah pembangkang?   Kenapa mesti diberi ruang kepada anak seorang peliwat yang saban hari memburukkan Malaysia kepada dunia luar?  Apakah pemimpin begini dianggap contoh yang baik kepada anak muda Malaysia?

Jangan lupa bahawa bapa Nurul Izzah telah pun disabitkan kesalahan dan hanya dibebaskan atas dasar teknikal dan bukan kerana tidak bersalah.  Justeru, Nurul Izzah adalah seorang penipu dengan mempertahankan bahawa bapanya sebagai tidak bersalah.

Lebih dari itu, boleh dikatakakan seluruh keluarga Nurul Izzah kerjanya adalah memburukkan dan cuba menghuru-harakan negara.  Nurul Izzah sendiri telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan bodoh seperti menyangka pasukan Cawangan Khas hanya bertanggungjawab mencari orang hilang serta tidak tahu menahu sejarah dan susunatur pasukan keselamatan negara.

Walaupun berpenampilan bertudung, Nurul Izzah juga yang meletakkan murtad sebagai hak asasi.  Dan bukan rahsia lagi bahawa Nurul Izzah turut 'mesra' dengan idea-idea mengenai hak LGBT berdasarkan penglibatan partinya dan juga 'rangkaian-rangkaian' agen mereka yang berselindung di bawah nama NGO bagi hak asasi.

Sebagai seorang Ahli Parlimen, Nurul Izzah telah gagal.  Beliau tidak pernah dikenali kerana jasanya di kawasannya.  Malah, beliau lebih banyak merupakan 'masalah' dan bukan penyelesai masalah rakyat, sepertimana yang berlaku dalam kes rumah pangsa di Kampung Kerinchi.

Oleh itu, jika pemimpin beginilah yang dianggap contoh oleh 3R, maka janganlah kita terkejut jika anak-anak muda hari ini tidak lagi patriotik, bermasalah moral serta hipokrit.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lawak terbaik keluarga LIM

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kakitangan kerajaan perlu ditambah

Pagi tadi dalam persidangan dewan rakyat, MP Pasir Sajak ada menyebut penguat kuasaan pada setengah-setengah jabatan kerajaan tidak begitu efisien kerana kekurangan sumber tenaga.
Oleh itu penyeludupan minyak dan pembelian minyak subsidi oleh pihak yang tidak bertanggung jawab sukar dibendung, beliau juga akan berbincang dengan jabatan lain untuk menambah bilangan pegawai penguat kuasaan.
Masalah kekurangan kaki tangan sering dilontarkan oleh sesetengah jabatan apabila sesuatu masalah dan tugas timbul.
Hari ini jumlah penjawat awam hanya 1.4 juta dan jika di bandingkan dengan jumlah penduduk negara bilangan penjawat awam amatlah kecil.
Oleh itu pihak jabatan kerajaan perlulah melihat akan keperluan tenaga kerja di jabatan masing-masing.
Cukup setakat itu, lain kali sambung lagi

Datuk Hamzah Tidak Tanding Ketua Bahagian Larut

Menurut kenyataan beliau sendiri dalam Dewan Rakyat tadi, beliau menegaskan bahawa beliau tidak bertanding. Jelas ia dirujuk kepada pertandingan di Larut semasa membidas sindiran Mahfuz Omar.

Adakah yang dimaksudkan oleh YB Dato Hamzah ialah kerusi Majlis Tertinggi.

Sebelum ini difahamkan beliau akan bertanding sebagai Ketua Bahagian Larut dan mengikut maklumat beliau sudah mendapat sokongan dari 60 ketua cawangan yang baru.

Perebutan 3 penjuru di Larut ialah diantara penyandang Raja Dato Seri Hj Ahmad Zainuddin, Dato Hj Daud dan Dato Seri Hamzah Zainudin.

Kita tunggulah keputusan pihak negeri samada Dato Hamzah layak bertanding atau tidak kerana difahamkan ada bantahan terhadap Dato Hamzah.

Sebelum ini sewaktu Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib turun ke Larut untuk mengumumkan nama-nama calon PRU 13. Najib telah mengingatkan beberapa kali kepada Hamzah agar tidak mencabar jawatan Ketua Bahagian iaitu Raja Ahmad.

Sekian,
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sedih dengan sikap Melayu, semua nak free

Hampir separuh penghuni di setiap blok Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah Fasa Dua di Bukit Jalil kini berdepan dengan kemungkinan terpaksa meninggalkan rumah masing-masing kerana gagal menjelaskan tunggakan sewa.

Malah, ketika ini mereka sudah pun berdepan dengan kepayahan apabila bekalan air ke rumah mereka didakwa telah diputuskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Khamis lalu akibat gagal menjelaskan tunggakan bil air.

Menurut penduduk, mereka telah mendapat notis amaran daripada DBKL yang memberi tempoh 14 hari bermula Khamis lalu untuk menjelaskan kedua-dua bayaran tertunggak itu, tetapi agak mustahil untuk dilakukan kerana jumlahnya mencecah ribuan ringgit.

Akibat ketiadaan bekalan air ke rumah masing-masing, penduduk terlibat berkata mereka terpaksa mendapatkan air dari sumber yang tidak dapat dipastikan tahap kebersihannya selain menerima pertolongan daripada jiran dan saudara-mara.

Sehubungan itu, penduduk yang kebanyakannya golongan susah itu merayu kepada pihak DBKL supaya mengkaji semula tindakan tersebut selepas memberi notis singkat kepada penduduk.

Seorang suri rumah, Sharifah Sharip, 31, mendakwa, dia menerima notis tersebut pada Khamis lalu daripada DBKL.

"Masa terlalu singkat, mana kami nak cari duit untuk bayar tunggakan sebanyak RM4,688 kerana kebanyakan keluarga di sini mengalami masalah kewangan.

"Mereka juga tidak membenarkan kami untuk menjelaskan separuh bil tertunggak. Saya berharap pihak DBKL dapat berbincang dan bertolak ansur dengan kami dalam hal ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui.

Ibunya, Maimunah Abdullah, 56, yang menghuni di blok lain berkata, dia kini sedang menjaga suaminya yang uzur selain enam orang anak yang masih bersekolah sehingga membuatkan wangnya tidak cukup untuk menjelaskan bil-bil itu

"Saya turut mengalami tunggakan sewa dan bekalan air. Kami juga hairan kenapa jumlah bayaran untuk bil air begitu tinggi sedangkan kadar rata yang ditetapkan adalah sebanyak RM25 sebulan.

"Pihak DBKL juga meminta kami menjelaskan sepenuhnya bayaran tersebut atau kami diminta keluar dari rumah ini. Minggu lalu, pihak DBKL terus mengunci paip meter air rumah saya tanpa mengadakan perbincangan terlebih dahulu," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk yang menghuni di tingkat enam, Blok G, Norazizan Ya'acob, 42, mengalami nasib malang selepas paip air di luar rumahnya bocor sejak sebulan lalu.

"Saya telah membuat aduan mengenai perkara ini di Pejabat Kecil DBKL di PPR Kampung Muhibbah Fasa Dua dekat sini, namun tiada tindakan susulan diambil oleh pihak itu.

"Kami amat kecewa seolah-olah mereka tidak mahu mengambil tahu mengenai permasalahan kami. Sehingga kini, air terus mengalir keluar selain menyebabkan pembaziran," ujarnya.

SIKIT KOMEN TM,

Inilah masalah orang kita, kerajaan sedia rumah dengan kadar sewa yang rendah pun malas nak bayar, bil air tertunggak. Tetapi motosikal, kereta, astro boleh pula tanggung. Bila DBKL offer rumah dengan kadar harga rendah untuk mereka menambah aset pun tak mahu     terima, alangkah ruginya mereka, kalau boleh nak duduk free tujuh keturunan, inilah sikap yang merugikan bangsa sendiri.

Bila DBKL kunci meter air pandai pula cari orang surat khabar, mengadu, menangis, bagi seribu alasan, kaki sakit lah, untutlah, macam macam alasan.