Isnin, 31 Julai 2017

KAYA Anak mahathir berkat menabung dari TADIKA





Forbes 3/1/17 menyenarai Mokhzani sebagai salah sorang Melayu terkaya di Malaysia ( atas sikit pada saya ) dgn USD 700 juta ( RM2.52 bil). Alhamdulillah berkat menabung dari kecil masa dok Titi Gajah lagi. Banyak nya syarikat Tuhan saja yg tahu. Yg tersenarai je Kosmo Tech , Inch Kenneth, Opcom, Ajiya , M Ocean ,Reliance, Dataprep , THB Industries , Sharp Roxy, Sang Kee Feedmills, Celcom Resources, YTL Energy, Presteriang , Maxis Berhad. Tapi yg banyak duit Sapura Kencana, Tongkah, Pantai Holdings yg dapat kontrak selenggara hospital macam Radicare. Prime Granite dapat kontrak supply jubin untuk KLCC , tak lah besor sekitar RM400 juta .Tongkah dan Pantai pulak ada 28% pegangan dalam Phileo Land ( Asset Avenue ) yg menguasai Phileo Allied yg dibagi lesen Phileo Allied Bank ( tempat Shamsidar isteri Jemin kerja ). Phileo Allied Bank dijual kat Maybank RM1.3 bil walau pun Maybank tak mau. Phileo Allied pulak tetiba ambil alih Pos Malaysia hanya dgn harga RM800 juta , RM550 juta tunai baki bayar 5 tahun dalam bentuk bon kerajaan dgn kadar 5% setahun. Kita bangga Melayu kaya tapi jangan lah pak dia kata dia tak tahu apa apa , anak dia punya kepandaian sendiri. Tapi Tok Najib baik , sikit pun tak kacau berbanding pak dia dulu , habis business geng S46 depa tarik.

Di Ciplak dari wall Dato Roslan Latif

#KadiaqManaKadiaq
#KamiGengNajibRazak

Tidak Perlu Patah Balik, UMNO Untuk Yang Setia:- DSD Mohd Najib Tun Razak


Presiden UMNO, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Razak mengingatkan bahawa parti itu hanya untuk mereka yang setia, lalu mereka yang telah berpaling tadah yang ingin kembali perlu mempunyai kriteria itu.

Beliau yang mengakui bahawa dalam parti keramat ini sudah pasti wujud perbezaan pendapat, namun yakin ia diselesaikan mengikut cara yang lebih berhemah.

“Kalau sudah keluar, keluar lah nak balik buat apa? Tidak perlu balik, kita nak orang yang setia pada UMNO.

“Kita boleh beza pendapatan dan bertelagah..takkan semuanya sehaluan sahaja, kita memang ada perbezaan pendapat tapi jangan sesekali hancurkan parti keramat kita,” katanya.

Datuk Seri Diraja Mohd Najib berucap pada majlis perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Parit di MRSM Parit, pada Sabtu.

Katanya lagi kesemua 199 UMNO bahagian seluruh negara telah menyerlahkan kekuatan dan semangat masing-masing disamping menyusun rapi barisan demi memastikan parti keramat itu terus unggul di bumi bertuah Malaysia.

“Bila pilihan raya, hanya ada dua sahaja (pilihan) sama ada pakatan yang dipimpin oleh UMNO atau alternatifnya.

“Pada kita bila ada dua pilihan kita mesti bagitahu bahawa pilihan yang terbaik untuk negara, orang melayu dan semua kaum adalah BN yang diterajui oleh UMNO; itu mesej kita kepada orang kampung,” katanya.

Tambahnya beliau mahu kuasa BN di Parlimen Parit terus dikekalkan dan bagi tujuan itu ahli UMNO perlu turun padang untuk selesaikan masalah rakyat baik masalah besar mahupun kecil.

Tentang kerancakkan pembangkang yang cuba pelbagai cara untuk dapatkan sokongan, Datuk Seri Diraja Mohd Najib berkata parti itu sendiri kelihatan celaru dalam perjuangannya.

“Rakyat boleh menilai dan nampak bahawa bila kita ini bukan sahaja selesaikan masalah tetapi kita beri pengharapan baharu kepada rakyat. Di bawah UMNO saya percaya wajah negara kita boleh berubah.

“Dalam politik Malaysia, bila reformasi ditubuhkan untuk apa?untuk gulingkan orang yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, yang digelar sebagai maha firaun dan diktator yang berdepan dengan suasana korupsi, salah guna kuasa,” ujar beliau.

Terdahulu Datuk Seri Diraja Mohd Najib mengumumkan sejumlah 3,160 hektar sawah padi di Parit dimasukkan ke dalam Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Seberang Perak.

Penilaian Calon Berpotensi PRU Diserahkan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir


Senarai calon pilihan raya akan datang kini mungkin dalam proses penilaian dan pertimbangan oleh kepimpinan parti, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

Jelasnya, mereka yang dicalonkan adalah yang memenuhi kriteria yang ditetapkan selain mengutamakan aspek populariti seseorang calon itu dalam kalangan penduduk kawasan.

“Antara kriteria yang ditetapkan oleh Presiden parti (Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Razak) iaitu kita lihat sejauh mana kesesuaian calon itu di kawasan berkenaan. Sama ada (calon adalah) sedang berkhidmat atau calon-calon baharu yang akan dipilih nanti. Ia berdasarkan kepada kaedah yang akan dilakukan iaitu, penilaian dan pemantauan.

“Ini sangat penting kerana calon yang hendak dipilih ialah calon yang dipilih hendaklah dikenali rakyat, dan mereka yang sedang berkhidmat adalah memberi sumbangan yang baik atau kepada calon baharu yang dipilih kita yakin dia dapat berikan perkhidmatan yang terbaik,” jelasnya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Gerik di Gerik pada Ahad.

Dari aspek penilaian dan pemantauan, Datuk Seri Diraja Dr Zambry berkata ianya tidak diketahui oleh para calon sebaliknya pucuk kepimpinan parti mempunyai caranya tersendiri.

Namun yang pasti, mereka yang disukai dan disenangi oleh rakyat tempatan berpotensi untuk mewakili BN pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Elemen ini turut diguna pakai pada Pilihan Raya Negeri Sarawak serta pilhan raya kecil sebelum ini.

“Calon-calon pun tidak tahu tentang kaedah-kaedah ini tetapi yang paling penting ialah calon itu hendaklah dikenali, disukai oleh orang ramai dan kita telah melaksanakan kaedah kajian ini,” katanya.

Sementara itu, beliau mengingatkan pembangkang supaya tidak menjadi ‘pak sibuk’ dalam urusan parti UMNO dan BN.

“Pembangkang jangan jadi ‘pak sibuk’. Kita tahu matlamat dia nak wujudkan suasana supaya perbahasan dalam masyarakat akan berlaku, pembangkang tetap pembangkang ia akan cetuskan yang tidak ada untuk menjadikannya ada.
.
“Dia jadi ‘pak sibuk’ dalam hal kita, biarkan dia, kita tidak usah melayan,” ulas Menteri Besar itu

Ahad, 30 Julai 2017

Jangan Jadi Bo'hok "Pengecut" Datuk Liang Teck Meng Beri Amaran Kepada L...

PAS Tipu Pengundi Bila Sebut Nak Jadi King Maker

Lembu punya susu, babi dapat nama

Baru-baru ini MP PKR Bayan Baru YB Sim Tze Tzin telah membuat gimik atau lawak politik dengan membuat lawatan tapak projek lebuh raya kononnya projek kerajaan Dap.

Mungkin lah ada sebahagian besar daripada pengundi Dap dan PKR atau lebih tepat lagi puak pembangkang, sudah tentu tertipu dengan lawak wayang tongkol seperti sering dibuat oleh Rafizi Ramli, Tony Pua dan Nurul Izzah. 

Hari ini menteri kerja raya sendiri turun padang untuk meninjau perkembangan projek tersebut.  

Maka besarlah kesipuan dan kemaluan puak-puak pembangkang yang menjaja cerita kononnya tersebut adalah inisiatif kerajaan negeri. 

Kepala tok wan hampa!

Sabtu, 29 Julai 2017

Pembangkang di Malaysia tiru cara Hitler menghasut rakyat



Dato Seri Dr Zambry Kadir, Menteri Besar Perak menyifatkan  pembangkang menggunakan taktik menteri gerak saraf Hitler, iaitu Joseph Goebbels untuk menghasut rakyat.

Beliau berucap ketika memberi ucapan aluan dalam mesyuarat UMNO Bahagian Parit di Dewan MRSM Parit, Perak pada 29 Julai 2017.

"Dulu pembangkang panggil dia Mahafiraun, sekarang orang itu sudah bersama mereka.  Pada tahun 1941, Goebbels telah mencipta satu suasana, don't attack the people, attack the plutocracy" kata Zambry. 

"Create fear, suspicious and horror" inilah cara yang digunakan oleh pemimpin Nazi di Jerman. Menurutnya, ia sama juga dengan apa yang pembangkang buat sekarang, mereka panggil kerajaan kita kleptorasi. Dulu Goebbels cipta ayat "plutocracy", kini ayat propaganda jahat itu diganti dengan nama "kleptocracy". 

Biarpun Bank Dunia telah iktiraf ekonomi negara namun pembangkang mahu gunakan elemen "horror" ini bagi menakutkan nakutkan rakyat. Oleh itu, Dr Zambry mengajak semua ahli UMNO bersatu melawan propaganda hasutan cara Goebbels pembangkang ini. 

Sambil memetik kata kata Pak Hamka, seperti berikut ; 

"Jangan jadikan diri kita gunting, walaupun berjalan lurus tetapi ianya memisahkan yang satu menjadi dua.

Jadilah diri kita seperti jarum, walaupun jarum itu menekan dan menyakitkan, tetapi jarum itu menyatukan yang dua menjadi satu" kata Dr Zambry.

Datuk Seri Najib ketika ucapan perasmian mengulas lanjut apa yang disebut Dr Zambry mengenai taktik propaganda cara Hitler yang diamalkan pembangkang kini.

Menurut Datuk Seri Najib, Goebbels ini mengamalkan prinsip "the enemy of my enemy is my friend". Oleh itu, bila Hitler serang Soviet Union. Amerika dan Britain tidak suka Soviet, tetapi mereka bantu Soviet untuk mengalahkan Hitler.

"Bila selesai World War, mereka (Amerika dan Soviet Union) bergaduh. "Cuban Crisis, perang dingin dan sampailah ke hari ini, mereka tidak yakin antara satu sama lain. 

Samalah jadi dengan pembangkang di Malaysia. Sesama mereka masih lagi sangsi antara satu sama lain. Bila reformasi dulu ditubuhkan untuk apa? Sebab hendak gulingkan orang yang sudah 22 tahun jadi Perdana Menteri.

Reformasi mahu gulingkan orang yang digelar Mahafiruan, nepotisme, diktator dan salah guna kuasa. Sampai semua orang ditangkapnya. Kit Siang, Anwar dan Dr Zambry pun ditangkap

Siapa masuk ISA zaman saya?, tiada. Ini kerana saya dah mansuhkan ISA. Saya lagi demokratik dari orang yang hari ini menuduh kerajaan kita tidak demokrasi" kata Datuk Seri Najib.

"The big lie, the more it repeated, the bigger it become truth. Ini adalah cara Goebbels" ulas Dato Seri Najib. 

Hari ini pembangkang menggunakan strategi pembohongan berterusan dan kaedah pembohongan secara berulang cara Goebbels ini untuk menghasut rakyat. 

Dalam majlis yang sama, Datuk Seri Najib telah meluluskan peruntukan RM3 juta untuk rakyat di Parit. Inilah bukti kerajaan yang beri harapan sebenar dan merealisasikan apa yang rakyat hendak. 

Bukan seperti pembangkang yang hanya pandai hasut rakyat siang dan malam. Hanya memberi harapan palsu dan hasutan sahaja pada rakyat. 

Sebahagian kesilapan Mahathir


Mana nak sorok lagi, sedikit demi sedikit pendedahan kedurjanaan dan kerakusan tok wan telah dibongkar. 

Lagi banyak di kaji dan diselidiki semakin banyak pula yang akan terbongkar. 

Jangan marah ya wahai pengikut bunga. 

Kenapa BN kekal memerintah hingga ke hari ini

Kita fokus kepada Perak dahulu.

Perak pernah tewas kepada pembangkang pada PRU 12 tetapi pembangkang hanya kekal 11 bulan sahaja.  Kenapa?

Jika diikutkan parti yang menang tetap Umno tetapi oleh kerana Pas, PKR dan DAP bersetuju untuk membentuk kerajaan campuran maka maka berkuasa lah mereka bagaikan beruk dapat bunga.

Dap yang mempunyai lebih kerusi gagal menjadi menteri Besar kerana undang undang tubuh hanya membenarkan orang Melayu sahaja menjawat jawatan tersebut. Dap tak pernah terfikir untuk meletakkan calon Melayu ketika itu.  

Kita tengok tahun depan Dap pasti akan meletakkan seorang calon lelaki Melayu di kawasan majoriti Cina untuk ditabalkan sebagai MB.

11 bulan mereka begitu rakus mengganas. Hutan simpan dimusnahkan untuk kayu balak. Tanah-tanah pajakan yang tinggal 20 hingga 30 tahun diperbaharui sehingga 999 tahun.

Tanah tanah kerajaan negeri diambil sesuka hati untuk tujuan pembangunan kroni mereka.  

Tanah tanah kosong yang diusahakan sebagai tanah pertanian oleh orang kampung habis bertukar hak milik menjadi milik mereka. 

Begitulah tamak dan rakus nya mereka mengumpul harta untuk puak mereka. 

Ada orang Melayu yang marah kepada kerajaan BN sebelumnya kerana puluhan tahun tetapi permohonan mereka tidak diluluskan oleh kerajaan, sebaliknya Dap boleh melakukannya dalam tempoh yang singkat.

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh pembangkang adalah merompak sebanyak mungkin untuk perut mereka tanpa memikirkan kepentingan sejagat.

Mereka lupa perlakuan mereka sentiasa diperhatikan oleh rakyat. Rakyat melihat dan menilai kerakusan mereka.

Kerajaan BN tidak semudah mereka untuk melakukan sebagaimana mereka. Setiap permohonan tanah bukan boleh diluluskan sesuka hati tanpa berfikir panjang.  

Tanah sememangnya terhad seandainya diluluskan sesuka hati 100 tahun akan datang kerajaan tiada lagi tanah untuk projek pembangunan.  

Sikap orang kita pula suka menjual tanah. Minta tanah bukan untuk kegunaan sendiri untuk diwariskan kepada anak cucu tetapi untuk dijual apabila harga meningkat. 

Sikap suka menjual tanah sudah menjadi amalan kehidupan. Kira seringkali mendengar istilah 'jual usaha'. 

Jual usaha ialah peneroka akan meneroka hutan, kebanyakan nya melibatkan tanah bukit. Setelah membersihkan hutan dan menjual kayu balak secara haram mereka akan menanam pokok buah buahan atau pokok kelapa sawit. 

Setelah berapa tahun biasanya tanah tersebut dijual kepada pihak ketiga dengan harga yang cukup menguntungkan.  Hari ini dengan ada nya Google map kita boleh melihat kawasan kawasan hutan simpan diteroka secara besar besaran seperti di kawasan hutan simpan Pondok Tanjung sehingga ke kawasan tadahan hujan Bukit Merah.

Nasib baiklah 11 bulan jika tidak habis hutan simpan akan menjadi milik mereka selama 999 tahun. 

Orang Melayu hanya pandai marah apabila permohonan mereka ditolak.  Pada hal mereka ingin mengumpul harta sebanyak mungkin dan kemudian menjual kepada pihak lain. 

Sekian. 

Jumaat, 28 Julai 2017

MAHUKAN KITA MENERIMA NASIB YANG SAMA SEPERTI NEGARA JIRAN


Orang Melayu Singapura sememangnya ramai yang mengeluh mengenangkan nasib mereka yang dipinggirkan dalam segala hal.

Kalau tak percaya cari lah rakan-rakan media sosial dari sana dan sudah tentu kita akan bersimpati dengan rintihan yang mereka luahkan di media sosial.

Alangkah bertuah nya kita bangsa melayu yang dapat tinggal dibawah kepimpinan Melayu Umno di atas bumi bertuah bernama Malaysia.

Mari kita berkongi pengalaman individu yang melawat ke negara republik itu beberapa tabun salu.


Pada 11/6/2015, Khamis baru2 ini saya ke Singapura untuk trip satu hari. Setibanya saya di Changi Airport saya lihat agak ramai pekerja2 airport Melayu yang agak lanjut umur bekerja sebagai pencuci.

Apabila saya berjumpa sahabat saya Dr Hisham saya pun bertanyakan beliau tentang Melayu di Singapore kerana apa yang saya lihat di airport suasana kurang selesa pada saya.

Dr Hisham memulakan ceritanya dengan berkata, orang Melayu di Malaysia patut bersyukur banyak2 kerana nasib mereka di Singapore cukup ditekan.

Katanya, pertama peluang untuk melanjut pelajaran amat tipis. Dari 100 orang, hanya 4 orang anak Melayu diterima berdasarkan quota dimana Melayu di Singapore hanya 4% sahaja.

Katanya lagi, 4 pelajar ini akan diberikan kursus yg akan ditentukan oleh universiti. Pastinya kursus tersebut adalah yg paling sukar! Sekiranya pelajar tersebut ingin menukar kursus pihat universiti tidak membenarkannya sebaliknya menasihatkan pelajar tersebut berhenti saja.

Sekiranya pelajar tersebut gagal walau satu kertas ujian, dia akan dikeluarkan dari universiti.
Tetapi sekiranya berjaya, pihak universiti akan menekan pelajar tersebut agar menjelaskan yuram yg tinggi.

Sekiranya gagal maka pelajar tersebut terpaksa berhenti dari U tersebut.
Perlu diketahui TIADA BIASISWA UTK PELAJAR MELAYU DI SINGAPURA!

Begitu juga halnya dalam perniagaan. Seperti sahabat saya , beliau mempunyai klinik sendiri tetapi sekiranya pihak kerajaan melihat potensi yang begitu baik maka beliau dipaksa untuk menerima seorang Cina Singapore untuk duduk sebagai Pengarah!

Sekiranya beliau tidak bersetuju, beliau akan berhadapan lesen perniagaannya tidak lagi disambung dan diarahkan tutup! Orang Melayu yang ingin berniaga di Singapore harus menerima lokasi yg telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Lokasi2 strategik kebanyakkannya dikuasai oleh Cina manakala Melayu luar dari kawasan tersebut ditambah pula dengan kadar sewaan yang tinggi.

Sikap pemimpin Cina yang begitu skeptikal dengan Melayu dan sering kali dikaitkan sebagai kumpulan bermasalah di Singapore menyebabkan ramai Melayu yang diperosok ke dalam pusat tahanan melalui penguatkuasaan ISA!

Sekirannya 4 Melayu sudah selesai menjalani hukuman dibawah ISA, kerajaan Singapore akan memastikan 4 Melayu lain akan mengisi tempat tersebut. Bentuk kesalahan adalah berbagai.

Banyak lagi tekanan yang diceritakan dan bagaimana Melayu didiskriminasi sebagitu hebat. Tetapi Melayu kita di Malaysia masih tidak sedar akan niakmat berkerajaan sendiri.

Mungkin nasib kita juga sama dgn Melayu Singapore klu kita masih seronok bertelagah kerana politik.

SAPA KATA MAHATHIR BAPA PEMBANGUNAN? BAPA KRONI ADALAH

Selama 22 tahun mentadbir negara, memang benar Mahathir tidak buat apa-apa untuk rakyat. Semua yang dibuat untuk kroninya sahaja. Pemimpin dan rakyat selepas itu yang kena menanggung hutang dan beban Mahathir.


27 Julai 2017, dalam Facebooknya Mahathir mengakui dalam video berdurasi 43 saat yang dia "memang pun, saya tidak buat apa apa".

KLCC dibuat untuk jadikan kroninya kaya. Wang Petronas diguna untuk membeli tanah Selangor Tuft Club (STC) seluas 96.369 ekar sebagai tapak pembinaan KLCC. Semuanya untuk sahabat baik Mahathir, Ananda Krishnan. Selepas siap KLCC, Ananda terus jadi orang no. 2 terkaya di Malaysia.

Pada 25 Ogos 1997, Mahathir telah buat terma menyerahkan konsesi 30 tahun kepada Konsesi ERL Sdn Bhd mengikut pegangan saham YTL 40%, Tabung Haji 40% dan Abrar Corp (Mun Loong Bhd) 20%. Syarikat terbabit terikat dengan konsep terma kontrak ‘Pembiayaan Inisiatif Swasta (PFI)’ di mana syarikat tersebut perlu membiayai, membina, mengendali dan mengawal selia sistem dan perkhidmatan rel penghubung KL- KLIA. Siapa pemilik YTL? Siapa lagi jika bukan hak kroni Mahathir juga.

Malah, Setelah disemak dokumen perjanjian ERL antara kerajaan Malaysia dan syarikat YTL, didapati ianya ditandatangani oleh abang kepada Siti Hasmah Ali (Isteri Mahathir) iaitu Dato Hj. Ahmad Razali bin Mohd Ali yang merupakan Executive Chairman di dalam Express Rail Link Sdn Bhd yang mewakili YTL.

Nasib sama terjadi kepada TNB. Pada masa itu, TNB menjana elektrik pada harga 8 sen bagi setiap kilowatt sejam (kWh), kata Bekas CEO TNB Allahyarham Tan Sri Ani Arope. Ambil kira kos pengagihan dan penyaluran, iaitu masing-masing kira-kira 6 sen dan 3 sen pada masa itu, penyedia tenaga boleh mengagihkan elektrik kepada pengguna pada harga 17 sen bagi setiap kWh.

Bagi membolehkan IPP memasuki pasaran, aras harga bagi penjanaan elektrik adalah pada harga 12 sen bagi setiap kWh, kata Ani kepada Kinibiz, di mana kedua-dua pihak iaitu TNB dan IPP boleh mengadakan rundingan. Namun Unit Perancang Ekonomi (di bawah Jabatan Perdana Menteri dan di bawah pentadbiran Mahathir), telah menetapkan sendiri harga adalah 16 sen bagi setiap kWh. Dengan klausa terima atau bayar, kos itu meningkat kepada 23 sen. "Saya kata kadar itu adalah mengarut" kata Ani Arope.

Satu lagi klausa yang dianggap berat sebelah, adalah harga kekal yang ditetapkan dalam perjanjian. TNB kena bayar harga yang sama biarpun berlaku penurunan harga minyak di pasaran terbuka.

Mahathir beri "budak Daim" iaitu Halim Saad kaya menerusi PLUS. Pegangan kerajaan dan LLM di dalam PLUS dijual kepada proksinya Halim Saad yang mengetuai syarikat swasta UEM.

Padahal mengikut perancangan asal oleh arwah Tun Razak dan arwah Tun Hussien Onn lebuh raya PLUS asalnya dibawah LLM adalah lebuh raya percuma kepada rakyat. Contohnya adalah seperti lebuh raya awal yang dibina LLM dari Sungai Besi ke Labu yang percuma. Ianya menjadi jalan berbayar bila LLM memberi konsesi kepada UEM ketika era Mahathir.

Dilaporkan bahawa syarikat Hati Budi Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Daim dan Mahathir membuat untung sejumlah RM18.3 billion menerusi projek PLUS. Litar Sepang juga dibuat oleh kroni kemuian diberi pada anak sendiri dengan "memaksa" kerajaan bayar RM250 juta setahun untuk anjur F1.

Vincent Tan dapat lesen judi Sport Toto dan tanah tanah rizab Melayu di Tioman, Pulau Perhentian dan Sentul. Pada tahun 1980, 80 keluarga di Pantai Chenang Langkawi dihalau keluar untuk buat projek Vincent Tan.

70 ekar tanah di Bukit Kiara dipajak pada Vincent Tan dan dijadikan tempat simpan 40 ekor kuda Mahathir. Puluhan juta projek diberikan pada Mirzan, anaknya untuk projek kapal. Mahathir beri jaminan kerajaan RM2 billion kepada projek Mirzan.

Mokhzani, anak Mahathir menerusi Tongkah Holdings dapat projek bekal peralatan hospital. Mukhriz menerusi Opcom dapat projek fiber optik bekal kontrak pada Telekom. RM102 billion wang rakyat digunakan untuk "bail out" syarikat kroni seperti Intrakota, ParkMay, Dana harta dan PKFZ.

Banyak lagi projek yang tidak disenarai. Perwaja lingkup, Pernas rugi, Proton dan MAS melingkup. Inilah projek projek hasil air tangan Mahathir.

Memang Mahathir tidak buat apa untuk rakyat. Hanya melingkup syarikat sahaja. Derita dan sengsara rakyat kena tanggung.

Patut lah kaya. Bailouts sana sini

Pada usia 30an Mirzan Mahathir telah menguasai berpuluh puluh syarikat termasuk Artwright (bekalan dan perkhidmatan) membekalkan perabut di KLCC, menguasai Syarikat Penerbangan Sewa Khas Transmile untuk mengangkut kargo dan jemaah haji. Menguasai Dataprep , Lion Land, Chocolate Products Dan lain-lain. 

Awal tahun 1994 Mirzan Mahathir berjaya memiliki Konsortium Perkapalan Berhad(KPB) dan disenarai di KLSE pada harga RM2.50 naik ke RM6.00 seterusnya naik RM16.00 .

Kejayaan ini adalah dengan bantuan Tunku Shariman , Konsortium tersebut kemudianya mengambil alih PNSL yang banyak mendapat  kontrak dengan TNB, Kedah Cement, Perwaja, Bernas dan Petronas serta mengambil alih Malaysian Helikopter Services (MHS). 

KPB kemudian meneruskan penguasaannya dengan mengambil alih Pacific Basin Shipping HK pada harga 240 juta USD. serta mengambil alih 29% saham.MISC dari KWAP dgn harga RM9.20  sesaham. 

Akhirnya Mirzan terkangkang tanggung hutang USD 2 Billions dan Petronas/MISC diarah beli 29% KPB. 

PNSL lingkup , MHS lingkup, MISC hampir lingkup , Mirzan yang untung.

Tok Wali kata dia tak tahu menahu pun. Boleh percayakah cakap tok wan yang menyatakan dia tidak tahu menahu.  


Dap yang kurang adap

Sebelum datok nenek moyang mereka memohon untuk menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu, mereka telah membuat aku janji untuk menerima syarat syarat yang diberikan oleh British kepada bangsa lain selain daripada Melayu. 

Bangsa Melayu adalah pribumi dan yang lain adalah imigran yang berhijrah masuk. Maka untuk menjadi warganegara mereka hendaklah menerima segala syarat tanpa sebarang bantahan.  Jika tak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa mereka bolehlah berhijrah ke negara lain.

Kini setelah 60 tahun mereka semakin liar, semakin tidak menghormati orang Melayu dan Raja-Raja Melayu.  Menghina agama Islam dan budaya Melayu.  Mengganggu adat resam masyarakat Melayu.  

Awal tahun ini mp Seputeh telah mengganggu perjalanan majlis perkahwinan di kawasan beliau. Perkara ini tidak pernah berlaku dahulu. Kini mereka semakin biadab.  

Moral of the story ialah Ros wajar membatalkan pendaftaran parti DAP.

Khamis, 27 Julai 2017

DAP SEMAKIN KURANG AJAR

Cina Dap laknatullah ini semakin biadab, kurang ajar dan nak mampus. 

Apa hak lu nak ambil tahu kos majlis rumah terbuka Aidilfitri pemimpin kerajaan. 

Dulu dulu Dap tak lah biadab seperti hari ini. Zaman Mahathir lagi lah penakut.  Penakut seperti anjing dalam kandang rimau. Takut disumbat dalam ISA.

Sejak bertambah kerusi Dap di dewan rakyat dan semenjak menang 5 negeri pada PRU 12 dulu semakin terserlah kebiadaban mereka.  

Kalau mereka berjaya memerintah negara ini agaknya jadi macam Israel. Tembak orang, pukul orang sesuka hati, halau orang macam Yahudi halau Palestin. 

Bunga bunga kejahatan mereka semakin teruk dan semakin terserlah.

Memijak gambar pemimpin seperti dalam demo BERSHIT.  

Namun ada juga segelintir Melayu yang tidak sedar untung nasib sanggup bekerjasama dengan puak puak laknatullah ini.

Cina Dap bernama Anthony  Lok Siew Fook satu ketika dahulu sewaktu ditangkap dan bila nak disumbat ke dalam lori polis pernah memekik "Melayu Celaka".

HARAM JADAH ANTHONY LOK . CIAK SAI.  LANCAU KAN NI NEI





AWAS ! JANGAN PERCAYA CERITA HASUTAN,

Jangan Percaya Cerita Hasutan, Kalau Kena Saman Pembuat Cerita Tidak Tolong Bayarkan.

Seronok sangat kita mahu kongsi cerita yang dibuat oleh pihak pakatan pembangkang. Tanpa semak dan tanpa selidik, terus percaya sahaja. Kemudian buat gossip dan tuduhan yang bukan bukan di Whatsapp, Facebook dan Twitter.

Kalau kena saman, pembawa cerita hendak tolong bayarkan? Tidak sama sekali.

Kata orang tua-tua, siakap senohong gelama ikan duri. Jangan sebar cerita bohong, nanti kena diri sendiri.

Mungkin peribahasa ini sesuai untuk dikaitkan dengan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Dalam dunia politik Malaysia hari ini, nama Rafizi cukup dikenali sebagai Raja Fitnah nombor satu dalam Malaysia. Sudah buat lebih daripada 27 fitnah kesemuanya. Masih ada tiga lagi kes mahkamah tentang fitnah.

Rafizi sendiri mempunyai simpanan lebih setengah juta ringgit dalam Tabung Haji, tapi dia buat fitnah pada Tabung Haji.

Dapat dividen dan untung dari simpanan di Tabung Haji dan Kwsp, tapi buat cerita kata dua agensi itu hendak bankrup dan muflis. Kalau bankrap, Rafizi pun tidak akan dapat dividen.

Paling diingati adalah bagaimana Rafizi membuat satu fitnah yang cukup jahat terhadap National Feedlot Corporation (NFC).

Menerusi siri fitnah ini dengan dibantu beberapa fitnah yang lain pengundi yang tertipu beri undi kepada Rafizi untuk jadi ahli parlimen di Pandan. Mereka terpedaya dengan cerita Rafizi ini.

Apa yang pengundi dapat? Dapat atau tidak jumpa Rafizi setiap hari untuk adu masalah rakyat?

Rafizi reka cerita lembu-lembu yang dipelihara oleh NFC sudah boleh tinggal di dalam kondominium akibat penyelewengan berkenaan. Mana ada lembu tinggal dalam kondo? Itu pun ada orang percaya.

Melihat kepada kebiadaban Rafizi ini, Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah memfailkan saman menuntut ganti rugi terhadap Rafizi berhubung deretan fitnah yang dia taburkan hanya untuk kepentingan politiknya semata-mata.

Akhirnya, pada 31 Oktober 2016 kebenaran akhirnya tersingkap apabila mahkamah memutuskan Rafizi bersalah dan diarahkan membayar RM 150,000 kepada Datuk Seri Mohamad Salleh dan RM 50,000 kepada NFC dengan kos-kos lain yang bernilai RM100,000.

Hari ini, setelah hampir 10 bulan berlalu, Rafizi masih lagi gagal membayar saman seperti yang diarahkan oleh mahkamah. Rafizi diarah bayar RM300,000 oleh mahkamah.

Kes Rafizi samalah situasinya macam kes Mazlan Aliman, buat fitnah kepada Felda kemudian enggan bayar saman RM350,000 setelah didapati bersalah memfitnah.

Ada simpanan lebih setengah juta di dalam Tabung Haji dan mempunyai pendapatan melalui sebuah syarikat yang ditubuhkannya, INVOKE, tetapi Rafizi memilih untuk menjadi kedekut dan sanggup menjadi peminta sedekah.

26 Julai 2017, Rafizi dikatakan telah meminta bantuan orang ramai untuk menyumbang kepadanya untuk membayar saman berkenaan. Rafizi kata duit dia sudah habis dibelanjakan untuk Invoke. Lateefa Koya dan Adam Rosly mungkin boleh sahkan, kebenaran cerita Rafizi ini.

Kenapa rakyat kena bayar saman terhadap cerita fitnah yang dibuat oleh Rafizi? Pakatan pembangkanglah yang kena tolong bayar. Adam Rosly rumah sebesar Disneyland, takkanlah tidak boleh bantu bayarkan saman Rafizi.

Atau Mahathir boleh bantu Rafizi bayarkan saman fitnahnya. Dulu Rafizi pernah dedahkan bahawa Mahathir kaya raya kerana projek projek mega.

Kini Mahathir sudah bersama dengan Rafizi, bolehlah sangat Mahathir bantu Rafizi kerana Mahathir, Mukhriz dan Mokhzani tidak saman pun cerita San Miguel Petron dan beli kapal yang disebut oleh Rafizi. Bermakna betullah cerita Rafizi itu.

Ini menunjukkan bahawa pakatan pembangkang sebenarnya tidak berpakat. Hendak berpakat bantu bayar saman Mazlan Aliman dan Rafizi pun tidak boleh.

Jadi penyokong pembangkang janganlah seronok sangat percaya, seronok sangat hendak "share" cerita fitnah yang direka oleh Rafizi ini.

Kalau kena saman bukannya Rafizi hendak bantu bayarkan. Saman dia sendiri pun tidak mampu bayar, hendak hasut rakyat percaya pula cerita cerita hasutan dan fitnah menerusi traknya itu. Jangan percayalah. Jauhi cerita fitnah rekaan pembangkang.

PANDAI JUGA WAN AZIZAH BUAT LAWAK BILA DAH DEKAT DENGAN PRU 14



Kelmarin 26 Julai 2017 (Rabu) dalam Free Malaysia Today melaporkan Wan Azizah menyokong usul dan cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) untuk menyiasat segala tuduhan dan kesalahan Pengerusi Pakatan Harapan iaitu Tun Dr Mahathir Muhamad sewaktu era pentadbirannya selama 22 tahun.

Tambah Wan Azizah lagi beliau juga akan menubuhkan RCI untuk menyiasat 1MDB.

Kenapa Wan Azizah sanggup mengeluarkan kenyataan tersebut sedangkan mereka berada dalam satu team. Keluarga Wan Azizah juga sudah pun menjalinkan hubungan yang baik dengan keluarga Tun Mahathir.

Siti Hasmah juga sudah berdamai dengan Wan Azizah, Tun Mahathir sudah pun berdamai dengan Anwar di dalam lawatannya ke Mahkamah khas untuk berjumpa Anwar. Malah Nurul Izzah juga sanggup terbang ke United Kingdom semata-mata untuk berjumpa Tun Mahathir yang menyambut Hari Raya di kota London.

Apakah Wan Azizah bertindak untuk memuaskan hati ahli-ahli PKR yang sangat memusuhi dan membenci Tun?

Adakah Wan Azizah terpaksa bersetuju dengan desakan penyokong PKR semata-mata untuk memenangi PRU 14 sahaja?

Kita semua tabu bahawa Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim adalah ibarat abang adik dalam kerajaan. Mahathir pada tahun 1993 menyokong penuh Anwar Ibrahim untuk menggantikan Allahyarham Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Presiden Umno dan seterusnya menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Dalam RCI yang akan ditubuhkan tidak lama lagi akan menyiasat kerugian 30 Billion Ringgit dalam FOREX sewaktu pentadbiran Mahathir dan sudah tentu Anwar Ibrahim akan diheret ke dalam siasatan tersebut. Sanggupkah Wan Azizah melihat suaminya sekali lagi akan di sumbat ke dalam penjara jika didapati bersalah bersama Tun Mahathir?

Sudah tentu jawapannya ialah TIDAK jadi cadangan Wan Azizah untuk menyiasat salah laku Tun Mahathir hanyalah wayang semata-mata. Sama dengan wayang tongkol yang sedang bermain dalam kerajaan DAP di Pulau Pinang.

MASALAH LALAT DI PERAK BILA NAK SELESAI?

Masalah lalat di negeri Perak terutama kawasan Trong, Pangkalan Baru dan Manjung sudah berlarutan sejak puluhan tahun lalu. 

Bagi penduduk kampung dan bandar terpaksa menutup tingkap dan pintu sepanjang masa. 

Pernah satu ketika pihak akhbar dan televisyen menyiarkan berita penduduk kampung terpaksa menggunakan kelambu sewaktu makan tengah hari. 

Segala nya berpunca daripada penternakan ayam secara besar besaran menggunakan teknologi yang ketinggalan zaman. 



YB Dato Dr Zabri Wahid telah membawa usul masalah lalat ini beberapa kali dlm sidang DUN PERAK dan Kerajaan Negeri telah mewujudkan  Jawatankuasa lalat yg ahli-ahli nya terdiri dari YB penyokong Kerajaan dan YB dari pihak pembangkang. 

Sehingga hari ini beberapa resolusi telah dicadangkan tetapi masalah lalat masih lagi dihadapi dibeberapa kawasan seperti Trong, Pengkakan baru, Manjung dimana kawasan ini terdapat banyak reban ternakan ayam beroperasi. 

"Saya ingin mencadangkan kepada Jawatankuasa lalat dan Jabatan  Perkhidmatan Veterinar supaya:-

1. Wajib menutup reban ayam yg diternak secara tradisional atau open sistem kerana cara ini lah yang mengundang pembiakan lalat. Keadaan basah serta kotor amat disukai oleh lalat . Apabila ayam dijual atau dikeluarkan dari reban, proses penyemburan racun dijalankan dan ketika ini lalat mula terbang ke kampung  yang berdekatan. 

2. Wajibkan penternakan secara tertutup atau moden atau close sistem yg dapat mengurangkan pembiakan lalat. Najis atau tinja dihasilkan terus diproses menjadi baja organik melalui teknik EM iaitu Efective microorganism. 

3. Jangan menjual najis atau tinja yg tidak diproses kpd pekebun kelapa sawit yg berdekatan. 

4. Pemantauan yang lebih kerap olih Jabatan perkhidmatan Veterinar. 

5. Permohonan baru utk pembinaan reban atau ternakan ayam perlu jauh dari kampung dan menepati spesifikasi jarak dan syarat-syarat lain.

Mungkin masalah lalat tidak sehebat wabak penyakit anjing gila maka ia dipandang sepi.  

Atau jabatan dan kementerian yang berkait dengan kesihatan alam sekitar terlalu sibuk dengan urusan lain.

Rabu, 26 Julai 2017

DATO ARMAND MENJAWAB SINDIRAN PENGHIBUR NOMBOR SATU NEGARA DATO SITI NORHALIZA

Khas buat Siti Nurhaliza yang komen mengatakan kalau Pemuda UMNO atau Armada berani pergi lar Palestin..

Untuk maklumat Siti Nurhaliza Pemuda UMNO sudah beberapa kali ke Tanah Palestin..

Cuba tanya bila Datuk K nak ke Palestin

HANTAR ARMADA BUNGA SERANG PWTC UNTUK ALIH PERHATIAN ISU RCI

Semalam kita digemparkan dengan serangan Armada PPBM seramai 30 orang untuk menghantar surat jemputan Nothing To Hide Siri Ke II.

Oleh kerana Armada berjanji untuk bawa 100 bala tentera mengiringi Ketua Armada ke PWTC maka pihak Pemuda Umno yang diketuai oleh Dato Armand dan Dato Razlan pun bersiap siaga untuk menerima kedatangan rombongan Ketua Armada dan 100 orang Laskar.

Apa yang berlaku ialah Ketua Armada Syed Sadiq Segaraga tidak muncul, Untuk membatalkan rombongan tersebut ia amat memalukan, Untuk menjaga aib maka segelintir laskar PPBM yang tak sampai 30 orang terpaksa melangkah longlai menuju ke PWTC.

Yang lebih memalukan ialah sikap ahli parti bunga yang membawa playcard menghina pemimpin Umno.

Beb! pokok pisang pun terbakar, jangan main-main. Di tambah lagi dengan suara sumbang untuk menampar Pemuda Umno.

Weh! Pok Cik yang 60 tahun usianya pun boleh kembali muda untuk melepaskan penumbuk jantan. Nasib baik tak ada pok cik-pokcik turun bersama Pemuda Umno semalam.

Kalau nak ikut konsep komando, kalau 500 berdepan dengan 30 ekor bandit, masalah akan selesai sekejap sahaja.  hahaha!

"Exco Pemuda UMNO Malaysia Datuk Armand Azha bersama Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Razlan mengetuai kira2 seramai 500 Pemuda UMNO berkumpul di PWTC bagi menantikan kedatangan 100 orang penyokong Pemuda Bersatu yang mahu menghantar memorandum...... namun kumpulan Pemuda Bersatu dihalang secara aman memasuki ke kawasan bangunan UMNO dan berlaku kekecohan kecil apabila Pemuda UMNO dicabar dan diprovok Pemuda Bersatu.... namun sekalung tahniah diucapkan kepada pihak polis kerana dapat mengawal keadaan.....

Apa pun syabas diucapkan kepada barisan Pemuda Umno dan diharapkan satu laporan perlu disiapkan untuk diserahkan kepada YB Dato Tajuddin Rahman Pasir Salak.  Pahlawan Pasir Salak tidak luntur, masih gagah menghunus senjata.

Ini lah cara mereka  created cerita untuk tutup isu RCI Skandal Forex.


PROVOKASI BIADAP 

DAP PARTI RASIS YANG PERLU DITOLAK OLEH KAUM CINA

DAP merupakan parti politik yang bahaya dan rasis di Malaysia. Ia diakui sendiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim dahulu. Dap anti Melayu, anti Islam dan anti sistem raja-raja.

Dap kini mempunyai majority ahi dari kaum Cina dan berjaya menawan hati pengundi Cina di kawasan bandar yang mempunyai ramai pengundi Cina. Walaupun Dap mendakwa mereka parti pelbagai kaum tetapi ia hanyalah pembohongan. Peratus Cina yang menyokong toleransi berkongsi kuasa politik seperti yang dikehendaki dalam kontrak sosial semakin menipis. Ini amat bahaya

Sejak awal penubuhan parti itu mereka sememang cuba menarik kaum Melayu dan lain-lain keturunan untuk bersama mereka. Kaum Melayu yang menyertai parti tersebut boleh diibaratkan sebagai pencukup syarat tetapi tidak diberikan apa-apa jawatan apatah lagi untuk dijadikan calon.

Sebaliknya ahi-ahli dari kaum Cina diberikan jawatan tinggi dalam parti dan menjadi calon dua kerusi serentak iaitu ADUN dan MP.

Dap juga kini  berjaya menghasut kaum cina agar meninggalkan parti MCA, Gerakan dan lain-lain parti di Sabah dan Sarawak untuk menyokong mereka secara senyap tetapi mengekalkan baju asal mereka.

Selain dendam kesumat kerana Singapura dikeluarkan daripada Malaysia Dap tetap berusaha untuk menawan Putrajaya dengan perbelanjaan yang besar. Sejak 2013 mereka berjaya mencari dana daripada bilionare Cina tempatan untuk membantu kantung mereka bagi menentang kerajaan BN.

Mereka juga sanggup berbelanja besar untuk membawa balik pengundi Cina yang berada di luar negara untuk mengundi parti DAP.

Bunga-bunga kebencian mereka terhadap kerajaan serta sistem beraja jenis ditunjukkan mereka dalam berbagai warna dan bentuk yang boleh kita nilai sendiri.

Bukan sahaja sistem Raja Berpelembagaan  yang dibenci mereka, malah agama Islam juga ditentang. Dari dahulu mereka mahukan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan bukan seperti hari ini yang menjadikan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan.

Kini Dap menghadapi masalah pemilihan parti yang tidak sah.  ROS patut membatalkan sahaja parti perkauman tersebut kerana melanggar kontrak sosial.

Untuk berkongsi kisah seterusnya MASUK KE LINK INI.






DAP PULAU PINANG PANDAI CARI WANG UNTUK KANTUNG KERAJAAN NEGERI.

"Why is Gerakan saying Lim Guan Eng lied about the RM1psf land sale and why Gerakan is suing him.
Here are the facts:1. It is not land but land reclamation rights  
2. It is not just RM1psf but RM1psf + 10% land handed back to state govt, which is worth billions.
3. The 1992 agreement was signed with Koperasi Gabungan Negeri Pulau Pinang  (KGN) and 40% owned by the 100% state-owned Penang Development Corp (PDC) - not to private companies or "cronies". 

4. Since 25 years ago, the shares have changed hands a few times but even today, the land reclamation project is 78.2% owned by listed E&O Bhd, which govt-controlled Sime Darby is the major shareholder, and 21.2% owned by the Penang State govt's PDC.
So, to say that the previous BN Govt sold "land" to "cronys" or private companies at RM1psf is a plain lie.


A lie that has been repeated numerous times by the DAP Penang Govt every time they are criticized for their frequent sale of state land and assets to cover their 500% increase in annual state expenses. (LSS)

Lim Guan Eng dan sekutu  sering menuduh kerajaan BN sebelum ini lebih banyak menjual tanah kerajaan 35 kali ganda lebih banyak daripada kerajaan DAP.

Dap jual sedikit sahaja tanah dan memberi pulangan yang tinggi kepada kerajaan negeri, BN jual banyak tetapi hasil sikit. Ini lah ayat yang sering dimainkan oleh Dap.

Sebenarnya Dap lah yang menjual tanah lebih banyak berbanding BN.  Setakat 2015 sahaja Dap telah menjual tanah bernilai lebih RM 1.5 Bilion. Jika diambil kira sehingga kini rasanya melebihi RM2 Billion.

Rakyat Tunggu Debat Nothing 2 Hide Tun Mahathir Dengan RCI




Perdebatan dan kehebatan sebenar Tun Mahathir Mohamad boleh dilihat nanti apabila beliau diseret bagi menjawab skandal wang milik rakyat yang lesap pada perjudian matawang FOREX.

Tun Mahathir yang tiada rekod berdebat dengan sesiapa pun sepanjang umurnya, kini dengan angkuh mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat dengannya dalam forum Nothing to Hide 2.0 .

Keberanian Tun Mahathir itu adalah selepas beliau mendapat maklumat daripada `leftenan-leftenan tuanya' bahawa Najib tidak akan melayan kehendaknya itu.

Sebab itulah Tun Mahathir berani membuat cabaran itu disebabkan political mileage beliau sendiri.

Ketika mahu diadakan perdebatan antara Nazri Aziz dulu pun, Tun Mahathir tidak bersungguh-sungguh untuk menyahut debat itu dan kemudian menggunakan beberapa kaedah pintu belakang untuk membatalkannya.

Banyak cara dilakukan beliau termasuk membuat cerita akan berlaku kekecohan, lalu debat itu terpaksa dibatalkan oleh polis.

Dan semalam, di PWTC segerombolan `lembu' Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang jahil dan berkemungkinan tidak tahu sejarah Tun Mahathir menyangka mereka telah membuat kerja hebat apabila mahu menyerahkan surat jemputan debat nothing to Hide 2.0 kepada ibu pejabat UMNO.

Kumpulan itu bagaimanapun dihalang oleh sekumpulan Pemuda UMNO. Apa yang menyedihkan mereka yang masih berhingus itu tidak tahu pun idola mereka sepanjang umur 90+ tidak pernah berdebat dengan sesiapa pun.

Apatah lagi jika berdebat untuk menjawab penyelewengannya. Jika surat diterima atau pelawaan diterima, tentu sekali ada pihak tertentu di kalangan Tun Mahathir akan membuat kerja licik untuk membatalkannya.

Ketika Tun Mahathir dicabar debat pada era Anwar Ibrahim pun beliau tidak pernah melayan.

Malah ketika Chegu Bard mempelawa Tun Mahathir naik ke pentas untuk menjawab salah lakunya dulu, beliau telah menempelak Chegu Bard sebagai hanya kucing kurap.
Apa masalahnya jika beliau naik ke pentas dan menjawab soalan Chegu Bard.

Soalan yang mudah oleh Exco Armada mengenai kekayaan anaknya pun tidak dijawab.

Tidak perlu pun diadakan debat Nothing to Hide 2.0 kerana setiap hari Tun Mahathir menyerang Najib. Bukan hanya melalui sidang media, serangan turut dilakukan menerusi blognya.

Jadi ada apa istimewanya yang hanya boleh disebut oleh Tun Mahathir pada Nothing to Hide 2.0, yang tidak boleh disebut pada hari-hari biasa?.

Hakikatnya, gelanggang sebenar Tun Mahathir ialah dalam prosiding RCI mengenai kehilangan wang rakyat.

Berdebatlah dengan panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). Pada prosiding itu juga, adakah Anwar akan menjawab sebagai bekas Menteri Kewangan, jawapan sendiri atau atas arahan Tun Mahathir?

Adakah Lim Kit Siang pula akan berbohong mengenai bukunya?

Sesungguhnya inilah permainan tinggi Tun Mahathir, budak hingusan semacam Armada itu hanyalah `barua bawahan' yang menyangka mereka fisabillilah.

Selasa, 25 Julai 2017

Pembangkang Bangkit Isu 1MDB di Parlimen Untuk Tutup Penyelewengan Sendiri



Sesungguhnya syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membawa kesejahteraan kepada rakyat. Buktinya, pembangkang menjadikan isu 1MDB sebagai perisai untuk menyelamatkan banyak hal melibatkan penyelewengan mereka.

Rasuah, salah laku serta kegagalan membuat kerja di kawasan sendiri adalah antara sebab mengapa pembangkang membangkitkan isu 1MDB.

Mereka cuba membangkitkannya lagi di Parlimen tetapi ditolak Speaker Dewan Rakyat.

Penolakan itu bukan disebabkan takut atau cuba melarikan diri tetapi bak kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman, adalah tidak tepat jika pembangkang menyatakan tiada satu soalan pun berhubung 1MDB dijawab.

Ini kerana terdapat empat soalan mengenai 1MDB iaitu daripada anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Kelana Jaya, Seremban dan Segambut yang telah tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat.

``Soalan-soalan yang tidak tersenarai mungkin berada dalam pertimbangan mahkamah atau bercanggah dengan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat,'' kata Azalina.

Sebenarnya sudah 72 kali isu berkenaan 1MDB dijawab oleh pelbagai pihak termasuk menerusi televisyen, forum dan daripada menteri sendiri.

Lebih penting, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sudah melakukan siasatan rasmi dengan ahlinya terdiri daripada pembangkang sendiri.

Apa yang patut diketahui pembangkang, mereka perlukan talian hayat baru kerana setelah hampir tiga tahun menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1MDB, rakyat tidak termakan pun umpan mereka.

Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak, pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah jawapan sebenar rakyat bahawa mereka menolak umpan pembangkang itu.

Akhirnya Mahathir Mohamad yang tidak bermaruah dan tidak berasa malu, masih terhegeh-hegeh meneruskan kempen kebenciannya. Jelas pembangkang berada dalam kecelaruan.

Apatah lagi semua berita dan laporan berkenaan 1MDB dari luar negara sudah diketahui didalangi oleh pihak beliau.

Justeru, rumusan kepada kempen kebencian itu ialah pembangkang perlu memainkan semula 1MDB di Parlimen. Apabila ia ditolak Speaker, maka bolehlah mereka canang BN takut dan lari dari isu 1MDB.

Pembangkang sendiri kini terumbang-ambing. Malah parti induk dalam Pakatan Harapan iaitu DAP terpaksa mengadakan pemilihan jawatan kerja pusat (CEC) semula.

Hal CEC ini dirumitkan lagi dengan kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Selain itu individu seperti Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli juga sudah menghidu kegagalan kerana selama bertahun-tahun berkempen memburukkan Najib dan kerajaan dengan kerja "character assisanation", tiada hasil yang kelihatan sebaliknya kedudukan Najib yang juga Presiden UMNO semakin kukuh.

Paling ketara pembangkang harus mengalihkan perhatian kerana kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan kini mempunyai tiga nakhoda dalam satu bahtera. Bukan itu sahaja, DAP sebagai induk terbesar pula tidak ada calon di atas dalam kepimpinan Pakatan Harapan.

Pembangkang amat takut jika pilihan raya tiba tiba diadakan, mereka masih terpaksa menjawab hal berkaitan pembinaan projek terowong dan penyelewengan wang oleh DAP Pulau Pinang.

Mereka tidak mahu menghadapi pilihan raya dalam keadaan bertahan sedangkan BN dalam kedudukan menyerang. Maka  "bola" mesti segera disepak ke kawasan lawan, dan apakah yang terbaik jika bukan isu popular 1MDB.

Tulisan : 
Beruang Biru
Selasa, BB512
25 Julai 2017

JIKA TAK PASAL 1MDB, PEMBANGKANG BUAT DEMO SITI KASSIM DIANCAM ROGOL



Sebelum PRU mesti ada demo besar2an opposition utk bina "wave" psychology.

Semuanya macam skrip wayang. Isu 1MDB dah tak laku. DOJ2 terdedah jari jemari Madey dan Clare.

Dah desperate RCI diumum akan dedah DOSA PALING BESAR terhadap negara dan rakyat. Lari London jumpa Clare.

Tiba2 ada pula MP UK buat usul 1MDB di House of Common. Itu pun ada persoalan ...

http://anotherbrickinwall.blogspot.my/2017/07/1mdb-motion-raise-suspicion-bribery-in.html

Nak kasi hidup isu dah sebab itu saja isu Madey utk jatuhkan Najib, buat demo pula.

Kenapa tidak buat demo BERSIH? Dgr ada isu hal Maria Chin sapu duit melalui EMPOWER.

Nasib ada isu 1MDB ... boleh pembangkang demo. Jika tak, mereka demo pasal orang nak rogol Siti Kassim blonde celup.
.

Isnin, 24 Julai 2017

FELDA DAN FGV: LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA

Felda merupakan satu aset yang sangat tinggi nilainya baik bagi pihak kerajaan atau pun parti-parti politik pembangkang. 

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan oleh Tun Abdul Razak pada  1 Julai 1956. Bertujuan untuk membasmi kemiskinan terutama kepada orang Melayu. Getah dan kelapa sawit menjadi agenda utama dalam program pembangunan Felda. 

Usaha kerajaan membuka tanah tanah baru dan pengambilan peneroka di teruskan tahun demi tahun sehinggalah pada tahun 1990 dan kemudian dihentikan. Ketika ini negara dibawah kuasa Tun Mahathir. 4 tahun kemudian kerajaan dibawah Tun Mahathir telah menghentikan segala peruntukan kepada Felda.

Maka dengan itu Felda terpaksalah berusaha sendiri untuk mengurus dan menjaga ladang yang terbesar di dunia dengan pelbagai inisiatif untuk memajukan industri perladangan dan menceburi dalam bidang perindustrian yang berasaskan pertanian.  Untuk merealisasikan hasrat dan impian warga Felda maka tertubuh lah koperasi Felda dan Felda Global Ventures. 

FGV pula adalah inisiatif kerajaan di bawah pimpinan YAB Dato Seri Najib Tun Razak pada Jun 2012 dan melantik Tan Sri Sabri Ahmad sebagai CEO pertama FGV. Entiti perniagaan Felda yang baru ini telah disenaraikan di papan utama bursa saham negara sebagai "world’s second largest initial public offering after Facebook". 

Bagaimana pun segala usaha murni kerajaan untuk meningkatkan tahap kesedaran terhadap kemajuan Felda dan FGV sentiasa berdepan dengan pelbagai ancaman dan cabaran dari pihak luar.

Parti pembangkang terutama Pas seawal tahun 1969 lagi telah cuba menghasut peserta felda meninggalkan parti keramat Umno untuk menyertai Pas. 

Mazlan Aliman yang juga anak Felda telah menubuhkan NGO berlaku ANAK bertujuan untuk menghasut warga Felda menentang kerajaan dan menyokong parti pembangkang. 

Maka bermulalah lah kuman dan virus disuntik kepada peneroka sehingga sebahagian daripada peneroka yang dijangkiti kuman ANAK sukar untuk dipulihkan.  

Sikap mereka mula berubah, mereka mula melawan arus dan engkau segala peraturan dan arahan pihak pengurusan Felda.

Ditambah lagi dengan kehadiran kakitangan Felda yang telah terkena jangkitan kuman sewaktu mereka berada di luar Felda seperti di universiti dalam dan luar negara. 

Maka bertambah buruk lah permasalahan yang dihadapi oleh Felda. 

Antara sikap peneroka ialah tidak menjual produk mereka kepada pihak berwajib tetapi mengkhianati dengan seludup keluar dan menjual hasil kepada pihak luar secara tidak sah.

Sikap pengurusan Felda juga dilihat banyak tak lurus dalam memikul tanggung jawab yang diamanahkan.  

Tetapi yang mendapat nama buruk ialah Umno dan Najib. Mereka yang telah dijangkiti penyakit tidak bersalah. 

Kelmarin Dato Sri Najib Razak telah memulakan langkah pertama beliau untuk menyusun semula Felda dengan mengumumkan 6 insentif  terbaru untuk warga Felda. 

Selepas ini jangan lagi ada yang akan menyalahkan Najib. Segala permasalahan adalah berpunca daripada sikap segelintir warga Felda itu sendiri samada peneroka atau pengurusan.  

Buat lah dan tunaikan lah tanggung jawab dan amanah dengan betul dan ikhlas. Jangan dibakar dan musnahkan tempat kita tidur dan mencari rezeki. Janganlah jadi seperti peribahasa Melayu 'lembu punya susu, Sapi dapat nama ' atau Mazlan Aliman punya angkara, Najib dapat nama buruk.











Sent from Samsung tablet.

Ahad, 23 Julai 2017

KHAIRY JAMALUDDIN GARISKAN 5 PERKARA UNTUK MERAIKAN RAKYAT



Ketua Pemuda Umno Malaysia YB Khairy Jamaluddin menggariskan 5 ciri (5C) termasuk kemampuan meraikan rakyat jika pemimpin parti itu ingin memenangi hati pengundi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. 5C itu ialah clean, competent, compassion, credible, contemporary.

KJ menjelaskan  seorang pemimpin Umno juga perlu berintegriti dan amanah; cekap; prihatin dan peduli rakyat; dan menepati janji.

"Ciri-ciri itu penting kerana rakyat yang akan menentukan kemenangan dalam PRU ke-14," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Taiping kali ke 29 pada 22 Julai 2017 di Dewan Sekolah Raja Tun Azlan Shah, (SERATAS)
"Umno adalah parti yang memperjuangkan nasib bangsa Melayu namun tidak menyingkirkan kaum lain sehingga membolehkan rakyat pelbagai kaum menikmati bersama hasil kemajuan negara.

Dalam sidang media kemudiannya Khairy berkata jentera Umno di semua peringkat semakin mantap dalam membuat persiapan untuk menghadapi PRU-14.
"Jentera di peringkat cawangan dan Pusat Daerah Mengundi sudah digerakkan di seluruh negara dan tahap kesiapsiagaan kita kini meningkat dalam beberapa bulan sehingga PRU ke-14,"
Mengenai Pakatan Harapan, Khairy berkata gabungan itu akan mempunyai masalah untuk menentukan calon perdana menteri jika mereka berkuasa kerana lazimnya ia ditentukan oleh parti yang memenangi paling banyak kerusi.

"Walaupun diumumkan dalam Pakatan Harapan bahawa  Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum, Tun Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi) dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden) tetapi yang banyak mempunyai kerusi sudah tentu DAP.

"DAP yang akan mempengaruhi untuk melantik siapa perdana menteri. Ini yang berlaku di Perak selama 11 bulan apabila pembangkang memerintah," katanya.

Selesai sahaja  majlis perasmian di Taiping, KJ bergerak ke Bagan Serai dan Bukit Bendera untuk menghadiri undangan perasmian seterusnya.

Enam Berita Baik PM Umumkan Buat Peneroka



1) PM umumkan insentif RM5,000 kepada 94,956 orang peneroka pada akhir Ogos 2017 dengan jumlah keseluruhan RM474.7 juta

2) PM umum pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 kepada setiap peneroka.
Melibatkan peruntukkan RM519 juta.

3) PM Najib umum pelupusan sebahagian baki pinjaman saham FGV libatkan lebih 77,000 peneroka. Bagi mereka yang habis pinjaman akan mendapat RM1,820

4) PM umum kelulusan bagi pinjaman pembesaran rumah tanpa faedah berjumlah RM40,000 dan boleh membina lebih dari satu unit rumah dalam satu tapak. Melibatkan 70,000 tapak rumah peneroka. Jumlah kos keseluruhan RM2.8 billion. 

5) PM umumkan geran khas tanam semula melibatkan RM7,500 bagi setiap hektar.

6) PM umum dana khas RM300 juta diwujudkan bagi tempoh 2017-2021 bagi lupuskan lebihan hutang tanam semula  melebihi jangkaan RM40,000.

Sabtu, 22 Julai 2017

Ustazah Ayu Hobi Bertani (Official Music Video)

Parti Warisan Bungkus lagi

Tahniah Umno Sabah. Hasil usaha penerangan dan gerakan kerja telah menyebabkan parti yang dipimpin oleh bekas naib presiden umno bungkus. Untuk informasi seterusnya sila ke http://jalinluin.wordpress.com 

Ribuan Peneroka Limpahi Putrajaya, Ekspresikan Kejayaan 60 Tahun FELDA


Bermula dengan 28 orang peneroka, tanah diteroka secara bersama di Felda Lurah Bilut kini nama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sudah gah di mata dunia. 

Felda sedang melakar kejayaan  sejak ia wujud selama 60 tahun yang lalu untuk membina generasi masa depan yang lebih cemerlang.

Pada 1 April 1958, FELDA telah mengemukakan cadangan pembangunan di Lurah Bilut secara rasmi kepada Kerajaan Negeri Pahang.  Lurah Bilut kemudiannya, dirasmikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua.

Kalau hendak diikutkan Lurah Bilut ialah rancangan pembangunan tanah secara berkelompok untuk pertanian pertama yang ditubuhkan di Malaysia dan di seluruh dunia. Kumpulan peneroka pertama pada masa itu terdiri daripada orang yang sebelum itu berasal dari pelbagai negeri di Malaysia.

Dengan tradisi "roll call" setiap awal pagi, dan pelbagai kenangan pahit manis membangunkan tanah, kini FELDA sudah tidak seperti dulu lagi. Kejayaan yang dicipta amat banyak sekali. 

Pada 10 Disember 2007, Datuk Seri Najib Tun Razak telah umumkan lapan inisiatif untuk membangunkan belia FELDA sebagai kumpulan generasi yang baru yang mulai dilaksanakan pada tahun 2008.

Antaranya ialah pembangunan sukan di FELDA telah dipertingkatkan dengan pembinaan kompleks sukan komuniti dan gelanggang futsal untuk memastikan warga FELDA sihat. 

Kemudian, FELDA turut melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan melalui Skim Inisiatif Usahawan FELDA (SIUF).

Ada pembangunan projek perumahan dilakukan di Bukit Goh, Mempaga, Lepar Hilir, Keratong di Pahang dan Pasak di Johor sejajar dengan usaha untuk membandarkan kawasan FELDA. 

Sejak penubuhan FELDA, badan itu tidak pernah lari dari tujuan utamanya iaitu untuk menjaga kesejahteraan peneroka. Objektif asal penubuhan FELDA ialah untuk membasmi kemiskinan tetapi ia telah lama dicapai dan kini dalam objektif lain untuk meningkatkan taraf hidup 112,635 peneroka yang setia bersamanya.

Ramai yang mungkin tidak tahu, di bawah FELDA ada Skim Pembesaran Rumah yang turut diberikan dengan nilai pinjaman maksimum RM40,000 untuk keselesaan warga peneroka. Kesannya, di FELDA seluruh negara sudah ada banyak banglo dan rumah besar yang cantik dalam kawasan tanah rancangan Felda dengan keluasan lebih 3,000 kaki persegi.

Bermula dari hari ini sehingga 23 Julai 2017, warga peneroka akan hadir berkumpul di Dataran Putrajaya untuk menzahirkan sokongan mereka kepada FELDA serta menyaksikan catatan kejayaan FELDA yang telah dilakar selama 60 tahun sejak kewujudannya  sempena Hari Peneroka FELDA Kebangsaan ke-60.

Kali ini ia akan diraikan selama tiga hari dengan pelbagai program menarik diatur termasuk kehadiran ikon animasi Upin dan Ipin serta Ultraman di Presint 3.

FELDA sudah terbukti terbaik dan hanya satu seumpamanya di dunia. FELDA juga terus konsisten memelihara kebajikan masa depan peneroka di seluruh negara.

Oleh itu, tidak usahlah pembangkang hendak menjaja cerita mahu memulihkan Felda. Kejayaan yang ada di Felda sekarang adalah hasil kerajaan Barisan Nasional bukannya pembangkang. 

Kehadiran puluhan ribu peneroka Felda di Putrajaya selama tiga hari ini jadi saksi, mereka datang sebagai terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan BN atas nikmat dan kejayaan yang mereka kecapi hari ini. 


Tulisan : 
Beruang Biru
BB507, Jumaat
21 Julai 2017

Rabu, 19 Julai 2017

"TOP DOG" MAHATHIR FACES THE MATHS: 38-SEAT KIT SIANG IS THE REAL RULER OF THE OPPOSITION


Statement by Prime Minister Dato' Sri Najib Tun Razak's Press Secretary

19th July 2017
1. During Dr Mahathir Mohamad's 22 years as Prime Minister, he never held open town hall debates with his political enemies. Perhaps because he was a dictator, as he himself has confessed.

2. Dr Mahathir now claims that as opposition Chairman he is their top dog and Prime Minister equivalent. But he is either delusional and divorced from reality or deliberately deceiving the people, because the real dictator of the opposition is Lim Kit Siang - who is kept invisible on their leadership chart. 

3. Dr Mahathir's party has just one Parliamentary seat compared to DAP's 38, the vast majority of opposition seats. So in reality Kit Siang is the master, and Dr Mahathir the puppet. Just as all the publicly listed top leaders of the opposition are Malay, camouflaging DAP's real control.

DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN,
PRESS SECRETARY TO THE PRIME MINISTER

Selasa, 18 Julai 2017

Husam Musa nak buat keretapi lagi dari Kota Bharu ke Penang .

Minggu ini minggu keretapi.  MRT SBK sudah siap sepenuhnya. Husam Musa bakal Menteri Besar Dap di Kelantan juga telah merancang untuk membuat jalan keretapi laju dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.  Cadangan tersebut telah dihebahkan pada tahun 2012.

Husam juga menyatakan kosnya lebih murah berbanding keretapi yang diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Kenyataan Husam senada  dengan kenyataan Ahli Parlimen Pantai Dalam yang menyatakan PKR mampu buat MRT jauh lebih murah berbanding Umno.

Manakala MP Dap tak berani membandingkan kos dengan projek terowong di Pulau Pinang kerana takut kena batang hidung sendiri,  sebaliknya Dap menuduh kos membina MRT datangnya daripada cukai rakyat dan rakyat sepatutnya naik MRT secara percuma.

DAP lupa bahawa lebuh raya toll yang dikuasai oleh kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang juga sepatutnya bebas toll. Malangnya perkara begini tidak berlaku kepada negeri yang diperintah oleh pkr dan dap.

Dalam isu keretapi laju Kota Bharu ke Kuala Lumpur pula jelas menunjukkan kegagalan Husam Musa. Bukan itu sahaja, Husam juga pernah berjanji untuk menjual gas masak dengan harga RM4.00 satu tong apabila syarikat minyak luar negara mula menjalankan usama sama dengan kerajaan negeri.  Selain itu Husam juga menjanjikan stadium sukan yang baru dan canggih bagi menggantikan stadium lama.

Kesemua janji beliau gagal dilaksanakan. Kini dalam satu ceramah terbaru beliau setelah menjadi ahli PAN, nada dan isi kandungan ucapan pun sudah bertukar.

Dalam ceramah tersebut, Husam berkata kos ECRL adalah sangat mahal. Tambah Husam lagi dia dahulu bercadang untuk buat keretapi lagi dari Kota Bharu ke Pulau Pinang dan dapat memajukan daerah Jeli hingga ke Gerik.

Dalam selamba badak Husam buat lawak kering kepada ahli Pan yang hadir dalam ceramah beliau.

Bijak sungguh Husam Musa menipu rakyat.  Ucapan tersebut boleh dilihat dalam YouTube.

Berikut adalah laporan Harakah yang menceritakan kisah keretapi laju Husam Musa.





Tujuh Janji Baru Pakatan Pembangkang Adalah Janji Untuk Dimungkiri



Tanggal 14 Julai 2017, pakatan pembangkang yang menggelarkan diri mereka sebagai Pakatan Harapan telah menawarkan 7 janji baru kepada rakyat untuk dilaksanakan dalam masa 100 hari jika mereka berjaya menakluk Putrajaya. 

7 janji yang baru ini hanya dibentang tajuk sahaja tanpa ada penjelasan lanjut dan perincian yang jelas. Namun jika diteliti kembali satu persatu perkara ini, ada beberapa perkara yang boleh dipertikai dan diulas secara panjang lebar. 

Janji untuk menghapuskan GST pun sudah kontradiks. Dalam dua kali bajet alternatif yang dibentang oleh pakatan pembangkang pada 2015 dan 2016, pembangkang mensasarkan GST adalah pada kadar 0%.

Bermakna tidak hapus terus. Pembangkang juga gagal menjelaskan di mana kekukarangan dana yang harus ditampung jika pendapatan menerusi GST dihapuskan. 

Untuk tempoh 1 April 2015 hingga 31 Disember tahun sama, kutipan bersih GST ialah RM27.01 bilion, menurut Kementerian Kewangan. Sementara itu, sepanjang tahun 2016, kutipan cukai GST ialah sebanyak RM41.2 bilion.

Bermaksud jika hapus GST maka kerajaan akan kekurangan pendapatan sebanyak RM41.2 billion. Di mana pembangkang hendak ganti kekurangan ini? Hendak buang kakitangan awam?

Nurul Izzah juga pernah berkata GST akan kekal sifar jika pakatan pembangkang berkuasa dalam Malaysiakini pada 25 April 2017. Kekal sifar bermakna ianya tidak akan dihapuskan. Ini bertentangan sama sekali dengan janji yang dibuat oleh Pakatan Harapan sekarang ini iaitu mahu hapuskan terus GST. 

Kita lihat pula janji kedua Pakatan Harapan iaitu menstabilkan harga petrol. Ini satu frasa ayat baru pembangkang gunakan bila bercakap tentang harga minyak. Satu ketika dahulu, pembangkang akan sebut, masuk sahaja Putrajaya, esok harga minyak akan turun. Kenapa sekarang cakap menstabilkan pula harga petrol?

Sewaktu minyak turun 5 minggu berturut turut, semua pembangkang diam. Tidak bercakap langsung bab harga minyak. Bila naik 4 sen, mereka barulah "keluar gua" menyalahkan pula kerajaan. Inilah perangai sebenar pembangkang, mereka hanya pandai bangkang sahaja tetapi tidak faham pun apa yang mereka bangkang. 

Dulu kata kalau harga minyak turun, maka harga barang akan turun. Kali ini kalau harga minyak stabil, harga barang akan jadi bagaimana pula? Tidak habis habis dengan teori hanya untuk memujuk dan menghasut rakyat semata mata. Rafizi pun tidak bercakap hal harga petrol ini lagi dalam jelajah traknya. 

Seterusnya janji ketiga pembangkang adalah untuk memberi fokus meringankan beban rakyat. Cara dan bagaimana ia akan dilakukan tidak diperincikan. 

Dulu apa yang sudah ditulis dalam Buku Jingga pun tidak dilaksanakan pun di Pulau Pinang dan Selangor. Misalnya di Pulau Pinang, Guan Eng pada bulan Februari 2008, sebelum PRU12 menyatakan bahawa Tol Sungai Nyiur sejumlah 50 sen adalah mencekik darah rakyat. Namun bila DAP perintah, sudah hampir 10 tahun, tol itu tidak juga dimansuhkan. 

Semasa buat Buku Jingga pada 19 Disember 2010 dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2 di Pulau Pinang, pembangkang ada buat janji 100 hari juga iaitu untuk menaikkan gaji guru, hapus tol, air yang lebih murah, pulangkan subsidi kepada rakyat, hapuskan ISA dan bebaskan institusi negara. 

Lihatah betapa kontradiknya janji pada tahun 2010 ini dengan 7 janji baru yang dibuat sekarang. 

Naik gaji guru tiada lagi dalam agenda mereka. Hapus tol sudah tiada lagi. Air yang lebih murah pun tiada. Malah di Pulau Pinang, sudah 4 kali tarif air dinaikkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Perjanjian 100 hari berkaitan air  pada 2010 itu dibuat di Pulau Pinang, akhirnya DAP tidak tunai pun malah menaikkan lagi tarif air.

Beginikah cara pembangkang berjanji untuk ringankan kos sara hidup rakyat? Jangan percayalah kepada pembangkang. Mereka pandai mungkir janji sahaja.

Lihat sahaja kepada janji keempat iaitu untuk memulakan proses reformasi insitusi secara menyeluruh. Reformasi apa lagi yang hendak dibuat pembangkang? "Bapa Reformasi" pun sudah berbaik baik dengan "Mahafiraun". Reformasi apa lagi yang ada? 

Hendak buat reformasi meletakkan kroni bagi menguasai insititusi tertentu agar semua benda boleh dilenyap dan disembunyikan?  Lihat sahaja apa nasib yang sudah berlaku pada Perwaja, Pernas, MEC, Proton dan banyak lagi. 

Dulu Kit Siang dan Anwar jadikan semua ini bahan untuk mereformasikan negara. Kini orang yang dikatakan korup dan zalim itu sudah bersama mereka. 

Maka Kit Siang dan Anwar tampillah beri kenyataan sebenar bila disoal oleh RCI Skandal Forex nanti. 

Hapuskan ISA dulu ada dalam agenda Buku Jingga pada 2010, kini bila Mahathir bersama dalam Pakatan Harapan, mengapa agenda untuk hapuskan ISA itu tiada lagi? 

Janji Pakatan Harapan yang kelima iaitu Memerangi rasuah hingga ke akar umbi adalah yang paling lawak sekali. Pakatan Harapan tidak sedar yang Ketua Umum mereka sendiri adalah bekas banduan rasuah dan dipenjarakan 6 tahun kerana kes rasuah. 

"Kesudahannya, bagi menghentikan semua tuduhan itu, saya terpaksa siarkan nama semua orang yang mendapat kontrak kerajaan sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan.  Senarai itu menunjukkan ramai daripada mereka yang mendapat kontrak secara rundingan adalah kawan-kawan dan anggota keluarga beliau" tulis Mahathir dalam buku Doktor Umum mengenai kes rasuah Anwar Ibrahim. 

Samalah juga dengan Guan Eng, masih lagi berhadapan dengan kes rasuah yang belum lagi diselesaikan di mahkamah. Malah, hanya Selangor dan Pulau Pinang yang masih enggan tandatangan ikrar basmi rasuah dengan SPRM. Kenapa enggan? Ini sama sekali tersasar daripada niat pembangkang hendak basmi rasuah ke akar umbi. 

Samalah juga dengan janji keenam yang dibuat oleh Pakatan Harapan iaitu untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja skandal 1MDB. 
Sudah ditubuhkan PAC mengenai 1MDB, Peguam Negara sudah menyiasat ribuan dokumen, pihak polis sudah menyiasat dan SPRM juga melakuan penyiasatan. Dalam PAC ada wakil pembangkang iaitu Tony Pua dan Tan Seng Giaw. 

Semua dokumen telah diberikan kepada Jabatan Audit Negara dan PAC telah meminta agensi penguat kuasa yang berkaitan untuk menyiasat lanjut perkara-perkara tertentu. Wakil pembangkang tidak ada bukti baru untuk dibawa mengenai 1MDB, melainkan memainkan cerita persepsi yang dibuat dan direka oleh Sarawak Report, DoJ dan Malaysiakini. 

Lebih baik Pakatan Harapan siasat dulu kerugian Skandal Forex yang bernilai USD $10 billion, ke mana wang itu pergi? 1MDB sudah selesaikan semua hutangnya, terbukti tiada wang dicuri dan tiada wang yang hilang. Tidak seperti wang dalam kes Skandal Forex yang masih kekal misteri sampai sekarang. 

Seterusnya janji pembangkang yang ketujuh adalah untuk memulihkan Felda. Mazlan Aliman, AJK Parti PAN pula disaman kerana menerbitkan buku bertajuk 'Felda...Dulu Tolong Sekarang Ah Long'. 

Pada 11 November 2016, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Mazlan Aliman untuk mengenepikan arahan membayar ganti rugi RM350,000 kepada FELDA kerana memfitnah. 

Sampai sekarang Mazlan Aliman masih belum membayar saman fitnah RM350,000 itu. Sebelum hendak pulihkan Felda, bayarlah saman fitnah terlebih dahulu. Sudah sudahlah membuat tuduhan Felda hendak bankrap dan sebagainya. Sedangkan Felda masih lagi untung dan memberi pulangan yang baik kepada semua peneroka. 

Wan Azizah dan Suara Keadilan juga telah terbukti di mahkamah memfitnah Felda. Orang yang sudah terbukti di mahkamah kerana dosa fitnah tidak layak hendak bercakap dan berjanji hendak pulihkan Felda. Peneroka jangan cepat terpedaya dan tertipu dengan janji janji kosong pembangkang ini. 

Pembangkang pernah sebut semasa menguasai Selangor bahawa "manifesto bukanlah janji". Mereka sudah pun ingkar janji semasa menjadi kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang. 51 projek rakyat gagal dilaksanakan di Pulau Pinang. Di Selangor, sekadar boleh berbangga dengan rizab tinggi sahajalah. Hendak baiki bumbung stadium pun minta bantuan kerajaan pusat. 

Ini bukti pembangkang hanya pandai menabur tebu di bibir sahaja. Bila berkuasa mereka akan mungkir janji. Mereka hanya fikir kroni dan kepentingan sendiri sahaja bila berkuasa.

 Jangan beri peluang pembangkang sebegini, rakyat perlu tunjuk kematangan dan kuasa pada kertas undi nanti. Ajar pembangkang yang suka mungkir janji ini.