Ahad, 30 November 2008

DAP TETAP TOLAK NEGARA ISLAM

Ayam Jalak Berkokok Lagi 29/11/2008

Saksikanlah ayam sabung PKR berkokok dengan nada yang sama di mana saja beliau berucap. Sudah kehabisan modal untuk berpolitik.

Bas Terbalik lagi (klik)



Hari Khamis minggu lepas penulis ke Kuala Lumpur bersama anak dengan menunggang motosikal. Perjalanan baik dan lancar dari Taiping.

Cuma masalahnya ialah bas-bas ekspress memecut laju, rata-rata memandu melebihi had laju yang dibenarkan.

Kawasan yang bas ini mendapat kemalangan ialah kawasan 3 lorong dan rata-rata bas akan memecut melebihi 130kmj tanpa mengira hari hujan atau panas.

Lihat, bas ini terbalik dilorong paling kanan, lorong memotong. Bas sepatutnya menggunakan lorong paling kiri atau lorong ke 2.

Tandas ????

LONDON: Para penganjur Sukan Olimpik London telah membentangkan beberapa syarat reka bentuk bagi prasarana sukan yang bakal diadakan pada 2012 itu.

Ini termasuk menetapkan agar tandas yang dibina di Taman Olimpik London tidak akan dibina menghadap Makkah.

Pihak Berkuasa Pembentangan Olimpik (ODA) mahukan reka bentuk dan rangka kerja pembinaan menghasilkan lokasi sesuai untuk semua golongan pelbagai kebudayaan, kepercayaan, usia dan mesra pengguna cacat untuk kejohanan Olimpik 2012 dan seterusnya.

Jurucakap ODA memberi jaminan 'tandas tidak akan dibina menghadap Makkah'.

Namun, bilangan tandas serupa itu belum disahkan.

Kemudahan membasuh khas disambung ke bilik solat juga dirancang dibina di taman berkenaan, yang bakal terletak di timur London.

ODA berharap ia akan menetapkan tanda aras baru Britain bagi ruang berkerusi roda dan tempat duduk selesa.

Laluan di arena sukan selalunya terlalu curam bagi pengguna kerusi roda dan bagi mengatasi masalah itu, laluan lebih landai dibina dengan keluasan lebih dan permukaan lebih licin.

Kemudahan tandas termasuk kawasan khas bagi membolehkan warga tua yang cacat menukar keperluan, termasuk kawasan bagi bayi juga akan dibina.

Tahun lalu, beribu-ribu paun sterling wang pembayar cukai digunakan bagi memastikan tandas di penjara Brixton di London tidak menghadap kiblat.

Pegawai penjara terpaksa mengalihkan tandas 90 darjah setelah para banduan Islam mengadu mereka terpaksa duduk senget di atas tandas kerana tidak mahu menghadap kiblat semasa membuang air.

Agensi


Pekerja kilang paling awal diberhenti kerja


PETALING JAYA – Pekerja industri elektrik dan elektronik dijangka menjadi kumpulan terawal diberhentikan kerja dalam suasana kemelesetan ekonomi dunia yang sudah pun berlaku.

Sektor itu menjadi sasaran awal berikutan kebanyakan kilang-kilang besar itu dimiliki syarikat multinasional yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam berkata, banyak syarikat AS sudah terasa bahang kemelesetan apabila permintaan terhadap produk masing-masing susut.

“Kesan pemberhentian pekerja ini akan terasa dulu di Pulau Pinang dan Johor Bahru dan kemudian Lembah Klang,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Buku Occupational Health For Health Care Professionals di sini semalam.

Menurut beliau, berdasarkan pemerhatian, sudah ada kilang-kilang yang mengurangkan jumlah pengeluaran, masa operasi dan bilangan pekerja bagi proses pemasangan.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

Surat Untuk Wakil Rakyat

Singkirkan PPP dari BN

PPP keluar BN jika tiada pindaan ISA - Kayveas

30/11/2008 1:20pm

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Parti Progresif Rakyat (PPP) mengancam akan keluar dari Barisan Nasional sekiranya kerajaan tidak membuat sebarang pindaan ke atas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), kata Presidennya, Datuk M. Kayveas. - Utusan

=================================================================

KOMEN:

ELOK DI SINGKIRKAN SAJA PARTI KAVIES INI. TAK GUNA SIMPAN LAMA-LAMA DALAM BN.

P36 KUALA TERENGGANU

Jumlah Pengundi: 80,325
Peratusan Kaum: M: 88.14% C: 10.94% I: 0.65% L: 0.27%
1. Datuk Razali Ismail (BN) (32,562)
2. Maimun Yusuf (Bebas) (685)
3. Mohamad Sabu (Pas) (31,934)
Majoriti: 628
Jumlah undi: 66,112
Peratus mengundi: 82.31%
Undi rosak: 931
Penyandang: Allahyarham Datuk Razali Ismail (BN)
=============================================================
Penulis mengharapkan satu jentera pilihanraya kecil Umno yang begitu efisien jika mahu menang besar sekali ini.

Seandainya yang ada di P 36 hanya menunggu dan melihat saja maka tak kemana pencapaiannya.

Pengarah Piliharaya mesti hebat , pekerja mesti hebat. Tugasan yang diterima hendaklah diselesaikan dengan pantas dan berjaya. Tiada kesilapan dan tiada kecacatan.

YANG PASTINYA MAT SABU BUKAN PILIHAN KALI INI. ADA ORANG YG LEBIH LAYAK UNTUK DI LETAKAN DI SITU.

Sabtu, 29 November 2008

Persidangan Umno Bahagian Larut Tangguh lagi

Persidangan yang dijangka diadakan esok ditangguh lagi ke suatu masa lain. Mungkin minggu depan atau satu tarikh yang ditentukan oleh Badan Perhubungan Umno Negeri Perak.

Indah khabar saja.

MK Land sasar jualan hartanah RM350 juta

PETALING JAYA 28 Nov. - Pemaju hartanah, MK Land Holdings Bhd. (MK Land) mengunjurkan jualan sebanyak RM350 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2009.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar berkata, unjuran itu mampu dicapai berdasarkan pelan perubahan haluan yang dilaksanakan dalam tiga fasa untuk tempoh tiga tahun.

Menurutnya, pelan yang juga dikenali MK Land Renaissance melibatkan tiga pendekatan iaitu pembinaan hartanah berkualiti dan berkemampuan, memberi tumpuan kepada pasaran kediaman premium dan pembangunan pejabat khusus.

Katanya, pelan itu termasuk perubahan dalam struktur, budaya kerja dan strategi dalam syarikat.

''Kami yakin keuntungan syarikat akan kembali pulih melalui projek yang telah dilaksanakan, projek yang baru dilancar dan bakal dilancar pada suku ketiga dan keempat tahun kewangan itu serta jualan tanah," katanya kepada pemberita pada taklimat mengenai pelan itu di sini, hari ini.

Mustapha Kamal berkata, sehingga kini syarikat telah melancarkan 45,964 unit hartanah bernilai RM6.30 bilion manakala sebanyak 42,735 unit hartanah bernilai RM5 bilion terjual.

Beliau menambah, pihaknya juga telah melancarkan beberapa projek pembangunan kediaman premium dengan nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM3.86 bilion.

''Projek-projek tersebut ialah Armanee Terrace II yang merupakan kondominium dan The Rafflesia iaitu banglo berkembar dua tiga tingkat," ujarnya.

Jelas beliau, Armanee Terrace II yang menampilkan gaya moden kontemporari dengan GDV RM2.86 bilion terdiri daripada 3,846 unit kondominium di atas tapak seluas 29.61 hektar.

''The Rafflesia pula yang melibatkan 460 unit banglo berkembar dalam tiga fasa dengan GDV sebanyak RM1 bilion terletak di atas tanah seluas 32.45 hektar yang mana sebanyak 56 unit telah terjual dalam fasa pertama," katanya.


Komen:
Banyak projeknya setakat ini tidak berkualiti. kerana tenaga pekerja adalah dari Bangladesh, India , Burma dan Indonesia.

Selain itu projek di Damansara Perdana dan Bukit Merah banyak mendapat rungutan pembeli kerana tidak mencapai tahap yang memuaskan pelanggan.

Selain mutu kerja rendah masalah lain ialah syarikat yang menguruskan penyelenggaraan amat lemah dan tidak profesional.

Projek lambat siap, hasil kerja rendah dan bermacam2 lagi.

Bukit Merah satu-satu projek mewah yang ditanggung oleh pembeli. sedangkan skim sewa balik jelas merugikan pembeli.

Kepada bakal pembeli berhati-hatilah.

Mei Fun dan Soi Lek patut di hukum sula ( klik)

Kalau di zaman Sultan Mahmud sudah tentu kedua-dua pemimpin MCA ini di hukum sula dan rumah tangga mereka akan dibuang ke laut.

Mca harus ingat semasa awal penubuhan Perikatan dahulu parti Umno lah yang mengajak mereka bersama-sama dalam Perikatan. Andainya Umno tidak berbuat demikian. MCA hanya tinggal sebuah pertubuhan cina bukan politik. Ia akan terus menjadi kumpulan samseng cina atau lebih kurang kongsi gelap yang berdaftar.

Nak tanya sikit. istilah tuan, ketuanan , pengetua, ketua , yang dipertua semuanya bermula dengan kata dasar tua. Tua bererti lama dan senior dan lebih berusia dan perlu dihormati oleh orang muda.

Kalau pengetua sekolah menjadi ketua pada usia 30 tahun beliau perlu di hormati walaupun ada kakitangan di bawahnya yang berumur 54 tahun. Atas nama jawatan pengetua beliau tetap tuan dan mesti di terima.

Sekarang apa agenda MCA lagi? Tak sudah sudah mempertikaikan ketuanan melayu. Kalau dah tak suka jangan pengaruh orang lain. Letak jawatan dan berambus ke negara lain . Lebih sesuai pergi kerja tukang test vigra.

Kenapa takut (klik)

Kerajaan Selangor takut untuk bertindak kerana dulu mereka bela penduduk kampung berembang dan banyak lagi kes kampung , surau dan kuil diroboh untuk projek pembangunan.

Takut kapada rakaman video oleh penduduk dan takut peristiwa tersebut tersebar di youtube.

Harga minyak jatuh memberi kesan kepada negara.

Ekonomi dunia semakin gawat. Beberapa hari lalu didedahkan dalam media, beribu-ribu kereta tersadai di pelabuhan Amerika kerana gagal di hantar ke destinasi akibat kegawatan ekonomi yang melanda dunia dengan mendadak.

Filipina dan beberapa negara rantau Asean sudah merasai kesan kemerosotan ekonomi global. Cuma kita di Malaysia masih seperti biasa kerana belum mendapat tempiasnya. Nilai ringgit masih kukuh di pasaran. Kerajaan setakat ini masih boleh dan mampu mengawal ekonomi dengan baik walaupun Pakatan Rakyat mengkritik ekonomi negara.

Sekiranya harga minyak terus jatuh di bawah paras 40 dollar setong maka ia akan memberi impak yang besar kepada Petronas. Kos pengeluaran dan kos carigali semakin meningkat dan hasil pendapatan menurun. Kita patut risau sekiranya industri minyak negara berakhir seperti apa yang berlaku bijih timah.

Pkr hanya pandai mendesak agar royalty dinaikkan untuk negeri-negeri seperti Sabah dll. Sedangkan Petronas dan kerajaan amat berhati-hati dalam kewangan mereka.

Setakat ini belum ada perkhabaran kilang-kilang menutup operasi mereka di seluruh negara dan pekerja-pekerja asing masih dapat dilihat keluar/masuk bekerja seperti biasa .Ini satu petanda baik.

Nilai ringgit masih kukuh berbanding nilai-nilai matawang asing, tetapi sampai bila ia dapat bertahan. Diharapkan PM baru kita akan bijak menjaga ekonomi negara.

Tohmahan Anwar Ibrahim bahawa ekonomi negara gawat teruk, pengangguran meningkat, kilang-kilang banyak tutup setakat ini hanya retorik politik murahan sahaja.

Jumaat, 28 November 2008

Pas kecewa lagi di Parlimen (klik)

Usaha Pas untuk menarik perhatian umum dengan membawa usul zionis berjaya.

Mereka tahu parlimen yang bersidang akan menolak usul mereka dan bila keluar dewan ia dijadikan modal untuk memburukkan kerajaan.

Lihatlah BN pro zionis. mereka tolak usul Pas untuk membahaskannya. Kerajaan Bn kerajaan majusi, kerajaan Umno kerajaan yahudi.

Seluruh dunia tahu kezaliman dan kekejaman zionis , malah beberapa tahun lalu parlimen telah meluluskan usul mengecam zionis di bumi Palestine. PBB juga gagal mengekang kezaliman yahudi , apa lagi negara kita. Kerajaan sudah lama menentang zionis dan kita tidak ada hubungan diplomatik dengan mereka.

Usaha Pas untuk membahaskan usul zionis ini tidak akan membawa apa-apa kebaikan untuk kita dan negara. Lebih baik parlimen membahaskan usul -usul yang berkaitan dengan kemajuan dan pembangunan negara.

Dalam menangani isu ekonomi global Pas sepatutnya membawa isu-isu yang releven dengan ekonomi negara. Bukan mencari publisiti murah yang sudah lapok.

Bahtera PKR ke Borneo untuk dijadikan tukun tiruan

Setelah gagal menubuhkan kerajaan pusat PKR berdiam diri dan membisu seribu bahasa. Kini bahtera diangkat sauhnya dan terus berlayar ke Borneo iaitu Sabah dan Sarawak. Di sana bahtera dan nakhodanya memulakan episod baru untuk menipu rakyat Sabah dan Sarawak dengan agenda jahat mereka.

Di sana yang menanti dan menyambut rombongan ialah puak-puak yang sememangkan di kenali sebagai kaki bangkang atau kaki penipu. Mereka juga ialah orang yang gagal dalam perjuangan parti, lalu beralih angin dengan menyokong PKR dengan harapan jika berjaya mereka akant bernafas semula.

Ingatlah, kaum bumiputra di Borneo adalah kaum minoriti dan sekarang sudah banyak berpecah dan berpuak- puak angkara agenda parti-parti yang mahu merosak dan meruntuhkan negara yang aman damai ini.

Bersatulah rakyat Borneo dan tenggelamkan bahtera PKR untuk dijadikan tukun di Pulau Gaya atau Pulau Manukan. 

Khamis, 27 November 2008

Umno mesti ingat PRU13 dan bersedia dari sekarang.

4 tahun adalah jangka masa yang pendek. 2012 insyaallah jika panjang umur kita semua akan berdepan dengan PRU lagi.

Dari pengalaman-pengalaman beberapa tahun lalu, Umno memang lemah dari segi jentera PRU. Apabila parlimen dibubar, masing-masing menunggu dan tertanya-tanya apa nak buat. Selepas nama calon diumumkan suasana menjadi lebih menyedihkan .

PRU 12 yang lalu dijadikan contoh. Apa bila Ketua Bahagian tidak tersenarai  sebagai calon maka dia tak nampak muka apatah lagi untuk memanggil mesyuarat untuk menggerakkan jawatankuasa peti undi dan sebagainya.  Semua tugas terpaksa dipikul oleh calon yang terpilih. 

Beruntung jika calon itu bijak menggerakkan jentera pilihanrayanya, tetapi terdapat juga calon-calon yang tidak tahu apa nak buat. maklumlan kehadirannya beliau sebagai calon adalah payung terjun. Sebelum ini langsung tidak pernah berselingsing lengan untuk sama-sama berjuang dalam parti, atau menghadapi PRU.

Modul pilihanraya perlu dibuat oleh MT Umno dan kursus-kursus PRU hendaklah dimulakan dari sekarang. Jentera PRU Umno juga hendaklah bersiap sedia setiap bulan dan setiap tahun. Setiap tahun laporan kerja perlu dihantar dan dinilai oleh MT.

Saya amat malu bila melihat jentera PRU Pas begitu efisien  sepanjang masa. Serba serbi semuanya updated. tidak seperti Umno jauh ketinggalan dibelakang, sebab itu banyak kawasan yang dimenangi Umno, jumlah undi semakin merosot setiap kali pilihanraya umum.



Kisah Ketua Wanita Umno semakin seram sejuk (klik)

Tiada siapa boleh menghalang  peringkat akar umbi bercakap siapa nak diangkat menjadi ketua. Yang menjadi wakil bahagian atau tidak itu tak menjadi soal. Yang penting masing-masing ada pendapat dan pandangan sendiri. 

G7 atau bukan G7 setiap hari buka table di kedai mamak, berhimpun dan berbual soal pemilihan Umno yang baru selesai, bukan itu sahaja, yang penting dalam pokok perbualan ialah pemilihan MT. Paling seronok ialah soal pemilihan ketua wanita. Harapan kita ialah biarlah ketua wanita di ganti baru.




Pakatan Rakyat Perak semakin takut atau cuak. (klik)

Kelahiran begitu banyak blog yang menentang Pakatan Rakyat sedikit sebanyak telah berjaya merobek dan mendedahkan kelemahan mereka kepada rakyat.

Hari ini MB Nizar terasa tergugat, terancam dan tercabar. Beliau mahu wujudkan bloggers yang pro dengan ideologi PR di Perak.

Adakah usahanya akan mencapai kejayaan? Nampaknya sukar sekali kerana rumah tangga PR umpama peribahasa "retak mencari belah' di tokok dengan bloggers pembela negara yang semakin bertambah jumlahnya akan berjaya menimbus blog-blog PR.

Rabu, 26 November 2008

MP PKR dan DAP kurang asam

Dap marah dan sakit hati kepada kerajaan kerana kontraktor melayu telah diberi kontrak
secara runding terus.

Kebanyakan kontraktor kelas A ialah melayu dan ada juga JV dengan syarikat
bukan melayu. Apa yang Dap mahu ialah kontrak kerajaan dimonopoli secara
100 peratus oleh kaum cina.

Mereka tidak puas hati jika satu projek diperolehi oleh melayu dan
kaum cina hanya menjadi pembekal atau sub-kontraktor saja.
Mereka tidak mahu melihat orang melayu menjadi senang dan kaya,
Tak mahu lihat orang melayu menjadi tuan. Tak mahu merapatkan
jurang ekonomi antara melayu dengan bukan melayu.

Mereka hanya mahu lihat melayu hanya bekerja sebagai kuli dan
tukang angkat barang sahaja. Itu lah agenda Dap.
Pkr Padang Serai pula bengong tak habis-habis.
Baru jadi MP secara terpijak dan lupa diri dan besar kepala.
Agaknya semasa dalam tentera dulu ramai anak buah
yang cucuk tayar motorsikal beliau.

Isnin, 24 November 2008

Rakyat Malaysia hilang lenyap di Britain

Semalam berita mendedahkan terdapat lebih 30 ribu cina Malaysia hilang di England, dan mereka adalah kaum cina dari Perak, Johor dan Selangor. 

Rasanya (ini bukan pandangan) mereka tu mungkin dari 200 ribu orang cina yang hilang di Malaysia. Mungkin mereka hilang kerana korantin di pekan-pekan cina di Ipoh, KL dan JB semata-mata untuk mendapat pasport antarabangsa tiruan Malaysia dan kemudian berhijrah ke England.

Kaum cina mereka telah menggunakan cara yang sama untuk menjadi rakyat Australia. mereka menggunakan New Zealand sebagai batu loncatan. Mungkin modes operandi yg sama di gunakan untuk ke England. Siapa tahu,mungkin telahan ini benar.

Itu yang cara tak betul, yang cara betul pun terlalu ramai. Kanada, downunder, Eu memang ramai orang cina yang berasal dari Malaysia. Pernah seorang rakan penulis memaklumkan suasana di Malaysia tidak bagus untuk pendidikan anak-anaknya. Universiti dan kolej-kolej hanya untuk anak melayu. itu tohmahan mereka.

Ternyata bangsa pendatang ini tidak menganggap Malaysia sebagai tanah air mereka, tiada jati diri.

blogging dari Bangi Kopitiam, Jalan Pantai , Port Dickson.

Sabtu, 22 November 2008

Negro akan menjadi sebahagian daripada penduduk Malaysia.

Kebanjiran kaum kulit hitam dari benua Afrika ke Malaysia semakin hari semakin bertambah, dalam 50 tahun akan datang jumlah mereka mungkin akan mencapai 10% daripada jumlah penduduk negara. 

Pada masa itu mereka mungkin akan menjadi sebahagian daripada penduduk Malaysia dan mungkin akan mempunyai parti politik mereka sendiri seperti Mic , Ppp dan Ipf. Ini satu kemungkinan.

Mungkin mereka pula berani mempertikaikan ketuanan melayu sekiranya mereka mempunyai kuasa ekonomi dan kuasa politik.

Mereka rata-rata berasa gembira dengan suasana ekonomi dan politik di negara ini. Seandainya mereka merantau ke Amerika mungkin mereka tidak bebas bergerak kerana mereka merupakan kaum niger yang hina di mata kaun kulit putih.  Obama walaupun menyokong zionis dan yahudi , beliau tetap ditentang oleh kaum kulit putih.

Kaum kulit hitam di negara ini di terima baik oleh semua kaum yang ada di sini, bahkan mereka juga menjadi idaman gadis-gadis tempatan.

blogging dari Damansara Perdana.

Selasa, 18 November 2008

Wanita dan Puteri pasti gembira jika Shahrizat menang.

Sah Shahrizat akan melanggar pelan peralihan kuasa cadagan Rafidah. Langgar bererti Shahrizat merupakan Srikandi Melayu yang akan membawa panji-panji perang untuk Umno baru. Ayuh wanita seluruh negara, berilah sokongan yang padu kepada beliau dan Kamalia sebagai pembantu Shahrizat.

Rafidah, terima kasih banyak-banyak selama ini kerana telah berjaya memimpin Wanita untuk sekian lama.

Jasamu akan dikenang. Suburlah demokrasi.

Larut bakal mendapat Ketua Bahagian Baru.

Umno bahagian Larut dijangka akan mengadakan persidangannya pada 30 November 2008 di Selama Perak. Dari tinjauan penulis malam tadi kemenangan akan berpihak kepada Datuk Hamzah. Timbalan Menteri Perumahan .

Buat masa ini Datuk Seri Raja Ahmad akan mempertahankan kerusinya dan beliau juga akan di cabar oleh Datuk Hj Daud yang kini memegang kerusi Timbalan Ketua Bahagian. Berdasarkan rekod perkhidmatan dan cara berpolitik beliau, penulis merasakan amat sukar untuk beliau dipilih menjadi Ketua Bahagian.

Beberapa orang kuat di Larut yang ditemui mengakui mereka mahukan kepimpinan baru kerana kepimpinan yang ada sekarang gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab semasa PRU 12.

Isnin, 17 November 2008

Satu Bahagian UMNO seribu bloggers.

Akhbar semalam mengatakan IT memainkan peranan penting untuk PRU13 kerana pengundi-pengundi baru adalah pengundi-pengundi generasi IT.

PRU 12 telah menjadi bukti bahawa BN kalah teruk kerana mengabaikan IT iaitu saluran blogg. Youtube dan sebagainya, Pakatan menggunakan IT secara besar-besaran untuk mencuri undi BN. Akibatnya ahli BN sendiri yang mengundi pihak pembangkang. Buktiknya ada di PP44.

Andaikan setiap bahagian UMNO dapat melatih ahli-ahli mereka dari kalangan remaja yang bijak IT dan diberi cukup latihan dan penerangan , penulis percaya BN akan dapat memonopoli dan menangkis tohmahan dan tuduhan pembangkang.

Hari ini pun pihalk pembangkang sudah risau dan pening dengan kebangkitan ramai bloggers persendirian yang menentang mereka.

Dimana bloggers Umno, Mic, Mca, Gerakan ? Jawabnya belum ada lagi , kalau ada pun boleh bilang dengan jari. Penulis perhatikan calon-calon yang akan bertanding dalam MT pun tak sampai 1/4 yang mempunyai blog.

PRU 12 Umno dan BN masih lagi menggunakan cara konvensional dalam menyampaikan kempen mereka dan ternyata gagal 100 %.

Penulis sendiri sebelum PRU 12 terpaksa berdepan dan menjawab lebih 200 email setiap hari untuk menyangkal dan membalas emai-email pembangkang. Tapi apakan daya penulis seorang dan tak ada penyokong. malahan ada seorang bergelar doktor pun menghentam penulis.

Tetapi dengan sedikti ilmu politik yang di dapati dari menteri-menteri yang lama penulis dapat mematahkan hujah-hujah mereka.

Sebagai ahli Umno Taiping penulis akan cuba berbincang dengan kepimpinan Umno yang baru agar didakan kursus-kursus asas penulisan blogg kepada ahli-ahli Pemuda dan Puteri Umno dan kepada sesiapa yang berminat.

Harap idea ini dan idea menteri penerangan yang baru dapat direalisasi dengan pucuk kepimpinan baru Umno Taiping.

Pas tak sokong lagi Vigil.

Sedikit masa lalu Harakah terang-terang berkempen untuk menjayakan vigil di Kem Tahanan Kamunting. Pada ketika itu ramailah ahli-ahli Pas bersama puak-puak hindu dan kristian menyala dan membawa lilin sejauh 4 km dari Taiping ke Kamunting.

Seronok juga melihat pak-pak aji dan pak lebai Pas mengusung lilin pada malam Sabtu tersebut. Pas menyeru dan menyeru seramai mungkin untuk sama-sama menjayakan program tersebut.

Tapi akhir-akhir ini Harakah tidak lagi berkempen untuk menjayakan program GMI atau program VIGIL . Agaknya mereka sudah sedar akan kesilapan dan kebodohan mereka yang tertipu hidup-hidup oleh penganut agama kristian.

Orang Umno senyum melihat kestupidan Pas.

Cameron Highlland oh Cameron Highland





Kelmarin Ahad penulis buat pertama kali menunggang menunggang motosikal ke sana. Setelah memilikinya hampir 8 tahun dan setelah menjelajah hampir keseluruh negara dan Selatan Thai semalam ke sana setelah 2 tahun.

Sampai di sana penulis menikmati minuman teh di Cameron Valley, segelas 3 ringgit. Penulis terus menyusur jalan-jalan sempit sehingga Berincang. Hajat untuk ke Ringlet dibatalkan kerana hujan lebat.

Sempat juga penulis berbual dengan seorang biker bukan motor tapi penunggang basikal lumba. Dia seorang remaja cina dari Ipoh. Difahamkan 50 kaki kaki basikal lumba dari Ipoh dan Penang mendaki ke sana. Penulis juga peminat basikal racing dan MTB. Biasalah kalau berjumpa geng basikal atau motor besar kami akan sentiasa bertukar-tukar cerita.

Selepas hujan reda penulis terus ke stesen kajian Mardi. Tiket 3 ringgit dikenakan untuk dewasa. Ia amat berfaedah kepada pengunjung, tetapi terpulangkan kepada individu. Andainya melihat seperti mata ikan gelama kering, tak ada apa yang boleh dibawa balik.

Sekiranya pengunjung melihat dengan mata hati maka banyak ilmu yang boleh dibawa balik untuk dimanfaatkan mereka.

Cameron Highland bukanlah destinasi kegemaran penulis. Begitu juga Genting Highland. Tempat yang sering penulis kunjungi tanpa jemu ialah Bukit Tinggi, Bukit Larut dan Bukit Fraser kerana di sana tidak ada pengganas-pengganas yang zalim dan kejam seperti di Cameron Highland dan Genting Highland.

Penulis mengkategorikan penanam-penamam bunga dan sayur di sana sebagai pengganas. Ini adalah kerana sikap tamak, pengotor , tidak mementingkan kesejahteraan dan keindahan.

Sakit mata melihat mereka meneroka dan menggondolkan tanah sesuka hati dan meletakkan sampah sarap, kayu, besi , baja dan lain-lain bahan ditepi-tepi jalan sesuka hati. Ini amat berbeza sekali kalau di bandingkan dengan Mardi.

Bau busuk racun dan baja kimia yang berlebihan menusuk hidung sehingga pagi ini. Persoalannya adakah tanah-tanah yang di terokai secara ganas itu mendapat izin dari pihak berkuasa.

Tanah tinggi Cameron boleh menjadi cantik seandainya pengusaha pertanian mempunyai etika dan peraturan yang di kawal selia oleh pihak berwajib, samada dari kerajaan negeri Pahang, Perak atau Kelantan. Jabatan Alam Sekitar juga dan lain-lain jabatan dari persekutuan patut mengubah imej Cameron supaya menjadi lebih indah.

Sabtu, 15 November 2008

Pas Sibuk Hal Umno untuk menutup bangkai Pas

Sekarang ialah musim pemilihan MT Umno. Pas dan Harakah mengambil ruang yang banyak untuk berbicara soal pemilihan ini. Mengkritik dan menghemtam kromo terhadap Umno. Orang itu korup , orang ini rasuah, si polan tak layak dan macam-macam hal lagi.

Harakah sepatutnya tidak lupa akan kepincangan Pakatan Rakyat dan ketidak stabilan pakatan mereka hari ini. Mereka lupa tentang pemerintahan cacamerba PR di Perak yang huru-hara.

Bila MB Terengganu ingin menukar kereta Perdana kepada Mercedes, Pas lantang mengkritik , tetapi senyap apabila Selangor dan Perak ingin menukar kereta baru.

Harakah tidak mendedahkan tentang penyelewengan pemimpin Pas , korupsi Pas yang jelas dapat dilihat di depan mata.

Mereka tidak mengkritik apabila exco Perak menerima tiket dan wang poket untuk melancong sebanyak tiga puluh ribu ringgit seorang.

Harakah tidak mengkritik pemberian hak milik tanah 999 tahun kepada penyokong Dap di Perak.

Mereka sepatutnya mengkritik Nizar kerana tidak memperdulikan orang Melayu yang tinggal di tanah-tanah haram dan TOL.

Seperti yang pernah di sebut dahulu , harakah hanya membaca akhbar aliran perdana setiap hari untuk mencari bahan terbitan mereka.

Harakah sentiasa memesongkan pemikiran pengikut mereka supaya memboikot akhbar aliran perdana dan hanya membaca Harakah.

Jelas Pas dan Harakah mahu penyokong mereka bercakap seperti burung kakak tua. Dapatkan berita hanya dari lidah Pas , Blog Pas dan ucapan pemimpin mereka sahaja.

Khamis, 13 November 2008

Harakah megah dan riak dengan Dap

Adun DAP baca ayat al-Quran ulas bajet
Johari Jaafar
Thu | Nov 13, 08 | 12:45:56 pm MYT

IPOH, 13 Nov (Hrkh) - Wakil Canning dari DAP yang juga merupakan Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak telah dua kali menyelitkan ayat al-Quran semasa membahaskan Bajet 2009 Negeri Perak sebentar tadi.

Iklan

Wong Kar Woh mendapat perhatian daripada semua yang hadir bila beliau menyebut ayat ke-12 dari Surah Al-Hujurat.

Beliau menekan bahawa kita semua adalah adik beradik berdasarkan dari ayat tersebut.

Sekali lagi sebelum beliau menghabiskan ucapannya beliau membaca kalimah "Takmuru nabil maaruf watan hau anil mungkar" dari surah Ali Imran ayat 110. - mns_


Komen:
Dap boleh guna Taurat, Bible dan Quran tetapi adakah mereka sanggup masuk Islam? Jawapan tidak. Depan mereka guna ayat quran, belakan peeerahh..

Dap terpaksa berlakon dengan Pas takut Pas lari, kalau Pas lari Dap tak boleh berkuasa di Perak. Pas tertipu lagi,.....

Bangsa Malaysia , Rakyat Malaysia, Satu Bangsa, Satu Negara.

Tun berkata semua kaum di Malaysia boleh jadi PM dan beliau mesti dipersetujui semua. Memang betul cakap Tun tetapi bila negara ini akan mempunyai satu bangsa Malaysia dan rakyat menggunakan Bahasa Malaysia.

Cita-cita murni ini sukar dicapai selagi bangsa yang ada sukar bersatu padu. Kerajaan cuba menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah kebangsaan masih belum tercapai. Cina masih ingin mengekalkan sekolah aliran cina begitu juga tamil.

Sekolah membuat program RIMUP tetapi belum begitu berjaya, masih ada halangan yang membataskan menghalang persahabatan antara kaum.

Sekolah mission lebih terbuka dan beruntung. tetapi kurang penyertaan orang Melayu. Malayu takut akan gerakan kristian. Ramai Melayu bandar belajar di sekolah Inggeris ini dan hasilnya mereka masih erat dalam persahabatan antara pelajar dari berbagai kaum.

Sampai bilakah hasrat kerajaan untuk melahirkan satu bangsa, satu negara Malaysia akan berjaya jika parti komponan BN pun tidak begitu berminat dengan semangat muhibbah dan perpaduan antara kaum.

Apa yang berlaku akhir-akhir ini mereka cuba memperlekehkan orang Melayu dan mahukan hak sama rata. Bila berjaya Melayu akan di pinggirkan seperti Singapora dan akibatnya Hilang Melayu di Malaysia. Hilang Bahasa Malaysia dan Hilang banggsa Malaysia.

Pas Perak meracau, Wanita Umno semakin matang.

1. Pakatan Rakyat Perak jelas sekali lagi buat lupa diri, meracau macam kena sampuk hantu. Ramai dah mengulas apa yang PR buat di Perak. Semuanya ibarat mengetuk dulang paku serpih, mengata Umno rupa-rupanya mereka yang lebih.

Habis harta dan wang yang BN kumpul mereka guna dan joli katak. Nampaknya 3 tahun akan datang bila BN ambil alih kena lah bijak mencari wang untuk perbendaharaan negeri.

2, Wanita pula dilihat semakin sepakat untuk memberi jawatan kepada Shahrizat dan Kamalia. Ini bererti Rafidah kenalah selingsing lengan untuk pertahankan jawatan. dan kalau menang sudah tentu dia akan kekal sampai 2012. Rafidah seorang yang sukar mengaku kalah. Apa lagi untuk melepaskan jawatan Jun 09. Tak mungkin beliau akan lakukan. Oleh itu wanita kena bulatkan tekad dan dengan satu suara untuk memilih Shahrizat dan kamalia.

Rabu, 12 November 2008

Suburkan demokrasi dalam UMNO

Berita Harian semalam menyebut amalan demokrasi masih subur di negara kita. Najib juga mengakui dengan kenyataan yang sama di Permatang Pauh ekoran kemenangan Anwar Ibrahim.

Pertandingan 3 penjuru oleh 3 orang kuat Umno untuk jawatan No 2 dalam parti mencerminkan politik yang subur.

Walaupun ramai yang tidak mahu Ali Rustam dan Muhammad Taib bertanding. Penulis juga setuju jika dielakkan pertandingan. Berilah ruang yang selesa kepada Mahyiddin yang sudah berada di atas trek yang betul.

Kalau kedua-dua pencabarnya lawan dan salah satu menang kena lah bina jalan yang baru kerana mereka tidak berada di atas landasan. Kren perlu digunakan untuk meletakkan mereka di atas trek.

Bagi kerusi no 1 pemuda penulis memberi kemenangan awal kepada Mukhriz kerana akar umbi memilihnya. Cuma 5 bulan ini beliau kena bijak mengawal diri dan mengendalikan krisis dan situasi. Andainya gagal ia akan beralih ke calon lain. Tempoh bertenang yang panjang perlu dimanfaatkan betul-betul. Jangan ada salah walaupun sebesar zarah.

Khairy bijak, cekap dan berilmu tetapi selalu kalah kerana tidak mengikut rentak. Darah muda yang mengalir laju sentiasa mengajaknya agresif dan kurang bijak dalam menangani krisis.

Dr Khir boleh menang jika pandai bermain politik. Jangan lagi memberi penyapu sebaliknya berilah kerusi.

Paling panas ialah ketua wanita. Kak Fidah masih ingin melompongkan wanita untuk 4 tahun lagi. Sungguh kurang bijak pemikirannya. Penulis menentang sikap beliau yang ingin mengekalkan jawatan dan menyerahkan kepada Shahrizat selepas Jun 09. dan meninggalkan beban kepada penggantinya.

Wanita semua bahagian hendaklah menyuburkan demokrasi. Jangan disempitkan pemikiran seperti penjaga pintu air. Jangan biarkan banjir dan tsunami berlaku dihilir kerana penjaga pintu air tidak bijak menjada air air yang semakin membinbangkan.

Shahrizat hendaklah menggunakan polisi serang dan langgar seperti mana Ketua Bahagian UMNO Taiping yang baru. Beliau menang kerana berani melanggar. Risiko kena tanggung sendiri. Ahli Umno adalah pahlawan yang berani. Ayuh serang.

Kamalia calon no 2 juga sudah menegakkan panji perangnya. Tahniah kerana berani. Shahrizat juga harus menamatkan rundingan. Jangan lagi guna pendapat penyandang,

Shahrizat hendaklah mendapat nasihat dari Tun Mahathir kerana mereka mempunyai pertalian keluarga yang rapat. Rempuh sahaja halangan yang ada. Sayanglah wanita lebih dari menyayangi Kak Fidah. Falsafah orang Rom. Bukan aku tak sayang Julias Ceaser tetapi aku lebih sayang akan Rom. maka matikan Julius.

Selasa, 11 November 2008

Rafidah Penjaga Pintu Air Terusan Wanita.

Nampaknya Rafidah masih berkeras untuk menjaga pintu air terusan. Dia hanya meluluskan siapa yang boleh lalu dan siapa yang perlu dihalau jauh-jauh.

Terusan ini ada yang besar dan ada yang kecil. Kalau Panama dan Suez adalah besar yang boleh dilalui oleh kapal-kapal dagang. Lagi banyak masuk lagi besar pendapatan. Terusan kecil pula seperti terusan Wan Mat Saman, hanya untuk pertanian padi.

Terusan yang di jaga oleh Rafidah terusan tak tau besar mana. Tetapi yang pasti beliau amat cemburu jika penjaga pintu air jatuh ke tangan orang lain. Dulu kita semua sudah lihat bagaimana reaksi beliau semasa kalah Ketua Wanita sedikit masa lalu.

Wanita adalah unik dan berbeza dari Pemuda. Pemuda di ibaratkan sebagai Putri, kerana had umur. Sejak kelahiran Putri inilah Kak Fidah sangat takut terutamanya apa bila menyebut nama Azlina . Wanita sangat Fobia, tetapi ia hanya di peringkat atas manakala peringkat bawah puteri dan wanita berjalan seinring seperti ibu dan anak.

Wanita peringkat atas seperti wanita yang tak mahu anak dan tidak mahu beranak.

Terima kasih Singapore

Sudah jelas kepada semua rakyat Malaysia bahawa Republik itu tidak bersedia menerima Perdana Menteri Melayu, India atau Punjabi.

Penjelasan tersebut memberi kesan kepada Dap, Mca dan gerakan iaitu parti dominan Cina supaya jangan bercadang atau bermimpi untuk menjadi PM di Malaysia.

Ia juga menjelaskan bahawa orang Cina di Malaysia jika ingin mengusai politik dan menjadi PM maka orang Cina hendaklah meningkatkan kadar kelahiran supaya orang Cina menjadi majoriti.

Hari ini usaha ke arah itu sudah hampir berjaya dengan kemenangan besar parti cina di kawasan-kasawan bandar.

Orang Melayu hendaklah didadahkan supaya mati cepat.

Isnin, 10 November 2008

Pas nak jadi hero harga barang dan hero harga minyak (klik)

Kerajaan sentiasa berusaha untuk menurunkan harga minyak dan barangan keperluan harian. Pak Lah, Najib dan Shahrir Samad antara 3 individu penting yang sentiasa berusaha untuk mengurangkan harga-harga barang keperluan dan harga minyak.

Tiba-tiba dalam Harakah Pas menyatakan kerajaan tidak serius dalam usaha mengurangkan harga minyak. Pas akan pastikan harga minyak turun.

Ini satu lawak bodoh, agaknya bila harga minyak dunia berada di bawah paras 60 dollar setong maka Pas akan berkata " Lihat lah, Pas telah berjaya menurunkan harga minyak dunia".

Pas apa tau? hanya menjadi ikan baung di bawah tunggul kayu.

Ahad, 9 November 2008

"Rakyat jelak kempen BN" kata Nik Aziz (klik)

Nik Aziz dan Pas kata rakyat jelak dengan kempen BN dan UMNO. Itu kata dia saja. Rakyat juga jelak dengan kempen Pas.

Di Perak selepas Pas yang hanya menang 6 kerusi berbanding Umno 27 kerusi setiap hari buat ceramah di merata-rata tempat , tetapi tak lama. dalam masa 3 bulan rakyat pun jelak dengan ceramah. Yang hadir pun AJK program saja dan peniaga-peniaga. Sekarang ceramah sudah pun sepi dan tak ada lagi.

Ini juga membuktikan Pas kehilangan penyokong, tambahan lagi di Perak ini Nizar tak buat apa pun nak sains surat gadaian tanah pun lambat. kena tunggu Nga dulu..

Lim Kim Yik mahu politik Malaysia tiru Obama (klik)

Kenapa mesti tiru politik Obama atau politilk Amerika. Adakah Kim Yik mahu lihat PM Malaysia dari kaum Cina dan India atau Negro atau Pakistan.

51 tahun Malaysia merdeka dan semua PM adalah Melayu. Adakah itu yang di maksudkan oleh LKY?

Penulis juga ingin bertanya kepada LKY. Adakah terdapat sekolah cina dan yang menggunakan sukatan pelajaran cina di Amerika? Adakah orang Cina Amerika boleh mewujudkan sebuah parti Cina di sana? Adakah orang Cina berjaya menjadi Gabenor di sana?

Kalau semua tu tak ada maka saranan LKY untuk meniru dan belajar politik dari Obama ada tidak betul sama sekali.

Sabtu, 8 November 2008

Majlis Perdana yang mini

Kerajaan Perak anjur Solat Hajat Perdana pada 9 Nov
Johari Jaafar
Thu | Nov 06, 08 | 8:01:32 am MYT


IPOH, 6 Nov (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Nor Azli Musa mendedahkan masih terdapat pegawai-pegawai kerajaan di Negeri Perak yang tidak memberikan kerjasama dengan Kerajaan Negeri walaupun kini sudah lapan bulan Pakatan Rakyat menerajui negeri ini.

Walaupun bilangan mereka tidak ramai tetapi ianya sedikit sebanyak boleh merencat hubungan antara pegawai kerajaan jabatan kerajaan dengan Kerajaan Negeri khususnya dengan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin.

"Menyedari hakikat ini Pemuda Perak mengambil langkah untuk menyelamat kan Kerajaan Negeri dengan mengadakan solat hajat perdana khusus untuk memohon pertolongan dari Allah agar terbuka hati pegawai pegawai kerajaan tersebut untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri,"katanya dalam satu pertemuan dengan Harakahdaily di sini semalam.

"Solat hajat perdana itu akan dilangsungkan pada 9 November ini di Mini Stadium Manjoi, ianya dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, bacaan yasin dan selepas solat isya' kita adakan solat hajat perdana dan di akhir dengan ceramah perdana yang akan disampaikan oleh pimpinan PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Ahmad Awang dan Menteri Besar Perak,"jelasnya.

Serentak dengan itu juga akan dilancarkan Tabung Pembinaan Kompleks PAS Perak bagi mencari dana untuk membina sebuah kompleks PAS Perak yang lengkap seperti mana Kompleks Pusat Tarbiah PAS Kelantan (PUTIK).

"Sudah sampai masanya kompleks seumpama itu diwujudkan di negeri ini, kerana itu Pemuda Perak mengambil inisiatif melancarkan tabung pembinaan Kompleks PAS Perak," katanya.

Sehubungan itu beliau menggesa seluruh ahli PAS hadir di majlis solat hajat perdana serentak dengan pelancaran tabung pembinaan Kompleks PAS Negeri Perak. - mks._

TM Note

Kasihan kepada kerajaan negeri Perak. Ingatkan mendapat sokongan 100%. Dulu kata seluruh jentera kerajaan negeri memberi sokongan dan kerjasama yang baik, hari ini sudah lain pula. Mesti ada kelemahan yang tidak boleh di turut oleh kakitangan kerajaan negeri.

Atau mereka sudah bosan dengan sandiwara Pas dan Dap serta Pkr di Perak yang merugikan rakyat. Mesti ada sebab yang kukuh kenapa jadi begitu..

Lawaknya ialah majlis perdana tetapi kenapa buat di tempat yang mini. kenapa tak buat di stadium bola. Jemput lah 100 ribu orang hadir. Ustaz Lim anak beranak sudah tentu akan hadir untuk menyampai kan ucap utama ataupun menjadi Imam.

Husam Musa ganti Anwar Ibrahim

Presiden Bush telah pun digantikan oleh Obama, ini bermakna Anwar kehilangan ketuanya. Husam pula akan naik mengantikan Anwar dan akan wujud jenama baru Husam-Obama dan bukan lagi Bush_Anwar.

Obama hanya mahukan satu sahaja wakil beliau di Malaysia dan ini bermakna Husam hendaklah berdepan dengan Anwar untuk menentukan siapa juara.

Jumaat, 7 November 2008

BTN sasaran baru PAS

BTN atau Biro Tata Negara kini menjadi sasaran tohmahan Pas di Dewan Rakyat. Setelah ketandusan idea kerana Harakah di terbitkan dua kali seminggu, Sudah habis ruang dalam BN dan UMNO diselongkar untuk mencari isu dan bahan berita dan akhirnya BTN menjadi sasaran.

BTN dituduh sebagai agent BN dan Umno untuk mempertahankan parti. Pas mahukan BTN dimansuhkan atau dihapuskan seperti menghapuskan ISA.

Pas memang tidak mengemari BTN kerana badan itu berjaya mengikis dan melunturkan pemikiran ahli Pas yang selama ini begitu otodok dan fanatik. Pas amat takut kehilangan sokongan dari kakitangan kerajaan Persekutuan yang selama ini menyokong Pas.

Penulis mengakui memang ramai kakitangan kerajaan persekutuan adalah penyokong dan ahli Pas. Ramai juga penyokong Pas yang beralih arah setelah mengikuti program BTN. tetapi yang kauw-kauw atau ahli Pas sejati akan terus dengan ideologi mereka.

Pas tidak perlu mempersoalkan BTN kerana UMNO juga tidak pernah mempersoalkan badan-badan atau institusi Pas seperti Pusat Tarbiah Pas, Pasti, Badan Amal. Koperasi harakah, dan banyak lagi yang penulis sendiri tidak tahu berapa banyak jentera mereka lagi.

Apa kah Pas terasa terancam dengan BTN, JKKP , Kemas dan lain-lain lagi. Pas hari ini telah berasa cuak dan gabra dengan kehadiran pemimpin Baru dalam Umno. Pas telah berdosa kepada pengundi kerana mengadai maruah Islam. Pas tercabar kerana kegagalan mereka mempertahankan syiar Islam dan sanggup bersekedudukan dengan parti yang menjadi seteru mereka sebelum ini.

Melayu, Saham dan Bomoh

Beberapa minggu lalu ramai yang melopong dan terkedu kerana kerugian besar dalam pelaburan skim untung besar dan cepat. Bank Negara dengan kuasa yang ada pada mereka telah membekukan aset syarikat tersebut, kalau tak silap syarikat buluhemas yang kini sudah jadi buluh kasap. Modal beribu , untung lesap.

Sejak zaman saham Pak Man di Taiping, saham Othman Odit , Rokiah 350 dan Kulim , Dinnar Iraq, Labu peram, Swiss Cash ,Goldquest , buluhemas, saham ternakan dan banyak lagi. Orang melayu tak pernah serik untuk melabur. Percayalah, tahun 2009 akan muncul lagi saham-saham baru yang akan menarik perhatian orang Melayu sebabnya ialah Melayu mudah lupa dan tidak serik.

Perkara kedua yang menjadi budaya Melayu ialah percaya kepada bomoh. Bomoh, dukun dan pawang adalah sinomin dengan masyarakat melayu. Ramai juga pengamal perubatan tidak mahu mereka dikenali sebagai bomoh dan menggunakan gelaran yang lain seperti pengamal perubatan tradisional.

Fokus saya ialah bomoh. Ramai dari kalangan bomoh adalah kaki kelentong dan pembohong. Tetapi ramai yang percaya, ramai bomoh yang hidup senang lenang dengan kerjaya mereka. Ahli politik juga ramai yang percaya kepada bomoh untuk menang dalam pertandingan.

Bomoh hujan amat terkenal sekiranya sesuatu program besar-besar dijalankan. Seorang bomoh hujan pernah berkata ketika ditemuramah" Saya tidak menahan hujan tetapi memohon agar hujan dialihkan ke tempat lain".


bersambung...

Khamis, 6 November 2008

Timbalan Presiden UMNO.

Ahad ini akan memberi kata penutup untuk pencalonan jawatan tersebut. Hari ini orang yang paling layak berdasarkan kedudukan beliau dalam BN dan UMNO adalah Tan Sri Mahyidin Yassin.

Penulis juga berharap beliau menang tanpa bertanding. Bukan bermakna Ali Rustam dan Muhammad Taib tak layak atau tidak bagus. tetapi memandangkan kedudukan mereka dalam kerajaan adalah tidak sesuai untuk mereka berdua memegang jawatan Timbalan Presiden yang juga akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Tugas UMNO akan menjadi lebih rumit dan sulit sendainya salah seorang dari mereka menang. Ibarat pepatah melayu "menang jadi abu".

Rakan-rakan mereka berdua eloklah menasihatkan mereka berdua agar tidak meneruskan cita-cita untuk menjadi Timbalan Presiden Umno.

Tugas yang penting buat UMNO hari ini ialah memulihkan keyakinan rakyat dan membetulkan BN yang semakin rapuh.

Rabu, 5 November 2008

Zaid Ibrahim dan Ketuanan Melayu

Bermula dengan isu ISA dan terkini isu ketuanan Melayu. Zaid dilihat sebagai penderhaka Melayu kerana mempertikaikan ketuanan Melayu. Nak dikatakan tak tahu sejarah , amat mustahil bagi seorang peguam.

Singapura sebagai contoh, adalah milik Kesultanan Melayu, akibat imigrasi yang melampau-lampau akhirnya ketuanan Melayu terhakis akibat kuasa politik yang dimonopoli oleh kaum pendatang. Cina menjadi tuan walaupun ketuanan cina tidak disebut.

Ketuanan Melayu terhapus, waris kesultanan Melayu diusir dan istana dijadikan galeri. Hari ini yang ada ialah Kesultanan Raja Lee Kuan Yew yang memerintah secara dinasti.

Zaid mendapat anugerah Datuk pun kerana Ketuanan Melayu. Masih siumankah minda Zaid sewaktu bercakap isu negara atau masih dibuai oleh khayalan-khayalan dunia.

Anak Melayu menjadi peguam, akauntan, doktor , profesor bukan kerana mereka Melayu dan angkuh dengan ketuanan Melayu tetapi kerana mereka berusaha dan kadangkala lebih baik dari pelajar India dan Cina.

Hakim besar Malaya bukan kerana Ketuanan Melayu tetapi kerana ketinggian ilmunya. Begitu juga dengan hal hakim besar Borneo yang bukan dari kaum Melayu.

Ketuanan Melayu bukan untuk menjadikan Melayu angkuh dan bongkak. Inilah satu-satunya negeri kita dan warisan nenek moyang kita yang kita warisi sihingga hari ini.

Kita tidak mahu menjadi seperti rakyat dan kesultanan Melayu Pattani di Selatan Thai yang kehilangan segala-galanya, begitu juga dengan Kesultanan Melayu Filipina yang musnah dan umat Islam di Manila hilang identiti Melayu dan keislamannya.

Andalusia 700 tahun dibawah kerajaan Umaiyyah akhirnya menerima nasib yang sama. Terkini Palestine.

Pada pandangan penulis, ancaman utama ialah bukan kerana istilah Melayu yang kita pakai tetapi lebih kepada Islam. Malaysia perlu dibebaskan dari pengaruh Islam. Itulah agenda mereka.

Ahad, 2 November 2008

Pemuda MIC Minta 10 Peratus Kerja Kontrak Daripada Kerajaan Tempatan


KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Pemuda MIC hari ini meminta kerajaan agar memperuntukkan sekurang-kurangnya 10 peratus kontrak majlis perbandaran atau kerajaan tempatan seperti kerja-kerja penyelenggaraan dan landskap kepada kontraktor India.

Ketua Pemuda MIC T.Mohan berkata langkah itu akan membantu usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup dan ekuiti masyarakat India yang rendah berbanding kaum lain.

"Usaha itu akan dapat meningkatkan pendapatan yang secara langsung akan meningkatkan kuasa beli masyarakat India," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat anggota Majlis Tertinggi Pemuda MIC di ibu pejabat MIC di sini.

Pemuda MIC turut mencadangkan agar kerajaan mewujudkan satu lagi kelas kontraktor yang sama taraf dengan kontraktor kelas F bagi bumiputera kepada masyarakat India, katanya.

Mohan berkata Pemuda MIC akan menghantar surat permohonan berhubung perkara itu kepada kerajaan pada minggu depan.

"Kami percaya jika usul ini dilaksanakan, taraf hidup masyarakat India di negara ini akan meningkat dan dapat mewujudkan satu suasana persefahaman antara kaum," katanya.

-- BERNAMA

Komen:
Selepas Mca ingin menidakkan 30 % ekuiti dalam sektor ekonomi kini tiba giliran Mic pula menuntut 10 % kontrak kerajaan untuk dianugerahkan kepada kaumnya. Ternyata permintaan terlalu tinggi berbanding nisbah penduduk India yang dianggarkan hanya kurang 10 % dari 27 juta rakyat Malaysia.

Kalau Mic menuntut 1 % logik lah jugak.


Belanjawan 2009

Pagi ini saya menonton klip video DSAI bercakap 5 jam mengenai belanjawan. Awal-awal lagi dia berkata soal kredit kewangan yang merosot.

Setakat ini tak nampak pun bank mengalami masalah. pembiayaan pinjaman kredit terus meningkat. Pinjaman pembelian rumah dan kenderaan terus berjalan tanpa masalah.

Dia juga menyebut peningkatan pengangguran, Jika pengangguran bertambah kenapa tak ada cerita kilang-kilang tutup secara besar-besaran. Kenapa pekerja asing dari India, Bangladesh, Vietnam , Myammar masih boleh dilihat muka mereka berjalan berderat-deret menuju ke kilang. Jelas bahawa tuduhan beliau hanyalah tuduhan membabi buta sahaja.

Dia juga minta minta budget baru menggantikan budget yang telah dibentang yang bentangkan kononnya budget itu sudah jadi sejarah kerana angka-angka sudah berubah.

Kalau begitu bermakna belanjawan terpaksalah dibuat setiap 3 bulan sekali. Satu kerja gila lah begitu.. Biasanya belanjawan dibuat sekali sahaja setahun bukan selepas 2 bulan buat yang baru.

Tuduhan demi tuduhan yang tak relaven telah di bangkitkan beliau. hingga harga bawang pun diutarakan. Lim Kit Siang marah apabila sebahagian MP BN keluar dewan beramai-ramai. Pandai pula mereka marah tetapi apabila mereka keluar dewan bila membahaskan perbahasan DNA mereka keluar dewan juga tetapi kenapa Lim Kit Siang tidak mempertikaikan tindangan pembangkang.

Anwar terus menuduh negara mengalami krisis kewangan yang teruk kerana hingga rakyat merempat. Merempat? selama ni orang gila ada lah yang merempat dan tidur ditepi jalan. ternyata DSAI sudah bengong. dan disokong oleh Ipoh Timur dan kroni dia seperti saifudin Nasation.

bersambung...

Permohonan masuki IPTA bermula esok


KUALA LUMPUR: Calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikehendaki mengemukakan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mulai 3 November hingga 31 Disember depan.

Permohonan melalui laman web www.mohe.gov.my itu adalah Fasa 1 permohonan Aplikasi Dalam Talian yang digunakan sepenuhnya mulai sesi Akademik 2008/2009.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan berkata, bagi permohonan Fasa 1 itu, calon hanya perlu menggunakan nombor kad pengenalan serta kata laluan dan perlu mengisi beberapa maklumat yang diperlukan.


“Permohonan Fasa 2 atau pengesahan permohonan pula akan dibuka mulai 3 Februari 2009 jam 12 tengah hari. Pemohon boleh membeli nombor unik ID dengan harga RM10.60 di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas, Mesin ATM (bagi pemilik akaun GIRO BSN saja) seluruh negara sehari selepas iklan pelawaan disiarkan sehingga tarikh tutup permohonan .

“Tarikh tutup permohonan bagi Pengajian Lepasan SPM/Setaraf ialah 3 Mac 2009 untuk kategori B, C, D dan 10 hari bekerja selepas keputusan SPM 2008 diumumkan bagi kategori A,” katanya.

Justeru, katanya, kementerian menyarankan semua pemohon Lepasan SPM mengemukakan permohonan Fasa 1 supaya tempoh masa pemohon ketika mengemukakan permohonan dalam Fasa 2 dapat dikurangkan.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di talian 03-88835801/802 atau e-mel kepada upu@mohe.gov.my.

Cakap MB Perak yang gagal

IPOH 1 Nov. – Kerajaan Perak yang diterajui Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah membincangkan sebarang usaha pelaksanaan undang-undang Islam bagi membendung gejala judi dan maksiat membabitkan umat Islam di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, ini kerana sudah ada agensi serta institusi tertentu seperti Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk menangani masalah itu.

Beliau berkata, sebarang perbincangan ke arah itu oleh kerajaan negeri memerlukan satu kajian terlebih dahulu kerana masalah tersebut turut melibatkan orang bukan Islam.

‘‘Kita tidak boleh mengambil jalan mudah dengan menutup pusat-pusat hiburan dan kedai judi kerana kita kena ingat Perak juga mempunyai kaum-kaum lain.

‘‘Di Punjab, Pakistan yang penduduknya hampir 100 peratus Islam pun susah untuk melaksanakan, inikan pula di Perak yang mempunyai pelbagai kaum dan agama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtima’ Persatuan Agama Islam Negeri Perak di Institut Tadbiran Islam Malaysia Perak (Intim) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan yang bertanya sama ada Kerajaan Perak mempunyai sebarang perancangan untuk menangani gejala maksiat membabitkan orang Islam yang berleluasa di negeri ini.

komen:
Hari ini orang Pas yang lantang bersuara sebelum PRU 12 hari ini semua sepi dan mendiamkan diri kerana cakap dan idea mereka tidak dapat dilaksanakan. Berbagai alasan diberi.

Kalau dahulu menuduh pilih BN , barang akan naik, pilih BN maksiat naik, jenayah meningkat dan macam2 lagi.

Hari ini ibarat meludah ke langit jatuh ke batang hidung sendiri kerana makin bertambah-tambah segala macam kejadian.

Sabtu, 1 November 2008

YB Ronnie sabotaj dan memburukkan Proton?

Kisah kereta Proton Perdana terbuka hood depan dan merosakan cermin kereta YB merupakan satu insiden orang cuai atau disengajakan.

Sebuah kereta untuk kegunaan biasa tidak akan berlaku insiden sedemikian. Lainlah jika kereta tersebut digunakan untuk lumba rally yang membuatkan kereta itu terbang di jambatan, melompat di cerun-cerun bukit dengan lasak.

Peristiwa itu boleh berlaku seandainya hood depan tidak di tutup betul-betul. Memang ada peristiwa begitu jika kereta dipandu terlalu laju dengan hood tidak dikunci. Angin yang kuat berupaya mengangkat hood ke atas.

Harap Proton dan syarikat insurancedapat menyiasat secara terperinci akan kejadian tersebut , dan kemungkinan ia akibat cuai atau disengajakan.

Malaysia akan menjadi Andalusia jika dibiarkan.

Malaysia sebuah negara yang merdeka baru mencapai usia 51 tahun. Untuk jangka hayat manusia ia sudah cukup dewasa tetapi untuk sebuah negara ia baru nak bernyawa. Masih jauh untuk menjadi dewasa.

Andalusia merupakan sebuah empayar Islam sejak 711 masehi. Pemerintahan Islam hanya kekal lebih kurang 700 tahun sahaja. Selepas itu ia jatuh ke tangan pemerintahan kristian. Umat Islam diburu dan dibunuh. Ramai yang menjadi pelarian ke negara lain untuk terus hidup.

Kenapa Andalusia runtuh? Jawabnya ialah perebutan kuasa pemerintahan oleh pemimpin Islam. Apabila Kritian campur tangan dan mendapat bantuan sebahagian pemimpin Islam akhirnya berjaya meruntuhkan sebuah empayar Islam yang terkenal sebagai pusat ilmu bidang astronomi, perubatan, falsafah dan metamatik.

Akhirnya orang Islam yang membantu puak-puak Kristian itu sendiri diburu dan dibunuh oleh mereka. Hari ini keadaan yang sama telah berlaku di negara ini. Di mana pemimpin Islam yang mengangkat diri mereka berjuang atas nama Islam telah terang-terang bersekongkol dengan musuh Islam.

Umno Harus Basmi Budaya Politik Wang, Kata Tun Dr Mahathir


KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Umno harus membasmi segera budaya politik wang bagi mengelakkan rakyat daripada terus bosan dengan kelakuan-kelakuan pemimpin, kata bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kalau dalam keadaan sekarang ini budaya politik wang itu masih tidak ditukar di kalangan pemimpin-pemimpin, saya khuatir pengundi akan merasa bosan dengan kelakuan mereka yang menjadi pemimpin kerana sogokan wang," katanya ketika ditemubual dalam Astro Awani di sini malam Selasa.

Bekas Perdana Menteri itu berkata Umno juga perlu mempunyai badan penasihat yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan bagi memastikan proses penjenamaan semula parti itu berjalan lancar.

"Kalau mereka menjadi badan penasihat tetapi mereka guna pengaruh mereka untuk mendapat sesuatu untuk diri mereka, di sini terdapat konflik dan nasihat yang diberi mungkin tidak baik, tetapi jika kita ada satu badan yang bebas daripada kepentingan diri maka mereka boleh beri nasihat yang baik," katanya.

Dr Mahathir berkata bagi memulih semula kekuatan Umno dan memancing kembali pengundi di lima buah negeri yang ditawan pembangkang, parti komponen Barisan Nasional (BN) harus bersatu kembali serta tidak berbalah sesama sendiri.

"Jika mereka terus berkelahi sesama mereka, tidak ada faedah, sebenarnya prestasi BN dalam pilihan raya 8 Mac lalu, bukan saja Umno yang teruk malahan Gerakan, MIC, MCA, semuanya sudah hampir hancur, jika nak kuatkan balik BN, masing-masing kena turun padang, bekerja kuat, mendekatkan diri dengan rakyat dan menunjukkan teladan yang baik, " katanya.

-- BERNAMA

===================================================================

Persidangan Umno Mac depan hendaklah membincangkan Bagaimana menghapuskan Politik Wang dan sistem pemilihan pucuk pimpinan hingga ke pemilihan akar umbi. Satu mekanisma yang baru hendaklah di ketengahkan dalam proses pemilihan kepimpinan.

Dengan adanya satu sistem pemilihan yang baru maka sistem kuota yang diperkenalkan sekarang dapat di hapuskan.

Teringat kisah pemilihan MT semasa Tun Mahathir menjadi Presiden. Ada seorang ahli biasa UMNO yang tidak dikenali langsung oleh rakyat Malaysia telah cuba bertanding untuk menjadi Presiden parti menentang Tun Mahathir dan selepas peristiwa tersebut sistem kuota di perkenalkan.



Kalau di Pudu Raya mereka di panggil Ulat.

Perayu undi, ejen calon diarah pulang

Oleh Anwar Hussin, Abdul Halim Yusoff dan Sazarina Shahrim
bhnews@bharian.com.my




Tindakan jika terus 'berkampung' di hotel besar

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam menetapkan Perhimpunan Agung Umno akan diadakan selama lima hari bermula 24 hingga 28 Mac depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sehubungan itu, Abdullah yang juga Presiden Umno, memberi amaran kepada pelobi, perayu undi dan ejen calon, yang kini berada di sekitar hotel di sini dan beberapa bandar lain, supaya pulang ke kawasan masing-masing atau menghadapi tindakan disiplin.


Katanya, Ibu Pejabat Umno tahu mengenai kehadiran ramai pelobi dan ejen calon yang 'berkampung' di beberapa hotel besar dan mungkin terbabit dengan kegiatan rasuah politik.

"Mereka ini sedang berada di hotel di KL (Kuala Lumpur) dan negeri untuk kempen secara langsung dan tidak langsung mendorong mengundi atau jangan mengundi (calon tertentu).

"Gejala ini berleluasa dan berlaku di hotel sebagai tempat pertemuan. Bagi mengelak menjadi lebih ketara, saya dan juga MT ingin beri amaran kepada mereka agar pulang ke kawasan masing-masing sebelum dikesan pemantau yang sudah mula menjalankan tugas mereka," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MT selama dua setengah jam, di sini, semalam.

Selain itu, katanya, MT juga mengarahkan semua calon yang memegang jawatan dalam kerajaan berhenti menggunakan jentera kerajaan sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi tujuan meraih undi dan sokongan.

"Saya nasihatkan mereka menghentikan menggunakan jentera kerajaan (untuk berkempen) dan saya juga nasihatkan kumpulan tertentu agar berhenti menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) fitnah atau tohmahan terhadap calon," katanya.

Beliau meminta ahli Umno yang menerima SMS berbentuk tohmahan itu agar tidak terpengaruh atau mempercayainya kerana fitnah boleh menghancurkan parti.

"Saya memberi amaran kepada calon yang bertanding supaya merujuk kepada tata etika Umno dan mereka yang melanggarnya akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno.

"Tindakan yang dikenakan adalah selaras dengan Perlembagaan parti, bukan saja kepada penerima, tetapi juga pemberi," katanya.

Abdullah turut mengumumkan Ibu Pejabat Umno akan mengatur pertemuan khusus bagi membolehkan semua calon yang bertanding bertemu dengan ahli pada peringkat negeri.

Pertemuan itu, katanya, akan diatur di semua negeri bagi memberi peluang calon yang bertanding memperkenalkan diri kepada perwakilan dan ahli Umno.

Beliau berkata, MT juga membincangkan beberapa isu politik dan sosial untuk ditangani sebaik mungkin.

"Perkara ini akan dihalusi dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan akan datang, laporan mengenainya akan dinyatakan kepada MT untuk dibincang dan membuat keputusan," katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau mempunyai calon pilihan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, Abdullah berkata, beliau tidak mempunyai calon pilihan.

Abdullah berkata, kenyataannya sebelum ini yang Datuk Seri Mohd Ali Rustam layak bertanding bagi jawatan itu hanya untuk menjelaskan bahawa Ketua Menteri Melaka itu layak bertanding jawatan berkenaan.

Katanya, beliau berkata demikian kerana ditanya pemberita mengenai kelayakan Mohd Ali bertanding jawatan itu dan bukan bertujuan menyatakan sokongan beliau kepada calon berkenaan.

Apabila ditanya adakah kenyataan itu bermakna beliau tidak mahu perwakilan memberikan undi kepada seorang lagi calon, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang membuat beberapa kenyataan berhubung isu peralihan kuasa, Abdullah berkata: "Tidak, tidak... itu tidak betul".

Menjawab satu soalan, Abdullah berkata beliau akan melepaskan jawatan Perdana Menteri itu sebaik perhimpunan parti selesai.

"Beberapa hari selepas (perhimpunan)... bagi menyelesaikan beberapa perkara," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditemui selepas mesyuarat itu berkata, MT sudah mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan untuk menetapkan garis panduan berkempen oleh calon mengikut etika.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Komen/ Ulasan:

Tugas mereka ialah mencari siapa yang ingin bertanding MT dan mereka akan bekerja sebagai Kempen Manager kepada calon-calon tersebut.

Mereka ini telah lama buat kerja ini dan mempunyai hubungan yang baik dengan calon-calon sebab itu lah kerja mereka bila tiba musim pemilihan.

Setelah menerima kontrak mereka akan bertebaran ke seluruh kawasan kecuali Sarawak. Adalah sukar untuk menghalang mereka dari meninggalkan Kuala Lumpur kerana negara kita negara bebas.

Sesiapa pun boleh menginap di hotel-hotel seandainya mampu menanggung kos yang tinggi. Kalau tak mampu bayar bill hotel sudah tentu awal-awal dah cabut lari.

Tidak ada undang-undang yang boleh menghalang seseorang rakyat Malaysia dari menginap di sesebuah hotel.

Jika perlu mereka juga akan membawa calon-calon bertemu dengan perwakilan bahagian di luar kawasan atau pun di Kuala Lumpur. Meriah sungguh suasana setiap kali pemilihan dan sudah tentu akan meriah seperti 1993 jika tidak di kawal.

Dengan cadangan MT terbaru supaya majlis perjumpaan rasmi antara calon dan perwakilan di daerah atau negeri akan memberi peluang untuk mereka berkenal mesra dan dengan cadangan itu juga DEBAT yang dicadangkan oleh KJ tidak perlu di jalankan.