Ahad, 31 Ogos 2014

Anwar Melayu Biadap - Felicia Ling

Musa Hassan: 'Anwar minta saya lapor kepada dia'

UCAPAN ATAU HASUTAN .?

UCAPAN LIM GUAN ENG SEMPENA MERDEKA


BERSATU DAN MAJU -TEMA HARI MERDEKA DARI LIM SEKELUARGA.

Perutusan FITNAH DAN MENYEMAI KEBENCIAN Hari Merdeka 2014 oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2014.

Ulangtahun Kemerdekaan ke-57 yang penuh was-was, dibayangi ekstremisme kaum yang kian meningkat, tragedi nahas berkembar MH37- dan MH17 serta kehilangan pekerjaan buat 6,000 petugas MAS, pendakwaan terpilih terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, penafian peluang melanjutkan pelajaran bagi pelajar cemerlang dan peningkatan kos sara hidup.

Malaysia menyambut ulangtahun Kemerdekaan ke-57 yang penuh was-was, dibayangi ekstremisme kaum yang kian meningkat, tragedi nahas berkembar MH37- dan MH17 serta kehilangan pekerjaan buat 6,000 petugas MAS, pendakwaan terpilih terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, penafian peluang melanjutkan pelajaran bagi pelajar cemerlang dan peningkatan kos sara hidup.

Sementara rakyat Malaysia bersatu hati dalam ingatan dan kedukaan ke atas mereka yang terkorban dalam tragedi berkembar MH370 dan MH17, pemimpin politik BN terus menambah kehangatan politik dengan kenyataan memecah-belah dan tindakan ekstremis. Pemimpin Pakatan Rakyat dikenakan pendakwaan terpilih dan layan undang-undang double standard berikutan pendakwaan Akta Hasutan terhadap Ahli Parlimen DAP Teresa Kok, mendiang Karpal Singh serta Adun DAP Pulau Pinang RSN Rayer, Ahli Parlimen PKR N. Surendran, Rafizi Ramli dan Tian Chua; serta Ahli Parlimen PAS Khalid Samad.

Adakah sebarang tindakan tegas diambil terhadap mereka yang berhimpun di luar rumah bekas pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan dan melakukan senaman bontot? Dan kenapa pula tidak ada tindakan terhadap fitnah yang dibuat bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad bahawa kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah anti-Islam hanya kerana ia membenarkan upacara bacaan doa di sebuah bangunan persendirian sebuah NGO dilakukan oleh seorang ustaz Islam serta pendeta Hindu dan Kristian?

Pada masa yang sama, 6,000 pekerja MAS akan diberhentikan di bawah pelan menyelamat bernilai RM6 bilion dan akan menyambut Merdeka tanpa pekerjaan dan jaminan kewangan. DAP menentang pemecatan 6,000 pekerja tersebut kerana sekiranya Kerajaan Persekutuan mahu membelanjakan RM6 bilion wang rakyat untuk menyelamatkan MAS, syarikat kroni BN lah yang mesti dipecat terlebih dahulu dan bukannya 6,000 pekerja biasa MAS. Kenapa lebihkan kroni berbanding pekerja biasa?

Sama juga halnya apabila rakyat Malaysia tidak dapat memahami kenapa pelajar cemerlang STPM dinafikan tempat di universiti dan kursus yang mereka kehendaki? Ramai pelajar cemerlang STPM tertolak daripada mengikuti kursus perubatan, pergigian dan farmasi; serta sebaliknya ditawarkan kursus kejururawatan. Adakah kita akan berdepan situasi di mana pelajar-pelajar cemerlang kita menjadi jururawat yang akan menjadi lebih pintar dan cekap berbanding doktor-doktor kita nanti?

Rakyat Malaysia benar-benar rindukan perubahan kerana mereka mahukan kerajaan yang mendahulukan mereka, mengutamakan mereka melebihi kroni dan memastikan bahawa kekayaan negara diagihkan sama rata demi membantu mengatasi kenaikan kos sara hodup. Sambutan Hari Merdeka ke-57 tahun ini hanya akan bermakna sekiranya semua rakyat Malaysia menikmati kebebasan daripada kejahilan, kemiskinan, rasuah serta bebas dari belenggu ketakutan.

LIM GUAN ENG

Sabtu, 30 Ogos 2014

Semarakkan Semangat Kemerdekaan: Pemuda UMNO Perak Anjur Program Kembara...

TINDAKAN KETUA MENTERI SARAWAK ADNAN SATIM MEMALUKAN...............

Tindakan dan kenyataan Ketua Menteri Sarawak yang baru iaitu Tan Sri Datuk Amar Hj. Adnan Satim amat memalukan !

Pedih yang teramat sangat dengan kenyataan tersebut, gundah gulana dan malu seperti ayam tertelan kabad.

Kita sedia maklum dan tahu agenda 3 parti pembangkang ini sedang giat menghasut rakyat Sarawak dan Sabah supaya menentang penyatuan dua negeri Borneo ini dalam Malaysia. Mereka mahu mewakili rakyat untuk menuntut kemerdekaan daripada Malaysia.

Kata mereka penyertaan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia pada tanggl 16 September 1963 adalah tidak sah dan menyalahi undang-undang antara bangsa. Doris Jones adalah salah seorang aktivis Sabah yang lantang menentang kemasukan Sabah ke dalam Malaysia. Di Sarawak pula Baru Bian menjadi wira kelompok ini untuk menarik keluar bumi kenyalang dari Malaysia. Baru Bian adalah calon Ketua Menteri Sarawak jika Pkr menang besar dalam pilihan raya negeri pada 2011 lalu.

Di samping itu, mereka mahukan Umno tidak masuk ke Sarawak sebagaimana Umno masuk ke Sabah pada awal tahun 90an.  Umno diharamkan masuk ke Sarawak kata mereka.

Adnan Satim dengan penuh sinis menyatakan jika mahu parti Umno tidak masuk ke Sarawak, maka parti lain dari semenanjung juga seperti Pkr, Dap dan Pas tidak boleh masuk ke Sarawak. Hairan kenapa Dap, Pkr dan Pas boleh ke Sarawak tetapi tidak Umno?

Sebenarnya jika kita lihat di Sarawak , tidak ada satu pun komponen parti BN yang ditubuhkan di semenanjung mengembang kan sayapnya ke Sarawak.  Kita tahu di Sarawak sendiri sudah banyak komponen BN yang menjadikan komponen BN berjumlah 14 buah parti dan jumpa parti terbanyak adalah datangnya dari dua buah negeri di Borneo.

Kemasukan Umno ke Sabah bukan lah disebabkan oleh keinginan atau Umno terhengeh-hengeh nak ke sana, tetapi ianya berlaku kerana parti PBS ketika itu telah menikam belakang BN dan akibatnya Umno diminta masuk segera ke sana bagi menentang pengkhianatan PBS ketika itu. Di Sarawak pula tidak ada sebab untuk Umno dan komponen BN ke sana.

Agenda sebenar Pas, Pkr dan Dap bukan sahaja untuk keluar dari Malaysia tetapi untuk menubuhkan sebuah negara baru berunsurkan Tripple S country.

Tahniah kepada Adnan Satim, berani menempelak Pas, Pkr dan Dap...Hidup PBB, Hidup BN , Hidup Adnan Satim.......


SYARIKAT PENERBANGAN MALAYSIA TENAT DAN LINGKUP


Syarikat penerbangan Malaysia MAS kini diserang oleh media luar dengan bertujuan untuk memalukan negara dan menutup operasi syarikat yang seusia umur UMNO.

Malayan Airways ditubuhkan pada 1 Mei 1946 dan UMNO pada 11 Mei 1946. MAS membawa imej Malaysia bukan membawa imej Asia.

Kerugian Mas dikatakan meningkat kepada tahap paling tinggi iaitu 65 peratus. Kelmarin Khazanah bersedia untuk menyuntik 6 bilion dan pengstrukturan semula akan melibat 6 ribu tenaga kerja bakal dikurangkan

Usaha menyelamat kan MAS adalah usaha bijak dan wajib dilakukan. MAS adalah syarikat penerbangan yang unggul dan berprestasi tinggi.  Tak kala syarikat penerbangan lain yang lebih besar dan hebat pun boleh berkubur dan bankrap MAS masih gagah terbang ke seluruh 60 destinasi dunia dengan penuh bergaya.

"Biasa lah, persaingan syarikat penerbangan amatlah hebat."

Wujudnya pesaing tempatan yang membawa imej Asia sememangnya dilihat telah menjejaskan pendapatan MAS.

Entah apa silapnya semua penerbangan warrant kerajaan telah berpindah kepada syarikat lain. Hari ini dengan suntikan dana baru sebanyak 6 bilion diharapkan semua penerbangan menggunakan warrant kerajaan wajib di kembalikan hak kepada MAS.

Isu penjualan minuman keras juga kini menjadi topik perbincangan hangat. Ramai yang memberi pandangan supaya MAS menghentikan menghidang atau menjual minuman keras kepada penumpang.

Kita kena faham, Mas bersaing di peringkat antara bangsa, penumpang yang menaiki pesawat akan memilih syarikat yang memberi layanan terbaik. Jika MAS tidak menjual atau menghidang kan minuman keras maka jumlah penumpang antara bangsa akan merudum. Kerugian akan terus meningkat.

Jadi, untuk penerbangan yang jauh melebihi 5 jam penerbangan,  penjualan minuman keras tidak wajar dihentikan.

Isu minuman keras dalam pesawat adalah isu kecil dan fokus MAS ialah persaingan dan mencari formula terbaru untuk meyakinkan semula potensi pelanggan selepas kejadian MH 370 dan MH 17.

Point utama di sini ialah KEMBALIKAN HAK PENERBANGAN KAKITANGAN KERAJAAN YANG MENGGUNAKAN WARRANT KEPADA  MALAYSIAN AIRLINES SYSTEM YANG TELAH BERPINDAH KE SYARIKAT LAIN!!!!!

Khamis, 28 Ogos 2014

PPID Platform Promosi Perak Di Peringkat Antarabangsa

Kerajaan Buat Bancian Semula Elak Penduduk Teraniaya

Penipuan Syarikat iTune.


April 24th, 2011 |




Saya Zainal ingin membuat aduan tentang penipuan yang dibuat oleh Syarikat iTUNE Management (M) Sdn Bhd. terhadap orang ramai.

Pada 20/11/2010 saya telah membeli ITUNE PACKAGE VIP dengan harga $689.00 (Malaysia Ringgit) dan dijanjikan dengan pekej penginapan di Primula Beach Resort dari 18/12/2010 hingga 21/12/2010 di Kuala Terenganu tapi malangnya pihak iTUNE tidak menepatinya.

Saya rasa saya ditipu dan saya telah membuat Repot Polis di Balai Polis Malim Melaka pada 28/12/2010 dan dirujuk kepada pegawai penyiasat dibagian Penyiasat siasatan Jenayah Komersal IPD Melaka Tengah dan dirujuk pula kepadaTribunal Tuntutan Pengguna Melaka.



Pada 18/1 2011 saya ke Tribunal Tuntutan Pengguna membuat laporan dan pegawai berkenaan menyuruh saya menghantar surat perbicaraan kepada Syarikat iTune seperti alamat yang tercatat pada iTUNE kad menggunakan AR akuan terima. Tapi malang sekali surat berkenaan tidak sampai kepada Syarikat kerana Pihak Pos mengatakan Pejabat Syarikat telah berpindah.

Pada 31/01/2011 saya pergi ke Surahanjaya Syarikat Malaysia Melaka dan mendapatkan maklumat Syarikat berkenaan dan alamat terkini dan sekali lagi saya telah menhantar surat Panggilan Perbicaraan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna di alamat yang saya dapati dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Surat panggilan Perbicaraan tersebut diterima pada 10/02/2011 oleh Syarikat berkenaan dan menalipon pihak Tribunal menangguhkan perbicaraan ia itu dari 10/02/2011 kepada tarikh 17/02/2011. Pada hari perbicaraan tersebut pihak iTUNE tidak hadhir tampa alasan dan pihak Makamah melalui Tuan Hakim Pretam Singh A/L Darshan Singh dan telah menjatuh hokum dengan pihak iTUNE mesti membayar balik kerugian saya sebanyak RM689.00 bertarikh 17/02/2011.

Saya amat gembira dengan keputusan Makamah Tribunal Tuntutan Pengguna. Saya terus menunggu tetapi kerugian saya masih tidak dikembalikan oleh Syarikat iTUNE. Pada 17/03/2011 saya melihat Syarikat berkenaan masih meneruskan perniagaan menipu orang ramai. Ramai lagi orang tertipu seperti saya. Oleh kerana pihatin saya telah ke Pejabat Perdagangan Dalam Negeri ,Koperasi dan Penggunaan Melaka untuk membuat aduan tetapi pihak penerima aduan mengatakan mereka tida kuasa untuk memberhentikan kegiatan Syarikat berkenaan.

Oleh kerana saya tidak berpuas hati dengan jawapan berkenaan saya ke Pejabat SPRM bertujuan untuk mengetahui siapa perlu saya membuat aduan,ternyata saya diperlakukan seperti bola yang ditendang kesana dank e sini tampa kesudahan. Pada 23/4/2011 saya ke Pasaraya Tesco Melaka sekali lagi dan saya masih lagi melihat aktibiti Syarikat berkenaan Menipu orang ramai tampa rasa bersalah.

Saya tidak tahan melihat orang ramai tertipu, saya mengambil tindakan berjumpa dengan Pihak Pengurusan Tesco Melaka dan memaklumkan kepadanya supaya syarikat ini tidak menjalan perniagaan penipuan terhadap orang ramai dan menunjukan bukti sebagaimana diri saya terkena. Selepas itu saya sekali lagi ke Balai Polis Malim Melaka untuk membuat laporan tapi malangnya pihak polis mengatakan polis tidak ada kuasa melainkan pihak Perdagangan dalam Negeri yang bertindak.

Dari apa yang saya terima patutlah orang ramai kurang percaya kepada kerajaan yang mengatakan Rayak Dihadulukan Pencapaian di Utamakan. Terang terang kemungkaran dan penipuan berlaku tiada siapapun pegawai kerajaan berkenaan tampil mengambil tindakan. Maka senang –senanglah musang berbulu ayam menipu orang ramai dan kalau nak diambil tindakan pun dicari masa yang Glamour supaya ada menteri ataupuan pihak TV.

Saya sangat sangat berharap pihak Aduan Rakyat menyiasat supaya orang ramai dari terus menjadi mangsa.

By: Zainal

Isnin, 25 Ogos 2014

SEMALAM DALAM SEJARAH......

Tanggal 24.8.2014 satu majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Dan penyampaian bantuan telah diadakan oleh Parti PAS Cawangan SG Relong Kamunting.Jamuan itu dihadiri oleh para ahli dan penerima bantuan termasuk ADUN DAP.Tujuan utama kehadiran ADUN DAP terse but adalah sebagai mewakili AHLI PARLIMEN TAIPING bagi menyampaikan bantuan kepada penerima bantuan yang majoritinya penduduk kg Sg Relong.Adakah kehadiran ADUN DAP ini kerana ingin membalas jasa semasa PRU 13 dulu dimana PARTI PAS menerima bantuan daripada DAP sebanyak RM 10K.ADAKAH bantuan yang diterima ini pun hasil sumbangan DAP juga? Saya harap penerima bantuan dapat menyemak dari mana datangnya sumbangan ini.Jangan pandang remeh sebab perkara ini melibatkan darah daging. Suatu ketika dulu PARTI PAS pernah mengeluarkan satu fatwa Bahawa UMNO itu kafir kerana bekerjasama dengan MCA DAN GERAKAN.Sekarang kalau PARTI PAS bekerjasama dengan DAP bukankah itu pun boleh dikirakan kafir seperti fatwa yang dikeluarkan oleh PARTI PAS itu sendiri.Maka PARTI PAS itulah yang lebih kafir dari UMNO kerana sanggup jual agama ISLAM demi kepentingan politik.

Jumaat, 22 Ogos 2014

Zuraida sokong peralihan kuasa di Perak 2009 ada betul dan tolak PRN Selangor

Kongres AMK Kecoh : Sembilan Exco Keluar Dewan

Nik Nazmi dimalukan oleh ahli parti dalam konvensyen hari ini



Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berdepan saat getir apabila sembilan daripada 20 ahli exconya bertindak meninggalkan dewan sebaik dia memulakan ucapan sulungnya di penghujung Kongres Tahunan sayap parti itu hari ini.

Mereka tidak puas hati kerana Nik Nazmi akhirnya memegang jawatan itu selepas mengalahkan Amiruddin Shari and Mohd Nazree Yunus dalam pemilihan parti sedangkan keputusan undi tidak rasmi sebelum ini mengatakan Amiruddin menang dengan majoriti tipis.

Mengikut keputusan rasmi, Nik Nazmi yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia mendapat 4,509 undi sementara Amirudin yang juga Adun Batu Caves memperolehi 4,259 undi. Nazree, naib ketua Pemuda PKR sebelum ini, hanya hanya meraih 2,213 undi.

Nurul Izzah wajar kosongkan kerusi Lembah Pantai


Semua sedia maklum bahawa Nurul Izzah telah memohon maaf kepada lawannya dalam PRU 13 lalu iaitu Raja Nong Chik. Permohonan maaf Nurul dibuat di dalam kamar mahkamah di hadapan hakim.

Permohonan maaf telah diterima dengan baik oleh Raja Nong Chik. Nurul sewaktu berkempen telah memfitnah kononnya Raja Nong memiliki tanah secara tidak sah pada sidang media 4 Mei 2013 dalam usaha mencari undi untuk mempertahankan kerusi Lembah Pantai

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengemukakan kenyataan maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi kelmarin. setelah saman dibuat oleh Nong Chik  berhubung kenyataan fitnah yang didakwa dikeluarkan Nurul Izzah berhubung pembelian tanah di Bukit Kiara.

Sehubungan fitnah tersebut, ia telah membantu Nurul Izzah menewaskan calon BN pada tahun lepas.

Oleh itu Nurul wajar mengosongkan kerusi tersebut setelah menyesal menfitnah lawan dalam kempen pilihan raya lalu. SPR diharapkan merujuk keputusan ini dan perundangan negara adakah layak Nurul Izzah dilucutkan hak sebagai MP Lembah Pantai selepas mengaku bersalah.

Khamis, 21 Ogos 2014

Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Selamat Digunakan:- Datuk Abdul Aziz ...

20140820 Raja Komando ngamok sakan dengan Anwar

Tragedi MH17 : Sultan Perak Cemar Duli Sambut Tiga Jenazah Di LTSAS Ipoh...

Rumah Terbuka Dun Kamunting dan UMNO Bahagian Taiping Meriah!

Naib Ketua Pemuda UMNO Taiping Sdr. Effendi Menyambut tetamu tetamu yang hadir.

Dato Ketua Bahagian dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Taiping

Ketua Pemuda dan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Taiping.

Timbalan Ketua Bahagian Sdr. Ton Zailani (i'm Blogging This katanya)

YB Zahir Khalid Adun Kamunting dan Naib Ketua UMNO Bahagian Taiping

Antara Tetamu tetamu yang hadir bersama Ketua Pemudi Umno Bahagian Taiping.

Timbalan UMNO Bahagian Bagan Serai Turut hadir bersama dengan Pegawai Khas Datuk Ketua Bahagian.
Gambar gambar sekitar kejadian.
Rumah terbuka sama seperti tahun tahun yang lalu diadakan di Dewan MPT Kamunting.

Melaporkan untuk TM
Muzamir Ismail


Rabu, 20 Ogos 2014

Gunakan Hukuman Paling Maksimum Keatas Pencuri Kabel Dan Peralatan Telek...

Tragedi MH17: Empat Jenazah Mangsa Diterbangkan Ke LTSAS Ipoh

Apa punya bangang Meloyakini....



Ulasan ini adalah dipetik dari facebook yang ditulis oleh Samsuddin Nawawi ( Dato) dari Pahang.  Setelah diamati memang TM setuju dengan komen Dato kerana Mariam Mokhtar kolumnis  Malaysia kini menyamakan Wan Azizah denagn DS Rosmah Mansor. 

Hampir hendak pengsan gelak punya pasal apabila membaca article Malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/columns/271928 yang ditulis oleh Mariam Mokhtar mencari justifikasi mengapa Wan Azizah layak menjadi MB Selangor.

Apa ke bodohnya si meriam ini menyamakan Wan Azizah dgn FLOM Rosmah Mansor.Rosmah Mansor itu isteri PM. Wan Azizah itu isteri Anuwar yg tergantung hukuman penjara Sungai Buluh.
Budak meriam ini agaknya bukan peminat Azhar Idrus kot?
Ramai juga jenis belacan ni menjadi columnist di Malaysiakini ye?Like



"The people who doubt Dr Wan Azizah Wan Ismail’s suitability as Selangor menteri besar (MB) and who claim that Malaysia is not ready to accept a woman to govern either the state, or the nation, are wrong. Step forward, the self-appointed ‘First Lady of Malaysia’ (FLOM), Rosmah Mansor."


Apa lah punya bangang, isteri perdana menteri tu jadi MB Pahang kah? 

Langkah Kajang Sangat Bahaya

Perancangan strategik oleh PKR yang dinamakan Kajang Move dilihat satu serangan terhadap keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.  Ia bukan sahaja boleh menyebabkan kecelaruan politik tetapi negara boleh hancur seperti yang berlaku pada tahun 1997/98 di mana negara hampir bankrup.

Oleh itu satu laporan polis boleh dibuat oleh setiap rakyat Malaysia yang sayangkan tanah air ini untuk mendesak pihak yang berwajib seperti polis dan hakim negara untuk menyiasat kewujudan dokumen sulit Langkah Kajang yang dibuat oleh PKR.


Selasa, 19 Ogos 2014

Salleh minta pihak berkuasa pantau penghasut di Sabah

Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah  Datuk Seri Salleh Tun Said meminta pihak berkuasa memantau kegiatan individu dan kumpulan tertentu yang menggunakan media sosial untuk menghasut rakyat membawa
Sabah keluar dari Malaysia.

Beliau berkata fahaman ekstrim berkenaan yang dibawa oleh pihak tertentu menerusi Facebook dan Twitter itu amat berbahaya dan boleh menggugat kestabilan dan mengancam keselamatan negara.

"Saya lihat di Sabah ini, melalui 'posting' dalam Facebook, Twitter dan lain-lain, ada usaha kumpulan dan individu tertentu menanam semangat (supaya) Sabah keluar dari Malaysia," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Penerangan di Wisma Dang Bandang di sini hari ini.

Salleh, yang juga Timbalan Ketua Perhubungan Umno Negeri, mendakwa individu atau kumpulan ini menggunakan istilah 'self determination' yang menjurus kepada mempersoalkan pembentukan Malaysia serta mempertikaikan kewujudan Malaysia selepas Singapura tidak lagi berada dalam Persekutuan.

Katanya ada juga 'suara' yang mengajak rakyat untuk mengibarkan bendera Sabah sahaja dan tidak Jalur Gemilang, mempersoalkan kontrak pembentukan negara serta ingin membawa isu-isu Sabah ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Salleh berkata slogan dan suara-suara seperti itu boleh menanamkan semangat benci, memberontak dan pengkhianatan kepada negara.

Justeru, beliau meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan polis mengambil tindakan tegas terhadap individu atau kumpulan yang menggunakan media sosial untuk menanam semangat benci, memberontak dan pengkhianatan kepada negara.

-- BERNAMA

Sekolah Demokrasi?

Anak-anak melayu yang lupa sejarah asal usul kini berada diaras yang membahayakan.  Mereka akan menjual negara tanpa ada rasa bersalah.






Isnin, 18 Ogos 2014

Bunga Reflesia Ditemui Di Hutan Batu Kurau

Batu Kurau sebelum ini terkenal dengan buah durian traditional yang mempunyai bau yang kuat. Kali ini kejutan dan penemuan terbaru ialau bunga Reflesia yang biasanya ditemui di hutan simpan Sabah.

Mengikut cerita pencari hasil hutan, pokok bunga gergasi atau dikenali dengan nama bunga pakma boleh ditemui di hutan sempineh yang jauh daripada kediaman manusia.

Kelmarin En Abd Manan dan rakannya pemilik teratak resort afrina dari Kampung Perak telah membuat satu aktiviti trekking pencarian Reflesia dan ianya berjaya menemuinya untuk dibuktikan kepada dunia bahawa di hutan tersebut mempunyai spesis yang jarang ditemui di dunia.

Sempineh juga terkenal dengan gunung batu kapur yang mempunyai gua kelawar, gua sanding dan batu ikan kurau. Pada 30 Ogos ini akan diadakan satu pertandingan MTB peringkat antara bangsa di situ.





LIM GUAN ENG ADA POLIS SENDIRI.

Lantang kritik kerajaan negeri, aktivis sosial dakwa diserang PPS
Utusan Online - Dalam Negeri / 1 hours ago

Oleh AZHARI ZAINOODDIN

PULAU PINANG 18 Ogos - Niat murni seorang aktivis sosial mengkritik dasar dan pelan tindakan kerajaan negeri yang dilihat tidak menyebelahi rakyat memakan diri selepas dia diserang sekumpulan lelaki yang dipercayai merupakan anggota Skuad Peronda Sukarela (PPS) dalam satu kejadian di Bandar Baru Air Itam di sini malam tadi.

Aktivis berkenaan, Ong Eu Soon, 51, berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, dia yang menghadiri majlis makan malam tokong Cina tiba-tiba didatangi sekumpulan kira-kira 10 lelaki yang sebahagiannya memakai pakaian seragam PPS.

"Kumpulan berkenaan bertanya siapa Ong Eu Soon kepada saya dan lantas saya bertanya mengapa mencari lelaki berkenaan.

"Dalam cuba mendapatkan kepastian itu, tiba-tiba ada seorang daripada mereka terus menyerang saya dari belakang. Mereka memukul sehingga menyebabkan saya mengalami kecederaan di bahagian kiri muka berhampiran mata," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Visit website

Kemalangan : Exora terbalik.

Kejadian berlaku di hadapan Kem Ranger padang esplanade Taiping lebih kurang jam 7 pagi.

Pelanggaran 2 buah kenderaan antara proton exora dan proton wira. Kedua dua kenderaan dari arah bertentangan telah berlanggar dan menyebabkan proton exora terbalik.

Kedua dua pemandu dalam perjalanan ke tempat kerja telah mengalami kecederaan yang amat serius.

Keadaan jalan yang agak sempit dan sesak di waktu pagi juga antara faktor kemalangan berlaku.

Berhati hati di jalan raya.

Muzamir b. Ismail melaporkan untuk TM.

Ahad, 17 Ogos 2014

UFB - Nasihat MAS Henti Hidang Arak

Malaysia in 1970

Tahniah Pas Pusat dan Pas Selangor




Pas tidak bercadang untuk menjadi menteri besar, pas juga tidak lagi menyokong Khalid Ibrahim, Pas sebulat suara menyokong Wan Azizah atau Azmin Ali untuk menjadi menteri besar Selangor yang baru bagi menggantikan Khalid.

Sebelum ini Pas Pusat bersetuju untuk mengekalkan Khalid dan berharap sokongan padu oleh 15 adun Pas.

Desas desus Pas akan buat U-turn dan menyokong tindakan Anwar hari ini menjadi kenyataan. Semalam dua adun Pas Selangor yang membuat pendirian menentang Pas pusat dengan menyokong Azizah mengugut akan membongkarkan rahsia sulit dan penyelewangan pemimpin Pas sekiranya tindakan diambil oleh Pas Pusat sekiranya memecat atau mengambil tindakan terhadap mereka berdua.

Kepada ahlul Pas yang tidak bersetuju dengan tindakan Pas pusat menyokong Azizah hendaklah berlapang dada kerana Pas akan terus membelakangkan kepentingan dan keutamaan perjuangan Islam.

Pas akan kekal menjadi tulang belakang Pkr dan Dap yang bersifat sekular dan sosialis. Nampaknya laungan Islam hanyalah tidak ubah seperti lagu raya. Lagu raya seperti lagu yang dinyanyikan oleh Fazidah Joned akan terus menjadi popular untuk seribu tahun lagi namun ianya hanya untuk hari raya sahaja.

Sabtu, 16 Ogos 2014

Saya Dipecat Kerana Isu Anwar, Kata Hasan Ali (ualangtayang)

ANWAR IBRAHIM ADA 30 AHLI PARLIMEN LOMPAT PARTI in B&W





Dahulu dia kata sudah ada 30 MP dari BN menyokong beliau dan bersiap untuk keluar parti dan bersama beliau membentuk kerajaan baru , hari ini Jijah juga kata dia ada 30 Adun yang menyokong beliau untuk membolehkan beliau menjadi menteri besar Selangor, tetapi dia bodoh sebab undang-undang tubuh kerajaan negeri hanya membenarkan seorang lelaki muslim sahaja menjadi MB.

Sidang Media Dato' Seri Anwar Ibrahim 18/09/2008 2.30pm Bhg1





sebaik saja menang PRK P44, Anwar membawa usul undi tidak percaya kepada Pak Lah. Anwar lupa jasa Pak Lah yang membebaskan beliau dari penjara setelah 6 tahun dipenjarakan. Kini beliau menggunakan Wan Azizah untuk sekali lagi mengadakan undi tidak percaya kepada Khalid Ibrahim. Khalid bukan lah  MB Umno tetapi MB Pkr..Ini lah sikap haram jadah ANwar

Jumaat, 15 Ogos 2014

Nama Baru Pengganti Wan Jijah Dikenal Pasti

Nam Wan Jijah yang dicanangkan oleh sang suaminya sebagai menteri besar ini di ganti dengan nama lain.

Adun Pkr Ijok Dr Idrus bakal menggantikan Khalid Ibrahim. Pkr berharap ia akan mendapat perkenan istana dan mendapat sokongan Pas.

Pas kini dilihat sudah tawar hati untuk terus bersama Anwar dan Lim anak beranak.

Kita semua maklum kekuatan Pkr di Selangor hanyalah bersandarkan kepada Pas. Pkr tidak mampu menang besar jika tanpa bantuan Pas.

sekiranya Pas keluar dari bekerjasama dengan Pkr, nescaya Anwar tak mampu menang walaupun satu kerusi.

Dap hanya jadi Pak Turut, tetapi seperti yang pernah dilakukan oleh Lee Kuan Yew, mereka akan minta kerusi Pm sekiranya jumlah pengundi dan Penduduk cina melebihi melayu.

Jika 1965, Tunku Abdul Rahman mampu terajang Singapore keluar dari Malaysia,  tetapi tidak kali ini.

Pemimpin Pas dahulu tidak tahu cerita perselisihan Lee dan Tunku dengan mudah menuduh Tunku menjual Singapore kepada Cina.

Apakah Pas masih percaya kepada Dap dan Pkr lagi?

Pas huru hara kerana Anwar

Berkaitan dengan krisis menteri besar Selangor, sila baca dan analisa sendiri.




Khamis, 14 Ogos 2014

Pusat Rekreasi Lubuk Timah Berpotensi Jadi Destinasi Tarikan Pelancong K...

Perak dan Malindo Air Bincang Jadikan Ipoh Sebagai Persinggahan Penerbangan

Kontraktor Tempatan Perlu Dipertimbang Laksana Projek Kerajaan Pusat Ela...

Undang2 Tubuh Selangor hanya untuk Lelaki Islam jadi MB bukan wanita, tak reti bahasa kah?

Wan Azizah iktiraf dirinya MB Selangor

SUBANG 14 Ogos - Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail hari ini mengumumkan beliau mendapat sokongan penuh majoriti ADUN Selangor untuk menjadikannya sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut Azizah, jumlah majoriti tersebut selepas mengambil kira dua ADUN PAS Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) bersama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.

"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

"Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru," katanya.

Jelasnya, beliau kini layak menjadi menteri besar setelah mendapat sokongan majoriti mudah ADUN Selangor. - Rakyat News

Rabu, 13 Ogos 2014

Desak Hakim Siasat Kenyataan Menghina Mahkamah

Beberapa NGO termasuk dua bekas Ketua Polis Negara lantik peguam hantar surat mendesak Ketua Hakim Negara siasat kenyataan Peguam DS Anwar Ibrahim, N Surenderan yang disifatkan menghina sistem kehakiman negara-Rakyat News

Pecat Exco Adalah Sah dan Ikut Peraturan

TS KHALID di PC lepas mesyuarat Exco kata pemecatan 5 Exco PKR dan DAP (tolak Rodziah  sekarang di luar negara) SAH DAN DIPERKENAN SULTAN-Agendanews

MB Khalid jelaskan Exco DAP dan PKR dipecat kerana buat kenyataan tak ada sebarang hubungan dgn MB.Hanya akan dengar arahan parti mereka -Agendanews

SULTAN SELANGOR balas surat mohon perkenan pecat Exco PKR dan DAP dalam masa 2 jam semalam.TS Khalid kata belum bincang lantikan Exco2 baru-Agendanews

MACAM mana status 'MB Bebas'? TS Khalid jawab kena ingat Pakatan Rakyat juga bukan badan berdaftar.Exco PKR + DAP diminta kosongkan pejabat-Agendanews

PERSURUHJAYA PAS Selangor yang juga Exco,Iskandar Samad kata PAS masih dengan Pakatan Rakyat.PAS akan keluar jika ADUN UMNO dilantik Exco-Agendanews

KATA Iskandar lagi PAS tak akan tuntut ADUN2 PAS dilantik Exco.PAS buat pengorbanan agar rakyat tak rugi.Hadapi risiko dituduh khianati PR-Agendanews

Presiden PAS menolak Datuk Seri Wan Azizah Sebagai MB Selangor


Datuk Seri Hj Hadi Awang ketika dihubungi oleh wartawan Harakah pagi tadi menyatakan  Wan Azizah tidak layak menjadi MB Selangor bagi mengantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

" Wan Azizah tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor kerana tiada pengalaman mentadbir kerajaan dan dikhuatiri setiap keputusan yang dibuat akan dipengaruhi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sepertimana yang terjadi sebelum ini. Bagi seorang wanita seharusnya menjadi  pedamping kepada suaminya mengikut ajaran islam dan begitu banyak kelemahan Wan Azizah terserlah ketika menjadi wakil rakyat. Malah menurut Presiden PAS itu, tugas-tugas  Menteri Besar  adalah penting kerana ia turut menjadi penasihat Agama Islam kepada DYMM Tuanku dan tidak boleh digalas oleh seorang wanita. Beliau turut dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS berkaitan tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim menghantar borang permohonan menyertai PAS semalam ".

     " Sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat, PAS mempunyai pendirian yang tetap dan keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada Majlis Syura Ulama.  PKR tidak boleh menggunakan kuasanya bagi memutuskan siapa yang layak menjadi MB Selangor sepertimana yang diputuskan oleh Anwar Ibrahim baru-baru ini. Presiden PAS turut berpendirian bahawa telah mempunyai calon dikalangan pemimpin PAS Selangor yang layak dilantik menjadi Menteri Besar Selangor memandangkan PAS memiliki 15 kerusi DUN tetapi Anwar Ibrahim masih tetap meletakan Wan Azizah".

       Mengulas spekulasi Calon MB Selangor dari kalangan pemimpin PAS,    "Senarai nama calon akan diputuskan melalui Majlis Syura Ulama dalam masa terdekat. Keputusan Anwar Ibrahim juga bersifat peribadi dan beliau mengakui telah menerima kunjungan daripada Anwar Ibrahim pada hari Isnin lalu tetapi tetap menolak hasrat supaya Wakil Rakyat PAS Selangor menandatangani Akuan Bersumpah berhubung isu pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim. Kesal dengan pergolakan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat yang menunjukkan kegagalan Anwar Ibrahim menyelesaikan kemelut politik bermula dari pemilihan PKR hingga berlakunya pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim".

    " Kesal selaku pemimpin yang lama setiap keputusan  Anwar Ibrahim dipengaruhi  oleh Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution yang dilihat sebagai budak hingusan dan banyak mendatangkan masalah kepada Pimpinan Pakatan Rakyat. Kedua-dua mereka ini merupakan mentor kepada Anwar Ibrahim termasuk memulakan Langkah Kajang lalu yang turut memusnahkan kesepatakan Pakatan Rakyat yang terjalin selama ini ". - Harakah

NOTA KAKI
Oleh kerana ini isu Pas, maka artikel ini boleh dipercayai

Khalid Move musnahkan Kajang Move ( Zainuddin Mydin)



SUATU persefahaman tersirat selama ini antara Pas dan UMNO ialah; kedua-duanya tidak dapat menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM). Penolakan UMNO kerana dia seorang homoseksual telah lama diketahui umum tetapi penolakan Pas hanya baru diketahui sekarang.

Krisis dalam Pakatan Rakyat yang berpunca daripada Khalid Move membantah penyingkirannya sebagai Menteri Besar (MB) telah membuka pandora box yang mendedahkan pekung dan paling menggemparkan sekali ialah Pas tidak bersetuju Anwar menjadi PM malah sedia menerima bekas pemimpin besar UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.

Ini adalah antara lain rahsia dalaman yang didedahkan oleh Setiausaha Agung, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam interviu dengan wartawan The Sunday Star, Shahanaaz Habib yang perlu dibaca oleh semua peminat politik tanah air. Di antara yang didedahkan ialah:

Sebulan sebelum Pilihan Raya Umum 2013, Pas menemui pemimpin-pemimpin PKR dan memberitahu mereka tidak setuju Anwar sebagai PM kerajaan Pakatan Rakyat, walhal sejak enam tahun sebelumnya telah bersama dengan PKR dalam majlis-majlis ceramah di atas pentas yang sama.

Kegagalan mendapat persetujuan ini menyebabkan Pakatan Rakyat hanya dapat mengumumkan pembahagian kerusi dan tidak bakal PM.

Dalam masa sama, Pas juga menemui Tengku Razaleigh dan memintanya untuk bertanding sebagai calon Pas untuk menjadi PM. Ini adalah gelombang yang tidak diketahui rakyat dalam masa Pilihan Raya Umum 2013.

Sekarang barulah saya tersedar rupa-rupanya poster gergasi Pakatan Rakyat gambar besar Anwar sebagai PM dalam Pilihan Raya 2013 sebenarnya tidak direstui Pas (saya melihatnya di Tikam Batu, Kedah).

Bagaimanapun sekiranya PR menang, maka PKR boleh mendakwa poster gergasi itu membantu kemenangannya, kerana Anwar dijanjikan sebagai PM. Dengan itu DAP dan PKR boleh memaksa Pas menerima Anwar sebagai PM.

Dalam masa sama, suara Pas Harakah yang dikuasai oleh Anwarinas telah memperkecilkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan mempromosikan bahawa beliau hanya mahu menjadi nelayan.

Anwar memang memandang rendah Abdul Hadi kerana tidak boleh berbahasa Inggeris dengan baik.

Sewajarnya sekarang, rakyat terutama orang Pas insaf dan sedar bahawa kasih sayang yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Anwar hanyalah kasih palsu semata iaitu "di depan cakap lain, di belakang cakap lain," kata Saifuddin. Kasih sayang itu hanya atas persefahaman antara Nik Abdul Aziz dan Anwar untuk membalas dendam pada UMNO.

Tetapi Allah maha kuasa, Khalid Move telah mendedahkan nilai yang sama antara Pas dan UMNO, iaitu tidak dapat menerima Anwar dari segi moral untuk menjadi PM, menolak homoseksual sebagai pemimpin tertinggi negara. Jika bukan kerana ini, apalagi sehingga sanggup menerima Tengku Razaleigh dari UMNO untuk jadi PM.

Maka itu Kajang Move atau "Langkah Kajang" diperlukan sebagai strategi Anwar untuk menjadi PM kerana sekiranya boleh menjadi Menteri Besar maka tidak ada alasan lagi atau tidak logik bagi Pas untuk menolaknya sebagai PM.

Maka itu jugalah Kajang Move tidak dirundingkan lebih dahulu dengan Pas kerana seperti kata Saifuddin kepada The Sunday Star - "So when people ask why we didn't seek consensus,tell me how we can do that because you can't even agree on Anwar as the choice for PM".

Semoga Khalid Move yang mendedahkan persetujuan dan persamaan nilai dalam perkara moral antara Pas dan UMNO ini, akan membuka laluan yang lebih besar bagi kerjasama kedua parti itu di masa akan datang yang tidak seharusnya dititik beratkan atas soal Melayu dan Islam tetapi atas kepentingan moral dan integriti rakyat Malaysia berbagai kaum dan agama.

Dalam pada itu, saya mengangkat topi pada saudara Saifuddin kerana bercakap secara terus terang mendedahkan masalah dalaman PR khususnya mengenai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim demi untuk mengawal kemusnahan (Damage Control) lebih besar, kerana percaya jika Abdul Khalid terus menjadi MB maka Pakatan Rakyat pasti akan kalah.

Pada peringkat ini Khalid Move telah pun memusnahkan Kajang Move dan membawa malapetaka yang besar kepada PR.

Tan Sri Zainuddin Maidin ialah bekas Menteri

Penerangan.

Oleh Zainuddin Maidin

Masak : Anwar di saman lagi

Hari ini 13 Ogos Mohd. Saiful Bukhari Azlan menyaman Anwar Ibrahim RM50 juta kerana menuduh nya memfitnah, berkonspirasi dengan buat laporan polis kejadian liwat.

4 Exco Pas masuk mesyuarat

Empat exco Pas dikesan memasuki bilik mesyuarat bersama menteri besar Selangor, Enam exco Pkr dan Dap yang digugurkan masuk ke bilik masing-masing untuk melaksanakan tugas mereka mungkin untuk hari yang terakhir.

Kemungkinan juga kehadiran mereka ialah untuk mengemas dan mengosongkan bilik mereka.

Sebelum ini ada desakan dari Pkr dan Dap supaya semua exco hadir bekerja seperti biasa tetapi tidak boleh masuk mesyuarat.  Mereka juga menyeru agar ke empat-empat exco Pas supaya turut memboikot mesyuarat pagi ini.

Pkr dan Dap menyatakan penyingkiran 6 exco itu tidak sah dari sudut undang-undang dan peraturan. Hanya penyingkiran Khalid sahaja yang dianggap sah dan mengikut peraturan.


NASIHAT KEPADA TAN SRI KHALID IBRAHIM DAN PAS



Nasihat saya kepada Tan Sri Khalid supaya melakukan segera perkara-perkara berikut:

1. memecat dengan serta-merta Anwar Ibrahim daripada jawatan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dan mengarahkan Anwar mengosongkan serta-merta pejabat PENS dan membawa bersamanya kesemua kakitangan yang ada;

2. memecat serta-merta kesemua anggota Exco Kerajaan Negeri daripada PKR-DAP;

3. memecat serta merta Saifuddin Nasution Ismail daripada jawatan Penyelaras Perhubungan Kerajaan Negeri dan PKR dan mengarahkan beliau mengosongkan pejabat dengan serta-merta;

4. memecat serta-merta kesemua Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurus Besar dan Ahli Lembaga Pengarah daripada parti PKR-DAP didalam kesemua GLC, Perbadanan dan syarikat milik atau yang dikuasai oleh Kerajaan Negeri Selangor;

5. melantik sekurang-kurangnya tambahan 6 orang lagi ADUN PAS menjadi Exco Kerajaan Selangor, ini akan menjadikan Exco Selangor mantap dan kuat dengan 10 anggota Exco;

6. apabila Dewan bersidang nanti, memecat Speaker dan kedua-dua Timbalan Speaker daripada DAP-PKR dan melantik seorang yang bukan ahli parti, seperti bekas Hakim Mahkamah Persekutuan atau yang setaraf dengannya sebagai Speaker DUN yang baru,

7. memberi surat tunjuk sebab kepada semua Ahli Majlis PBT daripada DAP-PKR menyatakan mengapa mereka tidak harus dipecat kerana menyokong pendirian parti mereka DAP-PKR memecat Tan Sri Khalid. Jika mereka masih menyokong DAP-PKR, maka kesemua Ahli Majlis PBT tersebut wajib dipecat serta-merta;

8. Kesemua jawatan Ahli Majlis PBT yang dikosongkan itu hendaklah diisi oleh ahli-ahli PAS atau aktivitis masyarakat yang bersesuaian;

9. mengadakan pertemuan segera dengan kesemua ADUN PAS Selangor dan pimpinan PAS Negeri dan Pusat untuk memastikan kelancaran pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

10. mendedahkan kepada rakyat, jika ada, kesemua projek atau habuan kewangan yang telah, sedang dan dalam proses diperolehi dan atau diberikan kepada Anwar Ibrahim, kroni atau ahli keluarganya, atau pimpinan dan ahli PKR-DAP serta kaum keluarga mereka.

Kepada Datuk Nik Aziz, Datuk Seri Hadi Awang, dan kepimpinan PAS, saya mendoakan supaya istiqomah dalam keputusan menyokong Tan Sri Khalid. Saya mendoakan supaya mereka dihindari dan dijauhi daripada fitnah, tipudaya, pembohongan dan putarbelit daripada PKR-DAP dalam keputusan mereka mempertahankan Tan Sri Khalid.

Manakala kepada PAS pula, saya nasihatkan supaya mengambil kesempatan daripada peluang pembentukan Kerajaan Selangor ini dengan menunjukkan kehebatan dan kebaikan pemerintahan Islam. Fahami prinsip Fiqh Awlawiyyah dalam pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan.

Jangan lakukan kesilapan seperti yang telah dilakukan sebelum ini. Pertahan dan perkasakan Islam dan syariat Islam sebagaimana yang ditetapkan Allah didalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah saw; dan jagalah kepentingan dan kebajikan orang Melayu sebagaimana yang telah diperuntukkan oleh undang-undang tanpa menafikan hak atau menzalimi kaum bukan Melayu dan bukan Islam.

Ingatlah, Allah yang memberikan kuasa, dan Allah yang menarik balik kuasa!

Peganglah amanah yang diberikan Allah ini sebaik-baiknya. Jangan jadikan jawatan dan pemerintahan sebagai medan membuat habuan, tetapi jadikan ianya sebagai suatu amanah yang perlu dipertanggungjawabkan dihadapan Allah nanti!

Allah hu akbar, walillah hilhamd!
Wallahhua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
16 Syawal 1435
12 Ogos 2014

Selasa, 12 Ogos 2014

You're Fired!



SENARAI TERBAHARU AHLI EXCO SELANGOR 2014



SPEAKER: Mohd Shafie Bin Ngah (PAS) TIMBALAN SPEAKER: Noor Hanim Binti Ismail (PAS)

MENTERI BESAR : TS Abd Khalid Bin Ibrahim (BEBAS)

PENGERUSI HAL-EHWAL ISLAM, PEMODENAN PERTANAN & PEMBANGUNAN DESA : Sallehen Bin Mukhyi (PAS)

PENGERUSI JK TETAP KERAJAAN TEMPATAN, KAJIAN & PENYELIDIKAN: Abd Rani Bin Osman (PAS)

PENGERUSI JK PENDIDIKAN TINGGI & TANGGUNGJAWAB MODAL INSAN : Dr. Halimah Ali (PAS)

PENGERUSI JK TETAP PELABURAN, PERINDUSTRIAN, PEMBANGUNAN KG BARU & PEMUTIHAN KILANG HARAM: Saari Bin Sungib (PAS)

PENGERUSI JK TETAP KEBAJIKAN & HAL EHWAL WANITA: Dr. Rodziah Ismail (PKR)

PENGERUSI JK TETAP PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN & PENEROKA BANDAR: Iskandar Bin Abdul Samad (PAS)

PENGERUSI JK TETAP KESIHATAN, PEKERJA LADANG, KEMISKINAN & KERAJAAN PRIHATN: Ganapathi Rao a/l Veraman (DAP)

PENGERUSI JK TETAP PELANCONGAN, HAL EHWAL PENGGUNA & ALAM SEKITAR: Mohd Khairuddin Bin Othman (PAS)

PENGERUSI JK TETAP KESIHATAN, PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI : Haniza Binti Mohamed Talha (PAS)

PENGERUSI JK TETAP BELIA & SUKAN, INSFRASTUKTUR & KEMUDAHAN AWAM : Ahmad Yunus Bin Hairi (PAS)

*Senarai Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baharu Ogos, 2014

12 Ogos 2014, Shah Alam, Selangor.

Dap sesak nafas dengan sikap berdiam diri Pas.

Sewaktu permulaan krisis menteri besar Selangor,  Dap begitu lantang mencerca dan menghina Pas, Pas juga dikatakan boleh keluar pakatan jika tidak menyokong Kajang Move dan tidak menyokong perlantikan Azizah.

Kini setelah pihak istanat menolak Azizah dan menolak permohonan mengadap oleh Pkr, Dap dilihat semakin tidak tentu arah. Dap baru sedar akan kepentingan Pas di dalak Pakatan.

Nga dan LGE begitu terdesak dengan situasi di Selangor sekarang.  Ini kerana Pas tidak menyokong perlantikan Azizah sebagai menteri besar Selangor.

Pendirian Pas mudah,  mereka tidak mahu menteri besar wanita lebih-lebih lagi isteri Anwar.  Pas boleh menerima orang lain asalkan bukan wanita dan bukan Azizah.

Oleh itu Dap mendesak agar Pas menjelaskan kedudukan dan pendirian parti itu dengan kadar segera.

Dap mahukan undi Pas dalam mengundi tidak percaya kepada Khalid, bagi membolehkan pengganti Khalid di buat.

Dap sedar bahawa kedudukan Dap dan Pkr semakin lemah di Selangor, ini kerana berita 3 Adun Pkr akan keluar parti dan menjadi adun bebas. Sekiranya Pas dan Umno menyokong Khalid,  bermakna Pkr dan Dap hilang kuasa di Selangor.

Dap sedar kesilapan nya mencerca dan mengugut untuk menyaman ahli parlimen Pas Temerloh memberi impak negatif kepada Pakatan.

Ditambah dengan kegagalan rundingan Anwar - Hadi Awang kelmarin.

Sekian.

Jangan tutup Facebook tetapi tutup Cyber Cafe.




Baru-baru ini Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Ahmad Shabery Cheek mencadangkan untuk mengkaji kewajaran menutup aplikasi Facebook di Malaysia.

Kenyataan beliau menerima impak yang merisaukan ramai pengguna FB yang berjumlah 15 juta orang di Malaysia. Ini ekoran daripada masalah penyalahgunaan aplikasi tersebut untuk menghina pihak lain yang menyentuh sensitiviti agama, budaya dan kaum. Paling menjengkelkan ialah penghinaan kepada ketua negara dan sultan.

Setakat hari ini pihak berkuasa menerima 2000 laporan atau 0.0001% daripada 15 juta pengguna yang menyalahi undang-undang.  Ternyata ia sangat kecil berbanding pengguna facebook tulen yang menggunakan secara berhemah.

Facebook mencetuskan fenomena baru kepada pengguna internet di seluruh dunia dan sehingga kini masih belum dapat dicabar oleh aplikasi lain.

Terdahulu pengguna internet berkomunikasi melalui pelbagai cara seperti yahoo masengger, netscape video call, IRC , Icq, dan bermacam-macam lagi, kini semua  tinggal kenangan dan dilupakan,

Aplikasi yang kekal popular masih milik facebook. Ini kerana aplikasi facebook boleh digunakan pada komputer dan smart phone. berbeza dengan setengah aplikasi lain yang hanya berfungsi dengan smart phone sahaja.

Pengguna komputer yang mempunyai capaian internet semakin meningkat (2010 mencecah 17 juta), pengguna smart phone juga semakin bertambah setiap hari.  Tidak seperti 10 atau 15 tahun lalu pengguna komputer yang mempunyai capaian internet amat kecil.

Dahulu untuk menggunakan internet kos pemasangan talian adalah mengikut jarak jauh, makin jauh semakin mahal. ( semasa menggunakan jaring)

Apabila di perkenalkan talian dail up 1515 oleh Telekom Malaysia, kos internet menjadi sedikit murah iaitu RM1.50 sejam.

Oleh itu Cyber Cafe menjadi pusat maklumat yang digemari oleh pelayar internet walaupun kelajuan nya sangat rendah 14 kbps, kemudian dipertinggkatkan kepada 24kbps, 36kbps dan hari ini mencapai tahap kelajuan tinggi dengan Unify.

Masalah Cyber Cafe

Pusat Cyber mula diwujudkan pada pertengahan 90an dan ketika itu pengguna ke sana untuk berchatting menggunakan IRC, email dan browsing internet. Lama-kelamaan cyber cafe menjadi pusat permainan interaktif , pernah berlaku seorang kanak-kanak sekolah menipu keluarganya kononnya akan menyertai lawatan sekolah dan memohon wang belanja dari ibu bapa tetapi kanak-kanak tersebut dikesan berada di pusat cyber cafe untuk bermain permainan komputer dan berlawan dengan rakan-rakan diluar negara. Makan minum dan mandi disediakan oleh pihak cyber cafe

Kini cyber cafe naik taraf lagi, ia menjadi pusat judi kuda. Sudah ramai anak-anak muda menghabiskan wang PTPTN, wang saku dan wang gaji mereka di cyber cafe alaf baru. Cyber cefe memberikan masalah baru kepada negara. Di Taiping kini terdapat lebih dari 60 buah pusat judi yang berselindung dibawah nama cyber cafee dan pusat rekreasi keluarga. Ia tumbuh bagai cendawan selepas hujan di setiap taman-taman perumahan yang baru.

Di Kamunting terdapat laporan pusat judi ini menyediakan premis untuk menyimpan motosikal pelanggan agar kegiatan mereka sukar dikesan oleh pihak berkuasa.

Dahulu, orang mengunjungi cyber cafe dengan tujuan berkomunikasi, browsing dan email. kini hampir semua pengguna internet mempunyai broadbrand atau capaian internet sendiri samada menerusi talian tetap atau mobil, jadi peranan cyber cafe semakin kecil. Oleh yang demikian cyber cafe kini bertukar menjadi pusat judi.

Cyber cafe boleh dibuka dengan syarat dibawah seliaan dan kawalan pihak kerajaan seperti Jabatan Belia dan Pusat Khidmat Kerajaan atau sebagainya.

Kepada Datuk Ahmad Shabery Cheek. Elokkan ditutup dan diharamkan sahaja pusat judi atau cyber cafe ini kerana ia lebih mendatangkan masalah kepada negara.  Jika semua cyber cafe diharamkan TM yakin mereka yang ingin membuat onar dalam facebook pun akan terhapus dengan sendirinya.



Anwar Ibarat Anjing!!! -Ketua Pemuda Pas Kuala Terengganu





“Apabila melihat kepada senario yang berlaku antara Anwar Ibrahim dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, rasanya sesuai jika peribahasa ‘Bagai melepaskan anjing tersepit“, demikian luahan kemarahan Ketua Pemuda Pas Kuala Terengganu, Ustaz Wan Mohd Faizul Wan Abas di dalam satu kenyataan di media sosial mengulas tentang tindakan Anwar yang dilihat membelakangkan ulamak-ulamak PAS.

Faizul melahirkan rasa kesalnya kerana beliau berpendapat PAS amat konsisten memperjuangkan keadilan, serta mempertahankan semangat setiakawan di antara kedua-dua parti tersebut.

Beliau mendakwa, sebaliknya yang berlaku adalah PAS sering menjadi mangsa di kalangan rakan pakatan rakyat yang menyerang dan menyalahkan PAS apabila timbulnya sesuatu isu.

Di dalam salah satu komentarnya, beliau juga menyifatkan Anwar sebagai manusia yang tidak mengenang budi.

“Di saat dia ditelanjangkan pemerintah ketika itu, pimpinan PAS lah yang balutkan dia pakaian. Ustaz-ustaz, Tok-tok Guru berhujah dengan al Quran dan hadis. Tuan Guru Haji Hadi karang buku Qazaf…tup-tup dia suruh budak-budaknya ‘telanjangkan’ Tok Guru kita… memang ANJING!” TTIMES memetik komen tersebut.

Isnin, 11 Ogos 2014

Selamat buat seketika

Kini Anwar hanya bergantung harap kepada undi tidak percaya dalam dewan DUN Selangor apabila dewan itu bersidang tidak lama lagi.

Episod seterusnya akan lebih menarik.


Ahad, 10 Ogos 2014

Batu Kurau bersama Gaza

Lim Guan Eng Ghairah Akan Wan Jijah

Begitu ghairah nampaknya puak-puak Dap mahukan Khalid mengosongkan kerusi Mb Selangor. Lim Guan Eng bercakap atas kapisiti apa, parti Dap atau peribadi.

Harap Mat Sabu dapat bagi komen sedikit mengenai Lim Guan Eng, sebelum ini apabila Presiden Pas bercakap mengenai Khalid,  Mat Sabu mengulas bahawa Hadi Awang bukan bercakap bagi pihak Pas.

Dengan desakan dan campur tangan Dap dalam isu menteri besar Selangor jelas menunjukkan bahawa Dap terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Khalid.

Maka benarlah telahan rakyat, selagi bekas ahli koperat Guthrie tersebut menjadi ketua eksekutif, Dap sukar menjadi pengarah atau abang besar.

Sekian.

Konflik MB Selangor, Menang jadi arang, kalah jadi abu.





Sivarasa ahli parlimen Subang dengan selamba badak menyatakan Khalid perlu letak jawatan kerana tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada Adun Selangor.

Kedudukan kerusi pakatan ialah 15  Pas, 15 Dap dan 13 Pkr. manakala BN hanya 12 dan kini Khalid berada di kerusi bebas.

Khalid masih yakin beliau akan mendapat 36 sokongan jika undi tidak percaya dalam dewan DUN, siapa yang masih menyokong Khalid? Jawapannya masih samar-samar.  Sehingga kini belum ada seorang pun adun Pkr yang mengisytiharkan keluar parti dan menyokong Khalid.

Oleh itu Anwar dan konco-konconya yakin bahawa Khalid akan tersingkir dengan sendirinya. Pas masih mengunci mulut dan tidak akan bertindak membabi buta. Ini kerana Pas dalam diam mempunyai hasrat untuk menguasai kerajaan Selangor. Oleh itu Pas mungkin akan memujuk adun BN untuk menyokong Khalid dan dengan syarat Khalid menyertai Pas terlebih dahulu.

Apakah adun BN akan menyokong Khalid? Jawapannya juga samar-samar kerana BN tidak akan campur tangan dalam kemelut politik pakatan haram.

Jika 12 Adun BN bersikap berkecuali, maka Khalid pasti tumbang dalam undi tidak percaya jika dibuat dalam dewan yang mulia.

Di sini Khalid akan mengambil jalan mudah dengan memohon membubarkan dun tetapi sebelum Khalid mengadap Sultan beliau perlu merujuk kepada Suruhanjaya Pilihan raya terlebih dahulu bagi memastikan adakah pilihan raya negeri boleh atau tidak diadakan semula.

Jika PRN boleh diadakan maka huru hara lah jadinya politik Selangor kerana Pas, Dap dan Pkr tidak lagi akan bekerjasama dan masing-masing akan membawa haluan dan hala tuju masing-masing.

Khalid sudah tentu akan bertanding sebagai calon bebas atau bertanding atas tikit Pas.  Dap awal-awal lagi sudah mencanangkan bahawa Pas akan kalah besar jika diadakan PRN. Manakala Dap juga harus sedar mereka menang di Selangor pun adalah kerana sokongan padu pengundi Pas.

Pkr sebenarnya lemah dan tiada kekuatan di Selangor, Pkr ibarat sebuah kapal yang mempunyai ramai nakhoda tetapi tidak anak kapal. anak kapal adalah macai-macai Pas sahaja. begitu juga Dap yang mempunyai ramai komrad tetapi mengharapkan macai Pas untuk membantu kemenangan mereka.

Sivara pula dalam sidang media kelmarin menyatakan bahawa Khalid hilang majoriti tetapi ia hanyalah hujah yang lemah dan tidak mempunyai fakta yang kukuh. Sivarasa seolah-olah cuba membandingkan isu peralihan kuasa di Perak pada tahun 2009 lalu.

Di Perak 3 adun pakatan (2 dari Pkr dan 1 dar Dap) keluar parti dan mengisytiharkan mereka adalah calon bebas dan secara otomatik pakatan hilang majoriti dan semua wakil rakyat BN dan 3 Adun yang menjadi bebas di panggil mengadap Sultan Perak. Setelah berpuas hati maka peralihan kuasa berlaku tanpa mengadakan pilihan raya negeri.

Apakah Sultan Selangor akan memanggil mengadap kesemua adun Pas, Pkr dan Dap?

Jika Sultan bertindak sedemikian rupa kemungkinan besar keputusan siapa yang menyokong Khalid dan siapa menentang akan diketahui, tetapi kemungkinan besar Sultan akan menitah supaya diadakan satu persidangan khas untuk menentukan nasib dan kedudukan Khalid.

TM yakin adun BN akan  bersikap berkecuali dan tidak akan mengundi.  Jika adun BN menyokong Khalid untuk kekal sebagai menteri besar ia merupakan satu kesilapan besar.

BN tidak perlu campur tangan dalam konflik ini. Biarlah mereka bertelagah sesama sendiri. bak kata pepatah melayu, " kalah jadi abu, menang jadi arang" .

Selangor akan tetap rosak jika Khalid atau Azizah menjadi MB, biarlah negeri ini rosak kerana diperintah oleh pakatan rosak.

Kerajaan Kelantan abaikan warga miskin



Rumah ini menjadi perhatian apabila TV1 menyiarkannya dalam Berita Nasional jam 8 malam tadi.

Rumah ini adalah rumah PPRT dibina oleh YKK sekitar tahun 90an di Kg Banggol Pauh Kok Lanas. Pemiliknya bernama Pok Loh tinggal bersama cucu dan cicit-cicit nya dalam keadaan daif.

YB Datuk Alwi dan Tan Seri Annuar telah menawarkan rumah Baru PPRT kepadanya 10 tahun lepas tetapi malangnya beliau tied tanah untuk tapak rumah sehingga sekarang..

Tanah tapak rumah ini sekarang telah berpindah milik kepada orang lain dan pemilik tanah yang baharu tidak membenarkan Pok Loh membuat rumah baru atau di baik pulih. 

Kalau lah Kelantan di perintah BN sudah tentu nasib orang seperti Pok Loh ni terbela, sebab banyak perumahan rakyat akan di bina di atas tanah-tanah milik kerajaan untuk mereka yang tiada tanah. (contohnya perumahan rakyat zaman BN di Kok Lanas adalah Taman Makmur dan Binjai Manis). 

Apa kerajaan sekarang buat..? Tepuk dada tanya selera...Wallahua'lam.

Jumaat, 8 Ogos 2014

MB Perak mula bersuara terhadap projek yang lambat siap.


Kerajaan BN Perak telah melahirkan rasa kurang puas hati terhadap projek yang lambat dan mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

Secara tidak langsung ia menyatakan kurang senang terhadap semua jentera pelaksana atas kelewatan pembangunan prasarana yang telah diluluskan oleh perbendaharaan negeri dan Persekutuan.

Sesuatu projek hanya akan dibuat jika ada wang, ini bermakna kerja boleh dimulakan. Tak kurang juga cadangan projek tidak dapat dilaksanakan kerana tiada bajet, tetapi bila bajet sudah ada ia perlu disegerakan. Bertangguh bererti kerajaan kena tanggung kos kenaikan.

Salah satu contoh ialah projek jalan kampung, perparitan, tebatan dan cegah banjir di sebuah kampung di Kamunting. Projek yang diluluskan dengan nilai RM 12 juta telah mengalami kelewatan dan kemudiannya bajet dikurangkan kepada RM10.4 juta dan sepatutnya bermula Mei lepas tetapi sehingga kini masih belum berjalan sepenuhnya.  Yang kelihatan jelas ialah sebuah rumah pam, lain-lain belum kelihatan lagi.

Oleh itu kerajaan negeri hari ini menubuhkan satu jawatankuasa pemantauan yang bertujuan memperkemas serta mempercepatkan proses pelaksanaan semua projek dan dasar yang telah ditetapkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, jawatankuasa tersebut juga berperanan untuk melihat sejauh mana perkembangan projek serta dasar kerajaan negeri telah pun dilaksanakan.

"Penekanan utama yang kami putuskan ialah memastikan pelaksana dasar iaitu kakitangan kerajaan perlu memastikan segala perancangan dan projek hendaklah disegerakan.

"Terdapat beberapa perkara perlu disegerakan, umpamanya ada projek yang boleh disiapkan dalam masa beberapa minggu sahaja sekiranya ada pemantauan. Kalau tiada, dibimbangi projek itu mengambil masa yang lama untuk siap, malah boleh mencecah sehingga dua tahun," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini semalam.

Mengulas lanjut, Zambry memberitahu, kerajaan negeri serius berhubung isu berkenaan memandangkan ada beberapa projek membabitkan kepentingan rakyat lewat daripada aspek pelaksanaannya.

Katanya, walaupun kes seumpama itu tidak banyak tetapi kerajaan negeri tidak berkompromi dengan kelewatan projek dilaksana meskipun telah diluluskan lebih-lebih lagi berkaitan dengan infrastruktur kepada rakyat.

"Mesyuarat pada hari ini telah memutuskan supaya mana-mana jabatan yang didapati tidak dapat melaksanakan serta menyempurnakan projek untuk kepentingan awam dipanggil bagi memberi sebab kelewatan.

"Mungkin ada faktor tertentu membabitkan pihak kontraktor yang dilantik sehingga menyebabkan projek terutamanya berkaitan dengan kepentingan awam lewat dilaksanakan. Kerajaan negeri mahu tahu," jelas beliau.

Bogel di Hutan Belum, dah siasat?

http://www.discovery.com/tv-shows/naked-and-afraid/videos/naked-in-malaysia.htm

Khamis, 7 Ogos 2014

Babi mini dah sampai malaysia

Babi mini untuk dipelihara dah sampai masuk malaysia.. cukuplah takat anjing kita benarkan.. ni sampai babi mini pun nak pelihara.. esok siap la jiran kita bela babi mini terlepas masuk dalam rumah kita.. kerajaan jangan tunggu kena la bentangkan rang undang undang tentang haiwan peliharaan.. kalau tak pakai bau taik babi la satu taman.. haramkan peliharaan babi mini sebagai haiwan kesayangan...

Seloka untuk mu yang mengaku islamik

Kisah AlagaPAS

Konon ada satu parti Islam
Kerja poltik siang malam
Tapi perjuangan semakin Kelam
Pemimpin nya divideo pegang seluar dalam

Perjuangan suci mahu tegakan hukum
Hukum hudud menjadi zikir
Tapi dakyah nya cuma di halkum
Pemimpin sendiri Kalwat tak mampu di singkir

Maka semua orang dikira sesat
Jangan disoal jangan ditanya
Tapi sayang teramat dasyat
Orang meliwat jadi imam nya

Sebijik masjid pun tak mampu dibina
Tapi disitu lah tempat nya berceramah
Yang membina pula sentiasa dihina
Maka terpedaya lah semua ummah

Hukum Allah mahu ditegak kan
Dari dulu sampai sekarang
Tapi yang kafir amat di ikutkan
Entah betul entah temberang

Walaupun dah ujud sekian lama
Hadis dan quran sentiasa di ucap
Mengaku konon utama kan agama
Tapi sampai la ni tiada kafir yang mengucap

Walaupun ceramah merata rata
Yang tidak sokong tiada lah tempat
Tapi sayang tak bagai dikata
Yang pasti lebai nya bini empat

Sentiasa kutip wang derma
Pengikut miskin lebai yang kaya
Nak kena tipu berapa lama
Awak susah lebai berpoya

Suruh orang mati syahid sampai mati
Tak perlu mandi terus kapan
Tapi ustad nya bergilir kerumah isteri
Awak pulak yang kedepan

Sudah sudah la menipu umat
Jangan sampai kita lumat
Jangan lupa hari kiamat
Di situ di bentang segala maklumat

Tak kira imam tak kira makmum
Semua dikira sama rata
Jangan suka asik mengelamun
Tengok lah auta didepan mata

Selasa, 5 Ogos 2014

Antara pemecatan Anwar dan pemecatan Khalid Ibrahim

Tanggal 3 September 1998 bertempat di PWTC Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhamad telah memanggil satu mesyuarat MT untuk mengambil keputusan sebulat suara memecat Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Presiden Umno dan memecat Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan seterusnya melucut keahlian Umno beliau.

Sebelum dipecat Anwar diberi peluang untuk membela diri dengan hujah-hujah beliau, tetapi sayangnya hujah beliau bukanlah berbentuk penafian dan pembelaan tetapi memaki hamun pihak yang menuduh beliau dan maki hamun itu ditujukan kepada Tun Mahathir. Ahli MT diberikan peluang bersuara. Salah seorang yang lantang dan menyokong pemecatan ialah DS Rafidah Aziz. Menurut Rafidah beliau sudah banyak mendengar cerita salah laku Anwar tetapi tidak berani bersuara. Malam tersebut sudah jelas bahawa apa yang didengar selama ini adalah benar.

Dr Afifuddin Omar pula memberi hujah yang lebih memihak kepada tertuduh dan meminta kes disiasat terlebih dahulu. Afifuddin mungkin tak sedar bahawa Anwar sudah pun disiasat oleh Tan Sri Musa Hassan tentang salah guna kuasa dan salah laku seks yang boleh disebut di mahkamah.

Mat Sabu, Karpal Sigh dan Lim anak beranak terlebih dahulu membawa isu salah laku Anwar kepada umum dan berani menyebut di dalam dewan rakyat.

Tulisan Khalid Jaafar berjudul 50 dalil kenapa Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri telah dibuang oleh Tun Mahathir ke dalam tong sampah. Tun tidak mempercayai segala tuduhan jahat terhadap Anwar tetapi setelah hasil siasatan polis menunjukkan ada prima facie baru lah Tun bertindak menyiasat sendiri dan terbukti benar apa yang disebut oleh Ummi Hafilda.

Sebulan Anwar menjadi gila dengan membuat penafian dan menuduh Mahathir dengan segala tuduhan yang tidak masuk akal seperti musuh beliau yang amat ketat. Kelembutan lidah Anwar memuji dan mengampu Mahathir dalam ucapan penggulungan persidangan agung Umno pada Disember 1997 seolah-olah tidak pernah diungkapkannya.

Anwar kemudiannya ditangkap dan dikenakan 10 tuduhan di mahkamah seksyen dan kemudian kes di pindah kan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

Anwar juga didapati bersalah kerana melakukan perbuatan-perbuatan tidak bermoral yang tidak layak dilakukan oleh pemimpin negara tegas Mahathir ketika itu.

Selama ini Anwar sengaja menonjolkan imej warak dan berpegang kepada ajaran agama, misalnya dengan menjadi imam dan berkhutbah, tetapi salah laku seks sumbang yang di lakukannya bertentangan dengan imej tersebut.

Dr. Mahathir berkata, bukti-bukti mengenai perangai tidak bermoral Anwar terlalu kukuh dan ia merupakan punca bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat daripada kerajaan dan UMNO.

Dalam satu afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu, Anwar dikaitkan dengan perbuatan meliwat seorang lelaki dan mempunyai hubungan seks dengan beberapa pelacur.

Di samping itu, Anwar juga dikatakan rapat dengan seorang pengarah syarikat, Datuk Nallakaruppan a/l Solaimalai yang didakwa telah mempergunakannya untuk membocorkan maklumat-maklumat sulit negara. 

Mahathir menegaskan, Anwar tidak layak untuk menerajui negara ini bukan disebabkan oleh soal politik, pertentangan pendapat dengan saya atau ekonomi tetapi disebabkan moralnya yang rendah.

Perbuatan yang dilakukan oleh Anwar tidak dapat diterima oleh Mahathir, tidak dapat diterima oleh parti Umno dan tidak dapat diterima oleh rakyat negara ini.

Tun berkata demikian pada sidang akhbar selepas memberi penjelasan kepada para pemimpin UMNO di peringkat akar umbi mengenai pemecatan Anwar daripada kerajaan dan UMNO di Pwtc.

Antara yang turut hadir pada majlis penerangan itu ialah isterinya, Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, Naib Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Sabbaruddin Chik.

Pada majlis itu, Mahathir menjelaskan bahawa tiada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar seperti yang didakwa.

Mahathir juga menerangkan bagaimana beliau membuat keputusan untuk memecat Anwar, orang yang diasuh untuk menggantikannya memimpin Malaysia. Menurut Dr. Mahathir, selain penyiasatan polis, beliau sendiri membuat siasatan mengenai tuduhan-tuduhan seks terhadap Anwar dan mendapati bukti-buktinya tidak dapat dipertikaikan.

''Apa yang saya tahu ialah Anwar tidak layak dan saya tak fikir ada sebab lain. Dia tidak lagi dilihat boleh diyakini untuk menjadi pemimpin negara. Saya amat yakin dengan semua bukti yang ada dan apa yang telah dibuat." Mahathir

Bagaimana pun, Mahathir enggan mendedahkan bukti-bukti yang beliau perolehi sebab saya tidak mahu menyakiti orang lain kerana apa yang berlaku amat memalukan.

Mahathir secara peribadi bertanggung jawab membawa Anwar, bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), masuk UMNO pada tahun 1982 dan mendidiknya sehingga menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.

Menurut Mahathir lagi beliau sepatutnya memilih memecat musuh bukan seorang kawan dan anak didik beliau Anwar.

Mahathir juga menambah, dalam kegawatan ekonomi sekarang dan menjelang temasya Sukan Komanwel, beliau cuba mengelak krisis politik tetapi apa yang berlaku sudah di luar kawalan.

Pada sidang akhbar itu, beliau beberapa kali berkata ''Anwar adalah kawan saya, tetapi tindakan memecatnya daripada kerajaan dan parti terpaksa dilakukan.

Selepas dipecat, bekas Timbalan Perdana Menteri itu menafikan tuduhan-tuduhan ke atasnya yang di bangkitkan dalam afidavit di Mahkamah Tinggi minggu lalu.

Menurut Tun, perlakuan tidak bermoral membabitkan Anwar sebenarnya telah lama dilakukan tetapi beliau baru sahaja tahu.

Mahathir berkata, pada tahun lalu ( 1997) apabila terdapat tuduhan mengenai salah laku Anwar, beliau sedikit pun tidak mempercayainya. "Saya kata ini fitnah untuk menjatuhkan Timbalan saya. Saya tolak sama sekali. Saya tak baca (surat mengenai tuduhan itu), tetapi sekarang sudah terlangsung jelas."

Setelah selesai perbicaraan, Anwar didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun bagaimana pun beliau dibebaskan selepas 6 tahun berada dalam penjara Sungai Buloh.

Anwar kembali aktif dalam politik selepas bertanding dalam PRK Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 dengan memaksa Wan Azizah mengosongkan kerusi tersebut.

Kini selepas menjadi Ketua Umum Pkr, Anwar terus menunjukkan sifat kuku besi seperti mana yang dilakukan dalam ABIM dan Umno.

Sewaktu dalam Umno beliau akan memecat sesiapa sahaja yang cuba mencetuskan tentangan terhadap beliau dan kroni-kroni beliau.

Bukan sahaja ahli-ahli dan pemimpin Umno yang dipecat, Anwar juga sesuka hati menukar pengerusi dan pengarah-pengarah syarikat kepentingan kerajaan dengan meletak orang-orangnya. Anwar juga campur tangan dalam menentukan bahawa pengikut beliau mentadbir semua universiti terutamanya Universiti Islam Antara bangsa Gombak.

Kini segala-galanya berulang kembali setelah menjadi Ketua Umum parti Pkr. Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim adalah mangsa terbaru dalam ujian beliau menjadi pemimpin kuku besi.

Hari ini Khalid diberi surat tunjuk sebab. Kebiasaannya surat tunjuk sebab hendaklah pihak kedua atau tertuduh dikehendaki memberi jawapan bertulis dan  sebab-sebab agar tindakan tidak boleh diambil tetapi surat tunjuk sebab Pkr kepada Khalid ialah menceritakan kenapa beliau perlu melepaskan jawatan dan menyerahkan kerusi tersebut kepada isteri beliau.
Tambah sikit lagi,

Berapa orang china doll yang dilanggan, berapa orang lelaki yang sudah terkoyak bontot, berapa ramai isteri orang yang dibaham oleh Khalid Ibrahim sehingga Saifudin menuduh Khalid mempunyai kecelaruan intergreti.