Isnin, 30 April 2018
Barisan Nasional Diramal Dapat 150 Kerusi Parlimen Dalam PRU14
Peserta Ceramah Muhyiddin Boleh Kira Dengan Jari Hambar!
SURAT TERBUKA KEPADA ANAK-ANAK PEMIMPIN YANG MENINGGALKAN PERJUANGAN AYAH
Kamu juga seperti anak-anak saya,
Selamat bersama bahtera PAS dan Gagasan Sejahtera. Bacalah Al-Quran, jangan baca Facebook sahaja.
Al-Quran mengisahkan anak Nabi Nuh A.S yang memperlekehkan bahtera ayahnya dan lebih yakin kepada bukit yang dapat dilihat gagah boleh menyelamatkannya daripada taufan terbesar, maka bahtera ayahnya ditinggalkan.
Sepatutnya anak-anak pemimpin PAS tidak bersama bahtera Pakatan Harapan (PH) yang menjadi nakhodanya Tun Mahathir dan pembantunya yang menebuk bahtera Barisan Nasional (BN) sehingga menjadi bocor dimasuki air dan juga sangat membahayakannya. Maka PAS tidak bersama BN dan tidak juga PH.
Apa yang menarik bahtera PH mengumpulkan kumpulan DAP yang anti Islam secara terbuka. Pemimpin utamanya pula pemikir pemutar alam yang dilihat bijaksana tanpa bijaksini, lebih memenangkan akal terhadap nas Al-Quran dan tidak yakin kepada Kitab-kitab Hadis seperti Sahih Bukhari, Muslim dan lain-lain, serta tidak percaya kepada para ulama dalam perkara politik.
Bersama PH juga adalah kumpulan Islam Liberal dan pengamat politik yang tidak matang dan sejahtera. Mereka semata-mata mahu melompat ke Putrajaya dan pernah terpaksa berpatah balik melompat ke Kajang yang menjadikannya makin jauh daripada Putrajaya.
Kajian politiknya mengira di atas kertas dan memegang telefon bimbit secara mudah, bukannya dirujuk betul di atas lapangan rakyat secara terperinci.
Penasihat Gerakan Islamnya pula daripada Arab yang berbahasa Al-Quran tetapi tidak matang menterjemahkan politik Islam dalam Bahasa Malaysia dan berpijak di buminya.
Ada kalangan yang hanya menarik kepada perkataan Arabnya seperti Tarbiyah, Wala’, Baiah dan lain-lain tanpa mendalami di mana bumi yang dipijak dan masyarakat yang berbeza. Tidak memahami betapa generasi awal membaharukan dan mengubah baiah di tempat dan masa yang berbeza. Tidak memahami bahawa gerakan tajdid dahulu tidak lagi menjadi tajdid terkini setelah berlalu masa setengah abad, jarak negara yang jauh dan masyarakatnya juga berlainan.
Diterima pakai juga penasihat bukan Islam dan makhluk negara asing yang tidak berniat ikhlas terhadap Islam dan negara kita yang tercinta ini. Mereka hanya menjadikan kita catur permainan politiknya.
Akhirnya menubuhkan parti sendiri yang tidak memimpin bersama Islam tetapi dijadikan laksana melukut di hujung gantang. Kalau menang tidak bermaya, kalau kalah ditelan gelombang.
Saya bacakan untuk semua firman Allah:
قُلْ إِنَّمَا أَعِظُكُم بِوَاحِدَةٍ ۖ أَن تَقُومُوا لِلَّهِ مَثْنَىٰ وَفُرَادَىٰ ثُمَّ تَتَفَكَّرُوا ۚ مَا بِصَاحِبِكُم مِّن جِنَّةٍ ۚ إِنْ هُوَ إِلَّا نَذِيرٌ لَّكُم بَيْنَ يَدَيْ عَذَابٍ شَدِيدٍ (46(
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain yang akrab), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaran-Ku)”. Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); ia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di Akhirat).” (Surah As-Saba’: 46)
العبرة بعموم اللفظ لا بخصوص السبب
“Pengajaran yang diambil daripada sesuatu ayat adalah berdasarkan maknanya yang umum bukan semata-mata bergantung kepada sebab penurunannya yang khusus.
Beberapa orang yang berusia yang bersama Hasan Al-Banna dan Al-Maududi, masih hidup panjang usianya hanya mengeluh kepada saya. “Apa nak dibuat?”. Jawab saya: “Selamatkan sekadar yang dapat”.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 14 Syaaban 1439 / 30 April 2018
Cikgu Ridzuan Mohammad Bekas Guru Ibarat Kacang Lupakan Kulit
Cg Ridzuan sedang memantau di hari penamaan calon Sabtu lepas |
Kini penyokong PH |
Dia mungkin seorang guru tuisyen yang hebat, jika tidak mana mampu memandu mercedes sport dan menunggang motosikal kuasa besar untuk ke sekolah setiap pagi. Masa tu zaman Mahathir dan negara dalam kegawatan ekonomi dan serangan penyangak matawang iaitu G. Soros tetapi beliau terus hidup dalam kemewahan.
Beliau Memiliki pusat tuisyen Institut PJ di Bangunan Mara Taiping sejak sekian lama. Sewaktu program wacana tranformasi pendidikan beberapa tahun lalu, beliau di Hotel Taiping Perdana, beliau menunjukkan belangnya dengan mengkritik sistem pendidikan yang ada dan satu ayat yang beliau cakap ialah " The best school is not going to school" sebagai mukaddimahnya. Bagaimana pun hujah-hujahnya sekadar hujah kondem kerajaan.
Masa tu dah nampak auranya yang suka kondem kerajaan, maka tidak hairanlah jika hari ini dia berada di pentas pembangkang PH.
Sejak ahli Pan bertanding di N16 Kamunting sudah beberapa kali beliau berada di pentas ceramah dengan cerita-cerita bohong dengan angka-angka dan penuh auta.
Paling melucukan apabila beliau marah kepada hadirin yang bercakap-cakap sewaktu dia berucap, beliau mengulas dengan menyatakan kalau dia mengajar dan murid murid bercakap dia cukup marah.
Masa awal-awal mengajar dulu dia hanya mampu beli motosikal srambler saja dan kini semakin kaya dengan rumah banglo mewah yang siap dengan kolam renang di Asam Kumbang dan memandu kereta-kereta mewah. Selain memiliki pusat tuisyen belum juga rajin dalam aktiviti jual beli saham.
Ceramah Pan di Kamunting hampir kesemuanya tidak mendapat sambutan, jenuh pengacara majlis menjemput tetamu duduk dalam khemah yang banyak ruang kosong. |
Tetapi sayang masih tak bersyukur, dan asyik menghentam kerajaan. Bila sebut syukur , taipingmali juga rasa sedih apabila kawan yang bernama Cikgu Shukur Desa yang dahulu orang kuat BN dan BTN kini membantu calon PAN N16.
Shukur Desa orang kuat Anwar Ibrahim dulu |
Bangunkan Projek Berisiko, Zairil Diherdik Penduduk
Zahid Mat Arip Terpaksa Jilat Muntah Sendiri
Daripada seorang cucu Tun Ghafar Baba yang sengkek dan klepet ialah Zahid Mat Arip, zaman susah dahulu makan nasi bungkus pun harap rakan-rakan belanja. Penglibatan beliau dalam NGO Perkasa telah memberi peluang untuk beliau menaikan nama dan kedudukan beliau dan dikenali di seluruh negara hingga melenyapkan nama bapa saudaranya yang bernama Tamrin Baba.
Dalam NGO Perkasa beliau paling kuat menentang PKR, DAP dan PAS sehingga mengelarkan dirinya sebagai Mursyidul Am TIBAI atau Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim.
Kisah paling top dalam dirinya ialah apabila dicekup oleh SRPM untuk siasatan skandal pembelian Hotel Merdeka Palace di Bandaraya Kuching Sarawak. Kini kes beliau masih dalam fail dan kemungkinan akan dihadapkan ke mahkamah untuk pembicaraan sekiranya ada prima facie.
Tidak dapat dinafikan Zahid telah mendapat hak dan kedudukan istimewa dimata Mahathir sejak menyertai Perkasa.
Maka ia tidak menghairankan kita bila dia berubah pendiriannya. Sesuai dengan sikap dan cita-citanya maka beliau sign kontrak dengan Mahathir untuk berjuang sebagai jurucakap kepada parti bunga yang ditangguhkan pendaftaran dan penubuhannya.
Zahid sememangnya mempunyai kepetahan bercakap dan boleh menyebabkan pihak pembangkang seperti Pas, Pkr dan Dap panas satu badan dengan tembakan mulut lasernya.
Sifat dan tingkah lakunya amat berbeza jika dibandingkan dengan arwah datuk nya iaitu Tun Ghafar Baba yang lebih lembut dan berhati-hati dalam percakapan beliau. Zahid main tembak sahaja seperti Red Indian dapat senapang.
Dahulu beliau kerap mengikuti program dan jelajah atau lawatan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak, almaklumlah kerana ketika itu beliau mempunyai jawatan besar sebagai pegawai seranta dalam Felda.
Kini beliau adalah calon parti bunga yang menggunakan lambang dan bendera PKR untuk menentang Najib di Pekan Pahang.
Jadi, rakyat dan ahli-ahli Perkasa nak bertanya kepada Zahid Mat Arip, kemanakan hilangnya maruah dan integriti kamu yang dahulunya lantang membelasah Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang? Tak malu kah kamu menggunakan nama CUCU TUN GHAFAR untuk meraih undi?
Malu lah sikit wahai Zahid! Kamu manusia yang hanya pandang kepada wang dan ganjaran dan sanggup menggadaikan maruah kamu, tak mahu kah kamu hingga sanggup menjilat semua najis dan muntah kamu sendiri dan muntah Anwar Ibrahim?
Calon Pan N16 Kamunting berjaya tembusi Masjid Kampung Expo Kamunting.
Masjid Kampung Expo Kamunting memang terkenal kerana kuat dengan aktiviti-aktiviti parti politik Pas sejak berlakunya rampasan kuasa pada tahun 2000, sewaktu itu Masjid masih lagi di bangunan lama yang dikenali sebagai Surau Diri Jumaat.
Isu masjid ini telah banyak kali diceritakan dalam blog ini sebelum sebelum ini.
Sejak wujudnya parti PAN, kelompok Ahli Jawatan Kuasa PAS yang memonopoli pentadbiran masjid ini telah terpecah kepada dua pihak, satu kelompok Pas dan satu kelompok Pan.
Mac 2018 lalu, semasa mesyuarat agung masjid tahunan, sekali lagi berlaku desakan ahli yang hadir mesyuarat mendesak untuk diadakan pemilihan semula pemilihan jawatankuasa masjid dan cadangan atau usul tergempar itu mendapat sokongan sebulat suara. Setelah pemilihan dilakukan maka tersingkirlah semua AJK yang pro PAN dan naik lah mereka yang memihak kepada PAS.
Akan tetapi pemilihan tersebut adalah tidak sah kerana lantikan jawatankuasa lama masih sah sehingga tahun 2019.
Maka pihak PAN yang menguasainya masih sah dan perlantikan baru menjadi bahan gurauan kerana tidak menepati kehendak enakmen Majlis Agama Islam Perak.
Oleh yang demikian maka calon Pan dengan penuh yakin dapat menyampaikan ceramah di mimbar masjid tersebut.
Ustaz Manolito (kiri) adalah pengerusi baru yang dipilih Mac lalu tetapi tidak sah dan Penghulu Azam masih kekal sehingga 2019 |
29 ORANG AHLI PAS KELUAR DAN SERTAI UMNO
29 orang Parti PAS dalam kawasan DUN Batu Kurau hari ini isytihar keluar parti dan menyertai UMNO dan mengakui akan memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional dalam PRU14 ini.
Wakil mereka Zulkifli Yunus, 59, memaklumkan bahawa mereka meninggalkan PAS kerana yakin hanya parti BN sahaja yang mampu membela nasib penduduk.
Menurutnya kesedaran itu mulai wujud selepas melihat bagaimana Parlimen Larut dibangunkan di bawah kepimpinan Ahli Parlimen sebelum ini iaitu Dato’ Seri Hamzah Zainudin.
“Banyak permohonan kami tidak dapat dipenuhi oleh parti PAS, contohnya ketika kampung kami dilanda ribut, habis ranap rumah-rumah, PAS hanya membantu ala kadar sahaja, tapi pejabat parlimen BN Larut yang menawarkan bantuan,” katanya.
Mereka kemudiannya menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Hamzah yang juga merupakan calon BN untuk mengekalkan kerusi Parlimen Larut.
Hadir sama calon BN DUN Batu Kurau, Dato’ Dr. Muhammad Amin Zakaria.
Najib Tidak Akan Ulangi Kesilapan Lampau Dr Mahathir
Dato’ Seri Najib tekad melakukan tindakan yang cukup ‘berani’ dengan melaksanakan pelan transformasi bagi pembangunan Malaysia, selain memperbetulkan kesalahan lampau yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Timbalan Pengarah Strategik Komunikasi BN, Eric See-To berkata PM Najib enggan mahu mengulang kesilapan yang dilakukan Mahathir seperti polisi penswastaan Mahahtir yang hanya menguntungkan kroni beliau.
See-To berkata sikap tidak berpuas hati Mahahtir dengan kepimpinan pentadbiran PM Najib bermula dengan insiden kekalahan anaknya, Mukhriz tewas dalam perebutan pemilihan Naib Presiden UMNO 2013.
Ia kemudian disusuli dengan isu pelaburan Proton, pemansuhan ISA dan lain-lain. Kerana tiada pilihan, Mahathir keluar parti dan sanggup menyertai musuh politiknya di blok pembangkang.
Meskipun dinamakan sebagai calon Perdana Menteri Pakatan, tetapi Mahathir dilihat tidak mempunyai ‘minat’ untuk pembangunan negara. Sebaliknya Mahathir lebih berminat untuk terus hanya mengkritik kerajaan. #PakatanProDap
Ahad, 29 April 2018
Kempen Calon BN DUN Senggarang
KJ: Kali Ini Rafizi Tidak Akan Terlepas!
PPBM Atur Langkah ‘Singkir’ PKR
Kartel Azmin ‘Confirm’ Terpilih Jadi Calon!
Bukanlah susah sangat nak menjadi calon PKR Selangor. Tips-nya mudah, hanya berbaik-baik dengan Azmin Ali, sokong dan puji hingga tinggi melangit apa yang MB Selangor itu buat, maka adalah peruntukan kerusi dalam pilihan raya. Untuk jangka masa panjang pula, kehidupan kartel Azmin pasti dijamin senang dan mewah, projek-projek negeri semua masuk ke kantung anak-beranak dan kroni.
Lihat sahaja senarai calon 'kartel Azmin' kali ini. Lebih 10 nama menguasai Parlimen dan DUN Selangor. Antara muka baru dalam senarai Azmin adalah Azmizam Zaman Huri (Pelabuhan Klang), Borhan Aman Shah (Tanjong Sepat), Hilman Idham (Gombak Setia), Najwan Halimi (Kota Anggerik), Juwairiyah Zulkifli (Bukit Melawati) dan Shaharuddin Badaruddin (Sri Setia). Manakala muka lama yang terus setia berdampingan dengan Azmin adalah Zuraidah Kamaruddin (Ampang), Hee Loy Sian (PJ Utara), Xavier Jayakumar (Kuala Langat), Amiruddin Shaari (Sungai Tua), Shuhaimi Shafiei (Sungai Kandis) dan Daroyah Alwi (Sementa).
Bijak Azmin atur strategi, kalau barisan kartelnya menang sudah pasti kedudukannya sebagai MB Selangor akan selamat lagi sekali. Mudahlah dia buat kerja kerana sokongan kuat. Tapi dia lupa, segala 'track record' dirinya dan barisan kartelnya akan didedah pada bila-bila masa sahaja kerana sering seleweng duit. Bak kata Chegubard, politik kotor Azmin akan didedah pada 5 Mei depan!
#PakatanProDAP
Sabtu, 28 April 2018
PENJELASAN PAKLANG HASBULLAH TENTANG BERTANDING BEBAS
Salam semua, berhubung isu hangat yg dipaparkan dlm akhbar Sinar Harian pada hari ini yg menyatakan 3 Beradik Gegar Parlimen Larut sempena demam PRU yg ke 14 sekarang maka disini saya ingin zahirkan penjelasan saya mengenai perkara tersebut.
Saya selaku penyandang DUN Kubu Gajah, Parlimen Larut Perak ingin nyatakan bahawa sesungguhnya saya berpegang kuat kepada keputusan saya sepertimana yg dinyatakan semasa sidang akhbar saya pada Julai 2017 yg lalu di Dewan Kg Paya, Bt Kurau bahawa saya tidak ingin bertanding lagi dlm PRU yg ke 14 kerana ingin memberi peluang kepada muka baharu disamping menghadapi sedikit masalah dalaman dengan pihak tertentu didalam kepimpinan Larut.
Keputusan saya itu telah pun saya maklumkan kepada YAB Dato Seri Dr Zambry Abd Kadir selaku Pengerusi BN Negeri Perak selepas beberapa hari saya membuat sidang akhbar tersebut. Beliau menghormati keputusan yg saya buat. Namun begitu menjelang beberapa ketika sebelum parlimen dan DUN Perak dibubarkan tempuhari, saya telah dirayu oleh sebahagian besar pengundi DUN Kubu Gajah dan penyokong saya agar bertanding semula mewakili BN pada PRU kali ini dan sekiranya tidak dicalunkan mereka mahukan saya bertanding juga atas sebarang parti selain parti BN kerana inginkan khidmat saya sebagai ADUN dapat diteruskan.
Apabila saya enggan atau lewat memberi keputusan maka mereka rayu supaya saya bertanding atas tiket Bebas.Ini adalah kerana untuk saya menjaga hati dan perasaan pengundi yg datang dari pelbagai parti politik di mana saya mampu mengwujudkan hubungan dan kemesraan yg baik bersama mereka selama ini.
Rayuan dan desakkan agar saya bertanding atas tiket Bebas semakin hari semakin kuat dan mereka yakin saya mampu bersaing dengan lain- lain calun dari parti - parti yg bersaing. Oleh kerana amat sukar membuat keputusan disamping masih sayangkan parti UMNO yg saya sertai sejak 34 tahun lalu, maka menjadi amat serba salah buat saya sehinggalah saya dihubungi oleh Dato Hamidah Osman dan adiknya Hamizura untuk dibawa berbincang. Mereka menghubungi saya setelah mendengar khabar angin kononnya saya akan bertanding atas tiket Bebas walhal saya tidak pernah menyatakan secara rasmi hasrat tersebut.
Setelah itu saya dan abang saya Datuk Najmuddin telah berbincang dengan baik dengan mereka 2 beradik dan akhirnya penyelesaian yg diperolehi adalah kami tidak sama sekali akan bertanding atas tiket Bebas dan juga mewakili mana- mana parti.Setinggi penghargaan buat Dato Hamidah dan adiknya itu yang sudi mendengar dilema yg kami alami.
Pendek kata mereka berdualah yg 'bersama' dengan kami disaat kemelut yg berlaku. Oleh yg demikian , maka dengan perasaan rendah diri dan sejujurnya saya ingin memohon jutaan kemaafan kepada seluruh penyokong saya kerana tidak mampu memenuhi kehendak dan harapan mereka.Ingatlah apa yg berlaku adalah kehendak Ilahi. Perancangannya adalah lebih baik dari kita.
Terimakasih atas sokongan yg mereka berikan kepada saya. Sekian penjelasan dari saya.
Sambutan Ceramah Gabungan PKR Hambar!
Hanya 200 orang! Jumlah ini cukup untuk menggambarkan betapa hambarnya ceramah dan sesi pengenalan calon gabungan pembangkang PKR di Zon Selatan.
Kehadiran hanya lima calon Zon Selatan iaitu Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub; calon Parlimen JB, Akmal Nasrullah Nasir; calon kerusi DUN Kempas, Datuk Osman Sapian; Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh (Permas) dan Mazlan Bujang (Puteri Wangsa) belum cukup untuk menarik kehadiran penduduk setempat. Nampaknya, penduduk setempat langsung tak berminat nak tahu siapa calon pakatan berkenaan.
Mungkin juga masyarakat dah bosan dengan isu kitar semula yang dimainkan pembangkang. Tapi mungkin juga ia ada kaitan dengan titah Sultan Johor baru-baru ini yang memberi amaran betapa bahaya virus yang dibawa PPBM, salah satu parti dalam gabungan PKR. Maka tak hairanlah sambutan yang diterima hambar. Apakah ini tanda-tanda gabungan PKR sedang menuju kekalahan?
#PakatanProDAP
Jumaat, 27 April 2018
PRU14: Aziz Bari Sanggup Jadi Boneka DAP?
Masalah dalaman Pakatan bagai retak menunggu masa nak terbelah. Di Perak perkara itu hampir berlaku apabila calon Melayu baharu telah disebut-sebut sebagai calon MB. Tanpa menunggu pandangan dari parti lain dalam Pakatan, DAP bertindak sebagai bos besar menyebut nama Aziz Bari.
Sepatutnya dikhabarkan semua calon dari Pakatan akan menggunakan watikah calon yang ditandatangani oleh Presiden PKR terlebih dahulu sebelum pengumuman itu dibuat. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya.
Jika dahulu, Nizar dilihat sebagai 'boneka' DAP apabila menggadaikan tanah milik kerajaan untuk pembinaan 9 buah sekolah cina dan meluluskan pemberian geran pajakan tanah selama 999 tahun kepada penduduk Cina.
Jadi, selepas Nizar yang menjadi boneka lama, adakah pengumuman Aziz Bari sebagai MB akan menjadi boneka baru DAP?
#PakatanProDAP
#TolakPakatanPRU14
Berita Akhir
*JASA UPDATE*
(EDISI AKHIR 27/04/2018)
1. MENYEDIHKAN JIKA TIADA WAKIL CINA DALAM KERAJAAN BAHARU - NAJIB
http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/32351-menyedihkan-jika-tiada-wakil-cina-dalam-kerajaan-baharu-najib.html
2. PRU14 MASA TERBAIK UNTUK BN RAMPAS SELANGOR - BUDIMAN
http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/32353-pru14-masa-yang-terbaik-untuk-bn-rampas-selangor-budiman.html
3. MANA MUNGKIN KERAJAAN BIARKAN PROTON LINGKUP DAN TERGADAI - PM NAJIB
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mana-mungkin-kerajaan-biarkan-proton-lingkup-dan-tergadai-pm-najib-173954
4. TIDAK WAJAR _SUHAKAM_ PANTAU PROSES PILIHAN RAYA - SPR
http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/32349-tidak-wajar-suhakam-pantau-proses-pilihan-raya-spr.html
5. JHO LOW TIADA KAITAN DENGAN 1MDB - ARUL KANDA
http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/32341-jho-low-tiada-kaitan-dengan-1mdb-arul-kanda.html
6. TOLAK ISLAM PUNCA PAS TIDAK SERTAI PH
http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/32340-tolak-islam-punca-pas-tidak-sertai-ph.html
Ikuti Laman Facebook rasmi JASA di
https://m.facebook.com/Jabatan-Hal-Ehwal-Khas-JASA-331192933733362/
untuk perkembangan terkini.
Ikuti siaran rasmi Telegram JASA
https://telegram.me/JASA_my
untuk berita, infografik & artikel terpilih.
Calon PKR bukan setiausaha politik saya - Ahmad Zahid
*JASA UPDATE*
_27 April 2018_
1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa calon Pakatan Harapan di kawasan Parlimen Sungai Besar, Muslimin Yahaya, ialah setiausaha politiknya.
2. Individu berkenaan hanya merupakan *bekas pembantu khas kepada salah seorang setiausaha politiknya.*
3. Katanya, Muslimin sebelum ini pernah menyuarakan hasratnya untuk bertanding di kawasan Parlimen Sungai Besar tetapi beliau tidak menjangka dia sanggup mengambil keputusan untuk menyertai PKR.
4. Muslimin ialah bekas setiausaha sulit kanan Allahyarhamah Tan Sri Noriah Kasnon semasa Allahyarhamah menjadi Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan merupakan AJK UMNO Bahagian Sungai Besar.
5. Selepas Allahyarhamah meninggal dunia, Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Setiausaha Politik kepada YAB Timbalan Perdana Menteri, mengambilnya untuk menjalankan tugas-tugas khas dari semasa ke semasa.
6. Berikut disertakan kenyataan Masrizal berkenaan lompat parti Muslimin Yahaya tersebut.
Mahkamah Tolak Permohonan 16 Bekas Anggota UMNO Cabar Kesahihan Parti
Aku janji Najib Razak
|
Akar Umbi PKR Langkawi Ugut Boikot Tun Mahathir
DS Najib: Mobiliti Terhubung Pemangkin Industri Automotif
Industri automotif negara bakal berkembang menjadi lebih pintar dan canggih menerusi pengenalan 'Mobiliti Terhubung' (connected mobility) dalam usaha kerajaan memandang jauh ke hadapan, kata DS Najib Razak.
Mobiliti Terhubung berkebolehan untuk meneroka dan menganalisis Data Raya (Big Data) dengan wujudnya hubungan internet berkelajuan tinggi. Contohnya, keupayaan kenderaan untuk berkomunikasi dengan kenderaan lain, infrastruktur dan kebarangkalian mengurangkan kejadian kemalangan.
Dalam pada itu, ekosistem industri Mobiliti Terhubung akan membuka peluang pekerjaan kepada 480 000 graduan TVET dan 300 000 graduan IPT. Ia juga mempunyai potensi untuk meningkatkan industri-industri lain seperti pertanian, penjagaan kesihatan dan perdagangan.
Inilah beza antara BN dengan Pakatan, di mana BN menetapkan pelan jelas untuk mengubah dan membuka kunci potensi industri automotif dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan, sementara janji PH untuk belia pula sekadar menjanjikan siaran bola sepak luar negara secara percuma.
#MalaysiaAutoshow2018
#MA2018
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
Khamis, 26 April 2018
Kerjasama Parti Gabungan Pembangkang Umpama 'Kahwin Kontrak' - Tunku Aziz
Barisan Nasional Tampil Calon Muda Untuk Pilihan Rakyat.
Esok adalah hari Rabu. Tiga kali lagi hari Rabu termasuk esok, untuk hari penentuan. Tinggal lagi 14 hari sebelum hari pengundian diadakan. Lagi 3 hari untuk penamaan calon diadakan.
Barisan Nasional sudah umumkan senarai calon di 11 negeri, tinggal Sabah, Pahang dan Perlis sahaja belum diumumkan. Berdasarkan keseluruhan calon yang sudah diumumkan, terdapat sejumlah 261 orang calon muka baru dan 90 orang calon muda menjadi pilihan BN untuk PRU14 kali ini.
Di Wilayah Persekutuan, 3 orang muka baru dipilih untuk bertanding kerusi parlimen. Di Selangor 57 muka baru ditampilkan di 14 kerusi Parlimen dan 43 kerusi DUN. Di Johor, 36 muka baru ditampilkan. Di Kelantan, 30 calon muka baru dipertaruhkan.
Di Sarawak, sejumlah 15 calon muka baru ditampilkan dari 31 kerusi parlimen yang ditandingi BN. Di Terengganu, 18 orang calon baru dicalonkan.
Di Negeri Sembilan, BN pertaruhkan 22 calon muka baru. Manakala di Kedah, ada 17 calon muka baru diberi kepercayaan oleh BN. Di Perak ada 32 calon muka baru dan Pulau Pinang ada 31 calon muka baru.
Keseluruhannya, daripada 179 kerusi parlimen dan 388 kerusi Dewan Undangan Negeri, DUN terdapat sejumlah 261 orang calon muka baru di 11 negeri tersebut.
Secara keseluruhannya, daripada 567 orang nama calon yang sudah diumumkan, terhadap 46% calon muka baru ditampilkan oleh Barisan Nasional.
Daripada segi calon muda pula, Barisan Nasional tampilkan 2 orang calon muda bertanding di Parlimen Kota Melaka dan Tangga Batu di Melaka, manakala 6 orang lagi bertading di kerusi DUN.
Selangor paling ramai menampilkan calon calon yang muda. 6 orang calon muda ditampilkan oleh BN di parlimen manakala 10 orang lagi kerusi DUN. Wilayah Persekutuan pula menampilkan dua orang calon muda di Parlimen Kepong dan Bandar Tun Razak.
Manakala di Terengganu, dua orang calon muda ditampilkan iaitu Mohd Iskandar Bin Jaafar di Jabi dan Tengku Zaihan di Kuala Besut. Di Kelantan seramai tiga orang calon muda ditampilkan BN di parlimen Pasir Puteh, Kota Bharu dan Pasir Mas.
Di kerusi DUN, Barisan Nasional Kelantan tampilkan seramai 11 orang calon muda di Chempaka, Kota Lama, Chetok, Apam Putra, Pasir Tumbuh, Kadok, Kemahang, Limbongan, Kemuning, Paloh dan Galas.
Di Negeri Sembilan, BN ada dua calon muda di Parlimen dan 5 orang calon muda di kerusi DUN. Johor pula memberikan kepercayaan kepada orang muda untuk kerusi DUN di Pemanis, Kemelah, Simpang Jeram, Layang Layang dan Panti.
Di Sarawak, Barisan Nasional tampilkan Kho Teck Wan yang berusia 42 tahun di Parlimen Bandar Kuching, Andrew Wong, 42 tahun di parlimen Sibu dan Lukanisman bin Awang Sauni berusia 36 tahun di parlimen Sibuti. 3 calon muda ditampilkan oleh BN Sarawak.
Di Kedah, Barisan Nasional tampilkan 5 orang calon muda di DUN Kota Siputeh, Bukit Pinang, Kota Darul Aman, Tanjong Dawai dan Bayu. Di Perak ada seramai 4 orang calon muda di kerusi Parlimen dan 18 orang calon muda bertanding di kerusi DUN.
Di Pulau Pinang, 7 orang calon muda ditampilkan Barisan Nasional dengan calon paling muda merupakan Koo Pei Chee, berusia 32 tahun bertanding di kerusi DUN Batu Lanchang.
Di 11 negeri ini sahaja, belum termasuk Perlis, Sabah dan Pahang, Barisan Nasional sudah tampilkan seramai 90 orang calon muda daripada seramai 567 orang calon yang sudah diumumkan.
Ini bermakna secara keseluruhannya, sejumlah 46% calon BN adalah calon muka baru dan sejumlah 15.8% calon BN adalah terdiri daripada calon golongan orang muda.
#BersamaBN #HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat #JomBN
#ManifestoBN
Tulisan :
Beruang Biru
Nurul Izzah Jual Kerusi ?
Baru-baru ini pecah khabar bahawa Naib Presiden PKR, Nurul Izzah 'menjual' kerusi kepada beberapa individu. Dengarnya, Izzah didakwa meminta wang daripada calon yang berpotensi, sebelum menjanjikan kerusi kepada individu-individu berkenaan. Betul ke?
Perkara ini sudah tersebar di beberapa blog sehingga mendorong Pengerusi NGO Anti-Jenayah, Datuk R. Sri Sanjeevan membuat laporan polis menggesa siasatan dilakukan terhadap Izzah. Menurutnya, beliau turut mendapat maklum mengenai perkara tersebut daripada maklumat dalaman. Laporan SPRM juga akan dibuat dalam masa terdekat.
Kalau betul khabar ini, nampak gayanya Izzah hanya bertopengkan di sebalik slogan demokrasi saja lah. Hakikatnya, perbuatan rasuah amat bertentangan dengan konsep demokrasi. Tak tahulah Izzah akan tampil nafikan atau tidak, kerana nama-nama dan wajah pemimpin yang dikaitkan itu sudah terpampang. Atau mungkin Izzah akan salahkan Umno juga macam biasa. Taktik lapuk!
#PakatanProDAP
PAS Soal, Dari Mana Sumber Dana Pakatan?
Sekian lamanya, Pakatan berjaya merosakkan persepsi rakyat terhadap PAS dengan mengatakan parti Islam itu menerima dana RM90 juta dari Umno, dengan menggunakan media mesra pembangkang untuk memainkan fitnah berkenaan. Presiden PAS, Hadi Awang dan pimpinan yang lain berkali-kali menafikan fitnah itu dengan mengatakan parti mereka mendapat sumbangan dari ahli-ahli parti.
Soalan yang sama juga ditanya kepada Pakatan, dari mana mereka memperolehi dana untuk empat parti komponen mereka? Sepertimana yang pernah didedah bekas Pengerusi SPR, Abdul Rashid Abdul Rahman yang kini Naib Presiden PPBM, bahawa DAP menerima dana dari Singapura, Hong Kong dan Taiwan untuk menjalankan aktiviti parti. Apakah ini juga bermakna Pakatan sendiri menerima sumbangan dari pihak negara luar untuk menjatuhkan kerajaan BN?
Persoalan sebegini nampaknya mungkin tidak akan terjawab oleh puak Pakatan. Jika disuruh isytihar harta pun mereka enggan, apatah lagi perkara sebesar ini. Balik-balik yang akan dijawab – ini semua propaganda untuk melemahkan Pakatan.
#PakatanProDAP #TsunamiPHFitnah
Apa Motif Pertemuan Azmin, Ezam?
Hura-Hara Dalam Pakatan, Yang Untung DAP!
Sebelum ini Ezam Mohd Noor umum bertanding di Shah Alam, kemudian khabar angina bertiup mengatakan Azmin Ali pun bakal bertanding di parlimen yang sama kerana sokongan di Gombak semakin goyah.
Yang peliknya, pengumuman Ezam itu dilakukan sebaik sahaja dirinya dan Azmin mengadakan perjumpaan pada hari ini. Bukan orang tak tahu permusuhan antara Azmin dan Ezam sehingga Ezam keluar PKR dan masuk Umno. Setelah sekian lama bermusuh, hari ini kononnya mencatat sejarah 'kembali bertaut' antara dua bekas orang kanan Anwar Ibrahim itu.
Apa agaknya kata-kata akhir Azmin beri kepada Ezam supaya tarik diri dari Shah Alam? Adakah Azmin tak mahu Pakatan kalah di Shah Alam? Atau Azmin mahu Ezam 'diam' dalam isu rasuah pentadbiran kerajaan negeri, memandangkan Ezam mengetuai NGO Hisbah yang menentang rasuah?
#PakatanProDAP #TsunamiPHFitnah
Rabu, 25 April 2018
Tun M Hebat, Tapi Itu Dulu
Nawawi Ahmad, penyandang kerusi Parlimen Langkawi menyifatkan Tun M sememangnya seorang yang cukup hebat, namun itu semua sejarak 'lama dahulu'. Ia berdasarkan faktor umur dan kondisi kesihatan Tun yang sudah tidak mengizinkan mantan Perdana Menteri itu bergiat terlalu aktif pada hari ini.
Namun, walaupun sudah menjangkau usia 93 tahun, tetap juga puak pembangkang menggalakkan Tun memberi ceramah-ceramah politik di seluruh negara. Seolah-olah menggunakan Tun semahunya demi kepentingan politik mereka, sehinggakan baru-baru ini tular gambar Tun M tertidur kerana kepenatan setelah memanjat tangga demi menyampaikan ceramah beliau.
Menurut Nawawi juga, rakyat di Langkawi mahukan pemimpin yang aktif dan beliau percaya mereka akan memilih wakil rakyat yang mampu bekerja untuk mereka siang dan malam di tempat mereka sendiri sekaligus berpendapat bahawa BN akan mendapat sokongan padu daripada orang-orang Langkawi.
#PakatanProDAP
Isnin, 23 April 2018
Azmin Goyah Tanpa Sokongan PAS?
Azmin Ali tahu kemenangannya di Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa banyak dibantu oleh PAS kerana dua kawasan itu adalah kubu kuat PAS. Kalau diteliti semula, kira-kira 80 peratus undi yang beliau perolehi dalam PRU lalu juga adalah daripada penyokong PAS.
Tapi hubungan PKR dengan PAS sudah terputus, dan ini meletakkan Azmin dalam dilema kerana peluang untuknya menang di kawasan itu pada kali ini agak tipis. Jadi ada kemungkinan Azmin terpaksa memilih kawasan lain untuk bertanding pada PRU14. Malah timbul ura-ura mengatakan Azmin mungkin bertanding di kawasan lebih selamat khususnya Parlimen Shah Alam, namun dibantah oleh PAN.
Mendayung ke hulu salah, mendayung ke hilir salah, apa lagi agaknya taktik Azmin selepas ini ya? Lagi satu, tanpa sokongan PAS juga bakal membuatkan jentera PKR khususnya di Selangor berada dalam keadaan yang sangat goyah. Nampak gayanya, makin pening kepala lah Azmin.
#PakatanProDAP
Pakatan Harapan Sedang Porak Peranda Kerana Berebut Kuasa
Pembangkang sebenarnya hanya berpakat untuk merebut kuasa semata mata. Oleh kerana itulah, ada yang menangis nangis kerana surat layang, ada yang menyerbu Istana Segambut dan ada yang protes ugut keluar parti kerana hendak jadi calon.
Inilah porak peranda yang sedang berlaku dalam pembangkang. Gan Pe Nei, ADUN PKR Rawang menangis nangis kerana menyatakan ada orang buat surat layang tuduhnya seleweng duit peruntukan. Tian Chua mula mula buat sidang akhbar untuk umum keluar parti kemudian tarik “hand brake” dan buat keputusan lain. Begitu juga dengan Zuraida Mak Lampir yang pergi ke Istana Segambut memprotes ramai nama calon dari kem Azmin telah digugurkan oleh Wan Azizah.
Antara yang digugurkan dan dikaitkan sebagai kem Azmin dalam PKR adalah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong; ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari, ADUN Taman Medan, Hanizah Mohd Talha dan ADUN Rawang, Gan Pei Nie.
Semalam, wakil kumpulan yang pro-Azmin dalam PKR, iaitu Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin dikatakan telah bertemu dengan Wan Azizah. Namun Wan Azizah khabarnya tetap berkeras tidak mahu geng “kartel” terlalu ramai menjadi calon. Tidak mahu Azmin terlalu kuat dan Anwar Ibrahim sendiri dipercayai merestui apa yang Wan Azizah dan Rafizi lakukan itu.
Kuasa untuk tandatangan watikah ada di tangan Wan Azizah, jadi Azmin tidak boleh buat apa. Antara yang digugurkan Wan Azizah adalah pegawai khas kepada Azmin, Hilman Idham untuk kerusi DUN Gombak Setia dan bekas Pengerusi PKR Melaka yang juga pegawai Azmin, Khalid Jaafar yang ditolak dari bertanding kerusi Parlimen Hulu Selangor.
Parti bekas Menteri Kabinet, Datuk Seri Dr Shafie Apdal, Parti Warisan Sabah juga ada masalah. Partinya bercakaran dengan PAN di Sabah. Presiden Warisan itu meminta PAN supaya jangan bertanding di Sabah pada PRU14 tapi PAN tetap mahu bertanding.
Pengerusi PAN Sabah, Hamzah Abdullah tetap akan bertanding sekurang-kurangnya dua kerusi pada PRU nanti. "Hari ini kita akan bertemu presiden parti kita dan kita akan membuat satu keputusan yang kita akan bertanding juga. Kita akan bertanding di kerusi yang telah diputuskan oleh Pakatan Harapan.
"Apa pun keadaannya, kita akan bertanding melawan sesiapa yang akan bertanding di Batu Sapi dan Kalabakan. Kita bukan lawan HARAPAN, kita akan lawan WARISAN kerana kita tidak ada pakatan dengan WARISAN," kata Hamzah kepada Malaysiakini.
PAN di Sabah menuduh Shafie adalah penyebab perpecahan dalam negeri Sabah kerana sifat tamak. Bukan itu sahaja, Hamza kata Shafie adalah seorang pemimpin yang angkuh dan biadab selepas Shafie menyatakan bahawa beliau sudah berunding dengan Mahathir dan Presiden PAN, Mohamad Sabu supaya PPBM dan PAN tidak bertanding di negeri itu.
Dalam DAP sendiri pun bermasalah. Orang yang ada dua kes rasuah di mahkamah disenaraikan sebagai calon. Orang yang bercakap benar digugurkan pula sebagai calon. Malah digelarkan pula sebagai anjing oleh DAP kerana bercakap benar. Enam orang digugurkan di Pulau Pinang kerana tidak sehaluan dengan Guan Eng.
Kerana tidak puas hati PAN hanya dapat 10 kerusi berbanding 13 yang diminta, Pengarah Biro Pilihan Raya Parti Amanah Negara (PAN) Selangor, Jaafar Samsuddin telah meletak jawatan pada 19 April lepas. Tiga hari lepas, pembangkang bergaduh di Sungai Siput, Perak bila Ketua Penerangan Pakatan Harapan Sungai Siput membantah sebarang kehadiran calon luar di sana.
Di Kedah, pembangkang masih lagi gagal agih calon antara PKR, DAP dan PAN. Di Selangor masih belum selesai sepenuhnya agihan calon Pakatan Harapan, sedangkan Barisan Nasional sudah siap sepenuhnya senarai penuh nama nama calon yang akan bertanding.
Pembangkang porak peranda kerana hendak berebut kuasa. Pembangkang tidak bercakap lagi soal manifesto yang mereka buat, mereka sibuk merebut kerusi sahaja. Jadi rakyat kena pilih BN yang lebih konsisten dan mencapai kata konsensus dalam semua perkara berbanding pembangkang yang porak peranda.
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
Tulisan :
Beruang Biru
BB882, Isnin
23 April 2018
Ahad, 22 April 2018
Sampai Bila Nak Sisih Pantai Timur, Mahathir?
Tak tahulah apa masalah Tun Mahathir dan Pakatan. Ada saja yang mereka tak puas hati dengan pembangunan yang dilakukan di bawah DS Najib Razak terutamanya melibatkan pembangunan di Pantai Timur.
Lihat sahaja apa yang mereka fitnah mengenai ECRL. Kononnya ia hanya membazirkan wang malah turut memutarbelit fakta tentang pembinaannya. Apa yang sebenarnya mereka mahu? Tak buat pembangunan salah, buat pembangunan pun salah. Mahathir tu tak cukup-cukup lagi ke nak anaktirikan Pantai Timur dari dulu sampai sekarang?
Walhal, banyak kepentingan pembinaan ECRL buat negara. Menambah peluang pekerjaan, menambah nilai hartanah di kawasan terlibat, bakal meningkatkan KDNK negara dan banyak lagi. Agaknya Mahathir dan Pakatan sememangnya iri hati sebab DS Najib sentiasa pentingkan kebajikan rakyat? Iyalah, Mahathir dulu lebih pentingkan kroni sendiri. Sebab itulah sekarang ligat tabur fitnah untuk tutup kegagalan sendiri!
#PakatanProDAP
Ekonomi Negara Terus Kukuh, Rizab Antarabangsa Lonjak USD110 Bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada USD110 bilion, paras tertinggi sejak Februari 2015. Jumlah rizab itu direkodkan pada 13 April 2018.
Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad bersara dari jawatannya sebagai Perdana Menteri (Oktober 2013), paras rizab negara berjumlah USD 42.9 bilion.
Berbanding rizab antarabangsa BNM direkodkan tertinggi ketika era PM Dato' Seri Najib Tun Razak ialah USD 141.4 bilion pada Mei 2013.
Peningkatan berterusan rizab antarabangsa oleh Bank Negara itu mencerminkan pengukuhan permintaan luaran negara, selain menunjukkan keyakinan terhadap kedudukan ekonomi negara.
#HebatkanNegaraku
Sabtu, 21 April 2018
Tipu muslihat Dap
Jangan tertipu !
#NegarakuMalaysia
#ProBarisanNasional
#HapusProDap
#HapuskanBenderaBiruMuda
JASA UPDATE
17 April 2018
Jangan Tertipu Dengan Topeng DAP
1. PARTI Tindakan Demokratik (DAP) telah menggunakan logo roket sejak ia pertama kali bertanding dalam Pilihan Raya Umum Tahun 1966. Sejak tertubuhnya parti tersebut, adalah menjadi pengetahuan umum bahawa DAP adalah parti yang terkenal sebagai agresif, cauvinis dan sebuah parti khusus buat kaum Cina.
2. Memandangkan PRU-14 bakal tiba, DAP sedang giat mengaburi pengundi dengan janji-janji manis mereka untuk menyembunyikan belang sebenar mereka. Dengan menggunakan taktik kotor mereka dengan slogan ‘Malaysian Malaysia’ kepada anak muda jelas menunjukkan mereka berharap untuk mengelirukan minda golongan tersebut.
3. Pada 6 April 2018 yang lalu, apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan untuk mengguna logo PKR bagi PH dalam PRU14 kelak, ia telah mengejutkan seluruh pelusuk Negara, terutama sekali penyokong tegar DAP dari semua lapisan.
4. Golongan yang sangat hampa sekali adalah Veteran DAP kerana ini adalah pertama kali dalam sejarah di Semenanjung Malaysia, mereka tidak akan melihat bendera roket DAP berkibar setelah hampir 60 tahun bertanding dalam Pilihan Raya Umum.
5. Jelas dengan persetujuan ini, parti DAP di labelkan sebagai terdesak kerana rela menjual maruah parti sendiri; bak pepatah ‘Rosak Bawang Ditimpa Jambak’.
“Ini adalah satu tindakan menjual maruah satu logo parti yang begitu bernilai untuk mereka (DAP) setelah sekian lama veteran mereka membina kekuatan parti kerana roket,” itulah yang digambarkan oleh Ketua Pemuda MCA Senator Datuk Chong Sin Woon.
6. Dalam satu temu bual khas bersama KLXpress, beliau mengingatkan pengundi Melayu bahawa kerakusan untuk mendapat kuasa, DAP sanggup menggunakan logo PKR untuk memukau pengundi Melayu.
“Dia (DAP) terang-terang berkata pengundi Melayu tidak mengundi roket. Tetapi kalau hendak dapatkan sokongan Melayu, dia kena korbankan logo roket mereka. Jadi itu adalah untuk memperbodohkan orang Melayu. Bila pengundi Melayu pergi tengok; ‘eh… ini adalah PKR = parti Melayu, Anwar Ibrahim = okay, kita sokong lah. Sebenarnya di belakang topeng itu adalah DAP”, ujarnya lagi.
PARTI YANG HIDUP BERPURA-PURA
7. Selain itu, Sin Woon turut menyatakan bahawa dasar perkauman diwujudkan oleh parti DAP itu sendiri dan bukan parti atau kumpulan lain sepertimana yang sentiasa dilaungkan oleh mereka.
“DAP ini satu parti cauvinist. Satu parti yang penuh isu-isu perkauman. Saya faham sebab saya orang Cina, sebab kita dengar ceramah-ceramah mereka. Sebelum ini pun mereka kutuk UMNO, kutuk Melayu, kutuk Kerajaan. Kata orang Cina ini second-class citizen, third-class citizen; semua kepada orang Melayu, kepada Bumiputera. Orang Cina tidak dapat apa-apa. Orang Cina cuma bayar cukai sahaja tapi Melayu yang enjoy.
“Itu adalah hatred (kebencian) yang dibina oleh roket. Hari ini mereka cuba buat satu topeng ‘kita multiracial’ (pelbagai kaum); kita ada Melayu, kita ada Sofya (Dyana Sofya Mohd Daud). Mereka sanggup buat apa sahaja,” tambah beliau.
8. Selain itu, Sin Woon turut menyatakan bahawa setiap pemimpin DAP yang berfikiran rasional dan tidak bertindak extreme atau agresif dalam mengkritik pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) akan disingkir.
"Kalau kita tengok rekod sejarah DAP, ramai sangat pemimpin mereka yang berprinsip semakin sukar berada di dalam DAP kerana tidak setuju dengan cara DAP bermain politik di negara kita ini.
“Termasuk leadership (kepimpinan) yang dilakukkan oleh Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng. Kita tengok banyak pergolakkan sebenarnya. Puak-puak Lim Guan Eng ini akan mendapat tempat manakala mereka yang tidak setuju akan disingkirkan.
“Sebelum ini tokoh Tan Sri Lee Lam Thye dan lain-lain tokoh yang berkaliber tiada tempat dalam DAP. Jadi ini bukanlah satu perkara yang baru”, jelasnya.
MENANAM PERASAAN BENCI TERHADAP KERAJAAN
9. Ujar Sin Woon lagi, penyokong DAP terlalu taksub dengan parti mereka sehingga sanggup bertindak agresif apabila bertembung dengan pemimpin atau penyokong BN.
10. Disamping itu, beliau berasa kecewa dengan cara DAP mengajar penyokong mereka ber
kelakuan kurang ajar dengan harapan golongan anak muda dapat mencontohi sikap biadap mereka.
CALON DAN PEMIMPIN MELAYU HANYA BONEKA SEMATA-MATA
11. Menurut beliau lagi, calon Melayu yang dipilih oleh mereka adalah sekadar hiasan untuk bermain sentimen pengundi Melayu, jelas ia adalah taktik yang sangat kotor.
12. Sin Woon mencabar; "Di kawasan majoritinya Melayu, dia (DAP) akan letak calon Melayu, di kawasan majoriti Cina, dia akan letak calon Cina. Kalau betul la sangat si DAP ini multiracial (pelbagai kaum); Satu Malaysia : Malaysian Malaysia, letaklah si Cina di kawasan orang Melayu seperti MCA. Letaklah si Melayu di kawasan majoriti Cina, biar orang Cina sokong orang Melayu.
"Dia kutuk parti kita (BN) rasis, yang sebenarnya di bawah wajah-wajah itu semuanya, belakangnya racism (perkauman). Itulah cara DAP berpolitik,” tegasnya.
Jumaat, 20 April 2018
SIRI 1: DEMI ALLAH DAP AKAN HANCURKAN ISLAM - DEDAH BEKAS PEG KHAS GUAN ENG.
Pada PRU 13 DAP gagal, tetapi pada PRU14 mereka akan berjaya jika PH menang...?
Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, tiap bulan Lim Guan Eng akan pergi ke Singapura. Saya biasa mengikuti banyak kali rombongan beliau ke Singapura. Dia akan pergi hari Sabtu petang dan akan balik hari Ahad petang.
Di Singapura, kita akan jumpa dua orang saja. Satu bekas pemimpin atau bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan lagi satu wakil Duta Israel di sana. Dua ni yang akan kita jumpa.
Sewaktu kita jumpa dengan Duta Israel atau wakil Israel, Tuan-tuan tahu tak, pihak Israel telah bersetuju memberi dana sebanyak 300 juta USD untuk PRU yang ke 13 ni. USD ya bukan RM ya. Duit tu sekarang berada di Singapura ya. Benda ni antara projek Isreal-Singapura dan DAP.
Bila saja bubar Parlimen, masa tulah duit akan masuk dan juga pakar-pakar Israel. Mereka merupakan beberapa warganegara asing. Mereka juga akan menyusup masuk ke bumi Malaysia ni. Semasa itulah Tuan-tuan boleh melihat kempen pilihanraya yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni.
Kalau Tuan-tuan tak percaya sekarang tak apa, bila berlaku, masa itulah Tuan-tuan akan mengingat saya, apa yang saya kata ni. Yang paling teruk, yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni, PRU 13 ni. 300 juta USD ni, dapat Singapura.
Tuan-tuan jangan tanya saya bagaimana duit ini masuk. Bank Negara ke, Kastam ke, mereka tidak akan dapat mengesan apa-apa pun. Tak dapat dikesan duit tu masuk macam mana. Sampai tahap mereka buat.
Kita pun nak tanya juga pasal apa pihak Israel ni sanggup bagi duit sebanyak tu. Takkan saja-saja dia nak bagi duit. Mesti ada sebab. Sebabnya, Lim Guan Eng telah berjanji, sekiranya Putrajaya telah ditawan, kita akan serahkan Port Dickson sebagai base tentera Israel yang baru. Janji Guan Eng dekat Israel.
Sebab itu DAP kata, kalau berlaku sekali lagi 13 Mei, dia tak takut, dia kata. We are not scared for that. Mungkin 1969 kita kalah, tapi lepas ini kita akan pastikan nak ajar orang Melayu macam mana.
Kerana apa, kerana dia yakin yang dok berada di belakang dia tu ada. Satu jentera yang paling kuat sekali. Dia tak hairan, berlakulah. Dia nak juga benda tu berlaku. Dia nak ajar. Dendam tu, dia kalah 1969, dia tak puas hati. Dia nak ajar balik. Sampai tahap tu.
Base tentera Israel akan wujud, pasal apa? Pasal apa Israel mahu tempat tu Tuan-tuan dan Puan-puan. Dia ingin mengembangkan, dia ingin menjadikan base itu sebagai base untuk Asia Tenggara. Dia kata, base yang ada di Singapura ni kecil, sebab tu dia kenal pasti nak benda ni.
Dia minta Lim Guan Eng, Guan Eng setuju. Kami menang, kami akan bagi dengan syarat kamu tolong kami PRU 13 ni. Ada perjanjian dah. Denmi Allah DAP akan hancurkan Islam....?
Majlis Agama Islam akan dibubarkan dan akan digantikan dengan Majlis Antara Agama. Semua agama duduk dalam satu jabatan macam IFC. Kita akan gabung dan duduk dalam satu jabatan.
Begitu juga wang zakat, boleh digunakan oleh orang bukan Islam. Bagi DAP, wang zakat merupakan wang cukai, kenapa orang bukan Islam tak boleh guna? Semasa saya memberi taklimat ini di hadapan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Harussani.
Masa saya cakap benda ni, dia stop saya, dia stop saya. Dia kata, bukan mereka akan minta, mereka dah minta dah.
Semasa Pakatan Rakyat memerintah Perak 11 bulan, dia kata, dua orang ADUN DAP telah datang berjumpa dengan beliau dan minta agar separuh dari wang zakat Perak diberikan kepada orang Cina.
Kalau Tuan-tuan sempat berjumpa dengan Tan Sri Harussani, tanyalah dekat beliau. Beliau akan menceritakan segala-galanya. Saya kata mereka akan minta, tapi beliau kata mereka dah minta pun.
Mahkamah Syariah. Mahkamah yang berteraskan agama tidak akan dipraktikkan lagi di bumi Malaysia. Kita akan guna satu Mahkamah Sivil saja, yang lain semua kita akan tolak. Kita tidak akan iktiraf. Dasar Ekonomi Baru (DEB). Lepas Lim Guan Eng ambil sumpah, inilah kenyataan pertama dia, "Akan hapuskan Dasar Ekonomi Baru."
Siri 2 akan menyusul: Pendedahan Dedah Zulkifke Abd. Rahman. Kenapa DAP tidak saman sampai sekarang.