Khamis, 28 April 2016

#PRNSARAWAK: SAYA CABAR DAP PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN PKR DAN PAS DI MALAYSIA

Kenyataan Media Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatain (PMSP) Ramesh Rao

Saya secara terbuka mencabar DAP memutuskan hubungan dengan PKR dan PAS di negara ini secara keseluruhan tanpa ada beberapa negeri yang masih wujud kerjasama kononnya demi mempertahankan kerajaan negeri.

Kemelut pertelingkahan PKR dan DAP di Sarawak sudah cukup menunjukkan bahawa parti DAP tidak boleh bekerjasama dengan apa jua parti pun dalam politik kerana mereka ada agenda peribadi mereka tertentu.

Hari ini, seorang bekas Menteri Kabinet zaman Pak Lah, Datuk Zaid Ibrahim sudah mula mengeluarkan kenyataan dan cadangan kepada DAP supaya melupakan hubungan dengan PKR sebaliknya menumpukan gerakan politik bersama Parti Amanah Negara (PAN) untuk masa akan datang.

Katanya dalam Malaysiakini, beliau merancang untuk mengundang pemimpin DAP, Lim Kit Siang ke majlis makan malam menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 7 Mei depan.

Saya dengar program yang akan diadakan itu mewah dan di sana beliau akan menyuarakan hasratnya kepada parti cauvinis itu supaya meninggalkan PKR dalam gabungan ketika itu.

“Dalam majlis makan malam itu saya akan cadangkan ini: Lupakan kerjasama pilihan raya bersama-sama.

“Ia tidak berkesan dalam pilihan raya umum ke-13 dan tidak berjaya dalam pilihan raya Sarawak.

"Harapan terbaik untuk pakatan pembangkang yang boleh dipercayai adalah antara DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH),” katanya Zaid di portal Malaysiakini.

Kita tahu ini adalah drama untuk menakutkan PKR bahawa mereka bakal ditinggalkan oleh DAP keseorangan dalam politik padahal sebenarnya DAP tidak akan berjaya mencapai agenda mereka jika tanpa bantuan dan penyertaan parti-parti ini kerana ada kawasan pengundinya membenci DAP.

Pastinya DAP tidak mahu rahsia sebenar ini diketahui dengan jelas dan terbuka oleh parti PKR kerana ia akan menghangatkan lagi pertelingkahan antara kedua-dua parti itu.

Kalau betul mereka berani dan boleh berdepan pilihan raya di negara ini, saya cabar DAP membuat keputusan secara keseluruhan dan benar memutuskan hubungan dengan PKR dan PAS di seluruh negara. Jika mereka pilih untuk kekal bergabung dengan PAN itu pilihan mereka.

Apa yang saya katakan di sini ialah cabaran saya kepada parti DAP yang dipimpin oleh Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang untuk terus menamatkan sebarang hubungan dengan PKR dan PAS di negara ini secara keseluruhannya. Ini kerana konflik pertembungan sesama sendiri ini amat memalukan lebih-lebih lagi untuk parti politik yang sudah lama bertapak di negara ini seperti DAP.

28 April 2016
2:31 petang

Rabu, 27 April 2016

Berita Tergempar Abu Dhabi mungkin akan memikul kebanyakan tab kewangan 1MDB - Reuters News

27-Apr-2016 13:55:50

Penulis adalah seorang kolumnis Reuters Breakingviews. Pendapat yang dinyatakan adalah dari pendapat penulis sendiri.

Oleh Una Galani

HONG KONG, 27 April (Reuters Breakingviews) - Abu Dhabi besar kemungkinan akan menanggung kebanyakan tab kewangan bagi dana Malaysia yang tidak henti-henti dipertikaikan. Pihak dari Teluk Arab berkenaan sedang buntu dengan hutang sebanyak $ 3.5 bilion yang digunakan untuk menjamin 1Malaysia Development Berhad (1MDB), malah mereka kini terpaksa membayar faedah ke atas beberapa bon tersebut. Ia seakan-akan memberi gambaran tentang apa yang akan terjadi seterusnya.

International Petroleum Investment Company (IPIC) sekarang akan membayar faedah ke atas bon sebanyak US$ 1.75 bilion selepas 1MDB tidak membuat pembayaran faedah. Dana dari Malaysia menyatakan bahawa pihak mereka boleh membuat pembayaran tetapi tidak berbuat demikian selepas terdapat pertikaian dengan rakan sejawatannya dari Teluk itu. Nampaknya IPIC mungkin terpaksa bertanggungjawab untuk satu lagi bon 1MDB, yang juga bernilai US$ 1.75 bilion, yang mana tarikh akhir pembayaran faedah ialah pada 11 Mei.

Hal itu tidak akan menyebabkan Malaysia bebas sepenuhnya. Tindakan 1MDB tidak membayar mencetuskan "cross-default" dan keadaan berkenaan bermakna pemiutang boleh menuntut wang pinjaman mereka kembali sebanyak RM 8.2 bilion (US$ 2.1 bilion). Hampir tiga suku daripada jumlah jaminan kerajaan.

Jika 1MDB tidak boleh meyakinkan pemiutang untuk memberikan pengecualian maka Malaysia mungkin perlu membayar bersamaan dengan 0.5 peratus daripada KDNK, menurut Moody. 1MDB berkata ia hanya mempunyai wang tunai lebihan sebanyak 2.3 bilion ringgit.

Pertelingkahan di antara Abu Dhabi dan Malaysia boleh berlarutan selama bertahun-tahun. IPIC mendakwa bahawa 1MDB dan Kementerian Kewangan Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk membayar balik sebarang kos yang berkaitan dengan jaminan pada kewangan dan beberapa liabiliti lain, yang berjumlah kira-kira US$ 6 bilion.

Bagi pihak 1MDB, mereka mendakwa bahawa telah membayar US$ 3.5 bilion berdasarkan rundingan perjanjian dengan dua eksekutif kanan anak syarikat IPIC iaitu Aabar, di mana kedua-dua mereka telah pun meninggalkan syarikat berkenaan. IPIC menyatakan ia tidak memiliki Aabar Investments PJS Limited, syarikat yang telah menerima dana tersebut.

Dalam pada itu, ia adalah lebih mudah bagi 1MDB, kerana reputasinya yang sedang hangat diperkatakan. Ini sudah menjelaskan nilai matawang Ringgit Malaysia sehingga kini. Tetapi Abu Dhabi nampaknya tidak mahu mencemarkan nama baik mereka di kalangan pelabur. Oleh itu, ia mungkin berakhir dengan Abu Dhabi menanggung sebahagian besar dari hutang tersebut .

Diterjemah oleh: KKMM

#PRNSARAWAK: Pembinaan Hospital Sri Aman tidak terbengkalai, tunggu proses pemendapan tanah

Projek pembinaan Hospital Sri Aman tidak terbengkalai dan akan dimulakan sebaik sahaja selesai proses pemendapan tanah dilakukan.

Pengarah Kesihatan ne­geri, Datuk Dr. Zulkifli Jantan (gambar) berkata, projek tersebut mempunyai dua fasa iaitu penyediaan tapak dan pembinaan.

"Projek ini bukannya terbengkalai tetapi masih me­nunggu proses pemendapan tanah yang mana tapak dibiarkan bagi membolehkan tanah itu mendap sepenuhnya.

"Ia sudah menjadi standard projek pembinaan bagi memastikan bangunan yang dibina tidak terjejas oleh pemendapan tanah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Zon Sarawak dan Sabah di sini semalam.

Zulkifli mengulas mengenai projek pembinaan Hospital Sri Aman yang dikatakan terbengkalai sehingga ditumbuhi semak dan pokok kecil di laman sosial baru-baru ini.

Projek menelan kos RM200 juta di kawasan seluas 20.6 hektar itu akan mengambil masa dua tahun untuk siap sepenuhnya.

Tambah Zulkifli, sekiranya proses pemandapan tanah tidak dilakukan, ia boleh menjejaskan struktur bangunan yang menyumbang kepada runtuhan.

Kongsi Konten di :

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sabah_%26_Sarawak/20141015/wb_02/Pembinaan-Hospital-Sri-Aman-tidak-terbengkalai-tunggu-proses-pemendapan-tanah#ixzz470YMdcwW
© Utusan Melayu (M) Bhd

#PRNSARAWAK: Pembinaan Hospital Sri Aman tidak terbengkalai, tunggu proses pemendapan tanah

Projek pembinaan Hospital Sri Aman tidak terbengkalai dan akan dimulakan sebaik sahaja selesai proses pemendapan tanah dilakukan.

Pengarah Kesihatan ne­geri, Datuk Dr. Zulkifli Jantan (gambar) berkata, projek tersebut mempunyai dua fasa iaitu penyediaan tapak dan pembinaan.

"Projek ini bukannya terbengkalai tetapi masih me­nunggu proses pemendapan tanah yang mana tapak dibiarkan bagi membolehkan tanah itu mendap sepenuhnya.

"Ia sudah menjadi standard projek pembinaan bagi memastikan bangunan yang dibina tidak terjejas oleh pemendapan tanah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Zon Sarawak dan Sabah di sini semalam.

Zulkifli mengulas mengenai projek pembinaan Hospital Sri Aman yang dikatakan terbengkalai sehingga ditumbuhi semak dan pokok kecil di laman sosial baru-baru ini.

Projek menelan kos RM200 juta di kawasan seluas 20.6 hektar itu akan mengambil masa dua tahun untuk siap sepenuhnya.

Tambah Zulkifli, sekiranya proses pemandapan tanah tidak dilakukan, ia boleh menjejaskan struktur bangunan yang menyumbang kepada runtuhan.

Kongsi Konten di :

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sabah_%26_Sarawak/20141015/wb_02/Pembinaan-Hospital-Sri-Aman-tidak-terbengkalai-tunggu-proses-pemendapan-tanah#ixzz470YMdcwW
© Utusan Melayu (M) Bhd

#PRNSarawak: SAKIT HATI DENGAN PERARAKAN BER'ARAK' BARISAN NASIONAL DI PAKAN, SARAWAK


YB Howard Lee
ADUN Pasir Pinji

Pakan, 25 April – Budaya perarakan mengelilingi kawasan Pakan yang dianjurkan oleh Barisan Nasional telah pun berlaku di luar jangkaan dan pemikiran kita. Perarakan Barisan Nasional yang disertai oleh anak-anak muda kelihatan sangat tidak bertamadun di mana mereka dengan sesuka hati menunggang motosikal secara berbahaya sewaktu berkempen. Mereka gagal untuk memakai helmet keselamatan. Mereka juga tidak berhenti-henti membunyikan hon motosikal untuk menyalurkan tindakan provokasi yang melampau dan tidak bertamadun. Hal yang demikian bukan sahaja dianggap sebagai provokasi kepada pihak lawan yang bertanding, tetapi ia juga sebenarnya menggugat keselamatan orang awam secara umum. Orang-orang tua dan kanak-kanak yang mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat kempen telah pun diancam keselamatannya.

Tidak dapat dinafikan, para penyokong mempunyai hak untuk berkempen terhadap parti sanjungan mereka, namun ia tidak semestinya datang dalam pakej untuk mencabar dan menggugat keselamatan pihak-pihak lain yang terlibat. Pihak keselamatan yang ditugaskan untuk menjaga keamanan juga kelihatan kurang berkesan untuk bertindak dalam konteks terkawal.

Lebih membimbangkan, perarakan motosikal Barisan Nasional ini dengan bangganya diteruskan oleh aktiviti menikmati air tin arak di kawasan terbuka yang dilihat oleh masyarakat pelbagai lapisan termasuk kanak-kanak kecil dan polis. Anak-anak muda remaja ini dengan rasa tidak malunya menghayun-hayunkan air tin arak yang dibuka. Kempen pilihanraya telah bertukar menjadi pesta arak.

Berkempen menggunakan motosikal bukanlah suatu kesalahan pada asasnya, tetapi tindakan memperguna anak-anak muda untuk tujuan politik adalah sesuatu yang salah. Barisan Nasional yang memayungi anak-anak muda ini kelihatan seperti gagal berfungsi untuk membentuk lapisan generasi baharu yang bersopan santun. Kegagalan untuk berkempen secara matang secara terang-terang menunjukkan kegagalan untuk berbudaya.

Kami menggesa supaya calon-calon Barisan Nasional kawasan Pakan, Tan Sri William Mawan bersama-sama kami di pihak calon tempatan DAP, Rinda Alexander untuk mengecam tindakan berkempen seperti ini.

Selasa, 26 April 2016

#PRNSarawak: FAKTA DAN KRONOLOGI PROSES PERUNDINGAN KERUSI PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK DI ANTARA DAP DAN PKR

Kenyataan sidang media oleh Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook pada 26 April 2016 di Ibupejabat Kebangsaan DAP, Kuala Lumpur.

 

19 Februari 2016

Mesyuarat Jawatankuasa Rundingan Kerusi 2-pihak PKR-DAP yang terdiri daripada Tony Pua, Chong Chieng Jen, Teresa Kok (DAP) dan Tian Chua, Baru Bian, See Chee How (PKR) memutuskan untuk melantik Merdeka Center untuk menjalankan kaji selidik untuk melihat parti mana yang lebih sesuai bertanding di kawasan-kawasan yang bertindih. 6 kerusi dipilih dalam projek tersebut iaitu Batu Kitang, Senadin, Simanggang, Tasik Biru, Mambong dan Bukit Semuja. Kos sebanyak RM100,000 ditanggung sama rata di antara 2 parti.

7 Mac 2016

Majlis Presiden Pakatan Harapan bermesyuarat dan memutuskan untuk memberi tempoh masa sehingga pertengahan bulan Mac kepada Jawatankuasa rundjingan PKR-DAP untuk menyelesaikan proses rundingan dan selepas itu, keputusan terakhir perlu dibuat bersama oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali.

23 Mac 2016

Jawatankuasa rundingan PKR-DAP bermesyuarat untuk kali terakhir dan berjaya mengurangkan kerusi yang bertindih dari 15 ke 11 kerusi. 11 kerusi tersebut ialah Batu Kitang, Senadin, Simanggang, Tasik Biru, Mambong, Bukit Semuja, Ngemah, Machan, Mulu, Marudi dan Layar.

31 Mac 2016

Semua keputusan kaji selidik Merdeka Center untuk 6 kerusi diserahkan kepada pihak PKR dan DAP. Kesimpulan daripada Merdeka Center menunjukkan bahawa DAP mempunyai kelebihan berbanding PKR dalam 5 daripada 6 kerusi tersebut. PKR hanya mempunyai kelebihan untuk kerusi Mambong.

7 April 2016

Pertemuan di antara Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali di Pejabat Ketua Pembangkang Parlimen. Turut hadir ialah Naib Presiden PKR Nurul Izzah dan saya selaku Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP. Walaupun keputusan kaji selidik Merdeka Center berpihak kepada DAP, pihak kami menawarkan "package deal" kepada PKR dengan mencadangkan formula 3:8 iaitu DAP menyerahkan kerusi Batu Kitang (kerusi yang paling winnable), Marudi dan Machan kepada PKR dan DAP bertanding di 8 kerusi yang lain.

Datuk Seri Azmin Ali meminta supaya DAP "concede" satu atau dua kerusi lagi. Lim Guan Eng bersetuju supaya kerusi Layar juga ditandingi oleh PKR tetapi dengan syarat kerusi Murum diserah balik kepada DAP dan PKR bertanding di kerusi Belaga.

Maka, pada hari tersebut, persetujuan akhir sebenarnya telah dicapai oleh pimpinan tertinggi DAP dan PKR mengenai kerusi-kerusi bertindih. Kedua-dua pemimpin menandatangani satu nota bertulis yang menyenaraikan kerusi-kerusi yang dipersetujui untuk ditandingi oleh kedua-dua parti iaitu DAP akan bertanding di 8 kerusi (Senadin, Mulu, Murum, Ngemah, Mambong, Tasik Biru, Simanggang dan Bukit Semuja) manakala PKR pula akan bertanding di 5 kerusi (Batu Kitang, Marudi, Machan, Layar dan Belaga).

Pihak PKR berjanji akan memberikan "final confirmation" dalam masa 24 jam.

11 April 2016

Lim Guan Eng dan Datuk Seri Azmin Ali berjumpa di Ibupejabat PKR sebelum mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan. Pertemuan tersebut juga dihadiri Datuk Seri Wan Azizah, Nurul Izzah dan saya. Pihak PKR meminta "swapping" 2 kerusi yang telah dipersetujui untuk ditandingi oleh DAP iaitu Mambong dengan Tarat dan Mulu dengan Marudi.

Pihak DAP menegaskan sekiranya ada permintaan untuk membuka semula rundingan, maka DAP Sarawak akan meminta untuk merundingkan semula kerusi Batu Kitang. Justeru itu, tidak ada apa-apa perubahan dibuat terhadap persetujuan yang dicapai pada 7 April yang lalu.

Dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Wan Azizah telah mengesahkan bahawa DAP dan PKR telah mencapai persetujuan untuk 1 lawan 1 dalam semua kerusi yang terlibat.

 

Maka, DAP berpegang kepada perjanjian yang telah dicapai dengan pimpinan tertinggi PKR pada 7 dan 11 April dan tidak mahu membuat sebarang perubahan saat akhir kerana kami tidak mahu calon-calon kami memasuki gelanggang dalam keadaan tanpa persediaan yang mencukupi. Kami amat kesal dengan tindakan PKR Sarawak yang tidak menghormati keputusan yang telah dicapai oleh pimpinan tertinggi kedua-dua parti dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan yang sebenarnya merupakan satu keputusan "menang-menang" untuk PKR dan DAP.

Tujuan saya untuk menerangkan segala fakta dan kronologi proses perundingan di antara PKR dan DAP ialah supaya rakyat terutamanya penyokong-penyokong Pakatan Harapan mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dan biarlah rakyat menjadi juri siapa yang patut dipertanggungjawabkan dalam keadaan hari ini.

#PRNSARAWAK: Pembangkang terdesak jadikan isu hospital modal politik

KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim menafikan kelewatan pembinaan Hospital Sri Aman yang baharu disengajakan seperti didakwa pembangkang.

Katanya pelaksanaan projek bernilai kira-kira RM200 juta itu dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa pemendapan tanah dan pembinaan bangunan.

“Proses pemendapan tanah perlu dilakukan sebelum pembinaan bangunan dimulakan kerana tapak yang seluas 20.6 hektar di Jalan Kejatau merupakan tanah gambut dan masa panjang diperlukan bagi memastikan tapak mendap sepenuhnya.

“Saya difahamkan kerja-kerja pemendapan sudah selesai dan kini kerja fasa kedua sedang dilaksana dan siap sepenuhnya 2018,” katanya kepada pemberita semalam.

Terdahalu beliau menghadiri Majlis Perasmian Persiapan Jentera Pilihan Raya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sri Aman yang dirasmikan Timbalan Presiden PBB merangkap Menteri Pelancongan dan Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg di ibu pejabat PBB dekat sini, semalam.

Rohani yang juga naib ketua Wanita PBB berkata pembangunan Hospital Sri Aman baharu itu merupakan projek utama dan sesuatu yang amat diharapkan penduduk di bahagian tersebut.

“Hospital baharu Sri Aman memang menjadi isu penduduk tempatan, projek yang dinanti-nantikan kerana ia berkonsep moden bagi menggantikan hospital sedia ada.

“Hospital sedia ada sudah begitu lama, dengan masalah katil tidak mencukupi dan ketiadaan perkhidmatan doktor pakar,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai projek pembangunan mega di Sri Aman, Rohani yang juga Ahli Parliman Batang Lupar berkata kini usaha giat dilakukan bagi menyiapkan sistem perparitan dan tali air di jelapang padi Stumbin/Lingga/Banting.

Beliau berkata jelapang padi itu adalah yang pertama di luar Semenanjung Malaysia dengan keluasan 5,100 hektar.

“Apabila semua infrastruktur termasuk tali air siap nanti, penanaman padi akan dimulakan melibatkan penduduk setempat,” katanya sambil menambah, projek itu diyakini memberi manfaat kepada peserta dan Sarawak amnya dalam pengeluaran beras bagi kenggunaan domestik.



Read more: http://www.theborneopost.com/2016/04/20/kelewatan-pembinaan-hospital-sri-aman-bukan-disengajakan/#ixzz46uyM41Ld

#PRNSARAWAK: 15 teras utama manifeso BN Sarawak 2016:

1. Menegakkan hak Sarawak dan rakyatnya
2. Mempertahankan keamanan dan keharmonian negeri kita
3. Memelihara budaya, warisan dan kepercayaan pelbagai kaum di Sarawak
4. Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka
5. Melindungi dan memulihara alam semulajadi
6. Mempertingkatkan kebajikan golongan yang kurang bernasib baik
7. Menyediakan lebih banyak rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana
8. Mempercepatkan pembangunan jaringan jalan, liputan bekalan air, elektrik dan telekomunikasi
9. Meningkatkan akses kepada perkhidmatam kesihatan
10. Meningkatkan penyertaan wanita dalam aktiviti sosio-ekonomi
11. Mengiktiraf dan membangunkan potensi belia demi masa depan kita
12. Memajukan pendidikan dan latihan teknikal
13. Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Sarawak
14. Membangunkan persekitaran perniagaan yang kondusif untuk pelaburan dan keusahawanan
15. Industrialisasikan negeri melalui sektor pembuatan, pelancongan dan transformasi luar bandar.                               http://www.umno-online.my/2016/04/26/bn-sarawak-lancar-manifesto-berpaksikan-rakyat/

APA MAKSUD ARUL "MENGAKU" SEBENARNYA?


Arul Kanda mengatakan kepada The Edge bahawa beliau "tidak menolak kemungkinan" adanya penipuan dengan kerjasama dalaman.

Ia adalah salah satu daripada dua kemungkinan yang Arul telah sebutkan dalam temu bual itu.

Kemungkinan pertama dan besar kemungkinan seperti yang diperkatakan oleh Arul ialah pengurusan baru IPIC mula menyedari bahawa liabiliti IPIC adalah lebih besar daripada yang mereka fikir dan mereka kini teragak-agak untuk membayar.

Kemungkinan kedua yang Arul sebut adalah dia tidak boleh sama sekali menolak terdapat kemungkinan wujudnya penipuan di pihak bekas Pengerusi dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Aabar dengan kemungkinan kerjasama dalaman.

Oleh itu, sebarang penipuan yang Arul maksudkan adalah penipuan dari pihak Aabar dengan kemungkinan bantuan daripada orang dalaman.

Perkara pertama yang anda harus ingat adalah bahawa 1MDB berurusan dengan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif pihak ‘counter-party’.

Jika anda tidak berurusan dan tidak boleh mempercayai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat ‘counter-party’ anda, siapa lagi yang boleh anda percayai? Siapa lagi yang anda mahu berurusan?

Kedua, semua perjanjian itu telah dijelaskan oleh peguam 1MDB dengan segala usaha yang wajar dan kemudiannya diaudit oleh juruaudit antarabangsa. 1MDB juga mempunyai semua dokumentasi ini.

Ketiga, siasatan Peguam Negara Swiss khusus menyebut siasatan mereka melibatkan seorang bekas pekerja 1MDB (bekas Ketua Pegawai Eksekutif Shahrol Halmi yang masih bersama 1MDB sebagai lembaga pengarah), Jho Low, pekerja dan bekas pekerja di Abu Dhabi . Ianya mengecewakan penyokong setia Tun M ', apabila Najib telah dinyatakan secara khusus, TIDAK menjadi sebahagian daripada siasatan yang dilakukan oleh pihak Swiss.

Oleh itu, adalah tepat untuk Arul mengatakan bahawa dia tidak boleh menolak kemungkinan wujud penipuan oleh pihak Aabar dan kerjasama dalaman oleh seorang bekas pekerja.

Walau bagaimanapun, membaca wawancara penuh tersebut iia adalah jelas bahawa Arul percaya ini hanyalah pertikaian yang timbul daripada satu cubaan oleh IPIC - terutama sejak Arul menyatakan bahawa semua dokumentasi akaun, pernyata dan urusan perniagaan 1MDB dengan Aabar telah diketahui umum selama bertahun-tahun.

Arul telah mendahului dengan satu mata. Mengapa IPIC hanya mempertikaikan hal ini sekarang? Terutama sejak pengurusan baru mengambil alih setelah hampir setahun?

Sudah tentu media ingin mensensasikan kemungkinan kedua kerana ia boleh dijadikan tajuk yang ‘panas’ walaupun kemungkinan pertama adalah lebih cenderung merupakan punca sebenar.

Lim Sian See

Diterjemah oleh : KKMM

#PRNSARAWAK : Pemimpin PAN kena bayar ganti rugi kpd Felda


Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman dan sebuah syarikat hari ini terpaksa membayar ganti rugi RM350,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana memfitnah lembaga itu dalam sebuah buku.

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Su Geok Yiam yang menolak permohonan Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd selaku defendan untuk menangguhkan perintah pembayaran ganti rugi itu.

Peguam Nadzratun Naim Hammad Azizi, mewakili Mazlan dan syarikat penerbitan itu ketika ditemui pemberita berkata mahkamah menolak rayuan kedua-dua defendan selepas mendapati permohonan itu tidak mempunyai merit.

"Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan membayar kos RM5,000," katanya selepas pendengaran permohonan itu di dalam kamar hakim hari ini.

Prosiding itu turut dihadiri peguam Nor Emelia Iszeham mewakili Felda.

Pada 29 Mei 2015, mahkamah itu memerintahkan Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise, yang menerbitkan buku "FELDA...Dulu Tolong Sekarang Ah Long" membayar ganti rugi am dan ganti rugi teruk berjumlah RM350,000 serta kos guaman sebanyak RM150,000 kepada Felda.

Felda memfailkan saman terhadap Mazlan dan penerbit buku itu pada 20 Julai 2009 selepas mendakwa tajuk buku tersebut membawa maksud Felda adalah Along atau pemberi pinjaman wang haram dengan kadar faedah yang terlampau tinggi.

Felda dalam pernyataan tuntutannya mendakwa buku itu menggambarkan Felda bakal mengaut keuntungan yang banyak daripada pelbagai rancangan kemajuan sehingga memudaratkan peneroka yang kononnya hidup miskin akibat salah laku plaintif, dan mereka tidak ubah seperti hamba abdi ekoran dasar yang didakwa menindas.

Felda berkata kandungan buku itu juga berniat jahat dan dibuat untuk merosakkan reputasi Felda bagi merendah-rendahkan imejnya di mata masyarakat.

Tolak Usul Sidang DUN : Usaha Kerajaan Dap P.Pinang Tutup Kudis Dan Pekong

Pendedahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Dap dan PKR yang mendakwa Kerajaan Dap Pulau Pinang tidak meluluskan kebanyakan usul yang dicadangkan untuk dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dilihat tidak berpihak kepada kerajaan negeri bukan sahaja memalukan malah memperlihatkan betapa banyaknya kudis dan pekong yang cuba disembunyikan.

Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Senator Datuk Norliza Abdul Rahim berkata kerajaan negeri sudah tentu seboleh-bolehnya mahu menutup segala pekung dan segala benda yang boleh menampakkan kecacatan mereka dalam menguruskan kerajaan negeri.


Menurut beliau hakikatnya sidang DUN adalah tempat yang sebaik mungkin dan merupakan platform terbaik dalam usaha menyelesaikan segala permasalahan rakyat agar kepentingan serta kebajikan mereka terjaga.

“Pendedahan tersebut dilihat kerajaan negeri tidak telus. Ke mana hilangnya slogan mereka sebelum ini yang dicipta sebagai asas dalam perjalanan kerajaan negeri iaitu Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).

“Dalam sidang DUN pun tidak berani untuk menerima hakikat apatah lagi jika ianya di luar DUN. Apa yang mereka ingin sembunyikan daripada pengetahuan rakyat. Usahlah lagi guna atau laungkan slogan CAT ini.. hanya memalukan sahaja.

“Umum juga masih tidak lupa bagaimana wakil rakyat daripada kerajaan menangis di dalam sidang DUN. Itu hanya berlaku di Pulau Pinang. Jadi tidak peliklah dengan pendedahan berkenaan,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Kerajaan Dap Pulau Pinang didakwa tidak meluluskan kebanyakan usul yang dicadangkan untuk dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dilihat tidak berpihak kepada kerajaan negeri meskipun berkaitan isu rakyat.

Perkara itu didedahkan sendiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Dap dan PKR yang mendakwa, usul tersebut tidak diluluskan meskipun dibawa ADUN kerajaan negeri sendiri.

ADUN Berapit daripada Dap, Ong Kok Fooi berkata, sikap sedemikian menyebabkan pentadbiran Kerajaan Dap Pulau Pinang ketika ini dilihat lemah meskipun selepas hampir dua penggal diberi kepercayaan oleh rakyat.

Beliau berkata demikian dalam Forum Celik Politik 3.0 bertajuk ADUN Buat Apa? – Peranan Penyokong dan Pembangkang Dalam DUN yang diadakan di bangunan DUN, di sini malam tadi.

Turut bertindak sebagai ahli panel dalam forum yang dihadiri kira-kira 100 orang itu ialah ADUN Penanti, Dr. Norlela Ariffin (PKR) dan ADUN Telok Air Tawar yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid.

Sambil melahirkan kekesalan terhadap pendedahan terbabit, Norliza seterusnya menambah banyak isu yang boleh diselesaiakn dan perlu dibawa oleh wakil rakyat ke sidang DUN supaya masalah penduduk setenmpat dapat diselesaikan sebaik mungkin.

“Jika inilah bentuk pemerintahan yang dilaksanakan, bayangkan soalan daripada pihak pembangkang…apa jadi dengan soalan daripada pihak pembangkang. Sedangkan soalan daripada wakil rakyat kerajaan negeri pun ditolak.

“Jadi kepada rakyat di Pulau Pinang, mereka boleh menilai dan melihat secara mendalam bagaimana sebuah kerajaan negeri yang dipimpin oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng,” katanya.

Isnin, 25 April 2016

#PRNSARAWAK: MULA LANYAK DAP SECARA TERANG-TERANGAN

Mungkin ramai terkejut bila berlaku pertembungan sesama sendiri antara PKR dan DAP di Sarawak. Ramai juga ambil kesempatan utk membalun Azmin Ali kerana mengarahkan Baru Bian utk tanda tangan watikah.

Saya bukan fan Azmin. Jauh sekali makan dedak dari dia. Malah 3 pemilihan lepas saya kempen menentang Azmin Ali. Tapi dalam isu PRN Sarawak, saya setuju dgn tindakan Azmin. Ianya adalah tindakan terbaik utk parti.

Geografi Sabah dan Sarawak tidak sama seperti semenanjung. Di Sabah dan Sarawak majoriti kawasan Parlimen adalah kawasan di pedalaman. Kawasan2 yg perlu kos yg besar utk dipelihara. Selalunya DAP tidak akan berminat dgn kerusi2 begini. Mereka lebih berminat dgn kawasan bandar yg senang di maintain. Ini adalah antara sebab PRU dan PRN lepas PKR Sabah dan Sarawak dilihat bertanding jauh lebih banyak kerusi dari DAP. Bukan kerana PKR tamak, tetapi DAP tidak mau kerusi yg perlu kos besar ni. Tapi bila usaha PKR utk mendidik pengundi luar bandar sudah sampai ke tahap boleh membawa kemenangan, DAP akan tuntut kerusi2 tersebut atas 2 alasan. PKR lemah dan DAP perlu kerusi itu utk expansion program mereka. Apakah PKR perlu mengalah dgn alasan ini? Sedangkan kerusi2 tersebut dijaga PKR sejak lebih 10 tahun.

Di Sabah PKR mengalah dan akhirnya kita sendiri berpecah ke tahap kronik. Mau ulang kesilapan sama di Sarawak dan hilang kepercayaan org ulu selamanya?

Dan, kalau DAP minta kerusi tambahan di semenanjung PRU akan datang atas alasan mau expand, PKR mau mengalah? Kalau DAP saja expand, PKR nak ke mana?

Kejadian di Sarawak skrg ni adalah pengajara utk semua, terutama DAP. Tak boleh tamak dalam berkawan.

Pimpinan pusat sepatutnya bagi sokongan padu kepada Azmin dan Baru Bian atas tindakan nekad mereka.

Tahniah Azmin dan Baru.

Shamsul Iskandar
25 April 2016

#PRNSarawak : PESTA TIKAM MENIKAM PAKATAN TAK ADA HARAPAN


Oleh Dato' Lokman Adam

Proses Penamaan Calon Pilihanraya Negeri Sarawak hari ini menjadi detik permulaan secara rasmi agenda tikam menikam sesama sendiri dikalangan DAP, PKR, PAS, DNP, Amanah dan Bebas.

Jika sebelum ini DAP dilihat sekadar tidak bersetuju dengan Hudud PAS dan PKR mengkritik Pemerintahan DAP Pulau Pinang, hari ini mereka telah mengistiharkan perang secara rasmi dan bertembung di beberapa kawasan PRN Sarawak.

Berikut adalah senarai DUN dimana calon BN ditentang oleh lebih satu calon pembangkang :

1. Mulu N.78 - PKR vs DAP
2. Senadin N.75 - DAP vs PKR vs DNP
3. Samalaju N.70 - PAS vs DAP vs BEBAS
4. Jepal N.67 - PAS vs PKR vs DNP
5. Murum N.66 - PKR vs DAP
6. Kakus N.60 - PAS vs PKR vs DNP
7. Ngemah N. 49 - PKR vs DAP vs DNP
8. Simanggang N.32 - PKR vs BEBAS vs DAP vs DNP
9. Beting Maro N.29 - PAS vs AMANAH
10. Sibuyau N. 27 - PAS vs AMANAH
11. Sadung Jaya N.24 - PAS vs AMANAH
12. Bukit Simunja N.23 - DAP vs PKR vs BEBAS
13. Tebedu N.21. - DAP vs PKR
14. Mambong N.19 - DAP vs PKR vs DNP
15. Muara Tuang N.16 - PAS vs AMANAH
16. Samariang N.7 - PAS vs AMANAH

Perbalahan diantara Pakatan Pembangkang yang sudah tidak sepakat ini dijangka akan menjadi semakin hangat apabila sessi ceramah bermula malam ini yang dijangka akan dipenuhi dengan sessi cemuh mencemuh sesama sendiri.

Ahad, 24 April 2016

Terengganu sedia hadapi Pilihan Raya Negeri selepas Sarawak

Terengganu besar kemungkinan akan berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas PRN Sarawak apabila berlaku krisis Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dengan istana di samping kedudukan kerajaan negeri yang tidak stabil kerana jumlah Adun kerajaan dan pembangkang hampir sama.

Menurut sumber, kata sepakat hampir dicapai agar PRN diadakan bagi menyelesaikan kemelut yang ada di negeri itu. Namun, Ahmad Razif dikatakan tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya ini.

"Possible (mungkin)," kata Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi ketika diminta mengulas apa yang berlaku di negeri ini.

Jumaat kelmarin, Menteri Besar Ahmad Razif hilang semua anugerah kebesarannya apabila Istana Terengganu murka kepada beliau dan meminta agar semua anugerah itu diserahkan.

Ia berlaku ketika tidak ada pihak yang mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu apabila tiga Adun Umno yang diketuai bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said dikatakan menjadi Adun Bebas.

BN kini tinggal 14 Adun, PAS (14) manakala PKR (1) dalam DUN yang mempunyai 32 ahli itu.

8 Mac lepas, Ahmad Said mengemukakan usul tidak percaya kepada Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman namun usul itu ditolak oleh Speaker dari dibahas apatah lagi diundi.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula mengarahkan Adun-adun PAS agar jangan masuk campur dalam isu ini (tidak menyokong usul Ahmad Said) manakala jentera PAS Terengganu pula diminta bersedia untuk hadapi pilihan raya.

Menurut Bernama, Pas Terengganu berada dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri dalam masa terdekat.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Dr. Alias Razak berkata, parti itu kini berada pada kedudukan yang sangat kukuh untuk menghadapi sesiapa sahaja dalam pilihan raya tersebut.

Menurutnya, Pas sedia hadapi tentangan sengit Barisan Nasional (BN) dan pendatang baru dalam pilihan raya iaitu Parti Amanah Negara.

"Walaupun kali ini Pas bersendirian tanpa PKR dan DAP, dengan keadaan UMNO dan BN yang makin celaru ini, kita yakin kita boleh menang dengan selesa sekali gus menawan semula Terengganu.

"Kita telah keluarkan arahan agar jentera di peringkat tertinggi hingga peringkat paling bawah bersiap sedia," katanya yang juga Adun Bukit Tunggal ketika dihubungi Bernama 18 April lepas.

PAS juga sedang menghadapi masalah untuk menang kerana parti itu berpecah membentuk Parti Amanah Negara (AMANAH) selepas pemimpin progresif dan profesionalnya ditewaskan secara blok dalam Muktamar PAS tahun lalu.

Walaupun PAS Terengganu masih kuat tetapi sebahagian ahli mereka sudah meninggalkannya untuk menyertai Amanah.

Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu, Datuk Raja Bahrin Shah sudah meninggalkan PAS dan menjadi Pengerusi AMANAH negeri Terengganu.

Beliau disertai oleh beberapa bekas Adun PAS manakala beberapa Adun PAS sekarang dikatakan menyokong Amanah secara diam-diam.

Umno juga berpecah di Terengganu. Ahmad Said dan rakan-rakannya dikatakan menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad dalam gerakan Selamatkan Malaysia yang berkempen mahu Datuk Seri Najib berundur dari kerusi perdana menterinya.

Sabtu, 23 April 2016

MOF Malaysia tidak campur tangan

KUALA LUMPUR, April 23 ― Kementerian Kewangan hari ini menyatakan bahawa mereka tidak akan mencampuri pertelagahan di anatara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi, berkenaan siapa yang harus membayar hutang berjumlah US$50 juta (RM195.32 juta) pada hari Isnin ini. 

Portal akhbar Malaysiakini melaporkan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani berkata bahawa Putrajaya mengambil perhatian terhadap isu ini, namun menganggap ianya semata-mata pertelingkahan perniagaan yang biasa di antara firma pelaburan Kerajaan Malaysia dan pihak pengurusan dana kekayaan UAE.

"Kita memberi peluang kepada 1MDB dan IPIC untuk menyelesaikan masalah tersebut sesama mereka," katanya ketika berucap di sebuah sidang akhbar di sini.

"IPIC telah memberi jaminan bon dan faedah. Secara jelasnya, sekiranya duit tersebut tidak sampai kepada pemegang bon, maka sesiapa yang memberi jaminan tersebut hendaklah bertanggungjawab. Namun, mereka juga akhirnya akan mendakwa 1MDB, maka 1MDB perlulah mencari jalan keluar untuk masalah ini," tambahnya lagi.

Johari juga menyatakan bahawa Kementerian Kewangan masih lagi belum berniat untuk campur tangan dan membayar US$50 juta nilai faedah daripada jumlah bon yang dikeluarkan oleh 1MDB iaitu US$1.75 bilion yang sepatutnya berakhir pada Isnin lepas, namun diberikan tempoh penangguhan sehingga Isnin depan. 

"Kami belum membayar apa-apa. Kami hanya telah membayar segala kadar faedah dan hutang yang ditanggung oleh kerajaan," jelasnya.

"Menurut apa yang kami ketahui, kita merupakan kerajaan yang bertanggungjawab. Apa sahaja yang melibatkan komitmen dan jaminan, kami akan pastikan kami tunaikannya," tambah Johari.

Akhbar US, The Wall Street Journal (WSJ) semalam melaporkan bahawa sekiranya bon berjumlah US$1.75 bilion itu, yang dikeluarkan oleh 1MDB Energy (Langat) Ltd., akhirnya diisytiharkan sebagai terbatal, kegagalan tersebut bakal memberi impak yang negative terhadap hutang sedia ada dan nilai matawang Malaysia.

WSJ juga melaporkan bahawa pembatalan tersebut, walau bagaimanapun adalah tidak mungkin berlaku dan kedua-dua pihak iaitu 1MDB dan IPIC mempunyai wang tunai yang cukup untuk membuat pembayaran faedah yang telah dipersetujui oleh kedua-duanya tahun lepas.

Namun begitu, agensi berita antarabangsa Reuters melaporkan bahawa IPIC ada menyatakan pada hari Isnin lepas untuk menamatkan perjanjian yang dibuat pada Jun 2015 untuk menyalurkan US$1 bilion tunai kepada 1MDB dan untuk mengambil alih pembayaran hutang 1MDB sebanyak US$3.5 bilion, ditukar ke dalam bentuk aset.

IPIC ada menjelaskan ketika pemfailan bursa di London, bahawa 1MDB dan Kementerian telah gagal untuk memenuhi kewajipan mereka, termasuklah dalam pembayaran US$1.1 bilion termasuk faedah, yang kini telah dikira gagal.

- Lebih lanjut di: http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/finance-ministry-to-let-1mdb-and-ipic-sort-out-us50m-dispute#sthash.dlZMrrag.dpuf

Diterjemah oleh : KKMM

El Nino punca caj elektrik naik

Sila baca dan fahamkan kenapa bil elektrik rumah naik mendadak.saya bukan nak ketuk TNB sesuka hati.Tp ini adalah realiti.Selamat membaca.jgn salahkan TNB ye.ini kuasa tuhan... ..

(Copy dari yg arif lebih tahu :
- Dah heboh di page sana sini bil elektrik meningkat bulan ni. Ilmu yang diajar lecturer dan juga tok guru di TNB sohabat saya nak turunkan pada semua warga facebook supaya masing masing akan faham. Insya allah.

Saya sertakan satu formula elektrik, Joule's Law

H = i^2 x r X t

Dari formula ni, kita dapat tahu haba akan mengubah jumlah arus.

Dalam situasi harian, suhu di dalam sesuatu kediaman boleh memberi kesan pada aliran arus elektrik dalam rumah. Elektrik kita tak boleh nampak, jadi saya perlu bagi penjelasan kenapa TNB Careline bagi keterangan sebab kesan dari El Nino.

Contoh mudah:

Peti ais.
Dalam cuaca suhu bilik biasa, 27 darjah celcius. Satu peti ais akan menggunakan sejumlah unit elektrik untuk mengekalkan suhu di dalam peti ais dari 27 C ke 0 C. Untuk mengurangkan suhu sebanyak 1 C, jumlah tenaga diperlukan ialah 4.19 kJ/kg.C.

Jadi, cara kiraan mudah, untuk mengurangkan suhu 200ml air dalam peti ais hingga menjadi ais kiub, 200ml = 200gram

0.2kg x (27-0)C x 4.19 = 26.46 kJ tenaga diperlukan untuk tukar air menjadi ais. Ini dalam teori sahaja, dari segi praktikal lebih banyak tenaga diperlukan atas beberapa faktor.

Dalam fenomena El nino, suhu persekitaran bukanya 27 C, tetapi ada yang mencecah 36C hingga 40C.

Jadi, dalam situasi sama semasa fenomena El nino,

0.2kg x (36-0)C x 4.19 = 30.168kJ tenaga diperlukan.

Dalam situasi biasa, hanya 26.46kJ je diperlukan tapi bila ada je El nino, terus naik jadi 30.168kJ. Ni dari segi teori. Praktikal pulak lebih dari jumlah ni.

Beza suhu sebegini membuatkan peti ais kita bekerja lebih keras dan guna lagi banyak elektrik untuk kekalkan suhu sejuk.

Nak mudah faham lagi, Bukan peti ais sahaja guna compressor. Aircond juga sama. Jika dulu kita set 20°. Sekarang tetap tidak berubah 20°. Tetapi disebabkan cuaca panas, compressor perlu bekerja lebih untuk mencapai tahap suhu 20°. Sama juga dengan peti ais. Kita tak pernah ubah set suhu sejak dari beli. Tapi bila suhu luar naik mendadak, compressor perlu bekerja lebih. Ini yang kita perlu terangkan pada pengguna.

Wiring dalam rumah juga memberi kesan pada penggunaan elektrik.

Sesetengah kontraktor tidak membahagikan beban elektrik pada pendawaian rumah. Ada situasi wiring tambahan tidak ditarik dari DB tapi disambung pada port soket. Jika wayar panas disebabkan penggunaan elektrik yang banyak, ia juga bagi kesan bil elektrik meningkat. Kontraktor sebegini menipu pelanggan dan tidak pasang wayar ikut spesifikasi Suruhanjaya Tenaga. Ada kes aircond terbakar sebab wayar terlalu panas.

Sebenarnya ramai pengguna kurang faham dgn tarif elektrik. Harga seunit makin tinggi bila penggunaan tinggi mengikut blok tarif. Tujuannya adalah untuk menggalakkan penjimatan. Jika kWh makin banyak, maka harga blok tarif selepas itu juga berbeza. Tarif blok ini hanya utk pengguna domestik sahaja dan tarif domestik ini masih disubsidikan. Pengguna industri dan komersial berbeza.Ramai pengguna yg heboh heboh di media sosial ni kerana kurang faham tentang tarif elektrik untuk kediaman mereka.

Harapnya lepas ni rakyat Malaysia lebih berilmu dan kurang tuding jari salahkan pihak lain.

Rabu, 20 April 2016

#PRNSARAWAK SEMOGA BARISAN NASIONAL MENANG

SENARAI CALUN BN DI PRN SARAWAK

PBB (40)
PRS (11)
SUPP (13)
SPDP  (5)
BN DIRECT (13)

N1 OPAR - ENCIK RANUM MINA (BN DIRECT)
N2 TASIK BIRU - EN.HENRY JINEP (SPDP)
N.3 TANJUNG DATU - YAB DATUK PATINGGI TAN SRI (DR) HAJI ADENAN HAJI SATEM (PBB)
N.4 PANTAI DAMAI - DR HAJI ABDUL RAHMAN JUNAIDI (PBB)
N.5 DEMAK LAUT - DR HAJI HAZLAND BIN ABANG HAJI HIPNI (PBB)
N 6 TUPONG - ENCIK FAZZRUDIN ABDUL RAHMAN (PBB)
N.7 SAMARIANG - HJH SHARIFAH HASIDAH SAYEED AMAN GHAZALI (PBB)
N.8 SATOK - YB DATUK AMAR ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI TUN ABANG HAJI OPENG (PBB)
N.9 PADUNGAN - PETER PAU (SUPP)
N.10 PENDING - MILTON FOO TIANG WEE (SUPP)
N.11 BATU LINTANG - SIH HUA TONG (SUPP)
N.12 KOTA SENTOSA - WILFRED YAP YAU SHIN (SUPP)
N.13 BATU KITANG - LO KHERE CHIANG (SUPP)
N.14 BATU KAWAH - DATUK DR SIM KUI HIAN (SUPP)
N.15 ASAJAYA - YB DATUK HAJI ABDUL KARIM RAHMAN HAMZAH (PBB)
N.16 MUARA TUANG - DATO’ IDRIS BUANG (PBB)
N.17 STAKAN - YB DATO SRI HAJI MOHAMAD ALI MAHMUD (PBB)
N18 SEREMBU - MIRO AK SIMUH (BN DIRECT)
N19 MAMBONG - DR JERIP SUSIL (BN DIRECT)
N.20 TARAT - YB DATUK ROLAND SAGAH WEE INN (PBB)
N.21 TEBEDU - YB DATO SRI MICHAEL MANYIN ANAK JAWONG (PBB)
N.22 KEDUP - YB MARTIN BEN (PBB)
N23 BUKIT SEMUJA - JOHN AK ILUS (BN DIRECT)
N.24 SADONG JAYA - IR. AIDEL LARIWOO (PBB)
N.25 SIMUNJAN – ENCIK AWLA BIN DRIS (PBB)
N.26 GEDONG - YB DATUK HAJI MOHD NARODEN HAJI MAJAIS (PBB)
N.27 SEBUYAU - YB DATUK HAJI JULAIHI HAJI NARAWI (PBB)
N.28 LINGGA - YB HAJAH SIMOI HAJI PERI (PBB)
N.29 BETING MARO YB HAJI RAZAILI HAJI GAPOR (PBB)
N30 BALAI RINGGIN - SNOWDAN LAWAN (PRS)
N31 BUKIT BEGUNAN – DATUK MONG DAGANG (PRS)
N.32 SIMANGGANG - DATUK FRANCIS HARDEN HOLLIS (SUPP)
N33 ENGKILILI - DR JOHNICAL RAYONG (BN DIRECT)
N34 BATANG AI - ENCIK MALCOM MUSSEN (PRS)
N35 SARIBAS - ENCIK RAZI@RICKY SITAM (PBB)
N36 LAYAR - ENCIK GERALD RENTAP JABU (PBB)
N37 BUKIT SABAN - YB DATUK ANAR DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
N38 KALAKA - DATUK WAHAB AZIZ (PBB)
N39 KRIAN – ENCIK KILAT AK BRIAK (SPDP)
N40 KABONG - ENCIK MOHD CHEE KADIR (PBB)
N41 KUALA RAJANG - DATU HAJI LEN TALIF SALLEH (PBB)
N42 SEMOP YB – YB ABDULLAH HAJI SAIDOL (PBB)
N43 DARO - ENCIK SHAFIEE HJ AHMAD (PBB)
N44 JEMORENG - DATUK DR JUANDA JAYA (PBB)
N45 REPOK – DATUK SERI HUANG TIONG SII (SUPP)
N46 MERADONG - DING KUONG HIING (SUPP)
N47 PAKAN – YB TAN SRI WILLIAM MAWAN AK IKOM (BN DIRECT)
N48 MELUAN – ENCIK ROLAND DUAT (SPDP)
N49 NGEMAH – DATUK ALEXANDER VINCENT (PRS)
N.50 MACHAN - ENCIK ALLEN SIDEN GRAMONG (PBB)
N.51 BUKIT ASSEK - ENCIK CHIENG BUONG TOON (SUPP)
N52 DUNDONG - DATUK TIONG KHAI KING (BN DIRECT)
N53 BAWANG ASSAN - DATUK WONG SOON KOH (BN DIRECT)
N54 PELAWAN – DATO JANET LAU (BN DIRECT) N55 NANGKA - DR. HAJI ANNUAR RAPAEE (PBB)
N.56 DALAT - DATU HAJAH FATIMAH ABDULLAH (PBB)
N.57 TELLIAN - ENCIK YUSSIBNOSH BALO (PBB)
N.58 BALINGIAN - ENCIK ABDUL YAKUB HAJI ARBI (PBB)
N59 TAMIN - ENCIK CHRISTOPHER GIRA (PRS)
N60 KAKUS - ENCIK JOHN SIKEI TAYAI (PRS)
N61 PELAGUS - ENCIK WILSON NYABONG (PRS)
N.62 KATIBAS - DATUK AMBROSE BIKAU (PBB)
N.63 BUKIT GORAM - ENCIK JEFFERSON JAMIT ANAK UNYAT (PBB)
N64 BALEH - TAN SRI JEMUT MASING (PRS)
N65 BELAGA - LIWAN LAGANG (PRS)
N66 MURUM – ENCIK CHUK PAI UGUN (PRS)
N67 JEPAK - YB DATUK HAJI TALIB ZULPILIP (PBB)
N68 TANJONG BATU - DATUK PAU CHIONG UNG (SUPP)
N69 KEMENA - YB DATUK DR STEPHEN RUNDI ANAK UTOM (PBB)
N70 SAMALAJU - ENCIK MAJANG RENGGIE (PRS)
N71 BEKENU - ROSEY YUNUS (BN DIRECT)
N.72 LAMBIR - ENCIK RIPIN HAJI LAMAT (PBB)
N.73 PIASAU - DATO' SEBASTIAN TING CHIEW YEW (SUPP)
N74 PUJUT - DATUK HII KING CHIONG (BN DIRECT)
N.75 SENADIN - YB DATUK LEE KIM SHIN (SUPP)
N76 TELANG USAN - ENCIK DENNIS NGAU (PBB)
N77 MARUDI - DR PENGUANG MANGGIL (SPDP)
N78 MULU - ENCIK GERAWAT JALA (BN DIRECT)
N79 BUKIT KOTA - DR HAJI ABDUL RAHMAN ISMAIL (PBB)
N80 BATU DANAU – EN PAULUS PALU GUMBANG (BN DIRECT)
N81 BAKALALAN – ENCIK WILLIE LIAU (SPDP)
N82 BUKIT SARI - YB DATUK AMAR HAJI AWANG TENGAH ALI HASAN (PBB)

WARKAH CHRISTOPH MUELLER KEPADA KAKITANGAN MALAYSIAN AIRLINES BERHAD

Hari ini saya ingin mengumumkan keputusan ikhlas yang saya ambil untuk meninggalkan Malaysian Airlines Berhad pada akhir September 2016. Ini adalah atas sebab-sebab peribadi yang berada di luar kawalan saya. Untuk memudahkan proses peralihan tugas yang lancar, maka pihak Lembaga telah melantik Peter Bellew, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif kami sebagai Pengarah Lembaga berkuatkuasa hari ini. Saya berharap agar dapat terus berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pengarah non-eksekutif untuk sedikit masa lagi, tertakluk kepada kelulusan, untuk memastikan kami terus kekal fokus dan bertindak atas landasan yang betul.

Saya juga dengan sukacitanya memaklumkan bahawa syarikat ini kini sedang mengorak kemajuan yang sangat baik dan kita berada di landasan yang bertepatan dengan perancangan kami. Kami telah membentangkan laporan kewangan kami untuk tiga bulan yang pertama 2016, prestasi masa kini kami juga menunjukkan peningkatan dan stabil, sekaligus ini memulihkan kembali indeks perkhidmatan pelanggan kami dengan kemajuan yang lebih ketara. Seperti yang kita sendiri telah lihat bahawa terdapat keuntungan pada bulan Februari dan kami juga lebih ke depan berbanding belanjawan yang mana ianya memberi petunjuk yang lebih jelas bahawa inisiatif pemulihan kami menunjukkan hasil kemajuan yang lebih pantas dari yang dijangka.

Oleh itu, saya berasa amat sedih untuk meninggalkan sebuah syarikat yang akhirnya menjadi bukti bahawa usaha kita bersama telah membuahkan hasil. Saya ingin melahirkan rasa penghargaan yang tidak terhingga dan saya cukup berbangga untuk diberi peluang bekerja bersama anda semua, dan saya mengucapkan terima kasih untuk kerja keras dan usaha anda semua yang akhirnya membantu kita untuk sampai ke tahap ini, pada hari ini. Kita telah berjaya dalam bekerja sebagai satu kumpulan dan tahu bahawa kita boleh lakukannya! Saya yakin berdasarkan apa yang telah kita capai pada hari ini, syarikat ini kini berada pada landasan yang tepat untuk berjaya dalam fasa pertumbuhan yang seterusnya di bawah kumpulan pengurusan yang komited.

Saya akan mengendalikan beberapa sesi dialog dalam masa beberapa hari ini untuk berkongsi dengan anda semua tentang kemajuan yang telah kita capai daripada pelan pemulihan kita dan bakal menjawab apa sahaja soalan yang mungkin akan anda tanya.

Saya akan terus komited untuk melakukan apa sahaja yang mungkin untuk memudahkan proses pemulihan berterusan Malaysia Airlines dan akan meneruskan tugas ini untuk enam bulan yang akan datang di atas kapasiti saya sebagai eksekutif. Penerbangan ini telah distruktur dan diubah kembali untuk mengembalikan kedudukannya sebagai penyedia perkhidmatan penerbangan nasional yang teratas, yang boleh kita banggakan.

Kita perlu terus berjuang!

Christoph Mueller

Diterjemah oleh: KKMM

Selasa, 19 April 2016

Dr M perlu cari strategi baru dalam percaturannya

PETALING, 17 April – Arab Saudi membuktikan bahawa tidak terdapat sebarang salah laku berkaitan wang berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"(Ianya adalah) benar-benar sumbangan, tanpa mengharapkan sebarang balasan dan sebagaimana yang kami sedia maklum, hal tersebut telah pun selesai," ujar Menteri Luar Adel al-Jubeir kepada pemberita ketika sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam di Istanbul.

Bagi Tun Mahathir, kenyataan Adel itu telah menghentamnya kembali.

Dr Mahathir sebelum ini dilihat berulang kali menyerang Najib berkenaan isu derma RM2.6 bilion, namun bukti yang menunjukkan bahawa Perdana Menteri tidak melakukan sebarang kesalahan telah sekaligus menyebabkan agenda beliau untuk menjatuhkan Najib ditolak.

Ini menyebabkan Dr Mahathir terpaksa mencari isu-isu lain bagi meneruskan perjuangan beliau di dalam memimpin gerakan Selamatkan Malaysia.

Pada ketika ini, Dr Mahathir dilihat seperti 'kehabisan peluru' apabila Jawatankuasa Kira-kira Parlimen (PAC) yang terdiri dari ahli Parlimen dari pelbagai parti juga telah membebaskan Najib dari isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kempen tanda tangan Selamatkan Malaysia, yang dinamakan sebagai Deklarasi Rakyat yang telah dilancarkan dua bulan lalu, seolah-olah telah hilang pengaruh. Dr Mahathir dan para penyokongnya, termasuk Timbalan Presiden UMNO yang telah digantung Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, ahli tertinggi DAP Lim Kit Siang, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan, seolah-olah 'mengemis' untuk mendapatkan tanda tangan.

Bagaimanapun, Dr Mahathir sentiasa menganggap dirinya sebagai pejuang jalanan dan tidak akan mengangkat bendera putih tanda menyerah.

Beliau sedang menyusun atur strategi untuk membawa anaknya, Mukhriz kembali ke dalam arena politik. Namun Mukhriz telah ditinggalkan 'beku' dan berkemungkinan berdepan dengan hentaman UMNO. Parti-parti politik lain tidak mungkin akan membuka pintu mereka kepada beliau kerana perbezaan ideologi politik.

Walaupun sekiranya beliau diterima oleh pihak pembangkang – ia mungkin untuk mengeluarkan Najib dari Putrajaya. Mukhriz akan, atau mungkin, tidak akan mengetuai gerakan tersebut tetapi akan tetap bersama mereka bagi menaikkan sokongan.

Mukhriz perlu bersedia untuk menghadapi perjalanan yang sukar. Hanya Dr Mahathir mampu untuk menaikkan kerjaya politik beliau.

Namun kini Dr Mahathir sendiri telah kehilangan pengaruh. Beliau akan berterus-terusan mempersoalkan pengesahan yang dikeluarkan oleh kerajaan Saudi namun tiga juta ahli UMNO telah sedia maklum mengenai motif beliau sekaligus dapat membaca percaturannya dengan penuh berhati-hati.

Oleh sebab itu, Dr Mahathir kini perlu mencari percaturan baru bagi memastikan gerakan pimpinan beliau relevan dan terus hidup – tanpa tersasar dari objektif utama beliau.

Pergerakan tersebut melibatkan seluruh negara, menampilkan para penceramah dari parti-parti lain, namun kelihatan lebih terarah kepada hal-hal yang berkaitan mereka sendiri – wakil DAP mempertahankan isu pembelian banglo di bawah harga pasaran oleh Lim Guan Eng, Mohd Sabu dari Parti Amanah Negara pula menyentuh isu fundamentalisme PAS manakala Azmin dari PKR  pula sibuk memainkan isu pembebasan Anwar.

Walaupun berkongsi pentas yang sama dengan para pemimpin pembangkang, Dr Mahathir, Muyiddin dan Mukhriz dilihat lebih banyak bergerak sendiri.

1MDB dan IPIC

Cubaan memahami keputusan IPIC untuk menamatkan perjanjian transaksi Pertukaran Aset-Hutang bersama 1MDB.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh IPIC hari ini adalah berkenaan bayaran bunga USD50 juta (RM190 juta) hari ini sebagai sebahagian daripada bayaran untuk bon 1MDB bernilai USD3.5 bilion yang telah dijamin oleh IPIC.

Selepas melunaskan pinjaman sebanyak RM 14.25 bilion semenjak sebulan yang lalu berikutan perjanjian penjualan Edra yang telah selesai, 1MDB masih mempunyai simpanan tunai sebanyak RM 2.3 bilion.

Ini bermakna 1MDB boleh membayar bunga tersebut dengan mudahnya, namun mengikut kenyataan pegawai MOF yang diterbitkan oleh Singapore Straits Times, PM Najib telah mengarahkan 1MDB untuk tidak membayar.

Bon ini tidak dijamin secara langsung oleh Kerajaan Malaysia (ianya bukanlah sebahagian daripada RM5.8b yang dijamin oleh kerajaan seperti yang tertera di dalam laporan PAC), tetapi ianya dijamin oleh IPIC beserta jaminan akhir pelaburan oleh 1MDB.

Di dalam isu berkenaan pembatalan bon USD3.5b, mereka akan memanggil penjamin untuk proses perdamaian.

Dan sekiranya IPIC gagal untuk berdamai, maka keseluruhan bon IPIC yang bernilai lebih dari pinjaman 1MDB akan dikira sebagai terbatal.

Ianya seperti bermain tarik tali – dan IPIC mempunyai kebarangkalian untuk lebih rugi sekiranya mereka membenarkan bon ini terbatal, sedangkan kerugian yang dialami oleh Malaysia adalah sangat minimal.

Ini memberi maksud bahawa senario ini boleh mempengaruhi keputusan IPIC untuk membayar kadar bunga dan mendakwa Malaysia semata-mata untuk mendapatkan kembali wang tersebut.

Walau bagaimanapun, 1MDB menyatakan bahawa mereka telah memindahkan kesemua aset bernilai USD4.5b kepada IPIC/Aabar (ini adalah aset-aset yang akan ditukarkan dengan bayaran USD3.5b + USD1b daripada IPIC) seperti yang diarahkan di dalam kertas kerja penuh oleh Pengarah Urusan IPIC, Pengerusi dan CEO Aabar, dan juga seperti yang telah ditetapkan oleh para peguam dan juruaudit antarabangsa ketika itu.

IPIC/Aabar, dalam kenyataan yang berlainan percaya dan mengatakan bahawa mereka tidak pernah menerima jumlah wang tersebut – namun bersetuju untuk memindahkan USD1b, membayar USD110juta kadar bunga  ke atas bon sebelumnya dan juga telah membatalkan opsyen Aabar walaupun mereka mendakwa tidak pernah menerima bayaran-bayaran tersebut.

The Straits Times melaporkan bahawa “Selepas siri mesyuarat tergempar yang diadakan bersama pengurusan atasan 1MDB minggu lepas, yang juga dihadiri oleh beberapa peguam dan pegawai Kementerian Kewangan, Najib mengeluarkan kenyataan bahawa sebarang liability korporat hendaklah ditanggung oleh Abu Dhabi dan anak-anak syarikat miliknya.

Keputusannya itu, seperti yang dipetik oleh pegawai-pegawai kerajaan dan eksekutif kewangan yang berkait-rapat dengan isu tersebut, adalah dibuat berdasarkan hujah bahawa IPIC telah membayar hampir US$100 juta kadar faedah pada Oktober dan November yang lalu. Kuala Lumpur juga agak terkejut apabila IPIC mengambil masa lebih dari tiga tahun untuk mengisytiharkan bahawa mereka tidak pernah menerima wang tersebut.”http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/state-fund-dispute-puts-1mdb-at-risk-of-default

Wang ini tidak pernah hilang, tetapi statusnya dipertikaikan. Sekiranya Najib telah menyalahgunakan wang tersebut, dia sudah pasti akan meminta faedah itu untuk dibayar segera, namun beliau menghalang 1MDB dari melakukannya.

Ini bermaksud, 1MDB mempunyai kes yang kuat untuk mengenakan tindakan undang-undang ke atas IPIC.

Ianya adalah strategi yang berisiko, namun saya percaya ini adalah pilihan terbaik yang boleh diambil Malaysia ketika ini untuk memaksa IPIC/Aabar untuk bertanggungjawab terhadap aset-aset yang telah mereka terima.

Lim Sian See
Diterjemah oleh: KKMM

Isnin, 18 April 2016

Najib: Kesilapan Empangan Bakun tidak akan diulangi di Pan Borneo Highway

Ahad, 17 April 2016 | MYT 12:39 PM

 

Oleh ANDY CHUA

SIBU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) berkata beliau akan memastikan bahawa kesilapan yang berlaku pada Projek Empangan Hidro Bakun tidak akan diulangi dalam pembinaan Pan Borneo Highway. 

Beliau berucap di pelancaran lebuhraya Fasa ke-4 yang menghubungi antara simpang Bintangor ke Jambatan Sungai Kua, berkata hanya kontraktor yang benar-benar layak sahaja yang akan dipilih untuk kerja pembinaan tersebut.

“Projek Bakun bukan dilaksanakan ketika pemerintahan saya. Oleh itu, saya tegaskan agar kita tidak mahu melakukan kesilapan yang sama (seperti yang terjadi) pada Bakun berikutan ianya diberikan kepada kontraktor yang tidak layak.

“Untuk projek Lebuhraya Pan Borneo ini, kita hanya akan memberikannya kepada kontraktor yang boleh dipercayai untuk melaksanakan tugas tersebut,” katanya.

Projek Empangan Bakun itu, yang hanya berjaya disiapkan lewat 18bulan dari tarikh asal, juga menunjukkan peningkatan kos pembinaan dari RM6 bilion kepada RM15 bilion.

Najib menyatakan beliau tidak mahu rakyat melabel Lebuhraya Pan Borneo sebagai projek mega kerana ini hanya akan menakutkan mereka.

“Projek ini membawa makna yang lebih luas kerana kontraktor-kontraktor bumiputra tempatan kelas F juga bakal menikmati manfaat darinya. Ini akan memupuk sifat menjiwai terhadap hak mereka ke atas projek itu,” katanya.

Sebanyak 78 kontraktor bumiputra Kelas F telah menerima sijil lantikan mereka untuk melaksanakan projek yang bernilai RM533 juta daripada RM 1.7 bilion jumlah keseluruhan daripada fasa ini.

Diterjemah oleh: KKMM

Jumaat, 15 April 2016

Kenyataan Media oleh Arul Kanda, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB

TERUSKAN, TONY

“Saya merujuk kepada cabaran debat yang ditawarkan oleh Ahli Parlimen DAP iaitu YB Tony Pua. YB Tony telah berkata “anda hampir jatuh cinta” dengan saya sebelum beliau memanggil saya penipu dan merendah-rendahkan pencapaian saya. Pada pagi Khamis, beliau juga menyarankan agar saya meletakkan jawatan dari 1MDB. Kemudian, menawarkan untuk berdebat dengan saya, pada malam Khamis itu.

Ini sangat jelas bahawa YB Tony telah keliru dan mengelirukan dirinya sendiri. Beliau sendiri tidak pasti sama ada menyayangi atau membenci saya. Sekejap beliau menyuruh saya meletakkan jawatan, dan kemudian tiba-tiba sahaja menyuruh agar saya tetap dengan jawatan tersebut agar kami dapat berdebat. Walaupun terdapat ramai di kalangan ahli DAP, termasuk YB Tony sendiri yang memanggil saya penipu, iaitu seorang yang sepatutnya tidak layak untuk didengari, namun kenapa pula anda menyarankan debat sekiranya anda tidak mahu mendengar atau percaya tentang apa yang saya katakan?

Ironinya, ini adalah kemungkinan kali pertama kita bakal menyaksikan seorang ‘hakim’ PAC dari pihak DAP yang ingin berdebat dengan seorang ‘defendan’, selepas prosiding telah selesai dan setelah Laporan PAC yang kolektif dan bipartisan dikeluarkan. Untuk mengelakkan agar dimalukan buat kali kedua, saya berharap agar YB Tony telah menyemak dengan Yang diPertuan Speaker Dewan Parlimen sebelum mencabar untuk berdebat.

Apa yang nyata di sini adalah walaupun beliau sentiasa mengemukakan soalan buat saya ketika berlangsungnya sidang PAC selama 2 hari tersebut, wakil rakyat DAP itu, iaitu YB Tony tetap masih mahu menghabiskan masa-masa berkualitinya bersama saya. Adalah tidak wajar untuk saya menolak keistimewaan yang ditawarkan oleh YB Tony ini.

Maka, saya menerima cabaran debat ini. Teruskan!”

- Arul Kanda, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB

Selasa, 12 April 2016

JAWAPAN 1MDB BERHUBUNG KENYATAAN IPIC

1MDB merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS (Aabar) kepada London Stock Exchange. Kenyataan tersebut ada menyebut bahawa IPIC dan Aabar telah menafikan wujudnya pemilikan kepada entiti bernama Aabar Investments PJS Limited atau “Aabar BVI”.

1MDB telah merekodkan satu jumlah bayaran yang besar kepada Aabar BVI dalam penyata kewangan yang diaudit miliknya bertarikh 31.03.2013 dan 31.03.2014 dan penyata tersebut boleh diakses oleh umum.

Tambahan pula, amaun yang dibayar tersebut juga telah diulas beberapa kali, bermula pada 2013 hinggalah sekarang. Agak mencurigakan bagi pihak 1MDB apabila IPIC dan Aabar menunggu sehingga April 2016 untuk mengeluarkan kenyataan tersebut.

Rekod-rekod Syarikat 1MDB juga telah menunjukkan bukti pemilikan Aabar BVI dan setiap pembayaran yang dibuat, adalah melalui pelbagai perundingan perjanjian undang-undang bersama Khadem Al Qubaisi atas kapasitinya sebagai Pengarah Urusan IPIC dan Pengerusi Aabar dan/atau bersama Mohamed Badawy Al Husseiny, di atas kapasitinya sebagai CEO Aabar. Oleh itu, ianya adalah satu kenyataan yang agak mengejutkan apabila IPIC dan Aabar, kedua-duanya menafikan bahawa wujudnya pembayaran tersebut yang dibuat oleh 1MDB kepada Aabar BVI.

Kenyataan ini dikeluarkan tanpa prejudis terhadap hak-hak 1MDB atau remedinya, atau segala yang berkaitan.

Diterjemah oleh : KKMM

Isnin, 11 April 2016

Polis buka 4 kertas siasatan terhadap Tun M

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka empat kertas siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, semua kertas siasatan itu termasuk kenyataan Tun Dr Mahathir yang menggalakkan campur tangan asing dalam hal-hal dalam negeri.
 
Menurut beliau, beberapa keputusan siasatan sudah dikemukakan kepada Peguam Negara.
 
"Kami telah membuka empat kertas siasatan antara lain termasuk tindakan Tun Dr Mahathir memanggil campur tangan asing.
 
"Sebahagian daripada siasatan telah siap dan dihantar kepada Peguam Negara," katanya pada sidang media di Bukit Aman selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, Kuala Lumpur.
 
Tun Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata, tekanan dan campur tangan asing diperlukan untuk memaksa Perdana Menteri, Datuk seri Najib Razak meletakkan jawatannya.
 
Khalid berkata demikian ketika ditanya sama ada polis sedang menyiasat Mahathir atas kenyataan terbarunya seperti yang dilaporkan oleh The Australian pada Sabtu lalu yang menggesa campur tangan asing.
 
Mahathir mendakwa, tekanan asing diperlukan untuk memaksa Najib berundur kerana saluran untuk mencari penyelesaian dalam negara ditutup sepenuhnya.

PELAJAR PERUBATAN DITARBIAHKAN OLEH DR ZAKIR


Satu Malaysia dah tengok video rakaman budak ini disekolahkan oleh seorang pendakwah tersohor dari India.

Teringat pula kisah seorang pelajar undang-undang lulusan diploma dari sebuah kolej yang memburukkan kerajaan dalam satu majlis NGO yang turut dihadiri oleh bekas TPM iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin tahun lepas.

Kali  ini seorang lagi gewe poyo cuba memburukkan kerajaan kononnya mengenakan yuran tinggi untuk jurusan kedoktorannya.



LIM GUAN ENG semakin menggelupor bagai cacing kepanasan

Kisah pembelian kediaman mewah ke atas nama ketua menteri Dap semakin panas dan semakin berasap. Kepanasan membuatkan ketua menteri Dap seperti cacing kepanasan.

Terbaru ialah sudah ada cubaan menyogok pegawai SPRM untuk menghapuskan bahan-bahan bukti yang ada pada pihak SPRM.

Ini ekoran tertangkapnya seorang penjawat  awam bersama wang tunai lima puluh ribu ringgit.

Untuk berita selanjutnya ialah KLIK MASUK DI SINI 

Sabtu, 9 April 2016

DULU TOLAK CAMPUR TANGAN ASING, KINI TERIMA CAMPUR TANGAN ASING UNTUK GULING NAJIB

Dalam gimik yang agak ironi, mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamed telah dilaporkan meminta bantuan antarabangsa untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak.

The Australian hari ini menyatakan ianya adalah "pusingan U yang luarbiasa bagi seorang nationalis berusia 91 tahun yang terkenal", yang pernah dikenali sebagai seorang pemimpin yang tegas menolak campur tangan antarabangsa sepanjang pemerintahannya.

"Kebiasaannya, saya tidak gemarkan campur tangan antarabangsa berkenaan urusan-urusan negara, namun disebabkan saluran untuk kami mencapai jalan penyelesaian telah ditutup keseluruhannya (sama ada di dalam parti ataupun melalui undang-undang zalim yang digunakan untuk menakut-nakutkan pengkritik)," katanya.

Beliau ditemuramah oleh majalah mingguan Australian Daily iaitu The Weekend Australian di pejabatnya di Putrajaya.

Mahathir juga menyatakan bahawa beliau hanya mempunyai sedikit keyakinan bahawa Najib pasti akan turun sekiranya tiada tekanan daripada pihak luar.

"Oleh itu, kami terpaksa membenarkan campur tangan pihak luar di dalam urusan negara kita"

Bekas veteran dan ketua parti UMNO tersebut juga mengkritik sikap kerajaan Australia yang berdiam diri dalam isu tersebut.

"Kerajaan Australia seolah-olah dilihat seperti tidak mahu memberi tekanan kepada Perdana Menteri Malaysia," beliau dilaporkan berkata.

Diterjemah oleh : KKMM

Sumber : mkini

ROHIME SHAFIE HEADS PROTON EDAR AS CHIEF EXECUTIVE OFFICER



SUBANG JAYA, 9 April 2016 – PROTON Holdings Berhad (“PROTON”) announced the appointment of En. Rohime Shafie as the Chief Executive Officer of Proton Edar Sdn Bhd (“PESB”), replacing En. Norzahid Bin Mohd Zahudi who has tendered his resignation effective immediately.

En. Rohime Shafie, was formerly the Chief Financial Officer of PROTON. Rohime is a fellow member of Chartered Institute of Management Accountants UK, a member of Certified Public Accountant Australia and a member of the Malaysian Institute of Accountants (MIA). He also holds an MBA in Business Administration from Universiti Utara Malaysia. Rohime’s other previous roles include several key positions in the automotive industry as General Manager of Automotive Corporation (Malaysia) Sdn Bhd, President of Honda Malaysia Sdn Bhd, Chief Executive Officer of DRB-Hicom Auto Solution Sdn Bhd and Chief Executive Officer of Edaran Otomobil Nasional Berhad ("EON"), to name a few.

With 28 years of experience in both finance and the automotive industry, he will play a pivotal role in reviving PESB’s sales and market share.

PROTON Chief Executive Officer, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali is pleased to welcome Rohime on board. “It is a challenging time for PROTON and this appointment will help strengthen the leadership of PESB to improve not only the sales and market share with specific focus in improving our customers’ satisfaction.”

Jumaat, 8 April 2016

PROTON IS CONFIDENT TO TURNAROUND WITH GOVERNMENT SUPPORT


SUBANG JAYA, 8 April, 2016 – With reference to the official announcement made by Yang Berhormat Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Minister of International Trade & Industry (“MITI”), PROTON Holdings Berhad (“PROTON” or "the Company") wishes to put on record our appreciation to the Government of Malaysia (“Government”) for the support.

“The announcement by the Government will catalyse PROTON’s turnaround plan which includes the rolling out of three new models this year starting with the Perdana. With the infusion of new members of management, the Company is confident to turnaround,” said PROTON Chief Executive Officer, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali.

The Company will continue to focus on improving its products and services in order to serve our customers better. To date, the Company has produced various models in all the segments, either through collaboration with established OEMs or its internally developed capability.

“PROTON is also constantly engaging its strategic partners to explore collaborative opportunities to improve its products offerings and time to market. I believe the assistance by the Government will reinforce the confidence of our partners in PROTON,” added Dato’ Fuaad.

PROTON also understands that the sustainability of the Company will inevitably affect the eco-system of the local automotive industry involving the vendors, suppliers, dealers, pre-owned vehicle operators and our customers who have all along been loyal and supportive of PROTON.

“We value the assistance and acknowledge all the concerns earlier highlighted by the Government. We welcome the setting up of the task force and look forward to working closely with them to chart sustainable growth for PROTON,” Dato’ Fuaad continued.

“On behalf of Warga PROTON, this will certainly uplift the morale of the 12,000 PROTON employees,” ended Dato’ Fuaad.

Rafizi cabar Ketua Polis bertanding di Pandan

Rafizi Ajak Ketua Polis Bertanding Pilihan Raya Di Kawasannya

8 APRIL : Sebaik sahaja dibebaskan dengan ikat jamin, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sudah mula buat perangai.

Seolah tak sedar dek untung, Rafizi menerusi laman Twitternya mencabar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk bertanding di kawasannya, Pandan, pada Pilihan Raya Umum (PRU14) akan datang.

Cabaran disuarakan Rafizi dengan mendakwa Khalid cuba bermain politik dengannya.

"Kalau IGP nak main politik mari bertanding di Pandan," menurut Twitter Ahli Parlimen PKR Pandan itu.

Sementara itu, Khalid menyifatkan dakwaan Rafizi bahawa beliau diarahkan supaya meletakkan tangannya di belakang seolah seperti digari sebagai salah satu standard operasi piawaian (SOP) sebagai satu cerita dongeng.

Tiada arahan dikeluarkan untuk Rafizi berbuat demikian ketika berada di dalam tahanan polis.

Sebaliknya tindakan Naib Presiden PKR itu dipercayai bertujuan meraih simpati orang ramai kononnya beliau dilayan seperti penjenayah yang perlu digari setiap masa.

Rafizi melalui akaun Facebooknya sebelum ini telah memuatnaik status berbunyi 'digari seperti penjenayah' sewaktu di bawa ke mahkamah, dipercayai cubaan menarik simpati orang ramai.

Status berkenaan bagaimanapun dipadamkan selepas dua jam ia dipaparkan.

Status itu kemudiannya diubah kepada 'Sdr Rafizi baru tiba di Istana Kehakiman Putrajaya, PERHATIAN : Malam ini kita berkumpul di depan Lokap Jinjang jam 9 malam solidariti #BebasRafizi, Sebarkan!!.'

Difahamkan status tersebut dimuat naik oleh pentadbir (admin) Facebook beliau sendiri.

Rafizi dibebaskan Mahkamah Sesyen dan Majistret Kuala Lumpur dengan ikat jamin hari ini selepas didakwa mengikut Seksyen 8, Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan atas tuduhan fitnah jenayah kerana memiliki dan mendedahkan dokumen rahsia rasmi kerajaan serta fitnah ke atas Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), minggu lalu

Khamis, 7 April 2016

KENYATAAN PERDANA MENTERI, DATO SRI MOHD NAJIB TUN RAZAK MENGENAI LAPORAN PAC KE ATAS 1MDB.

Mengikuti beberapa tuduhan berat yang dibuat ke atas 1MDB, seperti dakwaan Tun Mahathir yang menyatakan bahawa rm42 billion telah hilang, Kabinet dibawah pengarahan saya telah meminta Ketua Audit Negara pada Mac 2015 untuk melakukan penyiasatan secara bebas ke atas akaun kewangan 1MDB.

Untuk memastikan bahawa penyiasatan ini adalah satu proses yang telus, kami juga mengarahkan supaya hasil penyiasatan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) - sebuah badan dwi-partisan yang melibatkan Ahli Parlimen pembangkang.

Setelah proses yang menyeluruh, PAC telah membentangkan laporannya berserta hasil siasatan kepada Parlimen. Laporan ini mewakili persetujuan antara semua ahli PAC dan hasil siasatannya adalah berdasarkan fakta dan ratusan jam penilaian dan siasatan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Audit Negara dan PAC yang telah menghasilkan laporan yang komprehensif, konklusif dan bertepatan.

Setelah menilai, saya juga mendapati rm42 billion tidak hilang dari 1MDB, bertentangan dengan apa yang telah dituduh oleh Tun Mahathir.

Walau bagaimanapun, laporan ini telah mengenal pasti kelemahan dalam struktur kapital dan pengurusan 1MDB. Kami akan mengkaji dan bertindak selari dengan apa yang telah dianjurkan oleh laporan tersebut.

Kita mesti pastikan bahawa pengajaran telah diambil dan tindakan segera akan dibuat sekiranya terdapat sebarang bukti penyelewengan.

Kini jelas bahawa tuduhan Tun Mahathir terhadap 1MDB adalah palsu. Beliau telah dipandu oleh matlamat peribadinya sendiri, bukannya demi kepentingan negara dan tentunya untuk menggulingkan kerajaan yang sedia ada.

Kami akan terus fokus kepada rancangan ekonomi dan memperkasakan ekonomi - yang mana telah berterusan menunjukkan keutuhan dalam menghadapi cabaran global.

7 April 2016

Selasa, 5 April 2016

Visit Perak 2017 "Perak World Of Wonders"

1MDB: TRX City, Edra failkan kenyataan kewangan diaudit

Selasa,5 April 2016

KUALA LUMPUR: TRX City Sdn. Bhd. (dikenali sebagai 1MDB Real Estate Sdn Bhd) bersama anak-anak syarikatnya dan Edra Global Energy Bhd memfailkan penyata kewangan mereka yang telah diaudit oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM).

1Malaysia Development Berhad(1MDB) juga menyatakan bahawa kedua-dua syarikat tersebut telah juga mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan masing-masing sebelum tamat tempoh yang telah dilanjutkan pada 31  Mac 2016, untuk menghantar penyata kewangan tahunan yang telah diaudit berakhir 31 Mac 2015 bagi urusan pengesahan.

"Kedua-dua syarikat ini merupakan pemegang aset terbesar dan mewakili keseluruhan operasi perniagaan 1MDB," menurut kenyataan pihak syarikat terbabit.

1MDB juga menyatakan bahawa SSM juga telah meluluskan penangguhan tarikh untuk Mesyuarat Agung Tahunan khusus untuk 1MDB sehingga 30 Sept 2016 bagi tujuan pengesahan penyata kewangan yang telah diaudit berakhir pada 31 Mac 2015.

Syarikat pelaburan stategik ini gagal untuk menyediakan penyata kewangan mereka bagi tujuan audit kerana kebanyakan dokumen penting mereka yang disita bagi tujuan siasatan pada 8 Julai 2015, menurutnya. - Bernama.

http://www.thestar.com.my/business/business-news/2016/04/05/1mdb-trx-city-edra-audited-financial-statements-filed/

Diterjemah oleh : KKMM

Isnin, 4 April 2016

PENIPUAN LGE ISU PERDA:

1. LGE MENIPU RAKYAT apabila mendakwa Tanah dijual 1.4juta sedangkan nilai 16.6juta..Perda rugi 15.2 juta

Jawapan:
LGE MENIPU RAKYAT apabila tidak menjelaskan bahawa Perda agihkan keuntungan harga tanah kepada bakal 250 pembeli dengan jualan harga rumah yang murah seperti 42 ribu , 72 ribu dan maximum 200 ribu sahaja !!!

2.LGE MENIPU RAKYAT apabila mendakwa Hanya sebanyak 27 kedai dikemukakan untuk kelulusan pelan bangunan

Jawapan:
LGE MENIPU RAKYAT dengan tidak menjelaskan bahawa masih ada baki 19 ekar tanah yang akan dibina 250 unit rumah rakyat

3. LGE MENIPU RAKYAT dengan mendakwa perda beli tanah 1.7 juta tetapi jual balik tanah 1.4 juta

Jawapan:
LGE MENIPU RAKYAT lagi apabila tidak menjelaskan bahawa 1.7 juta untuk keseluruhan tanah 20 ekar manakala tanah yg dijual hanya 8.5 ekar milik Perda untuk 1.4 juta..

4.LGE MENIPU RAKYAT bahawa Perda memiliki tanah 20 ekar

Jawapan:
LGE MENIPU RAKYAT apabila tidak menjelaskan bahawa hanya 8.5 ekar milik perda bakinya dimiliki UDA dan Kerajaan Negeri

5.LGE MENIPU RAKYAT apabila Perda buat untung jual tanah

Jawapan:
LGE MENIPU RAKYAT apabila mengaut keuntungan 100 juta dari pembangunan 500 juta tanah MPPP SP chelliah dengan menjual sehingga 400 ribu tetapi Perda mengagihkan keuntungan harga tanah untuk rakyat menikmati rumah yang lebih murah!!!

Pelan Kebenaran Merancang yg lulus tahun 1988 memang 27 kedai di depan dan 300 lebih lot rumah kat belakang...lot-lot utk rumah tak submit lagi pasal perlukan pembelian baki tanah dari UDA dan STATE kerana Pelan Pecah Sempadan telah diluluskan dan diserahkan kepada PERDA, UDA dan STATE