Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2008

KLING KLING KLING ,MAI BELI,MAI BELI

Tak lama lagi satu pasar malam akan di buka di Permatang Tok Pauh, Sorang tua akan menjual ais krim cap biji mata. Mula-mula dulu bini dia jual ais krim, tapi sudah sampai masa bini dia kata "abang 'cek dah letih lah, cek nak rehat la. abang pi jual lah pulak"

Abang dia kata" abang pun tak berapa seronok nak berniaga lah ni, perut sat sebu, sat memulas; julap makan dah pil 'chi ki tit on' pun makan dah. nak berjalan tak berapa selesa. nak duduk pun tak sedap. macam mana pun kerana mu A......abang turutkan"

"Kling, kling , kling , kling loceng tembaga berbunyi. dia datang awal hari itu untuk buka gerai. tup-tup jam 10 pagi pesaing dia sampai. jual aiskrim cap 'kati' yang jual tu pulak budak hingus, hansem pulak tu..baru 23 tahun.muka alahai cun habis.....ketak lutut orang tua tu....

Pemuda Malaysia Merajuk

Hari dalam surat khabar ada artikel yang mengisahkan pemuda negara perlu didekati dan elak dari merajuk.

Nak cerita sikit. Pemuda Malaysia ini semua nya dalam proses pencarian. Apa juga bentuk dan objek akan mereka cari dan cuba.

Pemuda lepasan sekolah biasanya akan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi sebelum memasuki dunia pekerjaan. Yang gagal akan terus menceburi dunia pekerjaan, samada bekerja sendiri atau dengan majikan.

Pengisian pemuda dalam dua alam ini amat bebeda, remaja di IPT mempunyai ruang disiplin dan halatuju yang betul dan terkawal. dan ini berbeza dengan remaja lepasan SPM atau STPM yang melangkah ke alam perkerjaan.

Rasa hati masih tertambat di sekolah. Rasa hati masih nak pakai baju PBSM, Baju Pengawas atau baju Kadet dan sebagainya. tetapi mereka tiada hak lagi untuk masuk ke sekolah. akibatnya remaja akan mencari ruang sendiri untuk mengisi lompang-lompang yang luas dalam kehidupan mereka. Bereksperimentasi akan terus menjadi agenda mereka. Samada menjad…

HIP HIP HOREY, WEL WEL. YABADABADO.

Itu sorakkan dan kegembiraan setengah pihak bila Pas menutup buku perbincangan dengan UMNO.

Yang menang dan gabra dah selesai. Selama seminggu ada yang tak lena tidur takut jawatan hilang. ada yang pasang angan-angan.

Petang ini Presiden Pas telah bagi kata penamat. akan kekal dengan pakatan pembangkang. walaupun pembangkang menolak hukum hudud dan qisas.

Tolak UMNO mungkin sebab UMNO tak mahu terima hudud dan qisas anjuran Pas. Tak kisahlah macam mana pun biarkanlah Pas dengan dunia dia.

Tugas penting untuk UMNO ialah membetulkan haluan bahtera yang sedikit lari beringnya. atau kalau landasan keretapi perlu diperiksa dan diperelokkan jika ada paku-paku landasan yang kecurian. elakkan dari keretapi terus tergelincir kerap sangat,, kerana ia amat memalukan. Kalau kemalangan kerap berlaku rakyat tak akan naik lagi keretapi ekspress rakyat yang dibangga-banggakan.

Berita terkini juga menyenangkan hati wakil rakyat Bandar Baru. YB Zulkifli (betul ker) atau the bikers MP. yang tempatnya diwar…

UMNO bukan Syarikat Sdn. Bhd.

Tiga tahun sekali pemilihan Jawatan kuasa pun dijalankan. Tahun 2007 sepatutnya di adakan tetapi oleh sebab nak menghadapi Pilihanraya maka pemilihan tertangguh. Itu satu-satunya penyebab UMNO banyak kehilangan kerusi dalam pilihanraya lalu.(Apa tidaknya , bila Ketua Bahagian tak dicalonkan mulalah naik angin satu badan.)

Bulan Julai merupakan bulan pemilihan peringkat cawangan. Selesai semua cawangan kita beralih ker Persidangan dan pemilihan bahagian pula.

Sudah lama berlaku dalam UMNO ada pihak ingin menjadikan UMNO sebagai Syarikat Sdn Bhd. dengan meletakkan bapa sebagai ketua cawangan, isteri sebagai ketua wanita dan anak lelaki sebagai ketua pemuda dan anak perempuan sebagai ketua puteri. Ada juga cawangan yang ahli ada orangnya entah di mana. Cukup syarat dan boleh buat persidangan. tetapi ahlinya yang itu sahaja dan tidak berkembang. Kalau ada orang baru nak masuk atau berpindah masuk mereka tak akan jemput untuk hadir mesyuarat. dan kalau ada ahli tolong cari ahli baru maka pe…

Anwar macam cacing kena panas lagi.

Dua tiga hari kisah beliau senyap sekejap, tetapi sehari dua ini menjadi panas kembali, ini adalah kerana kononnya ada laman web mengesahkan pendedahan seorang doktor yang dia tak ada kes

Melatah beruk dia mendesak kerajaan menggugurkan siasatan terhadap beliau, dia ingat polis nak lepas dia dengan begitu sahaja, jelas menunjukkan dia makin tak sedap duduk. umpama menghitung saat- saat kehancuranya

PAS pernah kata "Apabila kita memilih perempuan sebagai ketua kita , maka tunggulah saat kehancurannya"

Sekarang ketua pembangkang ialah perempuan, sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Pemuda Pas tak reti adat

Kegairahan Pemuda Pas membuat laporan polis terhadap Tajul Rosli jelas menunjukkan barisan kepimpinannya tidak reti adat melayu. UMNO dengan ikhlas mengajak Pas berbincang mengenai survival melayu dengan mencari titik persamaan dalam perjuangan politik masing-masing.

Nik Aziz kata UMNO tipu Pas tahun 74-78 lalu adalah tidak benar.Pas kena buka balik sejarah cari punca-puncanya.

Pemuda Pas pula menyatakan Tajul cuba merasuah Pas Perak juga lemah dan tidak ada prima facie. Tidak salah juga jika Dap dan Pkr mangajak Pas membentuk kerajaan setelah mereka menang di Perak. Sebab sebelum PRU 12 ketiga-tiga parti ini tidak pernah menyangka mereka akan menang besar.

Harus diingat, Pakatan pembangkang menang bukan kerana mereka kuat, tetapi kerana BN sendiri yang sabotaj BN. ini di akui oleh pucuk pimpinan BN.

Dengan itu Pas dan Pkr jangan jadi talibarut bintang 3 sekali lagi

Rumah dalam taman atau dalam dusun

Penghijrah masyarakat kampung ke bandar memberi satu senario baru kepada perumahan dalam taman di bandar Taiping.

Malayu , Cina atau India yang tinggal ditaman perumahan membawa bersama adat dan budaya masing-masing ke dalam taman perumahan.

Yang berbeda ialah adat budaya dan keagamaan, yang lain semua sama. Budaya membuang sampah, membuat kebun, membela ayam, membakar sampah diwaktu petang , menambah bangsal, dan berbagai-bagai lagi semua dapat dilihat di taman perumahan.

Melayu suka bercucuk tanam seperti menanam pisang, kelapa, mangga duku, rambutan jika terdapat tanah-tanah lebihan dibahu jalan. dan akan membina bangsal untuk menyimpan barang-barang buruk. dan ada juga membuat reban ayam.

Orang cina pula akan menjadikan kawasan rumah untuk bertanam sayur di dalam kawasan rumah dan juga dibahu jalan, kalau yang berniaga pula rumahnya akan dijadikan stor untuk menyimpan barang-barang jualan dan ada yang menyimpan forklift dan lori di dalam kawasan perumahan mereka, Kandang anjing menja…

Askar pencen tak dapat 999 tahun tanah, Bekas komunis yang dapat

Rata-rata kewujudan kampung baru adalah untuk menyekat kegiatan komunis,Orang Cina di himpunkan di satu kawasan yang dipanggil kampung baru.

Hari ini Pas dan Dap cuba meluluskan hak milik tanah mereka untuk 999 tahun. bagaimana dengan bekas tentera dan Home guard, bila lagi Pas dan Dap nak bagi tanah kepada mereka kena up sikitlah bagi jadi 1000 tahun sebab mereka bekas askar...

Takbir

PM "menangguk di air keruh" melalui isu muzakarah

Ekmal Yusof
Fri | Jul 25, 08 | 12:01:28 pm MYT

PARIT BUNTAR, 25 Julai (Hrkh) - Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa mengutuk sekeras-kerasnya tindakan licik Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi "menangguk di air keroh" dengan menggunakan isu muzakarah umno-PAS untuk mengugukuhkan kedudukan politik dirinya.

Beliau yang mengadakan sidang akhbar di Pejabat PAS dekat sini petang semalam menegaskan, memang ada muslihat kotor untuk memecahbelahkan ikatan kukuh Pakatan Rakyat, PAS, KeADILan dan DAP, sekali gus meloloskan dirinya untuk menguasai penuh politik Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

"Sekarang ini nampaknya Perdana Menteri sedang mengeksploitasi isu tersebut cara besar-besaran dalam media arus perdana seolah-olah umno dan PAS sedang hendak bercantum dengan meninggalkan sekutunya Keadilan dan DAP," kata Ahli Parlimen Parit Buntar itu.

"Perkara begitu tidak akan berlaku. Jangan sekali-kali percaya cakap-cakap bohon…

anwar lagi la gila

Malaysia Street Protests News
Malaysia's leader urges US to show respect by not interfering in Anwar sodomy case
AP - Saturday, July 26

Malaysia's leader urged the United States Friday to respect his country's sovereignty by not meddling in its investigation into a sodomy accusation against opposition leader Anwar Ibrahim. More »

*
EX-IMF, World Bank bosses ask Malaysia to drop Anwar sodomy charge
AFP - Friday, July 25

Malaysia should drop its sodomy charges against opposition leader Anwar Ibrahim, said a joint statement by three former leading figures on the international stage. More »
*
Malaysian minister tells Rice: Stop meddling in domestic sodomy case
AP - Friday, July 25

U.S. Secretary of State Condoleezza Rice on Thursday urged Malaysia to be transparent and follow the rule of law in dealing with the sodomy accusation against opposition leader Anwar Ibrahim. More »
* Malaysian Muslim youths slam 'sexy' Indonesian singer

Kerajaan tidak abai kaum India

KUALA LUMPUR 24 Julai - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi tidak mengabaikan kaum India walaupun diberi tanggungjawab untuk mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera.

Menterinya, Datuk Noh Omar berkata, antara program terbabit ialah latihan keusahawanan kepada 4,627 orang kaum India pada tahun 2006 dan 2007 membabitkan pembiayaan sebanyak RM450,920 oleh Institut Keusahawanan Negara (Insken).

Katanya, bermula 2006 hingga 31 Mac 2008 pula, seramai 1,396 orang pelatih kaum India telah menjalani latihan di GiatMara.

"Seramai 85 orang siswazah dari kaum India juga telah menyertai Skim Usahawan Siswazah (SUS) sejak tahun 2005 hingga bulan Ogos 2007.

"Sementara itu, tujuh usahawan siswazah kaum India telah berjaya mendapat kemudahan Tabung Usahawan Siswazah (TUS)," katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Krishnan N.S. Maniam sama ada kerajaan akan mengkaji semula fungsi dan dasar agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan UDA Holdings Berhad (UDA…

Anwar Tak Sabar Nak Jadi PM

Kenyataan akhbar hari ini menggambarkan beliau begitu gairah untuk menjadi PM. Dua orang wakil rakyat PKR di Selangor sudah menyatakan kesanggupan untuk mengundur diri. Sorang ialah Mr Flinstone dan seorang tukang gambar Anwar yang membuat filem korek-korek.

Tapi nyata Anwar sayang akan kedua-dua mereka. Hari ini dia menggambarkan untuk bertanding di Bandar Baru Kulim Kedah. kerana kerusi yang dimenangi itu dalam proses perundangan mahkamah, andainya kerusi itu dibatalkan, maka sah anwar akan bertanding di situ. Naya lah calon PKR tersebut, disingkirkan oleh Anwar yang tamak haloba.

Ini jelas menunjukkan sikap buruk Anwar yang kepingin bangat untuk menjadi 'bapa kepala pemerintah'. (bahasa Indonesia) Dia ni tak layak menjadi 'Bapa Kepala' tapi jadi 'Kepala Bapak' layaklah

Pertemuan UMNO-Pas tingkat kerjasama - Nizar

Oleh ANI AWANG

IPOH 24 Julai - Pertemuan bersemuka atau pun muqabalah antara pemimpin Pas dan UMNO dapat meningkatkan kerjasama di antara kerajaan negeri pakatan pembangkang dan kerajaan Pusat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, ia juga dapat meningkatkan persefahaman antara dua parti yang berbeza ideologi berkenaan.

Beliau berkata, pertemuan itu juga dapat menolak kemungkinan wujudnya rasa kurang senang atau curiga di kalangan parti gabungan pakatan rakyat.

''Saya difahamkan beberapa pertemuan Pas dengan UMNO sebelum ini berjalan lancar dan tidak ada masalah.

''Kami (kerajaan pakatan pembangkang) juga ada berjumpa dan bersalam dengan para pemimpin UMNO, MCA, MIC dan Gerakan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Meningkatkan Mutu Kerja ke-21 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas persetujuan Pas untuk meneruskan perbincangan dengan UMNO memb…

Lori Sampah Yang Jijik dan Memualkan

Bila berbicara soal jijik sudah tentu ia menggambarkan sesuatu yang teramat busuk bak bangkai binatang yang sedang reput dimamah ulat atau bila kita membayangkan mayat manusia reput yang bergelempangan akibat malapetaka tsunami.

Di Taiping setiap hari penduduk Taiping akan berhadapan dengan masaalah bau busuk yang bukan disebabkan oleh bangkai binatang atau mayat reput yang busuk, tetapi bau itu tak lain dan tak bukan ialah lori sampah samada milik MPT atau milik swasta.

Semua lori sampah yang beroperasi dari awal pagi kelihatan lusuh dan buruk walaupun usia lori masih baru ini berdasarkan no plate pendaftarannya.

Aku selalu perhatikan lori-lori sampah yang keluar masuk ke depot simpanannya di Jalan Pokok Assam memang tidak pernah dibasuh. Selesai tugas lori di tinggalkan , esok datang lagi. Manalah lori tu tak busuk...saki baki dan daki-daki keladak sampah terus melekat di dasar perut lori untuk bertahun-tahun.


Seperkara lagi yang meloyakan tekak ialah sikap pekerja lori pemugut sampah…

Takziah

Sahabat seperjuangan Saudara Abu Hanafiah Pegawai Penguat Kuasa MPT telah kembali ke rahmatullah jam 11.00 pagi ini Jumaat 25 Julai 2008. Jenazahnya di bawa ke rumah bapa mertuanya YB Hj Kassim Mahmud bekas ADUN Selama di Jalan Cempedak Kpg Jambu Taiping dan jenazah akan di semadikan di Tanah perkuburan Islam Kpg Jambu selepas solat asar.

Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Taiping hari Selasa lalu kerana serangan angin ahmar.

Takziah untuk seluruh keluarga allahyarham dan semoga arwah di tempatkan Allah bersama orang-orang yang soleh.

Alfatihah

Komplek Mara yang Komplikated

44 lot niaga disediakan Mara sejak Julai 20056 kurang dapat sambutan

SEREMBAN: Kompleks Seremban Plaza di Jalan Datuk Muda Linggi, di sini adalah antara premis perniagaan yang disediakan Mara Negeri Sembilan untuk peniaga Bumiputera beroperasi di kawasan bandar atau pinggirnya bagi menggalakkan semangat berdaya saing dengan peniaga bukan Bumiputera.

Bagaimanapun, ramai orang kurang beri perhatian mungkin kerana bangunannya seperti pejabat jika dipandang dari luar.

Bangunan empat tingkat yang dibuka sejak Julai 2005 itu menempatkan 44 lot niaga dan pejabat yang disewakan kepada peniaga, selain turut diisi pejabat Mara negeri dan daerah untuk memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat atau berurusan dengan agensi itu.

Setiap lot niaga disewakan pada kadar antara RM200 hingga RM1,500 bergantung kepada keluasan serta lokasi tingkat selaras dengan matlamat memastikan usahawan Melayu mempunyai tempat untuk memajukan aktiviti perniagaan mereka.

Tinjauan Sentral mendapati, antara jenis perniagaan…

Pekerja Parking Salah Guna Kuasa

Penjaga Parking di bandar Taiping memang cukup tak berguna.Mereka tidak amanah dalam menjalankan tugas harian mereka. Mereka tidak bekerja untuk MPT sebaliknya bekerja untuk menjaga kereta-kereta tauke kedai dari di saman .

Aku sudah cukup mual dan muak dengan gelagat mereka yang tak tahu malu. Mereka tak sedar penduduk Taiping setiap hari menyumpah mereka.

Ingin tahu kenapa aku cukup anti dengan mereka ini?

Jawabnya ialah kerana mata mereka cukup cekap memerhatikan meter parking, kalau meter kembali kepada kosong maka secepat lipas mereka datang dan menulis saman parking.

Lain pula ceritanya kalau kereta itu ialah kereta milik pekedai-pekedai disekitar bandar, pekerja pembantu parking ini tak akan saman sebaliknya membunyikan hon motosikalnya berkali-kali sehingga pekedai itu datang dan memasukkan wang syiling 10 sen dan mereka akan berlalu pergi,

Cukup masa mereka akan kembali lagi, kalau ada kereta luar yang mereka tak kenal , cepat-cepat saman di keluarkan, sebaliknya kepada kereta tau…

MB Perak mahu dialog Umno-PAS dihentikan

24-07-2008 04:34:37 PM

IPOH: Dialog peringkat tinggi Umno-PAS perlu dihentikan memandangkan usaha sedemikian boleh menjurus ke arah spekulasi semata-mata, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sambil menyifatkan spekulasi sebagai tidak sihat, beliau berkata, hanya Perdana Menteri yang berminat untuk mengadakan perbincangan membabitkan kedua-dua parti.

Pakatan Rakyat tidak terdesak untuk mengadakan hubungan seumpama itu kerana barisan pembangkang adalah kukuh buat masa sekarang, kata beliau di sini hari ini selepas melancarkan konvensyen kumpulan kualiti kerja perkhidmatan awam.

Menteri Besar berkata, beliau juga lebih bersikap terbuka untuk mengadakan muqabalah atau pertemuan bersemuka.

Ketika ditanya sama ada muqabalah akan mencetuskan rasa tidak senang di kalangan anggota Pakatan Rakyat, beliau memberitahu, situasi sedemikian tidak akan wujud kerana terdapat kefahaman yang baik di antara PKR, PAS dan DAP.

Berhubung syor Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya perbin…

Kenyataan Ketua Bahagian Taiping

TAIPING: Umno Bahagian Taiping meminta anggota yang ingin bertanding bagi sebarang jawatan dalam pemilihan parti kali ini mematuhi peraturan ditetapkan Majlis Tertinggi (MT).

Ketua bahagian itu, Datuk Abdul Malek Mohd Hanafiah berkata, sekiranya peraturan yang ditetapkan MT tidak dipatuhi ia boleh melemahkan parti dan menimbulkan huru-hara dalam parti.

Berucap merasmikan mesyuarat berkelompok Umno Cawangan Bahagian Taiping di sini hari ini, beliau berkata, semua cawangan parti bahagian itu turut menyatakan sokongan padu kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri
Najib Tun Razak untuk terus meneraju kepimpinan parti berkenaan pada pemilihan akan datang.

"Kita yakin gandingan dua pemimpin tersebut mampu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap perjuangan Umno serta memperkukuhkan kembali kekuatan parti," katanya.

50 tahun sudah Polis mendapat gelaran Di Raja

Hari ini dalam akhbar Berita Harian ada temubual dengan Ketua Polis Negara, mengenai pengiktirafan Di Raja .

Teringat kembali kata-kata Anwar yang tidak mempercayai Polis Malaysia jelas menunjukkan Anwar juga telah menderhaka kepada Raja dan juga rakyat Malaysia yang amat menghormati tugas dan tanggungjawab polis.

Diringkaskan cerita polis hendaklah mengambil tindakan kepada beliau kerana menentang Raja dan perlembagaan Negara. Tindakan dia macam geng pelampau di Kpg Jenalik Lenggong dahulu, dan Anwar boleh disabitkan kesalahan menentang Yang DiPertuan Agung.

Nak bentuk Kerajaan September ini? harap Majlis Raja-Raja Melayu dapat menolak beliau dan barisan exco nya, Kita tidak mahu seorang Perdana Menteri atau Presiden kaki sontot.

Mampus kooo Anwar..............

Mentaliti Peniaga Melayu

Orang Melayu juga tidak ketinggalan dalam usaha niaga makanan ini, Orang Melayu gemar membuka gerai di pagi (untuk sarapan seperti nasi lemak) dan juga waktu petang.

Peniaga melayu juga memonopoli perniagaan pasar malam. Boleh dibanggakan juga dengan penyertaan mereka dalam dunia perniagaan makanan

Hanya 3 restoran melayu yang boleh dibanggakan kejayaan mereka iaitu Restoran Selera Malam, Restoran Asam Pedas dan Dolly. yang lain tak menonjol.

Apakah kelemahan perniagaan melayu?

Suka menjual mahal, makan tak enak, kalau masak lemak tak pekat dan tak pedas, kalau kari pula , ianya cair dan tak ada rasa kari.

Kerusi meja pula kalau boleh dibuat dari kayu-kayu terbuang, meja hidangan juga dari kayu-kayu buangan. Nak beli ...sorry..semua nak free.

Kalau jual makanan di warung pakai payung atau kereta sorong pula harganya ada kalanya lebih mahal dari restoran mamak yang sewa kedai nya 3 ,4 ribu ringgit.

Kalau pelanggan datang pula amat lambat pelayan datang ambil pesanan.

banyak lagi lah

Restoran Nasi Kandar mulai merudum

Kalau tadi bercakap mengenai Restoran Thai kali ini kita kupas pula isu restoran mamak nasi kandar.

Restoran nasi kandar mula meletup lebih 10 tahun lalu, dengan mengamalkan konsep restoran 24 jam restoran mamak ini mampu bertahan sehingga sekarang walaupun banyak juga yang telah menutup perniagaan mereka.

Restoran Rahman Nasi Kandar terus bertahan dengan menyediakan tanyangan LCD bola sepak melalui siaran Astro. dan setengahnya menyediakan Free Wifi.

Restoran mamak mampu bertahan kerana teh tarik , nasi lemak bungkus, mee goreng kering dan roti canai banjir. Kalau kita kelaparan tengah-tengah malam jam 2 hingga 4 pagi maka restoran mamak jugalah yang sedia melayan kehendak kita, pada waktu itu semua restoran tempatan dan thai sudah pun menutup perniagaan mereka.

satu lagi yang perlu ada di restoran mamak ialah perlu ada camera litar tertutup. bukan apa, selain menjaga keselamatan mereka mereka juga boleh membantu polis dalam membenteras jenayah pecah rumah dan pecah premis-premis keraj…

Restoran Thai VS Warung tempatan

Sejak 10 tahun lalu . Senario malam di Taiping bertukar. Kalau sebelum ini penduduk tempatan menjamu selera di pasar malam di Jalan Panggung Wayang Taiping. tetapi kini semua itu menjadi sejarah.

Dari menjual di pasar malam juga hari ini dua peniaga dari situ telah melangkah maju dengan membuka Restoran Dolly dan Selera Malam. Namum saingan mereka ialah kehadiran Restoran Thai.

Restoran Thai tumbuh bagai cendawan. Antara yang terkenal ialah Restoran Ala Yala, Kamunting Timur, Taiping Utara, Cherry Corner, Restoran Tupai dan banyak lagi. Setiap malam restoran ini dipenuhi oleh pelanggan tempatan dan pelancong-pelancong dari luar.

Restoran yang dibuka oleh pemilik tempatan semakin kurang pelanggan dan kurang seri.

Mengapa terjadi begini?

Jawapannya mudah. Restoran Thai bersih, ceria dan sedap makanannya. Restoran atau Warung milik tempatan suram, malap, kotor, makanan kurang enak, dan yang menggelikan ialah kita boleh lihat tikus-tikus berlari-lari di bawah meja dan dapur. kerusi plastik h…

Pembantu Kedai Kotor dan jijik

Ansari cendol di Taiping memang terkenal. setiap hari Ansari mengaut keuntungan besar hasil jualan mereka di beberapa premis dan lokasi di sekitar bandar Taiping.

Keenakan nya tidak dapat ditandingi oleh peniaga cendol lain. tetapi dua kali aku berkunjung ke salah sebuah premis baru ini agak menjijikkan, seorang pembantu kedai yang berasal dari India luka jari kanannya masih menyediakan pasembor kepada pelanggan. dan dia juga mencuci mangkok-mangkok cendol......lebih sebulan luka di jari telunjuk tangan kanannya tidak baik-baik. harap Pegawai Kesihatan Taiping dapat membuat pemeriksaan terhadap pembantu kedai tersebut

Pas kena buat solat hajat.

Pas kata kalau kita menghadapi masalah dan konflik kita kena balik kepada Quran dan Hadith.

Saat ini negara di sebut oleh Pas sedang menghadapi masalah dari segi politik, ekonomi dan sosial. Isu Ketuanan Melayu, Isu Agama Islam dan perpaduan Melayu dan paling panas ialah kes liwat. Nik Aziz pun memberi berbagai komen mengenai isu liwat.

Oleh itu bermunajat lah Pas untuk mendapat petunjuk Allah. dan kesediaan Nik Aziz yang akhirnya merestui perbincangan ini juga harus dipuji, manusia perlu berubah, dan sifat manusia adalah baharu, tidak kekal seperti sifat Allah. oleh itu sebarang perbincangan antara dua parti perlu diteruskan.

UMNO dan Pas berbincang bukan perkara baru . Sejak 1953 UMNO dan Pas pernah duduk semeja untuk perbincangan.

Pemuda Pas juga tidak boleh bersikap jumud, dengan cubaan mereka untuk menggagalkan segala usaha murni ini, Ingatlah sifat manusia akan yang akan berubah, tidak ada yang kekal di muka bumi ini.

Kalau pemimpin Pas dan Umno akan bergabung dan membentuk satu nam…

NIZAR ANAK ORANG UTAN

Tetiba teringat balik lagu tamil dalam youtube MB Perak .lagu tu memang terangkat. nak tengok buka blog Perak Bangkit. Dalam ucapan tu, Nizar ada menyebut bahawa orang Bn macam orang utan. Kalau Nizar kata orang BN orang utan maka dia juga anak orang utan. Sebab dari kecil dia dijaga dan dididik oleh orang orang utan di sekolah, di klinik dan sampai ke universiti, anak-anak nya juga dibela oleh orang utan. gaji Nizar dulu pun dibayar oleh orang utan,

Serba serbi yang nikmat hidup beliau adalah hasil usaha orang utan. Tak gitu Nizar??

RELAKS SEKEJAP, MALI MAKAN MEE UDANG

Mi udang Nurzeety memang enak

TAIPING 22 Julai - Apabila berkunjung ke Changkat Jering dan Bandar Bersejarah Taiping tidak lengkap rasanya jika tidak singgah di Restoran Mee Udang Nurzeety di Jalan Trong-Changkat Jering di sini bagi menikmati keenakan sajian itu.

Restoran yang terletak hanya kira-kira 50 meter dari Tol Changkat Jering itu bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk setempat, malah sering menjadi 'buruan' di kalangan peminat makanan laut khasnya udang laut bersaiz XL.

Pengasas Mee Udang Nurzeety, Abdul Majid Harun (gambar), 58, berkata, restoran berkenaan telah diusahakan sejak sembilan tahun lalu dengan modal permulaan kira-kira RM3,000 hasil simpanan daripada gaji ketika bekerja dengan Syarikat Telekom Malaysia (Telekom).

''Pada tahun 2000, kedai yang saya sewa telah terbakar dan berpindah ke sini. Pada mulanya memang orang ramai tidak tahu tetapi sekarang tidak lagi kerana mi udang saya sangat laris dan menjadi kegemaran ramai.

''Selepas hampir setahun …

Anwar Buang Tabiat (tebiat)

Biasanya seseorang yang akan meninggal dunia akan menunjukkan tanda-tanda awal mati. Semakin dekat saat kematian memakin buruk cara mereka membuang perangai atau tabiat atau tebiat.

Kawan kita ni sudah pun 61 tahun. sekarang tengah galak dok buang tabiat. huru hara satu malaya dibuatnya.

Kalau dia sedang makan atau minum , jangan sekali-kali duduk dekat nya. takut dilemparnya pinggang-mangkuk ke arah kita kalau dia rasa tak kena dengan dirinya.

Kalau dibuat apa pun kita kena sabar,,,,Tak lama dah tu

Berita hari ini ,dia kata tak mahu angkat sumpah pulak. ikut nasihat Nik Aziz dan Mufti Perak Konon. Tapi tak sebut kata-kata Mufti MAZA.

Sah hari ini dia bersalah, sebab tu takut nak bersumpah laknat. dan juga takut bagi doktor ambil DNA. sekali lagi membuktikan dia bersalah. itu belum dirujuk dengan hasil siasatan polis terhadap 36 saksi.

Polis kena awasi dia takut dia lari naik UFO.atau pun dia dah telefon kat Gaban atau Doremon supaya selamatkan dia.

Kos senggara mahal Kerajaan Terengganu bayar RM175,229.97 servis sebuah Perdana V6

Oleh NOR AZIAH JAAFAR

KUALA TERENGGANU 22 Julai – Kos menyenggara Proton Perdana V6 Executive yang dibayar oleh kerajaan Terengganu pernah mencecah RM175,229.97 dan RM132,357.76 sebuah untuk tempoh empat tahun.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Menteri Besar di sini hari ini, ia merupakan kos tertinggi yang terpaksa dibayar oleh kerajaan negeri untuk servis sebuah kereta model itu sejak tahun 2004 hingga sekarang.

Harga sebuah kereta Perdana V6 Executive dianggarkan dalam lingkungan RM130,000.

“Kerajaan Terengganu tidak mampu lagi membiayai kos penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive.

“Sekiranya diperlukan, kerajaan negeri sedia mengemukakan bukti terperinci kos penyenggaraan dan kerosakan sejak mula Proton Perdana V6 Executive digunakan sebagai kereta rasmi,” kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah memberitahu Utusan Malaysia, semua kereta Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri Terengganu dibeli terus daripada syarikat penged…

Pemasangan tanda jalan bahasa Cina tidak perlu

KUALA LUMPUR: Pemasangan papan tanda jalan dalam bahasa Cina di Pulau Pinang oleh sebuah parti politik semalam, dianggap pelbagai pihak sebagai usaha mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan satu percubaan untuk mengorbankan jati diri negara.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata: “Perlembagaan negara dengan jelas menyatakan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, maka dengan itu semua tanda rasmi hendaklah menggunakan bahasa Melayu.”

“Ini adalah sebahagian daripada kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh datuk nenek kita dahulu dan adalah diharap tiada sesiapa yang cuba mencabar perkara ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azalina turut menegur pihak terbabit yang cuba mengaitkan kementerian itu dengan tanda jalan berkenaan.

Beliau yang memandang serius tindakan itu berkata, pihak terbabit juga tidak pernah mendapat kebenaran dari kementerian berkenaan berhubung penggunaan logo ’Visit Malaysia’ pada tanda jalan itu.

“Kita akan me…

NIK AZIZ KENA UNDUR DIRI. SUDAH TAK RELEVEN LAGI JADI PEMIMPIN PAS

Pemimpin Pas berbalah cadangan muzakarah
Oleh Khairul Anuar Abdul Samad dan Hanneeyzah Bariah Baharin
bhnews@bharian.com.my

Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz

Hadi nyatakan kesediaan, Nik Aziz mahu dihentikan segera. Nak ikut siapa? kena lah ikut Hadi Awang sebab dia Presiden.

KUALA TERENGGANU: Pemimpin Pas mula berbalah berhubung cadangan mengadakan muzakarah dengan Umno bagi membincangkan pelbagai isu membabitkan agama Islam dan kepentingan umat Islam negara ini.

Ketika Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan kesediaan parti itu menjayakan muzakarah berkenaan, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pula mahu usaha itu dihentikan segera.Nik Aziz pula takut tempayan budu pecah berkecai

Malah, Menteri Besar Kelantan itu tidak gembira dengan kenyataan Abdul Hadi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengesahkan pertemuan pemimpin tertinggi Umno dan Pas sebelum ini.Jelas Nik Aziz sudah tidak relevan lagi sebagai pemimpin umum politik Pas, dia seorang rebelli…

ANWAR SEMAKIN TERTEKAN TUDUNG BUDU SUDAH TERBUKA

Anwar tak yakin perbicaraan adil
Oleh Rosli Abdul Jalil dan Mohd Roji Abdullah
bhnews@bharian.com.my

BATU PAHAT: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mendakwa kerajaan sudah menetapkan hakim yang akan mengendalikan perbicaraan membabitkan kes tuduhan liwat ke atasnya.memang lah kerajaan kena tetapkan hakim. hakim yang tulen sahaja akan dipilih. kalau dah tahu hakim pro Anwar buat apa pilih dia, seperti juga pengadil bola, kalau seorang pengadil selalu memihak kepada satu pasukan dan trek rekod ada bukti dia bias, maka jangan lah pilih. Anwar takut lah tu, maklumlah dah rasa gubra....pekung telah bernanah dan busuk

Anwar dalam ceramah pada siri jelajahnya di sini berkata, beliau tidak percaya dengan jaminan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar kes itu akan ditangani seadilnya di mahkamah.Dia tak percaya kepada semua orang di Malaysia ni, yang dia percaya ialah sabahat dia di Iraq, Turki dan USA.

"Beliau (Syed Hamid) kata nak serah nasib s…

Proton Perdana V6 VS Kompresor E200

KUALA TERENGGANU: Pembelian 14 kereta Mercedes-Benz E200 Kompressor bagi menggantikan Proton Perdana V6 Eksekutif yang kini digunakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan pegawai kanan kerajaan negeri bukan bermaksud meminggirkan kereta nasional, sebaliknya ia bagi mengurangkan kos selenggara kereta yang digunakan sekarang yang agak tinggi.

Sebuah akhbar semalam melaporkan Kerajaan Terengganu membelanjakan kira-kira RM3.43 juta bagi membeli 14 buah Mercedes-Benz E200 Kompressor bagi menggantikan Proton Perdana V6 Eksekutif.

Kereta berkenaan yang dibeli dengan harga tanpa cukai RM245,000 sebuah adalah bagi kegunaan 10 Exco kerajaan negeri, Speaker Dewan Undangan Negeri, setiausaha kerajaan negeri, pegawai undang-undang dan pegawai kewangan.

Ahmad berkata, apa yang dibuat bukan untuk memperkecilkan kereta nasional, tetapi hakikatnya kerajaan negeri membelanjakan wang yang banyak hanya untuk penyelenggaraan kereta rasmi dan selepas kajian dibuat kerajaan merasakan kewajaran unt…

Nik Aziz takut rahsia pembohongan pecah

Nik Aziz anggap muzakarah boleh pecah-belahkan Pas

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahu pemimpin parti itu menghentikan segera usaha mengadakan muzakarah dengan Umno.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, ini kerana ia boleh memecah-belahkan perpaduan ahli parti dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

“Saya menolak muzakarah. Saya minta pemimpin dan ahli Pas menghentikan kerja ini (muzakarah) dan menumpukan kepada perkara lain.

"Saya tidak gembira dengan kenyataan kedua-dua presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas) dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Umno)," katanya di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata, isu muzakarah hanya menimbulkan kemarahan ahli Pas serta rakan dalam Pakatan Rakyat yang boleh menyebabkan Pas dipencilkan.

Sehubungan itu, beliau mahu Abdul Hadi menghentikan segera usaha ke arah muzakarah kerana muktamar Pas sudah hampir tiba.

Sama ada perkembangan mutakhir menunjukkan hubungan beliau dengan Abdul Hadi tiada persefahaman, belia…

Banjir di Taiping

Dalam bulan ini sudah 2 kali berlaku banjir besar di sekitar bandar.Apakah puncanya? Ada seorang makcik berkata. dia sudah tinggal di situ lebih 20 tahun dan tak pernah mengalami banjir.

Fenomena hujan yang lebat dan berlarutan hingga beberapa jam menjadi penyebab utama. Pembangunan perumahan dan bandar-bandar baru juga menjadikan sistem peparitan semakin tak mampu untuk menerima limpahan air yang banyak.

Dua batang sungai iaitu Sungai Batu Teguh dan Sungai Tupai sudah terlalu cetek dan sempit. Punca kedua adalah pembinaan landasan rel berkembar. Kerja-kerja menambak tanah telah menyekat aliran air semasa hari hujan.

SK Changkat Larut adalah salah satu sekolah yang teruk dilanda air besar ini.Pihak bomba telah dipanggil untuk kerja-kerja pembersihan.

Diharapkan JPS, MPT dan Pejabat Daerah dan pihak pemaju perumahan dapat duduk semeja dan membincang soal ini.

Penduduk yang membeli rumah disekitar taman taman perumahan sudah hilang selera untuk terus menetap di kawasan dan ada yang sudah me…

MAJLIS PEGUAM MILIK HINDRAF?

Zaman kemegahan Kesultanan Melaka berakhir dengan serangan Benggali Putih ( Portugis). Kekebalan Raja-Raja juga berakhir oleh seorang cucu cicit Pertugis di Johor

Hari ini kekuatan dan ketuanan Melayu pula sekali lagi digugat oleh Pertugis dan Hindraf yang ramai dalam Majlis Peguam tu

Majlis Peguam juga membelakangkan peguam-peguam Melayu dan Islam.Buktinya semasa mereka membuat rally di PutraJaya depan Pejabat PM. Peguam Melayu tak mendapat maklumat dan tidak dijemput.

Pemilihan UMNO Cawangan dan Bahagian

Suasana pemilihan peringkat cawangan telah pun bermula. Ada yang suasana panas, tegang dan ada yang tenang. Wakil calon yang mewakili calon mereka sentiasa sibuk untuk memastikan pencalonan dibuat untuk wakil mereka. dan pemilihan wakil cawangan ke persidangan bahagian juga amat penting.

Kalau sebelum ini sesiapa saja boleh mewakili cawangan tetapi kali ini calon yang akan bertanding akan memastikan calon tajaan mereka akan mewakili mereka ke persidangan bahagian,. Tujuannya ialah memastikan calon itu menyokong dan memilih mereka sebagai Ketua bahagian atau lain-lain jawatan,

Pertandingan sengit pasti akan berlaku dalam memilih wakil ke persidangan bahagian. Disini main signal-signal atau ahli yang bersidang akan diperhatikan oleh orang lain diluar dewan atau pun yang duduk dalam dewan sebagai pemerhati.

Seterusnya nama mereka yang sah menjadi calon akan di catat dan nombor telefon akan diambil untuk tujuan tertentu, seperti di panggil untuk mendengar ceramah dan majlis makan-makan. t…

Pas tidak berganjak perjuangkan Islam

Oleh WAN RAMLI WAN MUHAMAD

KUALA TERENGGANU 20 Julai - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas tidak akan berganjak daripada pendirian asal untuk memperjuangkan Islam meskipun parti itu berada dalam pakatan pembangkang.Nak berjuang apa kalau Pas setuju dengan Anwar untuk jadi PM dan merelakan DAP menjadi rakan mereka. Kenyataan ini hanya boleh mendusta kepada mokcik dan pokcik di kampung-kampung.

Beliau menegaskan, Pas hanya akan meneruskan kerjasama dengan parti-parti pembangkang jika parti lain dalam pakatan itu iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati pendirian dan prinsip Pas.Ayat apa ni berbelit-belit macam ular dalam semak. mana ada parti lain lain dalam negara ini,

''Setakat ini kerjasama tetap diteruskan seperti biasa kerana sokongan erat yang sentiasa terjalin dalam pakatan pembangkang," katanya ketika berceramah di Batu Enam di sini malam tadi.

Turut berceramah ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pengar…

Kenyataan Datuk Ibrahim Ali

Kepercayaan rakyat akan terhakis jika Anwar berdolak-dalik
20/07/2008 2:34pm

PASIR MAS 20 Julai — Kepercayaan rakyat akan terhakis terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau masih berdolak-dalik berhubung tuduhan kes liwatnya. Anwar akan terus mencari sokongan rakyat terhadap kesnya, dia akan mengajak rakyat supaya terus menentang kerajaan dan menerima kenyataan bahawa dia tetap tidak bersalah

Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berkata Anwar sepatutnya memberikan kerjasama kepada pihak polis supaya siasatan mereka berjalan lancar sehingga kes itu dapat dibicarakan di mahkamah.Tidak mungkin dia akan memberikan kerjasama yang baik dengan pihak hospital dan polis. Dia akan memaksa mahkamah menggunakan DNA yang lama supaya mudah bagi pihak peguamnya mempertikaikannya di mahkamah. Itu
lah tektik Anwar.

Beliau berkata pihak polis juga telah memberikan jaminan bahawa tiada perkara buruk akan berlaku kepada Anwar seperti pernah berlaku ke atas di…

Majlis Peguam hak Anwar dan HINDRAF

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam meminta polis menggunakan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diambil pada 1998 bagi membantu siasatan mereka berhubung tuduhan liwat yang didakwa dilakukan terhadap bekas pembantu khas penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Naib Presidennya, Ragunath Kesavan, berkata tidak menjadi keperluan bagi polis untuk mengambil DNA yang baru daripada Anwar bagi menentukan sama ada beliau melakukan kesalahan itu atau tidak.

"Sampel DNA seseorang itu adalah sama dan ia sudah diambil pada 1998, jadi mengapa perlu sampel yang baru diambil sekali lagi," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai hasrat polis untuk menimbang mendapatkan perintah mahkamah bagi mengambil sampel darah Anwar untuk membantu siasatan berhubung dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.

Tindakan itu mungkin dilakukan polis kerana Anwar yang dibebaskan kelmarin dengan jaminan polis, tidak membenarkan sampel …

Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah (KLIK)

KUALA LUMPUR 18 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dalam siasatan polis atas dakwaan meliwat telah meletakkan syarat bagi menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) iaitu pemeriksaan perubatan dan pengambilan sampel dari pihak pengadu, bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, dijalankan secara profesional.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mahu semua pemeriksaan perubatan dan sampel yang diambil dari Mohd Saiful, disahkan secara bebas sebelum beliau mempertimbangkan untuk menjalani sebarang analisis DNA, kata peguamnya R. Sivarasa pada sidang akhbar di sini hari ini.

“Terlebih dahulu semua pemeriksaan perubatan dan pengambilan sampel berkaitan pengadu (Mohd Saiful) perlu ditentusahkan secara bebas dan dilakukan secara profesional tanpa sebarang campur tangan polis.

“Hanya selepas itu sahaja, Datuk Seri (Anwar Ibrahim) akan mempertimbangkan untuk menyertai sebarang analisis DNA,” katanya.

Anwar enggan membenarkan sampel darahnya diambil ketika dibawa ke Hospital Kua…
Munajat Rakyat di Stadium Perak 17 Julai ini
Johari Jaafar
Tue | Jul 15, 08 | 1:52:19 pm MYT

SLIM RIVER, 15 Julai (Hrkh) - Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak yang baru melepasi 100 hari pemerintahanya sekali lagi cuba digugat oleh pihak tertentu berikutan kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Dato' Tajol Rosli Ghazali, yang menyatakan Kerajaan Pakatan Negeri ini akan tumbang sebelum 31 Ogos ini.Tajul Rosli yang secotet tu pun takut ker. macam mana dia nak tumbangkan Pas yang gagah dan perkasa di bawah ketiak PKR dan DAP. Pas boleh takut dan resah kalau dia berseorangan. Pas boleh mohon bantuan dari Amerika atau India atau mana-mana negara yang sedia membantu Pas mempertahankan Perak dari dijatuhkan oleh si Tajul tu.

Sehubungan itu Dewan Ulama PAS Negeri Perak menganjurkan majlis Munajat Rakyat pada 17 Julai ini di Stadium Perak untuk memohon pertolongan Allah bagi menyelamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri ini daripada sebarang bentuk perancangan jahat oleh musuh-musuh Pakatan Raky…

Lupakan Negara Islam tegakkan Keadilan Al-Jub.

PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat perjuangkan keadilan
Wan Nordin Wan Yaacob
Thu | Jul 17, 08 | 1:31:43 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS akan terus berjuang bersama Pakatan Rakyat bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang amanah, bersih dan adil.
KALAU TAK SOKONG PKR SUSAH NAK CARI DUIT. PINJAMAN PERUMAHAN WAKIL RAKYAT PAS DI SELANGOR , PERAK , PENANG DAN KEDAH PUN TAK LULUS LAGI, PLAN RUMAH PUN TAK BAYAR HABIS LAGI. KENA SOKONGLAH PKR NI KALAU MAHU SURVIVE

Demikian kenyataan beliau yang dibacakan Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam sidang media di bangunan parlimen sebentar tadi.

Turut serta ialah, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli, AJK PAS Pusat antaranya, Dr Syed Azman Syed Ahmad; serta Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad.

Menurut beliau, PAS menegaskan dalam suasana politik negara yang penuh dengan fitnah dan kegawatan sosial dan ekonomi, PAS akan …